Anda di halaman 1dari 1

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong sesuai selera masing–masing.
7 ulas bawang putih (90 gram), dihaluskan
1 buah tomato segar/ 1 sudu tomato paste
8 ulas bawang merah, dihaluskan
3 sudu makan garam
3 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
1 sudu serbuk lada merah (merica)
1 sudu serbuk lada hijau (oregano)
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji telur
100 ml susu cair

Bahan Tepung:
500gm tepung
2 sudu teh bawang putih
2 sudu teh bawang merah
4 sudu teh garam
3 sudu teh lada merah

Cara Mengadun :
Tumbuk halus semua serbuk lada (bawang putih, garam, dan serbuk lada), lumur ayam dengan
serbuk lada halus, perapkan semalaman.

Celup ayam ke campuran susu cair dan telur, gulingkan dalam campuran tepung, bawang putih,
garam, dan serbuk lada. Untuk hasil yang lebih tebal, celupkan lagi ke campuran telur + susu lalu
gulingkan lagi ke campuran tepung. Lakukan 2 kali lagi (kalau mahu lebih tebal).

Cara Menggoreng:

Tips goreng ayam untuk mendapatkan ayam yang juicy di dalam dan garing di luar. Panaskan
minyak biar betul-betul panas. Apabila api besar, masukkan ayam. Sudah masuk ayam terus
kecilkan api. Agak2-agak sudah garing besarkan semula api sekejap. Lepas itu angkat dan toskan
minyak.

Selamat Mencuba Ayam Goreng Ala McD :)

Anda mungkin juga menyukai