Anda di halaman 1dari 30

HADIS DHOIF

PENGERTIANNYA:
HADIS YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT
UNTUK MENJADI HADIS SAHIH ATAU
HADIS HASAN.
PEMBAHAGIAN HADIS DHOIF

1. DHOIF
2. SANGAT DHOIF
Sebab-sebab Yang Menyebabkan
Hadis Menjadi Sangat Dhoif
• Salah seorang perawinya adalah
pendusta atau pereka hadis.
• Salah seorang perawinya dituduh
sebagai pendusta atau pereka hadis.
• Salah seorang perawinya seorang yang
fasiq.
• Hadis itu syaz atau berlawanan.
• Hadis itu “ma’lul (mempunyai “illah”).
KEDUDUKAN HADIS INI:
• Kerana sebab-sebab tadi, hadis-hadis
berikut adalah hadis dhoif yang kekal
dengan dhoifnya (ditolak dan tidak
diterima) dan tidak sekali-kali akan naik
kepada martabat “hasan lighoirih”
ANTARA HADIS-HADIS SGT
DHOIF :
• Hadis Maudhuk
• Hadis Matruk
• Hadis Munkar
• Semua jenis hadis Syaz
(sebagaimana hadis-hadis di bawah)
• Hadis Maqlub
• Hadis Mudhtharib
• Hadis Mudraj
• Hadis Musohhaf
• Hadis Muharraf
• Hadis Ma’lul
• Bukan semua hadis dhoif itu boleh
diamalkan dalam fadhail, apatah lagi jika ia
berlawanan dengan hadis-hadis yang lebih
sohih. Juga boleh dibuat kesimpulan
bahawa bukan semua hadis dhoif akan
naik kepada martabat “hasan lighoirih”.
Adakah Semua Hadis Dhoif Akan Naik
Kepada Martabat “Hasan Lighoirih”
Dengan Sebab Banyak Thoriq (Sanad
Atau Riwayat)?

• Sebenarnya bukan semua hadis yang berbilang


thoriqnya itu akan naik kepada martabat “hasan
lighoirih”. Ini kerana memang sebahagian
daripada hadis dhoif itu akan kekal dengan
dhoifnya. Tetapi memang sepakat para
muhaddisin menganggap bahawa berbilang
thoriq itu satu perkara yang boleh menguatkan
hadis dhoif dan menjadikannya hadis “hasan
lighoirih
• Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar (dalam
menyatakan bahawa hadis dhoif akan
berubah menjadi kuat): “Sesungguhnya
thoriq yang banyak itu dan daripada
sumber (perawi asal) yang berlainan,
menambahkan kekuatan pada matan”.
• Dan mengenai bahawa bukan semua hadis yang
dhoif itu boleh menjadi “hasan lighoirih”, al-Hafiz
Ibnus Solah ada berkata: “Bukanlah semua hadis
yang dhoif itu akan hilang dhoifnya dengan
adanya “wajah” (riwayat) yang lain, bahkan ini
tidak sama antara hadis-hadis yang dhoif. Ada di
antaranya yang boleh hilang dhoifnya dengan
sebab demikian…dan ada juga hadis dhoif yang
tidak hilang dhoifnya dengan demikian, kerana
kuatnya kedhoifan itu, dan riwayat yang lain tidak
mampu menguatkannya. Dan antara contohnya
ialah hadis yang dhoif kerana perawi yang
dituduh dengan berdusta ataupun hadis yang
syaz [3].
• Berkata Imam Nawawi pula: “Adapun
hadis yang dhoif kerana perawi yang
dituduh berdusta, atau perawi yang fasiq,
maka ia tidak akan menjadi kuat sekalipun
datangnya riwayat yang lain”. Berkata
Imam Ibnu Kathir (dalam menerangkan
perkataan Imam Nawawi tadi): “Ini kerana
hadis yang dhoif itu tidak sama
martabatnya. Dan sebahagiannya tidak
akan hilang dhoifnya sekalipun dengan
mutabaat”.
• Dan antara contoh hadis dhoif yang
banyak thoriqnya (sanadnya), tetapi
tetap dihukumkan dengan dhoif oleh
para muhaddisin ialah hadis “Sesiapa
yang menjaga umatku dengan
empat puluh hadis, maka Allah
akan bangkitkannya di hari kiamat
sebagai seorang alim yang faqih”.
• Imam Nawawi meriwayatkan hadis ini
dalam muqaddimah kitabnya “Matan al-
Arbain”, dan beliau menyebut: “Dan telah
sepakat para muhaddisin bahawa ia
adalah hadis yang dhoif, sekalipun banyak
toriqnya.
• Berkata al-Hafiz Ibn Asakir mengenai
hadis ini: “Semua sanadnya mempunyai
kecacatan dan tidak ada ruang untuk
menganggapnya sohih”
HADIS DHOIF
• Hadis yang tidak memenuhi syarat untuk
menjadi sahih atau hasan.
SEBAB-SEBAB DHOIF
• Tidak cukup syarat-syarat sahih
• Terdapat kecacatan atau illat
• Periwayatannya kurang dhabit
• Sanadnya tidak bersambung
• Terdapat kejanggalan atau syaz
PEMBAHAGIAN HADIS DHOIF

• DHOIF PADA SANAD


• DHOIF PADA MATAN
HADIS DHOIF PADA SANAD
• TERBAHAGI KEPADA 2:
1. Sanad tidak bersambung
2. Kecacatan perawi
Sanad tidak bersambung
• Hadis mursal- hadis yang gugur sanad
sahabat.
• Hadis munqati’-hadis yang gugur seorang
perawi pada satu atau banyak tempat
dalam sanad,ataupun salah seorang
perawinya mubham
• Hadis mua’ddal- gugur dua atau lebih
sanadnya secara berturut-turut.
• Hadis mudallas-terdapat keraguan dan
kesamaran yang memang disengajakan
(diriwayatkan oleh perawi yang sezaman tapi
tidak mendengar sendiri
daripadanya,kemudian dia menimbulkan
keraguan seolah-olah dia mendengar
sendiri hadis tersebut)
• Hadis mu’allal-tidak ada kecacatan pada
zahirnya tetapi setelah dikaji oleh ahli
hadis terdapat kecacatan pada sanad atau
matan atau keduanya.
KECACATAN PERAWI SAMA ADA
DHABIT ATAU BERKELAYAKAN
• Hadis mudtarib-hadis yang berlawanan
atau bercanggah riwayatnya,sama ada
percanggahan ini dilakukan oleh seorang
perawi atau berkumpulan.

• Hadis maqlub-hadis yang diriwayatkan


secara diterbalikkan sanad atau matan
sesebuah hadis,ataupun sanad atau matan
dijadikan matan atau sanad hadis lain.
• Hadis syaz-hadis yang diriwayatkan oleh
perawi yang thiqah,dhabit,namun
bertentangan dengan apa yang
diriwayatkan oleh perawi yang lebih
thiqah,lebih adil dan lebih dhabit.

• Hadis munkar-perawi lemah atau dhaif dan


bertentangan dengan apa yang
diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah.
• Hadis matruk-perawi yg memnag dikenali
sebagai seorang yang suka berdusta,fasiq
pada perbuatan atau percakapan serta
banyak melakukan kesilapan.
HADIS DHOIF PADA MATAN
• HADIS MAUQUF
• HADIS MAQTU’
HADIS MAWQUF
• HADIS YANG DISANDARKAN KEPADA
SAHABAT SAMA ADA MELAUI
PERKATAAN PERBUATAN ATAU
PENGAKUAN DAN SAMA ADA SANAD
BERSAMBUNG ATAU TIDAK,TANPA
DIHUBUNGKAN KEPADA NABI ATAU
MENYEBUT NAMA NABI
HADIS MAQTU’
• HADIS YANG DISANDARKAN PADA
TABIIN TANPA DIHUBUNGKAN KEPADA
SAHABAT DAN RASULULLAH,SAMA
ADA BERSAMBUNG SANAD ATAU
TIDAK.
KEDUDUKAN DAN HUKUM
BERAMAL DENGAN HADIS DHOIF
• Ibn al-arabi yang bermazhab malik,al-
bukhari,muslim dan ibn hazm yg
bermazhab syafie-tidak narus beramal
secara mutlak sama ada berkaitan dengan
perundangan atau hukum dan sama ada ia
berkaitan dengan fadail a’mal.
• Imam ahmad hanbal,abu daud,ibn
taimimiyyah dan ibn al-qayyini al-
jawziyyah-boleh beramal secara mutlak
dengan syarat tidak ada hadis lain atau
tidak ada dalil lain yang menyentuh
persolana yang berkaitan dengan hadis
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai