Anda di halaman 1dari 7

Perkara penting sebelum memuat naik video adalah seperti berikut:-

1. Memastikan jumlah video mengikut bidang yang ditetapkan


2. Calon perlu namakan atau “rename” video mengikut
sususan: Nama Program, Nama Calon dan Bidang dimohon.
o Contoh : PISMP 2021 NAMA CALON_BIDANG YANG
DIMOHON

Langkah Pertama
Sebagai langkah permulaan, pastikan anda telah daftar masuk atau sign-
in ke account YouTube anda. Seterusnya pastikan anda sudah mempunyai
channel anda atau boleh cipta (create) channel sebelum memuat naik video
pengajaran ke YouTube.

Contoh dibawah menggunakan komputer riba atau laptop  untuk memuat


naik video anda.

ADVERTISEMENT

Gambar profile seperti dalam bulatan merah menunjukkan anda telah daftar
masuk ke dalam akaun Youtube.
Langkah Kedua
Untuk memuat naik video anda, rujuk pada gambar di bawah mengikut
langkah-langkah berikut :-

1. Klik pada butang logo kamera (seperti dalam gambar)


2. Seterusnya anda perlu menekan pada “upload video“

Langkah Ketiga
1.  Sebelum memuat naik, pastikan video anda sudah lengkap dan
sempurna untuk dinilai oleh para panel.
2. Klik pada “Select Files“
3. Pilih video yang ingin anda muat naik
4. Apabila sudah memilih video, kemudian klik pada butang “Open“

Langkah Keempat
Seperti yang dibulatkan pada gambar dibawah, pastikan format tajuk video
pengajaran anda adalah betul.
Nama Program, Nama Calon dan Bidang dimohon.

 Contoh : PISMP 2021 ABU BIN DIN_MATEMATIK SK


Tunggu sehingga video sudah dimuat naik sepenuhnya, seterusnya pelajar
perlu menekan butang “Next” sehingga sampai pada bahagian
elemen Visibility.

Mohon perhatian kepada calon, langkah ini sangat penting.

1. Calon perlu memilih tetapan “Unlisted” sahaja.


2. Calon diingatkan bahawa jangan berkongsi video pengajaran
anda pada media sosial dan individu luar selain daripada para
panel KPM untuk melihat video pengajaran anda.
Rujuk pada gambar diatas, langkah kelapan amat penting kepada semua
calon. Pilih tetapan “Unlisted” kerana hanya para panel sahaja yang akan
menilai video pengajaran anda.

Langkah Terakhir
Untuk memastikan video pengajaran anda sudah dimuat naik, sila rujuk pada
gambar dibawah.
Sekiranya channel anda sama seperti gambar diatas, maksudnya video
pengajaran sudah berjaya dimuat naik. Perlu diingatkan kepada calon
sekali lagi, pilih tetapan Visibility adalah “Unlisted“.

Mohon Perhatian
Segala perkongsian di atas adalah contoh semata-mata dan video tersebut
tidak dimiliki oleh sesiapa. Ianya hanyalah sekadar perkongsian langkah-
langkah yang betul untuk memuat naik video ke dalam Youtube.

Kami juga ada kongsikan pelbagai bahan berkaitan pendidikan seperti Modul


PDPR Matematik Tahun 4, Panduan Asas Penulisan Karangan SPM dan
sebagainya.

Perkongsian
Akhir kata, diharapkan perkongsian berkaitan Cara Memuat Naik Video
Pengajaran PISMP 2021 Di Youtube ini dapat memberikan panduan
kepada calon-calon yang terpilih mengikuti temuduga PISMP 2021. Semoga
semua calon dapat melakukan yang terbaik dan jangan mensia-siakan
peluang keemasan ini. Satu langkah sahaja lagi sebelum anda akan
memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan
Guru.

“Guru bukanlah orang yang hebat, tetapi lahirnya orang-orang yang hebat
hasil dari tunjuk ajar seorang guru“

Anda mungkin juga menyukai