Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PENUBUHAN KOPERASI

Pengenalan
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Manamana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah
terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan
masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses
penubuhan dan pendaftaran koperasi.

Permohonan Menubuhkan Koperasi


Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:
1. Menghubungi pejabat SKM
Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada
Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan
boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web
SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem
Aplikasi Atas Talian SKM.
2. Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat
SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.
3. Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja
Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja
seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.
Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:
i.

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

ii.

Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh


undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai
yang diperlukan.

iii.

Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif


penubuhan koperasi.

iv.

Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama,


umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.
Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh
orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung
permulaan ditetapkan

v.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh
bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Permohonan Mendaftarkan Koperasi


Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah
seperti berikut:
1.

Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi

2.

Undang-undang kecil Koperasi

3.

Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Bagaimana caranya untuk menubuhkan dan mendaftarkan


koperasi?
i.

Menghubungi SKM

Pemohon boleh menghubungi SKM Negeri/Wilayah untuk mendapatkan borang


permohonan penubuhan koperasi atau dimuat turun dari laman web SKM
ii. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja
Selepas mendapatkan kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa
Penaja seramai sekurang-kurangnya 10 orang hendaklah dibentuk. Tempoh
kebenaran penubuhan koperasi ialah selama 3 bulan.
Antara tugas Jawatankuasa Penaja ialah:

a.

Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota;

b.

Menyediakan Undang-Undang kecil koperasi dengan mengikut contoh


undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM;

c.

Menyediakan aturan-aturan
penubuhan koperasi;

d.

Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama,


umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing- masing.
Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang- kurangnya 50 orang
telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum Mesyuarat Agung
Permulaan diadakan;

e.

Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

kegiatan

yang

termasuk

dalam

objektif

iii. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan


Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa Penaja menetapkan satu tarikh bagi
mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang perlu diadakan dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan penubuhan koperasi.
iv. Menyerahkan dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Koperasi kepada
Ketua Pendaftar
Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:
a.

Borang pemohonan mendaftar koperasi yang ditandatangani oleh sepuluh


(10) orang Jawatankuasa Penaja;

b.

Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10)
orang Jawatankuasa Penaja;

c.

Minit Mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50)


orang bakal anggota yang hadir.

Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Negeri


tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Agung Permulaan diadakan.

Anda mungkin juga menyukai