Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Gaya hidup berhutang telah menjadi suatu amalan biasa pada masa kini, lebih-lebih
lagi di kalangan golongan muda atau belia. Mereka yang berumur dalam lingkungan
sekitar 18 tahun hingga 40 tahun (Dewan Bahasa dan Pustaka) ini, kebiasaannya baru
menamatkan pengajian dipelbagai peringkat, ada juga yang sedang meneruskan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi, sedang mencari pekerjaan dan ada juga yang
baru memulakan kerjaya setelah tamat pengajian serta mereka yang baru mendirikan
rumahtangga. Hal ini menjadi satu cabaran yang besar kepada golongan muda untuk
menempuh fasa-fasa kehidupan kerana kestabilan kewangan golongan ini masih lagi
pada tahap yang rendah dan ada juga yang sudah mempunyai beban hutang yang
perlu dijelaskan seperti hutang pengajian disamping menghadapi keperluan dan kos
hidup yang semakin meningkat.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakan daripada mereka terlibat dengan pinjaman dan
pembiayaan sama ada dengan institusi kewangan atau organisasi-organisasi tertentu.
Ditambah pula dengan kewujudan kemudahan hutang yang semakin inovatif dan
mudah akses seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan “overdraft” yang memotivasikan
lagi golongan ini untuk berhutang bagi memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan.
Keperluan dan kehendak yang tidak terkawal dalam mendepani arus inovasi produk-
produk perbankan ini boleh membawa kepada pertambahan kes-kes muflis pada tahap
yang membimbangkan.(Izzudin & Ahmad Azrin, 2017)

Anda mungkin juga menyukai