Anda di halaman 1dari 3

PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang
mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan
Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa
kebimbangan:

1. Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, khususnya hak kebebasan dari segala
perlakuan yang kejam, menganiaya, menghukum dan yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang.
JAG menyokong sepenuhnya kesataraan yang membawa kepada pencapaian hak tersebut. Hukuman
sebat seharusnya dimansuhkan.

2. Diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembangaan Persekutuan menjamin
kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-
undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip anti-diskriminasi ini. Tambahan
pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke atas
wanita, tidak kira umur.

3. Jenayah sumbang mahram. Adalah tidak adil bagi mangsa sumbang mahram dikenakan tuduhan
persetubuhan luarnikah atas dasar suka sama suka dibawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah,
malah ianya suatu penganiayaan terhadap mangsa tersebut. Ini menunjukkan kegagalan pihak
mahkamah untuk memahami penyalahgunaan kuasa oleh seseorang dalam keluarga sendiri yang
seharusnya menjadi pelindung dan penjaga. Mangsa tidak patut dihukum atau didakwa bagi jenayah
sumbang mahram.

4. Bilangan wanita yang disebat dan dihukum lebih tinggi berbanding lelaki. Ketidakseimbangan ini
dapat dilihat di negara-negara Islam yang lain yang menggunapakai undang-undang Syariah di mana
bilangan wanita yang disabitkan kesalahan jenayah seksual adalah jauh lebih ramai berbanding dengan
lelaki.

5. Percanggahan undang-undang. Kedua-dua Kanun Keseksaan (s.376) dan Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Johor (S. 20) mengandungi peruntukan yang khusus mengenai sumbang mahram, tetapi
hukuman yang berbeza. Keadilan akan dicapai dengan lebih baik jika mereka didakwa di bawah Kanun
Keseksaan, di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang daripada
enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun. Hukuman ini mencerminkan betapa beratnya jenayah
yang dilakukan. Walau bagaimanapun, di bawah enakmen jenayah syariah negeri, seseorang yang
melakukan sumbang mahram boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
tiga hukuman di atas.

Penggunaan undang-undang mestilah tekal dan selaras untuk menegakkan keadilan bagi mangsa
sumbang mahram, maka undang-undang Persekutuan hendaklah diterimapakai dan semua jenayah
sumbang mahram perlu didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

6. Hukuman yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang bertentangan dengan ajaran al-Quran.
Jabatan Agama Johor kini mencadangkan individu yang disabitkan hukuman disebat di ruang awam
seperti masjid atas pemerhatian subjektif bahawa pihak Jabatan Agama Johor melihat riak
keinsafan pada wajah setiap pesalah yang dihukum. Ianya mustahil untuk mengukur tahap kekesalan
dan taubat berdasarkan air muka seseorang. Selain itu, masih tiada bukti kukuh bahawa jenayah ganas
atau seksual dapat dihalang oleh penyaksian hukuman sebat.


Penguatkuasaan undang-undang moral dan pendakwaan terpilih (selective prosecution) bertentangan
dalil al-Quran, seperti "tidak mengorek rahsia orang lain" (Surah Al-Hujurat 49:12); "janganlah kamu
masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin
serta memberi salam kepada penduduknya; jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah
kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu;."(Surah An-Nur 24:27- 28) dan
"apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia, tetapkanlah dengan adil "(Surah an-Nisa
4:58). Sebuah hadith Nabi (SAW) dalam Sunan al-Tarmidhi juga menyatakan "Jangan membahayakan
umat Islam, dan jangan mencela mereka, mahupun meneruskan ketidaksempurnaan mereka ... ".
Apabila seseorang itu ditegur, adalah penting untuk memastikan bahawa hak-hak atas keadilan,
kesaksamaan, dan kehormatan diri seseorang ditegakkan pada setiap masa dan tidak dianiaya oleh
mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan hukuman yang mengaibkan.

Tamadun manusia zaman dahulu, di Barat mahupun Timur, sering menjatuhkan hukuman berbentuk
fizikal yang berat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Pertengahan. Tiada apa pun yang Islam tentang
hukuman yang berbentuk fizikal malah, ajaran-ajaran Islam menghadkan hukuman sebegitu yang
diamalkan sebelum itu. Ianya lebih menekankan sikap kasih sayang serta keinsafan dan taubat bagi
mereka yang berdosa. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani merupakan sifat
dan tema yang sering diulang di dalam Al-Quran.

Dengan ini, JAG mengulangi saranannya kepada Kerajaan untuk mengkaji semula dan memansuhkan
undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa peruntukan-peruntukan tersebut tidak
berasas dari segi teori dan amalan undang-undang Islam. Selain itu, terdapat banyak peruntukan yang
jelas bertentangan dengan Kanun Keseksaan, Kod Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan.

Anda mungkin juga menyukai