Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacaraan Majlis

Sempena Sambutan Hari Guru

Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Molek 2019

Masa 7.50 pagi

CUE Para pelajar memenuhi tempat duduk yang disediakan dalam dewan.

ANN Minta kerjasama kepada semua pelajar agar dapat memenuhi ruangan kosong yang
terdapat di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi,
terima kasih.

Masa 7.55 pagi

CUE Apabila Guru Besar tiba di pintu utama Dewan Gemilang, bunyi gamelan
berkumandang dan siding hadirin diminta untuk berdiri.

ANN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman
Molek, En. Akmal bin Azman diiringi oleh Ketua Kelab Kebajikan Guru dan
Kakitangan (KKGK), En. Fahmi bin Hasan serta para guru SK Taman Molek .

Masa 8.10 pagi

CUE Guru Besar, tetamu dan para guru mengambil tempat duduk hadapan dan apabila
buku tentatif Sambutan hari Guru diedarkan, maka juruacara memulakan majlis.
ANN Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal basmallah pembuka bicara.

Istana kota sebalah tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang


Berusaha En Akmal bin Azman, Guru Besar SK Taman Molek, Yang Dihormati En
Salleh bin Ali, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Yang Berusaha Puan
Wahidah binti Amir, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Berusaha Puan Sarah binti
Ahmad, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Yang Berusaha En Farid bin Mohd,
Penolong Kanan Kokurikulum, barisan warga pendidik, kakitangan SMK Taman
Molek, AJK PIBG dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita
berhimpun bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam
majlis sambutan Hari Guru peringkat SK Taman Molek bagi tahun 2019. Hadirin dan
hadirat, seperti yang kita semua ketahui, hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei
setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam
mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan mereka ini, maka lahirlah
warganegara yang Berjaya dalam hidup dan seterusnya membangunkan negara
Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu
“Guru Obor hemah Menyinari Pertiwi”.

Masa 8.15 pagi

CUE Bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Johari bin Omar

ANN Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput al-Fadhil Ustaz Johari bin Omar
untuk mengetuai bacaan doa, dipersilakan.

Masa 8.20 pagi

CUE Para guru dan murid berdiri untuk nyanyian lagu negaraku.
ANN Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, diminta para guru dan murid berdiri
untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’.

Masa 8.25 pagi

CUE Ucapan daripada ketua murid.

ANN Waktu malam melihat bulan,


Mendengar pungguk berlagu merdu,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Kerana jasa menaburkan ilmu.

Seterusnya Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ketua murid SMK Taman


Molek , Saudara Ahmad Nabil bin Kamal sebagai wakil pelajar untuk menyampaikan
ucapan penghargaan kepada para guru sempena Hari Guru.

Masa 8.40 pagi

CUE Ketua murid turun dari pentas.

ANN Terima kasih diucapkan kepada saudara Ahmad Nabil bin Kamal atas perucapan
yang amat menarik sebentar tadi.

Burung pipit burung helang,


Terbang tinggi tidak sejajar,
Biar sejuta rintangan menghalang,
Tetapku gagah teguh mengajar.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Akmal bin Azman, Guru besar SK
Taman Molek untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Masa 8.55 pagi


CUE Guru besar turun mengambil tempat.

ANN Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Masa 9.00 pagi

CUE Para guru melafazkan ikrar guru seterusnya menyanyikan lagu Guru Malaysia dan
lagu tema hari guru.

ANN Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan,
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela berkorban.

Majlis seterusnya menjemput semua guru SK Taman Molek untuk tampil ke pentas
bagi melafazkan ikrar guru. Seterusnya, marilah bersama-sama kita mendengar
gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru Malaysia’ dan lagu tema hari
guru tahun ini.

Masa 9.20 pagi

CUE Para guru melakukan persembahan.

ANN Sekarang tibalah masa untuk menyaksikan persembahan daripada guru-guru dari SK
Taman Molek. Untuk itu, majlis mempersilakan para guru yang terlibat dengan
persembahan untuk melakukan persembahan yang ditunggu-tunggu oleh para
pelajar.

Masa 9.35 pagi


CUE Para guru turun dari pentas.

ANN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan daripada para guru sebentar
tadi.

Pohon palma tegak berdiri,


Ditanam mari tepi bangunan,
Ilmu di dunia terus dicari,
Jasa guru dilupa jangan.

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah tokoh guru Sekolah
Kebangsaan Taman Molek bagi tahun 2019. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian
anugerah tokoh guru ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Akmal bin Azman
sambal diiringi Encik Fahmi bin Hasan untuk naik ke pentas.

- Anugerah tokoh guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Molek bagi tahun 2019
dinobatkan kepada Encik Haris bin Kamal
- Anugerah tokoh guru wanita pula bagi tahun 2019 dinobatkan kepada Puan
Aliah binti Omar.

Masa 9.50 pagi

CUE Guru besar dan Ketua Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) turun dari pentas.

ANN Hinggap Si Murai di dahan rendah,


Lebah bisa hinggap di duri,
Selesai sudah majlis meriah,
Sembah hamba memohon diri.

Dengan berakhirnya penyerahan anugerah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Molek bagi tahun ini. Mohon
maaf jika ada salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para hadirin yang bersama-sama dalam menjayakan program
pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai