Anda di halaman 1dari 2

‫كونه بصيرا‬

)KEADAAN ALLAH TAALA YANG MAHA MELIHAT(


Sifat kaunuhu basiran ini adalah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi
-

azali pada zat Allah SWT. Allah melihat tanpa perlu menggunakan alat
perantaraan seperti pancaindera mata. Perkara ini jelas kerana setiap
manusia dan kita semua juga memerlukan pancaindera mata untuk
melihat. Lebih-lebih lagi jika kita lihat keadaan orang yang rabun. Mereka
memerlukan bantuan cermin mata untuk melihat setiap benda yang ada
di sekelilingnya dengan jelas. Sedangkan Allah SWT sememangnya dalam
keadaan diri yang melihat dan tidak memerlukan sebarang bantuan dan
pertolongan untuk melihat segala perkara. Selain itu, Allah juga yang
dapat melihat segala perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh
seorang manusia pun. Contohnya seperti syurga, neraka, janin di alam
rahim dan banyak lagi. Ini juga telah dinyatakan dalam alquran surah Al-
Hasyr ayat 22 yang bermaksud, (Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata;
Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.).

Maka dari ayat ini juga sudah menjelaskan bahawa sesungguhnya Allah
sahaja yang dapat melihat segala perkara berkaitan dengan perkara ghaib
sedangkan penglihatan manusia adalah terbatas.

Seterusnya berdasarkan firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat 11,:

ِ ‫ْس َك ِم ْثلِ ِه َشيْ ٌء ۖ َوه َُو ال َّس ِمي ُع ْال َب‬


‫صي ُر‬ َ ‫َلي‬
Maksud: Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-
lah yang Maha Mendengar dan Melihat.
Maka, dalil dari al-quran ini sudah jelas lagi bersuluh bahawa tiada
seorang pon makhluk yang dapat melihat tanpa pertolongan dariNya
kerana tiada satu pun makhlukNya yang serupa denganNya. Kita
sebagai manusia juga perlu tahu bahawa sifat-sifat Allah itu terlalu
sempurna sedangkan sifat makhluk-makluk di muka bumi ini adalah
terbatas. Oleh kerana itu, kita sebagai manusia tidak layak untuk
sombong dengan mata yang dikurniakan oleh Allah. Ia kerana
pancaindera mata yang dikurniakan oleh Allah ini boleh ditarik semula
oleh Nya pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa sifat
kaunuhu basiran ini sememangnya adalah sifat wajib Allah yang perlu
dipercayai oleh semua makhluk kerana sesungguhnya tiada siapa
yang dilahirkan sempurna dan tidak ada yang sempurna di dunia ini
melainkan Allah.

Anda mungkin juga menyukai