Anda di halaman 1dari 2

Jadi semalam adalah lebih 2 jam saya belajar insight tentang bisnes car wash dari Ah Long

disertakan sekali dengan data-data dan angka-angka report jualan dan operasi yang beliau
tunjukkan. Jadi saya sharelah sikit input-input yang saya dapat semalam:

1 Modal untuk buka satu pusat car wash yang boleh menjalankan aktiviti cuci kereta dan juga
polish dan coating adalah dalam lingkungan RM20,000 sehingga RM30,000.

2 Kos overhead sebulan operasi untuk satu pusat car wash yang mempunyai 10 orang pekerja
dan seorang branch supervisor adalah sebanyak RM40,000 sebulan.

3 RM40,000 tu tadi termasuk kos RM500 duit kopi pada pegawai majlis, RM500 duit kopi
lain-lain pihak dan juga RMXXXX untuk abg kawasan bagi yuran keamanan!

4 Sales yang ditetapkan sebulan bagi satu-satu pusat car wash adalah sebanyak paling minima
RM47,000 sehingga RM70,000 sebulan.

5 Sales sehari paling selamat bagi satu pusat car wash mesti dapat dalam RM2,000.

6 Income utama adalah datang dari jualan pakej ahli RM1999 2 tahun bagi pakej 4 layer wax
yang diberi percuma sebanyak 6 kali.

7 Walaupun income utama datang dari penjualan pakej ahli namun benda yang paling penting
untuk dapat jual pakej tersebut adalah membuatkan ramai orang untuk masuk cuci kereta dahulu.
Maknanya kena pastikan ramai orang datang untuk cuci biasa yang RM12 tu dahulu. Bila
customer dah masuk cuci kereta baru boleh offer upsell pakej.

8 Mereka pernah tutup 8 branch mereka kerana sales amat teruk. Setelah mereka kaji punca
utamanya adalah apabila branch manager mereka tak ambil customer untuk cuci kereta
biasa/atau hanya layan mereka yang nak jadi pakej member sahaja.

9 Jadi setelah itu mereka ubah strategi yang mana pelanggan bukan ahli pun boleh cuci kereta
mereka di pusat car wash mereka tetapi dengan harga yang berlainan.

10 KPI sales cucian biasa yang mereka perlu capai adalah dalam 900-1000 kereta sebulan
bagi satu cawangan.

11 Selain itu perkata paling penting yang mereka perlu selamatkan adalah memujuk supaya
customer yang dah jadi member RM1999 untuk renew semula pakej mereka selepas 2 tahun.
Kena jadikan repeat customer. Itu duit in advance dan sales yang dah confirm.

12 Pastikan beroperasi di premis yang proper dan pastikan ada proper brand. Jangan operasi di
bawah pokok kerana susah nak berkembang katanya.

13 Benda paling susah nak uruskan adalah pekerja, Nak kena sediakan tempat tinggal pekerja
dan sediakan makan minum staff bangla, myanmar, vietnam supaya mereka tak lari.
14 Kedua susah adalah nak dapatkan tempat hot -iaitu premis di kawasan parking kereta
shopping mall. Kalau dapat tempat di parking mall yang TOP kiranya macam Jackpot.

15 Tak perlu takut nak buka car wash dalam satu-satu kawasan walaupun dah ada lebih dari 10
pusat car wash lain di situ. Dia kata kalau branch manager ramah, talak sombong, cakap elok-
elok, kilija buat kereta customer takda tipu mesti sales akan datang juga. Kunci utamanya
adalah PR.

16 Gunakan chemical dan barang yang kualiti. Jangan guna yang murah. Memang boleh
untung dan jimat tapi customer yang pandai nilai akan lari.

17 Hmmm OK lah kot ada 16 insight dah. Nak pergi makan daging harimau menangis dah
ni..

Anda mungkin juga menyukai