Anda di halaman 1dari 34

0

1

PENGENALAN
Vending machine atau mesin layan diri bukanlah satu rekaan baru dalam
pasaran antarabangsa termasuklah di Malaysia. Ianya telah lama wujud di
negara ini dan merupakan salah satu cabang perniagaan yang sangat
menguntungkan dipihak pengeluar mesin layan diri terutamanya dalam
menjana pendapatan pasif.
Terdapat pelbagai jenis mesin layan diri yang ada di pasaran negara kita. Di
antara mesin layan diri yang telah lama wujud di negara kita ialah mesin layan
diri yang menjual produk seperti air tin, makanan ringan, air RO, T-shirt dan
banyak lagi. Mesin-mesin ini kebanyakkannya dimiliki oleh syarikat-syarikat
tertentu yang telah pun menjana pendapatan yang lumayan hasil dari jualan
produk-produk yang disebutkan di atas.
Tetapi, jika kita lihat, di pasaran negara kita masih belum lagi wujud mesin layan
diri yang menjadikan PIZZA sebagai produk mereka. Hal ini berbeza di negara-
negara lain seperti di Amerika, United Kingdom, Australia, Afrika, Switzerland,
England dan Sweden yang mana negara-negara tersebut telah pun
mempunyai mesin layan diri yang menjadikan pizza sebagai produk jualan.
Pizzalicious Vending Machine telah pun dilancarkan secara rasminya pada 3
April 2013 yang lalu oleh Y. Bhg. Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir semasa
berlangsungnya pameran halal antarabangsa MIHAS 2013 di Kuala Lumpur
Convention Centre baru-baru ini.





2

CORAK PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA
Dari sudut gaya pemakanan rakyat Malaysia, Pizza bukanlah sejenis makanan
yang asing malah sangat digemari oleh rakyat negara ini. Di negara ini,
restoran-restoran makanan segera seperti Pizza Hut, Dominos Pizza, Yelllow Cab
Pizza dan sebagainya merupakan diantara restoran yang sering menjadi
kunjungan pelanggan disebabkan keenakkan Pizza itu sendiri dan konsep
makanan SEGERA menyebabkan ianya menjadi tumpuan masyarakat yang
sering kesuntukan masa.
Selain restoran-restoran ini, masih tidak wujud lagi Pizza yang dijual dengan
menggunakan konsep mesin layan diri. Atau dalam kata lain, di negara kita
masih belum wujud mesin layan diri yang mengetengahkan Pizza sebagai
produk utama.
Oleh sebab inilah, syarikat Pizzalicious Sdn. Bhd. mengambil peluang untuk
memperkenalkan mesin layan diri yang menjual pizza sebagai produk jualannya
dan seterusnya menjadikan mesin layan diri ini yang PERTAMA seumpamanya di
Malaysia dan juga di Asia.








3

KAJIAN PASARAN
Syarikat kami telah pun menjalankan kajian secara terperinci selama 1 tahun
lebih sebelum mengambil keputusan untuk memperkenalkan konsep
perniagaan ini di pasaran Malaysia. Selain dari itu, kami juga telah merujuk
negara-negara lain yang telah pun mengetengahkan mesin layan diri sebegini
di negara mereka sendiri dan hasil dari kajian tersebut amatlah
memberangsangkan dan memberi kami keyakinan bahawa konsep
perniagaan ini amatlah bagus dan mempunyai masa depan yang sangat
cerah.
Sebelum ini, syarikat kami juga telah membuat kajian pasaran tentang
perniagaan berasaskan mesin layan diri melalui projek Ikhlas RO Water Vending
Machine. Dari hasil projek inilah kami berani tampil dengan produk baru yang
lebih menarik dan belum lagi wujud di negara kita iaitu Pizzalicious Vending
Machine.
Pizzalicious Vending Machine merupakan inovasi terbaru dan yang pertama di
Malaysia dan Asia hasil rekaan anak tempatan. Mesin ini direka khas
menggunakan teknologi tinggi dan canggih yang mana ianya boleh
menghasilkan pizza dari bahan mentah (tepung, air, minyak dan sebagainya)
kepada pizza yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.






4

PELANCARAN PIZZALICIOUS VENDING MACHINE DI PAMERAN HALAL
(MIHAS 2013) PADA 3 APRIL 2013 DI KLCC
Pizzalicious Vending Machine telah pun dilancarkan secara rasminya pada 3
April 2013 yang lalu oleh Y. Bhg. Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir semasa
berlangsungnya pameran halal antarabangsa MIHAS 2013 di Kuala Lumpur
Convention Centre baru-baru ini.














Kumpulan Pizzalicious bersama Y. Bhg. Dato Paduka Mukhriz semasa majlis pelancaran
Pizzalicious Vending machine di MIHAS 2013, KLCC pada 3 April 2013 yang lalu.

5








Pizzalicious di akhbar Utusan Malaysia, 4 April 2013.











6




















7




















8




















9

KONSEP PERNIAGAAN
Konsep perniagaan yang kami perkenalkan adalah MUDAH namun
menjanjikan PULANGAN YANG LUMAYAN. Syarikat Pizzalicious Sdn. Bhd.
bertindak sebagai pengeluar mesin dan membuka jualan mesin ini kepada
mana-mana individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan dan
menjana pendapatan pasif setiap bulan.
Pihak syarikat dan pembeli mesin adalah tertakluk kepada PERJANJIAN
PERLESENAN dimana syarikat adalah Pemberi Lesen dan pembeli/pemilik
mesin adalah Pemegang Lesen. Oleh itu, meskipun hakmilik mesin adalah
sepenuhnya ke atas pemilik, sebagai Pemegang Lesen, pemilik perlu mematuhi
terma & syarat perniagaan yang digariskan oleh pihak syarikat seperti yang
termaktub di dalam perjanjian tersebut.
Pizzalicious Vending Machine dijangka mampu menjana pendapatan yang
lumayan dan pantas dan pulangan modal (break even) bagi perniagaan ini
dijangka kurang dari 1 tahun. Kami juga menjangka bahawa perniagaan ini
mampu menembusi pasaran antarabangsa dalam masa yang singkat kerana
konsepnya yang MUDAH dan TIDAK MEMERLUKAN kepakaran yang tinggi
dalam mengendalikannya.







10

MODAL YANG DIPERLUKAN
Fi Perlesenan yang ditawarkan adalah sebanyak RM150,000.00 sahaja.
Pemegang Lesen akan mendapat :
1) 1 unit mesin pizza
2) Bahan mentah untuk menghasilkan 300 pizza yang pertama PERCUMA
3) Fi guaman PERCUMA
4) Pemasangan PERCUMA
5) Jaminan 1 tahun pertama
6) Servis & penyelengaraan PERCUMA selama 1 tahun
7) Insuran PERCUMA selama 1 tahun
8) Promosi, pemasaran dan pengiklanan akan dilakukan oleh pihak syarikat
9) Permohonan sewa lokasi akan dibantu oleh pihak syarikat

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kami yakin dengan adanya Pizzalicious Vending Machine di
negara kita, ianya bakal menjadi salah satu cara untuk rakyat Malaysia
menikmati faedah kewangan secara pasif dengan menjalankan perniagaan
ini. Kami berharap agar konsep perniagaan yang cuba diketengahkan oleh
syarikat kami ini bakal membawa satu fenomena baru dalam pasaran negara
dan seterusnya membantu dalam membangunkan ekonomi negara kita.



11

PERNIAGAAN INI ADALAH UNTUK GOLONGAN YANG BERIKUT :

Individu yang mahu menjana pendapatan sampingan disamping bekerja
sepenuh masa.

Ingin berhenti dari makan gaji atau bekerja dengan orang.

Sudah mempunyai perniagaan sendiri tetapi mahu menambah sumber
pendapatan bulanan.

Individu yang ingin bebas dari masalah hutang.

Individu yng ingin menjana pendapatan yang KONSISTEN & LUMAYAN
setiap bulan.

Kami juga membuka peluang perniagaan ini kepada mana-mana
syarikat yang berminat untuk menjadikan mesin pizza ini sebagai produk
dalam projek-projek yang ingin dilaksanakan.








12

KENALI PIZZALICIOUS VENDING MACHINE

"Pizzalicious Vending Machine" merupakan inovasi terbaru hasil rekaan anak
tempatan dan ianya mesin layan diri yang pertama seumpamanya di Malaysia
dan Asia. Mesin ini direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih
yang mana ianya boleh menghasilkan pizza dari bahan mentah kepada pizza
segar yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.







13

PENGENDALIAN MESIN

Tugas-tugas mengendalikan mesin terbahagi kepada DUA (2) :

1) Oleh syarikat

2) Oleh pemilik mesin

Mesin ini menggunakan sistem kawalan berpusat (centralized monitoring
system) yang mana segala maklumat dan data yang berkaitan dengan
operasi mesin boleh dipantau bersama oleh pihak syarikat dan pemilik mesin.

Pihak syarikat berperanan sebagai pembekal bahan mentah dan
bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal berkaitan dengan
penyelengaraan mesin, memantau sistem dan juga membaik pulih mesin jika
berlaku sebarang kerosakan atau masalah.

Pemilik mesin pula bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi mesin
seperti mengisi semula bahan mentah kedalam mesin, membersihkan
bahagian-bahagian tertentu di dalam mesin dan juga mengambil wang hasil
jualan pizza.








14

PROSES PENGHASILAN PIZZA






















15

PIZZA VENDING MACHINE DI NEGARA-NEGARA LAIN



Syarikat ini terletak St Gallen,
Switzerland.
Ianya mempunyai pengedar jualan di
Australia.
No Tel. : +61401196388
Fax: +6181255661
Emel: thereseb@pizzapresto.org
Website: http://lapizzapresto.com




Syarikat yang terletak di USA.
Telah mengedar mesin-mesin mereka di
banyak negara lain seperti di Switzerland,
Spain, Norway, Sweden.

No Tel. : 508-999-7007
Fax: 508-999-7003
Email:info@wonderpizzausa.com
Website: http://wonderpizzausa.com




Syarikat yang pertama mempunyai
mesin vending machine pizza. Terletak
di London, England.
No Tel. : +44 (0)20 7084 6297
Emel: andrew@3minutiltd.co

16




Piz Top merupakan sebuah hasil
rekaan syarikat Machine Vending
Engineering yang beroperasi di
Afrika.


No Tel. : +27 11 465 8187
Website: http://pizzaonthefly.biz





Ave Pizza merupakan syarikat daripada
Romania,
ianya baru saja ditubuhkan pada tahun 2011.

No Tel. : 031 438.02.34
Fax: 031815.68.32
Email: office@avepizza.ro
Website: avepizza.ro













17

SEBAB PERNIAGAAN INI PERLU MENJADI PILIHAN RAKYAT MALAYSIA :

1) KEUNTUNGAN PADA HARI PERTAMA PERNIAGAAN DIJALANKAN.
Dengan perniagaan "vending machine" wang tunai yang anda perolehi
bermula pada hari pertama anda meletakkan mesin anda di lokasi yang anda
pilih.

2) MESIN INI BEKERJA 24 JAM SEHARI.
Memandangkan anda tidak memerlukan pekerja, tiada had masa bagi mesin
ini menjalankan tugasnya! Ianya berkerja untuk anda 24 jam sehari dan ini
bermaksud kedai pizza dibuka sepanjang hari tanpa perlu anda memantau
dan menguruskan operasi kedai pizza anda. Menarik bukan?
3) PENDAPATAN PASIF YANG LUMAYAN & KONSISTEN.
Apakah itu PENDAPATAN PASIF? Maksud Pendapatan Pasif adalah dimana
anda kerja sesekali tetapi anda mendapat bayaran tanpa henti! Dan mesin
inilah yang akan memberikan anda PENDAPATAN PASIF tersebut. Anda tidak
perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang. Mesin andalah yang akan
"bekerja" untuk anda.

4) PULANGAN PELABURAN YANG TINGGI.
Tujuan sesuatu perniagaan dijalankan adalah untuk mendapatkan
KEUNTUNGAN. Sebagai pembeli/pelabur, apa yang penting ialah untuk
mendapatkan pulangan yang tinggi hasil dari wang yang telah dilaburkan.
Menjual makanan segera seperti Pizza memberikan margin keuntungan yang
bukan sahaja tinggi malah sangat menguntungkan.


18


5) TIDAK MEMERLUKAN KOS OPERASI YANG TINGGI.
Tiada Boss. Tidak perlu premis. Tidak perlu kos pengiklanan. Tidak perlu pekerja.
Tidak perlu kertas kerja yang rumit. Yang paling penting TIADA HAD bagi
KEUNTUNGAN yang akan anda perolehi!
6) PERNIAGAAN YANG MUDAH BERKEMBANG.
Perniagaan mesin layan diri adalah perniagaan yang mudah dikembangkan.
Apabila mesin anda yang pertama sudah mula menjana pendapatan, anda
sudah boleh membeli mesin layan diri yang kedua, ketiga dan seterusnya jika
anda mahu menjana lebih keuntungan!

7) KUNCI KEPADA KEBEBASAN KEWANGAN.
Mereka yang terlibat dalam perniagaan ini akan dapat mencapai matlamat
kebebasan kewangan kerana perniagaan ini menjanjikan pendapatan pasif
yang lumayan dan konsisten setiap bulan sedari hari pertama ianya beroperasi.









19

UNJURAN KEUNTUNGAN


CONTOH PENGIRAAN RINGKAS
Harga Jualan 1 kotak Pizza = RM15.00
Harga Kos 1 kotak Pizza = RM8.00
UNTUNG = RM7.00

Jika 120 biji Pizza yang terjual dalam 1 hari, ini bermakna pendapatan yang
diperoleh pada hari tersebut ialah sebanyak RM1,800 :
120 pizza x RM15 = RM1,800/hari

Ini bermakna PENDAPATAN KASAR anda sebulan boleh mencapai sebanyak:
RM1,800 x 30 hari = RM54,000/bulan





20


A. KOS-KOS OPERASI YANG TERLIBAT :
SEWA LOKASI
BIL ELEKTRIK jika ada (bergantung kepada premis sewaan)
KOS BAHAN MENTAH
VENDRON BOX (sistem pintar mesin)
WIFI (bergantung kepada cas servis telko)
ADT (SECURITY SYSTEM)
BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK


B. CONTOH PENGIRAAN BAGI KOS BAHAN MENTAH
Harga Kos 1 pizza = RM8
Pizza Yang Terjual = 120 pizza/hari
RM8 x 120 pizza = RM960/hari
RM960 x 30 hari = RM28,800/bulan
JUMLAH KOS BAHAN MENTAH = RM28,800/BULAN






21

C. ANGGARAN KOS OPERASI SEBULAN :
Sewa Lokasi = RM1000/bulan
Vendron Box = RM 118/bulan
WIFI = RM 70/bulan
ADT = RM 60/bulan
Bayaran balik pinjaman bank (jika ada) = RM1000/bulan
Kos Bahan Mentah = RM28,800/bulan (sila rujuk bahagian B)
JUMLAH KOS OPERASI = RM31,048/BULAN


D. UNJURAN KEUNTUNGAN BERSIH UNTUK SEBULAN
*Jika 120 pizza terjual sehari
(PENDAPATAN KASAR KOS OPERASI)
RM54,000 RM31,048 = RM22,952/sebulan









22

PROJEK-PROJEK SYARIKAT YANG LALU


Rajah 15 : LogoIkhlas Water vending machine.


Rajah 16 : Ikhlas RO Water dan Ikhlas Energy Water vending machine.



23




Rajah 17 : KlienIkhlas RO Water dan Ikhlas Energy Water vending
machine.









24




Keratan akhbar mengenai Ikhlas Water vending machine.


25


Keratan akhbar mengenai Ikhlas Water vending machine.


Keratan akhbar mengenai Ikhlas Water vending machine.

26

HARAPAN SYARIKAT PIZZALICIOUS SDN. BHD.
Pizzalicious Sdn. Bhd. yakin bahawa Pizzalicious Vending Machine akan menjadi
satu cabang perniagaan yang menguntungkan pemilik mesin ini. Ini kerana
konsep perniagaan ini UNIK dan MUDAH. Dengan adanya mesin ini ianya dapat
memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk memiliki perniagaan
sendiri serta dapat menjana pendapatan pasif yang lumayan secara konsisten.
Dari perspektif pelanggan, ianya mampu menyelesaikan masalah mereka
untuk mendapatkan sumber makanan yang beroperasi secara 24 jam dan 7
hari seminggu.
Semoga anda tidak mensia-siakan peluang untuk mencapai matlamat
kebebasan kewangan anda pada tahun ini. Bertindaklah sekarang dan
hubungi kami untuk maklumat lanjut.











27

FAQ
1) Apakah dia Pizzalicious Vending Machine?
"Pizzalicious Vending Machine" merupakan inovasi terbaharu hasil rekaan anak
tempatan dan merupakan mesin layan diri yang PERTAMA seumpanya di
Malaysia dan di Asia. Mesin ini direka khas menggunakan teknologi terkini dan
canggih di mana ianya boleh menghasilkan pizza dari bahan mentah kepada
pizza segar yang enak dimakan dalam masa tiga (3) minit sahaja.

2) Bagaimana mahu memulakan perniagaan ini?
Anda perlu memilih perniagaan ini kerana ianya merupakan sumber
PENDAPATAN PASIF YANG LUMAYAN buat anda.
Apakah itu PENDAPATAN PASIF? Pendapatan Pasif adalah dimana anda kerja
sesekali tetapi anda mendapat bayaran tanpa henti! Dan mesin inilah yang
akan memberikan anda PENDAPATAN PASIF tersebut. Anda tidak perlu bekerja
keras untuk mendapatkan wang. Mesin andalah yang akan "bekerja" untuk
anda.
Anda tidak perlu lagi bekerja 8 pagi - 5 petang setiap hari. Perniagaan ini akan
memberi anda KUNCI kepada kebebasan kewangan yang anda inginkan!








28

3) Berapa banyak modal yang diperlukan?
Fi Perlesenan yang ditawarkan adalah sebanyak RM150,000.00 sahaja.
Pemegang Lesen akan mendapat :
1) 1 unit mesin pizza
2) PERCUMA bahan mentah untuk menghasilkan 300 pizza yang pertama
3) Fi guaman PERCUMA
4) Pemasangan PERCUMA
5) Jaminan 1 tahun pertama
6) Servis & penyelengaraan PERCUMA selama 1 tahun
7) Insuran PERCUMA selama 1 tahun
8) Promosi, pemasaran dan pengiklanan akan dilakukan oleh pihak syarikat
9) Permohonan sewa lokasi akan dibantu oleh pihak syarikat
5) Bagaimana saya boleh jana pendapatan yang lumayan dari perniagaan ini?
CONTOH PENGIRAAN RINGKAS
Harga Jualan 1 biji Pizza = RM15.00
Harga Kos 1 biji Pizza = RM8.00
UNTUNG = RM7.00
Jika 120 biji Pizza yang terjual dalam 1 hari, ini bermakna pendapatan yang
diperoleh pada hari tersebut ialah sebanyak RM1,800 :
120 pizza x RM10 = RM1,200/hari
Ini bermakna PENDAPATAN KASAR anda sebulan boleh mencapai
sebanyak:
RM1,800 x 30 hari = RM54,000/bulan

29

6) Bagaimana mesin ini berfungsi?
Mesin ini berfungsi dengan memproses pizza dari bahan mentah iaitu tepung
asas sehinggalah menjadi pizza yang enak dimakan dalam tempoh 3 minit
sahaja. Sama seperti konsep mesin layan diri yang ada di pasaran, pelanggan
perlu memasukkan sejumlah wang kedalam slot wang dan membuat pilihan
menu pizza yang disediakan. Setelah pilihan dibuat, mesin ini akan mula
memproses pizza dari peringkat membancuh doh sehinggalah selesai.

7) Berapa tahun jaminan yang diberikan?
Syarikat Pizzalicious memberikan jaminan selama 1 tahun dan sekiranya berlaku
sebarang kerosakan atau masalah, pihak syarikat akan memperbaiki mesin
anda tanpa sebarang kos.

8) Bagaimana dengan penyelenggaraan mesin?
Pihak syarikat akan membuat pemyelenggaraan mesin anda setiap 3 bulan
sekali jika tiada sebarang masalah berlaku. Untuk tahun pertama, kos
penyelengaraan adalah PERCUMA (masih di bawah tempoh jaminan) dan
selepas 1 tahun, pihak syarikat akan mengenakan caj yang minimum
(bergantung kepada tahap kerosakan).

10) Bagaimana dengan pemilihan lokasi untuk meletakkan mesin ini?
Pemilihan LOKASI ditentukan oleh:
a) Pihak syarikat; ATAU
b) Pemilik mesin

30

Sekiranya pemilihan lokasi dibuat oleh pemilik sendiri, pemilik harus memenuhi 2
syarat PENTING iaitu :
a) Memilih kawasan yang mempunyai trafik yang tinggi
b) Kawasan tersebut mestilah mempunyai tahap keselamatan yang tinggi (24
jam kawalan)
Contoh lokasi : Pusat membeli-belah, universiti, kole-kolej, hospital dll.

11) Berapakah kos bahan mentah yang diperlukan setiap hari/mimggu/bulan?
Contoh Pengiraan Bagi Kos Bahan Mentah
Harga Kos 1 pizza = RM8
Pizza Yang Terjual = 120 pizza/hari
RM8 x 120 pizza = RM960/hari
RM960 x 30 hari = RM28,800/bulan
JUMLAH KOS BAHAN MENTAH = RM28,800/BULAN

12) Dimanakan saya perlu dapatkan bahan mentah sekiranya bahan mentah
habis?
Bahan mentah boleh didapatkan daripada kami. Kami adalah pembekal tetap
anda. Anda tidak dibenarkan mendapatkan bekalan bahan mentah dari
pembekal lain.



31

13) Berapa kerap saya perlu mengisi semula bahan mentah ke dalam mesin
ini?
Kekerapan mengisi semula bahan mentah didalam mesin adalah bergantung
pada berapa banyak pizza yang terjual.
Mesin ini boleh menghasilkan 150 pizza pada satu-satu masa. Sekiranya dalam
tempoh 1 hari sebanyak 120 pizza yang terjual, anda dikehendaki mengisi
semula bahan mentah untuk 120 pizza.

14) Adakah saya perlu memantau dan memeriksa mesin ini setiap hari?
Tidak. Mesin ini direka dengan menggunakan teknologi terkini dan ianya
berkonsep high intelligence. Anda tidak perlu meluangkan masa untuk pergi
memantau keadaan mesin anda atau hasil jualan mesin setiap masa. Anda
boleh memantau dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan hasil jualan,
jumlah pembelian pizza, tahap bahan mentah, system default dan
sebagainya hanya melalui telefon bimbit anda! Canggih bukan?
15) Berapakah kos operasi bulanan yang terlibat?
Sewa Lokasi = RM1000/bulan
Vendron Box = RM 118/bulan
WIFI = RM 70/bulan
ADT = RM 60/bulan
Bayaran balik pinjaman bank (jika ada) = RM1000/bulan
Kos Bahan Mentah = RM28,800/bulan (sila rujuk bahagian B)
JUMLAH KOS OPERASI = RM31,048/BULAN

32

16) Berapa banyak anggaran KEUNTUNGAN BERSIH yang boleh saya perolehi
secara bulanan dari perniagaan ini?
*Jika 120 pizza terjual sehari
(PENDAPATAN KASAR KOS OPERASI)
RM54,000 RM31,048 = RM22,952

17) Apakah ciri-ciri keselamatan yang ada pada mesin ini?
Mesin ini mempunyai built-in alarm dan sekiranya berlaku sebarang
kerosakan, kecurian dan perkara-perkara yang berkaitan mesin ini akan
memberi isyarat amaran kepada pemilik dengan menghantar isyarat tersebut
ke talian bimbit anda.

18) Bagaimana dengan rasa pizza yang dihasilkan oleh mesin ini?
Menu pizza kami adalah UNIK yang mana resepi yang kami gunakan adalah
berbeza dari menu-menu pizza yang berada di pasaran dan dari segi rasanya
adalah bersesuaian dengan citarasa rakyat tempatan.
Pizzalicious Vending Machine menawarkan empat (4) menu iaitu :
1) Chickenlicious
Menggunakan daging ayam kisar, diletakkan di atas pizza sebagai 'topping'
bersama sos tomato.

2) Beefylicious
Menggunakan daging lembu yang dikisar sebagai pilihan 'topping' dan sos
tomato.




33

3) Tunalicious
Menggunakan tuna yang lazat sebagai 'topping' dan sos tomato.

4) Cheesylicious
Cebisan keju dicairkan diatas pizza bersama sos tomato.

19) Berapa lamakah tempoh pulangan modal?
Pulangan modal (break-even) bagi perniagaan ini adalah dianggarkan dalam
tempoh kurang 1 tahun dari tarikh ianya mula beroperasi.

20) Berapakah saiz sebenar mesin ini?
Saiz mesin ini ialah 6 kaki x 7 kaki x 3 kaki. Anggaran saiz dua buah mesin layan
diri biasa yang ada di pasaran.

Anda mungkin juga menyukai