Anda di halaman 1dari 5

2.

PENYEDIAAN BAHAN KERJA (PREPARE WORK MATERIAL)


Pelajar akan diterangkan bagaimana membuat pemotongan logam untuk menyediakan bahan kerja mengunakan
peralatan.

2.1. Cara-cara membuat pengukuran dengan peralatan dan dan alat penanda. (Type of measuring and
marking tools and instrument)

Didalam industri teknologi tinggi pembuatan dan pengeluaran seperti hari ini, terdapat berbagai kaedah dan
alat digunakan membuat pengukuran. Lazimnya pengukuran didalam bengkel boleh dibuat dengan
mengunakan peralatan seperti dibawah ;

1. Pembaris keluli.
Mengukur jarak lurus atau saiz sesuatu bahan dengan ketepatan atau kejituan 0.5 mm .
Diperbuat daripada keluli tahan karat supaya keras, tahan lasak dan tiada masalah pengaratan.
Pengukuran boleh dibuat dalam 2 unit skill iaitu ‘Amperial’ dan ‘SI Metrik’.
Kebiasaanya pengukur keluli mempunyai panjang
a. 150mm (6in)
b. 1000mm (40in).
Pengukur keluli disenggat dengan pecahan
a. Dalam SI Metrik - 0.5mm,1mm, 5mm, 10mm atau 1cm.
b. Dalam amperial - 1/64in.,1/32in.,1/8in.,1/4in.,dan 1in.
Kegunaan dan kebaikan.
i. Menyukat dengan cepat dan terus membaca ukuran sesuatu benda.
ii. Memindahkan ukuran dengan bantuan jangka.
iii. Digunakan dengan pengarit untuk membuat garisan pada bendakerja.
Keburukan.
i. Tidak sesuai mengukur garispusat bulatan atau paip.
ii. Tidak sesuai mengukur garis dan permukaan melengkung.
iii. Tidak mencapai kejituan tinggi sehingga 0.05mm.

2. Pengukur Pita Keluli.


Sama seperti pengukur keluli tetapi bolih dilentur dan dibuat dalam berbagai saiz yang lebih panjang. Tujuan
utamanya ialah untuk mengukur panjang, tinngi dan lebar bagi ukuran lebih besar.
* Peringatan:
Alat pengukur ini hendaklah dijaga dengan sempurna, kerosakan tepi dan tanda pecah pada ukuran akan
mengurangkan ketepatan ukuran. Jangan menggunakan pengukur keluli sebagai pengikis dan sapu minyak
selepas diguna.
Kebaikan dan Keburukanya sama seperti Pembaris keluli tapi boleh mengukur garis dan permukaan
melengkung.

3. Angkup vernier (Vernier Caliper).


Kegunaan utama adalah untuk mengukur ;
a. Diameter paip, selinder dan bebola.
b. Ketebalan dan kedalaman permukaan.
Boleh digunakan dalam 2 keadaan untuk mengukur diameter ;
i. Angkup dalam untuk mengukur diameter dalam.
ii. Angkup luar untuk mengukur diameter luar.

Kejituannya adalah tinggi sehingga 0.05mm, 0.1mm dan 0.5mm.

5
4. Mikrometer.
Pengukur yang menggunakan putaran bebenang skru halus. Kejituanya boleh mencapai 0.01 mm dan 0.05
mm.
Mikrometer moden dibekalkan dengan sistem bacaan berdigital untuk membaca ukuran dengan cepat .
Kegunaan dan kebaikan.
i. Senang untuk mengukur diameter dan ketebalan.
ii. Kejituan yang sangat tinggi.
Keburukan.
i. Tidak boleh mengukur bendakerja besar melebihi 50mm.
ii. Tidak boleh mengukur permukaan yang lurus.

5. Angkup.

Angkup digunakan untuk memindahkan ukuran daripada bendakerja kepada pengukur


atau sebaliknya. Ada 2 jenis sendi pada angkup iaitu :

a). Angkup bersendi tepat:- digunakan untuk benda kerja yang besar.
b). Angkup bersendi spring:- digunakan untuk kerja yang halus.

Ketepatan menggunakan angkup bolih dicapai jika mengikut kaedah yang betul seperti:
i. Angkup sentiasa dipegang berhampiran sendi dengan cara yang lembut.
ii. Jangan mengukur bend kerja yang bergerak.

6
2.2. Cutting allowances

Cara-cara membuat pengukuran


Rajah 4: Pengukuran mengunakan Pembaris

Rajah 5: Pengukuran mengunakan Pembaris

Rajah 6: Menanda mengunakan Pengarik

Rajah 7: Pengukuran mengunakan Angkup


(Caliper)

7
2.3. Teknik Penandaan (Marking technique).

Rajah 8 : Melaras Angkup dalam Rajah 10 : Mengukur diameter dalam dengan


Angkup dalam.

Rajah 11 : Melaras Angkup Luar Rajah 12 : Mengukur diameter luar dengan


Angkup luar.

Rajah 13 : Menyukat diameter luar Rajah 14 : Ukur diameter luar

1. Pengarit (scriber).
Ialah sejenis alat penanda kerja logam yang mempunyai mata yang keras serta tajam dan digunakan untuk
mengaris garisan halus dan terang. Hujung yang bengkok digunakan untuk mengaris di tempat yang tak dapat
digaris olih hujung yang lurus. Terdapat tiga jenis pengarit.
i. Straight scriber.
ii. Bend or hood scriber.
iii. Pocket scriber.

2. Penanda Pusat.
Ialah untuk menanda dan dijadikan panduan pusat semasa menjalankan perkerjaan mengerudi. Alat ini
diperbuat daripada keluli yang keras, hujungnya (mata) bersudut 60 - 90. Badannya berbentuk bulat atau
bersegi lapan.

8
2.4. Lukisan Kejuruteraan (Engineering drawing and blue print).

Sebelum membuat atau melaksana sesuatu projek, kita mesti merujuk kepada lukisan kejuruteraan kerana
matlumat sesuatu kerja dipaparkan dan terkandung didalamnya.
Perkataan ‘Blue Print’ adalah cetakkan salinan semula seperti mesin photostat kerana sebelum teknologi
komputer lukisan kejuruteraan dibuat dengan pen. Kesemua garisan dan lukisan berwarna biru kerana mesin
tersebut mengunakan cecair Amonai (NH3).

Teknik dan perkara PENTING yang perlu pelajar lakukan bila membaca lukisan kejuruteraan ;

i. Buka dan hamparkan lukisan kejuruteraan sepenuhnya.


Supaya tidak ada bahagian lukisan objek dan unjuran yang terlindung.

ii. Baca tajuk projek dan nama objek dengan baik.


Pastikan tidak mengambil lukisan dan projek yang salah.

iii. Telitikan lukisan bentuk objek, material yang digunakan dan fahamkan setiap unjuran.

iv. Perhatikan skala, tentukan saiz sebenar objek dan setiap ukuran dimensinya. Dengan ini kita boleh
merancang bahan mentah yang hendak digunakan dan mengelakan tersalah potong.

v. Bayangkan objek yang hendak dihasilkan, rancang dan tandakan projek diatas bahan mentah sebelum
dipotong.

vi. Matlumkan kepada pengajar bila bersedia melakukan proses pemotongan.

3. Membentuk bendakerja (Form work piece).

3.1. Teknik pemotongan berbagai proses mengikut kesesuaian


(Cutting techniques for various cutting processes).

Pemotongan mudah dan ringan.


Kategori bahan bersaiz dan diameter kecil, plate nipis dan lembut (mild steel).
i. Boleh mengunakan gergaji tangan,
ii. Pengacip tangan.

Pemotongan lurus seragam dan panjang.


Kategori bahan jenis plate lebar, panjang, nipis dan lembut (mild steel).
i. Boleh mengunakan mesin shearing, Goilletine.

Pemotongan berat.
Kategori bahan jenis paip besar, panjang, tebal
i. Boleh mengunakan mesin gergaji kuasa.

3.2. Peralatan perlindungan peribadi yang diperlukan (Personal protective equipment needed).
i. Sarung tangan kulit.
ii. Pelindung mata (goggle).
iii. Pakaian yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai