Anda di halaman 1dari 2

“ANA AL HAQ”

KITAB TERKENAL “ANA AL HAQ”: SIRI 5 - HAKIKAT


atau A’YAN
Surah Al-Baqarah : 115

Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu
( mukamu ) disitu ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya
dan Maha Mengetahui.
TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat Allah
BARAT = menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli )

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak
pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani )

Hanya ada satu Wujud yang timurnya ialah Asma’ dan Sifat Allah dan baratnya
Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua
sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal
dan fana’ dalam fana’

Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmu. Ini digelar A’yan
Sabitah atau Maklumat oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falasafah.

- Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri, Allah mengurniakan TajalliNya Yang Pertama
( Faid – u l- Al-Aqdas ) dan mereka mereka terzahir dalam IlmuNya.

- Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua ( Faid Maqdas ) dan mereka mereka ini
terzahir diluar mengikut alatan keperluannya.

- MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima Kemurahan dan BerkatNya menurut bakatnya


dari Allah . Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam.

UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL
MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara ) . Apa juga yang terzahir dalam
Alam Benda mula mula tertulis pada LOH.

Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan
seterusnya. Apabila ia menjadi details ( perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat
ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur / Suhud.

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi
objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam
ilmu dimana dapat dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu Allah ) daripada
RUBUBIYYAT ( Suasana Manifestasi Pemerentahan )

Maka bermulalah peringkat peringkat Asma’ – i Ilahi ( Nama Nama Pemerentahan ) dan
Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama Yang Diperentah )

Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah ) Apabila A’yan mengambil bentuk
maka bentuk itu lebih tertentu lagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahulu itu
menjadi batinnya. Wujud objek adalah Wujud Biasa ( bertentangan dengan Wujud
Mutlak atau wujud Sifat )

Al-Baqarah ; 28

Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya
sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan
sesuatu aspek ZAT bukan tambahan kepada Zat. Tiap tiap A’yan ialah manifestasi satu
nama. Tiap tiap objek adalah manifestasi Nama. Nama atau Asma’ memegang jambul
objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :-

Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya
( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul.
Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan
Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat.

Firman Allah :-

Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat


membimbingnya kejalan yang benar.

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB
bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib
mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan
kepada mereka Ilmu Allah tertakluk pada hakikat ini...

......tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu.

Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana
penyerahan itu

Anda mungkin juga menyukai