Anda di halaman 1dari 25

Allah taala berfirman (yang ertinya),

”Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya),
dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul
(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Qs. An Nisa : 59).


Tauhid
Sifat
20
1. Sifat Wujud: Ada

 Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib
ada.

 Wujudnya Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat
dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil naqal) dan dapat
dibuktikan dengan akal (dalil aqali).

 Adanya Allah tidak didahului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan
tiada. Dan mustahil Allah itu tiada.

 Wujudnya Allah s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan
mustahil jika Allah tiada ada.

 Kewujudan-Nya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun


tempat.
2. Sifat QIDAM : Sedia

 Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan


permulaan dan mustahil bagi Allah jika ada permulaan.

 Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan


jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan
Tuhan.

 Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah,


Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir.

 Qidamnya Allah, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan


tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah.

 Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan
hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.
 Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak
sifat yang berlawanan dengannya.

 Sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tidak


berpermulaan, bererti sifat Qidam menafikan sifat yang menjadi
lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu.

 Adanya Allah sudah tentu sebelum segala sesuatu itu ada.

 Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak


berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.

 Wajib pada syara’ mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan


tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan tidak terima Huduth
(baharu atau berpermulaan).
3. Sifat BAQA’: Kekal

 Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak


berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan
waktu ataupun masa.

 Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu
kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan
bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan
kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Kekal.

 Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan


menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai
meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini.

 Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang
kehidupan di akhirat kelak.

 Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam
hati akan tentu sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa).
4. Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH

 Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan


sekalian makhluk.

 Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu kerana Allah tidak
sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa
ataupun tidak bernyawa.

 Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan
makhluk. Berbezanya sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaan-Nya maksudnya,
sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.

 Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah
tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang
baharu.

 Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat
segala benda selain Allah.
 Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan
baharu atau segala benda yang ada di alam ini.

 Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini
bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik
hukumnya.

 Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang wajib


bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh
syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah.

 Firman Allah Ta’ala:


“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Asy-Syura, 11)
Dan bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah
dikatankan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:

1)Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat
walaupun dimana tempat an makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu
tidak boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati
didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat
maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.

2) Dan bersalahan sifa itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada
jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah
Ta’ala berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan
bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang
baharu.

3) Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu
ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah
Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu
tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim
dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak
menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.
5. Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.

 Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat


berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dari-Nya.

 Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakan-Nya, sebaliknya sesuatu yang


diciptakan-Nya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t.
tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan
bantuan kepada makhluk-makhluk-Nya.

 Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta
pertolongan dengan alam yang akan binasa.

 Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian
tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia
Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala
ciptaan-Nya yang banyak itu.
 Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan
tentu sungguh berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi),
dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada zat
(Muhtajun Ila Ghairih).
6. Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)

 Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa


Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya.

 Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan
bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah.

 Beriman kepada ke-Esa-an Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan
berharap kepada Yang Satu.

 Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa, kita juga harus yakini
bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas.

 Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak
mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah
itu tidak mengenal batas.

 Walau betapa besar dosa dan kesalahan seseorang itu, jika Allah menghendaki
keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni Allah s.w.t.
7. Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)

 Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang
berkuasa, sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan
kekuasaan.

 Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian,
tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain
daripada Alah s.w.t.

 Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Firman Allah s.w.t.:

 “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata


kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Yassin: 82)

 Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu
mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan
lain daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.

 Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam
hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak
sekali-kali ‘Ajzun (lemah).
8. Sifat IRADAT: Berkehendak

 Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah
s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendak-Nya.

 Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas
Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada batasannya dan tidak dapat
dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan Allah.

 Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat,
Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-
setengah barang yang harus atas mumkin.

 Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu
sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat Iradat, dan tidak menerima
Karahah (terpaksa).
9. Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui

 Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui.

 Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah
berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi
mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.

 Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala, yang nyata segala perkara
yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan
pengetahuan tidak jahil.

 Dan makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan
sungguhnya dan mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan
tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus itu mengetahui akan ada atau
tiada atau akan tiadanya.

 Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam
hati akan tentu sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan tidak menerima
akan Allah itu Jahlun (jahil)
10. Sifat HAYAT: Hidup

 Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagi-
Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk.

 Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam,
seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya.

 Allah hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang
menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum.

 Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah, maka


pada saat yang dikehendaki-Nya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir.

 Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu


sungguh didalam hatinya Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang
ada pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah Ta’ala hidup, dan tidak
akan menerima akan Maut.
‫ السمع‬:‫ مندغر هللا‬. 11
• Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud
sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar
kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada
atau yang akan diadakan.

• Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang


dan yang tersembunyi.

• Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :


" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 ) 
‫ مليهت هللا‬: ‫ البصر‬.12
• Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada
yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak, jauh atau
dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi
dan sebagainya.

• Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka


kerjakan ".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 ) 
13. FFF‫اتهللا‬FF‫ركاتك‬FFF‫ب‬
- : F‫الم‬F‫لك‬FF‫ا‬
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.
Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan 
iaitu :

1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-


solat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan
lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat 
dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang 
yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat berat.
‫ كأداءن هللا يغ بركواس مغاداكن دان‬: ‫ كونه قديرا‬.14
‫منتيادكن‬
• Pengertian hal keadaan Allah, Qadir itu
sebagai sifat yang berdiri dengan zat Allah,
yang melazimkan sifat Qudrah.
• Qadir ialah yang berkuasa untuk membuat
sesuatu dengan kehendak Allah dan berkuasa
membatalkan sesuatu sekiranya ia tidak
setuju.
15.‫نمننتوكن‬F‫ مغكهندقيدا‬F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬F‫ ك‬:‫ مريدا‬F‫ونه‬FF‫ك‬
‫تو‬F‫سوا‬FF‫يافس‬FFF‫ت‬
• Pengertian hal keadaan Allah, Murid itu
sebagai sifat yang berdiri dengan zat Allah,
yang melazimkan sifat Iradah
• Murid itu beerti sifat yang boleh mentaarifkan
berlakunya satu dari dua
.16‫ياف‬FFF‫كنت‬F‫ مغتاهؤيا‬F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬F‫ ك‬: ‫لما‬FF‫ا‬F‫ ع‬F‫ونه‬F‫ك‬
‫تو‬F‫سوا‬FF‫س‬
• Keadaan Allah itu alim iaitu sifat yang berdiri
dengan zat Allah yang melazimkan sifat Ilmu.
• Ianya tidak maujud dan tidak ma’dum dan
ianya bukanlah ilmu.
17.‫ هيدوف‬F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬FF‫ ك‬: ‫ حيا‬F‫ونه‬FF‫ك‬
• Sifat yang berdiri dengan zat Allah yang
melazimkan sifat Hayah.
• Ianya tidak maujud dan tidak ma’dum dan
ianya bukanlah Hayah.
.18‫ياف‬FFF‫كنت‬F‫ مندغر ا‬F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬F‫ ك‬:‫ا‬F‫ميع‬FF‫ س‬F‫ونه‬F‫ك‬
‫ موجود‬F‫غ‬FF‫تو ي‬F‫سوا‬FF‫س‬
• Sifat yang berdiri dengan zat Allah yang
melazimkan sifat Sami’.
• Ianya tidak maujud dan tidak ma’dum dan
ianya bukanlah Sam’.
.19‫ياف‬FFF‫كنت‬F‫مليهت‬
‫ا‬ F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬F‫ ك‬:‫صيرا‬FFF‫ ب‬F‫ونه‬FF‫ك‬
‫ت‬F‫ موجودا‬F‫غ‬FF‫تو ي‬F‫سوا‬FF‫س‬
• Sifat yang berdiri dengan zat Allah yang
melazimkan sifat Basar.
• Ianya tidak maujud dan tidak ma’dum dan
ianya bukanlah Basar.
• Makna basir ialah melihat sesuatu yang
merangkumi sesuatu yang didengar, dilihat
tanpa ada sesuatu yang menyusahkan.
.20‫ات‬FF‫ك‬-‫ركات‬FFF‫ ب‬F‫غ‬FF‫ ي‬FFF‫أداءن هللا‬FF‫ ك‬:‫ متكلما‬F‫ونه‬FF‫ك‬

• Sifat yang berdiri dengan zat Allah yang


melazimkan sifat Kalam.
• Ianya tidak maujud dan tidak ma’dum dan
ianya bukanlah Kalam.

Anda mungkin juga menyukai