Anda di halaman 1dari 9

KIKIR

Kikir adalah kepingan keluli bermutu tinggi yang dikeraskan


melalui proses sepuh lindap .
Batang kikir dikeraskan pada suhu 800 C .
Kikir digunakan untuk melakakukan kerja melicinkan ,
memotong , menipiskan atau melicinkan permukaan logam.

BAHAGIAN BAHAGIAN KIKIR .

JENIS POTONGAN GIGI .


i.

Gigi selari
Gigi selari dipotong condong pada
sudut 65 darjah hingga 85 darjah pada
permkaan kikir.
Kikir jenis in biasanya digunakan
untuk kerja-kerja penyudahan.

ii.

Gigi Bersilang
Gigi junam di potong pada sudut 45
manakala gigi dongak dipotong pada
sudut 70 darjah hingga 80 darjah.
Kikir jenis ini digunakan ini
digunakan untuk kerja-kerja am
Kikir ini dapat membuangkan logam
dengan cepat .

iii.

Gigi-Lengkong
Kikir jenis gigi lengkung digunakan
untuk mengikir logam yang lembut
seperti aluminium dan kuprum
(tembaga) , kerana klerak-klerak
bahan tersebut tidak mudah melekat
pada
gigi
kikir.
iv.

Gigi Parut
Kikir jenis gigi parut digunakan untuk
membuang bahan-bahan yang lembut
dengan cepat.
Bahan bahan yang sangat lembut
seperti timah dan kayu boleh dikikir
dengan kikir parut .
Bentuk gigi ini membolehkan bahan
yang dipotong keluar dengan mudah .

JENIS KIKIR KIKIR


i.

Kikir pipih tirus


Kegunaannya
untuk kerja am .
Giginya
terdiri
dari
kasar,
serderhana , halus
dan sangat halus . Pada satu permukaan kikir, giginya
dipotong
bersilang intan dan terdapat gigi lurus
dikedua-dua tepi kikir. Dua pertiga panjangnya dari
pengkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke
hujung berbentuk tirus.

ii.

Kikir pipih kasar


Digunaka untuk penyudahan rata. Satu daripada tepinya
tidak ada gigi dan di sebut sebagai tepi selamat . Tepi
selamat digunakan semasa mengikir penjuru dalam . Gred
gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga tersangat halus .
iii.

Kikir belah rotan

Digunakan untuk
menyudahkan bahagianbahagian yang telah siap .
Gigi
pada permukaan rata berbentuk silan dan gigi pada
permukaan melengkong berbentuk silang . Gread gigi pada
permukaan melengkong berbentuk silang . Gred gigi kikir ini
terdiri dari kasar , halus dan sangat halus .

iv.

Kikir Bulat
Kikir ini juga disebut kikir ekor tikus digunakan untuk
membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan melengkong .
Gred gigi kikir ini terdiri dari
kasar hingga halus .

v.

Kikir Segi Empat Sama


Digunakan untuk membesarkan lubang segi empat sama
secara kasar. Kikir ini boleh
mengikir lurah atau alur .
Gred gigi kikir ini terdiri
dari kasar dan sangat halus.

vi.

Kikir Segi Tiga


Kikir ini digunakan untuk mengikir segitiga yang tajam .
Ianya digunakan juga untuk membersihkan penjuru yang
bersudut .
Giginya bersilang dan terdapat dalam
gred kasar hingga sangat
halus .

vii. Kikir Pipih Nipis


Digunakan untuk
mengikir di celah-celah yang nipis
seperti untuk memotong celah alur kunci. Tirus dihujung,
tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya . Kikir ini

terdapat pada panjang yang terhad iaitu 100mm,150mm dan


200mm.
viii. Kikir Bentuk Pisau
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi
yang terdapat mata gergaji
dan alat-alat pemotong .
Bentuknya sama seperti pisau dengan bersedut
15 darjah. Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat
halus.

ix.

Kikir Jarum
Kikir ini terdapat dalam satu set . Satu set biasanya
mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir . Kikir jenis ini
digunakan untuk kerja kerja
penyudahan selepas sesuatu benda kerja siap dimesin .
Grednya dikelaskan daripada 00,0,1,2-6. Gred no 6 ialah
yang paling halus . Saiznya iaitu 100mm ,140mm dan
160mm .
GAYA MENGIKIR
Semasa mengikir , perkara berikut perlu diambil perhatian :
i.

Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa


mengikir . Semasa berdiri kaki mestilah renggang .

ii.
iii.

iv.

Kaki kiri kehadapan dan kaki kanan terletak lebih


kurang 45cm -50 cm kebelakang .
Tinggi bendakerja mestilah sesuai supaya kerja dapat
dilakukan dengan berkesan .
Semasa mengikir , tekan kikir pada benda kerja dari
gerakkan tangan dan badan . Tekanan dikenakan keatas
kikir semasa kikir itu disorong kehadapan . Semasa
kikir ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan . Gigi
kikir dibentuk hanya untuk memotong kehadapan
sahaja. Jika tekanan dikenakan semsa kikir ditarik
kebelakang , mata kikir akan menjadi tumpul .
Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut
kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja .

KAEDAH KAEDAH MENGIKIR


i.

Mengikir rata

Semasa mengikir permukaan


yang dikikir hendaklah
sentiasa dilitupi kikir.
Dengan cara ini bendakerja
dapat dikikir dengan rata .

ii.

Mengikir Melintang
Mengikir melintang dilakukan sekali
sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata
atau tidak

iii.

iv.

Mengikir Tarik
Cara ini

digunakan untuk menyudahkan benda


kerja supaya kelihatan licin dan
cantik . Cara ini digunakan
untuk mengikir logam yang
nipis . Semasa mengikir

tekanan pada
kedua dua tangan hendaklah
sama dan stabil .
Mengikir penjuru bulat
Kikir kasar melintang dan
kemudian kikir bahagian
pepenjuru yang bulat pula .

v.

Mengikir Permukaan Melengkong

Permukaan melenkong boleh dikikir dengan kikir separuh bulat .

LANGKAH KESELAMATAN / PENJAGAAN KIKIR


i.

Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu


yang sesuai .
ii.
Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih , Kerak-kerak
besi yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakan mata
kikir dan bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan.
iii. Selepas mengunakkan kikir kikir hendaklah dibersihkan dan
diletakkan dirak yang khas setiap satu di simpan berasingan .
iv. Jangan mengunakan kikir selain mengikir .
v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak
dikikir.
vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak . Jika terkena air ia
mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah
tergelincir semesa mengikir.
vii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir.
viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan
kikir yang halus .
Pinning bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan ,
bukan sahaja kelancaran mengikir terganggu tetapi akan mencalarkan permukaan logam
yang dikikir . Untuk mengelakkan gigi tersumbat , sapukan kapor pada kikir itu atau
turpentine tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi atau loyang kerana
gigi kikir tidak boleh mengigit bahan kerja itu.

Anda mungkin juga menyukai