Anda di halaman 1dari 3

Panduan Penubuhan Koperasi

| Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.

Permohonan Menubuhkan Koperasi

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi: 1. Menghubungi pejabat SKM Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web SKM.

2.

Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

3.

Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja Selepas mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk.

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah: i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan. iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi. iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM.

4.

Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Permohonan Mendaftarkan Koperasi

Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi pendaftaran adalah seperti berikut:

1993,

dokumen-dokumen

i. Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi ii. Undang-undang kecil Koperasi iii. Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Bagaimana Memohon Menubuhkan Koperasi? Cara Permohonan Melalui Sistem Atas Talian Tuan/ puan perlu mendaftar sebelum boleh menggunakan sistem ini. Sila klik di sini untuk daftar baru atau daftar masuk sistem. 1:

Cara Permohonan Secara Manual

2:

Tuan/ puan boleh memuat turun borang Permohonan Penubuhan Koperasi, melengkapkan maklumat-maklumat dan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menyerahkan permohonan kepada mana-mana pejabat SKM yang terdekat. Sila klik di sini untuk memuat turun borang.

Anda mungkin juga menyukai