Anda di halaman 1dari 23

1.

Syarat pertama, Tawaran Sebutharga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera
yang berdaftar dengan :

a) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Grade G2; DAN

b) Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

2. Syarat kedua, Tawaran Sebutharga ini adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di
antara salah satu seperti berikut :

a) Kementerian Kewangan dalam bidang,sub bidang, dan pecahan bidang 220402 (Membersih
Kawasan) dan 220803 (Hiasan Jalan/Kawasan); ATAU

b) Pusat Khidmat Kontraktor dalam Kelas F kepala VI sub kepala 3 (a) & 3 (b); DAN

Tuan/Puan adalah dijemput untuk melawat dan menghadiri taklimat oleh Pegawai Penguasa atau wakilnya di
BILIK MAWAR,ARAS 4,MAJLIS PERBANDARAN SEPANG pada masa berikut ;-


Dokumen Sebutharga dan Pelan Tapak boleh didapati di Bahagian Landskap, Jabatan Perancangan Bandar &
Landskap, Majlis Pebandaran Sepang atau melalui laman web Majlis di alamat
http://www.tender.selangor.gov.my dengan bayaran RM50.00.

Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup dan bermetri,bertulis
nombor sebutharga ini,tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup dan dimasukkan ke dalam peti
tender Majlis Perbandaran Sepang di Ruang Lobi,Aras 2. Tempoh sah sebutharga yang dihantar kemudian
daripada ini adalah sah selama 90 hari daripada tarikh iklan sebutharga ini. Segala pertanyaan dan kemusykilan
hendaklah dikemukakan ke Bahagian Landskap, Jabatan Perancangan Bandar & Landskap, Majlis Perbandaran
Sepang,Persiaran Semarak Api, 63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,



















LAMPIRAN A1
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana
sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan
Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyediaan Sebut Harga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi dengan dakwat segala maklumat berikut dengan
sepenuhnya:-
(a) Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut Harga,
(b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga,
(c) Senarai Kerja Dalam Tangan,
(d) Jadual Kadar Harga (jika ada),
(e) Butir-butir Spesifikasi (jika ada).
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah
menandatangani ringkas semua pembetulan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga
(a) Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga
serta tajuk sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga pada masa dan
tempat yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
(b) Jika Dokumen Sebut Harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut Harga hendaklah
menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di
tempat yang ditetapkan.
(c) Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang
sebab, tidak akan dipertimbangkan.

2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut Harga yang tidak jelas atau bercanggah,
Kontraktor boleh menghubungi Pegawai Inden untuk penjelasan lanjut.




3. TEMPOH SIAP KERJA *
Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi ............ minggu.

4. BAYARAN DOKUMEN SEBUT HARGA +
Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM ......................... (Ringgit Malaysia:
................... sahaja).
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh
Penyebutharga sendiri.
6. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup sebut harga.
Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh
sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik
balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.








* Hendaklah diisi oleh Pegawai Mengurus Sebut Harga
+ Pengiraan harga dokumen sebu tharga hendaklah dbuat berdasarkan kadar yang ditetapkan
bagi bayaran dokumen tender menerusi SPP yang terkini.










LAMPIRAN A2
SYARAT-SYARAT AM
1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA
Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan jenis
tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan Kerja, cara-cara
perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala
maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi
dan menjejas sebut harganya. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan
Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.
2. INSURANS
2.1 Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans
Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir butir Ringkasan
Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan
Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.
2.2 Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua polisi insurans dan
Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan
Kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan Kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan
resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan
semua polisi insurans selepas tempoh sah notanota perlindungan, tanpa sebarang sebab
yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah fasal 9(d).

3. PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA
3.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butirbutir
kerja dalam Ringkasan Sebut Harga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen
Sebut Harga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.
*3.2 Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak di perenggan
3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undangundang
dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh:
(i) Suruhanjaya Tenaga
(ii) Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan
(iii) Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
(iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat
(v) Pihak Berkuasa Tempatan
_______________________________
* Potong jika tidak diperlukan





4. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA
Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden, tanpa sebab-sebab yang
munasabah, Inden akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan
diambil terhadap Kontraktor.
5. SUB-SEWA DAN MENYERAHHAK KERJA
Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor
lain. Kontraktor tidak boleh menyerahhak apa-apa faedah di bawah Inden ini tanpa terlebih dahulu
mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

6. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH PEGAWAI INDEN
6.1 Pegawai Inden atau Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari
jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam spesifikasi. Kontraktor
hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar
dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa bahan-bahan dan barang-
barang itu mematuhi Spesifikasi. Bahan, barang dan kerja kerja yang ditolak hendaklah
diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor
sendiri.
6.2 Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel
bahan dan barang-barang untuk ujian.
6.3 Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam
spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan
daripada Pegawai Inden secara bertulis.

7. RINGKASAN SEBUT HARGA
7.1 Ringkasan Sebut Harga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebut Harga ini
dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebut Harga.
7.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah mengambil kira semua kos
termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan
bagi penyiapan Kerja dengan sempurnanya.
7.3 Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos
buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan, sama ada dalam tempoh sah
sebut harga atau dalam tempoh Kerja.
7.4 Harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah
tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden
tentangkemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan
kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah dibuat
sebelum Inden Kerja dikeluarkan.
7.5 Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebut Harga menurut perenggan 7.4
t ersebut di atas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebut Harga hendaklah
dilaras dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan
hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga. Amaun
jumlah harga pukal dalam Borang Sebut Harga hendaklah tetap tidak berubah.
7.6 Sekiranya sebut harga berasaskan senarai kuantiti sementara, pengukuran semula
hendaklah dibuat dan harga sebut harga diselaraskan.

8. PERCANGGAHAN DAN KECUKUPAN DOKUMEN SEBUT HARGA
8.1 Dokumen Sebut Harga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama
lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerja
dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar.
Dokumen Sebut Harga pada keseluruhannya sama ada atau tidak tujuan dan maksud itu
ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan,maksud itu
hendaklah difahamkan dengan munasabahnya dari Dokumen Sebut Harga itu.
8.2 Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebut Harga dia
hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

9. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN
PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR
Pegawai Inden berhak membatalkan Inden sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut
dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawai Inden:
(a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan;
(b) Kemajuan Kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah;
(c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa
sebab yang munasabah;
(d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang
munasabah; dan
(e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

10. BAYARAN KEMAJUAN
Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap
dilaksanakan.








11. KERJA PERUBAHAN
11.1 Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan
sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh
Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh
Pegawai Inden boleh membatalkan sebut harga ini.
11.2 Semua kerja perubahan dan/atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan
diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti/Ringkasan
Sebut Harga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, kadar harga yang
dipersetujui oleh Pegawai Inden dan kontraktor
hendaklah digunakan.

12. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)
12.1 Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi sebut harga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6)
bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh
waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu
oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada
enam (6) bulan boleh dikenakan.
12.2 Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan
atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau
barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati sebut harga ini apabila diarahkan oleh Pegawai
Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan,
ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.
12.3 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua
kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki
wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tiada tidak mencukupi, mengeluarkan
surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran
Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya
Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrik/mekanikal,
salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah
Cawangan Kerja Mekanikal.

13. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP
Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah kontraktor menyiapkan kerja dengan
sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-
borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden KerjaJKR 58 dan Borang Pengesahan
Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.


14. PERAKUAN SIAP KERJA
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan
dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan
Kecacatan.
15. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN
Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja
kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan
lain.
16. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang
Berkanun dalam Malaysia semasa pelaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang
kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat ini.
























SYARAT-SYARAT AM


1. Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lantikan
dikeluarkan dan hendaklah mengikut arahan dan kelulusan Yang Dipertua,Majlis Perbandaran
Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya.

2. Jika kontraktor gagal memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari, kontrak/sebutharga ini
akan dibatalkan dan suatu aduan akan dibuat kepada pihak Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
atau Kementerian Kewangan atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB).

3. Semua bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan hendaklah baru dan belum terpakai
serta mempunyai mutu yang baik dan diperolehi dari dalam Malaysia serta mendapat
kelulusan Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya.
Pegawai tersebut juga mempunyai kuasa untuk meminta contoh-contoh untuk diperiksa
sebelum bahan-bahan tersebut dibekalkan atau digunakan.

4. Apabila kerja siap, segala sampah sarap,serpihan dan lebihan hendaklah dibersihkan
mengikut arahan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa
olehnya.

5. Kontraktor perlu menyertakan salinan lesen Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Kementerian
Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan UPEN bagi
setiap sebutharga.

6. PEMERIKSAAN TAPAK

Kontraktor dianggap telah melawat dan mengetahui akan tempat kerja yang akan dijalankan
dan berpuashati dengan syarat-syarat yang dikenakan dan mengkaji dengan terperinci
masalah yang akan timbul bersabit dengan kerja ini supaya tidak menjejaskan perjalanan kerja
nanti dan hendaklah ianya berpuashati sebelum menghantar tawarannya mengenai keadaan
tapak. Segala tuntutan yang bersabit dengan pemeriksaan tapak tidak boleh dibuat dan tidak
akan dilayan.

7. BURUH DAN PERALATAN KERJA

Pihak kontraktor hendaklah membekalkan semua buruh dengan alat-alat kerja dan
pengangkutan yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini dan semua
ini disediakan atas tanggungan dan dibiayai kontraktor sendiri. Bagi memastikan kerja-kerja ini
dapat diselenggara dengan teratur dan memuaskan, maka semua alatan kerja dan
pengangkutan hendaklah disimpan setiap masa, dibaiki dan diselenggarakn dengan baik oleh
kontraktor sendiri.


8. PENGAWASAN OLEH KONTRAKTOR

Pihak kontraktor hendaklah melantik seorang wakil yang cekap untuk menjadi pengawas/wakil
kontraktor semasa ketiadaannya dan arahan yang diberikan kepada wakilnya hendaklah
menjadi tanggungjawab pihak kontraktor atau wakilnya hendaklah apabila diminta hadir ke
pejabat Majlis Perbandaran Sepang untuk memberi laporan kemajuan kerjanya dan menerima
arahan daripada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa
olehnya.






9. HALANGAN

Pihak kontraktor hendaklah menentukan bahawa tidak ada kesusahan atau halangan yang
timbul kepada orang ramai atau awam waktu menjalankan pekerjaan.

10. TEMPOH KONTRAK

Tempoh kontrak atau sebutharga ini selama dua puluh empat (24) bulan dari tarikh lantikan
kontraktor dan boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan lagi budi bicara Yang
Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang dan hendaklah dipohon oleh kontraktor tiga (3) bulan
sebelum tamat kontrak tersebut.

11. BON PERLAKSANAAN

11.1 Sebelum atau pada tarikh menandatangani kontrak ini kelak selepas keputusan
sebutharga ini dikeluarkan,kontraktor dikehendaki mendepositkan wang cagaran dalam
bentuk tunai atau jaminan bank tidak boleh batal yang berjumlah 5% dari nilai
keseluruhan tanggungan kontrak selama tempoh menyempurnakan kerja-kerja
tersebut. Sekiranya amaun tersebut tidak mencukupi kontraktor hendaklah memastikan
amaun tersebut sentiasa mencukupi mengikut jumlah yang ditetapkan sebelum,
selepas atau pada tarikh menandatangani sebutharga ini.

11.2 Sekiranya kontraktor tidak dapat menyediakan bon perlaksanaan ini seperti yang
dinyatakan di Klausa 11.1, kontraktor boleh memohon kepada pihak Majlis bagi
penyediaan bon perlaksanaan kerja-kerja kontrak tersebut secara berperingkat atau
mana-mana kaedah yang diterima oleh pihak Majlis dan kebenaran oleh Majlis tersebut
adalah tertakluk kepada apa-apa syarat yang akan ditentukan oleh Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa olehnya dan pihak Majlis
boleh, enggan atau tidak menerima permohonan tersebut tanpa sebarang alasan.

11.3 Jaminan Bank / Wang Cagaran yang dikemukakan menurut Fasal 11.1 atau Fasal 11.2
di atas akan dituntut atau dipotong amaunnya oleh Majlis sekiranya kontraktor gagal
mengikut mana-mana syarat di dalam sebutharga ini.

12. PERNYATAAN, WARANTI DAN AKU JANJI KONTRAKTOR

12.1 Kontraktor adalah dikehendaki menjalankan kerja-kerja kontrak menurut lokasi yang
ditentukan di dalam pelan tapak dan spesifikasi kerja yang disediakan di dalam
kontrak/sebutharga ini termasuk apa-apa arahan,perubahan,pindaan atau tambahan
kerja yang ditentukan oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya
yang diberi kuasa olehnya dari masa ke semasa.

12.2 Sebaik sahaja sebutharga / kontrak ini ditandatangani,kontraktor hendaklah
mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Majlis bagi
menjalankan kerja-kerja kontrak kepada Majlis untuk tujuan rekod dan beberapa
pematuhan syarat seperti berikut :

a) Agihan pengambilan pekerja-pekerja oleh kontraktor hendaklah sekurang-kurangnya
51% pekerja Bumiputera.

b) Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama-nama pekerja yang
diambil oleh kontraktor bagi kerja-kerja kontrak termasuk nombor telefon untuk
dihubungi dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang adalah berhak untuk
membantah pengambilan kerja mana-mana calon yang pada pendapatnya adalah tidak
sesuai bagi kerja-kerja tersebut.

c) Sekiranya kontraktor menggunakan khidmat pekerja-pekerja yang terdiri daripada
warganegara asing, kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Majlis senarai nama
pekerja yang diambil oleh kontraktor bagi kerja-kerja kontrak berserta dengan sesalinan
passport dan permit kerja.

d) Bagi menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak ini, kontraktor adalah pada bila-bila
masa dilarang mengambil bekerja, mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat
dengan Majlis sama ada tetap, sementara kontrak atau sambilan.

e) Setiap pekerja-pekerja kontraktor hendaklah menggunakan pakaian seragam dan vest
keselamatan yang sesuai dan dipersetujui oleh Majlis bagi menjaga imej Majlis.

f) Bagi menjalankan kerja-kerja kontrak ini, kontraktor adalah pada setiap masa
hendaklah memastikan dan mematuhi bahawa sampah yang dibuang hendaklah
dilupuskan di tempat yang ditetapkan oleh Majlis dengan bukti yang memuaskan oleh
pihak Majlis.

g) Salinan polisi insurans seperti di Fasal 14.

h) Salinan perakuan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

i) Salinan pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sekiranya perlu oleh pihak Majlis.

j) Salinan pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

k) Salinan pendaftaran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

l) Salinan pendaftaran perniagaan/syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).

m) Salinan pendaftaran kenderaan-kenderaan yang digunakan bagi maksud kerja-kerja
kontrak.

n) Kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh kontraktor hendaklah berada dalam
keadaan yang sempurna dan memuaskan. Jika sekiranya kenderaan yang digunakan
oleh kontraktor tersebut rosak, maka adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk
memperbaiki kenderaan tersebut dan mendapatkan pengganti bagi kenderaan yang
rosak tersebut.

o) Salinan Jadual Kerja-kerja Kontrak yang ditetapkan oleh kontraktor dan dipersetujui
oleh Majlis.

p) Menyediakan dua (2) salinan laporan bergambar kerja-kerja kontrak dan salinan
softcopy sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja dilaksanakan kepada pihak Majlis.

q) Menyediakan peralatan yang sesuai,sempurna dan mencukupi serta sesalinan inventori
diserahkan kepada Majlis.

r) Mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang atau
wakilnya yang diberi kuasa olehnya akan contoh-contoh bahan yang hendak digunakan
dan hendaklah yang mempunyai mutu terbaik yang boleh didapati di pasaran.




12.3 Walau apa pun yang terkandung dalam sebutharga ini adalah disahkan oleh Pihak-
Pihak dalam sebutharga ini bahawa :-

a) Kesemua pekerja kontraktor adalah bukan pekerja,kakitangan atau wakil dan
kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memenuhi segala syarat-
syarat pengambilan pekerja yang dimestikan oleh undang-undang yang terpakai
termasuk membuat bayaran SOCSO, pampasan pekerja dan sebagainya.

b) Apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana pekerja kontraktor sewaktu
melakukan kerja-kerja kontrak adalah bukan menjadi tanggungjawab Majlis tetapi
adalah menjadi tanggungjawab kontraktor sepenuhnya.

13. PENYELIAAN KERJA-KERJA KONTRAK

13.1 Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang boleh mewakilkan kepada Pegawai
Penyelia untuk kuasa-kuasa menyelia dan memeriksa kerja-kerja kontrak supaya
dijalankan dengan sempurna,termasuk memberi apa-apa arahan kepada kontraktor jika
diperlukan.

13.2 Walau apa pun yang bertentangan yang terkandung di dalam sebutharga ini mana-
mana Pegawai Majlis lain yang diarahkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Sepang mempunyai hak sepenuhnya dari masa ke semasa untuk membuat apa-apa
pemeriksaan dan mengeluarkan apa-apa arahan kepada kontraktor mengenai kerja-
kerja kontrak sekiranya dirasakan adalah perlu untuk berbuat demikian.


14. INSURANS

Kontraktor hendaklah mengambil Polisi Insurans Tanggungan Awam bagi melindungi liabiliti
kontraktor dan Majlis mengenai sebarang kecederaan diri,kematian atau dalam
melaksanakan kerja-kerja kontrak dan disebabkan oleh apa-apa kecuaian,pecah kontrak di
pihak kontraktor dan mengambil Insurans Pampasan Pekerja (Workment Compensation
Insurance) dalam sebutharga ini daripada syarikat insurans yang diperakukan oleh Majlis dan
mendepositkannya kepada Majlis.

15. TANGGUNG RUGI (INDEMNITI)

15.1 Kontraktor hendaklah pada bila-bila masa hendaklah menanggung rugi dan
menyebabkan Majlis sentiasa ditanggung rugi daripada dan terhadap semua atau apa-
apa tindakan prosiding,tuntutan yang dibuat,dikenakan atau dibawa oleh mana-mana
orang terhadap Majlis,berkenaan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan
kecuaian,perlanggaran kewajipan atau tindakan salah oleh kontraktor,pekerja-pekerja
dan / atau agen-agennya dalam menjalankan kerja-kerja kontrak.

15.2 Kontraktor hendaklah menanggung sepenuhnya apa-apa tuntutan yang dibuat oleh
mana-mana pihak yang mengalami kerugian,kecederaan atau kematian semasa kerja-
kerja kontrak dijalankan yang mana berpunca dari kelalaian dan kecuaian
kontraktor,kakitangan atau agen kontraktor dan hendaklah memberi pampasan dan
mengganti rugi sepenuhnya jika tuntutan itu dibuat oleh mana-mana pihak yang terbabit
terhadap Majlis.







16. PENYERAHAKKAN ATAU INOVASI

16.1 Kontraktor adalah dilarang sama sekali daripada memindah atau menyerahkan hak
faedah Perjanjian atau kerja-kerja kontrak ini kecuali mendapat kelulusan daripada
Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang.

17. NOTIS PEMBETULAN

17.1 Sekiranya kontraktor gagal untuk menjalankan kerja-kerja kontrak,Majlis boleh
mengeluarkan notis iaitu Notis Pembetulan secara bertulis kepada kontraktor
menyatakan kegagalan atau ketidaksempurnaan kerja-kerja kontrak itu dilaksanakan
dan tempat berlakunya kegagalan tersebut berlaku termasuk aduan awam dan
menghendaki kontaktor untuk membetulkan kegagalan tersebut dalam tempoh dua
puluh empat jam (24) jam dari tarikh penerimaan Notis Pembetulan atau tempoh yang
lebih panjang yang ditentukan oleh Majlis serta Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Sepang boleh atas budibicara membuat sebarang pemotongan bayaran mengikut
jumlah nilai kerja-kerja kontrak pada peringkat ini.

17.2 Sekiranya kontraktor gagal mengambil tindakan sewajarnya seperti yang termaktub di
dalam Notis Pembetulan tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan, Majlis berhak
untuk melantik mana-mana orang yang bersesuaian bagi melaksanakan arahan-arahan
seperti yang dinyatakan di dalam notis tanpa notis kepada kontraktor. Apa-apa kos
perbelanjaan yang di tanggung oleh Majlis bagi melantik orang tersebut hendaklah
ditanggung oleh kontraktor.

17.3 Sekiranya kontraktor gagal untuk mematuhi tiga (3) Notis Pembetulan yang
dikemukakan atas kegagalan yang sama yang dilakukan dan lokasi kegagalan itu
berlaku yang sama oleh kontraktor, Majlis berhak untuk menamatkan Perjanjian ini
dengan kontraktor dua puluh satu (21) hari notis secara bertulis akan hasratnya untuk
membuat sedemikian tanpa membayar sebarang pampasan.

17.4 Oleh kerana force majeure

17.5 Oleh sebab apa-apa keburukan cuaca yang luar biasa

17.6 Oleh sebab arahan-arahan yang diberi oleh P.P berbangkit dari pertikaian dengan tuan-
tuan punya berjiran dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa
perbuatan,kecuaian atau kemungkaran di pihak Kontraktor atau mana-mana
subkontraktor yang dinamakan atau selainnya.

17.7 Oleh sebab kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana satu atau lebih
dari perkara luar jangka yang disebut dalam Fasal 36 syarat-syarat ini (dengan syarat
dan sekata yang ianya hanya tidak disebabkan oleh apa-apa
perbuatan,kecuaian,kemungkiran atau pecah kontrak oleh Kontraktor atau mana-mana
subkontraktor yang dinamakan atau selainnya sama ada kerana tidak mengambil
langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Kerja atau selainnya.

17.8 Oleh sebab arahan-arahan P.P yang dikeluarkan di bawah Fasal 5 syarat-syarat ini
dengan syarat bahawa arahan-arahan itu tidak dikeluarkan oleh sebab apa-apa
kemungkiran atau pecah kontrak oleh Kontraktor atau mana-mana subkontraktor yang
dinamakan atau selainnya.





17.9 Oleh sebab Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada
P.P,arahan,pelan,aras yang diperlukan atau arahan berkenaan dengan penamaan
subkontraktor dan/atau penamaan pembekal yang diperuntukkan dalam Kontrak ini,
berpunca dari apa-apa kecuaian atau kemungkiran oleh P.P dan yang Kontraktor telah
dengan khususnya memohon secara bertulis pada suatu tarikh yang berasaskan
kepada Tarikh Siap yang dinyatakan dalam Lampiran kepada Syarat-syarat ini atau
kepada apa-apa lanjutan masa yang ditetapkan pada masa itu di bawah Syarat ini,
tidaklah semunasabahnya terlalu jauh atau terlalu dekat dengan tarikh arahan,pelan
atau aras tersebut perlu diterima olehnya.

17.10 Oleh sebab kelambatan memberi milik Tapak Bina sebagaimana diperuntukkan di
bawah Fasal 38 (d) syarat-syarat ini

17.11 Oleh sebab apa-apa tindakan yang berpunca dari penyatuan pekerja-pekerja
setempat,mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana tred yang diguna-
khidmat atas Kerja, dengan syarat ianya bukan disebabkan oleh apa-apa
perbuatan,kecuaian atau kemungkiran yang takberpatutan di pihak Kontraktor atau
mana-mana subkontraktor yang dinamakan atau selainnya

17.12 Oleh sebab kelambatan di pihak artisan,tukang-tukang atau orang-orang lain yang
ditugaskan oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari
Kontrak ini.

17.13 Oleh sebab Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal
olehnya dan yang tidak dapat diramalkan olehnya dengan munasabahnya pada tarikh
penutupan tender bagi Kontrak ini untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan
yang diperlukan untuk menjalankan Kerja dengan sewajarnya

17.14 Oleh sebab kelambatan di pihak Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal
Dinamakan tentang kerja mereka dan kelambatan yang menjejaskan kerja mereka itu
adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang sama sebagaimana dinyatakan dalam
subfasal (a) hingga (j).

18. PENAMATAN

18.1 Kontraktor adalah melakukan pelanggaran sekiranya berlaku mana-mana daripada
perbuatan atau keadaan yang berikutnya :

a) Kontraktor melanggar dan mengingkari mana-mana syarat dalam sebutharga ini
atau mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah sebutharga ini termasuk mana-
mana arahan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang atau mana-mana arahan
pegawai yang diberi kuasa olehnya, untuk memberi arahan kepada kontraktor ;
atau

b) Kontraktor menamatkan sebutharga ini sebelum tamatnya tempoh Perjanjian ini;
atau

c) Sekiranya kontraktor diisytiharkan muflis, bankrap atau telah digulung secara
proses perundangan sama ada permintaannya ataupun sebaliknya.








18.2 Sekiranya berlaku mana-mana perlanggaran syarat-syarat yang diperuntukan dalam
sebutharga ini, Majlis adalah berhak untuk menamatkan kontrak ini atas perlanggaran
syarat oleh kontraktor dengan memberi notis dalam tempoh tiga puluh (30) hari kepada
kontraktor dengan cara penyerahan secara kendiri atau melalui pos dalam suatu
sampul yang dijelaskan bayarannya dan di alamat kepada tempat tinggal kontraktor
atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui atas segala tuntutan dan
kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perbuatan perlanggaran syarat yang
dilakukan oleh kontraktor.
18.3 Segala kerugian yang dialami oleh Majlis akibat daripada perlanggaran syarat yang
dilakukan oleh kontraktor boleh dituntut oleh Majlis sepenuhnya terhadap kontraktor
termasuk tuntutan gantirugi kerana gagal memenuhi tempoh sepenuhnya kontrak ini.
Majlis berhak untuk menolak daripada bayaran yang akan diterima oleh kontraktor di
bawah kontrak ini untuk menjelaskan apa-apa kerugian atau tuntutan yang dialami oleh
Majlis terhadap kontraktor.

19. PENAMATAN PERJANJIAN ATAS KEPENTINGAN NASIONAL

19.1 Tertakluk kepada mana-mana klausa di dalam kontrak ini, Majlis boleh menamatkan
kontrak ini dengan memberi notis tidak kurang daripada enam puluh (60) hari kepada
kontraktor (tanpa kewajipan untuk memberikan sebab-sebab penamatan) sekiranya
penamatan tersebut adalah demi kepentingan nasional, di atas keperluan keselamatan
nasional atau tujuan polisi kerajaan atau polisi awam.

19.2 Bagi tujuan klausa ini, apa yang merangkumi kepentingan nasional, keperluan
keselamatan nasional, polis kerajaan dan polisi awam akan hanya dibuat dan
ditentukan oleh Majlis dan penentuan tersebut untuk apa-apa niat dan tujuan adalah
muktamad dan mutlak serta tidak boleh dicabar dalam apa-apa jua keadaan.

20. BAYARAN KONTRAK BULANAN

Bayaran kerja bulanan akan hanya dibuat kepada kontraktor di atas kerja-kerja yang dibuat
pada bulan tersebut setelah satu perakuan pemeriksaaan bersama dibuat di antara kontraktor
dan pihak Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya yang diberi kuasa
olehnya pada tiap-tiap hujung bulan tersebut bahawa yag dibuat adalah memuaskan mengikut
spesifikasi dan syarat-syarat kontrak ini.

21. JAWATANKUASA KETETAPAN PERTIKAIAN

21.1 Sebarang pertikaian atau tuntutan yang wujud di antara dua pihak berhubung perjanjian
ini yang bukannya datang daripada arahan kerajaan hendaklah dirujuk kepada
Jawatankuasa Ketetetapan Pertikaian (JKP) yang terdiri daripada :-

21.1.1 Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang
21.1.2 Seorang wakil yang dilantik oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang
21.1.3 Seorang wakil yang dilantik oleh Kontraktor

21.2 JKP bolehlah melantik seorang pakar bebas yang mahir dalam bidang yang menjadi
pertikaian tersebut dan segala kos yang ditanggung adalah secara saksama oleh
kedua-dua pihak.









22. FORCE MAJEURE

22.1 Majlis dan Kontraktor adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang
tindakan,ketinggalan atau kegagalan dalam memenuhi kehendak kontrak ini jika ianya
berpunca daripada keadaan rusuhan,kekacauan
awam,mogok,kebakaran,banjir,peperangan, atau sebab-sebab dan bahaya-bahaya lain
yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak disebabkan oleh Force Majeure.


22.2 Jika satu pihak tidak dapat melaksanakan obligasi di bawah kontrak ini disebabkan oleh
berlakunya Force Majeure maka pihak tersebut hendaklah memaklumkan dengan
segera tentang perkara tersebut dengan menyatakan butir-butir lengkap dan akibat
daripadanya kepada pihak yang satu lagi.

22.3 Jika kedua-dua pihak menganggap kejadian Force Majeure itu adalah teruk atau
berterusan untuk satu jangka masa boleh menggagalkan tujuan asal kontrak ini,maka
pihak-pihak bolehlah bersetuju supaya kontrak ini ditamatkan atas persetujuan
bersama.


23. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

Dalam menjalankan kerja-kerja kontrak, Kontraktor mestilah mematuhi kesemua peruntukan
undang-undang Malaysia dan kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan undang-
undang itu oleh Kontraktor boleh dianggap sebagai perbuatan perlanggaran syarat kepada
Perjanjian ini.

24. NOTIS

Apa-apa notis permintaan atau tuntutan yang hendak disampaikan oleh mana-mana pihak
kepada pihak yang satu lagi di bawah kontrak ini hendaklah dibuat secara bertulis dan boleh
dihantar melalui pos berdaftar, faksimili atau serahan tangan ke alamat yang dinyatakan di
dalam kontrak ini atau mana-mana alamat penerima yang diberitahu oleh pihak-pihak dari
masa ke semasa :-

i. Majlis Perbandaran Sepang
Persiaran Semarak Api,
63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
No.Telefon : 03-8319 0200 No.Faksimili : 03-83190220 / 83204500

ii. Kontraktor yang dilantik.















25. MASA

Masa adalah asas dan inti pati utama dalam kotak / sebutharga ini.

26. KOS

26.1 Segala perbelanjaan dan kos yang dibayar berhubung dengan kontrak ini termasuk
apa-apa bayaran duti setem dan perbelanjaan serta kos guaman dan pelanggan yang
kena ditanggung oleh Majlis kerana menguatkuasakan kontrak ini boleh dituntut oleh
Majlis daripada kontraktor dan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.

26.2 Kontraktor hendaklah menanggung segala kos guaman atau penyeteman (stamping)
bagi perjanjian dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas perjanjian ini dimeterai.

27. PENGGANTI HAKMILIK ADALAH TERIKAT

27.1 Perjanjian ini adalah mengikat waris-waris pesaka atau penerima hak kontraktor.

27.2 Dalam kontrak ini,rujukan kepada Majlis dan kontraktor hendaklah termasuk pengganti-
pengganti dan penerima-penerima serahan haknya yang sah dari segi undang-undang.


28. PINDAAN

Tiada sebarang ubahsuaian,pindaan,tambahan atau penepisan atas mana-mana peruntukan
kontrak ini adalah berkuatkuasa melainkan ia adalah atas persetujuan suatu bersama pihak-
pihak yang dibuat secara bertulis menerusi Perjanjian Tambahan yang secara khusus merujuk
kepada kontrak ini dan ditandatangani oleh pihak-pihak terlibat.

(baki muka surat ini dibiarkan kosong)
















PERINGATAN BAGI MENGISI
JADUAL KADAR HARGA
--------------------------------------------
1. Sebelum membuat tawaran pemborong dikehendaki melawat dan memahami tempoh kerja
yang akan di jalankan dan mengkaji dengan terperinci masalah yang akan timbul bersabit
dengan kerja ini supaya tidak menjejaskan perlaksanaan kerja nanti. Kesusahan dan
kelewatan kedudukan tapak adalah menjadi tanggungjawab pemborong sendiri.

2. Pemborong adalah dikehendaki mengambil Bon Perlaksanaan , Insuran Tanggungan Awam,
Insuran Pampasan Pekerja-pekerja dan lain-lain pembayaran kepada lembaga-lembaga
berkenaan untuk pelepasan tuntutan dari mana-mana pihak terhadap Majlis Daerah Sepang
sekiranya perlu.

3. Tawaran Sebutharga yang dikemukakan hendaklah dengan Harga Borong dan adalah
dianggap termasuk harga semua bahan serta lebihan, perkakas, jentera, peralatan,
kelengkapan dan pekerja-pekerja serta upah sebagaimana yang digunakan atau diperlukan,
yang mana hendaklah disediakan, dibekalkan, dibuat atau diadakan dan dihantar serta
dipunggah sendiri oleh Pemborong ke Tapakbina, untuk melaksana, membina, memasang,
menyiap, menguji atau menyempurnakan kerja-kerja yang difahamkan termasuk juga kerja-
kerja yang bersangkutan, seperti yang ditunjukkkan di dalam lukisan-lukisan dan menepati
penentuan serta mengikut amalan-amalan kejuruteraan yang terbaik boleh diperolehi serta
mengikut arahan atau sehingga Pegawai Penguasa berpuas hati.

4. Segala ukuran ditunjukkan di dalam Jadual ini adalah anggaran sahaja sebagai panduan untuk
pengiraaan Sebutharga. Pemborong adalah bertanggungjawab untuk meneliti lukisan-lukisan
dan tapakbina untuk memastikan ukuran yang sebenar.

5. Sekiranya diperlukan, contoh-contoh bahan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada
Pegawai Penguasa untuk kelulusan sebelum digunakan. Mutu bahan yang terbaik yang boleh
didapati dipasaran.

6. Tawaran Sebutharga yang dikemukakan ini juga dianggap telah mengambil kira segala
kesulitan , pembiayaan atau risiko yang mungkin ditanggung oleh Pemborong kerana
mematuhi atau ketegasan pihak Majlis Perbandaran Sepang menguatkuasakan peraturan-
peraturan, tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung, dalam melaksanakan kerja-kerja
yang ditawarkan di dalam Dokumen Sebutharga ini.




LETAK bq






RINGKASAN SEBUTHARGA

TAJUK KERJA : CADANGAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN ONE OFF DI KAWASAN LAPANG
ATAU TAMAN PERMAINAN DI TAMAN PUTRA PRIMA DAN PUTRA IMPIANAN,
PUCHONG.

JUMLAH SEBUTHARGA: RM______________________

Tempoh yang dijanjikan untuk masa yang dikehendaki (termasuk cuti
mingguan dan kelepasan am) bagi melaksanakan dan menyiapkan
dengan sempurna semua kerja-kerja di atas bermula dari tarikh mula
kerja yang diarahkan atau yang dipersetujui.




________________
minggu
Jumlah minima pekerja yang akan ditempatkan di tempat kerja pada
setiap waktu kerja.


________________
orang
MAKA saya bersetuju DENDA bagi setiap hari lewat dari tempoh yang
dijanjikan adalah:

1 x Jumlah Sebutharga
25 Tempoh Masa (Hari)





RM____________
Sehari

Adalah dengan ini saya selaku Pengurus Syarikat _____________________________

Sanggup memberi jaminan masa selama _____________ bulan ke atas kerja-kerja yang telah siap sempurna
dan telah dibayar semua dengan tanggungan saya sendiri terhadap segala kerosakan/kecacatan yang akan
terjadi dalam tempoh tersebut. Saya rela untuk menerima sebarang tindakan tatatertib atau penggantungan
Lesen Pendaftaran Perniagaan saya sekiranya engkar terhadap arahan yang diberikan oleh pihak Majlis
Perbandaran Sepang untuk membaiki kerosakan atau menyempurnakan semua kerja yang telah siap dibayar.

Kerja-kerja tambahan atau pengurangan yang dianggap perlu dan yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa
Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya mestilah tidak melebihi dari 20% Jumlah Sebutharga. Pembayaran
akan dibuat mengikut kadar harga seperti yang telah diisi oleh pemborong di senarai butir-butir kerja.

BAHAWASANYA saya telah meneliti dan memahani keseluruhan perkhidmatan yang diperlukan serta
berpuashati dengan tawaran yang saya kemukakan ini dan juga memahami hakikat bahawa pihak Majlis
Perbandaran Sepang adalah berhak menerima sebahagian atau keseluruhan Tawaran Sebutharga di atas. Dan
sekiranya sebahagian atau keseluruhan Tawaran tersebut diterima, maka saya sanggup melaksanakannya
seperti yang dikehendaki, serta tertakluk kepada Syarat-Syarat yang terkandung di dalam Dokumen ini dengan
harga seperti ditawarkan.


Nama :...............................................................


No.K/P. :...............................................................


Jawatan :...............................................................


No.Tel :..


Tarikh :


















SPESIFIKASI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN
KERJA-KERJA YANG BERKAITAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI KAWASAN PERUMAHAN FASA 2D DAN
DI SEKITAR KAWASAN TASIK DEDAP, PANTAI SEPANG PUTRA UNTUK MAJLIS
PERBANDARAN SEPANG.

1.0 KAWASAN YANG DIMASUKKAN.

Kawasan yang dimasukkan di dalam kontrak ini adalah seperti ditunjukkan di dalam pelan tapak.

2.0 BIDANG KERJA

Bidang kerja yang termasuk dalam kontrak ini adalah :

a. Merumput dan gemburan tanah.
b. Mencantas/memangkas pokok (trimming)
c. Membaja
d. Pembersihan,Penyiraman, Penyemburan Racun Seranggan / Kulat

3.0 PENENTUAN KERJA

Kerja-kerja seperti yang tersebut di bawah ini hendaklah dilaksanakan.

3.1 Merumput dan Gemburan Tanah

a. Kerja-kerja merumput dan gemburan tanah perlu dijalankan dengan kerap di pangkal
pokok/tanaman dengan jejari 1.5-2.0.

b. Rumput rumpai perlu dibuang ketika ianya baru kerana rumpai yang telah lama tumbuh
susah hendak dibuang.

c. Kawasan Kerja Merumput

i. Pokok-pokok utama Dijalankan sebulan sekali dan dijalankan di pangkal pokok.

ii. Pokok Renek - Gemburan dan merumput mestilah dijalankan sebulan sekali
supaya rumput-rumput di sekeliling kawasan tidak akan
menjadi gangguan kepada pertumbuhan tanaman. Sekiranya
batang pokok tidak dapat dilihat kerana telah ditutup dengan
daun pokok renek maka kerja merumput hendaklah
dijalankan 300 mm keliling daripada penghujung-penghujung
(edge).

d. Anak kayu,duri semak dan lain-lain rumpai hendaklah dicabut sehingga ke akar umbi.

e. Bahan-bahan buangan daripada merumput tadi haruslah dialih dan dibuang daripada tapak.
Pastikan tapak sentiasa bersih dan membuangnya ke tempat pembuangan sampah Majlis
pada hari yang sama.

3.2 Cantasan/Memangkas Pokok (Trimming)
a. Cantasan akan hanya dikerjakan jika pokok-pokok telah elok subur dan daun telah rimbun.
Cantasan perlu untuk membentuk pokok mengikut bentuk yang dikehendaki oleh Penyelia.

b. Pokok perlu dicantas supaya sihat dengan membuang semua dahan yang mati,
rosak,diserang penyakit dan lain-lain.


c. Bagi Pokok Renek

i. Pokok Renek yang baru ditanam semula, mestilah dibuat cantasan pada dahan-
dahan yang kering.

ii. Pokok renek yang telah tumbuh tidak kemas atau tumbuh menghalang laluan
perlulah dicantas. Walau bagaimanapun rupabentuknya seharusnya dikekalkan
bentuk asli.

iii. Pokok renek yang digunakan sebagai pagar (hedges) mestilah dicantas setiap 3 atau
4 minggu sekali.

3.3 Membaja

a. Baja-baja yang digunakan hendaklah keluaran terbaru dan sesuai dengan jenis pokok,
shrubs atau penutup bumi serta mengikut umur pokok tersebut.

b. Baja mestilah sama ada dalam bentuk kering atau air. Walau bagaimanapun, baja kering
tidak boleh digunakan ke atas rumput yang lembap yang akan menyebabkan rumput
melecur.

c. Penggunaan Baja Asli

i. Hendaklah digunakan semasa penanaman pokok dan pada batas-batas tanaman
terutama sekali bagi kawasan tanah liat. Penggunaan baja asli yang banyak
kuantitinya mestilah digalakkan agar dapat menggemburkan tanah.

ii. Bagi pokok renek yang berumur kurang 12 bulan, pembajaan hendaklah dibuat 2
bulan sekali.

d. Penggunaan Baja Kimia

Bagi pokok bunga, baja mesti mempunyai kandungan phosphoras yang tinggi untuk
menggalakkan pokok-pokok tersebut berbunga. Baja-baja ini adalah N.P.K, CCM atau
C.R.P.D.

3.4 Pembersihan, Penyiraman, Penyemburan Racun Serangga

a. Kerja-kerja pembersihan seperti membuang sisa dahan dan sampah daun membuang
pelepah palma, cantasan dahan perlu dibuat setiap hari seperti diarahkan oleh Penyelia
Tapak.

b. Segala dahan yang dipotong dan pelepah pokok yang perlu dikutip dan dibuang ke tempat
pembuangan sampah yang ditetapkan oleh pihak Majlis. Kawasan perlu sentiasa bersih.

c. Penyiraman pokok perlu dilakukan dua kali setiap hari kecuali pada hari hujan.

d. Waktu penyiraman pokok adalah di waktu pagi dan petang. Air yang digunakan perlu bersih
dan bebas dari racun dan kulat.

e. Penyemburan racun serangga dan kulat hendaklah dilakukan apabila terdapat tanda-tanda
serangan atau kulat pada pokok / pokok bunga.

f. Menyembur racun hendaklah dilakukan pada awal pagi untuk mengelakkan angin.

g. Jenis racun yang hendak digunakan perlulah merujuk terlebih dahulu kepada Penyelia
Tapak.

(baki muka surat ini dibiarkan kosong)

Anda mungkin juga menyukai