Anda di halaman 1dari 36

FIQH MUAMALAT

UNTUK MUSLIMAH

NURUL ATHIRAH BINTI MOHD AZMI


PENSYARAH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
KENAPA KITA
ADA DI SINI???
PENGENALAN

Syariah

Akhlak Fiqh Tauhid

Ibadah Muamalat
POP KUIZ
 Antara najis-najis di bawah, yang
manakah paling kotor sehingga Allah
S.W.T dan Rasulullah S.A.W
mengistiharkan perang dengan
manusia yang tercalit dengannya?

A. Najis dadah
B. Najis rasuah
C. Najis judi
D. Najis riba
APAKAH YANG SEDANG BERLAKU ANTARA
PEREMPUAN DAN KANAK-KANAK INI?
HASIL PERKONGSIAN

 Dapat mengetahui konsep Jual Beli dalam


Islam
 Jual Beli Salam (Tempahan/Online)

 Dapat mengetahui perkara yang dilarangan


Di Dalam Muamalat
 Dapat mengetahui najis Riba

 Dapat membezakan antara Riba dan bukan


Riba
JUAL BELI

 Bermaksud pertukaran sesuatu harta


dengan harta yang lain bagi tujuan
pemilikan yang kekal.
 Rukun dan syarat jual beli :

Dua pihak yang mengikat kontrak

(penjual dan pembeli)


Sighah (lafaz penerimaan dan
penawaran)
Barang jualan dan harganya
JUAL BELI SECARA
ONLINE

 Rukun dan syarat


Pihak yang mengikat kontrak

(penjual dan pembeli)


Sighah (lafaz penerimaan dan
penawaran)
Bayaran

Barangan yang ditempah


SYARAT BARANGAN YANG
DITEMPAH
 Barang tersebut mestilah boleh
dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya
 Mestilah dikenalpasti jenis, kualiti,
jumlah dan sifat oleh kedua pihak
 Tidak bercampur aduk dengan barangan
yang berlainan jenis
 Barangan mampu diserahkan

 Tempoh dan tempat penyerahan perlu


ditetapkan
LARANGAN DALAM
MUAMALAT
 Riba (tambahan),
 Gharar (ketidakpastian),

 Maisir (perjudian)
KONSEP RIBA
 Bahasa : Pertambahan atau lebihan.
 Syarak : Akad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang
tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan
syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dengan
menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari
keduanya.
 Riba terbentuk dua cara sahaja :

 Hasil lebihan dari kontrak pinjaman

 Pertukaran barangan ribawi berlainan timbangan /


secara tangguh
 Walaubagaimanapun bukan semua perkara yang bertambah
itu riba menurut hukum fiqh.
DALIL-DALIL
MENGENAI RIBA

 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu


makan riba yang berganda-ganda dan takutlah kamu
kepada Allah SWT, mudah-mudahan kamu mendapat
kemenangan."
(Surah Al-Imran-Ayat 130)
DALIL-DALIL
MENGENAI RIBA

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi ‫ ﷺ‬bersabda :


“Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat
bertanya : Wahai Rasulullah apakah kesalahan
itu? Baginda menjawab : Mensyirikkan Allah,
mengerjakan sihir, membunuh nyawa yang
diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran,
MEMAKAN RIBA, memakan harta anak yatim,
lari daripada pertempuran serta menuduh wanita
suci dan beriman berzina tanpa disedarinya”
(Riwayat al-Bukhari)
PEMBAHAGIAN RIBA
BARANGAN RIBA

Emas Gandum
Garam

Kurma Barli Perak


PEMBAHAGIAN RIBA
 Rasulullah S.A.W bersabda :“Jangan kamu
menjual emas dengan emas KECUALI SAMA
DENGAN SAMA dan jangan melebihkan
yang satu atas yang lain. Jangan kamu menjual
perak dengan perak KECUALI SAMA
DENGAN SAMA dan jangan kamu
melebihkan yang satu atas yang lain”
(Riwayat al-Bukhari)

 Rasulullah S.A.W bersabda :“Emas dengan


emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, barli dengan barli, garam dengan
garam, PERLU SAMA BERAT dan TANGAN
DENGAN TANGAN. Barangsiapa yang
menambah atau meminta tambahan, dia telah
melakukan riba, orang yang mengambil dan
orang yang memberi adalah sama”
(Riwayat Muslim)
PEMBAHAGIAN RIBA
Riba Al-Buyu’ (Jual Beli)

 Riba al-Fadhl (bayaran tambahan)


 Jual beli barangan berunsur riba dengan
barangan yang sama dan disertakan dengan
bayaran tambahan oleh salah satu pihak.
 Contoh : 100 gram emas ditukar dengan 110 gram
emas.
 Unsur riba : Bayaran tambahan yang terdapat
dalam urusniaga ini amat jelas dan ketara.
 Urusniaga seperti ini adalah haram dan tidak
dibenarkan.
PEMBAHAGIAN RIBA
Riba Al-Buyu’ (Jual Beli)

 Riba An-Nasak/Nasiah (bayaran


bertangguh)
Jual beli barangan berunsur riba
dengan barangan berunsur riba yang
lain secara bertangguh dan kedua-
duanya mempunyai ‘illah (sebab)
yang sama.
Contoh : Penjual menjual secupak
gandum dan dibayar dengan secupak
gandum dalam tempoh sebulan
pembayaran dibuat.
Atau penjual menjual 10 gram emas
dan dibayar dengan 10 gram emas atau
perak atau dengan nilai yang lebih
kurang dalam tempoh sehari atau
lebih.
PEMBAHAGIAN RIBA
 Urusniaga seperti ini juga haram dan tidak
dibenarkan kerana wujud unsur riba walaupun
tidak ketara.
 Pembayaran tunai berbeza dengan pembayaran
bertangguh.
 Rasulullah s.a.w : “Jangan kamu menjual barangan
yang tiada dengan barangan yang ada”
 Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis lain : “sama
dengan sama, tangan dengan tangan”
 Hadis daripada Ubadah r.a : “Jika barang-barang
ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu
selagi ia dilakukan tangan dengan tangan”
SYARAT PERTUKARAN

Barangan yang
sejenis

JUAL BELI BARANGAN YANG


BERUNSUR RIBA DAN SYARAT-
SYARAT BAGI
MEMBOLEHKANNYA

Barangan tidak sejenis tetapi Barangan yang


mempunyai ‘illah riba yang
sama berlainan ‘illah riba
BARANGAN YANG SEJENIS
 Contoh : gandum dengan gandum,
perak dengan perak.
 Jual beli ini perlu memenuhi 3 syarat
bagi mengelak daripada termasuk
dalam kategori jual beli riba :
1. Barangan yang ditukar mestilah
sama jenis/nilai/timbangan
2. Kontrak/jual beli tersebut mestilah
tunai (serta-merta)
3. Penerimaan berlaku ditempat
memeterai kontrak.
BARANGAN TIDAK SEJENIS TETAPI
MEMPUNYAI ‘ILLAH RIBA YANG SAMA

 Contoh : emas dengan perak, gandum dengan barli.


 Jual beli ini perlu memenuhi 2 syarat bagi menjadikan
jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba :
1. Kontrak/jual beli tersebut mestilah tunai (serta-
merta)
2. Penerimaan berlaku ditempat memeterai kontrak.
BARANGAN YANG BERLAINAN
‘ILLAH RIBA
 Contoh : emas dengan gandum, perak
dengan ikan
 Jual beli ini tidak terikat dengan syarat-
syarat yang dinyatakan sebelum ini, sama
ada berlaku proses penyerahan dan
penerimaan atau tidak atau ditetapkan
tempoh penyerahan tertentu atau tidak.
SEBAB PENGHARAMAN
RIBA
 Terdapat nas daripada al-Quran
dan Hadis mengenai
pengharaman riba.
 Menjadikan manusia malas
berusaha dan mencari
kesenangan daripada hasil
usaha orang lain dan boleh
menimbulkan penindasan.
 Boleh menyebabkan putusnya
amalan bantu-membantu
sesama manusia.
CONTOH APLIKASI RIBA
KESIMPULAN

 Berdasarkan dalam faktor ini, dapat


disimpulkan bahawa kayu ukur yang
diterima pakai bagi menentukan sesuatu
barangan itu berunsur riba atau tidak ialah
mata wang dan makanan.
 Seolah-olah syara’ menggariskan, semua
barangan yang berupa mata wang atau
makanan tidak boleh dijual beli dengan
barangan yang sama jenis dengannya
melainkan jika menurut syarat-syarat
tertentu.
POP KUIZ
 Antara aktiviti berikut, yang manakah
BUKAN menerbitkan najis riba yang
diHARAMkan oleh Allah

A. Saya beri pinjam RM100, kamu bayar


balik RM150
B. Saya beri pinjam RM100, kamu bayar
balik RM80
C. Saya beri pinjam RM100, kamu bayar
balik RM100 beserta TIGA bungkus roti
D. Saya beri pinjam RM100, kamu bayar
balik RM100 dan motosikal kamu saya
guna TIGA hari
POP KUIZ
 Antara berikut yang manakah BUKAN
kategori najis riba yang diHARAMkan oleh
Allah?

A. Tukar 10 gram emas 999 dengan 12 gram


emas 996
B. Pinjam duit RM 100 dan bayar RM 120
minggu hadapan
C. Janji untuk belanja makan 3 hari berturut-
turut jika beri pinjam RM 100 dan bayar
minggu hadapan
D. Beli handphone dengan harga RM 1000
dan jual kepada kawan dengan harga RM
2500
SEKIAN,
TERIMA KASIH 

Anda mungkin juga menyukai