Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH

TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BAGAIMANA CARA UNTUK


MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH DENGAN BETUL SUPAYA MENDAPAT HASIL
KERJA YANG SEMPURNA.

PENERANGAN:

MENGELUARKAN PEMBENANG DALAM DAN STUD.

Mengeluarkan “ stud “ atau “ tap “ yang patah memerlukan pengetahuan dan kemahiran dari segi pemilihan
dan peralatan yang diperlukan dan tatacara operasi yang teratur dan selamat. Pelajar mesti berhati – hati
ketika melakukan operasi ini agar ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama and kemungkinan akan
merosakkan lagi bendakerja serta untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengeluarkan “ stud “ atau “ tap “ yang patah adalah seperti berikut :

1. dengan menggunakan penebuk pusat ( center punch )


2. dengan menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )
3. dengan menggunakan pengali kidal ( easy cut )

KAEDAH 1 : Menggunakan Penebuk Pusat ( Center Punch )

Bagi kaedah ini, penanda pusat atau penebuk pusat ( center


punch ) ayai penebuk tanda ( prick punch ). Dua batang penebuk
digunakan bagi operasi ini.
Penebuk pusat di letakkan dibahagian tepi atas sesuatu
bebenang dan di ketuk pada arah pusingan untuk membuka “
tap “ tersebut. Untuk memudah dan mempercepakan operasi,
ianya boleh dilakukan oleh dua orang dengan mengetuk pada
dua kedudukan yang bertentangan tetapi arah pusingan yang
sama.

KAEDAH 2 : Menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )

Kaedah ini agak mudah kerana menggunakan alat khas untuk


mengeluarkan “ tap “. Alat ini boleh dibuat sendiri dengan
menajamkam rod. Ia mempunyai tiga atau empat pin yang
digunakan dengan mengikut bikangan lurah yang terdapat pada “
tap “ tersebut. Pin dimasukkan dicelahan lurah “ tap “ dan
kemudian dipusingkan kearah pusingan keluar sesuatu “ tap “
tersebut.

39
KAEDAH 2 : Menggunakan pengali kidal ( ezy out )

Pengali kidal mempunyai empat jari. Jari - jari ini boleh dijalurkan ke dalam lubang / lurah untuk
mengeluarkan “ tap “ yang patah dan tertinggal di dalam lubang. Alat ini digunakan bersama – sama dengan
perengkoh. Cara menggunakan pengali kidal :

a. Jalurkan jari – jari kidal dan laraskan supaya berada dalam kedudukan yang stabil dan selamat.
b. Tolakkan relang supaya ianya terletak di atas permukaan lubang. Tujuannya adalah untuk
menyokong jari – jari.
c. Putarkan perengkoh kearah melawan arah pusingan jam dengan perlahan. Kemudian apabila
serpihan ini mula bergerak, putarkan ia kehadapan dan kebelakang berulang kali. Peringatan, jangan
mengasak untuk mengelak jari – jari daripada patah.

Ezy Out

“ Tap Extractor “

Sekiranya tap yang patah itu tidak mempunyai tempat untuk dipegang dengan playar, maka “ tap extractor “
boleh digunakan. “ Tap Extractor “ ini dipegang dengan spanar. Bahagian hujung keluli dimasukkan delalam “
tap “ yang patah melalui lurah yang ada sedalam yang mungkin dan dipegang tetap. “ Extractor “ ini
hendaklah diputar dengan berhati – hati agar tidak patah

Tap Extractor

40

Anda mungkin juga menyukai