Anda di halaman 1dari 13

Rujukan Kami : TNB/SMK/KP: 23/8/2

Tarikh : 23 Julai 2007

Kepada : Semua Ketua Bahagian TNB


Semua Ketua Jabatan TNB

PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB

1.0 TUJUAN

Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai pelaksanaan


penggunaan dan penguatkuasaan pasport/kad keselamatan pekerjaan untuk
kontraktor TNB yang dikenali sebagai kad “NIOSH-TNB Safety Passport”
(NTSP).

“NIOSH-TNB Safety Passport” (NTSP) adalah kad yang perlu dimiliki oleh
kontraktor yang bekerja di pepasangan TNB.

Pemakaian program ini adalah untuk mereka yang bekerja di tapak kerja TNB,
pepasangan, stesen-stesen janaelektrik TNB dan premis-premis milik/disewa oleh
TNB.

2.0 LATAR BELAKANG

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, keselamatan pekerja


kontraktor TNB adalah menjadi tanggungjawab TNB. Kemalangan kepada
pekerja kontraktor bukan saja merugikan TNB secara tidak langsung bahkan TNB
boleh didakwa kerana tidak memberi maklumat/latihan kepada pekerja tersebut.

Dengan itu, TNB dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH – National Institute of Safety & Health) akan menjalankan
program Latihan Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk kontraktor.
Kontraktor perlu mengikuti program latihan ini yang dikendalikan oleh NIOSH
untuk mendapatkan kad keselamatan pekerjaan tersebut.

Bersambung di m.s. sebelah

1
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB


(sambungan)

Pelaksanaan program ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan TNB dan mendapat kelulusan serta
sokongan penuh dari ahli-ahli jawatankuasa.

Butir-butir terperinci mengenai program terdapat di Lampiran 1.

3.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN KAD NTSP

Objektif Pelaksanaan Program NTSP adalah untuk:

1. Mematuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


2. Mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pekerja kontraktor TNB.
3. Membantu kontraktor-kontraktor TNB memahami peraturan dan prosidur
kerja selamat TNB.
4. Menyeragamkan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua
kontraktor.
5. Memudahkan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
kalangan pekerja kontraktor.

4.0 PENGUATKUASAAN PEMAKAIAN KAD NTSP

Semua pekerja kontraktor yang bekerja di tapak kerja TNB, di


pepasangan/stesen/premis akan diwajibkan mempunyai kad NTSP. Ini termasuk
kerja-kerja pembinaan, senggaraan, servis dan lain-lain.

i) Kontrak-kontrak baru:

Kontrak/tender baru di mana klausa keperluan kad NTSP disebut,


penguatkuasaan adalah dari tarikh kontrak dilaksanakan.

Bersambung di m.s. sebelah

2
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor di TNB


(sambungan)

ii) Kontrak yang sedang berjalan:

Bagi kontrak yang sedang berjalan, pengurus projek, penyelia dan ketua
pasukan kerja diwajibkan mempunyai kad NTSP sebelum Januari 2008.
Walau bagaimanapun digalakkan semua pekerja mempunyai kad ini.

Penguatkuasaan sepenuhnya di mana SEMUA pekerjaan kontraktor perlu


mempunyai kad NTSP adalah pada Januari 2009.

iii) Kerja-kerja servis atau yang berisiko rendah :

Bagi kerja-kerja servis (seperti senggaraan bangunan) yang berisiko


rendah, pemakaian kad NTSP diwajibkan kepada pengurus, penyelia dan
ketua pasukan kerja.

NOTA:

i) Pekerja kontraktor yang tidak mempunyai kad NTSP tidak akan


dibenarkan bekerja di mana-mana pepasangan/premis TNB. Syarikat
kontraktor akan diberi Notis Peringatan dan perlu memajukan surat
tunjuk sebab.

ii) Penggunaan kad CIDB (Contractor Industry Development Board


Malaysia) masih diperlukan untuk kerja-kerja di tapak pembinaan.

Bersambung di m.s. sebelah

3
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB


(sambungan)

5.0 PROGRAM NTSP

1. Program NTSP telah bermula dan dikendalikan sepenuhnya oleh NIOSH.

2. Semua permohonan dimajukan terus kepada NIOSH seperti alamat di bawah

Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara


Bahagian Keselamatan Pekerjaan
Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel.: 03-8769 2253/8
Fax: 03-8926 8037
E-mail: osd@niosh.com.my

3. Kos program ditanggung sendiri oleh kontraktor dan dibayar sepenuhnya


kepada NIOSH.

6.0 PERANAN/TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Jawatankuasa NTSP

Jawatankuasa NTSP dibentuk untuk mengawal selia pelaksanaan dan pemantauan


program bagi memastikan ianya dipatuhi dan memenuhi kualiti dan keperluan
yang telah ditetapkan.

Ahli Jawatankuasa ini terdiri dari gabungan dari NIOSH dan TNB. TNB diwakili
oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Keselamatan Pekerjaan (Bahagian Sumber
Manusia), Unit Keselamatan Pekerjaan, (Bahagian Penghantaran dan
Pembahagian) dan Unit Pengurusan Risiko (Penjanaan).

Jawatankuasa bertanggungjawab untuk menyemak/mengemaskini silibus/modul


kursus dari semasa ke semasa bagi memastikan kesesuaian dan peningkatan
modul, mengemaskini pengkalan data, membincangkan masalah serta usul bagi
meningkatkan prestasi kursus.

Bersambung di m.s. sebelah

4
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB


(sambungan)

6.2 Jabatan Keselamatan Pekerjaan, Bahagian Sumber Manusia TNB

Jabatan Keselamatan Pekerjaan, Bahagian Sumber Manusia TNB adalah


bertanggungjawab ke atas program dan juga perantaraan antara NIOSH dengan
TNB.

Jabatan bertangungjawab:

• mengeluarkan pekeliling, arahan serta prosidur yang bersabit dengan


program ini.
• memastikan pihak NIOSH menyediakan kursus dan jurulatih yang
mencukupi untuk menampung keperluan latihan yang diperlukan.
• memantau penguatkuasaan program di TNB.
• memastikan silibus/modul diulangkaji dan pengendalian kursus mencapai
tahap yang dikehendaki.
• menjalankan pemeriksaan tempat/premis kerja untuk tujuan
penguatkuasaan.
• mengkoordinasikan latihan NTSP untuk penyelia kontraktor TNB.

6.3 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHU) Bahagian-


Bahagian.

Unit ini bertanggungjawab menguatkuasakan program NTSP. Antara


tanggungjawab tersebut adalah :

• mengeluarkan arahan/pekeliling dalaman/bahagian (jika perlu).


• menjalankan pemeriksaan kepada kontraktor-kontraktor yang bekerja di
premis TNB.
• mengeluarkan notis jika didapati kontraktor tidak mematuhi peraturan.
• memaklumkan keperluan kad NTSP kepada semua kontraktor dengan
kerjasama Jabatan Sumber Manusia Bahagian.

Bersambung di m.s. sebelah

5
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB


(sambungan)

6.4 Jabatan Perkhidmatan Perolehan, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Jabatan Perkhidmatan Perolehan hendaklah memastikan setiap kontrak/tender


atau sebutharga yang dikeluarkan/ditawarkan kepada mana-mana syarikat untuk
kerja-kerja pembinaan, senggaraan, perkhidmatan (servis) perlu mempunyai
klausa/peruntukan untuk keselamatan pekerjaan termasuklah keperluan kad
NTSP.

Garispanduan bertajuk “Occupational Safety and Health Requirement for


Contractors” disertakan dalam pemanggilan tender/sebutharga pembekalan kerja
dan perkhidmatan jika diperlukan.

6.5 Ketua Jabatan

Ketua Jabatan perlu menyimpan senarai kontrak di bawah jabatan beliau bagi
tujuan pemantauan.

Ketua-ketua Jabatan hendaklah memastikan keperluan untuk pekerja kontrak


mempunyai kad NTSP dipenuhi.

7.0 PEGAWAI PENGUATKUASA

Pegawai-pegawai TNB yang menguatkuasakan peraturan;

• Ketua Jabatan
• Pegawai Keselamatan Pekerjaan dari Jabatan Keselamatan Pekerjaan,
Bahagian Sumber Manusia,
• Pegawai Keselamatan Pekerjaan dari Unit Keselamatan Pekerjaan, Bahagian-
Bahagian
• Pegawai Keselamatan Pekerjaan Negeri / Kawasan / Stesen
• Pemeriksa Keselamatan (Safety Inspector) Negeri / Kawasan / Stesen

Bersambung di m.s. sebelah

6
PEKELILING PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BIL. 20 TAHUN 2007

Pelaksanaan Program Pasport Keselamatan Pekerjaan Kontraktor Di TNB


(sambungan)

“WE’VE GOT THE POWER – to serve, to deliver, to excel“

(DATO’ HJ. KAMARUZZAMAN JUSOH)


Naib Presiden (Sumber Manusia)
Tenaga Nasional Berhad

s.k.: Pengerusi TNB


Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB
Ketua Anak-Anak Syarikat Milik Penuh TNB

(Senarai Edaran ‘A’)

Pekeliling ini juga boleh didapati di laman web Bah. Sumber Manusia melalui alamat
http://livewire.hq.tnb.com.my/newhr/.

7
Lampiran 1

“NIOSH-TNB SAFETY PASSPORT (NTSP)”

1.0 Latar belakang Pasport Keselamatan Pekerjaan NIOSH

NIOSH dengan sokongan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Malaysia (DOSH) telah menjalankan kursus induksi dan penilaian untuk pekerja
kontraktor di beberapa syarikat seperti PETRONAS, SHELL, INTEL dan lain-lain
yang dikenali dengan sebagai “Contractor Safety Passport System”.

TNB bercadang untuk mengadaptasi program yang sama dan akan dikenali
sebagai Program “NIOSH TNB Safety Passport” (NTSP).

2.0 “NIOSH-TNB Safety Passport (NTSP)”

NSTP adalah program latihan induksi yang direkabentuk untuk pekerja kontraktor
TNB yang bekerja di bawah kontrak/tender TNB. Program ini adalah latihan asas
kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dengan penekanan kepada
hazad-hazad di pepasangan TNB.

Program akan dikendalikan oleh NIOSH. Pekerja kontraktor TNB perlu


menghadiri kursus dan lulus ujian penilaian dan akan dibekalkan dengan kad
keselamatan pekerjaan.

2.1 Objektif Pelaksanaan kad NTSP

• Memastikan kontraktor dan pekerjanya mempunyai kefahaman asas dalam


keselamatan dan kesihatan pekerjaan berhubung dengan pekerjaan mereka bagi
mengelak kemalangan dari berlaku.

• Memastikan kontraktor mematuhi keperluan minima perundangan dan


peraturan keselamatan dan kesihatan syarikat.

• Mendapatkan penilaian/pengujian pihak ketiga (NIOSH) bagi memastikan


kualiti dan integriti latihan yang diberikan.

2.2 Faedah kepada TNB

• Mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja serta meningkatkan


produktiviti

• Mendapatkan pensijilan pihak ketiga (NIOSH).

• Memastikan kontraktor mematuhi keperluan minima perundangan dan


peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat.

1
• Memastikan semua pekerja kontraktor mempunyai asas piawaian induksi
program yang selaras dan dilatih oleh agensi kerajaan.

• Mempunyai pengkalan data (data-base) mengenai pekerja-pekerja kontraktor


TNB

2.3 Faedah kepada Kontraktor

• Mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan, 1994

• Meningkat kesedaran dan membudayakan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan untuk pekerja

• Semua pekerja kompeten dan memenuhi keperluan pengurusan Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan

• Perlindungan Insurans Takaful Malaysia untuk pekerja yang mengikuti


program ini.

3.0 Butir-butir Kursus NTSP

3.1 Kumpulan sasaran :


Semua pekerja kontraktor / vendor / pembekal TNB

3.2 Jangkamasa program :


Program dijalankan selama 7 jam (1 hari).

3.3 Bahasa :
Peserta perlu memahami Bahasa Melayu atau Inggeris.

3.4 Penilaian :
Peserta perlu lulus ujian bertulis yang diadakan pada akhir kursus sebelum
dibekalkan dengan passport.

3.5 Tempoh sah passport :


Passport hanya sah selama 3 tahun sahaja dan pekerja perlu menghadiri
Program Ulangkaji untuk memperbaharui passport.

3.6 Yuran kursus/penilaian :


Yuran kursus yang dikenakan adalah RM 250.00 seorang termasuk yuran
kursus (makan, nota dll), penilaian dan kad NTSP.

Semua pembayaran hendaklah dimajukan kepada NIOSH.


.

2
3.7 Modul-modul program adalah :

Modul 1 : Keperluan Undang-Undang


Modul 2 : Penyebab Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan
Modul 3 : Hazad di Tempat Kerja
Modul 4 : Langkah-Langkah Pencegahan dan Pengawalan

3.7 Lokasi :
Program akan dijalankan secara berkala di NIOSH. Ia juga boleh
dijalankan secara ‘in-house’ di mana-mana lokasi yang bersesuaian jika
perlu.

3.8 Kad/Passport

Contoh passport :

4.0 Peranan

4.1 Peranan NIOSH

Pihak NIOSH dengan kerjasama TNB telah menyediakan silibus program


berserta dengan ‘course presentation’ untuk program ini dan mencetakkan
buku-buku nota untuk rujukan peserta.

NIOSH juga akan menyelaras, mengendalikan kursus dan menjalankan


penilaian peserta.

Kad-kad keselamatan pekerjaan ini akan diproses oleh NIOSH dan butir-
butir peserta disimpan di pengkalan data yang disenggarakan oleh NIOSH.
TNB mempunyai akses kepada pengkalan data ini.

NIOSH akan menyediakan keperluan pemasaran dan pengiklanan.


3
4.2 Peranan TNB

TNB akan membantu NIOSH membangunkan modul untuk program ini di


mana akan ditekankan keperluan-keperluan TNB dalam memastikan
keselamatan pekerja-pekerja kontraktor.

Memasukkan keperluan kad NTSP untuk pekerja kontraktor di dalam kontrak


dan tender dokumen.

TNB akan menguatkuasakan pemakaian kad NTSP kepada semua pekerja


kontraktor yang bekerja di pepasangan dan projek-projek TNB.

Membantu menyebarkan maklumat kepada kontraktor-kontraktor dan


mengkoordinasikan program jika perlu.

5.0 Jabatan/Pegawai Bertanggungjawab

TNB : Tn. Hj Kamal Ariffin Abdullah


Pengurus Besar
Jabatan Keselamatan Pekerjaan
Bahgian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad

NIOSH : Puan Hajjah Maimunah Khalid


Pengurus Besar (Operasi)
Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan

4
Sila lekatkan
INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA foto berukuran
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH passport di sini
BORANG PERMOHONAN KURSUS DAN PENILAIAN PASPORT KESELAMATAN NIOSH Please attach
passport size
NIOSH SAFETY PASSPORT COURSE AND ASSESSMENT APPLICATION FORM photo here
Tel: 03 – 8769 2100 Fax: 03 – 8926 2900 URL: www.niosh.com.my

A. TEMPAT LATIHAN PILIHAN B. MAKLUMAT PERMOHONAN


PREFERRED TRAINING VENUE APPLICATION’S INFORMATION

BANGI KOTA KINABALU B1 KURSUS


COURSE

MELAKA BINTULU KALI PERTAMA PEMBAHARUAN


FIRST TIME RENEWAL

JOHOR BAHRU KUCHING B2 ULANGAN PENILAIAN


RE-SIT ASSESSMENT

PULAU PINANG KEMAMAN KALI KEDUA KALI KETIGA


SECOND TIME THIRD TIME

LAIN-LAIN OTHERS (> 20 PESERTA PARTICIPANTS) TARIKH KURSUS / PENILAIAN


COURSE / ASSESSMENT DATE

SILA KEPILKAN BERSAMA SEKEPING


C. KURSUS PILIHAN APPLIED COURSE
FOTOSTAT KAD PENGENALAN / PASSPORT
PETRONAS SHELL TNB Titan PLEASE ATTACH TOGETHER A PHOTOSTAT COPY OF
IDENTITY CARD / PASSPORT

D. MAKLUMAT PEMOHON APPLICANT’S INFORMATION


NAMA PEMOHON APPLICANT’S NAME

NAMA UNTUK DICETAK DI ATAS KAD


NAME TO BE PRINTED ON THE CARD

NO KP IC NO @ PASSPORT NO

ALAMAT SURAT MENYURAT


MAILING ADDRESS

POSKOD POSTCODE NEGERI STATE

WARGANEGARA NATIONALITY

BANGSA RACE MELAYU MALAY CINA CHINESE INDIA INDIAN LAIN-LAIN


OTHERS

JANTINA GENDER LELAKI MALE PEREMPUAN FEMALE

NO TELEFON TELEPHONE NO - UMUR AGE

NO FAKSIMILI FACSIMILE NO -
NO TEL BIMBIT HANDPHONE NO -
ALAMAT EMAIL EMAIL ADDRESS

WARIS TERDEKAT NAMA NAME HUBUNGAN RELATIONSHIP


IMMEDIATE FAMILY MEMBER

1
2

NO TELEFON KECEMASAN
EMERGENCY CONTACT NO
- JENIS DARAH BLOOD TYPE

ALAHAN ALLERGIES

BAHASA PERANTARAAN KURSUS TRAINING MEDIUM BAHASA MELAYU MALAY BAHASA INGGERIS ENGLISH
E. MAKLUMAT PENAJAAN SPONSOR’S INFORMATION

PENAJA SPONSOR TAJAAN SENDIRI TAJAAN SYARIKAT


SELF-SPONSORED COMPANY SPONSORED

NOTA NOTE: JIKA TAJAAN SENDIRI, SILA ABAIKAN RUANGAN DI BAWAH PLEASE IGNORE THE COLUMN BELOW IF SELF-SPONSORED

NAMA SYARIKAT COMPANY NAME

ALAMAT SYARIKAT MAILING ADDRESS

POSKOD POSTCODE NEGERI STATE

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
PERSON IN CHARGE

NO TELEFON TELEPHONE NO -
COP RASMI SYARIKAT
COMPANY OFFICIAL STAMP
……………………………….
TANDATANGAN PENAJA
SIGNATURE OF SPONSOR

TARIKH DATE - -

F. MAKLUMAT PEMBAYARAN PAYMENT INFORMATION


HARGA KURSUS COURSE FEE RM . 0 0
KAEDAH PEMBAYARAN TUNAI KIRIMAN WANG DERAF BANK
PAYMENT METHOD CASH MONEY ORDER BANK DRAFT

CEK NO CEK
CHEQUE CHEQUE NO

………………………………...
TANDATANGAN PEMOHON
APPLICANT’S SIGNATURE
TARIKH DATE - -

PENTING IMPORTANT
1. Sila pastikan cek dibayar kepada ‘NIOSH’
Please ensure cheque payable to ‘NIOSH’
2. Jangan hantarkan wang tunai menerusi surat / pos
Do not send cash through mail
3. Sila bawa bersama SEKEPING FOTO berukuran passport dan SATU salinan fotostat Kad Pengenalan (hadapan) /
Passport semasa mendaftar
Please bring along during registration ONE passport size photo and ONE photostat copy of Identity Card / Passport
4. Sila pastikan ruangan JENIS DARAH telah diisi
Please ensure BLOOD TYPE column has been filled up
5. NIOSH berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap
NIOSH has the right to reject incomplete application

SILA HANTARKAN BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP KEPADA:


PLEASE SEND COMPLETED APPLICATION FORM TO:

NIOSH Bangi NIOSH Penang NIOSH Terengganu


Tel: 03 – 8769 2258 / 2174 Tel: 04 – 380 1200 Tel: 09 – 850 2961
Fax: 03 – 8926 8037 (OSD) Fax: 04 – 397 3977 Fax: 09 – 850 2960
03 – 8926 3900 (HETD)
Email: osd@niosh.com.my Email: penang@niosh.com.my Email: terengganu@niosh.com.my
hetd@niosh.com.my

NIOSH Johor NIOSH Sarawak NIOSH Sabah


Tel: 07 – 599 1200 Tel: 086 – 311 500 Tel: 088 – 261 252 / 263 252
Fax: 07 – 599 0200 Fax: 086 – 315 501 Fax: 088 – 257 252
Email: johor@niosh.com.my Email: sarawak@niosh.com.my Email: sabah@niosh.com.my

Anda mungkin juga menyukai