Anda di halaman 1dari 11

SAC SKILLS INSTITUTE

NO 1, PUSAT PERDAGANGAN SRI DELIMA


73000 TAMPIN
NEGERI SEMBILAN
NO.TEL : 06-4410216 EMAIL : sacsi.edu@gmail.com

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM/
FB-025-3:2012 / EXECUTIVE SECRETARYSHIP
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL TAHAP TIGA (03)
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / C04: PETTY CASH
COMPETENCY UNIT NO. AND
TITLE

1. Identify petty cash allocation for the department


NO. DAN PENYATAAN 2. Submit approved amount of petty cash requisition to finance
AKTIVITI KERJA / WORK department
ACTIVITIES NO. AND 3. Prepare petty cash reimbursement request
STATEMENT 4. Prepare petty cash disbursement request
5. Prepare petty cash statement report

Muka : 1 Drp : 12
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/9)

TAJUK/TITLE : FORMAT PENYATA TUNAI

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan tujuan menyediakan penyata


pendapatan, serta menyediakan Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi
dalam bentuk ‘T’ dan penyata.
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

PENERANGAN / INFORMATION :

1.1 Borang penyata tunai runcit

Gunakan templat tunai kecil yang unik ini untuk mengawal perbelanjaan yang dibayar melalui
mana-mana wang tunai atau sistem apungan tunai. Semua perbelanjaan dan pembayaran
balik wang tunai kecil dapat dicatat dan laporan tunai kecil bulanan dihasilkan secara
automatik. Laporan bulanan merangkumi ringkasan perbelanjaan 12 bulan mengikut akaun
dan juga mengira baki wang tunai atau baki tunai pada akhir setiap tempoh bulanan.

Sesuai untuk sistem tunai atau wang tunai kecil Catat urus niaga perbelanjaan dan
pembayaran balik kecil Menghasilkan laporan perbelanjaan tunai kecil bulanan automatik
Sesuaikan senarai akaun lalai dan buat akaun tambahan Tempoh 12 bulan boleh dilanjutkan
dengan menukar satu tarikh Pengiraan automatik wang tunai kecil atau baki penutupan tunai
Menghasilkan ringkasan jurnal lejar am automatic Pengiraan automatik cukai jualan untuk
semua transaksi tunai kecil.

Penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan.

2.1 TUJUAN MENYEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN

a) Disediakan untuk mengetahui untung atau rugi perniagaan bagi suatu tempoh
perakaunan.
b) Memberikan gambaran tentang kedudukan sebenar kewangan perniagaan bagi
satu tempoh perakaunan tertentu.
c) Mengetahui keuntungan sebenar perniagaan berbanding dengan keuntungan
yang dijangkakan.
d) Membantu perniagaan untuk membuat perancangan masa depan.
e) Membantu perniagaan untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi
kewangan.
f) Untuk tujuan percukaian.

FORMAT PENYATA PENDAPATAN

i. Akaun Perdagangan
Disediakan untuk mengira untung kasar atau rugi kasar.

JUALAN BERSIH – KOS JUALAN = UNTUNG KASAR


Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

JUALAN BERSIH – KOS JUALAN = RUGI KASAR (Jumlah kos jualan melebihi
jumlah jualan bersih)

Contoh 1:
Butir-butir yang berikut diperoleh daripada Imbangan Duga Kedai Safinaz pada 30 Jun
2005.

Butiran Debit Kredit


RM RM
Belian 25 420
Stok pada 1 Julai 2004 8 300
Jualan 42 200
Pulangan jualan 320
Pulangan belian 500
Angkutan masuk 210
Duti atas belian 250

Stok pada 30 Jun 2005 dinilaikan pada RM9 450 atas kos.
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Jun
2005

Jawapan:

Kedai Safinaz
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2005

Stok awal 8 300 Jualan 42 200


Belian 25 420 (-) Pulangan jualan 320
(-) Pulangan belian 500
24 920
Angkutan masuk 210
Duti atas belian 250 25 380
33 680
(-) Stok akhir 9 450
Kos jualan 24 230
Untung kasar 17 650
41 880 41 880

Penerangan Akaun Perdagangan

Item Keterangan
Stok awal Barang niaga yang belum dijual dari tahun kewangan yang lalu
(30 Jun 2004) dibawa ke tempoh perakaunan sekarang (1 Julai
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

2004)
Stok akhir Barang niaga yang belum dijual sehingga 30 Jun 2005.
Untung kasar Lebihan jualan daripada kos jualan.
Rugi kasar Berlaku jika kos jualan melebihi jumlah jualan bersih.
Pulangan jualan Barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan. Pulangan jualan
akan mengurangkan jualan.
Pulangan belian Barang niaga yang dipulangkan kepada pembekal. Pulangan ini
akan mengurangkan belian.
Kos jualan Nilai kos barang niaga yang dijual.
Angkutan masuk dan duti Direkodkan ke Akaun Perdagangan kerana kedua-duanya ialah
atas belian belanja belian (perbelanjaan sewaktu membeli barang niaga).

ii. Akaun Untung Rugi


Disediakan untuk menghitung untung atau rugi bersih.
UNTUNG KASAR + HASIL – BELANJA = Untung bersih
UNTUNG KASAR + HASIL – BELANJA = Rugi bersih (belanja melebihi hasil)

Contoh 2:
Maklumat yang berikut diperoleh daripada buku Kedai Safinaz pada 30 Jun 2005.

Butiran Debit Kredit


RM RM
Gaji 3 200
Diskaun 85 120
Komisen 380
Kadar bayaran 520
Untung kasar *17 650
Insurans 172
Sewa 1 200
Belanja runcit 150
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2005.

Jawapan:
Kedai Safinaz
Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2005

Butiran RM Butiran RM
Gaji 3 200 Untung kasar *17 650
Diskaun 85 Komisen 380
Kadar bayaran 520 Diskaun 120
Insurans 172
Sewa 1 200
Belanja am 150
Untung bersih 12 823
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

18 150 18 150

Keterangan Akaun Untung Rugi

Item Keterangan
Hasil Pendapatan yang diperoleh semasa
menjalankan perniagaan. Contoh: Sewa
diterima, diskaun diterima dan komisen
diterima. Hasil direkodkan di sebelah kredit.
Belanja Perbelanjaan yang dilakukan dalam
perniagaan. Contoh: Sewa, kadar bayaran,
gaji, belanja am dan insurans. Perbelanjaan
direkodkan di sebelah debit.
Untung bersih Hasil melebihi belanja.

iii. Penyata pendapatan


1) Akaun Perdagangan
2) Akaun Untung Rugi

Kedai Safinaz
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2005
RM RM RM
Jualan 42 200
Tolak Pulangan jualan 320
Jualan bersih 41 880
Tolak Kos Jualan
Stok Awal 8 300
Belian 25 420
Tolak Pulangan belian 500
24 920
Angkutan masuk 210
Duti atas belian 250 25 380
33 680
Tolak Stok akhir 9 450 24 230
17 650
Tambah Hasil
Komisen 380
Diskaun diterima 120 500
18 150
Tolak Perbelanjaan
Gaji 3 200
Diskaun diberi 85
Kadar bayaran 520
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

Insurans 172
Sewa 1 200
Belanja am 150 5 327
Untung bersih 12 823

2. Borang dan format yang digunakan dalam penyata buku tunai.

a) Borang petty cash report

b) Petty cash book


Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

c) Borang petty cash sheet


Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

d) Borang petty cash reimbursement


Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

e) Petty cash receipt

f) Petty cash journal


Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

3.1 Format penyata aliran tunai

a) Tidak langsung (Indirect) - mulakan dengan pendapatan bersih dari penyata


pendapatan dan pelarasan dibuat untuk susutnilai, hutang piutang dan hutang
dll untuk mengira aliran tunai dari aktiviti operasi.
b) Langsung (Direct) - senaraikan semua jumlah tunai yang diterima dan jumlah
tunai yang dibayar untuk mengira aktiviti operasi aliran tunai.
disyorkan oleh lembaga standard perakaunan antarabangsa

Contoh penyata
Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. FB-025-3:2012/C04/P(8/1)
Drpd/of : 12

RUJUKAN / REFERENCES:
1. Perakaunan Perniagaan Tingkatan 4 dan 5
Dewan Bahasa dan Pustaka ,Kuala Lumpur.

2. CikguSila{dot}com. I love Akaun, SPM.


Cerdik Publication Sdn Bhd, Shah Alam, 2015.

3. Prinsip Perakaunan SPM, Kuasai Melalui Diagram.


SAP PUBLICATIONS (M) SDN. BHD. , 2012.

Anda mungkin juga menyukai