Anda di halaman 1dari 33

TAKHRIJ AL-HADITH

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI


AL-ZUHRI
SESI 1
MATLAMAT MODUL
Matlamat modul ini ialah untuk membimbing para
pelajar mencari dan menentukan sumber asal
bagi sesebuah hadith, bagi menentukan darjat /
peringkat hadith berkenaan, sama ada sahih
atau dhoif dan sebagainya. Daripada ini, pelajar
dapat mengambil faedah untuk menentukan
sama ada hadith itu boleh dipakai (dijadikan
hujjah) atau tidak dalam sesuatu permasalahan.
PENGENALAN ILMU
TAKHRIJ AL-HADITH
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH

• Takhrij menurut bahasa mempunyai beberapa makna.


Yang paling mendekati di sini adalah berasal dari
kata kharaja ( ‫ ) َﺧ َر َج‬yang artinya keluar; nampak dari
tempatnya atau keadaannya; atau terpisah dan
kelihatan.
• Dari kata al-ikhraj ( ‫ ) ْا ِﻹ ْﺧ َرج‬yang artinya
menampakkan sesuatu dan memperlihatkannya.
• Dari kata al-makhraj ( ‫ ) اﻟ َﻣ ْﺧ َرج‬artinya tempat keluar,
dan akhrajal-hadith wa kharrajahu artinya
menampakkan dan memperlihatkan hadith kepada
orang dengan menjelaskan tempat keluarnya
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH
• Takhrij menurut istilah adalah menunjukkan tempat hadith
pada sumber aslinya yang mengeluarkan hadith tersebut
dengan sanadnya dan menjelaskan darjatnya ketika
diperlukan, contoh seperti:
• Pertama: Seorang muhaddith meriwayatkan hadith-hadith
di dalam kitabnya beserta dengan sanad-sanadnya
dengan menggunakan ungkapan:
‫ﺧﺮﺟﻪ أو أﺧﺮﺟﻪ اﻟﺒﺨﺎري ﰲ ﺻﺤﻴﺤﻪ‬
(al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya dengan
sanadnya).
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH
• Kedua: Menyandarkan hadith kepada siapa yang
meriwayatkannya di kalangan periwayat hadith di dalam
kitabnya dengan menyebut martabat hadith tersebut.
• Contohnya ungkapan muhaddithin:
"‫"ﺧﺮج ﻓﻼن أﺣﺎدﻳﺚ ﻛﺘﺎب ﻛﺬا‬ iaitu menyandarkannya dan
menisbahkannya kepada ulama hadith yang
meriwayatkannya di dalam kitabnya dengan sanadnya
beserta penjelasan martabat hadith tersebut sama ada
ianya diterima atau ditolak.
• Perkara ini dilakukan oleh al-Zaila’i di dalam kitabnya
Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah.
DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH
• Al-Takhrij untuk maksud yang kedua boleh difahami
sebagai :
Satu kerja praktikal untuk seluruh ilmu-ilmu hadith, yang
mana ia mempertanggungjawabkan ke atas seorang
pengkaji dengan mencari hadith pada sumber asalnya,
mengkaji lafaz-lafaznya yang pelbagai, dan sanad-
sanadnya yang bermacam-macam dan tawaqquf
(berhenti) pada pendapat ulama hadith tentang hadith
dan periwayatnya, dan mengkajinya dari sudut sanad
dan matan kemudian cuba untuk mendapatkan natijah
yang betul di sekitar hadith tersebut.
AL-TAKHRIJ
Mencari hadith pada sumber asalnya

Mengkaji lafaz-lafaznya yang pelbagai

Mengkaji sanad-sanadnya yang bermacam-macam


Kerja praktikal
Tawaqquf (berhenti) pada pendapat ulama hadith
tentang hadith dan periwayatnya

Mengkajinya dari sudut sanad dan matan

Mendapatkan natijah yang betul


DEFINASI AL-HADITH
• Hadith menurut bahasa bermaksud sesuatu yang baru.
• Hadith menurut istilah para sarjana hadith bermaksud sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi saw sama ada dari segi perkataan,
perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat
beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadinya.
PEMBAHGIAN HADITH
• Secara umumnya, hadith boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu hadith yang boleh diterima atau disebut hadith maqbul dan
hadith yang tertolak iaitu hadith mardud .
• Di bawah kategori hadith maqbul (diterima) terdapat dua jenis
hadith iaitu hadith sahih dan hadith hassan. Di bawah kategori hadith
mardud (tertolak) pula terdapat hadith dhoif (lemah), hadith dhoif
terbahagi kepada banyak jenis, ada hadith dhoif yang baik dan
ada hadith dhoif yang mungkar sehingga ke hadith maudu' (palsu).
DEFINASI AL-HADITH
• Setiap hadith mengandung tiga Unsur, iaitu
1. Matan (teks atau perkataan yang disampaikan, isi hadith tersebut)
2. Rawi (disebut juga perawi) adalah orang yang menyampaikan
atau yang meriwayatkan hadith yang pernah diterimanya dari
seseorang ke dalam suatu kitab.
3. Sanad, adalah orang-orang yang menjadi sandaran dalam
meriwayatkan hadith. Dengan kata lain, sanad adalah orang-
orang yang menjadi perantara dari Nabi saw kepada perawi.
• Syarat hadith shahih adalah hadith yang memenuhi 5 syarat iaitu :
1. Persambungan Sanad (‫)إﺗﺼﻞ اﻟﺴﻨﺪ‬
2. Keadilan para perawi (‫)اﻟﻌﺪل‬
3. Para perawi bersifat dhabith (‫)اﻟﻀﺎﺑﻂ‬
4. Tidak terjadi kejanggalan (‫)ﺑﻐﲑ ﺷﺎذ‬
5. Tidak terjadi ‘illat. (‫)ﺑﻐﲑ ﻋﻠﺔ‬
ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
• Ilmu takhrij hadith merupakan salah satu turath, warisan
ilmu Islam selain fiqh, tafsir, hadith, akidah, tawauf dan
lain-lain lagi. Ilmu ini dikatakan pencetus kepada barat
dalam menghasilkan kaedah footnote dalam penulisan.
Takhrij hadith merujuk kepada satu kaedah mencari asal-
usul sesuatu hadith daripada sumber asalnya. Sumber
asal di sini bermaksud kitab-kitab hadith yang bersanad
bermula daripada penulis kitab hinggalah ke Rasulullah
saw.
KELEBIHAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITH
1. Memudahkan seseorang itu mencari sumber sesuatu
hadith daripada kitab asalnya.
2. Dapat menentukan kesahihan atau kedhoifan sesuatu
hadith.
3. Dapat mencari sanad hadith yang lain untuk
menguatkan lagi darjat hadith tersebut.
4. Dapat mengenal pasti amalan tadlis hadith.
KESIMPULAN
“Satu ilmu yang membahaskan mengenai prinsip
dan metode yang memudahkan capaian kepada
kedudukan hadith, mengenalpasti mutabaah dan
syawahid daripada sumber-sumber asal, sumber-
sumber yang menyerupai asal, dan sumber-
sumber yang tidak asal seterusnya menjelaskan
hukum dan darjat hadith sama ada diterima atau
ditolak”
6 kaedah takhrij, kitab-kitab yang
TAKHRIJ AL-HADITH digunapakai bagi setiap kaedah,
metode setiap kitab, terma-terma
yang digunakan ketika takhrij dan
Ilmu yang membahaskan prinsip dan
prinsip kajian sanad dan matan
metode yang memudahkan capaian hadith.
kepada kedudukan hadith
Mengenalpasti mutabaah dan syawahid Mutaba’ah: Berkongsi dua orang
perawi dalam meriwayatkan
Daripada sumber-sumber asli, sumber- hadith daripada seorang sahabat
sumber yang menyerupai asli, sumber- melalui guru yang sama.
sumber yang tidak asli Syawahid: Dua orang sahabat atau
Menjelaskan hukum dan darjat hadith lebih meriwayatkan sebuah hadith
dengan lafaz yang sama atau
sama ada diterima atau ditolak.
dengan maknanya.

Asli: Kitab-kitab yang diriwayat hadith- Tidak Asli: Kitab-kitab


hadithnya oleh para pengarang dengan Menyerupai Asli: Kitab kitab hadith karya penulis yang
sanad-sanad mereka, samada kitab-kitab hasil karya penulis yang menyebut hadith-hadith yang
berkenaan dalam bidang-bidang berikut: menyebut hadith-hadith yang diambil tanpa menyebut
Hadith seperti al-Kutub al-Sittah, al- diambil berserta sanad daripada sanad-sanad rujukan asal
Muwatta' dll- Aqidah seperti al-Iman oleh rujukan asal seperti Tafsir Ibn seperti kitab Riyad al-Salihin
Abu Bakr Ibn Abi Shaybah- Fiqh seperti Kathir, Nasb al-Rayah Fi Takhrij oleh al-Nawawi.
al-Shafii - Tafsir seperti Tafsir Ibn Jarir al- Ahadith al-Hidayah oleh al-
Tabari. Tarikh seperti Tarikh Baghdad oleh
Zayla’iyy dan lain-lain.
al- Khatib. Usul Fiqh seperti al-Risalah
oleh al-Shafii.
Contoh Mutabaah dan Syawahid
• Mutaba’ah ialah berkongsi dua orang perawi dalam meriwayatkan
hadith daripada seorang sahabat melalui guru yang sama.
• Hadith yang diriwayatkan oleh Syu'bah bin al-Hajjaj daripada
Qatadah daripada Salim bin Abi al-Ju'd daripada Mi'dan bin Abu
Talhah Daripada Abu Darda' daripada Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:"adakah lemah bagi salah seseorang daripada kamu
untuk membaca pada satu malam satu pertiga al-Quran? Sahabat-
sahabat bertanya bagaimana dibaca satu pertiga al-Quran?
Rasulullah menjawab "‫ "ﻗﻞ ﻫﻮ اﷲ اﺣﺪ‬menyamai satu pertiga al-Quran.
• Hadith ini diriwayatkan juga oleh Aban al-'Attar daripada
Qatadah.Maka dalam hal ini Aban dianggap Mutabi' kepada
Syu'bah bin al-Hajjaj dan Syu'bah pula Mutabi' kepada
Aban.Kedua-dua mereka meriwayatkan hadith ini daripada guru
yang sama iaitu Qatadah.
Contoh Mutaba’ah dan Syawahid
• Syawahid ialah dua orang sahabat atau lebih meriwayatkan
sebuah hadith dengan lafaz yang sama atau dengan maknanya.
Setiap seorang daripada mereka merupakan syahid kepada yang
lain, contoh : Hadith riwayat Anas:
"‫"ﻻ ﻳﺆﻣﻦ اﺣﺪﻛﻢ ﺣﱴ أﻛﻮن أﺣﺐ إﻟﻴﻪ ﻣﻦ ﻣﺎﻟﻪ واﻟﻨﺎس أﲨﻌﲔ‬
• Hadith ini turut diriwayatkan sahabat lain 'Abdullah Bin Hisham
dengan lafaz:
"‫"ﻻ ﻳﺆﻣﻦ أﺣﺪﻛﻢ ﺣﱴ أﻛﻮن ﻋﻨﺪﻩ أﺣﺐ إﻟﻴﻪ ﻣﻦ ﻧﻔﺴﻪ‬
Hadith Asal Mutaba’ah Tammah Mutaba’ah Qasirah Syahid
‫ ﻓﺈن‬...‫ﻓﺎن ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺎﻛﻤﻠﻮا اﻟﺸﻬﺮ ﺗﺴﻊ وﻋﺸﺮون‬ ‫ﻓﻜﻤﻠﻮا ﺛﻼﺛﲔ‬... ‫إذا راﻳﺘﻤﻮا اﳍﻼل ﻓﺼﻮﻣﻮا‬
‫ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺄﻛﻤﻠﻮا اﻟﻌﺪة‬ ‫اﻟﻌﺪة ﺛﻼﺛﲔ‬ ‫وإذا رأﻳﺘﻤﻮﻩ ﻓﺎﻓﻄﺮوا ﻓﺈن‬
‫ﺛﻼﺛﲔ‬ ‫ﻏﻢ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻓﺄﻛﻤﻠﻮا اﻟﻌﺪة‬
‫ﺛﻼﺛﲔ‬
Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w
Abdulrahman bin Umar Abdulrahman bin Umar Abdulrahman bin Umar Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Dinar Abdullah bin Dinar Muhammad bin Zaid Muhammad bin Hunain
Malik Malik ‘Asim bin Muhammad ‘Amr bin Dinar
Al-Shafi’iy Abdullah bin Maslamah Ibn Khuzaimah Sufyan
Al-Bukhari Muhammad bin
Abdullah bin Zaid
Al-Nasa’i

• Mutaba‘ah Tammah: Penyertaan itu bermula daripada peringkat syeikhnya sehinggalah ke penghujung
sanad.
• Mutaba‘ah Qasirah: Penyertaan itu bermula daripada peringkat selepas syeikhnya sehinggalah ke
penghujung sanad.
• Al-Shahid atau al-Shawahid ialah seorang periwayat menyertai periwayat lain dalam periwayatan
hadith daripada sahabiy yang lain samada dari sudut lafaz atau erti
KEPENTINGAN
TAKHRIJ AL-HADITH
1- Membawa mereka pada tempat rujukan
Takhrij al-Hadith berfungsi: hadith dari sumber-sumber yang asli
2- Memperkenalkan kepada mereka
martabat sesebuah hadith dari sudut sanad
dan matannya
TAKHRIJ AL-HADITH 3- Mengharmonikan percanggahan-
percanggahan yang terdapat pada riwayat
PENTING hadith, yang mana dahulu dan yang mana
kemudian, dan yang mana matannya ringkas,
Digunakan untuk dan yang mana pula matannya terdapat
Berinteraksi dengan hadith Nabi s.a.w penambahan lafaz.
4- Membantu dalam menyingkap keadaaan
 Hujjah sanad sama ada ianya berada dalam keadaan
 Pentafsir dan penerang al-Ittisal, al-Inqita’, al-Irsal, al-I’dal, raf’ dan
kepada al-Quran waqf ataupun terdapat periwayat yang tadlis
 Sumber ilmu pengetahuan dan sebagainya.
5- Mengetahui sebab wurud sesebuah
hadith. Maka dari situ dapat membantu
 Menjadi kewajipan mereka memahami maksud dalam sesebuah hadith
yang mendalami ilmu dengan melihat kepada zaman dan tempat
pengajian Islam mempunyai begitu juga bidangnya sama ada
kemahiran dalam takhrij al- kemasyarakatan, politik, ekonomi dan
Hadith. sebagainya
SEJARAH SINGKAT PERKEMBANGAN AL-HADITH
Para ulama membagi perkembangan hadith itu kepada 7 periode :
1. Masa wahyu dan pembentukan hukum (pada Zaman Rasul : 13
SH - 11 SH).
2. Masa pembatasan riwayat (masa khulafaur-rasyidin : 12-40 H).
3. Masa pencarian hadith (pada masa generasi tabi'in dan
sahabat-sahabat muda : 41H - akhir abad 1H).
4. Masa pembukuan hadith (permulaan abad 2H).
5. Masa penyaringan dan seleksi ketat (awal abad 3H) sampai
selesai.
6. Masa penyusunan kitab-kitab koleksi (awal abad 4H sampai
jatuhnya Baghdad pada tahun 656 H).
7. Masa pembuatan kitab syarah hadith, kitab-kitab tahrij dan
penyusunan kitab-kitab koleksi yang lebih umum (656 H dan
seterusnya).
URGENSI ILMU TAKHRIJ HADITH
• Pada awal abad perkembangan ilmu hadith, ilmu takhrij al-hadith
tidak dibutuhkan oleh ulama dan peneliti hadith karena tingkat
pengetahuan dan kemampuan mereka tentang hadith sangat luas
dan mantap.
• Beberapa abad kemudian, para ulama hadith merasa kesulitan untuk
mengetahui hadith dari sumber aslinya, kebutuhan terhadap
keputusan syariah mengenai suatu persoalan begitu sangat
mendesak, di samping terdapat banyak sekali karya ilmiah yang
menjadikan hadis sebagai asas argumentasi atau dasar ketetapan
hukum seperti: tafsir, sejarah, tasawuf, kalam, dan fikih - tidak
menjelaskan aspek otentisitas, originalitas dan kualitas hadith.
• Keadaan ini menjadi latar belakang timbulnya keinginan para ulama
untuk melakukan takhrij. Upaya yang mereka lakukan adalah
dengan menjelaskan atau menunjukkan hadith kepada sumber
aslinya, menjelaskan metodenya, dan menentukan kualitas hadith
sesuai dengan kedudukannya
URGENSI ILMU TAKHRIJ HADITH
• Hasil jerih payah para ulama itu memunculkan kitab-kitab takhrij,
di antaranya yang terkenal dalah Fawaid al-Muntakhabah al-
Shahah karya Abu Qasim al-Husaini, Takhrij al-Fawaid al-
Muntakhabah al-Shahah wa al-Gharaib karya Abu Qasim al-
Mahrawani.
• Ulama yang pertama kali melakukan Takhrij menurut Mahmud Ath-
Thohan adalah Al-Khatib Al-Baghdadi (436 H) , Kemudian
dilakukan pula oleh Muhammad bin Musa Al-Hazimi (584 H)
dengan karyanya yang berjudul Takhrij Ahadist Al-Muhadzdzab. Ia
mentakhrij kitab fikih karya Abu Ishaq Asy-Syirazi.
CONTOH TAKHRIJ
AL-HADITH
‫‪CONTOH TAKHRIJ LENGKAP‬‬
‫‪• Mengandungi kesemua sanad atau‬‬ ‫‪Contoh:‬‬
‫ي َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ‬ ‫ﺼ ِﺮ ﱡ‬ ‫ﺒ‬‫ﻟ‬
‫ْ‬ ‫ا‬ ‫ﻲ‬ ‫ﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ ُﳏ ﱠﻤ ُﺪ ﺑﻦ َﳛﲕ اﻟْ ُﻘﻄَﻌِ‬
‫ﻣَﺴﻠِﻢ ﺑ َﻦ إِﺑـﺮِْاﻫُﻴﻢ ْ َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ ِﻫ َﻼ ُل َﺑ ْﻦ ﻋﺒ ِﺪ اﻟﻠﱠﻪِ‬
‫ﱡ‬
‫‪turuq bagi sesebuah hadith dan‬‬
‫‪ulama yang meriwayatkannya di‬‬ ‫ِ ْ ُِ ِ َْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ ْ ُ ُْ ْ‬
‫‪samping penjelasan mengenai‬‬ ‫َﻣ ْﻮَﱃ َرﺑِ َﻴﻌﺔَ ﺑْ ِﻦ َﻋ ْﻤ ِﺮو ﺑْ ِﻦ ُﻣ ْﺴﻠ ٍﻢ اﻟْﺒَﺎﻫﻠ ﱢﻲ َﺣ ﱠﺪﺛَـﻨَﺎ‬
‫‪mutaba’at dan syawahid.‬‬ ‫اﳊَﺎ ِر ِث َﻋ ْﻦ َﻋﻠِ ﱟﻲ ﻗَ َﺎل‪:‬‬ ‫أَﺑُﻮ إِ ْﺳ َﺤ َﻖ ا ْﳍَ ْﻤ َﺪ ِاﱐﱡ َﻋ ْﻦ ْ‬
‫ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠﻪُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ‪:‬‬ ‫َ‬
‫ﻮل اﻟﻠﱠ ِ‬
‫ﻪ‬ ‫ﻗَ َﺎل َر ُﺳ ُ‬
‫‪• Mengandungi penjelasan secara‬‬
‫‪detail mengenai pendapat ulama‬‬ ‫ﺖ اﻟﻠﱠ ِﻪ َوَْﱂ‬ ‫اﺣﻠَﺔً ﺗُـﺒـﻠﱢﻐُﻪ إِ َﱃ ﺑـﻴ ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬
‫ﻚ زادا ور ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ً‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َﻣ ْﻦ َﻣﻠَ‬
‫ﻚ‬ ‫‪ ƢčȈÊ‬و َذﻟِ‬ ‫‪Ê‬‬ ‫َ‬ ‫ِ‬
‫‪tentang hukum hadith.‬‬ ‫َﳛُ ﱠﺞ ﻓَ َﻼ َﻋﻠَْﻴ َُِ َِ‪َ ِ َ Èْ َ ْ ِ ِ ÉÈ‬‬
‫‪ǻ‬‬‫¦‬
‫‪ǂ‬‬ ‫ﺼ‬ ‫ﻧ‬ ‫َو‬ ‫أ‬ ‫‪Ƣ‬‬
‫‪č‬‬‫‪ȇ‬‬‫®‬ ‫‪Ȃ‬‬ ‫‪Ȁ‬‬ ‫‪º‬‬
‫‪ȇ‬‬ ‫ﻮت‬ ‫ﳝ‬ ‫ن‬‫ْ‬ ‫أ‬ ‫ﻪ‬
‫ﱠﺎس ﺣ ﱡﺞ‬ ‫ﻮل ِﰲ ﻛﺘَﺎﺑِﻪ } َوﻟﻠﱠﻪ َﻋﻠَﻰ اﻟﻨ ِ‬ ‫أَ ﱠن اﻟﻠﱠﻪَ ﻳَـ ُﻘ ُ‬
‫‪• Mengemukakan‬‬ ‫‪riwayat-riwayat‬‬ ‫ﺎع إِﻟَْﻴ ِﻪ َﺳﺒِ ًﻴﻼ {‬ ‫َ‬‫ﻄ‬ ‫ﺘ‬
‫َ‬
‫َْ َ ْ ْ َ‬‫اﺳ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﺖ‬ ‫اﻟْﺒـﻴ ِ‬
‫‪sahih dan hasan yang lain‬‬
‫ﻳﺐ َﻻ ﻧَـ ْﻌ ِﺮﻓُﻪُ إِﱠﻻ‬ ‫ِ‬
‫ﺮ‬ ‫ﻏ‬‫َ‬ ‫ﻳﺚ‬
‫ٌ‬ ‫ﻗَ َﺎل أَﺑﻮ ِﻋﻴﺴﻰ‪ :‬ﻫ َﺬا ﺣ ِ‬
‫ﺪ‬
‫‪terutamanya jika hadith tersebut‬‬ ‫ﺎل وٌِﻫ َﻼ ُل ﺑﻦ ﻋﺒﺪِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ُ َ ِ َِ ِ َ‬
‫‪dhoif ataupun palsu.‬‬ ‫ﻣ ْﻦِ َﻫ َﺬا اﻟْ َﻮ ْﺟﻪ َوﰲ إ ْﺳﻨَﺎدﻩ َﻣ َﻘ ٌ َ ِ ِ ْ ُ َْ‬
‫اﳊَﺪﻳﺚ‬ ‫ﻒ ِﰲ ْ‬ ‫ﻀ ﱠﻌ ُ‬‫ث ﻳُ َ‬‫اﳊَﺎ ِر ُ‬
‫ﻮل َو ْ‬‫اﻟﻠﱠﻪ َْﳎ ُﻬ ٌ‬
MAKNA HADITH
• Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya Al Qutha'i
Al Bashri telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah
menceritakan kepada kami Hilal bin Abdullah bekas hamba
Rabi'ah bin 'Umar bin Muslim Al Bahili, telah menceritakan kepada
kami Abu Ishaq Al Hamdani dari Al Harits dari Ali berkata;
Rasulullah s.a.w bersabda:
• "Barangsiapa yang memiliki bekal dan kenderaan yang cukup
untuk dijadikan bekal ke Baitullah, namun dia tidak pergi haji, aku
tidak peduli jika dia mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani.
Kerana Allah berfirman dalam kitabNya: ‘Dan Allah mewajibkan
manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu
sesiapa yang mampu sampai kepadanya’.”
• Abu 'Isa berkata: "Ini merupakan hadith gharib, yang tidak kami
ketahui kecuali melalui sanad ini bahkan pada sanadnya terdapat
kecacatan. Hilal bin Abdullah majhul dan Harits seorang yang
didho'ifkan dalam hadithnya."
TAKHRIJ HADITH
CONTOH :
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam
sunannya, al-Tabari dalam Tafsirnya, al-Bazzar dalam
Musnadnya, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn Abi
Hatim dalam Tafsirnya, Abu al-Qasim al-Jurjani dalam
Tarikh Jurjan, al-Jassas dalam Ahkam al-Quran , Ibn ‘Adi
dalam al-Kamil, al-’Uqayli dalam al-Dhu’afa’, al-Tusi
dalam Mukhtasar al-Ahkam.
KETERANGAN TAKHRIJ
• Kesemuanya melalui riwayat • Ibn al-Jawzi menukil pendapat al-
Hilal bin Abdullah Abu Tirmidzi yang menyatakan bahawa
Hasyim mawla Rabi’ah bin al-Harith telah didustakan oleh al-
Sya’bi dan selainnya.
Salim daripada Abu Ishaq
• Menurut Ibn ‘Adi hadith ini mahfuz.
daripada al-Harith daripada
Al-’Uqayli pula menyatakan riwayat
Ali: ini tidak mempunyai mutaba’ah dan
• Imam al-Tirmidzi menyatakan beliau menambah lagi bahawa
bahawa hadith ini Gharib, terdapat riwayat mauquf daripada
kami tidak mengetahuinya Ali tetapi secara marfu’nya tiada
riwayat yang lebih baik melainkan
melainkan daripada riwayat
riwayat ini sahaja.
ini. Di dalam isnadnya
• Ibn al-Qattan pula menyatakan
terdapat kritikan. Manakala
kecacatan hadith ini ialah pada
Hilal bin Abdullah majhul dan kedhoifan al-Harith dan majhulnya
al-Harith didhoifkan dalam Hilal bin ‘Abdullah Mawla Rabi’ah
hadith. bin ‘Amrin bin Muslim al-Bahili.22
Hadith terdapat pada 10 tempat:
 al-Tirmidzi - sunannya
 al-Tabari - Tafsirnya Nabi Muhammad s.a.w
 al-Bazzar - Musnadnya
 al-Bayhaqi - Syu’ab al-Iman
 Ibn Abi Hatim - Tafsirnya Ali bin Abi Talib r.a
 Abu al-Qasim al-Jurjani - Tarikh
Jurjan
 al-Jassas - Ahkam al-Quran DHOIF Al-Harith bin Abdullah
 Ibn ‘Adi - al-Kamil
 al-’Uqayli - al-Dhu’afa’
 al-Tusi - Mukhtasar al-Ahkam Abu Ishaq-
Amru bin Abdullah bin ‘Ubaid
• Hadith ini Gharib, kami tidak
mengetahuinya melainkan daripada
riwayat ini (al-Tirmidzi). MAJHUL Hilal bin Abdullah
• Al-Harith telah didustakan oleh al-
Sya’bi dan selainnya. (Ibn al-Jawzi)
Muslim bin Ibrahim
• Hadith ini mahfuz (Ibn ‘Adi)
• Tidak mempunyai mutaba’ah &
terdapat riwayat mauquf daripada Ali Muhammad bin Yahya
(al-’Uqayli)
• Kecacatan hadith: al-Harith -dhoif Hilal
bin ‘Abdullah – Majhul (Ibn al-Qattan)
PENJELASAN
• Pengkaji mempunyai kebebasan untuk memilih dan
menggunakan kaedah yang dirasakan bersesuaian
mengikut bidang kajian masing-masing.
• Sebagai contoh jika hadith tersebut merupakan
riwayat al-Bukhari dan Muslim, maka pengkaji hanya
perlu menyatakan nama kitab, bab dan no hadith
sahaja tanpa perlu menyatakan hukum hadith.
• Jika hadith-hadith tersebut terdapat dalam kitab-
kitab hadith selain Sahih al-Bukhari dan Muslim, maka
maklumat mengenai hukum hadith perlu dinyatakan.
TAKHRIJ HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM

Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulamiy, beliau telah


berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah ada beberapa
perkara yang telah kami lakukan semasa Jahiliyyah,
sesungguhnya kami berjumpa bomoh. Lalu baginda
bersabda: “Janganlah kalian berjumpa bomoh”…

Nama
Takhrij
Pengarang Nama Kitab
Nama Kitab bagi hadith
Kitab Hadith

Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-


Salam, Bab Tahrim al-Kahanah
Bab Hadith wa Ityan al-Kuhhan, No. 5949. No. Hadith
TAKHRIJ HADITH RIWAYAT SELAIN AL-BUKHARI DAN MUSLIM

Daripada ‘Abdullah (Ibn Mas’ud): Aku telah mendengar


Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Jampi-jampi ,
tangkal-tangkal dan al-Tiwalah adalah syirik”.

Penyataan hukum bagi


hadith yang terdapat Takhrij
dalam kitab selain al-
Sahihain.

Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-Tibb, Bab Fi Ta’liq al-Tama’im,
No. 3883, Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tibb, Bab Ta’liq al-Tama’im,
No. 3530 & Ahmad ibn Hanbal, Musnad Ahmad ibn Hanbal, Musnad al-
Mukthirina min al-Sahabah, Musnad ‘Abdullah ibn Mas’ud, No. 3615.
Hukum hadis: Ibn Hajar al-’Asqalaniy menilainya sebagai Hasan
dalam kitab Takhrij Misyhkat al-Masabih, No. 4/278, Ahmad Syakir
menyatakan sanadnya Hasan dalam kitab Musnad Ahmad, No. 5/219 dan al-
Albani menilainya sebagai Sahih dalam kitab Sahih Abi Daud, No. 3883 &
Kitab Sahih Ibn Majah, No. 2861.
FAEDAH ILMU TAKHRIJ
1. Mengetahui rujukan dan sumber-sumber asli al-Hadith.
2. Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad al-Hadith.
3. Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq al-Hadith (jalur
periwayatan hadith).
4. Memperkenalkan perihal hadith-hadith tertentu berdasarkan turuq al-Hadith.
5. Memperkuatkan martabat hadith dengan adanya turuq yang banyak.
6. Mengetahui satu atau lebih hukum hadith yang dikemukakan oleh para
ulama hadith dan pendapat-pendapat mereka sama ada sahih atau
sebaliknya.
7. Mengenalpasti dan menentukan nama sebenar periwayat hadith tertentu di
kalangan para periwayat hadith.
8. Mengenali penambahan riwayat-riwayat.
9. Penjelasan makna lafaz-lafaz al-Gharib.
10.Menolak dakwaan hukum sesuatu hadith sebagai shaddh.
11.Memperjelaskan tambahan yang dibuat oleh periwayat dengan tujuan
penjelasan tanpa ada pemisah yang boleh disangka sebahagian daripada
matan hadith.
KAEDAH TAKHRIJ

2 3
1 Mengetahui kalimah
yang jarang digunakan
menerusi mana-mana
bahagian daripada
matan hadith.

KAEDAH
AL-TAKHRIJ
dengan cara

Mengenal pasti awal


lafaz daripada matan
4 al-Hadith. 6
5

Anda mungkin juga menyukai