Anda di halaman 1dari 309

TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : i

TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : ii

TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM


PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Disunting Oleh:
Nurul Fadly Habidin
Ummu Aiman Muhamad
Tuan Waheda Tuan Chik
Sharon Ong Yong Yee

Penerbit
Kaizentrenovation Sdn Bhd
Tanjung Malim
2020
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : iii

Cetakan Pertama Oktober 2020

Hakcipta © 2020 Nurul Fadly Habidin, Ummu Aiman Muhamad, Tuan Waheda Tuan Chik
& Sharon Ong Yong Yee

Penerbit : Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D)


Alamat : No A10-1 & A10-2, Gemilang Avenue, Jalan Pulai 1, Proton City,
35900 Tg Malim, Perak
Emel : info.kaizentrenovation@gmail.com
Laman Web : https://kaizentrenovationpublishing.com
Facebook : Kaizentrenovation Bookstore
Tel : 017-5716705

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian e-book, ilustrasi dan
isi kandungan e-book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sebelum
mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis.

eISBN 978-967-17718-9-1
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : iv

ISI KANDUNGAN

Halaman

Prakata

PENGGUNAAN APLIKASI AUGMENTED REALITY UNTUK 1


PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN MURID MASALAH
PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN KAJIAN
Ummu Aiman Muhamad, Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan
Chik dan Sharon Yong Yee Ong

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH 8


DAERAH MIRI SARAWAK
Ramunah Mohram

KERTAS KONSEP KAEDAH TROUBLESHOOTING DALAM 25


PENGAJARAN PERAKAUNAN.
Siti Safurah Ahmad

TAKRIFAN DAN TEORI EFIKASI KENDIRI GURU 32


Tan Meow Huang, Norazlinda Saad dan Ishak Sin

PERWAKILAN DALAM TOPIK PECAHAN BAGI BUKU TEKS 38


MATEMATIK TAHUN 1 HINGGA 3
Azizi Subeli dan Roslinda Rosli

TEORI KONSTRUKTIVISME DAN CONNECTIVISM DALAM 51


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Azrul Nizah Yussof, Mohammad Shahiran Salim dan Nur Iliza Misnan

CADANGAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PEMBELAJARAN 65


MATEMATIK DI POLITEKNIK KOTA KINABALU
Subir Musta, Ismail Asis dan Haider Ahmad Fazil

KEPENTINGAN MEMBUDAYAKAN LARAS BAHASA NABI SAW 69


DALAM MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN KETIKA PROSES
PdP
Aishah Mohamad Said dan Nurul Ain Othman

SESI PERKONGSIAN GURU: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) 80


PENDIDIKAN DIGITAL
Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim, Anita Mohamed dan
Noraihan Ismail

MENGENAL PASTI TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN IBU 99


BAPATERHADAP PROGRAM INTERVENSI AWAL BAGI KANAK-
KANAK AUTISME
Ainul Huda Mohamad Pesal dan Mohd Hanafi Mohd. Yasin
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : v

AMALAN HUMOR DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI 105


SEKOLAH RENDAH
Kamaruzaman Zali dan Harun Baharudin

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AUGMENTED 125


REALITY MELALUI PEMBANGUNAN APLIKASI PEMBELAJARAN
Abd Ghani Rashed@Mohamed dan Muliyani Abdullah
FAKTOR KREDIBILITI YOUTUBE SEBAGAI MEDIUM AGAMA 139
Azfaedahanim Azis

PENGARUH ORANG BELANDA TERHADAP PELANCONG DI TAMAN 144


NEGARA BAKO SARAWAK
Hayati Ibrahim, Noorazyla Mohd Nasri dan Noranira Maamin

PERSEPSI DAN SIKAP TERHADAP MODUL FRONT OFFICE: KAJIAN 160


FOKUS KEPADA PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ
KOMUNITI CHENDEROH
Nor Azlinda Mohd Yahaya

INTERPRETASI DAKWAH BERDASARKAN “SYAIR DAGANG” (MSS 168


3160)
Mohd Muhaimi Abdul Rahman dan Salmah Jan Noor Muhammad

FAKTOR KESEDARAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM 178


SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA
KINABALU : SATU TINJAUAN KONSEPTUAL
Haider Ahmad Fazil, Ismail Asis dan Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie

AMALAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM : 183


TINJAUAN DI IPT SABAH
Raja Ahmad Raja Husin, Haider Ahmad Fazil , Mustofa Kamal Achmad
Rofi’ie dan Mohd Khairul Muzhafar Mohd Nor

AMALAN BERWUDUK : TINJAUAN PERSPEKTIF SUNNAH DAN 193


AMALAN MASYARAKAT
Syahlan Abdul Halim, Haider Ahmad Fazil dan Sabir Mohd Rani

APLIKASI KAEDAH FIQH: AL DHARAR YUZAL DALAM 196


PENANGGUHAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT
AKIBAT PENULARAN WABAK COVID-19
Aishah Mohamad Said dan Mior Iskandar Mior Azizan

FAKTOR KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP AKTIVITI SELAM SKUBA 206


DI KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN RESORT,
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Mohd Farid Alias, Muzaffar Mohamed Sidin dan Noor Intan Tahir
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : vi

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU AGRESIF DALAM KALANGAN 211


ATLET PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
Nurul Najwa Jasni dan Tajul Ariffin Muhammad

KEFAHAMAN FIQH THAHARAH (PERMASALAHAN HAID DAN 221


ISTIHADAH) DALAM KALANGAN PELAJAR PEREMPUAN: TINJAUAN
DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
Anisah Nasib, Siti Nadiah Mohd Sadali @Salim dan Rahimah Ibrahim

KAJIAN PENCAPAIAN PELAJAR HASIL PENGGUNAAN PENDEKATAN 240


KEMAHIRAN ABAD KE – 21
Che Zaidi Che Hassan, Norain Ali dan Afham Ahmad

KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN 245


TERHADAP PENINGKATAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID
DALAM MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 3
Kumutha a/p Krishnamoorthy dan Tuan Mastura Tuan Soh

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN M-MOBILE SEMASA MUSIM 268


COVID-19 DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Noraimi Mahran, Wida Yanti Mohammad Zen Umar dan Ahmady
Solong

PENGGUNAAN PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL KANDUNGAN 277


DALAM PENGAJARAN KOMPONEN TAMADUN ISLAM
Nurul Hamimi Awang Japilan dan Jahidih Saili

SEJARAH KEDATANGAN ORANG CINA KE NANYANG (TANAH 290


MELAYU) ZAMAN KOLONIAL BRITISH, 1840-1940
Phun Lee Lee dan Khairi Ariffin

KEBERKESANAN PENGGANTIAN BOTOL PLASTIK SEKALI GUNA 299


(SINGLE USE PLASTIC) KEPADA JUG AIR DI INDUSTRI PERHOTELAN
Nurhidayati Hassan, Mohd Redzuan Husaini dan Khasmawaty
Morshidi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : vii

PRAKATA

Artikel dalam ebook ini disumbangkan oleh penyelidik-penyelidik yang telah menjalankan
penyelidikan berkaitan Teori, Praktis Dan Amalan Dalam Kurikulum Pendidikan Dan Sains
Sosial. Artikel-artikel adalah berkaitan dengan isu yang merangkumi penggunaan aplikasi
augmented reality untuk pembelajaran dalam kalangan murid masalah pembelajaran: satu
tinjauan kajian, kesalahan tatabahasa dalam penulisan sekolah rendah daerah Miri Sarawak,
kertas konsep kaedah troubleshooting dalam pengajaran perakaunan, takrifan dan teori
efikasi kendiri guru, perwakilan dalam topik pecahan bagi buku teks matematik tahun 1
hingga 3, teori konstruktivisme dan connectivism dalam pembelajaran dalam talian, cadangan
penggunaan youtube dalam pembelajaran, matematik di Politeknik Kota Kinabalu,
kepentingan membudayakan laras bahasa Nabi SAW dalam mewujudkan komunikasi
berkesan ketika proses pdp, sesi perkongsian guru: Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
pendidikan digital, mengenal pasti tahap pengetahuan dan penglibatan ibu bapaterhadap
program intervensi awal bagi kanak-kanak autisme, amalan humor dalam pengajaran bahasa
Arab di sekolah rendah, pendekatan pembelajaran berasaskan augmented reality melalui
pembangunan aplikasi pembelajaran, faktor kredibiliti youtube sebagai medium agama,
pengaruh orang belanda terhadap pelancong di taman negara bako sarawak, pengaruh
kecerdasan spiritual terhadap kesejahteraan psikologi kaunselor sekolah, persepsi dan sikap
terhadap modul front office: kajian fokus kepada pelajar sijil operasi perhotelan di Kolej
Komuniti Chenderoh, interpretasi dakwah berdasarkan “syair dagang” (mss 3160), faktor
kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar politeknik
kota kinabalu : satu tinjauan konseptual, amalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Muslim
: tinjauan di IPT Sabah, amalan berwuduk : tinjauan perspektif sunnah dan amalan
masyarakat, aplikasi kaedah fiqh: al dharar yuzal dalam penangguhan solat fardhu berjemaah
dan solat Jumaat akibat penularan wabak Covid-19, faktor kesediaan pelajar terhadap aktiviti
selam skuba di kalangan pelajar diploma pengurusan resort, Politeknik Kota Kinabalu dan
personaliti dan tingkah laku agresif dalam kalangan atlet pelajar sekolah menengah daerah
Johor Bahru, kefahaman fiqh thaharah (permasalahan haid dan istihadah) dalam kalangan
pelajar perempuan: tinjauan di Politeknik Sultan Azlan Shah, kajian pencapaian pelajar hasil
penggunaan pendekatan kemahiran abad ke–21, keberkesanan pendekatan belajar melalui
bermain terhadap peningkatan pencapaian dan minat murid dalam mata pelajaran sains tahun
3, pengajaran dan pembelajaran m-mobile semasa musim covid-19 di kalangan pelajar
Politeknik Kuching Sarawak, penggunaan pengetahuan pedagogikal kandungan dalam
pengajaran komponen tamadun Islam, dan sejarah kedatangan orang Cina ke Nanyang
(Tanah Melayu) zaman kolonial British, 1840-1940.
Penyusunan artikel dalam "Teori, Praktis dan Amalan dalam Kurikum Pendidikan dan
Sains Sosial" dapat menyumbang kepada literatur berkenaan bidang pendidikan serta sains
sosial.

Daripada Penyunting
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 1

PENGGUNAAN APLIKASI AUGMENTED REALITY UNTUK PEMBELAJARAN


DALAM KALANGAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN
KAJIAN

Ummu Aiman Muhamad, Nurul Fadly Habidin, Tuan Waheda Tuan Chik dan
Sharon Yong Yee Ong

Abstrak
Kajian ini mengkaji penggunaan aplikasi Augmented Reality bagi tujuan pembelajaran dalam
kalangan murid masalah pembelajaran. Antara konsep penting yang terlibat dalam kajian ini
adalah berkenaan pendidikan khas, masalah pembelajaran, augmented reality, kaedah
pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas, teori behaviorisme, teori konstruktivisme,
teori kognitif, penggunaan augmented reality dalam pendidikan khas dan model-model
berkaitan pendidikan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep-konsep ini
berdasarkan kepada pandangan para penyelidik dari segi teori dan amalannya serta dapatan-
dapatan daripada kajian-kajian yang pernah dijalankan. Kajian ini dapat memberikan idea
dan hala tuju mengenai pembelajaran dalam kalangan murid masalah pembelajaran.

Kata Kunci: Aplikasi Augmented Reality, Masalah Pembelajaran, Tinjauan Kajian

Pengenalan
Kajian ini menerangkan beberapa penyelidikan yang telah dibuat ke atas kajian yang sedia
ada berkaitan aplikasi Augmented Reality bagi tujuan pembelajaran dalam kalangan murid
masalah pembelajaran. Dalam kajian ini membincangkan pengertian tentang beberapa konsep
penting yang terlibat dalam kajian ini. Konsep-konsep ini berdasarkan kepada pandangan
para penyelidik dari segi teori dan amalannya serta dapatan-dapatan daripada kajian-kajian
yang pernah dijalankan. Kajian literatur amat penting kerana dapat memberikan idea dan hala
tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

Pendidikan Khas
Tinjauan literatur yang dikaji mengenai Pendidikan Khas yang merupakan pendidikan yang
disediakan untuk murid yang berkeperluan khas. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah mewujudkan Program Pendidikan Khas pada tahun 1957. Pada tahun 1964, Unit
Pelajaran Khas telah ditubuhkan unit khas di Bahagian Sekolah KPM sehingga pada Oktober
1995 Jabatan Pendidikan Khas KPM ditubuhkan untuk menggantikan Unit Pelajaran Khas.
Di setiap Jabatan Pelajaran Negeri mempunyai Unit pendidikan Khas masing-masing. Pada
Mac 2008, KPM telah penstrukturan semula dengan Jabatan Pendidikan Khas dikenali
sebagai Bahagian Pendidikan Khas dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan
KPM.
Program Pendidikan Khas mempunyai pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan di Program Pendidikan Inklusif (PPI).
Bahagian Pendidikan Khas juga meyediakan pendidikan kepada pelajar di Sekolah Dalam
Hospital (SDH), Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) di Malaysia.
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Bahagian
Pendidikan Khas KPM bersetuju dengan melaksanakan aktiviti memberi tumpuan terhadap
akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 2
(ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan mengoptimumkan kecekapan
sistem pendidikan di Malaysia.
Pendidikan Khas juga merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk memenuhi
keperluan yang diperlukan untuk pelajar yang mempunyai masalah dari segi fizikal atau
mental. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab
dalam menentukan pengurusan pendidikan khas di seluruh negara yang terdiri daripada
pelajar yang bermasalah dari segi penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (Yusoff &
Mohamed, 2014).

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Khas


Tinjauan literatur yang dikaji mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
Pendidikan Khas yang digunakan oleh guru memerlukan menggunakan pendekatan yang
pelbagai dengan kelebihan dan kebolehan bakat murid mengikut minat mereka. Oleh kerana
pelajar mempunyai pelbagai keupayaan, sebagai guru perlu mempelbagaikan aktiviti dan cara
pengajaran yang bersesuaian. Proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru
dapat menarik perhatian murid dan murid juga terlibat dengan aktif maka proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.
Peranan guru untuk mengajar murid Pendidikan Khas perlu merancang dengan teliti
untuk memastikan murid dapat menerima kandungan yang diajar oleh guru dan dilaksanakan
secara individu atau kumpulan. Menurut Noor dan Puji (2014), menyatakan bahawa
mendidik murid kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu
pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap setiap daripada mereka
memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

Masalah Pembelajaran
Kajian literatur yang dikaji mengenai masalah pembelajaran merupakan individu atau kanak-
kanak yang mempunyai sukaran dalam pelajaran pada umur yang sama seperti kanak-kanak
lain. Tahap perkembangan kanak-kanak ini lewat dari segi daya tumpuan, pemikiran,
komunikasi, kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan sebagainya. Menurut Sulaiman dan
Omar (2018), antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah pembelajaran ialah
sukar mempelajari kemahiran, sukar mengikut arahan dan lemah dalam memberi tumpuan.
Dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran dibahagikan kepada beberapa ketegori seperi Sindrom Down, Autisme,
masalah intelek dan masalah pembelajaran yang spesifik iaitu Disleksia dan Diskalkulia.
Dalam kehidupan kanak-kanak istimewa ini memerlukan penjagaan asas dalam
kemahiran hidup seperti makan, tempat tinggal, kemahiran sosial, pendidikan dan
sebagainya. Menurut Shaharum dan Rosli (2018), kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran merupakan salah satu daripada kategori kanak-kanak istimewa yang perlu
diberikan perhatian dan pedagogi yang berbeza daripada kanak-kanak normal. Oleh itu,
dalam pendidikan khas amatlah kanak-kanak masalah pembelajaran perlu mempelajari asas
kehidupan dengan tanpa bergantung kepada orang lain dengan manfaatkan penggunaan
teknologi pada zaman kecanggihan ini,

Augmented Reality
Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dilihat memberi impak yang positif. Penggunaan
teknologi berbentuk Augmented Reality dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah
yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 3
di samping dapat menarik perhatian murid untuk menumpukan tentang apa yang di
sampaikan. Menurut pandangan Saforrudin, Zaman, dan Ahmad (2016), Augmented Reality
merupakan teknologi yang menggabungkan objek maya ke dalam dunia realiti dan pengguna
boleh berinteraksi dengan objek maya tersebut secara masa nyata.
Teknologi yang berbentuk Augmented Reality merupakan satu altenatif baru ke arah
mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada murid tentang
kecanggihan teknologi kini. Menurut Saforrudin, Zaman dan Ahmad (2016), Augmented
Reality (AR) adalah variasi daripada teknologi realiti maya yang membolehkan pengguna
berinteraksi dengan objek maya secara masa-nyata dan interaktif. Ia juga dapat digunakan
sebagai bahan rujukan bagi pelajar-pelajar, ia juga boleh dijadikan sebagai Alat Bahan Bantu
Mengajar (ABBM) dapat digunakan oleh guru untuk mengajar murid Pendidikan Khas.
Dengan arus perkembangan teknologi yang semakin maju dalam bidang pendidikan,
bahan-bahan bantu mengajar juga dipengaruhi dengan teknologi yang canggih. Menurut
Nawi, Hamzah dan Sattai (2014), aplikasi mudah alih atau Mobile Apps merupakan sebuah
program yang dimuatkan ke dalam alat mudah alih dan boleh digunakan pada bila-bila masa
dan di mana-mana sahaja. Di dalam aplikasi telefon bimbit merupakan teknologi yang
terdapat pelbagai aplikasi yang direka khas yang mempunyai elemen-elemen mulmedia di
dalam Augmented Reality yang menarik dapat digunakan oleh murid dan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Teori Behaviorisme
Teori behaviorisme merupakan tingkah laku atau perilaku yang dapat dilihat secara luaran.
Dalam pembelajaran teori behaviorisme dengan persamaan di antara belajar bahasa dengan
tingkah laku secara lisan (Nor & Ab Rashid, 2018). Situasi ini akan merangsang dan
memberi tindak balas apabila berlaku dalam pembelajaran terutamanya dalam Pendidikan
Khas. Penggunaan kaedah pengajaran berbantu teknologi secara maya iaitu Augmented
Reality banyak menggunakan pendekatan behavioris. Sebagai contoh aktiviti pelajar
menggunakan aplikasi seperti Augmented Reality dengan mengikuti aktiviti seperti kuiz atau
latihan dan setiap jawapan yang betul atau salah diberikan respon yang bersesuaian. Dalam
pembelajaran Pendidikan Khas, pelajar dapat membuat mempelajari sesuatu kandungan
menggunakan teknologi Augmented Reality yang mempunyai bahan rangsangan dan
gerakbalas secara berulang maka pembelajaran akan berlaku dengan sendirinya.

Teori Konstruktivisme
Teori-teori pembelajaran yang membantu guru ke arah pengurusan pembelajaran yang efektif
dimana dapat membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah
berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Selain itu, guru dapat melihat
dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku di dalam bilik darjah agar
kelemahan-kelemahan dapat diperbaiki dan amalan amalan yang baik dapat dikukuhkan.
Pendekatan konstruktivisme adalah inovasi pendidikan masa kini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Konstruktivisme membolehkan murid membina pengetahuan dengan
mendorong mereka untuk menghubungkan pengalaman sebelumnya dengan konsep-konsep
baru (Abuzahra, Farrah, & Zalloum, 2016). Konstruktivisme menekankan kepada peranan
murid dan guru sebagai pembimbing sahaja sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan ini murid dapat membina pengetahuan secara meluas melalui proses di
antara pembelajaran terdahulu dan pembelajaran terbaharu di dalam kelas. Pembelajaran
terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 4
Dalam teori kontruktivisme konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan
berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru.
konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan
pengalaman yang dilaluinya. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses
pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan
perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka dan murid dapat
memahaminya sendiri. Pembelajaran menggunakan teknologi pelajar dapat meningkatkan
kefahaman murid dengan murid melakukan sendiri apa yang dipelajari.

Teori Kognitif
Teori kognitif merupakan pengetahuan yang terbaru dan pengetahuan yang yang diperoleh
yang membawa satu makna dalam memperolehi maklumat. Menurut Madar dan Buntat
(2012), teori perkembangan kognitif menekankan proses tanggapan seperti memikir,
memahami dan mengerti. Murid akan terlibat secara aktif dalam memproses maklumat dalam
pembelajaran. Di mana pelajar akan mencari maklumat yang baru dan berhubungkait dengan
maklumat yang lama dan membentuk satu skema. Dalam penggunaan Augmented Reality,
murid akan memperolehi pengalaman dan maklumat yang baru dengan lebih memahami
pembelajaran yang dipelajari.

Model-Model Berkaitan Pendidikan Khas Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Dalam kajian ini, terdapat beberapa model pengajaran yang digunakan menyokong
pendekatan Augmented Reality. Di antara model yang digunakan ialah model pengajaran
ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan
penilaian (Gusmida & Islami, 2017). Tujuan model rekabentuk ini untuk menghasilkan
rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan
menjadi lebih efektif dan efisien. Model ini reka bentuk pengajaran dikaitkan dengan
pembinaan pengajaran. Konsep rekabentuk pengajaran sebagai satu proses untuk membina
bahan pengajaran dan bahan dalam aplikasi Augmented Reality. Dengan teknologi
Augmented reality, berpotensi untuk menarik perhatian seseorang dalam pembelajaran untuk
memvisualisasikan maklumat mengenai objek sebenar menggunakan sesuatu peranti seperti
tablet dan telefon pintar (Gusmida & Islami, 2017).
Dalam fasa analisis bertujuan untuk mengenalpasti objektif dan matlamat pengajaran
yang ingin disampaikan. Ia melibatkan proses mengenalpasti masalah dan faktor masalah
yang timbul dalam pengajaran. Proses ini melibatkan beberapa aspek iaitu menentukan
keperluan murid, analisis terhadap persekitaran pembelajaran dan kenalpasti matlamat
pengajaran. Bagi fasa reka bentuk bermaksud menentukan dan mereka kaedah instruksional
yang akan digunakan. Ianya menjelaskan pandangan secara keseluruhan mengenai reka
bentuk, struktur, pendekatan, teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan dalam
pengajaran yang dengan keperluan Pendidikan Khas.
Dalam fasa pembangunan adalah menentukan alatan dan proses-proses digunakan
untuk membinan bahan bahan pengajaran. Fasa ini juga merupakan proses pengarangan dan
penghasilan bahan yang diperlukan untuk mencapai objektif yang dilaksanakan berdasarkan
proses peningkatan. Objektif dan berpandukan alat pengukuran yang ditetapkan dalam fasa
reka bentuk. Hasil tindakan pelan lengkap yang menyenaraikan prosedur langkah demi
langkah untuk melaksanakan sebarang perubahan. Semasa fasa pembangunan, semua audio,
video dan bahan-bahan teks telah dikumpul, disedia dan disiapkan. Dalam fasa pelaksanaan
menyediakan beberapa rangka kerja untuk memastikan pelaksanaan jadual masa dan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 5
prosedur serta bahan prototaip. Bahan mengajar yang telah disiapkan akan diuji kepada
pengguna sebenar iaitu murid untuk mengetahui keberkesanan pembangunan bahan
Augmented Reality yang dibangunkan.
Dalam fasa terakhir dalam model ini adalah penilaian untuk menentukan kualiti dan
keberkesanan reka bentuk pengajaran yang dihasilkan. Terdapat dua jenis penilaian
berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif adalah bahagian yang merekodkan semua fasa dan mengenal pasti
keberkesanan dan kualiti setiap peringkat. Penilaian sumatif pula mengandungi instrumen
penilaian item berkaitan dan menyediakan penerimaan maklum balas daripada pengguna
serta menilai hasil pembelajaran murid.
Selain itu, model Motivasi ARCS yang dibangunkan oleh John Keller yang terdapat
empat elemen dalam proses pembelajaran yang boleh menggalakkan dan mengekalkan
motivasi pelajar dengan penggunaan Augmented Reality dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Keempat elemen ini membentuk akronim model seperti perhatian, relevan,
keyakinan dan kepuasan (Khan, Johnston, & Ophoff, 2019). Dalam elemen perhatian dapat
diperoleh melalui rangsangan tindak balas murid. Proses pengajaran dapat dicapai dengan
menggunakan gambaran visual dan unsur bahan pengajaran menggunakan Augmented
Reality.
Elemen relevan dalam Augmented Reality dapat digunakan pengajaran dan
pembelajaran seolah-olah hidup dengan pembelajaran yang disediakan. Murid juga boleh
menghubungkan dengan maklumat baru yang dikemukakan dan apa yang sudah mereka
ketahui dari pengalaman terdahulu dan strategi motivasi yang sangat berjaya kerana ia
memberikan murid kesinambungan yang membuat mereka termotivasi.
Dalam elemen keyakinan, penggunaan multimedia interaktif dapat mempengaruh
pengajaran yang menanamkan rasa percaya diri kepada murid dengan membantu mereka
mempercayai bahawa mereka boleh berjaya. Jika murid merasa seolah-olah mereka tidak
dapat mencapai matlamat mereka, maka ini akan mengurangkan motivasi mereka. Dalam
komponen terakhir model motivasi ARCS adalah kepuasan. Model menunjukkan hubungan
langsung antara kepuasan dan tahap motivasi. Beberapa kesan bagaimana reka bentuk
pengajaran multimedia ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran
dengan menggunakan teknologi multimedia.

Penggunaan Augmented Reality Dalam Pendidikan Khas


Teknologi multimedia memberi impak yang besar dan meluas dalam bidang teknologi
maklumat (ICT) terutamanya dalam Pendidikan Khas. Penggunaan Augmented Reality dapat
meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
mengintegrasikan teks, grafik, animasi, audio dan video yang secara maya. Tujuan utama
penggunaan Augmented Reality bagaimana untuk menggunakan teknologi tersebut dengan
lebih efektif dan dapat mengeluarkan idea-idea untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru
memainkan peranan yang penting dengan menggunakan kemudahan teknologi ini untuk
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.
Penggunaan aplikasi Augmented Reality sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya adalah untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas di sekolah. Penggunaan
Augmented Reality dalam bentuk pengajaran pembelajaran dapat memberi daya tarikan
kepada murid Pendidkan Khas untuk belajar. Menurut pandangan Saforrudin (2016),
mendapati bahawa adalah lebih baik mengenal pasti bagaimana aplikasi berasaskan teknologi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 6
realiti luasan seperti Augmented Reality merupakan paling sesuai digunakan dalam
persekitaran pendidikan.
Kaedah pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat yang menggunakan
Augmented Reality berupaya untuk menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara,
terutamanya di dalam persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Mahamod &
Noor, 2011). Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan bahan untuk mengajar bukan
hanya sekadar mengajar menggunakan papan hitam dan buku kerana dalam Pendidikan Khas
guru lebih menitikberatkan kandungan dan alat bahan mengajar yang sesuai dapat digunakan.
Menurut Lubis, Hassan, dan Hamzah (2017), kepelbagaian penggunaan bahan bantu
mengajar yang berasaskan teknologi maklumat boleh membantu meningkatkan kemahiran
guru dalam proses pengajaran dan juga pencapaian murid dalam pembelajaran.
Penggunaan Augmented Reality dalam pengajaran dan pengajaran guru mudah untuk
merangsang pemikiran murid untuk memahami sesuatu topik yang dipelajari. Menurut Rani,
dan Khalid (2017), penggunaan Augmented Reality dalam pendidikan mempunyai ciri-ciri
multimedia yang memberi kesan positif kepada perkembangan kognitif dan pengalaman
pembelajaran murid. Dengan pengunaan Augmented Reality dalam Pendidikan Khas dapat
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah
dengan kreatif dan kritis. Peranan sebagai guru amat penting untuk menyampaikan
pengetahuan dan juga dapat menambah ilmu yang baru bersama murid dengan menggunakan
aplikasi Augmented Reality.

Kesimpulan
Sorotan kajian lepas telah dijalankan merangkumi kajian penggunaan Augmented Reality
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas. Berdasarkan sorotan kajian yang telah
dijalankan, pengkaji mendapati penggunaan teknologi berbentuk Augmented Reality atau
secara maya yang meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas dan
mempunyai persepsi yang positif. Kesimpulanya, teknologi Augmented Reality mampu
dijadikan sebagai bahan pengajaran yang inovatif, menarik dan efektif pada masa kini.

Rujukan
Abuzahra, N., Farrah, M. A. H., & Zalloum, S. (2016). Using cartoon in language classroom from a
constructivist point of view. Arab World English Journal (AWEJ) Special Issue on CALL, (3). 229-
245
Gusmida, R., & Islami, N. (2017). The development of learning media for the kinetic theory of gases using the
ADDIE model with augmented reality. Journal of Educational Sciences, 1(1), 1-10.
Khan, T., Johnston, K., & Ophoff, J. (2019). The impact of an augmented reality application on learning
motivation of students. Advances in Human-Computer Interaction, 14.
Lubis, M. A., Hassan, W. N. S. W., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru
Pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran
Pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-
J), 1(1), 1-13.
Madar, A. R. & Buntat, Y. (2012). Keupayaan Visualisasi Dan Gaya Kognitif Pelajar Melalui Perisian
Multimedia Di Seminar Tve’06 UTHM (pp. 137-149).
Mahamod, Z., & Noor, N. A. M. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam
pengajaran komponen sastera bahasa Melayu. GEMA Online® Journal of Language Studies, 11(3),
163-177.
Nawi, A., Hamzah, M. I., & Sattai, S. A. A (2014). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)
Dalam Bidang Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 2 (2), 26-35.
Noor, A. Y. M., & Puji, T. I. Z. T. (2014, November). Keperluan Hadis Braille dalam Pendidikan Khas: Satu
Cabaran Terhadap Pengajian Islam. In Kertas Kerja Seminar Warisan Nabawi (SWAN 2014) Peringkat
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 7
Antarabangsa. Anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia & Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM,
Nilai (pp. 26-27).
Nor, N. M., & Ab Rashid, R. (2018). A review of theoretical perspectives on language learning and
acquisition. Kasetsart Journal of Social Sciences, 39(1), 161-167.
Rani, A. N. R. A. & Khalid, F. (2017). Memperkasa Pengajaran Dan Pembelajaran Teknologi Kimpalan Melalui
Penggunaan Augmented Reality Memperkasa pengajaran dan pembelajaran teknologi kimpalan
melalui penggunaan augmented reality. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII (2017),262
Saforrudin, N. (2016). Konsep Penggunaan Aplikasi Luasan Realiti (Augmented Reality) Dalam Pendidikan. E-
Proceeding Of The 4th Global Summit On Education 2016. Kuala Lumpur. 14-15 March 2016. (PP.
348-360).
Saforrudin, N., Zaman, H. B., & Ahmad, A. (2016). Pengajaran Masa Depan Menggunakan Teknologi
Augmented Reality dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Tahap Kesedaran Guru. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2(2), 1-10.
Shaharum, S. N. & Rosli, R. (2018). Tahap Pengetahuan Tiga Orang Pelajar Berkeperluan Khas Masalah
Pembelajaran (Lembam) Dalam Penambahan Nombor Bulat. Seminar Antarabangsa Isu-Isu
Pendidikan, Universiti Malaya, 5 Julai 2018 (pp. 165-172).
Sulaiman, A. A. & Omar, S. R. (2018). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid Berkeperluan
Khas Bermasalah Pembelajaran Di Malaysia Satu Tinjauan, Prosiding Seminar Antarabangsa al-
Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Yusoff, A. & Mohamed, C. R. (2014). Masalah Pembelajaran:Tanda Dan Simptom Kecacatan Komunikasi
Lisan Murid Pendidikan Khas. Jurnal Bahasa, 14(2), 301-324
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 8

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN SEKOLAH RENDAH


DAERAH MIRI SARAWAK

Ramunah Mohram

Abstrak
Kajian ini memfokuskan pada kesalahan penggunaan sistem tatabahasa kata Pemeri yang
diamalkan oleh murid-murid tahun 6. Mereka dilihat dan diuji semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia di dalam kelas. Pelaksanaan kajian tindakan
ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data (ujian pra dan pasca)
dalam aktiviti penulisan secara teknik penerangan dan peta Pokok untuk menerokai sistem
tatabahasa dengan mudah. Responden yang terlibat dalam kajian tindakan ini melibatkan 10
orang murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Saint Columba Miri, Sarawak. Dapatan
menunjukkan di peringkat awal murid-murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Saint Columba
Miri tidak mengamalkan secara menyeluruh sistem tatabahasa yang mereka pelajari seperti
penggunaan kata Pemeri dalam struktur ayat yang mereka tulis. Namun, setelah diberitahu
dan diterangkan secara mendalam tatabahasa dengan penggunaan peta Pokok, maka amalan
mereka berubah dan mereka dapat menulis struktur ayat yang baik serta menggunakan sistem
tatabahasa yang diajar kepada mereka dengan seronok. Berdasarkan hasil dapatan kajian,
penyelidikkan ini dapat meneroka tahap penguasaan murid-murid terhadap aspek tatabahasa
dalam mengaplikasikan kaedah peta pemikiran pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Seterusnya, dapatan kajian juga mendapati bahawa kajian ini telah meningkatkan penguasaan
tatabahasa bahasa Melayu murid-murid dalam penulisan.

Kata Kunci: Tatabahasa, Kaedah, Peta Pemikiran,Penulisan, Bahasa Melayu

Pengenalan
Setiap insan bergelar guru perlu mempunyai daya tahan mental dan kreativiti terutama dalam
merealisasikan bahan pengajaran di dalam kelas bersama anak murid di sekolah.Tujuan
utama mengadakan pengajaran adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Pengajaran
di sekolah adalah mendidik dan mempertingkatkan ilmu akademik murid ke arah
kecemerlangan.
Kementerian Pelajaran Malaysia amat menitikberatkan nilai-nilai murni dan tahap
pencapaian akademik para murid di sekolah rendah dengan penerapan pelbagai kemahiran
yang dilaksanakan mengikut pelan pembangunan kerajaan berlandaskan sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan. Kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran tatabahasa
menjadikan murid lemah dan kurang berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutama
pembelajaran abad 21 ini. Selain itu, dalam millennium ke-21, banyak kemahiran yang perlu
dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru
untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad
21. Murid-murid sepatutnya sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21
khususnya ketika belajar di dalam dan di luar kelas. Menurut Tay Meng Huat (2010),
Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah akan lebih mudah dikuasai dan difahami oleh murid-
murid apabila berlakunya pembelajaran dua hala iaitu guru dan murid berkenan main peranan
masing-masing. Bagi matapelajaran bahasa Melayu, aspek tatabahasa perlu dikuasai
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 9
penggunaannya tanpa kesilapan dan kesalahan yang boleh mengubah maksud sesuatu
perkataan atau frasa.
Setiap guru perlu memikirkan cara dan kaedah pengajaran yang lebih menarik agar
murid-murid mudah memahami serta berminat mengikuti pembelajaran tanpa sebarang
tekanan.Kelemahan menguasai kemahiran tatabahasa dalam penulisan menyebabkan murid-
murid sering kali melakukan kesilapan yang sama dan berulang sehingga menjejaskan
kegramatisan ayat tersebut. Justeru itu, para guru dikehendaki menggunakan kaedah
pembelajaran berkesan supaya murid-murid mudah memahami pelajaran diajar dan
seterusnya dapat menguasai kemahiran tatabahasa. Oleh itu, kajian saya seterusnya adalah
untuk lebih menekankan pada aspek tatabahasa dalam penulisan iaitu menggunakan kaedah
pembelajaran berkesan supaya murid-murid mudah memahami pelajaran diajar dan
menguasai kemahiran tatabahasa.
Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis.
Permasalahan yang masih wujud tentang kesalahan tatabahasa ialah penggunaan tatabahasa
oleh murid di dalam bilik darjah sama ada secara bentuk lisan mahu pun penulisan.
Kesalahan yang dimaksudkan ini ialah penggunaan tatabahasa yang tidak mematuhi hukum
tatabahasa bahasa Melayu dengan betul. Kesalahan tatabahasa yang masih wujud di kalangan
murid di dalam bilik darjah adalah disebabkan mereka masih belum dapat menguasai rumus-
rumus tatabahasa yang telah mereka pelajari di sekolah. Melalui kajian ini, akan
membincangkan analisis kesalahan kata Pemeri tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.
Kesalahan tatabahasa tersebut dikesan dan sering dilakukan oleh murid semasa di dalam
kelas ialah kesalahan penggunaan kata yang betul, penulisan ayat dan karangan. Ini mungkin
disebabkan kurangnya pengetahuan tentang tatabahasa dan kemahiran tatabahasa mereka.
Oleh yang demikian, Kurikulum KSSR terbaharu kini juga mengutamakan aspek
tatabahasa diajar sekali seminggu iaitu setiap hari Jumaat mengikut sukatan dalam
Rancangan Tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Pengetahuan yang lebih meluas dalam bidang
tatabahasa mata pelajaran bahasa Melayu penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Bahasa Melayu haruslah diketahui oleh murid-murid kerana ilmu itu dapat memahirkan
mereka sama ada dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur
Bahasa Melayu yang baik.. Kesilapan penggunaan dan penguasaan ayat yang baik dalam
penulisan dapat dikesan dengan wujudnya amalan yang membantu responden untuk
menghasilkan ayat gramatis dalam penulisan dengan penggunaan aspek tatabahasa yang baik.

Pernyataan Masalah
Berdasarkan kajian lampau, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik
minat dan meningkatkan kemahiran tatabahasa murid. Banyak faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar, antaranya adalah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh
guru dalam bilik darjah kurang berkesan terutama mata pelajaran Bahasa Melayu kemahiran
tatabahasa. Perancangan dan teknik mengajar yang betul dapat menentukan kualiti prestasi
murid terutama dalam penguasaan aspek tatabahasa secara berkesan. Oleh itu, sebagai
seorang pendidik yang telah berkhidmat selama 23 tahun dalam dunia pendidikan dan 20
tahun sebagai pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR (peringkat Kebangsaan) Malaysia,
terlalu banyak transformasi yang telah berlaku dari semasa ke semasa hanya semata-mata
untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan di negara ini.
Perubahan Penataran format UPSR terbaharu bermula 2016, telah menegaskan bahawa
aspek tatabahasa perlu diutamakan. Kesemua elemen dan kemahiran mesti dikuasai oleh
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 10
setiap individu murid kerana pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih berpusat kepada
murid-murid. Justeru, tahun 2016, sekali lagi saya telah diamanahkan untuk
mengalastanggungjawab mengajar tahun 6 dengan menggunakan format terbaru Bahasa
Melayu yang pertama kali akan dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR pada awal bulan
September 2016 ini.
Kelas 6 (Merah) merupakan kelas yang mempunyai 10 orang murid merupakan murid-
murid lemah penguasaan mata pelajaran Bahasa Malaysia terutama dari aspek tatabahasa.
Meski pun 9 orang merupakan etnik Melayu dan seorang sahaja yang etnik Iban, tetapi
mereka masih lagi kurang menguasai tatabahasa. Kebanyakkan murid-murid tidak dapat
menjawab soalan latihan tatabahasa terutama dalam pembinaan ayat majmuk yang betul dan
lengkap semasa menulis.Hal tersebut amat ketara berlaku apabila murid-murid menulis
latihan karangan yang diberi oleh guru di dalam kelas. Murid-murid masih belum menguasai
kemahiran tatabahasa dengan baik sama ada menulis karangan atau tatabahasa
pemahaman.Kegagalan menguasai tatabahasa seperti kata sendi nama, kata nama, tanda baca
dan sebagainya yang berkaitan dengan aspek tatabahasa menyebabkan murid-murid sering
kali melakukan kesilapan yang ketara dalam penulisan.
Malahan juga murid juga tidak menggunakan kemahiran tatabahasa tersebut di tempat
yang sepatutnya.Kemahiran menggunakan tatabahasa dengan betul seperti masalah yang
kecil sahaja tetapi impaknya begitu ketara terutama dalam penulisan murid-murid sama ada
dalam bentuk frasa dan karangan murid itu sendiri. Ini juga akan mengganggu dari segi skor
pemarkahan murid-murid itu dalam peperiksaan, apatah lagi murid-murid ini merupakan
calon yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Oleh itu, penyelidik
berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini.
Pelbagai penyebab murid sering kali melakukan kesilapan. Antaranya kemahiran
tatabahasa ini hanya digunakan oleh murid semasa belajar dalam kelas sahaja.Kebanyakkan
murid hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Seterusnya, murid tidak dapat membanding beza antara aspek tatabahasa yang dipelajari
menyebabkan kesilapan yang sama berulang tanpa disedari mereka.
Faktor persekitaran juga mempengaruhi penguasaan tatabahasa terutama kesilapan kata
sendi yang sering berulang dalam penulisan murid berkenaan. Pertuturan harian murid
tersebut dengan keluarga di rumah dan perbualaan responden dengan rakan sebaya di sekolah
juga penyebab ke arah kesilapan tatabahasa dilakukan. Pengetahuan sedia ada guru yang
kurang merupakan salah satu penyebab murid-murid kurang menguasai kemahiran
tatabahasa. Guru memainkan peranan utama di sekolah, walaupun sudah lama berkhidmat
namun terdapat juga guru yang masih mempunyai pengetahuan yang kurang terutama dalam
aspek tatabahasa ini. Hal ini akan menyebabkan murid-murid mendapat ilmu pengetahuan
sedia ada yang hanya diketahui guru berkenaan dan minda murid juga tidak berkembang
dengan meluas.
Guru juga tidak mahir teknik penilaian hasil penulisan murid khususnya penulisan murid
yang lebih rumit di tahap 2 apatah lagi ia melibatkan kesilapan tatabahasa. Faktor kekangan
masa yang sering dihadapi oleh guru mengakibatkan guru kurang memberi tumpuan
sepenuhnya pada murid yang lemah dari aspek tatabahasa. Faktor persekitaran juga
mengakibatkan kesilapan tatabahasa dr segi kata sendi nama sering berulang dilakukan oleh
murid-murid terutama responden yang bersekolah di kawasan pedalaman. Responden sukar
mendapat maklumat teknologi dan ditambah lagi dengan guru yang kurang mempunyai
kemahiran ICT. Seterusnya tingkah laku murid-murid yang pelbagai juga menyebabkan
berlakunya kesilapan tatabahasa dikalangan responden di dalam kelas. Terdapat responden
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 11
yang menunjukkan sikap kurang berminat terhadap pembelajaran dalam kelas dan sering
mengambil sikap tidak memperdulikan setiap teguran dan nasihat guru yang melaksanakan
pengajaran di dalam kelas. Pendedahan terhadap peta pemikiran dalam memperbaiki gaya
penulisan dan penguasaan murid dapat menghasilkan kerja tulisan yang bermutu.Tumpuan
utama kajian ini adalah melihat bagaimanakah kesilapan dapat diperbaiki dengan penggunaan
peta pemikiran dalam meningkatkan aspek tatabahasa di kalangan murid. Selain itu, fokus
kajian saya juga menjurus kepada kesilapan tatabahasa kalangan murid-murid tahun 6
(Merah) semasa menjawab soalan bahagian A, bahagian B (ulasan) dan bahagian C
(karangan). Ketiga-tiga bahagian ini merupakan 3 bahagian penting dalam kertas peperiksaan
UPSR berformat baharu mulai tahun ini 2016.
Hasil pemerhatian saya, murid-murid lemah aspek tatabahasa sama ada dari segi
kesilapan imbuhan, penanda wacana dan lain-lain Penumpuan kaedah menulis ini
menyebabkan kurangnya guru-guru menekankan sistem tatabahasa yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Oleh itu, saya menggunakan pendekatan peta pemikiran dalam bilik darjah
sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Menurut Abdullah Hassan (2009),
pelbagai bentuk peta pemikiran digunakan untuk menarik minat murid-murid lebih
memahami aspek tatabahasa dalam penulisan. Pendedahan sistem tatabahasa yang terdapat
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah saya laksanakan selama 7 minggu setakat ini.
Murid-murid diberi latihan secara latih tubi bagi mengukuhkan pemahaman mereka.

Tujuan
Kajian ini bertujuan agar murid-murid dapat mengetahui kesilapan penggunaan tatabahasa
dalam membina ayat gramatis. Selain itu, tujuan kajian ini supaya murid-murid menguasai
kemahiran khususnya tatabahasa dalam kertas penulisan kerana kemahiran ini merupakan
tingkat tertinggi kemahiran berbahasa. Hasil refleksi didapati murid-murid banyak
melakukan kesilapan aspek tatabahasa terutama semasa menulis dengan penggunaan
perkataan dan frasa yang betul dan tepat. Penguasaan yang lemah membanding beza
perkataan yang mempunyai unsur-unsur tatabahasa juga menyebabkan murid kurang
berkeyakinan untuk menulis dengan baik.

Objektif Kajian
Kajian ini adalah berkaitan dengan kesilapan penggunaan aspek tatabahasa sama ada
imbuhan, tanda baca, penanda wacana, kata hubung, kata kerja dan lain-lain lagi dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu dengan penggunaan peta pemikiran yang pelbagai bentuk dan
mempunyai beberapa objektif antaranya ialah :
1. Meneroka tahap penguasaan murid-murid terhadap aspek tatabahasa dalam
mengaplikasikan kaedah peta pemikiran pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Meningkatkan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu murid-murid dalam penulisan
sama ada berbentuk perkataan, frasa dan perenggan.
3. Murid dapat mengenal pasti dan mengklasifikasikan perkataan berimbuhan dan
tatabahasa lain.
4. Murid-murid sangat gembira mempelajarinya dengan kaedah yang baharu.

Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tentang
beberapa aspek yang telah dikenal pasti oleh pengkaji terhadap aspek tatabahasa Bahasa
Melayu dalam penulisan tahap 2 sekolah rendah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 12
1. Bagaimanakah murid dapat menerokai sistem tatabahasa dengan mudah?
2. Bagaimanakah penggunaan peta pemikiran ini dapat menambahbaikan sistem
tatabahasa murid-murid terutama dalam aspek penulisan?
3. Adakah murid dapat membuat perbandingan persamaan dan perbezaan
kesilapan tatabahasa?
4. Adakah murid seronok mempelajari aspek tatabahasa dengan kaedah peta
pemikiran?

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1. Kerangka Konseptual menunjukkan proses kajian kesalahan tatabahasa penulisan


murid sekolah rendah tahap 2 yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pemerhatian,
temubual dan ujian.

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian


Penyelidikan berbentuk pemerhatian, temubual dan analisis data bagi banding perbezaan dan
persamaan dari aspek tatabahasa digunakan. Selepas murid memahami dan dapat
membezakan aspek tatabahasa yang dipelajari, guru akan menggunakan kaedah penerangan
dan peta pemikiran untuk perbandingan samaada persamaan dan perbezaan aspek tatabahasa
yang dipelajari.

Populasi dan Sample Penyelidikan


Penyelidikan ini dijalankan dalam daerah Miri, Sarawak. Murid-murid dikalangan tahun 6
Merah telah dipilih. Murid-murid tersebut mempunyai pencapaian yang lemah dan
merupakan kelas yang sentiasa ditahap bimbingan guru-guru yang mengajar di kelas tersebut.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 13
Instrumen Kajian

Rajah 2. Instrumen kajian bagi pembahagian aspek kata Pemeri dalam golongan tatabahasa
bahasa Melayu.

Latihan Membina Ayat


Arahan: Isikan tempat kosong dengan KATA PEMERI yang betul.

Rajah 3. Gambar rajah menunjukkan contoh latihan kata Pemeri.


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 14
Latihan Lanjutan Kata Pemeri.
A)Arahan: Tandakan ( √ ) pada penggunaan Kata Pemeri yang betul dan ( × ) pada
penggunaan Kata Pemeri yang salah.

Rajah 4: Latihan pengukuhan yang diberi sebagai lanjutan menguji pemahaman murid
sekolah rendah tahap 2.

B) Isikan tempat kosong dengan KATA PEMERI yang betul.


1) Orang yang paling saya sayang.....................ibu dan bapa saya.

2) Kita perlu mendengar penerangan guru dengan teliti kerana maklumat yang disampaikan
oleh beliau ........................ penting.

3) Warna yang digunakan pada Jalur Gemilang adalah merah, putih, biru dan kuning.

4) Semua maklumat yang dikatakan oleh Faizal adalah benar.

5) Rumah yang terletak di hujung jalan ini alah antara rumah yang paling awal dibina di
kampong ini.

Borang Temu Bual


Bil Soalan-Soalan Temu Bual
1. Apakah murid memberi perhatian di dalam kelas semasa guru mengajar?
2. Adakah murid memahami pengajaran guru?
3. Adakah pengajaran guru menyeronokkan?
4. Bagaimanakah murid dapat menguasai kemahiran tatabahasa terutama membina
ayat?
5. Adakah arahan guru jelas semasa aktiviti dijalankan dalam kelas?
6. Adakah aktiviti penerangan dan aktiviti peta pokok memantapkan lagi penguasaan
kemahiran tatabahasa murid-murid?
7. Apakah yang anda faham mengenai kata pemeri?
8. Bagaimanakah cara murid-murid menguasai kata pemeri dan tatabahasa lain?
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 15

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian


Kaedah trangulasi telah digunakan bagi memudahkan kajian kualitatif, seterusnya
membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian yang dijalankan.
Sumber di bawah merupakan perkaitan gambar dan temu bual.
Temu bual
Saya : Adakah mudah untuk belajar dengan peta pokok Pemeri?
Responden : Mudah .
Saya : Apa yang mudah?
Responden : Senang bina ayat dan mengetahui kesalahan tatabahasa.
Saya : Baiklah.

Rajah 5. Murid dapat memahami penerangan guru dan menguasai aktiviti peta pokok
( 24 Jun 2016 )
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 16
Jadual 1
Tarikh Penggunaan Latihan Peta Pokok dan Kata Pemeri Diaplikasi semasa PdP.
Tarikh Masa Set Latihan
24 Jun 20016 0845 - 0945 1&2
01 Julai 2016 0845 - 0945 3&4
08 Julai 2016 0700 – 0815 (K.1) 0830-0915 (K.2) Ujian Percubaan 3
15 Julai 2016 0845 - 0945 5&6
22 Julai 2016 0845 - 0945 7&8
15 Ogos 2016 0700 – 0815 (K.1) 0830-0915 (K.2) Ujian Percubaan 4
19 Ogos 2016 0845 - 0945 9 & 10

Refleksi Dapatan
Penggunaan peta pokok dan teknik penerangan telah membantu responden saya dalam
menguasai kesalahan tatabahasa dalam penulisan.

Rajah 6. Latihan penguasaan tatabahasa dengan kaedah peta pokok dan teknik penerangan
(24 Jun 2016)

Rajah 7. Skor markah dan kaedah menjawab soalan sebelum teknik penerangan dan
instrumen peta pokok diaplikasikan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 17

Rajah 8. Skor markah dan kaedah menjawab soalan selepas teknik penerangan dan instrumen
peta pokok diaplikasikan.

Rajah Skor : Contoh Ujian Penulisan Murid bahagian A, B dan C


Contoh kertas ujian di atas telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu dari aspek
pengolahan ayat agar tiada berlaku kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Kaedah ini dapat
meningkatkan markah penulisan serta memperbaiki penguasaan kesalahan tatabahasa dalam
penulisan.
Temu bual di bawah telah menunjukkan bahawa murid memahami teknik tersebut dan
hasil positif salah seorang responden iaitu 25 Julai 2016 selesai pengajaran dan pembelajaran.

Temu bual
Penyelidik : Bagaimanakah perasaan anda semasa mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu hari ini?
Responden : Seronok
Penyelidik : Kenapa seronok?
Responden : Cara guru beri penerangan mengenai tajuk pelajaran dan teknik peta pokok
untuk lebih faham kata pemeri.
Penyelidik : Baiklah. Seterusnya bagaimanakah cara kamu untuk memahami tatabahasa?
Responden : Tulis ikut peta pokok lebih senang faham cikgu.

Temubual tersebut menyatakan pendapatnya “lebih mudah faham”, “seronok” guna peta
pokok. Pendapat responden 1, menggambarkan bahawa pencapaian prestasi responden amat
baik semasa penyelidikkan dijalankan iaitu memahami kata Pemeri dan dapat mengurangkan
kesalahan tatabahasa dalam penulisan.

Analisis Data
Penganalisisan data merupakan proses yang paling utama bagi menjalankan sesuatu kajian.
Dalam konteks kajian ini penganalisisan data dilakukan melibatkan data berbentuk kualitatif.
Tatacara bagi mencari data penyelidikan iaitu secara pemerhatian, temubual dan
pengumpulan data.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 18
Pemerhatian
Kajian saya telah dimulai dengan pemerhatian di dalam kelas. Saya dapati murid-murid
masih tidak mengetahui perbandingan perbezaan tatabahasa kata Pemeri. Ini dapat dikesan
semasa saya menyemak hasil kerja murid setiap kali murid-murid saya menjawab soalan
latihan.

Temubual
Borang temubual juga digunakan bagi mendapat data yang lebih sahih. Saya juga
menemubual secara lisan beberapa orang guru yang mengajar bahasa Melayu Beberapa orang
guru telah memberi pendapat.

Pendapat mereka iaitu sehingga kini 3 set latihan telah digunakan dan peningkatan markah
kertas 2 penulisan semakin baik, murid-murid saya lebih mudah membina frasa sejak mereka
membuat latiihan-latihan dengan kaedah penerangan dan peta Pokok dan kaedah ini elok
dijadikan panduan dan amalan guru-guru Bahasa Melayu yang lain di sekolah ini.

Analisis data
Tindakan yang seterusnya, setelah pengkaji menjalankan pemerhatian, temubual dan
sebagainya, pengkaji juga bertindak dengan cara menyemak lembaran latihan murid yang
diberi sepanjang aktiviti dalam kelas.

Langkah Kajian
Namun, dengan kaedah penerangan dan penggunaan peta Pokok telah dapat mengatasi
masalah kekeliruan kesalahan penggunaan tatabahasa dalam penulisan ini..

Langkah 1
Antara peringkat kajian yakni aspek tatabahasa ialah dan adalah. Pemerhatian akan
dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis
mereka. Di situ terdapat masalah di mana murid sering kali melakukan kesalahan.Kemudian,
saya mengadakan penilaian peperiksaan pra iaitu pada Jun yang lalu dalam ujian penulisan.
Seterusnya penilaian pra ini dapat memastikan kelemahan murid terutama dalam tatabahasa.

Langkah 2
Kaedah penerangan berserta aktiviti peta Pokok dijalankan seterusnya setelah mendapati
bahawa pencapaian murid pada penilaian pra kurang memuaskan.

Langkah 3
Seterusnya perbandingan kata ialah dan adalah dengan menggunakan slaid power point..
Cara ini dapat memberi latih tubi berterusan dalam pembelajaran di dalam kelas untuk
pengukuhan dan pemahaman. Penilaian Pos juga dijalankan bagi memantapkan lagi kaedah
penerangan dan aktiviti peta Pokok yang menyeronokkan murid.

Pengumpulan dan Pemprosesan Data


Data yang diperolehi akan dikumpul untuk tafsiran penilaian. Semua pelajar menunjukkan
kebaikkan dan impak positif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kebanyakkan murid berjaya meningkat prestasinya serta mudah memahami aspek tatabahasa
yang dipelajari.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 19

Rajah 9. Menunjukkan hasil kerja murid setelah peta pokok diperkenalkan untuk lebih
memahami tatabahasa.

Selain itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan yang baik dengan warga sekolah melalui
penyelidikkan tindakan ini terutama sekali hubungan dengan murid yang diajar dan peserta
kajian saya. Transkrip temu bual saya dengan salah seorang responden selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran pada 27 Jun 2016.
Saya : Apa perasaan kamu selepas cikgu mengajar hari ini?
Responden : Gembira cikgu.
Saya : Kenapa awak gembira?
Responden : Sebab cikgu cantik dan baik hati, cikgu ajar saya supaya pandai.
Temu bual tersebut menunjukkan responden kajian gembira mengikuti pelajaran saya pada
hari tersebut. dan suka untuk belajar bersama-sama saya kerana pada pendapatnya saya ‘baik
hati’. Ini merupakan kali pertama saya menjalankan kajian tindakan ini secara teratur,
terperinci, berterusan dan peserta kajian adalah dari kalangan anak murid saya sendiri dan
ternyata memberi kesan yang positif dalam hubungan saya bersama-sama perserta kajian.
Namun demikian, yang paling penting bagi saya, murid-murid memahami ilmu yang di
sampaikan walau dengan apa saja kaedah.

Dapatan Kajian
Penyelidikkan ini adalah di sebuah sekolah kebangsaan dalam Bandar Miri. : Antara hasil
dapatan iaitu murid mengenai sistem tatabahasa kata Pemeri dengan kaedah yang mudah
difahami, penambahbaikan tatabahasa murid terutama dalam aspek penulisan dengan aktiviti
penggunaan peta Pokok, minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu terutama
tatabahasa dalam penulisan dengan peta pemikiran, pencapaian bahasa Melayu murid dalam
ujian Pra (sebelum) dan ujian Pasca (selepas) penggunaan kaedah pembelajaran dengan
aplikasi kaedah penerangan serta gandingan peta Pokok dan pengaruh latar belakang murid
terhadap pembelajaran bahasa Melayu.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 20
Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid (responden) tahun 6 di sebuah sekolah
kebangsaan bandar. Bilangan keseluruhan responden mengikut latar belakang keluarga
adalah seperti berikut: 1 atau 10% orang murid anak seorang guru, 7 atau 70% orang murid
anak buruh dan 2 atau 20% orang murid anak kepada pembersih sekolah. Mereka terdiri
daripada 10 orang iaitu 5 atau 50% murid lelaki dan 5 atau 50% murid perempuan. Taburan
responden ini menunjukkan murid lelaki dan perempuan adalah pada kadar yang sama.
Taburan responden dalam bentuk jadual adalah seperti berikut:

Perbincangan
Hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian telah dibentangkan dalam bab empat.
Bahagian ini pula akan memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan
kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian dan membincangkan implikasi dapatan-dapatan
kajian.
Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan penerokaan murid: (a) mengenai sistem
tatabahasa kata Pemeri dengan kaedah yang mudah difahami, (b) penambahbaikan tatabahasa
murid terutama dalam aspek penulisan dengan aktiviti penggunaan peta Pokok, (c)minat
murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu terutama tatabahasa dalam penulisan dengan
peta pemikiran, (d) pencapaian bahasa Melayu muriddalam ujian Pra (sebelum) dan ujian
Pasca (selepas) penggunaan kaedah pembelajaran dengan aplikasi kaedah penerangan serta
gandingan peta Pokok dan (e) pengaruh latar belakang murid terhadap pembelajaran bahasa
Melayu.
Pengkaji telah menggunakan (2) kaedah pengajaran ke atas (1) kumpulan murid
antaranya temu bual minat murid, sikap dan pandangan murid, borang maklumat diri murid
(untuk mengkaji hubungan antara latar belakang keluarga murid dengan tahap pencapaian),
Ujian Pra dan Ujian Pasca/Post. Sample kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 6 iaitu
kumpulan eksperimen di sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Bandar Miri. Data
dikutip daripada murid sebanyak dua kali iaitu kali pertama sebelum mereka mengikuti
kaedah pengajaran tertentu dan kali kedua selepas mereka tamat mengikuti kaedah
pengajaran tersebut. Data dianalisis menggunakan gred, skor pemarkahan dan peratus.
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian dari segi sokongannya terhadap dapatan
kajian lepas dan juga menjelaskan dapatan kajian ini dengan menggunakan kaedah peta
pemikiran, dapatan kajian lepas, pengalaman dan rasional.
Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif penguasaan tatabahasa dalam
penulisan bahasa Melayu dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan peta
Pokok serta penerangan. Ini adalah kerana pembelajaran kaedah itu jelas membantu. Tidak
dapat disangkal bahawa penggunaan peta Pokok dan kaedah penerangan tatabahasa amat
mudah dan bentuk grafik (peta pemikiran) yang senang dan menarik tercenderung bentuk,
warna pada peta Pokok tersebut menghasilkan paparan yang menarik seterusnya menguatkan
lagi keinginan murid mengetahui aspek tatabahasa secara mendalam. Kesalahan tatabahasa
juga dapat dikurangkan dengan adanya pelaksanaan penggunaan peta Pokok ini yang
mengukuhkan lagi pemahaman murid.
Selain itu, penggunaan peta Pokok dan kaedah penerangan juga mempunyai ciri
interaksi dengan murid secara tidak langsung dapat merangsang minat murid untuk lebih
belajar mengetahui kesalahan-kesalahan tatabahasa yang mereka tidak ketahui dan
menjadikan murid lebih aktif. Ini dapat mengatasi sikap murid yang negatif dan
menggalakkan murid mengambil bahagian dalam perhubungan pelajaran terutama di dalam
kelas. Dengan itu, murid menjadi lebih bersemangat dan berminat untuk belajar tatabahasa
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 21
dengan kerelaan hati yang seterusnya dapat meningkatkan tahap penguasaan murid bagi tajuk
dipelajari oleh mereka dengan mudah. Ini bermakna penggunaan instrumen yang betul dan
kaedah pembelajaran yang mudah difahami akan dapat melancarkan lagi pembelajaran
murid.
Hal yang demikian, bermakna seseorang murid yang mempunyai minat yang tinggi
dalam mempelajari sesuatu bidang prestasi markahnya meningkat, sebaliknya pula kalau
murid tidak langsung mempunyai minat maka pencapaian bahasa Melayunya juga rendah. Ini
disebabkan murid yang berminat menerokai sesuatu bidang yang sukar difahami akan lebih
berusaha gigih lagi untuk berjaya dan sebaliknya murid yang berminat tinggi akan belajar
dengan cara ala kadar hanya untuk mengelakkannya daripada dimarahi oleh guru kerana
bermain atau sebagainya berminat cara yang berlainan dengan menggunakan peta Pokok
serta penerangan daripada kebiasaan khususnya penguasaan tatabahasa dalam penulisan.
Wujud perkaitan persekitaran dan bahasa Melayu kerana dapatan skor bagi Ujian Post
yang telah dijalankan menunjukkan bahawa latar belakang keluarga iaitu pekerjaan bapa atau
penjaga mereka juga memberi kesan kepada murid sama ada untuk berusaha belajar atau
sebaliknya. Dapatan kajian mendapati bahawa anak pembersih sekolah, buruh dan guru juga
mempunyai perbezaan markah yang begitu ketara. Ini amat jelas menunjukkan bahawa latar
belakang keluarga murid serta minat mempelajari sesuatu bidang yang sukar difahami dengan
kaedah yang terbaik mempengaruhi prestasi dan penguasaan tatabahasa murid dalam
penulisan bagi mencapai kejayaan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesalahan
penggunaan tatabahasa kata Pemeri dapat dikuasai lebih mendalam dengan keberhasilan
pembelajaran murid yang telah berjaya hasil penggunaan peta Pokok dan penerangan yang
jelas berserta minat yang ketara murid tersebut serta faktor latar belakang murid yang juga
memainkan peranan dalam kajian ini.
Kajian juga mendapati bahawa murid yang berminat mempelajari tatabahasa dan
mengetahui kesalahan tatabahasa pernah dilakukan mereka telah mendapat skor yang tinggi.
Penggunaan peta Pokok dalam proses pembelajaran tatabahasa dalam kelas juga dapat
mengurangkan penggunaan kesalahan kata Pemeri semasa menulis ayat atau frasa lengkap.
Ini menunjukkan, murid yang dalam kategori malu untuk bertanya mempunyai perbezaan
jurang dari segi julat perbezaan skor sedikit sahaja berbanding murid yang mempunyai minat
tinggi kerana mereka terdiri daripada golongan murid yang petah bertanya dan menjawab
soalan yang dikemukakan oleh guru. Sikap murid ini juga berkait rapat juga dari latar
belakang dan persekitaran murid itu sendiri. Namun begitu, penggunaan peta Pokok
sememangnya adalah pemudah cara murid mempelajari tatabahasa kata Pemeri.
Akhir sekali ialah perbincangan tentang adakah terdapat perbezaan skor dalam
pencapaian bahasa Melayu murid sebelum dan selepas kajian dilaksanakan ke atas mereka.
Jawapan daripada dapatan data mendapati bahawa “Ya, sememangnya terdapat perbezaan
skor dalam pencapaian bahasa Melayu murid sebelum dan selepas kajian dijalankan oleh
pengkaji. Hal ini kerana dapatan data menunjukkan terdapat perbezaan antara skor ujian Pra
dan skor ujian Post. Skor ujian Pra menggambarkan bahawa murid yang sangat lemah tidak
faham tentang isi pelajaran tatabahasa (kata Pemeri) yang disampaikan kepada mereka
dengan menggunakan kaedah pembelajaran biasa (tradisional) kerana terdapat murid yang
dapat gred D dan E.
Manakala perbezaan skor dapat dilihat dalam Ujian Post kerana bilangan murid yang
mendapat gred A (penulisan) telah bertambah daripada 2 orang sahaja atau 20% sebelum
kajian telah menjadi 4 orang atau 40% selepas kajian. Bagi murid yang mendapat gred D
seramai 2 orang atau 20% dan gred E seramai seorang sahaja atau 10% sebelum telah
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 22
meningkat gred kepada C. Jadi, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa ternyata
penggunaan peta Pokok dalam tatabahasa sememangnya telah menimbulkan jurang julat
yang ketara berbanding sebelum kajian dilaksanakan apabila skor pencapaian murid telah
dapat ditingkatkan.

Kesimpulan
Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil kajian
ini. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara prestasi bahasa Melayu
penulisan terutama pengurangan aspek tatabahasa kata Pemeri dengan kaedah pengajaran
berbantukan peta Pokok dan penerangan yang terperinci, sememangnya penggunaan peta
Pokok ini lebih sesuai dalam pengajaran tatabahasa kata Pemeri berbanding kaedah
biasa/tradisional, telah berlaku perubahan tahap minat murid terhadap bahasa Melayu
penulisan selepas penggunaan kaedah pembelajaran berbantu peta Pokok. Menurut Esah
Sulaiman (2012), pelbagai pendekatan pembelajaran boleh digunakan dalam Pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Faktor lain seperti pengaruh latar belakang pekerjaan
bapa atau penjaga juga mempengaruhi sikap murid untuk menerokai dan mempelajari
tatabahasa dan sering melakukan kesalahan yang sama terutama dalam penulisan, sikap
murid yang pemalu dan kurang bertanya soalan apabila tidak memahami tajuk pelajaran
tatabahasa semasa proses pembelajaran dalam kelas juga sering menyebabkan murid sering
kali melakukan kesalahan tatabahasa dalam penulisan meskipun berulang kali diberitahu oleh
guru, terdapat perbezaan pencapaian bahasa Melayu penulisan murid dalam ujian Pra
(sebelum) dan ujian Post (selepas) penggunaan kaedah pembelajaran berbantukan peta Pokok
dan penerangan yang jelas.
Kesan hasil kajian bahawa aktiviti yang dirancang dalam peta pemikiran peta Pokok
tersebut dapat disertai oleh semua murid dalam bentuk berkumpulan atau individu. Menurut
Jamaludin Badusah (2013), guru sebagai pemudah cara memberi penerangan dan reka bentuk
peta Pokok itu menjana idea untuk murid lebih memahami aspek tatabahasa yang ingin
diketahui. Oleh itu, implikasi hasil dapatan kajian menunjukkan peta tersebut dapat memberi
aktiviti yang lebih menyeronokkan kerana aktiviti tersebut berfokus pada murid. Murid
bukan sahaja dapat mencari perbezaan kata Pemeri atau tatabahasa yang lain, bahkan juga
dari peta itu dapat menghasilkan ayat atau frasa yang lengkap tanpa kesalahan tatabahasa
yang dipelajari.
Penggunaan peta Pokok tersebut untuk mengukuhkan lagi ilmu tatabahasa mereka
malahan juga dapatan kajian mendapati kesan peta Pokok itu dalam proses pembelajaran iaitu
memberi keyakinan dan menimbulkan minat murid untuk belajar sesuatu tajuk tatabahasa
yang mereka sukar fahami. Aktiviti dalam kumpulan dan pembelajaran secara individu di
dalam kelas dapat memberi kesan positif pada diri murid tersebut yakni murid yang petah
berbincang dan berani menonjolkan diri berpeluang untuk menjawab soalan dan
melengkapkan aktiviti dengan menggunakan kaedah serta instrumen kajian yang betul
malahan murid yang bersikap senyap dan kurang aktif juga dapat menunjukkan pemahaman
mereka terhadap pelajaran yang diajar itu dengan cara menjawab soalan latihan dengan
jawapan yang betul melalui kaedah peta Pokok yang diaplikasi oleh guru dalam kelas.
Sehubungan dengan itu, kemahiran tatabahasa amat penting dan perlu dikuasai oleh
murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran tatabahasa ini membolehkan murid
melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan tanpa melakukan
kesalahan tatabahasa. Manakala menurut Yahya Othman (2009) dan Ahmad Khair Abd.
Talib), menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 23
semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan.
Disamping itu, penulisan yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek tatabahasa yang
baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini
mempunyai cakupan ilmu yang luas dan salah satu daripadanya ialah aspek golongan kata
iaitu kata Pemeri.

Penghargaan
1. Prof. Dr. Zamri Bin Mahamod
2. Prof. Dr. Jamaludin bin Hj. Badusah

Pengarang Bersama
1. Prof. Dr. Zamri bin Mahamod
Falkulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Selangor.

2. Prof. Dr. Jamaludin bin Hj. Badusah


Falkulti Pendidikan ( Universiti Kebangsaan Malaysia) Selangor

Rujukan
1) Petikan
Menurut Dr. Zamri Mahamod (2011),
2) Petikan
Menurut Tay Meng Huat (2010),
3) Petikan
Menurut Esah Sulaiman (2012),
4) Petikan
Menurut Abdullah Hassan (2009),
5) Petikan
Menurut Yahya Othman (2009) dan Ahmad Khair Abd. Talib),
6) Petikan
Menurut Jamaludin Badusah (2013),

Buku
Abd.Rahman Abd.Majid. (2007). Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur : PTS Progfesional Publishing Sdn
Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2004). Kuala Lumpur & Pustaka.
Mok Soon Sang. (2010). Literature dan kaedah penyelidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Safiah Kari, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi
Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mhd Ra’in Shaari. 2008. Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur : Utusan Publishing & Distributor Sdn Bhd.
Zamri Mahamod. 2010. Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. (pnyt). Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Jurnal
Awang Sariyan. (1984). Kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Azman Wan Chik. (1989). Kesilapan penggunaan bahasa Malaysia oleh murid-murid Melayu. Dlm. Abdullah
Hassan, Hasnah Ibrahim, & Mashudi Kader (Eds.). Kesalahan bahasa dalam bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Muhammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah
rendah dan menengah. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 24
Nik Safiah Karim. (2000). Laras bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. (2000). Keberkesanan guru dalam pengajaran menulis karangan
menurut persepsi pelajar sekolah menengah. Geran Penyelidikan G/3/97. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2007). Kesalahan bahasa dalam penulisan Karangan pelajar bukan
Melayu : Satu kajian kes. Dlm. Zamri Mahamod.Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, 214-216. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (2010). Kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Juriah Long. (2010). Nota kuliah minggu ketiga kursus GGGB6012: Penulisan Akademik. Falkulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Faizah Abd Manan, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2010). Kerangka pembangunan dan penilaian
modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar asing institusi pengajian tinggi Malaysia. Asean
Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), pp. 64-76.
Abd. Aziz Abd. Talib. 2011. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Othman Lebar (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan, teori dan amalan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Collins, J. T. (2011). Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Kertas Kerja Untuk Hari Sastera
2009.
Mohd Daud Taha. (2011). Masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di Tingkatan
menengah atas di Negara Brunei Darussalam. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Awang Sariyan. (2012). Kemahiran menulis dalam konteks pembinaan wacana yang utuh. Jurnal Bahasa, 35
(8): 26-34.
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad dan Zainuddin Mohd Isa (2013). Masalah pembelajaran, Tanjung Malim:
Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nawi Ismail (2014). Strategi pengajaran dan pembelajaran tatatabahasa dan ejaan: satu cadangan. Dalam Azizul
Rahmman Abdul Rahman Mohamad Saleeh Rahmad (Eds). Strategi pengajaran guru cemerlang . Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail & Hamidah Yamat@Ahmad. (2014). Keperluan pendidikan
bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal Pendidikan 26, 21-36.
Jeniri Amir. (2015). Bahasa Melayu mudah dipelajari, tetapi sukar dikuasai. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 5(4).
Penataran Format Instrumen Pentaksiran Bagi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Terkini.
2016. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 25

KERTAS KONSEP KAEDAH TROUBLESHOOTING DALAM PENGAJARAN


PERAKAUNAN

Siti Safurah Ahmad

Abstrak
Kursus perakaunan seringkali dianggap sangat mencabar oleh kebanyakan pelajar kerana
terdapat banyak konsep asas yang sukar tetapi perlu dikuasai. Pencapaian pelajar yang lemah
dalam ujian atau peperiksaan merupakan situasi yang membimbangkan. Para pensyarah pula
menghadapi cabaran untuk mengajar topik-topik yang sukar terutamanya apabila melibatkan
kekangan waktu dalam sistem semester di IPT. Ini menuntut perancangan pengajaran yang
praktikal yang boleh digunapakai seiring dengan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar yang diamalkan di IPT. Maka kertas konsep ini dicadangkan berdasarkan kajian kes
menggunakan kaedah troubleshooting yang dijalankan dalam kalangan pelajar kursus
Financial Accounting 1 di Politeknik Kota Kinabalu. Hasil kajian mendapati berlakunya
peningkatan dalam markah ujian pelajar bagi tiga semester. Kaedah troubleshooting ini turut
dibincangkan dalam konteks beberapa pendekatan baharu yang telah dihasilkan beberapa
pengkaji untuk mengajar topik-topik perakaunan yang sukar.

Kata Kunci: Pengajaran Perakaunan, Kaedah Pengajaran, Troubleshooting

Pengenalan
Subjek atau kursus perakaunan memberikan cabaran kepada tenaga pengajarnya untuk
mengasah kemahiran pelajar dalam bidang ini. Topik yang panjang serta sukar; banyak
konsep dan langkah kerja untuk dikuasai merupakan di antara cabaran yang seringkali
dihadapi oleh pensyarah perakaunan. Ini disokong oleh Nias Ahmad, Nik Wan & Sayd Idris(
2010). Penguasaan yang lemah di dalam topik-topik asas perakaunan akan memberi impak
besar kepada kursus-kursus selanjutnya kerana kebanyakan topik dan kursus dalam
perakaunan adalah berkait dan berkesinambungan. Ini secara langsung mempengaruhi
keputusan peperiksaan pelajar. Pencapaian yang rendah bagi penilaian sesuatu topik menjadi
petunjuk bahawa pelajar tidak mahir dalam topik tersebut.
Tinjauan rambang di kalangan pelajar kursus Financial Accounting 1 mendapati
pelajar rata-rata berpendapat bahawa Topik 1 Accounting for Non-current Assets merupakan
topik yang paling sukar. Bukan sahaja topik ini panjang, malahan ketidakfahaman di
bahagian awal topik akan memberi kesan kepada keseluruhan topik. Isi kandungan topik ini
yang saling berkait menyebabkan pelajar sukar mengenal pasti bahagian yang sebenar-
benarnya tidak difahami. Akhirnya pelajar mudah menjadi keliru dan hilang minat terhadap
topik ini secara khusus dan kursus perakaunan secara amnya.
Selain daripada kandungan kursus yang sukar, sistem semester yang diamalkan di IPT
menjadikan pensyarah sering terikat dengan kekangan waktu untuk menghabiskan sesuatu
topik. Manakala di pihak pelajar pula, suasana pembelajaran di IPT yang lebih berpusatkan
pelajar menjadikan mereka perlu mencari jalan untuk memahami dan menguasai kursus
perakaunan yang mencabar dalam tempoh yang singkat.
Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan juga telah menyebabkan guru harus
memiliki pelbagai kemahiran dalam membuat perancangan pengajaran. Perancangan
pengajaran amat perlu diberi penekanan memandangkan cara seseorang guru
melaksanakan pengajarannya bergantung kepada cara perancangan yang telah dilakukan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 26
(Arumugham. 2019). Pelajar tidak wajar “dilambakkan” sahaja dengan semua kandungan
silibus yang yang perlu difahami dan dikuasai tanpa diberikan penekanan dan panduan
kepada bahagian2 tertentu yang benar-benar penting. Dalam konteks pembelajaran di
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, pencapaian pelajar dalam topik 1 kursus Financial
Accounting 1 untuk beberapa semester adalah membimbangkan. Ini ditunjukkan di dalam
Rajah 1.

Sesi pengajian Peratus lulus (%)

Jun 2017 48%

Disember 2017 87%

Jun 2018 49%


Rajah 1. Keputusan Ujian 1 kursus Financial Accounting 1

Melalui kaedah troubleshooting yang dilaksanakan oleh pengkaji, pensyarah boleh


mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran kursus perakaunan.
Kandungan sesuatu topik dirungkai dengan membahagikan kepada bahagian-bahagian atau
kluster-kluster penting yang perlu dikuasai. Sebarang kekeliruan dalam topik tersebut
dikenalpasti dan diselesaikan berdasarkan kluster yang bermasalah. Dengan kaedah
troubleshooting ini, masalah penguasaan yang lemah dalam asas perakaunan dapat
diselesaikan dan kesan lanjutan terhadap topik-topik lain yang berkait dan
berkesinambnungan juga dapat diminimakan. Ini kerana dalam kaedah ini kita mensasarkan
kepada menyelesaikan masaalah dasar yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar.

Kajian Literatur
Fenomena yang seringkali dihadapi oleh pensyarah ketika mengajar kursus perakaunan ialah
pelajar tidak pasti apa atau bahagian mana yang mereka kurang faham. Seringkali
keseluruhan topik dilabelkan sebagai susah dan tidak difahami sedangkan sebenarnya ianya
melibatkan bahagian-bahagian tertentu sahaja. Keadaan menjadi lebih parah jika subtopik
atau topik adalah berkait dan perlu kepada pengetahuan terdahulu. Namun perlu diakui
bahawa sebagai satu kursus teknikal, sudah pasti terdapat kemahiran dan konsep asas
perakaunan tertentu yang wajib dikuasai oleh pelajar sebagai pra-syarat kepada topik dan
kursus yang selanjutnya.
Jamaluddin et al. (2016) bersetuju bahawa subjek perakaunan adalah agak mencabar
memandangkan pelajar perlu menguasai konsep asas dalam perakaunan, Mereka memberi
contoh topik Catatan Bergu yang merupakan topik yang penting dan paling asas dalam
perakaunan tetapi sukar difahami oleh pelajar. Kegagalan untuk memahami logik di sebalik
catatan debit dan kredit boleh menyebabkan pelajar lebih cenderung menghafal dan sukar
memahami topik-topik yang berikutnya. Oleh yang demikian, kefahaman dan penguasaan
sistem catatan bergu menjadi kunci utama kepada proses pembelajaran perakaunan
secara keseluruhan. Fikri, Wan Yusoff & Mohamad Japeri (2017) pula mendapati bahawa
kursus asas perakaunan adalah dianggap sebagai satu kursus yang sukar dalam kalangan
pelajar semester satu yang tiada asas perakaunan. Bahkan persepsi ini juga turut dipegang
oleh pelajar yang mempunyai asas perakaunan yang kuat semasa di sekolah menengah. Para
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 27
pensyarah perakaunan sendiri juga tidak menyangkal bahawa memang terdapat topik-topik
tertentu yang agak mencabar minda para pelajar.
Pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran digunakan oleh guru dan pensyarah
perakaunan untuk mengatasi masalah topik yang sukar difahami. Dalam era pendidikan masa
kini yang berpusatkan pelajar dan dipengaruhi pula oleh ledakan teknologi maklumat yang
serba canggih, pilihan kaedah pengajaran adalah sangat banyak. Matlamatnya bukan sahaja
untuk memastikan pelajar mudah faham tetapi juga untuk menerapkan pelbagai kemahiran
generik lain yang diperlukan oleh pelajar. Nias Ahmad, Nik Wan & Sayd Idris (2010)
menegaskan bahawa di samping usaha pelajar itu sendiri, peranan guru dianggap sangat
bermakna kerana kajian mendapati bahawa kaedah dan teknik pengajaran oleh guru
merupakan antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi keputusan peperiksaan
pelajar. Ini turut disokong oleh kajian Fikri, Wan Yusoff & Mohamad Japeri (2017) yang
mendapati bahawa pemilihan kaedah yang sesuai dan praktikal dapat merubah sikap pelajar
terhadap subjek perakaunan dan seterusnya memotivasikan mereka bagi mengikuti kursus-
kursus perakaunan yang lain di semester yang lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, setiap kaedah pengajaran ada kelemahannnya. Kaedah yang
menarik dan mempunyai pelbagai aktiviti selalunya mengambil masa yang panjang untuk
dilaksanakan. Sedangkan tempoh pengajaran bagi setiap kursus di IPT adalah sangat terhad
dan terikat dengan jam kredit kursus tersebut. Jamaluddin et al. (2016) berpendapat bahawa
kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti yang berbentuk permainan mengambil
masa yang lama untuk dilaksanakan walaupun ianya menjadikan pelajar lebih mudah faham.
Ramai pengajar menganggap permainan sebagai satu pembaziran masa. Mereka sering tidak
berjaya untuk mencapai objektif pendidikan yang terkandung dalam kurikulum, dan
kebimbangan utama ialah kekurangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan takut
tidak dapat menyediakan pelajar dengan secukupnya untuk peperiksaan akhir. Di satu sudut
yang lain pula, Jamaluddin, Abd Kadir, Abdullah & Alias (2018) mendapati bahawa apabila
proses pengajaran terikat dengan kekangan masa dan berorientasikan peperiksaan, aktiviti
pembelajaran dikhuatiri tidak berlaku secara holistik dan pelbagai, seterusnya kurang
membantu perkembangan pelajar.
Kedua-dua faktor kesukaran kursus dan kekangan masa ini menjadikan pensyarah
perlu memikirkan kaedah yang terbaik untuk menyampaikan pengajaran dengan
mengambilkira senario pendidikan semasa . Perancangan pengajaran yang rapi yang bersifat
serampang dua mata diperlukan supaya situasi menang-menang diperolehi. Jalani, Abdul
Samad, Lai & Hasmori (2014) menegaskan bahawa pelajar sepatutnya tidak perlu
menghabiskan masa dan sumber kognitif mereka terhadap proses yang tidak relevan dengan
pembelajaran. Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan cara yang memudahkan pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah di samping mengurangkan beban
kognitif extraneous yang tidak perlu kepada ingatan-kerja.
Merancang perlu dilakukan dengan teliti sebelum proses pengajaran dilakukan dengan
mengambilkira aspek-aspek seperti kandungan kursus serta tempoh masa kursus. Shafii &
Jaafar (2018) menyarankan bahawa guru-guru perlu diberi kursus supaya dapat
meningkatkan kemahiran pemikiran kritis agar dapat menggabung jalin dalam
pengajaran perakaunan. Ini dimantapkan lagi dengan kajian oleh Arumugham (2019) ke atas
beberapa guru Prinsip Perakaunan di sebuah daerah di utara Malaysia untuk membuktikan
pentingnya kemahiran merungkai dan merangkai kurikulum dalam merancang pengajaran.
Selepas proses bimbingan, beliau mendapati bahawa guru-guru tersebut mampu untuk
merangkaikan standard kandungan yang boleh digabungkan dan diajar secara serentak
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 28
tanpa pengulangan. Ini membantu guru untuk melaksanakan pengajarannya secara
terancang dan menjimatkan masa. Proses ini juga membantu guru untuk melaksanakan
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa seseorang pensyarah perlu merancang


pengajarannya supaya sesuatu kursus atau topik yang sukar dapat diolah sebegitu rupa agar
intipatinya dapat difahami dan dikuasai oleh pelajar dalam tempoh masa yang telah dihadkan.
Dengan kata lain, pensyarah bertindak sebagai pemudahcara dengan mensasarkan bahagian-
bahagian yang sukar lalu merungkai dan merangkainya dalam bentuk yang mudah untuk
difahami oleh pelajar menggunakan apa sahaja teknik yang dirasakan sesuai. Inilah yang
dimaksudkan dengan konsep teknik troubleshooting yang ingin diketengahkan bagi
pengajaran kursus perakaunan.
Terdapat ramai pengkaji dalam bidang perakaunan yang mengaplikasikan kaedah-
kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.
Namun apa yang menarik ialah wujudnya para pengkaji yang kreatif dan telah menghasilkan
kaedah tersendiri untuk mengajar topik perakaunan tertentu yang didapati sukar untuk
difahami oleh pelajar mereka. Di antara yang boleh disenaraikan ialah Mohd Kamal (2005)
dengan kaedah pengajaran 7-E , Zainal A.R. (2007) mencipta kaedah “magik huruf” untuk
topik Dokumen Perniagaan; Kanaga Retnam D. & Raja Krishnen C.D. (2011) yang
menggunakan “konsep AB.LEH” dalam mengenal pasti kedudukan item-item pada bahagian
debit dan kredit; dan Fikri, Wan Yusoff & Mohamad Japeri (2017) yang menggunakan
prosedur ‘Smart Accounting’ untuk topik Penyata Kewangan dan pelarasan . Apabila diteliti
kajian-kajian mereka ini, sebenarnya mereka telah melakukan troubleshooting dengan
mengenalpasti topik yang sukar tetapi penting dalam kursus yang mereka ajar. Mereka juga
telah merungkai topik berkenaan kepada kluster-kluster penting dan menghasilkan kaedah
yang kreatif untuk memudahkan pelajar memahami dan menguasai topik tersebut. Semua
pengkaji tersebut mendapati kefahaman dan pencapaian pelajar telah meningkat serta
menarik minat pelajar terhadap kursus perakaunan. Apa yang ingin ditekankan dalam kertas
konsep ini ialah supaya kaedah troubleshooting ini dipraktikkan dengan lebih luas dan
dibudayakan dalam lebih banyak kursus perakaunan. Mungkin selama ini kaedah
troubleshooting telah digunapakai tanpa sedar , namun diharapkan selepas ini ianya memang
dirancang untuk digunakan bagi menangani masalah pembelajaran pelajar.

Metodologi
Kajian ini merupakan kajian kes ke atas pelajar semester 2 yang mengambil kursus Financial
Accounting 1. Topik 1 merupakan topik yang banyak digunapakai dalam perniagaan
dan merupakan topik wajib dalam peperiksaan akhir. Tinjauan rambang di kalangan
pelajar mendapati bahawa rata-rata mereka berpendapat bahawa topik 1 merupakan topik
yang paling sukar. Pelajar seringkali mendapat markah yang rendah untuk topik ini seperti
yang telah ditunjukkan terdahulu di dalam Rajah 1 di atas. Tahap kefahaman pelajar diukur
melalui Ujian 1 yang disediakan berdasarkan Jadual Spesifikasi Item dan menepati kehendak
kurikulum Politeknik Malaysia.
Untuk sesi Jun 2019 dan Disember 2019, kaedah TS telah dilaksanakan secara khusus
dalam kumpulan pelajar yang mengulang kursus ini. Adalah dimaklumi bahawa apabila
seseorang pelajar mengulang sesuatu kursus, ini bermakna penguasaan mereka dalam
semester sebelumnya adalah lemah . Ini menunjukkan bahawa teknik troubleshooting ini
digunapakai untuk mengajar topik yang paling sukar kepada kumpulan pelajar yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 29
mungkin mempunyai masalah pembelajaran dan perlukan lebih perhatian dan bantuan
pensyarah.

Pelaksanaan kaedah troubleshooting untuk Topik 1 diperincikan dalam Rajah 2 di bawah.

Model umum Pelaksanaan bagi topic 1

1 Rungkaikan topik kepada Kluster 1 : Pengiraan susutnilai berdasarkan 2 kaedah


beberapa bahagian/kluster 1a) Kaedah garislurus

1b) Kaedah baki berkurangan


Bagi setiap kluster, jelaskan Kluster 2 : Merekodkan pembelian aset bukan semasa ke
2 langkah-langkah penting dalam akaun
(DO’s) Kluster 3 : Merekodkan susutnilai ke dalam akaun
3a) menggunakan kaedah garislurus
3b) menggunakan kaedah baki berkurangan
3 Beri penekanan Kluster 4 : Merekodkan pelupusan aset bukan semasa ke
perkara/kesilapan yang perlu dalam akaun-akaun
dielakkan (DONTs) Kluster 5 : Rekodkan ke dalam Penyata Pendapatan
Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan

4 Buat soalan contoh Terangkan langkah menjawab mengikut kluster (guna


langkah 2 dan 3)

5 Troubleshoot kesilapan Kenalpasti sub-kluster mana yang sering pelajar silap dan
jawapan/kekeliruan pelajar kluster-kluster yang mempunyai kesan berkait.
berdasarkan kluster. Contoh : Kesilapan dalam Kluster 1 atau Kluster 2 akan
memberi kesan kepada jawapan dalam Kluster 3 dan 4.
Ini akan menyebabkan kehilangan markah yang banyak.
Kesimpulannya, pelajar perlu kuasai Kluster 1 dan 2
dengan baik.

Rajah 2. Ilustrasi kaedah troubleshooting


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 30
Dapatan Kajian
Didapati bahawa pencapaian pelajar dalam Ujian 1 telah meningkat berbanding sebelumnya.
Ini ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

Sesi pengajian Peratus lulus (%) Catatan

Jun 2018 49 %

Sebahagian kaedah troubleshooting mula


Dis 2018 69 %
digunapakai

Kaedah troubleshooting digunakan sepenuhnya


Jun 2019 71 %
dalam topic 1

Rajah 3. Keputusan Ujian Topik 1

Tinjauan secara rambang juga mendapati pelajar dapat mengenalpasti bahagian-bahagian


dalam Topik 1 yang mereka tidak faham dan sering membuat kesilapan.

Kesimpulan
Teknik troubleshooting ini bertujuan untuk memantapkan lagi mana-mana kaedah pengajaran
berpusatkan pelajar dan berperanan sebagai pelengkap, bukannya sebagai pengganti. Ianya
juga tidak sekali-kali bertujuan untuk membawa pensyarah berpatah balik kepada kaedah
pengajaran berpusatkan pensyarah. Teknik ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk
lebih berfokus dan mempunyai fleksibiliti dalam mengajar sesuatu topik yang sukar.
Untuk melaksanakan teknik troubleshooting ini, pensyarah perlu memperhalusi topik
yang dipilih supaya intipati penting topik itu dapat dirungkai dan dirangkai menjadi kluster-
kluster yang lebih mudah divisualkan dan difahami. Kreativiti dan inovasi pensyarah pula
dapat ditingkatkan dengan menggabungjalin kaedah ini dengan kaedah-kaedah sedia ada
atau menghasilkan teknik atau kaedah baru yang mudah untuk difahami. Ini secara langsung
meningkatkan pemikiran kritis pensyarah . Di pihak pelajar pula, mereka akan lebih peka
dengan bahagian yang penting dan mengurangkan kesilapan . Ini menjadikan pelajar lebih
cepat mahir dan semakin bermotivasi. Adalah disarankan agar kaedah troubleshooting ini
dibudayakan dalam pengajaran kursus perakaunan.

Rujukan
Arumugham K.S. (2019). Merungkai Dan Merangkai Kurikulum Sebagai Proses Perancangan Pengajaran Dan
Pembelajaran : Kajian Kes Guru-guru Prinsip Perakaunan. Seminar Darulaman Peringkat
Kebangsaan 22-23 Oktober 2019.
Fikri M., Wan Yusoff W.M. & Mohamad Japeri A.Z.U. (2017). Penggunaan Prosedur ‘Smart Accounting’ Di
Kalangan Pelajar-pelajar Politeknik : Satu Kajian Kes. Advanced Journal Of Technical And Vocational
Education 1 (1) : 301-308.
Jalani N.S., Abdul Samad N., Lai C.S. & Hasmori A.A. (2014). Pembelajaran Berasaskan Contoh – Masalah :
Kesan Pengajaran Terhadap Prestasi Pencapaian Dan Usaha Mental Pelajar TVE. International
Seminar on Technical and Vocational Education 2014 (TVEIS 2014).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 31
Jamaluddin J., Mohd Din N., Nias Ahmad M.A., Abdul Jabar F., Mohamad Fadzillah N.S. & Husin Z. (2016).
Keberkesanan Kaedah Permainan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan di Sekolah
Menengah . Konferensi Akademik KONAKA 2016.
Jamaluddin N., Abd kadir S., Abdullah A. & Alias S.N. (2018) Scaffolding Melalui Pembelajaran Berasaskan
Projek Terhadap Perubahan Pencapaian Murid : Kajian dalam Mata pelajaran Prinsip Perakaunan
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 105-114
Kanaga Retnam D. & Raja Krishnen C.D. (2011). Penggunaan “konsep AB.LEH” dalam mengenal pasti
kedudukan item-item pada bahagian debit dan kredit dalam mata pelajaran prinsip perakaunan di
kalangan pelajar tingkatan Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang.
Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Kamal. (2005). Meningkatkan kefahaman pelajar melalui pengajaran 7E: Satu pengalaman dalam
mata pelajaran pendidikan perakaunan. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Profesionalisme, Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Nias Ahmad M.A., Nik Wan N.Z. & Sayd Idris S.I.Z. (2010). Pandangan Pelajar Terhadap Matapelajaran
Prinsip Perakaunan Di Daerah Maran, Pahang. Prosiding Konferensi Akademik Volume: 2010
Shafii, S. F., & Jaafar, H. (2018). Kesan Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pemikiran
Kritis Pelajar Tingkatan Empat Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan. Management Research
Journal, 7, 175-187.
Zainal A.R. (2007) Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata
pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah “magik huruf”. SMK Benut 82200 Benut, Pontian, Johor.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 32

TAKRIFAN DAN TEORI EFIKASI KENDIRI GURU

Tan Meow Huang, Norazlinda Saad dan Ishak Sin

Abstrak
Artikel ini bertujuan membincangkan takrifan dan teori efikasi kendiri dalam konteks
pendidikan. Bandura (1997) mendefinisikan efikasi kendiri guru sebagai kepercayaan guru
terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan dan kesungguhan
guru dalam mempengaruhi pencapaian murid. Selain itu, efikasi kendiri juga dikaitkan
dengan penetapan matlamat untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Penetapan matlamat
ditetapkan oleh diri sendiri berdasarkan tugasan yang dilaksanakan. Penetapan matlamat
penting kerana ia menjadi rujukan individu dalam melaksanakan setiap tugasannya
(Houghton & Neck, 2003). Ini menunjukkan efikasi kendiri penting kepada individu dalam
melaksanakan tugasan dan menghadapi pelbagai masalah sama ada dalam pembelajaran,
pekerjaan atau kehidupan (Wan Haslina Wan Zaharudin, 2003).

Kata Kunci: Efikasi Kendiri, Guru, Sekolah, Pendidikan

Pendahuluan
Efikasi kendiri ialah kepercayaan dalam kemampuan diri seseorang untuk melaksanakan
tugasan dan menghasilkan pencapaian (Bandura, 1997). Efikasi kendiri juga menggerakkan
motivasi dan tindakan bagi melaksanakan tugasan secara kehadapan (Wood & Bandura,
1989). Kepercayaan ini mempengaruhi pekerja memelihara dan mempunyai daya tahan
semasa menghadapi waktu kesukaran (Locke, 2007). Teori efikasi kendiri dikaji secara
meluas oleh Bandura (1986, 1997). Dalam konsep dan hubungan antara guru dan murid
(Fleisher, 2005), beberapa kajian telah menunjukkan bahawa efikasi kendiri guru memberi
impak kepada sikap dan mutu kerja guru, seterusnya memberi kesan kepada prestasi
pencapaian murid (Ross & Bruce, 2007).
Sejajar itu, beberapa kajian lalu juga mendapati efikasi kendiri mempunyai hubungan
dengan pencapaian (Armor et al., 1976; Ashton & Webb, 1986; Moore & Esselman, 1992;
Ross, 1992) dan motivasi (Midgley, Feldlaufer & Eccles, 1986). Dalam usaha guru
meletakkan matlamat pengajaran di dalam bilik darjah, ia memberi kesan kepada tingkah
laku guru dan efikasi kendirinya. Ini adalah kerana guru berefikasi yang tinggi akan sentiasa
memperbaharui idea dan lebih bersedia dengan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran bagi
memenuhi keperluan murid (Liu, 2012).
Guru juga cenderung untuk membuat perancangan misalnya, merancang perjumpaan,
kelas tambahan, panitia, kerja berkumpulan dalam penyelidikan, penilaian kerja murid dan
kurikulum yang lain (Qian & Walker, 2013). Efikasi kendiri mempengaruhi kegigihan
seseorang guru apabila kerana mereka perlu menghadapi daya tahan dan halangan.
Menurut Scandura dan Schultz (1994), terdapat beberapa cara untuk mempertingkatkan
keupayaan seseorang. Antaranya ialah penyediaan program bimbingan, pembelajaran,
melalui pengalaman bekerja melatih pekerja yang lain dan melatih individu yang
berkemahiran dengan pekerjaannya, Oleh itu latihan dan pengalaman merupakan komponen
penting bagi mempertingkatkan efikasi kendiri seseorang (Malmberg, Hagger & Webster,
2014).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 33
Latar Belakang Kajian
Efikasi kendiri guru positif dikaitkan dengan banyak amalan pengajaran yang berkualiti dan
berkesan (Ashton & Webb, 1986). Efikasi kendiri telah dipengaruhi oleh teori pembelajaran
dan kepercayaan guru (Rotter, 1996). Oleh itu, efikasi kendiri guru yang berkesan dan ideal
adalah seseorang guru mempunyai keupayaan untuk melibatkan murid dalam pembelajaran,
walaupun di kalangan murid yang mungkin sukar melibatkan diri masalah salah laku (See &
Lee, 2005).
Efikasi juga berkaitan dengan tingkah laku dalam bilik darjah, usaha dalam pengajaran,
penetapan matlamat dan guru akan mengikut perancangannya bagi melaksana tugas dengan
baik (O’Neill & Stephenson, 2012). Guru boleh mengatur dan melaksanakan tindakan dengan
memberi kesan positif ke atas murid (Goddard, 2002). Walau bagaimanapun guru yang
berefikasi kendiri rendah juga memberi tumpuan dalam kawalan disiplin dan amalan
ganjaran-hukuman untuk memastikan murid mengikuti pengajaran (Knoblauch, Woolfolk &
Hoy, 2008). Disebaliknya efikasi kendiri yang rendah, guru perlu berusaha melaksanakan
tugas (Tschannen-Moran & Hoy, 2001) dan mengawal tindakan mereka (Armor et al., 1976).
Menurut Woolfolk dan Hoy (1990), guru-guru adalah penentu kepada tingkah laku
pengajaran.
Daripada pernyataan Tschnnen-Moran dan Wookfolk Hoy (1998) iaitu adakah guru
mempunyai keupayaan untuk mengatur dan melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk
mencapai tugas tertentu tahap yang diingini? Jika seseorang guru tidak menyelesaikan tugas
pada tahap itu, apakah akibat yang mungkin? Penyelidik percaya bahawa efikasi kendiri
guru adalah dipengaruhi oleh tingkah laku, tindakan dan kepercayaan mereka. Kepercayaan
terhadap efikasi kendiri adalah faktor berpengaruh dalam menentukan individu membuat
pilihan, barapa lama mereka akan tabah dalam menghadapi cabaran dan tahap kebimbangan
atau keyakinan. Kepercayaan individu adalah dari tahap kecekapan dan tindakan tugas yang
diberi (Bandura, 1977) iaitu seperti keupayaan guru mempengaruhi hasil pembelajaran murid
termasuk memberi motivasi kepada kumpulan murid yang dalam pencapaian rendah
(Tschannen-Moran, Hoy, 1998).

Kajian Literatur
Menurut Tschannen-Moran, Woolfolk Hoy dan Hoy (1998) efikasi kendiri guru adalah dari
empat sumber maklumat iaitu a) pengalaman; dapat menilai keupayaan individu dalam
pengajaran dari pengalaman lepas. b) rangsangan fisiologi; tahap emosi dan fisiologi adalah
dari pengalaman seseorag dalam situasi pengajaran dan bertugas bersama guru besar, murid
dan rakan sekerja. c) pengalaman guru lain; model guru yang berjaya adalah asas untuk
menentukan bahawa tugas pengajaran adalah terkawal. Pemerhatian guru-guru yang
mengajar dan kemahiran dalam tugas-tugas lain. d) Pujukan lisan iaitu boleh memberikan
maklumat tentang sifat pengajaran, memberi galakan dan strategi untuk mengatasi halangan
situasi dan memberi maklum balas khusus mengenai prestasi seseorang guru.
Efikasi kendiri menyumbang kepada menyakinkan sesorang mencuba untuk berjaya
(Bandura, 1982). Walaubagaimanapun, apabila individu tidak mempunyai kemahiran untuk
melaksanakan tugas tertentu, desakan untuk bekerja lebih keras akan merendahkan efikasi
kendiri guru (Gist & Mitchell, 1992). Guru besar, guru-guru lain dan murid boleh dijadikan
sebagai sumber memperolehi maklumat dan mengetahui bagaimana guru menggunakan
kemahiran dan strategi sepadan dengan tuntutan tugas pengajarannya (Bilingsley, 2007).
Selain itu faktor-faktor sampingan seperti kebolehan memotivasi murid, strategi pengajaran
yang sesuai, isu-isu pengurusan, ketesediaan, kualiti bahan pengajaran, akses kepada
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 34
teknologi, keadaan fizikal ruang pengajaran, kepimpinan guru besar, iklim sekolah dan
sokongan guru-guru yang lain (Gist & Mitchell, 1992) juga berkaitan dengan efikasi kendiri
guru.
Dalam konsep efikasi kendiri, Tschannen-Moran dan Hoy (2001) menggariskan tiga
identiti keyakinan kebolehan diri yang terdiri daripada efikasi terhadap strategi pengajaran,
efikasi terhadap pengurusan dalam bilik darjah, dan efikasi terhadap penglibatan dengan
pelajar. Guru mempunyai keyakinan diri bahawa masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran masalah pelajar dapat diatasi dan dapat yakin dapat memperoleh keputusan
yang dikehendaki (Tschannen-Moran & Hoy, 2001). Dalam bilik darjah, guru menyampaikan
pengetahuan, fungsi sebagai pendidik dan mengendalikan aspek-aspek formal hubungan
antara guru dan murid seperti pengajaran yang dirancang, menjana perubahan dalam
kehidupan murid, fleksibiliti dalam kelas dan memupuk hubungan sosial di kalangan murid.
Bagaimanakah efikasi kendiri muncul, berkembang dan kekal di dalam diri guru?
Menurut Bandura (1986), beberapa faktor penentu efikasi kendiri ialah:

a)Faktor dalaman individu


Pengaruh sosial budaya akan mempengaruhi peribadi dalaman seseorang individu. Bandura
(1986) menganggap refleksi diri adalah yang paling unik kepada manusia melalui rujukan
pemikiran sendiri dan mengubah pemikiran dan tingkah laku. Mengikut Bandura (1986),
kepercayaan dalam keupayaan seseorang untuk menyusun dan perlaksanaan tindakan bagi
situasi yang bakal dihadapi adalah bergantung kepada refleksi kendiri terhadap pengalaman
dan pencapaian yang telah dialami yang menyebabkan dirinya berasa mampu atau sebaliknya
untuk mengatasi rintangan atau halangan yang mungkin dihadapi.

b)Tingkah laku
Mengikut teori Bandura (1977), efikasi kendiri dikategorikan sebagai jangkaan dan hasil
jangkaan. Menurut Bandura (1977), setiap orang mempunyai keupayaan, pengetahuan dan
kemahiran untuk melaksanakan sesuatu tindakan bagi mencapai hasil yang dikehendaki. Oleh
sebab itu, setiap orang mempunyai jangkaan kemungkinan mencapai kejayaan hasil daripada
pelaksanaan tugas yang dilakukannya. Hasil jangkaan ini ditafsirkan sebagai kepercayaan
bahawa tingkah laku atau tindakan yang diambilnya akan memperoleh hasil yang
dijangkakan. Misalnya, untuk berjaya, guru mesti mempunyai kedua-dua elemen efikasi
kendiri yang tinggi.

c)Persekitaran
Pesekitaran juga mempengaruhi keyakinan dan tindakan seseorang (Bandura, 1977). Guru
dapat meluangkan masa dan memberi bimbingan kepada pelajar yang bermasalah dalam
bilangan yang kecil, persekitaran yang mewujudkan penerimaan dan perlakuan orang lain
terhadap dirinya (Becker & Epstein, 1982). Bandura percaya bahawa tingkah laku adalah
hasil daripada pembelajaran dengan alam sekitar dan pengalaman yang lalu (Bandura, 1986).
Manakala dari perspektif Tschannen-Moran, Woolfolk dan Hoy (1998), terdapat tiga
dimensi efikasi kendiri guru iaitu;

d)Efikasi terhadap strategi pengajaran


Kepercayaan guru dalam keupayaan beliau melaksanakan tugas akan mempengaruhi tindakan
pengajaran (Tschannen-Moran, Woolfolk Hoy, 1998). Persepsi efikasi kendiri guru seperti
kebolehan meningkatkan pencapaian pelajar (Armor et al., 1976) berkaitan dengan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 35
kesanggupan guru untuk mencuba kaedah inovatif (Guskey, 1988). Selain itu, efikasi kendiri
dikatakan mempengaruhi kegigihan guru apabila perkara-perkara yang tidak berjalan dengan
baik dan menguatkan daya tahan guru menghadapi halangan (Tschannen-Moran & Woolfolk
Hoy, 2001). Meneroka, kenal pasti, membina pembaharuan dalam pengajaran juga termasuk
dalam strategi pengajaran (Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy, 1998).
e)Efikasi terhadap pengurusan bilik darjah
Kebanyakan guru mempunyai persepsi bahawa antara tugas awal adalah untuk mewujudkan
kepercayaan (Skinner, 1996) bahawa tingkah laku pembelajaran berkesan membawa kepada
pencapaian yang tinggi. Usaha diperlukan supaya pelajar dapat menguasai tugas. Guru
terlibat dalam merancang strategi bilik darjah (Ashton & Webb, 1986).

f)Efikasi terhadap penglibatan pelajar


Menurut Bandura (1997), teori efikasi kendiri meramalkan bahawa guru-guru bekerja keras
dengan pelajar secara berterusan kerana guru-guru percaya pelajar akan saling bekerja
bersama dengan mereka (Tschannen-Moran & Woolfolk Hoy, 1998). Efikasi yang rendah
harus diatasi melalui kerja keras (Atwater & Yammarino, 1997). Guru diklasifikasikan
sebagai mempunyai sama ada efikasi kendiri “tinggi” atau “rendah”. Oleh itu, sesetengah
situasi memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk menghadapi risiko ini (Bandura,
1986). Menurut Ashton dan Webb (1986), pelajar yang mendapat purata pencapaian yang
rendah lebih sukar diurus berbanding dengan pelajar mendapat purata pencapaian yang
tinggi. Pelajar sebegini tidak bekerja keras dan tidak menunjukkan minat dalam aktiviti kelas
dan tugasan. Guru mesti berjuang untuk memenangi hati mereka dan membantu mereka.
Guru yang mempunyai efikasi diri yang tinggi merasakan mereka boleh melakukan hal ini
(Ashton & Webb, 1986).

Rumusan
Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dihadkan oleh faktor persekitaran dan latar
belakang keluarga. Dengan ini seseorang guru perlu mempercayai boleh mengubah pelajar ke
arah yang positif dan ke arah pencapaian yang ditetapkan walau apa keadaan pun. Guru
berefikasi kendiri positif akan berusaha gigih berdepan dengan situasi yang sukar (Gibson &
Dembo, 1984), melaksanakan amalan pengajaran yang baru (Evers, Brouwers & Tomic,
2002), kejayaan dalam pencapaian akademik murid (Caprara, Barbaranelli, Steck, & Malone,
2006). Sejajar ini, Guru yang mempunyai tahap efikasi diri yang tinggi akan kerap mengkaji
kaedah pengajaran yang baru, mempunyai kecenderungan kurang mengkritik terhadap murid,
lebih bersemangat, lebih komited, boleh menangani keperluan keupayaan murid yang rendah,
membuat perancangan, mempunyai idea-idea baru dala pendekatan di dalam bilik darjah dan
sekolah (Ashton & Webb, 1986).

Corresponding Author
Profesor Madya Dr. Norazlinda Saad
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Kolej Sastera dan Sains (CAS)
Universiti Utara Malaysia
06100 Sintok
Kedah Darul Aman

Dr. Ishak Sin


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 36
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden
Kolej Sastera dan Sains (CAS)
Universiti Utara Malaysia
06100 Sintok
Kedah Darul Aman

Rujukan
Armor, D.J., Conry-Oseguera, P., Cox, M., King, N.J., Mcdonnell, L.M., Pascal, A.H., Pauly, E.W., & Zellman,
G.L. (1976). Analysis of the school preferred reading program in selected Los Angeles minority
schools. Santa Monica, CA: Rand Corporation. https://www.rand.org/pubs/reports/R2007.html
Ashton, P. T., & Webb, R. B. (1986). Making a difference: Teachers’ sense of efficacy and student achievement.
New York: Longman.
Atwater, L. E., & Yammarino, F. J. (1997). Self-other rating agreement: A review and model. Research in
personnel and human resources management, 15, 121-174. Elsevier Science/JAI Press . https://psycnet.
apa.org/record/1998-07308-003
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral change. The Psychological Review,
84(2),191–215. https://doi.org/10.1016/0146-6402(78)90002-4
Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in human agency. American Psychologist, 37, 122 – 147
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York, NY US: W H Freeman/Times Books/
Henry Holt & Co.
Becker, H. J., & Epstein, J. L. (1982). Influences on teachers' use of parent involvement at home (Report 324).
Baltimore: The Johns Hopkins University Center for Social Organization of
Schools.http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED219364.pdf
Billingsley, B. S. (2007). Recognizing and Supporting the Critical Roles of Teachers in Special Education
Leadership. Exceptionality, 15, 163–176.
Caprara, G. V., Barbaranelli, C., Steca, P., & Malone, P. S. (2006). Teachers’ self- efficacy beliefs as
determinants of job satisfaction and students’ academic achievement: A study at the school level.
Journal of School Psychology, 44(6), 473–490.
Evers, W.J.G.; Brouwers, A. & Tomic, W. (2002). Burnout and self-efficacy: A study of teachers’ beliefs when
implementing an innovative educational system in the Netherlands. British Journal of Educational
Psychology, 72, 227-243.
Fleisher, S. (2005). Self-regulation and teacher-student relationships. Academic Exchange Quarterly, 9(4), 23-
28.
Gibson, S., & Dembo, M. H. (1984). Teacher efficacy: a construct validation. Journal of Educational
Psychology, 76(4), 569–582.https://doi.org/10.1037/0022-0663.76.4.569
Gist, M. E., & Mitchell, T.R. (1992). Self-efficacy: a theoretical analysis of its determinants and malleability.
Academy of Management Review, 17(2), 183-211.
Goddard, R. 2002. The Theoretical and Empirical Analysis of the Measurement of Collective Efficacy: The
Development of a Short Form. Educational and Psychological Measurement, 62, 97–110.
http://doi.org/10.1177/0013164402062001007.
Guskey, T. R. (1988). Teacher efficacy, self-concept, and attitudes toward the implementation of instructional
innovation. Teaching and Teacher Education, 4(1), 63–69. https://doi.org/10.1016/0742-
051X(88)90025-X
Houghton, J. D. & Neck, C. P. (2003). The revised self-leadership questionnaire: testing a hierarchical factor
structure for self-leadership. Journal of Managerial Psychology, 17, 672-691.
Knoblauch, D., & Woolfolk Hoy, A. (2008). “Maybe I can teach those kids”. The influence of contextual factors
on student teachers' efficacy beliefs. Teaching and Teacher Education, 24, 166–179
Liu, Q. (2012). A path to professional knowledge and identity building: Self study of a native Chinese language
two teacher in Western Sydney schools (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan). University of Western
Sydney, Australia. http://arrow.uws.edu.au:8080/vital/access/manager/Repository/uws
Locke, E.A. (2007). The case for inductive theory building. Journal of Managment, 33(6), 867-91.
Malmberg, L. E., Hagger, H., & Webster, S. (2014). Teachers’ situation-specific mastery experiences: teacher,
student group and lesson effects. European Journal of Psychology of Education, 29(3), 429–451.
https://doi.org/10.1007/s10212-013-0206-1
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 37
Malmberg, L.-E., Hagger, H., & Webster, S. (2014). Teachers' situation-specific mastery experiences: teacher,
student group and lesson effects. European Journal of Educational Psychology, 29(3), 429-451
Midgley, C., Feldlaufer, H., & Eccles, J. S. (1989). Change in teacher efficacy and student self- and task-related
beliefs in mathematics during the transition to junior high school. Journal of Educational Psychology,
81(2), 247-258. https://doi.org/10.1037/0022-0663.81.2.247
Moore, W., & Esselman, M. (1992). Teacher efficacy, power, schools’ climate and achievement: a
desegregating district’s experience. Paper presented at the annual meeting of American Educational
Research Association, San Francisco.
Qian, H., & Walker, A. D. (2013). How principals promote and understand teacher development under
curriculum reform in China. Asia-Pacific Journal of Teacher Education, 41, 304-315.
O'Neill, S. C., & Stephenson, J. (2012). Exploring Australian pre-service teachers sense of efficacy, its sources,
and some possible influences. Teaching and Teacher Education, 28, 535–545
http://dx.doi.org/10.1016/j.tate.2012.01.008
Ross, J. A. (1992). Teacher efficacy and the effects of coaching on student achievement. Canadian Journal of
Education, 17(1), 51-65. http://www.csse.ca/CJE/Articles/FullText/CJE17-l/CJE17-l-05Ross.pdf
Ross, J., & Bruce, C. (2007). Professional development effects on teacher efficacy: Results of randomized field
trial. The Journal of Educational Research, 101(1), 50-60.
Rotter, J. B. (1966). Generalized expectancies for internal vs. external control of reinforcement. Psychological
Monographs, 80, 1-28.
Scandura, D.P & Schultz, E.S. (1994). Psychology and Work Today: An Introduction to Industrial and
Organizational Psychology (6th ed.). New Jersey: Prentice-Hall Inc.
See C. M., & Lee S. S. (2005). Kemurungan di kalangan murid: Satu kajian kes. Journal of Educator and
Education, 20, 113-129.
Skinner, E. A. (1996). A guide to constructs of control. Journal of Personality and Social Psychology, 71(3),
549–570. https://doi.org/10.1037/0022-3514.71.3.549
Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W., & Hoy, W.K. (1998). Teacher efficacy: Its meaning and measure. Review of
Education Research, 68(2), 202-248. https://doi.org/10.3102/00346543068002202
Tschannen-Moran, M., & Hoy, A. W. (2001). Teacher efficacy capturing an elusive concept. Teaching and
Teacher Education, 17(7), 783–805.https://doi.org/10.1016/S0742-051X(01)00036-1
Wood, R., & Bandura, A. (1989). Social cognitive theory of organizational management. Academy of
Management Review, 14, 261-381.
Woolfolk, A., & Hoy, W. K. (1990). Prospective teachers’ sense of efficacy and beliefs about control. Journal
ofEducational Psychology, 82, 81–91.
Wan Haslina Wan Zaharudin. (2003). Efikasi kendiri dan masalah di kalangan pelajar cacat pengelihatan (Tesis
sarjana tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 38

PERWAKILAN DALAM TOPIK PECAHAN BAGI BUKU TEKS MATEMATIK


TAHUN 1 HINGGA 3

Azizi Subeli dan Roslinda Rosli

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis buku teks yang digunakan dalam kurikulum terkini
di Malaysia dengan menggunakan model perwakilan pelbagai Lesh. Buku teks yang
dianalisis terdiri daripada buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3. Walau bagaimanapun, limitasi
kajian ini cumalah mengkaji tajuk pecahan sahaja dan tajuk-tajuk lain tidak termasuk dalam
kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengira bilangan perwakilan dan pertukaran
perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3 tersebut. Data hasil
daripada pengiraan kemudiannya ditukarkan kepada peratus dan diinterpretasikan mengikut
tahap. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dari segi peratus dan kekerapan
dari segi jenis perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3. Dapatan
kajian juga mendapati terdapat kekurangan dari segi penggunaan perwakilan jenis situasi
kehidupan yang terdapat dalam buku teks tiga tahun yang dianalisis. Selain itu, kajian juga
mendapati penggunaan perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3
adalah tidak seimbang dimana terdapat perwakilan yang lebih banyak penggunaannya dan
terdapat perwakilan yang terlalu sedikit yang terdapat dalam buku-buku teks tersebut.

Kata Kunci: Perwakilan, Pecahan, Buku teks, Matematik

Pengenalan
Idea pemahaman matematik dalam kalangan pelajar dan kemampuan perwakilan dalam
pembelajaran telah menjadi topik beberapa kajian sejak kebelakangan ini (Rosita, Nopriana
& Dewi, 2019). Menurut Kowiyah dan Mulyawati (2018) perwakilan matematik adalah salah
satu kemahiran asas matematik yang membolehkan pelajar menyampaikan idea matematik
mereka melalui realiti visual seperti gambar, jadual, ungkapan matematik dan ekuiti
matematik. Perwakilan matematik bertindak sebagai cara mengungkapkan idea matematik
dan cara pelajar memahami dan menggunakan idea matematik (Swastika et al., 2019; Lee &
Lee, 2019; Widakdo, 2017). Sementara itu, perwakilan dalam proses pengajaran matematik
bagi pelajar adalah untuk menyelesaikan masalah matematik (Yee & Bostic, 2014).
Menurut Rosita, Nopriana dan Dewi (2019) perwakilan yang tepat memudahkan
pelajar memperoleh pengetahuan yang betul, sementara perwakilan yang salah akan
membawa kepada proses penyelesaian masalah yang salah. Oleh itu, guru harus memiliki
pemahaman mendalam berkaitan perwakilan dalam pengajaran matematik. Hal ini kerana,
kesilapan dalam mempersembahkan perwakilan akan mendatangkan kesan negatif terhadap
pemahaman konsep matematik oleh pelajar. Dalam pada itu, mempunyai pemahaman konsep
matematik yang mendalam pula adalah amat penting kepada pelajar kerana pemahaman
konsep yang mendalam akan memudahkan pelajar memahami ilmu matematik yang lebih
kompleks. Menurut Kara dan Incikabi (2018) konsep sepatutnya dapat dipersembahkan
dalam pelbagai bentuk. Melalui penggunaan perwakilan, guru akan dapat mempersembahkan
struktur konsep yang sama dalam pelbagai bentuk yang berlainan bagi memudahkan pelajar
memahami matematik. Hal ini kerana, kejayaan belajar matematik bergantung kepada
bagaimana pemahaman dan pembinaan hubungan antara konsep matematik (Ramful, 2014).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 39
Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam matematik adalah
kemahiran menyelesaikan masalah. Oleh itu, pelbagai strategi penyelesaian masalah telah
diperkenalkan dalam pendidikan matematik supaya pelajar menguasai kemahiran tersebut.
Menurut Kusumawati et al. (2019) jika pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan pelbagai
strategi, hal tersebut menggambarkan bahawa pelajar telah menguasai konsep. Disamping itu,
menurut Marsigit et al. (2020) menguasai perwakilan matematik adalah penting dalam
penyelesaian masalah dan merupakan salah satu kemahiran asas dalam matematik. Hal ini
kerana, perwakilan matematik sangat penting bagi pelajar dan berperanan sebagai alat
menyampaikan idea supaya lebih mudah bagi pelajar untuk menyelesaikan masalah yang
mungkin pelajar hadapi (Manoy, 2018).
Menurut Farokhah, Herman dan Jupri (2019) keupayaan perwakilan matematik terdiri
daripada dua jenis iaitu perwakilan dalaman dan perwakilan luaran. Perwakilan dalaman
merujuk kepada konfigurasi mental yang membolehkan individu, seperti pelajar memahami
atau menyelesaikan masalah. Perwakilan luaran pula adalah hasil penjelmaan untuk
menggambarkan apa yang pelajar lakukan (perkataan, grafik, gambar dan persamaan).
Namun, menurut Marsigit et al. (2020) perwakilan dalaman berkaitan dengan struktur
pengetahuan dalam diri manusia yang meliputi perwakilan berkadar, analog, prosedural,
selari, dan teragih manakala perwakilan luaran berkaitan dengan struktur dan pengetahuan di
persekitaran, termasuk simbol fizikal, objek, gambar, dan lain-lain.
Pelajar menggunakan perwakilan sebagai alat bagi memudahkan mereka dalam
memahami matematik (Pagiling, 2019) manakala guru menggunakan perwakilan bagi
memudahkan mereka menerangkan konsep matematik kepada pelajar (Hebert & Powell,
2016). Kajian Acevedo, Doorena dan Verschaffela (2014) mendapati pelajar yang tidak
diperkenalkan dengan intervensi kaedah perwakilan yang fleksible kurang cekap menukar
perwakilan untuk masalah tertentu berbanding kumpulan pelajar yang didedahkan dengan
intervensi kaedah perwakilan. Oleh itu, kemahiran membuat penukaran perwakilan wajar
diperkenalkan kepada pelajar seawal sekolah rendah (Farokhah, Herman & Jupri, 2019).
Menurut Widakdo (2017) perwakilan merupakan cara asas dalam memahami matematik.
Atas sebab itu, kemahiran guru dan murid dalam menggunakan perwakilan sangat diambil
berat pada masa sekarang (Huinker 2015). Menurut Widakdo (2017) lagi, kebolehan
menggunakan perwakilan memudahkan pelajar memahami, berkomunikasi, dan
menghubungkan konsep matematik. Bagi pihak guru pula, kefahaman konsep pelajar akan
dapat dinilai kerana melalui penggunaan perwakilan pelajar dapat diminta untuk menyatakan
idea matematik mereka semasa pembelajaran (Swastika et al., 2019).

Pernyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa perwakilan merupakan satu elemen
penting yang harus diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Namun, terdapat dapatan kajian mendapati kebolehan menukar perwakilan dalam kalangan
pelajar masih berada pada tahap rendah (Hidayati, Usodo & Subanti, 2020; Minarni,
Napitupulu & Husein, 2016; Widakdo, 2017). Antara punca penyumbang yang dikenalpasti
membawa kepada masalah berkenaan adalah seperti kekurangan ilmu dari segi kandungan
daripada pihak guru yang seterusnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengajaran
(Bosse et al., 2016). Selain itu, dapatan kajian literatur juga mendapati antara masalah yang
berlaku adalah seperti tidak berjaya menggunakan persamaan matematik dengan betul pada
perwakilan simbolik (Istadi, Kusmayadi & Sujadi, 2017).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 40
Buku teks merupakan salah satu medium yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Alkhateeb (2019b) buku teks merupakan
sumber yang sangat penting kepada guru dan pelajar dalam pembelajaran matematik. Oleh
hal yang demikian, buku teks perlulah mengandungi elemen yang menerapkan penggunaan
perwakilan agar dapat membantu pelajar dalam menguasai matematik. Hal ini kerana
perwakilan digunakan oleh pelajar sebagai alat untuk memahami matematik dengan membina
idea abstrak menjadi idea konkrit menggunakan pemikiran logik (Widakdo, 2017). Walau
bagaimanapun, dapatan kajian literatur mendapati terdapat kekurangan dalam penulisan buku
teks seperti kekurangan penggunaan situasi kehidupan (Alkhateeb, 2019a), tiada hubungan
antara perwakilan visual dan perwakilan simbolik (Bütüner, 2019) dan terlalu memberi
penekanan terhadap perwakilan dalam bentuk simbol dan kurang penggunaan perwakilan
yang lain (Yang & Sianturi, 2020).
Dapatan kajian literatur juga mendapati masih kurang kajian yang berkaitan
perwakilan matematik yang mengkhusus kepada tajuk pecahan dalam buku teks matematik
sekolah rendah di Malaysia yang dijalankan sejak kebelakangan ini. Oleh hal yang demikian,
kajian ini dijalankan bagi mengisi jurang kajian berkaitan tajuk pecahan dalam buku teks
matematik sekolah rendah di Malaysia yang memfokus kepada penggunaan perwakilan yang
digunakan dalam penulisan buku teks tersebut. Dalam kajian ini, buku teks matematik Tahun
1 hingga Tahun 3 yang terkini di Malaysia akan dianalisis menggunakan model perwakilan
Lesh et al. (2003).

Model Perwakilan Lesh


Menurut Alkhateeb (2019a), salah satu model yang mempunyai pengaruh yang besar
dalam bidang matematik berkaitan dengan perwakilan matematik adalah model yang
diperkenalkan oleh Lesh, Post dan Behr (1987). Dalam model tersebut, terdapat lima
perwakilan (rujuk Rajah 1) yang dikenal pasti untuk mewakili idea matematik iaitu; 1)
Perwakilan menggunakan simbol bertulis untuk mewakilkan sesuatu konsep atau pernyataan
matematik. 2) Pertuturan lisan atau perkataan yang digunakan untuk menghubungkan sesuatu
konsep matematik dengan sesuatu situasi lain yang berbeza seperti menggunakan analogi
yang lebih mudah. 3) Pengalaman mentafsirkan perwakilan berdasarkan situasi kehidupan
sebenar yang menggunakan peristiwa kehidupan seharian yang sesuai dengan konsep
matematik. 4) Model manipulatif menggunakan sebarang alat yang dapat dipegang dan
disentuh oleh murid dengan tangan seperti model dan peralatan pembelajaran. 5) Perwakilan
menggunakan gambar atau rajah termasuk jadual dan lukisan.

Gambar

Model manipulatif Simbol bertulis

Situasi kehidupan Perkataan

Rajah 1. Model Perwakilan Pelbagai Lesh Lesh, Post dan Behr (1987
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 41
Walau bagaimanapun, model tersebut telah ditambah baik oleh Lesh et al. (2003).
Penambahbaikan tersebut adalah dengan memasukkan elemen jaringan hubungan interaksi di
antara lima elemen yang terdapat dalam model yang dibangunkan oleh Lesh et al. (1987).
Model yang telah ditambah baik adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Gambar

Model manipulatif Simbol bertulis

Situasi kehidupan Perkataan

Rajah 2. Model Perwakilan Pelbagai Lesh et al. (2003)

Menurut Lesh et al. (2003) kelebihan model perwakilan Lesh yang ditambah baik
dapat dilihat didalam pelbagai kegunaan iaitu untuk model pembinaan kurikulum, model
untuk menentukan kurikulum di bilik darjah, dan model untuk membuat penilaian. Menurut
Lesh et al. (2003) lagi, model tersebut mempunyai kelebihan seperti; 1) Dapat membina
pemahaman idea matematik yang mendalam yang melibatkan aktiviti pelajar bagi membina
idea matematik yang akan dipelajari dalam lima jenis penukaran perwakilan yang
menitikberatkan penukaran perwakilan antara jenis-jenis perwakilan. 2) Membantu guru
dalam menentukan jenis aktiviti tambahan bagi kurikulum yang telah ditentukan supaya
aktiviti yang dijalankan dengan murid dapat memenuhi keperluan murid dalam memahami
pelajaran. 3) Membantu guru dalam membuat penilaian berkaitan pemahaman daripada
kemahiran prosedur pelajar.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya menganalisis satu topik sahaja iaitu topik
pecahan. Bagi mengajar pecahan, terdapat bermacam pendekatan yang boleh digunakan oleh
guru termasuklah menggunakan model tertentu. Setiap model menekankan aspek makna yang
berbeza yang diwakili oleh pecahan. Menurut van de Walle, Karp dan Bay-Williams (2013)
menggunakan perwakilan yang berkesan dapat memperkukuhkan pemahaman pelajar tentang
pecahan seperti menggunakan dua model yang berbeza dan meminta pelajar membuat
hubungan di antara dua model tersebut dapat memperluas konsep pecahan mereka. Dalam
kajian ini, fokus kajian tidak menyiasat berkaitan model pecahan yang digunakan dalam
penulisan buku teks sekolah rendah di Malaysia tetapi fokus kajian hanyalah berkaitan
perwakilan yang digunakan dalam pengolahan dan penulisan buku teks matematik Tahun 1
hingga 3.

Metodologi
Sebilangan besar pelajar menyelesaikan masalah matematik tanpa berfikir dan mereka cuba
mengikuti contoh buku teks tanpa memahami. Sebilangan pelajar berpendapat bahawa ada
cara mudah dan sukar untuk menyelesaikan masalah matematik. Murid biasanya lebih suka
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 42
meminta guru memberikan penerangan daripada memahami sendiri apa yang terdapat dalam
buku teks. Oleh itu, buku teks yang digunakan oleh pelajar harus mempunyai aktiviti yang
dapat membantu pelajar mengembangkan kemahiran matematik. Buku teks haruslah ditulis
sedemikian sehingga konsep matematik dapat dijelaskan dengan baik kepada pelajar
walaupun tidak ada guru. Penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dengan
lancar menukar perwakilan dari satu konsep ke konsep yang lain, seperti menukar perwakilan
manipulatif atau gambar kepada simbol bertulis dapatlah dikatakan mempunyai pemahaman
konsep yang lebih baik dan lebih berjaya di dalam kelas (Siegler & Pyke, 2013).
Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan dengan menganalisis kandungan buku
teks terkini Tahun 1 hingga Tahun 3 yang diguna pakai di Malaysia. Namun, kajian ini hanya
menganalisis satu tajuk sahaja dalam buku teks tersebut iaitu tajuk pecahan. Tajuk-tajuk lain
tidak diambil kira dalam analisis yang dijalankan. Rasional pemilihan tajuk pecahan adalah
kerana kajian ini menggunakan Model Perwakilan Pelbagai Lesh et al. (2003) sebagai kaedah
yang digunakan untuk membuat analisis dalam kajian ini. Pada asasnya model perwakilan
pelbagai Lesh et al. (2003) telah digunakan dalam membangunkan Rational Number Project
(RNP) bagi kurikulum pecahan.
Dari segi tujuan kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana
model perwakilan rangkaian Lesh et al. (2003) digunakan dalam penulisan buku teks
matematik Tahun 1 hingga Tahun 3 bagi tajuk pecahan yang digunakan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang merupakan sukatan pelajaran terkini di Malaysia.

Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menganalisis buku teks matematik Tahun 1 hingga Tahun 3.
Bagi buku teks Tahun 1, buku teks yang dianalisis adalah buku Jilid 2 bermula daripada
muka surat 1 hingga 10 kerana tajuk pecahan dalam buku teks Tahun 1 terletak di buku Jilid
2. Bagi buku teks Tahun 2, buku teks yang dianalisis adalah buku Jilid 2 juga iaitu bermula
daripada muka surat 1 hingga 18 bagi tajuk pecahan dan perpuluhan. Hal ini kerana, dalam
bukut teks Tahun 2, tajuk pecahan dan perpuluhan telah digabungkan menjadi satu tajuk.
Oleh itu, dalam kajian ini, analisis dilakukan dengan mengambil kira kedua-dua tajuk yang
digabungkan itu. Bagi buku teks Tahun 3 pula, tajuk yang dianalisis adalah tajuk pecahan,
perpuluhan dan peratus dalam buku Jilid 1. Namun begitu, kajian ini tidak menganalisis sub-
tajuk peratus walaupun sub-tajuk tersebut merupakan gabungan diantara pecahan, perpuluhan
dan peratus. Kajian yang dijalankan hanya mengambil kira pecahan dan perpuluhan sahaja.
Oleh itu, bagi buku teks Tahun 3, buku yang dianalisis adalah buku Jilid 1 bermula daripada
muka surat 81 hingga 102 sahaja.

Jadual 1
Interpretasi tahap
Tahap Julat

Sangat Rendah Kurang daripada 20%

Rendah 20% hingga 39%

Sederhana 40% hingga 59%


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 43
Tinggi 60% hingga 79%

Sangat Tinggi 80% ke atas

Kaedah analisis yang digunakan adalah dengan menghitung kekerapan setiap elemen
dalam model perwakilan Lesh dan pertukaran perwakilan bagi elemen-elemen dalam model
tersebut. Data kemudiannya ditukarkan kepada bentuk peratusan. Seterusnya, peratusan
tersebut akan diinterpretasikan kepada tahap seperti yang digunakan dalam kajian Alkhateeb
(2019a). Interpretasi tahap tersebut adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Dapatan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis buku teks bagi tiga tahun persekolahan yang
berbeza berkaitan dengan tajuk pecahan. Oleh itu, dapatan kajian ini akan membincangkan
hasil analisis bagi menjawab persoalan kajian yang berikut;

Jadual 2
Perwakilan matematik dalam buku teks Tahun 1 bagi tajuk pecahan

i) Sejauh manakah buku teks Tahun 1 yang digunakan dalam KSSR di Malaysia
menggunakan perwakilan menurut Model Perwakilan Lesh et al. (2003) dalam tajuk
pecahan?
Perwakilan Kekerapan Peratusan Tahap

Simbol bertulis 0 0% Tiada

Gambar 81 52.26% Sederhana

Perkataan 57 36.77% Rendah

Situasi kehidupan 10 6.45% SangatRendah

Manipulatif 7 4.42% Sangat Rendah

Jumlah 155

Jadual 2 menunjukkan perwakilan matematik yang terdapat dalam buku teks Tahun 1
bagi tajuk pecahan. Dapatan kajian mendapati bahawa perwakilan yang paling banyak dalam
buku teks Tahun 1 dalam tajuk pecahan adalah perwakilan jenis gambar dengan peratusan
52.26% iaitu pada tahap sederhana. Ini diikuti oleh perwakilan perkataan dengan peratusan
36.77% iaitu pada tahap rendah. Terdapat dua jenis perwakilan yang berada pada tahap
sangat rendah iaitu perwakilan situasi kehidupan dan manipulatif dengan peratusan masing-
masing 6.45% dan 4.42%. Walau bagaimanapun, perwakilan jenis simbol bertulis tidak
terdapat dalam buku teks Tahun 1 bagi tajuk pecahan yang dikaji.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 44

Gambar 0%
0% 0%
0% 50% 0%
0%

Model manipulatif Simbol bertulis


0%
0%
5.4%
0% 0%
1.9%
40% 0%
0%
0%
3.6%
0%
Situasi kehidupan Perkataan
7.7%

Rajah 3. Pertukaran perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 1 bagi tajuk pecahan

Rajah 3 menunjukkan dapatan kajian berkaitan pertukaran perwakilan yang terdapat


dalam buku teks Tahun 1 bagi tajuk pecahan. Jumlah keseluruhan pertukaran perwakilan
yang terdapat dalam buku teks tersebut adalah berjumlah 110. Dapatan kajian berkaitan
pertukaran perwakilan menunjukkan bahawa pertukaran perwakilan yang paling kerap
digunakan adalah perwakilan gambar ke perkataan dengan peratusan sebanyak 50% iaitu
pada tahap sederhana. Ini adalah diikuti oleh pertukaran perwakilan daripada perkataan ke
gambar dengan peratusan sebanyak 40% juga pada tahap sederhana. Lain-lain pertukaran
perwakilan yang terdapat dalam penulisan buku teks Tahun 1 dalam tajuk pecahan adalah
adalah pada tahap yang sangat rendah seperti pertukaran perwakilan daripada perkataan ke
situasi kehidupan sebanyak 7.7%, situasi kehidupan ke perkataan sebanyak 3.6%, model
manipulatif ke perkataan sebanyak 5.4%, dan situasi kehidupan ke gambar sebanyak 1.9%.

Jadual 3
Perwakilan matematik yang terdapat dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk pecahan

ii) Sejauh manakah buku teks Tahun 2 yang digunakan dalam KSSR di Malaysia
menggunakan perwakilan menurut Model Perwakilan Lesh et al. (2003) dalam tajuk
pecahan?
Perwakilan Kekerapan Peratusan Tahap
Simbol bertulis 102 29.91% Rendah
Gambar 101 29.62% Rendah
Perwakilan perkataan 108 31.67% Rendah
Situasi kehidupan 15 4.40% Sangat Rendah
Manipulatif 15 4.40% Sangat Rendah
Jumlah 341
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 45
Jadual 3 menunjukkan dapatan analisis berkaitan perwakilan matematik yang terdapat
dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk pecahan. Hasil analisis yang telah dilakukan mendapati
perwakilan matematik yang paling banyak terdapat dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk
pecahan adalah perwakilan perkataan dengan kekerapan 108 daripada 341 perwakilan yang
menyamai 31.67% iaitu pada tahap rendah. Dua lagi perwakilan matematik yang terdapat
dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk pecahan yang turut berada pada tahap rendah adalah
simbol bertulis dan gambar dengan peratusan masing-masing adalah 29.91% dan 29.62%.
Hasil analisis juga telah mendapati terdapat dua perwakilan matematik yang berada pada
tahap sangat rendah iaitu perwakilan situasi kehidupan dan manipulatif dengan peratusan
masing-masing 4.40%.

Gambar 13.6%

0% 0%
0% 19.5% 0%
0%

Model manipulatif Simbol bertulis


0%
0%
1.7% 4.2%
0%
0%
50% 8.5%
0%
0%
2.5%
0%
Situasi kehidupan Perkataan
0%

Rajah 4: Pertukaran perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk pecahan

Rajah 4 menunjukkan dapatan analisis yang dilakukan berkaitan pertukaran


perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 2 bagi tajuk pecahan. Jumlah keseluruhan
pertukaran perwakilan yang yang didapati terdapat dalam buku teks tersebut adalah
berjumlah 118. Hasil analisis mendapati, pertukaran perwakilan yang paling banyak
digunakan adalah daripada perwakilan perkataan ke gambar sebanyak 50% iaitu pada tahap
sederhana. Ini diikuti enam pertukaran perwakilan pada tahap sangat rendah iaitu pertukaran
perwakilan daripada gambar ke perwakilan perkataan sebanyak 19.5% , gambar ke simbol
bertulis 13.6%, perwakilan perkataan ke simbol bertulis 8.5%, simbol bertulis ke perwakilan
perkataan 4.2%, situasi kehidupan ke perwakilan perkataan 2.5%, dan model manipulatif ke
perwakilan perkataan 1.7%.

Jadual 4
Perwakilan matematik yang terdapat dalam buku teks Tahun 3 bagi tajuk pecahan
iii) Sejauh manakah buku teks Tahun 3 yang digunakan dalam KSSR di Malaysia
menggunakan perwakilan menurut Model Perwakilan Lesh et al. (2003) dalam tajuk
pecahan?

Perwakilan Kekerapan Peratusan Tahap


Simbol bertulis 268 59.68% Sederhana
Gambar 65 14.48% Sangat Rendah
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 46
Perwakilan perkataan 98 21.83% Rendah
Situasi kehidupan 6 1.34% Sangat Rendah
Manipulatif 12 2.67% Sangat Rendah
Jumlah 449

Jadual 4 menunjukkan hasil analisis berkaitan perwakilan matematik yang terdapat


dalam buku teks Tahun 3 bagi tajuk pecahan. Jumlah keseluruhan perwakilan yang terdapat
dalam buku teks tersebut adalah berjumlah 144. Hasil analisis mendapati perwakilan
matematik yang paling banyak yang terdapat dalam buku teks Tahun 3 bagi tajuk pecahan
adalah simbol bertulis dengan peratusan 59.68% iaitu pada tahap sederhana. Satu perwakilan
pada tahap rendah iaitu perwakilan perkataan dengan peratusan 21.83% . Walau
bagaimanapun, terdapat dua perwakilan matematik yang terdapat dalam buku teks Tahun 3
pada tahap sangat rendah iaitu situasi kehidupan dan manipulatif dengan peratusan masing-
masing adalah 1.34% dan 2.67%.

Gambar 28.6%

0% 1.3%
0.6%
9% 5.2%
0%

Model manipulatif 1.3%


Simbol bertulis
0%
0% 12.3%
0%
0%
31.2%
10.4%
0%
0%
0%
0%
Situasi kehidupan Perkataan
0%

Rajah 5. Pertukaran perwakilan yang terdapat dalam buku teks Tahun 3 bagi tajuk pecahan

Rajah 5 menunjukkan hasil analisis berkaitan pertukaran perwakilan yang terdapat


dalam buku teks Tahun 3 bagi tajuk pecahan. Hasil analisis mendapati, pertukaran
perwakilan yang digunakan hanyalah pada tahap rendah dan sangat rendah. Tidak terdapat
penggunaan pertukaran perwakilan pada tahap sederhana, tinggi, dan sangat tinggi. Terdapat
dua pertukaran perwakilan pada tahap rendah yang digunakan dalam buku teks Tahun 3 bagi
tajuk pecahan iaitu pertukaran perwakilan daripada perwakilan perkataan ke simbol bertulis
dengan peratusan 31.2% dan pertukaran perwakilan daripada gambar ke simbol bertulis
dengan peratusan 28.6%. Terdapat tujuh pertukaran perwakilan yang berada pada tahap yang
sangat rendah penggunaannya dalam buku teks Tahun 3 iaitu, simbol bertulis ke perwakilan
perkataan dengan peratusan 12.3%, perwakilan perkataan ke gambar dengan peratusan
10.4%, gambar ke perwakilan perkataan dengan peratusan 9%, simbol bertulis ke gambar
dengan peratusan 5.2%, model manipulatif ke simbol bertulis dengan peratusan 1.3%,
gambar ke model manipulatif dengan peratusan juga 1.3%, dan gambar ke situasi kehidupan
dengan peratusan 0.6%.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 47
Perbincangan
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis buku teks yang digunakan dalam kurikulum terkini
di Malaysia dari segi penggunaan perwakilan matematik dalam pengolahan dan penulisan
buku teks tersebut. Kajian ini telah menganalisis tiga tahun buku teks yang digunakan dalam
kurikulum terkini iaitu buku teks Tahun 1 hingga Tahun tiga. Walau bagaimanapun, kajian
ini memfokus kepada satu tajuk sahaja iaitu tajuk pecahan. Analisis yang dijalankan adalah
menggunakan model perwakilan matematik Lesh (2003). Daripada analisis yang telah
dijalankan, dapatan kajian mendapati perwakilan yang terdapat dalam buku teks tiga tahun
tersebut adalah berbeza kandungannya dari segi jenis perwakilan yang digunakan menurut
model perwakilan Lesh (2003) mengikut tahun.
Dalam buku teks Tahun 1, perwakilan yang paling banyak digunakan adalah
perwakilan jenis gambar dan perkataan. Dalam buku teks Tahun 2 pula jenis perwakilan yang
banyak digunakan adalah perwakilan jenis perkataan, diikuti oleh jenis gambar dan jenis
simbol. Bagi buku teks Tahun 3 pula, perwakilan yang paling banyak digunakan dalam
penulisannya adalah perwakilan jenis simbol dan diikuti perwakilan jenis perkataan. Dari
segi persamaan, ketiga-tiga buku teks tersebut menggunakan perwakilan jenis perkataan pada
tahap yang sama iaitu tahap rendah. Walaupun begitu, jika dibandingkan dari segi peratusan
dengan jenis perwakilan yang lain, keputusan menunjukkan penggunaan perwakilan jenis
perkataan boleh dikatakan lebih banyak khasnya jika dibandingkan dengan perwakilan jenis
situasi kehidupan dan manipulatif.
Hasil analisis kajian ini juga telah mendapati bahawa perwakilan yang paling sedikit
yang terdapat dalam buku-buku teks tersebut adalah perwakilan jenis manipulatif dan situasi
kehidupan dalam ketiga-tiga buku teks yang dikaji. Dapatan kajian ini adalah selari dengan
kajian Incikabi (2017) yang mendapati bahawa jadual, grafik dan kehidupan sebenar
dimasukkan ke dalam buku teks dalam jumlah yang sangat sedikit. Kajian Alkhateeb (2019a)
juga didapati selari dengan kajian ini dimana kajian tersebut juga telah mendapati situasi
kehidupan harian kurang digunakan dalam buku teks matematik gred 8 di Jordan. Disamping
itu, kajian ini adalah selari dengan kajian Yang (2017) yang telah mendapati perwakilan yang
banyak digunakan dalam buku teks di Laskutaito, Finland adalah perwakilan jenis simbol.
Dalam kajian ini, perwakilan yang paling banyak terdapat buku teks Tahun 3 adalah
perwakilan jenis simbol.
Keupayaan menggunakan perwakilan dengan berkesan dan cekap adalah penting
untuk dapat melakukan dan memahami konsep matematik (NCTM, 2000). Hasil analisis
yang dijalankan dalam kajian ini mendapati jenis perwakilan yang digunakan penulis adalah
berbeza jumlahnya mengikut tahun. Sebagai contoh, bagi buku teks Tahun 1, jenis
perwakilan yang paling banyak digunakan adalah gambar. Bagi buku teks Tahun 3 pula, jenis
perwakilan yang paling banyak digunakan adalah jenis simbol. Hal ini memberi makna
bahawa keupayaan memahami perwakilan dalam buku teks di Malaysia adalah disusun
mengikut kesesuaian tahap dan umur murid. Jika murid Tahun 1 diberikan simbol terlalu
banyak berbanding gambar sudah pasti mereka akan menghadapi masalah untuk memahami
konsep yang cuba diterangkan dalam buku teks tersebut. Walau bagaimanapun, semakin
umur seseorang murid meningkat, dan pengalaman dalam pembelajaran juga telah
bertambah, maka kebolehan murid untuk memahami perwakilan jenis lain seperti simbol,
perkataan dan lain-lain perwakilan akan dapat difahami oleh murid. Menurut Kirwan dan
Tobias (2014) tiada perwakilan yang lebih baik daripada perwakilan yang lain kerana
masing-masing mempunyai kelebihan dalam konteks yang berbeza. Justeru itu, penggunaan
perwakilan dalam subjek matematik harus diambil perhatian dan perlu disesuaikan dengan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 48
umur serta kebolehan sedia ada murid supaya murid senang untuk memahami konsep
matematik yang mereka pelajari.
Untuk mengajar dengan menggunakan perwakilan matematik dan pertukaran
perwakilan bagi perwakilan yang sedang digunakan, guru perlulah menguasai kemahiran
pedagogi yang mantap berkaitan perwakilan matematik. Menurut Lee dan Lee (2019), guru
perlu mahir menggunakan bukan sahaja perwakilan penyelesaian mereka sendiri tetapi juga
perwakilan pedagogi. Jika guru sendiri tidak menguasai ilmu bagaimana untuk menggunakan
sepenuhnya berkaitan perwakilan matematik sudah pasti guru akan menghadapi masalah
dalam penyampaian ilmu serta konsep kepada murid. Guru harus bijak dalam mengubahsuai
perwakilan yang terdapat dalam buku teks jika murid didapati sukar memahami sesuatu
konsep yang terdapat dalam buku teks. Bagi tujuan tersebut, guru perlu memiliki kebolehan
dalam menggunakan analogi dengan melakukan penukaran perwakilan jika guru mendapati
murid tidak memahami sesuatu perwakilan sama ada perwakilan yang terdapat dalam buku
teks ataupun perwakilan yang cuba terangkan secara lisan oleh guru ketika proses pengajaran
dijalankan. Kegagalan dalam menukar perwakilan merupakan tanda kelemahan dalam
memahami konsep dan kebolehan dalam menukar perwakilan ke perwakilan yang lain
mencerminkan pemahaman yang mendalam berkaitan sesuatu konsep (Kirwan & Tobias,
2014).
Menurut Gravemiejer (1999), kesukaran belajar matematik sering dikaitkan dengan
apa yang dianggap sebagai jurang antara pengalaman kehidupan seharian dan apa yang
disebut sebagai matematik formal. Oleh yang demikian, dalam penulisan buku teks pada
masa yang akan datang, pengalaman sedia ada murid merupakan perkara yang amat perlu
untuk dititik beratkan. Caranya adalah dengan memperbanyakkan lagi perwakilan situasi
kehidupan harian dalam penulisan buku teks. Pun begitu, bagi memastikan pembelajaran
menjadi lebih bermakna dan memudahkan murid memahami pelajaran, guru haruslah bijak
dalam menggunakan strategi pertukaran perwakilan jika guru mendapati murid sukar untuk
memahami perwakilan yang terdapat dalam buku teks sama proses penagajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Namun, masalah boleh timbul apabila murid belajar sendiri
tanpa guru dengan hanya merujuk buku teks. Tafsiran murid mungkin akan menjadi salah
tentang sesuatu konsep jika murid tersalah tafsir perwakilan yang terdapat dalam buku teks.
Walau bagaimanapun, masalah tersebut kemungkinan boleh diminimumkan daripada berlaku
jika penulis buku teks menggunakan perwakilan seperti situasi kehidupan harian yang mana
situasi tersebut telah pun difahami melalui pengalaman sedia ada murid.
Selain itu, dapatan kajian ini juga telah mendapati penggunaan perwakilan dan
pertukaran perwakilan yang terdapat dalam buku teks matematik Tahun 1 hingga Tahun 3
dalam tajuk pecahan adalah tidak seimbang. Hasil analisis mendapati, terdapat perwakilan
dan pertukaran perwakilan yang banyak terdapat dalam buku-buku teks tersebut dan terdapat
perwakilan yang terlalu sedikit dan ada diantara perwakilan dan pertukaran perwakilan yang
tidak terdapat langsung dalam buku-buku teks yang dianalisis. Ketidakseimbangan ini boleh
dikatakan seperti terdapat kekurangan dari segi penggunaan perwakilan dalam buku-buku
teks yang telah dianalisis. Hal ini selari dengan kajian Bal (2015) yang mendapati terdapat
kekurangan penggunaan perwakilan dalam kurikulum dan ini bermakna persembahan dalam
kurikulum masih didominasi oleh kaedah tradisional. Dapatan ini bermaksud dalam penulisan
kurikulum, perwakilan matematik masih lagi kurang mengambil berat dan kurang memberi
penekanan terhadap perwakilan dan pertukaran perwakilan dalam matematik.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 49

Kesimpulan
Kajian ini merupakan satu kajian yang membincangkan hasil analisis yang dijalankan ke atas
buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3 dalam tajuk pecahan yang merupakan buku teks terkini
yang digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia menggunakan model perwakilan
matematik Lesh et al. (2003) . Hasil kajian telah mendapati terdapat kelemahan yang perlu
diperbaiki dalam penulisan buku-buku tersebut khasnya dalam tajuk pecahan. Antara
kelemahan yang dikenal pasti adalah kelemahan dari segi kekurangan penggunaan situasi
kehidupan dan manipulatif. Selain itu, kajian juga mendapati penggunaan perwakilan dan
pertukaran perwakilan yang terdapat dalam buku-buku teks tersebut adalah tidak seimbang
dimana terdapat perwakilan dan pertukaran perwakilan yang banyak digunakan dan terdapat
perwakilan dan pertukaran yang terlalu sedikit dan ada yang langsung tidak digunakan dalam
penulisan buku-buku teks tersebut. Namun begitu, kajian ini hanya memfokus kepada satu
tajuk sahaja iaitu tajuk pecahan. Oleh itu, dapatan dalam kajian ini tidaklah dapat
digeneralisasikan kepada keseluruhan buku teks Tahun 1 hingga Tahun 3.

Penghargaan
Penghargaan dan terima kasih kepada penyelia, Dr. Roslinda Binti Rosli sebagai penyelia
saya dalam menyiapkan kajian ini.

Rujukan
Alkhateeb, M. (2019a). Multiple representations in 8th grade mathematics textbook and the extend to which
teachers implement them. International Electronic Journal of Mathematics Education, 14(1), 137-145.
Alkhateeb, M. A. (2019b). The language used in the 8th grade mathematics textbooks. EURASIA Journal of
Mathematics, Science and Technology Education, 15(7), 1-13. https://doi.org/10.29333/ejmste/106111
Bal, A. (2015). Skills of using and transform multiple representations of the prospective teachers. Journal of
Mathematical Behaviour, 197, 582-588. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.07.197
Bosse, M. J., Lynch-Davis, K., Adu-Gyamfi, K., & Chandler, K. (2016). Using integer manipulatives:
Representational determinism. International Journal for Mathematics Teaching and Learning, 17(3),
1-20.
Bütüner, S. Ö. (2019). A comparison of the instructional content on division of fractions in Turkish and
Singaporean textbooks. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology,
1–29. Doi:10.1080/0020739x.2019.1644681
Farokhah, L., Herman, T. & Jupri, A. (2019). Students’ ability of mathematical representation on statistics topic
in elementary school. Journal of Physics: Conference Series, 1157, 1-7. Doi:10.1088/1742-
6596/1157/3/032110
Gravemeijer, K. (1999). How emergent models may foster the constitution of formal mathematics.
Mathematical Thinking and Learning, 1(2), 155-177.
Hebert, M. A. & Powell, S. R. (2016). Examining fourth-grade mathematics writing: Features of organization,
mathematics vocabulary, and mathematical representations. Reading and Writing, 29(7): 1511- 1537.
Doi: 10.1007/s11145-016-9649-5
Hidayati, N., Usodo, B. & Subanti, S. (2020). Capability analysis of student mathematical representation
viewed from self-regulated learning. Journal of Physics: Conference Series, 1469, 1-7.
Doi:10.1088/1742-6596/1469/1/012147
Huinker, D. (2015). Representational competence: A renewed focus for classroom practice in mathematics.
Wisconsin Teachers of Mathematics, 67(2), 4–8.
Incikabi, S. (2017). Multiple representations and teaching mathematics: An analysis of the mathematics.
Cumhuriyet International Journal of Education-CIJE, 6 (1), 66 – 81.
Istadi, Kusmayadi, T. A. & Sujadi, I. (2017). Students’ mathematical representations on secondary school in
solving trigonometric problems. Journal of Mathematics Education, 855, 1-9. Doi :10.1088/1742-
6596/855/1/012021
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 50
Kara, F. & Incikabi, L. (2018). Sixth grade students’ skills of using multiple representations in addition and
subtraction operations in fractions. International Electronic Journal of Elementary Education, 10(4),
463- 474. Doi: 10.26822/iejee.2018438137
Kirwan, V. J. & Tobias, J. M. (2014). Multiple representations and connections with the Sierpinski triangle.
Mathematics Teacher, 107(9), 666–71.
Kowiyah & Mulyawati, I. (2018). An analysis of primary school students’ representational ability in
mathematics based on gender perspective. Journal of Physics: Conference Series, 948, 1-8. doi
:10.1088/1742-6596/948/1/012016
Kusumawati, I., Kahar, M. S., Khoiri, A. & Mursidi, A. (2019). Differences analysis understanding the concept
of students between the three islands (Java, Kalimantan, Papua) through multiple representations
approaches to the material of time dilation. Journal of Physics: Conference Series, 1153, 1-4.
Doi:10.1088/1742-6596/1153/1/012145
Lee, M. Y. & Lee, J, E. (2019). Pre-service teachers’ perceptions of the use of representations and suggestions
for students’ incorrect use. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education,
15(9), 1-21. https://doi.org/10.29333/ejmste/103055
Lesh, R, Post, T. & Behr, M. (1987). Representations and translations among representations in mathematics
learning and problem solving. Retrieved on 18/4/2020 from http://www.cehd.umn.edu/
rationalnumberproject/87_5.html
Lesh, R., Cramer, K., Doerr, H., Post, T. & Zawojewski, J. (2003). Using a translation model for curriculum
development and classroom instruction. Retrieved on 18/4/2020, from:
http://www.cehd.umn.edu/rationalnumberproject/03_1.html
Marsigit, M., Retnawati, H., Apino, E., Santoso, R. H., Arlinwibowo, J., Santoso, A. & Rasmuin, R. (2020).
Constructing mathematical concepts through external representations utilizing technology: An
implementation in IRT course. TEM Journal, 9(1), 317- 326. Doi: 10.18421/TEM91‐44
Manoy, J. T. (2018). Elementary students’ representations in solving word problems. Journal of Physics:
Conference Series, 1088, 1-7. Doi :10.1088/1742-6596/1088/1/012017
Minarni, A., Napitupulu, E. E. & Husein, R. (2016). Mathematical understanding and representation ability of
public junior high school in North Sumatra. Journal of Mathematics Education, 7(1), 43-56.
National Council of Teachers of Mathematics. (2000). Principles and Standards for School Mathematics.
Veston, VA.
Pagiling, S. L. (2019). Exploration of students’ representation in solving pythagorean theorem problems based
on cognitive style. International Electronic Journal of Elementary Education, 1321, 1-5.
Doi:10.1088/1742-6596/1321/3/032004
Rosita, C. D., Nopriana, T. & Dewi, I. L. K. (2019). Development of linear algebra learning material based on
mathematical understanding and representation. Journal of Physics: Conference Series, 1157, 1-7.
doi:10.1088/1742-6596/1157/4/042116
Siegler, R. S. & Pyke, A. A. (2013). Developmental and individual differences in understanding of fractions.
Developmental Psychology, 49, 1994–2004.
Swastika, G. T., Nusantara, T., Subanji & Irawati, S. (2019). Differential problems with different type solutions
of mathematics education’s students. Journal of Physics: Conference Series, 1175: 1-11.
Doi:10.1088/1742-6596/1175/1/012144
van de Walle, J., Karp, K.S., & Bay-Williams, J. M. (2013). Elementary and middle school mathematics:
Teaching developmentally. 8th edition. NJ: Pearson.
Widakdo, W. A. (2017). Mathematical representation ability by using project-based learning on the topic of
statistics. Journal of Physics: Conference Series, 895, 1-7. Doi :10.1088/1742-6596/895/1/012055
Yang, D. C. (2017). Study of fractions in elementary mathematics textbooks form Finland and Taiwan.
Educational Studies, 44(2), 190- 211. Doi:10.1080/03055698.2017.1347493
Yang, D. C. & Sianturi, I. A. J. (2020). Analysis of algebraic problems intended for elementary graders in
Finland, Indonesia, Malaysia, Singapore, and Taiwan. Educational Studies, 1-23.
https://doi.org/10.1080/03055698.2020.1740977
Yee, S. P. & Bostic, J. D. (2014). Developing a contextualization of students’ mathematical problem solving.
Journal of Mathematical Behavior, 36: 1-19.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 51

TEORI KONSTRUKTIVISME DAN CONNECTIVISM DALAM PEMBELAJARAN


DALAM TALIAN

Azrul Nizah Yussof, Mohammad Shahiran Salim dan Nur Iliza Misnan

Abstrak
Kertas konsep ini adalah berdasarkan kajian-kajian lepas berkenaan teori konstruktivisme dan
teori connectivism dalam pembelajaran dalam talian. Perbezaan dan persamaan yang wujud
bagi kedua-dua teori tersebut juga ditelitikan bagi menjelaskan peranan masing-masing. Ini
kerana konstruktivisme melibatkan pembinaan pembelajaran sebagai proses membina makna
daripada pengalaman. Teori connectivism pula melihat pembelajaran sebagai fenomena luar
yang tersemat dalam rangkaian yang tersebar secara sosial dan melalui teknologi yang
dipertingkatkan bagi memudahkan proses pertambahan maklumat. Oleh itu, adalah penting
kepada pengajar atau pereka bentuk pengajaran untuk memahami teori manakah yang paling
sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dalam talian bagi memastikan wujudnya
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta keseronokan pelajar belajar dan mencipta
pengetahuan baharu mereka. Strategi connectivism dalam pembelajaran dalam talian juga
turut dibincangkan bagi memberi panduan berhubung dengan beberapa idea praktikal untuk
pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dengan penggunaan pelbagai teknik dan alat-alat
teknologi berdasarkan prinsip-prinsip connectivist. Kesimpulannya connectivism melibatkan
teknologi sedangkan dalam konstruktivisme boleh menggunakan teknologi dan boleh juga
secara bersemuka bergantung kepada matlamat pembelajaran. Teknologi pula
mempengaruhi semua pandangan teori dengan menyediakan teknik dan kaedah pengajaran
yang unik untuk diaplikasikan.

Kata kunci: Teori Konstruktivisme, Teori Connectivism, Teori Pembelajaran

Pengenalan
Era digital telah meningkatkan kelajuan dan jumlah maklumat bagi mereka yang mengakses
internet dan ini merupakan bentuk media yang paling cepat berkembang dan maklumat juga
dapat diakses dengan cepat (Crawford, 2009). Perubahan ini membawa kepada
pengembangan pendidikan jarak jauh yang Moore definisikan sebagai “semua urusan bagi
menyediakan pengajaran dalam bentuk percetakan atau media komunikasi elektronik kepada
orang-orang yang terlibat dalam pembelajaran yang dirancang di tempat atau masa yang
berbeza daripada pengajar” (dalam Crawford,2009).
Kemajuan teknologi yang pesat telah melahirkan satu teori pembelajaran baharu iaitu
teori connectivism yang memantapkan teori yang telah banyak berkembang sebelumnya iaitu
konstruktivisme. Sebelum kehadiran teknologi, teori yang sering digunakan dalam
persekitaran pengajaran ialah teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Teori-
teori ini telah dibangunkan semasa pembelajaran tidak menerima kesan teknologi (Siemens,
2005). Teori-teori pembelajaran yang menerangkan prinsip dan proses pembelajaran ini
perlulah mencerminkan persekitaran masyarakat pada waktu itu. Walau bagaimanapun
kertas konsep ini hanya memberi tumpuan terhadap teori konstruktivisme dan teori
connectivism di mana kedua-dua teori tersebut menerangkan bagaimana pelajar belajar secara
dalam talian.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 52
Adalah menjadi tanggungjawab semua tenaga pengajar untuk memastikan bahawa
pelajar yang berada dalam persekitaran dalam talian ini terus dipantau dan diberi maklum
balas jika kita mahu mengekalkan penglibatan aktif mereka dalam talian. Dengan pemilihan
tutor yang dibuat secara teliti dan pembangunan program yang direka bentuk dengan baik,
maka tutor akan akan dapat memenuhi peranan penting dalam program pembelajaran dalam
talian (Salmon, 2013) iaitu sebagai fasilitator dan pembimbing.
Proses pembelajaran adalah kitaran, iaitu pelajar akan berhubung ke rangkaian
(network) untuk berkongsi dan mencari maklumat baharu, dan kemudian mengubah
kepercayaan mereka atas dasar pembelajaran yang baharu, dan seterusnya akan berhubung
melalui rangkaian untuk berkongsi apa yang telah diperoleh dan mencari maklumat baharu
sekali lagi. Pembelajaran dianggap sebagai proses pembinaan pengetahuan dan bukan hanya
penggunaan pengetahuan. Rangkaian pembelajaran peribadi terbentuk atas dasar bagaimana
hubungan seseorang dengan komuniti pembelajaran yang dianjurkan oleh pelajar. Pelajar
boleh menukar alih rangkaian melalui pelbagai domain pengetahuan. Dalam hal ini Siemens
(2005) menegaskan bahawa, "Keupayaan untuk melihat hubungan antara bidang, idea-idea,
dan konsep adalah kemahiran teras".
Dengan kehadiran alat teknologi baharu yang merupakan sebahagian daripada abad
ke-21, maka tidak syak lagi ia telah menyumbang kepada pemikiran yang kreativif dan
inovatif dan sekali gus telah menukar peranan pelajar. Pelajar berubah menjadi peserta yang
mana mereka diberi kuasa untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman yang baharu
untuk diri mereka sendiri. Sebaliknya, pengajar pula mengubah diri mereka menjadi
fasilitator, membimbing dan melatih pelajar untuk menyiasat, meneroka, mencari dan juga
menjana pembelajaran baharu. Dalam era digital ini, terlalu banyak pengetahuan untuk
diambil dan ia berubah terlalu cepat dan oleh kerana itu percubaan untuk "tahu" segala-
galanya bukan satu tindakan yang tepat sebaliknya perlu membina rangkaian sumber
pengetahuan, dan mengaksesnya setiap kali kita memerlukannya (Kop & Hill 2008). Dalam
situasi limpahan data dan maklumat, satu cara pembelajaran yang baharu dengan
memanfaatkan peluang-peluang yang terbuka akibat adanya teknologi maklumat perlu
dikenalpasti. Justeru, kertas konsep ini tidak lain dan tidak bukan akan menjawab beberapa
persoalan berkaitan:
1. Apakah teori teori konstruktivisme dan teori connectivism?
2. Apakah perbezaan dan persamaan teori konstruktivisme dan teori connectivism?
3. Teori manakah yang paling sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran dalam talian?
4. Apakah strategi connectivism dalam pembelajaran dalam talian?

Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah suatu teori yang menerangkan bagaimana pengetahuan dibina apabila
orang (dengan pengalaman dan pengetahuan sebelumnya) berhubung dengan maklumat
baharu. Sebagai teori pengajaran, ia memberi fokus kepada pembelajaran penemuan,
pembelajaran hands-on, pembelajaran eksperimen, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran
berasaskan projek, dan pembelajaran berasaskan tugas yang antara lain adalah bertujuan
untuk memindahkan pengetahuan (bmaine.wordpress.com, 2013).
Ahli konstruktivisme melihat pelajar sebagai aktif dan bukannya pasif. Pengetahuan
tidak diterima daripada luar atau daripada orang lain. Sebaliknya, ia adalah interpretasi
pelajar secara individu dan pemprosesan tentang apa yang diterima melalui deria yang
mencipta pengetahuan. Pelajar itu sendiri yang merupakan pusat pembelajaran manakala
pengajar memainkan peranan sebagai penasihat dan fasilitator (Ali, 2011). Dalam hal ini
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 53
pelajar harus dibenarkan untuk membina pengetahuan dan bukannya diberi pengetahuan
melalui pengajaran (Duffy & Cunningham, 1996).
Ahli konstruktivis juga percaya bahawa “pengetahuan adalah berfungsi tentang
bagaimana individu mencipta makna daripada pengalaman masing-masing dan bukannya
berfungsi tentang apa yang orang lain katakan benar” (Jonassen, Davidson, Collins
Campbell, & Haag, 1995). Mereka percaya bahawa manusia mencipta makna dan bukannya
memperoleh makna. Kedua-dua faktor pelajar dan persekitaran adalah kritikal, dan interaksi
antara kedua-duanya inilah yang mencipta pengetahuan (Crawford, 2009). Secara ringkasnya
dapatlah dikatakan bahawa konstruktivisme mencadangkan bahawa pelajar mencipta ilmu
sebagaimana mereka cuba untuk memahami pengalaman mereka (Driscoll, 2000). Bagi
mereka, pelajar bukanlah bekas kosong untuk diisi dengan ilmu tetapi pelajar bebas memilih
dan meneruskan pembelajaran mereka sendiri. Prinsip konstruktivis menyatakan bahawa
pembelajaran dalam kehidupan sebenar adalah kelam kabut dan kompleks. Bilik kuliah yang
ikut mencontohi pembelajaran yang kelam kabut ini akan menjadi lebih efektif dalam
menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat (Siemens, 2005).
Apabila membangunkan program pendidikan jarak jauh atau pembelajaran dalam
talian, pereka bentuk perlu mewujudkan persekitaran yang merangsang pelajar bagi
membolehkan mereka untuk merumuskan ilmu dan memperolehi sesuatu yang bermakna
untuk diri mereka sendiri (Crowford, 2009). Ilmu adalah Language Mediated (Jonassen,
Davidson, Collins Campbell, & Haag,1995) dan Computer Mediated Communication
(CMC) menyokong kepercayaan ini kerana pelajar mencuba untuk menginterpretasi,
menjelaskan dan mengesahkan pemahaman mereka melalui dialog yang berterusan
(komunikasi dua hala) dan perbincangan. Komunikasi melalui komputer akan menjadi lebih
rancak kerana kurang tekanan sosial dan lebih bebas untuk menyatakan pandangan tanpa
perlu bersusah payah untuk menjaga hati-hati pendengar. CMC juga membolehkan peserta
untuk bertindak balas terhadap kandungan dan bukannya penulis, dengan komunikasi yang
lebih reflektif dan efektif.
Dari segi penilaian pula, menurut pandangan konstruktivis, tidak ada satu penyelesaian
untuk satu masalah sebaliknya pelajar digalakkan untuk mewajarkan penyelesaian masalah
mereka dan menunjukkan bagaimana mereka mendapat kesimpulan. Berlakunya refleksi
kendiri, penulisan dalam jurnal, contohnya menyediakan cara untuk pelajar berfikir tentang
apa yang telah dipelajari dan mencatatkan pengalaman mereka sendiri. Penilaian pula
dilaksanakan secara berterusan kerana merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran
dan bukan hanya pada akhir kursus (Crowford, 2009).
Menurut Mattar (2010), konstruktivisme boleh dilihat sebagai satu teori pembelajaran
utama dan dalam erti kata yang lebih luas sebagai falsafah pendidikan yang digunakan
sebagai tajuk umum untuk mengklasifikasikan beberapa teori. Teori-teori yang
diklasifikasikan sebagai konstruktivis ialah situated cognition, activity theory, experiential
learning, anchored learning, dan authentic learning Walau bagaimanapun, Ally (2011)
mengatakan bahawa penekanan utama teori ini ialah berdasarkan keadaan atau peristiwa
pembelajaran, yang melihat pembelajaran sebagai kontekstual serta aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang membolehkan pelajar untuk mengikut konteks maklumat yang boleh
digunakan dalam pengajaran dalam talian. Pembelajaran berubah daripada pengajaran satu
hala kepada membina dan meneroka ilmu (Tapscott, 1998).
Kanuka dan Anderson (1999) telah mengkaji teori-teori utama konstruktivis yang
mempengaruhi pembelajaran oleh teknologi, cuba untuk menyusunnya dalam dua dimensi
iaitu pemahaman realiti objektif atau subjektif dan rekabentuk pengetahuan sosial atau
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 54
individu. Gabungan hasil kedua-dua kontinum dalam empat jenis konstruktivisme iaitu
konstruktivisme kognitif, konstruktivisme radikal, konstruktivisme situated dan ko-
konstruktivisme. Walaupun terdapat perbezaan dalam keempat-empat pandangan, namun
mereka berkongsi kepercayaan yang sama iaitu pembelajaran adalah aktif, bukan pasif;
bahasa adalah elemen penting dalam proses pembelajaran; dan persekitaran pembelajaran
perlu memberi tumpuan kepada pelajar. Fokus pendidikan mengikut konstruktivisme bukan
kandungan tetapi proses. Jadi pengajar perlu mengenali pelajar mereka bagi mengurus proses
ini.
Manakala Tam (2000) pula mengaitkan konstruktivisme dengan pembinaan
persekitaran pembelajaran yang disokong teknologi, dan amalan pendidikan jarak jauh.
Pembelajaran dalam talian menyediakan konteks yang unik untuk menyemai prinsip
konstruktivis, iaitu pelajar dijangka berfungsi sebagai peserta yang mempunyai motivasi
kendiri, terarah kendiri, interaktif, dan kolaboratif dalam pengalaman pembelajaran mereka.
Tam meneroka bagaimana gabungan teori konstruktivisme dan teknologi pendidikan
bergabung untuk mengubah pembelajaran dalam talian kepada menekankan pembinaan
pengetahuan dan makna yang diperoleh daripada pengalaman individu.

Teori Connectivism
Connectivism adalah teori pembelajaran yang baharu berhubung dengan bagaimana generasi
pelajar yang baharu belajar. Ia mencadangkan bahawa pelajar belajar sebagai mana mereka
menghubungkan kepingan atau nod (bidang, idea, komuniti) maklumat daripada pelbagai
sumber yang berbeza-beza secara bersama. Kepingan-kepingan maklumat yang dihubungkan
dan dirangkaikan itulah merupakan asas pembelajaran. Pelajar terdedah kepada maklumat
dan mempunyai akses kepada teknologi era digital. Maklumat yang dimaksudkan di sini ialah
yang terdapat dalam pangkalan data dan maklumat ini perlu dihubungkan dengan orang yang
betul dalam konteks yang betul melalui teknologi untuk diklasifikasikan sebagai
pembelajaran. Teknologi pula termasuklah rangkaian sosial yang menyumbang kepada
rangkaian dan hubungan termasuklah blog, wiki, whatsapp, tweeter, facebook dan lain-lain
yang popular pada masa kini. Jadi, dalam teori pembelajaran connectivism, premisnya adalah
pengetahuan yang ada di dunia bukan hanya ada dalam diri seorang individu sahaja. Melalui
hubungan seorang dengan seseorang yang lain di dunia yang memiliki pengetahuan yang
beragam, maka pembelajaran dapat terjadi dengan sendirinya.
Berdasarkan pengertian tersebut dapat dikatakan bahawa connectivism ini merupakan
satu rangka kerja teori yang membantu seseorang untuk memahami pembelajaran
terutamanya berkaitan dengan perkembangan kognitif. Pembelajaran bermula apabila pelajar
menyertai komuniti pembelajaran dan pengetahuan dan kemudiannya pengetahuan itu
diterjemahkan kepada tindakan melalui perbincangan, perkongsian dan pemikiran.
Pendidikan jarak jauh memudahkan pembentukan komuniti pembelajaran dan
mengglobalisasikan proses tersebut dan dengan itu seluruh masyarakat dunia boleh turut
terlibat. Memandangkan terlalu banyak maklumat yang ada di internet dan maklumat itu pula
terlalu cepat berubah, maka adalah penting bagi pelajar untuk menapis maklumat bagi
memastikan sama ada maklumat yang diterima itu daripada sumber yang sahih dan boleh
dipercayai atau sebaliknya.
Connectivism menekankan pembelajaran yang berkonsepkan hubungan dan interaksi
pengguna dalam talian rangkaian sosial menggunakan teknologi web 2.0 serta blog dan wiki
berdasarkan kepada teori huru hara dan rangkaian (Siemens, 2005). Keupayaan untuk tahu
adalah lebih penting daripada apa yang sebenarnya diketahui. Ilmu itu datang daripada
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 55
pelbagai domain dan disiplin, dan dengan akses ke internet menjadikannya lebih mudah.
Manakala keupayaan untuk membuat hubungan antara bidang, idea-idea, dan konsep pula
adalah kemahiran teras. Apabila pelajar menjadi autonomous dan mendapatkan maklumat
sendiri, mereka akan memahami kewujudan ilmu yang tidak berkesudahan (Crowford, 2009).
Connectivism telah mempengaruhi teori pembelajaran dalam talian yang
mementingkan pembelajaran bebas dan interaksi antara pelajar-pelajar, pelajar-bahan
maklumat dan pelajar-pengajar. Pelajar dalam talian terpisah secara fizikal dan urusan antara
guru dan pelajar. Jurang pemisahan ini dapat dirapatkan dengan adanya dialog komunikasi
dan rangkaian perhubungan yang baik antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar dan
pelajar dengan bahan.
Pada keseluruhannya, terdapat dua kemahiran penting yang ditekankan dalam
connectivism iaitu kebolehan mencari maklumat semasa dan kebolehan menapis maklumat
kedua dan maklumat luar, dan kebolehan untuk tahu itu lebih kritikal daripada apa yang
sebenarnya telah diketahui. Keupayaan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat
yang telah diperoleh dianggap penting dalam proses pembelajaran.

Perbezaan dan Persamaan Teori Konstruktivism dengan Teori Connectivism


Perbezaan di antara teori konstruktivisme dan teori connectivism telah dikenalpasti di mana
teori konstruktivisme adalah bersandarkan kepada binaan ilmu dan interpretasi maklumat
manakala connectivism pula bersandarkan kepada ledakan dan sebaran maklumat dalam era
digital. Ia menekankan pembelajaran yang berkonsepkan hubungan dan interaksi pengguna
dalam talian rangkaian sosial menggunakan teknologi web 2.0 seperti blog dan wiki dan lain-
lain. Kehadiran teori connectivism ini didapati lebih kepada memperkasakan teori
pembelajaran sebelumnya. Oleh sebab itu terdapat sesetengah penulis yang
mempertikaikannya sebagai satu teori baharu, sebaliknya kedudukannya lebih sesuai sebagai
perkembangan konstruktivisme ke arah senario semasa yang menggunakan teknologi dalam
pendidikan dan berfungsi sebagai falsafah pendidikan (Mattar, 2010).
Connectivism dikatakan bukan teori pembelajaran kerana ia tidak menerangkan
bagaimana maklumat diproses, diserap dan disimpan oleh individu. Persamaan dengan
konstruktivisme dapat dilihat berdasarkan kritikan yang telah dibuat oleh penulis blog
terhadap lapan prinsip yang telah dikemukakan oleh Siemens (bmaine.wordpress.com).
Prinsip tersebut adalah:

1. Prinsip 1: Pembelajaran dan pengetahuan berada dalam kepelbagaian pendapat.


Perkara ini sangat sama dengan konstruktivisme. Konstruktivisme menyatakan bahawa
pengetahuan dibina berdasarkan pengalaman peribadi. Hipotesis terbentuk daripada
pengalaman ini. Hipotesis ini diuji melalui interaksi sosial. Setiap orang mempunyai tafsiran
sendiri berhubung dengan pengalaman lalu menghasilkan kepelbagaian pendapat dan
berlakunya pembelajaran.

2. Prinsip 2: Pembelajaran adalah proses menghubungkan nod atau sumber maklumat


khusus.
Dalam konstruktivisme, pelajar digalakkan untuk meneroka dan menggunakan teknologi
yang ada untuk mendapatkan pelbagai pengalaman. Pengalaman ini dihubungkan dengan
pengalaman lampau. Pengalaman ini termasuk media sosial. Pelajar digalakkan bercakap
tentang apa yang telah dipelajari untuk berkongsi dengan orang lain. Ahli konstruktivis juga
menyatakan bahawa pembelajaran adalah aktiviti sosial, yang kaedahnya ialah menghubung
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 56
sumber maklumat. Pembelajaran juga berlaku dalam kalangan keluarga, rakan sebaya, pakar
dan tidak terhad kepada guru-pelajar sahaja. Jadi, dalam hal ini terdapat persamaan dengan
prinsip kedua connectivism.

3. Prinsip 3: Pembelajaran mungkin terdapat dalam peralatan bukan manusia (seperti


daripada database).
Konstruktivisime juga menegaskan bahawa pelajar belajar melalui penyerapan. Mereka boleh
menggunakan rangkaian sosial sebagai cara untuk membantu pembelajaran, dan bukan hasil
akhir pembelajaran. Peralatan bukan manusia hanya boleh melakukan apa yang
diprogramkan ke dalamnya. Ia hanya boleh mengambil alih tugas kognitif untuk membantu
manusia belajar.

4. Prinsip 4: Keupayaan untuk mengetahui lebih adalah lebih kritikal daripada apa yang
diketahui kini
Prinsip pembelajaran daripada konstruktivisme ialah orang belajar untuk belajar sebagai
mana mereka belajar dan ini tergambar dalam prinsip ini iaitu keupayaan untuk mengetahui
lebih lanjut lebih kritikal daripada apa yang telah diketahui. Semakin banyak yang dipelajari,
baru sedar bahawa sangat sedikit yang diketahui dan ini membuatkan keinginan untuk belajar
lagi dan lagi yang membawa kepada penemuan baharu.

5. Prinsip 5: Membina dan mengekalkan perhubungan adalah diperlukan untuk


memudahkan berlakunya pembelajaran berterusan.
Ini juga merupakan prinsip konstruktivisme yang diberi perkataan lain. Konstruktivis percaya
bahawa pembelajaran adalah aktiviti sosial seperti dalam prinsip kedua. Connectivism hanya
menyatakan semula bahawa sekarang lebih mudah berhubung dengan pelbagai orang atau
dengan perkataan lain membuatkan konstruktivisme lebih mudah.

6. Prinsip 6: Kebolehan untuk melihat hubungan antara bidang, idea, dan konsep adalah
kemahiran teras.
Konstruktivisme menyatakan bahawa orang membina fahaman sendiri dan pengetahuan
tentang dunia melalui pengalaman melalui mengalami sesuatu dan merefleks pengalaman
tersebut. Apabila bertemu sesuatu yang baharu, perlu menyeimbangkan dengan idea dan
pengalaman sebelumnya dan kemudian mungkin perlu mengubah kepercayaan sebelum ini
atau terus membuang maklumat yang tidak relevan. Jadi, perlu mempunyai kebolehan untuk
menghubungkan dengan idea dan pengalaman juga.

7. Prinsip 7: Berada dalam keadaan ilmu yang terkini, dan tepat merupakan tujuan aktiviti
pembelajaran bagi semua ahli connectivism.
Idea ini tidak berubah sejak konstruktivisme diperkenalkan sebagai teori pembelajaran. Yang
berubah hanyalah maklumat yang dapat dikongsi bersama dan disampaikan dengan cara yang
lebih cekap seiring dengan perkembangan teknologi.

8. Prinsip 8: Membuat keputusan adalah proses pembelajaran. Memilih apa yang hendak
dipelajari dan makna daripada maklumat yang masuk boleh dilihat melalui perubahan
yang berlaku iaitu apa yang betul pada hari ini mungkin salah pada hari esok disebabkan
perubahan maklumat yang berlaku.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 57
Penyataan semula konstruktivisme yang menyatakan bahawa setiap orang membina
pengetahuan yang memberi makna kepada mereka. Berdasarkan hujah yang diberikan di atas,
didapati terdapat pertindihan idea antara konstruktivisme dengan connectivism. Walau
bagaimanapun terdapat hujahan yang menyokong connectivism sebagai teori pembelajaran
atas beberapa sebab. Pertama, connectivism mempunyai ciri-ciri sebagai peningkatan tentang
bagaimana pelajar belajar dengan pengetahuan dan persepsi yang diperoleh melalui
penambahan rangkaian peribadi (Siemens, 2004).
Hanya melalui rangkaian-rangkaian peribadi, pelajar boleh memperoleh kepelbagaian
pendapat untuk belajar dan untuk membuat keputusan yang kritikal. Adalah mustahil untuk
mengalami segala-galanya melainkan dengan berkongsi dan belajar melalui kolaborasi (Kop
& Hill, 2008). Kedua, jumlah data yang sedia ada menjadikannya mustahil bagi seorang
pelajar untuk mengetahui segala yang diperlukan, jadi perlu meneliti situasi tertentu secara
kritikal. Selain itu, dapat memanfaatkan pangkalan data yang besar tentang pengetahuan
dengan cepat memberi ruang kepada pelajar untuk mencari ilmu selanjutnya. Ketiga,
menjelaskan bahawa pembelajaran melalui teori pembelajaran tradisional adalah sangat
terhad berbanding dengan perubahan pesat yang dibawa oleh teknologi.
Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat pandangan yang berbeza berhubung dengan
connectivism sebagai satu teori yang baharu atau perkembangan daripada teori
konstruktivisme. Perdebatan ini akan berterusan. Walau apapun, connectivism telah memberi
sumbangan dengan menawarkan model atau gambaran mental yang menggambarkan sesuatu
yang tidak dapat dilihat atau dialami secara langsung kepada pengajar (Dorin, Demmin, &
Gabel, 1990). Tidak syak lagi bahawa pembelajaran online adalah tindak balas teknologi
terhadap budaya pembelajaran, kaedah pembelajaran, dan inspirasi pelajar yang berbeza.
Gabungan grafik interaktif 3D dan teknologi web (Web3D) membolehkan pengajar untuk
mewujudkan persekitaran interaktif, realistik kepada pelajar dalam persekitaran dalam talian
(Chittaro & Ranon, 2007).
Dalam usaha untuk mengenal pasti sumbangan teori pembelajaran utama, Ertmer dan
Newby (1993) telah membangunkan satu taksonomi yang meletakkan strategi behaviourisme
setanding dengan 'apa', strategi kognitif dengan 'bagaimana' dan strategi konstruktivis dengan
'mengapa'. Siemens (2006b) menggunakan Ertmer dan Newby ini taksonomi sebagai asas
untuk menjelaskan bagaimana connectivism menangani lima soalan untuk membezakan teori
pembelajaran (Jadual 1). Soalan-soalan tersebut berhubung bagaimana pembelajaran berlaku,
mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran, menilai peranan ingatan
dalam pembelajaran, menerangkan bagaimana pemindahan berlaku dalam proses
pembelajaran dan mengenal pasti jenis-jenis pembelajaran dijelaskan oleh teori masing-
masing. Walau bagaimanapun, perbincangan ini hanya akan memberikan tumpuan kepada
teori konstruktivisme dengan connectivism dan mengabaikan teori behaviorism dan
kognitivism.

Jadual 1
Perbandingan teori pembelajaran konstruktivisme dengan connectivism. (Disesuaikan
daripada Ireland, 2007, berdasarkan pada Siemens, 2006b)
Isu/Soalan Constructivism Connectivism

1. Bagaimana pembelajaran Secara sosial dan Disebarkan dalam rangkaian,


berlaku?
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 58
secara eksperimen, melalui hubungan sosial,

dengan makna meningkatkan teknologi,

peribadi dicipta oleh mengenal dan mentafsir pola

setiap pelajar

2. Apakah faktor yang Faktor penglibatan, Kepelbagaian rangkaian


mempengaruhi
pembelajaran? penyertaan, sosial

dan kebudayaan

3. Apakah peranan ingatan? Pengetahuan sedia Pola penyesuaian,

ada kepada konteks menggambarkan keadaan

semasa semasa, yang sedia ada dalam

rangkaian

4. Bagaimana perpindahan Sosialisasi Menghubungkan kepada


berlaku?
(menambah) nod

5. Apakah jenis-jenis atau Sosial, samar-samar Pembelajaran yang kompleks,


pendekatan pembelajaran
yang dijelaskan oleh teori (tidak jelas) perubahan yang cepat, sumber-
ini?
sumber ilmu yang pelbagai

Berdasarkan jadual 1 di atas, didapati bahawa teori pembelajaran konstruktivisme


melihat pembelajaran sebagai proses membina makna daripada pengalaman. Ahli
konstruktivis percaya bahawa pengetahuan berlaku sebagai gabungan model mental dalaman
dan pemerhatian dan refleksi berhubung dengan pengalaman luar. (Kop & Hill, 2008).
Dalam hubungan dengan konstruktivisme, connectivism melihat pembelajaran sebagai
fenomena luar yang tersemat dalam rangkaian yang tersebar secara sosial dan melalui
teknologi yang dipertingkatkan di mana pengenalan dan interpretasi pola memudahkan
pertambahan maklumat. Perbezaannya ialah connectivism melihat penciptaan pengetahuan
sebagai pengetahuan yang baru muncul dan berterusan, manakala konstruktivisme melihat
pembelajaran terjadi berdasarkan pada pengalaman sebelum dan sebahagian besarnya
berkenaan dengan bagaimana pengalaman dibawa masuk ke dalam realiti semasa.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 59
Strategi Connectivism dalam Pembelajaran dalam Talian
Siemens (dalam temu bual dengan Gualtieri 2009) menawarkan nasihat berhubung dengan
aplikasi connectivism ke atas pembelajaran dalam talian bagi menyokong pembelajaran dan
prestasi dalam organisasi. Adalah diharapkan idea-idea ini akan menjadi titik permulaan yang
berguna bagi melaksanakan pendekatan connectivism dalam amalan pembelajaran dalam
talian di tempat kerja.
Jadual 2 di bawah merupakan panduan kepada pengajar dan pereka pengajaran
berhubung dengan beberapa idea praktikal untuk pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dan
menggunakan pelbagai teknik dan alat-alat teknologi berdasarkan prinsip connectivist. Jenis
aktiviti yang dicadangkan ialah asimilatif, penyesuaian, komunikatif, produktif dan
mengalami sesuatu peristiwa. Contoh yang diberikan sangat jelas dan sangat sesuai
diaplikasikan dalam pembelajaran dalam talian.

Jadual 2
Aktiviti pembelajaran yang dipadankan dengan alat-alat ‘sense making and knowledge
expansion’. (Disesuaikan daripada Siemens & Tittenberger 2009)
Jenis aktiviti Apakah Bentuk media Teknik Teknologi Alat-alat

perkaranya? (bagaimana)

Asimilatif media Kuliah; peta konsep; pemprosesan Alat minda/

pemprosesan DVD; mendefinisik perkataan dan peta koncep

naratif, Membaca an; sumbang persembahan (eg CMAP,

mengurus dan teks. saran; perisian yang Inspiration);

menstruktur buzzwords; membolehkan Google;

maklumat teka silang integrasi teks, Office

kata; peta imej, audio software;

minda; carian dan video; blogs; wikis;

web Web 2.0 dan social

teknologi bookmarking

perisian sosial tools (eg

yang lain; Web Furl);

syndication/ personal Web


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 60
aggregation. portals and

aggregators/

news readers

(eg Google

Reader,

Pageflakes)

Penyesuaian persekitaran simulasi; modelling; Dunia maya; Second Life;

yang berubah permainan. simulasi; simulasi Massively

mengikut permainan berasaskan Multiplayer

input pelajar. komputer dan Online Role-

model; Playing

permainan. Games

(MMORPGs)

Komuni- Perbincangan Perbincangan Ta’akulan; Papan putih online

katif dan dialog. tidak berhujah; elektronik; e- bulletin

sinkronous coaching; mail; papan boards/

atau perbahasan; perbincangan; newsgroups;

sinkrornou; perbincangan sembang; Skype; AIM;

sembang ; perundingan mesej segera Windows

(chats); (IM); Voice Live

mesej teks. over IP Messenger;

(VoIP); video Breeze;

dan WebEx;
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 61
persidangan Elluminate;

Web; Web 2.0 Facebook;

and teknologi MySpace;

perisian sosial social

yang lain. bookmarking

tools; blogs;

wikis;

podcasts.

Produktif Pelajar mencipta; artifaks/hasi; Aplikasi InDesign;

menghasilkan menghasil- laporan; tesis; kreatif (edit Photoshop;

sesuatu. kan; menulis; esei; entri imej, CAD, WeTube;

melukis; wiki; pos perisian reka Google

menggubah; blog jurnal; bentuk); Video; Hot

mensintesis; kajian penilaian Potatoes;

remixing; literatur; berbantukan Office

mash-ups. soalan komputer; software;

objektif; Web Sketch;

ujian bertulis; 2.0 dan blogs; wikis;

puzzles; teknologi podcasts.

portfolio; perisian sosial

voting; yang lain.

learner-

created
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 62
podcast

Me-ngalami Aktiviti Mengamal- Kajian kes; Makmal maya; Google

sesuatu interaktif yang kan; eksperimen; 3D Earth;

peristiwa memberi mengaplikasi aktiviti persekitaran MMORPGs;

tumpuan ; meniru; makmal; mengasyikkan; Second Life;

kepada mengalami; lawatan realiti custom

penyelesaian meneroka; sambil diperkukuh- Web3D/VR

masalah. menyiasat; belajar; kan. ML-based

melaksana- permainan; tools.

kan. Main

peranan;

scavenger

hunts; task/

job

performanc.

Kesimpulan
Kertas konsep ini telah membincangkan teori connectivism sebagai teori yang berdaya maju
untuk pembelajaran abad ke-21, di samping meninjau kritikan-kritikan terhadapnya dan
membanding dengan teori konstruktivisme. Contoh aplikasi teori connectivism juga telah
diberikan sebagai panduan kepada pengajar.
Konstruktivisme melihat guru beralih kepada peranan baru sebagai fasilitator dan
berpasangan dengan pelajar sebagai rakan sebaya seterusnya proses pembelajaran
berdasarkan pada data dan pemerhatian semasa pelajar mencipta pengetahuan mereka.
Manakala connectivism pula merupakan satu teori baru yang yang menggambarkan
kerumitan pembelajaran dalam dunia ledakan maklumat. Connectivism sebenarnya sama
dengan konstruktivisme, iaitu seorang pelajar yang mengambil bahagian dalam connectivism
akan melakukan perkara yang sama dengan pendekatan konstruktivis.
Perbezaannya terletak pada peranan hubungan dan rangkaian dalam connectivism.
Hubungan dan rangkaian dalam connectivism melibatkan teknologi sedangkan dalam
konstruktivisme boleh teknologi dan boleh juga secara bersemuka bergantung kepada
matlamat pembelajaran. Misalnya, untuk kajian lapangan yang memerlukan kerjasama
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 63
antara ahli, hubungan bersemuka paling sesuai. Connectivism juga meneroka apa yang
organisasi perlu lakukan secara berbeza, bagaimana reka bentuk pembelajaran perlu berubah
dan bagaimana potensi prestasi organisasi dapat ditingkatkan dengan menggunakan prinsip-
prinsip connectivism.
Sesungguhnya, anjakan paradigma mungkin berlaku dalam teori pendidikan dan
epistemologi baru boleh muncul, tetapi ia tidak nampak sumbangan connectivism ke arah
paradigma baru yang dilihat sebagai teori pembelajaran yang berasingan dan berdiri dengan
sendirinya. Connectivism, bagaimanapun akan terus memainkan peranan penting dalam
pembangunan dan kemunculan pedagogi baru, di mana kawalan beralih daripada tutor
kepada pelajar yang lebih autonomi. Teknologi mempengaruhi semua pandangan teori
dengan menyediakan teknik dan kaedah pengajaran yang unik. Setiap idea atau teori baru
yang dibentangkan berkemungkinan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan di
samping pelbagai teknik pengajaran yang digunakan.
Di sini, penulis telah memasukkan connectivism bawah paradigma konstruktivisme
dan memberi fokus kepada kerja-kerja Goerge Siemens (2005) dan mereflek tentang
bagaimana penulis akan mengubahsuai pengajaran dalam amalan untuk menggabungkan
elemen pembelajaran connectivism. Panduan aplikasi teori connectivism yang diberikan
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, pendekatan
konstruktivis pula memerlukan perekabentuk menghasilkan sesuatu yang lebih mudah
daripada yang spesifik. Pengetahuan yang diperoleh tidak ditetapkan terlebih dahulu kepada
pelajar dan penilaian lebih subjektif memandangkan ia tidak bergantung kepada kriteria
kuantitatif yang spesifik.
Akhir sekali, teori pembelajaran menyediakan sumber bagi pengajar untuk
menyelesaikan masalah praktikal dengan penyelesaian yang praktikal. Oleh itu, pengajar
yang berperanan sebagai fasilitator dalam talian perlu menggalakkan interaksi antara pelajar,
menyokong aktiviti pembelajaran dan membantu menjadikan penggunaan teknologi lebih
mudah bagi mereka. Sebagai kesimpulannya, terdapat sejumlah pengetahuan teras yang
diperlukan untuk memahami apa-apa maklumat yang dikemukakan dan ia berbeza mengikut
bidang. Jika seseorang itu mempunyai pengetahuan teras yang terhad, mengakses maklumat
di internet adalah di luar kemampuan untuk memahaminya, maka ilmu teknologinya tidak
membawa apa-apa makna. Jadi, kajian berstruktur menggunakan teori-teori pembelajaran
yang sedia ada diperlukan untuk memperoleh pengetahuan teras dalam bidang tertentu.

Rujukan
Ally, M. (2011). Foundations for educational theory for online learning. In T. Anderson (Eds.) dalam Anderson,
T. & Elloumi, F. The theory and practice of online learning, (ms.3-31). Edmonton, AB: Athabasca
University Press. Cde.athabascau.ca/online_book.

Chittaro L., & Ranon R. (2007). Web3D technologies in learning, education, and training: Motivation, issues,
and opportunities. Computers and Education, 49(1), 3-18.
Crawford, J. (2009). Learning theories that emcompass distance education.
http://www.edtech2.boisestate.edu/crawfordj/portfolio/files/5_learn_theories.pdf. Diakses pada 5
Disember 2015.
Dorin, H., Demmin, P. E., & Gabel, D. (1990). Chemistry: The study of matter. (3rd ed.). Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.
Driscoll, M. (2000). Psychology of learning for instruction. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.
Duffy, T. M., & Cunningham, D. J. (1996). Constructivism: Implications for the design and delivery of
instruction. In Jonassen, D.H. (Ed.). Handbook of research for educational communications and
technology (ms. 170-198). New York: Simon & Schuster Macmillan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 64
Ertmer, P. & Newby, T. (1993). Behaviorism, cognitivism, constructivism: comparing critical features from an
instructional design perspective. Performance Improvement Quarterly, 6(4), 50–72.
Gualtieri, L.N. (2009). Five questions… for George Siemens. eLearn Magazine, 21 April. Retrieved 28
November 2009, from http://elearnmag.org/subpage.cfm ?section= articles&article=78-1 [Archived at
http://www.webcitation.org/5lcJSmHGC]. Diakses pada 7 Disember 2015.
Jonassen, D., Davidson, M., Collins,M., Campbell, J., & Haag, B. (1995). Constructivism and computer-
mediated communication in distance education. American Journal of Distance Education, 9.
http://www.c31.uni-Idenburg.de/cde/media/reading/jonassen95. pdf. Diakses pada 2Disember 2015
Kanuka, H., & Anderson, T. (1999). Using constructivism in technology-mediated learning: Constructing order
out of the chaos in the literature. Radical Pedagogy, 1(2).
http://radicalpedagogy.icaap.org/content/issue1_2/02kanuka1_2.html. Diakses pada 7 Disember 2015.
Kop, R., & Hill, A. (2008). Connectivism: Learning theory of the future or vestige of the past? The
International Review of Research in Open and Distance Learning. 9(3).
http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/article/view/523/1137. Diakses pada 5 Disember 2015.
Mattar, J.A. (2010). Constructivism and connectivism in educaion tecnology: Active situated, authentic,
experiential, and anchored learning. http://www.joaomattar.co/
constructivism%20and%20connectivism%20in%20Education%20Technology.pdf. Diakses pada 6
Disemberi 2015.
Salmon, G. (2013). E-tivities: The key to active online learning (2nd ed.). London and New York: Routledge.
Siemens, G. (2005). Connectivism: A learning theory for the digital age. http://www.itdl.org /
journal/jan_05/article01.htm. Diakses pada 6 Disemberi 2015.
Siemens. G. (2006a). Knowing knowledge. KnowingKnowledge.com Electronic book.
www.knowingknowledge.com.
Siemens, G. (2006b, November 12). Connectivism: Learning theory or pastime of the self- amused?
Elearnspace blog. http://www.elearnspace.org/Articles/connectivism_self- amused.htm. Diakses pada 7
Disember 2015.
Tam, M. (2000). Constructivism, instructional design, and technology: Implications for transformation distance
learning. Educational Technology & Society, 3(2), 50-60. http://www.ifets.info/journal/3_2/tam.html
Tapscott, D. (1998). Growing up digital: The rise of the next generation. New York: McGraw-Hill.
https://bmaine.wordpress.com/2013/03/23/connectivism-vs-constructivism.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 65

CADANGAN PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM PEMBELAJARAN


MATEMATIK DI POLITEKNIK KOTA KINABALU

Subir Musta, Ismail Asis dan Haider Ahmad Fazil

Abstrak
Pendidikan pada era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan keperluan dan
kehendak semasa. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini membuka
lebih banyak peluang kepada pelajar dan pendidik untuk meneroka maklumat dan
pengetahuan. Perkembangan teknologi maklumat ini juga telah menyebabkan pengaruh
media sosial digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
peringkat sekolah mahupun di IPTA. Teknologi kini mempunyai manfaat motivasi yang
berupaya untuk menarik golongan pendidik dan pelajar agar turut aktif dalam P&P.
Penggunaan media teknologi turut mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan mereka akan lebih terdedah dengan pembelajaran kendiri. Para pelajar dapat
mengakses bahan-bahan sedia ada, maklumat terkini dan berkongsi info bersama rakan juga
pendidik dengan mudah dan pantas. Namun demikian terdapat beberapa faktor yang perlu
dibincangkan bagi menentukan kesesuaian penggunaan Youtube sebagai salah satu medium
pembelajaran matematik. Oleh itu kajian ini akan membincangkan beberapa faktor penting
yang perlu diambil kira bagi cadangan penggunaan Youtube sebagai kaedah pengajaran
matematik di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu.

Kata Kunci: Youtube, Matematik, Penggunaan Youtube Dalam Pembelajaran.

Pengenalan
Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan penggunaan media
dalam bidang pendidikan bagi membantu para pendidik dan pelajar dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pengunaan media teknologi amat
penting pada era moden kini kerana ia memberi manfaat kepada pendidikan Negara dan
membentuk modal insan yang pengetahuan. Hal demikian, dalam konteks pendidikan di
IPTA, penggunaan media teknologi dalam pendidikan adalah perlu dilakukan bagi
menambahbaik kaedah dan pendekatan yang sedia ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sistematik dan efisien. Penggunaan media teknologi dalam P&P ini
amat digalakkan kepada warga pendidik dan para pelajar sebagai satu usaha memudahkan
P&P bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan
Yusof dan Tahir ( 2017).
Sementara itu, Boon (2019), mendapati melalui pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran youtube dalam Google Drive, pelajar saya dapat berkomunikasi sesama
sendiri dengan lebih berkesan dalam kumpulan dan berkongsi maklumat pendapat mereka
yang diperolehi melalui pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bahan-bahan pembacaan
Internet, buku, majalah dan sebagainya mudah dipautkan di Google Drive yang dapat
diorganisasikan dengan baik dan mudah diakses.
Sidek dan Hashim (2016) menjelaskan melalui pembacaan hasil kajian lepas,
penggunaan video terbukti berkesan dalam bidang pendidikan. Jelaslah bahawa teknologi
pembelajaran berasaskan video ini membuka banyak peluang baru untuk diterokai oleh
pendidik dalam meningkatkan potensi pembelajaran pelajar. Potensi pembelajaran pelajar
akan berkembang dengan aktif apabila mereka menjalani proses pembelajaran berpusatkan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 66
pelajar. Justeru, pendidik disaran supaya lebih peka terhadap keperluan pelajar serta bijak
dalam mengguna pakai bahan bantu mengajar bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji menunjukkan
bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk video yang di muat naik ke Youtube dan dikongsi
bersama oleh pelajar dan guru dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap topik
yang diajar. Pelajar dapat mengakses sumber pengajaran yang terdapat di Youtube secara
bebas tanpa kekangan masa.

Sorotan Kajian
Aplikasi YouTube ialah sebuah laman sesawang pengehosan video Amerika Syarikat yang
beribu pejabat di San Bruno, California. Aplikasi ini membolehkan pengguna menonton
memuat naik, memuat turun, berkongsi, memberi komen dan ada yang menjadikan sebagai
kerjaya untuk mendapatkan keuntungan. Sebahagian kandungan video dalam youtube dimuat
naik oleh individu. Pembelajaran boleh dianggap sebagai proses menerima maklumat dan
pengetahuan yang disampaikan. Dalam proses ini akan berlaku perubahan dari segi
tingkalaku, sikap dan penguasaan kemahiran tertentu. Pembelajaran dan proses mendapatkan
ilmu pengetahun tidak pada masa kini bukan lagi terhad didalam kelas atau dibilik seminar.
Ia boleh berlaku dimana sahaja dengan menggunakan pelbagai medium. Pembelajaran
melalui aplikasi video yang dimuat naik di dalam Youtube merupakan satu pilihan yang
tersedia kepada pelajar.
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat
merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi,
sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.
Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah
kebaikan ataupun keburukan. Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai
kuantiti corak struktur, perubahan ruang atau dalam erti kata lain kajian mengenai nombor
dan rajah
Kemahiran penggunaan ICT di kalangan pelajar amat perlu untuk menentukan tahap
kesediaan pelajar menggunakan Youtube sebagai kaedah pembelajaran yang berkesan. Bagi
meningkatan kemahiran ICT dikalangan pelajar . Pelbagai usaha telah laksanakan oleh pihak
kerajaan bagi meningkatkan kemahiran ICT di kalangan pelajar di peringkat sekolah lagi.
Selaras dengan hasil kajian ini, semua pihak yang terlibat secara langsung dengan pengurusan
sekolah dan kurikulum sekolah harus meningkatkan usaha dan mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran guru terhadap penerapan
pedagogi yang tepat dengan pengintegrasian video Youtube Halili dan Sugumaran (2019).
Kajian ini menunjukkan bukan hanya kesediaan kemahiran ICT pelajar diambil kira malah
guru-guru juga perlu disiapkan dengan pelbagai kemahiran supaya dapat menyediakan bahan
pengaran berbentuk video dengan lebih baik.
Bakar dan Ahmad (2009) daripada kajian yang dilakukan mendapati pelbagai usaha
telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan memaksimakan penggunaannya
dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat
(knowledge based society). Kewujudan tujuh aplikasi perdana dalam projek Multimedia
Super Corridor (MSC) menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menempatkan Malaysia
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 67
dalam hubungan global antara negara-negara maju di dunia. Sekolah bestari telah
dibangunkan sebagai satu daripada tujuh aplikasi perdana projek MSC.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau istilah Teknologi Maklumat
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau lebih dikenali sebagai ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk mengurus, memproses dan menyampaikan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. ICT juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah
cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas (Manaf et al. 2015).
Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapatkan jurang digital di Malaysia,
banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan
pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang
mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar Politeknik yang datang dari luar
bandar masih tidak dapat mengakses sepenuhnya capaian internet jika sekiranya berada di
kawasan luar Bandar (Mohamed et al., 2012).
Dapatan-dapatan kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji menunjukkan
penggunaan Youtube sebagai media pembelajaran adalah sangat berkesan dapat
meningkatkan pemahaman pelajar. Nurhalimah (2019) melalui kajiannya mendapati hasil
penelitian meyimpulkan bahawa Youtube sering digunakan oleh pelajar mahasiswa terutama
kursus matematik dalam penyelesaian soalan-soalan. Hasil kajian menunjukkan 63% pelajar
menggunakan Youtube sebagai medium pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan dengan
menggunakan Youtube pelajar merasa sangat membantu terutama untuk menyelesaikan
masalah tutorial..
Iwantara, Sadia, dan Suma (2014) melalui kajiannya menyatakan terdapat perbezaan
motivasi belajar dan pemahaman konsep siswa yang mengikuti pembelajaran dengan
menggunakan media internet dan video youtube dengan yang menggunakan charta. Terdapat
perbezaan motivasi belajar yang signidfikan antara siswa yang mengikuti pembelajaran
dengan menggunakan media elektronik, media video youtube dan media carta.
Boon (2019) dalam kajiannya mendapati pelajar juga menyatakan dalam penilaian
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah bahawa mereka lebih berminat dan
rasa seronok dengan penyampaian pensyarah menggunakan video Youtube dalam aplikasi
Google Drive. Mereka dalam mengakseskan nota-nota dan video-video yang dikongsikan
oleh saya untuk tajuk-tajuk yang berkaitan dalam ringkasan maklumat kursus Asas Elektrik,
Elektronik, Sistem Kawalan dan Robotik.

Kesimpulan
Pendidikan pada era teknologi maklumat dan moden perlu diselaraskan dengan keperluan dan
kehendak semasa. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pantas
serta penyediaan perisian dan aplikasi yang banyak tersedia di laman sesawang telah
membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan pendidik untuk meneroka maklumat dan
pengetahuan. Sistem pembelajaran kendiri atau yang berfokuskan Student Centered Learnig
akan menggalakkan para pelajar untuk menggunakan youtube sebagai medium pembelajaran
pilihan disamping pembelajaran di dalam kelas.
Selaras dengan dengan perkembangan teknologi maklumat semasa juga telah
menyebabkan pengaruh media sosial digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah mahupun di IPTA. Teknologi kini mempunyai
manfaat motivasi yang berupaya untuk menarik golongan pendidik dan pelajar agar turut
aktif dalam P&P. Mata Pelajaran Matematik merupakan kursus teras yang perlu diambil oleh
setiap pelajar Kejuruteraan di Politeknik. Pelajar amat sukar memahami topik dan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 68
memerlukan masa untuk memahami topik yang diajar. Oleh yang demikian, cadangan
penggunaan aplikasi Youtube dalam pembelajaran Matematik di Politeknik merupakan
pendekatan yang sangat baik dan tepat. Terdapat banyak bukti kajian menunjukkan
penggunaan media teknologi seperti Youtube turut mendorong minat para pelajar untuk
menguasai ilmu pengetahuan dan mereka akan lebih terdedah dengan pembelajaran kendiri.
Contoh-contoh penyelesaian tutorial matematik banyak tersedia dalam aplikasi Youtube
membolehkan para pelajar untuk mengakses bahan-bahan pengajaran ini secara berulang-
ulang tanpa had dan secara percuma. Disamping itu para pelajar boleh berkongsi maklumat
terkini dan berkongsi info bersama rakan juga pendidik dengan mudah dan pantas.
Secara kesimpulannya pembelajaran matematik menggunakan aplikasi Youtube perlu
dilaksanakan supaya dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman kognitif yang sangat
penting dalam pembelajaran matematik. Pembelajaran melalui Youtube memberi peluang
kepada pelajar untuk belajar secara kendiri dan boleh mengulang menonton sehingga
memahami sepenuhnya topik berkenaan. Selaras dengan itu Pihak Pengurusan Politeknik
perlu meningkatkan kemudahan fasiliti ICT seperti kemudahan wifi, kemudahan komputer
supaya cadangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Rujukan
Yusof dan Tahir (2017) Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan IPTA. e-BANGI, 12(3), 1-10.
Boon, C. K. (2019). Keberkesanan Penggunaan Youtube Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Untuk Tajuk Hukum Kirchoff Kursus Asas Elektrik Dalam Aplikasi
Google Drive Kursus Reka Bentuk Dan Teknologi. Jurnal Refleksi Kepemimpinan,
(JILID I).
Sidek dan Hashim (2016). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar:
analisis dan kajian kritikal. Journal of ICT in Education, 3, 24-33.
Bakar dan Ahmad (2009). Implementasi ICT dan kepimpinan sekolah: Kajian kes di
sekolah-sekolah bestari dan SMJKC. Accessed on, 20.
Halili & Sugumaran (2019). Faktor Mempengaruhi Penggunaan Video Youtube dalam Kalangan
Guru Sekolah Rendah dalam Kesusasteraan Tamil. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 7(1), 39-45.
Manaf, S. Z. A., Din, R., Hamdan, A., Salleh, N. S. M., Kamsin, I. F., Karim, A. A., ... & Ismail,
N. M. (2015). Pembelajaran Peribadi Melalui Teknologi ICT Abad ke-21 ke Arah
Kemahiran Boleh Pindah. Journal of Personalized Learning, 1(1), 57-68.
Nurhalimah, S. (2019). Media Sosial dan Masyarakat Pesisir: Refleksi Pemikiran Mahasiswa
Bidikmisi. Deepublish.
Iwantara, I. W., Sadia, I. W., & Suma, K. (2014). Pengaruh penggunaan media video youtube
dalam pembelajaran IPA terhadap motivasi belajar dan pemahaman konsep siswa. Jurnal
Pendidikan Dan Pembelajaran Ipa Indonesia, 4(1).
Boon, C. K. (2019). Keberkesanan Penggunaan Youtube Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Untuk Tajuk Hukum Kirchoff Kursus Asas Elektrik Dalam Aplikasi
Google Drive Kursus Reka Bentuk Dan Teknologi. Jurnal Refleksi Kepemimpinan,
(JILID I).
Mohamed, H., Judi, H. M., Noor, S. F. M., & Yusof, Z. M. (2012). Jurang digital dan pendidikan
di luar bandar: Tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar. Jurnal
Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik, 1(2), 1-13.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 69

KEPENTINGAN MEMBUDAYAKAN LARAS BAHASA NABI SAW DALAM


MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN KETIKA PROSES PdP

Aishah Mohamad Said dan Nurul Ain Othman

Abstrak
Disiplin ilmu yang ketat kadangkala menjadikan pendidik lupa akan kepentingan penggunaan
laras bahasa yang berkesan seperti yang telah diaspirasikan dalam Islam. Dalam mengejar
kesempurnaan pencapaian Course Learning Outcomes (CLO), ditambah pula dengan asakan
penggunaan pelbagai teknologi pembelajaran moden, dibimbangi para pendidik terlepas
pandang elemen dalaman yang sangat penting ini. Menyedari semakin terkikisnya seni
komunikasi berkesan dalam PdP, maka kajian ini diketengahkan bagi menyegarkan kembali
peri pentingnya membudayakan laras bahasa Nabi saw. Ekoran permasalahan ini, para
pendidik perlu mengubah strategi yang kebiasaannya mengikut acuan sendiri kepada metod
yang lebih efisyen dengan mencontohi Rasulullah saw. Justeru, kajian ini disusun bagi
menyempurnakan huraian berkenaan dua gaya laras bahasa Nabi saw. Pertama, penggunaaan
laras bahasa yang adil dan perhatian yang sama rata untuk semua anak didik. Manakala
kedua, penggunaan laras bahasa yang lemah lembut dalam setiap penyampaian. Turut
diketengahkan hadith-hadith dialog yang akan dihuraikan pandangan ulama’ mengenainya,
keindahan pemilihan kata dalam hadith dan keindahan kaedah pendidikan yang tersurat di
dalamnya. Metodologi dalam kajian ini telah memilih analisis kandungan sebagai reka
bentuk kajian. Pengumpulan data utamanya pula terdiri daripada ayat-ayat al Quran dan
hadith-hadith sahih yang telah dipilih secara purposive. Melalui kajian ini, hasil dapatan
menunjukkan komunikasi berkesan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam hadith-
hadith baginda sarat dengan keindahan pemilihan kata yang tepat dan kaedah dakwah yang
halus sehingga ianya berjaya menambat hati sasaran dakwah. Justeru itu, adalah diharapkan
kajian ini dapat memberikan manfaat kepada tenaga pengajar mahupun sesiapa sahaja yang
terlibat dalam bidang pendidikan agar dapat membudayakan dan mencontohi laras bahasa
Nabi saw dalam mewujudkan komunikasi berkesan ketika proses PdP.

Kata Kunci: Laras Bahasa Nabi S.A.W, Pengajaran Dan Pembelajaran P&P, Komunikasi

Pendahuluan
Islam datang membawa peraturan yang menyusun atur kesempurnaan hidup manusia. Oleh
itu, Allah mengutuskan para rasul bagi membimbing manusia mengikut peraturan tersebut.
Firman Allah: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat
seorang Rasul (dengan memerintahnya menyeru mereka) Hendaklah kamu menyembah Allah
dan jauhilah Thagut” (an-Nahl 16:36). Namun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa
kita perlu mencontohi Nabi saw dalam segenap sudut kehidupan.
Sesungguhnya Islam yang dibawa oleh para Rasul itu datang dalam pakej yang
lengkap. Bukan sahaja mampu merubah dari sudut pegangan aqidah, malah lebih dari itu
ianya membawa perubahan besar dalam beribadah, muamalah, pergaulan sosial, budaya,
tatacara berakhlak dan sebagainya. Maka tidak hairanlah Islam mampu merubah secara
holistik segenap kehidupan para penganutnya. Begitulah yang terjadi dalam kalangan para
sahabat. Islam telah merubah hidup mereka secara total. Daripada kedangkalan kepercayaan
yang karut kepada penerimaan tuntas kesemua rukun iman. Daripada kebejatan akhlak yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 70
menjijikkan kepada ketinggian martabat kemanusiaan dan keperibadian. Benar, Islam telah
merubah baik seluruh kehidupan mereka.
Justeru, adalah satu kerugian yang besar sekiranya sebagai pendidik, kita kurang
cakna dalam mencontohi keperibadian Rasulullah saw terutamanya dari sudut keindahan
bahasa ketika berkomunikasi. Bagi merungkai rahsia kehebatan laras bahasa Rasulullah saw,
maka kajian ini diketengahkan bagi mencari gali apakah laras bahasa yang sering digunakan
oleh Baginda saw dalam berkomunikasi.

Pernyataan Masalah
Tugas mendidik hari ini merupakan suatu tanggungjawab yang amat mencabar. Cabarannya
dilihat datang daripada pelbagai sudut merangkumi perubahan sistem pendidikan,
kemerosotan akhlak pelajar, kurikulum, suasana pembelajaran dan sebagainya. Justeru,
menarik minat pelajar dengan menghalakan seluruh perhatian mereka kepada P&P bukanlah
suatu tugas yang mudah.
Selain cabaran perubahan iklim pembelajaran tersebut, kesilapan daripada pihak
pendidik juga perlu diberi perhatian. Menurut kajian Norzana (2003) mendapati pelajar yang
mempunyai kaitan dalam masalah ponteng di sekolah adalah disebabkan pengajaran yang
membosankan dan kegagalan pendidik untuk menarik minat murid.
Selain itu, komunikasi yang lemah dalam kalangan para pendidik juga turut
menyumbang kepada gagalnya amalan komunikasi yang berkesan. Menurut Abdullah dan
Ainon (1999), terdapat beberapa cara bagaimana guru mungkin menyebabkan serangan
verbal sehingga menyebabkan kecederaan psikologi kepada murid. Sebagai contoh, pendidik
gemar menyerang peribadi pelajar, dengan berkata “Kenapalah kamu ni bodoh sangat!”.
Begitu juga dengan pendidik yang menghina atau mengkritik latar belakang murid. Sebagai
contoh, “Bapa awak tu, sama saja perangai macam awak.” Serangan mulut yang biadap
daripada seorang pendidik ini pastinya akan menimbulkan penderaan psikologi ke atas
pelajar lantaran pendidik itu sendiri menafikan harga diri murid.
Situasi ini mencetuskan kebimbangan yang bukan sedikit terutama apabila melihat
kebanyakan kerapuhan akhlak pelajar, sedikit sebanyak disebabkan kekasaran komunikasi
antara pendidik dan pelajar. Situasi ini menimbulkan persoalan dimanakah keberkesanan
sistem PdP sehingga tidak mampu membendung permasalahan ini. Sehubungan itu, usaha
penambahbaikan teknik pendidikan dalam laras berbahasa guru perlu diberi perhatian dan
disegerakan agar kombinasi ilmu dan akhlak dapat diselaraskan. Bagi mengatasi masalah
komunikasi yang kurang sihat ini, para pendidik perlu merujuk semula kepada teori dan
praktikal yang telah dipelopori oleh baginda Rasulullah saw.

Objektif Kajian
Kajian ini disusun bagi menyempurnakan huraian mengenai laras bahasa Nabi saw seperti
berikut:
i) Menerangkan laras bahasa pertama iaitu perhatian sama rata untuk semua anak didik.
ii) Menjelaskan laras bahasa kedua iaitu berlemah lembut dalam setiap penyampaian.

Sorotan Penulisan
Dalam menyampaikan PdP, kesempurnaan didikan Nabi SAW perlu diletakkan sebagai batu
asas agar dakwah yang disampaikan berjalan mengikut tuntutan syara’. Tidak mengira apa
pun wadah perjuangan yang dipilih, pendekatan Nabi SAW harus dijadikan rujukan utama
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 71
lebih-lebih lagi jika pendekatan yang dipilih menggunakan dakwah bi al-lisan sebagai
medium utama seperti dalam penyampaian PdP
Kepentingan dakwah bi al-lisan tidak dapat dinafikan terutama dalam menjayakan
apa juga agenda dakwah termasuk ketika menyampaikan mesej dalam PdP. Menurut ‘Abd al-
Karim Zaydan (2002), dakwah bi al-lisan adalah teknik asas menyampaikan kebenaran
kepada manusia. Menurutnya lagi dakwah ini meliputi ceramah, kelas pengajian, kuliah,
dialog dan penyampaian amar ma’ruf nahi munkar. Apa yang menarik kesemua bentuk
penyampaian ini akan lebih menambat hati sasaran jika menggunakan teknik nasihat sebagai
daya penarik utama.
Turut menarik perhatian, tulisan yang diberi nama “Kedudukan al-Sunnah di dalam
ilmu tatabahasa Arab.”, yang juga merupakan sebuah karya intelek Badrul Munir Muhamad
Nur (2000) dari Jabatan Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam. Beliau
menyatakan al-Sunnah memberi pengaruh yang besar dalam bidang bahasa dan tatabahasa
arab. Hal ini kerana tutur kata Rasulullah SAW sentiasa dibimbing oleh wahyu. Justeru, cara
pemeliharaan bahasanya juga turut berdasarkan pemeliharaan al-Qur’an.
Tulisan bertajuk “Nasihat Sebagai Satu Disiplin Ilmu yang Tinggi”, yang dikarang
oleh Mustafa Kamal Haudin (2002) menyatakan nasihat Rasulullah SAW banyak
disampaikan dalam bentuk dialog. Menurutnya nasihat adalah satu disiplin ilmu Islam yang
sangat luas skopnya kerana bersangkut paut dengan membangun dan mengislahkan akal, diri
dan jiwa manusia.
Hasil penulisannya beliau mendapati adakalanya nasihat perlu disampaikan dengan
cara yang lembut, ada masanya dengan cara yang keras. Semuanya bergantung kepada situasi
dimana jika dilihat, Rasulullah SAW sendiri ketika memberikan nasihat kepada keluarga,
orang dewasa, kanak-kanak dan pemuda menggunakan metod nasihat yang bersesuaian
dengan pemikiran dan situasi mereka.
Berdasarkan kepada gabungan sorotan penulisan di atas, jelas menggambarkan laras
bahasa Nabi saw yang tiada tolok bandingnya di dalam mendidik ummah. Ia tidak seharusnya
tinggal sebagai teori semata malah perlu diangkat sepanjang zaman sebagai garis panduan
dalam komunikasi berkesan terutama untuk golongan pendidik.

Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian
Metodologi dalam kajian ini telah memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian.
Pengumpulan data utamanya terdiri daripada ayat-ayat al-Quran dan al Hadith yang dipilih
secara purposive.

Kaedah analisis data


Data dianalisis dengan merujuk kepada hadith-hadith muktabar dan sahih daripada kitab
hadith yang ulung iaitu Kitab Sahih Bukhari. Analisis juga turut dibuat terhadap rujukan -
rujukan bertulis para ulama’ tersohor yang telah memberikan ulasan terhadap hadith-hadith
tersebut.

Laras Bahasa Pertama : Perhatian sama rata untuk semua anak didik

َّ ‫الز ْه ِريِّ قَا َل أَ ْخبَ َرنِي أَبُو َسلَ َمةَ بْنُ َع ْب ِد الرَّحْ َم ِن أَ َّن أَبَا ه َُري َْرةَ قَا َل قَا َم َرسُو ُل‬
ِ‫َّللا‬ ُّ ‫َح َّدثَنَا أَبُو ْاليَ َما ِن أَ ْخبَ َرنَا ُش َعيْبٌ ع َْن‬
ً‫ص ََل ٍة َوقُ ْمنَا َم َعهُ فَقَا َل أَ ْع َرابِي َوهُ َو فِي الص َََّل ِة اللَّهُ َّم ارْ َح ْمنِي َو ُم َح َّمداً َو ََل تَرْ َح ْم َم َعنَا أَ َحدا‬ َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فِي‬
َّ ‫صلَّى‬ َ
َِّ‫اسعاً ي ُِري ُد َرحْ َمةَ َّللا‬ َ ْ َّ َّ َّ
ِ ‫صلى َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َسل َم قَا َل لِْل ْع َرابِ ِّي لَقَ ْد َحجَّرْ تَ َو‬ َ ‫فَلَ َّما َسلَّ َم النبِ ُّي‬
َّ
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 72
(Hadith Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 27 Rahmah al-Nas wa al-Baha’im, no. 6010.)

Hadith mengenai keistimewaan rahmat Allah SWT ini bertujuan menerapkan akidah
yang mantap disamping memperingatkan agar tidak mementingkan diri sendiri. Hadith yang
disampaikan dalam bentuk dialog ini diriwayatkan oleh Abu Hurayrah r.a., manakala watak,
suasana dan dialog hadithnya adalah seperti berikut:

Watak: Rasulullah SAW, arab Badwi dan para sahabat yang mendirikan
solat.
Suasana: Rasulullah SAW berdiri mengerjakan solat dan para sahabat solat
dibelakangnya. Tiba-tiba seorang Badwi berteriak meminta
dilimpahkan rahmat keatasnya dan Rasulullah SAW sahaja.
Dialog: (maksud hadith)
Badwi: Ya Allah, limpahkan kasih sayangMu kepada Muhammad dan
kepadaku saja! Jangan limpahkan kasih sayangMu kepada orang lain.
(Setelah Nabi SAW telah menyelesaikan solat dengan taslim, Nabi
SAW pun bersabda kepada Badwi berkenaan)
Nabi SAW: Kamu telah mempersempit sesuatu yang sangat luas (rahmat Allah
SWT).

Pandangan ulama’ terhadap hadith


Ibn Hajar (2009) sependapat dengan Badr al-Din al-‘Ayni (2001) menyatakan lelaki Badwi
dalam hadith ini bernama Dzul Khuwaishirah al-Yamani dan sebahagian riwayat menyatakan
dia adalah al-Aqra‘ bin Habis. Terdapat sedikit perbezaan diantara dua tokoh ulama’ ini di
mana Ibn Hajar mengambil riwayat Ibn Hibban manakala Badr al-Din al-‘Ayni (2001) pula
mengambil riwayat Ibn Majah ketika masing-masing menceritakan, setelah berdialog
72aying72 Rasulullah SAW lelaki tersebut beredar dan kencing di salah satu sudut masjid.
Menurut kitab pengarang kitab al-Muntakhab min al-Sunnah al-Adab (2010), hadith
ini menunjukkan teguran Rasulullah SAW terhadap lelaki Badwi yang telah menyempitkan
rahmat Allah SWT yang sangat luas, yang mencakupi banyak makhluk yang berhak
mendapatnya. Ini bererti seorang muslim tidak sepatutnya mengkhususkan rahmat Allah
SWT kepada dirinya semata-mata, tanpa melibatkan orang lain yang juga layak mendapat
rahmat itu.

Keindahan pemilihan kata dalam hadith


Sabda Rasulullah SAW ‫ لقد حجرت‬yang membawa maksud “Engkau telah mempersempitkan
sesuatu yang sangat luas” telah dikupas oleh sebilangan ulama’ dengan kupasan yang
menarik. Antaranya Ibn Hajar (2009) yang menjelaskan ‫ حجرت‬dengan makna ‫ضيقت‬. Kedua
kata ini adalah sama baik dari segi pola kata dan makna.
Al-Suyuti (1998) turut memberikan pandangan yang senada dengan Ibn Hajar.
Namun begitu, Ibn Hajar turut menyelitkan pandangan Ibnu al-Tin yang tidak
bersetuju dengan pandangan tersebut berdasarkan dalil riwayat Abu Dzar yang menyatakan
perkataan sebenar ialah ‫ حجزت‬dan bukannya ‫حجرت‬. Al-‘Ayni (2001) pula menyatakan
kebanyakan riwayat bersetuju dengan kalimah ‫ حجرت‬namun menurutnya Ibnu al-Tin
perkataan ini turut bermaksud menghalang apa yang berada di belakang mereka.
Manakala kalimah ‫ واسعا‬merujuk kepada rahmat Allah SWT yang sangat luas. Ibn
Hajar (1999) telah menukilkan pandangan Ibn al-Battal yang menyatakan, Nabi SAW
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 73
mengingkari sikap Arab Badwi tersebut kerana dia telah bakhil dengan rahmat terhadap
makhluk Nya. Al-‘Ayni (2001) pula berpandangan sikap arab Badwi tersebut telah
mengkhususkan sesuatu yang am, kerana rahmat Allah sangat luas dan merangkumi
segalanya.
Melalui perbincangan ini, keindahan pemilihan kata dalam hadith Maw‘izah Hasanah
yang menggambarkan keluasan rahmat allah ini terkandung pada dialog “ً ‫”لَقَ ْد َحجَّرْ تَ َوا ِسعا‬
yang bermaksud “engkau telah mempersempitkan sesuatau yang luas” iaitu rahmat Allah
SWT. Pemilihan kata ini telah menepati ciri al-qasd iaitu perkataan baginda berbentuk
sederhana namun sangat tepat dengan mesej yang ingin disampaikan.

Keindahan kaedah pendidikan dalam hadith


Firman Allah Ta‘ala dalam surah al-Aa‘raf ayat 158:
‫قل يائها الناس انى رسول َّللا اليكم جميعا‬
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah
pesuruh Allah kepada kamu semuanya.

Menurut ‘Abd al-Karim Zaydan (2002), ayat diatas menjelaskan semua manusia merupakan
sasaran dakwah kerana semua manusia diperintahkan supaya menerima Islam. Walau apa
pun bangsa, keturunan, darjat, negeri, samada lelaki mahupun wanita kesemuanya merupakan
sasaran dakwah yang perlu diberikan perhatian yang sama rata.
Sehubungan itu, hadith berupa dialog dalam perbualan di atas menunjukkan bahawa
Rasulullah SAW tidak pernah memandang ringan setiap mad‘u baginda biarpun mereka
seorang badwi. Inilah sikap sebenar Rasulullah SAW yang senantiasa melayani setiap
sasarannya dengan baik.
Selain itu, ketegasan Rasullah melalui dialognya “Kamu telah mempersempit sesuatu
yang sangat luas” memberi pengajaran diperbolehkan memberikan teguran dengan tegas.
Baginda telah menegur tindakan lelaki Badwi yang bakhil dengan rahmat Allah kepada
seluruh makhluk ciptaanNya. Dialog ini juga memberi panduan kepada pendakwah
bagaimana untuk membuat teguran secara tegas tanpa kekasaran dan dapat pula diterima oleh
mad’u. Pandangan dari Ibn Hajar (1999) dan Badr al-Din al-‘Ayni (2001) menyatakan, lelaki
badwi tersebut beredar setelah mendengar sabda Rasulullah SAW tanpa memberikan
sebarang bantahan menunjukkan dia menerima teguran Rasulullah SAW.
Berkaitan perbincangan ini, maksud rahmat yang sedia dimaklumi dalam ucapan ini
sangat berkait rapat dengan firman Allah SWT:
َ‫ك إِ ََّل َرحْ َمةً لِ ْل َعالَ ِمين‬
َ ‫َو َما أَرْ َس ْلنَا‬
Maksudnya:
Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam (al-Qur’an, al-Anbiya’ 21, 107).
Menurut Johari Yamani (2011), kasih sayang Rasulullah SAW bukan setakat kepada
manusia, malah semua makhluk termasuk binatang. Menurutnya lagi Rasulullah SAW pernah
membuka pintu untuk kucing berlindung dan mengubat seekor ayam jantan yang sakit.
Tegasnya, terdapat dua uslub dakwah yang dapat disimpulkan melalui sikap
Rasulullah SAW melalui hadith ini. Pertama, sikap adil di mana Rasulullah SAW telah
melayani dengan sama rata sesiapa sahaja yang mendekati beliau. Kedua, sikap tegas dalam
memberikan Maw‘izah Hasanah. Kedua-dua sikap ini menunjukkan dakwah Rasulullah
SAW dilihat sangat menarik kerana dakwah baginda sesuai mengikut individu dan keadaan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 74

Aplikasi Pembudayaan Laras Bahasa Nabi saw dalam komunikasi PnP


Dalam petikan hadith diatas, jelas menunjukkan Baginda saw menerapkan budaya
kesamarataan layanan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Laras bahasa
yang adil ini harus dicontohi oleh setiap warga pendidik dengan tidak memberikan tumpuan
utama kepada sesetengah golongan pelajar sahaja. Sekiranya sikap tidak adil ini berlaku,
segolongan pelajar lagi akan merasa terpinggir dan semakin menjauh malah dibimbangi
membenci pendidik berkenaan.
Selain itu, perlu diteladani dalam hadith ini ialah teguran tegas tanpa kekasaran
daripada Rasulullah saw. Keseimbangan ini perlu dijadikan contoh ketika mendidik agar
pelajar sentiasa merasa hormat tanpa mengurangkan sedikit pun kasih sayang pelajar kepada
pendidiknya.

Laras Bahasa Kedua : Lemah Lembut


َ‫الزبَي ِْر أَ َّن عَائِ َشة‬ ُّ ‫ب ع َْن عُرْ َوةَ ْب ِن‬ ٍ ‫ح ع َْن ا ْب ِن ِشهَا‬ ٍ ِ ‫صا ل‬ َ ‫َّللاِ َح َّدثَنَا إِ ْب َرا ِهي ُم بْنُ َس ْع ٍد ع َْن‬ َّ ‫يز بْنُ َع ْب ِد‬ ِ ‫َح َّدثَنَا َع ْب ُد ْال َع ِز‬
َّ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َسل َم‬
َّ ‫صلَّى‬ َّ ْ ٌ ْ
ِ ‫صلى َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َسل َم قَالَت َد َخ َل َر ْهط ِم ْن اليَهُو ِد َعلَى َرس‬
َ ِ‫ُول َّللا‬ َّ َّ َّ َ ‫َّللاُ َع ْنهَا َزوْ َج النَّبِ ِّي‬ َّ ‫ض َي‬ ِ ‫َر‬
ً‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َم ْهَل‬
َّ ‫صلَّى‬ َ ِ َّ
‫َّللا‬ ‫ل‬
ُ ‫ُو‬
‫س‬ ‫ر‬ ‫ل‬
َ َ ‫ا‬َ ‫ق‬َ ‫ف‬ ْ
‫ت‬ َ ‫ل‬ ‫ا‬َ ‫ق‬ ُ ‫ة‬ َ ‫ن‬‫ع‬ْ َّ ‫ل‬ ‫ال‬ ‫و‬ ‫م‬
َ ُ ‫َّا‬
‫س‬ ‫ال‬ ‫م‬
ْ ُ
‫ك‬ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫و‬
َ ُ
‫ت‬ ْ
‫ل‬ ُ ‫ق‬َ ‫ف‬ ‫ا‬ ‫ه‬ُ
َ ِْ‫ت‬ ‫م‬ ‫ه‬َ ‫ف‬َ ‫ف‬ ُ ‫ة‬ َ
‫ش‬ ِ ‫ئ‬ ‫َا‬
‫ع‬ ْ
‫ت‬ َ ‫ل‬ ‫ا‬ َ ‫ق‬ ‫م‬ْ ُ
‫ك‬ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫م‬ُ ‫َّا‬
‫س‬ ‫ال‬ ‫وا‬ ُ‫فَقَال‬
َ َّ
‫صلى َّللاُ َعل ْي ِه‬ َّ َّ ُ َ َ َّ
َ ِ‫ق فِي اْل ْم ِر كل ِه فَقلت يَا َرسُو َل َّللاِ أ َول ْم تَ ْس َم ْع َما قَالوا قَا َل َرسُو ُل َّللا‬ ُ ْ ُ ِّ ُ َ ْ ْ َّ
َ ‫يَا عَائِ َشة إِ َّن َّللاَ يُ ِحبُّ ال ِّرف‬ ُ
‫ت َو َعلَ ْي ُك ْم‬ ُ ‫َو َسلَّ َم قَ ْد قُ ْل‬
(Hadith Sahih al-Bukhari, Kitab 78 al-Adab, bab 35 Al-Rifq fi Al-Amr Kullih, no.
6024).
Dalam menyampaikan dakwah, Rasulullah SAW amat menitikberatkan golongan
non-muslim. Golongan ini sentiasa diberi layanan yang baik biarpun mereka acapkali
bertindak sebaliknya dengan menempelak dan mencaci baginda dan Islam.

Antara contoh sikap lemah lembut dalam pergaulan yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW adalah menerusi dialog hadith berikut. Kisah ini diriwayatkan dari Ibnu Shihab dari
‘Urwah bin al-Zubayr.
Watak: Sekumpulan Yahudi, Rasulullah SAW dan Saydatina ‘A’ishah r.a.
Suasana: Sekelompok orang-orang Yahudi masuk menemui Rasulullah SAW
dan mengucapkan lafaz “kebinasaan ke atasmu”
Dialog: (makna hadith)
Yahudi: Al-Samu alaykum (kebinasaan atasmu).
‘A’ishah r.a: Wa alaykum al-Samu wa al-la‘nat (kebinasaan dan laknat atas kalian).
Rasulullah: Tunggu wahai ‘A’ishah, sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah
lembut dalam segala urusan.
‘A’ishah r.a.: Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mendengar apa yang mereka
katakan?
Rasulullah: Aku telah mengatakan “wa alaikum” (dan atas kamu kebinasaan).

Pandangan ulama’ terhadap hadith


Ibn Jawzi (2000) dalam kitabnya Sahih al-Bukhari Ma‘a Kashfi al-Musykil menyatakan,
sesungguhnya ahli kitab yang menyebutkan “Kecelakaan ke atas kamu” dengan maksud
kecelakaan yang membawa kepada mati, maka salam sebegini tidak perlu dibalas dengan
jawapan “Ke atas kamu kesejahteraan”. Sehubungan itu menurutnya adalah tidak tergolong
dalam bab keelokan akhlak apabila membalas dengan “Ke atas kamu kecelakaan”
sepertimana ucapan ‘A’ishah r.a. terhadap mereka.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 75
Hadith ini telah dikelaskan oleh Ibn Hajar (2009) dalam bab “Lemah lembut pada
Semua Urusan”. Al-Rifq menurut beliau adalah sikap lemah lembut dalam perkataan
mahupun perbuatan serta mengambil yang lebih mudah. Ia adalah lawan dari sikap keras atau
kasar.
Sikap lemah lembut dalam perkataan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
dengan tidak membalas ucapan serupa yang kasar sifatnya kepada lelaki berkenaan. Malahan
menurut Ibn Hajar (2009) lagi, jawapan baik Rasululullah SAW dalam hadith ini telah
diperkuatkan dengan hadith yang diceritakan daripada ‘Uthman bin Abi Shaibah dari
Hushaym yang telah dikhabarkan oleh ‘Ubayd Allah bin Abi Bakr bin Anas. Diceritakan
kepada kami oleh Anas bin Malik r.a berkata: Telah berkata Nabi SAW tatkala memberi
salam : “Ke atas kamu ahli kitab”, atau katakanlah “dan ke atas kamu”.

Keindahan pemilihan kata dalam hadith


‫ الرفق‬dengan kasrah dalam ucapan Nabi SAW kepada ‘A’ishah r.a membawa maksud
berlemah lembut dari sudut bahasa dan perbuatan (Ibn Hajar 2009). Al-Suyuti (1998) turut
memberikan pandangan yang sama dengan menambah ‫ الرفق‬diertikan juga dengan
mempermudahkan sesuatu urusan.
Ibnu al-Jawzi (2000), turut mengulas sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya Allah
menyukai berlemah lembut dalam segala urusan” dengan menyatakan berlemah lembut
merangkumi semua perkara sehingga berkata dengan musuh (musyrikin) sekalipun
bertepatan dengan firmanNya:
‫وَل لَهُ قَوْ ًَل لَيِّنًا لَ َعلَّهُ يَتَ َذ َّك ُر أَوْ يَ ْخشَى‬
َ ُ‫فَق‬
Maksudnya:
Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata yang lemah-
lembut, semoga ia beringat atau takut" (al-Qur’an, Taha, 44).

Pengarang kitab al-Muntakhab min al-Sunnah al-Adab (2010) menyatakan kalimah


‫ الرهط‬dalam hadith ini bererti sejumlah lelaki kurang daripada sepuluh orang. Al-‘Ayni (2001)
berpandangan ‫ الرهط من اليهود‬dalam hadith ini membawa pengertian beberapa orang lelaki
Yahudi dan kalimah ini tidak termasuk perempuan Yahudi.
Menurut beliau lagi, ungkapan Yahudi tersebut ‫ السام عليكم‬dengan takhfif huruf mim
telah membawa maksud kematian. Beliau juga sependapat dengan kata-kata al-Khatabi dan
pengarang kitab al-Muntakhab min al-Sunnah al-Adab yang menegaskan kenyataan Yahudi
ini membawa maksud kebinasaan dalam bentuk kematian seolah-olah mereka mengharapkan
kematian pada Rasulullah SAW dan isteri baginda.
Selain itu Imam Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya (1995) dalam kitabnya al-
Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj menyatakan lafaz jawab salam yang diajarkan oleh
nabi SAW ialah ucapan ‫( وعليكم‬dan ke atas kamu) sahaja, tanpa menambah ‫السَلم‬. Apabila
kalimah ‫ السَلم‬dibuang, maka huruf waw pada ‫ وعليكم‬bukanlah bererti ataf (kata sambung) lagi,
sebaliknya menjadi isti’naf (kata mula) yang bererti ; dan ke atas kamu apa yang selayaknya
kamu terima kerana kufur. Pemilihan kata ‫ وعليكم‬ini sengaja dilafaz oleh Baginda SAW
sebagai menunjukkan jauhnya baginda dari sifat keji dan lebih hampir kepada sifat lemah
lembut.
Ibn Jawzi (2000) turut memberikan pandangannya berkenan perkatan ‫ وعليك‬ini dengan
menjelaskan perkataan ‫ عليك‬tanpa waw bermakna menolak (rad sarih liqawlihim) sementara
perkatan ‫ وعليك‬beserta waw menerangkan ‘mereka bersama dengan kecelakan yang mereka
ungkapkan’. Beliau menambah, kecelakaan tidak brelaku ke atas kita kerana kita di atas jalan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 76
kebenaran dan mereka berada di pihak yang batil, dan kita tergolong dalam golongan yang
dizalimi.
Manakala pemilihan kata kalimah ‫ مهَل‬yang diungkapkan oleh Rasullah SAW
terhadap Aisyah r.a membawa maksud‘berlemah lembutlah’ dan diiringi dengan lafaz ‫ان َّللا‬
‫ الرفق فى اَلمر كله‬yang bermaksud “Sesungguhnya Allah berlemah lembut dalam semua
perkara” (Ibn Hajar 1999).
Pengarang kitab al-Muntakhab min al-Sunnah al-Adab turut membuat ulasan terhadap
perkataan ini yang dibaca fathah pada huruf mim dan sukun pada huruf ha’. Perkataan ini
mansub sebagai masdar. (atau maf‘ul mutlaq) yang bermaksud ‘bertenanglah (janganlah
gopoh) dan berlemah lembutlah’.
Kecantikan bahasa berbentuk nasihat menerusi dialog yang diiringi dengan peringatan
daripada Allah SWT ini nyata amat memberikan kesan yang mendalam jika dibandingkan
dengan hadith tanpa dialog. Ini kerana ‘A’ishah r.a berpeluang meluahkan ketidakpuasan hati
beliau dengan katanya “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mendengar apa yang mereka
katakan?”. Lalu dijawab oleh baginda dengan suatu jawapan yang menyenangkan hati iaitu
“Aku telah mengatakan “wa alaikum” (dan atas kamu [kebinasaan]).

Keindahan kaedah pendidikan dalam hadith


Islam sememangnya dikenali sebagai sebuah agama yang penuh dengan adab dan kesopanan.
Ini kerana asas pembentukan akhlak seseorang muslim adalah bertitik tolak dari rasa hormat
dan beradab biarpun dengan musuh Allah SWT sekalipun.
Hadith dialog di atas jelas menunjukkan sikap Nabi SAW yang senantiasa berlemah
lembut dengan orang Yahudi sekalipun mereka dengan nyata senantiasa memusuhi Islam. Ini
terbukti melalui ucapan salam mereka yang mendoakan kecelakan dan kebinasaan terhadap
Nabi SAW. Pengarang kitab al-Muntakhab min al-sunnah al-Adab (2010) mengutip petikan
dalam kitab ‘Aunu al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi D’aud, hadith 4173 menyatakan melalui sifat
lemah lembut, akan terhasil pujian yang baik, tercapai cita-cita dan dimudahkan urusan. Ini
semua tidak akan terhasil melalui kekerasan.
Ibn Hajar (2009), turut membuat kenyataan bahawa sesungguhnya Allah SWT
menyukai sikap lemah lembut dalam semua urusan. Dalam kenyataannya beliau turut
mengaitkan hal ini dengan hadith Amrah dari ‘A’ishah r.a yang dikutip dari hadith Imam
Muslim berikut: “Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Dia
memberi kepada sikap lembut apa yang tidak Dia berikan kepada sikap keras”.
Menurut al-Nawawi (1983), terdapat beberapa tatacara memberi dan menjawab salam
seperti yang terdapat dalam kitabnya Al-Adhkar menyebut : Adapun ahl al-dhimmah (orang
kafir yang duduk di bawah negara Islam), maka kebanyakan ulama’ Shafi‘iyyah
memutuskan tidak harus memulakan salam kepada mereka. Sebahagian lain pula berpendapat
memulakan salam kepada mereka bukanlah haram, bahkan ia adalah makruh.
Menurut al-Nawawi lagi, sekiranya mereka memberi salam pula kepada orang
muslim, maka jawablah dengan ucapan : “wa‘alaykum”, dan jangan pula menambah lebih
dari itu. Beliau menambah Aqda al-Qudah al-Mawardi meriwayatkan pendapat oleh
sebahagian daripada ulama’ Shafi‘iyyah yang menyatakan harus memulakan mereka dengan
salam, namun begitu orang Muslim perlu membataskan dalam salam dengan ucapan “al-
salam alayk”, dan jangan mengucapkannya dengan lafaz jamak (iaitu al-salam alaykum”,
untuk ramai). Al-Mawardi juga menghikayatkan satu pendapat bahawa seorang Muslim itu
boleh membalas salam mereka apabila mereka memulakannya dengan ucapan “wa alaykum
al-salam”. Namun begitu menurut al-Nawawi pandangan ini adalah ganjil dan ditolak.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 77
Dalam menghadapi situasi dalam hadith ini baginda Rasulullah SAW telah menegur
‘A’ishah r.a supaya jangan menjawab kata salam tersebut dengan “Dan ke atas kamu
kecelakaan dan laknat” seperti yang diungkapkan oleh ‘A’ishah r.a kepada Yahudi
berkenaan. Malah baginda menyarankan agar disebut “Dan ke atas kamu (kebinasaan)”
sahaja tanpa menyebut kalimah kebinasaan tersebut.
Jika diperhalusi terdapat dua uslub dakwah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah
SAW dalam hadith ini. Pertama, adab memberikan teguran melalui ucapan nasihat yang baik,
iaitu “Tunggu wahai ‘A’ishah, sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah lembut dalam
segala urusan”.
Melalui dialog ini Rasulullah SAW telah menegur ‘A’ishah r.a dengan cara yang
berhikmah dengan tidak terus memarahi sikap ‘A’ishah r.a yang kurang tepat pada
pandangan baginda kerana telah membalas dengan ucapan “Dan ke atas kamu kecelakaan
dan laknat” kepada yahudi yang datang menemui Rasulullah SAW.
Kedua, tunjuk cara berkomunikasi dengan non-muslim dengan tidak bersikap kasar
biarpun mereka cuba untuk bertindak kurang sopan dengan memberi ucapan salam
kecelakaan. Melalui hadith ini Nabi SAW mengajarkan seni dakwah yang menarik melalui
mesej yang jelas. Dalam dialog ini Nabi SAW mengisyaratkan setiap kejahatan harus disusuli
dengan kebaikan walaupun kejahatan itu amat menyakitkan.

Aplikasi Pembudayaan Laras Bahasa Nabi saw dalam komunikasi PdP


Menurut Abdullah dan Ainon (1999), terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang
itu melakukan serangan mulut. Pertama, dia berasa teramat benci kepada orang yang
diserang. Kedua, dia berasa amat marah. Ketiga, dia belajar tabiat tersebut daripada ibu
bapanya dan keempat, pada waktu tersebut perasaanya dalam keadaan yang kurang baik.
Begitulah yang terjadi dalam hadith di atas. Saidatina Aisyah melakukan serangan
mulut terhadap Yahudi tersebut kerana marah dengan celaan Yahudi itu terhadapnya. Dalam
konteks pendidikan, unsur kesabaran sangat memainkan peranan penting dalam situasi ini.
Rasulullah saw telah berjaya menyabarkan Saidatina Aisyah dengan mmggunakan bahasa
yang lembut kepada orang yang sedang marah. Begitulah dalam konteks pendidikan,
pendididik seharusnya meletakkan laras Bahasa yang lemah lembut dalam apa juga situasi.
Perlambangan ini jelas memberi impak dan kehormatan yang tinggi ke atas profesion
pendidikan.
Selain itu, hadith ini menggesa para pendidik supaya tidak membalas kenyataan yang
negataif dengan tutur kata yang kesat. Baginda mengajar warga pendidik agar terus konsisten
dengan ucapan yang baik dan berlemah lembut dalam setiap penyampaian.

Perbincangan
Pendidik yang tidak mesra ditambah kasar pula dalam tutur kata biasanya tidak disenangi
oleh para pelajar. Sifat ramah mesra, layanan yang sama rata dan lenggok bahasa yang lemah
lembut penting untuk dimiliki oleh setiap pendidik. Perlu diingat juga pendidik yang
pendiam dan tidak suka berlemah lembut dan bermesra dengan pelajar mempunyai
kelemahan kualiti sosial dan ada kemungkinan tidak yakin dengan diri sendiri. (Abd. Rahim,
1999).
Kajian Azizah (2000) mendapati kemesraan dan keprihatinan guru terhadap murid
dapat menjadikan murid merasakan diri mereka disayangi dan akhirnya menimbulkan
perasaan sayangkan institusi. Pendidik yang tidak senyum ketika masuk ke ruang kelas juga
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 78
menjadi faktor penghalang kepada keberkesanan komunikasi antara pendidik dengan pelajar.
Pendapat ini juga disokong oleh Laporan Keciciran (1973) yang mendapati apabila seseorang
murid menganggap bahawa pendidiknya menggolongkannya sebagai “tidak memuaskan”,
maka pelajar itu akan mula menjadi pasif dan tidak suka menyertai apa-apa aktiviti atau
berkelakuan baik.
Oleh itu, pendidik perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang menarik. Ini
dapat dizahirkan melalui kata-kata lemah lembut secara adil kepada semua para pelajarnya.
Contohnya ungkapan positif dalam bentuk pujian seperti “awak sangat baik‟ dan “awak
pandai‟,. Menurut Abdullah dan Ainon (1999) perkataan yang baik dan diungkapkan dengan
lemah lembut tanpa sindiran ini mampu melahirkan perasaan positif kepada para pelajar.
Bagi menghasilkan impak positif dalam komunikasi, para pendidik disaran untuk
membudayakan laras bahasa Rasulullah saw dalam setiap penyampaian. Huraian hadith
berkaitan layanan yang sama rata terhadap semua pelajar dan elemen lemah lembut tanpa
kekasaran dalam setiap penyampaian dalam kajian ini, perlu dijadikan contoh tauladan buat
semua warga pendidik. Semua tips ini merupakan jaminan komunikasi berkesan yang telah
diwariskan oleh baginda.

Penutup
Kajian dalam kaedah pendidikan yang diajar oleh nabi saw ini perlu diberi penekanan serius
kepada seluruh warga pendidik lebih-lebih lagi kepada pendidik yang beragama Islam.
Perkara ini perlu dimuhasabah dengan teliti bagi mewujudkan nilai dan amalan baik dalam
mencari kaedah memperbaiki proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Berdasarkan kepada rantaian penulisan di atas, suka untuk pengkaji menyarankan


agar setiap laras bahasa Rasulullah saw yang diketengahkan dapat dijadikan hujah dan contoh
dalam memperbaiki amalan profesionalisme dalam kalangan warga pendidik.

Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
‘Abd al-Karim Zaydan. 2002. Usul al-Dakwah. Terj. Solehan Ayub. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Al-Asqalani, Ahmad ‘Ali Hajar. 1999. Fath al-Bari: Syarh Sahih al-Bukhari. Tahqiq. ‘Abd ‘Aziz bin ‘Abd
Allah Baz. Jil. 9. al-Qahirah: Dar al-Manar li Tab’ wa al-Nashr wa al-Tawzi’.
Al-‘Ayni, Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud Ahmad. 2001. Umdatu al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari.
Tashih. ‘Abd Allah Mahmud Muhammad ‘Umar. Jil. 22. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Nawawi, Imam Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharf. 1983. Al-Adzkar al-Muntakhabah min Kalam
Sayyid al-Abrar saw. Tahqiq. Ahmad Ratib Hamushiy. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
Al-Nawawi, Imam Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharf. 1995. Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim ibn al-
Hajjaj. Tahqiq. Khalil Ma’mun Shihaj. Jil. 14. Bayrut: Dar al-Ma‘rifah.
Al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd Rahman. 1998. Tahqiq. Ridwan Jami‘ Ridwan. Al-Tawshih Sharh al-Jami’ al-
Sahih (Sharh Sahih al-Bukhari). Juz 8. Riyad: Maktabah al-Rushd.
Azizah Lebai Nordin. (2000). Masalah disiplin di kalangan pelajar di Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya. (Tidak Diterbitkan).
Badrul Munir Muhammad Nur. 2000. Kedudukan al-Sunnah di dalam ilmu tatabahasa Arab. Tesis Dr. Fal,
Jabatan Arab dan Tamdun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Terjemahan dan Suntingan. 2010. Al-Muntakhab min al-Sunnah. Himpunan Hadith-hadith Adab
Dalam Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
C. Norzana Mohd. Sulaiman. (2003). Masalah Ponteng di kalangan Pelajar Perempuan: Satu Kajian Kes.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Tidak Diterbitkan)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 79
Ibn al-Jawzi. 2000. Sahih al-Bukhari Ma‘a Kashfi al-Mushkil li al-Imam Ibn al-Jawzi. Tahqiq. Mustafa al-
Zahabi. Jil. 4. Cetakan pertama. Al-Qahirah: Dar al-Hadith.
Johari Yamani. 2011. Mukjizat Rasulullah. Cetakan pertama. Rawang: Nadi Minda Resources.
Mustafa Kamal Haudin. 2002. Nasihat Sebagai satu Disiplin Ilmu yang Tinggi. Al-Sirat. Jil. Pertama. Kuantan:
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 80

SESI PERKONGSIAN GURU:


ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) PENDIDIKAN DIGITAL

Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim, Anita Mohamed dan Noraihan Ismail

Abstrak
Terdapat tiga objektif utama yang telah dicapai dalam Sesi Perkongsian Guru (SPG),
Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community) iaitu; (1) berkongsi
ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik pedagogi dalam kalangan pensyarah; (2)
membantu pembangunan dan profesionalisme guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai; serta (3) menyediakan rangsangan simulasi dan sokongan untuk guru bagi
meningkatkan ilmu pengetahuan di samping kemahiran dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Kumpulan sasaran SPG ini melibatkan empat pensyarah Unit
Pengajian Am Matrikulasi (UPAM) Kolej Matrikulasi Pahang bagi peningkatan
profesionalisme dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Alat kolaboratif dan strategi
yang digunakan ialah kombinasi dialog reflektif, fokus secara kolektif terhadap
pembelajaran, kolaboratif serta norma dan nilai yang dikongsi secara bersama. Terdapat
kesan intervensi atau hasil dapatan pencapaian SPG terhadap EMK Pendidikan Digital ini
iaitu anugerah emas bagi projek resume digital dan anugerah perak bagi projek ePortfolio
yang telah ditambah baik dari semasa ke semasa manakala projek Virtual Augmented Reality
Resume (VARr) telah memenangi pingat emas di peringkat antarabangsa. Objektif bagi
ketiga-tiga SPG dapat dicapai menerusi strategi-strategi Show, Tell, Share dan Pillow Talk &
Gallery Walk. Justeru amalan terbaik (best practice) pedagogi pembelajaran aktif
berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), projek Kumpulan Kreativiti dan
Inovasi (KIK) ePortfolio dan penghasilan resume interaktif diimplementasikan dalam sesi
PdPc bagi pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).

Kata Kunci: Sesi Perkongsian Guru PLC, EMK Pendidikan Digital, pedagogi pembelajaran
aktif, ePortfolio dan resume.

Pengenalan
Sesi Perkongsian Guru bermaksud sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi
amalan pengajaran terbaik bertujuan memantapkan sesi Pengajaran dan pembelajaran (PdP)
manakala Komuniti Pembelajaran Profesional mempunyai matlamat ke arah penambahbaikan
sesebuah institusi pendidikan. Menurut Fullan (2007), keberkesanan TSS PLC secara usaha
kolektif staf dengan menumpukan kepada menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru;
membina hubungan yang berkualiti; mempunyai program yang sangat berfokus;
menggerakkan sumber-sumber sedia ada; serta berkongsi kepimpinan.
Terdapat beberapa penyataan masalah dalam PLC yang merujuk kepada strategi sesi
perkongsian guru iaitu kurang pengalaman (lack of experience), kurang pengetahuan dalam
subjek (lack of subject matter knowledge), kurang keyakinan (lack of confidence), ketiadaan
masa (lack of time), kurang minat (lack of interest) dan desire to keep rare materials,
especially in a competitive environment.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 81

Objektif
Objektif umum bagi sesi perkongsian guru ialah:
 Menyatakan pelbagai strategi-strategi perkongsian guru
 Menyatakan faedah-faedah perkongsian guru
Mengetahui kepentingan perkongsian guru terutama di tempat kerja
Terdapat tiga objektif utama dalam sesi perkongsian guru bagi penyelidikan ini iaitu:
1) berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik pedagogi dalam kalangan guru
2) membantu pembangunan dan profesionalisme guru dari aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai; serta
3) menyediakan rangsangan simulasi dan sokongan untuk guru meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam PdPc.

Metodologi dan Prosedur Kajian


Sesi Perkongsian Guru (SPG) atau Teacher Sharing Session (TSS) dalam Komuniti
Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community) ini menggunakan pendekatan
kualititatif bagi kajian kes di Kolej Matrikulasi Pahang, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyelidikan kajian kes ini melibatkan empat orang pensyarah Unit Pengajian Am
Matrikulasi, Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial. Sementara itu, terdapat tiga prosedur
utama yang dilaksanakan dalam sesi perkongsian guru iaitu fokus, penambahbaikan, kongsi
serta sebar luar:

1. Fokus
1.1 Kemahiran Literasi Maklumat
1.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
1.3 Pendidikan Digital
2. Penambahbaikan
2.1 Amalan Pedagogi
2.2 PAK21
2.3 Projek KIK
2.4 Aplikasi sumber terbuka Google (open source)
3. Kongsi dan Sebar Luas
3.1 Penulisan Artikel dan Penerbitan Jurnal (2018)
3.2 Bengkel Pembelajaran Abad ke-21/PAK21 (2018)
3.3 Bengkel Google Classroom JSI (Januari 2019)
3.4 Bengkel RnD & PLC UPIM/PAM (Januari 2020)
3.5 Pelancaran Karya Anekdot dalam Pesta Buku Antarabangsa (April 2020)

Bagi prosedur pertama, sesi perkongsian melibatkan fokus kepada isu-isu dan
permasalahan berkaitan pendidikan digital khususnya kursus Pengajian Am Matrikulasi di
KMPh. Oleh itu, kami telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dikongsi secara
bersama-sama bagi meningkatkan PdPc. Setelah objektif ditetapkan, pelaksanaan SPG dibuat
berdasarkan isu-isu atau masalah dalam kelas-kelas tutoran. SPG berlaku melalui komunikasi
yang berkesan dan secara kolaboratif.
Penambahbaikan (improve) bagi mencapai objektif boleh dibincangkan melalui sesi
soal jawab yang berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan dalam kursus PAM. Setiap
ahli kumpulan membuat catatan hasil perkongsian masing-masing. Ahli-ahli kumpulan juga
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 82
turut melaksanakan amalan yang dikongsi dalam PdPc masing-masing. Bagi memastikan
objektif-objektif telah dicapai, ahli-ahli kumpulan membuat penambahbaikan hasil setiap
perkongsian manakala prosedur ketiga pula, share melibatkan perkongsian amalan terbaik
melalui pelbagai medium untuk disebar luaskan.
Secara amnya, SPG dalam PLC ini melalui beberapa proses-proses yang melibatkan
peringkat perancangan (Plan), pelaksanaan (Do), refleksi selepas intervensi, penambahbaikan
yang dimurnikan berdasarkan kepada kekuatan dan kelemahan selain pemulihan serta
pengayaan mengikut kumpulan pelajar.
1. Perancangan: Peringkat “Plan” - Refleksi PdP yang sedia ada: Analisis data; Hasil
Pembelajaran (Learning Outcome - LO) dan Objektif Pembelajaran (Learning
Objective); Strategi Pelaksanaan
2. Pelaksanaan: Peringkat “DO” (Implimentasi) – Aktiviti atau alat kolaboratif, Kaedah
kumpul data, Isu Pelaksanaan
3. Refleksi: Refleksi selepas intervensi: Keberkesanan inovasi dan alat kolaboratif,
penglibatan pelajar, pencapaian objektif
4. Penambahbaikan: Kekuatan dan Kelemahan, penambahbaikan atau pemurnian,
pemulihan dan pengayaan
5. Kesimpulan: Keberkesanan strategi pengajaran, inovasi atau kreativiti, bahanatau
aktiviti, persembahan data, kemampuan menjawab soalan dan bahan-bahan rujukan
atau berbentuk dokumen sokongan.

Sekumpulan pensyarah Unit PAM KMPh telah mengambil inisiatif untuk bertemu secara
formal dan berkala (11 & 18/02/2019; 17/09/2019; 08/11/2019; 10/01/2020; dan 31/01/2020)
bagi mewujudkan perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan
pedagogi yang berkesan dalam pendidikan digital.

TARIKH STRATEGI NAMA PENSYARAH


11/02/2019 Show, Tell, Share Puan Noraihan Ismail
18/02/2019 Pillow Talk & Gallery Walk Puan Noraihan Ismail
17/09/2019 Gallery Walk Puan Anita Mohamed
08/11/2019 Show, Tell, Share Dr. Asmawati Mohamad Ali
10/01/2020 Pillow Talk Dr. Asmawati Mohamad Ali
31/01/2020 Tell, Share Pn Norizal Abdul Karim@SAB
6.
Perancangan (Plan): Refleksi PdP sedia ada (Analisis Data) merujuk kepada bidang
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran bidang para pensyarah UPAM
berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Ilmu Pengetahuan Dr. Asmawati Mohamad Ali
Juri Pertandingan KIK Antarabangsa (Dr. Falsafah Pengajian Kurikulum, UPSI)

Kemahiran Pn. Noraihan Ismail


(JK Portal e-Learning serta (GCE Level 1 & 2, JK Portal)
JK Pendidikan & KT Internet)

Pengalaman Pn. Norizal Abdul Karim @ SAB


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 83

(KD 2003-2017) (PAM 2018-kini) (Pensyarah Kanan UPAM)

Amalan Pedagogi Pn. Anita Mohamed


(Lantikan PPP 1997)

Hasil Pembelajaran & Objektif Pembelajaran


Objektif Pembelajaran ii. Mengaplikasikan kemahiran komunikasi penulisan
resume yang impresif dan sistematik.

Pentaksiran Penulisan Resume


Aras Taksonomi / Taxonomy Level: Penghasilan Portfolio Pengajaran dan Portfolio
A3 - Menilai Pelajar
Kemahiran Boleh Domain Hasil Pembelajaran/Learning Outcome
Pindah/Transferable Skills - LL2 Domain-LOD 7: Pengurusan Maklumat dan
Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat

Aktiviti Pelajar Penulisan Resume


Penghasilan Portfolio Pelajar

Kumpulan Sasaran Pelajar Sem I dan Sem II Sesi 2018/2019


Pelajar Sem I dan Sem II Sesi 2019/2020

Strategi Pelaksanaan
Ilmu Pengetahuan Pedagogi Pembelajaran Aktif dan EMK Kemahiran
Insaniah (soft skills)

Kemahiran Kemahiran Literasi Digital


Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pengalaman Pentaksiran Atribut dan Sub abtribut Pelajar dalam


Kursus PAM

Amalan Pedagogi ePP Pemantauan Pengajaran berbantukan TMK

Elemen-Elemen dalam Sesi Perkongsian Guru


Terdapat beberapa elemen-elemen dalam sesi perkongsian guru iaitu:
1. Proses perkongsian penciptaan ilmu
2. Prasarana teknologi maklumat: Sistem dan alat yang menyokong penyebaran maklumat
(Personal Computer-PC), Apps KMPh, Info Kolej)
3. Pemangkin: Media yang mempermudahkan dan mengwar-warkan perkongsian maklumat
(Portal, Google Classroom-GC, Whatsapp, Telegram)
4. Nilai, piawaian dan prosedur: nilai sosial dan budaya yang mempengaruhi pemikiran
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 84
individu (kesanggupan atau kesediaan untuk berkongsi); nilai keagamaan, keperluan dan
kewajipan dalam perhubungan menolong, kepentingan perkongsian yang tidak dapat
dinafikan. Erikssom & Dickson (2000) pula telah merumuskan bahawa terdapat empat
elemen-elemen utama dalam perkongsian guru iaitu:
1. Proses perkongsian ilmu iaitu proses membina dan menyalurkan ilmu (shared
knowledge creation process: the process of creating and distributing knowledge;
2. Prasarana teknologi maklumat iaitu sistem dan alat yang menyokong penyaluran
maklumat (Information technology-IT) infrastructure: the system and tools that
support information dissemination;
3. Kaedah yang menyokong penyaluran dan perkongsian maklumat (catalysts: media
that facilitate and promote knowledge sharing);
4. Nilai, piawai dan prosedur iaitu nilai sosial dan budaya yang mempengaruhi
pemikiran individu secara rela atau bersedia untuk berkongsi (values, standard and
procedure: social and cultural values that influence personal mind set).

Jenis Perkongsian: Perkongsian bahan maujud kaedah mereka bentuk dan membangunkan
resume interaktif dan ePortfolio manakala perkongsian bahan bukan maujud iaitu amalan
pedagogi dalam kelas yang melibatkan perkongsian pengalaman para pensyarah dalam
melaksanakan PdP berkesan berkaitan tajuk EMK Pendidikan Digital yang dibincangkan.

Aktiviti Reka Bentuk dan Pembangunan Kemahiran Literasi TMK Melalui


Penggunaan Resume Interaktif dan e-Portfolio

Perancangan ● Mewujudkan elemen-elemen multimedia


(Plan) ● Mentaksir keperluan dan isu
● Mengenal pasti isu utama seperti definisi, elemen-elemen dan
tahap penguasaan kemahiran literasi TMK pelajar
● Mengenal pasti trend dalam bidang kurikulum semasa dan
sistem pentaksiran

Pembangunan ● Menjelaskan tentang falsafah kurikulum


(Develop) ● Menyatakan matlamat
● Menyusun atur mengikut urutan objektif dan hasil
pembelajaran (HP)
● Membangunkan Manual Reka Bentuk dan Pembangunan
(RBP) Resume serta ePortfolio (MRB & PR)
● Mengenal pasti pelaksana
● Membangun dan menentukan aktiviti-aktiviti PdP, BBM dan
tata cara pentaksiran

Pelaksanaan/ ● Melaksanakan sesi PdP menggunakan MRB & PR


Implementasi ● Mentaksir pencapaikan hasil pembelajaran terhadap tahap
(Do) penguasaan pelajar terhadap kemahiran literasi TMK

Penilai/ Refleksi ● Mengkaji semula


(Check) ● Menentukan kesan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 85

Penambahbaikan / ● Mengemas kini Manual Reka Bentuk & Pembangunan


Tindakan (Act) Resume Digital serta ePortfolio

Kelebihan Penggunaan Resume dan Portfolio Manual dalam sesi PdP


Penggunaan manual ini dalam kalangan pelajar akan dapat membantu mereka dalam
perkara-perkara berikut:
a. Mengukuhkan penguasaan dan kemahiran mereka berkenaan kandungan topik Tugasan I
yang dipersembahkan melalui resume manual PdP.
b. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu atau
berkumpulan.
c. Mengetahui bagaimana proses penilaian dan pengukuran dijalankan.
Sementara itu, bagi pensyarah pula penggunaan resume manual PdP ini mampu membantu
mereka untuk:
a. Menjalankan aktiviti-aktiviti PdP secara terancang dan sistematik.
b. Menyelaraskan isi kandungan yang disampaikan terutamanya bagi tajuk yang melibatkan
ramai pelajar dan guru seperti aktiviti berkumpulan
Penambahbaikan Resume dan Portfolio Manual kepada Digital atau Interaktif
Bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat yang disampaikan, reka bentuk dan
pembangunan resume dan portfolio ini perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Sesuatu
BBM perlu ditambah baik apabila perkara- perkara berikut berlaku:
a. Terdapat perubahan silibus atau struktur subjek yang ditawarkan.
b. Terdapat perubahan fakta disebabkan oleh perkembangan ilmu atau dapatan baru dalam
sesuatu bidang yang perlu disampaikan kepada pelajar.
c. Terdapat kesilapan dari segi maklumat, fakta, pengiraan, formula, contoh, ilustrasi,
gambar dan sebagainya.
Bagi memastikan sesuatu manual atau modul yang dibangunkan dan diguna pakai
oleh guru dan pelajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran sentiasa relevan dan
menepati keperluan subjek, borang maklum balas perlulah disediakan di akhir bahagian
manual ini. Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh para guru dan pelajar apabila mereka
telah selesai mengikuti aktiviti-aktiviti PdP tersebut. Satu lagi kaedah yang boleh
dipraktikkan adalah dengan menggunakan ulasan atau penilaian keserakanan (peer review).
Melalui kaedah penilaian guru dan pelajar serta penilaian keserakanan, pengkaji bukan
sahaja mengenal pasti kesilapan dan kelemahan yang ada pada BBM tersebut, malah juga
mampu menjamin tahap mutu manual serta memastikan isi kandungan manual adalah
sentiasa relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pelaksanaan: Dalam kumpulan 3 atau 4 orang bincangkan apa yang anda perolehi daripada
kursus yang pernah dihadiri atau bahan-bahan rujukan yang telah dibaca. Aspek perkongsian
ini mestilah sesuatu yang boleh meningkatkan profesionalisme rakan-rakan dalam kumpulan
anda. Semua ahli kumpulan menggunakan borang Tool Kit 1
Aktiviti 1: Perbincangan Kumpulan
Bincangkan kepentingan perkongsian ilmu kepada para pendidik.
Hasilkan dapatan masing-masing dalam bentuk grafik.
Sesi perkongsian diberi masa selama +/- 5 minit .
Perkongsian maklumat merujuk kepada individu-individu menyebarluas pengetahuan yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 86
mereka perolehi dalam unit, jabatan dan organisasi.
• Peluang bagi guru berkongsi pelbagai pengetahuan, strategi, kaedah, pengalaman, bahan,
sumber dan lain-lain dalam konteks profesionalisme keguruan
• Berlaku dalam kalangan guru dan merupakan satu proses mencungkil pengalaman dunia
keguruan seseorang pendidik.

Aktiviti 2:“Pillow TALK”


Aktiviti dalam kumpulan:
1. Secara bergilir-gilir, kami menceritakan pengalaman kami tentang suatu pengajaran
yang telah memberi impak berkesan kepada proses pembelajaran para pelajar.
2. Apakah yang dilakukan sehingga dapat memberi impak positif kepada pembelajaran
para pelajar?
3. Apakah respon pelajar-pelajar seterusnya?
4. Semasa rakan berkongsi pengalaman, kami mencatatkan perkara yang dirasakan
paling menarik dalam borang Toolkit disediakan.
5. Apakah yang dipelajari daripada sesi ini?

Ciri-Ciri Perkongsian Guru


Terdapat beberapa cirri-ciri perkongsian guru iaitu:
 Sesi perkongsian dalam kalangan guru ini boleh membantu dalam pembangunan dan
profesionalisme guru (Helps in the profesional development of teachers)
 Secara tidak langsung, SPG adalah kerangka sokongan pembangunan profesionalisme
(A form of scaffolding)

Dialog Reflektif
Strategi PLC Deskripsi

Menggunakan Protokol Mesyuarat bulanan untuk membincangkan artikel tentang


Perbincangan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti
(Using Discussion Pedagogi Pembelajaran Aktif, Kemahiran Komunikasi,
Protocols) Kemahiran Kerja Berpasukan dan Pem. Sepanjang Hayat
(PSH).

Kelab Buku Sekumpulan pensyarah membaca dan membincangkan tentang


(Book Clubs) artikel atau buku setiap dua bulan.

Kumpulan Belajar Belajar atau berbincang suatu topik yang khusus. Sebagai
(Study Groups) contoh, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
pendidikan digital atau kajian masa depan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 87

Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran


Strategi Plc Deskripsi

Analisis Data Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data prestasi


(Data Analysis) pelajar yang bertujuan untuk mencari pola atau tema agar dapat
membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang
kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang
berbeza

Pemetaan Kurikulum Membangunkan peta kurikulum mengikut topik dan sub topik,
(Curriculum Mapping) standard dan aktiviti-aktiviti PAK21 untuk kursus PAM sebagai
garis panduan instruksi serta untuk berkongsi dengan para pelajar.

Pentaksiran Serentak Pensyarah yang mengajar dalam semester yang sama


(Common Assessments) menyediakan pentaksiran serentak yang diselaraskan dengan
standard dan indikator dalam bidang kurikulum seperti EMK
Kemahiran Insaniah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 88

Menimba ilmu bersama-sama pakar kurikulum no. 1 dalam negara, YBhg. Prof. Dr. Saedah
Siraj (UM)
Kolaboratif
Strategi PLC Deskripsi

Pasukan Melintang & Mengelola mesyuarat mengikut semester atau sesi untuk
Menegak perancangan bersama di samping mengendalikan mesyuarat
(Horizontal and Vertical unit agar koordinasi dan kesinambungan antara tahun dapat
Teams) dicapai.

Unit atau Projek antara Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan kursus
Pelbagai Bidang pengajian.
(Interdisciplinary Units and
Projects)

Kumpulan Penyelesai Satu kumpulan pensyarah yang bersama-sama membincangkan


Masalah suatu masalah iaitu seorang pensyarah memberi deskripsi
(Problem Solving Groups) tentang suatu masalah. Pensyarah-pensyarah yang lain pula
meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan.

Norma dan Nilai Dikongsi Bersama


Strategi PLC Deskripsi

Aktiviti Visi Melibatkan pensyarah unit dalam aktiviti untuk


(Vision Activity) membangunkan gambaran masa depan institusi.
Bagaimanakah keadaan kelas tutorial dan kolej lima tahun
dari sekarang?
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 89

Panduan Berasaskan Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk dijadikan panduan
Prinsip dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.
(Guiding Principles)

Aktiviti Nilai Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untuk membincangkan


(Value Activities) nilai-nilai murni dalam institusi.

Strategi & Tradisi yang Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang dikongsi bersama
Dikongsi Bersama agar dapat menumpukan fokus dan mengukuhkan matlamat
(Common Rituals and serta sasaran seperti meraikan kejayaan dan peningkatan
Strategies) prestasi secara kerap dalam Majlis Apresiasi Jabatan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 90

Refleksi
Pensyarah A: Berupaya untuk meningkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli melalui
penyebarluasan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi sedia ada dalam
kursus UPAM khususnya dan warga KMPh amnya.
Pensyarah B: Membolehkan ahli kumpulan kami belajar sesama sendiri bagi memahami
dunia pengetahuan dan persekitaran kami.
Pensyarah C: Merupakan satu elemen yang penting dalam perkembangan profesionalisme
seorang guru (teacher profesionalisme development)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 91
Pensyarah D: Memberikan peluang kepada para berkongsi pelbagai pengetahuan,
kemahiran, strategi, kaedah, bahan, sumber, pengalaman dan lain-lain dalam konteks
profesionalisme keguruan. Proses ini berlaku dalam kalangan kami dan merupakan satu cara
untuk mencungkil amalan terbaik dalam bidang pendidikan.

Penambahbaikan atau Tindakan (Act)


Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dua projek KIK dalam PdP Kursus PAM.
Sehubungan itu, penambahbaikan dan pemurnian telah dilaksanakan hasil dari SPG manakala
pemulihan dan pengayaan produk juga turut dilaksnakan dalam kalangan ahli kumpulan.

Penambahbaikan Produk kepada Penggunaan Qr Code


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 92

Perbandingan dan Perbezaan Prototaip I dan II


(e-Portfolio dan Resume Digital) oleh Pensyarah dan Pelajar
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 93

Poster Projek KIK yang telah DitambahBaik


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 94

Penerbitan Artikel Jurnal Kebangsaan (2018) dan e-Prosiding Antarabangsa (2019)


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 95

Penganugerahan dan Pengiktirafan


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 96
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 97

Kesimpulan
Impak dan keberhasilan SPG ini dapat dirumuskan seperti berikut iaitu kreativiti; kesesuaian;
keberkesanan; dan kegunaan atau faedah-faedah kepada ahli dalam komuniti:
1. Kreativiti; keaslian idea dan mempunyai unsur-unsur kelestarian.
2. Kesesuaian; meningkatkan kualiti dan produktiviti, kos penghasilan yang efisen,
peningkatan tahap kepuasan/kefahaman/minat pelanggan dalam PdPc, menyumbang ke arah
keperluan pendidikan semasa dan juga masyarakat.
3. Keberkesanan; dapat meningkatkan mutu kerja iaitu cara bekerja lebih cekap, cepat, tepat
dan mudah selain penjimatan yang pelbagai dari segi kos, masa serta tenaga.
4. Kegunaan atau faedah kepada masyarakat; telah berjaya dilaksanakan secara percubaan
dan dalam proses pelaksanaan menyeluruh sepenuhnya dan mencapai matlatmat, boleh
diguna pakai oleh pihak lain atau boleh juga diubahsuai mengikut keperluan serta tahap
replikasi atau pengkomersilan.
Secara kesimpulannya, keberkesanan strategi pengajaran, elemen-elemen inovasi dan
kreativiti, bahan-bahan PdP serta pelbagai aktiviti yang dibantu menerusi persembahan data
di samping bahan-bahan rujukan atau dokumen sokongan telah dimanfaatkan melalui SPG
PLC ini bagi mencapai objektif-objektif berikut:
1) sesi berkongsi ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik pedagogi dalam
kalangan pensyarah unit pengajian am matrikulasi kmph dapat dilaksanakan secara
berkala.
2) SPG ternyata telah banyak membantu pembangunan dan profesionalisme guru dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikongsikan secara bersama menerusi
sesi bersemuka (f2f) dan tidak bersemuka (nf2f).
3) SPG juga telah berupaya untuk menyediakan rangsangan simulasi seperti amalan
pedagogi dalam kelas dan sokongan untuk para pensyarah unit pam bagi
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pdpc bagi menjayakan
agenda PAK-21.

Penghargaan
Digital Queen merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Abdul Rashid
Mohd Ali (Mantan Pengarah KMPh), YBrs. Ahmad Tajuddin Gezai (Pengarah KMPh),
Timbalan Pengarah KMPh, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas & Sains Sosial, Encik Kamarul
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 98
Yusri selaku fasilitator projek Kumpulan Kreativiti dan Inovasi (KIK) serta semua rakan
taulan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Rujukan
Asmawati Mohamad Ali. (2019). Kesan Pembelajaran Aktif Terhadap Penguasaan Elemen-elemen Kemahiran
Insaniah dalam Kurikulum Tingkatan Enam. Tesis Doktor Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Asmawati Mohamad Ali. (2019). Pedagogi Alternatif Berbantukan Eportfolio: Inovasi dan Kreativiti dalam
Pembangunan Kurikulum Lepasan Sekolah Menengah. E-Procceeding 6th International Conference on
Postgraduate Research (ICPR) 2019. Penerbit KUSI. ISSN: 2710 -7000 hlmn. 211-220.
Asmawati Mohamad Ali, Anita Mohamed, Norizal Abdul Karim @ SAB & Noraihan Ismail. (2018). Reka
bentuk dan Pembangunan Prototaip ePortfolio Pengajaran dan Pembelajaran (eTnLP). Jurnal
Penyelidikan Pendidikan. Jilid 11/2018. ISSN 2180-2270. Penerbit: IPG Kampus Temenggong
Ibrahim, Johor.
Asmawati Mohamad Ali, Norizal Abdul Karim@SAB, Noraihan Ismail & Anita Mohamed. (2018). Aplikasi
Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Aktif dalam Subjek Kemahiran Dinamika bagi Merealisasikan
Pendidikan Abad ke-21. Jurnal Sains Humanika UTM.
Aizu Khalili Zohedi, Sharifah Aunah Syed Nordin, Fizaril Amzari Omar, Nooraini Abu Bakar & Mazni Kohlit,
Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Perak. (2018). TSS - i-Think Software. Konvensyen PLC
Program Matrikulasi 2018.
Aw Ying Juan, Fizaril Amzari Omar, Muhammad Zaki Sapiran, Umarzakir Khairuddin &Ting Sook King, Unit
Matematik & Unit Sains Komputer, Kolej Matrikulasi Perak. (2018). Pembangunan dan Penggunaan
Permainan Papan Moov Mission dalam Matematik. Konvensyen PLC Program Matrikulasi 2018.
Carroll, J. M., Rosson, M. B., Dunlap, D., & Isenhour, P. (2005). Framework for Sharing Teaching Practices.
Educational Technology & Society, 8 (3), 162-175.
Rabiatul Adawiah Ayop, Roslena Sulaiman, Zamri Zakaria, Helmi Mohd. Latib, Hanafe Ali & Suhaimi Aziz,
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. (2018). Kaedah Pengajaran Berkesan untuk
“Continuity Correction’ dalam Topik “Special Probability Distribution”. Konvensyen PLC Program
Matrikulasi 2018.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 99

MENGENAL PASTI TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGLIBATAN IBU


BAPATERHADAP PROGRAM INTERVENSI AWAL BAGI KANAK-KANAK
AUTISME

Ainul Huda Mohamad Pesal dan Mohd Hanafi Mohd. Yasin

Abstrak
Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang memberi impak terhadap kemampuan
komunikasi dan interaksi individu. Perhatian yang luas dari seluruh masyarakat di dunia
memberi kesedaran umum bahawa individu yang mengalami gangguan Autisme akan
berhadapan denkamargan kecelaruan sepanjang hayat. Kecelaruan terhadap perkembangan
otak memberi impak kepada kemahiran komunikasi, kemahiran interaksi sosial dan
menggangu rutin kehidupan mereka. Maka, keperluan terhadap ibu bapa melibatkan diri
dalam intervensi awal kanak-kanak autisme dilihat sebagai satu perkara yang serius. Kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan penglibatan ibu bapa tentang
kepentingan intervensi awal kepada kanak-kanak autisme. Data diperolehi melalui kaedah
soal selidik. Seramai 103 orang sample dipilih secara rawak dalam kalangan ibu bapa yang
mempunyai anak autisme. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara
pengetahuan dan penglibatan ibu bapa terhadap program intervensi awal kanak-kanak
autisme.

Kata Kunci: Autisme, Intervensi Awal, Penglibatan Ibu Bapa

Pengenalan
Autisme ialah satu keadaan yang menjejaskan fungsi neurologikal yang memerlukan
rangsangan dengan cara yang berbeza. Faktor ini boleh mengakibatkan kesukaran dalam
kemahiran komunikasi dan sosial (Razhiyah 2008, Ginanjar 2001). Persatuan Psikatrik
Amerika (1994), telah menyatakan kanak-kanak autisme akan mengalami gangguan yang
merangkumi tiga aspek iaitu gangguan dari segi tindak balas sosial, tingkah laku dan
komunikasi secara ulangan. Menurut Trevarthen et al. (1998) majoriti kanak-kanak yang
berhadapan dengan masalah autisme akan turut mengalami gangguan dalam tiga aspek utama
iaitu gangguan dari aspek imiginasi, masalah dalam kemahiran berinteraksi dan komunikasi
sosial.
Intervensi awal dikenali sebagai proses atau program yang disediakan untuk
memberikan khidmat bantuan, sokongan dan pendidikan kepada kanak-kanak yang berisiko
atau berdepan dengan kelewatan berdasarkan carta perkembangan kanak-kanak.
Perkhidmatan intervensi awal yang disediakan adalah untuk individu bekeperluan khas serta
keluarga yang menitikberatkan aspek perkembangan yang menjurus kepada perkembangan
keseluruhan individu mengikut carta perkembangan kanak-kanak, melalui pelbagai terapi
atau perkhidmatan dari pelbagai disiplin (Addison,2003). Perkembanga kanak-kanak berkait
rapat dengan penglibatan ibu bapa dalam sesuatu program, Chris dan Rosemary (2004)
menunjukkan,keterlibatan ibu bapa dari segi sokongan serta menyediakan kemudahan akses
pembelajaran meningkatkan kemampuan belajar secara sendiri. Konsep ini diaplikasikan
dalam meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak autisme di Malaysia.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 100

Pernyataan Masalah

Kanak-kanak autisme berdepan dengan permasalahan yang berkait rapat dengan sistem
sensori mereka. Ini terjadi apabila tindak balas berlaku dengan persekitaran mereka. Keadaan
ini lebih dikenali sebagai hipersensitiviti, hyposensitivity dan ‘sensory seeking’ (Carolyn et
al.,2015). Krik (2006) aktiviti pembelajaran mereka terganggu apabila terdapat kelewatan
dari segi perkembangan.
Kajian ini melihat adakah terdapat hubung kait diantara tahap pengetahuan dan
penglibatan ibu bapa dengan program intervensi awal yang diberikan kepada kanak-kanak
autisme.
1. Apakah tahap pengetahuan ibu bapa yang mempunyai anak autisme terhadap
intervensi awal?
2. Apakah tahap penglibatan ibu bapa kanak-kanak autisme tentang program
intervensi awal?
3. Adakah terdapat hubungan signifikan dari segi pengetahuan dan penglibatan ibu
bapa terhadap interensi awal?

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Penggunaan reka bentuk ini dipilih kerana ingin
melihat isu ini secara menyeluruh. Kaedah ini akan dapat memberikan data dengan cepat dan
dalam bilangan yang ramai malah data juga dapat dipungut dalam masa yang singkat (Chua,
2006). Pengkaji mengaplikasikan “KAP SURVEY MODEL” dengan membina instrument
yang mengandungi bahagian A: Demografi Responden, Bahagian B: Pengetahuan Ibu Bapa,
dan bahagian C: Penglibatan Ibu Bapa dan secara keseluruhan, soal selidik ini mengandungi
28 item . Soal selidik ini adalah untuk mengkaji dan melihat tahap pengetahuan dan
penglibatan ibu bapa terhadap Program Intervensi Awal bagi kanak-kanak autisme. Ia juga
digunakan untuk melihat adakah terdapat hubungan diantara pengetahuan dan penglibatan
ibu bapa.

Dapatan dan Perbincangan


Tahap pengetahuan ibu bapa yang mempunyai anak autisme terhadap intervensi awal.
Dapatan kajian menunjukkan, majoriti responden bersetuju dengan kenyataan yang mewakili
pengetahuan dan penglibatan, kerana min bagi setiap item kurang daripada 0.256. Secara
keseluruhan jumah min adalah sekitar 0.256 hingga 0.515 ini bermakna bahawa majoriti
responden bersetuju dengan kenyataan soalan-soalan tersebut. Min yang mencatatkan jumlah
tertinggi adalah soalan pengetahuan yang kedua di mana responden bersetuju dengan
kenyataan bahawa "Saya setuju bahawa intervensi awal adalah bertujuan membekalkan
sokongan kepada keluarga dalam menyokong perkembangan anak.". Sementara itu,
pernyataan yang mengatakan "Saya tidak mempunyai masa untuk mengikuti program yang
disediakan bagi ibu bapa untuk menambah ilmu tentang Intervensi Awal" mempunyai min
terendah iaitu 0.256. Hal ini bermaksud responden tidak berapa bersetuju dengan kenyataan
tersebut.
Ini bermaksud, tahap pengetahuan ibu bapa terhadap program intervensi awal adalah
sangat tinggi. Penting bagi seseorang ibu bapa untuk terus menimba ilmu kerana ia akan
dapat membantu proses perkembangan yang baik untuk anak mereka. Dengan adanya
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 101
pengetahuan yang tinggi membantu ibu bapa menangani tekanan yang terpaksa dihadapi oleh
mereka dalam mengendalikan anak autisme,tekanan keluarga adalah tinggi (Zuckerman et al.,
2018). Ini disokong oleh pendapat McGonigel & Garland (1988) iaitu menyedari bahawa ibu
bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas ini sering merasa tidak berdaya tanpa adanya
bantuan.
Fariza et al. (2017) mengakui kanak-kanak ASD memerlukan bimbingan dan
sokongan berterusan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa kepada kanak-kanak ini
menghadapi cabaran dalam menguruskan anak-anak mereka kerana memiliki kesukaran
tingkah laku, bentuk komunikasi dan kemahiran asas (Kakkar & Srivastava, 2017). Zulkifli
(2016) mempercayai cabaran-cabaran ini meletihkan apabila usaha memulihkan gagal
menyebabkan kekecewaan menggugat kestabilan emosi ibu bapa.
Menurut kajian oleh M. Daud, 2004, perkembangan anak dari segi fizikal, emosi,
mental dan intelek banyak dipengaruhi daripada cara komunikasi dan interaksi antara ibu
bapa serta anak-anak. Wajib bagi ibu bapa mempunyai serba sedikit tentang ilmu mengenai
perkembangan kanak-kanak dan intervensi.

Tahap penglibatan ibu bapa kanak-kanak autisme tentang program intervensi awal
Hasil analisis diskriptif daripada kedua-dua faktor iaitu pengetahuan dan penglibatan, faktor
pengetahuan mencatatkan jumlah mean yang tinggi iaitu 4.7264 bebanding faktor penglibatan
yang mempunyai jumlah 3.8154. Jumlah sampel atau responden yang digunaka dalam sampel
ini adalah seramai 103 orang. Oleh sebab nilai faktor pengetahuan lebih besar dari faktor
penglibatan 4.7264 > 3.8154, ini bermaksud secara deskriptif, responden mempunyai banyak
pengetahuan tentang program intervensi awal namun penglibatan mereka kurang dalam
program ini.
Pentingnya ibu bapa melibatkan diri dengan secara aktif dalam alam pendidikan anak-
anak tidak dapat dinafikan. Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji seperti
Epstein et at. (2002), Bhering (2002) dan Wolfendale (1983) membuktikan keberkesanan
penglibatan ibu bapa dalam membantu memudahkan urusan guru, memperkembangkan diri
kanak-kanak melalui emosi, tingkah laku dan konsep kendiri. Kajian mengenai penglibatan
ibu bapa terhadap perkembangan kanak-kanak telah banyak dilakukan di luar negara.
Kebanyakan kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa adalah penting terhadap kejayaan
awal anak-anak mereka.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, penglibatan ibu bapa adalah faktor utama
peningkatan perkembangan kanak-kanak ( Zarina, 2015). Ibu bapa adalah rakan yang aktif
dalam proses perkembangan anak mereka, ia merangkumi semua aspek aktiviti termasuklah
di rumah (Shaverand & Walls, 1998). Tanpa penglibatan ibu bapa di sekolah mahupun di
rumah, akan menyukarkan lagi anak-anak berkeperluan khas dalam meningkatkan potensi
diri mereka termasuklah program Intervensi awal.
Namun begitu, menurut Russel (1995) dalam Azmi, Noor Hayati & Tengku
Noraswita, (2002) pula, ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan rawatan khas
tidak sepatutnya hanya bergantung kepada kualiti pendidikan dan program yang telah sedia
ada. Sebaliknya, mereka perlu melibatkan diri dalam proses pendidikan anak. Berdasarkan
analisi kajian telah mendapati bahawa, faktor penglibatan adalah rendah jika dibandingkan
dengan faktor pengetahuan mereka.
Ini bermakna, ibu bapa masih mempunyai kekangan dalam melibatkan diri ke
program intervensi yang telah disediakan untuk anak mereka. Hasil daripada kajian lalu,
mendapati ibu bapa yang mempunyai latar belakang sosial dan budaya yang berbeza daripada
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 102
kumpulan sosial yang dominan dalam masyarakat biasanya mempunyai jangkaan yang
berbeza dari segi penglibatan diri dalam aktiviti intervensi anak mereka ( Brethelsen &
Walker, 2008).
Lareau (2000) kekangan masa adalah penyumbang kepada kurangnya kepekaan ibu bapa
terhadap peranan mereka sebagai kumpulan sokongan yang perlu melibatkan diri dengan
proses pembelajaran anak-anak. Kajian yang dilakukan oleh Christehson, Rounds, & Gorney
pada tahun 1992 melihat bahawa keterlibatan ibu bapa secara berterusan sama ada di sekolah
mahupun di rumah berkait rapat dengan perkembangan dan pencapaian akademik anak-anak.
Merujuk kepada kajian lepas mendapati faktor ekonomi keluarga memberi kesan kepada
peranan ibu bapa dalam persekolahan anak mereka, misalnya kajian yang dibuat oleh Troph,
1984; Furstberg & Nord, 1985; Noraini, 1994 (Mohd. Sharani, 2004). Ini jelas menunjukkan
faktor ekonomi keluarga mempunyai pengaruh yang amat penting menentukan penglibatan
ibu bapa dalam aktiviti anak mereka.

Hubungan signifikan dari segi pengetahuan dan penglibatan ibu bapa terhadap
interensi awal
Hasil dapatan mendapati, berdasarkan output dalam jadual tersebut, nilai koefisien korelasi
adalah sebanyak 0.379 dan nilai signifikan adalah 0.000 iaitu probability <0.05. Ini
bermaksud, terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara faktor pengetahuan dan
penglibatan.
Nilai Sig. (2-tailed) adalah 0.000 iaitu <0.05 menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara faktor pengetahuan dan penglibatan. Berdasarkan salah satu hipotesis
dalam kajian ini iaitu:
Ho: Tiada hubungkait antara faktor pengetahuan dan penglibatan ibu bapa terhadap
intervensi awal
Ha: Terdapat hubungkait antara faktor pengetahuan dan penglibatan ibu bapa
terhadap intervensi awal
Dalam keputusan analisis ini, nilai signifikan menurut Singgih Santoso (2014),
hipotesis dipilih berdasarakan keputusan analisis paired sample t-test nilai Sig. (2-tailed) <
0.05. Dalam analisis ini menunjukkan nilai signifikan adalah 0.000 (<0.05), maka Ho ditolak
dan H1 diterima.
Ini disokong oleh kajian Norshidah et al. (2001) mendapati ibu bapa dan guru
bersetuju bahawa pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan bentuk
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
merujuk kepada pelbagai tingkah laku ibu bapa dan komuniti yang secara langsung dan tidak
langsung dalam mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-
anak di sekolah (Bakker & Denessen, 2007).

Rumusan
Penglibatan ibu bapa dalam program intervensi awal adalah satu perkara yang perlu
disuburkan dan perlu terus disedari oleh ibu bapa. Morrison (1995),menyatakan bahawa ibu
bapa adalah insan yang bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan asas, penjagaan dan
kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan kepada
kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti intervensi awal kanak-kanak autisme
sangat penting. Penglibatan ibu bapa, akan memudahkan dari segi proses memahami konsep
sebenar itervensi. Kajian yang dilakukan adalah terbatas . Oleh yang demikian, sebarang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 103
kajian lanjutan tentang pengetahuan dan penglibatan ibu bapa terhadap program intervensi
awal anak-anak autisme sangat dialu-alukan.

Penghargaan
Saya bersyukur kerana telah berjaya menamatkan kajian berkaitan Penglibatan Ibu Bapa
terhadap Program intervensi Awal. Terima kasih untuk pensyarah pembimbing, Prof. Madya
Mohd Hanafi Mohd Yasin, dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia di atas
tunjuk ajar dalam menghasilkan kajian ini. Kajian ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari
semua pihak terutamanya semua ibu bapa kanak-kanak autisme. Semoga kajian ini dapat
membantu ibu bapa lain bahawa kesedaran terhadap penglibatan mereka bersama anak-anak
adalah perkara penting dalam memastikan perkembangan anak autisme kea rah yang lebih
positif.

Pengarang
Ainul Huda binti Mohamad Pesal, Malaysia, ainulhudapesal@gmail.com, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Rujukan
Alotaibi, F. & Almalki, N.(2016). Parents’ Perceptions of Early Interventions and Related Services for Children
with Autism Spectrum Disorder in Saudi Arabia. International Education Studies, 9(10), 128.
Burton, K. & Burton, K. M.( 2015). Parent Perceptions of Their Involvement in and the Effectiveness of an
Integrated Social Skills Program.
Camarata, S. (2014). Early identification and early intervention in autism spectrum disorders: accurate and
effective? International journal of speech-language pathology, 16(1), 1–10.
Coogle, C. G., Guerette, A. R. & Hanline, M. F. (2012). Early Intervention Experiences of Families of Children
with an Autism Spectrum Disorder : A Qualitative Pilot Study.
Corsello, C. M.(2005). Early Intervention in Autism. Infants & Young Children, 18(2), 74–85.
Cummings, K. P., Sills-Busio, D., Barker, A. F. & Dobbins, N. (2015). Parent–Professional Partnerships in
Early Education: Relationships for Effective Inclusion of Students with Disabilities. Journal of Early
Intervention
Flippin, M. & Crais, E. R. (2011). The Need for More Effective Father Involvement in Early Autism
Intervention: A Systematic Review and Recommendations. Journal of Early Intervention, 33(1), 24–50.
Epstein, J. L.(2001).School, family, and community partnership: Prepairing educators and improving schools.
Boulder Co: Westriew
Fan, X. (2001). Parental involvement and students’ academic achievement: A growth modeling analysis.
Journal of Experimental Education 70:27-61.
Henderson, S., Sugden, D. & Barnett, A.(2007). Movement Assessment Battery for Children.
Koegel, L. K., Koegel, R. L., Ashbaugh, K. & Bradshaw, J. (2014). The importance of early identification and
intervention for children with or at risk for autism spectrum disorders. International journal of speech-
language pathology, 16(1), 50–6.
Osman, W. S. M. (2007). Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-Anak Kaum Penan: Kajian Kes di Hilir
Tinjar, Baram, Sarawak. Unimas, (14), 1–24.
Ozonoff, S., Young, G. S., Goldring, S., Greiss-Hess, L., Herrera, A. M., Steele, J., Macari, S. et al. (2008).
Gross motor development, movement abnormalities, and early identification of autism. Journal of Autism
and Developmental Disorders, 38(4), 644–656. doi:10.1007/s10803-007-0430-0
Paezah Abd. Hali & Faridah Yunus. (2017). Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti Pembelajaran
Kanak-Kanak Di Prasekolah. Conference/pasak
Ping Yee, L. & Mohd Ali, M.(2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak-Kanak Autistik Mengikut
Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan, 33, 19–33.
Suma, K., Adamson, L. B., Bakeman, R., Robins, D. L. & Abrams, D. N. (2016). After Early Autism Diagnosis:
Changes in Intervention and Parent?Child Interaction. Journal of Autism and Developmental Dis
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 104
Wan Mustapha, Wan Zumaiza .(2016). Pengaruh pengetahuan, persepsi dan penglibatan terhadap semangat
perpaduan dalam kalangan jiran muda di kawasan rukun tetangga daerah Hulu Langat, Selangor,
Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
Zarina Abd Aziz & Safani Bari. (2015). Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran: Satu Kajian Kes. International Seminar On Special Education For Southeast Asia
Region5th Series 2015UKM
Zulkifli Abd. Hamid, Jamaliah Othman & Aminah Ahmad.(2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan
Pencapaian Akademik PelajarMiskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education
3(2), 2011 31-40
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 105

AMALAN HUMOR DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH


RENDAH

Kamaruzaman Zali dan Harun Baharudin

Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti tahap persepsi guru bahasa Arab
(GBA) sekolah rendah terhadap amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik
darjah. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan humor yang
dilaksanakan oleh mereka. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada terdapat
hubungan yang signifikan antara persepsi guru dan tahap amalan humor guru bahasa Arab
dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian ini penting bagi menunjukkan amalan
humor guru di dalam pengajaran boleh meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran
bahasa Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan bagi melihat pandangan
GBA sekolah rendah di daerah Seremban, Negeri Sembilan terhadap amalan humor dalam
pengajaran BA. Seramai 86 orang GBA sekolah rendah di daerah Seremban, Negeri
Sembilan telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada satu set
soal selidik yang mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama bagi mengenal pasti
demografi guru. Bahagian kedua bagi mengenal pasti tahap persepsi guru terhadap amalan
humor dan bahagian ketiga bagi mengenal pasti jenis tahap amalan humor guru dalam
pengajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi guru terhadap amalan humor
berada pada tahap sederhana tinggi (M= 3.54, SP= 0.39). Manakala tahap kekerapan amalan
humor guru berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.50, SP= 0.49). Hasil analisis juga
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif sederhana (r= .423, p= .000)
antara tahap persepsi dengan tahap kekerapan amalan humor guru dalam pengajaran bahasa
Arab. Kesimpulannya, persepsi guru dilihat menyumbang terhadap kekerapan amalan humor
dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Walaupun kekerapan amalan humor
berada pada tahap sederhana rendah, majoriti GBA menggunakan amalan humor yang positif
berbanding amalan humor yang negatif. Namun, persepsi guru sahaja tidak mencukupi bagi
menunjukkan manifestasi kekerapan amalan humor tersebut. Justeru itu, setiap pihak
terutamanya guru perlulah memainkan peranan yang penting agar amalan humor dalam
pengajaran bahasa Arab khasnya dapat diterapkan secara kerap di dalam pengajaran.

Kata Kunci: Amalan Humor, Pengajaran, Guru Bahasa Arab, Sekolah Rendah

Pengenalan
Pengintegrasian humor dalam pengajaran tidak begitu asing dalam dunia pendidikan. Humor
dilihat mampu memberikan impak yang positif terhadap pengajaran guru (Nguyen, 2014)
serta membentuk pemikiran yang kritikal dan kreatif (Stopsky, 1992). Suasana yang kondusif
ini akhirnya memberi kesan terhadap penguasaan murid (Hassed, 2001; Berk, 2001),
meningkatkan bakat kemahiran (Garner, 2006), emosi yang stabil dan positif serta menambah
baik pencapaian mereka dalam sebarang aktiviti di dalam kelas sama ada secara individu
ataupun berkumpulan (Cohen, 1996; Norfaezah, 2015 ).
Amalan humor di dalam bilik darjah juga membantu berlakunya interaksi antara guru
dengan murid dan murid dengan murid dan seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran
secara dua hala dan lebih menarik (Frymier et al., 2008; Al-Duleimi & Aziz, 2016;
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 106
Muhammad & Rahman, 2017). Guru dilihat lebih dihargai apabila menggayakan amalan
humor di dalam bilik darjah (Fortson & Brown, 1998). Humor juga dikatakan dapat
mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan, meningkatkan keyakinan diri serta moral,
dan menambah baik motivasi diri, rasa ingin tahu yang kuat, kefahaman dan akhirnya mampu
meningkatkan kualiti hidup murid (Berk, 2001; Garner, 2006; Bakar & Amran, 2020).
Tambahan itu juga, amalan humor di dalam bilik darjah didapati mampu mengawal masalah
peribadi murid yang timbul di sekolah (Paterson, 2006).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahap 1 mulai tahun 2011. Pelaksanaan kurikulum baharu
ini adalah bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) demi
kelangsungan transformasi pendidikan negara. Bagi melancarkan pelaksanaan kurikulum ini,
semua guru sekolah rendah dikehendaki mengikuti Kursus Orientasi Dokumen Standard &
Pentaksiran (DSKP) KSSR secara berperingkat. Kesediaan guru ini merupakan salah satu
faktor dalam keberkesanan pembelajaran murid di dalam bilik darjah (Sharifah & Aliza,
2011).
Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (2004) menyatakan bahawa guru haruslah
memainkan peranan penting untuk mendidik para murid dalam merealisasikan matlamat
pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui semangat transformasi ini, guru digalakkan
menggunakan pendekatan didik dan hibur. Pengaplikasian amalan pengajaran berasaskan
didik dan hibur di dalam bilik darjah ini akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) lebih berpusatkan murid, manakala guru sebagai penggerak utama
kepada keberkesanan pengajaran tersebut (Malikow, 2007). Antara ciri-ciri didik hibur dalam
PdP adalah pengaplikasian amalan pengajaran yang terkandung unsur humor.
Memandangkan kajian mengenai humor dalam pengajaran telah banyak dilaksanakan
di dalam mahupun luar negara, namun, kajian terhadap persepsi dan kekerapan guru terhadap
amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia secara khusus masih kurang
dilaksanakan. Oleh kerana kajian mengenai amalan pengajaran bahasa Arab ini menyinggung
soal isi matapelajaran bahasa Arab yang dianggap sebagai bahasa al-Quran itu sendiri,
beberapa pengkaji mungkin berhati-hati dalam melakukan kajian ke atasnya. Perkara ini turut
disentuh oleh (Harun, 2019) mengenai perlunya pengkaji mengambil hikmah daripada
kaedah penyelidikan yang dipelopori oleh barat dan disadurkan dengan unsur ketauhidan agar
kesahan dan kebolehpercayaan kajian terkesan secara menyeluruh.
Persepsi guru ini mendorong kepada kesediaan mereka terhadap amalan humor di
dalam bilik darjah. Kesedian ini dianggap penting bagi mengelakkan kebimbangan mereka
terhadap: pertama, matlamat pembelajaran akan jadi menyimpang; kedua, sumber humor
yang terhad; dan ketiga, pengawalan guru terhadap kelas mereka apabila humor dilaksanakan
(Sover & El Din, 2018). Justeru itu, kajian ini dijalankan terhadap guru bahasa Arab sekolah
rendah daerah Seremban, Negeri Sembilan bagi mengenalpasti persepsi mereka dalam
pengaplikasian amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah serta
kekerapan amalan tersebut dilaksanakan.

Konsep Humor
Selepas Zaman Renaisans, sehingga selepas abad ke-18, makna humor merujuk kepada
tingkah laku manusia (Morrison, 2008) dan ciri personaliti manusia (Billig, 2005). Sehingga
zaman moden yang terkemudian, humor mula diberi suatu pendefinisian yang tidak jauh lari
dengan keseronokkan, ketawa, lawak, jenaka, hiburan atau kepekaan terhadap penghasilan,
penerimaan serta penolakan terhadap humor itu sendiri. Menurut Martin (2001), humor jika
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 107
dilihat dari perspektif ahli psikologi merupakan konsep yang amat luas dan memiliki banyak
aspek yang boleh dihuraikan secara teori mahupun secara penyelidikan. Misalnya seperti
aspek kognitif, emosi, perilaku dan aspek sosial.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2005) berbahasa Melayu pula mendefinisikan
humor sebagai keadaan hati yang gembira, dan kebolehan seseorang menyampaikan sesuatu
yang menggelikan hati sama ada melalui teknik penceritaan atau perbualan. Definisi ini turut
disokong oleh Ziegler (1999) yang mendefinisikan humor sebagai suatu ungkapan dari
perasaan yang diterjemahkan melalui suatu jenis komunikasi atau perbuatan seperti berlawak,
sindiran atau senyuman. Kedua-dua definisi di atas juga selari dengan apa yang didefinisikan
oleh Peterson & Seligman (2004) dan Rahmanadji (2007) iaitu humor sebagai suatu
fenomena yang lucu, termasuk kemampuan melihat, menginterpretasi, menghayati, mencipta
dan menyampaikan sesuatu yang berlaku di luar norma kebiasaan manusia.
Para penyelidik telah membahagikan jenis amalan humor kepada beberapa jenis.
Dalam kajian ini, penyelidik akan melihat amalan humor kepada dua jenis utama iaitu amalan
humor jenis positif atau humor bertujuan (tendentious humour) dan amalan humor jenis
negative atau humor tidak bertujuan (non-tendentious humour). Penyelidik telah
mengadaptasi serta membuat pengubahsuaian dapatan kajian jenis amalan humor dalam
pengajaran yang dilaksanakan oleh Bryant et, al. (1980); Sarwono (2007); Frymier et, al.
(2008) & Pham (2014).
Amalan Humor Yang Positif
Antara amalan humor yang positif dalam pengajaran di dalam bilik darjah yang boleh
dilaksanakan adalah seperti lawak & jenaka, teka-teki, sindiran, intonasi suara, komen yang
lucu, isi pelajaran yang lucu, bahan media (kartun atau karikatur), pementasan teater, tingkah
laku non-verbal. Menurut kajian Abdul Rasid et al. (2011) penggunaan kartun atau karikatur
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu mampu
mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid untuk belajar
dengan lebih tekun. Hal ini disokong oleh Abdul Rashid et al. (2008) kerana kartun adalah
suatu penghasilan unik yang diminati oleh pelbagai peringkat manusia terutamanya kanak-
kanak. Disamping dapat mendatangkan kegembiran dalam hati kanak-kanak, kartun juga
dapat menjadi lonjatan bagi kanak-kanak untuk belajar sambil berhibur. Antara jenis kartun
yang kerap digunakan oleh para guru menurut kajian yang dijalankan oleh (Abdul Rasid et
al., 2011) adalah seperti kartun gag, politik, perniagaan, karikatur, komik bersiri, animasi,
klise dan klasik. Kajian mereka menemukan bahawa kartun animasi merupakan jenis kartun
yang terbanyak digunakan oleh guru
Amalan humor jenis teka-teki, intonasi suara yang lucu dan komen yang lucu dilihat
sebagai amalan humor yang intelektual (Sarwono, 2007). Amalan jenis ini dimulakan dengan
perkembangan yang tidak akan diduga pengakhirannya. Pelaku boleh melakukannya dengan
menggunakan mimik muka atau intonasi suara yang berbeza-beza bagi membangkitkan
kelucuan serta menarik perhatian pendengar. Lantaran itu, humor akan wujud dengan
sendirinya jika gaya penyampaian berjaya menarik minat penonton walaupun mereka tidak
berjaya menjawab teka teki tersebut sebagai contoh.
Sarwono (2007) juga menyatakan bahawa amalan humor jenis gabungan seperti
pementasan teater merupakan amalan humor yang positif. Humor jenis ini menggabungkan
antara pergerakan dan pakaian dengan kata-kata. Contohnya, pementasan teater yang
berunsurkan humor perlu didatangkan dengan kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan
watak. Hal ini seperti seorang guru yang ingin menceritakan tentang budaya arab lalu
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 108
memakai jubah dan menyanyikan lagu arab yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Hal-
hal seperti ini akan menyebabkan terbitnya unsur humor dan membuatkan pendengar tertawa.
Para guru sebagai contoh boleh menggunakan isi pelajaran yang lucu bagi mendatangkan
humor dengan menggabungkan satu atau dua bahan bantu mengajar yang lain. Teknik ini
mendatangkan keseronokkan yang tak terhingga kepada murid.

Amalan Humor Yang Negatif


Bryant, Comisky, Crane, & Zillman (1980) mengkategorikan humor yang tidak mempunyai
maksud (non-tendentious) atau negatif kepada empat jenis iaitu ejekan (sarcasm), jenaka
lucah, jenaka berkaitan etnik dan jenaka agresif atau berunsur permusuhan (hostile humour).
Frymier et al. (2008) yang menyatakan terdapat amalan humor yang tidak sesuai juga
dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu humor yang berbentuk serangan (offensive
humour), merendah-rendahkan murid, orang lain dan juga diri sendiri (guru).

Amalan Humor Dalam Pengajaran Bahasa


Banyak kajian tentang amalan humor dalam pengajaran telah dilaksanakan oleh para
penyelidik sama ada dari dalam dan luar Negara. Humor dilihat sebagai suatu kaedah
pengajaran yang menjadi peningkat atau penghalang dalam keberkesanan pengajaran guru
(Shade, 1996). Namun, kaedah pengajaran yang mengandungi unsur humor memperlihat
peningkatan pencapaian skor secara signifikan. Manakala kelas yang tidak ada humor
dianggap membosankan dan juga dikatakan sebagai kurang mesra. Sebaliknya, kelas yang
dipenuhi dengan jenaka yang relevan dianggap menarik oleh murid (Pham, 2014). Guru yang
mengamalkan humor diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan
membantu (Garner, 2006) dan majoriti murid bersetuju dengan menyatakan guru yang
mempunyai ciri-ciri humor adalah guru yang berkesan (Malikow, 2007).
Amalan humor di dalam bilik darjah juga membantu berlakunya interaksi antara guru-
murid dan murid-murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
(Frymier et al., 2008). Perbuatan humor ini tidak memerlukan seseorang guru itu menjadi
atau mem cara-cara untuk menjadi pelawak profesional. Humor akan hadir sendirinya
berdasarkan ciri-ciri personaliti guru tersebut. Humor juga membantu membuang rasa malu
antara murid untuk berinteraksi sesama meraka di samping memboleh aktiviti pengajaran
dilaksanakan dengan lebih mudah. Tambahan itu juga, amalan humor di dalam bilik darjah
didapati mampu mengawal beberapa masalah personal yang timbul di sekolah (Paterson,
2006).
Amalan humor juga dikatakan sebagai antara mekanisma terbaik dalam membantu
meningkatkan proses pembelajaran murid (Willard, 2006). Humor boleh memperbaiki sikap
murid terhadap pembelajaran, mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan
kebosanan. Amalan ini juga dapat meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan pelaksanaan
tugasan serta meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan belajar dan menggalakkan
kreativiti. Hal yang di atas diperakui oleh Samson et al. (2012) yang menyatakan bahawa
humor boleh meningkatkan keseronokan belajar, membantu mengekalkan ingatan. Guru yang
menggunakan amalan humor di dalam bilik darjah dianggap sebagai seorang guru yang
berkesan.
Menurut (Shaffe et al., 2011), kebanyakan guru melakukan amalan humor secara
semula jadi tanpa perlu merancang. Ini kerana guru tersebut mempunyai ciri-ciri humor
dalam diri mereka secara semula jadi. Walaupun begitu, terdapat ramai dalam kalangan guru
yang tidak memiliki ciri ini. Maka, mereka yang sedar akan kepentingan amalan humor ini
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 109
akan cuba merancang untuk melaksanakan amalan ini di dalam bilik darjah. Namun, persepsi
mereka terhadap humor boleh dibentuk dengan set latihan keguruan yang menekankan aspek
humor dalam pengajaran dan pembelajaran ini.
Amalan humor juga adalah suatu kaedah pengajaran yang berkesan dalam amalan
pengajaran di dalam bilik darjah jika diamalkan secara terkawal dan beretika. Bryant et al.
(1980) mengkategorikan jenis humor yang mempunyai maksud (tendentious) kepada tujuh
jenis iaitu cerita humor, komen yang lucu, lawak, jenaka professional, sindiran (pun), kartun
dan teka-teki. Jenis-jenis humor tersebut dianggap memberi kesan yang positif di dalam
amalan pengajaran di dalam bilik darjah. Mereka juga mengkategorikan humor yang tidak
mempunyai maksud (non-tendentious) kepada empat jenis iaitu ejekan (sarcasm), jenaka
lucah, jenaka berkaitan etnik dan jenaka agresif atau berunsur permusuhan (hostile humour).
Frymier et al. (2008) dan Samson et al. (2012) juga menyatakan terdapat amalan
humor yang sesuai dan tidak sesuai dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Empat
kategori utama humor yang sesuai dilaksanakan di dalam bilik darjah adalah yang berkaitan
dengan isi kandungan mata pelajaran, yang tidak berkaitan dengan isi kandungan mata
pelajaran, berbentuk merendahkan diri (self-disparaging humour), dan humor yang tidak
dirancang. Manakala humor yang tidak sesuai juga dibahagikan kepada empat kategori utama
iaitu humor yang berbentuk serangan (offensive humour), merendah-rendahkan murid, orang
lain dan diri sendiri.
Namun, amalan humor di dalam bilik darjah ini perlu ada batasnya. Menurut James
(2001), petua (rule of thumb) bagi mengamalkan humor kepada murid adalah memasukkan
tiga hingga lima humor yang berkaitan dengan isi kandungan matapelajaran bagi setiap 50
minit waktu pengajaran. Beliau juga menekankan agar humor tidak digunakan secara
keterlaluan, menggunakan yang berkaitan dengan isi matapelajaran dan tidak mengambil
masa yang begitu lama. Justeru, amalan humor dalam pengajaran bukanlah sesuatu yang
asing dalam dunia pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Proses mengajar, mendidik atau menyampaikan maklumat bagi membentuk
kecerdasan emosi manusia adalah perlu didominasi oleh suatu suasana pembelajaran yang
menyeronokan seperti unsur humor (Garner, 2006). Penggunaan amalan humor sama ada di
dalam bilik darjah adalah efektif sekiranya kena dengan suasana dan caranya. Kesediaan guru
dalam melaksanakan amalan ini di dalam bilik darjah mampu memberikan persepsi yang baik
terhadap humor.
Menurut Tom Davies di dalam buku “Humor dalam Pengajaran” (Abdul Rashid et al.,
2008), tugas seorang guru itu adalah membolehkan muridnya ketawa, dan ketika mereka
membuka mulut, berilah sesuatu untuk dikunyah. Berikut merupakan beberapa panduan yang
boleh dilakukan oleh seorang guru dalam penyampaian pengajaran berunsurkan humor:
a. Jangan paksa diri
Biarkan humor itu datang dengan sendirinya dan semula jadi, beri galakkan tetapi
jangan dipaksa. Jangan berasa kecewa apabila apa yang diharapkan tidak sampai
matlamat pada kali pertama, kedua atau ketiga. Akan datang percubaan kali keempat
atau kelima bakal menemukan anda dengan humor yang menarik dan menjadi.
b. Laksanakan humor mengikut gaya sendiri
Tidak perlu melakukan humor yang merupakan bukan bidang anda atau pengetahuan
anda. Belajar menggunakan seadanya mengikut kemampuan diri sendiri. Beerti
penggunaan humor itu mampu diterima oleh orang lain dengan gaya yang ada pada
diri anda.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 110
c. Gayakan unsur humor secara berhemah
Jangan sesekali menggunakan unsur humor dengan cara menyentuh, menyakiti,
sarkastik, atau menghina mana-mana individu, perkumpulan, kaum, bangsa, agama,
ras, budaya mahupun kepercayaan. Biarkan humor menjadi sesuatu yang mampu
dikongsi oleh pelbagai latar belakang murid di dalam bilik darjah.
d. Jadikan humor sebagai sebahagian daripada pengajaran.
Humor adalah sebahagian daripada pengajaran. Tidak perlu mengamalkannya secara
berlebihan atau menempatkan humor sebagai yang teristimewa. Pada asasnya humor
berfungsi dengan baik jika digunakan secara on-going part semasa sesi PdP
berlangsung. Penggunaan humor secara berlebihan mungkin akan mengesampingkan
objektif utama pengajaran dan cara penggunaannya secara berhemah memperlihat
seseorang guru itu mampu menguruskan seni humor itu di dalam bilik darjah.
e. Penggunaan bahan-bahan humor
Unsur atau elemen humor seperti perilaku non-verbal yang lucu, intonasi suara,
bahasa yang lucu, komen yang lucu, teka-teki, kartun, keratan akhbar, majalah atau
plakad bergambar, dan lain-lain jenis bahan juga dapat membantu dalam proses
pengajaran.
f. Penggunaan humor yang bertema
Guru perlu memastikan mereka menggunakan tema yang bertetapan dan bersesuaian
dengan isi pengajarannya pada hari tersebut. Bukan untuk mengatur atau tidak
menjadikan humor tersebut datang secara semula jadi, tetapi hanya untuk memastikan
objektif utama pengajaran tidak dikesampingkan.
Selama ini, humor dianggap sesuatu yang tidak begitu penting dan tidak mendapat
tempat ketika sesi PdP berlangsung (Abdul Rashid et al., 2008). Telah banyak kajian
dilakukan oleh penyelidik barat antaranya seperti Birgit & Martin (2001); Lucas (2005);
Morrison (2008); Mubasher (2012) & Pham (2014) mengenai penerapan unsur humor di
dalam bilik darjah. Mereka mengutarakan perlunya unsur ini dalam membentuk minda, emosi
dan interaksi dalam kalangan guru dan murid dan akhirnya meningkatkan pencapaian
pembelajaran murid. Seharusnya pengintegrasian humor dalam pengajaran bahasa
diperluaskan dalam pengajaran di dalam bilik darjah di Malaysia.

Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a. Mengenalpasti tahap persepsi guru terhadap amalan humor dalam pengajaran bahasa
Arab di dalam bilik darjah.
b. Mengenalpasti tahap kekerapan amalan humor guru dalam pengajaran bahasa Arab di
dalam bilik darjah.
c. Melihat hubungan antara tahap persepsi guru terhadap humor dengan tahap kekerapan
amalan humor guru dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah.

Metodologi
Kajian ini merupakan kajian tinjauan cross-sectional yang berbentuk kuantitatif dan data
dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Seramai 86 orang guru Bahasa Arab GBA di daerah
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 111
Seremban Negeri Sembilan telah dilibatkan. Satu set soal selidik sebagai instrumen kajian
telah diedarkan setelah melalui proses kesahan daripada dua orang pakar dalam bidang
pengajaran Bahasa Arab dan kebolehpercayaan melalui kajian rintis. Kajian rintis yang
dijalankan terhadap 20 orang GBA di daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan telah mendapat
nilai alpha Cronbach sebanyak 0.844 berada pada tahap yang tinggi. Menurut Mohd Majid
Konting (2005), nilai kebolehpercayaan yang tinggi melalui nilai alpha Cronbach bagi kajian
sains sosial ialah mesti melebihi 0.60 atau 0.7 dan lebih seperti yang dikatakan oleh
Nunnally (1978). Instrumen kajian ini mempunyai tiga bahagian iaitu demografi guru, tahap
persepsi guru (26 item) dan tahap kekerapan amalan humor guru (24 item).
Bagi tujuan analisis data deskriptif, penyelidik menggunakan interpretasi skor min
yang dicadangkan oleh Nunally (1978). Interprestasi skor bermula dari rendah (1.00-2.00),
sederhana rendah (2.01-3.00), sederhana tinggi (3.01-4.00) dan tinggi (4.01-5.00). Data
inferensi pula dianalisis menggunakan analisis korelasi Pearson bagi melihat hubungan
antara dua pembolehubah dalam kajian ini iaitu tahap persepsi dengan tahap kekerapan
amalan humor guru. Jadual skala Jackson (2009) digunakan bagi mengukur magnitude atau
kekuatan hubungan antara pembolehubah. Jackson turut menyatakan semakin kuat hubungan
antara pemboleh ubah, semakin hampir pekali kepada -1.00 atau +1.00. Manakala pekali
yang hampir kepada 0 menunjukkan tiada hubungan antara dua pemboleh ubah atau lemah.
Namun, ujian pekali Pearson perlu menjalani ujian normaliti bagi melihat nilai
taburan data berterabur secara normal atau tidak. Kajian ini telah menggunakan nilai
Skewness dan Kurtosis bagi penentuan taburan data. Nilai taburan yang normal menurut Hair
et al. (2010) berada antara -1.96 dan +1.96. Manakala George & Mallery (2016)
menyarankan nilai Skewness antara ±1 dan nilai Kurtosis antara ±3. Byrne (2010) pula
menyarankan nilai Kutosis antara ±3 adalah normal. Dapatan ujian normaliti yang telah
dijalankan ke atas pembolehubah mendapati nilai Skewness antara -4.85 hingga 0.42.
Manakala nilai Kurtosis pula antara 0.64 hingga 1.88. Oleh itu, pemilihan ujian parametrik
menggunakan ujian korelasi Pearson sesuai dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara
dua pembolehubah yang ditetapkan oleh penyelidik. Hasil ujian normaliti Skewness dan
Kurtosis terhadap dua pembolehubah kajian ini ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1
Jadual Ujian Normaliti Skewness dan Kurtosis
Konstruk Mengikut Bahagian Nilai Skewness Nilai Kurtosis
Tahap Persepsi Guru Terhadap Amalan Humor -4.85 1.88
Tahap Kekerapan Amalan Humor 0.412 0.64

Dapatan Kajian
Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian bagi konstruk demografi guru bagi kajian ini. Set soal
selidik yang diedarkan kepada seramai 86 orang responden dalam kajian ini mendapati
majoriti responden terdiri dalam kalangan guru perempuan (75.6%) berbanding 24.4% guru
lelaki. Humor dan jantina dilihat saling berpengaruh dan membantu dalam pengamalannya.
Kotthoff (2006) menyatakan walaupun jantina menyumbang terhadap kepekaan seseorang
terhadap humor, namun kajiannya memperlihatkan humor tidak terlalu berasaskan jantina
tetapi melalui penggayaan humor tersebut. Bahagian kedua soal selidik dalam kajian ini bagi
melihat persepsi guru terhadap humor memerlukan kepada pengalaman guru yang tinggi
terhadap sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan. Dapatan kajian yang menunjukkan
majoriti GBA di daerah Seremban Negeri Sembilan (47.7%) terdiri daripada guru yang telah
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 112
berkhidmat melebihi 10 tahun membantu terhadap persepsi yang tinggi bagi amalan humor
dalam pengajaran. Bagi taburan jurusan pengajian pula, 38 orang responden (44.2%) terdiri
daripada jurusan pengajian bahasa Arab dan 48 orang responden (55.8%) terdiri daripada
jurusan Pengajian Islam. Dapatan bagi jurusan pengajian ini dilihat membantu dapatan
deskriptif terhadap persepsi serta kekerapan amalan humor guru. Amalan humor yang
dilaksanakan diharapkan tidak lari daripada isi pelajaran agar objektif pembelajaran yang
dirancang akan berjaya dilaksanakan.

Jadual 2
Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina, Umur, Tahun Pengalaman
Mengajar dan Jurusan Pengajian (N=86)
Jantina Frekuensi Peratus %
Lelaki 21 24.4
Perempuan 65 75.6

Umur
20-30 tahun 14 16.3
31-40 tahun 47 54.7

Tahun Pengalaman Mengajar


Kurang Setahun 3 3.50
1-3 10 11.6
4-6 20 23.3
7-10 12 14.0
Lebih 10 Tahun 41 47.7

Jurusan Pengajian
Bahasa Arab 38 44.2
Pengajian Islam 48 55.8

Jadual 3 menunjukkan tahap skor min bagi persepsi yang tertinggi adalah saya suka
terhadap humor yang baik (M= 4.21, SP= 0.69). Melalui item ini, GBA dilihat telah
mempunyai kepekaaan terhadap humor (sense of humor) yang sangat baik. Item-item yang
berada tahap skor min tinggi seperti item amalan humor boleh mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan (M=4.20, SP= 0.71), humor boleh membantu peluang
menjalinkan kerjasama antara rakan sejawat (M=4.10, SP= 0.72) dan amalan humor dapat
menjalin hubungan baik antara guru dan murid (M=4.01, SP= 0.64) memperlihatkan peranan
humor juga boleh membentuk hubungan sosial yang baik. Hubungan sosial tersebut bukan
sahaja membantu guru mengamalkan humor di dalam bilik darjah bersama dengan murid-
muridnya, malah dapat diamalkan dengan baik antara rakan guru di sekolah. Persepsi awal
terhadap peranan humor dalam bentuk pergaulan sosial ini menjadikan guru memilih amalan
humor sebagai amalan pengajaran yang boleh mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan di dalam bilik darjah. Dari sudut persediaan GBA itu sendiri, tahap skor min
bagi item guru menggunakan humor dalam pergaulan sesama rakan sejawat di sekolah
mampu mewujudkan pergaulan yang baik dan mencambahkan idea mereka untuk
dipraktikkan di dalam bilik darjah menunjukkan tahap yang sederhana tinggi.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 113
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa GBA mempunyai pengetahuan asas
mengenai amalan humor di dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Kenyataan
ini dibuktikan melalui tahap skor min bagi persepsi yang tinggi dilihat kepada item-item yang
menunjukkan bahawa amalan humor mengurangkan kerunsingan dan ketegangan murid di
dalam bilik darjah, di samping mengatasi rasa malu dan seterusnya mewujudkan interaksi
antara murid dengan murid yang lain ketika PdP berlangsung. Pengetahuan terhadap
pengaplikasian amalan humor yang berkesan juga dianggap menjadi punca murid boleh
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran mereka dengan berkesan.
Tahap skor min yang sederhana rendah bagi pernyataan bagi item GBA tidak perlu
untuk menjadi pelawak yang professional untuk melaksanakan amalan humor di dalam bilik
darjah (M=2.59, SP= 1.14), Amalan humor boleh mengurangkan masa penyampaian isi
kandungan pelajaran (M=2.94, SP= 0.91) dan menggunakan humor di dalam bilik darjah
adalah sesuatu yang sia-sia (M=2.33, SP= 0.99) menunjukkan persepsi guru dari sudut
pengetahuan dan kesediaan mereka terhadap amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab
berada pada tahap yang positif.
Oleh kerana persepsi GBA dari sudut sosial yang tinggi telah menjadikan item saya
berasa tidak selesa apabila orang lain membuat lawak (M= 2.28, SP= 0.86) berada pad tahap
sederhana rendah. Majoriti GBA selesa dengan amalan humor sekiranya berlaku dalam
kalangan rakan sejawat ataupun dilakukan oleh mereka dalam pergaulan di tempat kerja.
Namun masih wujud sebilangan GBA yang masih mempunyai persepsi yang kurang terhadap
amalan humor dalam PdP bahasa Arab. Manakala tahap skor min bagi persepsi yang paling
rendah berada pada tahap sederhana rendah ialah amalan humor semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran akan membazir masa belajar (M= 2.24, SP= 1.05-). Sehubungan itu, GBA telah
bersetuju bagi item-item yang menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap kesan amalan
humor, maka dapatan kajian juga membuktikan skor min yang rendah bagi item-item yang
mempunyai pernyataan yang menunjukkan sebaliknya.
Secara keseluruhannya, tahap skor min bagi persepsi guru terhadap amalan humor
dalam pengajaran bahasa Arab berada pada tahap sederhana tinggi (M= 3.54, SP= 0.39).
Oleh itu, tahap keseluruhan persepsi guru terhadap amalan humor dalam pengajaran bahasa
Arab di dalam bilik darjah berada pada tahap skor min yang sederhana tinggi telah
membentuk satu andaian bahawa persepsi GBA berada pada tahap yang tinggi. Tahap
persepsi yang tinggi terhadap amalan humor ini akhirnya membantu GBA dalam
melaksanakan amalan humor terutamanya di dalam pengajaran bahasa Arab dan seterusnya
mewujudkan suasana pembelajaran yang positif, membantu memotivasikan pelajar dan
seterusnya membuatkan pelajar memperoleh keputusan yang baik dalam matapelajaran
bahasa Arab.

Jadual 3
Taburan Kekerapan, Peratusan, Nilai Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Skor Min Bagi
Tahap Persepsi Guru Terhadap Amalan Humor Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Bil Pernyataan Item Kekerapan & Peratusan (N=86) Min SP Tahap

STS TS TP S SS
1 Saya suka terhadap 1 0 7 50 28 4.21 0.69 Tinggi
humor yang baik. (1.20%) (8.10%) (58.1%) (32.6%)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 114
2 Amalan humor boleh 0 2 9 45 30 4.20 0.72 Tinggi
mewujudkan suasana (2.30%) (10.5%) (52.3%) (34.9%)
pembelajaran yang
menyeronokkan.
3 Amalan humor 1 12 49 54 24 4.10 0.72 Tinggi
membantu murid (1.20%) (14.0%) (57.0%) (62.8%) (27.9%)
mengatasi masalah
kerunsingan dan
ketegangan.
4 Humor boleh 0 1 9 57 19 4.09 0.61 Tinggi
membantu peluang (1.20%) (10.5%) (66.3%) (22.1%)
menjalinkan
kerjasama antara
rakan sejawat.
5 Amalan humor 1 11 53 54 21 4.08 0.69 Tinggi
membantu murid (1.20%) (12.8%) (61.6%) (62.8%) (24.4%)
mengatasi rasa malu.
6 Amalan humor dapat 0 1 14 54 17 4.01 0.64 Tinggi
menjalin hubungan (1.20%) (16.3%) (62.8%) (19.8%)
baik antara guru dan
murid.
7 Amalan humor 1 2 12 53 18 3.99 0.74 Sederhana
membantu kemahiran (1.20%) (2.30%) (14.0%) (61.6%) (20.9%) Tinggi
berkomunikasi antara
guru dan murid.
8 Humor menyumbang 1 1 13 54 17 3.99 0.71 Sederhana
kepada produktiviti (1.20%) (1.20%) (15.1%) (62.8%) (19.8%) Tinggi
kerja yang lebih
positif.
9 Saya berasa amalan 0 2 16 51 17 3.97 0.69 Sederhana
humor sesuai (2.30%) (18.6%) (59.3%) (19.8%) Tinggi
digunakan semasa sesi
pengajaran di dalam
bilik darjah.
10 Amalan humor 1 3 13 51 18 3.95 0.781 Sederhana
membantu murid (1.20%) (3.50%) (15.1%) (59.3%) (20.9%) Tinggi
meningkatkan minat
untuk belajar.
11 Amalan humor 0 3 14 53 16 3.95 0.70 Sederhana
membantu (3.50%) (16.3%) (61.6%) (18.6%) Tinggi
memudahkan murid
untuk belajar.
12 Humor membantu 0 2 19 50 15 3.91 0.70 Sederhana
mencambahkan (2.30%) (22.1%) (58.1%) (17.4%) Tinggi
keyakinan saya.
13 Amalan humor 1 1 17 54 13 3.90 0.70 Sederhana
merangsang murid (1.20%) (1.20%) (19.8%) (62.8%) (15.1%) Tinggi
berinteraksi ketika
belajar.
14 Amalan humor 0 3 20 51 12 3.84 0.70 Sederhana
membantu (3.50%) (23.3%) (59.3%) (14.0%) Tinggi
meningkatkan
kefahaman murid
terhadap sesuatu mata
pelajaran.
15 Amalan humor adalah 0 6 27 38 15 3.72 0.84 Sederhana
penting dalam bilik (7.00%) (31.4%) (44.2%) (17.4%) Tinggi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 115
darjah secara
keseluruhannya.
16 Saya sering 0 5 27 46 7 3.62 0.77 Sederhana
menggunakan humor (5.80%) (31.4%) (53.5%) (8.10%) Tinggi
dalam pergaulan
seharian saya.
17 Amalan humor dapat 0 3 35 40 8 3.62 0.71 Sederhana
menambahkan (3.50%) (40.7%) (46.5%) (9.30%) Tinggi
keupayaan murid saya
menyelesaikan
masalah.
18 Saya mengamalkan 0 3 34 46 3 3.57 0.62 Sederhana
humor sepanjang sesi (3.54%) (39.5%) (53.5%) (3.50%) Tinggi
pengajaran dan
pembelajaran di dalam
bilik darjah.
19 Saya mempunyai idea 1 6 47 29 3 3.31 0.71 Sederhana
yang banyak untuk (1.20%) (7.00%) (54.7%) (33.7%) (3.50%) Tinggi
melakukan humor.
20 Saya percaya mata 5 23 30 22 6 3.01 1.02 Sederhana
pelajaran tertentu (5.80%) (26.7%) (34.9%) (25.6%) (7.00%) Tinggi
sahaja sesuai
diselitkan dengan
humor.
21 Amalan humor boleh 4 23 36 20 3 2.94 0.91 Sederhana
mengurangkan masa (4.70%) (26.7%) (41.9%) (23.3%) (3.50%) Rendah
penyampaian isi
kandungan pelajaran.
22 Saya menghadapi 7 30 37 9 3 2.66 0.90 Sederhana
masalah untuk (8.10%) (34.9%) (43.0%) (10.5%) (3.50%) Rendah
menggunakan amalan
humor di dalam bilik
darjah.
23 Saya perlu menjadi 17 25 24 16 4 2.59 1.14 Sederhana
ahli lawak jenaka (19.8%) (29.1%) (27.9%) (18.6%) (4.70%) Rendah
(humor) profesional
jika mahu
mengamalkan humor
di dalam bilik darjah.
24 Mengawal suasana 16 39 21 7 3 2.33 0.99 Sederhana
pembelajaran di dalam (18.6%) (45.3%) (24.4%) (8.10%) (3.50%) Rendah
bilik darjah dengan
amalan humor adalah
suatu yang sia-sia.
25 Saya berasa tidak 15 40 23 8 0 2.28 0.86 Sederhana
selesa apabila orang (17.4%) (46.5%) (26.7%) (9.30%) Rendah
lain membuat lawak
(humor).
26 Amalan humor 22 35 18 8 3 2.24 1.05 Sederhana
semasa sesi (25.6%) (40.7%) (20.9%) (9.30%) (3.50%) Rendah
pengajaran dan
pembelajaran akan
membazir masa
belajar.
Keseluruhan 3.54 0.39 Sederhana
Tinggi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 116
Jadual 4 menunjukkan tahap kekerapan amalan humor guru yang paling tinggi ialah saya
menggunakan isi pelajaran sebagai bahan humor. (M= 3.74, SP= 0.74). Penggunaan isi
pelajaran ini sebenarnya membantu guru agar tidak lari daripada objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan dan seterusnya membantu murid mengingati isi pelajaran tersebut. Dapatan
juga menunjukkan majoriti responden memilih amalan humor yang positif berbanding
amalan-amalan humor yang negatif dalam PdP bahasa Arab di dalam bilik darjah. GBA
mengamalkan amalan humor yang positif dan menyatakan persetujuan yang tinggi di dalam
item-item yang telah ditetapkan. Antaranya adalah GBA kerap mengamalkan bahasa yang
kreatif dan lucu, intonasi suara yang lucu, teka-teki, mengusik murid dan memberikan ulasan
yang berunsurkan humor. Keadaan ini memperlihatkan komunikasi dua hala antara guru
dan murid sangat membantu terhadap suasana pembelajaran yang positif.
Manakala terdapat juga item-item bagi amalan humor yang positif berada pada
kekerapan sederhana rendah diamalkan oleh GBA di dalam bilik darjah. Antaranya adalah
seperti GBA kurang kerap menggunakan media kartun atau karikatur, isu semasa dan video
lawak sebagai amalan humor yang positif di dalam PdP mereka. Oleh kerana amalan-amalan
tersebut perlu menggunakan bahan bantu mengajar sebagai bahan sokongan terhadap amalan
humor, amalan humor yang spontan lebih menjadi pilihan para GBA.
Manakala tahap kekerapan yang paling rendah ialah saya melakukan amalan humor
berkaitan dengan perkara lucah (M= 1.33, SP= 0.80). Amalan humor yang negatif juga
menjadi pilihan GBA di dalam bilik darjah dan berada pada kekerapan sederhana rendah
adalah seperti menjadikan murid sebagai contoh bahan humor, humor yang tiada kaitan
dengan isi pelajaran, kesalahan sebutan murid, humor yang berasaskan jantina dan sindiran
yang sinis. Dapatan kajian juga menyatakan majoriti GBA sangat tidak kerap melakukan
amalan humor seperti memalukan murid, menjadikan contoh aktiviti yang tidak sihat sebagai
unsur humor, menggunakan unsur permusuhan, menggunakan bahasa yang kesat dan
menyatakan perkara yang lucah. Amalan humor yang negatif ini memperlihatkan GBA
mempunyai dimensi kualiti guru yang baik sebagai seorang pendidik dan contoh ikutan
kepada anak murid mereka.
Secara keseluruhannya, kekerapan amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab di
dalam bilik darjah berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.50, SP= 0.49). Walaupun
begitu, amalan humor yang positif atau humor bertujuan (tendentious humor) menjadi pilihan
kebanyakan GBA berbanding humor yang negatif atau humor tidak bertujuan (non-
tendentious humor).

Jadual 4.
Taburan Tahap Kekerapan, Peratusan, Nilai Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Skor Min
Bagi Tahap Kekerapan Amalan Humor
Bil Pernyataan Kekerapan & Peratusan (N=86) Min SP Tahap
Item
STK TK TP K SK
1 Saya 0 5 22 49 10 3.74 0.74 Sederhana
menggunakan isi (5.80% (25.6% (57.0% (11.6% Tinggi
pelajaran sebagai ) ) ) )
bahan humor.
2 saya 0 7 29 46 4 3.55 0.71 Sederhana
menggunakan (8.10% (33.7% (53.5% (4.70% Tinggi
bahasa yang ) ) ) )
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 117
kreatif dan lucu
untuk
menerangkan isi
pelajaran.
3 Saya kerap 0 12 42 28 4 3.28 0.76 Sederhana
(secara purata) (14.0% (48.8% (32.6% (4.70% Tinggi
menggunakan ) ) ) )
amalan humor
semasa mengajar
di dalam bilik
darjah.
4 Saya 5 11 29 38 3 3.27 0.94 Sederhana
menggunakan (5.80% (12.8% (33.7% (44.2% (3.50% Tinggi
intonasi suara ) ) ) ) )
yang lucu
sebagai amalan
humor.

5 Saya 1 21 29 31 4 3.19 0.90 Sederhana


menggunakan (1.20% (24.4% (33.7% (36.0% (4.70% Tinggi
teka-teki sebagai ) ) ) ) )
bahan amalan
humor.
6 Saya 3 14 38 30 1 3.14 0.83 SederhanaTing
menggunakan (3.50% (16.3% (44.2% (34.9% (1.20% gi
amalan humor ) ) ) ) )
yang sesuai
dengan isi
pelajaran.
7 Saya mengusik 8 19 24 30 5 3.06 1.09 Sederhana
murid semasa (9.30% (22.1% (27.9% (34.9% (5.80% Tinggi
mengajar dalam ) ) ) ) )
kelas bagi
menimbulkan
suasana humor
8 Saya 6 17 31 31 1 3.05 0.94 Sederhana
menggunakan (7.00% (19.8% (36.0% (36.0% (1.20% Tinggi
ulasan yang ) ) ) ) )
berunsur humor.
9 Saya 5 19 35 27 0 2.98 0.88 Sederhana
menggunakan (5.80% (22.1% (40.7% (31.4% Rendah
bahan media ) ) ) )
seperti kartun
dan karikatur
yang lucu semasa
mengajar.
10 Saya 12 21 29 23 1 2.77 1.04 Sederhana
menggunakan (14.0% (24.4% (33.7% (26.7% (1.20% Rendah
tingkah laku non- ) ) ) ) )
verbal sebagai
amalan humor.
11 Saya melakukan 13 17 37 17 2 2.74 1.02 Sederhana
amalan humor (15.1% (19.8% (43.0% (19.8% (2.30% Rendah
yang berkaitan ) ) ) ) )
dengan isu
semasa ketika
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 118
sesi PdP
berlangsung.
12 Saya membuat 18 15 35 18 0 2.62 1.04 Sederhana
ulasan yang (20.9% (17.4% (40.7% (20.9% Rendah
mengandungi ) ) ) )
humor yang
berkaitan dengan
budaya murid.
13 Saya 19 24 29 13 1 2.45 1.04 Sederhana
menggunakan (22.1% (27.9% (33.7% (15.1% (1.20% Rendah
video lawak ) ) ) ) )
sebagai bahan
amalan humor.
14 Saya menjadikan 23 20 30 12 1 2.40 1.07 Sederhana
murid sebagai (26.7% (23.3% (34.9% (14.0% (1.20% Rendah
contoh amalan ) ) ) ) )
humor.
15 Saya 14 37 24 11 0 2.37 0.91 Sederhana
menggunakan (16.3% (43.0% (27.9% (12.8% Rendah
amalan humor ) ) ) )
yang tiada kaitan
dengan isi
pelajaran.
16 Saya 29 26 14 15 2 2.24 1.17 Sederhana
menggunakan (33.7% (30.2% (16.3% (17.4% (2.30% Rendah
kesalahan ) ) ) ) )
sebutan yang
dilakukan oleh
murid sebagai
bahan amalan
humor.
17 Saya melakukan 35 16 24 11 0 2.13 1.09 Sederhana
amalan humor (40.7% (18.6% (27.9% (12.8% Rendah
berasaskan ) ) ) )
jantina murid.
18 Saya 28 31 17 10 0 2.10 0.99 Sederhana
menggunakan (32.6% (36.0% (19.8% (11.6% Rendah
sindiran yang ) ) ) )
sinis sebagai
amalan humor.
19 Saya melakukan 43 17 16 10 0 1.92 1.08 Rendah
amalan humor (50.0% (19.8% (18.6% (11.6%
yang berkaitan ) ) ) )
dengan bangsa
atau etnik murid.
20 Saya 61 16 6 3 0 1.43 0.78 Rendah
menceritakan (70.9% (18.6% (7.00% (3.50%
sesuatu yang ) ) ) )
memalukan
murid sebagai
amalan humor.
21 Saya 64 13 7 2 0 1.38 0.74 Rendah
menceritakan (74.4% (15.1% (8.10% (2.30%
aktiviti yang ) ) ) )
tidak sihat
sebagai humor.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 119
22 Saya 69 8 6 3 0 1.34 0.76 Rendah
menggunakan (80.2% (9.30% (7.00% (3.50%
unsur ) ) ) )
permusuhan
sebagai amalan
humor di dalam
bilik darjah.
23 Saya melakukan 67 12 4 3 0 1.34 0.73 Rendah
amalan humor (77.9% (14.0% (4.70% (3.50%
dengan ) ) ) )
menggunakan
bahasa yang
kesat.
24 Saya melakukan 71 7 3 5 0 1.33 0.80 Rendah
amalan humor (82.6% (8.10% (3.50% (5.80%
berkaitan dengan ) ) ) )
perkara lucah.
Keseluruhan 2.50 0.49 Sederhana
Rendah

Jadual 5 menunjukkan keputusan analisis korelasi Pearson untuk mengenal pasti


hubungan antara persepsi guru terhadap amalan humor dengan kekerapan amalan humor guru
dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Hasil analisis mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru dengan kekerapan amalan humor
guru dalam pengajaran bahasa Arab (r = 0.42, p = 0.00). Oleh kerana nilai p<.005, maka
hipotesis nol bagi kajian ini ditolak. Manakala hubungan antara dua pemboleh ubah ini
adalah positif yang sederhana. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa
semakin tinggi persepsi guru terhadap amalan humor, semakin kerap amalan humor
dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah.
Jadual 5.
Jadual Keputusan Ujian Korelasi Pearson Hubungan Antara Tahap Persepsi Guru Terhadap
Amalan Humor Dengan Tahap Kekerapan Amalan Humor Guru Dalam Pengajaran Bahasa
Arab
Tahap Kekerapan Amalan Humor Interpretasi
Hubungan Guru Dalam Pengajaran Bahasa Arab Kekuatan Hubungan
r sig. (p)
Tahap Persepsi Guru 0.42 0.00 Sederhana
Terhadap Amalan Humor

Perbincangan
Melalui analaisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, hasil kajian mendapati bahawa
persepsi guru terhadap amalan pengajaran bahasa Arab di sekolah rendah secara
keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi. Ini bermakna persepsi guru terhadap
amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab adalah sangat baik. Guru dilihat mempunyai
persepsi bahawa humor mampu memberikan kesan terhadap profession mereka sebagai guru
dan meningkatkan kualiti kerja, membantu proses PdP di dalam bilik darjah yang lebih
berkesan serta meningkatkan pencapaian murid, merapatkan hubungan sesama rakan sejawat
dan pihak pentadbir, seterusnya mewujudkan hubungan guru-murid yang baik.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 120
Tahap persepsi guru yang sederhana tinggi ini juga menunjukkan bahawa mereka
menguasai pernyataan item-item soalan yang dikemukakan secara menyeluruh. Pencapaian
tahap persepsi yang tinggi menggambarkan para guru mempunyai pengetahuan, keyakian
serta kepekaan terhadap humor yang baik. Persepsi yang tinggi ini membantu mereka agar
lebih yakin untuk mengaplikasikan amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab di dalam
bilik darjah (Norhayati, 2008). Hal ini berlaku kerana majoriti responden bersetuju bahawa
mereka tidak perlu menjadi pelawak untuk mengaplikasikan humor dalam PdP. Kebanyakan
guru juga bersetuju untuk menyatakan tidak setuju bagi pernyataan bahawa pengaplikasian
humor menyumbang kepada amalan pengajaran yang sia-sia.
Persepsi guru yang sederhana tinggi ini dilihat juga sebagai indikator terhadap
dimensi kualiti guru bahasa Arab itu sendiri dalam mengaplikasikan sesuatu amalan
pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah Al Muslim & Zamri (2015). Justeru, keadaan
ini akan menjadi solusi dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran
bahasa Arab itu sendiri. Seharusnya, persepsi guru yang positif terhadap sesuatu teknik
pengajaran akan mendorong guru untuk lebih mengaplikasikan amalan humor ini dalam
pengajaran di dalam bilik darjah. Namun, dalam kajian ini, persepsi tersebut perlu
dipertingkatkan sehingga ke tahap paling maksima agar matlamat untuk membantu
meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid terhadap matapelajaran bahasa Arab di
sekolah rendah.
Manakala hasil kajian melalui tahap kekerapan amalan humor dalam pengajaran
bahasa Arab di dalam bilik darjah secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana
rendah, keadaan ini dianggap tidak selari dengan objektif kajian yang pertama.
Memandangkan tahap persepsi guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana tinggi,
responden memiliki tahap pelaksaan amalan humor yang rendah. Dapatan kajian ini dilihat
hampir sama dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Shaffe et al. (2011) yang
menyatakan bahawa para responden masih kurang berupaya untuk melakukan amalan humor
semasa mengajar kerana mereka tidak dapat mempelbagaikan kaedah seperti menggunakan
media, isu semasa dan tingkah laku non-verbal sebagai amalan humor dengan berkesan.
Kurangnya aktiviti pengajaran oleh guru bahasa Arab menggunakan teknologi seperti media
ini turut dinyatakan dalam kajian Tukimin et al. (2019).
Walaubagaimanapun, dapatan kajian mendapati pengaplikasian amalan humor yang
positif mendapat tempat di hati GBA. Hal ini menunjukkan kualiti GBA berada pada tahap
yang positif dan baik. Amalan humor yang positif seperti gaya bahasa yang lucu, penggunaan
media seperti kartun atau karikatur, menggunakan isi pelajaran menjadikan GBA dilihat
bersetuju dengan amalan humor boleh dilaksanakan tetapi tidak menggangu objektif
pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Penggunaan isi pelajaran sebagai amalan humor
ini dilihat sebagai humor yang paling positif dalam kajian Bekelja et al (2006). Namun,
kesemua amalan humor yang dilihat positif dalam kajian ini berada pada tahap yang
sederhana dari sudut pengamalannya oleh semua responden.
Dapatan kajian yang menunjukkan GBA sangat tidak kerap menggunakan amalan
humor yang negatif dilihat sebagai daya penarik terhadap pengajaran mereka. Amalan
pengajaran guru akan menjadi tidak membosankan dan mengundang suasana pembelajaran
yang menarik minat murid seperti dapatan kajian oleh Mohd Khairuddin et al. (2014).
Amalan humor yang negatif seperti menggunakan bahasa sindiran, menggunakan murid dari
sudut bangsa dan jantina sebagai subjek humor akan menyebabkan mereka akan bertindak di
luar kawalan seperti melanggar peraturan sekolah, ponteng sekolah dan lebih parah
berkelakuan aggresif (Abdul Rasid & Hasmah, 2013).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 121
Guru bahasa Arab juga bersetuju bahawa amalan humor yang negatif seperti
penggunaan bahasa yang lucah dan kesat, penceritaan aktiviti yang tidak sihat dan unsur
permusuhan serta menggunakan murid sebagai subjek untuk humor adalah tidak perlu
diamalkan dan perlu dielakkan sama sekali. Walaupun masih terdapat GBA dalam kajian ini
yang menggunakan amalan humor yang berunsur negatif, namun ianya tidak sesuai dan
ditolak oleh sebahagian besar mereka. Penolakan terhadap amalan humor yang negatif ini
juga dinyatakan dalam perbincangan kajian oleh Bekelja et al (2006) & Shaffee et al. (2011).
Guru dilihat sebagai penyampai isi matapelajaran yang berkesan jika mampu mengawal kelas
dan memudahkan proses pembelajaran murid, serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif, berkesan serta menyeronokkan. Tindakan ini sekaligus membantu pencapaian
murid dalam pembelajaran tersebut (James, 2001; Garner, 2006; Malikow 2007; Shaffee et
al., 2011).
Melalui analisis statistik inferensi yang telah dijalankan, hasil ujian korelasi Pearson
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap persepsi dengan tahap
kekerapan amalan humor guru dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah rendah. Manakala
kekuatan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut adalah positif sederhana.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Shaffee et. al. (2011) yang menyatakan
kekerapan dalam pelaksanaan amalan humor dalam kalangan responden menunjukkan
kekerapan yang agak sederhana.
Dapatan kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap
amalan humor dilihat mempunyai hubungan namun tidak terlalu kerap dari sudut
pengamalan. Walaupun tahap kekerapan amalan humor secara keseluruhan pada tahap
rendah, namun GBA mempunyai persepsi yang positif terhadap amalan humor di dalam
pengajaran bahasa Arab. Secara kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan guru
mempunyai persepsi yang tinggi bersetuju akan amalan humor yang positif. Seterusnya hal
ini menunjukkan bahawa GBA memahami dan mengetahui akan kepentingan amalan humor
dalam pengajaran bahasa Arab dalam membantu meningkatkan penguasaan dan menarik
minat murid dalam matapelajaran bahasa Arab.
Oleh kerana tahap kekerapan amalan guru pada tahap yang rendah, kemahiran
pelaksaan amalan humor ini dilihat antara elemen lain yang perlu diberikan perhatian dalam
meningkatkan tahap kekerapan amalan humor dalam pengajaran bahasa Arab. Kemahiran
dalam sesuatu amalan pengajaran di dalam bilik darjah menjadi penyumbang terhadap
keberkesanan pembelajaran murid. Kajian oleh Norhaya Isa (2015) membuktikan tahap
kemahiran yang tinggi terhadap pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran
matapelajaran Pendidikan Islam merupakan antara elemen keberkesanan pendekatan tersebut.
Ini bermakna, kemahiran yang tinggi diperlukan oleh GBA di samping persepsi yang tinggi.
Peningkatan terhadap kemahiran ini boleh dicapai jika GBA melakukan persediaan
awal dan memastikan perancangan yang dibuat selari dengan objektif pembelajaran (Mahadi,
2019). Keadaan ini sudah tentu akan memberikan ruang dan peluang kepada GBA untuk
mengenali latar belakang murid mereka dan menentukan jenis-jenis humor yang sesuai
dilaksanakan di dalam bilik darjah. Hasil pembelajaran yang terbentuk melalui perancangan
yang rapi dan pendekatan yang berkesan ini, memberikan suatu pengalaman pembelajaran
yang berbeza buat murid mereka. Hal ini dilihat lebih meninggalkan kesan yang lebih positif
terhadap kesan pembelajaran murid. Jika amalan humor guru dilihat seperti dibuat-buat dan
tidak neutral, murid pasti menganggap pembelajaran tersebut tidak terlalu menarik dan
melunturkan minat mereka.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 122
Kesimpulan
Hasil dapatan kajian ini tertumpu kepada perspektif guru tentang amalan humor itu sendiri.
Oleh kerana setiap guru mempunyai personaliti yang pelbagai, malahan bukan sebagai
sebuah mesin, kesediaan guru yang optimum pada setiap masa itu adalah diperlukan bagi
amalan humor ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Personaliti guru yang pelbagai ini
wujud daripada dimensi kualiti guru yang disebutkan oleh Ariffin & al-Muslim (2015) dalam
kajian mereka. Guru berkualiti mampu melaksanakan segala bentuk amalan pengajaran yang
berkesan dan seterusnya memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.
Walaupun kekuatan hubungan antara tahap persepsi dan tahap kekerapan amalan
humor guru dalam pengajaran bahasa Arab di dalam kajian ini berada pada tahap sederhana,
namun GBA mempunyai persepsi yang tinggi terhadap amalan-amalan humor yang positif.
Tahap kekerapan yang masih rendah dilihat berpunca daripada dimensi dan persediaan guru
terhadap beberapa amalan humor yang memerlukan bahan bantu mengajar. Namun, GBA
seharusnya mengelakkan daripada menggunakan amalan humor yang negatif secara total agar
permasalahan dalam kalangan murid yang timbul sekiranya amalan ini dilaksanakan dapat
dielakkan.
Kesimpulannya, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi pelaksanaan perluasan
matapelajaran bahasa Arab khususnya dan bahasa asing yang lain amnya akan dapat dicapai
melalui salah satu daripada pendekatan didik hibur, iaitu amalan humor dalam pengajaran.
Hal ini sejajar dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Shaffe et al. (2011) yang
menyatakan bahawa amalan humor merupakan satu perbuatan yang positif dalam
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.

Rujukan
Abdul Rasid, J., & Arbaie, S. (2001). Integrasi Media: Pengajaran Bahasa & Sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Rasid, J., & Hasmah, I. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM (Malay Language Education
Journal-MyLEJ), 3, 49–63.
Abdul Rasid, J., Shamsudin, O., & Humaizah, H. (2011). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kartun Dalam
Transformasi Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
(MyLEJ), 129–140.
Al-Duleimi, A. D. D., & Aziz, R. N. (2016). Humour as EFL Learning-Teaching Strategy. Journal of Education
and Practice, 7(10), 105-115.
Ariffin, Z., & al-Muslim, M. (2015). The Quality of Arabic Language Teachers in Malaysia: Facing the
Fundamental Issues. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(1), 544-544.
Bakar, A. Y. A., Amran, M. S. (2020). Does humour relieve Mathematics anxiety and make your brain better?:
From laboratory to classroom research. International Journal of Advanced Science and Technology.
Vol. 29, No. 7, (2020), pp. 12677 - 12686.
Bekelja Wanzer, M., Bainbridge Frymier, A., Wojtaszczyk, A. M., & Smith, T. (2006). Appropriate And
Inappropriate Uses Of Humor By Teachers. Communication education, 55(2), 178-196.
Berk, R. (2001). The Active Ingredients In Humour: Psycho Physiological Benefits And Risks For Older
Adults. Educational Gerontology, 27, 323–339.
Billig, M. (2005). Laughter and Ridicule. London: Sage.
Bryant, J., Comisky, P., Crane, J., & Zillman, D. (1980). Relationship Between College Teachers’ Use of
Humour in the Classroom and Students' Evaluations of Their Teachers. Journal of Educational
Psychology, 72(4), 511–519.
Cohen, S. (1996). Psychological stress, immunity, and upper respiratory infections. Current Directions in
Psychological Science, 5, 86-90.
Frymier, A., Wanzer, M., & Wojtaszczyk, A. (2008). Assessing Student’s Perceptions of Inappropriate and
Appropriate Teacher Humor. Communication Education, 57(2), 266–288.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 123
Fortson, S. B., & Brown, W. E. (1998). Best and worst university instructors: The opinions of graduate
students. College student journal.
Garner, R. L. (2006). Humor In Pedagogy: How Ha-Ha Can Lead To Aha! College Teaching. ERIC Document
Reproduction, 54(1), 177–180.
Harun, B. (2019). Budaya Penyelidikan Dalam Islam. Dewan Tamadun Islam. Bil. 9, 38-41.
Hassed. (2001). How Humor Keeps You Well. Australian Family Physician, 30(1), 25–27.
Hyrkas. 2005. Taking “Humor” Seriously - An Analysis Of The Concept Humor. (R.John, McKenna, & P.Hugh
Eds. Cutcliffe: Elservier Churchill Livingstone.
James, D. L. (2001). Split a Gut and Learn: Theory and Research. Institute of Education Sciences.
Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah. Instrumen Pemastian Standard
SKPM I.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Pekeliling Ikhtisas Bilang 2 Tahun 2010. Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011.
Kotthoff, H. (2006). Gender and humor: The state of the art. Journal of pragmatics, 38(1), 4-25.
Lovorn, M., & Holaway, C. (2015). Teachers’ perceptions of humour as a classroom teaching, interaction, and
management tool. The European Journal of Humour Research, 3(4), 24-35.
Lucas, T. (2005). Language Awreness and Comprehension through Puns among ESL Learners. Language
Awareness, 14(4), 221–238.
Martin, R. A. (2001). Humor, Laughter, And Physical Health: Methodological Issues And Research Finding.
Psychological Bulletin, 4(127), 504–519.
Martin, R. A. & Ford, T. (2018). The Psychology Of Humor: An Integrative Approach. Academic Press.
Martin, R. A., Doris, P. P., Larsen, G., Gray, J., & Weir, K. (2003). Individual Differences In Uses Of Humor
And Their Relation To Psychological Wellbeing: Development Of The Humor Styles Questionnaire.
Journal of Research in Personality, 37, 48–75.
Morreall, J. (1997). Humor Works. Massachusetts: Human Resource Development Press.
Morrison, M. (2008). Using Humor to Maximize Learning: The Links Between Positive Emotions and
Education. Maryland: Rowman & Littlefield Education.
Muhammad, S. A., & Rahman, S. (2017). The use of humour in mathematics teaching and its relationship with
students’ concentration and motivation. Advanced Science Letters, 23(2), 1012-1015.
Nguyen, H. (2014). The use of humor in EFL teaching: A case study of Vietnamese university teachers’ and
students’ perceptions and practices (Doctoral dissertation, PhD Thesis). University of Canberra,
Australia.
Norhayati Hashim. (2008). Aplikasi Teknologi dalam Pengajaran Kesusasteraan Arab. Prosiding Seminar
Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab 2008 SEBAKA. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
105–114.
Norhaya Isa. (2015). Pengetahuan, Kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Terhadap Pendekatan Didik Hibur. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Paterson, J. (2006). Did You Hear The One About...? Humour in the Classroom. National Middle School
Association, 10(2), 43–45.
Peterson, C., & Seligman, M. E. P. (2004). Character strengths and virtues: A handbook and classification.
American Psychological Association, New York: Oxford University Press.
Pham, H. N. H. (2014). The Use Of Humour In EFL Teaching : A Case Study Of Vietnamese University
Teachers’ And Students’ Perceptions And Practices. University of Canberra, Australia.
Rahmanadji, D. (2007). Sejarah, Teori, Jenis, Dan Fungsi Humor. Malang: Fakultas Sastra Universitas Negeri
Malang.
Samson, A. C., Lackner, H. K., Weiss, E. M., & Papousek, I. (2012). Perception of other people’s mental states
affects humor in social anxiety. Journal of behavior therapy and experimental psychiatry, 43(1), 625-
631.
Shade, A.R. (1996). Licence to laugh. Humor in the classroom. Westport: Greenwood Publishing.
Shaffe, M. D., Ramli, B., Roselan, B., Mokhtar, N., & Sahandri G. H. (2011). Pengaruh Amalan Jenaka
Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid. Asia Paific Journal of Educators and Education, 26(1),
125–144.
Stopsky, F. (1992). Humor in the classroom: A new approach to critical thinking. Discovery Enterprises.
Tukimin, R., Yusoff, N. M. R. N., & Baharudin, H. (2019). Academic Qualification and Teaching Experience
on the Level of Use of Innovative Teaching Strategies among Arabic Primary School Teacher.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 124
International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(3), 279–
290.
Willard, M. (2006). Humor in the hands of seasoned Montessorians. Montessori Life, 18(2), 50.
Ziegler, J. B. (1999). Humour In Medical Teaching. Medical journal of Australia, 171(11-12), 579-580.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 125

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AUGMENTED REALITY


MELALUI PEMBANGUNAN APLIKASI PEMBELAJARAN

Abd Ghani Rashed@Mohamed dan Muliyani Abdullah

Abstrak
Pembelajaran mudah alih berasaskan realiti berperanta (augmented reality) dalam pendidikan
hari ini akan memberikan membawa perubahan yang baik didalam inovasi pembelajaran
masa kini. Dengan potensi luar biasa HP Reveal, aplikasi ini dapat digunakan untuk
memudahkan proses pembelajaran khususnya dibidang kejuruteraan jalan raya. Dengan nilai
inovasi dan kreativiti, proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
Cabaran baru yang dihadapi oleh pensyarah ialah mengintegrasikan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan
membangunkan aplikasi dan menilai keberkesanan aplikasi ini untuk pembelajaran. Kajian
ini bercorak deskriptif dan data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian ini akan dianalisis bagi mendapatkan nilai
kekerapan, peratus dan min bagi setiap aspek yang dinilai. Hasil kajian ini mendapati bahawa
wujudnya keperluan terhadap pembelajaran aktif dimana ia akan menjadikan pelajar
produktif dengan mengeksploitasikan kelebihan teknologi telefon bimbit seperti HP Reveal.
Hasil kajian ini juga mendapati aplikasi pembelajaran mudah alih MooS ini telah
memberikan impak yang positif melalui pendekatan teknologi mudah alih untuk menghadapi
kekangan seperti masa, kos dan tempat pembelajaran. Ianya juga menggalakkan pelajar
berinteraksi sesama mereka untuk mempelajari sesuatu dalam suasana tertentu. Pembangunan
aplikasi pembelajaran membantu mempelbagaikan kaedah pengajaran dikalangan pensyarah
dan dapat meningkatkan fokus pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi
MooS yang dibangunkan sebagai aplikasi pembelajaran mudah alih ini juga memiliki ciri-ciri
rekabentuk dan kefungsian yang mengkagumkan dimana ianya dapat menjadikan kursus
kejuruteraan jalan raya lebih menarik dan menyeronokkan melalui pendekatan yang berbeza
dari pembelajaran biasa dipraktikkan sekarang ini.

Kata Kunci: HP Reveal, Mobile on Spot, Keberkesanan

Pengenalan
Perubahan dalam teknologi terus mengubah pembelajaran dan mewujudkan cabaran baru
dalam pendidikan. Pembelajaran mudah alih berasaskan realiti berperanta (Augmented
Reality) dalam pendidikan hari ini akan memberikan kesan kepada proses pembelajaran sedia
ada. Pembelajaran mudah alih melakarkan satu kejayaan dan perkembangan positif ke arah
pembelajaran elektronik. Ketika ini, teknologi telefon bimbit telah dipertingkatkan
keupayaannya bermula daripada telefon bimbit kelas sederhana ke peranti berteknologi tinggi
dengan skrin sentuh dan ciri lain, dengan lebih daripada 1.7 bilion pengguna (Hashemi et al.,
2011). Dengan penghasilan alat komunikasi mudah alih, pakar pendidikan cuba mengambil
inisiatif untuk mengaplikasikan penggunaan alat tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dengan potensi luar biasa aurasma melalui pengenalan terbaru HP Reveal,
aplikasi ini dapat digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran khususnya dibidang
kejuruteraan jalan raya. Secara realitinya, proses pembelajaran seharusnya menitikberat nilai
kreativiti dan proses interaksi diantara pensyarah dengan pelajar supaya ianya menjadi lebih
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 126
berkesan dan bermanafaat. Oleh itu, potensi menggabungkan keupayaan telefon pintar
dengan keupayaan aplikasi untuk pendidikan adalah besar dan boleh dipraktikkan.
Keupayaan untuk menyambungkan kandungan realiti dan digital terus meningkat, membuka
lebih banyak pilihan untuk pensyarah dan pelajar. Teknologi mempengaruhi transformasi
terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pendidik dan pelajar (Selwyn,
2011). Teknologi pembelajaran mudah alih telah menjadi alat yang mudah diakses untuk
kebanyakan pensyarah dan pelajar dalam konteks pendidikan di seluruh dunia. Pembelajaran
mudah alih meningkatkan proses pembelajaran dan menjadi lebih menarik melalui
kemampuan penyambungan dengan peranti mudah alih seperti internet mudah alih, bluetooth
dan Wi-Fi (rangkaian komputer tanpa wayar kawasan setempat) (Ozdamli & Cavus, 2011).
Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan menunjukkan bahawa teknologi dapat
meningkatkan pencapaian dan memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Oleh itu, untuk
memahami keperluan pembangunan aplikasi di dalam pembelajaran mudah alih, maka satu
kajian dibangunkan untuk melihat keupayaan gabungan ini memberikan kesan yang positif
kepada semua pihak.
Dalam bidang pendidikan, teknologi merupakan salah satu faktor yang turut
mempengaruhi pembaharuan dalam menyokong aktiviti-aktiviti pembelajaran serta
berpotensi dalam membantu menyampaikan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.
Teknologi realiti berperanta telah digunakan dalam beberapa bidang seperti perubatan,
robotik, pembuatan, pembaikan mesin, simulasi pesawat, hiburan, permainan dan pendidikan
(Oda et al., 2009). Beberapa kajian menunjukkan bahawa realiti berperanta dapat
meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran (Medicherla et al., 2010). Walaupun
sesetengah teknologi telah diaplikasikan ke dalam bidang pendidikan tetapi masih ada pelajar
yang menghadapi kesukaran dalam memahami sesuatu isi kandungan pelajaran. Ramai
pelajar dilihat mempunyai kesukaran apabila berhadapan dengan kursus yang mempunyai
konsep yang kompleks serta memerlukan daya visualisasi yang tinggi seperti Kejuruteraan
jalan raya. Dengan bantuan teknologi terkini, penyelesaian masalah berkaitan pembelajaran
dapat diatasi dengan menggunakan aplikasi yang memudahkan pelajar memahami kandungan
pembelajaran melalui penggunaan peta rangkaian lebuh raya Pan Borneo dimana maklumat
seperti pembinaan struktur jalan, infrastruktur, kemudahan saliran, jambatan dan sebagainya
dapat disampaikan kepada pelajar melalui kaedah imbasan imej yang menghasilkan imej
sebenar tanpa perlu berada di tapak pembinaan yang mungkin ratusan kilometer (km) dari
bilik kuliah. Pembelajaran ini lebih menjimatkan masa dan kos kerana adaptasi teknologi
terkini memudahkan proses hanya dengan sentuhan kreativiti dan inovasi. Bermodalkan
keupayaan dalam menambahkan maklumat maya ke dalam dunia sebenar, teknologi aurasma
dilihat mempunyai potensi untuk menggalakkan pelajar belajar di dalam persekitaran yang
autentik. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memberikan perhatian bagaimana
teknologi aurasma boleh membantu pembelajaran dan dapat mencipta pengalaman
pendidikan yang menyeronokkan untuk orang muda khususnya pelajar yang sudah telah
terbiasa dengan rangsangan visual dan interaktiviti.
Cabaran yang dihadapi dalam era pendidikan masa kini ialah mengintegrasikan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Integrasi teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah trend baru dalam pendidikan (Martin et al., 2011). Ini
boleh dilihat daripada kesediaan semua pihak khususnya pendidik menguasai tahap
kemahiran, pengetahuan dan sikap terbuka terhadap teknologi. Ada kajian menunjukkan
bahawa wujud kumpulan pensyarah dan pelajar yang mahir dan aktif menggunakan teknologi
dan aplikasi terkini, tetapi ada segelintirnya tidak atau beranggapan mengatakan tidak perlu
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 127
diberikan penekanan sehingga menganggu proses pembelajaran sebenar. Sepatutnya perlu
ada usaha dan kreativiti pensyarah dan pelajar menggunakan aplikasi mudah alih untuk
kepentingan pembelajaran bagi memudahkan sesi pembelajaran kerana ianya terbukti dapat
menjimatkan masa dan tenaga secara keseluruhan. Kepuasan dan keseronokan belajar hanya
dapat dijelmakan melalui penggunaan teknologi yang memudahkan kita berinteraksi.
Menurut (Shapley et al., 2011), proses pengajaran dan pembelajaran yang disuntikkan oleh
teknologi membolehkan pendidik untuk mempelbagaikan dengan menyediakan isu-isu dunia
nyata dan sumber maklumat semasa dalam pelbagai bidang. Oleh itu, objektif kajian ini
adalah untuk menilai keperluan membangunkan aplikasi pembelajaran mudah alih yang
dikenali sebagai Mobile onSpot (MooS) menggunakan aplikasi HP Reveal. Kajian juga akan
mengenalpasti keberkesanan MooS sebagai aplikasi pembelajaran mudah alih yang boleh
digunakan di dalam pembelajaran. Kajian ini dapat meningkatkan kemahiran pensyarah
menggunakan aplikasi HP Reveal untuk menghasilkan aplikasi pembelajaran maya dan
menggalakkan usaha pensyarah mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk meransang aktiviti
pembelajaran menjadi menarik kreatif dan berinovasi.

Kajian Literatur
Sejajar dengan kemajuan yang semakin ke hadapan, realiti berperanta yang dikenali sebagai
Augmented Reality (AR) merupakan pilihan terbaik khususnya di dalam pembelajaran mudah
alih (m-learning). Realiti berperanta adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh
komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia
sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Selain itu, realiti berperanta juga didefinisikan
sebagai teknologi yang membolehkan pengguna melihat dunia nyata dengan objek yang
dihasilkan komputer ditumpangkan (Medicherla et al., 2010). Hasilnya, pengguna yang
memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud
berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada. Realiti berperanta adalah berbeza dengan
realiti maya dimana realiti maya mencipta satu persekitaran baru yang tiada kaitan dengan
dunia sebenar. Realiti berperanta pula berkeupayaan memaparkan persekitaran yang diambil
dari dunia sebenar dan ditambahkan di atasnya objek lain yang dijana oleh komputer atau
peranti lain. Sejak kebelakangan ini teknologi realiti berperanta semakin berkembang dan
mendapat perhatian ramai tetapi tiada definisi yang konsisten digunakan (Mehlar et.al.,
(2014). Realiti berperanta mempunyai keupayaan untuk mengekalkan pengguna dengan
dunia sebenar semasa berinteraksi dengan objek maya dan fizikal (Tomi & Rambli, 2013).
Selain itu pengkaji lain ada menyatakan bahawa AR boleh didefinisikan sebagai satu perilaku
antara manusia dengan komputer yang terdapat situasi dimana terdapat penambahan objek
maya pada persekitaran sebenar yang dapat dipaparkan melalui kamera video, komputer
dalam masa nyata (Nincarean et al., 2013). Selain daripada itu, dengan wujudnya teknologi
dan bukti penggunaannya di luar negara membuktikan bahawa proses Pengajaran dan
Pembelajaran di mana-mana sekolah atau insitusi di negara ini perlu mengikut peredaran
masa.
Hal ini kerana, penggunaan teknologi ini dapat menerapkan budaya inovasi dalam
kalangan pensyarah, selain menggalakkan pensyarah untuk menjadi lebih kreatif dalam
pengajaran yang membolehkan PdP menjadi lebih interaktif serta dapat membantu
meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia ini. Pelajar lebih mudah faham dan mereka
lebih cepat untuk bertindak balas serta memberi lebih tumpuan terhadap proses pembelajaran
apabila menggunakan perisian multimedia dalam proses pembelajaran (Zaidatun, 2007).
Kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami subjek yang memerlukan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 128
visualisasi dan penggunaan konsep yang kompleks (Shelton, 2003). Oleh itu, AR dilihat
dapat membantu guru atau pendidik memilih kaedah penggunaan teknologi yang sesuai
mengikut subjek yang perlu diajar sekaligus dapat membantu membangunkan aplikasi yang
sesuai dengan kehendak pendidik masa kini (Billinghurst & Dunser, 2012).

Realiti Berperanta Membangunkan Pemikiran Kreatif


Aplikasi AR juga dapat meningkatkan tahap motivasi kepada pelajar dalam pembangunan
pemikiran kreatif, meningkatkan kefahaman dan menukar paradigma pembelajaran murid
tersebut dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran (Huda et.al., 2011). Dengan penerapan
inovasi teknologi AR dalam pembelajaran, suasana pembelajaran yang efektif dapat dicapai
justeru dapat memberikan gambaran dunia nyata dalam sistem pembelajaran serta dapat
mengatasi masalah untuk memahami kandungan pembelajaran dengan lebih mudah
(Wardani, 2015). Dalam erti kata yang mudah, objek maya diperlihatkan wujud dalam
paparan kamera telefon pintar kita AR telah ditakrifkan sebagai bentuk pengalaman yang
muncul dimana dunia nyata dipertingkatkan oleh kandungan komputer yang dihubungkan
dengan lokasi tertentu dan/atau aktiviti (Yuen et.al., 2011). Kandungan yang dijana oleh
komputer mungkin terdiri daripada imej statik, objek tiga dimensi (3D), video atau aktiviti
interaktif seperti pemilihan imej untuk menggambarkan sesuatu kejadian. Unsur-unsur
interaktif ini dalam AR diaktifkan melalui peranti mudah alih, yang mana pengguna dapat
mengakses pada tahap satu dimensi melalui skrin pada komputer desktop, dapat memberikan
multi-dimensi konten pendidikan dan pendidikan dengan kemungkinan bagi pengguna untuk
mencari dan menemukan hubungan antara informasi yang mereka pembelajaran dan dunia
sebenar dan maya (Nugroho, 2013).

Realiti Berperanta Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran


Semasa membuat kerja rumah, pelajar dapat mengimbas elemen tertentu dari buku dan
menerima teks, audio atau video daripada pengajar. Belajar dengan teknologi mudah alih
membolehkan pelajar memperluas perbincangan dan penyiasatan di luar kelas. Ini
membolehkan pelajar berkolaborasi dan mencipta pengetahuan dan berinteraksi dengan
kandungan yang lebih besar. Oleh itu, pembelajaran mudah alih menyokong pandangan
pembelajaran konstruktivis sosial kerana meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar dan
menerapkan kandungan kursus dalam konteks dengan pelajar lain. Realiti Berperanta pada
dasarnya bermaksud interaksi dengan model 3D, dan anda dapat mengatur putaran, ketelusan,
skema warna, gaya dan lain-lain. Bukan rahsia lagi bahawa pelajar yang bermotivasi dan
terlibat akan memahami sesuatu subjek dengan lebih baik dan belajar dengan lebih pantas.
Definisi yang sesuai terhadap inovasi teknologi adalah luas dan mempertimbangkan dengan
teliti istilah mobiliti, peranti mudah alih, dan pembelajaran. Pengetahuan ini mendorong (El-
hussein & Cronje, 2010) untuk mendefinisikan pembelajaran bergerak sebagai "segala jenis
pembelajaran yang terjadi di lingkungan pembelajaran dan ruang yang memperhitungkan
mobiliti teknologi, mobiliti pelajar, dan mobiliti pembelajaran". Pembelajaran mudah alih
(M-learning) merupakan gelombang baru dalam era teknologi pendidikan yang menyediakan
peluang pembelajaran tidak formal, peribadi, sukarela dan tepat bagi para pelajar dan
pendidik.

HP Reveal Di Dalam Aplikasi Mobile onSpot (MooS)


HP Reveal, juga dikenali sebagai Aurasma, adalah salah satu dari jumlah aplikasi perisian
AR yang semakin meningkat yang memungkinkan pengguna untuk mencipta pengalaman
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 129
AR untuk berkongsi maklumat peribadi dengan mereka, untuk membahagikannya secara
terbuka dan menyimpannya dalam akaun individu, bertindak sebagai repositori untuk
pengumpulan maklumat artifak atau objek pembelajaran dapat digunakan semula (LO). HP
Reveal adalah aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma untuk platform mudah alih
iOS dan Android dan sejak laman web ini mula menawarkan perkhidmatan pada tahun 2011,
ia telah melaporkan lebih dari 200 000 pengguna (HP Reveal, 2018). Dengan aplikasi HP
Reveal ini, satu inovasi yang dikenali sebagai Mobile onSpot telah dibangunkan untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih cepat, menarik dan memudahkan pelajar juga
pensyarah. Dengan keadaan lebuhraya Pan Borneo yang panjang, mustahil untuk memastikan
pelajar melihat cara pembinaan jalan raya dalam tempoh waktu yang singkat. Oleh itu,
aplikasi MooS dapat memberikan gambaran sebenar mengenai proses pembinaan lebuh raya
melalui ciri-ciri interaktifnya yang diperolehi secara imbasan dari aplikasi HP reveal. Dengan
konsep imbasan dan paparan, pengguna dapat lebih memahami bagaimana pembinaan, lokasi
projek dan jenis struktur dibina dengan lebih berkesan. HP Reveal dapat mengimbas ikon
yang diprogram dalam bentuk objek dan 'mengubahnya menjadi grafik, animasi atau video’.
Gabungan gambar, animasi dan video dapat dilihat di telefon pintar dan membantu pengguna
memahami apa yang mereka pelajari dengan lebih baik dan lebih berkesan. Dengan
memasukkan elemen digital ke dalam proses pembelajaran, aplikasi ini membantu
memudahkan proses pembelajaran dengan berkongsi inovasi masa depan dengan mereka
yang memerlukan. Aplikasi ini berpotensi untuk dikomersialkan sebagai aplikasi pendidikan
yang menguntungkan pengguna, masyarakat dan bidang kejuruteraan itu sendiri. Walaupun
penggunaan realiti berperanta (AR) meningkat di kebanyakan bidang di era moden ini,
namun begitu kenyataannya dalam pendidikan masih baru dan tidak mencapai sasaran seperti
yang diharapkan. Realiti berperanta mewujudkan persekitaran di mana maklumat yang
dihasilkan oleh komputer dijanakan ke pandangan pengguna mengenai pemandangan dunia
nyata (Chi et al., 2013). Walaupun kemungkinan AR dalam pengajaran dan pembelajaran
sangat baik dan memberikan cara pembelajaran baru, namun penerokaan perlu diteruskan
dengan mempelbagaikan penciptaan ke arah pembelajaran yang lebih maju ke hadapan.
Pengajar perlu mencipta satu tarikan kepada pelajar dan memotivasi mereka dengan lebih
baik ke arah pembelajaran yang berkesan. Manakala pelajar pula perlu menterjemahkan
konsep yang kompleks, serta memperoleh kemahiran praktikal melalui budaya mahu
meneroka teknologi khususnya berkaitan pembelajaran mudah alih dan sebagainya.

Metodologi Kajian
Pembelajaran mudah alih (m-learning) sepatutnya menyediakan semua pelajar dengan akses
yang sama kepada teknologi khususnya yang dibangunkan untuk tujuan pembelajaran.
Pembelajaran mudah alih memberikan interaksi kolaboratif dan peluang belajar untuk
individu atau kumpulan (Uzunboylu et al., 2009). Kaedah pembelajaran mudah alih
sewajarnya memudahkan pelajar untuk mendapatkan sesuatu maklumat melalui alat
komunikasi mudah alih, manakala pakar pendidikan pula cuba mengambil inisiatif untuk
mengaplikasikan penggunaan alat tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui
peranti komunikasi terkini, pelajar lebih berkeupayaan mengakses maklumat melalui
peralatan mudah alih yang mereka miliki tanpa perlu bergerak ke tapak pembinaan projek.
Proses ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga malah dapat mengurangkan kos
pengangkutan dan sebagainya. Teknologi ini diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana pembelajaran mudah alih adalah alat yang berkesan untuk
mengintegrasikan strategi pembelajaran yang dapat diakses melalui peranti mudah alih, yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 130
menyediakan akses kandungan dan menjimatkan masa (Nordin et al., 2010). Penglibatan
pelajar akan lebih ketara dan fokus pelajar lebih terarah kepada proses pengajaran yang
disampaikan. Pembelajaran mudah alih menggunakan aplikasi HP Reveal membolehkan
pelajar menikmati proses pembelajaran dengan lebih baik dan bermakna. Aplikasi Mobile
onSpot (MooS) yang dibangunkan ini dapat mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran disamping menggalakkan penggunaan peranti mudah alih untuk sebarang
aktiviti yang dirancang. Oleh itu, bagi membuktikan kemampuan MooS satu tinjauan
dilakukan merujuk kepada hasil dapatan daripada pelajar dan pensyarah di DUA (2) jabatan
iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi Maklumat.

Instrumen Kajian Dan Pemilihan Sampel


Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data seperti mana yang
dikehendaki oleh penyelidik untuk mencapai objektif kajian. Instrumen kajian ini
menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumbalas seperti pendapat,
pandangan dan penerimaan terhadap pembangunan aplikasi MooS dan keberkesanannya
kepada pelajar di dalam kursus kejuruteraan jalan raya dan lalu lintas. Borang soal selidik
yang disediakana ini mengandungi TIGA (3) bahagian iaitu Bahagian I melibatkan data
demografi peserta seperti jantina, umur, bangsa, kategori pengguna termasuk model telefon
yang digunakan serta jenis platform iaitu IoS atau Android. Bahagian II pula mewakili item
berkaitan kegunaan aplikasi teknologi mudah alih dan Bahagian III pula mengenai
keberkesanan aplikasi MooS terhadap proses pembelajaran. Sebanyak 20 item dikemukakan
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian ini. Skala Likert lima mata
iaitu sangat setuju (5), bersetuju (4), tidak pasti (3), tidak setuju (2), dan sangat tidak setuju
(1) telah digunakan untuk mengukur setiap item yang dikemukakan. Kajian itu dijalankan di
Politeknik Kuching Sarawak dan jumlah peserta adalah seramai 140 orang yang merupakan
pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi Maklumat. Responden
adalah pelajar pengajian diploma dan merupakan kelompok pelajar yang memenuhi ciri-ciri
sebagai responden sepertimana yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan ini, responden akan diberikan borang soal selidik untuk diisi dan
dipulangkan kembali kepada penyelidik untuk tujuan analisis.

Analisis Pengukuran
Analisis pengukuran bertujuan mendapatkan kepercayaan terhadap item soalan yang
dibangunkan. Ujian kebolehpercayaan dikira untuk (20 item) yang memenuhi ciri
pembangunan aplikasi dan keberkesan fungsi bagi mendapatkan nilai Alpha yang terbaik.
Nilai alpha hanya digunakan bagi mengukur satu dimensi bagi satu-satu konstruk. Ini
bermakna, alpha mengukur konsistensi responden terhadap satu-satu konstruk.. Berdasarkan
model pengukuran Rasch, skor nilai Alpha Cronbach yang boleh diterima adalah 0.71-0.99
sepertimana yang diterangkan oleh (El-hussein & Cronje, 2010). Nilai yang dikemukakan
memberikan petunjuk kepada pembuktian kualiti item tersebut. Kajian yang dilakukan ini
telah memberikan nilai alpha Cronbach untuk (20 item) adalah (Alpha = 0.925). Ini
menunjukkan bahawa pembolehubah sangat dipercayai kerana nilai alpha yang dikira lebih
besar daripada 0.7. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif iaitu satu tinjauan secara
soal selidik bagi mendapatkan data kajian.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 131
Rekabentuk Kajian
Secara jelasnya, kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti
dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan aplikasi pembelajaran yang
dibangunkan. Data kuantitatif sifatnya boleh diukur, melalui proses pengukuran dan
memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik atau ujian. Pengkaji berminat untuk
menggunakan kaedah tinjauan deskriptif kerana menurut (Yahya, 2007) tinjauan ini mampu
mengukur dan memberi gambaran tentang keadaan atau ciri-ciri populasi bagi sesuatu isu
mahu pun masalah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan terhadap
pembangunan aplikasi pembelajaran yang dikenali sebagai MooS yang dibangunkan
menggunakan aplikasi HP Reveal untuk kegunaan pelajar di kejuruteraan jalan raya. Reka
bentuk ini digunakan untuk melihat dan menilai keseluruhan aplikasi merangkumi aspek
rekabentuk aplikasi dan keberkesanannya sebagai aplikasi pembelajaran.

Kenalpasti Masalah
Untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan aplikasi ini,
soal selidik adalah cara terbaik untuk mengetahui pendapat daripada responden. Soal selidik
ini disediakan berdasarkan kesusasteraan penyelidikan dan diedarkan oleh responden
mengikut kaedah yang ditetapkan. Oleh itu, proses pengumpulan data, pentafsiran,
perbandingan dan rumusan dapat dibuat dengan menggunakan kaedah ini. Penyelidik
memilih kaedah persampelan secara bertujuan kerana bagi memastikan tujuan kajian
dilakukan secara lebih inklusif dan efektif. Kaedah persampelan secara bertujuan adalah
untuk mendapatkan individu dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Kaedah
persampelan secara bertujuan ini juga dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas dan terperinci mengenai populasi di kawasan kajian penyelidikan

Rekabentuk Produk
Proses pembangunan aplikasi pembelajaran berbantukan telefon mudah alih ini melibatkan
lima fasa utama. Fasa ini dibangunkan mengikut Model ADDIE yang merupakan model reka
bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan
pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Tujuan model ini direkabentuk adalah
untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian
sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model ADDIE ini dipilih
kerana reka bentuk model yang menekankan pengulangan dilakukan untuk setiap fasa. Jika
fasa sedemikian tidak dapat dilakukan dengan baik, proses itu dapat diulang supaya dapat
diselesaikan sepenuhnya. Model ADDIE adalah model awal reka bentuk pengajaran yang
asas kepada model reka bentuk sistem pengajaran lain. Model Pengajaran ADDIE yang
meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Aliran
kerja pada pembangunan aplikasi mudah alih seperti ditunjukkan dalam angka 1 di bawah :
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 132

Analisis

Rekabentuk

Pembangunan

Perlaksanaan

Penilaian

Rajah 1. Carta alir berpandukan model ADDIE

Peringkat Analisis
Pada peringkat ini, proses pembelajaran setiap semester dinilai dengan merujuk kepada hasil
pembelajaran kursus (course learning outcome). Pernyataan CLO meliputi aspek kognitif,
afektif dan psikomotor yang perlu dicapai di akhir setiap kursus yang diambil oleh para
pelajar. Pencapaian ini berkait rapat dengan proses pembelajaran yang berlaku dan
penglibatan pelajar di dalam kelas. Pemerhatian menemukan permasalahan berkaitan fokus
pelajar terhadap proses pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Masalah hilang fokus
sering berlaku disebabkan beberapa faktor yang membabitkan fizikal, mental dan emosi.
Kebanyakan pelajar lebih terfokus kepada telefon bimbit hingga menyebabkan hilangnya
tumpuan kepada sesi pembelajaran. Aktiviti seperti melayari facebook, twitter, instagram,
gaming dan sebagainya melekakan pelajar dan akhirnya proses pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, pembangunan pembelajaran mudah alih amatlah
diperlukan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar selari dengan kehendak kursus
yang ditawarkan.

Rekabentuk Aplikasi
Rekabentuk aplikasi menentukan bagaimana aplikasi ini dibangunkan dengan ciri-ciri yang
telah ditetapkan. Aplikasi pembelajaran mudah alih yang baik haruslah memenuhi kehendak
pengguna dari aspek keperluan rekabentuk, fungsi dan keberkesanannya. Penilaian pengguna
perlu untuk menentukan samada aplikasi ini boleh digunakan atau sebaliknya. Oleh itu,
keperluan rekabentuk akan dinilai oleh pelajar dan pensyarah melalui item-item yang
dibangunkan. Item-item ini telah disenaraikan di dalam borang soal selidik bagi mendapatkan
pandangan mengenai keperluan dan keberkesanan aplikasi yang dibangunkan. Dengan
maklumat ini, penyelidik dapat membuktikan keperluan untuk membangunkan aplikasi ini
untuk kegunaan pelajar dan pensyarah.

Pembangunan Aplikasi Mobile onSpot (MooS)


Produk mobile onspot (MooS) merupakan salah satu inovasi pembelajaran yang dibangunkan
daripada Augmented reality atau Aurasma (Ar) untuk kegunaan pelajar Kursus Kejuruteraan
Jalan Raya dan Lalu lintas bagi memahami cara pembinaan lebuh raya yang sebenar dengan
lebih cepat dan berkesan. Dijenamakan semula sebagai HP Reveal, ianya mempunyai
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 133
keupayaan membolehkan penggabungan secara real-time terhadap kandungan digital yang
dibuat oleh komputer dengan dunia nyata.
Dengan kelebihan HP Reveal ini, pelajar boleh memahami dan mempelajari cara
pembinaan jalan raya dengan lebih cepat dan nyata. Aplikasi ini juga menghasilkan output
dalam bentuk video, grafik dan animasi yang menarik dan menyeronokkan. Dengan
kelebihan ini, pelajar boleh menggunakan telefon bimbit sebagai medium pembelajaran
seiring dengan perubahan masa Ia merupakan program yang dimuatkan ke dalam peranti
mudah alih dan boleh digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh kerana
pembelajaran mudah alih menggunakan peranti mudah alih, kelebihan peranti mudah alih
adalah kerana ia mempunyai pergerakan yang baik. Para pensyarah dan pelajar juga dapat
memudahkan aktiviti pembelajaran di luar kelas (El-hussein & Cronje, 2010). Dengan jarak
pembinaan jalan raya seperti lebuh raya Pan Borneo yang jauh, adalah mustahil untuk
membawa pelajar menikmati dan mempelajari teknik pembinaan jalan raya dengan cepat dan
bersistem. Namun dengan menggunakan aplikasi MooS yang dibangunkan ini, ianya dapat
menunjukkan proses sebenar pembinaan lebuh raya sepertimana yang telah pelajari di dalam
bilik kuliah. Dengan menggunakan teknik imbasan dan tonton daripada aplikasi HP Reveal
yang disediakan di dalam playstore, pelajar mampu melihat dan mempelajari teknik
pembinaan jalan raya hanya dengan membuat imbasan ikon yang disediakan di atas kertas
dengan merujuk kepada jajaran peta lebuh raya yang disediakan.

Perlaksanaan Sebagai Pembelajaran Mudah Alih


Fasa perlaksanaan meperlihatkan keupayaan HP Reveal berfungsi untuk mengimbas ikon
yang diprogramkan dalam bentuk objek dan ‘menghidupkan’ objek tersebut dalam bentuk
grafik, animasi atau video. Objek ini boleh dilihat di dalam telefon pintar dalam bentuk yang
menarik dan menyeronokkan. Secara tidak langsung fokus pelajar kembali kepada telefon
bimbit dan terarah kepada pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan menerapkan
elemen digital di dalam proses pembelajaran dan menambahbaik kepelbagaian aplikasi sedia
ada, aplikasi pembelajaran ini diharapkan dapat memberikan kesan yang positif terhadap
proses pembelajaran. Selain itu aplikasi ini boleh dijadikan satu inovasi yang bermanfaat
kepada semua tenaga pengajar dan pelajar seperti yang dikehendaki.

Pengujian Aplikasi
Aplikasi yang dibangunkan mestilah diuji untuk fungsi (seberapa baik ia bekerja),
kebolehterimaan umum, dan kebolehgunaan. Penilaian produk ialah proses mengukur tahap
keberkesanan produk dengan merujuk kepada pematuhan kriteria seperti memenuhi kehendak
pengguna khususnya pelajar. Ketepatan rupa bentuk dan rekabentuk memberikan impak
kepada penggunaan produk sebagai sebahagian daripada pembelajaran mudah alih.
Realitinya produk ini impak yang positif terhadap proses pembelajaran dan mempunyai
potensi yang baik untuk dikomersialkan sebagai aplikasi pendidikan yang bermanafaat
kepada pelajar, pensyarah dan bidang kejuruteraan itu sendiri.

Pengumpulan Data
Pengumpulan data adalah proses mengumpul dan mengukur maklumat tentang pemboleh
ubah yang disasarkan dalam sistem yang dibangunkan, yang kemudiannya membolehkan
seseorang menjawab soalan-soalan yang relevan dan menilai hasil. Pengumpulan data adalah
satu proses pengumpulan maklumat dari semua sumber yang relevan untuk mencari jawapan
kepada masalah penyelidikan. Data yang dikumpulkan ini akan diproses dan dianalisa.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 134
Kaedah pengumpulan data kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang dibangunkan
dan melalui proses pengesahan pakar.
Soal selidik adalah teknik pengumpulan data yang cekap jika para penyelidik
mengetahui pemboleh ubah yang tepat untuk diukur dan mengetahui apa yang diharapkan
daripada responden (Iskandar, 2008). Teknik pengumpulan data adalah langkah penting
untuk mendapatkan data yang diperlukan.

Menganalisa Data
Data kuantitatif ialah data yang diperolehi daripada tindak balas pelbagai pilihan dan skala
likert yang digunakan dalam item soal selidik. Statistik deskriptif adalah organisasi dan
ringkasan data yang diperoleh daripada pemprosesan data. Data boleh dipaparkan dalam
bentuk jadual, ilustrasi dalam rajah atau graf data atau maklumat. Dalam kajian ini, data-data
yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 20. Kekerapan dan peratus digunakan untuk menganalisis secara
deskriptif bagi kategori demografi responden manakala rekabentuk aplikasi dan
keberkesanannya pula akan menggunakan frekuensi, peratusan dan min sebagai data
dianalisis. Penyelidik telah menggunakan analisis diskriptif untuk menjelaskan kesemua
komponen persoalan kajian bagi setiap dapatan kajian.
Analisis Dan Keputusan
Kaedah analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini dan instrumen soal selidik dipilih bagi
mendapatkan maklumat daripada responden. Dapatan kajian ini dianalisis bagi melihat
frekuensi, peratus serta min bagi setiap bahagian dalam instrumen untuk mencapai keputusan
terhadap objektif kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian ini juga dibentangkan dengan
mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan
pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan. Dengan menggunakan instrumen ini,
para pelajar akan diberikan pilihan untuk menjawab persoalan berkaitan demografi
responden, rekabentuk dan keberkesanan aplikasi sebagai medium pengajaran. Analisis ini
dijalankan mengikut bahagian seperti mana berikut:

Demografi Responden
Kajian itu dijalankan di Politeknik Kuching Sarawak dan jumlah peserta adalah seramai 140
orang yang merupakan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Teknologi
Maklumat. Pelajar dari DUA (2) Jabatan dalam pelbagai kumpulan umur telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Seramai 62 % peserta adalah wanita manakala 38% adalah lelaki.
Di samping itu, 72 % peserta berusia diantara 18-22 tahun dan selebihnya melebihi umur 22
tahun. Statistik mengikut jabatan pula, seramai 68% peserta merupakan pelajar Kejuruteraan
Awam dan 32% peserta kajian dari Jabatan Teknologi Maklumat. Peserta kajian adalah
pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kategori responden menunjukkan seramai 80% pelajar dan 20% adalah pensyarah. Seramai
35% berbangsa Melayu, 46% Pribumi Sarawak, 14% berbangsa Cina, 5% adalah India. Pada
umumnya dari aspek jenis atau jenama telefon bimbit yang digunakan responden, model
Samsung (20%), Huawei (35%), Oppo (28%), Xiaomi (8%) dan lain-lain model (9%).

Keperluan Pembangunan Aplikasi


Teknologi pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia bukan
sahaja untuk mencari maklumat namun ia digunakan dalam proses komunikasi dan proses
penyelesaian masalah dalam tugasan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 135
Hasil kajian yang dijalankan terhadap keperluan aplikasi yang dibangunkan ini
menunjukkan purata skor min yang diperolehi bagi keseluruhan item ialah 4.34. Ini
menunjukkan bahawa pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih boleh diperluaskan
untuk keperluan pelajar dengan mengambilkira keperluan semasa dan permintaan Dengan
kelebihan terkini dan dilengkapi teknologi android dan iOs, aplikasi Mobile onSpot (MooS)
boleh menjadi pemudahcara kepada proses pembelajaran dan menggalakkan penggunaannya
dikalangan pelajar. Moos merupakan satu inovasi pembelajaran digital yang menarik dan
menyeronokkan dengan gabungan aplikasi HP Reveal yang menawarkan aplikasi pelbagai.
Skor min tertinggi yang diperolehi pula ialah 4.46 bagi item MooS menggalakkan
pembelajaran secara terbuka dan boleh diakses oleh pelajar setiap masa. Pembelajaran secara
mudah alih ini tidak tertumpu di dalam kelas tetapi perlu sentiasa di mana-mana dan ia boleh
berlaku ketika bermain, berada di tempat kerja atau di rumah. Kemudahan m-pembelajaran
yang diperkenalkan adalah disebabkan bagi membantu pelajar ke arah pendidikan jarak jauh
terutamanya daripada kekangan masa antara pengajar dan pelajar (Norazah Mohd Nordin,
Mohamed Amin Embi, Helmi Norman, 2017). Ini menunjukkan MooS adalah aplikasi
produktif yang memiliki ciri-ciri interaktif seperti video, grafik dan animasi yang sangat
sesuai dengan permintaan pelajar.
Manakala skor min terendah yang diperolehi ialah 3.23 bagi item MooS mengurangkan
kebergantungan kepada penggunaan komputer riba, peranti paparan dan papan putih.
Keputusan ini dikaitkan dengan penyataan bahawa penggunaan telefon pintar banyak
membazirkan masa dan menjadikan hari-hari mereka kurang produktif namun jika digunakan
dengan sebaiknya telefon pintar boleh dijadikan sebagai satu item yang produktif. Oleh itu,
pembangunan aplikasi mudah alih Mobile onSpot (MooS) menjadikan pembelajaran aktif dan
menjadikan pelajar produktif dengan mengeksploitasikan kelebihan teknologi telefon bimbit
seperti HP Reveal untuk meningkatkan prestasi dan motivasi ke arah pembelajaran yang
berfokus dan berdaya saing

Keberkesanan Terhadap Proses Pembelajaran


Kehidupan kita hari ini sarat dengan teknologi dan agak janggal sekiranya seseorang itu
menolak perkembangan teknologi terkini misalnya penggunaan telefon bimbit, komputer atau
tablet. Jika diperhatikan telefon pintar dan tablet mempunyai prospek cerah sebagai alat
pembelajaran jika digunakan dengan baik dan berkesan. Selain itu, teknologi dan pendekatan
harus bergerak seiring, dalam membangun pendidikan berterusan. Penggunaan telefon bimbit
memberikan kesan yang positif kepada pengguna jika dimanafaatkan dan membuka ruang
pembelajaran menjadi lebih luas. Keberkesanan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar
pendidikan banyak membantu mereka dalam kekangan-kekangan seperti masa, tempat dan
pendekatan pembelajaran (Kamrozzaman et al., 2019). Kajian yang dilakukan mengenai
keberkesanan aplikasi MooS terhadap proses pembelajaran, purata skor min bagi keseluruhan
item adalah 3.47. Skor min tertinggi pula diperolehi ialah 4.53 bagi item MooS membentuk
sikap positif dan produktif dikalangan pelajar. Tinjauan mendapati melalui penggunaan
telefon bimbit sebagai trend semasa khususnya di dalam komunikasi antara pelajar ianya
akan membantu memudahkan proses belajar dan pertukaran maklumat berlaku. Dalam
pendidikan sepanjang hayat, kemudahan m-pembelajaran pada masa ini memberikan peluang
untuk berkomunikasi antara rakan sekelas dan memperoleh maklumat berkaitan kursus
dimana-mana dan pada bila-bila sahaja (Fernández-López et al., 2013). MooS membolehkan
perkongsian maklumat secara pintar dengan menyediakan sumber maklumat dari jauh seperti
cara pembinaan jalan raya kepada pelajar tanpa perlu menghadiri lawatan tapak.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 136
Dalam kajian ini skor min terendah iaitu 4.27 bagi item MooS membolehkan pelajar
akses kepada sumber pembelajaran secara maya tanpa perlu berada di lapangan kerja. Secara
keseluruhan hasil kajian terhadap keberkesanan aplikasi MooS yang dibangunkan telah
memberikan impak yang positif melalui pembelajaran alternatif untuk dimanafaatkan oleh
pelajar. Aplikasi ini secara tidak langsung mengurangkan penggunaan telefon hanya semata-
mata untuk keseronokan sahaja malah boleh dimanfaatkan untuk tugasan yang lain yang
lebih baik. Kecanggihan teknologi tidak dapat dinafikan kerana ia mempunyai banyak
kebaikan dan memudahkan urusan seharian terutama dalam urusan komunikasi, menyiapkan
tugasan, alat pembelajaran atau penghantaran dokumen secara pantas.

Kesimpulan dan Cadangan


Secara ironinya, banyak manafaat diperolehi melalui pembangunan aplikasi MooS untuk
pembelajaran menggunakan telefon bimbit di kalangan pelajar. Aplikasi yang menawarkan
kepakaran HP Reveal banyak membantu meningkatkan prestasi pelajar melalui proses
pembelajaran secara berkesan. Dengan kelebihan yang diperolehi melalui aplikasi MooS ini,
pelajar dapat mengaplikasi dan mengakses dengan lebih mudah dan berkesan di dalam kelas
melalui telefon bimbit yang dimiliki oleh pelajar. Melalui pendekatan penggunaan teknologi
di dalam pendidikan untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar, dapatan kajian
secara tidak langsung menunjukkan penerimaan positif terhadap penggunaan telefon bimbit
semasa pembelajaran. MooS merupakan kaedah pembelajaran mudah alih yang memenuhi
permintaan berdasarkan keperluan pendidikan masa kini. Pendidikan abad ini, menggalakkan
kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu dipenuhi dan akan berubah
mengikut perubahan masa. MooS merupakan satu inovasi pembelajaran yang berjaya dan
boleh menyelesaikan masalah hilangnya fokus pelajar semasa proses pembelajaran berlaku.
Selain meningkatkan pencapaian pelajar, ianya mampu mewujudkan satu suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Berkonsepkan aplikasi digital, MooS mempunyai ciri-
ciri yang digemari bercorak interaktif seperti video, grafik, animasi dengan imej yang
bersesuaian. Dengan menawarkan aplikasi pembelajaran secara terbuka dan mudah diakses,
MooS berjaya mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan komputer, peranti paparan
atau papan putih malah berjaya mempraktikkan kaedah pembelajaran yang mantap melalui
penggunaan aplikasi mudah alih. Dengan dapatan kajian ini, dapat dibuktikan bahawa MooS
merupakan salah satu aplikasi produktif yang dibangunkan untuk keperluan pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus Kejuruteraan Jalan Raya
Selain itu, dapatan kajian terhadap keberkesanan aplikasi pembelajaran dalam
kalangan pelajar menunjukkan bahawa wujudnya potensi untuk menggunakan konsep
pembelajaran mudah alih untuk lain-lain kursus yang bersesuaian. Selain itu, MooS mampu
meningkatkan komunikasi pelajar dan menggalakkan aktiviti semasa proses pembelajaran
berlaku. Aplikasi MooS ini berjaya mengurangkan kebergantungan kepada pensyarah,
dengan membuka peluang untuk pelajar akses kepada maklumat melalui konsep baca, imbas
dan tonton. Perlaksanaan aplikasi ini dikalangan pelajar adalah selaras dengan hasrat
mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan perkongsian maklumat daripada industri
pembinaan khususnya di dalam aspek pembinaan jalan raya atau lebuh raya. MooS
berkeupayaan memberikan gambaran sebenar pembinaan jalan raya melalui pendekatan
visual yang diperolehi dari tapak pembinaan seperti projek pembinaan Pan Borneo di
Sarawak yang merupakan projek berskala besar yang dibangunakan melaui perkongsian
pintar kerajaan persekutauan dan kerajaan negeri. Dengan menggunakan HP Reveal, setiap
imej yang disediakan di atas kertas berbentuk imej atau ikon dapat menghasilkan imej hidup
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 137
seperti video, animasi dan gambar. Imej interaktif ini kelihatan menarik dan dilengkapi
dengan sumber yang dipercayai daripada lapangan kerja sebenar.
Secara tidak langsung MooS berkeupayaan membentuk sikap positif dan produktif
pada diri pelajar serta menjadikan pembelajaran lebih berkualiti dengan memanafaatkan
teknologi mudah alih yang menjimatkan masa dan kos. MooS yang memiliki ciri-ciri
rekabentuk, penggunaan yang mengkagumkan mampu menjadikan kursus kejuruteraan jalan
raya lebih berjaya melalui pendekatan yang berbeza berbanding pendekatan yang biasa
dipraktikkan sekarang ini

Cadangan
Saat ini, dunia telah menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber teknologi moden
yang paling produktif. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan
sehingga memberi impak kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang membawa
dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah memberi kesan yang
amat besar dan mengubah landskap kehidupan manusia sejagat tanpa mengira peringkat usia.
Malah, perkembangan teknologi yang cukup pesat dewasa ini juga menyebabkan sarjana
turut memecahkan agihan masyarakat berdasarkan kepada penguasaan teknologi (Su et al.,
2014). Lantaran itu, pelbagai pilihan ditawarkan secara percuma atau berbayar kepada
pengguna untuk menikmati aplikasi dan teknologi moden ini dengan syarat ianya
dimanafatkan untuk kepentingan diri dan keperluan manusia. Begitu juga dengan aplikasi
Mobile onSpot (MooS) yang juga menawarkan kemudahan melalui pembelajaran mudah alih
yang dibangunkan khusus untuk pelajar kejuruteraan awam, Politeknik Kuching Sarawak.
Terdapat beberapa cadangan dibincangkan di dalam kajian ini, antaranya memastikan
aplikasi ini dibudayakan dan dipraktikkan dikalangan tenaga pengajar atau pensyarah iaitu
melalui pendedahan kepada aplikasi pembelajaran mudah alih, pembelajaran atas talian,
Internet of Thing (IoT), Artifacial intelligent (Ai) dan lain-lain perlu dipergiatkan kepada
pensyarah di bidang Kejuruteraan Awam. Selain itu, pensyarah diberikan peluang untuk
mempelajari teknologi terkini melalui kursus-kursus dan seterusnya membangunkan aplikas
ini mengikut keperluan semasa.

Rujukan
Billinghurst, M., & Dunser, A. (2012). Vocational Training Council Note : IEEE Computer Society, 56–63.
Chi, H. L., Kang, S. C., & Wang, X. (2013). Research trends and opportunities of augmented reality
applications in architecture, engineering, and construction. Automation in Construction, 33, 116–122.
https://doi.org/10.1016/j.autcon.2012.12.017
El-hussein, M. O. M., & Cronje, J. C. (2010). International Forum of Educational Technology & Society
Defining Mobile Learning in the Higher Education Landscape Published by : International Forum of
Educational Technology & Society Defining Mobile Learning in the Higher Education Landscape.
Journal of Educational Technology & Society, 13(3), 12–21. https://doi.org/101.203.171.2
Fernández-López, Á., Rodríguez-Fórtiz, M. J., Rodríguez-Almendros, M. L., & Martínez-Segura, M. J. (2013).
Mobile learning technology based on iOS devices to support students with special education needs.
Computers and Education, 61(1), 77–90. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2012.09.014
Hashemi, M., Azizinezhad, M., Najafi, V., & Nesari, A. J. (2011). What is mobile learning? Challenges and
capabilities. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 30, 2477–2481.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2011.10.483
Reveal, H. P. (2018). HP reveal. hpreveal. com.
Huda Wahida, R., Fauziah, B., Harryizman, H., Ali Yusny, D., Haslina, M., & Norida, M. D. (2010). Using
Augmented Reality for Supporting Learning Human Anatomy in Science Subject for Malaysian Primary
School.
Iskandar. 2008. Metodologi Penelitian Pendidikan dan Sosial (Kuantitatif dan Kualitatif). Jakarta: GP Press.
Kamrozzaman, N. A., Badusah, J., & Wan Mohammad, W. M. R. (2019). Heutagogy Approach : Effectiveness
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 138
of M-Learning For Lifelong Learning Education/ Pendekatan Heutagogi :Keberkesanan M-Pembelajaran
untuk Pendidikan Sepanjang Hayat. Sains Humanika, 11(3), 53–61.
https://doi.org/10.11113/sh.v11n3.1496
Martin, S., Diaz, G., Sancristobal, E., Gil, R., Castro, M., & Peire, J. (2011). New technology trends in
education: Seven years of forecasts and convergence. Computers and Education, 57(3), 1893–1906.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2011.04.003
Medicherla, P. S., Chang, G., & Morreale, P. (2010). Visualization for increased understanding and learning
using augmented reality. MIR 2010 - Proceedings of the 2010 ACM SIGMM International Conference on
Multimedia Information Retrieval, 441–443. https://doi.org/10.1145/1743384.1743462
Mehler-Bicher, A., & Steiger, L. (2014). Augmented Reality: Theorie und Praxis. Walter de Gruyter GmbH &
Co KG
N. Selwyn, Education & Technology. Key Issues & Debates. 2011
Nincarean, D., Alia, M. B., Halim, N. D. A., & Rahman, M. H. A. (2013). Mobile Augmented Reality: The
Potential for Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 657–664.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.385
Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi, Helmi Norman, E. P. (2017). Mobile learning in higher
education in the Asia-Pacific Region : harnessing trends and challenging orthodoxies.
https://doi.org/10.1007/978-981-10-4944-6
Nordin, N. M., Hamzah, M. I., Yunus, M. M., & Embi, M. A. (2010). The mobile learning environment for the
in-service school administrators. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(C), 671–679.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.10.091
Nugroho, M. B. (2013). 済無No Title No Title. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–
1699. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Oda, O., Lister, L. J., White, S., & Feiner, S. (2009). Developing an Augmented Reality Racing Game.
https://doi.org/10.4108/icst.intetain2008.2472
Ozdamli, F., & Cavus, N. (2011). Basic elements and characteristics of mobile learning. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 28, 937–942. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2011.11.173
Shapley, K., Sheehan, D., Maloney, C., & Caranikas-Walker, F. (2011). Effects of technology immersion on
middle school students’ learning opportunities and achievement. Journal of Educational Research,
104(5), 299–315. https://doi.org/10.1080/00220671003767615
Shelton, H. (2003). Exploring a Cognitive Basis for Learning. Science, 1, 323–357.
Su, C., & Zakiah, N. (2014). Persepsi Dan Penggunaan Media Sosial Dari Perspektif Ibu Bapa: Satu Analisis
Kualitatif (Perception and the Use of Social Media From the Perspectives of Parents: a Qualitative
Analysis). Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 30(Special Issue), 43–74.
https://doi.org/10.17576/jkmjc-2014-30si-04
Tomi, A. Bin, & Rambli, D. R. A. (2013). An interactive mobile augmented reality magical playbook: Learning
number with the thirsty crow. Procedia Computer Science, 25, 123–130.
https://doi.org/10.1016/j.procs.2013.11.015
Uzunboylu, H., Cavus, N., & Ercag, E. (2009). Computers & Education Using mobile learning to increase
environmental awareness. Computers & Education, 52(2), 381–389.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2008.09.008
Wardani, S. (2015). Pemanfaatan Teknologi Augmented Reality (Ar) Untuk Pengenalan Aksara Jawa Pada
Anak. Jurnal Dinamika Informatika, 5(November), 1–13.
Yahya, A. (2007). Menguasai Kajian dalam Pendidikan: Teori, Analisa, dan Instrumen Data. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
Yuen, S. C. Y., Yaoyuneyong, G., & Johnson, E. (2011). Augmented reality: An overview and five directions
for AR in education. Journal of Educational Technology Development and Exchange (JETDE), 4(1), 11.
Zaidatun, T. et al. (2007). Technology Convention 2007 " 1st International Malaysian Educational Technology
Convention. Educational Technology, November.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 139

FAKTOR KREDIBILITI YOUTUBE SEBAGAI MEDIUM AGAMA

Azfaedahanim Azis

Abstrak
YouTube merupakan salah satu media teknologi digital yang digunakan bukan sahaja untuk
hiburan tetapi juga sebagai sumber ilmu agama terutamanya bagi generasi muda. Saluran
YouTube mudah digunakan oleh sesiapa sahaja secara dua hala iaitu sebagai sumber
mendapatkan maklumat dan memberikan maklumat atau berkongsi idea dengan sasaran
pengguna. Dengan suatu kata kunci, YouTube boleh di manfaatkan untuk tujuan pendidikan
agama dengan mudah kepada semua terutamanya generasi muda masa kini. Limpahan
maklumat dalam YouTube bagaimanapun menerima persepsi berbeza dari segi kredibiliti
YouTube dalam menyampaikan maklumat tentang agama. Ia menimbulkan persoalan tentang
apakah faktor kredibiliti yang mempengaruhi saluran YouTube yang ditonton sebagai
medium agama. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi
kredibiliti saluran YouTube sebagai saluran media berkaitan agama. Kajian ini dapat
membantu pendakwah untuk membentuk saluran YouTube yang menjadi medium agama
terpilih atas sebab tingginya kredibiliti saluran YouTube yang dibentuk.

Kata Kunci : Kredibiliti, Kredibiliti Sumber, Kredibiliti Maklumat, YouTube

Pengenalan
Masyarakat era industri 4.0 masa kini menerima internet sebagai satu teknologi yang
sewajarnya di manfaatkan dalam semua bidang termasuk komunikasi dan penyampaian
maklumat. Malah, penggunaan teknologi maklumat dan internet masa kini merupakan satu
keperluan dan menggambarkan tahap kepintaran yang tinggi (Baharom, 1993; Ab. Hamid A.,
Fadzli A. et all, 2014). Kemudahan penggunaan dan cakupan pencapaian yang luas telah
menarik golongan agama mengguna pakai internet sebagai media untuk berdakwah. Dr.
Muhammad ‘Uthman El-Muhammady” menyarankan agar sarjana Islam, ulama, pakar ICT
Islam, pendakwah dan umat Islam seluruhnya patut memanfaatkan internet yang dianggap
sebagai peluang penting bagi meninggikan kalimah Allah dengan lebih luas (Muhammad
‘Uthman, 2000 : 66; Mohd Sobhi I., 2016).
YouTube merupakan salah satu media yang digunakan secara meluas sebagai hiburan,
pencarian dan perkongsian maklumat terutama di kalangan generasi muda. Ia berbentuk
tayangan video yang boleh dikongsi oleh sesiapa sahaja. Tayangan video tersebut boleh
merupakan rakaman penuh atau disunting mengikut selera pihak yang memuat naik video
tersebut ke dalam YouTube. YouTube juga memberi kemudahan penggunanya untuk
memberi komen dan berinteraksi antara satu sama lain.
Menurut Meyerson (2010) di dalam penulisan Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd
Sobhi Ishak, et all. (2016), sejumlah 72 jam durasi video telah di muat naik di YouTube
setiap minit. Pada 2012 sahaja, AmanzTV melaporkan YouTube mendapat lebih 1 juga
tontonan dengan 20 minit purata penggunaan sehari. Pencarian penyelidik Norizah Aripin,
Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all. (2016) pada 29 April 2016 mengenai beberapa
maklumat asas Rukun Islam dalam YouTube menggunakan kata kunci ‘syahadah’ (30,700
video), ‘solat’ (357,000 video), “Puasa” (438,000 video), zakat (178,000 video), dan Haji
(1,430,000 video). Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all. (2016) dalam
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 140
penulisannya melaporkan kajian Umar Halim dan Samsudin A. Rahim (2011) terhadap 392
generasi muda Muslim di Jakarta mendapati 93 peratus responden menggunakan internet
untuk melayari web keagamaan. Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong Abdullah
et. all., 2014 dalam kajiannya terhadap penggunaan blog mendapati pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) menggunakan blog sebagai medium agama bukan disebabkan faktor
kegunaan teknologi. Sebaliknya, faktor utama yang mendorong mereka adalah kesenangan
menggunakan teknologi itu sendiri (Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, Wan Solihin Wong
Abdullah et. all., 2014).
Kemunculan ustaz YouTube iaitu gelaran bagi penceramah tidak bertauliah wujud
sebagai satu fenomena masa kini. Kandungan yang disunting, dipotong mengikut tumpuan
kandungan spesifik yang ingin ditonjolkan sahaja, nama samaran yang digunakan semuanya
boleh membawa kepada isu kekeliruan, kepercayaan dan kesahihan ilmu yang disampaikan.
Limpahan maklumat dalam talian ditambah dengan kebergantungan terhadap internet dalam
kalangan pencari maklumat, telah menimbulkan isu kredibiliti dan kualiti penyampai (Noor
Azlin Bidin & Normah Mustaffa, 2012; Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et
all. 2016) dalam saluran yang digunakan. Perkembangan teknologi yang memberi berbagai
kemudahan menimbulkan isu kredibiliti media yang digunakan. Ia menimbulkan persoalan
tentang apakah faktor kredibiliti yang mempengaruhi saluran YouTube yang ditonton sebagai
medium agama.
Islam sebaliknya sangat menekankan kepada kesahihan dan kredibiliti maklumat yang
disebarkan mahupun yang diterima. Allah telah berfirman dengan jelas dalam surah al-
Hujurat ayat 6 mengenai kredibiliti maklumat.
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu
mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Ayat ini jelas menuntut agar umat Islam mengenal pasti kesahihan maklumat yang
diterima dan disebarkan demi keharmonian dan kemaslahatan ummat. Dengan berpandukan
hanya satu sumber internet seperti YouTube, kemungkinan berlaku kesalahan fakta adalah
tinggi contohnya seperti tafsiran ayat dari versi Israeliyat (Syed Muhammad Dawilah &
Mohd Lutfi, 2009; Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all, 2016) dan
sebagainya. Menurut Menurut Mohd Sobhi Ishak, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong et. All,
(2011), internet mempunyai potensi menukar berbagai aspek pemahaman dan gambaran
agama.
Di Malaysia, Sinar online pada 29 Disember 2015 melaporkan bahawa Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) sememangnya memantau dan menyekat video video
YouTube yang boleh menjejaskan akidah Ahlussunnah Wal Jamaah atau mengganggu
keharmonian masyarakat negara ini (Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all.
: 2016). Nursalihah, Yohan, Noor Raihani, et all, (2017), dalam kajiannya mendapati belia
Malaysia yang terlibat dengan gerakan Islam radikal banyak didororong dan dipengaruhi oleh
media sosial seperti YouTube.
Menurut Iovino (2011) terdapat kelebihan penggunaan YouTube, namun masih
terdapat persoalan yang tidak terjawab mengenai cara generasi muda menggunakan teknologi
ini (Norizah Aripin, Awan Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all. (2016). Kebanyakkan kajian
lepas yang dilakukan adalah kajian umum terhadap internet dan penggunaan blog. Justeru,
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor kredibiliti bagi saluran YouTube sebagai
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 141
saluran media berkaitan agama. Kajian ini dapat membantu pendakwah untuk membentuk
saluran YouTube yang menjadi medium agama terpilih atas sebab tingginya kredibiliti
saluran YouTube yang dibentuk.

Sorotan Kajian

Kredibiliti Sumber (Penceramah)


Hasil dapatan kajian oleh Rieh, 2000, 2002; Rieh & Belkin, 1998, 2000; Zulkiple 2010;
Mohd Sobhi Ishak, Mohd Nizho Abdul Rahman et. all, 2011 berkenaan kualiti maklumat
dalam pelayaran maklumat internet mendapati kredibiliti sumber merupakan kriteria utama
yang digunakan oleh seseorang dalam menentukan kualiti maklumat yang dicari (Mohd
Sobhi Ishak, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong et. all (2011). Ini selari dengan dapatan
kajian yang mengatakan maklumat berkenaan agama yang disampaikan dalam YouTube akan
lebih dipercayai bergantung kepada kredibiliti penceramah (Norizah Aripin, Awan Ismail,
Mohd Sobhi Ishak, et all., 2016) dan latar belakang penceramah (Norizah Aripin, Awan
Ismail, Mohd Sobhi Ishak, et all., 2016) itu sendiri. Faktor kredibiliti sumber ini terutamanya
penting bagi maklumat dari sumber digital berbanding maklumat bercetak.
Dalam kajiannya membentuk skala kredibiliti maklumat internet Mohd Sobhi Ishak,
Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong et. all, 2011 mendapati antara lima aspek yang penting
perlu dimasukkan di dalam skala tersebut adalah kebolehgantungan terhadap penulis
(R2=0.71), hubungan penulis dan rujukannya (R2=0.63), integriti penulis (R2=0.38) dan
daya tarikan penampilan (R2=0.51).
Para pelayar internet melihat penyampai dari dua peringkat iaitu peringkat institusi dan
individu. Institusi akademik dan kerajaan dilihat sebagai badan yang mempunyai kredibiliti
yang tinggi dalam penyampaian maklumat. Manakala individu yang mempunyai kredibiliti
yang tinggi dalam penyampaian maklumat adalah individu yang mempunyai pangkat dan
kuasa dalam bidang yang disampaikan.
Islam sememangnya menegaskan kepentingan merujuk dan mendapatkan sesuatu
maklumat dari individu yang pakar dalam sesuatu bidang tersebut. Pelbagai ciri telah
digariskan di dalam Al Quran yang perlu ada dalam penyampaian maklumat untuk
menjadikannya berkredibiliti. Antara ciri yang terdapat di dalam Al Quran adalah sifat-sifat
amanah, adil, dipercayai, beriman, ihsan, benar, bertanggungjawab serta menggunakan
kaedah penyampaian yang baik (Mohd Sobhi Ishak, Mohd Nizho et all, 2011)
Dalam ilmu Hadith, Imam Al-Shafi’e turut menggariskan syarat-syarat yang perlu ada
pada seseorang perawi bagi membolehkan Hadith yang diriwayatkan itu diterima. Menurut
Imam Al-Shafie antara sifat yang perlu ada pada seseorang perawi adalah ianya perlu
merupakan seorang yang dipercayai dalam agamanya, benar dalam penulisannya, memahami
apa yang ditulis dan mempunyai daya ingatan yang baik (Mohd Sobhi Ishak, Siti Zobidah
Omar, Jusang Bolong et. all, 2011).

Kredibiliti Maklumat (Kandungan)


Terdapat banyak kajian dalam menentukan ciri-ciri maklumat internet yang berkredibiliti.
Antara ciri yang dicadangkan adalah ketepatan, tujuan (Brandt, 1993; O’Neil, 2002; Tillman,
2003), terkini (Brandt, 1993; O’Neil, 2002; Tillman, 2003; Williams & Nicholas, 2001),
kelengkapan (Williams & Nicholas, 2001), pemilikan, kebolehgantungan capaian,
kemudahan mencari sumber (Cooke, 1999) dan kebolehgunaan (O’Neil, 2002) (Mohd Sobhi
Ishak, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong et. all, 2011). Bagaimanapun, kebanyakkan ciri ciri
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 142
kredibiliti maklumat ini adalah berdasarkan dari perspektif psikologi dan sosiologi. Azimi
Hamzah, et al, 2007 dilaporkan oleh Mohd Sobhi Ishak, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong
et. all, 2011 mengatakan ciri-ciri kredibiliti maklumat mungkin berbeza jika dilihat dari aspek
keagamaan terutama dari perspektif Islam.
Hasil kajian Mohd Sobhi Ishak, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong et. all, (2011) dari
penilaian mereka terhadap maklumbalas pengguna pengguna Islam yang mencari maklumat
atas talian memperoleh lima aspek penting dalam membentuk Skala Maklumat Internet
Berkredibiliti. Keaslian sumber (R2=0.54) adalah ciri berkaitan dengan kandungan maklumat
yang disampaikan.

Cadangan Kerangka Konsep kajian

Rajah 1. Kerangka konsep penyelidikan

Berdasarkan kepada perbincangan sorotan kajian dan isu semasa yang dibincangkan,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, kajian ini mencadangkan dua pemboleh ubah utama
yang boleh mempengaruhi kredibiliti YouTube sebagai medium atau platform untuk
berdakwah khususnya dalam penyampaian ilmu berkaitan Islam.

Kesimpulan
Ajaran agama Islam perlu berdasarkan dua sumber utama iaitu Al-Qur’an dan Sunnah. Islam
juga mengajar sebarang maklumat yang disebarkan perlu benar dan dari sumber yang sahih.
Justeru sebarang sebaran maklumat berkaitan agama Islam perlulah dipastikan kredibilitinya.
Perkara ini lebih penting di era internet dan teknologi digital masa kini yang memudahkan
penyampaian maklumat dalam berbagai saluran internet. Terdapat banyak kajian mengenai
kredibiliti maklumat melalui carian internet umum terutama dalam ilmu psikologi dan
sosiologi. Kajian berkenaan kredibiliti khusus kepada YouTube dalam bidang agama masih
boleh ditingkatkan. Menilai kredibiliti YouTube sebagai medium dalam menyampaikan
maklumat berkenaan agama Islam merupakan suatu yang penting. Kredibiliti sumber iaitu
penyampai dan kredibiliti maklumat yang disampaikan adalah dua faktor kredibiliti yang
menentukan kredibiliti sesebuah saluran YouTube. Kajian ini penting bagi bagi membantu
pendakwah untuk membentuk saluran YouTube yang menjadi medium agama terpilih atas
sebab tingginya kredibiliti saluran YouTube yang dibentuk.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 143

Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada bimbingan penulisan dari Dr. Dicky Wiwitan Toto
Ngadiman serta Pn. Kamiliah Sulimat dan Pn. Norzila Salim yang telah menyokong
perlaksanaan penyelidikan dan penulisan di kalangan rakan-rakan.

Rujukan
Ab. Hamid A., Fadzli A, Wan Solihin W.A, Wan Abd. Aziz W.A (2014). Penerimaan Blog sebagai medium
agama dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Proceeding of the International Conference on Arabic
Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9). 4-5 March 2014, Kuala
Lumpur, Malaysia.
AmanzTV (3 Oktober 2012). Google: Pengguna Internet harian di Malaysia berjumlah 4.5 juta orang.Diakses
pada 1 Julai 2013 daripada http://amanz.my/2012/10/google-pengguna- internet-harian-di malaysia-
berjumlah-4-5-juta-orang/.
Baharom K. (1993). “Era IT beberapa isu disekitarnya & Bagaimana badan-badan Islam boleh berperanan”.
Kertas kerja seminar penggunaan komputer anjuran PMAIUM : K.Lumpur, 25&26 September, p. 5
Iovino, P. (2011). An estimation of the Technology Acceptance Model and usage intensity on online
socialnetworks: The Luiss Students Case. Diakses pada 1 Julai 2013 daripada
http://tesi.eprints.luiss.it/6080/1/iovino-tesi-2011.pdf.
Meyerson, M. (2010). Success secrets of the social media marketing superstars. USA: Entrepreneur Media Inc.
Mohd Sobhi I. (2014). Pemodelan penerimagunaan maklumat berkaitan Islam di internet : Pengaplikasian
Model Penerimaan Teknologi (TAM). Journal of Technosocial, ISSN 2229-8940, Vol.6 No.2 December
2014
Mohd Sobhi I. Mohd Nizho A.R, Mohamad Khadafi H. R (2011). Pembangunan dan Pengesahsahihan Model
Pengukuran Kredibiliti Penyampai Maklumat Dari Perspekti Islam.
Mohd Sobhi I., Siti Zobidah O., Jusang B. et all (2011). Internet’s Islamic Information Credibility Scale (IIICS).
Ulum Islamiyah Vol 6. 2011
Muhammad 'Uthman, E. (2000). Adaptasi pendekatan dakwah dalam era globalisasi. Dalam S.M.S. Shaikh
Mohd Saifuddeen (Eds.), Memahami Islam melalui teknologi maklumat dan komunikasi. (pp. 109-122).
Kuala Lumpur: Unit Penerbitan IKIM.
Noor Azlin B. & Normah M. (2012). Blogosphere: how youth perceived blogs credibility. Jurnal Komunikasi;
Malaysian Journal of Communication, 28 (1). pp. 33-54. Diakases pada 30 April 2016 daripada
http://journalarticle.ukm.my/5340/1/V28_1_33- 54.pdf
Norizah A., Awan I., Mohd Sobhi I. et all (2016). “YouTube” dan generasi muda Islam : Satu pendekatan
kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication. Jilid 32 (1) 2016: 371-400 E-ISSN: 2289-1528. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2016-
3201-18
Nursalihah A.R, Yohan K, Noor Raihani Z . et. all (2017). Faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan
keterlibatan belia di Malaysia dalam gerakan Islam radikal. Malaysian Journal of Youth Studies MJYS Vol
17 Dec 2017-5-14
Sinar Online. (29 Disember 2015). ‘Ustaz YouTube’ dipantau dengan kerjasama jabatan agama. Diakses pada
29 April 2016 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/ustaz- youtube-dipantau-dengan-
kerjasama-jabatan-agama-1.466776
Syed Muhammad Dawilah, A.I & Mohd Lutfi, S. (2009). Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era
Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti, Dewan Tunku Ibrahim Ismail,
UTHM, 2-3 Disember 2009. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. (1997), Darul Fikir: Kuala Lumpur.
Umar Halim & Samsudin A. R. (2011). Penglibatan digital: Akses dan penggunaan e-agama dalam kalangan
generasi muda Muslim. Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 27 (2). pp. 121-135.
Diakases pada 30 April 2016 daripada http://journalarticle.ukm.my/3254/1/V27_2_7.pdf.
Zulkiple, A. G. (2010). Dakwah dalam era siber di Malaysia. Bandar Baru Nilai: Universiti Sains Islam
Malaysia.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 144

PENGARUH ORANG BELANDA TERHADAP PELANCONG DI TAMAN NEGARA


BAKO SARAWAK

Hayati Ibrahim, Noorazyla Mohd Nasri dan Noranira Maamin

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tarikan ‘Orang Belanda’ atau Monyet
Belanda di Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak. Sampel kajian telah diambil daripada 67
orang pelancong yang baru sahaja balik daripada mengunjungi Taman Negara Bako. Mereka
terdiri daripada pelancong luar negara dan pelancong dalam negara yang telah melihat Orang
Belanda. Teknik persampelan mudah digunakan dalam kajian ini kerana sangat menjimatkan
masa, mudah dan berkesan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang
soal selidik yang telah dibangunkan oleh pengkaji sebagai instrumen kajian. Dua orang pakar
telah dilantik untuk meneliti kandungan borang soal selidik ini bagi menentukan kesahan
instrumen. Mereka terdiri daripada Ketua Progam Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Politeknik Sultan Idris Shah dan pegawai Kementerian Pelancongan Sarawak. Kajian rintis
menunjukkan nilai Alpha Cronbach terhadap 19 item adalah 0.829 yang menunjukkan alat
kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima untuk digunapakai.
Data telah dianalisis secara statistik deskriptif frekuensi dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Versi 17.0. Dapatan kajian dapat digunakan untuk menjawab
ketiga-tiga soalan kajian iaitu tujuan utama kedatangan pelancong-eko ke Taman Negara
Bako sememangnya adalah untuk melihat keunikan Orang Belanda. Dapatan menunjukkan
ekopelancong berasa sangat berpuas hati apabila dapat melihat keunikan Orang Belanda dan
ciri yang paling unik pada haiwan ini adalah hidungnya yang panjang yang digunakan untuk
menarik perhatian Orang betina. Rasional kajian ini adalah haiwan ini merupakan satu-
satunya haiwan yang hanya boleh didapati di Borneo. Ia telah menjadi mascot untuk acara
Myfest 2015 dan ikon di Taman Negara Bako. Memandangkan haiwan ini semakin pupus,
adalah dicadangkan agar penyelesaian dilakukan kepada pemuliharaan haiwan ini dari segi
penambahbaikan rangka kerja undang-undang; penyusunan semula latihan teknikal daripada
institusi yang bertanggungjawab; kempen pendidikan dan kesedaran; integrasi pembangunan
dan pemuliharaan yang sesuai; pengembangan rangkaian kawasan yang dilindungi; dan usaha
mengurangkan halangan kewangan. Walaubagaimanapun, komitmen yang serius dan
berkesan serta sokongan politik di peringkat nasional dan antarabangsa adalah yang paling
penting bagi menyelesaikan masalah pemuliharaan haiwan ini.

Kata Kunci : Orang Belanda, Taman Negara Bako, Pelancong

Abstract
This study aims to assess the attractiveness of Belanda Monkeys at Bako National Park,
Kuching, Sarawak. The samples were taken from 67 tourists who had just returned from
Bako National Park. They consist of foreign and domestic tourists who have seen the Belanda
Monkey. Convenience sampling technique used in this study because it is time-saving,
simple and effective. This study quantitatively using a questionnaire that was developed by
researchers as an instrument. Two experts were appointed to examine the content of this
questionnaire to determine the validity of the instrument. They consist of a tourism lecturer
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 145
from Kolej Komuniti Kuching and an officer from Sarawak Ministry of Tourism. A pilot
study showed Cronbach Alpha value of 19 items is 0.829, which indicates the instrument has
high reliability and acceptable for used. Data were analyzed using descriptive statistics of
frequency using the software Statistical Package for Social Sciences Version 17.0. The
findings can be used to answer the research questions, which is the main purpose of tourists
visit to Bako National Park is to see the Belanda Monkey. The finding also showed that
tourists was very satisfied when they can see the uniqueness of Belanda Monkey. The most
unique features of these animals is its long nose which was used to draw attention from
female monkeys. The rationale of this study was these animals were the only animals that can
be found in Borneo. Belanda Monkey was also used as a mascot for Myfest 2015 event and
as an icon at Bako National Park. The conservation of this species in terms of improvement
of legal framework; reconstruction of technical training institutions responsible; education
and awareness campaigns; integration and development of appropriate conservation;
expansion of protected area networks; and reducing financial barriers, were suggested to
avoid these animals from extinction. However, serious and effective commitment and
political support at national and international levels are the most important to solve these
problem.

Keywords: Orang Belanda, Bako National Park, Ecotourists

Pengenalan
Pelancongan-eko telah menjadi salah satu kegiatan ekonomi yang paling penting pada masa
sekarang terutamanya terhadap negara-negara sedang membangun yang kaya dengan sumber
alam semulajadi. Hidupan liar merupakan tarikan alam semulajadi pelancong-eko ke kawasan
pelancongan terutamanya di kawasan taman negara. Peningkatan jumlah kedatangan
pelancong-eko dari dalam dan luar negara secara langsung membantu meningkatkan
pendapatan negara. Pelancong-eko merujuk kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi mana-
mana kawasan alam semulajadi, selain negara tempat ia bermastautin, dengan sebarang
alasan, selain alasan pekerjaan dari Negara yang dilawati (WTO, 1981). Selain negara-negara
sedang membangun seperti Afrika, Malaysia juga banyak memberi tumpuan terhadap
pembangunan pelancongan-eko. Salah sebuah kawasan yang kaya dengan sumber alam
semulajadi dan telah digazetkan sebagai taman negara adalah Taman Negara Bako yang
terletak di Sarawak.
Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan terletak di Pulau Borneo.
Hutan merupakan sumber dan aset yang paling penting bagi negeri Sarawak. Oleh sebab itu
flora dan faunanya telah dipelihara dan dipulihara dengan sangat baik. Di Sarawak,
keindahan dan kehijauan alam semulajadi taman negara cukup menakjubkan sehingga
menjadikannya sebagai destinasi pelancongan popular. Rekod kedatangan pelancong ke
Sarawak menunjukkan berlakunya peningkatan dari tahun ke tahun (Kementerian
Pelancongan Sarawak, 2018). Taman Negara Bako telah mencatatkan bilangan pengunjung
tertinggi dari tahun 2007 hingga 2009 dengan jumlah pengunjung antara 110,192 hingga
127,497 orang (Perbadanan Perhutanan Sarawak, 2009).
Walaupun Taman Negara Bako merupakan antara taman negara yang terkecil di Asia
Tenggara, namun ianya sangat kaya dengan tumbuhan dan haiwan liar termasuklah sejenis
monyet yang berhidung besar, pesek dan mempunyai badan berwarna merah yang
menyerupai orang Belanda. Monyet Proboscis atau Nasalis Larvatus adalah sejenis haiwan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 146
yang unik yang hanya boleh didapati di Kepulauan Borneo sahaja dan keunikan ini
menyebabkan ianya dikenali sebagai Orang Belanda oleh masyarakat tempatan.
Orang Belanda merupakan sejenis haiwan yang sangat unik. Ianya hanya dapat
dijumpai di kawasan persisiran Borneo, di kawasan hutan paya bakau dan pinggir sungai.
Apa yang menariknya mengenai haiwan berperut gendut ini adalah satu-satunya haiwan yang
boleh memakan tumbuh-tumbuhan beracun kerana perutnya mempunyai dua fungsi berbeza.
Satu bahagian perutnya berfungsi untuk membuang racun daripada sebarang makanan dan
sebahagian perutnya lagi berfungsi sama seperti binatang lain iaitu berfungsi menghadam dan
memproses makanan yang dimakan. Orang Belanda gemar memakan buah-buahan yang tidak
terlalu ranum kerana gula dalam buah yang ranum boleh menyebabkan kembung perut yang
kronik yang boleh membawa maut. Orang Belanda jantan menggunakan hidungnya untuk
menarik perhatian Orang Belanda betina (Mulder, 2012). Orang Belanda betina akan
melahirkan anak pada waktu malam dan akan memakan urinya sendiri (Gorzitze, 1996).
Anak yang lahir akan tinggal bersama ibunya selama setahun dan kebiasaannya tinggal dalam
kumpulan antara 10 hingga 30 ekor. Orang Belanda tidak menyeberang dengan
menggunakan pokok-pokok tetapi mereka melompat ke dalam air untuk menyeberang. Orang
Belanda ini amat mahir berenang kerana mempunyai jari dan jari kaki yang kuat dan lemak
badan yang mencukupi untuk menahannya dari kesejukkan (Matsuda, 2011).
Orang Belanda merupakan hidupan liar yang semakin terancam (IUCN, 2008). Kesan
daripada aktiviti penebangan dan pembakaran hutan, pertanian dan perburuan (Clem Tisdell
dan Hemanath Swarna Nantha, 2007), di Sarawak, terdapat kurang daripada 1,000 haiwan ini
yang dianggap kekal dalam populasi di Malaysia (Meijaard dan Nijman, 2000). Orang
Belanda adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Perlindungan Hidupan Liar
Sarawak Ordinan 1998 dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Mulder
(2012) mengatakan untuk melindungi haiwan-haiwan ini dan memastikan kelangsungan
hidup mereka pada masa akan datang habitat semulajadi hidupan ini hendaklah dilindungi.
Justeru Lembaga Pelancongan Sarawak telah melancarkan Pelan Induk Transformasi Industri
Pelancongan untuk menambahbaik produk pelancongan yang ada. Bagi memastikan
pendekatan berkenaan berjaya dilaksanakan, pihak Lembaga telah membuat transformasi
terhadap industri pelancongan. Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya
Kuching Utara telah ditugaskan untuk memelihara hidupan liar di Sarawak bagi membantu
penguatkuasaan ke atas penjualan haram daging hidupan liar (Bernama, 2009). Kini, hanya
hampir 275 ekor sahaja spesis Orang Belanda yang masih mendiami Taman Negara Bako.

Penyataan Masalah
Penurunan populasi hidupan liar akibat ancaman daripada manusia terhadap habitat dan juga
perburuan secara berleluasa banyak memberikan kesan negatif terhadap pelancongan-eko
terutamanya di kawasan taman negara. Penurunan populasi haiwan liar di sesuatu kawasan
pelancongan menyukarkan pelancong melihat atau menikmati pelancongan haiwan liar di
kawasan pelancongan-eko justeru mempengaruhi kepuasan pelancong. Maka perkembangan
dan kepentingan kawasan pelancongan-eko akan terjejas sekiranya hidupan liar yang
terancam tidak dipulihara sebaiknya. Justeru adalah penting langkah memelihara dan
memulihara dilakukan terhadap hidupan liar terutamanya haiwan berkarisma seperti Orang
Belanda. Di negara-negara sedang membangun, pemuliharaan haiwan berkarisma seperti
panda, pangolin, dolphin dan lain-lain adalah giat dijalankan. Walaubagaimanapun, kajian
terhadap pemuliharaan Orang Belanda masih kurang dijalankan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 147
Selain negara-negara sedang membangun seperti Afrika, Malaysia juga banyak
memberi tumpuan terhadap pembangunan pelancongan-eko. Salah sebuah kawasan yang
kaya dengan sumber alam semulajadi dan telah digazetkan sebagai taman negara adalah
Taman Negara Bako yang terletak di Sarawak. Taman Negara Bako merupakan salah satu
habitat yang menjadikan Orang Belanda sebagai ikon untuk menarik kedatangan pelancong
ke taman negara tersebut (Zaini dan Aban, 2005).
Walaupun konflik antara hidupan liar dan manusia masih berpanjangan sehingga kini,
namun kepentingan hidupan liar dari segi ekonomi, sosial dan politik banyak memberikan
kesan positif terhadap suatu kawasan pelancongan-eko. Taman Negara Bako telah
mencatatkan bilangan pengunjung tertinggi dari tahun 2007 hingga 2009 dengan jumlah
pengunjung antara 110,192 hingga 127,497 orang (Perbadanan Perhutanan Sarawak, 2010).
Bagi mengekalkan perkembangan positif ini, kajian persepsi pelancong terhadap ciri tarikan
hidupan liar di kawasan pelancongan-eko adalah penting. Justeru kajian ini ingin meninjau
persepsi pelancong-eko terhadap tarikan Orang Belanda di Taman Negara Bako, Sarawak.

Persoalan Kajian
1. Adakah tujuan utama kedatangan pelancong ke Taman Negara Bako adalah untuk
melihat keunikan Orang Belanda?
2. Sejauhmanakah tahap kepuasan pelancong selepas melihat keunikan Orang Belanda?
3. Apakah ciri yang paling unik pada Orang Belanda yang telah menjadi tarikan kepada
pelancong?

Objektif Kajian
1. Menentukan samada tujuan utama kedatangan pelancong ke Taman Negara Bako
adalah untuk melihat keunikan Orang Belanda.
2. Menentukan tahap kepuasan pelancong selepas melihat keunikan Orang Belanda.
3. Menentukan ciri yang paling unik pada Orang Belanda yang menjadi tarikan kepada
para pelancong.

Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan di Taman Negara Bako, Kuching, Sarawak. Dalam kajian ini, populasi
kajian adalah pelancong yang telah mengunjungi Taman Negara Bako. Sampel kajian
diambil pelancong dalam negara dan pelancong luar negara yang baru sahaja balik daripada
mengunjungi Taman Negara Bako. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan teknik
persampelan mudah dalam kajian ini kerana teknik ini sangat menjimatkan masa, mudah dan
berkesan. Teknik ini memudahkan penyelidik untuk memilih mana-mana sampel yang
ditemui atau yang paling dekat dengannya. Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini
adalah seramai 67 orang yang terdiri daripada 17 orang pelancong dalam negara dan 50 orang
pelancong luar negara. Daripada jumlah itu, seramai 38 orang adalah terdiri daripada
pelancong perempuan manakala 29 orang adalah lelaki.
Rekabentuk kajian ini adalah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai alat untuk mendapatkan data. Menurut Mohd Majid Isa (2005), penggunaan borang
soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh
responden memandangkan ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Item soal selidik
telah dibina sendiri oleh penyelidik.
Borang soal selidik ini terdiri daripada 4 iaitu Bahagian iaitu A, B, C dan D. Item
pada Bahagian A yang dibina adalah mengenai latarbelakang pelancong dengan bilangan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 148
item adalah sebanyak 3. Item yang dibina pada Bahagian B pula adalah mengenai tujuan
lawatan pelancong dengan bilangan item adalah sebanyak 5. Item yang dibina pada Bahagian
C pula adalah mengenai kepuasan pelancong dengan bilangan item adalah sebanyak 4. Item
pada Bahagian D pula dibina untuk melihat keunikan Orang Belanda dengan bilangan item
adalah sebanyak 7. Jumlah keseluruhan item yang telah dibina untuk menjalankan
penyelidikan ini adalah sebanyak 19.
Dalam pembinaan item ini, penyelidik telah menggunakan Skala Likert pada
Bahagian C dan D untuk mengukur kepuasan pelancong dan pandangan responden terhadap
keunikan Orang Belanda. Pada Bahagian C, skala yang digunakan untuk skor 1 adalah Sangat
Tidak Puas Hati, skor 2 untuk Tidak Puas Hati, skor 3 untuk Puas Hati dan skor 4 untuk
Sangat Puas Hati. Pada Bahagian D pula, skala yang digunakan untuk skor 1 adalah Paling
Tidak Unik, skor 2 untuk Tidak Unik, skor 3 untuk Unik dan skor 4 untuk Paling Unik.
Ringkasan mengenai pembinaan borang soal selidik telah ditunjukkan seperti dalam jadual 1
di bawah :

Jadual 1
Ringkasan Pembinaan Borang Soal Selidik

Bahagian Aspek Item Jenis Skala Bilangan Item


A Latarbelakang Pelancong Guttman 3
B Tujuan Lawatan Guttman 5
C Kepuasan Pelancong Likert 4
D Keunikan Orang Belanda Likert 7
Jumlah 19

Kaedah pengumpulan data melibatkan dua fasa iaitu Fasa Kajian Rintis dan Fasa Kajian
Sebenar. Data yang diperolehi daripada Fasa Kajian Rintis adalah bertujuan untuk menguji
kebolehpercayaan borang soal selidik yang telah dibangunkan. Dalam Fasa Kajian Sebenar
pula, borang soal selidik yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan data adalah
yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Kajian rintis telah diadakan semasa penyelidik bersama rombongan pensyarah dan
pelajar Semester 1, Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching
mengadakan lawatan lapangan ke Taman Negara Bako. Penyelidik memilih menjalankan
kajian rintis pada masa tersebut supaya kos dan masa dapat dijimatkan. Borang soal selidik
telah diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada 10 orang pelancong yang berada di Taman
Negara Bako pada masa tersebut. Setelah data dikutip, penyelidik telah menganalisis
kebolehpercayaan alat kajian dengan menggunakan Alpha Cronbach.

Jadual 2
Nilai Cronbach's Alpha

Cronbach's Alpha N of Items


0.829 19

Jadual 2 di atas menunjukkan analisis kebolehpercayaan terhadap 19 item yang memberi nilai
alfa purata yang boleh diterima yakni α=0.829. Ini menunjukkan alat kajian yang digunakan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 149
adalah bersesuaian bagi menguji tarikan ‘Orang Belanda’ terhadap pelancong di Taman
Negara Bako. Menurut Nunally dan Bernstein (1994), nilai 0.70 dan ke atas adalah
mencukupi bagi instrumen yang baru dibina atau pertama kali digunakan manakala George
dan Mallery (2003) menyatakan nilai koefisiens kebolehpercayaan α>0.7 menunjukkan
kebolehpercayaan instrumen pada tahap baik. Kebolehpercayaan alat kajian adalah perkaitan
darjah konsistensi antara dua ukuran bagi perkara yang sama (Cresswell & Plano, 2007).
Kebolehpercayaan juga merupakan darjah yang menunjukkan pengukuran yang dijalankan
adalah bebas daripada kesilapan dan seterusnya menghasilkan keputusan yang konsisten.
Pendekatan yang digunakan untuk mengukur koefisien kebolehpercayaan item-item dalam
instrumen adalah ketekalan dalaman (internal consistency). Nilai pekali Alpha yang
menghampiri 1.00 menandakan item dalam skala itu mengukur perkara yang sama dan
menunjukkan item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Mohd Majid
Konting (2005), nilai 0.6 adalah indeks kebolehpercayaan yang paling minimum bagi
penggunaan instrumen ini. Namun, menurut George dan Mallery (2001) bagi sesuatu
instrumen, paras pekali Cronbach Alpha mestilah sekurang-kurangnya α>0.7. Nilai Alpha
kurang daripada 0.60 dianggap rendah dan tidak diterima, nilai Alpha antara 0.60 hingga 0.80
adalah diterima dan nilai Alpha melebihi 0.80 menunjukkan item tersebut mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kesahan sesuatu alat kajian merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen itu
mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001;
Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai
kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah
tinggi (Mohd Majid 1990). Bagi menentukan kesahan alat kajian, penyelidik telah melantik
seramai (2) orang pakar untuk meneliti kandungan borang soal selidik yang telah
dibangunkan. Mereka adalah terdiri daripada Ketua Program Pelancongan dan
Pengembaraan, Kolej Komuniti Kuching dan seorang pegawai Kementerian Pelancongan
Sarawak. Komen dan teguran yang diterima daripada pakar-pakar ini telah diambil kira dan
diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik.
Kutipan data sebenar telah dijalankan dua minggu selepas kajian rintis dijalankan.
Kutipan data telah dijalankan selama seminggu dengan mendapat kerjasama daripada pihak
Pesatuan Bot Pelancong Sarawak. Kutipan data daripada para pelancong yang telah balik
semula ke jeti setelah melawat Taman Negara Bako menjadi lebih mudah kerana terdapat
beberapa orang bekas pelajar penyelidik sedang bekerja dengan pihak Pesatuan Bot
Pelancong Sarawak. Mereka telah membantu dalam urusan mengedarkan dan mengutip
borang soal selidik.

Analisis Dan Dapatan Kajian

6.1 Analisis Data


Data telah dianalisa secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif,
dengan menggunakan program perisian Statistical Package For Social Science Versi 17.0.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 150

6.2 Dapatan Kajian

6.2.1 Latarbelakang Responden

Jadual 3
Latarbelakang Responden

1. Kategori Pelancong Kekerapan Peratus


Dalam Negara 17 25.4
Luar Negara 50 74.6
2. Umur (Tahun)
15 - 19 5 7.5
20 - 29 30 44.8
30 - 39 23 34.3
40 ke atas 9 13.4
3. Jantina
Lelaki 29 43.3
Perempuan 38 56.7

Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden terdiri daripada pelancong luar
negara dengan bilangan sebanyak 50 orang iaitu 74.6% manakala bilangan pelancong dalam
negara adalah seramai 17 orang atau 25.4%. Kebanyakkan responden terdiri daripada yang
berumur antara 20–29 tahun dengan bilangan sebanyak 30 orang iaitu 44.8%, diikuti dengan
yang berumur antara 30–39 tahun dengan bilangan sebanyak 23 orang iaitu 34.3%. Seramai 9
orang responden berumur 40 tahun ke atas iaitu 13.4% manakala reponden yang paling
sedikit adalah yang berumur antara 15–19 tahun dengan bilangannya adalah 5 orang iaitu
7.5%. Jadual juga menunjukkan bahawa kebanyakkan responden terdiri daripada perempuan
iaitu seramai 38 orang iaitu 56.7% diikuti dengan lelaki iaitu sebanyak 29 orang atau 43.3%.

6.2.2 Tujuan Lawatan

i. Kekerapan Melawat Taman Negara Bako

Jadual 4
Kekerapan Melawat Taman Negara Bako
Kekerapan Lawatan Kekerapan Peratus
1 kali 56 83.6
2 kali 6 9
3 kali 3 3
4 kali dan ke atas 2 2

Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden terdiri daripada yang membuat
lawatan kali pertama ke Taman Negara Bako iaitu seramai 56 orang atau 83.6% daripada
keseluruhan responden. Ini diikuti oleh responden yang telah 2 kali melawat dengan bilangan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 151
seramai 6 orang atau 9%. Diikuti pula oleh responden yang telah 3 kali membuat lawatan
dengan bilangan seramai 3 orang iaitu 3%. Responden yang paling sedikit terdiri daripada
golongan yang telah melawat sebanyak 4 kali dan ke atas dengan bilangan seramai 2 orang
iaitu 2%.

ii. Jenis lawatan

Jadual 5
Jenis Lawatan
Jenis Lawatan Kekerapan Peratus
Sendiri 12 17.9
Bersama rakan 33 49.3
Bersama keluarga 20 29.9
Lain-lain 2 3

Jadual 5 di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden terdiri pelancong yang datang
bersama-sama rakan dengan bilangan seramai 33 orang atau 49.3% daripada keseluruhan
responden. Ini diikuti oleh responden yang datang bersama keluarga dengan bilangan seramai
20 orang atau 29.9%. Diikuti pula oleh responden yang datang keseorangan dengan bilangan
seramai 12 orang iaitu 17.9%. Responden yang paling sedikit terdiri daripada lain-lain jenis
lawatan dengan bilangan seramai 2 orang iaitu 3%.

iii. Tujuan Lawatan

Jadual 6
Tujuan Lawatan
Tujuan Lawatan Kekerapan Peratus
Melihat Keunikan Orang Belanda 40 59.7
Melakukan Aktiviti Berjalan Kaki Atau Mendaki 22 32.8
Lain-Lain Aktiviti 5 7.5

Jadual 6 di atas menunjukkan bahawa kebanyakkan responden terdiri pelancong yang datang
untuk melihat keunikan Orang Belanda dengan bilangan seramai 40 orang atau 59.7%
daripada keseluruhan responden. Ini diikuti oleh responden yang datang untuk melakukan
aktiviti berjalan kaki atau mendaki dengan bilangan seramai 22 orang atau 32.8%. Diikuti
pula oleh responden yang datang untuk lain-lain aktiviti dengan bilangan seramai 5 orang
iaitu 7.5%.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 152

vi. Keseronokkan Lawatan

Jadual 7
Keseronokkan Lawatan

Keseronokkan Lawatan Kekerapan Peratus


Ya 67 100.0

Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa kesemua 67 orang responden berasa seronok melawat
Taman Negara Bako dengan 100%.

v. Dapat menyaksikan keunikan Orang Belanda

Jadual 8
Dapat menyaksikan keunikan Orang Belanda
Dapat menyaksikan keunikan Orang Belanda Kekerapan Peratus
Ya 64 95.5
Tidak 3 4.5

Jadual 8 di atas menunjukkan bahawa hampir kesemua responden dapat menyaksikan


keunikan Orang Belanda dengan bilangan seramai 64 orang iaitu 95.5%. Manakala hanya 3
orang responden yang tidak dapat menyaksikan keunikan tersebut dengan 4.5%.
6.2.3 Kepuasan Pelancong

i. Perasaan apabila dapat melihat keunikan Orang Belanda

Jadual 9
Perasaan apabila dapat melihat keunikan Orang Belanda

Tahap Kekerapan Peratus


Sangat Tidak Puas Hati 4 6
Tidak Puas Hati 2 3
Puas Hati 22 32.8
Sangat Puas Hati 39 58.2
Jadual 9 di atas menunjukkan bahawa 39 respondan iaitu 58.2% sangat berpuas hati apabila
dapat melihat keunikan Orang Belanda. Ini diikuti dengan seramai 22 orang respondan
berpuas hati dengan peratusan sebanyak 32.8%, tidak puas hati seramai 2 respondan yang
mewakili 3% dan sangat tidak puas hati seramai 4 respondan iaitu 6%.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 153

ii. Kemudahan untuk melihat Orang Belanda

Jadual 10
Kemudahan untuk melihat Orang Belanda
Tahap Kekerapan Peratus
Sangat Tidak Puas Hati 6 8.9
Tidak Puas Hati 10 14.9
Puas Hati 32 47.8
Sangat Puas Hati 19 28.4

Jadual 10 di atas menunjukkan bahawa seramai 19 respondan iaitu 28.4% sangat puas hati
dengan kemudahan untuk melihat Orang Belanda. Ini diikuti dengan seramai 32 orang
respondan berpuas hati dengan peratusan sebanyak 47.8%, tidak puas hati sebanyak 10
respondan yang mewakili 14.9% dan sangat tidak puas hati seramai 6 respondan iaitu 8.9%.

iii. Kemudahan mendapatkan maklumat mengenai Orang Belanda

Jadual 11:
Kemudahan mendapatkan maklumat mengenai Orang Belanda
Tahap Kekerapan Peratus
Sangat Tidak Puas Hati 4 6
Tidak Puas Hati 13 19.4
Puas Hati 32 47.8
Sangat Puas Hati 18 26.9

Jadual 11 di atas menunjukkan bahawa seramai 18 respondan iaitu 26.9% sangat puas hati
dengan kemudahan mendapatkan maklumat mengenai Orang Belanda. Ini diikuti dengan
seramai 32 orang respondan berpuas hati dengan peratusan sebanyak 47.8%, tidak puas hati
sebanyak 13 respondan yang mewakili 19.4% dan sangat tidak puas hati seramai 4 respondan
iaitu 6%.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 154

iv. Persediaan renjer dalam memastikan keselamatan pelancong semasa menyaksikan


Orang Belanda.
Jadual 12
Persediaan renjer dalam memastikan keselamatan pelancong semasa menyaksikan Orang
Belanda

Tahap Kekerapan Peratus


Sangat Tidak Puas Hati 10 14.9
Tidak Puas Hati 10 14.9
Puas Hati 24 35.8
Sangat Puas Hati 23 34.3

Jadual 12 di atas menunjukkan bahawa seramai 23 respondan iaitu 34.3% sangat puas hati
dengan persediaan renjer dalam memastikan keselamatan pelancong semasa menyaksikan
Orang Belanda. Ini diikuti dengan seramai 24 orang respondan berpuas hati dengan peratusan
sebanyak 35.8%, tidak puas hati sebanyak 10 respondan yang mewakili 14.9% dan sangat
tidak puas hati juga seramai 10 respondan iaitu 14.9%.

6.2.4 Keunikan Orang Belanda

i. Orang Belanda merupakan haiwan yang …

Jadual 13:
Orang Belanda merupakan haiwan yang …
Tahap Kekerapan Peratus
Tidak Unik 4 6
Unik 31 46.3
Paling Unik 32 47.8

Jadual 13 di atas menunjukkan seramai 32 respondan iaitu 47.8% mengatakan bahawa Orang
Belanda merupakan haiwan yang paling unik. Ini diikuti dengan seramai 31 orang respondan
dengan peratusan sebanyak 46.3% mengatakan haiwan tersebut unik dan 4 respondan
mengatakan tidak unik iaitu mewakili 6% .
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 155
ii. Hidungnya yang panjang …

Jadual 14
Hidungnya yang panjang …

Tahap Kekerapan Peratus


Paling Tidak Unik 1 1.5
Tidak Unik 5 7.5
Unik 20 29.9
Paling Unik 41 61.2
Jadual 14 di
atas
menunjukkan seramai 41 respondan iaitu 61.2% mengatakan bahawa hidung Orang Belanda
yang panjang adalah ciri-ciri yang paling unik. Ini diikuti dengan seramai 20 orang respondan
dengan peratusan sebanyak 29.9% mengatakan ciri-ciri tersebut unik, 5 respondan
mengatakan tidak unik iaitu mewakili 7.5% dan 1 orang respondan mengatakan paling tidak
unik dengan 1.5%.

iii. Perutnya yang buncit

Jadual 15
Perutnya yang buncit

Tahap Kekerapan Peratus


Paling Tidak Unik 3 4.5
Tidak Unik 9 13.4
Unik 38 56.7
Paling Unik 17 25.4
Jadual 15 di
atas menunjukkan seramai 17 respondan iaitu 25.4% mengatakan bahawa perut Orang
Belanda yang buncit dalam adalah ciri-ciri yang paling unik. Ini diikuti dengan seramai 38
orang respondan dengan peratusan sebanyak 56.7% mengatakan ciri-ciri tersebut unik, 9
respondan mengatakan tidak unik iaitu mewakili 13.4% dan 3 orang respondan mengatakan
paling tidak unik dengan 4.5%.

iv. Badannnya yang berwarna perang dan kelabu…

Jadual 16
Badannnya yang berwarna perang dan kelabu…

Tahap Kekerapan Peratus


Paling Tidak Unik 2 3
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 156
Tidak Unik 13 19.4
Unik 45 67.2
Paling Unik 7 10.4

Jadual 16 di atas menunjukkan seramai 7 respondan iaitu 10.4% mengatakan bahawa badan
Orang Belanda yang berwarna perang dan kelabu adalah ciri-ciri yang paling unik. Ini diikuti
dengan seramai 45 orang respondan dengan peratusan sebanyak 67.2% mengatakan ciri-ciri
tersebut unik, 13 respondan mengatakan tidak unik iaitu mewakili 19.4% dan 2 orang
respondan mengatakan paling tidak unik dengan 3%.

v. Kebolehannya berenang dalam air yang dalam …

Jadual 17
Kebolehannya berenang dalam air yang dalam …

Tahap Kekerapan Peratus


Paling Tidak Unik 10 14.9
Tidak Unik 12 17.9
Unik 31 46.3
Paling Unik 14 20.9

Jadual 17 di atas menunjukkan seramai 14 respondan iaitu 20.9% mengatakan bahawa


kebolehan Orang Belanda berenang dalam air yang dalam adalah ciri-ciri yang paling unik.
Ini diikuti dengan seramai 31 orang respondan dengan peratusan sebanyak 46.3%
mengatakan ciri-ciri tersebut unik, 12 respondan mengatakan tidak unik iaitu mewakili
17.9% dan 10 orang respondan mengatakan paling tidak unik dengan 14.9%.

vi. Kebolehannya memakan buahan beracun

Jadual 18
Kebolehannya memakan buahan beracun

Tahap Kekerapan Peratus


Paling Tidak Unik 10 14.9
Tidak Unik 9 13.4
Unik 34 50.7
Paling Unik 14 20.9

Jadual 18 di atas menunjukkan seramai 14 respondan iaitu 20.9% mengatakan bahawa


kebolehan Orang Belanda memakan buahan beracun adalah ciri-ciri yang paling unik. Ini
diikuti dengan seramai 34 orang respondan dengan peratusan sebanyak 50.7% mengatakan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 157
ciri-ciri tersebut unik, 9 respondan mengatakan tidak unik iaitu mewakili 13.4% dan 10 orang
respondan mengatakan paling tidak unik dengan 14.9%.

vii. Tabiat memakan uri sendiri selepas melahirkan anak …

Jadual 19
Tabiat memakan uri sendiri selepas melahirkan anak …
Tahap Kekerapan Peratus
Paling Tidak Unik 13 19.4
Tidak Unik 10 14.9
Unik 28 41.8
Paling Unik 16 23.9

Jadual 19 di atas menunjukkan seramai 16 respondan iaitu 23.9% mengatakan bahawa tabiat
Orang Belanda memakan uri sendiri selepas melahirkan anak adalah ciri-ciri yang paling
unik. Ini diikuti dengan seramai 28 orang respondan dengan peratusan sebanyak 41.8%
mengatakan ciri-ciri tersebut unik, 10 respondan mengatakan tidak unik iaitu mewakili
14.9% dan 13 orang respondan mengatakan paling tidak unik dengan 19.4%.

Perbincangan Kajian
Penyelidik telah dapat menjawab ketiga-tiga persoalan kajian dan dapat menyimpulkan
bahawa :-

i. tujuan utama kedatangan pelancong ke Taman Negara Bako sememangnya adalah untuk
melihat keunikan Orang Belanda. Ini kerana taman negara tertua di Sarawak ini merupakan
tempat pelancongan yang penting dan ramai pelancong melawat taman negara ini kerana
kewujudan spesis yang popular ini iaitu Orang Belanda. Bilangan pelawat juga akan
bertambah meningkat semasa cuti hujung minggu dan cuti umum (Mohamad bin Kombi dan
Mohd Tajuddin Abdullah, 2013). Oleh itu adalah amat wajar sekiranya haiwan ini dilindungi
untuk memastikan kelangsungan hidup mereka pada masa akan datang (Iris Mulder,2012).

ii. pelancong berasa sangat berpuas hati apabila dapat melihat keunikan Orang Belanda di
Taman Negara Bako. Walaubagaimanapun pelancong setakat hanya berpuas hati sahaja
dengan kemudahan melihat, kemudahan mendapatkan maklumat dan persediaan renjer dalam
memastikan keselamatan pelancong semasa menyaksikan Orang Belanda. Oleh itu, Taman
Negara Bako perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan ianya berdaya maju dan
mempunyai habitat yang seimbang (Mohamad Kasyfullah bin Zaini, Siali anak Aban, 2005).
Justeru, sangat relevan untuk para penyelidik meningkatkan kajian mengenai Orang Belanda,
bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga terhadap negara-negara jiran di Borneo seperti
Sabah, Brunei dan Kalimantan Indonesia (Mohamad Kasyfullah bin Zaini, Siali anak Aban,
2005).
iii. Orang Belanda sememangnya merupakan haiwan yang paling unik di Taman Negara
Bako dan tidak hairanlah sekiranya ianya telah menjadi ikon di Taman Negara Bako
(Mohamad Kasyfullah bin Zaini, Siali anak Aban, 2005). Didapati bahawa ciri yang paling
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 158
unik pada haiwan ini adalah hidungnya yang panjang yang digunakan untuk menarik
perhatian si betina (Gorzitze, 1996). Oleh itu, pihak Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia telah memilih Orang Belanda sebagai maskot rasmi Sempena MyFest
2015 dan ini telah menambah kepentingan ketara ekopelancongan untuk pemuliharaan
spesies ini (Erik Meijaard dan Vincent Nijman, 2000).

Kesimpulan
Kesimpulannya, tujuan utama kedatangan para pelancong ke Taman Negara Bako adalah
untuk melihat keunikan Orang Belanda. Mereka berasa sangat berpuas hati apabila dapat
melihat keunikan Orang ini. Orang Belanda merupakan haiwan yang paling unik di Taman
Negara Bako dan ciri yang paling unik padanya adalah hidungnya yang panjang. Kajian yang
dijalankan ini memberi kepentingan kepada beberapa pihak-pihak seperti:-

8.1 Kementerian Pelancongan Sarawak


Penyelidikan ini dapat membantu pihak Kementerian Pelancongan Sarawak menerajui
kemajuan pelancongan negeri Sarawak. Kemudahan yang efisien dan strategik di Taman
Negara Bako amatlah diperlukan memandangkan ia taman yang tertua di Sarawak bagi
mengekalkan jumlah kedatangan pengunjung yang tinggi setiap tahun untuk melihat
keunikan Orang Belanda.

8.2 Lembaga Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism Board)


Penyelidikan ini dapat membantu pihak Lembaga Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism
Board) mempromosikan Malaysia terutamanya Taman Negara Bako sebagai destinasi
tumpuan pelancong di arena antarabangsa dan tempatan. Keunikan Orang Belanda sebagai
produk pelancongan bukan sahaja dapat meningkatkan ketibaan pelancong asing malah
meningkatkan purata tempoh lawatan para pelancong untuk menambah hasil pendapatan
daripada aktiviti pelancongan.

8.3 Jabatan Perhutanan Sarawak


Penyelidikan ini dapat membantu pihak Jabatan Perhutanan Sarawak untuk melakukan
langkah pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan ini dengan segera bagi mengatasi masalah
kepupusan. Ini memandangkan bilangan haiwan ini semakin kecil di Taman Negara Bako.
Langkah pemeliharaan dan pemuliharaan amat penting memandangkan tujuan utama
kedatangan pelancong ke Taman Negara Bako adalah untuk melihat keunikan Orang
Belanda.

8.4 Universiti – Universiti Tempatan


Penyelidikan ini dapat digunakan sebagai tapak kepada para penyelidik universiti-universiti
tempatan untuk terus melakukan penyelidikan terhadap haiwan ini memandangkan
penyelidikan terhadapnya adalah kurang.

Rujukan
Clem Tisdell And Hemanath Swarna Nantha. (2007). Conservation Of The Belanda Monkey And The
Orangutan In Borneo: Comparative Issues And Economic Considerations. Working Paper No.138
Erik Meijaard dan Vincent Nijman. (2000). The Local Extinction of the Belanda Monkey Nasalis Larvatus in
Pulau Kaget Nature Reserve, Indonesia.
Gorzitze, A. B. (1996). Birth-related behavior in wild Belanda monkeys (Nasalis larvatus). Primates 37 (1): 75-
8.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 159
http://corporate.tourism.gov.my/images/media/trade/MyFest%202015%20Mascot%20Name%20Contest%20.pd
f
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=432588
http://www.iucnredlist.org/documents/amazingspecies/nasalis-larvatus.pdf
http://www.monkeyworlds.com/Belanda-monkey/
http://www.theborneopost.com/2012/05/23/tahun-2011-rekod-jumlah-pelancong-tertinggi-bagi-
swak/#ixzz3ajzUNcth
http://www2.hmetro.com.my/articles/MenyusuriSungaiGarama/Article#sthash.whytq5Si.dpuf
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/TerokaTamanNegara/2013/Article#sthash.Kg9Yp7ae.dpuf
Iris Mulder (2012). The Belanda Monkey (Nasalis Larvatus) Social Group Structures. Utrecht University.
Matsuda (2011). The Natural History of the Belanda Monkey.
Mohamad Kombi dan Mohd Tajuddin Abdullah. (2013). Ethogram of the Free Ranging Nasalis Larvatus in
Bako National Park, Sarawak.
Zaini and Aban (2005). Study of Belanda Monkey at Bako National Park (Past, Present and Future) and its
Implication to the Park Management. http://www.sarawakforestry.com/htm/publication.html
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 160

PERSEPSI DAN SIKAP TERHADAP MODUL FRONT OFFICE: KAJIAN FOKUS


KEPADA PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN DI KOLEJ KOMUNITI
CHENDEROH

Nor Azlinda Mohd Yahaya

Abstrak
Front office merupakan salah satu modul penting yang terdapat dalam struktur Program Sijil
Operasi perhotelan bagi semester empat. Kursus ini mendedahkan pelajar terhadap beberapa
modul antaranya Struktur Front Office, Hubungan Front Office dengan jabatan lain, Khidmat
Pelanggan (Concierge dan Bellman), Tempahan Bilik Tetamu dan Prosedur check in, check
out dan night auditor. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
terhadap kursus Front office serta faktor-faktor yang menggalakkan minat dan sikap pelajar
terhadap kursus ini. Responden kajian ini terdiri daripada 53 orang pelajar semester empat,
Program Sijil Operasi Perhotelan bermula Sesi November 2016 sehingga Sesi November
2017. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 42 item
menggunakan pengukuran berskala Likert. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap minat
pelajar terhadap kursus Front Office berada di tahap sederhana iaitu sebanyak 53.9%,
manakala tahap pencapaian akhir pelajar pula didapati berada pada tahap baik dan
memuaskan kerana hampir keseluruhan pelajar mencapai gred A hingga B, dan gred paling
rendah yang pernah dicapai sehingga C+ sahaja. Secara keseluruhannya didapati bahawa
walaupun 88.3% pelajar bukan dalam bidang hospitaliti di peringkat sekolah, namun didapati
sebahagian pelajar dapat memberikan komitmen dan menanamkan rasa minat terhadap
kursus ini melalui faktor luaran yang mempengaruhi mereka seperti rakan, pensyarah, ibu
bapa, persekitaran serta diri sendiri.

Kata Kunci: Persepsi, Pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Modul Front Office

Pengenalan

Latar Belakang Kajian


Terdapat pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia sama ada awam atau pun swasta
yang menawarkan program hospitaliti, perhotelan dan pelancongan yang hampir
keseluruhannya turut menawarkan sekurang-kurangnya satu kursus Front Office di dalamnya.
Terdapat tiga peringkat penawaran program berkenaan iaitu peringkat sijil, diploma dan
ijazah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun industri ini berkembang dengan pesat, namun fenomena kekurangan tenaga
buruh semakin ketara dalam industri perhotelan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh
dunia (Downe et. Al, 2010). Kekangan mendapat pekerja di industri menyebabkan kerajaan
mengambil langkah untuk membuka ruang kemasukan pekerja asing yang kini memenuhi
sektor perkhidmatan terutama industri perhotelan dan hospitaliti.
Banyak pihak institusi pengajian tinggi kini mengambil inisiatif menawarkan program
bidang hospitaliti serta perkhidmatan makanan dan minuman yang mampu membantu negara
menyediakan tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang perkhidmatan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 161
Kolej Komuniti Chenderoh merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam
yang turut menawarkan program Sijil Operasi Perhotelan yang di dalamnya turut
menawarkan kursus Front Office.
Kursus Front Office mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik komunikasi yang
betul mengikut Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh pihak hotel.
Industri hotel biasanya memparaktikkan SOP yang sama dan hanya mempunyai perbezaan
yang sangat minima. Strategi pembelajaran adalah melalui aktiviti hands-on iaitu pelajar
menerima isi pembelajaran dalam bilik kuliah dan melaksanakannya dalam bentuk kerja
amali yang diberikan.

Pernyataan Masalah
Pelajar yang mengikuti Sijil Operasi Perhotelan ini kebanyakannya tidak mempunyai latar
belakang berkaitan komunikasi, hospitaliti mahupun perkhidmatan pelanggan. Terdapat
hanya 11.7 peratus sahaja pelajar yang mengikuti aliran bidang katering di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), manakala aliran tertinggi lepasan SPM ialah dalam bidang sastera
iaitu sebanyak 70.1 peratus. Aliran lain ialah, perakaunan sebanyak 10.4 peratus, ekonomi
mencatat 6.5 peratus, dan aliran sains pula hanya mencatat 1.3 peratus sahaja.
Pelajar semester empat yang mengikuti modul ini perlu memahami dan menguasai
kemahiran seperti kemahiran berhadapan dengan tetamu, teknik komunikasi, dan kemahiran
menghadapi aduan pelanggan. Pelajar yang boleh menguasai kursus ini dengan baik akan
dapat membantu mereka menguasai kursus-kursus lain. Selain daripada itu, pelajar yang
mengikuti latihan industri juga akan mempunyai kelebihan apabila dapat menguasai kursus
front Office sepenuhnya.
Pelajar yang tidak mempunyai minat akan menghadapi kesukaran dalam menguasai
kursus Front Office ini. Akibatnya, pelajar akan lebih bermasalah apabila mereka perlu
dinilai dengan instrument amali. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui apakah faktor-faktor
yang mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap Kursus front Office.

Kajian Literatur

Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
2015 – 2025 menekankan kepada pembentukan kualiti graduan pendidikan dan latihan
teknikal dan vokasional. Kolej Komuniti adalah sebuah institusi berasaskan TVET yang
melahirkan pelajar-pelajar dengan kemahiran yang kompeten mengikut edaran masakini
melalui pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, pensyarah perlu
mewujudkan suasana pembelajaran dan bahan pengajaran yang sistematik serta bersesuaian
dengan kebolehan pelajar. Menurut Atan, Noor Azean dan Tambai@muniandy, T.K (2007),
salah satu kaedah pengajaran yang berkesan adalah menggunakan pembelajaran kendiri.
Pembelajaran kendiri adalah pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar perlu mengikut
kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri malah mampu mentaksir pembelajaran
sendiri.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 162
Melahirkan minat dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap kursus Front
Office.
Minat bermaksud sebab atau akibat dari sesuatu pengalaman.Menurut (Bhattacharjee,J.,
College,V. 2015) manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui perkara-perkara
yang mereka alami dan fikirkan tentang pengalaman mereka. Selari dengan pembentukan
minat terhadap sesuatu modul pembelajaran, faktor persekitaran seperti keluarga, rakan-
rakan, pengalaman silam banyak mempengaruhi minat pelajar.
Menurut Sb. Jamaluddin (2006) perasaan seronok ini wujud apabila wujudnya
perasaan suka, gembira, bahagia, selesa apabila melakukan sesuatu perkara. Perasaan seronok
ini akan mempengaruhi sikap sama ada rajin atau malas. Faktor dorongan keinginan dari
dalaman menimbulkan minat sesorang terhadap sesuatu perkara.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), pemilihan sesuatu pendekatan
yang bersesuaian akan merangsangkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan dengan itu, kepelbagaian bentuk pendekatan kepada pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran boleh mempengaruhi minat mereka seterusnya memberi kesan pada
penilaian prestasi.
Menurut (William, 2005) pelajar dari sekolah rendah hingga ke pendidikan tinggi
menunjukkan terdapat hubungan di antara penglibatan ibu bapa dan tahap motivasi anak-anak
mereka dari segi hubungan dengan kolej, motivasi dalaman dan luaran, tahap kompetensi
yang tinggi, tahap kawalan kendiri, disiplin diri dan jelas terhadap matlamat dan visi. Faktor
sokongan ibu bapa sedari kecil mampu meningkatkan kualiti pelajar terhadap kursus Front
Office ini. (Ericson dan Cahrness, 1994). Selain itu menurut (Ericson dan Charness, 1994) di
dalam kajian mereka mendapati bahawa minat dan motivasi merupakan elemen penting
kepada kejayaan proses pembelajaran. Mereka menambah faktor biologi seperti bakat tidak
mempengaruhi pengalaman pembelajaran.

Minat mempengaruhi pembentukan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara.


Sikap memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi seseorang. Sikap yang
baik akan membentuk motivasi dan minat untuk belajar kerana wujudnya matlamat (Halimah
Harun, 2016). Kajian berkaitan motivasi oleh (Norlia et al., 2006, Saemah dan John., 2006.
Reiss, 2004) mendapati bahawa faktor ini mendorong kejayaan seseorang sama ada di dalam
pelajaran mahupun kerjaya. Pelajar yang mempunyai sikap yang positif akan mendorong
dirinya untuk mencapai matlamat dan visinya bagi membolehkan ia diberi pengiktirafan
(prestasi cemerlang). Ini disokong jua oleh kajian oleh (Faridah et. Al, 2005) menerangkan
bahawa pembentukan sikap dan minat ini serta persepsi seseorang individu banyak
dipengaruhi oleh keluarganya. Justeru, faktor-faktor ini menjadi objektif untuk dikaji.

Metodologi
Metodologi merupakan aspek dalam memastikan objektif kajian dapat dicapai. Bahagian ini
menerangkan mengenai rekabentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian dan prosedur
analisa data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian.

Kajian Rintis
Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu untuk
mengetahui kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina. Kajian rintis tersebut
telah dilakukan ke atas 78 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Operasi
Perhotelan semester empat yang mengambil kursus Front Office. Menurut Azizi Yahya et. al
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 163
(2007), bagi setiap instrumen soal selidik yang dibentuk, penyelidik perlulah menjalankan
kajian rintis. Ia bertujuan mengukur kesahihan soalan soal selidik dan juga melatih penyelidik
mentadbir instrumen yang dibentuk itu. Data yang diperoleh daripada kajian rintis itu
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS).
Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan itu, didapati nilai Alpha yang diperolehi adalah
0.984. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), nilai pekali Alpha yang melebihi 0.6
menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh
digunakan untuk kajian sebenar. Oleh itu, soalan soal selidik tersebut digunakan untuk kajian
sebenar.

Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items

.984 36

Rekanbentuk Kajian
Rekabentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian dan
seterusnya mendapatkan data berhubung tujuan kajian dijalankan. Kajian ini dijalankan
dalam bentuk deskriptif, set soal selidik akan dibentuk bagi mendapat maklumbalas dari
responden tentang data demografi, minat terhadap kursus Front Office, faktor-faktor yang
menggalakkan minat mereka, dan sikap terhadap kursus tersebut.

Sampel Kajian
53 pelajar Sijil Operasi Perhotelan yang mengambil kursus Front Office di Kolej Komuniti
Chenderoh.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, instrument soal selidik digunakan bagi menjawab
objektif kajian. Set soal selidik mengandungi empat (4) bahagian. Bahagian A mengandungi
enam (6) soalan berkaitan jantina, umur, bangsa, kelayakan, pekerjaan ibu bapa, dan
pendapatan ibu bapa. Bahagian B mengandungi sepuluh (10) soalan yang berkaitan objektif
kajian iaitu mengkaji tahap minat pelajar terhadap kursus Front Office. Bahagian C
mengandungi enam belas (16) soalan yang berkaitan faktor-faktor yang menggalakkan minat
pelajar terhadap kursus Front Office. Bahagian D mengandungi sepuluh (10) soalan yang
mengkaji sikap pelajar terhadap kursus Front Office.
Skala Likert digunakan bagi memudahkan kajian. Skala 1 hingga 5, bermula dari 1 =
sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju dan 5 = sangat setuju. Soal
selidik ini dibuat dalam bentuk Google Form dan diedarkan kepada 53 responden yang telah
mengambil kursus ini.
Data yang diperolehi telah dikaji menggunakan SPSS For windows versi 21.
Pengkaji mengkelaskan skor min yang diperolehi melalui analisa deskriptif ditafsirkan
kepada tiga tahap kecenderungan Landell (1997) seperti dalam Jadual 1 di atas.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 164

Jadual 1
Skor Min
INTERPRETASI TAHAP JULAT

RENDAH 1.00 hingga 2.33

SEDERHANA 2.34 hingga 3.67

TINGGI 3.68 hingga 5.00

Sumber: Adaptasi daripada Landell, K (1997)

Jadual 2
Soal Selidik

BAHAGIAN JENIS SOALAN JUMLAH


SOALAN
A Demografi (jantina, umur, bangsa, kelayakan, 6
pekerjaan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa
B Mengkaji tahap minat pelajar terhadap kursus 10
Front Office.
C Mengkaji faktor-faktor yang menggalakkan 16
minat pelajar terhadap kursus Front Office.
D Mengkaji sikap pelajar terhadap kursus Front 10
Office.
JUMLAH 42

Dapatan Kajian
Dapatan kajian disusun mengikut soalan yang terkandung dalam borang soal selidik yang
diedar menggunakan Google Form. Bahagian A mengandungi 6 soalan berkaitan data
demografi; jantina, umur, bangsa dan kelayakan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 165

Dari 53 responden dapat dilihat 73.6% (39 orang) adalah perempuan, manakala 26.4% (14
orang) adalah lelaki. Data ini adalah sesuai dengan jumlah pelajar lelaki yang kurang
berbanding perempuan dalam kelas kursus Front Office ini.

Responden berumur 19 – 25 tahun adalah seramai 66% (35 orang) dan berumur 18 tahun
ke bawah 34% (18 orang).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 166

Dari 53 responden, 86.8% (46 orang) berbangsa melayu, selebihnya 9.4% (5orang) India,
1.9% (1 orang) Cina dan 1.9% (1 orang) adalah orang asli.

Dapatan maklumat kelayakan 92.5% (49 orang) adalah SPM dan ke bawah, 7.5% ( 4
orang) adalah Diploma. Ia bertepatan dengan situasi sebenar dimana pelajar Kolej
Komuniti Chenderoh layak masuk belajar dengan minimum lulus SPM.

Bahagian B menjawab soalan kajian bagi mencapai objektif kajian. Persoalan kajian adalah
berkaitan tahap minat terhadap kursus Front Office. Bahagian ini mempunyai 10 soalan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 167
Soalan 1 hingga 8 menjawab persoalan bagi mengenalpasti tahap kesesuaian kursus Front
Office terhadap PdP. 50.9% responden sangat bersetuju kaedah lawatan industri dan lakon
semula (role play) dijadikan sebahagian dari proses PdP. Jangkamasa yang biasa dilakukan
bagi lawatan industri adalah 3 hari, dimana 43.4% sangat bersetuju, 49.1% setuju dengan
jumlah hari tersebut. 58.5% bersetuju kaedah Lawatan Industri memberi motivasi kerja
selaras dengan PdP. Dari dapatan ini, dapat dilihat peratus tinggi menunjukksan kesesuaian
kaedah Lawatan Industri dalam PdP mereka.
Soalan 9 hingga 12 adalah bagi mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap kandungan kursus
ini. Dapat dilihat peratusan tertinggi 57.7% berkaitan modul komunikasi amat diminati.
48.1% responden lebih suka modul berkaitan khidmat pelanggan. Namun begitu terdapat
1.9% tidak bersetuju modul komunikasi dijadikan sebahagian dari modul dalam kursus ini.
Soalan 13 hingga 18 adalah mengukur tahap minat pelajar terhadap kaedah yang digunakan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Responden terlibat secara aktif dalam PdP
sebanyak 41.5% sangat setuju, 50.9% setuju dan hanya 7.5% kurang bersetuju. Dapat dilihat
peratusan tertinggi responden adalah positif dalam menunjukkan minat dan peka terhadap
kaedah amali, lawatan industri dan lakon semula (role play) dalam PdP.

Rumusan Dan Cadangan


Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan kaedah lawatan industri, amali dan
lakon semula (role play) sesuai dipraktikkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi
kursus Front Office, Sijil Operasi Perhotelan. Dapatan yang dianalisa pada semua elemen dan
item persoalan kajian menunjukkan peratus yang tinggi dimana ia telah mencapai objektif
yang positif.
Melalui kaedah lawatan industri ini selain dapat memenuhi objektif PdP, ia juga dapat
mewujudkan meningkatkan persepsi positif pelajar terhadap kursus ini. Peningkatan minat
pelajar pada kursus ini dipengaruhi oleh instrumen pdp yang digunakan, walaupun
kandungan kursus yang memerlukan pelajar untuk berkomunikasi, mengendalikan aduan
tetamu dan perkhidmatan tetamu sangat mencabar namun ia dapat menarik minat dan sikap
positif melalui kaedan PdP yang diaplikasikan.

Rujukan
Bhattacharjee, J., & College, V. (2015). Constructivist Approach to Learning – An Effective Approach of
Teaching Learning, 65–74.
Ericsson KA, Charness N (1994) Expert performance: Its structure and acquisition. American Psychologist ,
725–747.
Farida Abu Hassan, Naima Ishak, Hamidah Yusof, Habibah Rahim (2005) Kemiskinan dalam Pendidikan:
Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Akademik, Jurnal Penyelidikan Pendidikan,
25-56
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Huraian Sukatan Katering KBSM
Norlia TS, Lilia Halim, Kamisah Osman (2006) Hubungan antara Motivasi, Gaya Pembelajaran dengan
Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan 31, 123–141.
Noor Azean Atan, Tambai@ Muniandy, T. K. (2007). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul
Pembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif Bagi Subjek Pengaturcaraan Web.
Universiti Teknologi Malaysia : Unpublished.
Sb Jamaluddin. (2006). Minat Untuk Bekerja. Universiti Malaysia Pahang.
William H. J. (2005). A Meta-Analysis of the Relation of Parental Involvement to Urban Elementary School
Student Academic Achievement Urban Education, 237-269.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 168

INTERPRETASI DAKWAH BERDASARKAN


“SYAIR DAGANG” (MSS 3160)

Mohd Muhaimi Abdul Rahman dan Salmah Jan Noor Muhammad

Abstrak
Manuskrip Syair Dagang merupakan manuskrip Melayu bertulisan Jawi yang ditulis dalam
bentuk syair. Syair ini dikategorikan dalam kelompok syair keagamaan. Kajian ini bertujuan
untuk menganalisis aspek interpretasi dakwah yang terdapat dalam manuskrip Syair Dagang
(MSS 3160). Pendekatan dakwah digunakan untuk menganalisis teks manuskrip Syair
Dagang dari aspek kaedah dakwah, iaitu al-Hikmah, Mawizah al-Hasanah dan Mujadalah.
Dapatan yang diperoleh mendapati bahawa pengarang manuskrip mengetengahkan pelbagai
kaedah dakwah dalam penulisannya. Manuskrip ini juga kaya dengan hukum hakam dalam
Islam, teladan, nasihat dan panduan kehidupan. Kajian perpustakaan akan digunakan sebagai
rujukan dan panduan bagi memantapkan lagi keterangan dan hujah. Tulisan ini amat penting
kerana dapat menambah dan memperbanyakkan lagi bilangan manuskrip yang telah
diterjemahkan terutama dalam bentuk syair. Penerokaan ini mendorong kepada penemuan
ilmu-ilmu baharu dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada generasi akan datang.
Hasil analisis yang diperoleh mendapati bahawa pengarang manuskrip Syair Dagang
mempunyai ketokohan dan ketinggian ilmu pelbagai bidang, khususnya melibatkan ilmu
agama Islam, dakwah, kesusasteraan dan bahasa.

Kata Kunci: Syair Dagang, Interpretasi, Dakwah

Abstract
Manuscript trading poetry written in Jawi Malay manuscripts written in poetic form. This
poem is categorized in the religious poetry group. The purpose of this study was to analyze
the aspects of the Dawah interpretation found in the Trade Syair manuscript (MSS 3160). The
approach to preaching is used to analyze the texts of Syair Trade manuscripts from the
aspects of al-Hikmah, Mawizah al-Hasanah and Mujadalah. The findings indicate that the
author of the manuscript highlighted various ways to preach in his writing. The manuscript is
also rich in Islamic law, examples, advice and guidance. Library research will be used as a
reference and guide to further develop the evidence and argument. This text is very important
because it enhances and enhances the number of translated manuscripts, especially in poetry.
This exploration leads to the discovery of new knowledge and thus benefits future
generations. The analysis shows that the author of the Syair Trademark manuscript has a
wealth of knowledge and heights in various fields, especially those involving Islam, sermons,
literature and languages.

Keywords: Trade poems, Interpretations

Pengenalan
Manuskrip Melayu merupakan satu warisan intelek daripada zaman silam dan telah
dimartabatkan sebagai satu warisan dokumen negara. Manuskrip Melayu boleh didefinisikan
sebagai karya-karya Jawi yang ditulis dengan menggunakan tangan. Karya-karya ini
dihasilkan dalam lingkungan abad ke-14 hingga awal abad ke-20. Ilmu yang tertulis dalam
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 169
manuskrip Melayu merupakan hasil daripada cetusan minda masyarakat Melayu sejak zaman
dahulu kala lagi. Syair merupakan puisi Melayu tradisional paling popular dan telah
menerima pengaruh Islam. Istilah “syair agama” pula boleh ditakrifkan sebagai syair yang
menceritakan tentang riwayat hidup para nabi seperti Syair Nur Muhammad, Syair Nabi
Allah Ayub dan Syair Nabi Allah Yusuf. Terdapat juga syair keagamaan yang
mengetengahkan tentang hukum-hakam dalam Islam seperti fikah, hari Kiamat, rukun Iman,
rukun Islam dan sebagainya. Syair Dagang Adanya (MSS 3160) merupakan salah satu karya
kesusasteraan Melayu tradisional bergenre sastera keagamaan yang tergolong dalam syair
berbentuk nasihat (Huzaimah Ismail, Norsiah Sulaiman dan Nafisiah (2013: 179).
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah menggunakan daya kreatif dan
imaginasi yang tinggi untuk menyampaikan sesuatu hasrat atau keinginannya kepada anggota
masyarakat. Oleh itu, syair akan dialunkan dengan merdu supaya dapat menarik minat
masyarakat. Dakwah merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh setiap individu
Muslim sama ada secara perseorangan atau kolektif. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
perkataan “dakwah” boleh ditakrifkan sebagai kegiatan untuk menyeru dan menyakinkan
orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Istilah “berdakwah” pula merujuk kepada
kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan yang dijalankan oleh orang atau golongan
pendakwah (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007: 305).
Untuk berdakwah, umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu,
memperkukuhkan iman dan menyampaikan pula ilmu yang diperoleh kepada orang ramai.
Kaedah dakwah ialah cara kerja atau aturan yang mesti diikuti dalam melakukan kerja-kerja
dakwah atau bidang pengajaran dan penuntunan. Kaedah dakwah memainkan peranan yang
penting untuk mencapai sesuatu kejayaan dan matlamat. Penggunaan kaedah dakwah yang
betul dapat memudahkan kerja-kerja dakwah dan memudahkan kumpulan sasaran untuk
menerima mesej dakwah. Menurut Abdul Munir Ismail (2014: 93), keberkesanan dakwah
bergantung kepada kaedah yang digunakan. Kaedah yang digunakan hendaklah disesuaikan
dengan tahap kumpulan sasar yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu,
genre syair telah digunakan sebagai medium atau alat untuk berdakwah dalam kalangan
masyarakat.

Latar Belakang Manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160)


Manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) telah ditulis dalam bentuk tulisan tangan berhuruf
Jawi. Teks ini telah ditulis pada Hari Khamis, iaitu pada waktu malam Jumaat mengikut
catatan yang terdapat pada beberapa rangkap syair. Manuskrip ini telah dibeli oleh
pengumpul manuskrip lama yang terkenal, iaitu Haji Wan Mohd Shaghir pada 24 Jun 2002.
Ketika dibeli, manuskrip ini berada dalam keadaan yang baik dan lengkap. Namun begitu,
faktor peredaran masa, persekitaran dan ancaman makhluk perosak kertas (bubuk) dikhuatiri
telah merosakkan teks dan warna manuskrip tersebut.
Manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) terdapat dalam simpanan di Pusat Manuskrip
Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Manuskrip ini boleh didapati untuk tujuan
rujukan pada nombor MSS3160 dengan jilidan [10] ff. Saiz ukuran bagi manuskrip Syair
Dagang (MSS 3160) ialah 24 x 17 cm yang terdiri daripada 18 halaman dan 91 rangkap (14
hingga 22 baris bagi setiap rangkap). Manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) tidak dicatatkan
maklumat tentang nama penyalin, nama tempat dan tidak mempunyai doksologi, iaitu
bahagian permulaan manuskrip yang biasanya bercorak dan berseni hias. Halaman terakhir
manuskrip ini tidak mempunyai teks tentang penyalin (kolofon), tarikh manuskrip selesai
disalin dan nama juru tulis atau pemiliknya.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 170

Manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) telah ditulis dengan menggunakan kertas
berjenis LAID Eropah yang berwarna putih kekuningan bertompokkan kesan terkena air dan
mempunyai tera air berbentuk bulan sabit berprofil manusia di dalam perisai. Kertas ini
mempunyai kuras, iaitu helaian kertas yang digunakan dalam percetakan buku yang berlipat-
lipat serta dikerat menjadi beberapa muka) yang berceraian tanpa kulit. Setiap helaiannya
pula mempunyai 2 kolum dengan susunan jenis tulisan yang kemas dan konsisten.
Walaupun manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) tidak dicatatkan tentang maklumat
kepengarangannya, maklumat tentang masa, suasana, peralatan, dan saat-saat manuskrip ini
telah diceritakan pada rangkap 2, rangkap 3 dan rangkap 4. Ini dapat dilihat pada rangkap
awal syair seperti yang berikut:

Dengarlah encik permulaan khabar,


Asalnya kalam daripadanya akar,
Asal dakwat daripadanya damar,
Hamba mengarang baharu belajar. (r.2)

Adapun konon suatu hari,


Duduk termenung seorang diri,
Di dalam kalbu terlalu dengari,
Mengenangkan nasib badan sendiri. (r.3)

Malam Jumaat bulan pun menerang,


Masygulnya Dagang bukan sebarang,
Pada masa itu syair terkarang,
Jam berbunyi berderang-derang. (r.4)

Pengarang merupakan seorang pedagang yang merantau di negeri orang dan tinggal
berjauhan dengan sanak saudaranya di kampung halaman. Kehidupanya tidak menentu dan
penuh cabaran. Ini digambarkan menerusi rangkap seperti yang berikut:

[K](g)undah-[k](g)ulana bukan sebarang,


Dari dahulu sampai sekarang,
Kerana tinggal di negeri orang,
Sanak saudara temu jarang. (r.7)

Berdasarkan rangkap syair ini, dagang digambarkan berada dalam keadaan tidak
menentu, tidak tenang dan tidak tenteram setelah meninggalkan kampungnya. Hal ini berlaku
disebabkan dagang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga dan sanak saudara. Kesannya,
dagang berasa sangat rindu kerana telah lama tidak bersua muka dan bergurau senda.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 171

Halaman Awal Manuskrip Syair Dagang (MSS3160)

Analisis Kajian
Dakwah merupakan tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh setiap individu Muslim sama
ada secara perseorangan atau kolektif. Untuk berdakwah, umat Islam perlu mempersiapkan
diri dengan pelbagai ilmu, memperkukuhkan iman dan menyampaikan pula ilmu yang
diperoleh kepada orang ramai. Kaedah dakwah ialah cara kerja atau aturan yang mesti diikuti
dalam melakukan kerja-kerja dakwah atau bidang pengajaran dan penuntunan. Kaedah
dakwah memainkan peranan yang penting untuk mencapai sesuatu kejayaan dan matlamat.
Penggunaan kaedah dakwah yang betul dapat memudahkan kerja-kerja dakwah dan
memudahkan kumpulan sasaran untuk menerima mesej dakwah yang disampaikan.
Dakwah Nabi Muhammad SAW kepada manusia begitu teratur dan tersusun dengan
aturan oleh wahyu Allah SWT. Dakwah baginda dilaksanakan dengan kaedah yang
bijaksana, sistematik dan realistik. Perancangan dan strategi dakwah baginda begitu rapi dan
berkesan. Kaedah dakwah Nabi Muhammad SAW menjadi contoh dan teladan terbaik dalam
mengembangkan syiar Islam. Penelitian terhadap kaedah dakwah atau uslub baginda
memerlukan kajian yang berterusan selari dengan cabaran dan peredaran zaman.
Perkataan uslub boleh didefinisikan sebagai kaedah atau cara berkhidmat untuk
kebenaran dan kaedah yang diperjuangkan oleh Islam (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).
Kaedah dakwah terbahagi kepada tiga unsur, iaitu al-Hikmah, al-Maw’izah al-hasanah dan
al-Mujadalah bi al-husna. Aziz Md. Zin (2018) pula telah mengaitkan kaedah dakwah
dengan aspek isi kandungan dakwah, gaya persembahan isi, saluran dakwah dan pendekatan
psikologi yang digunakan. Kaedah dakwah atau uslub terdiri daripada tiga kaedah, iaitu
Uslub Hikmah, Uslub Maw’izah al-Hasanah dan Uslub Mujahadah. Ketiga-tiga kaedah atau
uslub ini dapat melicinkan proses gerak kerja dakwah kepada kumpulan sasaran. Kaedah
dakwah yang perlu dilakukan oleh oleh setiap pendakwah adalah dengan kaedah hikmah,
kaedah nasihat yang baik dan kaedah perbincangan, dialog atau perbahasan yang terbaik (Ab.
Aziz Mohd Zin, 2018). Ketiga-tiga kaedah yang diketengahkan ini merupakan asas utama
metodologi dakwah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 172

Kaedah Dakwah

Al-Hikmah Mawizah Al-Hasanah Mujadalah


(Bijaksana) (Nasihat yang baik) (Berdabat)

Lembut Keras Halus


Terus-terang Aqli Naqli
-Ajakan -Kiasan
-Amaran -Penegasan
-Galakan -Penceritaan
-Arahan -Penerangan
-Jenaka

Rajah 1. Kaedah Dakwah

Rajah 1.0 menunjukkan model bagi kaedah dakwah. Kaedah dakwah terdiri daripada
tiga, iaitu al-Hikmah, Mawizah al-Hasanah dan Mujadalah. Ketiga-tiga kaedah dakwah ini
dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Uslub al-Hikmah, Uslub al-Hasanah dan Uslub
Mujadalah. Dalam bahasa Melayu pula, hikmah boleh didefinisikan juga sebagai bijaksana.
Mawizah al-Hasanah pula boleh diertikan sebagai kaedah dakwah dengan menggunakan
kata-kata yang baik. Kaedah Mujadalah pula bermaksud perdebatan. Seseorang pendakwah
boleh memilih kaedah dakwah yang sesuai bergantung dengan situasi dan kemampuan
masing-masing.

(i) Al-Hikmah atau Bijaksana (Uslub Hikmah)


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan “hikmah” boleh didefinisikan
sebagai kebijaksanaan daripada Allah SWT. Perkataan “hikmah” merujuk kepada rahsia,
kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara. Menurut Hamka (1981), hikmah
dalam bahasa Indonesia bermaksud bijaksana. Hikmah juga boleh didefinisikan sebagai
bijaksana dalam semua perkara dan bertujuan untuk menarik manusia ke jalan agama
(Hamka, 1990). Kebijaksanaan dalam dakwah timbul daripada budi pekerti yang halus dan
sopan santun. Hikmah mempunyai definisi yang agak luas seperti pelbagai cara atau usaha.
Hikmah merupakan satu tindakan yang bijaksana dan bergantung kepada persekitaran dan
kesesuaian semasa. Oleh itu, seseorang pendakwah perlu menggunakan kebijaksanaannya
untuk membuka minda serta pemikiran orang yang didakwahinya.
Kaedah hikmah secara keras merupakan satu kaedah dakwah yang disebabkan oleh
faktor keadaan yang boleh memberikan ancaman. Kaedah ini digunakan supaya khalayak
yang melampaui batas dan ingkar kembali ke jalan yang benar. Kedah ini menekankan aspek
ketegasan dan kekerasan untuk menegakkan kebenaran. Namun begitu, kaedah ini tetap
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 173
mengekalkan aspek kesopanan berbahasa. Kaedah ini digunakan supaya mereka yang ingkar
akan perintah Allah SWT kembali ke pangkal jalan serta meninggalkan perkara-perkara yang
dimurkai Allah SWT. Kaedah dakwah al-Hikmah sacara keras terbahagi kepada dua, iaitu
secara amaran dan secara arahan.
Berdasarkan manuskrip Syair Dagang, dakwah secara lembut dengan ajakan serta
galakan dapat dilihat apabila dagang menasihati masyarakat atau keluarga terdekat, iaitu adik
dan kakak supaya tidak memarahinya yang sedang kesedihan akibat berjauhan dengan
keluarga dan saudara mara. Selain itu, dagang turut mengajak masyarakat supaya
menghindari diri daripada umpat-mengumpat. Dagang mengajak turut mengajak masyarakat
dengan menggunakan tutur kata yang lemah lembut. Dagang menggunakan perkataan
“ayuhai” yang bermaksud kata untuk memanggil orang (Kamus Dewan Edisi Keempat:
2007). Penggunaan perkataan “ayuhai” begitu banyak digunakan dalam syair ini untuk
menggambarkan tentang ajakan seseorang. Tutur kata dengan menggunakan perkataan yang
lembut merupakan satu kaedah dakwah secara hikmah. Kaedah dakwah yang penuh hikmah
dan lembut dapat menarik minat masyarakat untuk mendekati agama Islam. Hal ini boleh
dilihat pada rangkap Syair Dagang seperti yang berikut:

Ayuhai tuan janganlah murka,


Kepada hamba orang yang duka,
Umpat-mengumpat hendaklah jaga,
Kanda sekalian adik dan kakak. (r.15)

Seterusnya, dagang menasihati para sahabat sama ada lelaki atau perempuan supaya
berhati-hati mencari teman hidup. Dagang menasihati supaya tidak mempermainkan perasaan
teman kerana harapan seorang ibu begitu tinggi untuk melihat anaknya hidup bahagia.
Seorang ibu pastinya ingin melihat seorang anak berjaya dalam kehidupan. Pengorbanan
seorang ibu tiada tandingannya. Keperitan seorang ibu ketika berbadan dua selama sembilan
bulan di dalam perut tidak mampu diperkatakan. Pahit perih pengorbanan seorang ibu tiada
tandingan. Oleh itu, seorang anak perlu memikirkan sebaiknya segala tindakan supaya tidak
membebankan seorang ibu. Pada rangkap ini, pengarang turut menggunakan perkataan
“ayuhai” sebagai kata untuk memanggil dan menegur seseorang. Penggunaan perkataan
“ayuhai” adalah amat sesuai dan bertepatan dengan pendekatan dakwah secara hikmah ajakan
lemah lembut. Hal ini boleh dilihat pada rangkap seperti yang berikut:

Ayuhai sahabatku encik dan dayang,


Jika tuan mencari orang,
Jangan dipermain jangan dibuang,
Harap ibu bukan kepalang. (r.19)

/Harapnya ibu bukan sedikit,


Tinggi daripada gunung dan bukit,
Sedang lama berasai sakit,
Sembilan bulan tiada berbangkit. (r.20)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 174
Berikutnya, dakwah secara hikmah dengan ajakan yang lemah lembut boleh dilihat
pada rangkap (r.22). Dalam rangkap ini, dagang menggunakan perkataan yang lembut untuk
mengajak sanak saudara yang masih berkeluarga. Dagang memfokuskan tentang
pengorbanan seorang ibu yang tiada tolak bandingnya. Seorang ibu sanggup berjaga malam
untuk mencari sesuap nasi. Situasi ini digambarkan dengan ketika saat seorang anak lena
tidurnya, seorang ibu masih berjaga malam untuk mencari rezeki. Selain itu, dagang turut
mengigatkan masyarakat akan pengorbanan seorang ibu yang sanggup bekerja tanpa mengira
penat atau lelah. Ibu juga bekerja tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam. Malah di
saat si anak tidur, seorang ibu sanggup bekerja demi mencari rezeki. Makanan dicari semata-
mata untuk si anak tanpa memikirkan risiko atau bahaya yang terpaksa ditanggung. Makanan
yang dicari juga merupakan makanan terbaik. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap
seorang anak.
Dagang menggunakan ajakan yang penuh hikmah dan lemah lembut, iaitu “dengar olehmu
sekalian sanak” supaya khalayak pendengar dapat memberikan perhatian dengan ajakan atau
nasihat yang diperkatakan. Hal ini boleh dilihat pada rangkap Syair Dagang seperti yang
berikut:
Dengar olehmu sekalian sanak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu lena,
Dicarikan makan manis dan lemak. (r.22)

Penggunaan kaedah dakwah secara keras dalam Syair Dagang dapat dilihat menerusi
rangkap 26 yang menggunakan perkataan yang agak keras berupa amaran. Dagang telah
menasihati masyarakat terutamanya anak-anak supaya mengambil berat terhadap seorang ibu.
Dagang telah menggunakan perkataan yang agak kasar seperti “itulah anak amat celaka”
untuk memberikan gambaran akan perilaku anak yang derhaka, tidak menghormati dan
menghargai jasa seorang ibu. Perkataan “celaka” boleh didefinisikan sebagai tidak baik, tidak
bahagia, malang dan sial. Dagang turut memberikan amaran kepada anak derhaka akan
kemurkaan dan kemarahan Allah SWT. Sebagai pembalasan, anak derhaka akan
dicampakkan ke dalam neraka. Hal ini boleh dilihat pada rangkap syair seperti yang berikut:

Itulah anak amat celaka,


Allah Taala sangatlah murka,
Kepada ibumu jangan derhaka,
Dimasukkan Allah ke dalam neraka. (r.26)

Seterusnya, dakwah al-Hikmah secara arahan telah ditujukan kepada golongan muda
bangsawan supaya menghormati kedua ibu bapa. Ibu bapa perlu dihormati dan bukannya
dilawan kerana orang yang selayaknya dihambakan dan dipatuhi segala arahan ialah ibu
bapa. Sebagai pembalasan, anak yang menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa
akan menjadi teman di akhirat kelak. Hal ini boleh dilihat pada rangkap syair seperti yang
berikut:

Dengar olehmu muda bangsawan,


Ibu bapamu jangan dilawan,
Di dalam dunia itulah tuan,
Di dalam akhirat menjadi kawan. (r.27)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 175
(ii) Maw’izah al-Hasanah (Nasihat yang Baik)
Uslub Maw’izah al-Hasanah bermaksud memberi pengajaran terbaik dan mendatangkan
manfaat kepada semua pihak, mengucapkan kata-kata yang baik dan peringatan yang boleh
memberikan kesedaran supaya dapat menghindarkan manusia daripada melakukan
keburukan. Nasihat berbentuk pengajaran yang dikemukakan hendaklah disertai dengan
menyebut beberapa peristiwa dan iktibar yang boleh diambil. Peristiwa ini penting supaya
manusia dapat mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Kaedah Uslub Maw’izah al-Hasanah terdiri daripada dua cara, iaitu secara halus dan
terang-terangan. Nasihat yang baik perlu dilakukan dengan lembut, tenang dan halus supaya
tidak menyinggung perasaan orang yang dinasihati. Seseorang pendakwah perlu memahami
tujuan nasihat yang baik adalah bukan untuk menjaga kebajikan sasaran semata-mata tetapi
untuk menjamin kebaikan di dunia dan akhirat. Kesannya, sasaran dapat memahami
kejujuran seseorang pendakwah, sekaligus dapat membuat penilaian bahawa nasihat yang
disampaikan banyak memberikan kebaikan berbanding keburukan. Kaedah dakwah dengan
nasihat yang baik memberikan hasil yang lebih signifikan berbanding kaedah lain kerana
lebih sesuai dengan jiwa manusia. Hal ini boleh dilihat pada rangkap syair seperti yang
berikut:

Isyarat berniaga hendak dipilih,


Pandangkan air sentiasa meleleh,
Jikalau tidak itu ditoleh,
Harta dicari dimanakan boleh. (r.74)

/Fikir olehmu akan maknanya,


Air yang surut ada pasangnya,
Ingat–ingat akan adanya,
Tiap-tiap mudah ada ma[r]salahnya. (r.75)

Berdasarkan rangkap syair di atas, dagang telah menggunakan kaedah dakwah secara
halus dengan menyelitkan unsur-unsur kiasan dan penceritaan. Unsur-unsur kiasan yang
digunakan ialah “air yang surut ada pasangnya” dan “pandangkan air sentiasa meleleh”. Pada
rangkap ini dagang telah memberikan nasihat dengan menceritakan serba sedikit tentang
adat-adat untuk menjadi peniaga yang baik. Untuk menjadi peniaga, seseorang itu hendaklah
sentiasa jujur, amanah dan ikhlas. Peniaga juga tidak boleh memilih kasih dalam urusan jual
beli. Contohnya, menjual barangan dengan harga yang murah kepada mereka yang dikenali.
Sebaliknya, menjual dengan harga yang mahal kepada orang asing yang tidak dikenali.
Seseorang peniaga juga perlulah ikhlas dalam urusan perniagaan dengan niat kerana Allah
SWT. Di samping itu, seorang peniaga hendaklah percaya bahawa urusan perniagaan yang
diusakan ini ada pasang surutnya dari segi risiko dan keuntungan. Oleh itu, peniaga perlu
yakin beriman dengan ketentuan Allah SWT.

(iii) Mujadalah (Berdebat atau Bertukar Fikiran)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), “mujahadah” ialah perang atau perjuangan
untuk mempertahankan agama Islam. Abdul al-Karim Zaydan (1979) mendefinisikan
perkataan “mujahadah” sebagai berdebat atau bertukar fikiran. Mujahadah juga boleh
didefinisikan sebagai menggunakan peluang dan kesempatan yang sebaiknya, bijak
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 176
menyusun kata-kata, berakhlak mulia, merendah diri, bertenang, tidak tergopoh-gapah dan
bijak melayan perasaan. Mujadalah merupakan kaedah dakwah yang digunakan apabila
berhadapan dengan orang yang keras hatinya dan suka membangkang. Matlamat utama
kaedah ini ialah supaya orang yang diajak untuk berdebat mendapat hidayah dan petunjuk
daripada Allah SWT. Kaedah mujadalah terdiri daripada dua, iaitu secara pendalilan Aqli dan
pendalilan Naqli. Pendaklilan Aqli merujuk kepada pembuktian logik yang dilakukan
menggunakan akal manakala pendalilan Naqli pula dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang
sahih seperti daripada al-Quran, Hadis, fakta sains, fakta buku, majalah, percakapan dan
sebagainya.
Berdasarkan manuskrip Syair Dagang, pengarang turut menggunakan dalil Akli dan
dalil Naqli. Hal ini boleh dilihat pada rangkap 56, 57, dan 58. Dagang telah berhujah
berdasarkan kepada dalil yang logik dan berdasarkan fakta. Dagang telah menasihati
masyarakat supaya sentiasa berpegang dengan tali Allah SWT kerana pembalasan bagi
mereka yang mengingkari dan meninggalkan suruhan-Nya adalah api neraka. Selain itu,
dagang turut memberikan gambaran akan azab yang cukup pedih bagi mereka yang tidak
beriman kepada Allah SWT. Mereka akan digigit haiwan seperti ular, lipan, kala dan
sebagainya. Tiada siapa yang mampu memberikan pertolongan melainkan Allah SWT. Hal
ini boleh dilihat pada rangkap seperti yang berikut:

Barangsiapa meninggalkan firman,


Firasat harap ayuhai teman,
Itulah orang tiada tiada beriman,
Di dalam neraka tempatkah [y]aman. (r.56)

Barangsiapa meninggalkan hadis,


Tubuhnya hitam bercampur kudis,
Dimakan neraka semuanya habis,
Dari kepala sampai ke be[n]tis. (r.57)

Sakit tiada lagi berkata,


Digigit ular, lipan dan kala,
Ke dalam neraka terhela,
Harapkan tolong azzawajalla. (r.58)

Berdasarkan rangkap di atas, dagang telah menggunakan kaedah dakwah berdasarkan


dalil akli dan naqli. Dalil akli ialah dalil atau hujah yang menggunaan akal manakala dalil
naqli merupakan hujah yang digunakan menggunakan fakta, iaitu al-Quran. Bagi mereka
yang tidak beriman atau mengingkari perintah Allah SWT, pembalasannya ialah api neraka.
Selain itu, azab digigit ular, lipan dan kala merupakan azab bagi mereka ketika berada di
alam kubur. Pembalasan dan azab api neraka banyak diperkatan dalam al-Quran. Hal ini
boleh dilihat pada maksud surah al-Baqarah seperti yang berikut:

“Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak
dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan
bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala) (iaitu neraka) yang disediakan
untuk orang-orang kafir”.
(Surah al-Baqarah: 24)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 177

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelaslah bahawa pembalasan bagi mereka yang
mengingkari perintah Allah SWT ialah azab yang pedih, iaitu api neraka. Api neraka ini juga
dikhaskan kepada orang kafir. Mereka ini akan dibakar bersama berhala sembahan dan batu-
batu. Oleh itu, seorang Muslim perlu muhasabah diri dan insaf dengan perbuatan yang telah
dilakukan. Seseorang Muslim juga hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah
SWT andai terdapat perbuatan atau perlakuan yang boleh mengguris hati ibu bapa. Hal ini
penting kerana syurga seorang anak terletak di bawah kaki seorang ibu.

Kesimpulan
Pengarang manuskrip Syair Dagang (MSS 3160) mempunyai daya pemikiran dan intelektual
yang hebat setanding dengan sarjana-sarjana lain. Pengarang juga mempunyai kemahiran dan
penguasaan ilmu yang baik seperti ilmu agama, ilmu bahasa Melayu, dan ilmu kesusasteraan.
Berdasarkan analisis interpretasi dakwah dilakukan ke atas manuskrip Syair Dagang, didapati
bahawa manuskrip ini kaya dengan pelbagai hukum hakam dalam Islam, nilai-nilai murni,
teladan dan sebagainya. Pelbagai kaedah dakwah telah digunakan dalam syair ini untuk
mengajak atau menyeru masyarakat kepada jalan Allah SWT. Kaedah dakwah memainkan
peranan yang penting untuk mengubah pendapat, pemikiran, tingkah laku dan aktiviti harian
sasaran supaya selari dengan hukum hakam dalam Islam. Penggunaan kaedah asas dakwah
seperti al-Hikmah, Mawizah al-Hasanah dan al-Mujadalah dapat memudahkan penerimaan
dalam kalangan masyarakat dan khalayaknya. Seseorang pendakwah perlu memilih kaedah
dakwah yang betul bergantung kepada kebijaksanaan dan keupayaan masing-masing. Hal ini
penting supaya dakwah dapat disampaikan dapat diterima dan difahami sebaiknya oleh
pendengar. Seseorang pendakwah juga perlu jujur, ikhlas dan berlapang dada ketika
melakukan kerja-kerja dakwah.

Rujukan
Manuskrip “Syair Dagang” (MSS 3160).
Kamus Dewan edisi keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdul Munir Ismail (2014). Dakwah Islam dan orang pekak. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ab. Aziz Mohd Zin (2001). Metodologi Dakwah .Penerbit Universiti Malaya.
Ab. Aziz Mohd Zin (2018). Pendekatan Dakwah Terhadap Banduan. Penerbit Universiti Malaya.
Huzaimah Ismail (2013). Survival Entrepreneur Muslim Berdasarkan Manuskrip ‘Syair Dagang Adanya’.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 178

FAKTOR KESEDARAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM


SEKITAR DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU :
SATU TINJAUAN KONSEPTUAL

Haider Ahmad Fazil, Ismail Asis dan Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie

Abstrak
Kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan asas
kepada perubahan amalan hidup masyarakat terhadap pelaksanaan tanggung jawab yang
menjurus ke arah cintakan alam sekitar. Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan tahap
kesedaran alam sekitar masyarakat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah jika di
bandingkan dengan negara maju seperti Jepun, Denmark dan Jerman. Menerusi kajian
tersebut ia menunjukkan sikap orang awam terhadap isu alam sekitar amat membimbangkan.
Hasil kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan orang awam menganggap peranan menjaga
alam sekitar adalah tanggung jawab kerajaan. Masyarakat lebih peka terhadap isu-isu alam
sekitar terutamanya yang hampir kepada mereka namun kesedaran untuk terlibat mengatasi
masalah tersebut terlalu minima. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan di persekitaran
kampus Politeknik Kota Kinabalu menunjukkan pelestarian alam sekitar belum dapat
diterapkan seperti yang diharapkan, ini memberikan gambaran awal kurangnya kesedaran
terhadap alam sekitar. Justeru, penulisan ini dijalankan untuk mengenal pasti tiga faktor yang
boleh mempengaruhi kesedaran pelajar Politeknik Kota Kinabalu terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Penulisan ini penting untuk membantu pihak pengurusan institusi
membincangkan dan merangka pelan tindakan dalam usaha memupuk kesedaran
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya mencintai alam sekitar dalam
kalangan pelajar.

Kata Kunci: Pemeliharaan Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam Sekitar, Politeknik Kota
Kinabalu

Pengenalan
Menurut Noor Azizah & Zanaton (2015), kualiti hidup bukan hanya melibatkan kebendaan
tetapi juga melibatkan semua perkara yang dapat mempengaruhi kepuasan manusia mengikut
ruang dan masa. Tanpa kesedaran, sebarang tindakan daripada pihak pentadbir tidak memberi
sebarang kesan. Sebagai contoh walaupun banyak ceramah dan kempen kesedaran
dijalankan, namun ia mestilah disusuli dengan pelan tindakan. Menurut Noor Azizah &
Zanaton (2015), kesedaran alam sekitar merupakan satu nilai yang penting ditanam dalam
diri setiap individu bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan,
berkemampuan bahkan mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam
sekitar. Individu yang telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam sekitar
akan lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Dengan ini,
ia menjadi benteng dari pengaruh nilai kebendaan serta secara tidak langsung boleh bertindak
sebagai contoh untuk membimbing diri orang lain bagi mencintai alam sekitar. Pendidikan
melalui amalan lebih memberi impak yang positif berbanding pendidikan berasaskan
pengetahuan semata-mata. Nilai amalan untuk sama-sama memberi sumbangan kepada usaha
memelihara dan memulihara alam sekitar harus ditanam dalam setiap individu dan
seharusnya dijadikan satu nilai yang perlu ditekankan untuk melahirkan modal insan yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 179
berkualiti. Warganegara yang bertanggung jawab memelihara dan memulihara alam sekitar
menjamin kehidupan yang selesa di kemudian hari.
Sementara menurut Mohammad Affendy & Nazirah (2014), industri pembinaan
memberi kesan terhadap alam sekitar dengan berlakunya penerokaan kawasan hutan,
pencemaran, perubahan iklim dan sebagainya. Justeru itu, masalah pencemaran alam sekitar
tidak akan dapat di selesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang
betapa pentingnya alam sekitar kepada manusia. Di samping itu, apa yang penting ialah
mengubah minda dan sikap komuniti terlebih dahulu ke arah mencintai alam sekitar. Ini
kerana selagi minda mereka tidak berubah selagi itu masalah pencemaran alam sekitar tidak
akan dapat diatasi dengan berkesan.
Khairul Azhar (2018) pula menyatakan Islam memberikan penekanan dan perhatian
yang serius terhadap penjagaan alam sekitar. Pendekatan Islam dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan alam sekitar melibatkan aspek fizikal seperti penguat kuasaan undang-undang dan
juga aspek spiritual seperti penerapan nilai dan etika dalam berinteraksi dengan alam sekitar.
Kedua-dua pendekatan ini perlu digerakkan secara bersepadu dan komprehensif dalam
memastikan keberkesanan usaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan manusia
berhubung kepentingan penjagaan alam sekitar. Setiap manusia terutamanya umat Islam
perlu menyedari bahawa alam sekitar yang diamanahkan ini merupakan medium perantaraan
dalam perjalanan seseorang hamba bertemu dengan penciptaNya. Segala tindakan manusia
melibatkan alam sekitar mempunyai nilai pahala dan dosa yang akan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak. Maka, ruang yang disediakan di dunia ini perlu digunakan dengan sebaiknya
dengan melakukan kebaikan sesama makhluk serta memelihara kestabilan alam yang
dianugerah kan oleh Allah ini. Hubungan harmoni yang wujud antara manusia dengan alam
sekitar ini juga merupakan platform terbaik dalam memenuhi dan merealisasikan prinsip
Maqasid Syariah yang berperanan mewujudkan kesejahteraan dalam kehidupan setiap
manusia
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, satu pelan tindakan perlu dijalankan bagi
menggalak dan memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di
kalangan masyarakat khususnya pelajar. Penulisan ini dapat menjelaskan faktor-faktor
penting untuk dibincangkan oleh pihak pengurusan institusi dalam merangka tindakan untuk
memupuk kesedaran pelajar terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekitar
kampus khususnya. Faktor tersebut banyak dibincang dalam jurnal-jurnal yang berkaitan
dengan kesedaran pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar.

Sorotan Kajian Lepas

Peranan institusi pendidikan


Menurut Hairol Anuar, Ahmad Nazeer et. al. (2014), pendidikan merupakan teras kepada
pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa pendidikan, masyarakat umumnya
akan hidup dalam kemunduran, di samping akan menyebabkan keruntuhan moral yang
berleluasa. Ia sekaligus boleh mengurangkan tahap kesedaran terhadap pemeliharaan dan
pemulihan alam sekitar. Zamhari, Siti Khatijah et al. (2016) pula menyatakan bahawa
peranan pendidikan formal di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi mampu untuk
membentuk kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar dengan
menyediakan sukatan pelajaran yang menerapkan elemen-elemen alam sekitar. Peranan
pendidikan alam sekitar memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bagaimana
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 180
manusia menguruskan alam sekitar dengan penuh tanggung jawab demi kesejahteraan
bersama.1 Pembentukan Jawatan kuasa pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di
peringkat institusi seperti kempen Go Green merupakan satu usaha yang boleh digunakan
untuk membentuk pelajar mempraktikkan amalan lestari sekali gus membentuk kesedaran
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Para pensyarah, penasihat akademik dan
kakitangan institusi dapat memainkan peranan untuk memupuk kesedaran memelihara dan
memulihara alam sekitar ketika berada di dalam kelas, bangunan akademik, kafeteria, masjid,
pasar tamu, asrama dan di mana sahaja mereka berada di dalam kampus. Apa yang lebih
penting, pihak pengurusan institusi Politeknik Kota Kinabalu sendiri dapat memainkan
peranan untuk melaksanakan satu kerangka dalam menggalakkan kesedaran pelajar ke arah
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat institusi.

Peranan rakan sebaya


Menurut Nazirah, Norazlina et. al (2015), rakan sebaya merupakan sahabat yang dari
lingkungan umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Ia memainkan peranan
penting dalam kehidupan pelajar yang berpotensi besar untuk mempengaruhi tingkah laku
dan corak pemikiran rakannya yang lain. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kajian Noor
Ema & Leong (2017) mendapati, sebagai seorang yang sedang meningkat dewasa,
pengaruh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Rakan sebaya
memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian dalam pembelajaran dan juga
pemikiran mereka. Mereka akan sentiasa meniru dan mengikuti segala gerak geri dan
tingkah laku rakan sebaya. Menurut Noor Ema & Leong 2017 lagi, selain daripada
mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap
dan tingkah laku seseorang individu. Jika seseorang pelajar bergaul dengan pelajar yang
mempunyai kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, kecenderungan
untuk mempunyai kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah tinggi. Ini
bersesuaian seperti yang dinyatakan tentang impak rakan sebaya dalam perkembangan
individu di mana setiap individu akan cenderung memilih rakan yang mempunyai minat
dan kecenderungan yang sama. Persamaan daripada segi minat dan kecenderungan akan
memudahkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan idea.
Berdasarkan kajian Hamzah, Siti Raba’ah, et al. (2013) pula menyatakan hubungan
dengan rakan sebaya turut mempengaruhi pembentukan tingkah laku dalam kalangan belia di
institusi pengajian tinggi. Terdapat tiga bentuk hubungan iaitu dimensi kepercayaan dan
komunikasi berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi pengasingan berada pada tahap
yang sederhana dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Hubungan
keakraban dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh yang positif perlu disokong dan
diberikan perhatian dalam semua keadaan, sebagai contoh jika rakan mempunyai kesedaran
memelihara dan memulihara alam sekitar ia dapat mempengaruhi rakan lain. Namun
hubungan keakraban dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh yang negatif perlu
dihentikan. Ini dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk bertindak sebaliknya terhadap
alam sekitar. Justeru, para pelajar harus ditanamkan sikap mesra terhadap alam sekitar
contohnya menerusi aktiviti-aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di dalam
mahupun di luar kampus, kuliah-kuliah agama atau moral berkaitan kepentingan alam sekitar

1
dipetik dari lam web http:www.doe.gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitarnegara. (6 Julai 2020).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 181
dalam kehidupan, agar sikap positif terhadap alam sekitar dapat dibentuk dan seterusnya
dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka yang lain.

Peranan Ibu Bapa


Ratna Roshida & Nik Haslinda (2007) menyatakan, keluarga merupakan komponen penting
dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga,
kewujudan negara tidak akan sempurna. Walau bagaimanapun dalam memastikan kejayaan
institusi ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang
sama penting untuk memastikan kejayaan anak-anak dari sudut pelajaran dan juga sikap. Jika
sikap yang positif selalu diterapkan kepada anak-anak ia akan membentuk pengamalan yang
baik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hamid, Zulkifli Abd, et al. (2011) pula
menyimpulkan bahawa penerapan dalam didikan tidak formal yang diberikan oleh ibu bapa
sejak awal lagi tentang amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat memberi
impak yang berkesan terhadap pendidikan alam sekitar. Jika semua ibu bapa mendedahkan
anak-anak dengan amalan kelestarian dari kecil lagi, tidak mustahil untuk membentuk satu
masyarakat yang sedar kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam
konteks pendidikan di rumah, ibu bapa berperanan untuk mengamalkan sikap lestari dalam
kehidupan seharian dan memberi contoh serta tauladan yang baik kepada anak-anak dalam
mengamalkan amalan penggunaan yang lestari (Hamza & Siti Rabaah 2016). Peranan
sebagai pendidik bukan sahaja dibebankan di bahu guru atau institusi pendidikan sahaja, akan
tetapi kerjasama dalam sesebuah keluarga seperti ibu bapa, adik beradik, pembantu rumah
dan jiran tetangga juga penting untuk memastikan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar dapat diterapkan dan seterusnya membina kesedaran yang tinggi walaupun
mereka berada di institusi pengajian tinggi.

Cadangan Kerangka Konsep

Peranan institusi pendidikan

Kesedaran pemeliharaan dan


Peranan rakan sebaya
pemuliharaan alam sekitar

Peranan ibu bapa

Rajah 1. Kerangka konsep kajian

Berdasarkan kepada perbincangan kajian literatur dan isu semasa, kajian mengenai kesedaran
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini
mencadangkan tiga pemboleh ubah perlu diuji bagi menentukan manakah pemboleh ubah
yang menjadi faktor penentu kepada kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 182
adalah ideal. Model bagi kerangka konsep yang dicadangkan adalah seperti ditunjukkan
dalam Rajah 1.

Kesimpulan
Banyak kajian yang dijalankan mendapati pentingnya kesedaran terhadap kepentingan
memelihara dan memulihara alam sekitar yang menjadi pemangkin perubahan amalan hidup
masyarakat terhadap pelaksanaan tanggungjawab yang menjurus ke arah cintakan alam
sekitar. Hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan tahap kesedaran alam sekitar
masyarakat Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Berdasarkan tinjauan dan
pemerhatian mendapati persekitaran kampus Politeknik Kota Kinabalu menunjukkan isu
kebersihan kawasan dan pelestarian alam sekitar berada di tahap kurang memuaskan. Ini
memberikan gambaran awal bahawa kurangnya kesedaran terhadap pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar pelajarnya. Justeru tiga faktor yang dibincangkan iaitu peranan
institusi pendidikan, pengaruh rakan sebaya dan peranan ibu bapa amat relevan dan dapat
dijadikan panduan dalam merangka pelan tindakan oleh pihak pengurusan institusi dan jika
dapat diterapkan ianya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya cintakan alam sekitar. Faktor
peranan pendidikan dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk membina kesedaran alam
sekitar dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi kerana ia lebih bersistem dan faktor
tersebut jika diperhalusi lagi akan membina dan memupuk kesedaran yang tinggi.

Rujukan
Hairol Anuar Hj Mak Din & Ahmad Nazeer B Zainal Arifin (2014). Transformasi Pendidikan Melalui
Pendekatan Permainan Digital Di Dalam Sistem Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 1(2), 67 – 71.
Hamzah, Siti Raba’ah, et al. (2013). Pengaruh rakan sebaya ke atas tingkah laku hedonistik belia IPT di
Malaysia." Sains Humanika 63.1.
Hamid, Zulkifli Abd, et al. (2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar
Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 31-40.
Khairul Azhar bin Meerangani (2018). Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar Menurut Perspektif MaqasidN
Syariah. Isu-Isu Semasa Islam Dan Sains 2018. Kolej Universiti Islam Melaka.
Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar (2020). Dasar alam sekitar Negara 2002. http:www.doe.
gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitarnegara. (6 Julai 2020).
Mohammad Affendy Omardin & Nazirah Zainul Abidin (2014). Konsep Dan Amalan Kesedaran Terhadap Isu
Isu Alam Sekitar Di Peringkat Awalan Projek Pembinaan Melalui Fasa Pengurusan Nilai. Social
Sciences Postgraduate International Seminar (SSPIS).
Nazirah Awang, Norazlina Abd Hamis & Roslin Francis (2015). Konteks Perkembangan Rakan Sebaya.
Perkembangan Sosial, Emosi dan Moral. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Iksan (2015) Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi Kendiri Alam
Sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar, 18 (2), 23 - 31 .
Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu. (2017). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan
sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4, JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 2(1), 1-10.
Ratna Roshida Abd Razak & Nik Haslinda Nik Hussain (2007). Peranan institusi keluarga dalam penjanaan
bangsa bertamadun. Jurnal Kemanusiaan 5.1
Zamhari, Siti Khatijah, and Christopher Perumal. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti
lestari (Challenges and strategies towards a sustainable community). Geografia-Malaysian Journal of
Society and Space 12.12.
Zurina Mahadi & Norjan Yusof. (2003). Kesedaran Alam Sekitar: Tinjauan Awal di kalangan kalangan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 183

AMALAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM :


TINJAUAN DI IPT SABAH

Raja Ahmad Raja Husin, Haider Ahmad Fazil, Mustofa Kamal Achmad Rofi’ie dan
Mohd Khairul Muzhafar Mohd Nor

Abstrak
Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia
menjadi tonggak kepada seluruh ibadah yang lain di dalam Islam kerana kedudukannya
sebagai tiang agama. Dalam bidang pendidikan Islam, isu penglibatan pelajar dalam
melaksanakan solat fardhu bukanlah suatu perkara yang baru. Justeru, tahap kefahaman solat
fardhu dan faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya mendapat perhatian penyelidik.
Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih pelajar dari dua IPT di Sabah iaitu Kolej
Komuniti Lahad Datu dan Politeknik Kota Kinabalu sebagai responden. Seramai 89 pelajar
telah dipilih secara rawak untuk mewakili sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap
kefahaman pelajar dalam melaksanakan solat fardhu adalah tinggi manakala faktor utama
yang mempengaruhi solat fardhu juga tinggi. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan
kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan
mempertingkatkan lagi pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar khususnya di
kampus.

Kata Kunci: Solat Fardhu, Kefahaman, IPT Sabah

Pendahuluan
Ibadah solat fardhu merupakan ibu segala amalan yang menjadi teras utama kepada agama
Islam. Menurut Bidin et al. (2015), amalan solat merupakan suatu amalan yang mulia disisi
Allah dan peranannya dapat mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan
untuk mengangkat darjat dan martabat manusia yang sering mengamalkannya serta
mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Bagi mencapai tujuan dan
matlamat tersebut, solat hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas dihati serta
dengan penuh kecintaan terhadap Allah S.W.T. sebagai khaliq yang menciptakan diri kita.
Menurut Bidin et al. (2015) lagi, penglibatan pelajar terhadap solat tidak cukup dengan hanya
mewajibkan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi
kefahaman, pelaksanaan dan juga penghayatan.
Nor Hayati Abd Ghani (2016) dalam kajiannya pula menyatakan amalan solat amat
berperanan dalam mendidik anak-anak. Pada hakikatnya pendidikan di peringkat awal usia
merupakan proses yang amat sukar, namun berperanan besar untuk menentukan hala tuju
kehidupan anak-anak seterusnya. Akan tetapi jika dibiarkan zaman kanak-kanak berlalu tanpa
terdedah kepada agama, akan merugikan mereka pada masa akan datang. Solat mengajar
kanak-kanak agar terlatih dengan didikan yang baik dan menjadi insan yang patuh kepada
kehendak agama. Didikan secara tidak langsung yang terkandung dalam amalan solat akan
tersemat sebagai satu nilai yang kekal dalam jiwa kanak-kanak, seterusnya akan dibawa
sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa inilah
gagasan yang dibawa oleh Islam dalam amalan solat, demi membina keperibadian insan
Muslim yang sejati.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 184

Berdasarkan kepada keterangan di atas, kewajipan solat yang merupakan tiang agama
menjadi perintah Allah yang utama untuk dilaksanakan oleh setiap insan yang mengaku
sebagai seorang Muslim. Pelaksanaan solat yang sempurna mengikut apa yang ditetapkan
oleh syarak beserta penghayatan yang sebenar-benarnya akan dapat memberi kesan dan
impak yang positif kepada setiap insan Muslim (Ismail 2010).
Setiap muslim perlu sentiasa mendidik dan menasihati ahli keluarga, anggota
masyarakat dan rakan-rakannya agar mereka sentiasa mengambil berat tentang kewajipan dan
pelaksanaan solat fardu. Tidak lupa juga kepada para pendidik sama ada guru-guru dan para
pensyarah juga perlu menitikberatkan tentang kefahaman dan pelaksanaan solat fardu kepada
seluruh anak murid dan pelajar-pelajar agar mereka sentiasa menjaga dan mengutamakan
solat di dalam kehidupan mereka seharian.
Justeru kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman solat fardhu dan
faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan
kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan
mempertingkatkan lagi pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar khususnya di
kampus. Semua pihak seharusnya memandang serius termasuk pensyarah meningkatkan daya
usaha dan komitmen bagi membimbing pelajar-pelajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti
kerohanian. Di antara aktiviti-aktiviti kerohanian yang perlu dilaksanakan ke atas pelajar-
pelajar ialah kem ibadah, bengkel dan program pemantapan solat bagi meningkatkan tahap
kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam kehidupan mereka seharian (Zaliha 2013).

Sorotan Kajian
Ibadat solat adalah merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain dan merupakan
rukun islam kedua terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat juga merupakan
satu kefarduan asas ke atas setiap orang Islam yang mukallaf dan solat yang sempurna juga
dapat menjauhkan diri mereka dari segala perbuatan keji dan mungkar (Bidin et al. 2015).
Meninggalkan solat fardu lima waktu dengan sengaja adalah berdosa walau apa jua
alasan sekalipun. Situasi orang yang meninggalkan solat adalah buruk dan keji disisi Allah
S.W.T. sehingga diumpamakan mereka ini lebih hina dari haiwan kerana menderhaka kepada
perintah Allah (Ismail 2010). Sebenarnya isu meninggalkan solat adalah lebih bahaya bagi
umat Islam daripada isu permasalahan sosial seperti buli, buang bayi, membunuh dan
sebagainya kerana punca segala perilaku sosial yang membarah dalam masyarakat adalah
bermula daripada sikap umat islam terutamanya remaja yang suka dan gemar meninggalkan
solat. Selain itu, solat juga adalah merupakan salah satu kaedah yang berkesan dan praktikal
dalam menangani dan mencegah seseorang individu muslim itu dari terjebak kepada
perbuatan keji dan mungkar (Syukri et al., 2014). Hal ini bertepatan dengan firman Allah
S.W.T. yang bermaksud, “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar” (Surah al- Ankabut, ayat : 45).
Kajian yang dijalankan oleh Awang et al. (2009) menyatakan bahawa pelajar
mengetahui dan memahami tentang ibadah solat sunat. Namun, tahap pengamalan pelajar
dalam melaksanakan solat sunat masih kurang memuaskan. Menurut Awang et al. (2009)
lagi, rakan sebaya merupakan faktor yang paling berkesan sama ada untuk menyumbang ke
arah kebaikan ataupun keburukan. Di sini jelas menunjukkan bahawa rakan sebaya
memainkan peranan yang amat besar dalam mempengaruhi seseorang.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 185

Metodologi Kajian
Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Lokasi kajian ini adalah di kawasan
Sepangar dan Lahad Datu di negeri Sabah. Seramai 38 pelajar Kolej Komuniti dan 51 pelajar
Politeknik terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah
borang soal selidik. Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) untuk menjalankan analisis deskriptif.

Hasil Kajian
Semua hasil analisis kajian ini ditunjukkan dalam bentuk carta. Carta pai menyajikan data
sebagai gambaran mudah dan mudah difahami. Ia boleh menjadi alat komunikasi yang
berkesan untuk memahami sesuatu perkara, kerana ia mewakili data secara visual sebagai
bahagian pecahan keseluruhan. Pembaca atau penonton melihat perbandingan data sekilas,
membolehkan mereka membuat analisa segera atau memahami maklumat dengan cepat.

Demografi Bahagian A
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 186

Berdasarkan Rajah 1, bilangan responden lelaki adalah 55.1 peratus dan perempuan 44.9
peratus. Rajah 2 pula menunjukkan 92.1 peratus berumur 18-21 tahun. Rajah 3 menunjukkan
Sekolah Teknik/Vokasional sebanyak 44.9 peratus, lain-lain sekolah 41.6 peratus. Manakala
pada Rajah 4, bagi institusi pengajian mencatatkan bilangan 57.3 peratus Politeknik dan 42.7
peratus Kolej Komuniti. Rajah 5 pula memaparkan peringkat pengajian responden Politeknik
57.3 peratus dan 42.7 peratus Kolej Komuniti. Pada Rajah 6 menunjukkan keputusan SPM
responden. Pada Rajah 6 dan Rajah 7 menunjukkan responden pernah mengikuti kursus solat
dan berminat untuk menyertai kursus pada masa akan datang.

Analisis Deskriptif Bahagian B

Rajah 9. Kewajipan solat fardhu


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 187
Rajah 9 menunjukkan majoriti pelajar iaitu sebanyak 95.5 peratus sangat setuju bahawa solat
fardhu adalah wajib bagi setiap muslim. Manakala setuju dan sangat tidak setuju mencatatkan
peratusan yang sama iaitu 2.2 peratus. Hasil dapatan menunjukkan majoriti pelajar
mengetahui tuntutan kewajipan melaksanakan suruhan Allah swt, namun masih terdapat juga
pelajar yang tidak mengetahui tentang kewajipan solat mungkin disebabkan baru memeluk
Islam atau kurangnya didikan agama dari keluarga.

Rajah 10. Kepentingan solat fardhu

Rajah 10 menunjukkan sedikit penurunan berbanding item pertama. Majoriti pelajar iaitu
sebanyak 78.7 peratus sangat setuju bahawa solat adalah rukun Islam kedua terpenting
selepas syahadah. Manakala setuju mencatatkan peratusan 16.9 peratus diikuti sangat tidak
setuju 2.2 peratus. Tidak setuju mencatatkan peratus yang sama iaitu 1.1 peratus. Hasil
dapatan menunjukkan majoriti pelajar menghafal rukun Islam yang lima iaitu asas keislaman
bagi seorang Muslim. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar yang tidak jelas tentang
kepentingan rukun Islam bagi seorang Muslim.

Rajah 11. Solat sempurna


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 188
Rajah 11 menunjukkan majoriti pelajar iaitu sebanyak 77.5 peratus sangat setuju bahawa
solat ada permulaan dan pengakhiran. Permulaan ialah dengan takbir manakala pengakhiran
ialah dengan salam. Data seterusnya mencatatkan peratusan 10.1 peratus bersetuju kemudian
diikuti sangat tidak setuju 6.7 peratus. Hasil dapatan menunjukkan majoriti pelajar
mengetahui rukun solat yang tiga belas iaitu asas penentu sah atau tidak solat bagi seorang
Muslim. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar yang tidak jelas tentang kepentingan
rukun solat.

Rajah 12. Amalan solat

Rajah 12 menunjukkan sedikit penurunan berbanding item Rajah 11. Majoriti pelajar iaitu
sebanyak 68.5 peratus sangat setuju bahawa solat solat wajib ditunaikan walau dalam apa jua
situasi. Manakala setuju mencatatkan peratusan 24.7 peratus diikuti sangat tidak setuju
mencatatkan peratusan yang sama iaitu 3.4 peratus. Hasil dapatan menunjukkan majoriti
pelajar memahami tanggungjawab sebagai hamba Allah. Walaubagaimanapun, masih
terdapat pelajar yang tidak jelas tanggungjawab tersebut.

Rajah 13. Keuzuran solat

Rajah 13 menunjukkan majoriti pelajar iaitu sebanyak 78.7 peratus sangat setuju bahawa
solat solat wajib ditunaikan walau dalam keadaan sakit. Manakala setuju mencatatkan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 189
peratusan 14.6 peratus diekori sangat tidak setuju sebanyak 2.2 peratus. Hasil dapatan
menunjukkan majoriti pelajar memahami peranan sebagai seorang hamba kepada Pencipta.
Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar yang tidak jelas peranan tersebut.

Analisis Deskriptif Bahagian C

Rajah 14. Didikan ibu bapa

14 menunjukkan kebanyakan pelajar iaitu sebanyak 56.2 peratus sangat setuju bahawa telah
dididik oleh ibu bapa sejak kecil untuk menunaikan solat fardhu. Manakala setuju
mencatatkan peratusan 24.7 peratus diikuti sangat tidak setuju mencatatkan peratusan sama
iaitu 7.9 peratus diekori tidak setuju sebanyak 3.4 peratus. Hasil dapatan menunjukkan
majoriti pelajar mendapat didikan sejak kecil. Walaubagaimanapun, terdapat pelajar tidak
mendapat pendidikan sejak kecil mungkin disebabkan lemahnya ilmu pengetahuan bab
agama.

Rajah 15. Motivasi ibu bapa


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 190
Rajah 15 menunjukkan kebanyakan pelajar iaitu sebanyak 76.4 peratus sangat setuju bahawa
ibu bapa memberi galakan solat fardhu. Manakala setuju mencatatkan peratusan 16.9 peratus
diikuti sangat tidak setuju 3.4 peratus manakala tidak setuju 1.1 peratus. Hasil dapatan
menunjukkan majoriti pelajar mendapat galakkan dan didikan dari ibu bapa. Namun, terdapat
juga pelajar kurang mendapat galakkan ibu bapa. Hal ini disebabkan ibu bapa sendiri tidak
dapat memberi tauladan yang baik kepada anak-anak.

Rajah 16. Amalan ibu bapa

Rajah 16 menunjukkan penurunan peratus pada Rajah 15. Kebanyakan pelajar iaitu sebanyak
55.1 peratus sangat setuju bahawa ibu bapa sentiasa mengamalkan solat fardhu. Manakala
setuju mencatatkan peratusan 27 peratus diikuti sangat tidak setuju 7.9 peratus diekori tidak
setuju sebanyak 2.2 peratus. Hasil dapatan menunjukkan majoriti pelajar menerima tauladan
dan contoh dari ibu bapa. Namun, terdapat juga pelajar kurang mendapat tauladan. Hal ini
disebabkan ibu bapa sendiri tidak dapat memberikan contoh kepada anak-anak dengan
melaksanakan solat.

Rajah 17. pengaruh rakan sebaya


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 191
Rajah 17 menunjukkan perbezaan yang ketara dari item-item yang sebelumnya. Sebanyak
34.8 peratus bersetuju dipengaruhi oleh rakan untuk solat bersama di masjid/surau. Manakala
sangat setuju sebanyak 32.6 peratus, sangat tidak setuju 7.9 peratus dan tidak setuju 5.6
peratus. Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar menerima pengaruh dari rakan
sebaya. Hal ini disebabkan rakan sebaya berpotensi merubah tinglaku seseorang samada
positif atau negatif (Haider et al. 2020).

Rajah 18: peranan rakan sebaya

Rajah 18 menunjukkan trend peratusan tidak jauh seperti Rajah 17. Sebanyak 38.2 peratus
sangat bersetuju mencontohi rakan yang sentiasa menunaikan solat fardhu. Manakala setuju
sebanyak 31.5 peratus diikuti sangat tidak setuju 4.5 peratus dan tidak setuju 2.2 peratus.
Hasil dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar mencontohi rakan sebaya dalam menunaikan
ibadah solat. Namun, terdapat pelajar kurang bersetuju disebabkan terdapat peranan lain yang
lebih kuat iaitu ibu bapa.

Cadangan Dan Kesimpulan


Secara kesimpulannya, hasil kajian di bahagian tahap kefahaman pelajar tentang solat
menunjukkan peratusan yang tinggi. Rajah 9 hingga Rajah 13 menunjukkan nilai dalam
peratusan yang tinggi melebihi 70 peratus. Ini menandakan bahawa pelajar faham tentang
kewajipan menunaikan solat. Manakala hasil kajian di bahagian faktor yang mempengaruhi
pelajar melaksanakan solat pula menunjukkan peratusan yang agak tinggi. Rajah 14 hingga
Rajah 18 menunjukkan bahawa pelajar mengetahui peranan ibu bapa dan rakan sebaya dalam
menunaikan ibadah solat fardhu.
Oleh itu, pengkaji menyarankan kepada semua pihak khususnya ibu bapa dan rakan
sebaya memainkan peranan yang positif. Ibu bapa haruslah memberi didikan agama kepada
anak-anak sejak kecil dan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Rakan sebaya
pula berpotensi memberikan pengaruh yang kuat kepada rakannya yang lain dengan
mengajak ke arah kebaikan dan bukannya melibatkan diri dengan perkara negatif.
Pihak lain pula boleh memainkan peranan penting dalam usaha memberi kefahaman
kepada pelajar tentang kepentingan solat fardhu. Oleh itu, harapan pengkaji agar para
pensyarah meningkatkan daya usaha dan komitmen bagi membimbing pelajar-pelajar dengan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 192
menyediakan aktiviti-aktiviti kerohanian. Di antara aktiviti-aktiviti kerohanian yang perlu
dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar ialah kem ibadah, kursus-kursus dan program
pemantapan solat bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam
kehidupan mereka seharian.

Rujukan
Al-Quran (2013). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Darulfikir.
Awang, Ramli, & Rosmaziah Abdul Kadir. Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu
Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Diss. Universiti Teknologi Malaysia, 2009.
Bidin, Hasna, Ahmad Syukran Baharuddin & Mohd Ismail Mustari. (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardu
dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka." Sains
Humanika 5.3.
Bidin, Hasna (2016). Pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar muslim di Kolej Komuniti negeri Johor. Diss.
Universiti Teknologi Malaysia.
Ismail, Hilmi (2010). Pengamalan solat fardhu di kalangan mahasiswa di TATi University College (TATiUC),
Kemaman, Terengganu. Diss. Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mat Isa, Zaliha & Jusoh Mohd Yusof (2013). Kajian Tentang Tahap Pengetahuan Dan Amalan Solat Musafir
Di Kalangan Pelajar Semester Akhir JKE. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) Dalam
Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional
Nor Hayati Abd Ghani, Khadijah Abd Razak & Mohd Aderi Che Noh (2016). Solat Hubungannya Dengan
Pendidikan. Jurnal Teknikal Dan Sains Sosial , 16-24.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 193

AMALAN BERWUDUK : TINJAUAN PERSPEKTIF SUNNAH DAN AMALAN


MASYARAKAT
Syahlan Abdul Halim, Haider Ahmad Fazil dan Sabir Mohd. Rani

Abstrak
Dalam Islam, amalan berwuduk sering dikaitkan dengan amalan penyucian rohani dan
jasmani. Hal ini dapat dilihat melalui tatacara berwuduk itu sendiri yang memerlukan
pelakunya membasuh anggota tertentu iaitu muka, tangan, kepala dan kaki. Jelas di sini Islam
memandang tinggi amalan ini bahkan ia menjadi syarat sah dalam melakukan ibadah tertentu
seperti solat dan tawaf. Namun, di sebalik kemuliaan amalan ini, Islam juga menekankan
agar ia dilakukan secara berhemah dengan tidak menggunakan air berlebihan sehingga boleh
menatijahkan pencemaran alam sekitar dan seterusnya memberi mudharat kepada hidupan
khususnya manusia. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat amalan berwuduk menurut
perspektif Sunnah iaitu sepertimana yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW dan seterusnya
meninjau amalan berwuduk dalam kalangan masyarakat. Kajian dilakukan dengan meninjau
amalan berwuduk di tiga buah masjid di sekitar daerah Tuaran dan Kota Kinabalu. Hasil
dapatan kajian menunjukkan berlaku pembaziran dalam menggunakan air ketika berwuduk
dalam kalangan masyarakat berbanding apa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Kata Kunci: Amalan Berwuduk, Pembaziran, Wuduk

Pengenalan
Wuduk dari segi bahasa membawa maksud elok dan bersih. Manakala dari segi istilah pula,
wuduk bermaksud membasuh dan menyapu anggota-anggota tertentu dengan niat tertentu
(Mustafa et al. 2012). Manakala menurut Kamus Dewan, wuduk ialah perbuatan menyucikan
diri dengan air (sebelum beribadah, seperti bersembahyang). Islam sangat menggalakkan
ibadah wuduk, bahkan ia sampai ke tahap wajib jika ia dilaksanakan untuk tujuan mendirikan
solat. Tidak ada solat yang boleh dilakukan tanpa berwuduk terlebih dahulu. Ini sesuai
dengan pensyariatan wuduk yang berlaku serentak dengan turunnya perintah solat ke atas
seluruh umat Islam. Seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW yang bererti : “Tidak diterima
solat seseorang yang berhadas sehingga dia berwuduk” (HR Muslim).
Sebagai agama yang bersifat universal dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat, Islam
amat menitikberatkan soal pembaziran dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dalam
amalan berwudhuk. Terdapat nas-nas (rujukan) di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam (SAW) yang menekankan aspek ini sebagaimana Firman Allah Subhanahu
Wa Taala (SWT) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah
saudara saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya” (Surah Al-Isra, ayat 27). Ayat ini secara umum menekankan tentang larangan
melakukan pembaziran dalam segenap aspek kehidupan. Natijah dari pembaziran boleh
mendatangkan mudharat kepada pelbagai pihak.
Dengan pelbagai isu yang melanda sumber air di Malaysia, contohnya di Ulu
Tembeling dan Selangor pada 2016 yang digemparkan dengan pencemaran sungai yang
mengakibatkan Loji Rawatan Air yang membekalkan air kepada 1.6 juta pengguna terpaksa
ditutup hampir sebulan (Azizi et al. 2016), kajian mengenai amalan masyarakat dalam
berwuduk ini dirasakan amat tepat pada masanya memandangkan ianya mampu memberi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 194
gambaran berkenaan aspek penggunaan sumber air dalam amalan berwuduk di kalangan
masyarakat umum. Diharapkan dapatan kajian boleh dijadikan asas ke arah melestarikan
sumber dan bekalan air untuk survival umat manusia secara amnya.

Amalan Wuduk Menurut Perspektif Sunnah


Dalam Syariat Islam, wuduk adalah ibadah yang sangat penting. Ini kerana ia merupakan
antara syarat sah yang utama bagi ibadah solat. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Abu
Hurairah ertinya: “Allah tidak menerima solat salah seorang dari kamu jika dia berhadas
sehinggalah dia berwuduk” (Riwayat Muslim).
Hadis ini menyatakan secara jelas bahawa solat seseorang yang tidak berwuduk
setelah berhadas adalah tidak sah dan tidak diterima. Meskipun ibadat wuduk mengandungi
fadhilat dan hikmat yang besar, namun Nabi SAW menganjurkan pelaksanaan ibadah wuduk
dilakukan dengan cara yang berhemah. Nabi SAW juga melarang umatnya daripada terlibat
dengan sebarang bentuk pembaziran termasuklah dalam konteks berwuduk. Dalam hadis
Abdullah bin Umar, ketika Nabi SAW lalu berhampiran Saad yang sedang berwuduk,
Baginda SAW bersabda yang bererti: “Apakah bentuk pembaziran ini wahai Saad? Saad
berkata: Adakah dalam berwuduk pun boleh berlaku pembaziran. Sabda Nabi SAW: Ya,
walaupun kamu berada di sungai yang mengalir” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah).
Hadis Abu Raihanah dari Safinah, hadis Aisyah dan Jabir ertinya “Rasulullah SAW
dahulu berwuduk dengan kadar secupak (air) dan mandi dengan kadar segantang.” (Riwayat
Ahmad, Ibn Majah dan Al-Tirmizi). Hadis tersebut menerangkan bahawa Nabi SAW pernah
berwuduk dengan kadar secupak air. Sukatan cupak menurut Mustafa al-Khin et al. (2018),
bahawa secupak bersamaan kira-kira 9.2 sm padu. Kadar secupak yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW mengikut kiraan semasa adalah kurang daripada 1 liter air iaitu kira-kira
0.688 liter, menurut Fatwa dalam laman Islamweb, manakala menurut Kamarul (2006), satu
mud (cupak) bersamaan 563ml. Hadis ini juga menunjukkan makruh perbuatan membazir air
sama ada ketika mandi mahupun berwuduk. Justeru, Baginda Rasulullah SAW mendidik
umatnya agar mempraktikkan ibadah wuduk dengan kaedah dan cara yang boleh
mengelakkan pembaziran air.
Berdasarkan kepada perbincangan mengenai kadar air wuduk yang berlainan,
menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh Nabi SAW ialah galakan amalan
berwuduk secara berhemah serta larangan dari pembaziran air. Melalui dalil-dalil ini juga
ternyata memperlihatkan contoh teladan yang baik dari Nabi SAW dengan mengamalkan
nilai mulia seperti berhemah dan berjimat cermat dalam semua aspek kehidupan termasuklah
dalam konteks ibadah yang kecil seperti berwuduk. Hal ini menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya budaya berjimat cermat serta tidak berlebihan dalam berwuduk. Apatah lagi
dalam hal-hal yang besar dan serius seperti urusan pentadbiran negara dan seumpamanya.

Tinjauan Penggunaan Air Dalam Kalangan Masyarakat


Kajian ini dibuat melalui tinjauan di tiga buah masjid di daerah Tuaran dan Kota Kinabalu,
Sabah. Pemerhatian dilakukan dengan mengukur masa bermula paip air dibuka hingga selesai
proses wuduk oleh responden tanpa mereka sedari. Penyelidik kemudiannya mengulang
proses membuka paip air selepas itu berdasarkan masa yang dicatat oleh responden
sebelumnya dan menadah air tersebut di dalam bekas. Air ini kemudiannya disukat untuk
mengetahui jumlah liter air yang digunakan untuk berwuduk oleh responden. Daripada
sejumlah 30 pemerhatian yang dilakukan, didapati masa yang digunakan untuk berwuduk
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 195
adalah antara 45 saat hingga 90 saat dengan purata masa 60 saat manakala purata kuantiti air
yang digunakan pula adalah 5 liter.

Perbincangan dan Kesimpulan


Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pembaziran penggunaan air dalam kalangan
responden berbanding apa yang diamalkan Nabi SAW. Dapatan tersebut menunjukkan
responden menggunakan lebih tujuh kali ganda kuantiti air yang digunakan Nabi SAW untuk
berwuduk, iaitu purata 5 liter berbanding 0.688 liter. Dapatan ini selari dengan kajian oleh
Azizi et al. (2016) dan Johari et al. (2012) yang melaporkan memang terdapat pembaziran air
dalam amalan berwuduk di Malaysia. Kesan dari pembaziran tersebut akan menyebabkan
kerosakan yang lebih besar iaitu pencemaran alam sekitar. Air berlebihan yang dialirkan dan
berkumpul pusat takungan air (STP) akan dilepaskan ke sungai dan seterusnya ke laut dan
akan mengakibatkan ancaman kepada hidupan yang mana hidupan seperti ikan yang akan
kembali kepada manusia untuk disajikan di meja makan untuk dinikmati. Justeru, untuk
menangani isu pembaziran dan seterusnya mengakibatkan pencemaran, perlu direkacipta satu
alat khas yang lebih efisien agar bertepatan dengan perspektif Sunnah dan paling signifikan
dapat mengelakkan pencemaran terhadap alam sekitar terus berlaku.

Rujukan
Abd Rahman, Misbahul Muneer, et al. (2014). Rekabentuk Model Sistem Guna Semula Air Wudhuk. Journal of
Techno Social 6.1.
Azizi Hamizi, Mohamad Azmi & Hasan Rashid (2016). Amalan Pembaziran dalam Berwuduk: Tinjauan
Menurut Perspektif Syarak dan Amalan Masyarakat. KONAKA 2016. 395 – 399.
Jasmi, Kamarul Azmi (2006). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Wuduk Rasulullah SAW dan Para
Sahabat: Satu Pemerhatian kepada Guru-Guru Pendidikan Islam (2006).
Johari, Nor Haliza, et al (2013). A behaviour study on ablution ritual among Muslim in Malaysia. Procedia-
Social and Behavioral Sciences 106 (2013): 6-9.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Hajah Noresah bt Baharom, h.1807, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mustafa Bugha, Mustafa Khin & Ali Syarbaji (2018). Fiqh Manhaji. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Sahih Muslim, Muslim bin al-Hajjajj Abi al-Hasan al-Naisaburi, Muhammad Fu´ad ‘Abd al-Baqi (ed.), j.1, Bab
Kewajipan Bersuci, h.204, hadis no.225, Sahih, Beirut: Dar Ihya´ alTurath al-‘Arabi, 2010
Yasin, Qurrotul Aien Bt Fatah (2012). Mukjizat Wuduk ke Atas Rohani dan Jasmani Manusia. QURANICA-
International Journal of Quranic Research ( 3.2.).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 196

APLIKASI KAEDAH FIQH: AL DHARAR YUZAL DALAM PENANGGUHAN


SOLAT FARDHU BERJEMAAH DAN SOLAT JUMAAT AKIBAT PENULARAN
WABAK COVID-19

Aishah Mohamad Said dan Mior Iskandar Mior Azizan

Abstrak
Covid 19 merupakan virus berjangkit yang merebak melalui titisan pernafasan daripada batuk
atau bersin yang mengakibatkan komplikasi radang paru-paru. Penularannya yang begitu
pantas merebak menyebabkan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain langkah penjarakan sosial dan penjagaan
kesihatan yang betul. Pastinya arahan ini turut memberikan kesan kepada tuntutan solat
fardhu dan solat Jumaat yang dilaksanakan secara berjemaah. Sehubungan itu, kajian ini
dilakukan bagi mengkaji kaedah penangguhan tersebut yang didasarkan kepada kaedah fiqh
al Dharar Yuzal. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, menerangkan konsep
pemakaian al Dharar Yuzal dalam kaedah fiqh. Kedua, menjelaskan aplikasi al Dharar Yuzal
dalam arahan penangguhan solat berjemaah dan solat Jumaat. Ketiga, menyatakan fatwa-
fatwa ulama’ kontemporari dalam isu penangguhan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat.
Metodologi kajian ini telah memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian.
Pengumpulan data utamanya pula terdiri daripada kaedah-kaedah fiqh yang berkaitan dan
pandangan-pandangan ulama’ muktabar yang dipilih secara purposive. Hasil daripada kajian
ini menunjukkan kesemua ulama’ kontemporari telah mengemukakan fatwa dengan
mengambil langkah menangguhkan solat fardu dan solat jumaat berjemaah bagi mengekang
wabak ini. Pengambilan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah al Dharar Yuzal yang
disokong juga dengan kaedah-kaedah fiqh yang berkaitan. Justeru, adalah diharapkan kajian
ini dapat memberikan manfaat kepada semua pendakwah dan pendidik yang
bertanggungjawab menyampaikan penerangan yang tuntas mengenai arahan dan alasan
penangguhan ini. Apa yang lebih penting semoga kajian kecil ini dapat membuka minda kita
untuk melihat Islam sebagai satu agama rahmat yang meraikan keutamaan keselamatan
kesihatan dan nyawa melebihi kepentingan-kepentingan yang lain.

Kata Kunci: Covid19, Al Dharar Yuzal, Mudharat

Pengenalan
Wabak virus corona telah mendatangkan kebimbangan yang bukan sedikit bagi seluruh
negara di dunia. Ini kerana wabak yang bermula di Wuhan, China ini telah merebak dengan
cepat hanya dengan beberapa titisan air akibat bersin dan batuk dalam jarak yang dekat.
Bagaimanakah pendekatan Islam dalam menangani wabak ini?
Sebenarnya telah ada petunjuk daripada Nabi SAW dalam hadith yang sahih riwayat
Bukhari dan Muslim. Sabdanya bermaksud:

“Sekiranya kamu dapati ada negeri yang ditimpa wabak taun, termasuklah
wabak yang sepertinya, jangan kamu masuk ke negeri itu, dan sekiranya kamu
berada di negeri yang ditimpa wabak itu jangan kamu keluar”
(Al-Naysabūrī, Muslim bin al-Ḥajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, hadis no. 2219)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 197
Hadith di atas sangat berkait rapat dengan apa yang menjadi igauan ngeri seluruh
dunia ketika ini. Sebelum ianya tersebar dengan lebih parah, Islam terlebih dahulu telah
menetapkan sekatan ke atas penularannya. Melalui hadith di atas, jelas arahan daripada
baginda Rasulullah SAW meminta agar sekiranya di dalam sesebuah negeri didapati wabak
berjangkit semakin merebak, maka mereka yang berada dalam kawasan tersebut tidak
dibenarkan untuk keluar. Ini kerana sekiranya mereka keluar, wabak ini akan menular kepada
mereka yang berada di luar kawasan. Manakala bagi mereka yang berada di luar kawasan
pula adalah dilarang untuk memasuki kawasan wabak dibimbangi mereka akan dijangkiti
wabak tersebut.
Jelas melalui perintah kawalan Rasulullah SAW ini, para ulama’ fiqh telah
memasukkan hadith ini sebagai satu sandaran yang kuat bagi menyokong kaedah fiqh Al
Dharar Yuzal dalam membendung penularan wabak yang berbahaya kepada manusia ini.
Melalui kajian ini, kaedah Al Dhahar Yuzal akan diperhalusi dan bagaimana dengan adanya
kaedah ini fatwa mengenai penangguhan solat fardhu dan solat Jumaat berjemaah dapat
diselaraskan.

Pernyataan Masalah
Wabak yang mengundang pelbagai kesan negatif ini telah mengheret perhatian dunia untuk
memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Ianya bukan sahaja memberi kesan terhadap tahap
kesihatan manusia malah meleret kepada masalah ekonomi dan sosial juga.
Institusi keagamaan tidak terkecuali turut menerima tempias. Pelbagai persoalan
timbul menuntut jawapan yang tepat dan segera perlu diberikan oleh golongan agamawan.
Ternyata kesyumulan Islam mampu menjawab segala persoalan tersebut.
Antara permasalahan yang timbul ialah isu solat berjemaah dan solat Jumaat di surau
ataupun masjid. Di Selangor contohnya, langkah penutupan ini menyebabkan ada dalam
kalangan masyarakat telah tersalah anggap dengan menyatakan kerajaan negeri melarang
mereka datang ke masjid untuk beribadah. Hakikatnya langkah penutupan sementara oleh
Sultan Selangor, Sultan Sarafuddin Idris Shah adalah semata-mata untuk mencegah kluster
jangkitan dengan mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Fatwa.
Sesetengah masyarakat apabila didesak mengambil langkah pencegahan berpandangan
negatif seolah-olah manusia lebih takutkan virus melebihi takutkan Allah SWT.
Menjelaskan hal demikian, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
menerangkan, virus merupakan ciptaan Allah SWT. Semua kejadian di muka bumi ini sama
ada baik atau buruk adalah ciptaan Allah SWT semuanya. Sebagai manusia, kita perlu
berikhtiar supaya terhindar oleh penyakit berbahaya yang berpunca dari bakteria atau virus.
Beliau turut menambah, zalim dan menjadi satu kesalahan besar sekiranya individu yang
positif dengan virus, tetapi tidak berterus terang perihal dirinya kerana tindakan sedemikian
boleh mendatangkan kemudharatan kepada orang lain. (Harian Metro: 2020)

Objektif Kajian
Kajian ini disusun bagi memenuhi objektif berikut:
1. Menerangkan konsep pemakaian al Dharar Yuzal dalam kaedah fiqh.
2. Menjelaskan aplikasi al Dharar Yuzal dalam arahan penangguhan solat berjemaah
dan solat Jumaat.
3. Menyatakan fatwa-fatwa ulama’ kontemporari dalam isu penangguhan solat fardhu
berjemaah dan solat Jumaat.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 198

Sorotan Penulisan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 telah mengisytiharkan COVID-19
sebagai pandemik. Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus setakat
tarikh tersebut, virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan
meragut 4,291 nyawa. Bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat. Secara umum,
pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi
sempadan, malah hingga ke seluruh dunia. (Berita Harian: 2020)
Segenap kehidupan menjadi panik akibat pandemik ini. Kemampuannya bersarang
dan berumah dalam tubuh manusia menjadikan ia semakin ditakuti. Barisan hadapan yang
menjadi benteng amukan virus ini telah mengerah seluruh kudrat mereka untuk menyekat
daripada ianya terus merebak. Usaha mereka ini termasuklah mengarahkan agar dilakukan
penjarakkan sosial dengan menghalang sebarang bentuk perhimpunan termasuk amalan
ibadah secara kolektif.
Berikutan arahan ini, ibadah rutin umat Islam dalam mengabdikan diri kepada Allah
SWT secara beramai-ramai turut terkesan. Umat Islam tidak lagi dibenarkan mengadakan
Solat Jumaat dan solat fardhu secara berjemaah di mana-mana surau ataupun masjid. Namun
begitu, ianya tidak sedikit pun mengalihkan ketaatan umat Islam kepada Allah Maha
Pencipta. Kepanikan ini langsung tidak mendatangkan gundah kepada barisan hadapan ketua-
ketua agama yang terdiri daripada kalangan menteri dan mufti. Mereka dilihat kekal tenang
kerana Islam telah lengkap menyusun formula kaedah fiqh bagi mendepani masalah
seumpama ini. Antara kaedah yang diketengahkan ialah al Dharar Yuzal.
Dasar utama ambilan kaedah ini ialah firman Allah SWT dalam firmanNya.

“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

(al-Baqarah: 195)
Begitu juga hadith Nabi SAW menyebut “Tiada sebarang mudharat dan tiada
perbuatan membalas kemudhratan.”
Kedua-dua dalil di atas merupakan tunjang utama yang menjadi dasar kepada arahan
penangguhan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat. Ianya merupakan satu usaha pihak
berwajib bagi memenuhi maqasid Syariah dalam elemen penjagaan nyawa. Melalui maqasid
tersebut, adalah menjadi tanggungjawab malahan wajib bagi pihak kerajaan menjaga nyawa
rakyatnya dengan apa cara sekalipun selagi tidak bertentangan dengan syara’.
Biarpun solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat merupakan tuntutan dalam Islam,
namun penjagaan nyawa juga tidak boleh diabaikan. Jika dengan berkumpulnya umat Islam
secara beramai-ramai dan akibatnya penyebaran wabak akan menjadi lebih mudah tersebar,
maka penangguhan ibadah tersebuat perlu segera diarahkan.
Dengan tidak menafikan kewajipan solat fardhu dan solat Jumaat berjemaah
merupakan satu tuntutan, malah ianya adalah antara kelebihan yang dikurniakan khusus
untuk umat nabi Muhammad SAW, arahan penangguhan ini tetap juga wajib dipatuhi.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual
beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui,
(hakikat yang sebenarnya).”
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 199
(al-Jumuah: 9)
Begitu juga dengan hadith Nabi SAW, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

“Solat fardhu lima waktu, (solat) Jumaat hingga ke Jumaat seterusnya adalah
semuanya ini penebus dosa diantara keduanya selama mana tidak dilakukan
dosa-dosa besar.”
(Riwayat Muslim: 209)
Jelaslah, biarpun solat fardu berjemaah dan solat Jumaat merupakan syiar Islam, namun
dalam kekangan wabak berbahaya ini, tuntutan ini perlu digugurkan demi menjaga maslahat
umat manusia seluruhnya.

Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian


Metodologi dalam kajian ini telah memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian.
Pengumpulan data utamanya terdiri daripada kaedah asas al Dharar Yuzal dan kaedah-
kaedah cabang lain yang menyokong kaedah ini.

Kaedah Analisis Data


Data dianalisis dengan merujuk kepada pandangan para ulama’ muktabar yang dipilih secara
purposive terhadap isu larangan solat fardhu berjemaah dan solat jumaat di masjid-masjid
dan di surau-surau. Analisis turut dibuat terhadap rujukan-rujukan bertulis berkaitan
pandemik Covid-19 yang didasarkan kepada kaedah fiqh al Dharar Yuzal dan kaeadah-
kaedah lain yang berkaitan dengannya.

Konsep Pemakaian Al Dharar Yuzal Dalam Kaedah Fiqh


Menurut Muhammad Soulhiey Zeckry (2018) ketika memetik kata-kata Omar menyatakan,
kaedah fiqh merupakan prinsip amali yang menyeluruh dan meliputi semua juzu’ di
bawahnya dengan nyata. Ianya juga merupakan pendekatan secara horizontal atau melintang
dalam perbahasan hukum fiqh. kaedah fiqh ini juga merupakan hasil kajian terhadap nusus,
ijmak dan fatwa para ulama’ dalam mencari prinsip kesamaan yang mengaitkan hukum
hakam syara’ yang mempunyai sifat atau ilah hukum yang sama.
Selain itu, ianya merupakan kaedah-kaedah yang bersifat umum yang mengumpulkan
masalah-masalah fiqh terperinci yang memudahkan para ulama’ mengistinbatkan hukum bagi
sesuatu masalah dengan cara mengklasifikasikan masalah itu di bawah satu kaedah. Melalui
kaedah yang telah diperincikan inilah para ulama’ dapat membuat ijtihad yang relevan
dengan situasi semasa.
Sumber utama bagi setiap kaedah fiqh ialah al-Quran dan Hadith. Kaedah yang
terhasil daripada dua sumber ini mampu menyelesaikan semua kesulitan yang timbul dari
segenap aspek kehidupan manusia. Walaupun terdapat banyak kaedah fiqh, tetapi mufti-mufti
hanya menggunakan kaedah fiqh yang relevan dan bersesuaian dengan isu sahaja untuk
dipilih sebagai kaedah penyelesaian.
Terdapat lima kaedah asas fiqh yang terdiri daripada:
1. Setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau niat
2. Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 200
3. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
4. Kemudharatan hendaklah dihapuskan
5. Adat dijadikan sebagai rujukan hukum
Dalam larangan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat berikutan Covid-19, kesemua
ulama’ kontemporari telah menggunapakai kaedah fiqh “Kemudharatan Hendaklah
Dihapuskan” (al Dharar Yuzal) sebagai batu asas terhadap penangguhan tersebut yang
ditunjangi dengan sokongan al Quran dan Hadith.
Dari sudut pengertian kaedah al Dharar Yuzal atau Kemudaratan Mesti Dihapuskan
bermaksud sekiranya berlaku kemudaratan maka ianya wajib dihilangkan. la juga bermaksud
sesuatu yang boleh menyebabkan dan mendatangkan bahaya mesti dihapus dan dihindarkan
serta mesti dihilangkan. (Al-Syeikh Ahmad: 1998).
Oleh itu, kerosakan dan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain tidak
boleh dilakukan malah wajib dihindarkan atau dihilangkan termasuk yang berkaitan dengan
hak umum. Jumhur ulama juga menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum
muslimin wajib dijauhi. (Abdul Latif & Rosmawati, 2000).

Kaedah ini lahir berasaskan firman Allah SWT yang bermaksud:


"Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah)
memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan
diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat
dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
(al-A'raf: 56)
Ayat di atas jelas menunjukkan larangan berbuat kerosakan yang pastinya akan
mendatangkan kemudharatan. Larangan ini bersesuaian dengan salah satu Maqasid Syariah
iaitu menjaga nyawa (hifz al-nafs). Haram seseorang itu sengaja membiarkan dirinya
terdedah kepada bahaya dan kebinasaan dengan tidak mengambil langkah-langkah
pencegahan yang telah ditetapkan. Hal ini juga bersandarkan kepada firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan.”
(al-Baqarah: 195)
Nas ini juga turut disokong dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak ada
mudarat dan tidak memudaratkan"
(Riwayat Ahmad dan Hakim)
Berikutan pandemik Covid-19, kerajaan di kebanyakan negara telah mengambil
pelbagai langkah bagi menghilangkan kemudharatan ini. Antaranya di Malaysia, diwujudkan
arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjadikan penjarakan sosial sebagai
inti utama. Ternyata ianya membuahkan hasil apabila kadar jangkitan telah menurun dengan
baik. Melalui sidang media khas ketika melaporkan kepatuhan rakyat kepada Perintah
Kawalan Pergerakan pada 24 Mac 2020 menyatakan, tahap pematuhan meningkat kepada 95
peratus. Turut diperingatkan tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang
gagal patuhi arahan.
Melalui arahan tersebut, orang ramai yang berada di kampung, diminta terus berada di
kampung dan jangan pulang ke bandar. Prosedur Operasi Standard (SOP) khas pula
dirancang untuk kawasan zon merah dan berisiko tinggi. Ini termasuk juga larangan
berkumpul di pusat-pusat ibadah. Segalanya dilakukan bagi menghilangkan kemudharatan
akibat virus Covid-19. Pastinya usaha menghilangkan kemudharatan ini sangat cocok dengan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 201
kaedah fiqh al Dharar Yuzal di mana kemudharatan perlu dihilangkan bagi menjamin
kemaslahatan semua.

Aplikasi Kaedah Al Dharar Yuzal Dalam Arahan Penangguhan Solat Fardhu


Berjemaah dan Solat Jumaat
Apabila berlaku mudarat ke atas seseorang, maka Islam memberi jalan keluar dan keizinan
kepadanya untuk menghilangkan mudarat yang menimpanya dengan tidak memudaratkan
pihak lain.Situasi yang dihadapi akibat Covid-19 merupakan satu bentuk darurat di mana
nyawa dan kesihatan manusia dalam bahaya sekiranya langkah-langkah memberhentikan
rantaian Covid-19 tidak dilaksanakan. Dalam situasi ini, yang menjadi keutamaan adalah
menjaga nyawa serta keselamatan masyarakat. Sehubungan itu, apa sahaja bentuk
perhimpunan secara beramai-ramai termasuk solat fardhu dan solat Jumaat berjemaah tidak
dapat diadakan dan gugur kewajipannya ke atas kaum Muslimin, walaupun ia melebihi tiga
solat Jumaat secara berturut-turut.
Maka jelaslah, perkara yang menjadi keutamaan adalah menjaga keselamatan dan
kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Manakala solat berjemaah yang menjadi
tuntutan, diminta untuk dilaksanakan di rumah bersama keluarga. Begitu juga solat Jumaat
yang menjadi kefardhuan kepada kaum lelaki perlu digantikan dengan solat Zohor. Selain
kaedah al Dharar Yuzal, kebanyakan ulama’ kontemporari cenderung untuk menjadikan
kaedah-kaedah berikut sebagai sokongan kepada kaedah ini.

Pertama: Mudarat hendaklah dihilangkan.


Covid-19 merupakan virus pembawa mudharat yang sangat mengancam nyawa dalam masa
yang singkat. Sehingga kini belum ada vaksin atau penawar yang mampu menghalang
penyebaran virus ini serta belum ada ubat khas yang dapat menyembuhkan mangsa.
Sehubungan dengan itu sesuai dengan kaedah di atas para saintis, pakar perubatan dan
semua pihak hendaklah menggembleng tenaga menghilangkan mudarat ini secepat mungkin.
Para ulama’ juga tidak terkecuali perlu memainkan peranan mereka menjelaskan kepada
masyarakat bahawa berhimpun untuk melaksanakan ibadah contohnya solat fardhu dan solat
Jumaat secara beramai-ramai adalah dilarang bagi menghilangkan kemudharatan yang sedang
melanda.

Kedua: Jangan mudaratkan diri dan jangan memudaratkan pihak lain.


Sebagaimana yang dimaklumi virus Covid-19 mudah merebak dan menjangkiti orang lain.
Oleh itu, kita wajib menjaga diri daripada terkena penyakit ini. Apa sahaja yang boleh
menghalang penyakit ini hendaklah dilakukan. Apa sahaja yang boleh menyebabkan
terjadinya wabak ini hendaklah dielakkan. Oleh itu dilarang melakukan suatu tindakan yang
boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri antaranya menghadiri tempat yang boleh
menyebabkan berlakunya jangkitan seperti berhimpun secara beramai-ramai tanpa menjaga
penjarakan sosial.Seseorang yang mempunyai gejala penyakit ini wajib mendapatkan rawatan
dan melakukan kuarantin supaya tidak menyebarkannya kepada keluarga, rakan atau orang
ramai.
Antara objektif utama penagguhan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat ialah bagi
mengelakkan kebarangkalian tinggi berlakunya jangkitan. Sekiranya seseorang individu telah
dijangkiti Covid-19, lalu ia datang untuk solat, maka ia telah memudharatkan orang lain.
Begitu juga dengan individu yang sihat, sekiranya ia dijangkiti sewaktu menunaikan solat
tersebut, bermakna ia dengan sukarela telah memudharatkan dirinya sekiranya dijangkiti.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 202

Ketiga: Mengelakkan kerosakan hendaklah didahulukan berbanding mendapatkan


maslahah.
Solat secara berjemaah merupakan suatu tuntutan agama. Pentingnya solat secara berjemaah
di masjid sehingga Rasulullah SAW sendiri tidak meninggalkannya walaupun semasa
keuzuran. Namun dalam suasana penyebaran Covid-19 melaksanakan solat secara berjemaah
dengan bilangan yang ramai boleh mengundang kemudharatan yang besar iaitu kematian.
Oleh itu apabila bertembung dua situasi maslahah dan mudharat maka
mengelakkan mudharat hendaklah didahulukan berbanding mendapatkan maslahah.
Keputusan yang diambil oleh kerajaan dengan menangguhkan buat sementara waktu
pelaksanaan solat secara berjemaah adalah sangat perlu dan bertepatan dengan kaedah
ini.

Keempat: Apabila bertembung dua mudarat, hendaklah diteliti manakah mudarat


yang lebih besar untuk dihilangkan berbanding mudarat yang lebih ringan.
Mengikut ketetapan asal dalam beragama menghalang pelaksanaan solat fardhu berjemaah
dan solat Jumaat merupakan suatu mudarat dan bahaya yang besar kepada agama dan
penganutnya. Namun begitu, dalam situasi ancaman Covid-19 ketika ini, membenarkan solat
fardhu berjemaah dan solat Jumaat juga boleh membahayakan dan mendatangkan mudharat
kepada orang yang menghadirinya. Oleh itu berdasarkan kepada kaedah “Apabila
bertembung dua mudarat, hendaklah diteliti manakah mudarat yang lebih besar untuk
dihilangkan berbanding mudarat yang lebih ringan”. Berdasrkan kaedah ini, pemerintah
hendaklah melihat manakah mudarat yang lebih besar di antara keduanya. Kemudian
pemerintah hendaklah memilih untuk dilakukan perkara yang mendatangkan mudarat yang
lebih ringan.
Menangguhkan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid merupakan suatu mudarat
kepada agama dan penganutnya. Begitu juga membenarkan kedua-duanya ketika virus
Covid-19 ini sedang melanda, juga suatu mudharat dan bahaya yang besar. Namun apabila
diteliti dengan berdasarkan kepada situasi semasa, membenarkan kedua solat tersebut, jauh
lebih mudharat daripada menangguhkannya buat seketika. Melalui prinsip yang sedang
dibincangkan ini, dapatlah disimpulkan bahawa mengelak kemudharatan yang lebih besar
adalah lebih utama berbanding mengelak kemudharatan yang lebih kecil. Justeru wajib
ditangguhkan kedua-dua solat tersebut demi menghindarkan mudharat yang lebih besar iaitu
kehilangan nyawa.

Kelima: Setiap tindakan pemerintah terhadap rakyatnya perlu didasari dengan


kemaslahatan.
Hal ini demikian kerana jika dibiarkan berlakunya perhimpunan secara beramai-ramai
walaupun apa jua tujuan, maka ia sangat berisiko untuk membawa kepada kemudharatan dan
kebinasaan, sedangkan prinsip Islam dengan tegas menolak kemudharatan.
Oleh yang demikian, setiap arahan dan ketetapan daripada pemerintah adalah wajib
dipatuhi dan ditaati, jika dilihat daripada sudut sejarah, langkah ini juga yang telah diambil
oleh sahabat Nabi SAW bagi mengekang penyakit berjangkit daripada terus merebak.
Apabila berlakunya penyakit yang berjangkit iaitu Ta’un di kota Amawas, Saidina ‘Amr al-
‘As mengasingkan dan membawa golongan yang menghidap penyakit ke kawasan bukit-
bukau dengan dipisahkan daripada masyarakat yang sihat sehingga dapat menyelesaikan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 203
kemelut wabak tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Ibn Athir dalam kitabnya, al-
Kamil fi al-Tarikh:
Bahawasanya Saidina ‘Amr Ibn al-’As telah keluar bersama sekelompok manusia
yang dihidapi penyakit Ta’un di Amawas ke kawasan bukit-bukau, sehinggalah Allah SWT
mengangkat penyakit tersebut daripada mereka. Apa yang telah dilakukan oleh Saidina ‘Amr
al-‘As telah sampai ke pengetahuan khilafah pada ketika itu, Saidina Umar al-Khattab RA,
dan beliau tidak mengingkarinya. (Ibn Athir: 1995)
Begitulah juga dengan arahan penangguhan solat fardhu berjemaah dan solat Jumaat
ianya wajib dipatuhi bukan hanya semata-mata bagi mengelakkan kemudharatan malah ianya
datang dari arahan pemimpin yang wajib untuk dilaksanakan.

Fatwa-Fatwa Ulama’ Kontemporari dalam Isu Penangguhan Solat Fardhu Berjemaah


dan Solat Jumaat
Berikut merupakan pansangan-pandangan ulama’ seluruh dunia berkaitan penangguhan solat
fardhu berjemaah dan solat Jumaat:

Pertama: Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI)
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia (MKI) telah diadakan pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Keputusan pandangan ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, Sultan serta Raja di negeri-negeri bagi
mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya.
Hasil daripada muzakarah tersebut, Majlis telah memutuskan bahawa semua aktiviti
masjid dan surau termasuk solat berjemaah, solat Jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama
sepuluh hari bermula 17-26 Mac 2020. Dalam tempoh ini, jawatankuasa masjid dan surau
disarankan untuk melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman. Perlanjutan atau
penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penyebaran virus berbahaya ini telah mencetuskan pelbagai polemik dan persoalan
dalam kalangan masyarakat. Dalam masa yang sama, sebagai langkah pencegahan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Mac 2020
menggesa agar:
1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering)
ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19 berlaku;
2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak
menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat
termasuk aktiviti keagamaan;
3. Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing)
sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain).
(Noor Hisham Abdullah: 2020)

Kedua: Haiah Kibar Ulama’ Al-Azhar Al-Syarif


Pihak Haiah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif dalam satu kenyataan rasminya pada 15 Mac
2020 telah memaklumkan tentang keharusan di sisi syarak untuk menghentikan solat Jumaat
dan solat berjemaah di semua kawasan berikutan penularan wabak Covid-19. Dalam
kenyataan tersebut, pihak Haiah menggariskan keputusan bahawa harus di sisi syarak bagi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 204
negara (daulah) untuk menghentikan untuk satu tempoh sementara bagi solat Jumaat dan
solat berjemaah kerana ia akan membawa kepada menular dan tersebarnya virus yang
berbahaya ini.
Turut ditegaskan, adalah menjadi satu kewajipan syarak ke atas setiap warganegara
untuk mematuhi arahan, panduan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan untuk mengekang penularan virus ini dan menghapuskannya.

Ketiga: Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (Ittihad Al-‘Alami Lil Ulama’ Al-Muslimin)
Dalam satu kenyatan di laman web rasminya bertarikh 14 Mac 2020, pihak Kesatuan Ulama’
Islam Sedunia menyeru agar dihentikan buat sementara waktu solat Jumaat dan solat
berjemaah bagi negara-negara yang terdapat kes jangkitan virus Covid-19.
Dalam kenyataan tersebut, pihak Ittihad telah mengemukakan dalil-dalil syarak yang
jelas menunjukkan bahawa solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan terdapat hal
yang memudaratkan dan berbahaya adalah tidak wajib dan tidak diharuskan. Tambahan pula,
apa yang lebih membimbangkan adalah jemaah yang mendirikan solat hendaklah berdiri di
dalam saf ketika solat dalam keadaan saling bersentuhan antara sama lain. Maka, penularan
virus berbahaya tersebut dalam situasi ini sangat berisiko tinggi.
Oleh yang demikian, pihak Ittihad menyeru agar ditangguh buat sementara waktu
solat Jumaat dan solat berjemaah di negara yang telah dijangkiti virus Covid-19, serta
penangguhan ini haruslah berterusan sehingga wabak ini dapat dikawal berdasarkan kepada
penilaian pihak yang bertanggungjawab untuk menentukannya.

Keempat: Ketua Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syeikh Abdullah
Bin Bayyah
Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai oleh Syeikh Abdullah Bin
Bayyah, telah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan isu keharusan meninggalkan solat
Jumaat dan solat berjemaah ketika penularan wabak Covid-19.
Dengan bersandarkan kepada kewajipan untuk mentaati pemimpin (ulil amri), beliau
telah menjelaskan di dalam fatwanya beberapa perkara berikut:
1. Wajib di sisi syarak bagi setiap pertubuhan dan kumpulan masyarakat untuk
beriltizam dengan ketetapan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang
bertanggungjawab, serta dalam masa yang sama mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengelakkan daripada berpindah dan tersebarnya penyakit.
Tidak boleh untuk melanggar ketetapan tersebut walau dalam apa jua keadaan.
2. Haram dari sudut syarak kepada mereka yang menghidapi penyakit ini atau
mengalami simptom-simptomnya berada di tempat-tempat awam, atau pergi ke
masjid untuk menunaikan solat berjemaah, solat Jumaat dan solat hari raya.
Hendaklah dia mengambil segala langkah pencegahan yang perlu dengan
dikuarantinkan dan dirawat oleh kementerian kesihatan, supaya tidak
menyumbang kepada penularan wabak kepada orang lain. (Abdallah bin Bayyah:
2020)

Kelima: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)


Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah memutuskan bahawa
penutupan masjid perlu dilanjutkan sehingga keadaan beransur pulih dan jumlah jangkitan
dapat dikawal dengan baik, mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Singapura serta pakar
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 205
perubatan. Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Syariat Islam
yang menyuruh agar segala bentuk kemudaratan dan bahaya dielakkan.
Di antaranya adalah prinsip al Dharar Yuzal (kemudaratan hendaklah dihilangkan)
dan kaedah Sadd al-Zarā’i’ (menutup ruang kemudaratan). Ini bermaksud bahawa sekiranya
sesuatu kemudaratan dijangkakan boleh berlaku, maka langkah-langkah pencegahan perlu
diambil untuk memastikan pemeliharaan nyawa serta kesihatan individu serta masyarakat
umum. (Pejabat Mufti MUIS: 2020)

Penutup
Berdasarkan dalil-dalil serta prinsip agama yang telah diterangkan, adalah wajar malah wajib
pihak masjid melarang mana-mana jemaah yang mempunyai tanda-tanda sakit untuk tidak
masuk ke kawasan masjid, sama ada untuk menunaikan solat fardhu berjemaah, solat Jumaat
ataupun melaksanakan urusan lain. Ini adalah kerana keberadaan mereka boleh menyebabkan
jangkitan virus dan membawa kemudaratan kepada masjid dan masyarakat.
Kesemua arahan penangguhan ini berpijak pada kaedah fiqh al Dharar Yuzal.
Kawalan daripada kaedah ini ternyata mampu mengangkat kemudharatan akibat Covid-19
daripada menjangkiti mangsa yang baru. Apapun sebagai umat Islam, biarpun solat
berjemaah ini tidak dapat dijalankan dimasjid atau surau, kita tetap dituntut untuk
melaksanakannya secara berjemaah di rumah bersama ahli keluarga dan khusus bagi kaum
lelaki wajib menggantikan solat Jumaat dengan solat zohor di rumah masing-masing.

Rujukan
al Qur’an.
Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abi Husin Muslim (1330). Sahih Muslim. Darul Khilafah Al Ulyah
Ahmad Abd Salam (2020) Ittihad Al-‘Alami Lil Ulama’ Al-Muslimin yufta bitttauwif anil Jumaah wal Jumaat
http://www.iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=11084
Al-Syeikh Ahmad al-Syeikh Muhammad al-Zarqa. 1998. Syarh al-Qawaid al- Fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-
Qalam
Berita Harian (2020) WHO isytihar Wabak Covid19 Pandemik
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/664515/who-isytihar-wabak-covid-19-pandemik
Haiah Kibar Ulama’ Al-Azhar Al-Syarif.(2020). Bayan Haiah Kibar Al Ulama’ Bi Al Azhar Li Ummat Al
Islamiah Bi Syakni Virus Corona https://bit.ly/2QjKWOC
Harian Metro (2020) Takut Virus Atau Tuhan. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/557111/takut-virus-
atau tuhan
Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2020.https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas/4338-bayan-linnas-siri-ke-225-covid-19-fatwa-fatwa-terkini-berkaitan-penangguhan-solat-
jumaat-dan-solat-berjemaah [17 Mac 2020]
Ibn al-Athir. 1995. al-Kamil fi al-Tarikh. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Penangguhan Semua Aktiviti
Keagamaan Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa Covid-19. (2020)
https://bit.ly/2w3iutK
Muhammad Soulhiey Zeckry. (2020). Konsep Qawaid Fiqhiyyah
http://zeckry.net/2018/09/20/konsep-qawaid-fiqhiyyah/#more-1062
Noor Hisham Abdullah. (2020). Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit
Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://Kpkesihatan.Com/2020/03/11/Kenyataan-Akhbar-
Kpk-11-Mac-2020-Situasi-Semasa-Jangkitan-Penyakit-Coronavirus-2019-Covid-19-Di-Malaysia/
Office of The Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura. (2020). Advisory on Managing Covid19 Situation
https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Irsyad/Part-1---Advisory-on-Managing-COVID--19
The Official Website of His Eminence Syaykh Abdallah bin Bayyah. (2022). Don’t go for Prayers if you’re sick
http://binbayyah.net/arabic/archives/4505
Zainuddin Ibrahim. (1999). Al-asbah Wan Alnazair. Beirut Darul Kutub al Alamia
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 206

FAKTOR KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP AKTIVITI SELAM SKUBA DI


KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN RESORT, POLITEKNIK KOTA
KINABALU

Mohd Farid Alias, Muzaffar Mohamed Sidin dan Noor Intan Tahir

Abstrak
Pembangunan selam skuba adalah salah satu aktiviti pelancongan marin. Ia merupakan
aktiviti yang diklasifikasikan sebagai ekstrim dan mencabar kerana ia mengandungi elemen
berbahaya. Kini, selam skuba adalah antara aktiviti pelancongan yang paling pesat
membangun oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan terutamanya daripada
pelancong luar. Ia juga berupaya memperluaskan pasaran sub sektor ini dalam agenda aktiviti
pelancongan dunia. Namun, hasil pemantauan mendapati masih ramai pelajar yang sukar
melakukan selam skuba. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menjelaskan tentang beberapa
faktor yang boleh mempengaruhi kepada kesediaan pelajar semester 3, Diploma Pengurusan
Resort terhadap aktiviti selam skuba. Oleh itu, kajian ini dapat membahaskan beberapa faktor
yang dianggap sebagai penentu kepada kesediaan pelajar sebelum melakukan aktiviti selam
skuba.

Kata Kunci: Selam Skuba, Pelajar, Dhr3, Resort

Pengenalan
Malaysia adalah salah sebuah negara yang terkenal sebagai destinasi selam skuba yang
popular di dunia. Perkembangan dan permintaan terhadap sektor pelancongan selam skuba di
dapati terus meningkat. Sejajar dengan itu, timbul pelbagai isu dan cabaran yang harus
ditangani secara bersepadu bagi menjadikan pelancongan ini terus lestari dan berdaya saing
pada masa depan. Aspek alam sekitar dan pengurusannya harus dititikberatkan dalam konteks
pembangunan selam skuba ini. Pengetahuan tentang pelancongan selam skuba oleh komuniti
tempatan khususnya dan penyelam amnya masih boleh dipertingkatkan. Justeru, semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung perlu berganding bahu untuk
memastikan usaha pembangunan pelancongan selam skuba yang lestari diamalkan
sepenuhnya di Malaysia. (Ramli, Yusoh & Jabil Mapjabil 2011)
Kenyataan disokong oleh Dimmock, & Wilson (2011) dimana skuba digambarkan
sebagai aktiviti riadah yang semakin popular dan ekstrim memandangkan ianya berlaku di
persekitaran bawah laut yang sering tidak dapat diramalkan dan asing, serta memerlukan
tahap kemahiran yang agak tinggi, dan sangat bergantung pada sokongan peralatan. Majoriti
mendapati bahawa motif untuk menyelam termasuk keinginan yang berbeza untuk
pengembaraan, termasuk melihat pemandangan bawah laut yang baru, mengalami cabaran
peralatan dan keghairahan semata-mata berada dalam persekitaran laut yang tidak dikenali.
Walau bagaimanapun, dengan pengembaraan yang dikatakan agak berisiko, pengurusan dan
latihan yang jitu perlu dititikberatkan sebelum melakukan aktiviti agar objektif menyelusuri
pemandangan dasar laut dapat dicapai.
Sementara itu, menurut Othman, Jaafar, Sidek & Bahri, 2012 pelancongan marin
seperti aktiviti selaman dan skuba telah dikenalpasti sebagai salah satu sumber yang boleh
memberi peluang perniagaan kepada penduduk dan menunjukkan bahawa aktiviti selaman
skuba dan snorkeling memberikan impak yang sangat tinggi terhadap aktiviti keusahawanan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 207
dan sosioekonomi penduduk tempatan terutamanya. Manakala impak aktiviti selaman skuba
terhadap alam sekitar pula masih pada tahap sederhana di mana kebanyakan penyelam hanya
ingin menikmati keindahan kehidupan marin tanpa mengambil tahu akan cara
memeliharanya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan terutamanya perlu
melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pembangunan pelancong marin terutama
yang berkaitan dengan aktiviti selaman skuba adalah seiring dengan pemuliharaan alam
sekitar. Perancangan dan pemantauan yang teliti perlu disepadukan dengan baik agar ia
menguntungkan semua pihak yang berkepentingan.
Walaupun aktiviti ini yang dianggap semakin popular dikalangan rakyat Malaysia,
masih terdapat risiko yang tidak dapat dielakkan seperti yang dinyatakan oleh Duke,
Widyastut, Hadisaputro & Chasani, 2017, menyelam atau selam skuba dapat mempengaruhi
tekanan pernafasan rentetan daripada kedalaman yang penyelam cuba untuk rasai.
Kebanyakan penyelam yang cuba melakukan aktiviti tersebut kedalaman lebih kurang 30
meter akan mula merasai sakit dibahagian dada akibat daripada kesan tekanan daripada
dalam laut itu sendiri. Oleh itu, setiap penyelaman skuba harus diselarikan bersama langkah-
langkah keselamatan bagi mengekalkan tahap risiko aktiviti skuba.
Berdasarkan kepada perbincangan diatas, satu tindakan perlu dijalankan bagi melihat
apakah faktor yang dapat meningkatkan kesediaan pelajar sebelum melakukan aktiviti skuba
di kalangan pelajar. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan tentang beberapa
faktor yang boleh mempengaruhi kepada kesediaan pelajar semester 3 Diploma Pengurusan
Resort, Politeknik Kota Kinabalu terhadap aktiviti selam skuba. Adakah faktor kesediaan ini
berjaya dilaksanakan?

Sorotan Kajian

Program latihan mental


Terry, Mayer & Howe (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa kecekapan program
latihan mental adalah penting bagi mereka yang baru sahaja berjinak dengan aktiviti rekreasi
selam skuba untuk mengurangkan keadaan kecemasan sebelum menyelam, mengawal kadar
pernafasan dan meningkatkan prestasi di bawah air. Hasil menunjukkan bahawa program ini
mempunyai signifikan kesan di ketiga-tiga kawasan. Kumpulan intervensi disasarkan pada
golongan baru berjinak dan hasil yang direkodkan adalah capaian rendah didalam
kegelisahan dan keyakinan diri yang lebih tinggi serta menunjukkan kadar pernafasan yang
lebih stabil dan berprestasi lebih baik pada tugas pembuangan topeng dan bail-out. Penemuan
ini menyokong usaha untuk menggunapakai latihan mental sebagai sebahagian daripada
pemula persiapan sebelum melakukan aktiviti menyelam. Program seperti ini telah
digunapakai oleh pengelola rekreasi selam scuba terkemuka seperti PADI Open Water
standard course. Program selam skuba telah memperkenalkan beberapa elemen program
latihan mental seperti kawalan pernafasan dan kesedaran kecemasan. Faedah ketara yang
telah dibuktikan oleh kumpulan sasaran menunjukkan bahawa lebih banyak liputan luas
didalam aspek psikologi menyelam skuba yang memungkinkan bagi memperkukuhkan
persiapan penyelam kategori novis. Walau bagaimanapun, penyelam disarankan untuk
sentiasa membuat persediaan mental yang rapi. Ini kerana teknik menurunkan kadar kelajuan
pernafasan boleh menyebabkan tekanan pada "pernafasan bawah" dan dalam masa yang sama
pengekalan karbon dioksida melebihi oksigen yang sebenarnya boleh menimbulkan rasa
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 208
panik secara berlebihan pada individu tertentu (Morgan, 1995). Walaupun bagaimanapun,
bagi memperluas aspek lain dari program latihan mental, ianya harus merangkumi beberapa
teknik serta kawalan pernafasan yang berkesan. Seperti yang diketahui, pernafasan dalam dan
perlahan merupakan kaedah yang paling berkesan dan ia tidak perlu dilakukan dengan
keadaan yang tergesa-gesa. Dalam masa yang sama, penyelam harus diuji keberkesanan
pengetahuan teori dengan menjalankan ujian ketahanan mental. Penyelam harus meletakkan
diri dalam keadaan tenang dan menahan nafas selama lebih kurang 6 saat. Dalam posisi
tenang, penyelam diperlukan untuk berimaginasi seperti memperlakukan pernafasan secara
perlahan di dalam laut dalam. Pada waktu yang sama, mereka harus mengenakan pakaian
skuba dan juga menggunakan peralatan skuba termasuk regulator atau alat bantuan
pernafasan bagi aktiviti menyelam skuba. Kaedah ini harus di lakukan berkali-kali untuk
membiasakan penyelam novis mengamati seperti pengalaman sebenar. Ianya bertujuan untuk
menimbulkan rasa yakin dan seronok di dalam melakukan aktiviti selam skuba.

Psikologi imaginasi
Menurut kajian yang dilakukan oleh Morgan (1995), berimaginasi walaupun dalam keadaan
tenang dalam persekitaran kelembapan yang tinggi boleh menghasilkan kesan yang
dinamakan imaginary effect. Di mana ianya akan memberi kesan berimaginasi secara
berlebihan yang membuatkan penyelam skuba mula merasa cemas dan dalam masa yang
sama mendorong mereka sukar untuk bernafas. Penemuan terakhir ini menyamai laporan
yang telah diulas oleh Adams et al., (1994) bahawa penyelam sering melaporkan bahawa
mereka merasa sedikit gelisah selepas menyelam. Hasil kajian secara mendalam mendapati
bahawa penyelam seharusnya melakukan selaman dengan tenang dan setiap kali mereka
sampai pada kedalaman 3 meter dari paras laut, mereka dikehendaki untuk berehat atau
mengamati pemandangan di bawah laut selama 10 sehingga 20 minit. Selain dari itu, di
dalam fasa bertenang penyelam disarankan untuk merapatkan paha ke dada bagi tujuan
peningkatan plasma yang ketara. Ini kerana dengan meningkatnya kadar plasma, ia dapat
membantu untuk mengekalkan elektrolit dalam badan supaya seimbang dan juga
menghindarkan penyelam dari risiko pengembangan pembuluh darah secara drastik. Dengan
adanya pelan yang terancang, ianya dapat membantu menyelam dalam keadaan tenang serta
meningkatkan perubahan fisiologi dalam keadaan yang lebih teratur. Secara tidak langsung
membantu penyelam melakukan aktiviti secara santai tanpa dibelenggu sebarang kerisauan.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 209

Cadangan Kerangka Konsep Penyelidikan

Program latihan mental Psikologi imaginasi

Kesediaan pelajar terhadap

aktiviti selam skuba

Rajah 1: Kerangka Konsep Penyelidikan

Kesimpulan
Dua pemboleh ubah yang diutarakan merupakan faktor kesediaan pelajar terhadap aktiviti
selam skuba. Program latihan mental dan psikologi imaginasi seiring membawa kepentingan
dalam membina pelajar yang lebih berdaya saing dalam melakukan aktiviti yang
dikategorikan sebagai ektrim dan mencabar. Kedua-dua faktor ini amat mempengaruhi tahap
kesediaan pelajar terhadap aktiviti selam skuba dan ianya perlu dikembangkan dalam usaha
memberi impak positif kepada para pelajar sebelum melakukan aktiviti skuba. Oleh itu
diharapkan sekiranya kajian ini diteruskan kepada kajian terperinci tentang tahap kesediaan
aktiviti selam skuba di peringkat komuniti setempat. Ini kerana, ianya serba sedikit dapat
menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi sesebuah kawasan yang menawarkan
perkhidmatan menyelam skuba. Seperti yang kita ketahui, aktiviti menyelam skuba sering
kali dikaitkan dengan kawasan pedalaman dan juga pulau-pulau di mana aktiviti sosio
ekonomi masyarakat setempat menjurus kepada aktiviti rekreasi air yang ditawarkan. Justeru,
dalam masa yang sama aktiviti selam skuba yang dijalankan akan meningkatkan kualiti
penjagaan di kawasan selam skuba seiring dengan isi rumah komuniti.

Rujukan
Broad, M. L., & Newstrom, J. W. (1992). Transfer of Training: Action-Packed Strategies To Ensure High
Payoff from Training Investments. Corporate and Professional Publishing Group, Addison-Wesley
Publishing Co., One Jacob Way, Reading, MA 01867.
Colvard, D. F., dan Colvard, L. Y. (2003). A study of panic in recreational scuba divers. Undersea J, 1, 40-4.
Davis, D., & Tisdell, C. (1995). Recreational scuba-diving and carrying capacity in marine protected areas.
Ocean & Coastal Management, 26(1), 19-40.
Dimmock, K. (2009). Finding comfort in adventure: experiences of recreational SCUBA divers. Leisure
Studies, 28(3), 279-295.
Dimmock, K., dan Wilson, E. (2011). “Take a deep breath”: how recreational scuba divers negotiate in-water
constraints. Leisure/Loisir, 35(3), 283-297.
Duke, H. I., Widyastuti, S. R., Hadisaputro, S., dan Chasani, S. (2017). Pengaruh kedalaman menyelam, lama
menyelam, anemia terhadap kejadian penyakit dekompresi pada penyelam tradisional. Jurnal kesehatan
masyarakat indonesia, 12(2), 12-18.
Eisner, E. W. (1985). The educational imagination: On the design and evaluation of school programs.
Hawkins, J. P., & Roberts, C. M. (1992). Effects of recreational SCUBA diving on fore-reef slope communities
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 210
of coral reefs. Biological Conservation, 62(3), 171-178.
Hawkins, J. P., Roberts, C. M., Van'T Hof, T., De Meyer, K., Tratalos, J., & Aldam, C. (1999). Effects of
recreational scuba diving on Caribbean coral and fish communities. Conservation biology, 13(4)
Mapjabil, J., Yusoh, M. P., Zainol, R. M., dan Marzuki, M. (2015). Transformasi Pembangunan Pelancongan
Selam Skuba Di Pulau Mabul, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies.
Morgan, W. P. (1995). Anxiety and panic in recreational scuba divers. Sports Medicine, 20(6), 398-421.
Othman, N., Jaafar, S., Sidek, S., dan Bahri, N. (2012). Pelancongan Marin: Impak Aktiviti Selam Skuba dan
Snorkeling Terhadap Aktiviti Keusahawanan, Sosioekonomi dan Alam Sekitar. Sains Humanika,
59(1).
Ramli, R. S., Yusoh, M. P., dan Jabil Mapjabil, N. G. L. (2011). Pelancongan Selam Skuba di Malaysia: Isu dan
Cabarannya. Prosidimh: PERKEM VI, JILID, 1, 595-601.
SPORT, S. T. I. (2007). Mental skills training in sport. Handbook of sport psychology, 287.
Strawson, P. F. (1974). Imagination and perception. PF Strawson, Freedom and resentment and other essays.
Methuen.
Terry, P. C., Mayer, J. L., dan Howe, B. L. (1998). Effectiveness of a mental training program for novice scuba
divers. Journal of Applied Sport Psychology, 10(2), 251-267.
Wong, K. M., Thirumoorthy, T., dan Musa, G. (2000). Scuba diving motivation. Studies, 60.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 211

PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU AGRESIF DALAM KALANGAN ATLET


PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Nurul Najwa Jasni dan Tajul Ariffin Muhammad

Abstrak
Personaliti tret merupakan faktor personaliti yang stabil dalam menentukan tingkah laku dan
respon individu. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara personaliti
(tret) dengan tingkah laku agresif dalam kalangan atlet pelajar sekolah menengah Daerah
Johor Bahru. Personaliti (tret) atlet dikaji berdasarkan Teori Personaliti Lima Dimensi (Big
Five Personality) manakala tingkah laku agresif dikaji berdasarkan kepada teori Keagresifan
Buss dan Perry (1992). Kajian berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan dua instrumen
yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk mengukur konstruk-konstruk kajian.
Big Five Inventory (BFI) digunakan untuk mengukur apakah personaliti (tret) responden
manakala Buss & Perry Aggression Questionnaire digunakan untuk mengukur apakah
tingkah laku agresif dalam kalangan atlet pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru.
Soal selidik telah ditadbir ke atas 370 orang sampel atlet pelajar yang menyertai pelbagai
jenis kejohanan sukan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru
(MSSD JB) bagi tahun 2018. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif dalam
kalangan atlet pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru. Berdasarkan jantina pula,
terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti atlet lelaki dengan tingkah laku agresif,
manakala personaliti atlet wanita tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan
keagresifan. Dapat dirumuskan bahawa tingkah laku agresif yang berlaku dalam konteks
sukan di sekolah-sekolah tidak dipengaruhi oleh personaliti (tret) mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, jurulatih, ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan yang
sangat penting untuk mengurangkan kadar keagresifan dalam dalam kalangan atlet pelajar
semasa pertandingan. Disarankan agar kajian akan datang dapat mengkaji atlet elit yang
bertanding di peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun
peringkat Antarabangsa.

Kata Kunci: Personaliti Lima Dimensi, Keagresifan, Atlet Pelajar

Pengenalan
Aktiviti sukan merupakan satu institusi yang menghubungkan dan menyatukan pelbagai
lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan juga agama. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan juga amat menekankan pembangunan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pembangunan dan perkembangan pelajar dalam bidang sukan
termasuklah aspek personaliti diri atlet tersebut. Menurut Samira et. al (2013), psikologi
sukan amat penting untuk memastikan atlet mencapai prestasi yang baik dan cemerlang
kerana psikologi sukan adalah sains tingkah laku manusia semasa menjalani sesi latihan dan
juga semasa pertandingan sukan. Di kebanyakkan negara-negara Barat telah mendapat
kesedaran bahawa pencapaian dalam sukan bukan hanya daripada kekuatan fizikal sahaja
tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor psikologi (Abdul Rahim, 2010).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 212
Penglibatan dalam bidang sukan juga dapat membentuk personaliti individu kearah
yang lebih positif atau sebaliknya. Personaliti didefinisikan sebagai pola-pola tingkah laku
individu yang dijelmakan dan kemudian dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Michael,
2003). Pengkaji terkenal, Allport (1961) menjelaskan bahawa personaliti adalah sistem psiko-
fizikal yang dinamik dan akan membetuk garis panduan terhadap individu untuk menentukan
ciri-ciri tingkah laku yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan keadaan
fizikalnya. Personaliti individu yang terhasil adalah dipengaruhi oleh pelbagai aspek iaitu
jantina, kedudukan, kawasan petempatan, agama, budaya, bahasa dan politik (Grub, 2002).
Personaliti tret yang terbentuk dalam diri individu mampu meramal tingkah laku
mereka seperti kegembiraan, hubungan dengan rakan sebaya, tingkah laku agresif dan juga
komitmen diri sendiri (Ozer dan Banet-Martinez, 2006). Menurut Abdul Rahim (2010),
keagresifan ditakrifkan sebagai satu tindak balas yang sengaja dilakukan untuk menyebabkan
kesakitan atau kecederaan kepada pihak lain. Tingkah laku agresif seperti ini adalah tingkah
laku yang tidak sihat dan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Tingkah laku
ini amat bertentangan dengan norma dan peraturan yang telah termaktub dalam sesuatu
permainan. Menurut Cima & Raine (2009), untuk melabel sesuatu tindakan tersebut sebagai
agresif, terdapat empat kriteria yang harus dipenuhi iaitu berlaku secara fizikal atau lisan,
melibatkan kecederaan fizikal atau mental, dilakukan ke atas benda yang bernyawa dan
dilakukan dengan sengaja untuk menyebabkan kecederaan. Tingkah laku agresif juga sering
dikaitkan dengan individu yang terlibat dalam bidang sukan.
Oleh hal yang demikian, personaliti atlet dan tahap keagresifan mereka haruslah
dikenalpasti dan dibentuk pada peringkat awal penglibatan mereka dalam bidang sukan agar
mudah untuk jurulatih dan pihak pengurusan pasukan merangka program latihan yang
bersesuaian disamping membentuk personaliti mereka. Berdasarkan penyataan masalah dan
maklumat-maklumat daripada kajian ini, dijangka ianya dapat memberikan sedikit gambaran
mengenai isu tingkah laku agresif dalam kalangan atlet pelajar Sekolah Menengah Daerah
Johor Bahru. Ia juga akan memerihalkan faktor-faktor personaliti berdasarkan Big Five
Personality Model sama ada mempunyai hubungan secara langsung atau tidak terhadap
tingkah laku agresif atlet pelajar tersebut. Selain itu, hasil kajian ini juga diharapkan dapat
membantu proses perancangan intervensi yang sesuai dan efektif untuk membendung gejala
ini dan mampu menghasilkan modal insan yang terbaik.

Kajian Literatur
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan untuk melihat perbezaan penglibatan individu
dalam bidang sukan dan hubungannya dengan tahap keagresifan. Kajian Filho et. al (2005)
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan atlet dan bukan atlet terhadap
tingkah laku agresif. Namun begitu, kajian-kajian yang telah dilakukan lebih memberi fokus
terhadap faktor-faktor luaran, persekitaran dan sosio-budaya atlet tersebut. Tidak banyak
kajian yang dilakukan untuk melihat aspek dalaman atau melihat pengaruh aspek personaliti
(tret) atlet tersebut dengan tingkah laku agresif mereka dalam bidang sukan ini. Menurut
Shaharudin (2001) sebanyak 572 sumber rujukan tentang hubungan antara personaliti dengan
prestasi tetapi sangat kurang kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan antara
personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif bagi seseorang atlet. Walaubagaimanapun,
berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji Barat telah membuktikan
bahawa beberapa tret personaliti yang tertentu boleh mempengaruhi hubungan ke atas
tingkah laku agresif individu (Bushman et.al, 2001; Burton et. al, 2007; Maryam et.al, 2013;
Michael dan Kathleen, 2018; Rebecca, 2019).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 213

Personaliti Lima Dimensi (Big Five Personality)


Pada kebiasaannya, kajian-kajian personaliti adalah berkaitan dengan Five-Factor Model
(FFM) yang dijadikan sebagai asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti
individu. Five-Factor Model (FFM) merupakan inventori yang kerap digunakan dalam
banyak kajian-kajian berkaitan dengan personaliti berbanding dengan inventori yang lain
(Rebecca, 2019). Setiap domain dalam Big Five Personality ini telah diasaskan daripada
Goldberg (1990). Big Five bermaksud lima domain utama yang mewakili tret-tret personaliti.
Lima domain tersebut ialah Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism
dan Openness (Goldberg, 1990 & John et al. 2008). Menurut Funder (2001), model Big-Five
ini telah digunakan oleh kebanyakkan kajian berhubung dengan kajian personaliti individu
atau perbezaan individu. Personaliti extraversion menunjukkan ciri-ciri individu yang
berkeyakinan tinggi, aggreableness pula menunjukkan ciri-ciri individu yang lebih terbuka
dan mudah untuk bekerjasama, concientiousness pula individu yang lebih berdisiplin,
neuroticism pula ciri-ciri individu yang kurang keseimbangan emosi dan domain openness
adalah ciri-ciri individu yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi (Mc Crae, 2008).
Zulkarnain (2013) pula menyatakan bahawa personaliti lima dimensi sering digambarkan
sebagai kerangka yang bersifat universal bagi mengukur personaliti individu secara lebih
komprehensif.

Keagresifan
Menurut Abdul Rahim (2010), keagresifan ditakrifkan sebagai satu tindak balas yang
sengaja dilakukan untuk menyebabkan kesakitan atau kecederaan kepada pihak lain. Tingkah
laku agresif terbahagi kepada dua jenis, iaitu keagresifan instrumental dan juga keagresifan
ketara (hostile) (Shaharudin 2001 & Geen 2001). Keagresifan instrumental merujuk kepada
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh atlet dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
Little et. al (2003) menyatakan bahawa keagresifan ketara merujuk kepada tingkah laku
agresif yang berniat secara peribadi berpunca daripada perasaan marah atau tidak berpuas
hati dengan mencederakan pihak lain. Selain daripada keagresifan ketara (hostile) dan juga
keagresifan instrumental, tindakan asertif juga dikategorikan sebagai satu keagresifan.
Tindakan asertif merujuk kepada penggunaan verbal atau fizikal dengan cara yang
dibolehkan (mengikut undang-undang permainan).
Tingkah laku agresif ini boleh dilihat melalui perbuatan fizikal dan keagresifan verbal
(Sofian, 2003). Dalam kajian oleh Fruchart dan Paques (2014), didapati 62 % peserta
menolak pihak lawan secara kasar apabila yang pertamanya mereka berada dalam zon gol
(pertahanan) yang mana dianggap tidak boleh dibiarkan, yang kedua apabila perlawanan
tersebut adalah penting, yang ketiga apabila kumpulan berada di ambang kekalahan dan
keempat apabila tindakan agresif tersebut merupakan tindak balas daripada tindakan sebelum
itu. Terdapat juga dapatan kajian yang menyatakan bahawa sifat agresif dalam sukan
merupakan hasil daripada sifat kekecewaan (Tomar & Rahul, 2012).
Russel (2008) telah membincangkan bahawa pelbagai faktor sosial luaran yang
mempengaruhi tingkah laku agresif seperti laungan sorakan penonton dan juga kesan-kesan
kesakitan yang pernah mereka alami. Melalui kajian-kajian dan teori yang telah
dibincangkan, terdapat penjelasan yang lebih jelas mengenai gambaran perubahan dalam
suasana sukan bagi menerangkan punca sebenar keagresifan dalam sukan serta permasalahan
yang berlaku terhadap atlet yang mempamerkan sikap agresif semasa dalam perlawanan.
Selain itu, Rebecca (2019) juga menyatakan bahawa terdapat beberapa punca yang boleh
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 214
membawa kepada berlakunya tingkah laku agresif dalam kalangan individu. Antaranya ialah
personaliti (tret), tret dan sifat emosi, kesihatan mental, ciri-ciri sosial dan faktor kognitif-
sosial.

Personaliti dan Keagresifan


Terdapat juga beberapa kajian lepas yang mendapati terdapat perbezaan antara personaliti
dan keagresifan berdasarkan kepada jantina. Menurut kajian Goodwin et. al (2003) mendapati
bahawa domain neuroticism individu lelaki lebih tinggi berbanding perempuan sama seperti
dapatan kajian Denise & Kimberly (2008) mendapati bahawa personaliti neuroticism dan
aggreableness lebih tinggi untuk individu wanita. Selain itu, berdasarkan kajian yang pernah
dijalankan oleh Donnellan dan Lucas (2008) yang melaporkan subjek lelaki memiliki
ketegasan yang tinggi, kawalan emosi yang stabil, keterbukaan minda, kurang cemas dan
sistematik berbanding subjek perempuan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian
yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku agresif antara lelaki
dan perempuan (Ryan dan Mohr, 2005; Maxwell et. Al, 2009; Mokhtari dan Tajik, 2013).

Metodologi
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan. Kajian tahap keagresifan atlet pelajar sekolah menengah berdasarkan personaliti
adalah kajian berbentuk data deskriptif. Menurut Zaleha (2010), penyelidikan deskriptif
terdiri daripada beberapa jenis kaedah seperti kaedah tinjauan, korelasi dan kaedah
perkembangan. Menurut Creswell (2012), kajian tinjauan adalah kaedah dalam kajian
kuantitatif dimana menggunakan soal selidik kepada sampel atau populasi manusia untuk
menghurai atau menggambarkan tingkah laku, pendapat dan juga ciri- ciri sesuatu populasi.
Populasi sasaran yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini adalah terdiri daripada atlet
pelajar Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru yang dipilih secara rawak pada tahun 2018.
Sampel bagi kajian ini adalah seramai 364 orang berdasarkan jumlah populasi atlet pelajar
yang hampir mencecah 7,000 orang bagi kategori sekolah menengah (Krejcie dan Morgan,
1970).
Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada dua jenis instrumen bagi
mengumpul data dari responden. Instrumen kajian adalah Big Five Inventory (BFI) dan Buss
& Perry Aggression Questionnaire (BPAQ). BFI ialah soal selidik bagi mengukur domain
personaliti responden. Instrumen ini mengandungi 40 item yang terdiri daripada 5 domain
utama iaitu Neuroticism, Extraversion, Openness, Agreeableness dan Conscientiousness
manakala BPAQ pula bertujuan untuk mengukur kecenderungan atlet pelajar dalam
bertingkah laku agresif. Soal selidik ini mengandungi 29 item yang terdiri daripada beberapa
aspek seperti keagresifan instrumental, keagresifan verbal, keagresifan ketara dan kemarahan.
Nilai Cronbach Alpha digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Personaliti
lima dimensi ini telah terbukti mempunyai ketekalan dan kebolehpercayaan yang tinggi oleh
Rammstedt & John (2007) dan John, Naumann & Soto (2008) iaitu extraversion (0.86),
neoroticisim (0.87), aggreeableness (0.79), openness (0.83) dan concientiousness (0.82). Bagi
BPAQ pula, nilai kebolehpercayaan yang dilaporkan bagi setiap aspek adalah berada pada
tahap yang tinggi dan boleh diterima iaitu keagresifan verbal .72, keagresifan ketara .77,
keagresifan insrumental atau fizikal .85 dan kemarahan 0.83 (Buss & Perry, 1992).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 215
Dapatan Kajian
Hasil kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian iaitu mengkaji hubungan antara
personaliti (tret) atlet pelajar sekolah menengah daerah Johor Bahru dengan keagresifan dan
juga objektif kedua iaitu mengkaji hubungan antara personaliti (tret) atlet pelajar sekolah
menengah daerah Johor Bahru dengan keagresifan berdasarkan jantina. Berdasarkan jadual 1,
hasil kajian menunjukkan perbezaan kecenderungan personaliti atlet pelajar berdasarkan nilai
min antara jantina lelaki dan juga perempuan. Bagi domain yang pertama iaitu ‘extraversion’,
nilai min atlet pelajar lelaki (M=3.21, SP=0.453) adalah lebih tinggi berbanding nilai min
atlet pelajar perempuan (M=3.09, SP=0.481). Domain yang kedua pula “neuroticism’. Bagi
domain ini nilai min atlet pelajar perempuan (M=2.85, SP=0.486) adalah lebih tinggi
berbanding atlet pelajar lelaki (M=2.65, SP=0.557). Domain yang seterusnya ialah
‘openness’ yang menunjukkan nilai min atlet pelajar lelaki (M=3.41, SP=0.462) pula lebih
tinggi berbanding atlet pelajar perempuan (M=3.37, SP=0.447). Bagi domain ‘agreeableness’
pula, nilai min atlet pelajar perempuan (M=3.22, SP=0.442) adalah lebih tinggi berbanding
atlet pelajar lelaki (M=3.19, SP=0.455). Domain yang terakhir adalah domain
‘conscientiousness’ yang menunjukan nilai min atlet pelajar lelaki (M=3.21, SP=0.470) lebih
tinggi berbanding atlet pelajar perempuan (M=3.15, SP=0.432).

Jadual 1
Personaliti Berdasarkan Jantina
Domain Jantina Min Sisihan Piawai
Extraversion Lelaki 3.21 0.453
Perempuan 3.09 0.481

Neuroticism Lelaki 2.65 0.557


Perempuan 2.85 0.486

Openness Lelaki 3.41 0.462


Perempuan 3.37 0.447

Aggreeableness Lelaki 3.19 0.455


Perempuan 3.22 0.442

Conscientiousness Lelaki 3.21 0.470


Perempuan 3.15 0.432

Berdasarkan jadual 2, dapatan kajian menunjukkan perbezaan kecenderungan tingkah


laku atlet pelajar berdasarkan nilai min antara jantina lelaki dan juga perempuan. Keagresifan
yang pertama adalah keagresifan kemarahan yang menunjukkan nilai min atlet pelajar
perempuan (M=2.88, SP=0.626) lebih tinggi berbanding atlet pelajar lelaki (M=2.70,
SP=0.626). Seterusnya adalah keagresifan verbal yang menunjukkan nilai min atlet pelajar
lelaki M=2.70, SP=0.643) adalah sama dengan nilai min atlet pelajar perempuan (M=2.70,
SP=0.598). Tingkah laku agresif yang ketiga adalah keagresifan fizikal. Nilai min atlet
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 216
pelajar lelaki (M=2.63, SP=0.583) adalah lebih tinggi berbanding atlet pelajar perempuan
(M=2.57, SP=0.709). Keagresifan yang terakhir ialah keagresifan ketara(hostile) yang
menunjukkan nilai min atlet pelajar perempuan (M=3.18, SP=0.716) lebih tinggi berbanding
nilai min atlet pelajar lelaki (M=2.98, SP=0.665).

Jadual 2
Tingkahlaku Agresif Berdasarkan Jantina
Sisihan
Domain Jantina Min
Piawai
Kemarahan Lelaki 2.70 0.626
Perempuan 2.88 0.724

Verbal Lelaki 2.70 0.643


Perempuan 2.70 0.598

Fizikal Lelaki 2.63 0.583


Perempuan 2.57 0.709

Ketara (Hostile) Lelaki 2.98 0.665


Perempuan 3.18 0.716

Jadual 3 menunjukkan hasil analisis Korelasi Pearson bagi personaliti (tret) dan
tingkah laku agresif secara keseluruhannya iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif. Menurut Davies (1971), nilai pekali
korelasi 0.01 – 0.09 adalah lemah dan boleh diabaikan. Maka daripada analisis di bawah,
terhadap hubungan yang lemah antara personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif dalam
kalangan atlet pelajar sekolah menengah Daerah Johor Bahru r(370)=.058, p=.266.

Jadual 3
Kolerasi Pearson personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif
Tingkah Laku Agresif
Personaliti (tret) Kolerasi Pearson .058
Sig. (2-tailed) .266
N 370

Jadual 4 menunjukkan hasil analisis Korelasi Pearson bagi personaliti (tret) dan
tingkah laku agresif berdasarkan kepada jantina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti (tret) atlet pelajar lelaki sekolah menengah
Daerah Johor Bahru dengan tingkah laku agresif r(370)=.217, p=.004. Menurut Davies
(1971), nilai pekali korelasi 0.10 – 0.29 adalah lemah. Oleh hal yang demikian, hubungan
antara personaliti (tret) atlet pelajar lelaki sekolah menengah Daerah Johor Bahru dengan
tingkah laku agresif adalah lemah. Namun begitu, untuk atlet pelajar perempuan pula tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif
r(370)=.300, p= -.075.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 217
Jadual 4
Kolerasi Pearson personaliti (tret) dengan tingkah laku agresif berdasarkan jantina
Personaliti (tret) Tingkah Laku Agresif
Lelaki Kolerasi Pearson .217
Sig. (2-tailed) .004
N 370
Perempuan Kolerasi Pearson -.075
Sig. (2-tailed) .300
N 370

Kesimpulan
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, diharapkan agar ianya dapat memberi
impak yang positif dalam arena sukan seawal di peringkat sekolah. Tambahan pula, arena
sukan moden merupakan satu fenomena yang mempunyai impak yang sangat tinggi dan
kompleks dalam kalangan masyarakat. Sukan mampu memberikan kesan sama ada kesan
positif mahupun kesan negatif terhadap kehidupan sosial masa kini. Nilai-nilai murni yang
terdapat dalam arena sukan adalah seiring dengan prinsip dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh golongan
pensyarah, pendidik dan juga jurulatih untuk menguasai dengan lebih mendalam ilmu
berkaitan personaliti atlet agar dapat membantu pembangunan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang sukan supaya lebih efisien dan sistematik. Selain itu, hasil kajian
ini juga dapat membantu jurulatih untuk memberikan perhatian yang lebih serius tentang
keperluan pengetahuan kecenderungan personaliti setiap atlet dibawah kendalian mereka.
Hasil kajian ini disokong oleh kajian-kajian terdahulu yang melaporkan faktor
personaliti seperti ‘concientiousness, openness dan aggreableness’ mempunyai kaitan
langsung dengan tingkah laku yang positif (Noordin et. Al, 2011). Seterusnya, kajian oleh
Hosie et.al (2014) mendapati terdapat hubungan yang positif antara tingkah laku agresif
dengan domain ‘agreeableness’ dan juga domain ‘conscientiousness’. Selain itu, kajian oleh
Saeed & Erhan (2013) juga mendapati bahawa personaliti domain extraversion mempunyai
hubungan dengan tingkah laku agresif dalam kalangan individu yang terlibat dengan bidang
sukan. Namun begitu, banyak kajian yang menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara
domain personaliti ‘neuroticism’ dan juga tingkah laku agresif (Bettencourt et.al 2006;
Michel & Bowling 2013; Kamaluddin et.al. 2014;) dalam Cavalvanti & Pimental (2016).
Bidang sukan merupakan satu platform untuk meluahkan emosi atau perasaan
berkaitan dengan permainan yang mereka ceburi. Oleh hal yang demikian, sebahagian besar
individu yang terlibat dengan bidang sukan berpersonaliti ‘neuroticism’ kerana mereka tidak
mempunyai kestabilan emosi yang baik untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Mereka juga dikhuatiri melepaskan kemarahan dan emosi mereka secara negatif semasa
menyertai pertandingan. Walaubagaimanapun, banyak pengkaji berpendapat bahawa
penglibatan individu dalam bidang sukan dapat membentuk personaliti dan hubungan sosial
mereka (Saeed & Erhan, 2013). Individu yang menyertai bidang sukan didapati lebih
dinamik, kawalan diri yang lebih baik dan mudah untuk menyesuaikan diri (Korkmaz et. al,
2003).
Selain itu, kajian oleh Burton et. al (2007) mendapati bahawa personaliti extraversion
menunjukkan tingkah laku keagresifan yang lebih tinggi untuk lelaki. Individu yang
mempunyai personaliti extraversion ini disifatkan untuk mempunyai sikap keyakinan diri
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 218
yang tinggi, lebih aktif dan sentiasa bersikap positif. Atlet lelaki lebih cenderung untuk
mempunyai ketegasan yang tinggi berbanding atlet wanita. Seterusnya, kajian oleh (Sharpe &
Desai, 2001; Cullough, 2003) mendapati hubungan antara domain personaliti ‘neuroticism’
dengan keagresifan ketara (hostile) dalam kalangan individu perempuan. Dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa personaliti yang menunjukkan emosi yang tidak stabil akan
menghasilkan keagresifan yang bermula daripada dalaman atau niat untuk menyakitkan pihak
lawan. Selain itu kajian oleh Christopher & Craig (2012) mendapati hubungan secara
langsung antara domain neuroticism dan keagresifan fizikal dalam kalangan individu lelaki.
Rumusannya, personaliti individu sangat penting dalam menghasilkan atlet-atlet yang
berkaliber dan cemerlang. Latihan, bimbingan dan motivasi yang sesuai dengan personaliti
atlet boleh membentuk keperibadian atlet yang unggul dan membentuk kekuatan emosi
seiring dengan kekuatan fizikal mereka. Lazimnya, setiap jurulatih akan menilai keperluan
setiap atlet untuk satu-satu pertandingan dan merangka program latihan yang sesuai untuk
memenuhi keperluan tersebut. Namun begitu, sangat kurang jurulatih yang menilai aspek
psikologi atlet mereka semasa membentuk program latihan masing-masing. Dengan adanya
intervensi psikologi dalam program latihan, secara tidak langsung tingkah laku agresif dalam
kalangan atlet dapat dikurangkan dan dikawal. Sebahagian besar keagresifan yang berlaku
dalam sukan adalah disebabkan kurangnya latihan psikologi untuk mengawal tindak balas
mereka terhadap sesuatu perkara yang terjadi di atas padang.

Rujukan
Abdul Rahim Mohd Shariff. 2010. Mekanisma Sistem Sokongan Sosial Dan Faktor Input : Satu Analisis
Korelasi Terhadap Faktor Peramal Katarsis dalam Sukan. Tesis Doktor Falsafah. UKM.
Bettencourt, B. A., Talley, A., Benjamin, A. J., & Valentine, J. (2006). Personality And Aggressive Behavior
Under Provoking And Neutral Conditions: A Meta-Analytic Review. Psychological Bulletin, 32 (5),
751-777.
Burton, L. A., Hafetz, J., & Henninger, D. (2007). Gender Differences In Relational And Physical Aggression.
Social Behavior And Personality. An International Journal. 35(1), 41–50.
Bushman B. J., Baumeister, R. F. & Phillips, C. M. (2001). Do People Aggress To Improve Their Mood?
Catharsis Beliefs, Affect Regulation Opportunity, And Aggressive Responding. Journal of Personality
and Social Psychology. 81(1), 17–32.
Buss, A., Perry, M. 1992. The Aggression Questionnaire. Journal of Personality and Social Psychology, 63 (3),
452-459
Christopher, B., Craig, A. (2012). Direct and indirect relations between the Big 5 Personality Traits And
Aggressive And Violent Behavior, Personality And Individual Differences. The Jornal of SciVerse. 52,
870–875.
Cima, M., & Raine, A. (2009). Distinct Characteristics Of Psychopathy Relate To Different Subtypes Of
Aggression. Personality and Individual Differences. 47, 835–840.
Creswell, J., Klassen, A. C., Plano Clark, V. L., Smith, K. C & Meissner, H. I. (2012). Best Practices In Mixed
Methods For Quality Of Life Research. Quality of Life Research. 21, 377-380.
Cullough, M. C., Bellah, G., Kilpatrick, S. D., Johnson, J. L. (2001). Relationships With Forgiveness,
Rumination, Well-Being, And The Big Five. Personality and Social Psychology Bulletin. 27, 601–610.
Davies, J. A. (1971). Elementary survey analysis. Eaglewood, NJ : Prentice Hall.
Denise. A. H & Kimberly. J.S. (2008). Personality And Intimate Partner Aggression In Dating Relationships:
The Role Of The “Big Five”. Aggression Behaviour. 34, 593-604.
Filho, M.G.B., L.C.S. Riberio & F.G. Garcia. (2005). Comparison Of Personality Characteristics Between High-
Level Brazilian Athletes And Nonathletes. Revista Brasileira de Medicina do Esporte (Versi Bahasa
Inggeris). 11(2): 114-118.
Funder, D. C. (2001). Personality. Annual Review of Psychology. 52, 197-221.
Geen, R.G. (2001). Human Aggressiveness. Milton Keyness. Open University Press.
Goodwin, R. D., Fergusson, D. M., Horwood, L. J. (2003). Neuroticism in adolescence and psychotic symptoms
in adulthood. Psychological Medicine, 6, 1089–1097.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 219
Grubb, W.N. (2002). Who Am I: The Inadequacy of Career Information in The Information Age. Berkeley,
U.S.A.
Hosie. J., Gilbert. F., Simpson. K. & Daffern. M. 2014. An Examination Of The Relationship Between
Personality And Aggression Using The General Aggression And Five Factor Models. Aggresive
Behavior. 40, 189-196.
Jaqueline Gomes Cavalcanti, Carlos Eduardo Pimentel. (2016). Personality and aggression: A contribution of
the General Aggression Model. Estud. psicol. (Campinas). 33(3).
John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. 2008. Paradigm Shift to the Integrative Big-Five Trait Taxonomy:
History, Measurement, and Conceptual Issues dalam O. P. John, R. W. Robins, & L. A. Pervin (Eds.),
Handbook of personality: Theory and research. New York, NY: Guilford Press.
John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. (2008). Paradigm Shift to the Integrative Big-Five Trait Taxonomy:
History, Measurement, and Conceptual Issues dalam O. P. John, R. W. Robins, & L. A. Pervin (Eds.),
Handbook of personality: Theory and research. New York, NY: Guilford Press.
Kamaluddin, M. R., Shariff, N. S. M., Ismail, K. H., Saat, G. A. M., & Othman, A. 2014. Associations Between
Personality Traits And Aggression Among Malay Adult Male Inmates In Malaysia. ASEAN Journal of
Psychiatry, 15(2), 176-185.
Korkmaz, N., Özduran, K., İlhan, A. (2003). The Search Of Social Adoptable Levels Of The Young Persons
Who Are Between At The Age Of Is 18 And 24 And Do The Sports In Bursa And Its Surroundings.
Journal of Physical Education and Sports Science, 5, 17–25.
Krejcie, R. Y. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
psychology measurement. 30, 607-610.
Little, T., Jones, S., Henrich, C., & Hawley, P. (2003). Disentangling The ‘Whys’ From The ‘Whats’ Of
Aggressive Behaviour. International Journal of Behavioral Development, 27, 122–133.
Lucas, R. E., & Donnellan, M. B. (2011). Personality development across the life span: Longitudinal analyses
with a national sample from Germany. Journal of Personality and Social Psychology, 101(4), 847–86.
Maryam Kharkan, Reza Andam, Rahimeh Mehdizadeh. (2013). The comparison of athletic aggression girl and
boy athlete students. International Journal of Sport Studies. 3 (6), 594-598.
Maxwell JP, Visek AJ, Moorse E. (2009). Anger and perceived legitimacy of aggression in male Hong Kong
Chinese athletes: Effect of type of sport and level of competition, Psychology of sport and Exercise. 10,
289-296.
McCrae. R. R & Costa Jr. P. T. (2008). The five-factor theory of personality dalam O. P. John, R. W. Robins, &
L. A. Pervin (Eds.), Handbook of personality: Theory and research (159 –181). The Guilford Press.
Michael, J. S., & Bowling, N. A. (2013). Does Dispositional Aggression Feed The Narcissistic Response? The
Role Of Narcissism And Aggression In The Prediction Of Job Attitudes And Counterproductive Work
Behaviors. Journal of Business and Psychology, 28(1), 93-105.
Michael, P.M & Krach, S. K. (2018). How The Human Is The Catalyst: Personality, Aggressive Fantasy, And
Proactive-Reactive Aggression Among Users Of Social Media. Journal of Personality and Individual
Differences. 133, 91-95.
Ozer, D. J & Banet-Martinez, V. (2006). Personality and the prediction of consequential outcomes. Annual
Review of Psychology, 57, 401-421.
Rebecca Thomas. (2019). College student peer aggression: A review with applications for colleges and
universities. Journal of Aggression and Violent Behavior. 48, 218-229.
Russell GW. (2008). Aggression in the Sports World: A Social International Journal of Physical Education,
Sports and Health Psychological Perspective, Oxford University Press, New York.
Ryan,, K.M., Mohr S.H. (2005). Gender differences in playful Aggression averring courtship in college student.
Journal Sex Roles, 53(7), 591-601.
Saeed Shokoufeh, S. Erim Erhan. (2016). Personality and Aggression Compared between Sportsman and Non-
Sportsmen in Erzurum Province. International Journal of Sports Science, 6(2), 27-31.
Samira Mashhoodi, Pouneh Mokhtari & Hamidreza Tajik. (2013). The Comparison Of The Aggression Of
Young And Adult Athletes In Individual Or Team Sports. European Journal of Experimental Biology,
3(1), 661-663.
Shaharudin Abdul Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Sharpe, J.P & Desai, S. (2001). The revised Neo Personality Inventory and the MMPI-2 Psychopathology Five
in the prediction of aggression. Personality and Individual Differences, 31(4), 505–518
Sofian, M. O. (2003). Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal. Ulang Cetak 2003. Kuala Lumpur. Utusan
Publication.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 220
Zaleha Yaacob. (2010). Pengaruh Keganasan Dalam Media Terhadap Tingkah Laku Agresif Remaja. Tesis
Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Zulkarnain, L. M.I. (2013). Penyesalan Pasca Pembelian Ditinjau dari Big Five Personality. Jurnal Psikologi.
40(1).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 221

KEFAHAMAN FIQH THAHARAH (PERMASALAHAN HAID DAN ISTIHADAH)


DALAM KALANGAN PELAJAR PEREMPUAN: TINJAUAN DI POLITEKNIK
SULTAN AZLAN SHAH

Anisah Nasib, Siti Nadiah Mohd Sadali @Salim dan Rahimah Ibrahim

Abstrak
Haid dan istihadah merupakan perkara fardu ain (asas yang wajib diketahui) terutamanya
bagi kaum hawa. Namun, masih terdapat dalam kalangan perempuan muslimah yang tidak
menguasai perkara ini dengan sebaiknya. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk
mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap permasalahan ini dan hubungkait
pembolehubah demografi yang memungkinkan senario tersebut terjadi. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik kepada 250 orang responden
terdiri daripada pelajar perempuan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Awam di
Politeknik Sultan Azlan Shah. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk melihat frekuensi
demografi, mengira markah min dan tabulasi silang. Dapatan kajian menunjukkan bacaan
markah min bagi kategori definisi dan konsep pada tahap yang baik dengan bacaan min 4.28.
Manakala kategori cara kiraan, cara bersuci, serta perkara yang dibenarkan dan tidak
dibenarkan ketika haid dan istihadah menunjukkan kefahaman pelajar pada tahap yang
sederhana dengan bacaan min masing-masing 2.79, 3.72 dan 4.48. Dapatan daripada tabulasi
silang pula mendapati bahawa jabatan, semester, jenis sekolah atau institusi terdahulu,
pencapaian Pendidikan Islam peringkat SPM serta pernah bersekolah di Sekolah Rendah
Agama (SRA) merupakan pembolehubah yang signifikan yang mempengaruhi kefahaman
pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran berkenaan haid dan
istihadah perlu ditambahbaik dan diperkemaskan lagi untuk memberi kefahaman yang
mendalam kepada para pelajar.

Kata Kunci: Fiqh Thaharah, Haid, Istihadah, Kefahaman

Pendahuluan
Perkataan thaharah adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud bersih dari
kotoran, sama ada kotoran yang bersifat hissiah (dapat dikesan dengan pancaindera) atau
yang bersifat maknawiyah (tidak dapat dikesan oleh pancaindera). Pengertian ini merujuk
hadis Rasullullah SAW sewaktu menziarahi seorang pesakit, Baginda bersabda: “Tidak
mengapa, bersih in shaa Allah” (Bukhari, hadis 31, Tauhid). Bersih yang dimaksudkan
daripada hadis ini adalah bersih dari dosa di mana seorang pesakit boleh dibersihkan dosanya
dengan ujian sakit yang dialaminya.
Manakala dari sudut istilah syarak pula, ungkapan thaharah didefinisikan berbeza-
beza mengikut pandangan fuqaha’. Mazhab Syafii misalnya mentakrifkan thaharah kepada
dua pengertian:
i. Pertama: Thaharah adalah melakukan sesuatu yang membolehkan seseorang
melakukan solat, bermula dengan melakukan wuduk, mandi, tayammum dan
membersihkan najis atau melakukan yang sama bentuk dengannya.
ii. Kedua: Thaharah adalah terangkat atau terhapus hadas atau najis dengan
bertayammum dan mandi.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 222
Berdasarkan takrifan di atas, perbincangan Islam mengenai thaharah merangkumi persoalan
membersihkan najis hissi, hadas kecil dan hadas besar. Namun, kajian ini hanya menyentuh
sebahagian dari hadas besar iaitu haid dan istihadah. Pengertian haid secara bahasa adalah
mengalir, ia di ambil dari kalimat Haadha al-Wadi yang bererti lembah yang mengalir, atau
haidaanu as-suyul yang bererti air yang melimpah. Ia juga diambil dari kalimat haadhat as-
samurah yang bererti mengalir seperti darah.
Fuqaha’ telah memberikan pelbagai definisi haid. Menurut Asy-Syarbini, haid adalah
darah yang keluar dari rahim wanita dalam keadaan sihat dan bukan atas sebab melahirkan
anak. Manakala pengertian istihadah dari sudut bahasa sebagaimana yang disebutkan dalam
kitab Lisaanul Arab ialah darah yang terus-menerus keluar dari rahim wanita setelah selesai
tempoh haid yang sepatutnya. Perempuan yang mengalami darah istihadah atau
mustahaadhah ialah wanita yang tidak berhenti haidnya dan darah tersebut tidak keluar dari
tempat keluar haid, namun dari urat rahim yang disebut al-azil.
Selain itu, terdapat juga pendapat ulamak silam berkenaan sejarah kewujudan darah
haid di mana mengikut satu riwayat dari Imam bukhari yang menceritakan asal kewujudan
darah haid ialah secara tabi’ie (semulajadi) kepada setiap wanita. Beliau meriwayatkan
tentang hal ini yang bermaksud “Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang telah
ditentukan oleh Allah SWT ke atas anak perempuan Adam (darah haid)”. Dalam riwayat
yang lain, Ibnu Abbas menerusi kitab Fath al-Bari menyatakan permulaan haid berlaku
kepada Hawwa’ a.s selepas beliau dikeluarkan dari syurga (Mansoor bin Ismail, t.t).
Disamping itu, dalam firman Allah SWT juga banyak menyebut tentang haid.
Antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu
tentang haid? Katakanlah, haid itu adalah suatu kekotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu
menjauhkan diri dari wanita sewaktu haid. Dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum
mereka suci. Apabila mereka suci, campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan
Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai
orang-orang yang menyucikan diri”.
Dalam hadis Rasulullah SAW juga banyak membincangkan tentang haid sebagaimana
yang dinyatakan dalam Sahih Bukhari No.0186 Jilid 1 iaitu Saidatina Aisyah menceritakan,
katanya: “Kami berangkat, tiada lain bertujuan untuk mengerjakan haji. Setelah kami sampai
di syarif, saya didatangi haid. Rasulullah SAW datang kepadaku padahal aku sedang
menangis. Lalu baginda bertanya, kenapa engkau menangis, haidkah engkau? Jawabku, ya.
Sabdanya: sesungguhnya haid itu adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah SWT
atas kaum wanita anak cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang haji
selain tawaf mengelilingi kaabah”.
Oleh yang demikian, haid dan istihadah ini telah banyak dibincangkan oleh para
ulamak terdahulu dan juga ulamak kontemporari. Permasalah-permasalahan tentang dua jenis
darah ini sering diperbincangkan kerana ia melibatkan perkara yang penting dalam kehidupan
dan berkait dengan peribadatan. Kaum wanita perlu peka terhadap perkara ini dan ilmu
berkenaannya perlu dipelajari dan difahami dengan sebaiknya agar tidak timbul perkara yang
tidak sepatutnya dan berlaku salah faham.

Latar belakang Kajian


Setiap kejadian semulajadi di muka bumi Allah swt ini merupakan rahmat dan memberi
kemaslahatan kepada manusia termasuklah pendarahan haid dalam kalangan wanita. Seorang
wanita boleh mengeluarkan tiga jenis darah yang berbeza daripada saluran yang sama iaitu
darah haid, darah istihadah dan darah nifas. Masa dan tempoh keluar darah-darah ini berbeza
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 223
mengikut keadaan kesihatan individu wanita tersebut. Sukar memahami keadaan bagaimana
wanita mengalami pendarahan setiap bulan tetapi tidak jatuh sakit atau kehilangan nyawa
kerananya.
Ketiga-tiga darah ini iaitu haid, istihadah dan nifas mempunyai fungsi dan peranan
yang besar kepada seorang wanita. Setiap darah ini bukan sahaja mempunyai nama dan
fungsi yang berbeza, malahan hukumnya juga berbeza. Keadaan kesihatan individu wanita
mempengaruhi dan menentukan masa keluar darah-darah ini. Berdasarkan kajian dan
pemerhatian sebelum ini, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan
merupakan wanita yang sihat dan subur. Jika darah keluar tidak teratur, ia akan
mendatangkan kegusaran bagi setiap wanita.
Haid dari segi istilah syarak merupakan darah semulajadi (tabi’ie) yang keluar
daripada pangkal Rahim wanita ketika tubuh badannya sihat dalam tempoh tertentu.
Manakala istihadah pula menurut syarak adalah darah penyakit bagi wanita yang keluar
daripada hujung urat yang berada di atas rahim selepas tempoh haid atau selepas tempoh
nifas atau darah keluar berterusan selepas hari kebiasaan (Wahbah al-Zuhayli, 2006). Dalam
kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada dua jenis darah wanita sahaja untuk dikaji iaitu
permasalahan darah haid dan darah istihadah. Hal ini kerana, kajian dibuat di Politeknik
Sultan Azlan Shah yang melibatkan majoriti pelajar-pelajar remaja perempuan yang belum
berkahwin. Justeru, permasalahan berkaitan darah nifas tidak menjadi tumpuan pengkaji.
Permasalahan haid dan istihadah ini adalah permasalahan yang wajib diketahui oleh
setiap wanita Islam. Hal ini kerana, masalah tersebut berkait rapat dengan peribadatan seperti
solat, puasa, tawaf (haji dan umrah), pernikahan dan juga kesihatan. Setiap wanita juga perlu
memahami hal-hal berkaitan haid dan istihadah seperti konsep, cara kiraan, warna darah, cara
bersuci dan perkara-pekara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika keluar darah haid
dan istihadah (H.Agus Romdlon Saputra, 2015).
Kebelakangan ini, isu berkaitan permasalahan ini sering dibincangkan oleh para
ulamak Islam bagi menyelesaikan dan menjelaskan masalah yang timbul dalam kalangan
masyarakat terutamanya golongan wanita. Hal ini disebabkan terdapat golongan wanita pada
hari ini masih keliru dengan perbezaan jenis darah haid dan istihadah. Permasalahan ini juga
melibatkan masyarakat awam amnya, termasuk juga melibatkan remaja perempuan di
peringkat sekolah mahupun Institusi Pengajian Tinggi. Pihak berautoriti dan pakar dalam
bidang ini perlu memberi penjelasan berkenaan permasalahan ini dari semasa ke semasa.

Penyataan Masalah
Permasalahan darah wanita sering menjadi perbahasan para ulamak sehingga kini. Kekeliruan
dalam permasalahan ini timbul berikutan ketidakfahaman masyarakat terhadap hukum-hakam
berkaitan darah wanita ini. Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya
wanita perlu dilakukan kerana ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan
ibadah. Ia juga merupakan salah satu perkara yang wajib difahami oleh kaum wanita. Hal ini
kerana, masalah ini berkait rapat dengan perlaksanaan ibadah fardu wanita secara khususnya
kerana masih ramai wanita yang keliru dan mungkin tidak tahu tentang terdapat larangan
tertentu ketika wanita sedang haid atau nifas dalam melaksanakan ibadah-ibadah tertentu.
Terdapat ramai wanita masih lagi keliru dengan darah yang keluar yang mana
akhirnya mereka tidak melaksanakan ibadah dalam keadaan mereka dibenarkan begitu juga
sebaliknya. Permasalahan fiqh thaharah berkaitan darah-darah wanita sering dibahaskan oleh
ramai ulamak Islam kontemporari lantaran kurang kefahaman terutamanya dari sudut
persoalan hukum-hakam yang berkaitan dan implikasinya dalam kehidupan harian wanita.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 224
Pada hari ini, topik atau silibus ini dimasukkan di segenap lapisan tahap pendidikan iaitu
peringkat rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) namun tajuk ini hanya
menjadi tajuk sisipan dalam kurikulum pendidikan Islam di peringkat rendah atau menengah dan
tidak dibincangkan dengan lebih jelas dan terperinci (Fatimah et. al, 2020).
Di Politeknik Sultan Azlan Shah yang mana merupakan salah sebuah Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, topik atau silibus berkenaan darah wanita tidak
dimasukkan sebagai topik atau bab utama tetapi hanya menyentuh topik tersebut secara
umum iaitu dalam bab satu kursus MPU23052 Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam
Islam dan MPU23012 Pengajian Islam iaitu Islam Sebagai Al-Din dalam sub topik
melaksanakan ibadah solat dengan sempurna. Dalam sub topik ini, penjelasan tentang darah
wanita tidak dijelaskan secara terperinci tetapi hanya menerangkan berkenaan syarat wajib
solat iaitu Islam, baligh, berakal dan suci. Suci pula hanya diterangkan suci dari hadas besar.
Lantaran itu, pelajar tidak didedahkan dengan terperinci dan jelas berkenaan jenis-jenis darah
wanita.
Oleh itu, sebagai inisiatif bagi memahamkan masalah berkaitan wanita kepada pelajar
perempuan PSAS, Kuliah Fiqh Wanita diadakan pada hari selasa (waktu malam) setiap
minggu. Kuliah Fiqh wanita ini diadakan di Pusat Islam PSAS dan membincangkan hal-hal
atau isu berkaitan wanita yang disampaikan oleh tenaga pengajar wanita. Namun, masalah
bagi pelajar yang tinggal diluar kolej kediaman untuk hadir ke Pusat Islam PSAS kerana
faktor keselamatan seperti jalan sunyi dan gelap. Selain itu, terdapat juga pelajar luar kolej
kediaman yang tidak mempunyai kenderaan sendiri bagi menghadiri kuliah Fiqh Wanita ini
kerana pengangkutan awam tidak beroperasi pada waktu malam. Pada siang hari pula, pelajar
terlibat dengan jadual pembelajaran kelas masing-masing. Lantaran itu, penyebaran
maklumat berkenaan darah wanita tidak dapat disampaikan secara menyeluruh.
Justeru, kekangan-kekangan yang dinyatakan dalam menyampaikan ilmu berkaitan
darah haid dan istihadah kepada para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) ini
menyebabkan terlahirnya idea menjalankan kajian ini. Semoga kajian yang dijalankan ini
dapat memberi input yang baik seterusnya dapat melahirkan idea untuk membantu
menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang timbul berkaitan haid dan istihadah.

Objektif Kajian
i. Mengenal pasti kefahaman pelajar perempuan PSAS berkenaan darah haid dan
istihadah yang meliputi konsep, cara pengiraan, cara bersuci dan permasalahan.
ii. Mengenal pasti hubungan antara pembolehubah demografi dan tahap kefahaman
pelajar perempuan PSAS terhadap permasalahan darah haid dan istihadah.

Kepentingan Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan sama ada kepada pengkaji atau pihak-
pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam
memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian yang
dijalankan ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh
pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan tahap kefahaman terhadap permasalahan darah
haid dan istihadah.
Melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui kaitan latar belakang pendidikan
responden terhadap tahap kefahaman berkenaan permasalahan haid dan istihadah. Kajian ini
juga untuk mengetahui tahap pengetahuan responden berkenaan jenis-jenis darah iaitu haid
dan istihadah serta ciri-cirinya.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 225
Kajian ini diharapkan akan mendedahkan kepada masyarakat tentang konsep dan
permasalahan berkaitan haid dan istihadah. Ia juga mengetengahkan aspek perbincangan
tentang kefahaman pelajar-pelajar masa kini tentang isu haid dan istihadah. Disamping itu,
ianya akan memberikan sumbangan penyelidikan kepada pihak-pihak berkenaan untuk terus
menjalankan kajian dalam bidang ini di masa akan datang.

Skop Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kajian kepada perkara yang berkaitan haid dan
istihadah dan sejauh mana kefahaman responden terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya
seperti definisi dan konsep darah haid dan istihadah, jenis-jenisnya serta warna darah. Jika
dilihat kepada topik ini secara keseluruhannya, ia merupakan topik yang perlu diberi
perhatian oleh semua wanita yang sudah mencapai umur baligh serta perlu menguasai ilmu
berkaitan dengannya.
Skop kajian seterusnya adalah berkaitan masa permulaan haid, cara kiraan tempoh
darah haid dan bila ianya akan bertukar status kepada istihadah di mana cara kiraan darah ini
selalu menjadi permasalahan di kalangan wanita. Seterusnya skop kajian yang menjadi
sasaran pengkaji adalah menilai kefahaman responden berkaitan cara membersihkan diri dari
kedua jenis darah, tanda-tanda bersih dari keduanya serta memahami pembahagian najis yang
ada di dalam agama Islam.
Di akhir kajian ini, pengkaji akan menilai kefahaman berkenaan perkara yang
dibenarkan dan tidak dibenarkan kepada perempuan haid dan istihadah. Pada bahagian akhir
ini pengkaji dapat menilai sejauh mana penguasaan ilmu tentang haid dan istihadah dalam
kalangan pelajar perempuan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Bagi melihat keberkesanan dan mencapai fokus kepada kajian ini, pengkaji akan
membataskan kajian ini kepada pelajar perempuan dari dua jabatan induk sahaja yang
terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) iaitu Jabatan kejuruteraan Awam (JKA) dan
Jabatan Perdagangan (JP). Responden bagi kajian ini ialah seramai 250 orang melibatkan
pelajar perempuan dari semester satu hingga lima.
Pengkaji telah memilih seramai 250 orang sebagai sampel kajian berdasarkan
penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan dan telah menyenaraikan saiz sampel yang
berpadanan dengan saiz populasi kajian seperti jadual 1 (Krejcie & Morgan, 1970).
Pemilihan yang terhad kepada dua jabatan ini juga disebabkan kedua-dua jabatan ini
mempunyai bilangan pelajar perempuan yang lebih ramai berbanding jabatan-jabatan lain.
Disamping itu, pemilihan tersebut adalah untuk membanding beza tahap kefahaman pelajar-
pelajar jabatan kejuruteraan dan jabatan sains sosial terhadap perkara ini.

Jadual 1
Saiz Populasi Kajian berdasarkan Krejcie & Morgan
Table 3.1

Table for Determining Sample Size of a Known Population


N S N S N S N S N S

10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338

15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 226
20 19 120 92 300 169 900 269 3500 346

25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351

30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 354

35 32 150 108 360 186 110 285 5000 357

40 36 160 113 380 191 1200 291 6000 361

45 40 170 118 400 196 1300 297 7000 364

50 44 180 123 420 201 1400 302 8000 367

55 48 190 127 440 205 1500 306 9000 368

60 52 200 132 460 210 1600 310 10000 370

65 56 210 136 480 214 1700 313 15000 375

70 59 220 140 500 217 1800 317 20000 377

75 63 230 144 550 226 1900 320 30000 379

80 66 240 148 600 234 2000 322 40000 380

85 70 250 152 650 242 2200 327 50000 381

90 73 260 155 700 248 2400 331 75000 382

95 76 270 159 750 254 2600 335 1000000 384

Note: N is Population Size; S is Sample Size Source: Krejcie & Morgan, 1970

Tinjauan Literatur

Thaharah
Allah SWT sejak awal menekankan pentingnya thaharah atau pembersihan diri sebagaimana
ditegaskan dalam ayat al-Quran al-Muddatsir 74: 4-5) yang bermaksud: “bersihkanlah
pakaianmu dan tinggalkanlah perbuatan dosa”. Daripada ayat ini, terdapat ulamak
mendefinisikan ayat “bersihkanlah pakaianmu” sebagai membersihkan pakaian daripada
kekotoran dengan mencucinya menggunakan air (Ibnu Katsir, 2019).
Thaharah dari segi bahasa bererti bersih dan suci daripada kekotoran atau najis hissi
seperti kencing atau lainnya dan najis ma’nawi seperti perkara yang aib dan maksiat. Dari
segi syarak pula, thaharah ialah bersih daripada najis sama ada najis haqiqi iaitu khabath
(kekotoran) atau najis hukmi iaitu hadas (al-Zuhaili, 2005). al-Zuhaili juga membahagikan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 227
thaharah kepada dua jenis, iaitu thaharah hadath (menyucikan hadas) dan thaharah khabath
(menyucikan kekotoran).
Al-Jurjani pula mendefinisikan thaharah sebagai mencuci anggota tubuh tertentu
dengan cara tertentu (al-Jurjani, 2002). Manakala menurut mazhab Syafii thaharah ialah
melakukan sesuatu yang membolehkan seseorang melaksanakan solat samada dengan
berwuduk, mandi, tayamum serta membersihkan najis atau melakukan sesuatu yang sama erti
sama bentuk dengannya (Anisah, 2014). Dari definisi ini dapat disimpulkan bahawa thaharah
ialah bersih atau suci daripada najis dan menyucikan najis tersebut dengan kaedah atau cara
tertentu meliputi menyapu, berwuduk, mandi dan tayamum.
Thaharah adalah wajib dilaksanakan dan dipenuhi oleh mukallaf samada lelaki atau
perempuan kerana ia menjadi kayu pengukur kesahan suatu ibadah yang dilakukan individu
seterusnya sesuatu ibadah juga diterima tertakluk kepada thaharah (al-Juzairi, 2015). Justeru,
ilmu berkaitan thaharah penting dan wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Ilmu thaharah
ini juga terlalu luas dan pelbagai merangkumi thaharah hadath dan thaharah khabath.
Namun, kertas kerja ini memfokuskan kepada thaharah hadath khususnya kepada
permasalahan darah haid dan istihadah.

Haid
Haid adalah fitrah semulajadi bagi setiap kaum wanita. Haid merupakan satu kejadian Allah
swt yang mempunyai manfaat tersendiri kepada wanita. Haid juga merupakan salah satu
tanda seorang wanita itu telah akil baligh. Setiap wanita yang telah akil baligh adalah
dipertanggungjawabkan hukum ke atas mereka (al-Zuhaili, 2005). Menurut jumhur ulamak
(mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakkan ulamak mazhab Maliki), umur minima
datangnya haid adalah ketika usia sembilan tahun. Pendapat ini menyatakan bahawa darah
yang keluar sebelum umur sembilan tahun merupakan darah penyakit (Ahmad Adan Fadzil,
2009)
Haid dari segi bahasa bermaksud saylan (banjir). Justeru, apabila sesuatu tempat
lembah menjadi banjir orang Arab menyebutnya sebagai had al-wadi. Manakala dari segi
syarak pula, haid ialah darah yang keluar dari hujung rahim perempuan dalam keadaan sihat
dan bukan semasa melahirkan anak atau semasa sakit dan ia keluar dalam tempoh tertentu
(al-Zuhaili, 2005). Haid juga bermaksud darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim
perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu (Zulkifli, 2011).
Ilmu berkaitan darah wanita merupakan satu ilmu yang perlu dikuasai oleh setiap
individu Islam. Ulamak silam telah memperakui bahawa penguasaan ilmu berkaitan darah
wanita adalah sangat penting. Hal ini disebabkan berlaku pelbagai pengamalan dan keadaan
berbeza-beza menyebabkan salah faham berlaku dalam kalangan msyarakat berkaitan
permasalah ini. Institusi pendidikan di negara ini perlu memainkan peranan dalam
memberikan pendidikan dan pengetahuan kepada anak-anak dan remaja berkaitan ilmu
tentang haid dan istihadah (Fatimah et al, 2020).
Dalam dunia tanpa sempadan ini, ilmu berkaitan dengan darah haid ini juga boleh
dibangunkan dalam aplikasi yang mengandungi konsep, pengertian, dalil-dalil, cara kiraan
haid, warna-warna darah dan perkara dibenarkan atau tidak ketika seorang wanita didatangi
haid. Kaedah seperti ini sebenarnya lebih menarik minat para pengguna untuk mempelajari
ilmu berkenaan darah haid dengan lebih menarik, mudah dan interaktif (R.R Utami dan D.
Tresnawati, 2015). Misalnya di Indonesia, telah terdapat aplikasi sedemikian dibangunkan
untuk para pengguna di sana lebih tertarik mempelajari ilmu fiqh darah wanita.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 228
Haid juga merupakan satu proses yang unik dan terancang dengan melibatkan tiga
fasa utama iaitu fasa haid, fasa folikel dan fasa luteal. Salah satu kajian berkenaan haid dari
perspektif sains mendapati perubahan hormon, warna darah dan faktor fiziokimia lain
memberi kesan terhadap kenormalan kitaran haid. Darah haid juga dikenal pasti mempunyai
agen antimikrob terutamanya terhadap bakteria E. coli dan bakteria Gram-negatif lain.
Keadaan ini bertepatan dengan maqasid syariah memelihara jiwa kerana haid mampu
memelihara kesihatan wanita (Nur Asmadayana Hasim, 2016).
Oleh itu, ilmu pengetahuan berkenaan darah haid ini sangat penting untuk dipelajari
dan difahami seperti kaedah kiraan haid, perbezaan warna-warna darah dan perkara yang
dibenarkan serta tidak dibenarkan ketika berada dalam keadaan haid. Perkara ini tidak boleh
dianggap remeh kerana haid itu sendiri memberi implikasi terhadap hukum-hakam. Seorang
wanita perlu peka tentang haid ini agar kesihatan dan kemaslahatan diri terjaga dan tidak
menimbulkan perkara tidak diingini.

Istihadah
Darah istihadah ialah darah yang disebabkan penyakit atau kerosakan yang berlaku pada
saluran darah di kawasan hujung rahim (atas). Darah tersebut keluar bukan di dalam tempoh
haid dan nifas. Terdapat beberapa jenis istihadah jika dilihat dari sudut tempoh masanya,
iaitu:
i. Kurang daripada tempoh minima haid iaitu kurang daripada sehari semalam
ii. Melebihi tempoh maksima haid iaitu lebih daripada 15 hari
iii. Sebelum didatangi haid dan selepas putus haid (menopous)
iv. Melebihi tempoh maksima darah nifas (melebihi 60 hari)
v. Melebihi kebiasaan tempoh bagi haid dan nifas serta melangkaui tempoh yang
paling lama kedua-duanya
Istihadah juga adalah darah yang keluar dari kebiasaan waktu darah haid dan nifas. Manakala
dari sudut perubatan, istihadah merupakan salah satu permasalahan haid bagi wanita yang
dinamakan menorrhagia. Menorrhagia merupakan satu keadaan berlaku apabila darah haid
terlalu banyak dari kebiasaan (Saharah Ahmad Mahadi, 2018).
Istihadah merupakan lumrah dan kebiasaan bagi sesetengah wanita sejak zaman
dahulu lagi. Aisyah r.a menceritakan: “Fatimah binti Hubaisy menemui Nabi s.a.w: Wahai
Rasulullah, sesungguhnya saya ini wanita yang didatangi istihadah dan saya masih belum
suci. Adakah saya perlu meninggalkan solat? Baginda menjawab: Tidak, sesungguhnya itu
adalah pendarahan dan ia bukan haid. Apabila darah haid datang, tinggalkanlah solat dan
apabila ia berlalu (tamat tempohnya, maka basuhlah darah (mandi wajib) itu daripada kamu
dan dirikanlah solat” (Riwayat Muslim).
Kesimpulan dari hadis tersebut, wanita istihadah dibolehkan melaksanakan ibadat
wajib dan sunat. Namun, pengurusan ibadah perempuan yang didatangi isihadah adalah
sedikit berbeza daripada perempuan yang suci dari darah terutama pada cara
membersihkannya sebelum melakukan ibadat tertentu seperti solat, tawaf dan sebagainya
(Muhammad Yusuf Kadir, artikel Majalah Al-Ustaz Isu 09).

Metodologi Penyelidikan
Metode ialah satu kaedah ilmu yang digunakan untuk mencari jawapan terhadap kajian yang
dilakukan. Cohen dan Manion (1996), mentakrifkan metodologi sebagai pendekatan yang
diguna dalam penyelidikan pendidikan bagi mengumpul data. Takrifan lain juga menyatakan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 229
bahawa metode ialah cara melakukan sesuatu, manakala metodologi ialah sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam suatu disiplin ilmu.
Perkataan metodologi berasal daripada kalimah Yunani iaitu metodos dan logos.
Metodos bermaksud cara, logos pula bermakna ilmu. Jadi, metodologi secara keseluruhannya
membawa maksud ‘the proccess, techniques or approaches employed in the situation of a
problem or in doing something’. Oleh demikian maksudnya secara umum ialah proses, teknik
dan cara yang dilaksanakan dalam sesebuah keadaan terhadap masalah atau kajian yang ingin
diteliti.
Secara umum pengkaji melaksanakan kajian menggunakan kaedah kuantitatif
dengan reka bentuk kajian kes. Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif.
Pendekatan kuantitatif adalah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena
objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data. Kaedah ini merupakan suatu
bentuk penyelidikan yang melibatkan pengukuhan pemboleh ubah kajian dengan
menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap suatu
kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan (Fraenkel, JR & Wallen NE,
2007).
Populasi kajian adalah terhadap pelajar perempuan Politeknik Sultan Azlan Shah
(PSAS) dan persampelan diambil seramai 250 orang pelajar daripada dua jabatan iaitu
Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan Awam, PSAS. Data skunder dikumpul hasil
daripada instrumen kajian iaitu borang soal selidik yang diedarkan kepada para responden.
Berikut merupakan komponen dalam instrumen soal selidik yg telah dibina:

Jadual 2
Instrumen Soal-Selidik Kajian
BIL KEFAHAMAN PELAJAR

Definisi & Konsep:

1. Darah haid ialah darah yang keluar dari rahim wanita yang sihat dan sudah

baligh.

2. Istihadah merupakan darah yang keluar dari rahim wanita pada masa bukan

haid dengan sebab penyakit.

3. Warna-warna darah haid ialah hitam, merah, kuning dan warna keruh.

4. Darah istihadah ialah hasil daripada sakit atau kecelaruan pada alat dalaman

wanita.

5. Darah haid keluar dengan perlahan-lahan dan tidak mengalir seperti cairan

yang biasa mengalir.


TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 230
Cara Kiraan:

6 Keluar haid pertama bagi wanita ialah sekurang-kurangnya pada umur dua

belas tahun.

7. Tempoh minimum haid yang paling singkat menurut mazhab Syafii adalah

satu hari satu malam.

8. Kebiasaannya darah haid akan keluar dalam tempoh 1 hingga 7 hari.

9. Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah.

Cara Bersuci:

10. Tanda suci daripada haid ialah kering tempat keluar darah dan putih bersih

apabila dimasukkan kapas atau hujung jari ke dalam faraj.

11. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu berwuduk setiap kali ingin

melaksanakan ibadah solat fardu.

12. Mandi wajib merupakan cara bersuci bagi wanita selepas haid.

13. Wanita yang keluar darah istihadah juga perlu mandi wajib untuk bersuci.

14. Darah haid dan istihadah merupakan najis mutawassitah.

Perkara Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan:

15. Seorang wanita tidak boleh melaksanakan solat fardu dalam tempoh haid.

16. Amalan berzikir dan berdoa tidak dibenarkan ketika haid.

17. Wanita yang keluar darah istihadah tidak wajib menunaikan ibadah puasa.

18. Wanita haid tidak boleh membaca tafsir al-Quran.

19. Wanita haid boleh mengulang hafalan surah-surah dalam al-Quran yang

telah dihafal.

20. Haram bagi wanita istihadah memotong kuku dan menggunting rambut.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 231

Hasil Kajian Dan Perbincangan


Hasil dapatan kajian diperolehi menerusi instrumen soal selidik ke atas 250 orang responden
terdiri daripada pelaja-pelajar perempuan Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kejuruteraan
Awam, Politeknik Sultan Azlan Shah. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) versi 20.0 dan dihuraikan secara
deskriptif bagi melihat frekuensi, peratus dan tabulasi silang bagi setiap bahagian dalam
instrumen untuk mencapai keputusan terhadap kajian yang digariskan. Dapatan kajian ini
dibentangkan dengan mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual bagi
memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan.
Pengkaji menghuraikan analisis terhadap data serta maklumat yang diperolehi melalui
kajian ini mengikut susunan objektif kajian sepertimana yang ditetapkan dalam bab
terdahulu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik
meliputi dua bahagian iaitu:
i. Bahagian A: Data Demografi Responden
ii. Bahagian B: Kefahaman Fiqh Thaharah

Data Demografi Responden


Dalam kajian ini, terdapat enam item demografi yang dipilih oleh pengkaji iaitu umur,
jabatan, semester, jenis sekolah atau institusi terdahulu, pencapaian Pendidikan Islam ketika
Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dan bersekolah di Sekolah Rendah Agama (SRA). Dapatan data
demografi responden adalah seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 3
Jadual Frekuensi Demografi Responden
BIL. DEMOGRAFI KATEGORI FREKUENSI (%)
18-20 tahun 223 (89.2)
21-23 tahun 26 (10.4)
1 Umur
24-26 tahun 1 (0.4)
27 tahun ke atas 0 (0)
Perdagangan 128 (51.2)
2 Jabatan
Kejuruteraan Awam 122 (48.8)
Satu 35 (14.0)
Dua 136 (54.4)
3 Semester Tiga 32 (12.8)
Empat 21 (8.4)
Lima 26 (10.4)
SMK 219 (87.6)
SMA / SMK(A) /
Jenis sekolah/institusi 15 (6.0)
4 SABK
terdahulu
SBP /MSRM 4 (1.6)
Lain-Lain 12 (4.8)
Pencapaian Pendidikan A+ 5 (2.0)
5
Islam A 71 (28.4)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 232
ketika SPM A- 28 (11.2)
B+ 87 (34.8)
B 42 (16.8)
C+ 6 (2.4)
C 9 (3.6)
D 2 (0.8)
Sekolah Rendah Agama Ya 173 (69.2)
6
(SRA) Tidak 77 (30.8)

Sampel yang digunakan pada bahagian data demografi responden adalah seramai 250 orang
pelajar perempuan Politeknik Sultan Azlan Shah. Pada bahagian ini pengkaji mengutip
maklumat berkenaan latar belakang responden iaitu umur, jabatan, semester, jenis sekolah
menengah, pencapaian Pendidikan Islam ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
bersekolah Sekolah Rendah Agama (SRA).
Berdasarkan jadual 3 di atas, didapati umur responden paling ramai adalah dalam
lingkungan 18-20 tahun (89.2 %), diikuti 21-23 tahun dan yang paling sedikit adalah 24-26
tahun iaitu seramai seorang sahaja (0.4%). Manakala responden lingkungan umur 27 tahun
dan ke atas menunjukkan tiada sebarang data ditemui. Bagi maklumat jabatan responden
pula, pengkaji memilih dua jabatan akademik sahaja iaitu Jabatan Perdagangan dan Jabatan
Kejuruteraan Awam. Hal ini kerana, kedua-dua jabatan ini mempunyai pelajar perempuan
yang ramai berbanding jabatan lain. Disamping itu, pengkaji juga ingin membanding beza
jawapan responden di antara Jabatan Sains Sosial dengan Jabatan Kejuruteraan. Responden
dari Jabatan Perdagangan mencatatkan seramai 128 orang (51.2 %), manakala selebihnya
berjumlah 122 orang (48.8%) adalah dari Kejuruteraan Awam.
Maklumat semester pula, pelajar semester satu seramai 35 orang (14.0%), semester
dua 136 orang (54.4), semester tiga 32 (12.8%), semester empat 21 orang (8.4%) dan
semester lima pula seramai 26 orang (10.4%). Manakala maklumat jenis sekolah atau
institusi terdahulu pula, pelajar yang pernah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) menyumbang kepada data yang paling tinggi iaitu seramai 219 orang
(87.6%), diikuti SMA/SMK (A) seramai 15 orang (6.0%), lain-lain sekolah seramai 12 orang
(4.8%) dan SBP/MRSM pula seramai 4 orang (1.6%).
Seterusnya untuk pencapaian Pendidikan Islam ketika SPM, majoriti responden
mendapat skor B+ iaitu seramai 87 orang (34.8%). Manakala pencapaian terendah adalah
skor D iaitu seramai 2 orang (0.8%) sahaja. Bagi maklumat pelajar yang mendapat
pendidikan di Sekolah Rendah Agama (SRA) adalah seramai 173 orang (69.2%) dan
selebihnya 77 orang (30.8%) tidak pernah mendapat pendidikan peringkat rendah dari SRA.

Data Kefahaman Haid dan Istihadah


Bagi menguji kefahaman para pelajar terhadap haid dan istihadah, pengkaji menggunakan
instrumen soal selidik bagi melihat skor min setiap kategori soalan. Dalam soal selidik
tersebut terdapat empat kategori soalan iaitu definisi dan konsep, cara kiraan, cara bersuci
serta perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah. Dapatan skor
min tersebut ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 233
Jadual 4
Jadual Min Markah Setiap Kategori Soalan
BIL. PERKARA MINIMUM MAKSIMUM MIN
1 Definisi dan konsep 1.0 5.0 4.28
2 Cara kiraan 1.0 4.0 2.79
3 Cara bersuci 1.0 5.0 3.72
Perkara yang dibenarkan dan
4 tidak dibenarkan 1.0 6.0 4.48

Jadual 4 di atas menunjukkan min markah setiap kategori soalan di dalam intrumen soal
selidik. Berdasarkan jadual tersebut, didapati kategori definisi dan konsep sahaja yang
mencapai skor pada tahap yang baik dengan bacaan min 4.28. Manakala kategori cara kiraan,
cara bersuci serta perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah
menunjukkan min pada tahap sederhana dengan bacaan min masing-masing ialah 2.79, 3.72
dan 4.48.
Berdasarkan data-data tersebut, dapat disimpulkan bahawa para pelajar perempuan
Politeknik Sultan Azlan Shah mempunyai kefahaman yang baik dari sudut definisi dan
konsep haid serta istihadah. Mereka tahu dan faham akan konsep asas haid dan istihadah
seperti definisi, warna darah dan keadaan keluar darah. Namun dari segi kiraan, cara bersuci
serta perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah perlu diberi
penekanan untuk meningkatkan kefahaman mereka.

Data Analisis Tabulasi Silang (Crosstab)


Tabulasi Silang (Crosstab) adalah kaedah analisis yang menggunakan data nominal, ordinal,
interval serta kombinasi diantara dua data tersebut. Analisis tabulasi silang adalah teknik
untuk melihat atau membandingkan hubungan antara pembolehubah (minimum dua
pembolehubah) (Imam, 1998). Hubungan pembolehubah yang signifikan haruslah
mempunyai bacaan kurang daripada 0.25. Berikut merupakan dapatan data tabulasi silang.

Jadual 5
Jadual Tabulasi Silang Definisi dan Konsep
SPEARMAN CORRELATION
Pencapaian
Sekolah
BIL. SOALAN Jenis Pendidikan
Rendah
Umur Jabatan Semester Sekolah Islam
Agama
Menengah ketika
(SRA)
SPM
Definisi & Konsep
Darah haid ialah darah yang
1 keluar dari rahim wanita yang 0.623 0.167 0.02 0.076 0.085 0.557
sihat dan sudah baligh.
Istihadah merupakan darah
yang keluar dari rahim wanita
2 0.963 0.546 0.67 0.847 0.876 0.555
pada masa bukan haid dengan
sebab penyakit.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 234
Warna-warna darah haid ialah
3 hitam, merah, kuning dan 0.067 0 0.008 0.023 0.214 0.705
warna keruh.
Darah istihadah ialah hasil
4 daripada sakit atau kecelaruan 0.776 0.885 0.323 0.518 0.255 0.012
pada alat dalaman wanita.
Darah haid keluar dengan
perlahan-lahan dan tidak
5 0.833 0.126 0.157 0.542 0.338 0.438
mengalir seperti cairan yang
biasa mengalir.

Hasil analisis tabulasi silang bagi kategori definisi dan konsep seperti yang
dipaparkan pada jadual 5 di atas menunjukkan bahawa responden boleh memberi jawapan
yang betul bagi soalan 1, 3 dan 5 dan ianya mempunyai hubungan yang signifikan dengan
kategori jabatan, semester, jenis sekolah atau institusi terdahulu dan pencapaian Pendidikan
Islam responden di sekolah menengah. Hal ini kerana ketika di peringkat sekolah rendah
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam tahun tiga (bidang ibadah) ada menerangkan tentang
cara bersuci daripada hadas iaitu mandi dan perkara haid, definisi darah haid termasuk
warnanya dan cara keluar darah itu sendiri (Fatimah et. al, 2020).
Disamping itu pula, hasil pengalaman responden sendiri yang telah mengalami haid
menjadikan mereka lebih memahami keadaan tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh
Mazuki (2011) iaitu pembelajaran berasaskan pengalaman dapat mengukuhkan lagi proses
pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor melalui pengalaman terus pelajar itu sendiri.
Oleh itu, mereka tahu membezakan dan mengenalpasti dengan baik darah haid dan istihadah
kerana hasil tunjuk ajar guru, bimbingan ibu bapa di rumah dan pengalaman mereka sendiri.

Jadual 6
Jadual Tabulasi Silang Cara Kiraan
SPEARMAN CORRELATION
Pencapaian
Sekolah
BIL. SOALAN Jenis Pendidikan
Rendah
Umur Jabatan Semester Sekolah Islam
Agama
Menengah ketika
(SRA)
SPM
Cara kiraan
Keluar haid pertama bagi
wanita ialah sekurang-
6 0.653 0.614 0.341 0.704 0.81 0.567
kurangnya pada umur dua
belas tahun.
Tempoh minimum haid yang
paling singkat menurut
7 0.3 0.046 0.403 0.185 0.732 0.331
mazhab Syafii adalah satu hari
satu malam.
Kebiasaannya darah haid akan
keluar dalam tempoh 1 hingga
8 0.24 0.821 0.968 0.691 0.601 0.112
7 hari.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 235
Darah yang keluar melebihi
9 0.979 0.077 0.918 0.05 0.182 0.101
15 hari dikira darah istihadah.

Berdasarkan analisis tabulasi silang dalam jadual 6 di atas bagi kategori cara kiraan
haid dan istihadah menunjukkan bahawa responden dapat memberikan jawapan yang betul
bagi soalan 7 dan 9. Soalan tersebut mempunyai perkaitan dari sudut tempoh minimum dan
maksimum haid. Item demografi jabatan, jenis sekolah atau institusi terdahulu serta pernah
bersekolah di SRA juga mempunyai perkaitan terhadap kebolehan responden dalam
menjawab soalan ini. Hal ini disebabkan pelajar yang pernah bersekolah di SRA lebih
memahami ilmu berkaitan haid dan istihadah hasil pendedahan awal dari kecil lagi.
Natijahnya ketika di sekolah menengah, mereka dapat memahami ilmu ini dengan lebih
mudah kerana sudah didedahkan dari sejak awal lagi. Seterusnya, ia dapat juga
mempengaruhi pencapaian subjek Pendidikan Islam responden itu sendiri ketika dalam
peperiksaan SPM.

Jadual 7
Jadual Tabulasi Silang Cara Bersuci
SPEARMAN CORRELATION
Pencapaian
Sekolah
BIL. SOALAN Jenis Pendidikan
Rendah
Umur Jabatan Semester Sekolah Islam
Agama
Menengah ketika
(SRA)
SPM
Cara bersuci
Tanda suci daripada haid ialah
kering tempat keluar darah
10 dan putih bersih apabila 0.879 0.433 0.407 0.282 0.465 0.006
dimasukkan kapas atau hujung
jari ke dalam faraj.
Wanita yang mengalami
istihadah tidak perlu
11 berwuduk setiap kali ingin 0.643 0.273 0.228 0.279 0.735 0.097
melaksanakan ibadah solat
fardu.
Mandi wajib merupakan cara
12 bersuci bagi wanita selepas 0.546 0.075 0.874 0.515 0.743 0.924
haid.
Wanita yang keluar darah
13 istihadah juga perlu mandi 0.562 0.152 0.095 0.09 0.256 0.512
wajib untuk bersuci.
Darah haid dan istihadah
14 0.367 0.001 0.943 0.003 0.253 0.801
merupakannajis mutawassitah.

Pada jadual 7 di atas, tabulasi silang bagi kategori cara bersuci pula terdapat perkaitan
di antara item demografi pernah mendapat Pendidikan di SRA dengan kebolehan menjawab
soalan 10 dan 11. Soalan tersebut adalah berkenaan cara mengetahui sudah suci daripada haid
dan cara bersuci bagi istihadah. Hal ini kerana ketika mereka berada dalam tingkatan satu,
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 236
tenaga pengajar telah menerangkan cara mandi wajib dan perkara yang berkaitan dengannya
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam (Fatimah et. al, 2020). Kebolehan menjawab soalan
12 pula dipengaruhi oleh jabatan responden dan didapati untuk soalan ini majoriti responden
menjawab dengan betul.
Seterusnya bagi soalan 13 pula, perkaitan antara item demografi jabatan, semester dan
jenis sekolah menengah mempengaruhi kemampuan responden menjawab soalan ini. Hal ini
disebabkan oleh pengamalan pelajar itu sendiri yang sudah tahu cara bersuci bagi haid ialah
mandi wajib tetapi bagi istihadah pula sebaliknya. Manakala bagi soalan 14, responden boleh
menjawab dengan betul kerana ketika di sekolah rendah, mereka telah mengambil mata
pelajaran Pendidikan Islam yang membincangkan tentang jenis-jenis najis dan cara
menyucikannya serta darah-darah yang termasuk dalam kategori najis muatawassitah
(pertengahan) (Fatimah et. Al, 2020).

Jadual 8
Jadual Tabulasi Silang Perkara yang Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan
SPEARMAN CORRELATION
Pencapaian
Sekolah
BIL. SOALAN Jenis Pendidikan
Rendah
Umur Jabatan Semester Sekolah Islam
Agama
Menengah ketika
(SRA)
SPM
Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan
Seorang wanita tidak boleh
15 melaksanakan solat fardu 0.546 0.075 0.562 0.515 0.223 0.247
dalam tempoh haid.
Amalan berzikir dan berdoa 0.97 0.011 0.81 0.598
16 0.603 0.81
tidak dibenarkan ketika haid.
Wanita yang keluar darah 0.302 0.194 0.152 0.685
17 istihadah tidak wajib 0.515 0.386
menunaikan ibadah puasa.
Wanita haid tidak boleh 0.737 0.941 0.698 0.436
18 0.635 0.899
membaca tafsir al-Quran.
Wanita haid boleh mengulang 0.503 0.708 0.024 0.829
19 hafalan surah-surah dalam al- 0.182 0.492
Quran yang telah dihafal.
Haram bagi wanita istihadah
20 memotong kuku dan 0.857 0.045 0.631 0.093 0.199 0.93
menggunting rambut.

Menerusi analisis tabulasi silang dalam Jadual 8 di atas bagi kategori perkara yang
dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah, didapati responden boleh
menjawab soalan 15, 16, 17, 19 dan 20 untuk responden yang berada dalam demografi
jabatan, semester, pencapaian Pendidikan Islam ketika SPM dan pernah bersekolah di SRA.
Jabatan responden mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kemampuan menjawab
soalan 15, 16, 17 dan 20. Soalan tersebut adalah berkaitan amalan atau perkara yang tidak
boleh dilakukan ketika haid seperti solat fardu dan amalan yang dibenarkan seperti berzikir.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 237
Sebaliknya bagi istihadah pula semua amal ibadah boleh dilaksanakan kecuali solat yang
memerlukan kaedah bersuci terlebih dahulu.
Bagi soalan 19 pula, didapati responden boleh menjawab dengan betul dan signifikan
dengan demografi semester dan pencapaian Pendidikan Islam ketika di sekolah menengah.
Manakala soalan 20, terdapat perkaitan yang signifikan pada demografi jabatan, pencapaian
Pendidikan Islam dalam SPM dan responden yang pernah bersekolah di SRA membolehkan
pelajar menjawab soalan dengan betul berkaitan hukum bagi wanita istihadah iaitu
dibenarkan memotong kuku dan menggunting rambut. Hal ini kerana responden tahu
membezakan jenis darah dan perkara yang dibenarkan ketika istihadah hasil pembelajaran di
peringkat sekolah menengah dan rendah serta pengalaman mereka sendiri.

Cadangan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa para pelajar perempuan Politeknik Sultan Azlan
Shah (PSAS) masih perlu didedahkan dari semasa ke semasa berkaitan permasalahan haid
dan istihadah seperti cara kiraan, cara bersuci serta perkara yang dibenarkan dan tidak
dibenarkan ketika sedang haid dan istihadah. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang ingin
dicadangkan oleh pengkaji rentetan daripada dapatan hasil kajian ini. Cadangan-cadangan ini
diharapkan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar terhadap
permasalahan haid dan istihadah. Berikut merupakan cadangan-cadangan tersebut.

Mengadakan Kuliah Fiqh Wanita Mingguan Atas Talian


Kuliah Fiqh Wanita mingguan sememangnya telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Azlan
Shah setiap hari selasa yang dianjurkan oleh Pusat Islam, PSAS. Namun, pelajar-pelajar yang
hadir ke kuliah ini hanya daripada kalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman PSAS
sahaja. Walhal, pelajar-pelajar yang tinggal di kolej kediaman majoritinya pelajar semester
satu sahaja dan segelintir pelajar semester lain.
Oleh yang demikian, para pelajar semester lain seperti semester dua, tiga, empat dan
lima yang tinggal di rumah sewa dan agak jauh dari kampus mempunyai kekangan untuk
hadir ke kuliah ini seperti masalah pengangkutan, kawasan jalan yang gelap dan bahaya
kepada pelajar perempuan. Hal ini kerana Kuliah Fiqh Wanita lazimnya di adakan pada
waktu malam kerana di waktu siang para pelajar mempunyai jadual kelas yang padat. Oleh
itu, kuliah ini tidak dapat dilaksanakan pada waktu siang.
Justeru, pengkaji mencadangkan agar Kuliah Fiqh Wanita ini terus dilaksanakan
seperti biasa di Pusat Islam, PSAS. Namun, rakaman secara langsung dalam aplikasi
facebook live perlu dilakukan sekali agar pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus dapat
mengikuti kuliah tersebut dari rumah. Rakaman tersebut juga boleh di muat naik ke dalam
youtube agar pelajar yang terlepas kuliah secara facebook live boleh melihat semula tersebut.

Seminar Fiqh Thaharah Setiap Semester Pelajar Baharu


Berdasarkan hasil kajian, pengkaji memikirkan perlu diadakan program berkala untuk
meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan haid dan istihadah terutama pada bahagian
kefahaman pelajar yang agak lemah seperti cara kiraan, cara bersuci serta perkara yang
dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi perempuan yang haid dan istihadah. Bahagian-
bahagian tersebut perlu diberi penekanan dan ditambahbaik tahap penguasaan pengetahuan
mereka.
Sasaran program ini adalah pelajar semester satu dan wajib diikuti oleh semua pelajar
termasuk pelajar lelaki. Program yang dicadangkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 238
dalam perkara haid dan istihadah. Cadangan program melibatkan pelajar lelaki juga
diketengahkan kerana pengkaji merasakan pelajar lelaki perlu memahami isu ini sebagai
persediaan kepada mereka untuk menjadi ketua keluarga kelak serta mampu meningkatkan
kefahaman kendiri. Namun, perlaksanaan program akan diuruskan mengikut kesesuaian,
dibuat secara Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memberi fokus dan meningkatkan
kefahaman mereka dalam perkara ini.
Pengkaji mencadangkan Seminar Fiqh Thaharah bagi para pelajar ini diadakan pada
awal semester bagi setiap semester baharu. Seminar seumpama ini diharapkan dapat memberi
sumbangan kepada bidang pendidikan Fiqh Thaharah, disamping dapat meningkatkan
penguasaan ilmu berkaitan darah wanita dengan lebih baik pada masa akan datang.

Membangunkan Aplikasi berkaitan Haid dan Istihadah


Pengkaji memikirkan perlu adanya satu bahan atau perisian yang perlu dibangunkan dalam
membantu pelajar memahami permasalahan ini. Walaupun pada hari ini terdapat banyak
seminar atau kursus dianjurkan untuk memahami masalah ini, pelajar yang terikat dengan
jadual pembelajaran kelas harian menghadapi kekangan masa untuk menghadiri kursus atau
seminar berkaitan isu ini. Tambahan pula kursus seperti ini selalunya mengenakan bayaran
yuran tertentu dan kebanyakkan pelajar tidak berkemampuan.
Lantaran itu, pengkaji memikirkan permasalahan berkaitan darah haid dan istihadah
ini perlu diambil perhatian dan para pelajar perlu dibantu untuk mengatasi permasalahan-
permasalahan yang timbul. Antara cadangan pengkaji ialah menghasilkan satu aplikasi
berkenaan darah wanita dari segi konsep, cara kiraan haid, cara bersuci serta perkara yang
dibenarkan dan dilarang ketika haid dan istihadah. Matlamat utama penggunaan teknologi
dalam PdP adalah untuk menarik minat pelajar di samping meningkatkan lagi keberkesanan
PdP (Zaki, 2014).
Selain itu, generasi pelajar yang ada pada hari ini merupakan generasi Z yang
majoritinya lahir pada tahun 1998-2009 adalah generasi yang mahir teknologi, berhubung
menerusi teknologi ciptaan manusia yang semakin berkembang, tanpa had dan batasan yang
lebih minat menggunakan teknologi atau aplikasi sebagai bahan utama pembelajaran (Fariza,
2017). Aplikasi ini nanti selari dengan revolusi industri 4.0 yang mana ia merentasi
sebahagian daripada sembilan tonggak Industri 4.0 (Afandi, 2017) iaitu kesepaduan internet
pelbagai guna (IPB; Internet of Things). Semoga dengan inisiatif ini nanti akan menjadikan
masyarakat lebih memahami dengan lebih jelas masalah berkaitan darah-darah wanita ini
seterusnya memudahkan masyarakat dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Kesimpulan
Haid dan istihadah merupakan ilmu yang sangat penting untuk difahami dengan sebaiknya
oleh setiap individu. Hal ini kerana, ia berkaitan dengan ibadah fardu bagi seseorang wanita
khususnya. Bagi konsep haid dan istihadah, tahap kefahaman para pelajar PSAS berada
ditahap yang baik. Pendedahan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah akan konsep
ini membantu mereka mengetahui dan menguasai perkara asas haid dan istihadah. Namun,
hasil kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap cara kiraan, cara bersuci serta perkara
yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah masih pada tahap sederhana.
Justeru, penekanan terhadap topik cara kiraan, cara bersuci serta perkara yang
dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika haid dan istihadah perlu diberi perhatian agar pelajar
dapat memahami bahagian ini dengan lebih baik. Cadangan-cadangan yang diberikan oleh
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 239
pengkaji dalam kajian ini juga boleh dilaksanakan terhadap para pelajar PSAS agar tahap
kefahaman mereka terutama terhadap permasalahan haid dan istihadah ini meningkat.
Selain itu, setiap wanita juga wajib perlu mengambil perhatian untuk mempelajari
ilmu berkenaan pengurusan haid dah istihadah ini agar segala persoalan berkaitan
permasalahan ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Dalam sebuah keluarga misalnya, ibu
atau kakak boleh mengajar adik-adik berkaitan isu ini jika ditanya oleh anak-anak atau adik-
adik. Justeru, penguasaan ilmu ini dengan baik sangatlah diharapkan.

Rujukan
Abu Daud, Sunnan Abi Daud. Dar Ihya’ As Sunnah AnNabawiyah
Al-Buhuti, Kesyaf Al-Qina’: An Matni al-Iqna’. Percetakan An Nasr Al Hadihah
Abdurrahman al-Juzairi, (2015). Fikih Empat Madzhab. Indonesia: Pustaka al-Kautsar.
Afandi Ahmad. Berita Harian. Rencana “Industri 4.0 Ubah Cara Kerja, Hidup. Sabtu, 10 jun 2017. m/s 10.
Ahmad Adan Fadzil, (2009). Darah Haid. https://fiqh-am.blogspot.com/
Ahmad Zaki Amiruddin et. al, (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaranbahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com. Johor: Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014).
Ali Ibn Muhammad Jurjani, (2002). At-ta’rifat. Beirut: Dar Al-Kitab Al-Arabi.
Anisah Ab. Ghani, (2014). Darah Wanita. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Fariza Md Sham, (2018). Generasi Z dan Isu Perpaduan. An International Colloquium on Integration Platform,
Binding Differences and Diversity: Integration Platform, Binding Differences and Diversity.
Fraenkel, JR & Wallen NE (2007). How to Design and Evaluate Reseach in Education (6th). Singapore:
McGraw Hill.
H.Agus Romdlon Saputra, (2015). Pemahaman tentang Thaharah Haid Nifas dan Istihadah. Jurnal Justitia
Islamica, 12(1).
Ibnu Katsir Rahimahullah. (2019). Terjemahan Tafsir Ibnu Katsir Jilid 10. Indonesia: Penerbit Insan Kamil
Nur Asmadayana Hasim. (2016). Haid daripada Perspektif Sains dan Maqasid Syariah. Jurnal Sains
Malaysiana, 45(12), 1879-1885.
R.R Utami dan D. Tresnawati, (2015). Pengembangan Aplikasi Pengenalan Fiqh Darah Wanita Menggunakan
Sistem Multimedia. Jurnal Algoritma 12 1 (2015).
Risa Umamah et. al, (2019). Strategi Pembelajaran Inovatif dalam Pembelajaran Thaharah. Jurnal Penelitian,
13(1).
Siti Fatimah Salleh et.al, (2020). Analisis Pendidikan Darah Wanita dalam Kurikulum Rendah dan Menengah di
Malaysia. Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan, 21(1).
Siti Fatimah Salleh Konotasi Drah haid Menurut Perspektif Perubatan dan Al Quran. Prosiding Seminar
Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018
Wahbah al-Zuhaili, (2006). Al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami. Damascus, Syria: Dar al-Fikr.
Wahbah al-Zuhaili, (2005). Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zulkifli Mohamad al-Bakri, (2011). Terjemahan Al-Fiqh Manhaji Ibadat Dalam Fiqh al-Syafi’i. Nilai: Pustaka
Cahaya Kasturi.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 240

KAJIAN PENCAPAIAN PELAJAR HASIL PENGGUNAAN PENDEKATAN


KEMAHIRAN ABAD KE – 21

Che Zaidi Che Hassan, Norain Ali dan Afham Ahmad

Abstrak
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21
terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan
Awam, Politeknik Kuching Sarawak. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran
pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad
ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada
zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi,
kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal dan sebagainya. Kajian
berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 108
orang pelajar di Jabatan Kejuruteraan Awam didalam bidang kejuruteraan daripada tiga unit
berbeza iaitu Unit Kejuruteraan Awam, Unit Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan dan Uni
Geomatik dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data
dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu mendapatkan nilai min untuk melihat
pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar.
Analisis kajian ini juga dibuat berdasarkan kepada pentaksiran yang merangkumi kemahiran
berfikir, kognitif, praktikal, komunikasi, berkerja didalam kumpulan, kepimpinan,
kebertanggungjawaban, nilai etika dan professional. Keseleruhan kemahiran ini adalah
kemahiran yang dinilai didalam peperiksaan akhir semester pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif
kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika pengajian Diploma dijalankan di
Politeknik. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif
kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
kejuruteraan dan teknikal.

Kata Kunci : Pencapaian Pelajar, Pembelajaran Alaf 21, Pembelajaran Kejuruteraan Dan
Teknikal

Pengenalan
Kerajaan memerlukan tenaga kerja yang proaktif dalam menentukan pencapaian ekonomi
yang tinggi. Tahap pencapaian ekonomi yang semakin mencabar memerlukan satu anjakan
paradigma yang dapat membantu agar ekonomi negara menjadi semakin kukuh dan stabil
seiring dengan negara maju. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlulah melahirkan generasi
yang membawa pembaharuan dan berdaya saing dalam pelbagai aspek terutama dalam
bidang pendidikan, ekonomi, teknologi dan sebagainya [1].
Selain itu, kurikulum pendidikan termasuklah didalam pengajian kejuruteraan dan
teknikal haruslah sentiasa mengikut peredaran zaman untuk memastikan pelajar yang
dikeluarkan bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad
ke-21 bagi menghadapi cabaran era globalisasi pada masa ini. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang dalam pelbagai aspek termasuklah cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi
matlamat utama dalam usaha melahirkan generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-
cabaran abad ke-21 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013) [2].
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 241
Oleh itu penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat membantu pelajar dalam mengharungi
kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi dengan lebih berkeyakinan dalam bidang
Pendidikan mahupun dalam bidang kerjaya. Sikap, motivasi dan pencapaian sedikit sebanyak
mampu mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran abad ke-21 dengan lebih cepat dan
mudah serta memberi kesan dalam jangka masa yang panjang merupakan satu hasil yang
semestinya ditunggu-tunggu oleh negara dalam melahirkan masyarakat yang serba boleh
dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya saing dengan negara maju [3].

Kajian Literatur
Sistem Pendidikan di seluruh dunia telah banyak mengalami perubahan seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat dan dunia globalisasi ini. Perubahan-perubahan dalam
pendidikan ini turut tercatat dalam dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia seperti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) [4].
Selain itu, didalam Rancangan Malaysia ke-11 pula menyatakan pembangunan modal
insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong
peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan, menjana
produktiviti buruh dan menarik pelaburan ke Malaysia [5], [6]. Pasaran buruh yang cekap dan
inklusif akan memastikan pemadanan antara penawaran dengan permintaan tenaga kerja
seterusnya membolehkan warga Malaysia menyertai serta menerima manfaat daripada
pertumbuhan ekonomi negara. Pelaburan dalam bidang pendidikan juga memainkan peranan
yang penting dalam menambah baik mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat [7].
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan ekosistem pendidikan bertaraf dunia,
pelbagai agenda telah dirancang seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
(PIPP), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) [2], [8], [9],
Standard Guru Malaysia, dan sebagainya. Semua yang dihasratkan oleh KPM ini, semuanya
bermatlamat untuk mejana modal insan kelas pertama, membentuk pelajar yang seimbang
dalam pembelajaran akademik dan kokurikulum, serta melahirkan pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI) seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (KPM 1992) [10].

Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian yang dipilih dan digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan
berbentuk deskriptif. Pengkaji menjalankan tinjauan ke atas sampel atau keseluruhan
populasi untuk menggambarkan sikap, pendapat, tingkah laku, atau ciri-ciri dalam populasi
tersebut.
Sampel diambil bertujuan untuk memberikan informasi yang cukup supaya dapatan
dapat menggambarkan jumlah populasinya. Pengkaji memilih Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Kuching Sarawak sebagai responden kajian. Berdasarkan jumlah populasi di
kawasan kajian yang dijalankan, saiz sampel adalah ditentukan dengan merujuk kepada
jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Menurut Krejcie dan Morgan (1970)
[11], populasi berjumlah 150 orang, maka sampel yang diperlukan adalah seramai 108 orang.
Bagi memudahkan proses pemerolehan data untuk kajian ini, instrumen data peperiksaan
telah dipilih. Semua data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For The Social Science (SPSS) versi 20.0. Analisis deskriptif telah digunakan bagi
mengenal pasti taburan kekerapan, sisihan piawai, dan purata bagi kajian ini.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 242

Analisis Kajian
Analisis kajian ini dibuat berdasarkan kepada pentaksiran yang merangkumi kemahiran
berfikir, kognitif, praktikal, komunikasi, berkerja didalam kumpulan, kepimpinan,
kebertanggungjawaban, nilai etika dan professional. Keseleruhan kemahiran ini adalah
kemahiran yang dinilai didalam peperiksaan akhir semester pelajar. Kemahiran-kemahiran
yang dinyatakan ini adalah antara kemahiran yang terkandung didalam kemahiran Pendidikan
abad 21. Hasil keseluruhan kemahiran ini akan dinilai didalam peperiksaan akhir semester
dimana jumlah pengajian yang merangkumi keseluruhan kemahiran adalah selama 6 semester
iaitu bersamaan tiga tahun pengajian. Analisis hasil pencapaian pelajar didalam penerapan
kaedah Pendidikan abad 21 ini telah dibuat bagi kohort Jun 2017 sehingga Disember 2020.
Penilaian pelajar dibuat secara menyeluruh dari segi kuantitatif untuk melahirkan generasi Y
negara yang mandiri dan berdaya saing, dapat mengadaptasi teknologi terkini, mampu
mengakses dan mengurus maklumat serta mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan
inovatif.

Rajah 1 : Analisis pencapaian pelajar didalam pembelajaran berkonsepkan alaf 21

Carta bar di atas menunjukkan data keseluruhan bagi ketiga-tiga unit yang terdapat di
Jabatan Kejuruteraan Awam. Jumlah bilangan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
didalam tempoh tiga tahun pengajian adalah amat baik. Berdasarkan carta bar diatas min
pencapaian pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun pengajian
bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Awam untuk kohot Jun 2017 sehingga Disember 2019
adalah 82.13 peratus, min pencapaian pelajar Diploma Kejuruteraaan Perkhidmatan
Bangunan adalah 68.1 peratus dan min pencapaian pelajar Geomatik adalah sebanyak 57.4
peratus. Min pencapaian keseluruhan pelajar didalam semua unit di Jabatan Kejuruteraan
Awam bagi kohot Jun 2017 sehingga Disember 2019 yang berjaya menamatkan tempoh
pengajian selama tiga tahun adalah sebanyak 69.2 peratus. Data peperiksaan ini adalah
mewakili penilaian yang dibuat berdasarkan kebolehan berfikir, menaakul, membuat
keputusan secara kreatif dan kritis dan pemikiran secara holistik.
Secara keseluruhannya, pelajar berjaya menamatkan pengajian didalam tempoh tiga
tahun ini disebabkan mereka menguasai tiga (3) elemen penting didalam kemahiran
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 243
Pendidikan abad 21 yang merupakan antara perkara yang perlu ada bagi seorang graduan
seperti kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah. Kemahiran teknikal dan
pengetahuan terdiri daripada kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran menggunakan
komputer dalam pemprosesan, kemahiran memilih peralatan/teknologi, kemahiran berfikir
secara kreatif dan inovatif, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Manakala kemahiran insaniah lebih menjurus kepada sikap pelajar itu sendiri
antaranya berdisiplin dalam menjalankan tugas, kebolehan komunikasi dengan baik,
kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran menguruskan maklumat, kemahiran
menguasai Bahasa Inggeris dan ketelitian dalam menghasilkan tugasan.

Kesimpulan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas abad 21 perlu diterapkan iaitu tidak hanya
berpusatkan kepada pensyarah sebaliknya mewujudkan kumpulan kecil di kalangan pelajar
yang sama-sama membimbing untuk mencapai kejayaan bersama. Selain itu pensyarah
kursus juga harus mengenalpasti pelajar yang cemerlang untuk dijadikan guru muda @
pensyarah muda bagi membolehkan pelajar cemerlang ini membantu pelajar-pelajar yang
kurang cemerlang semasa kelas tutorial dijalankan dan semasa latihan dalam kumpulan
dilaksanakan.
Penerapan nilai-nilai murni dan motivasi daripada pensyarah semasa proses
pembelajaran dan pengajaran perlu diterapkan agar dapat meningkatkan semangat pelajar
untuk berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai keputusan yang cemerlang setiap
semester. Pendek kata, dalam dunia yang serba moden ini, aspek kemahiran insan perlu
diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal. Kemahiran Insaniah adalah kemahiran
generik yang menjurus kepada penguasaan seseorang dalam kemahiran yang terfokus kepada
pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Kemahiran insaniah yang dapat
menampil nilai personaliti yang tinggi seperti daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama
secara berpasukan, pemikiran kritis, kemahiran menyelesai masalah, etika dan moral
profesional serta merangkupi komunikasi, kebolehan untuk mengurus, bersifat fleksibel,
mempunyai kesungguhan, jati diri serta sentiasa bersifat proaktif mengikut kehendak semasa
mampu melonjak prestasi pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.
Impak kemahiran pendidikan abad 21 ini bukan sahaja memberi kesan kepada
kebolehan dan pencapaian pelajar malahan ia juga memberi kesan terhadap peningkatan
pencapaian kepada pihak institusi secara amnya dan menyumbangkan tenaga insan yang
berkebolehan secara holistik kepada negara khususnya.

Rujukan
[1] Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod, and Wan Muna Ruzanna, “Pembelajaran Abad Ke-21 Dan
Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah,” J. Pendidik.
Bhs. Melayu, 2017.
[2] M. Malaysia Education Blueprint, “Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025,” Education, 2013.
[3] Y. Masyuniza, “HUBUNGAN SIKAP DAN PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU DENGAN KEMAHIRAN ABAD KE-21,” J. Pendidik. Bhs. Melayu – JPBM
(Malay Lang. Educ. J. – MyLEJ), 2015.
[4] Unit Perancang Ekonomi, “Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010,” 2006.
[5] Unit Perancangan Ekonomi Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-11. 2016.
[6] U. P. E. EPU, Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). 2015.
[7] Unit Perancang Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). 2015.
[8] Kementerian PendidikanMalaysia, “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan
Tinggi),” 2015.
[9] Kementerian Pendidikan Malaysia, “Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 244
2013-2025,” Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2013. .
[10] Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, “Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,” Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. 2001.
[11] Krejcie & Morgan, “Tabel Sampel Krejcie dan Morgan,” in Metodologi Penelitian Untuk Bisnis., 2006.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 245

KEBERKESANAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN TERHADAP


PENINGKATAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM MATA
PELAJARAN SAINS TAHUN 3

Kumutha a/p Krishnamoorthy dan Tuan Mastura Tuan Soh

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain
dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid berhubung dengan topik tabiat pemakanan
haiwan untuk sains tahun 3. Seramai 40 orang murid dari sebuah sekolah rendah daerah
Gombak dilibatkan sebagai sampel kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk eksperimen di mana dua kumpulan terlibat iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen. Kumpulan eksperimen mengalami proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain manakala kumpulan kawalan menjalani
proses pembelajaran mereka seperti biasa. Soal selidik, ujian pra dan ujian pos digunakan
sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan, selepas
penggunaan pendekatan belajar melalui bermain didapati terdapat perbezaan skor yang
signifikan dimana skor min kumpulan eksperimen (15.75) yang lebih tinggi berbanding skor
min kumpulan kawalan (8.15). Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain dapat meningkatkan pencapaian penguasaan konsep
sains dan menarik minat dan motivasi murid-murid. Data yang dikumpul dianalisis melalui
kaedah analisis kandungan serta kaedah analisis deskriptif statistik. Saya menggunakan
triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik dalam proses penyemakan data. Hasil kajian
menunjukkan bahawa penggunaan kaedah bermain sambil belajar didapati berjaya
meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran Sains, sekaligus
meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains. Pada masa akan datang, saya
ingin melanjutkan kajian ini di mana saya ingin mengkaji kesan penggunaan pendekatan
belajar melalui bermain ke atas kawalan tingkah laku murid sekolah rendah.

Latar Belakang Kajian


“Tabiat pemakanan haiwan” merupakan satu subtopik dalam tajuk haiwan di bawah tema
Sains Hayat bagi silibus kurikulum Sains Tahun 3. Pada kebiasaannya murid yang
mempunyai tahap pencapaian yang baik tidak mengalami masalah dalam topik ini. Murid
dari kelas yang lemah, tidak dapat menguasai topik ini dengan baik. Saya telah menjalankan
tinjauan awal terhadap peserta kajian saya melalui tiga teknik pengumpulan data,
termasuklah teknik soal selidik, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen. Mereka
sukar untuk memahami isi kandungan yang diajar. Apabila mereka gagal memahami sesuatu
fakta atau konsep maka mereka mengambil keputusan bahawa sains adalah satu mata
pelajaran yang sukar untuk dipelajari.
Responden yang dipilih terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang rendah. Mereka mengalami masalah dalam mengenalpasti makanan haiwan
dan tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan. Justeru memperlihatkan
rasa tidak berminat dalam topik ini. Kemungkinan sukar untuk ingat, kurang faham, susah,
malas hendak hafal fakta dan sebagainya adalah alasan responden tidak berminat mengikuti
pembelajaran sains.
Pada awalnya penyelidik telah mengumpul dan menganalisis buku latihan dan buku
aktiviti sains kelas tersebut. Dengan merujuk kepada ketidakberkesanan pengajaran yang
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 246
dijalankan sebelum ini, didapati murid–murid tersebut kurang bersemangat dan kurang
menunjukkan kesungguhan ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Apabila
murid diberi peluang untuk bertanya soalan dan memberi pendapat, mereka enggan memberi
sebarang respon. Perlakuan ini perlu dikaji supaya murid-murid tersebut lebih bersemangat
dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Didapati kaedah
pengajaran secara tradisi iaitu ‘chalk and talk’ dan aktiviti berpusatkan guru perlu diubah
supaya mereka berminat dalam proses pembelajaran. Pendekatan belajar melalui bermain ini
dapat membentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Menurut Mariani
dan Siti Hawa (2009) juga menyokong bahawa aktiviti bermain berperanan dalam membantu
perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M (membaca, menulis dan mengira)
tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak.
Perhatian yang kurang disebabkan oleh minat yang rendah merupakan salah satu
faktor murid tidak dapat menguasai topik tabiat pemakanan. Kemungkinan teknik
pengajaran yang digunakan selama ini juga membosankan kelompok murid ini untuk
memberi penekanan yang lebih dalam pembelajaran kemahiran ini. Kemahiran-kemahiran ini
boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak melalui pendekatan belajar melalui bermain kerana
menurut Kamii dan Yasuhiko (2006) aktiviti bermain yang dilaksanakan dalampembelajaran
kanak-kanak adalah lebih baik berbanding penggunaan lembaran kerja. Hal ini demikian
kerana, aktiviti bermain dapat merangsang pemikiran kanak-kanak secara kritikal, membina
hubungan sosial dan mengaplikasi kemahiran penyelesaian masalah.
Oleh itu, penyelidik ingin menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.
Pendekatan belajar melalui bermain yang merupakan pengajaran yang berasaskan kepada
teori konstruktivisme yang menggabungkan teori Perkembangan Kognitif oleh Piaget dan
teori Perkembangan Kognitifoleh Vygotsky. Berdasarkan teori Perkembangan Kognitif oleh
Piaget dan Vygotsky, aktiviti bermain yang dilaksanakan dalam pendekatan belajar melalui
bermain adalah aktiviti bermain kognitif yang dilaksanakan secara koperatif. Ini bermakna
setiap aktiviti belajar melalui bermain perlu dijalankan dalam bentuk koperatif atau
kumpulan. Teori yang dibangunkan oleh Piaget dan Vygotsky ini percaya bahawa
perkembangan kognitif dan pengetahuan kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi secara
berterusan dan juga faktor persekitaran. Persekitaran bukan sahaja meliputi aspek fizikal
tetapi termasuk aspek perhubungan sosial dan budaya disekelilingnya (Fosnot 1996). Apabila
seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan
akan terbina dengan sendiri. Kanak-kanak bukan hanya menerima maklumat secara pasif
melalui proses pengajaran dan pembelajaran tetapi membina pengetahuan hasil interaksi
dengan persekitaran.
Secara ringkasnya, unsur kognitif dan sosial saling berkait dalam interaksi kanak-
kanak dengan persekitarannya. Pengalaman bermain yang disediakan untuk murid perlu
dirancang dan disusun oleh guru sekolah rendah bagi membantu meningkatkan semua
domain perkembangan murid khususnya domain kognitif, fizikal, emosi dan sosial.
Pendekatan belajar melalui bermain ini mempunyai panduan bagi menentukan jenis
permainan yang hendak dilaksanakan untuk murid. Kaedah main merupakan teknik
pengajaran yang sesuai digunakan mengikut aras pencapaian dan penguasaan murid tahun
tiga dalam meningkatkan minat serta pencapaian. Murid yang berusia sembilan tahun ini
pasti tertarik dengan mainan yang mereka lihat dan memang bersesuaian dengan pengetahuan
sedia ada mereka. Hal ini juga dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi minat dan
pencapaian mereka terhadap pembelajaran.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 247
Objektif Kajian
Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan, objektif primer kajian ini ialah
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam topik tabiat pemakanan haiwan
untuk meningkatkan kefahaman dan minat murid tahun 3. Secara khususnya, kajian ini
dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
1. Meningkatkan minat murid sampel rawatan terhadap mata pelajaran sains selepas
pengajaran dengan pendekatan main melalui belajar dalam topik “tabiat pemakanan
haiwan”.
2. Membandingkan pencapaian murid sampel rawatan dan sampel kawalan dalam topik
tabiat pemakan haiwan sebelum dan selepas menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain.
3. Menilai keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain dari aspek minat dan
pencapaian murid dalam penguasaan topik tabiat pemakanan haiwan selepas kajian
dijalankan.

Persoalan Kajian
Secara ringkas, kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1. Adakah pembelajaran dengan pendekatan belajar melalui bermain dapat
meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran sains dalam topik “tabiat
pemakanan haiwan”oleh murid sampel rawatan?
2. Adakah terdapat perbezaan di antara pencapaian pra dan pos murid sampel rawatan
selepas mengikuti pembelajaran dengan pendekatan belajar melalui bermain?
3. Sejauh manakah peningkatan dari segi minat dan pencapaian murid sampel rawatan
berbanding muid sampel kawalan selepas didedahkan dengan pendekatan belajar
melalui bermain?

Hipotesis Kajian

Hipotesis 1:
Hipotesis kajian: Terdapat perbezaan signifikan min pencapaian murid dalam ujian pra
antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Hipotesis nul :Tiada perbezaan signifikan min pencapaian murid dalam ujian pra antara
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Hipotesis 2:
Hipotesis Kajian: Terdapat perbezaan signifikan min dalam ujian pra dan pasca dalam
kumpulan kawalan.
Hipotesis nul :Tiada perbezaan signifikan min dalam ujian pra dan pasca dalam kumpulan
kawalan.

Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan terhadap 40 murid-murid Tahun 3 di sebuah sekolah rendah
daerah Gombak. 20 responden diletakan sebagai responden kawalan manakala 20 responden
lagi dipilh sebagai kumpulan rawatan. Keberkesanan pembelajaran dengan pendekatan
belajar melalui bermain dikaji melalui perbandingan skor dan soal selidik. Cara pengumpulan
data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah dengan pencapaian dan minat murid hanya
dalam topik tabiat pemakanan haiwan dalam mata pelajaran Sains Tahun 3. Faktor jantina
dan umur tidak dikaitkan dengan pencapaian murid.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 248
Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan
pelajaran. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran,
main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid
melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain
adalah kerja yang menyeronokkan kanak-kanak disamping pembelajari sesuatu. Menurut
Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003), belajar melalui bermain adalah
satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk
belajar dalam suasana yang bebas, selamat dan menggembirakan. Permainan merupakan
saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh
kerana bermain merupakan suatu kekuatan dalam pembelajaran danpengalaman yang penting
menjadi asas dalam dalam mendidik murid yang agak lemah. Bermain sebagai penentu
penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang murid. Almy (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah
oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka,
bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang
baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif Menurut Woo (2014) teori
motivasi, kerelaan dan teori prestasi menunjukkan bahawa kognitif terkandung dalam
motivasi pembelajaran secara serentak dengan mempengaruhi prestasi.

Kelebihan Pendekatan Belajar Melalui Bermain


Dengan bermain kanak-kanak belajar untuk menyelidik atau menjelajahi dan membuat
pelbagai percubaan maka, mereka tidak bosan untuk belajar dari kesalahan mereka untuk
dapat memuaskan rasa ingin tahu mereka tentang sesuatu. Bermain sangat penting bagi
pertumbuhan kanak-kanak kerana dengan bermain mereka dapat belajar banyak tentang hal-
hal yang ada disekitar mereka. Anak belajar melalui interaksi dengan diri dan lingkungannya.
Dengan bermain kanak-kanak dapat mengembangkan kreativiti mereka dan tanpa rasa malu
mereka dapat mengekpresikan atau menampilkan kreativiti mereka. Selain itu, mereka juga
belajar cara-cara yang lain dalam berkomunikasi seperti gerakan tubuh, gerakan mata dengan
anggota badan yang lain. Kelebihan – kelebihan bermain adalah seperti berikut:
i. Bermain untuk Perkembangan fizikal.:
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan
kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian
anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.
Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing
untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk 1995; Fromberg 2002; Holmes &
Geiger 2002; Mccune& Zanes 2001: Murata & Maeda 2002; Santrock 2003).
ii. Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi :
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan
perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 249
pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing.
Kajian (Rubin & Howe 1986 Creasey, Jarvis, & Berk 1998) menunjukkan bahawa bermain
dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan
mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat
memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial,
mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri
sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
iii. Bermain untuk Perkembangan Kognitif :-
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-
kanak ( Kumar & Harizuka 1998: Lieberman 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan
dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes 2001: Smilansky &
Shefatya 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky 1980 ; Holmes & Geiger 2002);
pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen
1999, 2000; Gardner 1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang
melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.
Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan ilmu
masing-masing. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan
alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi
panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima
kepada kanak-kanak.

Jenis permainan
Permainan menjadi salah satu faktor penguat memori. Pada saat bermain, tanpa disedari
murid banyak berinteraksi, hal ini menjadi salah satu faktor yang membuat mereka mudah
mengingat. Di dalam permainan, murid banyak belajar dan tidak mudah untuk dilupakan.
Dengan membuat variasi jenis permainan yang diberikan, stimulus yang diterima akan
pelbagai. Jenis-jenis permainan adalah seperti berikut:
i. Permainan ‘solitary’
Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas.
Permainan ini dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi penyelidik percaya, jenis
permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan.
ii. Permainan ‘parallel’
Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak
lain. Misalnya, dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak
bermain bersama-sama.
iii. Permainan ‘associative’
Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak
ada kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya,
beberapa orang kanak-kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru
perlu panduan dan memberi cadangan.
iv. Permainan ‘cooperative’
Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap
melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan.
Kurang campur tangan guru.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 250
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian amat penting untuk sesuatu kajian. Ia merupakan satu panduan untuk
memastikan objektif kajian tercapai dan seterusnya menjawab persoalan kajian. Reka bentuk
kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Pendekatan kuantitatif yang diguna pakaioleh
penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengumpul data melalui instrumen ujian pra dan
pasca. Pada pendapat penyelidik, kaedah kuantitatif akan dapat memberi maklumat yang
tepat dan jelas serta berpotensi memenuhi kehendak soalan kajian yang dibuat. Seramai40
orang murid yang pencapaian akademik lemah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 20
murid kepada kumpulanrawatan dan 20 murid lagi kepada kumpulan kawalan. Kedua-dua
kumpulan ini akan diselidik dengan edaran borang soal selidik dan ujian pra akan dibuat
untuk mengkaji pemahaman terhadap topik “tabiat pemakanan haiwan”. Setelah itu,
kumpulan rawatanakan menerima rawatan melalui pembelajaran dan pengajaran dengan
pendekatan belajar melalui bermain manakala kumpulan kawalan hanya menerima
pengajaran secara tradisional sahaja di dalam kelas yang berasingan dengan kebenaran pihak
pentadbiran.Selepas proses pembelajaran dan pengajarandengan pendekatan belajar melalui
bermain selesai, ujian pascadiberikan kepada kedua-dua kumpulan untuk mengkaji keadaan
dan pencapaian semasa sampel tersebut. Tambahan pula kedua-dua kumpulan tersebut akan
diminta untuk mengisi satu set soal selidik dalam bentuk inventori untuk mengesan minatnya
terhadap sains.

Populasi dan Sampel Kajian


Menurut Csikszentmihalyi (2014) populasi bermaksud kumpulan yang disasarkan oleh
penyelidik, iaitu kumpulan kepada siapa hasil penyelidikan akan digeneralisasikan.
Penentuan populasi kajian amat penting dalam kajian. Hal ini kerana populasi akan
menentukan cara dan bilangan sampel yang akan dipilih serta kos perbelanjaan kajian. Kajian
ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di kawasan Gombak. Seramai 453 murid belajar di
sekolah tersebut.
Menurut McCreesh (2012) sampel kajian bermaksud responden-responden kajian
yang akan dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Dalam kajian ini penyelidik telah
memilih murid-murid tahun tiga. Penyelidik memilih 40 orang murid untuk menjalankan
kajian ini.
Sekolah yang dipilih oleh pengkaji mempunyai tiga kelas tahun tiga yang terdiri
daripada kedua-dua jantina. Hanya murid dari satu kelas sahaja yang akan digunakan bagi
tujuan kajian ini. Pencapaian kelas ini terdiri daripada murid yang mempunyai pencapaian
yang agak lemah, maka tiada masalah dalam kajian ini untuk menentukan kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan. 40 orang murid yang pencapaian akademik lemah dipilih sebagai
responden kajian. 20 murid dijadikan kumpulanrawatan dan 20 murid lagi dijadikan
kumpulan kawalan. Pencapaian akademik mereka adalah pada tahap yang lemah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 251
Instrumen Kajian

Rajah 1. Reka bentuk perbandingan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

Instrumen kajian ini ialah ujian bertulis yang mengandungi dua iaitu Ujian Pra dan
Ujian Pasca.

Borang Soal Selidik


Borang soal selidik mengandungi maklumat diri responden. Dalam bahagian ini, responden
perlu menjawab soalan berkaitan maklumat diri responden seperti jantina dan bangsa. Murid
juga menjawab maklumat persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dijalankan oleh
penyelidik, dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sains. Soal selidik kajian ini
mengandungi 5 item dengan menggunakan skala likert. Skala Likert adalah sesuai kerana ia
merupakan pengukuran utama yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Jadual 1
Skala likert kajian
Nilai Skor Skor
Sangat Tidak Bersetuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat Bersetuju (SS) 5
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 252
Soal selidik ini akan diedarkan sebelum dan selepas pembelajaran dengan pendekatan
belajar melalui bermain untuk mengukur perbezaan minat terhadap mata pelajaran Sains.

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian yang diberikan kepada pelajar adalah menepati standard pembelajaran Sains. Kesemua
item ujian ini adalah berdasarkan kepada standard pembelajaran Sains. Ujian pra dan pasca
akan mengandungi 20 item jenis aneka pilihan. Kedua-dua ujian pra dan pasca adalah hampir
sama dimana terdapat beberapa perubahan soalan akan dilakukan pada ujian pasca. Kesemua
soalan dalam ujian pasca disusun semula supaya menjadikan sebagai satu ujian yang baharu.
Ujian Pra diberi kepada empat puluh orang murid; sampel kawalan dan rawatan sebelum
diberi rawatan. Ujian ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soalan
dalam bentuk subjektif kefahaman pada aras sederhana dan diberi kepada murid untuk
mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman murid terhadap topik tabiat pemakanan.
Perbezaan markah yang diperolehi akan menunjukkan keberkesanan pengajaran dengan
teknik berbanding kaedah pengajaran biasa. Ia merupakan instrumen utama untuk melihat
kesan pengajaran yang dibuat. Memandangkan tahap murid yang lemah , murid dibantu oleh
penyelidik untuk membaca soalannya sekiranya diperlukan bantuan.Kemudian, murid-murid
menjawab mengikut pemahaman mereka terhadap tajuk “Tabiat Pemakanan Haiwan”
sebelum dan selepas pembelajaran. Hasil jawapan yang diberikan oleh responden dapat
mengukur sejauh manakah pemahaman mereka terhadap topik yang diajar.

Prosedur Pengumpulan Data


Prosedur pertama dalam usaha untuk mengumpul data ialah memohon kebenaran daripada
pihak sekolah untuk melakukan kajian.Penyelidik telah menyediakan item-item untuk
maklumat latar belakang pelajar, item-item soal-selidik dan kertas ujian pra dan ujian pasca
berdasarkan konsep-konsep yang telah diajar. Sebelum pengajaran menyeluruh dijalankan,
kedua-dua kumpulan pelajar telah diberi ujian pra. Ujian ini dijalankan pada hari dan masa
yang sama.
Setelah ujian pra dibuat, pengajaran tentang tajuk dipilih diulang semula ke atas
kedua-dua kumpulan sebagai ulangkaji di mana kumpulan satu telah didedahkan dengan
kaedah pendekatan belajar melalui bermain manakala kumpulan dua dengan kaedah
tradisional. Kumpulan rawatan telah didedahkan dengan tenik sambil belajar bagi mengajar
topik tabiat pemakanan. Setelah tamat sesi pembelajaran dan pengajaran murid-murid diuji
dengan ujian pasca. Ujian ini juga dijalankan pada masa dan tarikh yang sama bagi kedua-
dua kumpulan.

Prosedur Analisis Data


Pemprosesan data adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki di dalam
menjalankan dan melengkapkan sesuatu kajian. Pemprosesan data adalah merupakan teknik
pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data.Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik
deskriptif dan inferensi digunakan untuk memperihalkan data-data yang diperolehi akan
ditukarkan ke dalam bentuk yang lebih jelas dan bermakna menggunakan kaedah min
peratusan dan gred pencapaian. Penganalisaan data secara kuantitatif dilakukan dengan
menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Statistik dilakukan dengan menentukan min,
sisihan piawai, frekuensi dan peratusan serta membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 253
ujian pra dan pasca. Analisis dalam kajian ini akan menggunakan program dari pakej SPSS
supaya memperolehi keputusan yang tepat dan benar.

Kaedah Skala Likert


Bagi mengukur minat murid rawatan dan kawalan sebelum dan selepas
menggunakanpendekatan belajar melalui bermain, jadual kekerapan akan dibina berpandukan
soal selidik yang dibuat oleh sampel kajian rawatan dan kawalan . Seterusnya graf palang
berkembar akan dibina berdasarkan jadual kekerapan.

Kaedah Status Pencapaian


Kaedah ini digunakan bagi menganalisa ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Gred pencapaian adalah berdasarkan skor mata dan status penguasaan
seperti di dalam jadual di bawah:-

Jadual 2
Skor mata dan status penguasaan murid
Skor mata Status Penguasaan
17 - 20 A ( Cemerlang )
13 - 16 B ( Baik )
9 - 12 C (Sederhana)
5 - 8 D (Lemah )
0 - 4 E (Amat Lemah)

Penggredan tahap penguasaan pelajar seperti dalam jadual di atas adalah berdasarkan
kriteria amalan biasa yang digunakan oleh sekolah yang dilibatkan dalam kajian ini. Jika
murid mendapat kurang daripada 70% maka mereka perlu ditaksir kembali selagi mereka
mencapainya.

Kaedah Peratusan
Kaedah ini digunakan untuk menganalisis data Bahagian A iaitu maklumat pelajar dan
bahagaian B soal selidik pelajar. Kaedah ini lebih mudah diaplikasikan oleh penyelidik dan
dapat memberi maklumat yang lebih jelas dan mudah untuk membuat perbandingan tentang
peningkatan dan penurunan pencapaian bagi bahagian ini.

Kaedah Statistik Deskriptif


Kaedah ini digunakan untuk menganalisis data pencapaian minat murid rawatan dan kawalan
setelah mengaplikasikanpendekatan belajar melalui bermain . Sebagai langkah pertama, skor
mentah ujian pra serta ujian pasca direkod dalam bentuk jadual kekerapan secara berasingan.
Seterusnya jadual perbandingan ujian pra dan pasca akan dibina. Perbandingan ini akan
ditafsirkan dalam bentuk carta bar.

Analisis Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain


Analisis data ujian pra dan pos dilakukan adalah bertujuan mengkaji keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam
peningkatan prestasi dan pencapaian konsep sains kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen sebelum dan selepas kajian berbanding kaedah tradisional dan peningkatan minat
kumpulan eksperimen sebelum dan selepas kajian menggunakan teknik main sambil belajar.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 254
Analisis data ujian pra dan pos adalah dibuat menggunakan perisian Excel. Keputusan
analisis Excel akan dirumus oleh pengkaji dalam bab ini. Analisis data soal selidik dilakukan
adalah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan pendekatan belajar melalui
bermain dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sains bagi kumpulan eksperimen
sebelum dan selepas kajian.

Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian


Berikut adalah analisis dapatan kajian soal selidik, ujian pra dan ujian pos berdasarkan
persoalan kajian.

Persoalan Kajian 1: Adakah pembelajaran dengan pendekatan belajar melalui bermain


dapat meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains?
Analisis bagi menentukan sama ada pembelajaran dengan pendekatan belajar melalui
bermain meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains telah dilakukan dengan
menggunakan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Jadual 4.1 menunjukkan taburan
minat murid terhadap matapelajaran sains sebelum rawatan berdasarkan peratus, min dan
sisihan piawai.

Jadual 1
Taburan minat murid terhadap subjek sains sebelum rawatan (n=20)
Item 1 2 3 4 5 Min SP
STS TS KS S SS
% % % % %
Sains adalah satu subjek 25 20 30 15 10 2.65 1.31
yang menyeronokkan
Sains matapelajaran yang 35 15 25 15 10 2.5 1.4
mudah dibelajar.
Bahan yang digunakan 40 25 15 10 10 2.25 1.37
oleh guru saya membantu
saya belajar sains.
Saya sentiasa menunggu 30 30 20 5 15 2.45 1.39
waktu pembelajaran sains.
Saya suka membuat 40 25 20 10 5 2.15 1.05
tugasan sains.
Min keseluruhan = 2.4

Jadual 4.1 menujukkan taburan minat responden terhadap subjek sains sebelum
rawatan. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan ‘Sains adalah satu subjek yang
menyeronokkan ’ mencatat min 2.65 dan sisihan piawai 1.31. Sebanyak 25% responden
menjawab sangat tidak setuju , 20% tidak setuju, 30 % kurang setuju, 15% setuju dan 10%
sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Sains matapelajaran yang mudah dibelajar’ mencatat min 2.5 dan
sisihan piawai 1.4. Sebanyak 35% responden menjawab sangat tidak setuju , 15% tidak
setuju, 25 % kurang setuju, 15% setuju dan 10% sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Bahan yang digunakan oleh guru saya membantu saya belajar sains’
mencatat min 2.25 dan sisihan piawai 1.37. Sebanyak 40% responden menjawab sangat tidak
setuju , 25% tidak setuju, 15 % kurang setuju, 10% setuju dan 10% sangat setuju.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 255
Bagi penyataan ‘Saya sentiasa menunggu waktu pembelajaran sains’ . mencatat min
2.45 dan sisihan piawai 1.39. Sebanyak 30% responden menjawab sangat tidak setuju , 30%
tidak setuju, 20 % kurang setuju, 5% setuju dan 15% sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Saya suka membuat tugasan sains. mencatat min 2.15 dan sisihan
piawai 1.05. Sebanyak 40% responden menjawab sangat tidak setuju , 25% tidak setuju, 20
% kurang setuju, 10% setuju dan 5% sangat setuju. Secara keseluruhannya min yang
diperolehi ialah 2.4 .

Jadual 1
Taburan minat murid terhadap subjek sains selepas rawatan (n=20)
ITEM 1 2 3 4 5 Min SP
STS TS KS S SS
% % % % %
Sains adalah satu subjek yang 0 5 25 40 30 3.95 0.89
menyeronokkan
Sains matapelajaran yang mudah 0 5 15 45 35 4.1 0.85
dibelajar.
Bahan yang digunakan oleh guru saya 0 0 10 50 40 4.3 0.66
membantu saya belajar sains.
Saya sentiasa menunggu waktu 0 15 10 40 35 3.95 1.05
pembelajaran sains.
Saya suka membuat tugasan sains. 15 15 10 35 25 3.4 1.42
Min keseluruhan = 3.94

Jadual 4.2 menujukkan taburan minat responden terhadap subjek sains selepas
rawatan. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan ‘Sains adalah satu subjek yang
menyeronokkan ’ mencatat min 3.95 dan sisihan piawai 0.89. Sebanyak 0% responden
menjawab sangat tidak setuju , 5% tidak setuju, 25 % kurang setuju, 40% setuju dan 30%
sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Sains matapelajaran yang mudah dibelajar’ mencatat min 4.1 dan
sisihan piawai 0.85. Sebanyak 0% responden menjawab sangat tidak setuju , 5% tidak setuju,
15 % kurang setuju, 45% setuju dan 35% sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Bahan yang digunakan oleh guru saya membantu saya belajar sains’
mencatat min 4.3 dan sisihan piawai 0.66. Sebanyak 0% responden menjawab sangat tidak
setuju, 0% tidak setuju, 10 % kurang setuju, 50% setuju dan 40% sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Saya sentiasa menunggu waktu pembelajaran sains’ . mencatat min
3.95 dan sisihan piawai 1.05. Sebanyak 0% responden menjawab sangat tidak setuju , 15%
tidak setuju, 10 % kurang setuju, 40% setuju dan 35% sangat setuju.
Bagi penyataan ‘Saya suka membuat tugasan sains. mencatat min 3.4 dan sisihan
piawai 1.42. Sebanyak 15% responden menjawab sangat tidak setuju , 15% tidak setuju, 10
% kurang setuju, 35% setuju dan 25% sangat setuju. Secara keseluruhannya min yang
diperolehi ialah 3.9.
Berdasarkan perbandingan antara jadual 4.1 dan 4.2 didapati bahawa terdapat
perubahan peningkatan minat pelajar terhadap matapelajaran sains selepas pembelajaran
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Skor min 3.94 adalah menunjukkan minat
yang sangat tinggi terhadap sains selepas kajian dijalankan berbanding skor min 2.4 sebelum
kajian. Ini membuktikan bahawa penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dapat
meningkatkan minat pelajar secara positif terhadap sains.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 256
Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan di antara pencapaian pra dan pos
murid sampel eksperimen selepas mengikuti pembelajaran dengan pendekatan belajar
melalui bermain?
Analisis bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara pencapaian pra dan pos
murid sampel eksperimen selepas mengikuti pembelajaran dengan pendekatan belajar melalui
bermain telah dilakukan dengan menggunakan min, kekerapan dan peratusan. Jadual 4.3
menunjukkan skor pencapaian ujian pra dan pos sampel kawalan manakala jadual 4.4
menunjukkan skor pencapaian ujian pra dan pos sampel eksperimen.

Jadual 2
Skor pencapaian ujian pra dan pos sampel kawalan
Ujian Pra Ujian Pos
Gred Bilangan responden Peratus % Bilangan responden Peratus %
A 0 0 0 0
B 2 10 3 15
C 6 30 6 30
D 10 50 9 45
E 2 10 2 10

Rajah 1. Pencapaian ujian pra dan pos kumpulan kawalan

Dalam Ujian Pra dan ujian pos kumpulan kawalan, tiada murid yang mendapat gred
A. Walaubagaimanapun responden kumpulan kawalan menunjukan peningkatan sebanyak
5% dalam gred B, C dan D berbanding dengan ujian pra. Manakala, peratus murid yang
mendapat gred E pada ujian pra ialah 25%. Peratus ini berkurang pada ujian pos sebanyak
15% .
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 257
Jadual 3
Skor pencapaian ujian pra dan pos sampel eksperimen
Gred Ujian Pra Ujian Pos
Bilangan respoden peratus Bilangan respoden Peratus
A 0 0 8 40
B 2 10 10 50
C 5 25 2 10
D 8 40 0 0
E 5 25 0 0

Rajah 2 Pencapaian ujian pra dan pos kumpulan kawalan

Secara keseluruhannya pencapaian kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan


pada ujian pos berbanding dengan ujian pra. 0% murid mendapat gred D dan E dalam ujian
pos dimana peratus gred D dan E dalam ujian pos adalah masing-masing 50% dan 10% pada
ujian pra. Gred A dan B menunjukkan peningkatan yang ketara pada ujian pos berbanding
dengan ujian pra. Dalam ujian pra tiada seorang murid pun yang mendapat gred A. Namun
demikian selepas rawatan, seramai 8 orang murid iaitu 40% mendapat gred A. Manakala,
seramai 10 murid mendapat gred B iaitu 50%. Nilai ini adalah peningkatan sebanyak 30%
daripada pencapaian ujian pra. Peratus murid yang mendapat gred C telah menurun. Seramai
6 orang murid mendapat gred C dalam ujian pra malah pada ujian pos 2 orang murid sahaja
mendapat gred C.

Persoalan Kajian 3: Sejauh manakah peningkatan dari segi minat dan pencapaian
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan selepas didedahkan dengan
kaedah main sambil belajar?
Analisis bagi menentukan sejauh mana peningkatan dari segi minat dan pencapaian
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan selepas didedahkan dengan kaedah
main sambil belajar telah dilakukan dengan menggunakan kekerapan, min dan peratusan.
Jadual 4.5 menunjukkan skor pencapaian ujian pra dan pos sampel kawalan dan eksperimen.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 258
Jadual 4
Skor pencapaian ujian pra dan pos sampel kawalan dan eksperimen
Gred Ujian Pra Ujian Pos
Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan
Eksperimen Kawalan Eksperimen Kawalan
A 0 0 8 0
B 2 2 10 3
C 5 6 2 6
D 8 10 0 9
E 5 2 0 2

Jadual 4.6 menunjukkan peratus pencapain ujian pra kumpulan kawalan dan
eksperimen, manakala jadual 4.7 menunjukkan min skor pencapain ujian pra kumpulan
kawalan dan eksperimen.

Jadual 5
Peratus pencapaian ujian pra sampel kawalan dan eksperimen
Gred Kumpulan Eksperimen Kumpulan kawalan
Bilangan respoden Peratus % Bilangan Peratus
respoden %
A 0 0 0 0
B 2 10 2 10
C 5 25 6 30
D 8 40 10 50
E 5 25 2 10

Rajah 3. Peratus pencapaian ujian pra sampel kawalan dan eksperimen

Berdasarkan jadual 3 dan graf 1 didapati pencapaian ujian pra bagi kedua-dua
kumpulan tidak menunjukan perbezaan yang ketara di mana tiada wakil yang mendapat gred
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 259
A dalam ujian pra. Bilangan murid yang mendapat gred B pula sama diantara kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen iaitu seramai 10%. Gred C dan D menujukan sedikit
perbezaan diantara pencapaian kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen. Peratus
kumpulan kawalan yang mendapat C ialah 30% dan gred D 50%. Manakala kumpulan
eksperimen pula sebanyak 25% murid mendapat gred C dan 40% murid mendapat gred D.
Peratus pencapaian gred E kumpulan kawalan serta eksperimen adalah masing-masing 10%
dan 25% dalam ujian pra.

Jadual 6 Min Skor pencapaian ujian pra sampel kawalan dan eksperimen
Skor min ujian pra

Kumpulan Eksperimen Kumpulan kawalan

6.95 7.85

Rajah 4. Min Skor pencapaian ujian pra sampel kawalan dan eksperimen

Berdasarkan analisis ujian pra didapati bahawa skor min kumpulan kawalan ialah
7.85 dan kumpulan eksperimen ialah 6.95. Ini menunjukkan bahawa skor min kumpulan
kawalan adalah lebih tinggi sebanyak 0.9 berbanding dengan kumpulan eksperimen.

Jadual 4.8 menunjukkan peratus pencapain ujian pos kumpulan kawalan dan
eksperimen, manakala jadual 4.9 menunjukkan min skor pencapain ujian pos kumpulan
kawalan dan eksperimen.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 260
Jadual 07 Peratus pencapaian ujian pos sampel kawalan dan eksperimen

Gred Kumpulan kawalan Kumpulan eksperimen


Bilangan sampel peratus Bilangan sampel Peratus
A 0 0 8 40
B 3 15 10 50
C 6 30 2 10
D 9 45 0 0
E 2 10 0 0

Rajah 6. Peratus pencapaian ujian pos sampel kawalan dan eksperimen

Pencapaian ujian pos yang diadakan selepas rawatan menujukan perbezaan yang
ketara diantara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Keputusan kumpulan
eksperimen jelas membuktikan keberkesanan rawatan kerana peratus yang mendapat gred A
melonjak kepada 40% dalam ujian pos. Kumpulan ini juga mendapat 50% gred B dan 10%
gredC. Responden daripada kumpulan kawalan gagal pencapai gred A dalam ujian pos.
Seramai 15% mendapat gred B, 30% mendapat gred C dan 10% mendapat gred E.Seramai
45% murid mendapat gred D. Ini adalah satu pencapaian yang amat rendah.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 261
Jadual 11
Min Skor pencapaian ujian pos sampel kawalan dan eksperimen
Skor min ujian pos

Kumpulan Eksperimen Kumpulan kawalan

15.75 8.15

Rajah 7. Min Skor pencapaian ujian pos sampel kawalan dan eksperimen

Berdasarkan analisis ujian pos didapati bahawa skor min kumpulan kawalan ialah
8.15 dan kumpulan eksperimen ialah 15.75. Ini menunjukkan bahawa skor min kumpulan
eksperimen adalah lebih tinggi sebanyak 7.6 berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini
membuktikan bahawa pendekatan belajar melalui bermain dapat meningkatkan pencapaian
penguasan konsep sains dalam topik ‘Tabiat Makanan Haiwan’ Tahun 3.

Ringkasan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain
terhadap peningkatan penguasaan konsep sains dan seterusnya mengkaji keberkesanan
pendekatan belajar melalui bermain membantu meningkatkan minat murid dalam mata
pelajaran sains. Kajian dijalankan melibatkan aspek kuantitatif dimana pendekatan diskriptif
digunakan untuk melihat kekerapan dan peratusan pencapaian murid dan minat murid
terhadap matapelajaran sains. Secara khususnya pembolehubah bersandar kajian ini terdiri
daripada minat murid terhadap pendekatan belajar melalui bermain iaitu 5 item soalan soal
selidik dan pencapaian murid sebanyak 20 item.

Dapatan Dan Perbincangan

Kesan kaedah pembelajaran pendekatan belajar melalui bermain terhadap minat.


Sebagai menjawab persoalan kajian berhubung keberkesanan pendekatan belajar melalui
bermain terhadap minat murid dalam matapelajaran sains, didapati bahawa pendekatan
belajar melalui bermain meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains. Berdasarkan
soal selidik yang dijawab oleh murid kumpulan eksperimen sahaja sebelum dan selepas
rawatan, skor min yang tinggi iaitu 3.94 yang ditunjukkan dalam jadual 4.2 dalam Bab IV
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 262
menunjukkan tahap minat yang tinggi terhadap matapelajaran sains. Ini membuktikan
bahawa kaedah main sambil belajar dapat menarik minat murid dan meningkatkan motivasi
murid secara positif. Ini adalah disebabkan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar, alat-
alat mainan serta aktiviti ‘hands-on’ dalam pendekatan belajar melalui bermain dapat
menarik perhatian murid dan penjelas sesuatu konsep pelajaran yang lebih berkesan
berbanding kaedah pengajaran tradisional.
Pendekatan ini telah mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran sains dimana,
mereka berasa sains sebagai satu matapelajaran yang mudah difahami dan menyeronokkan.
Dapatan kajian menunjukkan responden kumpulan pembelajaran dengan pendekatan belajar
melalui bermain lebih berminat untuk belajar sains berbanding dengan kumpulan
pembelajaran tradisional. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian lepas oleh Lau Ging Lim
(2012). Dalam pembentangan Seminar Penyelidikan Tindakan 2012, beliau menyimpulkan
pada hasil kajiannya bahawa penggunaan kaedah main sambil belajar didapati berjaya
meningkatkan minat serta penglibatan murid terutama murid tahap satu sekolah rendah dalam
pembelajaran sains, sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains.
Berdasarkan kepada profil murid dan keputusan ujian pra, menunjukkan kedua-dua
kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen secara umumnya mempunyai
latar belakang dan tahap pencapaian akademik yang lebih kurang sama. Faktor ini adalah
penting dalam kajian ini untuk melihat perbezaan yang akan dapat dihasilkan sebelum dan
selepas penggunaan pendekatan belajar melalui bermain kepada murid yang terlibat dalam
kumpulan eksperimen. Ini akan membantu dalam membuat perbandingan dengan kumpulan
kawalan yang diajar secara kaedah tradisional.
Berpandukan analisis data min, minat murid dalam mata pelajaran sains berjaya
ditingkatkan selepas menggunakan kaedah main sambil belajar digunakan pada topik tabiat
makanan haiwan.
Minat murid dalam sesuatu matapelajaran berkait rapat dengan penguasaan
responden terhadap subjek tersebut. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang baik dan
terancang membantu murid untuk belajar. Selepas menggunakan kaedah bermain sambil
belajar, pengkaji mendapati semua responden kumpulan eksperimen menjadi berminat
dalam mata pelajaran sains.

Kesan kaedah pembelajaran pendekatan belajar melalui bermain terhadap peningkatan


pencapaian kumpulan eksperimen
Kajian berhubung dengan kesan kaedah pembelajaran mengikut pendekatan belajar melalui
bermain terhadap peningkatan pencapaian responden mendapati bahawa peningkatan skor
prestasi responden pada ujian pos lebih tinggi daripada ujian pra kumpulan pembelajaran
yang menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Peningkatan min pencapaian yang
tinggi kepada kumpulan eksperimen adalah disebabkan oleh kaedah pengajaran kepada
kumpulan tersebut yang menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti kad imbasan,
patung haiwan dan multimedia serta aktivi mainan.
Peratus pencapaian ujian pos sampel eksperimen telah meningkat sebanyak 65%, iaitu
dari 35% dalam ujian pra kepada 100 % dalam ujian pos. Manakala bagi kumpulan kawalan
pula peratus pencapaian ujian pos ialah hanya 45% . Ini menunjukkan bahawa kaedah
bermain sambil belajar berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam proses
pembelajaran sains. Hasil dapatan kajian ini juga disokong oleh dapatan kajian daripada Nur
Hidayah Ibrahim et al (2010) yang mengatakkan aktiviti permainan semasa pembelajaran dan
pengajaran. akan meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Menurut Tengku Sarina
Aina dan Yusmina (2006) melalui Badruddin (2009), permainan adalah satu cara bagi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 263
melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di
sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Merujuk pada jadual 4.7 dan 4.9 dalam Bab IV, min skor pencapaian ujian pra
sampel eksperimen dan min skor pencapaian ujian pos sampel eksperimen memberikan nilai
perbezaan min yang positif. Perbezaan nilai min menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
skor yang signifikan dimana skor min ujian pos (15.75) yang lebih besar daripada skor min
ujian pos (6.95). Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan
belajar melalui bermain dapat meningkatkan pencapaian penguasaan konsep sains dalam
topik ‘Tabiat Makanan Haiwan’ Tahun 3 berbanding pembelajaran menggunakan kaedah
tradisional. Dapatan kajian ini juga sejajar dengan pendapat Morrison (2000) dan Spodek
(1973) melalui Fauziah (2010), yang mengatakan bermain adalah satu aktiviti semula jadi
dan keperluan bagi setiap kanak-kanak yang membolehkan mereka belajar dan meneroka
melalui aktiviti bermain kerana ia dapat meningkatkan daya imaginasi mereka. Bermain juga
melibatkan kemahiran manipulatif yang membolehkan murid memanipulasikan idea, konsep
dan pendapat dengan lebih berkesan.

Perbandingan pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen


Kajian ini jelas membuktikkan peningkatan dari segi minat dan pencapaian kumpulan
eksperimen berbanding kumpulan kawalan selepas didedahkan dengan pendekatan belajar
melalui bermain. Terdapat peningkatan dalam skor min minat murid terhadap subjek sains
selepas rawatan. Sains juga menyebabkan murid lebih berminat dalam pembelajaran mata
pelajaran Sains.
Merujuk pada jadual 4.9 dalam Bab IV, min skor pencapaian ujian pos sampel
kawalan dan eksperimen memberikan nilai perbezaan min yang positif. Perbezaan nilai min
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor yang signifikan dimana skor min kumpulan
eksperimen (15.75) yang lebih besar daripada skor min kumpulan kawalan (8.15). Ini
membuktikan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain dapat meningkatkan pencapaian penguasaan konsep sains dalam topik ‘Tabiat
Makanan Haiwan’ Tahun 3 berbanding pembelajaran menggunakan kaedah tradisional.Ini
jelas menunjukkan rawatan pendekatan belajar melalui bermainmemainkan peranan yang
amat penting dalam mewujudkan dan meningkatkan minat serta pencapaian responden. Hasil
dapatan kajian ini juga disokong oleh kajian lepas daripada Nur Hidayah Ibrahim dan
Marzuki Ngah (2010) bahawa minat murid terhadap mata pelajaran sains meningkat selepas
kaedah simulasi dilaksanakan. Simulasi adalah salah satu aktiviti daripada kaedah main
sambil belajar. Ini juga disokong oleh kajian lepas daripada Linah (2009), yang mendapati
bahawa kaedah bermain sambil belajar mampu meningkatkan minat murid.
Dapatan daripada kajian dan analisa yang telah dibuat jelas menunjukkan
pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dapat membantu pelajar
yang lemah dan sederhana meningkatkan pencapaian penguasaan konsep sains dalam topik
ini. Kaedah ini membolehkan murid belajar secara invidu dan meningkatkan pemahaman
mereka dalam topik tersebut.

Kesimpulan
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan satu kajian bertujuan meninjau keberkesanan
kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Merujuk pada hasil
analisis data kajian, didapati persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini sudah
dijawab dan dapat dirumuskan bahawa:
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 264
1. Pengajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dapat mempengaruhi
minat dan motivasi murid dalam pembelajaran sains dan menjadi suatu pendekatan
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
2. Terdapat peningkatan penguasaan konsep sains yang ketara di kalangan murid yang
didedahkan dengan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain
sebelum dan selepas rawatan.
3. Terdapat perbezaan pencapaian yang tinggi di antara murid-murid yang didedahkan
dengan pembelajaran menggukan pendekatan belajar melalui bermain dengan murid-
murid yang diajar dengan kaedah tradisional.
Murid-murid sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza
daripada kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru-guru. Pembelajaran
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dapat memberikan persekitaran yang
berbeza dan memberi variasi pembelajaran kepada murid. Pendekatan belajar melalui
bermain juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu konsep sains yang
dipelajari dan meningkatkan motivasi serta minat murid dalam matapelajaran sains.

Implikasi Dapatan Kajian


Dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan ini memberikan implikasi secara
langsung ke atas pembelajaran sains yang dijalankan di sekolah rendah secara umum
dansecara khususnya tahun tiga. Daripada perbincangan dapatan kajian, beberapa implikasi
dapat disintesis dan jika diimplimentasikan secara terancang dan teratur akan meningkatkan
kualiti pembelajaran sains. Terdapat beberapa implikasi khususnya kepada murid dan guru.

Implikasi kepada murid


Pendekatan belajar melalui bermain dapat meningkatkan dan mempercepatkan kefahaman
murid untuk memahami konsep-konsep asas sains. Murid boleh menjawab soalan-soalan
ujian dengan memperoleh markah yang lebih tinggi berbanding murid yang belajar melalui
pendekatan tradisional. Pembelajaran sains menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain juga menunjukkan pembelajaran bermakna akan berlaku kepada murid apabila
diberi peluang untuk main sambil belajar. Sikap positif murid terhadap matapelajaran sains
terbina setelah melalui pembelajaran yang menggunakan pendekatan belajar melalui bermain
yang mendorong mereka untuk lebih berminat,seronok dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pendekatan belajar melalui bermain juga membolehkan murid mengaitkan mata pelajaran
dengan pengalaman harian. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid main dan
mendapatkan bukti serta menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

Implikasi kepada guru


Semua guru terutamanya guru sains akan menyedari kebaikan dan kelebihan menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan belajar melalui bermain dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran
dan menerangkan konsep sains terutamanya bagi topik pelajaran yang bersifat abstrak.
Melalui pendekatan belajar melalui bermain guru juga diharap dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang berjaya. Selain itu, pembelajaran melalui pendekatan belajar
melalui bermain boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sains.
Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, guru-guru sains perlu mempelbagaikan
kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam kelas Sains. Kaedah yang digunakan tidak
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 265
seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungan secara tradisi semata-mata kerana
ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman murid dan
lebih tertumpu kepada latih tubi secara individu. Guru juga perlu menggunakan pendekatan
belajar melalui bermain kerana kaedah ini telah banyak diuji dan didapati dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid terutama kanak-kanak dibawah berumur 12 tahun.
Walau bagaimana pun tidak dinafikan penggunaan pendekatan belajar melalui
bermain banyak memerlukan pengorbanan dari pihak guru, usaha yang lebih banyak dan
persediaan yang lebih awal. Namun begitu, persediaan awal yang lebih terancang dapat
mengatasi segala kesulitan guru.
Pendekatan belajar melalui bermain selari dengan konsep KSSR dan Sekolah Bestari
yang berasaskan kemahiran menakul. Maka pihak KPM perlu mewujudkan satu garis
panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru berkenaan kit-kit
permainan. Pihak kementerian, khususnya Bahagian Pendidikan Guru, perlu memberi latihan
dalam perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru sains yang sedang berkhidmat
bagi membantu mereka menguasai penggunaan pendekatan belajar melalui bermain. Ini akan
menggalakkan guru bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas mereka.
Implikasi kepada institusi pengkajian tinggi yang menawarkan Program Pendidikan
Guru adalah tentang keperluan memberi pendedahan mengenai pendekatan belajar melalui
bermain kepada bakal guru secara formal iaitu dalam bentuk sebahagian daripada kursus
pedagogi. Selain daripada itu, guru pelatih perlu diberi galakan untuk menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain semasa menjalankan latihan mengajar.

Cadangan Kajian Lanjutan


Generalisasi kajian ini adalah bergantung kepada batasan kajian yang terhad. Ini adalah
kerana sampel bagi kajian ini terdiri daripada murid-murid pelbagai tahap kebolehan dari
kawasan bandar. Maka adalah tidak pasti sejauh mana kita dapat generalisasikan dapatan
kajian ini bagi populasi lain di persekitaran yang lain. Oleh sebab itu, adalah wajar bagi
menjalankan kajian lanjutan bagi menguji kesan pendekatan belajar melalui bermain dalam
situasi yang berlainan, terutamanya di kawasan luar bandar, sebelum generalisasi yang lebih
umum dapat diberikan.
Selain daripada itu, sampel kajian ini terhad kepada sebuah sekolah .Maka, kajian
lanjutan perlu dilakukan di lokasi lain dan menggunakan kaedah eksperimen yang
menggunakan persampelan rawak. Antara aspek lain yang di ambil kira di dalam kajian
selanjutnya adalah pendekatan belajar melalui bermain ke atas murid mengikut tahap
kebolehan yang berbeza, tahap penglibatan murid semasa aktiviti, pelaksanakan pengajaran
guru menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dan persepsi guru dan pelajar yang
terlibat dalam kajian.

Rumusan
Secara keseluruhannya bab ini telah membincangkan dengan lebih jelas tentang hasil dapatan
kajian. Kajian ini dijalankan bagi menentukan pembelajaran dengan pendekatan belajar
melalui bermain terhadap pencapaian dan minat murid-murid tahun 2 dalam matapelajaran
sains. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian kumpulan eksperimen melalui pendekatan
belajar melalui bermain adalah lebih tinggi daripada kumpulan pembelajaran tradisional.
Berdasarkan dapatan kajian juga dapat dirumuskan bahawa pelajar lebih berminat untuk
mempelajari sains dengan menggunakan kaedah pembelajaran sains. Selain itu, didapati
minat pelajar turut meningkat selepas diajar dengan menggunakan teknik main sambil
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 266
belajar. Berdasarkan maklum balas soal selidik berkaitan minat, pendekatan belajar melalui
bermain wajar dijadikan sebagai salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam
mata pelajaran sains.

Rujukan
Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for Young Children 29-39.
USA: Delma Thomson Learning.
Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning. Child Development 304-308.
UK: Allyn & Bacon.
Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Play’s potential in early literacy development. Encyclopedia on early
childhood development [online]. Centre of exellence for early childhood development.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 3 April 2017, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work based approach for the early years
professional. London: Continuum International Publishing Group.
Eccles, J. S. 1983. Expectancies, values and academic behaviours. Dalam Spence, J. T. (ed.), Achievement and
Achievement Motivation. W. H. Freeman, San Francisco.
Ee, J. Wong, K. Y., Aunio, P. 2006. Numeracy of young children in Singapore, Beijing and Helsinki. Early
Childhood Education Journal 33 (5), 325-332.
Eliason, C. & Jenkins, L. 2003. A practical guide to early childhood curriculum (5 th ed.). New York: Mac
Millan College Publishing Company.
Elkind, D. (2001). Young Einsteins: Much too early. Education Matters 1 (2), 9-15.
Ellington, H. & Baharuddin, A. (2000). A practical guide to instructional design. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor.
Fauziah Md. Jaafar. (2009). Kepentingan aktiviti bermain di dalam pendidikan prasekolah. Malaysian
Education Deans’ Council Journal, 3, 114-120.
Flavell, J. H. (1963). The Developmental psychology of Piaget. New York: Van Nostrand Reinhold.
Foresster, M. A. (ed.) (2010). Doing Qualitative Research in Psychology. London: SAGE Publications Ltd.
Fosnot, C. T. (1996). Constructivism: Theory, perspectives and practice. New York: Teachers College Press.
Fromberg, D., P. (1990). An agenda for research on play in early childhood education. Dalam E. Klugman & S.
Smilansky (Eds.), Children’ play and learning: Perspectives and policy implications. New York:
Teacher’s College Press.
Fromberg, D., P. (1992). Play. Dalam Seefeldt, C. (ed.). Early childhood education: A review of research. New
York: Teachers College Press.
Fromberg, D., P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn and Bacon.
Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham, S. (1990). The state of American playgrounds. Journal of Physical
Education, Recreation, and Dance, 61 (8), 18-23.
Gay, L.R. (1996). Educational research: Competencies for analysis and application. Upper Saddle River, NJ:
Merrill.
Gay, L. R. & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and application. (7th ed).
New Jersey: Prentice Hall.
Gagné, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction, (4th ed.). New York: Holt, Rinehart
and Winston.
Gagnon, G.W. & Collay, M. (2001). Designing for learning: Six elements in constructivist classroms. Thousand
Oaks: Corwin Press Inc.
Ginsburg, K. R. (2007). The importance of play in promoting healthy child development and maintaining strong
parent-child bonds. American Academy of Pediatrics 119(1).
Gottfried, A. E. (1985). Academic intrinsic motivation in elementary and junior high school students. Journal of
Educational Psychology 20, 205-215.
Gustafson, K. L. 1991. Survey of Instructional Development Models. US Department of Education: Public
Domain.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2009). Perkembangan kanak-kanak: Untuk program ijazah sarjana muda
perguruan (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hall, N. & Abbott, L. (1991). Play in the primary curriculum. London: Hodder & Stoughton.
Harlan, J. D., & Rivkin, M. S. (2000). Science experiences for the early childhood years: An integrated
approach (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 267
Harper-Whalen, S., Walmsey, T. & Moore, K. (1991). An introduction to teaching through play. Module 4.
University of Montana, Missoula: Division of Educational Research and Services.
Harter, S. 1981. A new self-report scale of intrinsic versus extrinsic orientation in the classroom: Motivational
and informational components. Developmental Psychology 17, 300–312.
Harter, S. 1982. The perceived competence scale for children. Child Development 53: 87-97.
Hassan Langgulung. (1979). Kreativiti dan pendidikan: Satu kajian psikologi dan falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hidi, S. (1990). Interest and its contribution as a mental resource for learning. Review of Educational Research
60, 549-571.
Hidi, S. (2001). Interest, reading and learning: Theoretical and practical considerations. Educational Psychology
Review 13, 191–210.
Hidi, S. (2006). Interest: A unique motivatonal variable. Educational Research Review 1, 69-82.
Hidi, S., & Harackiewicz, J. (2000). Motivating the academically unmotivated: A critical issue for the 21st
century. Review of Educational Research 70, 151– 179.
Hidi, S., & Renninger, A. (2006) The four-phase model of interest development. Educational Psychologist 41:
111–127.
Hoepfl, M.C. 1997. Choosing qualitative research: A primer for technology education researchers. Journal of
Technology Education 9(1): 47-63.
Hope Marchionda. 2006. Preservice teachers’ procedural and conceptual understanding of fractions and the
effects of inquiry based learning on this understanding. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. University of
Clemson.
Hughes, F. P. 1995. Children, play and development (2nd. Edition). Boston: Allyn & Bacon.
Hughes, F. P. 1999. Children, play and development (3rd. Edition). Boston: Allyn & Bacon.
Liu, E. Z. F., & Chen, P.-K. (2013). The Effect of Game-Based Learning on Students’ Learning Performance in
Science Learning – A Case of “Conveyance Go.” Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 1044–1051.
Lye, S. Y., & Koh, J. H. L. (2014). Review on teaching and learning of computational thinking through
programming: What is next for K-12? Computers in Human Behavior, 41, 51–61.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997). Tatabahasa Dewan:
Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Hidayah Ibrahim & Marzuki Ngah. (2010). Meningkatkan Minat Murid-murid Terhadap Pembelajaran
Sains dalam Tajuk “Perlindungan Haiwan daripada Bahaya” Menggunakan Kaedah Simulasi
(Permainan). Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Tahun 2011, 1(2).
Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: Foundation principles and issues. USA: Pearson
Educaton.
Sawyers, J. K. & Rogers, C. S. 1998. Helping children develop through play: A practical guide for
parents,caregivers and teachers. Washington, DC: National Association for the Education of Young
Children.
Tuan Mastura Tuan Soh, Kamisah Osman, & Nurazidawati Mohamad Arshad. (2012). M-21CSI: A validated
21st century skills instrument for secondary science students. Asian Social Science, 8(16), 38–44
Wardle, F. (2008). Play as curriculum. http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?
ArticleID=127. [6 April 2011].
Yusoff, M. H. (2013). Knowledge Development through Constructionism Game-Based Learning Application :
An Evaluation of Students ’ Performance, 2(3).
Zakiah, M. A., Azlina, M. K., & Yeo, K. J. 2011. Persepsi dan amalan guru novis terhadap penggunaan
pendekatanbelajar sambil bermain. Kertas kerja yang dibentangkan dalam The International
Conference on EarlyChildhood and Special Education (ICECSE), 10-12.
Zhang, X. (2017). Acid-Base Poker: A Card Game Introducing the Concepts of Acid and Base at the College
Level. Journal of Chemical Education, 94(5), 606–609.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 268

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN M-MOBILE SEMASA MUSIM COVID-19 DI


KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Noraimi Mahran, Wida Yanti Mohammad Zen Umar dan Ahmady Solong

Abstrak
Zaman serba canggih merubah banyak konsep cara pengajaran dan pembelajaran masa
kini.Pelbagai teknologi diperkenalkan untuk memudahkan semua golongan pensyarah dan
pelajar mendapatkan ilmu secara efektif. Dengan itu, pembelajaran Mobile Learning (M-
Learning) adalah pendekatan pembelajaran yang menentukan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran melalui teknologi masa kini. Secara umumnya, Mobile Learning (M-Learning)
adalah satu kaedah pembelajaran yang menggunakan teknologi mobile yang membantu
proses pembelajaran, rujukan atau pencarian maklumat yang berguna pada sesuatu masa
(Yulius Hari, Darmanto & Minny Elisa Yanggah, 2016). Antara teknologi atau peranti yang
boleh digunapakai adalah seperti PDA, telefon bimbit (smart phone) dan sebagainya. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kesediaan para pelajar belajar melalui
pembelajaran Mobile Learning (M-Learning), tahap kemampuan belajar melalui Mobile
Learning (M-Learning) dan tahap penerimaan pembelajaran Mobile Learning (M-Learning)
oleh pelajar dari politeknik kuching sarawak. Seramai 195 orang pelajar terlibat dalam kajian
ini. Kaedah analisa kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi serta
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan peratus, min, dan sisihan piawai.
Dapatan kajian akan menujukkan tahap kesediaan pelajar, tahap kemampuan dan tahap
penerimaan pembelajaran melalui Mobile Learning (M-Learning). Berdasarkan kepada
dapatan yang diperolehi, beberapa cadangan akan dikemukakan bagi menjayakan
pembelajaran Mobile Learning (M-Learning) di politeknik kuching sarawak.

Kata kunci : pembelajaran; pembelajaran atas talian; pelajar;

Pengenalan
Pada akhir tahun 2019 satu wabak yang mengejutkan dunia iaitu wabak covid-19 yang telah menjadi
satu isu yang menakutkan dan membimbang semua penduduk dunia. Pembelajaran “online” memang
sudah diterapkan dari dulu lagi dan ianya memang menjadi satu trend zaman millennium sekarang
tetapi sejak isu wabak covid-19 semakin meruncing pembelajaran atas talian menjadi wajib bagi
setiap institusi pengajian. Justeru, bagi mempermudahkan urusan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP),
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad menyarankan semua institusi pengajian tinggi
(IPT) sama ada awam mahupun swasta bertindak melaksanakannya secara dalam talian sangat
bertepatan dalam menghadapi wabak COVID-19.Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini tidak
lagi tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa. Sistem pembelajaran mudah alih atau Mobile Learning (M-Learning) telah
diperkenalkan bagi meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, Mobile Learning
(M-Learning) boleh dikatakan masih baru dari aspek pelaksanaannya. Mobile Learning (M-Learning)
merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan dalam proses pembelajaran. Ia menekankan kepada
lokasi fizikal proses pembelajaran itu berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Di samping itu
juga, Quinn (2002) mendenifinisikan M-Learning sebagai belajar menerusi peralatan mudah alih
seperti Palms, PDA dan juga telefon pintar.
Teknologi komunikasi mudah alih telah menyediakan pelbagai alternatif dan kemudahan
berhubung, sebagai contoh telefon bimbit tidak lagi terhad bagi tujuan menerima dan membuat
panggilan semata-mata. Telefon bimbit juga sudah dilengkapi dengan kemudahan menghantar dan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 269
menerima e-mail, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) yang
hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar, jujukan-jujukan animasi dan rakaman video pendek
(Donald, 2003). Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit pengguna juga boleh melayari laman
web dan melayari pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan komunikasi tanpa wayar juga telah
disediakan bagi memudahkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi yang memerlukan capaian
internet.
Pembelajaran secara Mobile Learning (M-Learning) telah terbukti keberkesanannya di negara
luar. Perkongsian nota di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti
telefon pintar dalam kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi
untuk memuat turun nota. Perkongsian nota telah dimudahkan dengan hanya menggunakan wi fi atau
perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang
dilanggani dan memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Selain itu,
mengikut Triantafillou, Georgiadou & Economides (2006), melalui kajian mereka terhadap ujian yang
dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dilakukan
melalui ujian Mobile Learning (M-Learning) adalah lebih efektif dan efisyen kerana lebih
menjimatkan masa berbanding dengan ujian yang menggunakan kertas dan pensil.
Selain itu, menurut Wood (2003), penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam
pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara
membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih
murah berbanding komputer desktop. Melalui penggunaan peralatan mudah alih dalam Mobile
Learning (M-Learning), ianya dapat membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan
kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan bertanggungjawab, menggalakkan pembelajaran
kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-Smith
& Kent, 2003).

Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang yang telah dibincangkan, masalah kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran tradisional, masalah kelemahan tadbir urus E-Pembelajaran dan kurangnya panduan
penggunaan E-Pembelajaran adalah merupakan salah satu masalah yang dihadapi dalam bidang
pendidikan. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati penggunaan Mobile Learning (M-Learning)
dalam pembelajaran berkemungkinan dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini.
Oleh yang demikian, pengkaji ingin melihat adakah penggunaan telefon mudah alih dan
aplikasi yang dimiliki oleh pelajar ini sedia digunakan dalam pembelajaran. Perkara utama yang
hendak dilihat adalah dari aspek tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan Mobile Learning (M-
Learning), tahap kesesuaian penggunaan Mobile Learning (M-Learning) kepada pelajar dan tahap
penerimaan Mobile Learning (M-Learning) pelajar Politeknik kuching sarawak.

Objektif
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran Mobile Learning (M-
Learning).
ii. Mengenalpasti tahap kemampuan pembelajaran Mobile Learning (M-Learning) kepada
pelajar untuk tujuan pembelajaran.
iii. Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran Mobile Learning (M-
Learning).
iv. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran
Mobile Learning (M-Learning) antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan
pembelajaran.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 270
Kepentingan Kajian
Kajian in tertumpu kepada faktor-faktor yang mendorong pelajar politeknik kuching sarawak
memilih bidang kemahiran. Kajian ini berkepentingan untuk:
i. Memberi panduan yang terbaik kepada Jabatan Teknologi maklumat untuk merancang
program yang tersusun dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memberi pengetahuan kepada pihak institusi tentang tahap penggunaan pembelajaran secara
Mobile Learning (M-Learning) untuk tujuan pembelajaran.
iii. Memberi pengetahuan mengenai tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran Mobile
Learning (M-Learning).
iv. Mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai
teknik pembelajaran yang terkini.

Skop Kajian
Di dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji hanya menumpukan kajian di dalam skop yang telah
dikenalpasti seperti berikut:
i. Kajian terhadap elemen kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran Mobile
Learning (M-Learning), tahap kemampuan penggunaan pembelajaran Mobile
Learning (M-Learning) kepada pelajar dan tahap penerimaan pembelajaran Mobile
Learning (M-Learning) oleh pelajar di Politeknik kuching sarawak.
ii. Kajian hanya dilaksanakan di Politeknik kuching sarawak.
iii. Kajian yang dijalankan adalah secara kuantitatif iaitu melalui pungutan data
berdasarkan borang soal selidik yang dihasilkan oleh pengkaji.

Sorotan Literatur
Bob Little (2012) telah menjalankan kajian berkaitan dengan perkembangan terkini dalam reka
bentuk, pembangunan dan penggunaan Mobile Learning (M-Learning). Hasil kajian mendapati
Mobile Learning (M-Learning) sedang membangun dengan cepat dari segi aplikasi, falsafah dan
piawaian. Selain daripada itu juga Mobile Learning (M-Learning) telah memberi impak yang hebat
kepada pelajar kerana menjadi sebagai penyambung pengetahuan dan kepakaran yang mereka
perlukan tidak kira masa dan tempat.
Mengikut kajian Idrus & Buntat (2008), fokus utama Mobile Learning (M-Learning) adalah
pelajar. Suasana pembelajaran Mobile Learning (M-Learning) akan memaksa pelajar menjadi
berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran boleh dipilih sendiri
oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Selain itu, pelajar tidak perlu rasa malu untuk
mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap fleksibel dan kurang tekanan kerana
ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan peranti mudah alih dan internet. Di
samping itu juga, pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka dan
pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya serta pelajar juga berpeluang mempelajari tajuk yang
sukar berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam
talian dan perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada

Metadologi Kajian
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu
meninjau penggunaan pembelajaran mudah alih di Politeknik kuching sarawak. Menurut Sabitha
Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul
maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson
(2006) juga menyatakan ia juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu dengan
harapan mendedahkan hal-hal yang benar.
Responden kajian ialah terdiri dari kalangan populasi pelajar politeknik kuching sarawak.
Berdasarkan Jadual Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejeie dan Morgan (1970), bagi saiz
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 271
minumum populasi yang berjumlah 200 orang pelajar, saiz minimum sampel yang diperlukan ialah
127 orang dan jumlah saiz sampel yang telah menjawab adalah berjumlah 195 orang. Pemilihan
sampel pelajar adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan di Politeknik kuching sarawak..
Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian sosial, maka jenis instrumen kajian yang dipilih
adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Penggunaan soal selidik juga
boleh membantu penyelidik menentukan sifat 'impersonal' dalam jawapan dan keseragaman
dikalangan responden. Salah satu kebaikan soal selidik adalah ianya menjamin kerahsiaan
disamping ia dapat memperolehi maklumat yang tepat dari responden (Ary, Jacob dan Razarieh,
1990). Soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi maklumat
responden dan Bahagian B mengandungi item penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap
kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar dan tahap penerimaan pembelajaran
mudah alih oleh pelajar Politeknik kuching sarawak. Skala Likert amat sesuai digunakan untuk
menjalankan kajian tinjauan ini. Ini kerana Skala Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum
balas yang berat sebelah. Skala ini akan menyatakan Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS),
Kurang Setuju (KS), Setuju (S), dan Sangat Setuju (SS). Skala akan diberikan bermula daripada
nombor 1 hingga 5 (Jadual 2).

Jadual 2:
Skala Likert
Skala Tafsiran
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Pengumpulan data dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan bantuan pensyarah dan pelajar
yang terlibat. Kesemua responden pelajar yang terlibat dalam mengisi borang soal selidik telah
mengembalikan semula secara langsung kepada pengkaji. Analisis statistik deskriptif telah digunakan
untuk mendapatkan min menggunakan perisian SPSS versi 26.0.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tafsiran skor min untuk menjawab persoalan satu,
persoalan dua dan persoalan tiga yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi persoalan
tersebut. Tafsiran dapatan daripada soal selidik di analisis seperti (Jadual 3).

Jadual 3 :
Tafsiran skor min
Kumpulan Julat Tahap kecenderungan
1 1.00 – 2.33 Rendah
2 2.34 – 3.67 Sederhana
3 3.68 – 5.00 Tinggi
(Sumber: Adaptasi daripada Landell, 1997)

Hasil Dapatan Kajian


Perbincangan akan berkisar tentang hasil-hasil kajian yang telah dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 26.0. Item-item soalan dibentuk mengikut kod bagi memudahkan proses menganalisis.
Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi yang menunjukkan kesediaan pelajar terhadap
penggunaan Mobile Learning (M-Learning), tahap kesesuaian penggunaan Mobile Learning (M-
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 272
Learning) kepada pelajar, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan Mobile Learning (M-
Learning) dan perbezaan yang signifikan penggunaan Mobile Learning (M-Learning) antara pelajar
lelaki dan perempuan untuk tujuan pembelajaran.
Pengkaji mendapati 195 sampel pelajar Politeknik kuching yang dipilih adalah terdiri
daripada 80 (41.03%) orang lelaki dan 115 (58.97%) orang perempuan .Responden terdiri daripada
(31.8%) pelajar Diploma Teknologi Maklumat, (15.6%) pelajar Diploma Mekanikal, (19.0%) pelajar
Diploma Perdagangan dan (33.5%) pelajar diploma kejuruteraan Awam.

Jadual 5 :
Tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih
Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
Mobile Learning (M-Learning) sesuai dengan gaya pembelajaran 3.85 0.598
1
saya
Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan mutu 3.78 0.630
2
pembelajaran saya.
Mobile Learning (M-Learning) dapat membentuk rangkaian 3.92 0.604
3
pembelajaran yang lebih unik.
Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan kualiti proses 3.71 0.719
4
penyampaian P&P
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.75 0.808
5
menyeronokkan
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.86 0.663
6
tidak membebankan saya
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) mampu memudahkan 4.34 0.952
7 proses
penyampaian P&P
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.91 0.624
8
dapat mengurangkan beban kerja saya.
Menggunakan Mobile Learning (M-Learning) walaupun kos yang 3.89 0.639
9
tinggi untuk perkakasan telefon mudah alih
Menggunakan Mobile Learning (M-Learning) walaupun kos yang 3.88 0.670
10
tinggi untuk perisian telefon mudah alih.
Menggunakan Mobile Learning (M-Learning) walaupun kos yang 3.89 0.676
11
tinggi untuk servis telefon mudah alih
Suka menggunakan kaedah Mobile Learning (M-Learning) kerana 3.97 0.707
12
ia lebih ringan berbanding buku teks
Akan berusaha untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui 4.05 0.598
13
peranti mudah alih pada masa akan datang
Purata 3.91

Bagi tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih merujuk item 7
(Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) mampu memudahkan proses penyampaian P&P)
mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 4.34 iaitu pada tahap berkecenderungan tinggi, diikuti
item 13 (Akan berusaha untuk mendapatkan bahan pembelajaran melalui peranti mudah alih pada
masa akan datang) dengan skor minnya 4.05. Manakala skor min yang terendah ialah bagi item 4
(Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan kualiti proses penyampaian P&P) dengan skor
min 3.71. Secara keseluruhannya tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah
alih adalah berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah 3.91 (Jadual 5).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 273
Jadual 6 :
Tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih kepada pelajar
Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
Mobile Learning (M-Learning) sesuai dengan gaya pembelajaran 3.91 0.604
1
saya
Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan mutu 3.85 0.622
2
pembelajaran saya.
Mobile Learning (M-Learning) dapat membentuk rangkaian 3.97 0.551
3
pembelajaran yang lebih unik.
Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan kualiti proses 3.84 0.610
4
penyampaian P&P.
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.87 0.674
5
menyeronokkan.
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.94 0.580
6
tidak membebankan saya
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) mampu memudahkan 3.93 0.630
7 proses
penyampaian P&P.
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dalam proses P&P 3.94 0.611
8
dapat mengurangkan beban kerja saya.
Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) yang efektif dapat 3.96 0.541
9
membantu saya untuk merancang aktiviti P&P.
Teknologi mudah alih dapat memberi nilai tambah terhadap 3.94 0.558
10
pembelajaran saya.
Pembelajaran menggunakan peranti mudah alih boleh membantu 3.90 0.650
11
meningkatkan pencapaian akademik saya.
Purata 3.91

Merujuk item 3 (Mobile Learning (M-Learning) dapat membentuk rangkaian pembelajaran


yang lebih unik.) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 3.97 iaitu pada tahap
berkecenderungan tinggi, diikuti item 9 (Penggunaan Mobile Learning (M-Learning) yang efektif
dapat membantu saya untuk merancang aktiviti P&P.) dengan skor minnya 3.96 . Manakala skor min
yang terendah ialah bagi item 4 (Mobile Learning (M-Learning) dapat meningkatkan kualiti proses
penyampaian P&P.) dengan skor min 3.84. Secara keseluruhannya Tahap kesesuaian penggunaan
pembelajaran mudah alih kepada pelajar adalah berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan
berjumlah 3.91 (Jadual 6) .

Jadual 7 :
Tahap penerimaan pembelajaran mudah alih
Sisihan
Bil. Item Min
Piawai
3.96 0.564
1 Suka belajar menggunakan Mobile Learning (M-Learning).
Menjadi lebih produktif dengan menggunakan Mobile Learning 3.89 0.637
2
(M-Learning).
Mendapat dorongan daripada kawan untuk menggunakan 4.04 0.669
3
Mobile Learning (M-Learning).
Mendapat dorongan daripada pensyarah untuk menggunakan 3.96 0.661
4
Mobile Learning (M-Learning).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 274
Yakin akan melakukan tugas yang baik apabila menggunakan 3.88 0.729
5
Mobile Learning (M-Learning).
Selalu menyimpan hasil carian saya setiap kali menggunakan 4.03 0.569
6
Mobile Learning (M-Learning).
Boleh menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran dengan 3.88 0.614
7
menggunakan Mobile Learning (M-Learning).
Banyak menggunakan keupayaan mental yang lebih tinggi ketika 3.99 0.689
8
menggunakan Mobile Learning (M-Learning).
Lebih berasa selesa apabila belajar menggunakan peranti mudah 3.91 0.726
9
alih.
Menggunakan Mobile Learning (M-Learning) untuk mengubah 3.96 0.645
10
gaya pembelajaran saya.
Berpendapat dengan menggunakan peranti mudah alih, sesi 3.87 0.734
11
pembelajaran akan menjadi lebih mudah.
Purata 3.94

Merujuk item 3 (Mendapat dorongan daripada kawan untuk menggunakan Mobile Learning
(M-Learning).) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 4.04 iaitu pada tahap berkecenderungan
tinggi, diikuti item 6 (Selalu menyimpan hasil carian saya setiap kali menggunakan Mobile Learning
(M-Learning).) dengan skor minnya 4.03. Manakala skor min yang terendah ialah bagi item 11
(Berpendapat dengan menggunakan peranti mudah alih, sesi pembelajaran akan menjadi lebih mudah)
dengan skor min 3.87. Secara keseluruhannya tahap penerimaan pembelajaran mudah alih adalah
berkecenderungan tinggi dengan nilai keseluruhan berjumlah 3.94(Jadual 7).

Analisis Inferensi

Analisis Ujian – t.
Kaedah Ujian-t ini digunakan untuk menguji hipotesis yang melibatkan perbezaan skor min antara
dua pembolehubah, iaitu pemboleh ubah bebas bagi penerimaan dengan pembolehubah bersandar
penggunaan Mobile Learning (M-Learning) dikalangan jantina. Ujian-t akan digunakan untuk
menguji hipotesis berikut.

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar terhadap penggunaan Mobile
Learning (M-Learning) antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan pembelajaran.

Jadual 8:
Keputusan Ujian-t
Sig.
t df
(2-tailed)
Penerimaan pelajar terhadap penggunaan Mobile
Learning (M-Learning) antara pelajar lelaki dan -2.378 193 0.018
perempuan
Aras keertian p=0.05

Hasil Ujian-t menunjukkan bahawa perbezaan ini adalah signifikan (p > 0.05). Oleh itu,
hipotesis nol yang mengatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan pelajar terhadap
penggunaan Mobile Learning (M-Learning) antara pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan
pembelajaran adalah tidak diterima (Jadual 8). Hasil daripada keputusan Ujian-t menunjukkan
terdapat perbezaan penerimaan pelajar terhadap penggunaan Mobile Learning (M-Learning) antara
pelajar lelaki dan perempuan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 275
Perbincangan Dan Kesimpulan
Hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan bahawa pengkaji berjaya mencapai ketiga-
tiga objektif kajian. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan Mobile
Learning (M-Learning), tahap kesesuaian Mobile Learning (M-Learning) kepada pelajar dan tahap
penerimaan pelajar terhadap penggunaan Mobile Learning (M-Learning) berada pada tahap yang
tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar di Politeknik kuching sarawak bersedia
menggunakan pembelajaran mudah alih ini dalam pada masa yang sama, mereka juga boleh
menerima kehadiran Mobile Learning (M-Learning) di dalam dunia pendidikan. Selain itu,
kemungkinan besar pembelajaran mudah alih akan digunakan sepenuhnya dalam situasi sekarang
iaitu isu covid-19.kebanyakan universiti awam (UA) memiliki strategi dan langkah alternatif kepada
amalan pembelajaran bersemuka kepada secara dalam talian yang dianggap pilihan terbaik dalam
menghadapi situasi menggugat suasana pembelajaran ini. Arahan agar tidak dilaksanakan kuliah
secara bersemuka demi keselamatan pelajar dan pensyarah, sebaliknya memanfaatkan Open and
Distance Learning (ODL). Pensyarah juga menggunakan segala kreativiti mereka untuk berinteraksi
dengan pelajar walaupun berjauhan.

Rujukan
Abdul Majid. (2012). Mobile Learning. Kertas Kerja Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Sekolah Pasca
Sarjana (s-3). Program Study Pengembangan Kurikulum.. Journal of Islamic and Arabic Education, 5
(1): 1-10
Ahmad Sobri Shuib. (2010). Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah: Teknik Delphi.
Proceeding of Regional Conference on Knowledge Integration in Information and Communicating
Technology 2010, pp. 652-665.
Ary, D., Jacobs, L.C., dan Razareih, A.(1990). Introduction to Research In Education (4th edition).
Orlando: Harcourt Brace Publishers.
Bob Little (2012). Effective and efficient mobile learning: issues and tips for developer.
Donald, J.L. (2003). Wireless MessagingDemystified : SMS, EMS, MMS, IM and Others. United States:
McGraw-Hill Profesional.
Gable, R. K., Wolf, M. B. 1993. Instrument development in the effective domain. 2nd. Ed. Boston: Kluwer
Academic Publisher.
Idrus, W. & Buntat, Y (2008). Aplikasi M-Learning dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
Malaysia : isu dan cadangan perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Jackson, S. L. (2006) Research Methods And Statistics, Wadsworth, Cengage Learning, USA., 84-85.
Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Determining Sample Size For Research. Educational and Psychological
Measurement.
Kukulska-Hulme, A., & Traxler, J (2005). Mobile Learning: A Handbook For Educator And Trainers. London,
UK:Routledge.
Landell, H. K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Son Inco.
Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Cetakan Pertama, Petaling Jaya, Selangor. Prentice Hall.
91 – 118
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norusis, M. J. 1977. SPSS professional statistic 7.5. North Michigan Avenue, Chicago.
Pallant, J. 2001. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version
10). Buckingham Open University Press.
Quinn, C. (2002). Mlearning : Mobile, Wireless, in your Pocket Learning. Dicapai pada Oktober 15, 2012 dari
http://www.linezine.com/2.1/features/cqmmwiyp.htm
Sekaran, U. 1992. Research methods for bussiness: a skill-building approach. New York: John Wiley &
Sons, Inc.
Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, konsep & amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat
Pembangunan Akademik UKM.
Savil-Smith, C., &Kent, P. (2003). The use of Palmtop Compuers for learning : A review of TheLiterature,
London, UK: Lerning and Skill Development Agency.
Triantafillou, E., Geogiadou, E., Economides A. A. (2006). He design and Evaluation of aComputerriaed
Adaptive Test on Mobile Devices. Science Direct. Elservier.
Wood K. (2003). Introduction to Monile Learning )Mlearning). Dicapai pada Oktober 27, 2012 dari
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 276
http://ferl.becta.org.uk?display.cfm?page=65&cntid+192resid-5194&printable -1
Yulius Hari, Darmanto & Minny Elisa Yanggah. (2016). Tingkat Adopsi Inovasi Teknologi Sistem M-Learning
Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Pada Tingkat SMA. Proceeding SENDI_U (2016)
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 277

PENGGUNAAN PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL KANDUNGAN DALAM


PENGAJARAN KOMPONEN TAMADUN ISLAM

Nurul Hamimi Awang Japilan dan Jahidih Saili

Abstrak
Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) merujuk kepada cara guru menyampaikan isi
kandungan agar mudah difahami oleh pelajar. Penguasaan seseorang guru terhadap PPK
dapat membantu perkembangan pengetahuan murid terhadap suatu mata pelajaran yang
diajar termasuklah dalam mata pelajaran komponen tamadun Islam. Realiti mata pelajaran
komponen tamadun Islam sebagai komponen penting dalam pendidikan Islam menuntut
seorang guru untuk menguasai isi kandungan secara mendalam di samping mahir dalam
aspek pedagogi berkaitan pelajaran ini. Justeru, amat wajar kajian terhadap guru pendidikan
Islam dijalankan untuk mengetahui penggunaan PPK dalam pengajaran komponen tamadun
Islam.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogikal Kandungan, Tamadun Islam

Pengenalan
Kemerosotan nilai-nilai Islam dan akhlak dalam kalangan generasi muda khususnya para
pelajar dewasa ini telah menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak (Tengku Sarina et
al., 2008). Fenomena ini merupakan impak negatif daripada pembangunan material dan
rohani yang tidak seimbang kerana masyarakat hari ini didapati lebih mengutamakan
pembangunan material daripada pembangunan rohani (Ghazali, 2001). Justeru, pelbagai
usaha telah diambil untuk mengatasi masalah ini antaranya, mengajarkan komponen tamadun
Islam kepada pelajar di peringkat menengah dan tinggi (Mustafa,1991; Ghazali, 2001). Usaha
ini tidak lain adalah bertujuan untuk memberikan keseimbangan kepada usaha pemodenan
dengan menerapkan nilai-nilai Islam dan akhlak dalam tamadun yang dibina (Mustafa, 1991).
Realiti komponen tamadun Islam yang bersifat fakta menuntut guru agar menguasai
PPK bagi pengajaran komponen tamadun Islam. Pengetahuan ini penting kerana ia
mempunyai peranan yang cukup besar dalam menentukan keberkesanan suatu pengajaran
(Zaidah, 2005; Ahmad Yunus, 2011). Tambahan pula, pengetahuan ini merupakan komponen
asas yang perlu dimiliki oleh guru untuk menjadi pendidik yang efektif dalam pengajaran
(Tengku Zawawi, 2005). Menurut Shulman (1986), PPK merujuk kepada pengetahuan guru
dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan bentuk pedagogi yang
bersesuaian selaras dengan latar belakang pelajar (Shulman, 1986). Penguasaan terhadap
pengetahuan ini amat berkesan dalam membentuk kefahaman pelajar dalam pengajaran suatu
topik spesifik seperti komponen tamadun Islam kerana ia melibatkan (a) analogi, contoh,
penerangan dan demonstrasi yang efektif, (b) kefahaman tentang aspek-aspek yang
membuatkan pembelajaran topik itu senang atau susah, (c) miskonsepsi pelajar tentang topik
dan (d) pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif (Shulman, 1986).
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 278

Latar Belakang Kajian


Kurikulum Pendidikan Islam terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu, Tilawah al-Quran
dan al-Hadis, ‘Ulum Syar‘iyyat dan Adab berteraskan Akhlak Islam iah. Komponen tamadun
Islam merupakan salah satu komponen di bawah bidang ‘Ulum Syar‘iyyat bersama dua
komponen yang lain iaitu Akidah dan Ibadat. Komponen ini diperkenalkan untuk
memastikan para pelajar dapat mengetahui, mencontohi dan membangunkan kembali
kegemilangan ketamadunan Islam yang telah dibina oleh tokoh-tokoh Islam pada zaman
Rasulullah SAW, sahabat serta tabi‘ dan tabin (Pusat Pembangunan Kurikulum, 1992).
Komponen tamadun Islam tingkatan empat mengandungi lapan buah topik iaitu, Kerajaan
khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani ‘Umayyat, Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam
Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhari dan Imam al-Ghazali. (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2002).
Komponen pelajaran ini merupakan kesinambungan daripada komponen sejarah
Islam yang mula diperkenalkan pada tahun 1962 selepas melalui beberapa semakan dan
penambahbaikan (Wan Bakar, 1991). Pada peringkat permulaan, pengajaran komponen
tamadun Islam hanya dilaksanakan kepada pelajar tingkatan empat dan lima sahaja. Selepas
proses semakan pada tahun 2000, pengajaran komponen ini diperluaskan lagi sehingga
meliputi pelajar tingkatan satu hingga lima (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) komponen tamadun Islam lazimnya
berlangsung dalam suasana yang hambar dan membosankan kerana komponen pelajaran ini
bersifat fakta (Mohd Yusri, 2005 & Rozita et al., 2011). Oleh itu, guru perlu menguasai PPK
untuk mengatasi masalah ini. Pengetahuan ini merupakan pengetahuan seorang guru dalam
mengajar topik khusus untuk meningkatkan kefahaman konseptual pelajar mengenai perkara
yang diajar (Grossman, 1990). Penguasaan terhadap pengetahuan ini membolehkan guru
dapat menyampaikan isi pelajaran dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami oleh
pelajar (Shulman, 1987).
Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam dilaporkan meningkat
pada tahun 2010, namun terdapat pelajar yang masih lemah dalam menjawab soalan
komponen tamadun Islam (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2010). Masalah ini bertitik tolak
daripada kelemahan guru pendidikan Islam dalam menguasai PPK bagi komponen pelajaran
ini (Mohd Yusri, 2005). Fenomena ini sepatutnya tidak berlaku memandangkan komponen
tamadun Islam merupakan salah satu komponen pelajaran penting dalam pendidikan Islam.
Pelaksanaan PdP bagi komponen pelajaran ini dapat membantu pelajar untuk mengenali dan
meneladani keunggulan tamadun Islam yang pernah dibina oleh umat Islam terdahulu
seterusnya menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Pernyataan Masalah
Keberkesanan pengajaran berkait rapat dengan penguasaan guru dalam aspek Pengetahuan
Pedagogikal Kandungan bagi suatu topik yang diajar. Penguasaan dalam aspek pengetahuan
ini memberi gambaran bahawa guru telah menguasai amalan-amalan pengajaran spesifik
dalam topik tersebut (Abd. Shatar, 2007). Justeru, wajar jika pengetahuan ini dijadikan
sebagai asas pengetahuan guru untuk menjadi seorang pendidik cemerlang dan bestari
(Tengku Zawawi, 2005). Kebanyakan daripada guru mengetahui kepentingan PPK sebagai
asas dalam membentuk pengajaran berkesan, namun majoriti daripada mereka memiliki tahap
penguasaan terhadap pengetahuan ini pada tahap yang rendah (Verloop & Vos, 1998). Hal ini
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 279
berimpak negatif terhadap keberkesanan pengajaran sekaligus menjatuhkan prestasi pelajar
dalam akademik (Salehudin & Mahadi, 2005).
Kajian terdahulu mendapati, guru pendidikan Islam kurang terlibat dalam aktiviti
yang bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan kandungan berkaitan komponen
tamadun Islam (Mohd Yusri, 2005; Rozita et al., 2011). Dapatan kajian oleh Mohd Yusri
(2005) menunjukkan bahawa terdapat segelintir daripada guru tidak mampu menjelaskan
istilah-istilah dan fakta-fakta penting dalam sukatan pelajaran dan juga lemah dalam
menghubungkan kesinambungan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam komponen
tamadun Islam (Mohd Yusri, 2005). Misalnya, dalam aspek kefahaman mengenai konsep
tamadun Islam , masih wujud kekeliruan dalam kalangan guru mengenai perbezaan antara
konsep ini dengan konsep sejarah Islam (Mohd Yusri, 2005). Kekeliruan ini berlaku
disebabkan kewujudan komponen sejarah Islam pada tahun 1961 yang kemudiannya ditukar
kepada sirah Nabawiyat dan seterusnya tamadun Islam selepas melalui semakan sukatan
pelajaran pendidikan Islam (Wan Bakar, 1991).
Selain lemah dalam penggunaan istilah, guru pendidikan Islam juga didapati tidak
mahir dalam mencari bahan rujukan tambahan yang bersesuaian untuk digunakan dalam
pengajaran komponen tamadun Islam (Rozita et al., 2011 & Mohd Yusri, 2005). Kebanyakan
daripada guru lebih suka bergantung pada buku teks yang telah dibekalkan oleh pihak KPM
(Rozita et al., 2011). Menurut dapatan kajian oleh Mohd Yusri (2005), segelintir daripada
guru tidak mengetahui bahan rujukan tambahan yang sesuai untuk digunakan dalam
pengajaran komponen tamadun Islam . Bagi kelompok guru ini, bahan rujukan tambahan
merujuk kepada buku-buku kerja dan buku-buku panduan menjawab SPM. Walhal, bahan
rujukan yang sepatutnya mereka miliki adalah buku seperti Sirah Ibn Hisyam atau
Mukaddimah Ibn Khaldun (Mohd Yusri, 2005).
Selain lemah dalam aspek pengetahuan kandungan, guru pendidikan Islam turut
bermasalah dalam aspek pedagogi khususnya dalam aspek kaedah pengajaran. Segelintir
daripada guru pendidikan Islam bergantung sepenuhnya kepada kaedah syarahan tanpa
berinisiatif untuk menggunakan kaedah pengajaran lain yang bersesuaian (Ab. Halim Tamuri
et al., 2012). Wujud sebilangan guru melaksanakan pengajaran berteraskan interaksi sehala
sahaja tanpa memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam segenap aktiviti PdP
(Mohd Yusri, 2005). PdP seperti ini menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan guru
berisiko untuk tidak dipedulikan oleh pelajar kerana mereka lebih suka untuk melakukan hal
sendiri berbanding menumpukan perhatian kepada pengajaran guru (Rozita et al., 2011).
Dalam aspek penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), terdapat segelintir daripada
guru tidak pernah menggunakan BBM sepanjang proses PdP komponen tamadun Islam
(Mohd Yusri, 2005). Mereka beralasan, pilihan BBM yang sesuai untuk pengajaran
komponen tamadun Islam adalah sangat terhad. Jika ada sekalipun, BBM tersebut sangat
ketinggalan zaman dan tidak mampu menarik minat pelajar. Alasan ini tidak munasabah
kerana kebanyakan daripada sekolah pada hari ini telah dibekalkan dengan komputer dan
internet. Bahan ini sepatutnya digunakan secara maksimum dalam pengajaran komponen
tamadun Islam kerana bahan ini merupakan BBM yang paling diminati oleh pelajar pada
masa kini (Mohd Yusri, 2005).
Kajian oleh Mohd Yusri (2005) turut mendapati bahawa guru pendidikan Islam juga
lemah dalam aspek pengetahuan latar belakang pelajar. Wujud dalam kalangan guru
pendidikan Islam yang tidak peka mengenai hal-hal berkaitan diri pelajar, latar belakang
keluarga pelajar bahkan berkaitan pengetahuan sedia ada pelajar mengenai komponen
tamadun Islam (Mohd Yusri, 2005). Segelintir daripada guru meluahkan rasa marah tanpa
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 280
usul periksa, tidak memberikan perhatian dan galakan sewajarnya kepada pelajar dan lebih
suka menjalankan proses pengajaran dalam keadaan serius tanpa menyelitkan unsur-unsur
humor (Mohd Yusri, 2005). Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak berminat untuk
mengikuti proses PdP komponen tamadun Islam. Buktinya, kajian daripada Mohd Yusri
(2005) menunjukkan bahawa para pelajar secara umumnya berminat terhadap mata pelajaran
pendidikan Islam namun perkara adalah sebaliknya bagi komponen tamadun Islam.
Proses PdP komponen tamadun Islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh atau
syumul (Ibn Khaldun, 2000). Namun, kajian mendapati terdapat sebilangan daripada guru
pendidikan Islam menekankan kaedah hafalan semata-mata dalam mengajarkan pelbagai
fakta yang terkandung dalam suatu topik yang diajar tanpa menjelaskan sebab-musabab dan
faktor-faktor berlakunya suatu peristiwa yang diajar (Rozita et al., 2011). Fenomena ini
memberi kesan buruk terhadap tahap kefahaman pelajar selain menimbulkan anggapan
bahawa komponen tamadun Islam merupakan pelajaran yang susah kerana mengandungi
banyak fakta yang perlu dihafal (Rozita et al., 2011). Selain daripada itu, guru turut didapati
lemah dalam membuat kesinambungan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam komponen
tamadun Islam. Hal ini dibuktikan oleh kajian Mohd Yusri (2005) dengan pernyataan bahawa
guru bermasalah dalam menghubungkan kesinambungan suatu peristiwa dengan peristiwa
yang lain.
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui
penggunaan PPK guru pendidikan Islam dalam pengajaran komponen tamadun Islam. Selain
penting untuk mengetahui penggunaan PPK, kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenal
pasti kelemahan penggunaan PPK komponen tamadun Islam dalam kalangan guru
pendidikan Islam.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengenal pasti penggunaan PPK dalam pengajaran komponen tamadun Islam

Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kajian kes. Kaedah ini dipilih kerana ia
bersifat holistik, menggunakan bukti berdasarkan sumber yang banyak untuk dianalisis atau
dinilai (Merriam,1998). Selain itu, ia juga dapat mengkaji suatu fenomena yang berlaku
dalam konteks sebenar terutama bagi kes-kes yang belum dikaji dan diterokai (Yin, 1994).
Aplikasi kajian kes dalam kajian ini membolehkan penyelidik dapat mengkaji, menyelidik,
memerhati, dan meneliti penggunaan PPK dalam pengajaran komponen tamadun Islam .
Selain itu, penyelidik dapat memperoleh maklumat dengan banyak dan tepat, seterusnya
dapat meningkatkan kesahan kajian yang dilaksanakan.
Aspek pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan tiga kaedah pengumpulan data
iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data daripada kaedah temu bual
berfungsi sebagai data utama, manakala kaedah pemerhatian dan analisis dokumen
dilaksanakan bagi menyokong data temu bual. Pengumpulan data melalui temu bual
melibatkan proses penyoalan untuk memperoleh jawapan, pendapat dan respons secara terus
daripada peserta kajian (Robson, 2002). Melalui kaedah temu bual, penyelidik memperoleh
fakta, kepercayaan, perasaan, takrifan dan situasi sebenar yang dilihat dan dialami oleh
peserta kajian sebagaimana yang diperlukan untuk mencapai objektif kajian (Mohd Majid,
2005). Ia lebih praktikal digunakan untuk mendapat maklumat yang tepat daripada populasi
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 281
yang kecil dan juga digunakan terhadap subjek yang lebih gemar ditemu bual daripada
menjawab soal selidik.
Manakala pemerhatian merupakan satu perkara yang menjadi rutin harian manusia
untuk memahami situasi yang berlaku di sekeliling. Pemerhatian yang biasa berbeza dengan
pemerhatian penyelidikan. Hal ini kerana, pemerhatian penyelidikan adalah berpandukan
kepada objektif kajian menjadikannya lebih sistematik dan terancang (Othman, 2009).
Maklumat daripada pemerhatian berdasarkan objektif menjadikan maklumat yang diperoleh
mempunyai nilai dan kesahan yang tinggi (Mohd. Majid, 2005).
Dokumen pula lazimnya terdiri daripada sumber sedia ada yang berguna untuk
membantu sebuah penyelidikan (Merriam, 1998). Antara bentuk dokumen yang kerap dirujuk
ialah bahan bercetak, bahan bertulis, rekod audio dan visual yang mengandungi rangkaian
aktiviti, perkara atau sejarah. Analisis dokumen dalam kajian ini penting untuk membekalkan
maklumat tambahan bagi menjawab objektif dan soalan kajian yang dibentuk di samping
berguna sebagai salah satu daripada komponen tringulasi bagi data yang dipungut melalui
kaedah temu bual dan pemerhatian.

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan Pengajaran Komponen Tamadun Islam


Kajian ini merupakan kajian mengenai penggunaan PPK dalam pengajaran tamadun Islam
dengan menggunakan teori pengajaran Ibn Khaldun (2000) dan teori PPK oleh Shulman
(1986). Ibn Khaldun (2000) menyarankan agar setiap guru bersedia dengan pengetahuan
kandungan secara mendalam sebelum mengajarkan suatu topik kepada pelajar. Perbincangan
mengenai tamadun Islam tidak terbatas kepada pernyataan fakta, tarikh atau kronologi sahaja
bahkan turut menyentuh semua aspek pembentukan tamadun, kemerosotan tamadun atau
sebab-sebab di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa (Ibn Khaldun, 2000). Terma pengajaran
syumul dalam pengajaran komponen tamadun Islam turut berkisar mengenai kemampuan
guru dalam menghubungkan isi pelajaran dengan situasi-situasi semasa (Ibn Khaldun, 2000).
Kemampuan ini penting untuk menambah kefahaman pelajar mengenai topik yang diajar
seterusnya dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

i. Pengetahuan Kandungan PPK pengajaran komponen tamadun Islam


Pengetahuan kandungan merupakan kefahaman yang mendalam mengenai isi pelajaran yang
diajar (Shulman 1987). Ia berperanan penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran
seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Cochran, 1992). Kegagalan guru
dalam menguasai pengetahuan kandungan bagi sesuatu topik yang hendak disampaikan
menyebabkan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi hambar dan membosankan
(Carter, 1990). Ini kerana, pelajar tidak mampu memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru (Abdul Shatar, 2010). Tahap pengetahuan kandungan guru berkait rapat dengan
tahap kesediaan guru terhadap pelajaran yang diajar. Tahap kesediaan yang tinggi dapat
membantu guru dalam memilih dan mempelbagaikan pengajaran sesuai dengan isi pelajaran
yang diajar (Fraser, 1990). Tahap pengetahuan kandungan juga berkait rapat dengan persepsi
guru terhadap pelajaran yang diajar. Guru perlu meletakkan persepsi bahawa tanggungjawab
mengajar merupakan tanggungjawab guru bagi suatu pelajaran itu sendiri (al-Qabisi, 1955).

ii. Pengetahuan Pedagogi PPK pengajaran komponen tamadun Islam


Menurut Ibn Khaldun (2000), penyampaian isi pelajaran bagi suatu pelajaran perlu
dilaksanakan secara berulang-ulang. Perkara ini perlu dilakukan kerana penyampaian pada
kali pertama lazimnya tidak dapat membantu pelajar untuk beroleh kefahaman mendalam
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 282
mengenai isi pelajaran yang disampaikan (Ibn Khaldun, 2000). Wujud kemungkinan guru
tidak mampu menyampaikan keseluruhan isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada
pelajar menyebabkan pelbagai persoalan pelajar mengenai isi pelajaran tersebut tidak
terjawab. Justeru, permasalahan ini perlu diatasi dengan cara melaksanakan penjelasan
susulan untuk menampung kekurangan tersebut. Selain berguna dalam meningkatkan
kefahaman pelajar mengenai isi pelajaran yang disampaikan, pengajaran berulang juga
bermanfaat kepada guru. Aplikasi penyampaian berulang dalam proses PdP secara tidak
langsung dapat mengasah bakat guru untuk mengajar secara berkesan dari semasa ke semasa
(Chia & Abdul Rahim, 2012).
Penguasaan dalam aspek pengetahuan pedagogi turut mempunyai kaitan langsung
dengan kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar. Kajian terdahulu menunjukkan wujud
hubungan signifikan antara faktor motivasi dengan pencapaian pelajar dalam suatu mata
pelajaran (Siti Masayuh Rosliah, 2008). Kaedah memotivasikan pelajar dapat dilakukan
dengan pelbagai cara antaranya ialah, memberi ganjaran terhadap setiap pencapaian yang
diperoleh oleh pelajar. Pemberian ganjaran perlu dilaksanakan dalam kadar yang segera agar
pelajar tidak hilang minat terhadap ganjaran tersebut (Mohamad Mohsin & Nasruddin, 2008).
Ibn Khaldun (2000) amat menitikberatkan pendekatan pengajaran dalam bentuk pengalaman
yang perlu disampaikan secara beransur-ansur dan berulang untuk membentuk kefahaman
mendalam mengenai isi pelajaran yang diajar. Pengulangan perlu dilakukan kerana pelajar
pada kebiasaannya tidak dapat memahami isi pelajaran ketika proses PdP pada kali pertama
dan kali kedua (Ibn Khaldun, 2000). Walau bagaimanapun, penggunaan pendekatan
pengajaran tidak mempunyai had tertentu kerana kriteria penting dalam pemilihan
pendekatan ialah mampu menarik minat pelajar untuk terus fokus kepada proses PdP
(Kamaruddin, 1988).

iii. Pengetahuan Terhadap Pelajar PPK pengajaran komponen tamadun Islam


Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar penting sebagai salah satu daripada faktor
pertimbangan guru dalam memilih isi pelajaran dan pendekatan paling sesuai untuk
diterapkan dalam pengajaran (Ibn Khaldun, 2000). Ibn Khaldun (2000) menegaskan bahawa,
penyampaian isi kandungan yang baik perlu sejajar dengan ciri-ciri dan lingkungan sekeliling
pelajar. Setiap pelajar mempunyai kemampuan yang berbeza dalam menerima isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru (Ibn khaldun, 2000). Perbezaan ini berlaku antaranya adalah
kerana setiap pelajar mempunyai tahap pengetahuan sedia ada yang berbeza-beza dalam
suatu mata pelajaran (Ahmad Ariffin et al., 2013).
Pelajar dengan pengetahuan sedia ada yang tinggi lebih mudah untuk menerima isi
pelajaran yang disampaikan, sebaliknya pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang
sedikit lebih sukar untuk memahami isi pelajaran yang dipelajari. Aspek ini perlu difahami
dan dikenal pasti oleh guru untuk memudahkan proses asimilasi antara pengetahuan yang
lama dengan yang baru (Siti Hawa, 2005). Dalam aspek pelaksanaan pengajaran, guru tidak
patut berpindah kepada topik pelajaran baru jika terdapat pelajar yang tidak mampu
menguasai topik pelajaran terdahulu (Ibn khaldun, 2000).

iv. Pengajaran Syumul (Pengajaran Menyeluruh) PPK pengajaran komponen


tamadun Islam
Ibn khaldun merupakan tokoh sejarawan dan tamadun Islam yang terkenal dalam bidang
sejarah dan kemasyarakatan menerusi buku beliau yang bertajuk Mukaddimah. Kepakaran
beliau dalam menganalisis bidang sejarah menarik perhatian para sarjana yang turut membuat
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 283
kajian dalam bidang yang sama. Ibn Khaldun memperkenalkan satu disiplin penting dalam
pengkajian sejarah dan tamadun iaitu syumul.
Terma syumul dalam konteks kajian Ibn Khaldun mengenai sejarah dan ketamadunan
menitikberatkan analisis terhadap suatu peristiwa sejarah daripada aspek sebab musabab dan
faktor-faktor berlakunya suatu peristiwa yang dikaji (Nukmy, 1994). Pendekatan ini
menunjukkan sikap Ibn Khaldun yang begitu teliti dalam kajian mengenai sejarah dan
ketamadunan sekaligus menjelaskan sifat syumul beliau dalam kajian dalam bidang ini.
Pendekatan kajian sejarah secara syumul penting kerana pengkaji dapat membezakan
kekuatan dan kelemahan di sebalik peristiwa sejarah.
Terdapat beberapa konstruk pengajaran yang dapat menjelaskan elemen syumul dalam
PPK pengajaran komponen tamadun Islam iaitu pengajaran menyeluruh, melanjut,
memperluas dan mendalami pelajaran, pengulangan dan mengaitkan topik dengan situasi
masa kini.

a. Pengajaran menyeluruh
Pengajaran menyeluruh penting untuk memastikan pelajar memperoleh keseluruhan ilmu
yang patut dipelajari bagi suatu pelajaran. Dalam konteks pengajaran komponen tamadun
Islam, keseluruhan topik yang terkandung dalam komponen ini meliputi aspek politik,
ekonomi, ketenteraan, pendidikan, kegemilangan dan faktor kemerosotan perlu disampaikan
kepada pelajar secara terperinci. Setiap topik perlu disampaikan secara menyeluruh tanpa
meninggalkan topik tertentu (Ibn khaldun, 2000). Sementara itu, setiap isi pelajaran dalam
setiap topik perlu dijelaskan sehingga pelajar dapat menguasai isi pelajaran bagi setiap topik
dalam komponen tamadun Islam.
Ibn Khaldun memandang sejarah sebagai sebuah topik perbahasan yang sangat luas
merangkumi perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam kehidupan manusia (Nukmy,
1995). Pandangan ini sangat berbeza dengan segelintir sarjana yang hanya membataskan
aspek perbahasan sejarah kepada pernyataan peristiwa dan kronologi-kronologi masa lalu.
Golongan sejarawan sebegini dikritik oleh Ibn Khaldun kerana beliau menganggap skop
perbahasan yang dikemukakan tidak menyeluruh atau syumul.
Dalam konteks pengajaran komponen tamadun Islam, syumul merupakan salah satu
daripada komponen PPK yang harus dikuasai oleh setiap daripada guru pendidikan Islam.
Komponen ini penting kerana syumul dalam pengajaran komponen tamadun Islam
merupakan kebolehan untuk menjelaskan segala kesamaran dan menjawab segala persoalan
dalam kalangan pelajar (Ibn Khaldun, 2000). Penguasaan guru terhadap komponen ini
membolehkan isi pelajaran komponen tamadun Islam dapat disampaikan dengan jelas di
samping dapat menanam minat pelajar terhadap pelajaran ini dan akhirnya mampu
melahirkan penghayatan dalam diri pelajar selaras dengan objektif yang telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

b. Melanjut, memperluas dan mendalami pelajaran


Proses penyampaian ilmu pengetahuan perlu dilaksanakan dengan jelas untuk mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan para pelajar. Penjelasan mengenai topik yang diajar hendaklah
dilakukan secara terperinci berdasarkan huraian-huraian secara mendalam. Guru disarankan
agar tidak menyampaikan pelajaran secara ringkas kerana huraian sebegini menyebabkan
pelajar tidak memahami topik dengan sepenuhnya (Nukmy, 1995).
Selain tuntutan untuk melaksanakan pengajaran secara terperinci, guru perlu
mengelakkan diri daripada menyampaikan isi pelajaran terlalu banyak sehingga memakan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 284
masa yang panjang daripada kadar yang sepatutnya (Ibn khaldun, 2000). Pengajaran seperti
ini lazimnya menyebabkan pengajaran berlangsung secara tidak efisien. Pelajar mudah berasa
bosan sekaligus mengakibatkan kadar kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru menurun. Oleh itu, penyampaian isi pelajaran hendaklah dilakukan
secara beransur-ansur dan bertahap untuk memastikan pelajar bersedia untuk menerima ilmu
yang hendak disampaikan (Nukmy, 1994).
Keberkesanan pengajaran komponen tamadun Islam juga mempunyai kaitan langsung
dengan kebolehan guru dalam menyampaikan isi pelajaran secara berkesinambungan antara
satu topik dengan topik yang lain (Mohd Yusri, 2005). Guru perlu mengelak daripada
menyampaikan isi pelajaran secara terpisah dalam jangka waktu yang lama. Ini bagi
mengelak risiko seperti lupa daripada berlaku kepada pelajar sehingga menyebabkan mereka
gagal untuk memperoleh pengetahuan yang kukuh bagi suatu isi pelajaran yang disampaikan.
Merujuk kepada aspek penggunaan bahan rujukan, Ibn Khaldun menyarankan guru
untuk mengelak daripada bergantung pada satu sumber rujukan sahaja. Sebaliknya, guru
perlu berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin bahan rujukan daripada pelbagai
sumber. Saranan ini penting kerana, penggunaan pelbagai sumber rujukan memberi peluang
kepada pelajar untuk mempelajari dan membuat perbandingan terhadap pelbagai pendapat
berkaitan suatu isu yang dipelajari (Ibn khaldun, 2000). Secara tidak langsung, turut wujud
pembelajaran secara aktif. Setiap daripada pelajar dapat mengeluarkan pendapat masing-
masing sejajar dengan tahap pembacaan masing-masing (Nukmy,1994). Namun, perkara
adalah sebaliknya jika proses pengajaran dan pembelajaran hanya merujuk kepada satu
sumber rujukan sahaja.
Selain itu, aktiviti seperti lawatan ke tempat tertentu dan pertemuan dengan terhadap
pakar turut berguna dalam proses pengajaran komponen tamadun Islam . Pelajar berpeluang
untuk berkongsi pengalaman secara langsung dengan pakar di samping berkesempatan untuk
bertanya mengenai hal-hal yang tidak diketahui atau difahami (Ibn khaldun, 2000).
Sementara itu, lawatan ke tempat tertentu dapat mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar
yang berlaku di lapangan.

c. Pengulangan
Topik yang telah disampaikan kepada pelajar hendaklah diulang semula walaupun pelajar
telah memahaminya (Ibn khaldun, 2000). Pengulangan terhadap suatu topik dapat
mengukuhkan kefahaman pelajar berkaitan topik tersebut. Proses pengulangan menurut Ibn
khaldun melalui dua peringkat pelaksanaan. Pertama, guru menyampaikan isi kandungan
secara umum kepada pelajar pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran kemudian
memberikan penjelasan secara terperinci kepada sub topik yang telah ditetapkan. Penjelasan
yang diberikan oleh guru adalah secara bertahap sesuai dengan tahap penerimaan dan
kesediaan pelajar. Setelah pelajar memperoleh kefahaman, guru akan membuat generalisasi
terhadap keseluruhan topik bermula dari sub topik yang pertama hingga akhir (Nukmy,
1994).
Peringkat pelaksanaan kedua, guru mengulang semula topik yang telah dipelajari
tetapi dengan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada peringkat pelaksanaan
pertama. Pada peringkat ini, guru menggunakan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan suasana
pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar. Pengulangan pada peringkat ini membuka minda
pelajar untuk berfikir secara lebih mendalam dan melakukan perbincangan dengan lebih
meluas (Nukmy, 1994). Antara contoh aktiviti yang boleh digunakan dalam peringkat ini
adalah kaedah perbincangan, soal jawab, debat dan pembentangan. Dengan menggunakan
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 285
kaedah-kaedah seperti ini, pelajar dapat mencapai tahap penguasaan yang tinggi terhadap
topik yang dipelajari.
Ibn Khaldun menegaskan bahawa, penjelasan mengenai suatu isi pelajaran perlu
dilaksanakan sebanyak tiga kali terutama bagi isi pelajaran yang susah. Kadar pengulangan
ini tidak perlu dilakukan jika isi pelajaran yang disampaikan adalah daripada jenis isi
pelajaran yang mudah. Jika isi pelajaran yang disampaikan mudah difahami oleh pelajar,
proses pengulangan tidak perlu dilaksanakan lagi (Nukmy, 1994)

d. Mengaitkan topik dengan situasi semasa


Ibn Khaldun mencadangkan guru agar mengaitkan topik yang dipelajari dengan situasi
semasa. Guru perlu mendatangkan contoh-contoh bersangkutan dengan isi pelajaran yang
disampaikan untuk mengukuhkan kefahaman mengenai isi pelajaran yang dipelajari.
Penyampaian contoh-contoh tersebut hendaklah melibatkan kesemua indera pelajar. Justeru,
pelajar dapat memerhati, merasai dan mengalami sendiri proses yang berlaku (Nukmy,1994).

PENGETAHUAN KANDUNGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI

PENGETAHUAN
PEDAGOGIKAL KANDUNGAN

PENGETAHUAN TERHADAP PENGAJARAN SYUMUL


PELAJAR (pengajaran menyeluruh)

Rajah 5. Kerangka teori Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (Shulman, 1986)2 dan Ibn
Khaldun (2000)3

2 Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57(1), hlm 1-22
3 Ibn Khaldun. (2000). Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 286

PENGETAHUAN KANDUNGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI

 Kesediaan guru  Penyampaian guru


 Persepsi terhadap  Memotivasikan pelajar
tamadun Islam  Pendekatan pengajaran
 Penguasaan ilmu  Kaedah pengajaran
tamadun Islam  Teknik pengajaran
 Pengetahuan substantif
 Pengetahuan sintaktik

PENGETAHUAN PEDAGOGIKAL

KANDUNGAN PENGAJARAN

KOMPONEN TAMADUN ISLAM


PENGETAHUAN TERHADAP PENGAJARAN SYUMUL
(pengajaran menyeluruh)
PELAJAR
 Maklumat umum tentang
Rajahpelajar
6.Kerangka Konseptual Kajian Pengetahuan Pedagogikal Kandungan Pengajaran
 Pengajaran menyeluruh
 Pengetahuan tentang komponen tamadun Islam  Melanjut, memperluas
Sumber: Ubahsuai Daripada teori Pedagogical content knowledge (Shulman, 1986)4 dan proses pelaksanaan
kognitif pelajar 5 dan mendalami pelajaran
pengajaran dan pembelajaran
 Pengetahuan tentangIbn Khaldun (2000)  Pengulangan
masalah pembelajaran  Mengaitkan topik dengan
pelajar situasi semasa
 Pengetahuan tentang
sikap pelajar
 Pengetahuan tentang
pengetahuan sedia ada
pelajar dalam komponen
tamadun Islam

4 Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57(1), hlm 1-22
5 Ibn Khaldun. (2000). Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 287
Rumusan
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan PPK dalam pengajaran komponen
tamadun Islam. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan ke arah
peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam bagi
komponen pelajaran ini. Dewasa ini, pengajaran komponen tamadun Islam adalah penting
untuk menerapkan nilai moral dan akhlak dalam kalangan pelajar untuk memelihara
ketamadunan manusia agar tidak terpesong dari garis panduan yang telah ditetapkan oleh
agama Islam. Tamadun Islam dapat membuka minda para pelajar tentang kejayaan dan
keunggulan yang di kecapi umat Islam terdahulu meliputi pelbagai bidang dalam perjalanan
perjuangan mereka menegakkan syiar Islam. Diharapkan dengan adanya sistem pengajaran
dan pembelajaran yang sistematik dalam pengajaran komponen tamadun Islam, usaha untuk
menegakkan keunggulan tamadun Islam dapat dicapai.

Rujukan
Al-Quran Al-Karim
Ab. Halim Tamuri & Mohd Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran guru berkesan berteraskan
konsep Muallim. Jurnal Of Islam ic And Arabic Education, Jilid 2 Bil. 1 hlm. 43-56. 2010.
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak & Shahrin Awaludin. (2010). Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam:
Konvensional dan Inovasi. Dlm. Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (pnyt.). Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, hlm. 112-125. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusop, Kamisah Osman, Shahrin Awalludin, Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abdul
Razak. (2004). Keberkesanan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Ke atas
pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ab. Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan P&P Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar.
Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM),
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail, Kamarul Azmi Jasmi. 2012. Komponen Asas Untuk Latihan Guru
Pendidikan Islam (Basic components for Islam ic Education Teacher Training), Global Journal al-
Thaqafah, 2(2) 2012 ISSN 2232-0474 E-ISSN 2232-0482.
Abd. Shatar bin Che Abd. Rahman. (2007). Pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pendidikan moral
tingkatan empat di sebuah sekolah. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Abdullah Amin Al-Nukmy (1995). Kaedah Dan Kurikulum Pendidikan Islam. Menurut Ibnu Khaldun dan Al-
Qabisi. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada
Abdullah Amin Al-Nukmy (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qabisi.
Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada
Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, pedadogi dan metodologi. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Sumbangan Pendidikan Dalam Memperkasa Tamadun
Bangsa: Perspektif Islam. Jurnal sosiohumanika, Jilid 5 Bil. 1. 2012. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Munawar Ismail. (2009). Pengaruh akidah terhadap penghayatan akhlak pelajar-pelajar sekolah
menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ahmad Yunus Kasim. (2011). Pengetahuan pedagogikal kandungan (PPK) pengajaran akidah: Kajian kes
guru cemerlang Pendidikan Islam. Tesis Phd. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Al-Qabisi. Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Ar-Risalah al-Mufassolah li ahwal al- mua’allimin wa
ahkam al-mua’allimin wal mutaalimin. Kaherah : Dar Ehya’ al-Kutub alArabiyyah.
Carter, K. (1990). Teachers’ Knowledge And Learning To Teach. Dalam R. Houston. (Ed.), Handbook Of
Research On Teacher Education. New York: MacMillan.
Fraser, Bruce (1990) Perspectives on politeness. Journal of Pragmatics 14: 219–236.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 288
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan Sarjana Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Ghazalai Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York:
Teachers College Press.
Grossman, P. L., Wilson, S. M., & Shulman, L. S. (1990). Teachers of substance: Subject matter knowledge for
teaching. Dalam M. C. Reynold (Ed.). Knowledge base for the beginning teacher. Oxford: Pergamon
Press.
Grossman, P.L. (1987). A Passion Fof Language: A Case Study Of Collen, A Beginning English Teacher.
Dalam S. Gudmundsdottir. (1990). Values In Pedagogical Content Knowledge. Journal Of Teacher
Education, 41 (3), hlm. 44-52.
Ibn Khaldun. (2000). Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Buku
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan lslam.
Kamaruddin Husin. (1993). Pengkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn, Bhd.
Kamarul Azmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah P&P. Cet. Ke-2. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi, Noratikah Ibrahim & Mohd Faeez Ilias. (2012). Gaya Pengajaran Guru
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam in Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam [SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islam ic Education
[SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012, pp. 211-223.
ISBN 99917-44-89-4.
Kamus Dewan. (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cet. 4, h. 12.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Huraian sukatan pelajaran pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Modul pengajaran pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Pukal Latihan Kurikulum bersepadu Sekolah Menengah. Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral. 2002. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Laporan Tahunan. (1995). Imbasan Sejarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Merriam, S. B. (1995). What can you tell from an N of 1?: Issues of validity and
reliability in qualitative research. PAACE Journal of Lifelong Learning, 4, 51-60
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan guru dalam membentuk kreativiti
pelajar. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 9, 57-71.
Mohd Yusri Mustafa. (2005). Permasalahan pengajaran tamadun Islam di sekolah menengah : kajian kes di
daerah Kinta, Perak. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Nukmy, ‘Abdullah Amin al- (1995), Kaedah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Menurut Ibn Khaldun Dan al-
Qabisi, Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada
Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Tanjung Malim :
Penerbit UPSI
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 289
Rozita Che Mustafa, Ezad Azraai Jamhari, Norshahidah Zakaria & Nurliyana Mohd Talib. (2011).
Permasalahan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Bagi Komponen Tamadun Islam : Satu
Pemerhatian Awal Di Sekolah Menengah Daerah Sepang, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia
Shulman, L.S., & Sparks, D. (1992). Merging content knowledge and pedagogy: An interview with Lee
Shulman. Journal of Staff Development, 13 (1), hlm. 14-16.
Shulman, L.S., & Grossman, P.L. (1998). The Intern Case Teacher Case Book. San Francisco, CA: Far
Laboratory for Education Research and Development.
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review
57, 1-22.
Shulman, L.S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher 15 (2),
4-14.
Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid. (2008). Peluang dan cabaran pendidikan dalam kalangan masyarakat luar
bandar: satu kajian kes isi rumah melayu miskin di jajahan bachok kelantan. Tesis Sarjana. Universiti
Sains Malaysia
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, & Faridah Binti Che Husain, (2008) Pendekatan Individu Dalam
Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun. Jurnal
Usuluddin, 27 . pp. 141-156. ISSN 1394-3923
Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal et.al. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik Bagi
Tajuk Pecahan: Kajian Kes Di Sekolah Rendah (Pedagogical Content Knowledge Of Mathematic
Teachers On Fraction: A Case Study At Primary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 131-153.
Wan Bakar Wan Dagang. 1991. Masalah-masalah dalam Pendidikan Islam peringkat menengah dan cara
mengatasinya. Jurnal Pendidikan Islam 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, (1-2), 33-46.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 290

SEJARAH KEDATANGAN ORANG CINA KE NANYANG (TANAH MELAYU)


ZAMAN KOLONIAL BRITISH, 1840-1940

Phun Lee Lee dan Khairi Ariffin

Abstrak
Kajian ini adalah berkenaan sejarah kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu)
zaman kolonial British pada tahun 1840 hingga 1940. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji
latar belakang kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu) pada zaman kolonial
British pada tahun 1840-1940 serta menganalisis dasar kerajaan kolonial British terhadap
kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu) bagi tempoh tahun 1840-1940. Kajian
ini dijalankan menggunakan sepenuhnya kaedah kualitatif dengan penekanan terhadap
analisis dokumen yang diperolehi dari Arki Negara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan
kemajuan ekonomi di negeri Perak khususnya bijih timah telah menyebabkan pihak kerajaan
kolonial British menggalakkan kemasukan buruh kuli orang Cina untuk bekerja di kawasan
perlombongan ataupun di ladang-ladang getah.

Kata Kunci: Sejarah, Orang Cina, Tanah Melayu, Kolonial British.

Pengenalan
Tanah Melayu digelar sebagai Nanyang yang membawa maksud lautan di Selatan China,
iaitu satu konsep geopolitik yang meliputi negara-negara di Nusantara dan Alam Melayu.6
Istilah Nanyang bermaksud sebagai imigrasi ke negeri-negeri seperti Indonesia, Filipina,
Thailand, Burma, Brunei, Borneo dan termasuk Nanyang (Tanah Melayu). 7 Untuk
membincangkan latar belakang penghijrahan orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu) yang
merujuk seperti ketidakstabilan politik di negara Tanah Besar China, pertumbuhan orang
Cina negara Tanah Besar China yang berkembang dengan pesat, berlaku bencana alam, ramai
pengangguran dan sebagainya yang menyebabkan mereka mahu berhijrah ke tempat lain.
Adalah dianggarkan bahawa pekerja pelombong orang Cina memasuki Tanah Melayu
semenjak abad kesembilan belas yang seramai lima juta dan meningkat kepada angka dua
belas juta di antara tahun 1900 hingga 1940.

Latar Belakang Kajian


Peperangan yang terlibat adalah seperti dalam Perang Candu pertama (1840-1842)8 dan
Perang Candu Kedua (1857-1858)9. Selain itu, Pemberontakan Taiping (1850-1864)10 dan
6
Ding Choo Meng. (2008). Pantun Peranakan Baba: Mutiara Geilang Negeri-Negeri Selat. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 38.
7
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka, hlm 7.
8
Perang Candu Pertama tercetus akibat usaha penyeludupan candu oleh British ke China. Masalah candu
telah menyebabkan China lemah dari segi kesihatan dan pentadbiran negara. Maharaja Tao Kuang
mengambil langkah pencegahan dengan pelantikan Lin Tse-hsu (1785-1850) sebagai Pesuruhjaya anti
candu di Canton. China telah mengeluarkan arahan penyerahan candu dengan mengantikan lima kati teh
bagi setiap peti candu yang diserahkan. Namun, Pesuruhjaya Britiish, Kapten Eliot enggan mematuhi
arahan tersebut dan kerjaan British telah mengistiharkan perang pada 31 Januari 1840. Hal ini telah
membawa kekalahan China dan kejatuhan bandar-bandar ke dalam tangan British iaitu Amoy, tinghai
dan Ningpo serta terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian tersebut
menyebabkan China menyerahkan Hong Kong kepada British serta pembayaran ganti rugi.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 291
Perang Sino-Jepun (1894-1895)11 turut berlaku di negara Tanah Besar China. Namun begitu,
kekalahan dalam Perang Candu menyebabkan dasar buka pintu kepada kuasa pihak Barat.
Terdapat lima pelabuhan yang melaksanakan dasar buka pintu adalah seperti Pelabuhan
Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.12 Dalam hal ini amat memalukan maruah
negara Tanah Besar China kerana kehilangan wilayah di tangan imperialisme Barat.13 Namun
begitu, pada masa yang sama terdapat masalah dalaman di negara Tanah Besar China seperti
penyalahgunaan kuasa pembesar dan amalan rasuah kerajaan negara Tanah Besar China. 14
Selain itu, permintaan melebihi penawaran dari segi hasil pertanian bagi menampung
kehidupan penduduk negara Tanah Besar China. sehingga mengakibatkan kebuluran.
Kesannya sangat ketara bahawa orang Cina menghadapi penderitaan dan keburukan.15
Contoh yang ketara iaitu pada tahun 1751, penduduk China yang mempunyai seramai 181
juta orang dan jumlah ini meningkat kepada 432 juta pada tahun 1851. Kepadatan penduduk
juga menyebabkan berlakunya persaingan hebat dalam mencari pekerjaan di negara Tanah
Besar China. Golongan petani di negara Tanah Besar China pula adalah seramai 5 orang
daripada 8 orang populasi jumlah penduduknya.16
Tambahan pula, faktor peningkatan penduduk negara Tanah Besar China secara
mendadak turut menyebabkan kebuluran dengan tidak mencukupi bekalan makanan. Jelas

9
Perang Candu Kedua juga dikenali sebagai Perang Arrow yang tercetus disebabkan oleh inseden Kapal
Arrow yang dimiliki oleh Fong Ah-ming dan kapal tersebut adalah didaftar di bawah British. Pada 8
Oktober 1956, kapal tersebut telah ditahan oleh pegawai China. Lord Elgin diarahkan oleh kerajaan
British untuk mengetuai peperangan ke China. Insiden seterusnya berlaku pada Februari 1856 iaitu
pembunuhan paderi Perancis di Kwangsi yang bernama Abbe Auguste Chapdelaine telah membawa
kepda Baron Gros mengetuai tentera Perancis. Baron Gros mempunyai matlamat yang hampir sama
dengan Lord Elgin iaitu membebaskan sekatan perdagangan China. Paa masa yang sama, wakil
Amerika Syarikat iaitu Wiliam B. Reed dan wakil Rusia Admiral Putiatin juga menuntut perkara yang
sama. Mereka telah membentuk Tentera Bersekutu dan bersedia menyerang China pada 28 disember
1857. Canton ditembus oleh Tentera Bersekutu pada 5 Januari 1858 dan menyebabkan China sekali lagi
mengalami kekalahan. China kemudiannya terpaksa menandatangani Perjanjian Tiensin pada 26 Jun
1858. Hal ini telah membawa kepada pembukaan 10 buah pelabuhan baru iaitu Nanking, Newchwang,
Tenghow, Hankow, Kiukiang, Chinkiang, Taiwanfu, Tamsai, Kiungchow dan Swatow. Manakala,
perjanjian juga ditandatangani dengan Amerika Syarikat (13 Jun 1858) dan Rusia (18 Jun1858) yang
juga mendapat layanan istimewa daripada China dalam perdagangan. Untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai peristiwa campur tangan kuasa Barat di China, sila rujuk Suffian Mansor, Sejarah China
moden, KL: Penerbit UM, 2009.
10
Dinasti Ch’ing pada abad ke-19 telah mengalami kemerosotan dalam pentadbiran akibat
penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa pegawai-pegawai Manchu China. Kelemahan pentadbiran
Maharaja Hsien Feng (1851-1861) telah menyebabkan kebangkitan persatuan sulit iaitu Gerakan
Taiping yang dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan. Golongan Taiping telah bertindak mengutuk penindasan
orang Manchu ke atas orang China dan mengkritik amalan rasuah yang berlaku dalam kerajaan. hung
telah membentuk doktrin Kristian dan mengemukakan konsep Negara Syurga yang dirujuk kepada
China. Beliau juga bertindak mengistiharkan diri sebagai Raja Syurga dan mengetahui golongan Taiping
memulakan gerakan bersenjata pada Julai 1850 di sebuah kmpung di sungai Barat, Kwangsi serta
berjaya menawan Yung-an pada 25 September 1851. Namun, pemberontakan ini akhirnya telah berjaya
dipadamkan oleh kerajaan China pada akhir tahun 1864.
11
Perang China-Jepun Pertama ini tercetus akibat perebutan kuasa China dan Jepun ke atas Korea. Jepun
telah berjaya menewaskan China dan berjaya menguasai Korea.
12
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, hlm. 19-27.
13
Tan Liok Ee. (1985). ‘The Politics Of Chinese Education In Malaya, 1945-1961’, Tesis PhD.,
University Malaya, hlm. 22.
14
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, op.cit. hlm. 19-27.
15
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, op.cit. hlm. 20-23.
16
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, hlm. 20-23.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 292
terbukti, selama empat bulan berlaku krisis kekurangan bekalan makanan di negara Tanah
Besar China. Keadaan permintaan melebihi penawaran, hasil pertanian tidak dapat
menampung kehidupan penduduk negara Tanah Besar China sehingga mengakibatkan
kebuluran penduduk.
Di samping itu, negara Tanah Besar China selalu mengalami bencana alam seperti
banjir, kemarau dan wabak penyakit yang menyebabkan berlakunya kematian orang Cina
negara Tanah Besar China. Pada tahun 1644 hingga 1911, terdapat sebanyak 201 kali
kemarau berlaku di negara Tanah Besar China. Contohnya, banjir telah melanda di China
sebanyak 192 kali serta 169 kali berlaku gempa bumi.
Pada tahun 1890-an, wujud wabak penyakit yang menyebabkan kematian ramai orang
Cina di negara Tanah Besar China. Jelas terbukti disebabkan peperangan, kebuluran, bencana
alam, wabak penyakit mengugat kehidupan penduduk negara Tanah Besar China. Contohnya,
bencana alam selalu melanda sekurang-kurangnya setahun sekali mempengaruhi hasil
pertanian petani-petani di negara Tanah Besar China. Tambahan pula, menurut statistik di
anatara tahun 1912 hingga 1937 sudahpun berlaku sebanyak 18 kali bencana alam. Terdapat
pelbagai bencana alam adalah seperti kemarau, banjir, wabak penyakit dan taufan. 17 Oleh
sebab itu, Orang Cina di negara Tanah Besar China berhasrat ingin mengelakkan penderitaan
kehidupan maka mereka berhijrah ke Nanyang (Tanah Melayu) demi mencari kehidupaan
baru.
Manakala, berlaku kejadian malapetaka, kesempitan hidup dan lebihan penduduk
orang Cina di negara Tanah Besar China juga merupakan antara faktor utama yang
menyebabkan orang Cina meninggalkan kampung halaman mereka untuk mencari rezeki
hidup di negeri Perak yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. 18 Sebagai contoh, di
wilayah kawasan Fujian, Tanah Besar China mempunyai kawasan pamah yang terhad,
pertambahan penduduk yang mendadak telah menyebabkan penduduk orang Cina tidak
memiliki keluasan tanah yang mencukupi untuk bercucuk tanam di negara asal Tanah Besar
China. Oleh itu, kesanggupan datang ke negeri Perak merupakan satu kaedah untuk mencari
rezeki demi keluarga terutama pada zaman kolonial British.19 Hal ini telah menimbulkan rasa
ketakutan dan kesengsaraan penduduk China yang mendorong mereka berhijrah demi
membebaskan diri daripada penderitaan hidup mereka. Oleh itu, ramai orang Cina mula
melarikan diri untuk mencari kehidupan yang baru di negeri Perak.

Pernyataan Masalah
Kebanyakan daripada orang Cina dari kawasan asal bersiap sedia dan berminat untuk
berhijrah demi mendapat kehidupan yang lebih baik dari tanah asal negara Tanah Besar
China. Keadaan yang sebegini bagi kemasukan orang Cina yang menjadi semakin mudah
apabila dasar imigresen pihak kerajaan kolonial British memberikan galakkan yang aktif dan
mengalu-alukan kemasukan orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu). Galakkan tersebut
menyediakan peluang-peluang perniagaan dan perlombongan berkembang dengan pesat.
Namun begitu, peluang-peluang pekerjaan perlombongan menghadapi kelebihan sehinggalah
berlaku kemerosotan pada tahun 1930 dan ini telah menyebabkan pihak kerajaan kolonial
17
Huang Jiann Chen. (1999). Kajian Sejarah Sarawak Cina, Taipei: Dong Da Tu Shu Gu Fei You Xian
Gong Shi., hlm. 42; Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai faktor migrasi orang Cina dari
China ke Nanyang, sila rujuk Nelson, Hii Hie Sheng, Masyarakat Cina Foochow di sibu, sarawak, 1901-
1963, hlm. 21-23.
18
Ibid. hlm. 20.
19
Zhuang Guotu. (2001). Huaqiao Huaren yu Zhongguo de Guanxi. Guangzhou: Guangdong Gaodeng
Jiaoyu Chubanshe. hlm.1 20-121.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 293
British mengambil tindakan menyekat dan menguatkuasakan sekatan kemasukan orang Cina
ke Nanyang (Tanah Melayu).20
Walau bagaimanapun dengan adanya sekatan-sekatan tersebut, namun orang-orang
Cina masih tetap berhijrah ke Nanyang (Tanah Melayu). Ini adalah kerana orang Cina yang
berhijrah dan bercita-cita penuh bahawa harapan demi mencapai ekonomi yang lebih baik
daripada negara asal Tanah Besar China mereka. Jelas terbukti bahawa desakan ekonomi
yang kuat di negara Tanah Besar China menyebabkan orang-orang Cina melanggar tradisi
mereka yang sebelumnya.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:-
i Mengkaji latar belakang kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu) pada
zaman kolonial British, 1840-1940.
ii Menganalisis dasar kerajaan kolonial British terhadap kedatangan orang Cina ke
Nanyang (Tanah Melayu) bagi tempoh tahun 1840-1940.

Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian adalah seperti yang berikut :-
i Bagaimanakah latar belakang kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu)
pada zaman kolonial British, 1840-1940?
ii Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kolonial British yang mempengaruhi
kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu) pada zaman kolonial British,
1840-1940?

Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap boleh membantu dan mampu membantu generasi yang akan datang untuk
mengetahui kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu) pada zaman kolonial
British, 1840-1940. Hasil daripada penyelidikan ini dijadikan sebagai panduan atau rujukan.
Selain daripada faktor ekonomi, tekanan daripada peningkatan jumlah keseluruhan
penduduk negara Tanah Besar China yang berlebihan turut menggalakkan penghijrahan
orang Cina ke Nanyang.21 Contohnya, penduduk negara Tanah Besar China mendadak
meningkat dari 150 juta orang pada tahun 1700 kepada 430 juta orang pada tahun 1850. Jelas
ternyata bahawa peningkatan yang begitu besar iaitu hampir tiga kali ganda masa satu
setengah abad.22 Disebabkan terlalu ramai penduduk bertambah, maka jumlah tanah yang
boleh dikerjakan tidak mencukupi dan menjadi lebih extensif. Akibat daripada itu, status
penduduk pun mengalami penjejasan hingga kepada taraf buruh-buruh ladang dan
penganggur sahaja.

It was not difficult for the British to attract labour from China. The south-
eastern part of China, comprising the provinces of Fukien, Kwantung,
Kwangsi and the island of Hainam, had limited resources and suffered

20
Khairi bin Ariffin. (2009). Dasar kolonial British terhadap pendidikan Melayu di Tanah Melayu,
1900-1957, PhD, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. hlm. 60.
21
Yen Ching-hwang. (1986). A sosial History of The Chinese In Singapore and Malaya, 1800-1911,
Singapore: Oxford University Press, hlm. 1.
22
Ho Ping-ti. (1959). Studies On The Population of China 1368-1953, Massachusetts : Harvard
Universityy Press, hlm.278.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 294
severe population pressure on available arable land. Many Chinese living in
the areas were prepared to emigrate to seek a better livelihood overseas. The
British immigration policy of active encouragement and the opportunites for
trade and mining in Malaya evoked a ready response. Large numbers of
Chinese, both skilled and unskilled, began to emigrate to Malaya until the
reccession of the 1930s compelled the Government to enfore restriction. The
unskilled immigrants were generally drafted to work in the tin-mines but
those with skills soon set up shops or engaged themselves in a variety of
occupations. 23

Peranan pihak kerajaan kolonial British yang menjalankan dasar imperialisme di


Tanah Melayu telah melaksanakan dasar-dasar kolonial, termasuk di Nanyang (Tanah
Melayu) yang lebih menjadi fokus utama sektor ekonomi. Pendapat mereka lebih
mementingkan potensi dalam sektor pertanian dan juga perlombongan di Nanyang (Tanah
Melayu). Oleh itu, permintaan buruh adalah amat diperlukan oleh pihak British maka mereka
telah mengimport buruh-buruh Cina dari negara Tanah Besar China untuk memenuhi
kepentingan ekonomi.24 Untuk menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Nanyang
(Tanah Melayu), pihak kerajaan kolonial British telah memperkenalkan pelbagai polisi dan
jaminan kesihatan kepada golongan buruh Cina. Hal ini telah mendorong orang Cina
berhijrah secara beramai-ramai ke Nanyang (Tanah Melayu) pada abad ke-19 dan bekerja di
perlombongan dan pertanian. Naman begitu, kebanyakan orang Cina lebih berminat
menceburi dalam perlombongan.

Batasan Kajian
Batasan kajian yang utama adalah memberi fokus mengenai sejarah kedatangan orang Cina
ke Nanyang (Tanah Malayu) pada zaman kolonial British, 1840-1940. Disebabkan, ramai
buruh kuli orang Cina yang berada di negara Tanah Besar China telah bersiap sedia untuk
berhijrah demi mencari rezeki kehidupan yang lebih baik di Nanyang (Tanah Melayu).
Kebetualan pada masa tersebut, dasar imigrasi British telah memberi galakan yang paling
aktif dalam peluang-peluang perniagaan serta peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang
perlombongan di Nanyang (Tanah Melayu).
Selain itu, dasar imigrasi British terhadap buruh kuli orang Cina yang datang ke
Nanyang (Tanah Melayu) telah menimbulkan sambutan yang begitu baik. Kebanyakan buruh
kuli orang Cina yang memasuki ke Nnyang (Tanah Melayu) pada abad ke-19 faktor tarikan
dengan peluang pekerjaan perlombongan yang memerlukan ramai kedatangan buruh kuli
orang Cina ke negeri Perak yang ditawarkan oleh pihak kerajaan Kolonial British di negeri
Perak.

Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur yang berkaitan dengan kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Malayu)
pada zaman kolonial British, 1840-1940. Menurut Khairi bin Ariffin dalam tesis beliau yang
bertajuk Dasar Kolonial British Terhadap Pendidikan Melayu Di Tanah Melayu, 1900-1957
(2009) menyatakan kemasukan orang Cina adalah disebabkan oleh pihak kerajaan kolonial
British yang mahukan kekayaan terutamanya bersumberkan galian di Nanyang (Tanah

23
Francis Wong Hoy Kee, Paul Chang Min Phang. (1975). The Changing Pattern of Teacher Education
in Malaysia. Kuala Lumpur, Singapore, Hong Kong : Heinemann Educationl Books (Asia) Ltd. hlm. 4.
24
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, op.cit. hlm. 28-29.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 295
Melayu).25 Keinginan pihak kerajaan kolonial British hanya terhadap kekayaan yang dapat
dimiliki dengan secepatnya dan mudah tanpa mengambil kira kesan kedatangan orang Cina
ke atas Nanyang (Tanah Melayu). Oleh itu, muncul keadaan beramai-ramai orang Cina
datang ke Nanyang (Tanah Melayu). Mereka inilah adalah khususnya berasal dari wilayah-
wilayah yang berhampiran dengan pinggir laut di bahagian tenggara negara Tanah Besar
China iaitu dari provinsi (sheng) Kangsi, Hunan, Kwangsi, Fukien, Kwangtung dan Hainan.26
Menurut penulis Tan Yao Sua, Orang Cina pada asalnya adalah datang dari wilayah
Fujian, Guangdong dan Guangxi di selatan negara Tanah Besar China.27 Kebanyakan orang
Cina yang datang adalah di bahagian tenggara negara China yang terdiri dari wilayah-
wilayah Fukien, Kwantung, Kwangsi dan Pulai Hainan. Ini dapat dijelaskan bahawa di
sebelah selatan Kwantung yang tidak mempunyai banyak peluang untuk sumber tenaga
buruh. Disebabkan negara asal Tanah Besar China tidak mempunyai peluang pekerjaan yang
terutamanya dalam bidang tanah cucuk yang tidak mencukupi. Faktor ini juga menyebabkan
ramai orang Cina mula datang ke Nanyang (Tanah Melayu) yang mempunyai peluang
pekerjaan yang banyak.
Dalam ”China and the Chinese Overseas” oleh Wang Gung Wu mengenal pasti
bahawa migrasi orang Cina ke sebarang laut28 yang boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu pedagang (trader), pekerja dan buruh (coolie), pedatang sementara (sojourner) dan juga
imigran yang mempunyai hubungan dengan imigran sebelumnya seperti keluarga atau rakan.
Oleh itu, kedatangan orang Cina yang beramai-ramai ke Nanyang (Tanah Melayu).

Dapatan Kajian
Kedatangan orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu) melalui tiga sistem iaitu melalui
persendirian, tiket kredit dan perdagangan imigran kuli-kuli. Pertama, mengikut jejak
langkah saudara-mara yang pernah bekerja di Nanyang (Tanah Melayu). 29 Sistem
persendirian pula adalah berasaskan pertalian keluargaan dan persahabatan. Bagi golongan
orang Cina ini mendapat bantuan yang diperolehi oleh keluarga mereka atau rakan-rakan
untuk datang ke Nanyang. Orang Cina yang berhijah ke Nanyang (Tanah Melayu) selalunya
bercita-cita untuk memperkukuhkan perniagaan supaya menjadi besar-besaran. Oleh itu,
penghijrah menghadapi pelbagai cabaran dan masalah dalam perniagaan mereka. Justeru itu,
yang paling ketara dengan salah satu daripada masalah yang dihadapi iaitu kekurangan
pekerja-pekerja yang boleh dipercayai. Dengan itu, pertalian keluargaan dan rakan
persahabatan memainkan peranan penting kepada penghijrah. Penghijrah memerlukan
ketaatan dan kejujuran yang boleh dipercayai terutama dalam mengembangkan perniagaan

25
Khairi bin Ariffin, (2009). Dasar kolonial British terhadap pendidikan Melayu di Tanah Melayu,
1900-1957, PhD, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. hlm. 60.
26
Francis Wong Hoy Kee, Ee Tiang Hong. (1971). Education in Malaysia, Kuala Lumpur, Singapore,
Hong Kong : Heinemann Educational Books. (Asia). Ltd. hlm. 9.
27
Tan Yao Sua. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. op.cit.
hlm. 20.
28
Imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19 adalah terdiri daripada peniaga, peruncit,
pemilik ladang, pelombong dan juga petani. Mereka datang ke Nanyang melalui sebbuah organisasi
berskala besar yang dikendalikan oleh peniaga Cina untuk membekalkan tenaga buruh dii tempat yang
memerlukannya seperti di TM untuk mengusahakan perlombongan bijih timah.
29
Tan Yao Sua. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. op.cit.
hlm. 21.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 296
scara besar-besaran di Nanyang (Tanah Melayu) dan bukan di negara asal Tanah Besar China
mereka.30
Oleh itu, penghijrah kembali ke kampung halamannya untuk mengambil pekerja
orang Cina dari kalangan saudara-maranya dan rakan seperjuangan mereka. Penghijrah
sanggup membayar tambang bagi pekerja-pekerja yang telah digajinya dikalangan sanak-
saudaranya dan rakan-rakan membawa ke Nanyang (Tanah Melayu) untuk bekerja di kedai
mereka. Sesetengah golongan pekerja orang Cina ini berjaya menyesuaikan diri maka mereka
pun mula mendirikan perniagaan mereka sendiri setelah memperolehi kemahiran dan model
yang mencukupi.
Seterusnya, apabila golongan pekerja ini telah berjaya. Maka, mereka pun kembali
balik ke negara asal Tanah Besar China untuk mengambil pekerja dari kalangan sanak-
saudara dan rakan mereka juga.31 Jelas terbukti bahawa rantaian berlaku dengan suatu
rangkaian imigrasi yang berasaskan pertalian kekeluargaan dan rakan-rakan pada mulanya.
Melalui kaedah jenis ini berjaya menggalakkan penghijrahan orang-orang Cina ke Nanyang
(Tanah Melayu) dengan lebih cepat dan pantas. Namun begitu, terdapat golongan pekerja
orang Cina ini juga ada yang diberikan lesen untuk bekerja di ladang dan lada hitam yang
melalui sistem persendirian.32 Oleh itu, melalui corak imigrasi yang wujud dalam
penghijrahan orang-orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu). Corak yang pertama adalah
berasaskan pertalian keluargaan sementara corak yang kedua pula berkembang di sekitar
melalui sistem tiket kredit.
Walau bagaimanapun, sistem tiket kredit adalah lebih dominan daripada
persendirian. Jeas terbukti, orang Cina yang memasuki ke Nanyang (Tanah Melayu) adalah
mengikut persendirian lazimnya terlibat dalam aktiviti perniagaan dan destinasi utama
mereka tertumpu di kawasan bandar. Manakala sistem tiket kredit pula melibatkan
kemasukan pekerja yang dikendalikan mengikut sistem tiket kredit oleh agensi. 33 Sistem ini
meningkat pekerja sebagai penghutang kepada agensi yang membiayai kos pelayaran mereka
ke sebarang laut. Golongan orang Cina ini juga dikenali sebagai buruh ikatan kontrak.34
Seterusnya, pertumbuhan perdagangan kuli mengubah ciri-ciri penghijrahan orang
Cina ke Nanyang (Tanah Melayu) dibawa masuk oleh agensi kuli.35 Ini adalah kerana
pengelola-pengelola China mencari keuntungan dan memaksa atau secara tipu-helah supaya
dapat mencari lebih ramai pekerja orang Cina datang ke Nanyang untuk bekerja. Tetapi,
golongan kuli-kuli ini diberi layanan yang lebih teruk daripada golongan pekerja melalui
sistem tiket kredit. Ini dapat dijelaskan bahawa kapal-kapal kuli-kuli ini adalah sesak dan
mereka tidak diberi makanan dengan secukupnya. Nasib untuk golongan ini sangat malang,
ramai di antara mereka ada yang sakit hingga mati di atas kapal yang sesak sebelum sampai
ke Nanyang (Tanah Melayu). Setelah mereka sampai saja di pelabuhan, mereka akan di
“jual” di pelabuhan-pelabuahan seperti barang perdagangan.

30
Yen Ching-hwang. (1986). A sosial History of The Chinese In Singapore and Malaya, 1800-1911,
op.cit. hlm. 4
31
Ibid. hlm. 4. Juga lihat Song Ong Siang, One Hundred Years’ History of The Chinese In Singpore,
University Malaya Press, Singapore, 1967, hlm. 96 bagi kes Foo eng Quee, seorang kanak-kanak lelaki
Hailam yang tiba ke Singapore untuk bekerjaa dengan Encik Song Hoot Kiam, sauadaranya.
32
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, op.cit. hlm. 4-5.
33
Yen Ching-hwang. (1976). The Overseas Chinese and The 1911 Revolution with Special Reference to
Singapore and Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. hlm. 4.
34
Tan Yao Sua. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. op.cit.
hlm. 21.
35
Ibid.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 297

Orang Cina yang awal berhijrah ke Nanyang (Tanah Melayu) adalah didorong oleh
faktor-faktor seperti berikut:

Jadual 1
Faktor-faktor Penghijrahan ke Nanyang

Jenis Jumlah (orang) Peratus (%)


Masalah kewangan 98 49%
Hubungan saudara 29 14.5%
Ketidakstabilan politik 23 11.5%
Hamba 4 2%
Masalah keluarga 2 1%
Kelakuan tidak baik 2 1%
Lain-lain 21 10.5%
Keseluruhan 200 100%
Sumber: Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3, hlm. 29.

Merujuk kepada jadual 2.1 seperti yang di atas menunjukkan bahawa untuk
mendapatkan tenaga buruh yang datang dari negara Tanah Besar China adalah tidaklah sukar
dibawa ke Nanyang (Tanah Melayu). Faktor-faktor penghijrahan ke Nanyang (Tanah
Melayu) yang paling utama ialah masalah kewangan yang merangkumi sebanyak 98 orang
daripada 200 orang Cina (49 %). Jelas terbukti bahawa orang Cina datang ke Nanyang
(Tanah Melayu) adalah mencari rezeki dan kekayaan kerana di negara asal Tanah Besar
China tidak mampu penduduk yang begitu ramai.
Faktor yang kedua ialah hubungan saudara yang mempunyai dengan seramai 29 orang
daripada 200 orang Cina iaitu 14.5% ke Nanyang (Tanah Melayu). Ini dapat dilihat bahawa
ramai pekerja orang Cina datang ke Nanyang (Tanah Melayu) adalah melalui sistem
pensendirian iaitu dibawa masuk ke Nanyang (Tanah Melayu) oleh saudara mereka. Faktor
yang ketiga pula ialah ketidakstabilan politik di negara Tanah Besar China yang meliputi
seramai 23 orang Cina (11.5%). Orang Cina mengalami ketakutan dan kesengsaraan dalam
peperangan menyebabkan mereka berhijrah ke Nanyang (Tanah Melayu).
Faktor yang seterusnya ialah menjadi hamba sebanyak 4 orang (2%), masalah
keluarga dan kelakuan tidak baik adalah hanya 2 orang sahaja (1 %). Faktor penghijrahan ke
Nanyang Tanah Melayu) untuk ketiga-tiga faktor tersebut adalah kurang penting. Manakala,
yang paling ketara adalah faktor lain-lain yang mempunyai seramai 21 orang daripada 200
orang Cina (10.5%) ke Nanyang (Tanah Melayu). Ini boleh dijelaskan bahawa faktor lain-
lain termasuk sistem tiket kredit atau sistem perdagangan imigran kuli-kuli turut
mempengaruhi Orang Cina berhijrah ke Nanyang (Tanah Melayu) pada awalnya.

Kesimpulan
Kemajuan ekonomi di negeri Perak khususnya bijih timah telah menyebabkan pihak kerajaan
kolonial British menggalakkan kemasukan buruh kuli orang Cina untuk bekerja di kawasan
perlombongan ataupun di ladang-ladang getah.36 Kedatangan borang Cina secara besar-
besaran dan menetap di Nanyang (Tanah Malayu) telah membentuk suatu organisasi sosial

36
Ibid.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 298
yang penting. Penghijrahan buruh kuli orang Cina ke Nanyang (Tanah Melayu) menjadi
penting apabila pihak kerajaan kolonial British menubuhkan penempatan dan pangkalan
Secara langsung membolehkan orang-orang Cina datang mencari rezeki.37
Selepas mendapat pekerjaan, orang Cina pun menetap di Nanyang (Tanah Melayu)
dan berkahwin dengan orang tempatan ataupun menjemput isterinya dari negara asal Tanah
Besar China ke Nanyang (Tanah Melayu). Seterusnya menetap di Nanyang (Tanah Melayu)
dan mencari rezeki untuk keluarganya. Merekalah adalah golongan yang terawal datang ke
Nanyang (Tanah Melayu) demi mencari rezeki dan mendapat kerjaya mereka.

Rujukan
Ding Choo Meng. (2008). Pantun Peranakan Baba: Mutiara Geilang Negeri-Negeri Selat. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Francis Wong Hoy Kee, Paul Chang Min Phang. (1975). The Changing Pattern of Teacher Education in
Malaysia. Kuala Lumpur, Singapore, Hong Kong : Heinemann Educationl Books (Asia) Ltd.
Ho Ping-ti. (1959). Studies On The Population of China 1368-1953, Massachusetts : Harvard Universityy Press
Huang Jiann Chen. (1999). Kajian Sejarah Sarawak Cina, Taipei: Dong Da Tu Shu Gu Fei You Xian Gong Shi.
Khairi bin Ariffin. (2009), Dasar Kolonial British Terhadap Pendidikan Melayu Di Tanah Melayu, 1900-1957.
Ph.D. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Lin Shui Gao [at al], A New History of Malaysian Chinese: Vol.3.
Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Pustaka,
Tan Liok Ee. (1997). The Politics of Chinese Education in Malaya. 1945-1961. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Tan Yao Sua. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia Sejarah, Politik dan Gerakan Perjuangan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Victor Purcell. (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu; penterjemahan Nik Hasnaa Nik Mahmood, Skudai
: Universiti Teknologi Malaysia
Yen Ching-hwang. (1986). A sosial History of The Chinese In Singapore and Malaya, 1800-1911, Singapore:
Oxford University Press.
Zhuang Guotu. (2001). Huaqiao Huaren yu Zhongguo de Guanxi. Guangzhou: Guangdong Gaodeng Jiaoyu
Chubanshe. hlm.1 20-121.

37
Victor Purcell. (1997). Orang-orang Cina di Tanah Melayu; penterjemahan Nik Hasnaa Nik
Mahmood, Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, hlm.105.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 299

KEBERKESANAN PENGGANTIAN BOTOL PLASTIK SEKALI GUNA (SINGLE


USE PLASTIC) KEPADA JUG AIR DI INDUSTRI PERHOTELAN

Nurhidayati Hassan, Mohd Redzuan Husaini dan Khasmawaty Morshidi

Abstrak
Penggunaan botol plastik sekali guna banyak digunakan di industri perhotelan kerana kos
yang rendah, tahan lama dan mudah untuk diperoleh. Antara contoh plastik sekali guna yang
banyak digunakan di industri perhotelan adalah seperti botol air minuman, penyedut
minuman plastik, bekas makanan, ameniti di dalam bilik hotel dan lain-lain lagi. Penggunaan
plastik sekali guna tanpa kawalan boleh menyebabkan pertambahan sisa pembuangan di
industri dan juga meningkatkan pencemaran alam sekitar kerana plastik ini sukar untuk
dilupuskan. Pertambahan sisa buangan plastik ini lebih banyak di industri hotel kerana dapat
dilihat setiap bilik hotel menyediakan botol minuman mengikut kapasiti tetamu di dalam
bilik. Hal ini juga menyumbang kepada pembaziran sisa air dari dalam botol kerana
kebanyakkan tetamu tidak menghabiskan air dari botol yang telah dibuka. Oleh yang
demikian, cadangan untuk industri perhotelan menggantikan penggunaan botol minuman
kepada jug air adalah untuk mengurangkan pembuangan sisa plastik sekali guna dan juga
mengurangkan pembaziran sisa air minuman. Secara keseluruhannya dapat dilihat banyak
industri perhotelan pada masa kini telah cuba untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali
guna kepada produk yang boleh kitar semula selain dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar.

Kata Kunci: Botol Plastik , Jug Air

Pendahuluan
Produk plastik sekali guna ‘single use plastic’ adalah sangat mudah untuk didapatkan. Selain
daripada itu, produk yang dibuat daripada plastik adalah murah, kalis air dan tahan lebih
lama. Jika dilihat pada masa kini, penggunaan produk yang diperbuat daripada plastik adalah
sangat ketara di dalam kebanyakkan industri di Malaysia. Ini bagi memenuhi keperluan dan
kehendak masyarakat.
Selain daripada itu, penggunaan berulangkali produk dari plastik sekali guna adalah
merbahaya bagi kesihatan. Sesuai dengan namanya, plastik sekali guna hanya untuk
digunakan sekali sahaja. Penggunaannya yang berulangkali dikhuatiri akan menjejaskan
kesihatan tubuh dan kenyataan tersebut masih kurang memberi kesedaran kepada masyarakat.
Penggunaan polisterina yang juga merupakan salah satu produk yang sama dengan plastic
sekali guna juga semakin terkenal kerana kelebihan yang ada padanya iaitu murah, mudah
dan ringan digunakan. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada polisterina
sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan dan sebagainya walaupun kaedah
tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari
bahaya polisterina serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya (Utusan
Malaysia, 2002).
Penggunaan plastik sekali guna juga banyak digunapakai di industri perhotelan sama
ada di Malaysia dan juga seluruh dunia. Ini menyebabkan lambakan sisa daripada plastik
sekali guna seperti botol air, plastik pembungkusan makanan, penyedut air plastik dan lain-
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 300
lain lagi. Penggunaan bahan-bahan ini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehentak
tetamu di bilik serta fasiliti-fasiliti lain di hotel.
Industri perhotelan merupakan sebuah industri yang dalam kegiatan operasionalnya
dapat membahayakan kelestarian lingkungan. Hal ini disebabkan oleh penignkatan
penggunaan tenaga, air, dan barang tidak tahan lama yang sangat tinggi (Noor, Shaari, &
Kumar, 2014). Menurut (F Zengkun, 2019) setiap hotel bertaraf empat bintang yang
mempunyai 200 bilik boleh menghasilkan kira-kira 300,00 keping plastik sekali guna dalam
tempoh masa sebulan jika setiap hotel itu berkapasiti penuh dan tiada jalan alternatif yang
mesra alam dilaksanakan (sebagai contoh menghantar untuk kitar semula). Kiraan tersebut
merangkumi botol air plastik, bekas plastik untuk makanan dan minuman, beg plastik,
penyedut minuman plastik, botol ameniti dan lain-lain.

Sorotan Kajian
i. Mengenalpasti tahap penggunaan jug air yang dapat mengurangkan jumlah
pembuangan botol plastik pada setiap hari di industri hotel.
ii. Mengenalpasti tahap pengurangan dari segi pembaziran air minuman dalam botol
dengan menggantikan kepada jug air yang boleh digunakan beberapa kali tanpa
memberi kesan kepada pengguna

Bahaya plastik sekali guna


Manusia dan plastik bagai tidak boleh dipisahkan kerana ramai bergantung kepada
penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian. Boleh dikatakan setiap rumah pasti
mempunyai barangan plastik kerana kelebihannya tahan lama, kalis air, cantik dan murah
menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan masyarakat selain membantu memudahkan banyak
urusan harian mereka. Tidak kurang juga ramai menganggap lambakan penggunaan bahan
plastik sebagai isu remeh sehinggakan mereka membuang sampah merata-rata dan bukan di
tempat sepatutnya. Namun di sebalik itu, ramai tidak menyedari plastik adalah musuh senyap
kepada manusia dan boleh membunuh.
Thaharat (2010) mengatakan bahawa, sampah bukan organik yang tidak boleh terurai
yang menyebabkan lapisan tanah tidak dapat ditembus oleh akar tanaman dan tidak mengalir
air sehingga peresapan air dan mineral yang dapat menyuburkan tanah hilang dan jumlah
mikrooganisma di dalam tanah pun akan berkurangan akibat tidak dapat sumber makanan
untuk berkembang. Contohnya botol plastik mineral, tin minuman, polisterina bekas
makanan. Manakala, Nurhafizah (2010) membuat kenyataan bahawa jika kita lihat di dada-
dada akhbar, sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama. Penggunaan
polisterina adalah salah satu penyebab berlakunya masalah alam sekitar di negara ini dan ini
memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterina dan
seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.

Air mineral dan ameniti yang digunakan setiap hari menyumbang kepada peningkatan
jumlah botol plastik di industri hotel khususnya di bahagian “housekeeping”.
Hal ini disebabkan kebanyakan hotel yang menggunakan botol plastik yang diisi dengan air
mineral dianggap memudahkan pelanggan dan pekerja “housekeeping” namun, tanpa
disedari dengan penggunaan kemudahan botol plastik sekali guna tersebut telah
meningkatkan jumlah botol plastik di industri hotel. Kita sedia maklum, setiap bilik di hotel
akan dibekalkan dengan botol air minuman mengikut kapasiti tetamu setiap bilik. Ameniti
yang ditelakkan di bilik juga kebanyakkannya berasakan plastik sekali guna seperti plastik
dobi, berus gigi, syampoo dan lain-lain.
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 301

Sikap pelanggan yang menyumbang kepada peningkatan sisa buangan di hotel dan
pembaziran air minuman (dari botol minuman).
Kebiasaannya, pelanggan-pelanggan yang menginap di bilik hotel sering sahaja membuka
penutup botol plastik tanpa meminumnya atau hanya minum sedikit sahaja. Hal ini
menyebabkan, pembaziran air berlaku dan ia merupakan salah satu kerugian kepada industri
hotel. Oleh yang demikian, pekerja “housekeeping” perlu menggantikan kepada air mineral
yang baharu untuk kegunaan pelanggan yang lain. Hal ini kerana, air yang telah dibuka
penutupnya dianggap tidak bersih untuk digunakan semula oleh pelanggan lain.

Penggunaan Jug Air di hotel


Pada masa kini, beberapa industri perhotelan telah mula mengaplikasikan penggunaan jug air
di setiap bilik hotel dan bilik mesyuarat bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal.
Dengan penggantian botol plastik kepada jug air juga dapat mengurangkan pembaziran air
(sisa air dari dalam botol plastik) yang telah dibuka. Ini kerana, jika dapat diperhatikan,
kebanyakkan tetamu tidak menghabiskan kesemua air dari botol plastik yang telah dibuka.
Seperti contoh yang dapat dilihat di hotel Ibis Manado City Boulevard Sulawesi, mereka
telah mengaplikasikan kaedah penggantian botol plastik kepada jug air sebagai langkah untuk
mengurangkan penggunaan plastik sekali guna ‘single use plastic’. Ianya sekaligus untuk
memberi kesedaran kepada tetamu dan pekerja di hotel tersebut tentang bahaya penggunaan
produk plastik seperti beg plastik, straw plastik, botol plastik dan lain-lain. Salah satu
tindakan yang mereka lakukan untuk mengurangi masalah penggunaan ‘single use plastic’
adalah dengan menyediakan jug air di setiap bilik sebagai ganti kepada botol plastik sekali
pakai (Joune & Kevin, 2019).
Dengan penggunaan jug air, tetamu dapat mengisi semula air melalui penapis air yang
telah disediakan di setiap koridor. Selain daripada itu, ia dapat menangani masalah
penggunaan plastik sekali guna. Inisiatif ini juga dilihat dapat memudahkan tetamu jika
memerlukan penambahan air minuman di bilik.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, dapat dilihat banyak industri perhotelan pada masa kini telah cuba
untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna kepada produk yang boleh kitar semula.
Selain daripada itu, dapat dilihat keberkesanan yang positif dalam mengurangkan jumlah
pembaziran sisa air minuman dari botol minuman di hotel. Penggunaan jug air ini sepatutnya
diterapkan untuk membantu mengurangkan botol plastik sekaligus menjimatkan penggunaan
air di bilik hotel dan memulihara alam sekitar daripada bahan buangan plastik.

Rujukan
Asuki Abs & Zabry Mohammad, Insinerator Pertama Malaysia Selamat, Utusan Malaysia, 11 Disember 2002.
F. Zengkun, (2019) Going Plastic-Free: How Hotels Are Joining the Anti-Plastic Fight, www.eco-business.com
Joune Ganda & Kevin W. Lotulung, (2019) Pengurangan Penggunaan Plastik Sekali Pakai Di Hotel Ibis
Manado City Center Boulevard, www.mediasulut.co.
Noor, N.A.M., Shaari, H., Kumar, D. (2014). Exploring Tourists Intention to Stay At Green Hotel: The
Influences of Environmental Attitudes and Hotel Attributes. The Macrotheme Review, 3(7), 22-33.
Nurhafizah Hussin. (2010). Bahaya Penggunaan Polisterina. http://ceritatentangalam.blogspot.com
Thaharat Bun Loot (2010). Pencemaran Alam Sekitar. http://ceritatentangalam.blogspot.com
TEORI, PRAKTIS DAN AMALAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN & SAINS SOSIAL : 1

Anda mungkin juga menyukai