Anda di halaman 1dari 34

Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS)

ULUM AL-HADITH
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
HADIS MAUDU’
• Bahasa:

Jatuh atau rendah.

• Istilah:

Suatu hadith yang diriwayatkan oleh atau terdapat di dalam rangkaian


sanadnya seorang perawi kazzab, iaitu: seorang perawi yang membuat
atau meriwayat sesuatu hadith palsu dengan sengaja walaupun sekali
sahaja.
Istilah lain:

• Hadith diriwayatkan oleh perawi dusta.

• Khabar yang direka-reka dan disandarkan kepada Nabi s.a.w atau

sahabat atau tabiin secara dusta kerana ada muslihat tertentu.

• Hadith dicipta dengan menisbahkan kepada Nabi s.a.w sama ada

pendustaan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.


Hadith Maudu’ BUKAN HADITH

Dinamakan hadith kerana:

• Berdasarkan dakwaan perawi atau pembuatnya.

• Untuk memudahkan ulama mengkaji dan mengenalpasti.

• Berdasarkan kepada makna hadith dari segi bahasa yang bermaksud:

Sesuatu yang diperkata, diperkhabar, diucapkan dan sebagainya.


KEDUDUKAN HADITH MAUDU’

• Jenis hadith dhaif yang paling dhaif.

• Menduduki ranking yang paling bawah sekali dalam senarai kedudukan

jenis-jenis hadith dhaif.

• Sebahagian ulama menjadikannya satu bahagian khusus dan

mengasingkannya daripada kumpulan hadith dhaif kerana ia bukan

sekadar dhaif bahkan PALSU.


JENIS HADITH MAUDU’
BERDASARKAN PEREKANYA

1. Maklumat yang memang direka oleh pemalsu hadith itu sendiri dan

kemudian dijadikan hadith.

2. Maklumat yang direka atau disebutkan oleh seseorang tokoh dan

kemudian dijadikan sebagai hadith oleh pemalsu hadith.

3. Maklumat yang bukan direka oleh pemalsu hadith atau bukan disebut

oleh seseorang tokoh tetapi merupakan suatu kesilapan dalam

periwayatan yang tidak disengajakan.


SEJARAH PEMALSUAN HADITH

• Menurut pandangan ahli sejarah, bermulanya kelahiran hadith palsu ialah


setelah tercetusnya fitnah ataupun pertelingkahan antara ‘Ali dan Mu’awiyah.

• Rasional kemunculan hadith palsu di zaman ini dilihat kerana pengikut-


pengikut puak yang bertelagah masing-masing ingin menguatkan pendapat
mereka dengan dalil-dalil syara’ daripada al-Quran dan hadith. Apabila nas-nas
al-Quran serta hadith-hadith sahih yang ada dirasakan tidak cukup dan tidak
mampu menguatkan hujah mereka, mereka mula mereka-reka nas palsu bagi
tujuan tersebut.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN
HADITH PALSU

Ta’sub (Fanatik) kepada


kabilah, puak, bangsa,
Pertelingkahan Politik Golongan Zindiq
negeri, bahasa, imam
dan jemaah tertentu.

Penciptaan kisah oleh Pertelingkahan mazhab


Kejahilan
tukang cerita dan fahaman

Kepentingan peribadi
TANDA-TANDA KEPALSUAN HADITH

• Tanda pada sanad

• Perawi berkaitan mengakui pemalsuan yang telah dilakukannya pada hadith.

• Pereka hadith Maudu’ dan orang yang didakwanya mengambil hadith tersebut

tidak pernah hidup sezaman atau tidak pernah bertemu atau tidak pernah pergi

ke tempat hadith itu diambil.

• Sikap atau keadaan perawi merupakan tanda kepalsuan pada sanad.

• Perawi yang dikenali sering melakukan pendustaan. [Perawi kazzab yang terdapat

dalam rantaian sanad]


• Tanda pada Matan

• Bercanggah dengan dalil-dalil lain daripada al-Quran, hadith serta ijma’ yang

qat’ie.

• Bercanggah dengan kelojikan akal yang waras, tangkapan pancaindera serta

realiti.

• Bahasa yang longgar termasuk dalam tanda ini ialah:

• Ketidakseimbangan balasan dengan sesuatu amalan yang dilakukan sama ada amalan baik

atau jahat.

• Bahasa yang mengandungi unsur keji, kotor dan jijik, jelek dan sebagainya.

• Bahasa yang tidak mirip kepada bahasa kenabian tetapi lebih mirip kepada bahasa

kepawangan atau kedoktoran.


• Tanda yang tidak ada pada kedua-dua sanad dan matan.

• Satu-satunya tanda dalam konteks ini ialah ketidakwujudan hadith di dalam


mana-mana sumber rujukan hadith yang utama.
USAHA ULAMA DALAM MENANGANI
HADITH PALSU

• Memeriksa sanad sesebuah hadith.

• Membahas matan sesuatu hadith.

• Mengenakan sekatan akademik ke atas kawasan-kawasan tertentu yang

dikenal pasti sebagai ‘lubuk’ hadith palsu dengan mengawal aliran keluar

masuk sesuatu maklumat hadith ke kawasan terbabit. – Contoh Kufah.

• Mengumpul dan membukukan hadith-hadith yang dikenal pasti sebagai

palsu.
HASIL USAHA ULAMA

• Lahirnya beberapa disiplin ilmu – ilmu kajian sanad dan matan, jarh

wa al-ta’dil, Gharib al-Hadith dan sebagainya.

• Lahir banyak buku-buku ulum al-Hadth.

• Lahiir buku-buku khusus mengumpulakan hadith-hadith palsu.


HUKUM BERAMAL
DENGAN HADITH
MAUDU’
•Haram meriwayatkan hadith maudu’ jika mengetahui mengenai kepalsuannya.
•Haram dijadikan hujjah atau dalil syarak.
HUKUM MENCIPTA HADITH
MAUDU’
• Haram dan berdosa besar.
•Hadith Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadpku
dengan sengaja, maka bersiap-sedialah tempatnya di
dalam api neraka”. [H.R Muslim]
CONTOH HADITH MAUDU’

‫اختالف أمتي رحمة‬


Maksudnya:
“Perselisihan umatku adalah satu rahmat”.
 
Ibn Hazm dalam kitabnya Al-Ihkam Fi Usul Al-Ahkam (5 : 61) telah
menilai hadith ini sebagai batil dan dusta. Pendapat Ibn Hazm ini
disokong oleh hasil kajian pakar-pakar hadith semasa seperti Al-
Albani yang menyatakan kepalsuannya kerana tidak bersanad (Al-
Albani 1985, 1: 76, no: 57).
Antara tanda-tanda kepalsuan
yang terdapat pada hadith
tersebut:
1. Bercanggah dengan banyak nas Al-Qur'an yang melarang perselisihan
seperti firman Allah SWT. yang bermaksud: “Dan janganlah kamu
menjadi seperti golongan yang berpecah belah dan berselisih
faham”.[al-Quran, Ali Imran:105]

2. Bercanggah dengan banyak nas hadith sahih yang melarang


perselisihan seperti sabda Rasulullah s.a.w:
‫الجماعة رحمة والفرقة عذاب‬

Bermaksud: "Berjamaah itu satu rahmat manakala perpecahan itu satu


azab”. (Ahmad 1993, 4: 377, no: 18408). Sanadnya Hasan dalam kitab al-
Silsilah al-Sahihah.
 
3. Bercanggah dengan lojik akal, kerana jika perpecahan itu dilihat
sebagai satu rahmat, maka seolah-olah perpaduan itu pula dilihat
sebagai satu azab? Jika perselisihan itu dilihat sebagai pembawa
rahmat, maka apakah perlu dicurahkan segala usaha untuk memecah
belahkan umat Islam dengan alasan untuk mendapat rahmat?
Apakah umat Islam perlu digalakkan berselisih pendapat untuk
mendapatkan ‘pahala’ berbeza pendapat. Apakah Allah akan
menurunkan bala’ ke atas hambaNya semata-mata kerana mereka
bersatu padu, sebaliknya mencucuri rahmat ke atas hambaNya yang
berpecah-belah?
4. Ungkapan yang dikatakan hadith ini, selain daripada tidak bersanad
ia juga tidak terdapat di dalam mana-mana kitab sumber hadith
muktabar. Ketidakwujudannya menunjukkan ia sebenarnya bukan
hadith, tetapi mungkin hanya kata-kata tokoh tertentu yang disalah
anggap sebagai hadith. Jika ia sebuah hadith, sudah tentu ia wujud
dan mustahil ulama mengabaikannya memandangkan ia menyentuh
perkara prinsip agama.
5. Bercanggah dengan realiti, meskipun ada andaian yang cuba
mempositifkan perselisihan dari segi perkembangan ilmu, namun
kesan negatif daripadanya ternyata lebih besar.
Istilah Yang Digunakan Untuk
Menunjukkan Sesuatu Hadith Itu
Maudhu’:

• La Yasihhu/ La Yuthbit
• La Asla Lahu
• Laisa bisahihiin
• Maudu’
• Kazzab
HADITH BERDASARKAN SANAD
TERAKHIR SEBELUM MATAN
[PEMBICARA]
Qudsi

Marfu’
Hadith Dari
Sudut
Pembicara
Mauquf

Maqtu’
HADITH QUDSI

Iaitu sesuatu hadith yang dinisbahkan kepada Allah SWT dalam konteks
Allah sebagai asal-usul punca matannya. Iaitu, Rasulullah s.a.w
melafazkan matannya dengan menyatakan secara khusus bahawa
maksudnya adalah daripada Allah SWT. Dalam hubungan ini,
seseorang perawi yang meriwayatkan Hadith Qudsi mesti mengikut
‘sighah’ periwayatan yang betul dengan berkata misalnya:
 
."‫"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربه عز وجل‬
 
Maksudnya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda dari apa yang Baginda riwayatkan
daripada Allah cAzza Wa Jalla.
CONTOH HADITH QUDSI

• Hadith riwayat Abu Dzar al-Ghifari daripada Rasulullah s.a.w dari apa
yang Baginda riwayatkan daripada Allah s.w.t bahawa Allah berfirman
yang bermaksud:

“ Wahai hambaKu! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke


atas diriKu dan Aku telah mengharamkannya juga di antara kamu, maka
janganlah kamu saling zalim menzalimi.” (H.R Muslim)
• Hadith Qudsi tidak semestinya sahih, kerana ‘kequdsian’ itu bukan

kerana kesahihannya, tetapi kerana dakwaan maksudnya daripada

Allah SWT. Adapun hukumnya yang sebenar bergantung kepada

keadaan sanad dan matannya, sejauh mana ianya memenuhi syarat-

syarat kesahihan, sama seperti Hadith Nabawi.


PERBEZAAN ANTARA
AL-QURAN DAN HADITH QUDSI

NO Al-QURAN HADITH QUDSI

1 Lafaz dan maknanya adalah daripada Allah s.w.t Hanya maknanya daripada Allah s.w.t sedangkan
lafaznya adalah daripada Nabi s.a.w

2 Ia dibacakan sebagai ibadat seperti bacaannya di Ia tidak dibacakan sebagai ibadat. Oleh itu ia tidak
dalam solat. boleh dibaca di dalam solat.

3 Mutawatir adalah syarat dalam penerimaan Mutawatir bukan syarat dalam penerimaan riwayat
riwayat ayat-ayat al-Quran hadith.
HADITH MARFU’

• Hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w yang mana Baginda

dilihat sebagai asal usul punca matannya, samada perkataan,

perbuatan, akuan mahupun sifat. Dengan perkataan lainnya,

Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai puncanya yang pertama tanpa

mengira samada sanadnya bersambung atau tidak, sahih ataupun

sebaliknya.
CONTOH HADITH MARFU’

• Daripada ‘Aisyah r.a beliau telah berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda
kepadaku:

“Bertakwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersikap lembut lah, kerana
kelembutan tidak akan ada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya dan
tidaklah dihilangkan dari sesuatu melainkan akan memperburukkannya”. 

• [H.R Ahmad dalam kitab Musnadnya dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam
kitab Sahih al-Jami' No. (7927)]
HADITH MAUQUF

• Hadith yang dinisbahkan kepada Para Sahabat yang mana mereka

dilihat sebagai asal-usul punca matannya, baik dalam bentuk

perkataan, perbuatan atau akuan tanpa mengira sama ada sanadnya

bersambung ataupun tidak, sahih atau sebaliknya.


CONTOH HADITH MAUQUF

• Ali r.a telah berkata:

Semua jenis talak adalah harus (sah) kecuali talak yang dilafazkan oleh
orang yang kurang akal (terencat akal, gila atau mabuk).

[H.R al-Bukhari]
HADITH MAQTU’

• Hadith yang mana seseorang Tabiin itu dikatakan sebagai asal-usul


punca matannya baik dalam bentuk perkataan atau perbuatan tanpa
mengira sama ada bersambung sanad atau tidak, sahih atau
sebaliknya.
CONTOH HADITH MAUQUF

• Kata Mujahid (Tabiin) apabila mengucapkan selamat tinggal kepada


sahabat-sahabatnya:

“Bertaqwalah kepada Allah, sebarkanlah ilmu ini, ajarlah dan jangan


sembunyikannya”
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH
MARFU’, MAUQUF DAN MAQTU’

Bertaraf Sahih dan Hasan: Bertaraf Dhaif:


• Boleh dibuat hujjah dan • Dha’if yang tidak
beramal keterlaluan: tidak boleh
dibuat hujjah tetapi boleh
Beramal dan berhujjah beramal dlm perkara-perkara
dengannya adalah berdasarkan fadhail dgn SYARAT-SYARAT
kedudukannya. TERTENTU.
• Dha’if keterlaluan: tidak
boleh berhujjah dan beramal.

Anda mungkin juga menyukai