Anda di halaman 1dari 1

Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

‫من تيقن الفعل وشك فى القليل أو الكثير حمل على القليل لنأه المتيقن‬

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan sesuatu perbuatan tiba-tiba


timbul keraguan adakah pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun
banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang sedikit kerana pekerjaan
yang sedikit itu diyakini.

Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

 Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah tertinggal sesuatu perkara


yang ia kena lakukan di dalam sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka
hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah mengerjakan sesuatu


perkara yang ditegah atau tidak maka disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana
asalnya ia tiada melakukannya.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu daripada rukunnya,
maka wajib ia mengulangi rukun tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu',
maka wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.

 Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali anggota wudhu'nya
maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah
dengan basuhan yang ketiga.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah melakukan tiga rakaat
atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

 Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih
maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.

Anda mungkin juga menyukai