Anda di halaman 1dari 127

ABSTRAK SEDAR 2020

SEMINAR DARULAMAN 2020


PERINGKAT KEBANGSAAN
IPG KAMPUS DARULAMAN

Disediakan :

JK Abstrak
Dr. Aman binti Dahaman@Dahlan
Dr. Zakaria bin Mohd Arif
Dr. Farihah binti Hussain
SENARAI ABSTRAK SEDAR 2020
1 PDPC KEMAHIRAN MENGARANG: PENILAIAN DARI PERSEPSI PELAJAR PISMP AMBILAN
JUN 2018 IPGK DARULAMAN
Khor Cheng Hoon

2 PENGAPLIKASIAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA


MELAYU
Noor Zila Md. Yusuf, Ph.D
Amir Juhari, Ph.D

3 IMPLEMENTASI TEKNIK “SUPERFOR THE BEST” MELALUI PEMBELAJARAN AKTIF BAGI


PENGUASAAN KEMAHIRAN MELUKIS SUSUNAN ELEKTRON DALAM KALANGAN MURID
KIMIA
Saibahtul Islamiah Rosly
Rajiah Hasan

4 THE VIRTUAL INSTRUCTIONAL LEADERSHIP BEHAVIORS AMONG MALAYSIAN SCHOOL


PRINCIPALS DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): OUT WITH THE OLD, IN
WITH THE NEW
Hapini Awang, Ph.D
Mat Rahimi Yusof, Ph.D
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Ph.D
Mohd Aliff Nawi, Ph.D
Mohd Fairuz Jafar, Ph.D

5 GOOGLE CLASSROOM: APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT


PENDIDIKAN GURU KAMPUS
Norhasliza Abdullah, Ph.D

6 TEACHER SHARING SESSION: LET`S NAME AND DRAW HYDROCARBONS WITH ICE-CoSt
Vhaissnavi Sundararajan
Kong Suet Lee
Yvonne Kulandaisamy
Sathia Kumaran Krishnan
Shakirin Ahmad Bakary

7 BERSTESEN & ‘BATTLE’: SUATU KAEDAH PEMBELAJARAN AKTIF DALAM BENGKEL


KIMIA FIZIKAL
Ramanurbaya Mansor
Ummi Kalthum Mansor

8 TEACHER SHARING SESSION: GCxApps: PIM KONDUSIF PEMUDAHCARA NF2F


Nur Sofia Jafar
Amiza Aminudin
Ch’ng Bee Fang
Rodhiatul Adawiah Setapa
Vhaissnavi Sundararajan
9 KAEDAH SESIKU KULAT (KURUNG BULAT) MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGANALISIS
DATA ALIH BENTUK KOMUNIKASI PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ
TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM
Amit Awang

10 KESEDIAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN


DALAM PROGRAM TRANSISI KERJAYA
Kama Shaffeei, Ph.D
Abdul Rahim Razalli
Mohd Hafiz Mohd Hanif
Zuraini Kamis

11 INOVASI FT KIDZO MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-


MURID TAHUN 1
Zainal Abidin Saad
Nur Liyana Zaihan Mohd Hanafiah
Fatin Afrina Abdul Karim
Amirah Batrisyia Baharudin
Nurin Adriana Zainal Abidin

12 PERSEPSI GURU TERHADAP CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU SEBAGAI


PEMIMPIN: SATU KAJIAN KUALITATIF
Goh Shau Ying

13 KEBERKESANAN CARTA BLUE PINK ( BP & PB ) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MENAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN
Cheetalakchumy Balu

14 MENDEPANI CABARAN NILAI DAN KEPIMPINAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


Norhana Mohamed Salleh
Salbiah Mohamed Salleh, Ph.D
Solihah Mohamed Salleh
Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh
Ahmad Zhafran Md Noor,

15 LEARNING OF FUNCTIONAL GROUPS IN ORGANIC CHEMISTRY USING ‘CoRuBa’


(COLOURS OF RUBBER BAND GAME)
Sathia Kumaran Krishnan
Vhaissnavi Sundararajan
Yvonne Kuladaisamy
Kong Suet Lee

16 PENGETAHUAN PEDAGOGI, KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA


DENGAN KUALITI PENGAJARAN GURU TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) DI MALAYSIA
Muhd Zulhilmi Haron
Mohd Muslim Md Zalli
Farah Nabila Mohd Akil
Ismail Salleh
Mohd Hilmi Ahmad

17 MENGKAJI KEBERKESANAN K-STYLE DAN EXPLOREBASE DALAM MENINGKATKAN


KEMAHIRAN PELAJAR MENUKAR NOMBOR ASAS SEPULUH KEPADA ASAS LAIN
Khairil Haffez Sahidan
18 KAEDAH e-VAS DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENULISAN MEKANISME
PENDEHIDRATAN ALKOHOL
Siti Asmah Kemat
Salwana Md Ali
Hanani Sa’at,
Rohaya Khamis
Amily Ziana Md. Areff

19 PERLAKSANAAN PENILAIAN FORMATIF SECARA DIGITAL OLEH PENSYARAH KIMIA DI


KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
Siti Asmah Kemat
Siti Murni Salehan
Illy Nadhirah Barudin
Noor Aisya Azreen Ab. Rahim
Nursabrina Rahmat

20 BIMBINGAN GURU BAHASA ARAB BERASASKAN MODEL 5M DALAM


AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUA’SIRAH (LAM) KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)
Amani Dahaman@Dahlan, Ph.D
Farihah Hussain, Ph.D
Abd Aziz Hassan
Mohammad Azizi Md Mukhtar
Najib Sulaiman

21 KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN


KHAS
Nur Rawaidah Rahmat

22 GOOGLE CLASSROOM FOR YOUNG LEARNERS: STUDENT FEEDBACK DURING PANDEMIC


COVID-19 SITUATION
Zaimah Abdullah
Furiza Yahya
Robiah Shuib
Azlida Ahmad

23 PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : KAJIAN KES GURU PENDIDIKAN ISLAM
Syafiqah Nabilah Razali
Noraini Omar

24 GAMIFIKASI R-CHEM DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR F4T4 DALAM


MELUKIS DAN MENAMAKAN GEOMETRI MOLEKUL
Norasyikin Ismail @ Chik
Farahiyah Mohamed Omar
Nor Hamizah Ishak
Rozarita Abd Rashid

25 TAHAP KREATIVITI PELAJAR-PELAJAR DI JABATAN SAINS, IPGKTI MENGIKUT KRITERIA


KEASLIAN, KEFASIHAN, KELENTURAN DAN PENGHURAIAN
Mohd Zulfahmi Bahaudin, Ph.D
Zulkefli Daud, Ph.D
Norizan Ghazali
Muhamad Basar
26 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN SISWA GURU
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Syed Ismail Syed Mustapa
Ahmad Subki Miskon
Mohd Jim Hamzah
Edaham Ismail

27 LET’S LEARN ORGANIC CHEMISTRY WITH “ORGANIC COMPENDIUM: E - BOOK SLIDER”


Kong Suet Lee
Vhaissnavi Sundararajan
Sathia Kumaran Krishnan
Yvonne Kulandaisamy

28 STRATEGI DAN SIKAP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DI SEKOLAH


RENDAH
Che Mas Saud
Nur Fatini Mohd Basri
Nur Nabilah Mohd Basri
Maheran Baharum, Ph.D

29 TOKOH DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS


Mohd Amin Abd Rahman

30 TINJAUAN EFIKASI GURU DAN STAIL PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU


PELATIH IPG KAMPUS DARULAMAN
Nazri Halim, Ph.D
Nurul Yasmin Nazri
Suhailah Shariff
Rohana Osman
Baskaran A/LSubramaniam

31 GEO-EDUCATION MEASUREMENT MODEL: CONFIRMATORY FACTOR ANALYSIS


Mat Rahimi Yusof, Ph.D
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Ph.D
Mohd Aliff Nawi, Ph.D
Hapini Awang, Ph.D
Mohd Fairuz Jafar, Ph.D

32 PENGGUNAAN GAMBARAJAH GRAFIK DALAM PENYELESAIAN


MASALAH NILAI MASA WANG ( PENGURUSAN PERNIAGAAN AN 025 )
BAGI PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN
Mohd Kamarul Yusri bin Khaidzir

33 KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DAN CABARANNYA


Mahaya Salleh, Ph.D
Mashira Yahaya, Ph.D
Nazri Halim, Ph.D
Zakaria Mohd Arif, Ph.D
Hariyanti Abd Hamid
34 AMALAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN BAHASA BERTERASKAN PAK-21
Norasma Mohamed Salleh,
Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh,
Solihah Mohamed Salleh,
Norhana Mohamed Salleh,
Nur Afifah Mohamed Salleh,

35 PENGALAMAN DAN IMPAK PENGAJARAN BAHASA ARAB ATAS TALIAN


Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh

36 KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL TERHADAP MOTIVASI PELAJAR


DALAM NORMA BAHARU MATRIKULASI
Aizu Khalili Zohedi, Ph.D
Sarmila Marlini Mohd Rufin
Indrani Gopal
Amal Zunnairah Abu Bakar

37 PENILAIAN PENERIMAAN SISWA GURU TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


(OLL) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19
Bani Hidayat Mohd Shafie

38 KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA GURU


SEM 8 IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.
Chin Mei Keong, Ph. D)
Nor Azim Norddin
Mohammad Shalihin Azim Ismail

39 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS MURID BERKEPERLUAN KHAS


MENGGUNAKAN SURPRISE BOX DALAM PEMBELAJARAN NORMA BAHARU
Azuriyah Saidin
Noor Ilyana Idris

40 PELAKSANAAN KAEDAH HIFZ AL-QURAN KAJIAN KES DI SMKA KEDAH TAHFIZ MODEL
ULUL ALBAB
Ismail Salleh

41 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF ARAB DALAM PENULISAN


MENGGUNAKAN KAEDAH “BITHALU”
Ain Az-Zahra Man
Mohd. Sukri Ahmad
42 APLIKASI PROGRAM “TANWEER ARABIY” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
DALAM BAHASA ARAB BAGI MURID TAHUN DUA SEKOLAH RENDAH
Wan Farihah Wan Muda
Mohd Sayuti Bin Abdul Shukor

43 PENGGUNAAN KIT PERMAINAN LUDO NOVEL 5 + 1 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN MURID TINGKATAN LIMA BERPRESTASI RENDAH
Abdul Ghani Jalil, Ph.D

44 MENINGKATKAN KEMAHIRAN SKOR SAINS SPM DENGAN PENGUASAAN DIGITAL 3P


(PD3P)
Ismi Kamarul Sham Ismail
45 PENGGUNAAN SKETCHNOTE DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR BAGI
MEREKOD CATATAN JURNAL
Nur Hanisah Abdulllah
Muhamad Izham Zakaria
Abd Hafiz Abd Rahman
Abdul Aziz Paimin
Siti Azean Ramli

46 APLIKASI KAEDAH I-Do Vi-Do DALAM PEMBELAJARAN PRA AMALI PENITRATAN KIMIA
Fairuz Wahida Mohd Azmy
Chia Chew Ping
Tang Ee Yun
Nor Aziah Lazim

47 EPP CAHAYA
Ku Nor Atikah Ku Shuib
Normarina Ramlee
Muhammad Syauqi Asyraf Ahmad Tajudin
Che Ahamad Daud

48 PENGGUNAAN e-JADUAL MARKAH (e-JM) SECARA ELEKTRONIK BAGI MEMINIMUMKAN


KESILAPAN PENGIRAAN DAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAM KALANGAN
PENSYARAH
Juliana Saarani
Khoo Tiang Oon
Jaswant Kaur A/P Bakhshish Singh
Mardhiah Johari
Hasyyati Mat Hanipi

49 KEBERKESANAN VISUALISASI e-PEMBELAJARAN FIZIK (VIPEF):


VIDEO EKSPERIMEN DIFFRACTION
Wong Ai Chin, Ph.D
Leong Mei Ling
Tan Kha Geat
Yew Sze Ling
Ong Wei Ling

50 KEBERKESANAN CARTA TANGGA BERWARNA BAGI MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI DIGIT BAGI SEBARANG NOMBOR
BULAT DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN
Priya A/P Rajendran
Revathi A/P Rajendran, Ph.D

51 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MYBOARD BAGI MEMPELAJARI SUBJEK BIOLOGI


DALAM NORMA BAHARU
Nur Aqidah Ramli
Rusmayati Badrul Hisham
Munirah Ahmad
52 KESEDIAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID 19
Mohd Fairuz Jafar, Ph.D
Zetty Akmar Amran
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Ph.D
Mat Rahimi Yusof, Ph.D
Hapini Awang, Ph.D

53 TOOLKIT PERJALANAN ABADI


Zakiah Zuber
Amal Hayati Jamali
Dani Asmadi Ibrahim
Ahmad Nasir Mohd Daud

54 KESAN PELAKSANAAN PENGINTEGRASIAN ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA DALAM


PENTAKSIRAN PENILAIAN BERTERUSAN KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI
Noraihan Ismail
Anita Mohamed
Norizal Abdul Karim@SAB
Asmawati Mohamad Ali, Ph.D

55 MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR MELALUI


PENGHASILAN RESUME VIDEO DALAM PEMBELAJARAN NORMA BAHARU
Norizal Abdul Karim@Sab
Anita Mohamed
Noraihan Ismail
Asmawati Mohamad Ali, Ph.D

56 PEMBELAJARAN ‘REPRODUCTIVE ISOLATION’ MENGGUNAKAN VIDEO ANIMASI MELALUI


YOUTUBE CHANNEL
Norfazrina Bahsri
Nurhidah Munawer
Suhana Ismail
Wan Syazzawani Wan Omar
Nornadhirah Mohd Rafi
57 MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR SAINS KOMPUTER MENGGUNAKAN
PERMAINAN KAHOOT DAN QUIZIZZ DALAM GOOGLE CLASSROOM
Muziana Musa
Rusmawati Alias

58 S.U.F BOOSTER KIT AS A DIGITAL TOOL IN COMPREHENDING CALORIMETRY


Ainul Ezatul Farah Mohd Taha
Suganthi Nitsingam
Chia Chew Ping
Normaishara Mohamad Shariff

59 PERSEDIAAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG DALAM


MENGHADAPI NORMA BAHARU SESI PDP
Wan Syazzawani Wan Omar
Intan Zurina Ahmad
Nor Hasni Lizar

60 KESEDIAAN DAN JANGKAAN e-PEMBELAJARAN NORMA BAHARU DALAM KALANGAN


PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Fadhilah Mustapha
Asmawati Mohamad Ali, Ph.D
61 PENGUNAAN PETA PEMIKIRAN I – THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN
Madinah Mohd Yusof , Ph.D
Fathiah Nur Zahidah Mohd Fazil
Mahidin Awang Itam

62 MICROSOFT 365: MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI PEMBELAJARAN DAN PENGLIBATAN


PELAJAR
Ang Beng Im
Lock Shu Ping
Noriantie Ibrahim

63 PENGGUNAAN VIDEO ANIMASI LIMITING REACTANT MELALUI GOOGLE CLASSROOM


Yuniza Mohamed
Hezelin Elayana Shaian
Rohayda Lidya Jali
Noor Shahida Hassan

64 KESEDIAAN PENTADBIR UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)


Mahidin Awang Itam
Madinah Mohd Yusof, Ph.D

65 SISTEM CABUTAN BERTUAH DIGITAL DENGAN PEMPROSESAN XAMPP


BAGI PEMBELAJARAN KEBARANGKALIAN
Mohd Noor Hafizee Zulkaflee
James Tiri Maran
Robert Anak Nyalan
Mohd Khairul Afnan Mustapha

66 PENGGUNAAN ‘MECHANISMS APPS’ DALAM MENERANGKAN KONSEP MEKANISME


TINDAK BALAS KIMIA
Nor Arifah Ahmad Roslan
Syahida Adila Mohamad Alba
Alis Suhairin Abd Ghani
Nur Fadilah Zulkiefli
67 APLIKASI COTARR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIMIA MATRIKULASI
Nor Asyikin Md Som
Dani Asmadi Ibrahim
Zuraida Zainal

68 PENGGUNAAN KIT ANALOGI TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM SUBTOPIK


STEPS IN GENE CLONING
Erny Julia Abdullah Kamal
Asniza Jamaluddin
Siti Khadijah Ahmad Khairi

69 PROSPEK MASA HADAPAN PEMBELAJARAN MAYA DI MALAYSIA


Ahmad Zhafran Md Noor
Nur Afifah Mohamed Salleh
Salbiah Mohamed Salleh, Ph.D
Norasma Mohamed Salleh
70 APLIKASI VARK’s PHONIC READING UNTUK MEMANTAPKAN PENGUASAAN BACAAN DAN
MENULIS BAHASA INGGERIS
Nur Afifah Mohamed Salleh
Ahmad Zhafran Md Noor

71 APLIKASI DIGITAL Fun_G SPINNER DALAM MENGENAL PASTI KUMPULAN BERFUNGSI


BAGI MENENTUKAN KELAS SEBATIAN ORGANIK
Wan Nor Izana Wan Mohammad
Norul Safarinie Abdullah
Khairul Nizam Md. Dauad
Ashar Asrul Ros
Ahmad Nasir Mohd Daud

72 KEBERKESANAN KAEDAH SALAK DALAM MEMBANTU PENYEDIAAN


DAN PENYAMPAIAN BAHAN TAZKIRAH
A.Rahman Haron, Ph.D
Nazariyah Sani, Ph.D
Siti Hajar Idrus
Mahawa Pilus
Yusfarina Mohd. Yussof, Ph.D

73 PENGGUNAAN CARTA ‘JALAN-JALAN CARI JAWAPAN’ DALAM TOPIK TAMBAH


Umaathevi A/P Krishnan
Leena A/P Letchumanan
Megalah A/P Balasubramaniam

74 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MOc KIT DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR


DALAM SUBTOPIK KITARAN HAID DAN KITAR OVARI
Asniza Jamaluddin
Nur Ashikin Abdul Karim
Aminawati Mohamad

75 IMPLEMENTASI PEMBELAJARAN DIGITAL MENGGUNAKAN KFC (KIT FOR CARDIAC)


BUCKET
Syuriza Ahmad Shukor
Aminawati Mohamad
Erny Julia Abdullah Kamal
Mohamad Hafizal Ibrahim

76 PENGGUNAAN ABOcard DALAM PENGUJIAN JENIS DARAH


Fadzilah Abd Wahab
Mohd Riduan Ali
Ku Suyati Ku Zaiab
Nurul Fadhila Che Kamaludin
Siti Hajar Rifqah Md Khairuddin Pang

77 PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN KELAS


PENDIDIKAN KHAS: SUATU KAJIAN KES
Nor Fatin Alyaa Mazlan
Bukhari Shafie

78 APLIKASI MODUL KAD ASK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL


DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHAP SATU SEKOLAH KEBANGSAAN
DAERAH PASIR GUDANG
Maisarah Mahussain
79 PERANAN PENGETUA DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: KAJIAN KES
KEPIMPINAN PENGETUA CEMERLANG
Kalai Selvan Arumugham, Ph.D

80 PENGGUNAAN KAEDAH M-BOX DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK


MATEAMTIK TAHUN SATU 2)
Goh Kok Ming

81 KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Wan Saiful Anuar Mohamed
Erny Julia Abdullah Kamal

82 PKB MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENGENALPASTI DAN MENULIS MEKANISMA


SN1 DAN SN2.
Siti Kholijah Mohd AbdulNajari
Rosnah Sabudin
Noor Fazila Abdul Manah

83 KEBERKESANAN PROJEK STREET BARBER BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS KURSUS


DANDANAN RAMBUT
Rohaya Mohd Hatta

84 PENGGUNAAN PROGRAM “KOTAK GEMBIRA” UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN


MURID DALAM MENGAPLIKASIKAN KOSA KATA BAHASA ARAB
Muawiyah Al Murtadho Fajar Nina Purnama Alam
Amani Dahaman@Dahlan, Ph.D

85 APLIKASI MODUL I-ARABIC DAPAT MEMPERKASAKAN PENGUASAAN ISTILAH ICT BAHASA


ARAB DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
Raudhah Ali, Ph.D
Syahirah Abd Rahman
Nur Izatti Nor Asman
Syazana Ishak

86 PEMBINAAN MODUL LATIHAN KIT-KHAT UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS


KALIGRAFI ARAB DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM JOHOR
Raudhah Ali, Ph.D
Aida Suhaila Mohd Aziz
Nurin Nazihah A. Hamid
Saidatul Adani Mohd Esa
Nuraminuddin Abdul Rashid

87 KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN KBAT-JAWI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN JAWI MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU
Raudhah Ali, Ph.D
Muhammad Nurfadhli Akmal Rusli
Nurul Nabila Najwa Zulkarnain
Zureen Halqish Mohamad Hanafi
Nurul Fatehah Rasidan
88 PENDEKATAN KALAM JAMAEI DALAM MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI
BAHASA ARAB MURID TAHAP DUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH BATU PAHAT JOHOR
Raudhah Ali, Ph.D
Ammar Nazmi Zaki
Maisarah Ruslan
Nuraida Nadhirah Mohd Asri
Wan Nurul Eisyha Wan Annual

89 MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI MOLVIEW DALAM PEMBELAJARAN GEOMETRI MOLEKUL


Yusniza Yusof
Hezelin Elayana Shaian
Wan Zai Azlin Wan Aziz
Tengku Zuniza Tengku Yahya Shah

90 PENGGUNAAN PERMAINAN CROSS-NOKTAH BAGI MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID


DALAM MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN PENDEK DAN BACAAN PANJANG PERKATAAN
BAHASA ARAB
Siti Aishah Shahida Azahari
Sazura Zakaria

91 INOVASI PEMBELAJARAN DIGITAL RASE-CARD KIT BAGI MENGENAL PASTI JENIS TINDAK
BALAS KIMIA ORGANIK
Maira Mahmad
Ramanurbaya Mansor
Mark Haur Jye

92 PERSEPSI GURU PELATIH DALAM MELAKSANAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


(KBAT)
Muhammad Afifuddin Ahsian
Farah Farhana Rosli
Farihah Mohd Noor

93 AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI PRASEKOLAH


Nurul Nisha Asykin Zainal
Farah Farhana Rosli
Farihah Mohd Noor

94 EFIKASI KENDIRI GURU BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN NAHU KURIKULUM


BERSEPADU DINI (KBD)
Farihah Hussain, Ph.D
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Ph.D
Maimun Aqsa Lubis, Ph.D

95 MENELUSURI ISU PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN KEPERLUAN TERHADAP


PENDIDIKAN KHAS
Ang Chai Tin, Ph.D
Lim Li Bin

96 PENERIMAAN PELAJAR KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA TERHADAP APLIKASI


KAHOOT BERDASARKAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM)
Nur Farhana Abdul Aziz
97 PELAKSANAAN PDP KOKURIKULUM DALAM TALIAN KE ARAH SATU NORMA YANG
BAHARU
Norsiah Bahari, Ph.D
Mohamad Rosli Badron
Norhaslina Nordin
Zaimawati Abdul Kadir

98 TEKNIK LUKISAN 'ONE-WAY & TWO-WAY ARROW' UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MELUKIS MEDAN LASTIK DALAM MATA PELAJARAN FIZIK : SATU ANALISIS KEPERLUAN
Norhafizan Abdul Wahab

99 THE USE OF SPEED BBM IN THE ISLAMIC EDUCATION AMONG STUDENTS WITH LEARNING
DISABILITIES
Mohd Solihin Che Rozali

100 HUBUNGAN AMALAN PENYELIAAN PENGAJARAN DENGAN MOTIVASI GURU,


PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU DAN PRESTASI PENGAJARAN GURU
Nurul Syafinaz binti Ishak
Shahfullizan bin Salleh
Norsuriani binti Ismail @ Abd Wahab

101 MENENTUKAN TREND PERIODICITY MENGGUNAKAN AKRONIM


Pzas vs Psas BERBANTUKAN APLIKASI ATAS TALIAN
Wan Zai Azlin Wan Aziz
Ruziana Abdullah
Norhasni Jamaludin
Nurul Hidayah Kamardin

102 PENGALAMAN DAN CABARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN MAYA


BAGI SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM
Salbiah Mohamed Salleh, Ph.D
Ahmad Sahli Mohd Hasan
Norhana Mohamed Salleh
Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh
Ahmad Amzar Mat Said

103 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA GANTI DIRI BERSAMBUNG DAN TIDAK
BERSAMBUNG BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “LUGHINA”
Nur Shafiqah Abd Aziz
Mohd Sukri Ahmad

104 PERMAINAN BERASASKAN PERISIAN POWER POINT DI DALAM PdPc DAN PENTAKSIRAN
PENGUASAAN ASAS LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN
SATU DI SK KIROKOT RANAU
“PICK AND GO”
Hallsen Justin

105 E-PORTFOLIO SOLUSI KEPERLUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MAYA ALAF 21


‘SYNCHRONOUS’ DAN ‘ASYNCHRONOUS’ UNTUK KURSUS TITAS
Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Ph.D
Ratna Roshida Abd Razak, Ph.D
Mohammad Akhir Ab Wahab, Ph.D
Mohamad Maulana Magiman, Ph.D
106 A SURVEY RESEARCH REGARDING SUBITIZING AMONG EARLY CHILDHOOD EDUCATORS
Fu Sai Hoe,PhD
Tiong Lung Lung,
Chow Wui Chung
Leong Lai Kwoon

107 KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM PENGAJARAN DAN


PEMUDAHCARAAN
Erny Julia Binti Abdullah Kamal

108 KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA GURU
SEM 8 IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
Nor Azim Bin Norddin

109 KEKUATAN DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


GURU NOVIS AMBILAN JANUARI 2014 KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI ZON
UTARA
Julinamary Parnabas,PhD
Ahmad Sobri Bin Shuib,PhD
Muhammad Nidzam Bin Yaakob, PhD
Syed Khalid Syed Idrus ,PhD
Saifudin Azam Shah Ahmad

110 GAMIFIKASI R-CHEM DALAM PEMBELAJARAN GEOMETRI MOLEKUL


Farahiyah Binti Mohamed Omar

111 PENGETAHUAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH
Zainab Binti Nawab Khan
Chong Fung Yen @Azilina, Ph.D

112 KEPEKAAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA SEJARAH MALAYSIA DALAM KALANGAN


PELAJAR BIDANG TERAS SEJARAH
Ahamad Jama’ Amin Yang
Zaimah Abdullah
Azhari Mat Salleh
Hasim Sa’ari
Rostam Abdul Rahman
01

PDPC KEMAHIRAN MENGARANG:


PENILAIAN DARI PERSEPSI PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2018
IPGK DARULAMAN

Khor Cheng Hoon


IPG Kampus Darulaman
kchenghoon@yahoo.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mengarang (PPKM) ditawarkan kepada pelajar Institut
Pendidikan Guru sebagai satu kursus untuk major Pengajian Cina dan kursus Elektif Teras Bahasa Cina.
Tujuannya supaya pelajar mempunyai ruang dan peluang untuk menguasai ilmu dan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran mengarang melalui kuliah, tutorial. Latihan simulasi
pula membolehkan pelajar melakukan penambahbaikan dan memperkukuhkan pengalaman PdP
kemahiran mengarang. Kajian ini bertujuan mendapatkan persepsi sebenar pelajar Ambilan Jun 2018
Eleltif Teras Bahasa Cina IPGK Darulaman terhadap PdP kemahiran mengarang. Responden kajian
terdiri daripada 17 orang pelajar pelbagai pengkhususan iaitu Sejarah dan Bimbingan Kaunseling. Data
dikumpul menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan
(SSKP) (LAM-PUP-04-02). Data kajian dianalisis berasaskan pendekatan kuantitatif dan kualitatif
menggunakan nilai peratusan. Dapatan kajian membuktikan pelajar memberi peratusan persetujuan
yang tinggi bahawa PdP kemahiran mengarang amat membantu mereka dalam penguasaan kelima-lima
aspek kemahiran, iaitu PdPC, penyelesaian masalah, komunikasi, pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat. Data menunjukkan persetujuan paling tinggi ialah aspek pembelajaran
sepanjang hayat (100%), diikuti aspek PcPC di dalam bilik darjah(99.4%), aspek pengurusan maklumat
(98.8%) dan aspek penyelesaian masalah (97.6%). Aspek komunikasi (95.3%) paling rendah. Purata
peratusan keseluruhan persetujuan kelima-lima aspek ialah 98.2%. Beberapa kelemahan dan cadangan
penambahbaikan pelaksanaan program ini turut dikemukakan dalam kajian ini. Sebagai rumusan,
PPKM membantu pelajar menguasai ilmu dan teknik-teknik PdP kemahiran mengarang.

Kata kunci: PdPC, Pelajar PISMP. Elektif Teras


02

PENGAPLIKASIAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Noor Zila binti Md. Yusuf, Ph.D


Amir bin Juhari, Ph.D
noorzila@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah

Abstrak

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, guru harus mempunyai pengetahuan dalam membentuk
satu gaya pembelajaran yang boleh diterima oleh pelajar berdasarkan teori pembelajaran yang relevan.
Teori wujud akibat kepelbagaian pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.
Justeru, kertas kerja ini membincangkan pengaplikasian teori pemerolehan bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengkaji memilih 4 teori pemerolehan bahasa
yang releven dan boleh diaplikasikan oleh guru semasa proses pdp di bilik darjah. Keempat-empat teori
tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalisme. Subjek
kajian terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Elektif bahasa Melayu yang mengambil kursus
BMMB3063 Kaedah Pengajaran bahasa Melayu. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan
dengan membuat sesi pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data.
Penghuraian data dibuat secara deskriptif semasa menjelaskan tentang teori dan aplikasi teori di bilik
darjah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud keempat-empat teori dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh sebjek kajian. Pengkaji berharap dengan adanya
kajian seperti ini, akan dapat membantu guru-guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan
dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa Melayu di bilik darjah.

Kata kunci : Pemerolehan Bahasa, Teori Behaviourisme, Teori kognitif, Teori Mentalis, Teori
Interaksionalisme
03

IMPLEMENTASI TEKNIK “SUPERFOR THE BEST” MELALUI


PEMBELAJARAN AKTIF BAGI PENGUASAAN KEMAHIRAN
MELUKIS SUSUNAN ELEKTRON DALAM KALANGAN MURID
KIMIA
1
Saibahtul Islamiah bt Rosly, 2Rajiah bt Hasan,
g-22322776@moe-dl.edu.my

Panitia Kimia, SMK Sungai Pusu

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran dan pengajaran yang dihadapi
pelajar dalam topik ikatan kovalen melalui pembelajaran aktif. Seramai 23 orang pelajar dari sebuah
kelas kimia terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui pra-ujian dan soal selidik
untuk meninjau sejauh mana penguasaan pelajar dalam konsep pembentukan ikatan kovalen. Dapatan
pra-ujian dan soal selidik menunjukkan sebahagian murid mempunyai pemahaman yang kurang jelas
tentang pembentukan ikatan kovalen. Sebahagian murid mempunyai masalah dalam melukis rajah
susunan elektron dengan betul, terutama sebatian kovalen yang memerlukan perkongsian antara lebih
dari satu jenis atom. Pembelajaran aktif menggunakan Teknik SUPERFOR THE BEST dan
pembelajaran aktif telah diketengahkan kepada mereka. Pendekatan ini membantu murid membuat
‘hands on activity’ dalam pembentukan rajah susunan elektron. Analisa min ujian pra menunjukkan
pencapaian murid hanya 82.06%, namun, selepas mengaplikasikan Teknik dan pembelajaran aktif,
peningkatan sebanyak 16.85%. Peningkatan ini menunjukkan adanya perubahan yang positif dalam
kalangan murid, yang mana kebanyakan murid mendapat markah penuh 8. Kesimpulannnya, Teknik
SUPERFOR THE BEST dan pembelajaran aktif dapat membantu murid dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran melukis susunan elektron dalam kalangan murid kimia.

Kata kunci: Pembelajaran Aktif, Ikatan Kimia, Rajah Susunan, Elektron Sebatian Kovalen
04

THE VIRTUAL INSTRUCTIONAL LEADERSHIP BEHAVIORS


AMONG MALAYSIAN SCHOOL PRINCIPALS DURING THE
MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO): OUT WITH THE OLD, IN
WITH THE NEW

Hapini Awang1, Mat Rahimi Yusof2, Mohd Faiz Mohd Yaakob3, Mohd Aliff Nawi4, Mohd Fairuz
Jafar5
1School of Computing, Universiti Utara Malaysia
2,3,4,5School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia

hapini.awang@uum.edu.my

Abstract

The recent Coronavirus Disease (COVID-19) outbreak that strikes the country has shifted the nature
of principal leadership practices in Malaysia. This global pandemic forces principals to think
futuristically out of the standard procedures and dare to make necessary changes in practicing
instructional leadership at schools. Thus, this qualitative study aims to explore their virtual
instructional leadership behaviors during the Movement Control Order (MCO). The findings show that
principals apply virtual instructional leadership through the integrations of Information and
Communication Technology (ICT), including mobile devices and social media platforms. The use of
new virtual communication mediums such as WhatsApp, Telegram, and Facebook has shaped the
instructional leadership practices among principals in this challenging period. Besides, the educational
experts suggested that principals seize the opportunities offered by the ICT advancement to fluctuate,
empower and alter the conventional instructional leadership that were practiced before COVID-19 hits
the country. Consequently, this study has successfully validated 41 virtual instructional behaviors of
school leaders as proposed by previous researchers. Thus, it provides an excellent avenue for further
in-depth studies, especially to investigate the add-on elements that could strengthen the virtual
instructional leadership practices.

Keywords: Instructional Leadership, Virtual Instructional Leadership, Virtual Communication,


Social Media, Communication Applications, Web Applications
05

GOOGLE CLASSROOM: APLIKASI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

Norhasliza binti Abdullah, Ph.D


norhasliza@ipgmksm.edu.my

IPG Kampus Sultan Mizan

Abstrak

Google Classroom adalah satu aplikasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini
dan hadapan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik aplikasi ini berupaya menjadikan proses
PdP menjadi lebih berkesan dan efektif. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap persepsi
pelajar institut pendidikan guru terhadap Google Classroom sebagai satu media pengajaran
dan pembelajaran dari segi Kebergunaan dan Kesesuaian, Kandungan Kursus, Kesesuaian
dan Kemudahan Penggunaan. Seramai 123 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dapatan kajian mendapati bahawa
tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom berada pada tahap
tinggi (M = 4.26, SP = 0.533). Hasil kajian mendapati dua aspek persepsi berada pada tahap
tinggi dengan min bagi aspek Kebergunaan dan Kesesuaian (M = 4.02) manakala
kandungan kursus (M = 3.96) and Niat Tingkah Laku (M = 3.97) berada pada tahap
sederhana tinggi. Berdasarkan analisis ini maka dapat dirumuskan bahawa sememangnya
penggunaan sistem e-Pembelajaran dapat memberi impak positif dan memberi manfaat
kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti PdP secara dalam talian.

Kata Kunci : e-pembelajaran, Persepsi, kebergunaan dan Kesesuaian, Kandungan


Kursus, Niat Tingkah Laku.
06

TEACHER SHARING SESSION: LET`S NAME AND DRAW


HYDROCARBONS WITH ICE-CoSt

Vhaissnavi Sundararajan1, Kong Suet Lee, Yvonne Kulandaisamy, Sathia Kumaran Krishnan,
Shakirin b. Ahmad Bakary
1
bm-1987@moe-dl.edu.my

Perak Matriculation College

Abstract

In view of challenges in learning Organic Chemistry among Matriculation students, this Teacher
Sharing Session (TSS) collectively aimed to share knowledge on how traditional way of teaching and
learning of naming and drawing of hydrocarbons can be shifted into digital learning, to identify a viable
strategy that can be implemented to promote e-learning and to continually develop professionalism
among lecturers. Three selected instructional strategies conducted by lecturers respectively, revealed
that students preferred game based learning (mean score: 3.63) compared to video learning (2.78) and
courseware learning (3.15). As a result of discussion, an integrated educational application that featured
gamification and visual form of learning called ICE-CoSt was developed. The launched prototype was
tested among five multi-experienced Chemistry lecturers. The qualitative findings of lecturers’
responses showed ICE-CoSt was a useful interactive tool to learn naming and drawing of hydrocarbons.
The interface was interesting for students and it would help to improve their understanding through the
hands-on activity. Qualitative findings of lecturers also revealed the shortcomings of the prototype.
Thus, improvisations are underway to add content, time settings and improve display on ICE-CoSt to
further develop it as an ideal 21st century teaching and learning aid in par with the Fourth Industrial
Revolution (4IR).

Key Words: Hydrocarbons, Digital Learning App, Self- Learning, Gamification.


07
BERSTESEN & ‘BATTLE’: SUATU KAEDAH PEMBELAJARAN
AKTIF DALAM BENGKEL KIMIA FIZIKAL

Ramanurbaya Mansor
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
ramanurbaya@kmns.matrik.edu.my

Ummi Kalthum Mansor


Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
ummikalthum@kmns.matrik.edu.my

Abstrak

Penyelidikan dan inovasi yang dijalankan ialah mengaplikasikan teknik pembelajaran berkumpulan
yang dijalankan secara berstesen dalam Bengkel Kimia Fizikal. Kajian telah dijalankan untuk menguji
keberkesanan teknik ini terhadap pencapaian pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS),
Program Satu Tahun (PST) dalam Kimia Fizikal. Kajian dijalankan kepada 40 orang peserta bengkel
dengan gred B- ke B berdasarkan Ujian Penilaian Semester 1 (UPS 1). Gred peserta bengkel pula ialah
daripada B- ke A-. Kumpulan kecil pelbagai kebolehan telah dibentuk. Teknik berstesen diterapkan
untuk mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Ujian Pra menunjukkan peratus min markah responden
adalah 36.33% (gred D), meningkat kepada 83.48% (gred A) pada ujian pasca.. Hasil kajian
membuktikan “Teknik Pembelajaran Berstesen” dalam Bengkel Kimia Fizikal berkesan dalam
meningkatkan pencapaian Kimia Fizikal pelajar. Pelajar juga didapati lebih berminat untuk membentuk
sendiri kumpulan kecil di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya mengurangkan
kebergantungan kepada pensyarah. Penambahbaikan telah dilakukan pada sesi 2018/2019 terhadap
pelajar Program Dua Tahun (PDT) semester 3 dalam Bengkel Kimia. Aktiviti bengkel telah
dikendalikan sepenuhnya oleh ketua fasilitator dan fasilitator yang dilantik disetiap bilik darjah.
Penambahbaikan telah dilakukan dengan memasukkan sesi ‘battle’ antara peserta dengan fasilitator
semasa membincangkan jawapan. Penambahbaikan ini telah mendapat respon yang sangat baik
daripada peserta di mana mereka berasa lebih selesa dan bersemangat sepanjang bengkel berlangsung.

Kata kunci: Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Bengkel Kimia Fizikal, Kumpulan Kecil
Pelbagai Kebolehan, Teknik Pembelajaran Berstesen, Sesi ‘Battle’.
08
TEACHER SHARING SESSION: GCxApps: PIM KONDUSIF
PEMUDAHCARA NF2F
1
Nur Sofia binti Jafar, 2Amiza binti Aminudin, 3Ch’ng Bee Fang,
4
Rodhiatul Adawiah binti Setapa, 5Vhaissnavi a/p Sundararajan
1
nursofia1986@gmail.com, 2amizaminudin@gmail.com, 3beefang87@gmail.com
4
rodhiatul.as@gmail.com, 5vhaissnavi.chematrics@gmail.com

UNIT KIMIA, KOLEJ MATRIKULASI PERAK

Abstrak

Teacher sharing session (TSS) ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman platform interaksi maya
(PIM) (WhatsApp, Google Classroom (GC), Slack dan Edmodo), mengenal pasti PIM yang kondusif
dalam pembelajaran non face-to-face (NF2F), menyediakan pelajar ke arah e-pembelajaran kendiri dan
memperkembangkan profesionalisme pensyarah. Sampel pada peringkat pertama ialah pelajar kelas
tutorial empat orang pensyarah. Soal Selidik Kebolehgunaan dan Kesesuaian PIM menunjukkan min
tertinggi pada Edmodo (3.47), diikuti dengan Slack (3.46) dan GC serta WhatsApp (3.38). Tetapi,
dapatan min bercanggah dengan pilihan pelajar terhadap PIM yang paling sesuai iaitu WhatsApp. Oleh
itu, kami meminta pendapat pakar rujuk serta refleksi ahli kumpulan bagi kelebihan dan kekurangan
setiap PIM. Hasil perbincangan telah memilih GC integrasi bersama Quizizz dan Edpuzzle (GCxApps)
untuk dijalankan pada peringkat kedua. Sampel hanya satu kelas tutorial. Soal Selidik Kesesuaian
GCxApps ditadbirkan dan mencatat min peratusan setinggi 92.8% yang membuktikan GCxApps adalah
PIM yang kondusif semasa pembelajaran NF2F. Para pelajar bersetuju bahawa pembelajaran NF2F
menjadi lebih menarik, interaktif dan meningkatkan minat mereka dalam e-pembelajaran kendiri.
GcxApps juga dapat meningkatkan kreativiti pensyarah serta memperkembangkan profesionalisme
secara berterusan. Walaubagaimanapun, pada masa akan datang kami perlu mempelbagaikan aplikasi
pendidikan di bawah Google serta memastikan pelajar mendaftar akaun Edpuzzle dan menggunakan
akaun Gsuite.

Kata kunci: GCxApps, Google Classroom (GC), Edpuzzle, Quizizz, Platform Interaksi Maya
09

KAEDAH SESIKU KULAT (KURUNG BULAT) MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENGANALISIS DATA ALIH BENTUK
KOMUNIKASI PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM

Amit Bin Awang


amitawang38@gmail.com

Kolej Tingkatan Enam


Datuk Pengiran Galpam, Sandakan, Sabah

Abstrak
Sesiku Kulat merupakan satu bentuk inovasi bagi menyelesaikan masalah (dyscalculia)
kegagalan matematik dalam kalangan pelajar Kemanusiaan 9 Semester 3 (K9S3) Kolej
Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam (KTEDPG) Sandakan menjawab soalan alih bentuk
komunikasi. Pendekatan ini bertujuan menangani isu kegagalan pelajar menyelesaikan masalah
statsistik dalam ABK Sem 3 seperti melengkapkan data peratus, data mentah dan data
perubahan. Seramai 27 orang pelajar telah dijadikan responden kajian melalui ujian pra dan
pos. Kajian ini telah dilaksanakan dalam tempoh masa 4 bulan. Semua pelajar diuji beberapa
siri ujian ABK Sem 3 dengan mengenalpasti idea sebelum dan selepas intervensi yang
menggunakan teknik Sesiku Kulat. Hasil daripada ujian yang dijalankan menunjukkan
perubahan positif dan pencapaian yang memberangsangkan. Seusai intervensi dilaksanakan,
didapati semua pelajar mampu menjawab soalan statstik ABK Sem 3 dengan baik. Justeru,
pengkaji turut menyebarluas aplikasi teknik Sesiku Kulat kepada beberapa kelas kemanusiaan
di Kolej Tingkatan Enam Pengiran Galpam dan masih dalam proses uji lari.

Kata kunci: Dyscalculia, Mengenaplasti idea, Teknik Sesiku Kulat


10

KESEDIAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH


PEMBELAJARAN DALAM PROGRAM TRANSISI KERJAYA
1
Kama Shaffeei 2 Abdul Rahim Razalli 3 Mohd Hafiz Mohd Hanif 4 Zuraini Kamis
1
Kama@fpm.upsi.edu.my2 rahim.r@fpm.upsi.edu.my 3 mohd_hafiz@fpm.upsi.edu.my 4
Zuraini985@gmail.com

1 234
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran
(MBKMP) dalam Program Transisi Kerjaya (PTK). Program Transisi Kerjaya bagi MBKMP
merupakan program yang dirancang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memastikan MBKMP memperolehi asas-asas kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan. Kajian
dilaksanakan secara tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian menggunakan
kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan 40 orang Guru Pendidikan Khas di Daerah Klang,
Selangor.Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi pengetahuan guru pendidikan khas terhadap PTK
ialah 3.07 pada tahap sederhana. Manakala, nilai min kesediaan MBKMP dalam PTK adalah tinggi
iaitu 4.08. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PTK perlu
dipertingkatkan dan kesediaan MBKMP dalam PTK perlu ditambahbaik bagi memupuk minat dan
kemahiran tinggi sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. Diharapkan kajian ini membantu pihak
pemegang taruh supaya meningkatkan pengetahuan dan latihan kemahiran bagi guru dalam memastikan
penglibatan MBKMP dalam PTK sebagai bekalan dan pengalaman ke bidang kerjaya sebenar.

Kata kunci: murid berkeperluan khas, masalah pembelajaran, transisi kerjaya


11

INOVASI FT KIDZO MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI


DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 1

Hj Zainal Abidin bin Saad, Nur Liyana Zaihan binti Mohd Hanafiah, Fatin Afrina binti Abdul Karim,
Amirah Batrisyia binti Baharudin, Nurin Adriana binti Zainal Abidin .
zainal@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman,06000,Jitra, Kedah

Abstrak

Projek ini merupakan cetusan idea daripada pelajaran Pengajian Profesional dan Bimbingan dan
Kaunseling serta Kemahiran Belajar yang didaftarkan sebagai subjek yang perlu diambil oleh pelajar
Kursus Bimbingan dan Kaunseling. Melihat kepada aspirasi pendidikan negara yang menginginkan
warga Malaysia seimbang dari sudut jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial (JERIS) disamping
lengkap dengan kemahiran insaniah serta menekankan aspek Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) ,
kami telah mencipta FT Kidzo sebagai salah satu medium bahan bantu mengajar yang aktif,
menyeronokkan, efektif dan bermakna seiring dengan PAK-21 yang menekankan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Melihat
kepada permasalah murid prasekolah, murid tahap 1 dan murid pemulihan yang kurang cekap dalam
aspek mendengar,menulis,membaca dan bertutur, projek ini disediakan bagi menajamkan kemahiran
yang penting ini supaya pelajar-pelajar ini mampu berdaya saing dan seimbang dari sudut pembelajaran
mahupun kemahiran insaniah. Inovasi ini sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) kerana
direka khusus berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) dan Standard Kurikulum Sekolah
Rendah (KSSR) bagi subjek Bahasa Melayu. Seiring dengan Industri Revolusi ke-4, inovasi ini dijana
dengan pelbagai multimedia seperti penghasilan QR Code dan paparan visual serta audio bagi
memudahkan murid untuk mengakses aplikasi Ed Puzzle di amping menarik minat murid bagi
mendalami pembelajaran tersebut. Kemahiran asas seperti mendengar, membaca, menulis dan bertutur
amatlah penting dalam kehidupan pelajar di mana penguasaan 4 kemahiran ini sangat membantu pelajar
dalam sesi pembelajaran dan perlu diaplikasikan dalam kemahiran belajar mereka agar pembelajaran
mereka lebih teratur dan berkesan. FT Kidzo juga disediakan di dalam medium online dimana pelajar
boleh mengulang-ulang video dan menjawab soalan yang disediakan dalam pantauan guru mahupun
ibubapa pelajar. Klip ini boleh diakses secara kendiri selepas murid dijemput menggunakan kata kunci
yang diberikan oleh guru mereka.

Kata kunci: Seimbang, JERIS, kemahiran insaniah dan PAK-21, Bahasa Melayu, KSPK dan KSSR,
Audio dan Visual, 4 Kemahiran Bahasa, Pembelajaran Kendiri.
12
PERSEPSI GURU TERHADAP CABARAN YANG DIHADAPI OLEH
GURU SEBAGAI PEMIMPIN: SATU KAJIAN KUALITATIF

Goh Shau Ying


stacy_goh@hotmail.my

SMK Paya Kemunting, Jitra

Abstrak

Di seluruh dunia kini, guru merupakan golongan profesional yang membawa perubahan dan
peningkatan dalam sistem pendidikan pada masa kini. Kajian Kepimpinan Guru banyak dikaji di luar
negara dan masih terhad dalam kontek sekolah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
cabaran yang dihadapi oleh guru untuk menjadi pemimpin di sekolah menengah di Negeri Kedah,
Perlis dan Pulau Pinang. Kajian kualitatif melalui temu bual separa berstruktur ke atas 18 orang
respondan guru untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru sebagai pemimpin di negeri
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran sama
ada dari keluarga, rakan sekerja dan diri sendiri untuk menjadi pemimpin. Dapatan analisis tematik
dijalankan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru sebagai pemimpin mengikut
pandangan guru di sekolah-sekolah kajian.

Kata kunci : Kepimpinan Guru,halangan sokongan keluarga, cabaran rakan sekerja,


komitmen guru, bebanan tugas
13
KEBERKESANAN CARTA BLUE PINK ( BP & PB ) BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DENGAN
MENGUMPUL SEMULA DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

Cheetalakchumy A/P Balu


cheetalakchumy@gmail.com

SJK(T) Keruh

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam
penambahan melibatkan pengumpulan semula melalui Kaedah BP & PB. Kajian ini dijalankan ke atas
enam orang murid pemulihan di sebuah sekolah di daerah Hulu Perak, Perak. Kajian ini melibatkan
empat orang lelaki dan dua orang perempuan yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Kaedah
BP & PB merupakan satu kaedah yang melibatkan carta nilai tempat yang mengandungi kotak agihan
bagi menulis hasil tambah dan seterusnya menambah nombor mengikut nilai tempatnya berdasarkan
warna. Cara pengumpulan data yang digunakan adalah ujian pra dan pasca, lembaran kerja murid,
pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan
kajian mendapati bahawa Kaedah BP & PB mampu meningkatkan penguasaan murid dalam
penambahan yang mellibatkan pengumpulan semula. Murid juga memberi respon bahawa Kaedah BP
& PB merupakan satu kaedah yang mudah difahami. Kaedah ini juga dapat meningkatkan keyakinan
murid untuk menjawab soalan-soalan tambah dengan mengumpul semula. Peserta penyelidikan
menunjukkan perubahan positif terhadap penggunaan Kaedah BP & PB semasa menjawab soalan
tambah dalam bentuk ayat matematik. Cadangan tindakan susulan bagi penyelidikan ini ialah bahan
bantu mengajar iaitu carta Kaedah BP & PB dapat digunakan dalam topik tolak dan darab yang
melibatkan pengumpulan semula. Kesimpulannya, penyelidikan ini memberikan motivasi kepada diri
saya untuk terus melaksanakan penyelidikan dalam mencari kaedah yang sesuai untuk membantu
murid pemulihan dan kemudian dapat kembali ke arus perdana sekaligus mengurangkan bilangan
murid bermasalah 4M..

Kata kunci: tambah, mengumpul semula, nilai tempat, kaedah BP & PB


14
MENDEPANI CABARAN NILAI DAN KEPIMPINAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Norhana binti Mohamed Salleh,


SM Sains Tengku Abdullah, Pahang
norhana51@yahoo.com
Salbiah binti Mohamed Salleh,
SM Sains Pasir Puteh, Kelantan
salbiahscipp@gmail.com
Solihah binti Mohamed Salleh,
SMK Rawang, Selangor
baiduri80@yahoo.com
Siti Faizah binti Mohd Saleh @ Salleh,
SK Taman Desa 2, Selangor
ustazahsitifaizah@gmail.com
Ahmad Zhafran Bin Md Noor,
zhafrannoor@gmail.com

SK Sungai Tua Baharu, Selangor

Abstrak

Nilai dan kepimpinan merupakan dua aspek penting yang perlu ada pada diri setiap Guru
Pendidikan Islam (GPI) yang berperanan memberikan pendidikan duniawi dan ukhrawi
kepada murid. GPI yang mempunyai nilai akhlak mapan mampu menonjolkan sifat
kepimpinan yang baik sama ada dalam sekolah atau luar sekolah. Mereka merupakan contoh
terbaik yang sentiasa dijadikan ikutan oleh masyarakat. GPI bukan sekadar profesion biasa
namun turut menggalas amanah terhadap ummah dan masyarakat. Cabaran yang dihadapi
oleh GPI juga cukup hebat seiring dengan amanah besar yang perlu digalas. Kertas kerja ini
membincangkan konsep nilai dan kepimpinan yang perlu ada pada GPI dari beberapa
perspektif dan kajian oleh sarjana muslim. Kesepaduan nilai dan kepimpinan GPI pasti dapat
merealisasikan peranan yang perlu dipenuhi oleh GPI iaitu sebagai mudarris, muaddib,
murabbi, mursyid dan mua’llim.

Kata kunci: Nilai, akhlak, kepimpinan, Guru Pendidikan Islam


15
LEARNING OF FUNCTIONAL GROUPS IN ORGANIC CHEMISTRY
USING ‘CoRuBa’ (COLOURS OF RUBBER BAND GAME)

Sathia Kumaran Krishnan, Vhaissnavi Sundararajan Yvonne Kuladaisamy, Kong Suet Lee

Perak Matriculation College

Abstract
In this study, to enhance the effectiveness of learning to identify functional groups in organic
chemistry, the game 'CoRuBa' (Color of Rubber Band) Game was introduced as an educational
activity. The purpose of this study was to analyze the effects of CoRuBa games on learning
that involved the identification of functional groups in organic molecules. The selected research
study group consisted of 30 students from One Year Program Course. As a result, CoRuBa
Game provided an alternative game-based educational activity that enhanced the level of
achievement in organic chemistry.

Keywords : the effectiveness of learning, functional groups, organic chemistry


16
PENGETAHUAN PEDAGOGI, KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI PENGAJARAN GURU
TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) DI MALAYSIA

Muhd Zulhilmi Haron


Universiti Utara Malaysia
zulhilmiharon@gmail.com

Mohd Muslim Md Zalli


Universiti Pendidikan Sultan Idris
muslim@fpm.upsi.edu.my

Farah Nabila Mohd Akil


SMKA Jerlun
farahnabila1984@gmail.com

Ismail Salleh
SMKA Kedah
ismail821621@gmail.com

Mohd Hilmi Ahmad


SK Bukit Jenun
abuhakimi79@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan pedagogi dan kemudahan
pembelajaran terhadap kualiti pengajaran dalam kalangan guru TMUA. Pengumpulan data
menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi maklumat demografi, pengetahuan pedagogi,
kemudahan pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Kajian ini melibatkan 144 orang guru TMUA
di tiga buah sekolah yang melaksanakan program TMUA di Malaysia. Data yang diperolehi telah
diproses dan dianalisis menerusi structural equation modeling dengan menggunakan perisian Smart
Partial Least Square (SmartPLS3). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pengetahuan pedagogi dan kemudahan pembelajaran dengan kualiti pengajaran guru.
Implikasi dapatan kajian ini adalah bertujuan menyedarkan guru akan kepentingan penguasaan mereka
dalam pengetahuan pedagogi demi meningkatkan kualiti pengajaran dalam pelaksanaan program
TMUA.

Kata kunci: pengetahuan pedagogi, kemudahan pembelajaran, kualiti pengajaran, tahfiz,


Malaysia.
17

MENGKAJI KEBERKESANAN K-STYLE DAN EXPLOREBASE


DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENUKAR
NOMBOR ASAS SEPULUH KEPADA ASAS LAIN

Khairil Haffez Bin Sahidan

khairilsahidan@gmail.com

SM Agama Daril Iktisam, Kuala Nerang, Kedah

Abstrak

Asas nombor merupakan salah satu topik yang dikekalkan dari silibus KBSM kepada KSSM dan isi
topik ini juga dikembangkan lagi dari silibus KBSM yang hanya melibatkan asas 2, 5, 8 dan 10 kepada
asas 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10 di dalam KSSM. Proses penukaran suatu nombor asas 10 kepada suatu
asas yang lain sentiasa menjadi masalah utama pelajar dalam menguasai topik ini. Kaedah yang
dinyatakan di dalam buku teks, iaitu kaedah pembahagian berulang, sentiasa mengelirukan pelajar
kerana pelajar perlu menjalankan pelbagai operasi sebelum memperolehi jawapan yang dikehendaki
iaitu operasi bahagi, darab, tolak dan kemudian pengumpulan baki. Oleh yang demikian, suatu inovasi
pengiraan dan aktiviti perlu dijalankan bagi memudahkan pelajar dalam mendapatkan jawapan dan
memahami proses penukaran asas yang dilakukan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
memperkenalkan kepada pelajar satu inovasi guru yang dinamakan sebagai teknik K-Style serta
melibatkan pelajar dalam suatu aktiviti luar kelas yang dinamakan sebagai Explorebase dalam
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menukar suatu nombor dalam asas 10 kepada sesuatu asas
tertentu sebagai kaedah alternatif kepada kaedah pembahagian berulang yang dinyatakan dalam buku
teks. Sampel kajian ini ialah seramai 86 pelajar, iaitu terdiri daripada 42 orang pelajar tingkatan 4 dan
44 orang pelajar tingkatan 5. Dapatan kajian mendapati peratus pencapaian pelajar dalam ujian pasca
ialah 32.27% telah meningkat kepada 71.40% dalam ujian pos. Kesimpulannya, penggunaan teknik K-
Style serta proses PdPc secara aktif diluar kelas seperti Explorebase ini telah berjaya meningkatkan
kefahaman pelajar dalam menukar suatu nombor asas 10 kepada asas yang lain dengan lebih baik.

Kata kunci: Asas nombor, K-Style, Explorebase, Inovasi Guru, Aktiviti luar kelas
18

KAEDAH e-VAS DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENULISAN


MEKANISME PENDEHIDRATAN ALKOHOL

Siti Asmah Binti Kemat, Salwana Binti Md Ali, Hanani Binti Sa’at,
Rohaya Binti Khamis, Amily Ziana Binti Md. Areff

asmah.kemat@kmj.matrik.edu.my, salwana@kmj.matrik.edu.my, hanani@kmj.matrik.edu.my,


rohaya.khamis@kmj.matrik.edu.my, amilyziana@kmj.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

Abstrak

Perkongsian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan penggunaan kaedah e-VAS bagi
meningkatkan tahap penulisan mekanisme pendehidratan alkohol dalam meningkatkan mutu
Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) pensyarah. Kajian ini dijalankan terhadap 24 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran Kimia bagi Sistem Dua Semester di Kolej Matrikulasi Johor untuk sesi
2019/2020. Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan keberkesanan penggabungan penggunaan
aplikasi media secara digital dalam PdPc dapat meningkatkan profesionalisme pengajaran pensyarah.
Analisis data dijalankan secara deskriptif dengan mengukur skor min markah serta perubahan peratusan
bagi kuiz yang diberikan sebelum dan selepas kaedah e-VAS diimplementasi kepada pelajar melalui
gelung pemulihan dan pengkayaan. Dapatan analisis mendapati bahawa berlaku peningkatan yang
sangat ketara sebelum dan selepas kaedah e-VAS dilaksanakan melalui platform Google Classroom
daripada skor min 42.1% kepada 85.8% iaitu gagal kepada cemerlang. Ini telah membuktikan bahawa
kaedah e-VAS dapat meningkatkan mutu PdPc pensyarah bagi meningkatkan tahap penulisan
mekanisme pendehidratan alkohol sekaligus dapat membuktikan keberkesanan penggabungan
penggunaan aplikasi media secara digital dalam PdPc yang boleh meningkatkan profesionalisme
pengajaran pensyarah Kimia.

Kata kunci : Google Classroom, mekanisme pendehidratan alkohol


19

PERLAKSANAAN PENILAIAN FORMATIF SECARA DIGITAL OLEH


PENSYARAH KIMIA DI KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

Siti Asmah Binti Kemat, Siti Murni Binti Salehan, Illy Nadhirah Binti Barudin,
Noor Aisya Azreen Binti Ab. Rahim, Nursabrina Binti Rahmat

asmah.kemat@kmj.matrik.edu.my, murni@kmj.matrik.edu.my, i.nadhirah@kmj.matrik.edu.my,


nooraisya@kmj.matrik.edu.my, nursabrina@kmj.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Johor

Abstrak

Jelajah Pembelajaran ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi yang digunakan oleh empat orang
pensyarah bagi melaksanakan sistem penilaian formatif dalam Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc)
mata pelajaran Kimia serta menentukan tahap keberkesanan penggunaan sistem penilaian formatif
secara digital dalam meningkatkan tahap pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran Kimia Sistem Dua
Semester Jurusan Sains Kolej Matrikulasi Johor Sesi 2019/2020. Selain pemerhatian dalam Jelajah
Pembelajaran, satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis data dilaksanakan
secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 16.0 untuk
mengukur min purata setiap item bagi menentukan tahap keberkesanan penggunaan sistem penilaian
formatif secara digital dalam meningkatkan pembelajaran pelajar. Dapatan pemerhatian mendapati
bahawa terdapat tiga jenis aplikasi yang digunakan oleh pensyarah iaitu Socrative, Google Form dan
Google Classroom. Dapatan juga mendapati bahawa tahap keberkesanan penggunaan sistem penilaian
formatif secara digital dalam meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran Kimia adalah
sangat tinggi.

Kata kunci : penilaian formatif secara digital, Socrative, Google Form, Google Classroom, kimia
20

BIMBINGAN GURU BAHASA ARAB BERASASKAN MODEL 5M


DALAM AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUA’SIRAH (LAM)
KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)

Amani binti Dahaman@Dahlan, Dr.


amanidahaman@ipda.edu.my

Farihah binti Hussain, Dr.


farihahhusain@ipda.edu.my

Abd Aziz bin Hassan


abdzaziz@pda.edu.my

Mohammad Azizi bin Md Mukhtar


azizimukhtar@ipda.edu.my

Najib bin Sulaiman


najib@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat bimbingan guru bahasa arab berasaskan Model 5M dalam
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah (LAM) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Kajian ini merupakan
kajian kualitatif yang melibatkan penganalisisan secara analisis kepustakaan dengan meneliti bentuk
bimbingan guru berdasarkan model 5M (Ab Halim Tamuri et al. 2008,2010). Bimbingan guru adalah
satu elemen utama dalam pengajaran bahasa Arab. Elemen ini perlu diterapkan dalam pengajaran
terutama dalam pengajaran al-Lughah al-Arabiah al-Mua’sirah(LAM), Kurikulum Bersepadu Dini
(KBD) memandangkan kurikulum ini adalah kurikulum yang baharu dilaksanakan di sekolah agama
bantuan kerajaan (SABK). Konsep Model 5M yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru perlu
menjiwai sifat atau ciri Mursyid, Murabbi, Muaddib, Muallim dan Mudarris dalam memberi bimbingan
dalam pengajaran bahasa Arab. Kajian ini akhirnya menghasilkan satu cadangan kerangka bimbingan
guru bahasa Arab berasaskan konsep 5M dalam pengajaran bahasa Arab.

Kata kunci: Konsep 5 mim, Bimbingan guru, Kurikulum Bersepadu Dini, lughah Arabiah Mua’sirah,
Bahasa Arab
21
KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Nur Rawaidah Rahmat


anzcis@yahoo.com

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah, Malaysia

Abstrak

Selari dengan era ledakan maklumat yang seiring dengan perkembangan industri revolusi 4.0, pusat
sumber sekolah pendidikan khas memainkan peranan signifikan dalam mewujudkan kolaborasi dengan
pelbagai agensi. Ini kerana kolaborasi dengan pelbagai agensi setempat penting dalam menjayakan
kemenjadian murid berkeperluan khas. Guru perpustakaan dan media perlu dilatih dengan pengetahuan
dan kemahiran untuk berkolaborasi. Justeru itu, kertas konsep yang dihasilkan ini bertujuan untuk
mengupas mengenai kepentingan mengadakan kolaborasi dalam pelbagai aktiviti dan pembangunan
pusat sumber sekolah pendidikan khas melalui jalinan dan rangkaian dari pelbagai agensi setempat.
Kandungan kertas ini meliputi pengenalan terhadap konsep kolaborasi bagi pusat sumber secara umum,
cabaran yang perlu dihadapi dan cadangan dalam mengatasi cabaran yang dikemukakan. Selain itu,
turut dibincangkan secara tidak langsung adalah peranan pelbagai pihak untuk melaksanakan dan
menjayakan kolaborasi tersebut yang meliputi pelbagai pihak seperti pentadbir dan warga sekolah serta
komuniti setempat.

Kata Kunci : Kolaborasi, Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Pendidikan Khas, Murid Berkeperluan Khas
22

GOOGLE CLASSROOM FOR YOUNG LEARNERS: STUDENT


FEEDBACK DURING PANDEMIC COVID-19 SITUATION

Zaimah binti Abdullah


Furiza Yahya
Robiah Shuib
Azlida Ahmad
zaimah@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh manakah pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran sepanjang tempoh pandemik Covid -19 dalam kalangan murid-murid prasekolah.
Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid prasekolah di pusat prasekolah Jitra, Kedah. Fokus
utama kajian adalah untuk melihat sejauh manakah pelaksanaan medium Google Classroom dalam
kalangan murid-murid prasekolah dapat dilaksanakan dan impak serta cabaran yang dilalui oleh
peserta kajian ini. Justifikasi pemilihan peserta kajian berdasarkan kepada keperluan untuk menilai
keberkesanan PdP secara dalam talian sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan akibat Covid -
19 yang telah melanda negara . Tiga teknik pengumpulan data yang diaplikasikan dalam kajian ini
ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Jangka masa kajian ialah selama 3 minggu. Data
kajian dianalisis secara tematik menggunakan ATLAS t.i. Tema-tema yang diperoleh melalui
pemerhatian dan temu bual adalah seperti hasil kajian mendapati terdapat peserta kajian yang
menunjukkan respon positif dan peningkatan pencapaian menggunakan aplikasi Google Classroom,
Google Meet, padlet , dan quizizz . Hasil analisis data mendapati semua peserta kajian dapat
mengaplikasikan sepenuhnya medium secara maya ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian membuktikan murid seronok belajar kerana terdapat pelbagai tools yang digunakan di samping
bahan-bahan yang menarik dimuatnaik. Peserta kajian didapati sangat teruja dan menunjukkan
perasaan ingin tahu, yakin, berani, tidak malu seperti menyanyi beramai-ramai, ekspresi wajah yang
pelbagai dan body language yang sangat menarik perhatian seperti tepuk tangan apabila dapat
menjawab soalan yang diajukan.

Kata kunci : prasekolah pandemic Covid-19, body language, diaplikasikan, medium.


23

PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM : KAJIAN KES GURU PENDIDIKAN ISLAM

Syafiqah Nabilah Binti Razali


mt1422541875@gmail.com
SK Taman Bukit Tiram, Johor

Noraini Binti Omar


noraini.omar@ipgktar.edu.my
IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak

Abstrak

Konteks pendidikan di Malaysia kini memberi penekanan terhadap konsep kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) untuk melahirkan generasi yang berfikiran kritikal dan kreatif. Ini bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang mampu untuk membudayakan amalan berfikir sebagai persediaan untuk
menghadapi cabaran abad ke-21 yang semakin mencabar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
membincangkan kefahaman guru tentang kemahiran berfikir aras tinggi dan strategi yang digunakan
oleh guru Pendidikan Islam dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam KSSR. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan kaedah
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai prosedur pengumpulan data. Seramai empat
orang guru Pendidikan Islam di daerah Pasir Gudang dipilih sebagai peserta kajian. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa, peserta kajian masih belum lagi memahami sepenuhnya maksud budaya berfikir
dan KBAT seperti yang dihasratkan oleh KPM 2011. Walau bagaimanapun, guru Pendidikan Islam
telah berusaha untuk menerapkan elemen tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerapan
KBAT ini meliputi perancangan, cara pengelolaan, pelaksanaan serta penyampaian dan penilaian
bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan. Namun, hasil kajian
memperlihatkan bahawa penerapan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam oleh
guru Pendidikan Islam adalah sederhana dan positif. Adalah diharapkan dapatan ini dapat memberikan
gambaran awal kepada pengamal pendidikan untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan
perancangan berteraskan KBAT agar mereka dapat melaksanakannya dengan mantap dalam
pengajaran.

Kata Kunci : Kemahiran berfikir aras tinggi, Pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran, kritikal
dan kreatif, abad ke-21
24

GAMIFIKASI R-CHEM DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN


PELAJAR F4T4 DALAM MELUKIS DAN MENAMAKAN GEOMETRI
MOLEKUL

Norasyikin bt Ismail @ Chik, Farahiyah bt Mohamed Omar,


Nor Hamizah bt Ishak, Rozarita bt Abd Rashid

asyikin.kimia@gmail.com,farahiyah@kmpk.matrik.edu.my,
hamizah@kmk.matrik.edu.my, rozarita@kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak
Pendekatan gamifikasi meningkatkan penguasaan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran
dan pembelajaran sains (Qian dan Clark, 2010). Dalam kajian ini, pembelajaran gamifikasi
Revolutionary-Chem(R-Chem) digunakan untuk membantu pelajar melukis struktur
geometri molekul dan menamakan bentuk geometri dengan betul. Kumpulan sasaran terdiri
daripada 17 pelajar Modul 2 dari kelas F4T4, Sistem Dua Semester (SDS). Pemilihan
berdasarkan keputusan Ujian Pra di mana 11 daripada 17 pelajar mendapat markah kurang
daripada 5/10. Selepas pelaksanaan pembelajaran gamifikasi R-Chem, terdapat
peningkatan markah di mana 7 orang pelajar mendapat markah 10/10 dalam Ujian Pasca.
Hasil dapatan daripada borang soal selidik mendapati pelajar memberi maklum balas yang
positif berkaitan pelaksanaan gamifikasi R-Chem dalam topik geometri molekul. Selain
itu, pembelajaran secara gamifikasi juga dapat digunakan sebagai penilaian tidak langsung
dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian ini dapat memberi input dan impak yang
signifikan kepada pensyarah dalam melaksanakan PdP dengan lebih efektif melalui
pembelajaran secara gamifikasi. Ianya juga sangat relevan dengan kehendak pelajar
generasi Z selaras dengan trend pendidikan masa kini melalui PAK-21.

Kata kunci: pembelajaran secara gamifikasi, R-Chem, geometri molekul.


25

TAHAP KREATIVITI PELAJAR-PELAJAR DI JABATAN SAINS,


IPGKTI MENGIKUT KRITERIA KEASLIAN, KEFASIHAN,
KELENTURAN DAN PENGHURAIAN

Mohd Zulfahmi Bahaudin (PhD), Zulkefli Daud (PhD), Norizan Ghazali, Muhamad Basar
md.zulfahmi83@gmail.com

Jabatan Sains dan Matematik, IPG Kampus Temengong Ibrahim, Johor

Abstrak

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan satu elemen penting
dalam pembelajaran sains. Memandangkan, elemen kreativiti amat perlu dikuasai oleh
semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi meninjau tahap kreativiti pelajar yang
mempunyai kriteria kreativiti iaitu keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Kajian
ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di Jabatan Sains.
Seramai dua ratus empat belas orang pelajar diuji bagi menjayakan kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dengan soalan-soalan kreativiti
diubahsuai berdasarkan Ujian Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji
empat kriteria kreativiti iaitu keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Data yang
diperolehi disemak dan pemarkahan diberikan berdasarkan skema yang dicadangkan oleh
Guilford dan Torrance seterusnya diproses untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan
min dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 16.0.
(SPSS 16.0). Dapatan menunjukkan tahap kreativiti pelajar yang mempunyai keaslian
dikategorikan sebagai idea yang sederhana unik dengan peratus min 48.3. Tahap kreativiti
pelajar yang mempunyai kefasihan dikategorikan sebagai kebolehan menghasilkan 3
hingga 6 idea dengan peratus min 50.8. Tahap kreativiti pelajar yang mempunyai kriteria
kelenturan dikategorikan sebagai sederhana banyak jenis atau kategori jawapan dengan
peratus min 53.7. Tahap kreativiti pelajar yang mempunyai kriteria penghuraian
dikategorikan sebagai idea sederhana kepelbagaian dengan peratus min 47.2. Kajian ini
mencadangkan beberapa amalan terbaik untuk meningkatkan tahap kreativiti pelajar
terhadap sains bagi menangani cabaran pendidikan sains abad ke-21.
.
Kata kunci: tahap kreativiti, kreativiti, KBKK
26

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN SISWA GURU


DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Syed Ismail Syed Mustapa


Ahmad Subki Miskon
Mohd Jim Hamzah
Edaham Ismail
syed_ismail@ipgkik.edu

IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan media sosial dalam kalangan siswa guru
di IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur. Sampel kajian ini terdiri daripada
455 orang siswa guru yang berada di pelbagai bidang pengkhususan dan peringkat
pengajian di IPGKIK. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhannya 193 orang (42.4%) daripada siswa guru akses
kepada media sosial pada waktu malam (antara pukul 8.00 malam - 12.00 tengah malam
dan 241 (53%) orang siswa guru telah menggunakan masa lebih daripada 4 jam sehari
untuk akses kepada media sosial. Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak
417 (91.6%) daripada siswa guru telah menggunakan aplikasi whatsapp sebagai media
sosial yang paling kerap digunakan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tahap penggunaan
media sosial dalam aspek pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan catatan min 4.03
(sp=.61), sebaliknya empat aspek kajian yang lain pula hanya mencatatkan min pada tahap
sederhana tinggi iaitu kewangan (min 3.85; sp=.78), interaksi (min 3.47; sp=.51), bahan
(min 3.59; sp=.47) dan etika (min 3.12; sp=.48). Kajian mendapati sebanyak 95.8 peratus
(436 orang) siswa guru menyatakan bahawa penggunaan media sosial memberikan impak
yang positif kepada proses pembelajaran mereka. Pengkaji mencadangkan agar Unit
Kaunseling IPGKIK mengadakan sesi bersama siswa guru terhadap cara penggunaan masa
yang efektif dan etika yang betul ketika menggunakan media sosial. Pensyarah pula
disarankan agar sentiasa memantau tingkah laku siswa guru ketika melaksanakan
pengajaran. Mentor dan Jabatan hal Ehwal Pelajar disarankan agar menerapkan disiplin
kendiri yang tinggi dalam kalangan siswa guru agar mereka dapat menguruskan diri dengan
baik sepanjang mengikuti pengajian di IPG.

Kata Kunci : penggunaan media sosial, siswa guru, IPG


27

LET’S LEARN ORGANIC CHEMISTRY WITH


“ORGANIC COMPENDIUM: E - BOOK SLIDER”

Kong Suet Lee


Vhaissnavi a/p Sundararajan
Sathia Kumaran a/l Krishnan
Yvonne a/p Kulandaisamy
kongsuetlee@gmail.com

Perak Matriculation College

Abstract

Based on past experience, lecturers noticed that students were not enthusiastic in learning
Organic Chemistry as they felt overwhelmed to remember a long list of chemical reactions.
Organic Compendium: E-Book Slider was created as a digital learning tool. The purpose
of this case discussion is to discuss the use of Organic Compendium: E-Book Slider to help
students in learning Organic Chemistry. There were 10 out of 13 chapters of SKO25
Chemistry syllabus that were related to Organic Chemistry. These chapters usually make
up around 75% and 65% of the questions in paper 1 and paper 2 respectively in
Matriculation Programme Semester II Exam. The complete 2 cycle discussion have been
carried out over a period 2 month and has been discussed systematically. The studies have
been carried out on 75 Dual Semester System Programme students. The findings were
analysed through thematic analysis based on the questionnaire and interview. Generally the
min score of each theme was more than 3.8. The findings showed that students managed to
show higher level of motivation, and enhanced their understanding and memorisation in
learning Organic Chemistry by using Organic Compendium: E-Book Slider. This E-book
was also in line with 21st Century Teaching Strategies and the Fourth Industrial Revolution
(4IR) in education.

Key Words: E-book, organic chemistry, digital learning tools, self-learning, case
discussion
28

STRATEGI DAN SIKAP DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN GURU DI SEKOLAH RENDAH
Che Mas Saud
Nur Fatini Mohd Basri
Nur Nabilah Mohd Basri
Maheran Baharum, Ph.D

IPG Kampus Darulaman


29
TOKOH DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Mohd Amin Bin Abd Rahman


mohdamin6997@gmail.com

SMK Tanjung Pauh

Abstrak

Sastera bukanlah suatu perkara yang asing dalam hidup manusia. Di samping memberi
hiburan, karya-karya sastera mampu untuk mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku
seseorang. Malah, melalui penghayatan, juga mendorong individu yang membaca untuk
lebih sensitif terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, secara tidak
langsung akan dapat membentuk sikap agar lebih prihatin dan bertimbang rasa terhadap
masyarakat di dalam dan di luar negara. Tokoh dalam novel tersebut menjadi idola atau
pemusatan cerita tentang kehebatan dan kemajuan yang dimiliki oleh bangsa tersebut.
Dengan kata lain, tokoh tersebut dikenali sebagai hero atau wira yang menjadi kebanggaan.
Seseorang tokoh tidak dilahirkan tetapi dibentuk oleh persekitaran, adat dan peristiwa yang
dilalui manusia. Untuk kajian ini, watak Dahlia dalam novel Songket Berbenang Emas
dijadikan tumpuan sesuai dengan peranannya sebagai tokoh yang dihargai dan dihormati
oleh keluarga dan masyarakat setempat..

Kata kunci: sastera, penghayatan, tokoh


30

TINJAUAN EFIKASI GURU DAN STAIL PEMBELAJARAN


DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS DARULAMAN

Nazri bin Halim (Phd)


nazrihalim@ipda.edu.my

Nurul Yasmin binti Nazri


Yasminnazri14@gmail.com

Suhailah binti Shariff


suhailah@ipda.edu.my

Rohana binti Osman


rohana@ipda.edu.my

Baskaran a/l Subramaniam


baskaran@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Stail pembelajaran memainkan peranan yang signifikan terhadap pencapaian akademik. Kebanyakan
pendidik menyedari bahawa memahami stail pembelajaran pelajar dapat menambahbaik proses
pendidikan yang dilakukan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan efikasi guru dengan stail
pembelajaran Model Honey dan Mumford (1986) seperti Aktivis, Reflektor, Pragmatis dan Theoris.
Kajian tinjauan menggunakan reka bentuk keratan rentas telah dijalankan terhadap 127 orang guru
pelatih semester 2 IPG Kampus Darulaman. Efikasi guru diukur menggunakan Instrumen skala
kesedaran efikasi guru (TSES) oleh Tschannen - Moran & Woolfolk Hoy (2001). Stail pembelajaran
diukur menggunakan Soal selidik Stail Pembelajaran Honey dan Mumford LSQ (1992). Analisis data
dijalankan secara statistik deskriptif dan inferensi korelasi Pearson (r) berbantukan SPSS 21.0. Dapatan
kajian menunjukkan wujudnya kolerasi positif di antara efikasi guru dengan stail pembelajaran
Pragmatis(r = .554, p˂. 01), kolerasi sederhana di antara efikasi guru dengan stail pembelajaran
Aktivis(r = .532, p˂. 01), Refleksi (r = .460, p˂. 01) dan Theoris (r = .386, p˂. 01).Dapatan kajian ini
memberi sumbangan kepada pensyarah dalam memahami dan merancang pengajaran dan pembelajaran
bermakna terhadap guru pelatih.

Kata kunci: Efikasi Guru, Stail Pembelajaran, Honey dan Mumford, Guru Pelatih IPG
31

GEO-EDUCATION MEASUREMENT MODEL: CONFIRMATORY


FACTOR ANALYSIS

Mat Rahimi Yusof, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mohd Aliff Nawi,Hapini Awang, Mohd fairuz Japar
email.rahimi@gurumalaysia.edu.my

Universiti Utara Malaysia

Abstract
Geo-Education is a globally recognized environmental education that provides the current
generation with fundamental knowledge on the interaction between human and
environment in a local, regional and global contexts. Hence, this study is conducted to
develop a Geo-Education measurement model in the Malaysian context. The data were
collected through a set of questionnaires by Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) and
were analyzed using SEM-AMOS. Four main elements were examined, which are loading
factors, convergent validity, discriminant validity, and composite reliability. The finding
shows that Geo-Education has a significant contribution to the proposed constructs, namely
Primer, Issues, Ecosystem, Lifestyle, and Cross-Curricular Elements. A Geo-Education
Model has been successfully developed using these five constructs. Furthermore, 25
behaviors of Geo-Education among practicum teachers in Malaysia have been identified.
The finding is essential to guide teachers to implement the concept of Geo-Education as
cross-curricular elements in the Malaysian curriculum. As a result, it will ensure the success
of Education Sustainable Development (ESD) implementation in the school environment.

Keywords: geo-education, environmental education, elements across the curriculum


32

PENGGUNAAN GAMBARAJAH GRAFIK DALAM PENYELESAIAN


MASALAH NILAI MASA WANG ( PENGURUSAN PERNIAGAAN
AN025 ) BAGI PELAJAR JURUSAN PERAKAUNAN

Mohd Kamarul Yusri bin Khaidzir

Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Penggunaan kaedah grafik membolehkan pelajar mendapat gambaran dan pemahaman yang
lebih jelas berkaitan topik nilai masa wang. Kaedah ini membolehkan pelajar menentukan
bentuk – bentuk nilai masa wang dalam soalan yang mereka hadapi. Sekiranya kaedah dan
maklumat yang dimasukan ke dalam pengiraan adalah salah, jawapan yang diperolehi juga
adalah salah. Berdasarkan jawapan juga pelajar tidak dapat menentukan samada jawapan
tersebut betul atau sebaliknya. Jawapan yang betul mesti bermula dengan kaedah yang betul.
Penggunaan gambarajah grafik membantu pelajar untuk mengenal pasti ciri – ciri soalan yang
berkaitan seterusnya akan membimbing pelajar ke langkah yang berikutnya dalam pengiraan
nilai masa wang . Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
pelajar dalam topik nilai masa wang. Kaedah pengajaran melibatkan bahan bantu mengajar
yang menyenaraikan langkah – langkah yang perlu diikuti pelajar dalam menyelesaikan soalan.
Daripada langkah yang dinyatakan, pelajar turut didedahkan dengan pilihan lain yang perlu
diikuti hinggalah kepada rumus yang sepatutnya digunakan. Sampel bagi kajian ini merupakan
pelajar jurusan perakaunan sesi 2014 / 2015 dan 2016/2017 yang mana setiap sesi melibatkan
sebuah kelas tutoran masing – masing seramai 12 dan 6 orang. Secara lebih khusus lagi kajian
ini mempunyai 3 objektif iaitu: (a) Pelajar dapat mengenalpasti bentuk soalan nilai masa wang,
( b ) Pelajar dapat membuat pengiraan soalan berkaitan pemasalahan nilai masa wang dan ( c )
Pelajar berjaya memperoleh markah yang tinggi bagi soalan pengiraan nilai masa wang. Kesan
daripada pengajaran yang menggunakan gambarajah grafik didapati kefahaman pelajar telah
meningkat dan pengajaran pensyarah menjadi lebih mudah. Video penerangan penggunaan
gambarajah dan QR Code bagi memudahkan proses muat turun gambarajah turut dihasilkan.
Diharapkan gambarajah ini sekurang – kurangnya menjadi satu alternatif kepada pensyarah
khususnya bagi subjek Pengurusan Perniagaan Semester 2 mempermudahkan lagi proses
pengajaran mereka samada di kuliah atau tutoran.

Kata Kunci : Gambarajah Grafik, Nilai Masa Wang, Pengurusan Perniagaan


33

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM


TALIAN DAN CABARANNYA

Mahaya Salleh, Ph.D; Mashira Yahaya, Ph.D; Nazri Halim, Ph.D; Zakaria Mohd
Arif, Ph.D; Hariyanti Abd Hamid
mahaya@ipda.edu.my
mashira@ipda.edu.my
nazri@ipda.edu.my
zakaria@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Transformasi pendidikan abad ke 21 telah menempatkan pengajaran dan pembelajaran


dalam talian sebagai keutamaan di institusi pengajian tinggi dan sekolah. Isu keberkesanan
kaedah ini masih menjadi perbahasan berdasarkan ketidakstabilan kualiti internet dan
kelemahan servis perkhidmatan yang membataskan keupayaan guru menjalankan
pengajaran dengan berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran (Raman et.al.,2019;
Noor et.al.,2020). Justeru kajian ini bertujuan mengkaji tahap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian terhadap pelajar dan cabaran yang mereka hadapi. Responden
kajian ini terdiri daripada 335 orang pelajar tingkatan enam daripada beberapa buah sekolah
di salah sebuah daerah di negeri Kedah. Kajian kuantitatif ini memperolehi data daripada
responden menggunakan soal selidik skala Likert lima mata untuk mengukur Dimensi
Guru, Dimensi Pelajar, Dimensi Teknologi dan Dimensi Cabaran. Dapatan analisis
deskriptif menunjukkan bahawa semua dimensi berada pada tahap sederhana tinggi iaitu
daripada skor min 3.99 hingga 3.60 (Nunnaly & Bernstein, 1994). Dimensi Guru
menunjukkan tahap keberkesanan yang tertinggi (min=3.88; sp=0.47), diikuti Dimensi
Teknologi (min=3.86; sp=0.74) dan Dimensi Pelajar pada tahap terendah (min=3.41;
sp=0.92). Dimensi Cabaran yang dihadapi oleh pelajar turut menunjukkan tahap sederhana
tinggi (min=3.75; sp=0.90). Secara spesifik dapatan menunjukkan sub dimensi
penyampaian daripada Dimensi Guru berada pada tahap yang tinggi (min=4.04, sp=0.60).
Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam talian berpotensi tinggi
sebagai kaedah pedagogi terkini di sekolah. Namun, bantuan dan sokongan adalah perlu
bagi membantu pelajar menangani cabaran yang dihadapi.

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, sokongan teknikal,cabaran.


34

AMALAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN BAHASA


BERTERASKAN PAK 21

Norasma Binti Mohamed Salleh,


SM Sains Pasir Puteh, Kelantan
norasmasalleh02@gmail.com

Siti Faizah binti Mohd Saleh @ Salleh,


SK Taman Desa 2, Selangor
ustazahsitifaizah@gmail.com

Solihah binti Mohamed Salleh,


SMK Rawang, Selangor
baiduri80@yahoo.com

Norhana binti Mohamed Salleh,


SM Sains Tengku Abdullah, Pahang
norhana51@yahoo.com

Nur Afifah binti Mohamed Salleh,


SK Taman Seri Gombak, Selangor
afifahsalleh@gmail.com

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh guru untuk mengaplikasikan
Pembelajaran Abad ke-21 dalam bidang bahasa. Pendidikan pada abad ke-21 lebih mencabar dan
berupaya melahirkan murid yang kreatif, inovatif yang mampu menyelesaikan masalah dan berfikir
secara kritikal. Cara untuk mencapai kaedah pengajaran ini adalah dari segi kesediaan guru-guru untuk
belajar dan cuba menerokai kaedah tersebut bagi meningkatkan mutu pengajaran dan ilmu bahasa itu
sendiri. Pemerkasaan yang dibuat bukan hanya memartabatkan pendidikan bahasa, malah untuk bidang
profesion keguruan bahasa itu sendiri. Terdapat 4 konsep dalam pembelajaran abad ke-21. Antaranya
ialah ‘Communication’ iaitu murid berkomunikasi dengan menggunakan bahan-bahan untuk
menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Seterusnya ‘Collaboration’ ialah
pembelajaran dijalankan dengan cara berkoloborasi bersama dengan rakan-rakan untuk menukarkan
pandangan dan idea. ‘Critical Thinking’ pula ialah menggalakkan murid berfikir secara kritis sekiranya
guru melontarkan soalan kepada murid semasa pembelajaran. Yang terakhir ialah ‘Creativity’ iaitu
guru-guru haruslah memasukkan unsur kreatif pada aktiviti, bahan dan semasa pangajaran dijalankan
supaya murid-murid dapat berfikir secara inovatif. Jadi melalui empat keadah Pembelajaran Abad ke-
21 akan menampakkan impak pembelajaran ini dalam pengajaran bahasa, motivasi menguasai
kemahiran-kemahiran tersebut dan akan meningkatkan minat belajar terhadap ilmu bahasa.

Kata kunci: pengajaran bahasa, pembelajaran abad 21, ‘Communication’, ‘Collaboration’, ‘Critical
Thinking’, ‘Creativity’
35

PENGALAMAN DAN IMPAK PENGAJARAN BAHASA ARAB ATAS


TALIAN
Siti Faizah Bt Mohd Saleh @ Salleh
ustazahsitifaizah@gmail.com
Sk Taman Desa 2, Rawang

Abstrak

Pengajaran atas talian bukan lagi satu fenomena baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Pendidikan
yang berunsurkan teknologi telah dilaksanakan hampir keseluruhan sekolah bagi memastikan generasi
kini tidak lagi tertinggal di belakang. Seperti yang sedia maklum, multimedia merupakan salah satu
cara penyampaian yang boleh merubah cara pengajaran guru walaupun berjauhan dan tidak bersemuka.
Ianya dibuktikan pada pasca Covid-19 baru-baru ini yang menyebabkan penutupan semua sekolah di
seluruh Malaysia. Penutupan sekolah ini serta-merta merubah cara seseorang murid belajar,
menyesuaikan setiap maklumat yang diberi dan cara memperolehi maklumat. Secara tidak langsung,
teknologi memberi peluang kepada para pendidik untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan alat
bantu mengajar termasuklah penyampaian pengajaran atas talian. Kertas kerja ini membincangkan
tentang pengalaman guru bahasa arab dalam menyampaikan pengajaran kepada murid menurut empat
kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Kertas kerja ini juga
menyatakan impak positif dalam pengajaran bahasa arab atas talian.

Kata kunci: pengajaran atas talian, teknologi pendidikan, impak pengajaran.


36

KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL TERHADAP


MOTIVASI PELAJAR DALAM NORMA BAHARU MATRIKULASI

Aizu Khalili Zohedi, PhD


Sarmila Marlini Mohd Rufin
Indrani Gopal
Amal Zunnairah Abu Bakar
aizukhalili@gmail.com

Kolej Matrikulasi Perak

Abstrak
Aplikasi digital merupakan salah satu alat pembelajaran yang penting dalam era norma baharu. Sistem
pembelajaran matrikulasi menjadikan aplikasi digital sebagai keperluan utama dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) harian. Kertas kajian ini mengkaji keberkesanan penggunaan
aplikasi digital terhadap motivasi pelajar dalam PdPc norma baharu matrikulasi bagi subjek Sains
Komputer. Kajian ini melibatkan 69 orang pelajar matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) modul dua
dan modul tiga yang mempelajari topik Java. Aplikasi digital yang digunakan dalam kajian ini adalah
Google Classroom, Quizizz dan Padlet. Keberkesanan aplikasi digital dinilai dari sudut motivasi
pembelajaran. Soal selidik motivasi pelajar menunjukkan min yang tinggi untuk semua aplikasi digital,
terutamanya Quizizz iaitu 4.30. Ujian satu hala Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan skor min tahap motivasi pembelajaran pelajar yang menggunakan aplikasi digital yang
berbeza. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan, motivasi pembelajaran berjaya diterapkan melalui
penggunaan pelbagai aplikasi digital berbeza. Penggunaan aplikasi digital menjadikan sesi PdPc lebih
menarik dan pelajar terlibat secara aktif dalam sesi PdPc. Kesimpulannya, penggunaan aplikasi digital
ini berjaya diaplikasikan dalam aktiviti PdPc dengan berkesan. Aplikasi digital ini boleh digunakan
dalam PdPc dalam semua kelas maya untuk subjek Sains komputer khususnya di Kolej Matrikulasi
Perak.

Kata kunci : Aplikasi digital, motivasi, PdPc maya


37

PENILAIAN PENERIMAAN SISWA GURU TERHADAP


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (OLL) SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

Bani Hidayat Mohd Shafie


bani3738@gmail.com

IPG Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan dan faktor- faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dalam talian (OLL) dalam kalangan siswa guru semasa PKP COVID-19 di sebuah
Institut Pendidikan Guru di Bangi, Selangor. Empat faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah
tanggapan kebergunaan (TK), tanggapan mudah guna (TMG), ciri-ciri pensyarah dalam PdP OLL
serta isu pelaksanaan OLL semasa PKP COVID-19 . Seramai 313 orang siswa guru terlibat sebagai
responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal
selidik yang mengandungi 32 item soalan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif
yang merangkumi taburan frekuensi, min, dan sisihan piawai. Hasil keseluruhan dapatan menunjukkan
bahawa faktor tanggapan kebergunaan (min=3.20,sp=1.153), faktor tanggapan mudah guna
(min=3.40,sp=1.156), faktor ciri-ciri pensyarah dalam PdP OLL (min=3.96,sp=0.854) dan isu
pelaksanaan semasa COVID-19 (min=3.34, sp=0.518) yang mempengaruhi penerimaan OLL dalam
kalangan siswa guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan siswa guru terhadap OLL
semasa PKP COVID-19 dipengaruhi oleh manfaat dan mudah guna yang diperoleh daripada OLL,
penjimatan masa dan kandungan kursus yang mudah dan bersesuaian dengan tugasan.

Kata kunci: pembelajaran dalam talian (OLL), penerimaan teknologi, tanggapan kebergunaan, mudah
guna, PKP COVID-19
38

KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN


AKADEMIK SISWA GURU SEM 8 IPG KAMPUS ILMU KHAS,
KUALA LUMPUR
1
Chin Mei Keong (Ph. D)*, 2Nor Azim Bin Norddin & 3Mohammad Shalihin Azim B Ismail
1
mei_keong@ipgkik.edu.my, 2azimnorddin123@gmail.com, 3shalihinazim40@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi KBAT, tahap
pencapaian akademik dan hubungan antara kompetensi KBAT dengan pencapaian akademik siswa guru
semester 8. Kajian ini melibatkan 119 orang siswa guru semester 8, ambilan Jun 2016, IPG Kampus
Ilmu Khas Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Instrumen Kompetensi
KBAT (15 items). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan berpandukan
`Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak
99.16% daripada sampel kajian mencatatkan skor penguasaan KBAT pada tahap yang tinggi, manakala
sebanyak 0.84% daripada sampel kajian menguasai KBAT pada tahap yang sederhana. Sementara itu,
90.8% dan 9.2% daripada sampel kajian mencatatkan skor pencapaian akademik pada kelas kedua atas
dan kelas pertama masing masing. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
tidak signifikan antara tahap penguasaan KBAT dengan tahap pencapaian akademik siswa guru secara
keseluruhannya di mana r=.167, p>.01. Seterusnya implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pencapaian Akademik, Siswa Pendidik
39

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS MURID


BERKEPERLUAN KHAS MENGGUNAKAN SURPRISE BOX DALAM
PEMBELAJARAN NORMA BAHARU

Azuriyah Binti Saidin


azuriyah81@gmail.com

Noor Ilyana Binti Idris


noorilyanaidris@gmail.com

SMK Subang Bestari, Shah Alam Selangor

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran motor halus
murid berkeperluan khas berkefungsian rendah melalui penggunaan Surprise Box. Seramai 7 orang
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang terdiri daripada pelbagai masalah seperti
sindrom down, cerebral palsy, dan autisme dipilih sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian terdiri
daripada pemerhatian dan senarai semak terhadap murid-murid dari kelas Neptune dan Musytari SMK
Subang Bestari. Hasil tinjauan masalah menunjukkan murid menghadapi kesukaran untuk
menggunakan kemahiran motor halus dalam aktiviti melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada
bahagian tangan. Surprise Box ini telah diibina bagi membantu murid meningkatkan kemahiran motor
halus mereka dalam pembelajaran sejajar dengan kaedah pembelajaran yang perlu diterapkan sepanjang
norma baharu. Kit pembelajaran yang menggunakan kaedah berpusatkan bahan dan murid ini sangat
bersesuaian dengan murid berkefungsian rendah yang mudah tertarik dengan aktiviti belajar sambal
bermain. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik yang digunakan dapat meningkatkan tahap
kemahiran motor halus murid, di mana murid dapat menyelesaikan aktiviti ‘Surprise Box’ dengan lebih
pantas dari sebelumnya. Keberkesanan penggunaan kaedah ini dapat memberi impak kepada murid
berkeperluan khas menjalani pembelajaran yang lebih baik di samping membimbing ke arah
kemampuan hidup berdikari serta bermakna.

Kata kunci: Surprise Box, Kemahiran Motor Halus, Murid Berkeperluan Khas
40

PELAKSANAAN KAEDAH HIFZ AL-QURAN


KAJIAN KES DI SMKA KEDAH TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

Ismail Salleh
Ismail821621@gmail.com

SMKA Kedah

Abstrak

Tahap penguasaan amalan pengajaran guru dan kaedah pembelajaran hafazan oleh pelajar
merupakan isu utama kajian. Kajian yang dilaksanakan adalah untuk mencapai tiga objektif
iaitu mengenalpasti kaedah pengajaran & pembelajaran hifz al-Quran pelajar tingkatan empat
SMK Agama Kedah, mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kaedah
hafazan dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah hafazan. Dalam kajian ini
penyelidik menggunakan teori pengajaran al-Qabisi(1955) sebagai kerangka asas konsep dalam
penyelidikan iaitu berdasarkan pembelajaran menggunakan pancaindera seperti mendengar,
melihat, membaca dan menulis. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dalam proses
pengumpulan data dan menganalisis data kajian. Kajian yang dilakukan adalah kajian
perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian dan temubual.
Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang
melibatkan seramai lima orang pelajar yang berpencapaian tinggi dan lima orang pelajar
berpencapaian rendah dalam subjek hifz al-Quran dan dua orang guru pakar subjek
berpengalaman daripada lima puluh orang guru tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan kaedah
dengar, talaqi, hafaz dan tasmi’ merupakan kaedah asas yang patut dijadikan satu modul
pengajaran tahfiz. Kaedah ini dipanggil kaedah DTHT. Masalah utama dalam pelaksanaan
kaedah hafazan ialah kebanyakkan pelajar berpencapaian rendah tidak konsisten dalam
melaksanakannya sementara faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah ialah kekerapan
pemantauan daripada pengurusan sekolah, wujud unsur tidak telus dalam urusan temuduga
pengambilan pelajar dan kekurangan prasarana pembelajaran.

Kata kunci: Pelaksanaan, Kaedah Hifz Al-Quran.


41
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF ARAB
DALAM PENULISAN MENGGUNAKAN KAEDAH “BITHALU”

Ain Az-Zahra Binti Man


coklatpudina97@gmail.com

Mohd Sukri bin Ahmad


msukri@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah ’BiThaLu’
dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab dalam kalangan murid Tahun
4. Kajian ini juga memberi peluang kepada pengkaji untuk meningkatkan minat murid untuk
menyambung huruf asing bahasa Arab. Pengkaji telah melaksanakan kajian ini di Sekolah Kebangsaan
Darulaman Heights, Kedah. Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual kepada lima orang peserta kajian dengan menggunakan kaedah
’BiThaLu’ yang terdiri daripada kad huruf, kuiz dan permainan. Keputusan kajian menunjukkan
peningkatan positif dalam kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab selepas penggunaan
kaedah ’BiThaLu’. Objektif kajian yang dinyatakan telah tercapai dengan baik. Hasil daripada
keputusan kajian ini menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah ’BiThaLu’ untuk menguasai
kemahiran menyambung huruf asing bahasa Arab bagi murid Tahun 4. Adalah diharapkan dengan
terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pembelajaran murid.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Permainan Bahasa, Aktiviti ‘’BiThaLu’, Kemahiran Menulis,
Menyambung Huruf, Sekolah Rendah
42

APLIKASI PROGRAM “TANWEER ARABIY” UNTUK


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA
ARAB BAGI MURID TAHUN DUA SEKOLAH RENDAH

Wan Farihah Binti Wan Muda


farihahwan97@gmail.com

Mohd Sayuti Bin Abdul Shukor


sayuti@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Kemahiran membaca antara kemahiran yang difokuskan dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Arab. Komponen asas dalam mempelajari Bahasa Arab adalah dari
segi fonologi, sintaksis, morfologi dan semantik khususnya simbol tulisan, sistem bunyi
dan kemahiran fonim. Isu membaca merupakan masalah dominan dalam Bahasa Arab dan
hal yang menarik perhatian pengkaji adalah kekeliruan murid tentang huruf hijaiyah,
simbol dan bunyinya. Oleh itu, kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan penguasaan
kemahiran fonim bagi kemahiran membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan
program “Tanweer Arabiy”. Teknik pengulangan diaplikasikan dalam program ini.
Program ini diimplimentasikan terhadap lima orang murid Tahun Dua. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Instrumen
pengumpulan data ialah borang senarai semak, ujian pra dan ujian pos serta borang temu
bual. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis
kandungan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran membaca
murid apabila markah ujian pos lebih tinggi daripada markah ujian pra. Pengkaji juga
mendapati bahawa kaedah pengajarannya lebih baik melalui hasil temu bual yang
menyokong hasil pemerhatian yang menunjukkan kemajuan ketara dalam kemahiran
membaca murid. Kemahiran fonim asas dalam membaca serta mempelajari bahasa yang
tertulis. Jika murid menekuni kemahiran membaca pada peringkat awal dengan cara yang
betul, murid mampu membina makna yang disampaikan penulis.

Kata kunci: huruf hijaiyah, kemahiran fonim, program “Tanweer Arabiy”, kemahiran
membaca, teknik pengulangan
43

PENGGUNAAN KIT PERMAINAN LUDO NOVEL 5 + 1 DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MURID
TINGKATAN LIMA BERPRESTASI RENDAH

Abdul Ghani Bin Jalil, PhD


ghanijalil74@yahoo.com.my

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong Kedah

Abstrak

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengkaji kesan penggunaan Inovasi
Kit Permainan LUDO Novel 5 + 1 dalam pengajaran dan pemudahcaraan novel dalam
subjek Bahasa Melayu. Informan kajian melibatkan 6 orang murid iaitu 6 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan yang merupakan murid berprestasi rendah. Tinjauan
awal telah dibuat dan data dikumpul melalui ujian pra dan pasca. Hasil dapatan
menunjukkan berlaku peningkatan skor antara ujian pra dan pasca untuk semua informan.
Peningkatan dicatatkan sebanyak 3 peratus dan maksimum sebanyak 7 peratus. Menerusi
analisis kandungan temu bual didapati penggunaan inovasi ini dapat menarik minat murid
untuk mempelajari novel dan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran apabila
analisis pemerhatian tidak berstruktur dilaksanakan. Secara kesimpulannya, penggunaan
Kit Permainan LUDO Novel 5 +1 sesuai digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan novel.

Kata Kunci: Kit Permainan LUDO Novel 5 + 1, Novel, Peningkatan Pencapaian, Minat,
Penglibatan Murid
44

MENINGKATKAN KEMAHIRAN SKOR SAINS SPM DENGAN


PENGUASAAN DIGITAL 3P (PD3P)

Ismi Kamarul Sham Bin Hj. Ismail

SMK Parit Panjang, 09200 Kupang, Kedah.

Abstrak

Penguasaan Digital 3P(Pembolehubah Manipulasi, Pembolehubah Bergerakbalas dan Pembolehubah


Malar) diinovasikan melalui teknologi digital kepada murid sekolah menengah yang sebenarnya telah
pun mengetahui 3P ini secara tulisan sebelum ini. Inovasi yang direkabentuk adalah sejajar dengan
perkembangan dunia IR 4.0 dapat menarik minat semua murid. Gabungan dua aplikasi iaitu ‘Wordwall’
dan ‘Flipgrid’ yang menggunakan aplikasi Android dan windows akan memberi lebih idea kepada
murid dalam menjawap kertas 2 bahagian A dan C. Disamping itu juga dengan gabungan dua aplikasi
ini dapat membina tahap pemikiran murid kearah KBAT. Tinjauan awal mendapati pelajar tidak dapat
memperolehi markah yang tinggi bagi kertas 2 Sains SPM. Seramai 15 orang murid kelas 5 Elit SMK
Parit Panjang yang telah pun mempelajari 3P ini sejak berada di Tingkatan 4 namun secara penulisan
biasa. Justeru untuk kali ini dengan aplikasi baru, murid dilatih dengan kaedah Penguasaan Digital
3P(PD3P) bagi membina keyakinan diri dan Struktur pemikiran ke aras yang lebih tinggi. Pendekatan
PD3P yang digunakan dalam kajian ini berketepatan dengan pesanan Saiyidina Umar Al Khattab
“Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”. Jika pendekatan ini dihayati dan difahami sepenuhnya,
akan membuka lembaran baharu kepada guru-guru untuk meneroka kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kreatif untuk mengasah bakat dan daya kreativiti murid secara lebih efisyen
dan berkesan dalam mata pelajaran Sains. Bak kata pepatah Arab “Man Jadda wa Jadda (Siapa yang
berusaha maka dia akan memperolehinya”. Keputusan beberapa ujian kecil juga telah menunjukkan
satu peningkatan yang lebih cemerlang dari sebelum.

Kata Kunci : Penguasaan Digital 3P, Pembolehubah Manipulasi, Pembolehubah Bergerakbalas dan
Pembolehubah Malar
45
PENGGUNAAN SKETCHNOTE DALAM MENINGKATKAN
PEMAHAMAN PELAJAR BAGI MEREKOD CATATAN JURNAL

Nur Hanisah binti Abdulllah, Muhamad Izham bin Zakaria, Abd Hafiz bin Abd Rahman, Abdul Aziz
bin Paimin, & Siti Azean bt Ramli
umithaqif83@gmail.com

Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Job Order Costing merupakan tajuk di dalam subjek Management Accounting yang
mengandungi banyak perekodan catatan jurnal yang perlu diingat oleh pelajar. Walaupun
tajuk ini secara keseluruhannya tidak begitu sukar kerana ia banyak melibatkan pengiraan
yang sememangnya digemari buat pelajar perakaunan, namun di akhir bab ini pelajar perlu
memahami dan ingat cara untuk merekod catatan jurnal bagi keseluruhan transaksi yang
berlaku. Berdasarkan kepada Laporan Kerja Calon (LCK), hampir setiap tahun prestasi
pelajar menjawab soalan berkaitan perekodan jurnal ini kurang baik walaupun soalan agak
mudah untuk dijawab. Tinjaun awal mendapati pelajar sukar untuk memahami urutan
proses yang berlaku di dalam tajuk ini dengan baik. Walaupun telah diterangkan beberapa
kali namun pelajar masih kabur kerana sukar untuk membayangkan proses tersebut. Justeru
kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar melihat proses merekod catatan jurnal
menggunakan sketchnote supaya pelajar dapat membayangkan proses sebenar yang
berlaku dan seterusnya dapat memahami dan mengingat cara untuk merekod catatan jurnal.
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan keberkesanan pendekatan Sketchnote ini diukur
melalui skor ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan ujian pra dan ujian pos menunjukkan
peningkatan pemahaman pelajar untuk merekod catatan jurnal dengan betul. Cadangan
pendekatan sketchnote ini boleh diperkenalkan kepada kelas-kelas lain agar keberkesanan
pendekatan ini dapat diuji dengan lebih menyeluruh.

Kata Kunci: Job Order Costing, Catatan Jurnal, Sketchnote


46
APLIKASI KAEDAH I-Do Vi-Do DALAM PEMBELAJARAN PRA
AMALI PENITRATAN KIMIA

1
Fairuz Wahida binti Mohd Azmy, 2Chia Chew Ping
3
Tang Ee Yun and 4Nor Aziah binti Lazim
1
fyruzwahieda@gmail.com, 2symphonychia2@gmail.com,
3
tangeeyun@gmail.com, 4aziah@kms.matrik.edu.my

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Pra amali merupakan salah satu kaedah pengajaran amali dan dijalankan sebelum amali sebenar
dijalankan. Tujuan pra amali adalah untuk memastikan pelajar mampu menguasai konsep dan teknik
pengendalian amali supaya mereka dapat melaksanakan amali dengan efektif. Hasil tinjauan kami
terhadap amali kedua SK015: Penitratan dari sesi pembelajaran yang lepas, kami mendapati tahap
penguasaan pelajar dari segi konsep dan teknik pengendalian amali masih kurang memuaskan. Justeru,
kami memilih lesson study sebagai alat kolaboratif pensyarah dengan bertujuan untuk melihat
keberkesanan lesson plan yang dirancang. Hal ini, adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari
segi konsep dan teknik pengendalian bagi amali penitratan dengan mengintegrasi kaedah pengajaran
menggunakan video dan pembelajaran berasaskan pengalaman. Maka, satu intervensi I-Do Vi-Do telah
dilaksanakan semasa kelas pra amali pada sesi pembelajaran tahun ini bagi meningkatkan kemahiran
pelajar dari segi konsep dan teknik pengendalian bagi amali penitratan. Kaedah pelaksanaan I-Do Vi-
Do ialah: I-Do: I Do first (Pra Penilaian Formatif), Vi: Video Teaching, Discussion and Reflection, Do:
Re Do (Pos Penilaian Formatif). Pelajar dipantau dari segi penguasaan konsep pengiraan yang
melibatkan larutan stok piawai, proses pencairan dan penitratan, serta teknik penitratan mengikut
rubrik. Konsep pembelajaran berasaskan pengalaman menggunakan aplikasi Video dan Google
Classroom juga diaplikasikan. Kumpulan sasaran kajian ialah pratikum S3K1T4, yang terdiri daripada
20 orang pelajar. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan teknik pelajar dalam penyediaan larutan
piawai sebanyak 65%, proses pencairan sebanyak 92%, proses penitratan sebanyak 58.3%,
pengendalian pipet sebanyak 38.3% dan pengendalian buret sebanyak 62.1%. Secara keseluruhan,
amalan kaedah I-Do Vi-Do semasa pra amali berjaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik
penitratan.

Kata Kunci: penitratan, pra amali, video, pembelajaran berasaskan pengalaman


47
EPP CAHAYA

Ku Nor Atikah binti Ku Shuib, Normarina binti Ramlee, Muhammad Syauqi Asyraf bin Ahmad
Tajudin, Che Ahamad bin Daud

atikahku76@gmail.com

Kolej Vokasional Kulim

Abstrak

Tajuk Cahaya, warna dan penglihatan merupakan Bab ke 7 dalam matapelajaran Sains
Tingkatan 4. Bab ini merupakan salah satu bab yang agak sukar bagi guru untuk
menyampaikannya dengan berkesan kepada pelajar terutama sekali bagi guru. Proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bertambah sukar apabila guru mengajar pelajar
dalam era norma baharu. ePP Cahaya merupakan satu inovasi alat bantu mengajar ( ABM)
yang tepat untuk digunakan oleh guru dan pelajar bagi menghasilkan satu output yang lebih
baik dari segi kefahaman, pengalaman dan pencapaian pelajar. Alat ini yang dibina dengan
kos yang amat minima yang amat praktikal digunakan dalam keadaan sumber kewangan
kerajaan yang amat terhad buat masa ini. ABM inovasi ePP Cahaya ini juga merupakan
satu projek yang dihasilkan oleh guru bagi meransang idea kreatif dan inovatif dalam
norma baharu. Melalui penjanaan dan peransang idea ini akan terhasillah lebih banyak
bahan bantu mengajar di masa hadapan. Penghasilan ePP Cahaya ini amat diyakini dapat
memberi satu persepsi baru kepada pelajar dalam melihat matapelajaran Sains sebagai satu
subjek yang menyeronokkan. Belajar dalam keadaan seronok yang terkawal berserta
dengan bukti yang maujud akan meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Penggunaan
kaedah pembelajaran kendiri oleh pelajar melalui penggunaan ABM ini menjadikan
beberapa objektif pembelajaran dalam bab ini dikuasai dengan lebih konkrit, tepat dan
jelas.

Kata kunci: ABM, kreatif dan inovatif, norma baharu


48
PENGGUNAAN e-JADUAL MARKAH (e-JM) SECARA
ELEKTRONIK BAGI MEMINIMUMKAN KESILAPAN
PENGIRAAN DAN PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAM
KALANGAN PENSYARAH

Juliana binti Saarani, Khoo Tiang Oon, Jaswant Kaur a/p Bakhshish Singh, Mardhiah binti Johari,
Hasyyati binti Mat Hanipi
juliana@jpnpp.edu.my

IPG Kampus Pulau Pinang

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan ketepatan pengiraan dan pengisian markah
peperiksaan dalam kalangan para pensyarah. Kaedah manual yang digunakan sebelum ini
dilihat lebih terdedah kepada ralat pengiraan dan pengisian markah yang memberi kesan
kepada perubahan gred sebenar pelajar. Keadaan ini mendorong kepada penghasilan e–
Jadual Markah ( e–JM) yang dilihat sebagai kaedah alternatif yang berkesan bagi mengatasi
masalah yang dihadapi. e-JM adalah suatu sistem pengiraan yang dijana dengan perisian
Microsoft Excel yang dipercayai kesahihan pengiraan. Sistem ini dilengkapi dengan video
panduan pengisian yang lengkap untuk memudahkan pensyarah dalam mengaplikasi
sistem. Seramai 49 orang responden yang terdiri daripada pensyarah IPG Kampus Pulau
Pinang telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik mengenai pelaksanaan e-
JM secara elektronik (Perisian Microsoft Excel). Data dipersembahkan dalam bentuk
jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan penggunaan e-
JM adalah tinggi (min:3.45). Manakala bagi tahap kesesuaian ciri- ciri yang terdapat dalam
e-JM juga berada di tahap yang tinggi iaitu 3.43 dan tahap kepuasan pensyarah terhadap
penggunaan e-JM juga tinggi iaitu 3.36. Keupayaan sistem ini boleh membantu
memantapkan proses pengiraan dan pengisian markah peperiksaan serta pengurusan
dokumen Unit Penilaian dan Peperiksaan IPG Kampus Pulau Pinang.

Kata kunci: e- Jadual Markah (e-JM), kaedah manual, ketepatan pengiraan


49

KEBERKESANAN VISUALISASI e-PEMBELAJARAN FIZIK (VIPEF):


VIDEO EKSPERIMEN DIFFRACTION

Wong Ai Chin, Leong Mei Ling, Tan Kha Geat, Yew Sze Ling, Ong Wei Ling
wongaichin@gmail.com

Unit Fizik, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Abstrak

Tujuan kajian Visualisasi e-Pembelajaran Fizik (ViPeF): Video Eksperimen Diffraction adalah
untuk meninjau keberkesanan visualisasi dalam e-Pembelajaran Fizik (ViPeF) terhadap video
yang dihasilkan untuk mengajar langkah-langkah berjaga semasa menjalankan Eksperimen
Dfffraction di Kolej Matrikulasi dengan POWTOON. Objektif intervensi ini adalah untuk (a)
membantu pelajar mencapai markah penilaian berterusan bahagian ujian amali sekurang-
kurangnya 13% daripada markah penuh 15%, (b) membudayakan pembelajaran kendiri pelajar
melalui e-pembelajaran dengan menggunakan google classroom. Kajian ini telah menggunakan
Lesson Study sebagai alat kolaboratif. Satu video ViPeF yang mengandungi 12 Experiment
Precaution Steps dalam Eksperimen Dfffraction berdasarkan rubriks ujian telah dihasilkan
dengan menggunakan software Powtoon telah dihasilkan dan dimuat naik dalam Google
Classroom. Seramai 105 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan adalah kaedah kuantitatif yang melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Hasil
dapatan menunjukkan purata markah keseluruhan meningkat sebanyak 30.3%, iaitu daripada
purata 11.45 (Ujian Amali Pra) meningkat ke purata 14.92 (Ujian Amali Pasca). Selain itu, beza
markah Ujian Amali Pra dan Ujian Amali Pasca yang paling tinggi ialah 6.5 markah manakala
beza markah yang paling sedikit ialah 1.5 markah. Ini telah menunjukkan bahawa kaedah ViPeF
yang digunakan telah memberi kesan yang positif kepada pelajar. Video ViPeF telah mendapat
banyak komen yang positif daripada pelajar dan pensyarah yang pernah menggunakannya. Salah
satu penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mengintegrasikan lebih banyak konsep eksperimen
ke dalam video ViPeF dan menjalankan kajian ini lebih berleluasan supaya lebih ramai pelajar
mendapat manfaat daripadanya.

Kata Kunci : e-Pembelajaran, Visualisasi, Eksperimen Dfffraction, POWTOON, Google


Classroom
50
KEBERKESANAN CARTA TANGGA BERWARNA BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYATAKAN NILAI
DIGIT BAGI SEBARANG NOMBOR BULAT DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN

Priya a/p Rajendran


priyarajendrans1589@yahoo.com

SJKT Labis

Abstrak

Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada
sekolah rendah atau menengah. Namun , sering dikatakan bahawa kebanyakan murid
mengalami masalah dalam topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan Carta Tangga Berwarna
bagi meningkatkan kemahiran menyatakan nilai digit bagi sebarang nombor bulat dalam
kalangan murid Pemulihan. Pengkaji telah menggunakan model Kemmis & Mc Taggart
iaitu Tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan& memerhati dan
mereflek. Punca utama masalah yang diperolehi dari pemerhatian awal ialah mereka tidak
tahu menyatakan nilai digit yang mewakili nombor bulat dalam lingkungan 1000. Mereka
tidak tahu menulis nilai digit dengan bilangan sifar yang betul serta tidak mahir untuk
membezakan nilai tempat dan nilai digit. Maka, untuk menangani masalah tersebut saya
telah membuat satu inovasi yang bernama Carta Tangga Berwarna. Disitu saya telah reka
suatu bentuk Carta tangga yang berlainan warna dan size. Ujian Diagnostik Matematik
dijalankan bagi mengenalpasti secara terperinci permasalahan murid. Dapatan ujian
menunjukkan 6 daripada 6 orang murid kelas Pemulihan gagal dalam ujian Diagnostik
menyatakan nilai digit. Maka bahan inovasi Carta Tangga Berwarna diperkenalkan, hasil
dapatan diperolehi menunjukkan 6 orang murid pemulihan tersebut dapat menyatakan nilai
digit serta dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul. Ujian pos yang
dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian menyatakan nilai digit dan 100%
murid juga dapat membezakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul. Berdasarkan
dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa, kemahiran murid dalam menyatakan nilai digit
telah ditingkatkan setelah memperkenalkan inovasi Bahan Bantu Mengajar Carta Tangga
Berwarna.

Kata kunci : nilai digit, murid pemulihan, Carta Tangga Berwarna


51
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MYBOARD BAGI
MEMPELAJARI SUBJEK BIOLOGI DALAM NORMA
BAHARU
1
Nur Aqidah binti Ramli, 2Rusmayati binti Badrul Hisham
3
Munirah binti Ahmad
1
aqidah2710@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan MyBoard bagi
mempelajari subjek Biologi khususnya dalam menguji kefahaman pelajar bersesuaian
dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) norma baharu. Sampel terdiri daripada 35
orang pelajar Sistem Empat Semester (SES) Modul 1 & 3 Kolej Matrikulasi Selangor.
Pengumpulan data dilakukan sebelum intervensi dilaksanakan berdasarkan pemerhatian
penyelidik sewaktu pengajaran di dalam kelas dan juga melalui temubual bersama
pensyarah mengenai cabaran pengajaran di era norma baharu. Intervensi yang dilaksanakan
ke atas sampel adalah dengan menggunakan MyBoard yang disediakan dalam sesi PdP.
Instrumen yang digunakan terdiri daripada pemerhatian di dalam kelas dan soal selidik.
Soal selidik terdiri daripada 12 soalan berkaitan kesesuaian MyBoard dalam meningkatkan
kualiti PdP dalam norma baharu. Data dianalisa dalam bahagian dapatan bagi melihat
keberkesanan penggunaan MyBoard dalam empat aspek iaitu keselamatan, penglibatan
pelajar, kualiti PdPc & penilaian. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan empat aspek
tersebut mendapat respons yang positif iaitu bagi aspek keselamatan 99.1%, aspek
penglibatan 99.1%, aspek kualiti PdPc 100% & aspek penilaian 96.4%. Kesimpulannya,
MyBoard terbukti dapat melibatkan kesemua pelajar semasa sesi PdP di dalam kelas dan
memudahkan pensyarah dalam menilai kefahaman pelajar di dalam kelas sejajar dengan
PdP norma baharu.

Kata kunci: MyBoard, kefahaman, semua pelajar, norma baharu


52
KESEDIAAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA
PANDEMIK COVID 19
1
Mohd Fairuz Jafar,2Zetty Akmar Amran, 3Mohd Faiz Mohd Yaakob, , 4Mat Rahimi Yusof, 5Hapini
Awang

mohdfairuz.edu@gmail.com
1,3,4,5
Universiti Utara Malaysia
2
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Artikel ini membincangan kesediaan pelajar untuk menjalani pembelajaran dalam talian semasa
berlakunya pandemik Covid 19. Kajian ini meninjau tentang hubungan di antara rasa takut terhadap
Covid 19 dengan kesediaan pembelajaran dalam talian. Tinjauan ini dilaksanakan terhadap 386 pelajar
di Ijazah Sarjana Muda di utara semenanjung Malaysia. Hasil dapatan mendapati responden takut
terhadap Covid 19 (M=2.14) dan bersedia untuk pembelajaran dalam talian (M=4.00). Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan bagi tahap ketakutan terhadap Covid 19 dan kesediaan pembelajaran dalam
talian berdasarkan faktor jantina. Namun, terdapat perbezaan dalam kesediaan pembelajaran dalam
talian berdasarkan latar belakang pendapatan keluarga. Hasil analisis korelasi mendapati semakin takut
terhadap Covid, maka pelajar semakin bersedia untuk pembelajaran dalam talian (r = - .112). Dapatan
tinjauan ini memberi maklumat bahawa aspek psikologi iaitu ketakutan terhadap Covid 19 memberi
kesan terhadap kesediaan pelajar untuk menggunakan pembelajaran dalam talian secara lebih serius.

Kata kunci: Covid 19, pembelajaran dalam talian, psikologi, ketakutan


53
TOOLKIT PERJALANAN ABADI

Zakiah Binti Zuber


Amal Hayati Binti Jamali
Dani Asmadi Bin Ibrahim
Ahmad Nasir Bin Mohd Daud

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kertas kajian ini melaporkan pembangunan aplikasi telefon pintar, Toolkit Perjalanan Abadi
sebagai bahan rujukan pantas pengurusan jenazah bagi pelajar-pelajar. Kajian melibatkan
91 orang pelajar matrikulasi ini dimulakan dengan suatu tinjauan untuk mengenalpasti tahap
pengalaman dan pengetahuan pelajar tentang pengurusan jenazah. Didapati biarpun 70%
pelajar pernah mengikuti program pengurusan solat jenazah, hanya 30% sahaja pernah
melaksanakan solat jenazah, dan hanya 6% mempunyai pengetahuan baik dalam
pengurusan jenazah. Untuk mengatasi masalah ini aplikasi dibina untuk memudahkan
pengguna mendapat maklumat lengkap setiap peringkat pengurusan jenazah supaya lebih
ramai individu dapat berperanan aktif sewaktu berlaku kematian. Berdasarkan soal selidik
skala Likert dan soal selidik soalan terbuka yang diedarkan didapati aplikasi ini diterima
baik oleh pelajar. Kesemua pelajar bersetuju aplikasi ini adalah inovatif, mudah digunakan
dan wajar disimpan dalam telefon setiap muslim. Kesimpulannya Toolkit Perjalanan Abadi
Berjaya mencapai objektif pembangunannya.

Kata kunci: Pendidikan Islam, aplikasi pendidikan, pembelajaran abad ke-21 dan
pengurusan jenazah.
54
KESAN PELAKSANAAN PENGINTEGRASIAN ELEMEN-ELEMEN
MULTIMEDIA DALAM PENTAKSIRAN PENILAIAN BERTERUSAN
KURSUS PENGAJIAN AM MATRIKULASI

Noraihan Ismail, Anita Mohamed & Norizal Abdul Karim@SAB &


Asmawati Mohamad Ali (Ph. D)
wannammar2@gmail.com , anitamohamed99@gmail.com, norizalabdulkarim@gmail.com &
asmawati@kmph.matrik.edu.my

Unit Pengajian Am Matrikulasi (PAM), Jabatan Sastera Ikkhtisas,


Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Tujuan kajian ini bermatlamat untuk menentukan penilaian kesan pelaksanaan pengintegrasian elemen-
elemen multimedia terhadap penghasilan tugasan individu dalam pentaksiran berterusan (PB) pelajar
khususnya bagi kursus Pengajian Am Matrikulasi (PAM). Kajian rintis melibatkan 60 orang pelajar dan
seramai 120 pelajar Program Satu Tahun Jurusan Sains sesi 2018/2019 yang terlibat dalam kajian
lapangan ini. Instrumen kajian melibatkan ujian pra dan pasca, senarai semak pemerhatian serta rubrik
pemarkahan yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik bagi memenuhi objektif kajian. Kerangka
kajian dan prosedur melibatkan teori pembelajaran multimedia, model kurikulum Tyler dan model
komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) terhadap elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi
dalam kalangan pelajar. Selain itu, para pelajar turut memperoleh pelbagai kebaikan multimedia seperti
kemudahan penggunaan, antara muka intuitif, pertambahan pengalaman, isi kandungan yang lebih
mudah difahami, lebih menjimatkan, lebih menyeronokkan serta berkesan juga meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi mereka secara langsung.

Kata kunci: Pengintegrasian, elemen-elemen multimedia, Pentaksiran PB, kemahiran TMK dan asas
komunikasi.
55
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
PELAJAR MELALUI PENGHASILAN RESUME VIDEO
DALAM PEMBELAJARAN NORMA BAHARU

Norizal Abdul Karim@Sab, Anita Mohamed, Noraihan Ismail & Asmawati Mohamad Ali, Ph.D
norizalabdulkarim@gmail.com, anitamohamed99@gmail.com, wannammar2@gmail.com &
asmawati@kmph.matrik.edu.my

Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam
kalangan pelajar Matrikulasi Jurusan Sains dan Perakaunan melalui penghasilan resume video
khususnya dalam situasi pembelajaran norma baharu. Seramai empat orang pensyarah kursus Pengajian
Am Matrikulasi dan 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Pelaksanaan tinjauan awal
melibatkan sesi soal jawab dalam kelas tutorial, semakan terhadap dokumen-dokumen sokongan dan
penulisan resume serta penyataan peribadi. Hasil tinjauan menunjukkan penguasaan asas kemahiran
komunikasi dan cara perhubungan pelajar masih di peringkat sederhana. Lapan sesi bersemuka dan dua
sesi tidak bersemuka secara atas talian selama tempoh sepuluh minggu dijalankan iaitu pelajar
mempelajari sub topik kemahiran komunikasi yang melibatkan temu duga dan pengucapan awam.
Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan prestasi penguasaan pelajar
terhadap penghasilan resume video serta pelajar juga menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap
kemahiran komunikasi. Modul latihan berpandu secara digital telah berupaya membimbing pelajar
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk
memantapkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diaplikasikan dalam
pembelajaran norma baharu secara berterusan. Oleh itu, penghasilan resume video boleh meningkatkan
penguasaan kemahiran komunikasi pelajar.

Kata kunci: resume video, asas komunikasi, kemahiran teknologi maklumat, PdPc serta pembelajaran
norma baharu
56
PEMBELAJARAN ‘REPRODUCTIVE ISOLATION’ MENGGUNAKAN
VIDEO ANIMASI MELALUI YOUTUBE CHANNEL

Norfazrina Bahsri1, Nurhidah Munawer2, Suhana Ismail3,


Wan Syazzawani Wan Omar4, Nornadhirah Mohd Rafi5
1
norfazrina78@gmail.com
2
hidamunawer@gmail.com
3
puansuhanaismail@gmail.com
4
wansyaz.wanomar@gmail.com
5
dhyrafi@gmail.com

Unit Biologi, Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam
subtopik ‘Reproductive Isolation’ dengan mengadaptasi pembelajaran digital melalui penghasilan
produk inovasi iaitu video animasi menggunakan platform YouTube channel. Refleksi pengajaran ke
atas 70 orang pelajar di Kolej Matrikulasi Pahang mendapati purata peratusan markah yang diperoleh
melalui satu set ujian dalaman untuk subtopik ‘Reproductive Isolation’ adalah 52.8. Melalui
pemerhatian dan temubual yang dijalankan mendapati, pelajar hilang tumpuan dan kurang meminati
tajuk ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman, fokus, semangat, minat serta
daya tumpuan pelajar. Instrumen seperti pemerhatian berstruktur, temubual separa berstruktur dan
analisis soal selidik ‘Cara Pelajar Belajar’ telah digunakan bagi proses pengumpulan data. Video
animasi bagi pembelajaran digital telah dibina mengikut sukatan pelajaran semester dua untuk
membantu pelajar memperbaiki konsep serta pengetahuan berkaitan subtopik yang diuji. Kefahaman
pelajar dinilai melalui Ujian Pra dan Pasca. Perbandingan skor di antara dua ujian tersebut menunjukkan
peningkatan peratusan markah yang baik di kalangan pelajar yang terlibat. Melalui pemerhatian,
temubual serta soal selidik yang dijalankan, penyelidik mendapati kaedah yang dilaksanakan mampu
membantu meningkatkan kefahaman, fokus, semangat, daya tumpuan dan minat pelajar dalam subtopik
‘Reproductive Isolation’.

Kata kunci : inovasi, video, pemahaman, tumpuan, minat


57
MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR SAINS
KOMPUTER MENGGUNAKAN PERMAINAN KAHOOT DAN QUIZIZZ
DALAM GOOGLE CLASSROOM
1
Muziana Musa, 2Rusmawati Alias,
muziana@kmph.matrik.edu.my, rusmawati@kmph.matrik.edu.my

Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana pembelajaran berasaskan permainan
yang dirangkaikan dalam “Google Classroom” mampu meningkatkan prestasi dan menarik minat
pelajar dalam kursus “Computer Science 2” bagi tajuk pengenalan kepada pengaturcaraan Java.
Tinjauan awal telah dijalankan melalui semakan hasil kerja pelajar, ujian pra, soal selidik, temubual
serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan para pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik,
kurang aktif dalam pembelajaran yang dijalankan dan kurang berminat untuk mengikuti pembelajaran.
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar ini, pengkaji mengaplikasikan pembelajaran
berasaskan “Games Based Learning”. Wong Weng Siong dan Kamisah Osman (2018) mengatakan “
pendekatan gamifikasi jelas menyumbang kepada faktor yang positif dalam proses pembelajaran”. Oleh
itu pengkaji telah menggunakan kaedah permainan di dalam Google Classroom, dimana pelajar
menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot dan Quiziz. Seramai 45 orang pelajar semester 2
dari modul 2 dan 3 serta seorang guru terlibat di dalam kajian ini. Keputusan ujian pos, serta kuiz
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan
serta menyeluruh pada sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pelajar turut menunjukkan minat
yang mendalam dalam pembelajaran berintegrasikan permainan kerana mereka dapat belajar dalam
suasana yang informal dan menyeronokkan. Kaedah permainan ini merupakan inovasi dalam PdPc
yang berkesan dan berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Kata kunci : pembelajaran, Google Classroom, permainan, Kahoot, Quiziz


58
S.U.F BOOSTER KIT AS A DIGITAL TOOL IN
COMPREHENDING CALORIMETRY

Ainul Ezatul Farah Mohd Taha, Suganthi Nitsingam, Chia Chew Ping,
Normaishara Mohamad Shariff
ainutaha@gmail.com, nitsuganthi@gmail.com, symphonychia@gmail.com,
normaishara@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstract

S.U.F (Select, Understand, Formula) Booster Kit is a learning tool designed to help students
to comprehend the subtopic Calorimetry of the Matriculation syllabus. The test 1 done on
students of S3K3T4 showed 86 % of the students were unable to answer the calorimeter
questions given after the tutorial lessons were carried out. The case discussion method was
used to discuss among fellow lecturers to find a solution for the problem. S.U.F Booster
Kit a 4 steps kit which helps students to plan on how to answer calorimeter questions from
scratch in the containing notes, videos, examples and enhancement questions was designed.
It was released to the students during the revision week to help them master the subtopic.
Students cleared their doubts with their tutorial lecturer during a zoom class session held.
The test 2 results given to the students showed a drastic increase in which 100 % of students
were able to answer the calorimeter question given correctly. The students also displayed
more confidence and were able to explain their answers during the zoom meeting. The
students were able to answer the calorimeter question given correctly and enjoyed the
lesson given. Suggestions for improvement maybe the blog could be introducing straight
to students before even teaching the topic to help strengthen their prior knowledge.

Keywords: S.U.F Booster Kit, Calorimetry


59
PERSEDIAAN PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
DALAM MENGHADAPI NORMA BAHARU SESI PDP

Wan Syazzawani Wan Omar, Intan Zurina Ahmad dan Nor Hasni Lizar
wansyaz@kmph.matrik.edu.my, intan@kmph.matrik.edu.my
hasni.lizar@kmph.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian asas ini dijalankan dalam kalangan pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk meninjau persediaan pensyarah dalam menghadapi norma
baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendekatan yang dilaksanakan oleh pensyarah
yang berbeza jabatan bagi sesi PdP norma baharu ini. Data kualitatif dikumpul melalui sesi
temu bual yang dijalankan secara maya dan bersemuka terhadap keempat-empat partisipan
yang berlainan jabatan. Hasil kajian mendapati kesemua partisipan bersedia untuk
menghadapi PdP norma baharu, dengan memberikan lebih 90% kesediaan dari segi mental
dan fizikal. Hal ini diperlihatkan dengan kesanggupan kesemua partisipan mengeluarkan
perbelanjaan sendiri untuk membeli peranti dan perisian lembut (software) serta
memperuntukkan masa untuk mendalami kemahiran yang diperlukan. Pendekatan adalah
berbeza antara setiap partisipan berdasarkan kepada keperluan silibus subjek masing-
masing. Secara keseluruhan, partisipan telah menyatakan persetujuan mereka untuk
meneruskan sesi PdP dalam norma baharu dan juga bersedia bagi meneruskan pengajaran
secara hibrid dalam pelbagai situasi yang mendatang.

Kata kunci: persediaan, norma baharu, PdP, kemahiran dan hibrid.


60
KESEDIAAN DAN JANGKAAN e-PEMBELAJARAN NORMA
BAHARU DALAM KALANGAN PENSYARAH KOLEJ
MATRIKULASI PAHANG

Fadhilah Mustapha
fadhilah@kmph.matrik.edu.my
Unit Biologi, Jabatan Sains

Asmawati Mohamad Ali, Ph.D


asmawati@kmph.matrik.edu.my

Unit Pengajian Am Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial


Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi meninjau kesediaan dan jangkaan e-Pembelajaran norma baharu
pasca Covid-19 berdasarkan perspektif para pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
Hasil dapatan kajian diperoleh menerusi soal selidik yang dibina oleh kumpulan pengkaji
secara atas talian (online). Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini melibatkan
persampelan seramai 31 orang pensyarah dari Jabatan Sains, Matematik serta Sastera
Ikhtisas dan Sains Sosial. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis ini menunjukkan cronbach
alpha yang tinggi iaitu 0.871 (Kesediaan=0.799; Jangkaan=0.856). Analisis kajian ini
menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai manakala dapatan
keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kesediaan dan jangkaan e-Pembelajaran norma
baharu para pensyarah KMPh berada pada tahap tinggi. Aspek kesediaan tertinggi ialah
fasiliti kolej yang menyediakan perkhidmatan komputer pejabat dengan sambungan
internet (Min=4.74; SP=4.74) dan tahap sederhana bagi pengetahuan perkakasan komputer
(computer hardware) yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah teknikal setiap hari
(Min=3.58; SP=0.76). Sementara itu, dapatan bagi aspek jangkaan untuk mematuhi
pertimbangan etika bagi pembelajaran dalam talian berada pada tahap tinggi (Min=4.32;
SP=0.83) serta jangkaan terhadap pengetahuan isi kandungan amalan pedagogi berasaskan
e-pembelajaran pensyarah pada tahap sederhana (Min=3.51; SP=0.96).

Kata kunci: kesediaan, jangkaan, e-Pembelajaran, norma baharu dan perspektif pensyarah
61
PENGUNAAN PETA PEMIKIRAN i – THINK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN
KHAS PENDENGARAN

Madinah Mohd Yusof , PhD


madinah@ipgkik.edu.my
Fathiah Nur Zahidah binti Mohd Fazil
zazafathiah@gmail.com

IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur

Mahidin bin Awang Itam


mahidin@moe.gov.my
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Abstrak

Kajian ini bertujuan adalah untuk meninjau persepsi siswa guru bidan Pendidikan Khas
Pendengaran terhadap penggunaan Peta i-THINK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Soal Selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini.
Seramai 30 orang siswa guru bidang Pendidikan Khas Pendengaran yang telah menjalani
praktikum telah mengambil bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap
kepercayaan siswa guru terhadap penggunaan peta i-THINK adalah tinggi (min = 4.25),
iaitu mereka yakin menggunakan peta i-THINK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, tahap penggunaan peta i-THINK oleh siswa guru
menunjukkan pada tahap penggunaan sederhana (min = 3.26). Spesifikasi mengikut jenis
peta menunjukkan penggunaan peta i-THINK pada tahap penggunaan tinggi hanya untuk
Peta Buih dan Peta Bulat. Manakala, untuk peta i-THINK yang lain penggunaannya adalah
pada tahap penggunaan yang sederhana (skor min dari 2.34 sehingga 3.67). Sehubungan
dengan itu, penggunaan peta i-THINK perlulah secara berterusan dan dibudayakan dalam
pengajaran di institut bagi mengukuhkan keyakinan dan meningkatkan kemahiran siswa
guru supaya boleh mengaplikasikannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa menjalani praktikum di sekolah.

Kata kunci: siswa guru opsyen Pendidikan Khas Pendengaran , Peta i-THINK
62
MICROSOFT 365: MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI
PEMBELAJARAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR

Ang Beng Im
beng_im@kmpp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Lock Shu Ping


splock@kmk.matrik.edu.my
Noriantie binti Ibrahim
noriantie@kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kedah

Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk mengintergrasikan Office 365 sebagai alat bantu
pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pembelajaran pelajar.
Kumpulan sasaran dipilih melalui kelas-kelas yang diajar oleh ahli kumpulan iaitu empat
kelas tutoran, dua daripada Modul 1 dan dua daripada Modul 3. Seramai 62 orang pelajar
terlibat, 14 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, Sesi Akademik 2019/2020. Sesi
perkongsian guru (TSS) telah dipilih sebagai inisiatif untuk berkongsi idea dan ilmu dalam
tentang penggunaan Office 365. Office 365 digunakan sebagai inovasi platform Pdpc untuk
menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan menggalakkan
pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran. Melalui dapatan ujian t antara skor min sebelum
PLC dan skor min pada akhir kitaran 2, menunjukkan peningkatan signifikasi dalam tahap
penglibatan pelajar pada setiap domain. Analisis ujian t juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan signifikan antara tahap penglibatan pelajar Modul 1 dan Modul 3. Impak
terhadap Pdpc ialah peningkatan ketara selepas pelaksanaan penggunaan digital tools dan
pelajar melibat secara aktif dalam sesi pembelajaran. Cadangan penambahbaikan ialah
menghasilkan modul penggunaan OneNote khas untuk rujukan pensyarah, menghasilkan
video pengenalan penggunaan Microsoft Teams dan penghasilan modul Teams
memperkenalkan integrasi aplikasi dengan Teams.

Kata kunci: Sesi perkongsian guru, Microsoft 365, penglibatan pelajar, motivasi
pembelajaran, digital learning tools
63
PENGGUNAAN VIDEO ANIMASI LIMITING REACTANT MELALUI
GOOGLE CLASSROOM
1
Yuniza Mohamed,2Hezelin Elayana Shaian,3Rohayda Lidya Jali,4Noor Shahida Hassan
1
yuniza@kmph.matrik.edu.my, 2hezelin@kmph.matrik.edu.my,
3
lidya_kim@kmph.matrik.edu.my, 4shahida_kim@kmph.matrik.edu.my

1,2,3,4
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Video merupakan gabungan auditori dengan visual penghantaran imej yang digunakan untuk
membantu perubahan tingkah laku dan merupakan matlamat utama dalam pendidikan, (Ramsay,
2012). Melalui gabungan penggunaan video, Youtube dan Google Classroom, pendidik berusaha untuk
meningkatkan penguasaan pelajar bagi topik Limiting Reactant menerusi penggunaan video animasi
yang dihasilkan oleh pelajar. Video animasi seterusnya dimuatnaik ke dalam Youtube dan pautan
Youtube tersebut dikongsikan kepada pelajar lain melalui pelantar Google Classroom. Pelajar pada
masa kini lebih cenderung ke arah pembelajaran yang menggunakan teknologi digital melalui telefon
pintar dan gajet lain. Kumpulan pelajar yang dilibatkan dalam perkongsian video ini terdiri daripada
12 orang pelajar 1M2DS01 Sistem Dua Semester bagi Semester I sesi 2020/2021 Kolej Matrikulasi
Pahang. Refleksi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lalu memperlihatkan wujudnya keadaan
pasif dan kurang tumpuan dalam kalangan pelajar apabila mempelajari subtopik ini. Instrumen
pengumpulan data bagi melihat pencapaian objektif kajian adalah melalui Ujian Pra dan Pasca serta
borang Google bagi meninjau respon pelajar terhadap penggunaan video dalam pelantar Google
Classroom. Analisis dibuat dalam bentuk graf perbandingan pencapaian ujian pra dan pasca manakala
respon pelajar dalam bentuk graf peratusan menggunakan lima skala Likert. Hasil analisis dan refleksi
membuktikan penggunaan video animasi Limiting Reactant yang dihasilkan oleh pelajar dan
kemudiannya dimuatnaik ke Youtube sangat membantu pelajar menguasai subtopik ini.

Kata kunci : Video, Youtube, Google Clasroom, telefon pintar , PdPc


64
KESEDIAAN PENTADBIR UNTUK MELAKSANAKAN
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Madinah Mohd Yusof, PhD


madinah@ipgkik.edu.my
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur

Mahidin bin Awang Itam


mahidin@moe.gov.my
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pentadbir untuk melaksanakan
program pendidikan inklusif (PPI) di sekolah. Di samping itu ia bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan masalah dan cadangan untuk melaksanakan program
pendidikan inklusif. Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif iaitu
penggunaan skala likert empat pernyataan dan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan
soalan terbuka bersama-sama soal selidik yang diedarkan menggunakan google form.
Peserta kajian terdiri daripada pentadbir sekolah menengah dan sekolah rendah bagi satu
negeri di Malaysia. Penganalisisan data min dan peratus untuk menganalisis data kuantitatif
dan analisis tematik untuk mendapatkan tema yang konsisten untuk menjawab persoalan
kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tahap pengetahuan secara keseluruhan
adalah 2.8 iaitu tahap sederhana. Manakala tahap kesediaan pentadbir secara keseluruhan
adalah 2.7 juga pada aras sederhana. Pihak pentadbir menyatakan masalah yang dihadapi
untuk melaksanakan PPI adalah masalah dari aspek resos dan sumber pendidikan,
prasarana, bilangan murid aliran perdana yang ramai dan tahap kebolehan MBK. Mereka
mencadangkan agar pihak KPM mewujudkan jawatan guru pendamping PPI, menyediakan
latihan kepada guru PPI, menambah bilangan guru di program PPKI, mewujudkan sistem
sokongan yang berkesan dan menggalakkan kerjasama antara semua pihak. Dapatan kajian
ini diharap dapat membantu pihak perancang dasar untuk memantapkan program
pendidikan khususnya program pendidikan Inklusif ke arah mewujudkan 75 peratus murid
berkeperluan khas (MBK) dalam PPI selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kata kunci: Program Pendidikan Inklusif, murid berkeperluan khas (MBK)


65
SISTEM CABUTAN BERTUAH DIGITAL DENGAN PEMPROSESAN
XAMPP BAGI PEMBELAJARAN KEBARANGKALIAN
1
Mohd Noor Hafizee Bin Zulkaflee, 2 James Tiri Maran, 3 Robert Anak Nyalan, 4 Mohd Khairul
Afnan Bin Mustapha
1
hafizee@kmsw.matrik.edu.my, james@kmsw.matrik.edu.my , 3 robert@kmsw.matrik.edu.my,
2

4
khairul.afnan@kmsw.matrik.edu.my,

1-4
Unit Matematik, Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Sarawak

Abstrak

Penggunaan gamifikasi Sistem Cabutan Bertuah Digital pemprosesan (XAMPP) dalam pengajaran dan
pembelajar bertujuan untuk membantu pelajar dan memudahkan pensyarah melaksanakan eksperimen,
peristiwa dan simulasi berkaitan asas kebarangkalian. Strategi penggunaan sistem ini dalam PdP telah
dilaksanakan untuk membantu pelajar mempelajari konsep asas kebarangkalian. Hasil dapatan
pemerhatian dan temubual 18 pelajar KMSw bersetuju gamifikasi ini membantu mereka mengalami
dan mengikuti aksperimen dan peristiwa asas kebarangkalian. Maklum balas pensyarah menunjukkan
sesi perkongsian ini membantu sesi PdPc bagi topik Kebarangkalian. Aktiviti ini perlu diteruskan dan
disebarkan sebagai saty teknik PdP digital pada masa akan datang.

Kata kunci : XAMPP, Kebarangkalian,


66

PENGGUNAAN ‘MECHANISMS APPS’ DALAM


MENERANGKAN KONSEP MEKANISME TINDAK BALAS
KIMIA

1Nor Arifah Ahmad Roslan, 2Syahida Adila Mohamad Alba, 3Alis Suhairin Abd Ghani,
4Nur Fadilah Zulkiefli
1arifah@kmph.matrik.edu.my, 2syahidaalba@kmph.matrik.edu.my,
3alissuhairin@kmph.matrik.edu.my, 4nurfadilah@kmph.matrik.edu.my

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam menulis


mekanisme tindak balas Kimia menggunakan ‘Mechanism Apps’ dan pendekatan
konstruktivisme. Penyelidikan yang bertemakan kreatif dan inovasi dalam pendidikan
melibatkan penggunaan smartboard berserta internet, telefon pintar, papan putih dan kertas
edaran. Kumpulan sasaran penyelidikan terdiri daripada 28 orang pelajar di Kolej
Matrikulasi Pahang. Tinjauan awal mendapati 7 orang pelajar mendapat markah 50% ke
bawah dalam ujian pra. Jenis kesilapan yang dikenal pasti pula adalah kesilapan simbol
anak panah, kesilapan arah anak panah, kesilapan simbol bagi spesis yang terbentuk dan
kesilapan struktur. Pendekatan konstruktivisme dalam pembinaan konsep asas mekanisme
tindak balas menggunakan teknik penyoalan serta penggunaan ABM ‘Mechanism Apps’
ketika sesi PdP. Melalui ujian pasca, peratusan pelajar yang mendapat markah A
meningkat daripada 10% kepada 63% orang pelajar. Daripada analisis ujian pra dan ujian
pasca, didapati pelajar dapat menentukan simbol anak panah dengan betul, menentukan
arah anak panah dengan betul dan menjangkakan kesan kehilangan dan penerimaan
elektron terhadap sesuatu atom. Kitaran penyelidikan kedua dijalankan dengan
penambahbaikan. Didapati 4 pelajar sasaran yang tidak mendapat markah 70% ke atas
meningkat pada ujian pasca 2 kepada 80% ke atas. Topik mekanisme memerlukan
penerangan yang jelas, dan teknik penyoalan yang berstruktur agar konsep-konsep asas
penulisan mekanisme dapat digarap dengan baik oleh pelajar.

Kata Kunci: mekanisme tindak balas kimia, konstruktivisme, teknik penyoalan,


‘Mechanism Apps’, konsep asas mekanisme tindak balas.
67
APLIKASI CoTaRR DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KIMIA MATRIKULASI

Nor Asyikin binti Md Som


Dani Asmadi bin Ibrahim
Zuraida binti Zainal
norasyikin@kmns.matrik.edu.my
dani_asmadi@kmns.matrik.edu.my,
zuraida@kmns.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kajian ini memperihalkan pembinaan suatu aplikasi Collision Theory and Reaction Rate
(CoTaRR) dan penggunaannya oleh sekumpulan pelajar matrikulasi. Aplikasi dibina untuk
menambahbaik pengajaran dan pembelajaran kimia melalui penggunaan bahan sumber di
internet, khususnya penggunaan simulator, video dan aplikasi pembelajaran interaktif.
Semua ini boleh diakses pelajar hanya menggunakan telefon pintar mereka. Aplikasi
tersebut telah digunakan terhadap 17 orang pelajar Sistem Dua Semester, Sesi 2019/2020,
KMNS. Ujian Pos digunakan untuk menentukan tahap pencapaian pelajar manakala soal
selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan penggunaan aplikasi
tersebut. Purata skor Ujian Pos pelajar berada pada tahap yang baik iaitu 74%. Dapatan
soal selidik skala Likert pula menunjukkan hampir kesemua pelajar berpandangan aplikasi
CoTaRR adalah positif bagi setiap item dalam soal selidik. Kesimpulannya aplikasi yang
dibina dapat menambahbaik pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran.

Kata Kunci: e-pembelajaran, PAK 21, pendidikan kimia, aplikasi pembelajaran


68
PENGGUNAAN KIT ANALOGI TERHADAP PENCAPAIAN
PELAJAR DALAM SUBTOPIK STEPS IN GENE CLONING

Erny Julia Abdullah Kamal


Asniza Jamaluddin
Siti Khadijah Ahmad Khairi
ernyjulia153@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghasilkan alat bantu mengajar (ABM)
berasaskan analogi iaitu sebuah kit analogi dan mengenal pasti keberkesanan penggunaan
kit analogi tersebut terhadap tahap pencapaian pelajar. Penyelidik telah memilih subtopik
khusus dalam biologi iaitu Steps in gene cloning. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif
berbentuk deskriptif di mana kaedah eksperimental digunakan bagi melaksanakan kajian
tersebut. Kajian ini melibatkan 83 orang pelajar Kolej Matrilkulasi Selangor sesi 2019/2020
yang mengambil subjek Biologi. Sampel tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan rawatan seramai 43 orang pelajar dan kumpulan kawalan seramai 40 orang
pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah kit analogi dan ujian pencapaian (ujian pra
dan ujian pos). Data-data yang diperoleh, dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan Ujian-t bagi menguji dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan dan
kumpulan eksprimen. Dalam suasana pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) norma
baharu, hasil kajian mendapati kumpulan pelajar eksperimen yang menggunakan kit
analogi telah menunjukkan peningkatan pencapaian. Oleh itu, penggunaan kit analogi
dalam PdPc terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar terhadap
subtopik steps in gene cloning.

Kata kunci : alat bantu mengajar (ABM, kit analogi, tahap pencapaian pelajar
69
PROSPEK MASA HADAPAN PEMBELAJARAN MAYA DI
MALAYSIA

Ahmad Zhafran Bin Md Noor,


zhafrannoor@gmail.com
SK Sungai Tua Baharu, Selangor

Nur Afifah binti Mohamed Salleh,


afifahsalleh@gmail.com
SK Taman Seri Gombak, Selangor

Salbiah binti Mohamed Salleh,


salbiahscipp@gmail.com
SM Sains Pasir Puteh, Kelantan

Norasma Binti Mohamed Salleh,


norasmasalleh02@gmail.com
SM Sains Pasir Puteh, Kelantan

Abstrak
Kertas kerja ini membicarakan prospek iaitu peluang kejayaan masa hadapan pembelajaran
maya di Malaysia khususnya di sekolah-sekolah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah
menyaksikan banyak bidang terjejas termasuklah dalam bidang pendidikan. Keadaan ini
telah mengubah corak pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di Malaysia dari
pembelajaran bersemuka (face-to-face) kepada pembelajaran pembelajaran maya
berkonsepkan e-pembelajaran, kelas digital dan pembelajaran kendiri (remote learning).
Sebenarnya, konsep pembelajaran secara maya telah lama diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melalui pengenalan Sekolah Bestari, aplikasi VLE Frog
dan sebagainya. Namun penggunaan pembelajaran maya ini ini semakin mendapat tempat
ketika penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia bagi menggantikan
pembelajaran konvensional dalam bilik darjah. Seiring dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) dengan menjadikan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pelbagai medium
yang ditawarkan dalam pembelajaran maya di Malaysia iaitu portal Digital Educational
Learning Initiative Malaysia (DELIMA), EduwebTV, TV Pendidikan dan sebagainya.
Selain itu, KPM juga telah menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan guru dengan
kemahiran menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran.
Kesimpulannya, bagi melaksanakan pembelajaran maya ini, peralatan mudah alih dan
internet bukan sesuatu yang baharu bagi murid, malah mereka sudah terdedah dengan
pelbagai aplikasi dalam talian yang lebih interaktif. Oleh itu, tidak sukar untuk mereka
menggunakan pelantar pembelajaran maya dan ini satu cabaran kepada guru dalam
menghasilkan bahan pembelajaran lebih menarik.

Kata kunci: Pembelajaran Maya, KPM, Internet, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Malaysia
70
APLIKASI VARK’s PHONIC READING UNTUK
MEMANTAPKAN PENGUASAAN BACAAN DAN MENULIS
BAHASA INGGERIS

Nur Afifah binti Mohamed Salleh,


Ahmad Zhafran Md Noor
afifahsalleh@gmail.com

SK Taman Seri Gombak, Selangor.

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah dan langkah mengatasi yang
bersesuaian oleh murid tahun dua di dalam subtopik mendengar, mengenal pasti dan
menyebut huruf. Seramai 15 murid SK Taman Seri Gombak dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan peperiksaan
penggal. Hasil tinjauan mendapati murid tidak dapat mengenal, menyebut dan menulis
huruf dengan baik. Kesannya murid juga tidak mampu membaca suku kata Bahasa Inggeris
dengan baik. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
pengetahuan, daya ingatan dan daya sebutan murid bagi huruf dan suku kata Bahasa
Inggeris. Murid telah didedahkan kepada VARK’s Phonic Reading selama 60 minit selama
dua minggu. Keputusan kajian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan
temu bual juga menunjukkan murid lebih seronok dan berminat dengan bahan inovasi yang
digunakan.

Kata kunci: Phonic Reading, suku kata Bahasa Inggeris, inovasi.


71
APLIKASI DIGITAL Fun_G SPINNER DALAM MENGENAL
PASTI KUMPULAN BERFUNGSI BAGI MENENTUKAN
KELAS SEBATIAN ORGANIK
1
Wan Nor Izana binti Wan Mohammad, 2Norul Safarinie binti
Abdullah, 3Khairul Nizam bin Md. Dauad, 4Ashar Asrul bin Ros,
5
Ahmad Nasir bin Mohd Daud
1
norizana@kmns.matrik.edu.my;2safarinie@kmns.matrik.edu.my;
3
nizam_dauad@kmns.matrik.edu.my;4ashar_asrul@kmns.matrik.edu.
my;5ahmad_nasir@kmns.matrik.edu.my

Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak

Kebanyakan pelajar Sistem Empat Semester (SES) aliran sains di Kolej Matrikulasi
menghadapi kesukaran untuk mempelajari subtopik 1.2: Pengkelasan Sebatian Organik
pada Semester II. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, semakan lembaran tutorial dan Ujian Pra mendapati pelajar seringkali gagal
mengenal pasti kumpulan berfungsi bagi menentukan kelas sebatian organik. Pelajar hanya
menghafal kumpulan berfungsi tanpa memahami struktur kumpulan berfungsi. Bagi
mengatasi masalah ini, satu alat bantu mengajar, digital Fun_G Spinner telah dibangunkan
dan digunakan di dalam pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif
dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan. Seramai 16 orang pelajar SES yang
dipilih secara rawak daripada praktikum D1P7, D2P3 dan D2P5. Inovasi pembelajaran
menggunakan digital Fun_G Spinner di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
subtopik 1.2: Pengkelasan Sebatian Organik menunjukkan keberkesanan berdasarkan
kepada analisis data yang diperolehi. Terdapat peningkatan yang ketara terhadap
pencapaian bagi kemahiran mengenal pasti kumpulan berfungsi (min=2.18 ke min=4.67)
dan kemahiran mengenal pasti kelas sebatian (min 1.68 ke min 4.69). Ini membuktikan
kefahaman pelajar dan pencapaian pelajar meningkat selepas menggunakan digital Fun_G
Spinner. Selain itu, penggunaan digital Fun_G Spinner dapat menghasilkan suasana PdP
yang lebih berpusatkan pelajar dan menggalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan
pensyarah selaras dengan matlamat PAK−21 sekaligus menerap dan melestarikan minat
pelajar terhadap kimia.

Kata kunci: Fun_G Spinner, sebatian organik, kelas sebatian, kumpulan berfungsi, alat
bantu mengajar
72
KEBERKESANAN KAEDAH SALAK DALAM MEMBANTU
PENYEDIAAN DAN PENYAMPAIAN BAHAN TAZKIRAH

A.Rahman Haron, Ph.D


manlaoshi@gmail.com

Nazariyah Sani, Ph.D


naza4509@gmail.com

Siti Hajar Idrus


sitiidrus@yahoo.com

Mahawa Pilus
mahawapilus64@gmail.com

Yusfarina Mohd. Yussof, Ph.D


yusfarina5682@gmail.com

IPG Kampus Pendidikan Islam

Abstrak

Penyampaian tazkirah kepada audiens adalah agak sukar jika tidak dibuat persediaan yang
rapi dan khusus mengenainya. Tambahan pula, jika pentazkirah diminta memberi tazkirah
secara tergesa-gesa oleh mana-mana pihak. Selain itu, pentazkirah pula tidak mempunyai
pengetahuan khusus tentang tajuk tazkirah yang ingin disampaikan. Permasalahan tersebut
mampu diatasi dengan penggunaan Kaedah SALAK untuk penyampaian tazkirah kepada
audiens yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan umur. Kajian tindakan
Tazkirah dengan Kaedah SALAK diperkenalkan kepada pelajar yang berlatar belakangkan
Pendidikan Islam dan yang tiada latar belakang Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan
soal selidik ke atas pelajar yang mengguna pakai kaedah ini dalam penyampaian tazkirah.
Selain itu, soal selidik ke atas audiens yang mengikuti tazkirah juga sebagai bahan
pengumpulan data mengenai penerimaan penyampaian tazkirah dengan kaedah ini.
Penemuan ini adalah penting untuk melihat kesediaan penerimaan pentazkirah terhadap
kaedah yang diperkenalkan. Kepentingan kajian ini juga dilihat sebagai suatu medium seni
dalam pengucapan awam.

Kata kunci: tazkirah, persediaan, penyampaian, medium, pengucapan awam


73
PENGGUNAAN CARTA ‘JALAN-JALAN CARI JAWAPAN’
DALAM TOPIK TAMBAH

Umaathevi A/P Krishnan


umaiptaa@gmail.com
Leena A/P Letchumanan
leenaletchumanan@gmail.com
Megalah A/P Balasubramaniam
megalah067@gmail.com

SJK(T) Gelang Patah

Abstrak

Murid-murid mengalami masalah dalam melakukan operasi tambah, terutamanya semasa


pengumpulan semula. Suatu carta yang bernama 'Jalan-Jalan Cari Jawapan' diperkenalkan
kepada murid-murid bagi mengatasi masalah ini. Carta ini diperkenalkan kepada murid-
murid Tahun 3 yang menghadapi masalah dalam tambah secara pengumpulan
semula.Murid-murid diedarkan dengan suatu carta yang dirangka seperti jalan raya. Pada
carta tersebut, tertera soalan-soalan tambah dan murid-murid perlu mendapatkan jawapan
bagi soalan-soalan tersebut. Murid-murid perlu terus berusaha mendapatkan jawapan
sehingga tamat perjalanan mereka. Hasil kajian ini mendapati murid-murid lebih seronok
dalam mencari jawapan. Markah ujian murid rawatan dan kawalan telah direkod.
Perbandingan markah, menunjukkan murid kumpulan kawalan tidak mudah lupa akan
teknik-teknik tambah yang diajar oleh guru. Ini secara tidak langsung, meningkatkan
pencapaian mereka dalam ujian pasca. Selain daripada itu, murid-murid juga telah
ditemubual tentang perasaan mereka selepas menggunakan carta 'Jalan-Jalan Cari Jawapan'
tersebut. Kesemua murid berjaya mendapat markah penuh dalam latih tubi yang dijalankan
walaupun sudah lama diajar tentang teknik-teknik tambah. Inovasi ini diperkukuhkan lagi
dengan kebolehgunaannya secara berulang kali oleh murid. Carta 'Jalan-Jalan Cari
Jawapan' ini bukan hanya boleh digunakan untuk topik tambah malahan boleh digunakan
untuk banyak lagi topik Matematik. Tambahan pula, carta yang sama juga boleh digunakan
untuk subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya.

Kata kunci : Matematik, Tambah, Pengumpulan semula


74
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MOc KIT DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM
SUBTOPIK KITARAN HAID DAN KITAR OVARI

Asniza Jamaluddin,
Nur Ashikin Binti Abdul Karim
Aminawati Binti Mohamad
asniza2014@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penggunaan simulasi bergambar MOc


(Menstrual and Ovarian Cycle) bagi subtopik kitar haid dan kitar ovari dalam tajuk
pembiakan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif dan menggunakan
rekabentuk kaedah kajian eksperimental. Kajian ini melibatkan 88 orang pelajar semester
satu sesi 2019/2020 daripada Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil subjek biologi
(SB 015). Sampel telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Instrumen yang telah digunakan adalah simulasi bergambar MOc dan
ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pos). Kesemua instrumen yang digunakan
mempunyai kesahan dan tahap kebolehpercayaan yang baik. Data yang diperolehi
dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 25.0.
Hasil kajian ujian-t dalam ujian pra menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala, ujian
pos menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding
skor min kumpulan kawalan dengan perbezaan signifikan. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan simulasi bergambar MOc terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap
pencapaian pelajar terhadap subtopik kitar haid dan kitar ovari dalam topik pembiakan.

Kata kunci: simulasi, pedagogi, pencapaian


75
IMPLEMENTASI PEMBELAJARAN DIGITAL
MENGGUNAKAN KFC (KIT FOR CARDIAC) BUCKET

Syuriza Ahmad Shukor, Aminawati Mohamad, Erny Julia Abdullah Kamal,


Mohamad Hafizal Ibrahim
syuriza69@gmail.com, nh2wati@gmail.com, ernyjulia153@gmail.com,
hafizalkms@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak

Kajian ini bertujuan menerangkan bagaimana penambahbaikan pengajaran (lesson study)


berbantukan inovasi bahan bantu mengajar KFC (Kit For Cardiac) Bucket berhasil
meningkatkan penguasaan subtopik Mammalian Heart and Its Regulation dalam kalangan
pelajar Kolej Matrikulasi Selangor yang mengambil kursus Biologi SB025 Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahan bantu mengajar ini menggunakan
bekas makanan berbentuk bulat yang dikitar semula dan ringan supaya mudah dibawa.
Bekas ini memuatkan pen dakwat mudah padam pelbagai warna, pemadam dakwat, benang
merah dan biru, jarum, gambarajah struktur jantung , kod QR serta cetakan bahan-bahan
berkenaan kitar Kardiak (Cardiac cycle) yang dilaminasi. Permukaan kertas yang
dilaminasi membolehkan pelajar melakukan aktiviti ”hands on” seperti menulis, mewarna
dan memadam berulang kali di atas bahan cetakan semasa menjelaskan
konsep/struktur/proses ketika PdP berlangsung. Aktiviti menjahit pada gambarajah jantung
turut membantu meningkatkan kefahaman secara konseptual mengenai laluan darah
beroksigen dan terdeoksige pada jantung . Selain itu, pelajar juga boleh mengakses
maklumat berkaitan melalui kod QR yang disediakan. Capaian google classroom juga
diintegrasikan dalam pembelajaran bagi memudahkan pelajar dan guru berinteraksi. Kajian
ini melibatkan seramai 20 orang pelajar SM1K2T3 Modul I Sistem Dua Semester di Kolej
Matrikulasi Selangor. Metodologi kajian adalah melalui ujian pra dan pasca serta tinjauan
soal selidik persepsi pelajar. Berdasarkan ujian pra yang dijalankan, 10% sahaja pelajar
berjaya mendapat markah cemerlang (8-10 markah) manakala melalui ujian pasca yang
dijalankan selepas pengajaran, peratus pelajar berjaya mendapat markah cemerlang telah
meningkat kepada 60%. Dapatan kajian soal selidik persepsi pelajar pula mendapati 95%
pelajar bersetuju bahawa KFC Bucket membantu meningkatkan kefahaman mereka
mengenai kitar kardiak dan aliran darah dalam jantung.

Kata kunci: KFC Bucket, kitar kardiak, jantung


76
PENGGUNAAN ABOcard DALAM PENGUJIAN JENIS
DARAH

Fadzilah binti Abd Wahab


fadzilah@kmph.matrik.edu.my
Mohd Riduan bin Ali
riduan@kmph.matrik.edu.my
Ku Suyati binti Ku Zaiab
ku_suyati@kmph.matrik.edu.my
Nurul Fadhila binti Che Kamaludin
nurul_bio@kmph.matrik.edu.my
Siti Hajar Rifqah bt Md Khairuddin Pang
,siti_hajar@kmph.matrik.edu.my

Unit Biologi, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Pengujian jenis darah adalah merupakan salah satu eksperimen yang dijalankan oleh pelajar
bagi program Sistem Dua Semester (SDS) dan Sistem Empat Semester (SES) di
matrikulasi. Kajian ini adalah merupakan kajian tindakan yang dijalankan oleh kumpulan
kami. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang dan 17
orang pensyarah unit Biologi. Berdasarkan refleksi pensyarah menunjukkan terdapat
beberapa masalah antaranya penggunaan slaid yang sama berulang kali menyebabkan slaid
kurang bersih dan dapatan eksperimen kurang tepat serta ia tidak dapat disimpan sebagai
bukti eksperimen. Sehubungan itu, dengan menggunakan pendekatan baharu iaitu
pembelajaran mudah alih, ABOcard direka khas untuk membolehkan pelajar menguji dan
mengenal pasti jenis darah mereka yang dilengkapi dengan manual panduan lengkap
pengujian darah, maklumat dan nota tambahan dalam bentuk kod QR untuk rujukan
penggunanya. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan ABOcard ia dapat
menjadikan pembelajaran lebih aktif dan menarik serta penyimpanan dapatan eksperimen
dapat dilbuat dalam tempoh yang lama. Selain itu, penggunaan ABOcard juga mampu
untuk menjadi nilai tambah kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

Kata kunci: ABO card, refleksi, pembelajaran mudah alih, pembelajaran menarik, aktif,
nilai tambah
77
PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN
KELAS PENDIDIKAN KHAS: SUATU KAJIAN KES

Nor Fatin Alyaa Mazlan


alyaamazlan97@gmail.com

Bukhari Shafie
bukhari@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mengkaji penerapan nilai dalam pengajaran
mata pelajaran kelas pendidikan khas. Kajian literatur mengandaikan bahawa masih
kurangnya penerapan nilai murni dilakukan oleh guru-guru pendidikan khas dalam
pengajaran kelas pendidikan khas menyebabkan masih berlaku masalah tingkah laku dalam
kalangan murid berkeperluan khas. Seramai empat orang guru pendidikan khas terlibat
sebagai subjek kajian. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah melalui teknik
pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian mendapati sepuluh daripada 17 nilai yang
digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2005) diterapkan oleh subjek kajian
dalam pengajaran di kelas pendidikan khas. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi
panduan bagi meningkatkan mutu pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pengajaran
kelas pendidikan khas.

Kata kunci: penerapan nilai, pengajaran, pendidikan khas


78
APLIKASI MODUL KAD ASK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL DALAM
KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHAP SATU
SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH PASIR GUDANG

Maisarah Mahussain
adindamaisarah89@gmail.com

Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3, Johor

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Modul Kad ASK- Inovasi
Pembelajaran Bahasa dalam meningkatkan keupayaan murid Pemulihan Khas semasa
memberi respon terhadap soalan membina ayat tunggal. Kajian telah dijalankan ke atas 15
orang murid Pemulihan Khas Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3, Pasir Gudang,
Johor. Data kualitatif telah dikumpul melalui ujian diagnostik, inventori minat belajar,
temubual tidak berstruktur, ujian pra dan pos. Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas 15
orang peserta kajian Tahun 3. Dapatan menunjukkan 5 daripada 15 orang peserta kajian
sangat lemah dalam membina ayat tunggal. Sepanjang intervensi, pemerhatian direkodkan
dalam inventori minat belajar. Data yang diperoleh dianalisis berasaskan kepada
pendekatan analisis kandungan. Keputusan ujian selepas rawatan menunjukkan terdapat
peningkatan sebanyak 70%. Dapatan menunjukkan bahawa peserta kajian dapat membina
ayat tunggal dan memperoleh markah 80% ke atas berbanding sebelum intervensi. Melalui
pemerhatian menggunakan inventori minat belajar pula, didapati peserta kajian telah
menunjukkan penglibatan dan minat yang tinggi sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya, kajian ini dapat mendorong guru Pemulihan Khas untuk
mempelbagaikan kaedah dengan mencipta modul pembelajaran untuk membantu murid
Pemulihan Khas meningkatkan tahap penguasaan bahasa dan minat dalam penulisan.

Kata kunci : pemulihan khas, modul ASK, ayat tunggal, murid Tahap Satu, minat belajar
79
PERANAN PENGETUA DALAM PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: KAJIAN KES KEPIMPINAN
PENGETUA CEMERLANG

Kalai Selvan Arumugham, PhD


kalai@iab.edu.my

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Abstrak

Pentaksiran bilik darjah merupakan satu kaedah pentaksiran alternatif yang diperkenalkan
untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid secara holistik. Perkara ini telah
menyebabkan guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang pengajar malah
sebagai pentaksir. Ini menyebabkan pemimpin sekolah haruslah berperanan untuk
membangunkan kompetensi seseorang guru sebagai seorang pentaksir berkemahiran
tinggi. Kajian-kajian lepas melaporkan kegagalan seseorang pemimpin sekolah untuk
membangunkan kompetensi guru sebagai pentaksir telah menyebabkan kegagalan dalam
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan untuk melihat peranan
yang telah dimainkan oleh lima orang Pengetua Cemerlang untuk membangunkan
kompetensi guru sebagai seorang pentaksir. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk
menjalankan kajian ini. Data telah dikumpulkan melalui kaedah temubual dan analisis
dokumen. Disamping itu untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini
seorang guru kanan, dua orang ketua panitia dan dua orang guru mata pelajaran juga telah
ditemubual sebagai langkah semak silang. Data telah dianalisis secara tematik. Dapatan
kajian ini telah melaporkan kepimpinan pengetua dalam pentaksiran bilik darjah dapat
dilihat dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan. Pengetua-pengetua
ini juga telah membangunkan kompetensi guru melalui penyebaran maklumat, memberi
bimbingan, melakukan pertimbangan profesional dan menyediakan latihan dalam
perkhidmatan secara efisien untuk meningkatkan kemahiran pentaksiran. Dapatan kajian
ini juga menujukkan bahawa peranan pengetua amat penting untuk membangunkan
kompetensi guru sebagai seorang pentaksir. Dicadangkan penyelidikan yang lebih lanjut
dijalankan untuk mengenalpasti atau merangka satu kerangka kepimpinan pengetua yang
khusus untuk membangunkan kompetensi guru sebagai seorang pentaksir memandangkan
peranan guru kini bukan sahaja terhad sebagai seorang pengajar malah juga sebagai seorang
pentaksir.

Kata kunci: Kepimpinan Pengetua, Pentaksiran Bilik Darjah, Pembangunan Kompetensi


80
PENGGUNAAN KAEDAH M-BOX DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK MATEAMTIK
TAHUN SATU

Goh Kok Ming


kokming888@gmail.com

SJK (C) Chi Sheng 2, Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menguji penggunaan kaedah M-Box dalam meningkatkan
kemahiran menolak sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 dalam kalangan murid Tahun
Satu. Kaedah M-Box diperkenalkan kepada murid dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) untuk membantu para murid memahami dan menjawab soalan menolak sebarang dua
nombor dengan betul dan tepat. Penggunaan kaedah M-Box merupakan salah satu kaedah
alternatif untuk membuat penyampaian pembelajaran lebih menarik. Pemilihan responden adalah
berdasarkan analisis dokumen dan keputusan ujian diagnostik bagi skor yang paling rendah.
Responden kajian terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun Satu. Instrumen kajian meliputi
Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian, dan latihan topikal digunakan untuk mengumpul data.
Data yang diperoleh dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan peningkatan prestasi pencapaian
bagi tujuan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah M-
Box telah berjaya meningkatkan kemahiran murid Tahun Satu dalam menjawah soalan menolak
sebarang dua nombor dalam lingkungan 100 dengan berkesan. Cadangan kajian seterusnya adalah
membuat penambahbaikan dengan melakasanakan kajian ini secara kuasi-experimen.

Kata Kunci: Operasi Tolak, Kaedah M-Box, Murid Tahun Satu, Sekolah Kurang Murid
81
KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Wan Saiful Anuar Bin Mohamed


wansaiful1984@gmail.com
SMK Bandar Banting

Erny Julia Abdullah Kamal


ernyjulia153@gmail.com
Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak
Kaedah permainan merupakan perubahan dalam corak pengajaran, di mana pelajar
berubah daripada "pembelajaran dengan mendengar" kepada "belajar dengan melakukan"
(Garris & Ahlers, 2002). Dalam situasi pandemik hari ini, melaksanakan kaedah permainan
dalam PdPc dengan elemen komunikasi dan kolaborasi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun,
ianya tidak mustahil. Justeru, pengkaji ingin memperkenalkan satu inovasi kaedah permainan
dalam PdPc norma baharu yang dikenali sebagai Go Makcik Kiah (GMCK). Tujuan kajian ini
adalah untuk mengetahui pandangan pengajar dan pelajar terhadap permainan GMCK dan
mengetahui keberkesanan GMCK dalam pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini dua orang
pensyarah Kolej Matrikulasi Selangor, 15 orang pelajar jurusan Biologi Kolej Matrikulasi
Selangor dan 15 pelajar tingkatan 5 yang mengambil subjek sains dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Banting dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan ujian pra dan
ujian pos sebagai instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang
signifikan dalam pencapaian ujian pelajar selepas aktiviti permainan berbanding sebelumnya.

Kata kunci : Kaedah Permainan, Go Makcik Kiah (GMCK), Pengajaran Dan Pembelajaran
82
PKB MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR
MENGENALPASTI DAN MENULIS MEKANISMA SN1 DAN SN2.

Siti Kholijah Mohd AbdulNajari, Rosnah Sabudin, Noor Fazila Abdul Manah

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak

PKB adalah kaedah pembelajaran yang di kesan dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran menentukan dan menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2. Tinjauan awal
menunjukkan pelajar sering menghadapi masalah dalam subtopik haloalkana, kerana kelemahan
pelajar dalam menguasai konsep kimia organik terutamanya jenis mekanisma dan proses menulis
mekanisma tindak balas SN1 dan SN2. PKB ini dilaksanakan dengan melibatkan seramai 16
orang pelajar dari Modul 2 yang melibatkan dua kelas tutorial Kimia (F2T11 dan F2T12) dan
seorang pensyarah Kimia Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kajian berdasarkan Ujian Pra dan
Ujian Pasca bagi kelas yang dipilih. Instrumen kajian terdiri dari tiga soalan struktur yang di bina
hasil perbincangan antara ahli kumpulan berdasarkan soalan kuiz Kimia. Pelaksanaan tinjauan
awal adalah melalui pemerhatian dan pengendalian Ujian Pra. Dalam tinjauan ini, didapati pelajar
hanya menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2 tanpa menentukan jenis mekanisma tindak
balas terlebih dahulu. Dalam Ujian Pra, peratus min markah pelajar yang dapat menulis dan
menentukan mekanisma tindak balas SN1 dan SN2 dengan tepat adalah 29.8%. Selepas kaedah
Pembelajaran Kolaboratif Berkumpulan (PKB) dilaksanakan peratus min markah pelajar
meningkat kepada 62.1%. Hasil kajian membuktikan bahawa kaedah PKB dapat membantu
dalam menarik minat pelajar untuk menguasai dan mempelajari konsep kimia organik di samping
meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam menentukan dan menulis mekanisma tindak balas
SN1 dan SN2.

Kata Kunci : PKB, kaedah pembelajaran , menulis mekanisma tindak balas SN1 dan SN2
83
KEBERKESANAN PROJEK STREET BARBER BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS KURSUS DANDANAN RAMBUT

Rohaya Binti Mohd Hatta


rohayamohdhatta@gmail.com

SMPK Vokasional Indahpura, Kulai

Abstrak

Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu berkemahiran dan berdikari
melalui visinya “Skills for Living, towards excellent future”. Satu projek diketengahkan bagi
memberi peluang lebih luas terhadap kemandirian murid terutama apabila telah menghabiskan
zaman persekolahan. Lepasan sekolah murid berkeperluan khas masih belum matang dalam alam
kerjaýa serta sikap lewa tentang masa depan menyebabkan mereka seringkali bertukar-tukar
kerja. Masalah komunikasi dan sosial juga menyebabkan mereka terdedah kepada masalah yang
timbul di tempat kerja. Melalui dapatan permasalahan ini, Projek Street Barber didedahkan
kepada murid berkeperluan khas bagi memberi peluang kepada mereka bekerja tanpa melibatkan
ramai orang. Dengan pengurusan masa dan diri sendiri, tanpa ada majikan yang akan mengawal,
murid dapat bergerak sendiri dan bertanggungjawab atas kerjaya mereka sendiri. Projek ini juga
memanfaatkan sepenuhnya hubungan kekeluargaan. Kajian keberkesanan ini telah dijalankan
terhadap 10 orang murid, sebagai pelatih dalam dandanan rambut. Sebelum tindakan dilakukan,
tinjauan melalui pemerhatian dan temubual telah dilaksanakan. Rekabentuk kajian yang
digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kualitatif. Kajian ini secara teoritikalnya cuba melihat
kesan faktor pencapaian Projek Street Barber dan promosi tenaga kerja golongan berkeperluan
khas ke atas kerjaya pilihan. Pada akhir kajian didapati seramai 7 orang murid boleh melakukan
Projek Street Barber secara berdikari walaupun belum tamat belajar. Ini menunjukkan Projek
Street Barber mempelopori penggerak promosi untuk murid berkeperluan khas mendapatkan
pekerjaan seawal tamat persekolahan.

Kata kunci : projek, street barber,murid berkeperluan khas,vokasional,kerjaya,dandanan rambut


84
PENGGUNAAN PROGRAM “KOTAK GEMBIRA” UNTUK
MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID DALAM
MENGAPLIKASIKAN KOSA KATA BAHASA ARAB

Muawiyah Al Murtadho Bin Fajar Nina Purnama Alam


muawiyahalmurtadho@gmail.com

Amani Binti Dahaman@Dahlan, PhD


amanidahaman@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan murid Darjah 5 dalam mengaplikasikan
perkataan-perkataan Bahasa Arab dengan menggunakan “Program Kotak Gembira”. Hal ini
bertitik tolak daripada masalah murid yang tidak mampu untuk mejawab dengan betul ujian yang
berkaitan dengan kosa kata Bahasa Arab yang dipelajari dan mereka tidak memberi tumpuan
dalam penerangan guru di dalam kelas. Kajian ini juga dijalankan untuk menambahbaik
penguasaan ingatan terhadap kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan murid. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid di salah sebuah sekolah Negeri Kedah. Pengkaji memilih Model Kemmis
& McTaggart (1988) dalam pelaksanaan kajian ini dan menggunakan metod kajian secara
kualitatif iaitu pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis bagi pengumpulan data. Kesemua peserta
kajian berjaya menunjukkan peningkatan dalam penguasaan ingatan mereka selepas
menggunakan “Program Kotak Gembira”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
“Program Kotak Gembira” berkesan dalam membantu murid meningkatkan penguasaan kosa kata
Bahasa Arab. Hal ini dibuktikan melalui perubahan tingkah laku murid, peningkatan tahap
kegembiraan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Ini juga dapat
menambah ingatan murid dalam kosa kata Bahasa Arab di dalam pendidikan mereka di Sekolah.
Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini para guru bahasa Arab dapat mengambil manfaat
daripada pelaksanaan medium dalam kajian ini.

Kata kunci: Bahasa Arab, penguasaan tahap ingatan, peningkatan kemampuan pengunaan kosa
kata, berkesan, penggunaan “Program Kotak Gembira ”
85
APLIKASI MODUL I-ARABIC DAPAT MEMPERKASAKAN
PENGUASAAN ISTILAH ICT BAHASA ARAB DALAM
KALANGAN GURU PELATIH IPGK TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Syahirah Abd Rahman, Nur Izatti Nor Asman & Syazana Ishak
ipgktijpim@gmail.com

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru pelatih Institut
Pendidikan Guru (IPG) dalam penggunaan kosa kata istilah ICT Bahasa Arab dalam media sosial.
Kajian ini melibatkan 10 orang guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam di IPGK
Temenggong Ibrahim Johor. Kajian kualitatif ini menggunakan inventori senarai semak dan
analisis dokumen refleksi kendiri yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Para peserta kajian
menjalani ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen kajian utama yang dibina menggunakan
tangkapan skrin (screen shot) yang diambil daripada beberapa laman media sosial dan aplikasi
iaitu Instagram, Twitter, Whatsapp, Telegram dan Google. Para peserta kajian perlu mengisi
helaian tangkapan skrin (screen shot) yang telah dibentuk menjadi satu templat. Dapatan kajian
ujian pra menunjukkan bahawa 90 peratus daripada peserta kajian tidak mempunyai pengetahuan
asas kosa kata istilah bahasa Arab ICT dalam penggunaan media sosial. Penyelidik telah
membentuk satu modul pembelajaran i-Arabic bagi membantu peserta kajian menguasai kosa
kata istilah ICT bahasa Arab. Modul pembelajaran sistematik ini yang mengandungi aktiviti dan
latihan yang terancang telah dilaksanakan ke atas peserta kajian dalam tempoh tiga bulan.
Dapatan ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan istilah ICT bahasa Arab. Modul yang
sistematik ini memudahkan proses pembelajaran kosa kata istilah ICT bahasa Arab. Para peserta
kajian mampu menggunakan aplikasi media sosial menggunakan bahasa Arab dengan lebih
efisien dan yakin. Kajian ini dilihat amat efektif dan proaktif kerana ia amat bersesuaian dengan
perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini
dilihat sebagai suatu norma baharu untuk menghadapi cabaran Pendidikan Abad ke-21.

Kata Kunci : Bahasa Arab, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Guru Pelatih IPG.
86
PEMBINAAN MODUL LATIHAN KIT-KHAT UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KALIGRAFI ARAB
DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Aida Suhaila Mohd Aziz, Nurin Nazihah A. Hamid
Saidatul Adani Mohd Esa, Nuraminuddin Abdul Rashid
ipgktijpim@gmail.com

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dalam
penulisan kaligrafi Arab (Khat), seterusnya mencipta kaedah yang berkesan bagi mengatasi
kelemahan penulisan Khat. Seramai 21 orang siswa dan siswi guru PISMP Pendidikan Islam
IPGKTI terlibat sebagai peserta kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui inventori
senarai semak penilaian kendiri dan ujian kemahiran penulisan Khat sebagai ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan bahawa peserta kajian mampu menguasai penulisan Khat Nasakh dengan
baik, namun 19 orang siswa dan siswi guru berdepan dengan kesukaran apabila diminta untuk
menulisnya dalam bentuk tulisan Khat Riq’ah dan Khat Kufi. Modul Latihan Kit-Khat ini dicipta
bagi meningkatkan kemahiran para pelajar untuk menulis seni tulisan Khat, di samping membantu
mereka untuk membezakan jenis-jenis Khat dengan lebih mudah. Kit latihan ini berbentuk seperti
kotak dan mempunyai beberapa pembahagi, Kit-Khat ini memberi keutamaan kepada dua jenis
Khat iaitu Khat Riq’ah dan Khat Kufi. Perancangan tindakan difokuskan kepada dua aktiviti.
Aktiviti pertama ialah memperkenalkan pelajar kepada bentuk dan ciri-ciri dua Khat tersebut
dengan menggunakan Kad Bezatemol (beza+ubat paracetamol) yang terkandung dalam Kit-Khat
itu. Aktiviti kedua ialah pelajar akan mengisi Kad Warnajela (warna+ubat Bonjela) yang akan
membantu pelajar mengahasilkan kedua-dua jenis tulisan Khat itu. Keputusan ujian pos
menunjukkan 18 daripada 21 orang pelajar berjaya menulis kedua-dua tulisan Khat tersebut
dengan baik, tepat dan kemas, iaitu 86% berbanding ujian pra. Manakala baki 4 orang pelajar
menunjukkan peningkatan yang baik dalam penulisan Khat pada ujian pos kali ini. Penggunaan
Kit-Khat ini terbukti mampu meningkatkan kefahaman, kemahiran serta menyuntik minat pelajar
untuk mempelajari dan mengenal perbezaan serta kaedah penulisan tulisan Khat Riq’ah dan Khat
Kufi secara lebih mudah dan menyeronokkan.

Kata kunci: Khat Riq’ah, Khat Kufi, Kit latihan, Pelajar IPG, Modul
87
KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN KBAT- JAWI
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI MURID
SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU

Raudhah Ali, Ph.D


Muhammad Nurfadhli Akmal Rusli
Nurul Nabila Najwa Zulkarnain
Zureen Halqish Mohamad Hanafi
Nurul Fatehah Rasidan
ipgktijpim@gmail.com

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Jawi melalui permainan yang kreatif. Kajian ini
adalah kajian kes yang melibatkan 40 orang murid sekolah rendah di dua buah sekolah
kebangsaan di Johor Bahru. Teknik permainan ini amat digemari dan sesuai dengan naluri kanak-
kanak dalam proses pembelajaran. Kaedah pemerhatian dan tinjauan telah digunakan untuk
melihat kesesuaian Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam pembelajaran Jawi. Instrumen yang
digunakan ialah ujian bertulis sebagai ujian pra dan pos, soal selidik dan borang pemerhatian yang
bertujuan untuk melihat keberkesanan Teknik Permainan KBAT-Jawi dalam meningkatkan tahap
kemahiran murid dalam penulisan Jawi. Permainan ini dibahagikan kepada empat kategori yang
dimulakan daripada tahap yang mudah dan asas sehingga ke tahap sederhana dan yang lebih
sukar. Bentuk permainan ini adalah gabungan permainan Roda Impian, permainan Bola Tiga
Lubang, permainan Bongkah Kayu dan permainan Sahibba Jawi. Dapatan daripada ujian pos dan
pemerhatian yang dijalankan, menunjukkan murid-murid tersebut sangat terhibur serta dapat
meningkatkan minat mereka terhadap tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang
terlibat untuk merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
meningkatkan minat murid terhadap tulisan Jawi. Hal ini penting kerana tulisan Jawi berfungsi
sebagai perantara dalam pengajaran dan pembelajaran bidang Pendidikan Islam.

Kata kunci : Tulisan Jawi, didik hibur, permainan, murid sekolah


88
PENDEKATAN KALAM JAMAEI DALAM MENINGKATKAN
TAHAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB MURID
TAHAP DUA SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH BATU PAHAT
JOHOR

Raudhah Ali, Ph.D, Ammar Nazmi Zaki, Maisarah Ruslan, Nuraida Nadhirah Mohd Asri,
Wan Nurul Eisyha Wan Anual
ipgktijpim@gmail.com

IPGK Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Abstrak

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi bahasa Arab
dalam kalangan murid sekolah rendah tahap dua. Kajian ini melibatkan 20 orang peserta kajian
di sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Batu Pahat Johor. Ujian lisan dan senarai semak
kemahiran bahasa Arab dibina untuk menguji kemahiran komunikasi peserta kajian. Dapatan
daripada ujian pra ini menunjukkan kemahiran komunikasi peserta kajian berada pada tahap yang
lemah. Penyelidik telah menggunakan pendekatan Kalam Jamaei Bertema untuk melatih peserta
kajian agar dapat berkomunikasi secara yang lebih berkesan. Aktiviti perbualan yang disusun
dalam pendekatan ini merangkumi lima tema iaitu “Kenali Diri Saya’, ‘Keluargaku Sayang’,
‘Hobi Saya’, ‘Masa Depanku’ dan ‘Makanan Sihat’. Peserta kajian telah dibimbing dan dilatih
untuk berkomunkasi melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun dalam pendekatan
ini. Hasil dapatan daripada ujian pos menunjukkan peningkatan tahap kemahiran komunikasi
bahasa Arab iaitu sebanyak 80% peserta kajian telah menguasai komunikasi dalam setiap tema.
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai saranan bagi
memaksimumkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya.
Pendekatan dan kaedah yang kreatif dan inovatif memastikan murid-murid dapat berkomunikasi
dengan baik dalam menghadapi cabaran pembelajaran Abad ke-21. Guru perlu kreatif dalam
mencipta pelbagai bentuk aktiviti melalui modul dan pendekatan agar dapat memantapkan
penggunaan bahasa Arab sebagai bahasa kedua penting selain daripada bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda.

Kata kunci: Komunikasi bahasa Arab, Kalam Jamaei, Pembelajaran Abad Ke-21, murid sekolah
89
MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI MOLVIEW DALAM
PEMBELAJARAN GEOMETRI MOLEKUL

1
Yusniza Yusof. 2Hezelin Elayana Shaian, 3Wan Zai Azlin Wan Aziz,
4
Tengku Zuniza Tengku Yahya Shah
1
yusniza@kmph.matrik.edu.my, 2hezelin@kmph.matrik.edu.my, 3azlin@kmph.matrik.edu.my,
4
tengkuzuniza@kmph.matrik.edu.my

1,2,3,4
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak

Penyediaan manual penggunaan aplikasi Molview oleh pensyarah dalam proses pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan inisiatif yang dilakukan bagi mempelbagaikan
bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan aplikasi Molview ini bukan sahaja dalam
kalangan pensyarah Unit Kimia tetapi juga didedahkan kepada para pelajar. Alat digital
iaitu papan putih interaktif Smart board dan telefon pintar diintegrasikan bersama manual
penggunaan aplikasi Molview dalam sesi PdPc subtopik geometri molekul. Seramai 24
orang pelajar Semester 1 Program Dua Semester (PST) aliran Sains terlibat dalam sesi PdPc
ini. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data adalah terdiri daripada ujian pra dan
ujian pasca, respon soal selidik pelajar dan pensyarah menggunakan borang Google.
Penilaian kesan penggunaan manual aplikasi Molview dibuat menggunakan kaedah
gabungan (Pretest-Treatment-Posttest), temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis data
kuantitatif dalam bentuk peratus mendapati terdapat pencapaian markah yang positif. Ini
menunjukkan peningkatan dalam penguasaan isi kandungan pelajar bagi subtopik geometri
molekul. Analisis secara kualitatif pemerhatian pula menggunakan borang senarai semak
pemerhatian (Tingkah Laku) menunjukkan para pelajar yang terlibat mempunyai persepsi
yang positif terhadap pengintegrasian alat digital bersama manual penggunaan aplikasi
Molview. Temubual dalam kalangan pensyarah juga menunjukkan minat terhadap
penggunaan manual ini. Implikasi penyediaan seterusnya penggunaan manual aplikasi
Molview menunjukkan bahawa manual ini sesuai digunapakai sebagai BBM dalam
kalangan pensyarah serta pelajar dalam sesi PdPc.

Kata kunci: manual penggunaan, aplikasi Molview, bahan bantu mengajar, alat digital,
geometri
90
PENGGUNAAN PERMAINAN CROSS-NOKTAH BAGI
MENINGKATKAN KEMAMPUAN MURID DALAM
MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN PENDEK DAN BACAAN
PANJANG PERKATAAN BAHASA ARAB

Siti Aishah Shahida binti Azahari


aishah.shahida@gmail.com
IPG Kampus Darulaman

Sazura binti Zakaria


sazura@ipda.edu.my
IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Penggunaan Permainan “Cross Noktah” dalam penyelidikan tindakan ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Tahun 3 dengan mengambil kira
bacaan pendek dan bacaan panjang dalam perkataan Arab. Permainan ini telah digabungjalinkan
dengan penggunaan teknologi iaitu menggunakan perisian power point. Kajian ini juga memberi
peluang kepada pengkaji untuk meningkatkan minat murid dalam membaca perkataan bahasa
Arab dengan mengambil kira bacaan pendek dan bacaan panjang. Pengkaji telah melaksanakan
kajian ini di sebuah sekolah di Wilayah Kedah. Proses pengumpulan data dijalankan
menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen kepada lima orang peserta. Keputusan
kajian menunjukkan peningkatan positif dalam penguasaan murid selepas menggunakan “Cross
Noktah”. Murid dapat mengenalpasti tanda-tanda bacaan pendek dan bacaan panjang seterusnya
membezakan antara keduanya. Objektif kajian yang dinyatakan telah tercapai dengan baik.
Permainan “Cross Noktah” mampu meningkatkan kemampuan pelajar dalam kemahiran
membaca dengan mengambil kira bacaan pendek dan bacaan panjang. Adalah diharapkan dengan
terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pengajaran guru
seterusnya meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid.

Kata Kunci : bahasa arab, permainan bahasa, aktiviti permainan bahasa, bacaan pendek, bacaan
panjang, sekolah rendah
91
INOVASI PEMBELAJARAN DIGITAL RASE-CARD
KIT BAGI MENGENAL PASTI JENIS TINDAK
BALAS KIMIA ORGANIK

1
Maira Mahmad, 2Ramanurbaya Mansor, 3Mark Haur Jye
1
maira.mahmad@kmns.matrik.edu.my,
2
ramanurbaya.matrik@1govuc.gov.my,
3
mark.matrik@1govuc.gov.my
1,2,3
Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar dalam
menyatakan jenis tidak balas kimia organik dengan betul bagi topik Introduction To
Organic Chemistry. Kumpulan sasaran terdiri daripada 17 orang pelajar Sistem Dua
Semester (SDS) Semester II sesi 2019/2020 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Tinjauan awal ke atas 58 orang pelajar kelas tutoran S2DP4, S2DP5 dan S3AP2 dengan
menggunakan ujian pra mendapati 17 orang daripadanya mendapat markah gred C dan ke
bawah, iaitu dalam peratusan julat markah antara 0 hingga 54. Kesemua pelajar ini tidak
dapat mengenal pasti perbezaan dalam persamaan tindak balas kimia yang diberikan dan
seterusnya menjurus kepada kegagalan untuk menentukan jenis tindak balas kimia organik
tersebut. Bermula dengan penghasilan kad imbasan RASE-CARD, yang merupakan
mnemonic kepada Rearrangement, Addition, Substitution dan Elimination CARD.
Kemudiannya di inovasikan menjadi satu paparan digital yang diberi nama visual RASE-
CARD kit. Empat item yang terkandung dalam paparan ini iaitu RASE-CARD ABM, video
asimilasi RASE-CARD, nota powerpoint RASE-CARD dan kuiz online RASE-CARD.
Pendokumentasian ke atas semua bahan-bahan RASE-CARD dilakukan dan membawa
kepada penghasilan satu inovasi pembelajaran digital RASE-CARD kit. Hasil dapatan
menunjukkan min skor pada ujian pasca meningkat sebanyak 9.64. Kesemua pelajar
kumpulan sasaran berjaya memperolehi markah pada tahap cemerlang. Inovasi
pembelajaran digital RASE-CARD kit ini menggunakan prinsip mudah dan ringkas serta
memberi impak sebagai amalan pdpc terbaik bagi menentukan jenis tindak balas kimia
organik

Kata kunci : Jenis tidak balas kimia organik, kad imbasan RASE-CARD, inovasi, visual
RASE-CARD kit, RASE-CARD kit.
92

PERSEPSI GURU PELATIH DALAM MELAKSANAKAN


KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Muhammad Afifuddin Ahsian, Farah Farhana Rosli & Farihah Mohd Noor
afifuddinsis@gmail.com
IPG Kampus Darulaman

Abstrak
Fenomena dunia kini memerlukan kepada kedalaman keupayaan berfikir aras tinggi bagi
menangani cabaran setempat. Keupayaan berfikir ini wajar dipraktikkan dalam dunia
pendidikan untuk melahirkan generasi yang kompeten dalam menilai, mengkaji dan
menaakul persekitaran dengan sebaiknya. Sehubungan itu, transformasi kurikulum dalam
pendidikan diperlukan untuk memperkasakan keupayaan berfikir aras tinggi ini melalui
pelaksanaan dan praktikal kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh yang demikian, kupasan
artikel ini memperlihatkan persepsi guru pelatih di Institut Pendidikan Guru dalam
melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam tugasan bilik darjah. Berdasarkan data
pemerhatian yang diperoleh, lima orang guru pelatih Pendidikan Islam mendapati mereka
menyedari kepentingan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
meningkatkan keupayaan berfikir, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
kemahiran belajar. Kemahiran ini penting diaplikasikan supaya guru pelatih dapat
menjawab soalan tugasan dengan baik serta dapat menghubungkan pengetahuan sedia ada
mereka dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu dengan kehidupan sebenar
seterusnya dapat meningkatkan kapasiti kebolehpasaran mereka apabila melangkah ke
alam pekerjaan sebenar.
Kata kunci : guru pelatih, kemahiran berfikir, pendidikan
93
AMALAN PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DI
PRASEKOLAH

Nurul Nisha Asykin Zainal, Farah Farhana Rosli & Farihah Mohd Noor
nishanash98@gmail.com

IPG Kampus Darulaman

Abstrak
Pendidikan Prasekolah di Malaysia adalah berkonsepkan program pendidikan yang tidak
formal bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga
enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Umumnya mengetahui bahawa matlamat prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan ke sekolah rendah. Lantaran itu, penulisan artikel kajian ini bertujuan
mengupas pola amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di Prasekolah. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif iaitu dengan membuat pemerhatian dalam pengajaran. Dapatan kajian juga
memperlihatkan guru Pendidikan Islam telah mengamalkan pengajaran berkesan di Prasekolah
melalui pengajaran pemeringkatan dan pengajaran berfokus. Amalan pengajaran tersebut ternyata
memberi manfaat kepada guru Pendidikan Islam dalam menyediakan perancangan pengajaran
selanjutnya menghasilkan maklum balas dan penilaian berterusan dalam pengajaran. Selari itu
juga amalan pengajaran tersebut menjadi garis panduan dalam menghasilkan pengajaran berkesan
dengan membaik pulih amalan PdPc sedia ada. Garis panduan pengajaran ini turut memberikan
strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan oleh guru Pendidikan Islam di
Prasekolah.

Kata kunci: amalan pengajaran, Pendidikan Islam, prasekolah


94
EFIKASI KENDIRI GURU BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN
NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI (KBD)

Farihah Binti Hussain (PhD)1


Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (Prof)2
Maimun Aqsa Lubis (PhD)3
farihah_hussain@ipda.edu.my
1
Jabatan Bahasa Arab
IPG Kampus Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah.
2&3
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Pengajaran nahu salah satu kompenen dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Pengajaran nahu
memerlukan keyakinan dan keupayaan guru dalam memahami isi kandungan yang diajar. Keyakinan
guru merujuk kepada Efikasi Kendiri Guru (EKG) dalam kajian ini. EKG merupakan proses kognitif
yang menjadi pemacu kepada tingkahlaku seseorang. Hal demikian, EKG merupakan asas utama bagi
memacu kecemerlangan diri guru dalam meningkatkan kefahaman dan pencapaian pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka empat elemen EKG dalam
pengajaran nahu. Hal ini kerana KBD baru dilkasnakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
pada tahun 2015 dan pengajaran nahu bermula pada tahun 2017 pada murid tingkatan tiga. Pemberatan
tajuk nahu yang banyak memerlukan keyakinan guru bagi memberi kefahaman kepada murid. Peserta
kajian terdiri daripada lapan orang guru bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan
kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Data kajian ini
dianalisis menggunakan perisian Atlas ti 8. Hasil kajian menjelaskan bahawa guru yang mempunyai
efikasi kendiri guru yang tinggi mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, dapat menjadikan murid
aktif dalam kelas, menyediakan rancangan pengajaran harian secara tersusun dan sistematik dan mampu
serta sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam memberi bimbingan secara berterusan sama ada
di dalam kelas atau di luar kelas.

Kata kunci: efikasi kendiri guru, kurikulum bersepadu dini, pengajaran nahu
95
MENELUSURI ISU PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI DAN
KEPERLUAN TERHADAP PENDIDIKAN KHAS
1
Ang Chai Tin
2
Lim Li Bin
1
angct@ipda.edu.my
2
limlibin@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Di Malaysia, populasi Orang Asli bertaburan di Semenanjung Malaysia dengan majoritinya berada di
Negeri Pahang, Perak dan Kelantan. Sehingga kini, walaupun banyak usaha telah diambil untuk
memberi bantuan pendidikan kepada murid Orang Asli, misalnya penubuhan Jabatan Kemajuan Orang
Asli (JAKOA) dan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Pendidikan
Guru Malaysia membangunkan program-program pendidikan pribumi untuk meningkatkan tahap
pencapaian pendidikan murid-murid Orang Asli, akan tetapi ramai murid Orang Asli masih didapati
terbelenggu dengan masalah kegagalan akademik dan keciciran pendidikan yang membimbangkan.
Kertas konseptual ini cuba mengenal pasti faktor-faktor yang dikatakan penyumbang kepada isu-isu
pendidikan yang dihadapi murid Orang Asli, dan membincangkan kemungkinan wujud hubung kait
masalah murid Orang Asli ini dengan keperluan terhadap pendidikan khas.

Kata kunci: Orang Asli, kelemahan pelajaran, keciciran, faktor, pendidikan khas
96
PENERIMAAN PELAJAR KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI
ANTARABANGSA TERHADAP APLIKASI KAHOOT
BERDASARKAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM)

Nur Farhana Abdul Aziz


nurabdulaziz2012@gmail.com

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

Abstrak

Pembelajaran berasaskan teknologi semakin berkembang pada masa kini. Kahoot merupakan
salah satu medium pembelajaran interaktif yang digunakan secara meluas yang melibatkan
penglibatan aktif pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar Diploma
di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang terhadap penggunaan aplikasi
Kahoot di dalam mata pelajaran Bahasa Arab berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM).
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif. Satu set soal selidik yang
mengandungi dua bahagian menggunakan 4 konstruk dalam model TAM diedarkan kepada 36
responden kajian yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan
pelajar terhadap aplikasi Kahoot ini berada pada tahap yang tinggi dalam subjek bahasa Arab.
Kajian ini diharapkan menjadi panduan bagi kajian-kajian lain menggunakan model penerimaan
teknologi TAM ini terhadap pelbagai aplikasi Web 2.0 dan juga subjek-subjek yang lain.

Kata kunci: Aplikasi Kahoot, Model Penerimaan Teknologi TAM, Pembelajaran Bahasa Arab,
Pembelajaran Atas Talian
97
PELAKSANAAN PDP KOKURIKULUM DALAM TALIAN KE
ARAH SATU NORMA YANG BAHARU

Dr. Norsiah Bahari, Mohamad Rosli bin Badron, Norhaslina binti Nordin dan Zaimawati binti
Abd. Kadir
9w2sgp@edidik.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Abstrak

Seluruh dunia termasuk negara kita, sedang bertarung dengan penularan wabak pandemik Covid-
19. Susulan daripada itu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) mulai 18 Mac 2020. Sehubungan itu, pensyarah di Institut Pendidikan Guru telah
menjalankan kelas secara dalam talian mengikut jadual-jadual yang telah dipersetujui bersama
pelajar. Namun pelaksanan pdp dan pentaksiran kokurikulum secara dalam talian memberikan
cabaran kepada pensyarah dan pelajar, memandangkan kokurikulum merupakan sebahagian
kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan serta
unit beruniform dijalankan di luar bilik darjah dan memerlukan aktiviti secara ‘hands-on’. Pelajar
juga perlu mempraktikkan amalan teori di bilik darjah ke luar bilik darjah bagi memastikan
pembelajaran pelajar menjadi lebih sempurna ddan bermakna. Maka kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pentaksiran, serta isu
dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan PdP kokurikulum dalam tempoh PKP. Hasil
kajian terhadap enam orang jurulatih dan pensyarah kokurikulum IPGK PM mendapati mereka
boleh menjalankan pdp kokurikulum dalam talian dengan baik dan boleh menyesuaikan diri
dengan norma baharu. Pdp secara dalam talian adalah satu cabaran kepada kursus kokurikulum
yang memerlukan sentuhan fizikal seperti olahraga (MPU3071) dan permainan (MPU3041). Ini
menyebabkan jurulatih dan pensyarah kokurikulum berpendapat pdp yang dilaksanakan oleh
mereka adalah kurang berkesan , kurang menarik dan kurang bermakna untuk para pelajar.
Masalah capaian internet yang lemah dan kurang berkualiti merupakan isu utama yang
mengganggu pembelajaran pelajar dan pengajaran jurulatih dan pensyarah kokurikulum.
Jurulatih dan pensyarah kokurikulum juga didapati memerlukan sokongan, bimbingan dan
latihan untuk menjalankan kelas dalam talian.

Kata Kunci : Covid-19, kokurikulum, pdp dalam talian


98
TEKNIK LUKISAN 'ONE-WAY & TWO-WAY ARROW' UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUKIS MEDAN LASTIK
DALAM MATA PELAJARAN FIZIK : SATU ANALISIS
KEPERLUAN

Norhafizan binti Abdul Wahab


hafizannora@gmail.com

SMK Air Merah, Kulim, Kedah

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan teknik lukisan 'One-Way
& Two-Way Arrow' untuk meningkatkan kemahiran melukis medan lastik dalam mata pelajaran
Fizik. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 20 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Air Merah, Kulim. Setiap murid diberi empat soalan lukisan medan lastik yang perlu dilukis
dengan betul menggunakan Petua Genggam Tangan Kanan dan Petua Tangan Kiri Fleming bagi
ujian pra dan pasca. Selepas selesai setiap ujian, setiap pelajar diberi borang soal selidik yang
menggunakan skala 5-poin Likert bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap teknik lukisan 'One-
Way & Two-Way Arrow' yang digunakan dalam menyelesaikan soalan lukisan medan lastik.
Dapatan data dianalisis menggunakan deskriptif kekerapan dan peratusan. Kajian ini diharapkan
dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Fizik
terutamanya dalam topik Elektromagnet di semua sekolah di seluruh Malaysia.Artikel ini adalah
berkenaan Fasa I pembangunan bahan bantu belajar ini iaitu dapatan analisis keperluan sahaja.

Kata kunci: teknik lukisan, one-way & two-way arrow, medan lastik, elektromagnet
99
THE USE OF SPEED BBM IN THE ISLAMIC EDUCATION
AMONG STUDENTS WITH LEARNING DISABILITIES

Mohd Solihin bin Che Rozali


msolihinrozali@gmail.com

SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Kedah

Abstract

The Purpose of this study is to explore the effectiveness of infographic use in teaching and
learning Islamic Education for students with special needs. A total of 40 students from Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok were actively involved in this study. All students
were learning disabilities students and selected based on simple random sampling method. Data
collection was quantitative and analysed using descriptive statistical analysis. Data were obtained
from a set of questionnaires which were the main instrument of this study. Questionnaire
instruments underwent content validity and reliability testing. A pilot study was also conducted
with a Cronbach's alpha of 0.896. According to the study, the main problem of learning among
students is the inability of students to understand the concept of prayer properly as well as the use
of too many presentation slides and word-of-word information as a barrier to learning in the
classroom. The study also found that the use of infographics including the use of pictures and
symbols, simple text, and interesting colours has stimulated students to understand the concepts
of prayer taught more easily, accurately and quickly. Therefore, it is undeniable that using
infographics is a creative way to convey information more clearly and quickly. As such, the use
of infographics should be optimized for its use especially in the teaching process of special needs
students so that the information they wish to convey can be efficiently digested.

Keywords: Infographic, Learning Disability, Islamic Education, Instructional Technology


100

HUBUNGAN AMALAN PENYELIAAN PENGAJARAN DENGAN


MOTIVASI GURU, PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU
DAN PRESTASI PENGAJARAN GURU

Nurul Syafinaz Ishak1, Shahfullizan Salleh2, Norsuriani Ismail @ Abd Wahab3


1
PPD Besut, Terengganu
2
SK Bukit Tiu, Machang, Kelantan
3
SK Tok Motong, Besut, Terengganu
1
syaf.sisc.ppdbesut@gmail.com

Abstrak
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah memfokuskan tentang keberhasilan dalam
pendidikan khususnya dalam aspek perkembangan personel pendidikan melalui beberapa inisiatif iaitu
perkembangan profesional guru dan kompetensi guru dalam memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Embretson, Feber, dan Langager (1984) dalam kajian mereka telah
menyatakan penyeliaan pengajaran adalah proses pemkembangan yang mempromosi pertumbuhan dan
pembangunan berterusan kakitangan dalam seni pengajaran, meningkatkan motivasi serta
penambahbaikan prestasi pengajaran. Justeru, pengkaji telah melaksanakan kajian berbentuk tinjauan
deskriptif melalui kaedah soal selidik menggunakan skala likert 5-mata bagi mengkaji sejauhmana
tahap amalan penyeliaan pengajaran serta kajian korelasi bagi melihat berhubungkaitnya dengan 3
kualiti guru di atas bagi menjawab objektif-objektif yang dinyatakan. Soal selidik ini terdiri daripada
3 bahagian,iaitu Bahagian A: Demografi, Bahagian B : Amalan penyeliaan pengajaran, dan Bahagian
C : Kualiti Guru yang terdiri daripada 3 dimensi iaitu, motivasi guru, perkembangan profesionalisme
guru dan prestasi guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan penyeliaan pengajaran
adalah tinggi bagi kategori sekolah menengah harian manakala berada di tahap sederhana bagi sekolah
menengah aliran agama. Perbandingan hubungan amalan penyeliaan pengajaran terhadap kualiti guru
menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat serta signifikan dengan ketiga-tiga dimensi kualiti
guru.

Kata kunci : penyeliaan pengajaran, motivasi guru, perkembangan profesionalisme guru, prestasi guru
101
MENENTUKAN TREND PERIODICITY MENGGUNAKAN AKRONIM
Pzas vs Psas BERBANTUKAN APLIKASI ATAS TALIAN

Wan Zai Azlin Wan Aziz1, Ruziana Abdullah2, Norhasni Jamaludin3,


Nurul Hidayah Kamardin4
1
azlin@kmph.matrik.edu.my
1,2,3,4
Kolej Matrikulasi Pahang

Abstrak
Kajian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menyelesaikan masalah
untuk menentukan trend periodicity bagi tajuk Periodicity mengunakan akronim Pzas vs Psas
berbantukan aplikasi dalam talian. Kajian dengan penggunaan aplikasi dalam talian ini, melibatkan
pembelajaran digital ekosistem iaitu Tagline Card, video PdPc, Google Classroom serta Quizlet serta
diperkukuhkan lagi dengan menggunakan akronim Pzas vs Psas. Kajian dilaksanakan ke atas 24 orang
pelajar Modul 1 Sistem Dua Semester (SDS) di Kolej Matrikulasi Pahang. Hasil tinjauan awal melalui
pemerhatian, temu bual dan penilaian kuliah (Quizizz) mendapati para pelajar menghadapi masalah
untuk menentukan trend periodicity. Akronim Pzas vs Psas diperkenalkan semasa intervensi bagi
membantu mereka membuat penyelesaian trend periodicity melalui sesi perbincangan dan gerak kerja
melalui ekosistem digital. Dua kaedah pengumpulan data secara kuantitatif iaitu ujian (Quizziz),
analisis soal selidik (google form). Temubual spontan dan pemerhatian sebagai pengumpulan data
kualitatif. Analisis soal selidik serta temubual mendapati kumpulan sasaran bersetuju kaedah yang
diperkenalkan membantu penyelesaian. Hasil ujian serta pemerhatian pula mendapati mereka telah
berjaya mengurangkan kesilapan. Hal ini menunjukkan akronim Pzas vs Psas dan aktiviti PdPc dalam
talian yang diperkenalkan membantu dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar.

Kata Kunci : Trend periodicity, Dalam Talian, Google Classroom, Pzas vs Psas, Quizizz.
102
PENGALAMAN DAN CABARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
MAYA BAGI SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM

Salbiah Mohamed Salleh, Ph.D


Ahmad Sahli Mohd Hasan
Norhana Mohamed Salleh
Siti Faizah Mohd Saleh @ Salleh
Ahmad Amzar Mat Said

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

Abstrak

Pandemik Covid-19 telah memberi perubahan besar dalam kehidupan masyarakat samada dari sudut
ekonomi, sosial dan pendidikan. Pembelajaran secara berhadapan bertukar kepada pembelajaran maya
bagi memastikan guru dapat mengakses murid seterusnya menyampaikan pengajaran berdasarkan
perancangan tahunan yang telah ditetapkan. Kertas kerja ini membincangkan kesediaan dan cabaran
yang dihadapi oleh Guru Pendidikan Islam sepanjang menjalani pengajaran dan pembelajaran secara
maya sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dapatan kajian menunjukkan tahap
kesediaan GPI adalah tinggi untuk menjalankan pengajaran secara maya. Namun mereka berhadapan
dengan pelbagai cabaran untuk menjayakan pengajaran. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh GPI
ialah kemudahan internet dan sikap murid yang tidak konsisten mengikuti pembelajaran. Kertas kerja
ini juga turut membincangkan beberapa cadangan bagi menyelesaikan masalah pembelajaran maya bagi
subjek Pendidikan Islam.

Kata Kunci: Pandemik Covid-19, pembelajaran maya, PKP


103

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA GANTI DIRI


BERSAMBUNG DAN TIDAK BERSAMBUNG BAHASA ARAB DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH “LUGHINA”

Nur Shafiqah Abd Aziz


Mohd Sukri Ahmad
msukri@ipda.edu.my

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi kata
ganti diri bersambung dan tidak bersambung dalam kalangan murid Tahun 4 di sekolah rendah melalui
projek “LuGhina”. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam
mempelajari kata ganti diri bahasa Arab. Projek inovasi ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan
Jitra 2, Kedah. Peserta penyelidikan ini terdiri daripada lapan orang murid Tahun Empat. Proses
pengumpulan data dijalankan menggunakan kaedah perbandingan ujian pra & ujian pasca, pemerhatian,
dan temu bual. Dapatan penyelidikan ini menunjukkan peningkatan positif dalam kemahiran menulis
kata ganti diri bahasa Arab (bersambung dan tidak bersambung) dalam kalangan pelajar selepas
menggunakan kaedah “LuGhina”. Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan projek “LuGhina” dapat
meningkatkan minat murid mempelajari kata ganti diri bahasa Arab. Adalah diharapkan penyelidikan
inovasi ini dapat memberi manfaat dalam memperbaiki amalan pembelajaran murid dan pengajaran
guru.

Kata Kunci : Bahasa Arab, Permainan Bahasa, Aktiviti ‘Permainan Bahasa’, Mengaplikasi Kata Ganti
Diri Bersambung Dan Tidak Bersambung, Sekolah Rendah .
104
PERMAINAN BERASASKAN PERISIAN POWER POINT DI
DALAM PdPc DAN PENTAKSIRAN PENGUASAAN ASAS
LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI MURID SEKOLAH
RENDAH TAHUN SATU DI SK KIROKOT RANAU
“PICK AND GO”

Hallsen Justin
Sekolah Kebangsaan Kirokot, Ranau, Sabah
hallsenjustin295@gmail.com

Abstrak

Pick And Go adalah merupakan satu inovasi yang diinspirasikan daripada permainan atas talian yang
popular iaitu Pokemon Go. Permainan interaktif komputer ini dihasilkan melalui perisian Power Point
bagi menghasilkan pengajaran berbentuk didik hibur melalui aplikasi penggunaan Teknologi Dan
Maklumat bagi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Inovasi ini bertujuan untuk membantu
murid-murid Tahap Satu di SK Kirokot Ranau untuk menguasai kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris
iaitu keupayaan murid-murid untuk mengenal dan membunyikan huruf. Instrumen pengumpulan data
yang digunakan adalah temubual, penulisan jurnal dan analisis dokumen digunakan untuk menjawab
kepada soalan kajian. Data peningkatan penguasaan kemahiran asas literasi Bahasa Inggeris dan tahap
minat murid diperolehi melalui perbandingan keputusan ujian saringan dan ujian selepas intervensi ini
dijalankan di dalam kelas. Pendekatan kajian secara kualitatif digunakan di dalam kajian ini dengan
menggunakan ketiga-tiga instrumen pengumpulan data bagi mendapatkan triangulasi kesahan data yang
tinggi. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi tahap penguasaan dan
tahap minat murid melalui penggunaan inovasi Pick And Go ini. Inovasi ini mempunyai potensi tinggi
untuk disebar luas kerana ianya berkonsepkan didik hibur dan kandungan yang boleh diubahsuai
mengikut tahap, topik dan kemahiran yang lain.

Kata Kunci: Kemahiran Asas Literasi Bahasa Inggeris, Pencapaian, Minat, Interaktif
105
E-PORTFOLIO SOLUSI KEPERLUAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MAYA ALAF 21 ‘SYNCHRONOUS’ DAN
‘ASYNCHRONOUS’ UNTUK KURSUS TITAS

Ahmad Nasir Mohd Yusoff , PhD


ahmadnasir@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Ratna Roshida Abd Razak, PhD


ratna_razak@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Dr Mohammad Akhir Ab Wahab, PhD


makhir@ipda.edu.my
IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

Mohamad Maulana Magiman, PhD


mdmaulana@upm.edu.my
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak

Abstrak
Peranan sebagai pensyarah dalam alaf 21 berasaskan teknologi digital menuntut transformasi
pengajaran dan pembelajaran berfokuskan heutagogy, peeragogy, cybergogy, andragogi dan
pedagogi. Tugas dan peranan pensyarah adalah merancang penyampaian pengajaran
menggunakan aplikasi bersesuaian, memuatnaik bahan berkaitan topik sebelum melaksanakan
kuliah maya, menyediakan maklumat aktiviti pembelajaran kuliah maya, melaksanakan kuliah
maya secara segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous), merekod kehadiran
berdasarkan penyertaan pelajar dalam kuliah maya serta memberi maklum balas kepada pelajar
berkaitan aktiviti pentaksiran yang dilaksanakan yang kesemuanya ini boleh diletakkan dalam
maklumat digital E-PORTFOLIO pengajaran dan pembelajaran yang direka khas. Objektif
Inovasi kali ini ingin menerangkan mengenai E-PORTFOLIO pengajaran serta kepentingannya,
mengenal pasti contoh portfolio pengajaran yang kreatif dan mempunyai inovasi pengajaran yang
berkualiti, menyediakan rangka portfolio kursus dan portfolio pengajaran, mengenal pasti perkara
yang perlu ada di dalam portfolio kursus dan portfolio pengajaran, falsafah pengajaran, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran pensyarah dan melaksanakan pengumpulan bukti-bukti sokongan
bagi pembangunan portfolio pengajaran. Kesimpulannya Portfolio adalah koleksi dokumen yang
memberi gambaran tentang profesion seseorang dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kelayakan, matlamat dan pencapaian. Dalam konteks portfolio pengajaran, ia adalah dokumen-
dokumen panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dibangunkan secara sistematik untuk
digunakan oleh seseorang pengajar dalam melaksanakan tugas mengajar dan bertujuan membantu
pengajar menyediakan dan menguruskan portfolio pengajar secara sistematik dan melancarkan
lagi aktiviti PdP pengajar agar lebih terancang.

Katakunci : E-PORTFOLIO, Solusi Keperluan, Pengajaran Dan Pembelajaran Maya, Alaf 21


‘Synchronous’ Dan ‘Asynchronous’
106
A SURVEY RESEARCH REGARDING SUBITIZING AMONG
EARLY CHILDHOOD EDUCATORS

Dr Fu Sai Hoe, Tiong Lung Lung, Chow Wui Chung, Leong Lai Kwoon
fikk221002@hotmail.com

Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

Abstrak

This research probes into the teaching subitizing among early childhood educators in Sandakan
district, Sabah. An online early mathematics questionnaire is employed in this study to collect the
relevant data which will be analysed by using the descriptive statistics. The purpose of this paper
is to report the results of teaching subitizing which involved 52 educators from private
kindergarden in Sandakan, Sabah. The results show that 59.6% of the respondents in Sandakan
not really familiar with subitizing.

Keywords: Teaching subitizing, early childhood educators, Sandakan district, Sabah


107
KAEDAH PERMAINAN GO MAKCIK KIAH (GMCK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Erny Julia Binti Abdullah Kamal


ernyjulia153@gmail.com

Kolej Matrikulasi Selangor

Abstrak
Kaedah permainan merupakan perubahan dalam corak pengajaran, dimana pelajar berubah
daripada "pembelajaran dengan mendengar" kepada "belajar dengan melakukan" (Garris &
Ahlers, 2002). Dalam situasi pandemik hari ini, melaksanakan kaedah permainan dalam PdPc
dengan elemen komunikasi dan kolaborasi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, ianya tidak
mustahil. Justeru, pengkaji ingin memperkenalkan satu inovasi kaedah permainan dalam PdPc
norma baharu yang dikenali sebagai Go Makcik Kiah (GMCK). Tujuan kajian ini adalah untuk
mengetahui pandangan pengajar dan pelajar terhadap permainan GMCK dan mengetahui
keberkesanan GMCK dalam pembelajaran pelajar. Dalam kajian ini dua orang pensyarah Kolej
Matrikulasi Selangor, 30 orang pelajar jurusan Biologi Kolej Matrikulasi Selangor dan 30 pelajar
tingkatan 5 yang mengambil subjek sains dari Sek. Men. Bandar Banting dipilih sebagai
responden. Kajian ini menggunakan kaedah temubual, penggunaaan borang soal selidik dan ujian
pra dan ujian pos.

Kata Kunci: Kaedah permainan dalam PdPc , elemen komunikasi dan kolaborasi inovasi
kaedah permainan , Go Makcik Kiah (GMCK).
108
KOMPETENSI KBAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK SISWA GURU SEM 8 IPG KAMPUS
ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Nor Azim Bin Norddin


azimnorddin123@gmail.com

IPG Kampus Ilmu Khas

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kompetensi KBAT, tahap
pencapaian akademik dan hubungan antara kompetensi KBAT dengan pencapaian akademik
siswa guru semester 8. Kajian ini melibatkan 119 orang siswa guru semester 8, ambilan Jun 2016,
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
Instrumen Kompetensi KBAT (15 items). Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan
inferensi dengan berpandukan `Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0.
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 99.16% daripada sampel kajian mencatatkan skor
penguasaan KBAT pada tahap yang tinggi, manakala sebanyak 0.84% daripada sampel kajian
menguasai KBAT pada tahap yang sederhana. Sementara itu, 90.8% dan 9.2% daripada sampel
kajian mencatatkan skor pencapaian akademik pada kelas kedua atas dan kelas pertama masing
masing. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan
antara tahap penguasaan KBAT dengan tahap pencapaian akademik siswa guru secara
keseluruhannya di mana r=.167, p>.01. Seterusnya implikasi dan cadangan kajian turut
dibincangkan.

Kata kunci: Kompetensi KBAT, siswa guru, pencapaian akademik


109
KEKUATAN DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU NOVIS AMBILAN
JANUARI 2014 KELUARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU DI
ZON UTARA

DR Julinamary Parnabas, DR Ahmad Sobri Bin Shuib, DR Muhammad Nidzam Bin Yaakob,
DR Syed Khalid Syed Idrus , Saifudin Azam Shah Ahmad
julina1974m@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Abstrak
Institusi Pendidikan Guru Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam usaha
menghasilkan guru yang berpotensi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Setiap tahun Institusi Pendidikan Guru Malaysia menjadi pembekal utama guru novis
terlatih ke sekolah rendah di seluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa guru novis ini juga
menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran dalam usaha melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan cemerlang demi untuk membangunkan generasi muda ke alaf
baru.Maka kajian kes telah dilaksanakan melalui persampelan bertujuan. Data kualitatif untuk
kajian ini dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan analisa dokumen. Sampel kajian ini
terdiri dari 5 orang guru novis, 5 orang pentadbir sekolah dan 5 orang lagi rakan sejawat guru
novis tersebut dari Zon Utara. Kesemua guru novis ini adalah terdiri dari opsyen Sejarah dan
Bimbingan & Kaunseling lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan Januari
2014 yang telah berjaya ditempatkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2018. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh guru novis ini dalam
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran seharian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa
guru novis mampu melaksanakan Pembelajaran Abad Ke 21 dengan baik. Mereka juga
berkemahiran tinggi dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Media serta alat bantu
mengajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian mereka juga menghadapi
beberapa cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di bilik
darjah. Antara cabaran yang telah dikenalpasti ialah kesukaran mengawal kelas, dibebani dengan
waktu mengajar yang sangat tinggi dan terpaksa mengajar lebih banyak waktu matapelajaran
bukan opsyen. Beberapa cadangan penambahbaikan juga telah disarankan dalam kajian ini.

Kata Kunci : Kekuatan Dan Cabaran, Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran, Guru Novis,
Institut Pendidikan Guru Di Zon Utara
110
GAMIFIKASI R-CHEM DALAM PEMBELAJARAN GEOMETRI
MOLEKUL

Farahiyah Binti Mohamed Omar


cikguzamrud@gmail.com

Kolej Matrikulasi Perak

Abstrak
Strategi PLC yang dipilih adalah perkongsian amalan terbaik dengan menggunakan alat
kolaboratif Sesi Perkongsian Guru. Tujuan PLC ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui ekosistem digital iaitu secara flipped classroom dan
Google Classroom di samping gamifikasi R-Chem yang dijalankan untuk topik geometri molekul.
Flipped classroom dipilih untuk memanfaatkan masa non face-to-face (NF2F) dengan
pembelajaran kendiri oleh pelajar sebelum sesi PdP bermula, manakala R-Chem digunakan
sebagai aktiviti aktif sewaktu kelas bersemuka, iaitu masa face-to-face (F2F). Google Classroom
pula digunakan sebagai medium penyampaian maklumat dengan lebih berkesan serta medium
pelaksanaan penilaian pada bila-bila masa. Seramai 17 orang pelajar kelas F4T4 Sistem Dua
Semester (SDS) Modul 2 dipilih sebagai kumpulan sasaran berdasarkan keputusan Ujian Pra di
mana 11 daripada 17 orang pelajar mendapat markah kurang daripada 5/10. Selepas pelaksanaan
pembelajaran melalui integrasi ekosistem digital dan gamifikasi R-Chem, analisis menunjukkan
kesemua 17 orang pelajar mendapat markah melebihi 5/10 dan 7 orang pelajar mendapat markah
10/10 dalam Ujian Pos. Hasil dapatan daripada borang soal selidik mendapati pelajar memberi
maklum balas yang positif berkaitan pelaksanaan flipped classroom dan R-Chem dalam topik
geometri molekul. Perkongsian ini dapat memberi input dan impak yang signifikan kepada
pensyarah dalam melaksanakan PdP dengan lebih efektif melalui integrasi ekosistem digital dan
gamifikasi. Ianya juga sangat relevan dengan kehendak pelajar generasi Z selaras dengan trend
pendidikan masa kini melalui PAK-21 dan digital classroom. Cadangan penambahbaikan
daripada beberapa aspek telah diperolehi hasil daripada maklum balas pelajar dan melalui sesi
perkongsian dengan para pensyarah serta daripada perbincangan refleksi sesama ahli kumpulan
PLC sendiri.
Kata Kunci: ekosistem digital, flipped classroom, Google Classroom, gamifikasi R-Chem
111
PENGETAHUAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PEMIKIRAN
KRITIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
PRASEKOLAH

Zainab Binti Nawab Khan


Zainab.nawab.khan@ipgm.edu.my

Chong Fung Yen @Azilina, Ph.D


Fungyen76@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran guru
prasekolah dalam melaksanakan pemikiran kritis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Kajian ini ditadbir menggunakan pendekatan kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian kes. Lokasi kajian terhad kepada guru prasekolah di
Daerah Keningau, Sabah. Peserta kajian terdiri daripada guru prasekolah yang mengajar
sepenuh masa di kelas prasekolah, sekolah kebangsaan Daerah Keningau. Seramai 9guru
terpilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab persoalan kajian. Data kajian
diperoleh melalui proses temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dilaksanakan
secara bersemuka di lokasi kajian. Data pemerhatian dan analisis dokumen sebagai data
trangulasi kajian bagi meningkatkan kredibiliti data. Data dianalisis menggunakan
pendekatan induktif kualitatif dan tema dibentuk menggunakan proses koding. Analisis
data memberi kefahaman peserta kajian mempunyai masalah dalam memahami konsep
pemikiran kritis dalam melaksanakan kurikulum prasekolah Kajian ini mengemukakan
cadangan perlunya diadakan latihan berstruktur modul pelaksanaan pemikiran kritis,
memasukkan elemen kritis secara eksplisit dalam huraian KSPK dan penulisan rancangan
pengajaran harian bagi membantu guru dalam pelaksanaan pemikiran kritis dalam
kurikulum prasekolah.
.
Kata kunci:Pemikiran kritis, Guru prasekolah, kemahiran berfikir aras tinggi
112
KEPEKAAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA
SEJARAH MALAYSIA DALAM KALANGAN
PELAJAR BIDANG TERAS SEJARAH
IPG KAMPUS DARULAMAN

Ahamad Jama’ Amin Yang


Zaimah Abdullah
Azhari Mat Salleh
Hasim Sa’ari
Rostam Abdul Rahman
jamaamin@ipda.edu

IPG Kampus Darulaman

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kepekaan terhadap isu-isu semasa sejarah
Malaysia pelajar bidang teras sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
(IPGKDA), Jitra Kedah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis
faktor-faktor yang mendorong dan menilai sumber makumat yang dirujuk mempengaruhi
tahap kepekaan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA. Seramai 206 orang responden
melibatkan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA. Instrumen kajian yang digunakan
berbentuk soal selidik yang mengandungi 21 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis
secara deskriptif dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya tahap kepekaan dalam
kalangan pelajar bidang teras sejarah IPGKDA berada pada tahap yang tinggi dan ini
menunjukkan elemen persekitaran dalam dan luar kampus banyak membantu membentuk
sudut pandang mereka dalam memahami isu-isu semasa sejarah Malaysia. Pada akhir
kajian disertakan beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu.
Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Kata kunci: kepekaan, sejarah, pelajar, IPGKDA, Malaysia,

Anda mungkin juga menyukai