Anda di halaman 1dari 334

ii

LINGUISTIK,
BAHASA
DAN
PENDIDIKAN

Penyunting
Norsofiah Abu Bakar
Radiah Yusoff
Muhammad Zuhair Zainal
Wan Azni Wan Mohamad

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan


Universiti Sains Malaysia
2019
iii
iv

SENARAI KANDUNGAN

Prakata Halaman

UCAPTAMA 2

MEMARTABATKAN LINGUISTIK DAN PENDIDIKAN BAHASA:


APA, MENGAPA DAN BAGAIMANA?
Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan

TEMA 1: LINGUISTIK

PREDIKAT TERBAHAGI BAHASA MELAYU: TUMPUAN KEPADA 4


FUNGSI GRAMATIS KETERANGAN
Norsofiah Abu Bakar dan Radiah Yusoff

ANALISIS VISUAL KOMIK ZUNAR BERDASARKAN SEMIOTIK 9


PEIRCE DAN TEORI RELEVANS
Ahmad Shafique Mohd Abdillah dan Hasmidar Hassan

KAJIAN KORPUS FRASA ADVERBA CARA BAHASA MELAYU 21


Eileen Sim Siew Wah, Radiah Yusoff dan Solakhiah Januri

PERFORMANSI BERBAHASA TRADISI LEPAS DAPUR PADA MASYARAKAT 26


TAMIANG DI KECAMATAN KARANG BARU, ACEH TAMIANG
Halimatussakdiah, Nova Indah Permatasari dan Robert Sibarani

PROSES PENASALAN DAN ASIMILASI BAHASA MELAYU PERANAKAN 30


FUZHOU, SIBU, SARAWAK
Jong Hui Ying, Tajul Aripin Kassini dan Wan Azni Wan Mohamad

SEBARAN LEKSIKAL ‘ULAR’ DI NEGERI JOHOR BERDASARKAN 38


PENGAPLIKASIAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)
Khairul Ashraaf Saari, Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin,
Junaini Kasdan dan Fazal Mohamed Mohamed Sultan

ANALISIS PRAGMATIK KESANTUNAN DAN KETAKSANTUNAN 44


BAHASA DALAM PERBAHASAN PARLIMEN 2018
Khairul Izzat Amiruddin dan Hasmidar Hassan

ETIMOLOGI KATA KERJA ARAB-MELAYU: SATU PENGENALAN AWAL 52


Mohd Nortaufiq Norhashim, Aniswal Abd Ghani dan Mohd Khaidir B. Abd. Wahab

PENYEBARAN NASAL HOMORGANIK DALAM DIALEK MELAYU 60


SEMENANJUNG
Mohd Tarmizi Hasrah

MAKNA UJARAN TAK LANGSUNG “BAGUSLAH.” DALAM DIALOG 68


ANTARA WATAK
v

Muhammad Zuhair Zainal dan Md. Baharuddin Hj. Abdul Rahman


ANALISIS PRAGMATIK STRATEGI KESANTUNAN DAN KETAKSANTUNAN 73
BERKAITAN ISU BELANJAWAN SULUNG NEGARA TAHUN 2018
DALAM FACEBOOK
Norfatin Nazihah Abdul Rahman dan Hasmidar Hassan

REALISASI MASA MULA BERSUARA BUNYI PLOSIF DALAM 82


PENGHASILAN BAHASA IBUNDA DAN BAHASA MELAYU OLEH PENUTUR
LELAKI ITALI
Norhaniza Abdul Khairi dan Shahidi A.H.

KAJIAN LINGUISTIK DAN KESANTUNAN YANG MENGGUNAKAN 87


FACEBOOK DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN LITERATUR
Nur Hamimah Muhammad Irahim, Norsofiah Abu Bakar dan Radiah Yusoff

STRATEGI PEMBELAJARAN ADJEKTIF OLEH PELAJAR ASING 92


BERDASARKAN KORPUS DAN MEDAN SEMANTIK
Nur Nazira Nazri dan Hasmidar Hassan

ANALISIS LAPORAN AKHBAR ISU 1MDB DARI SUDUT PRAGMATIK 101


Nurerma Aida Abdul Rahman dan Hasmidar Hassan

PREPOSISI GERAK DALAM KONSEP RUANG BERDASARKAN TEORI 110


STRUKTUR KONSEPTUAL
Nurul Jamilah Rosly dan Maslida Yusof

PENDEKATAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MENERUSI 117


PEMETAAN METAFORA KONSEPSI DALAM PENULISAN BAHAGIAN
PENDAHULUAN KARANGAN BAHASA MELAYU
Sharwinthiran Thavarajah dan Anida Sarudin

PEMEROLEHAN BAHASA WANITA DEWASA PEKAK MELALUI ANALISIS 130


NEUROPSIKOLINGUISTIK
Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim dan Sharil Nizam Sha’ri

PERILAKU SINTAKSIS DAN SEMANTIK KATA ‘SUDAH’ DAN ‘TELAH’ 138


DALAM AYAT AKTIF BAHASA MELAYU
Siti Rashidah Binti Bahrulddin dan Solakhiah Januri

REPRESENTASI RELIGI DALAM TEKS MELAYU SERDANG 146


T. Thyrhaya Zein dan T. Silvana Sinar

SIKAP DAN PENILAIAN DALAM DEBAT PRESIDEN/WAKIL PRESIDEN 2019: 153


ANALISIS WACANA BERBASIS KORPUS
Totok Suhardijanto dan Tengku Thyrhaya Zein Sinar

KAJIAN PELANGGARAN PRINSIP KERJASAMA GRICE DALAM RANCANGAN 160


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR (2019)
Wan Azni Wan Mohamad, Nur Faraliana Mohd Yusoff, Nor Hayati Abd Ghani
dan Fauzilah Md Husaini
vi

TEMA 2: PENDIDIKAN

KIT BONEKA PERIBAHASA (BOSA) SEBAGAI BAHAN BANTU DALAM 168


PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA : SATU KAJIAN TINDAKAN
Harlina Mohd Ali dan Zamri Mahamod

PENGUASAAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA 172


DALAM KALANGAN MURID MELAYU SARAWAK
Jamayah Bujang dan Fariza Khalid

PERSEPSI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP TAHAP BIMBINGAN 184


PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH DALAM PENGAJARAN
DAN PEMUDAHCARAAN
Kana Anak Uset dan Zamri Mahamod

PENGUASAAN MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 200


PENULISAN: SEKOLAH MUBALIGH
Melissa Anak Menggong dan Zamri Mahamod

TERAPI DOH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN 208


MENULIS HURUF MURID TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH DI PEDALAMAN
Mohd Fadhil Ismail dan Zamri Mahamod

STRATEGI PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM 216


KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI WILAYAH
YALA, SELATAN THAILAND
Muhammad Alee Song dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERTERASKAN 224


KREATIVITI DALAM PEMBINAAN AYAT
Nabilah Husna Harun dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN BUDAYA MELAYU DALAM 231


PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN
Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, Jamaludin Badusah dan
Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad

KEBERKESANAN POSTER TERHADAP PEMBENTUKAN PERENGGAN 240


KARANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
Nornazirah Md Hashim dan Jamaludin Badusah

BENTUK PERCAMPURAN KOD DARI ASPEK GOLONGAN KATA DALAM 248


PENULISAN BAHASA MELAYU MURID PEKAK SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Nur Syafiza Shafee dan Muhammad Zuhair Zainal

PERBANDINGAN NILAI KERAJINAN DALAM PERIBAHASA MELAYU DAN 254


PERIBAHASA TAMIL: ANALISIS TEORI HIBRID
Parameswary Shanmugam dan Anida Sarudin
vii

PENGGUNAAN KAEDAH ‘MaBaDiHi’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN 264


MEMBACA SUKU KATA KV+KVK BAHASA MELAYU MURID TAHUN TIGA
Patricia Anak Iyus dan Zamri Mahamod

FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 274


KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS DALAM KALANGAN MURID LEMAH
BAHASA MELAYU
Regina Simba Vendrick dan Zamri Mahamod

PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN MODUL 285


‘HEBAT’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rosnani Sidik dan Zamri Mahamod

PENGGUNAAN APLIKASI WHATSSAPP DALAM PENGAJARAN DAN 292


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR YANG
MENGIKUTI KURSUS LKM400-BAHASA MALAYSIA IV: KE ARAH
PENGAMALAN PEMBELAJARAN TERADUN
Siti Hasnah Zainal Abidin, Siti Noraini Jupri dan Muhammad Zuhair Zainal

KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGAJARAN ABAD KE-21 297


DI SIBU, SARAWAK
Sofiana Hassan dan Zamri Mahamod

KEBERKESANAN PETA ALIR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN 309


MENULIS KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI DI SJK(C) SERDANG
Tan Kok Wei dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

PENGAPLIKASIAN RANGKAIAN MOTOR PENGAPLIKASIAN TEORI 317


RANGKAIAN MOTOR PEMBELAJARAN DALAM KEMAHIRAN
MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU MURID
TINGKATAN EMPAT NEGERI JOHOR
Khawidah Abd Samad & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad
viii

PRAKATA
Dalam usaha untuk memartabatkan dan memperkukuh bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu di negara Malaysia, maka Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan; Bahagian Sastera dengan Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
dan Bahagian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan dari
Universiti Sains Malaysia telah menjalinkan kerjasama untuk mengumpulkan kertas
kerja dalam bidang linguistik, sama ada dalam bidang linguistik tulen atau linguistik
terapan, khususnya melibatkan bahasa Melayu. Usaha kerjasama ini telah dilanjutkan
bersama-sama dengan Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia bagi
melibatkan juga bidang pendidikan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Di samping itu,
sokongan yang padu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengangkat martabat
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan memastikan kemandirian bahasa Melayu terus
mantap dan utuh pada masa hadapan.

Kerjasama yang jitu ini telah berjaya menerbitkan kertas kerja yang dihasilkan
oleh pengkaji dan pendokong bahasa Melayu, seperti para penuntut lepasan universiti
yang mengikuti kursus ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran, guru-guru bahasa dan para
pensyarah institusi pengajian tinggi. Mereka ini bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga
dari Indonesia dan Thailand. Penerbitan kertas kerja ini juga dapat memberikan ruang
dan peluang kepada para sarjana dan inteligensia bahasa untuk berkongsi dapatan kajian
dan pandangan mereka tentang bahasa Melayu.

Berdasarkan komitmen yang tinggi yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan pengumpulan dan penerbitan kertas kerja ini, kami yakin bahawa
bahasa Melayu masih kekal relevan untuk menjadi bahasa yang boleh menyampaikan
ilmu pengetahuan, pendidikan, falsafah dan akal budi. Sehubungan dengan itu, kami
ingin merakamkan rasa terhutang budi kami kepada semua penulis kertas kerja dan
penganjur ‘Seminar Linguistik dan Bahasa (SLIBA 2019)’ di Universiti Sains Malaysia
yang merealisasikan kertas kerja ini dikumpulkan dan diterbitkan, khususnya Dr. Mohd
Khaidir Abdul Wahab, Cik Siti Hasnah Zainal Abidin, Dr. Jong Hui Ying, Puan Siti Noraini
Jupri, Puan Norhaniza Abdul Khairi, Puan Nor Hayati Abdul Ghani, Puan Nur Faraliana
Md. Yusoff, Dr. Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, Dr. Shahbudin Hashim, Dr. Abd. Jalil
Ali, Encik Md. Baharuddin Abdul Rahman, dan Cik Hamimah Muhammad Irahim.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua dekan pusat pengajian
yang sentiasa menyokong semua aktiviti bahasa di Universiti Sains Malaysia, iaitu
Profesor Dr. Narimah Samat, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan; Profesor Madya
Dr. Salasiah Che Lah, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan; dan
Profesor Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, Dekan Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan.

Norsofiah Abu Bakar


Radiah Yusoff
Muhammad Zuhair Zainal
Wan Azni Wan Mohamad
Universiti Sains Malaysia
Julai 2019
UCAPTAMA
2

MEMARTABATKAN LINGUISTIK DAN PENDIDIKAN BAHASA:


Apa, Mengapa dan Bagaimana?

Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan


Penyandang Kursi Za’ba
Institut Peradaban Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Ikhtiar memartabatkan linguistik dan pendidikan bahasa secara bersepadu melibatkan dua hal penting.
Yang pertama ialah idealisme menempatkan pengajian bahasa dan pendidikan bahasa dalam kerangka
peningkatan tamadun negara dan pembinaan modal insan. Yang kedua ialah sisi operasional
memartabatkannya dalam pelaksanaan sistem pendidikan dan sektor-sektor lain. Wacana ini menggarap
peranan bahasa dalam pencapaian aspirasi sosial dan kenegaraan, pemecahan masalah dalam falsafah
pengajian dan pendidikan bahasa yang berkait rapat dengan matlamat pengajian dan pendidikan bahasa,
dan juga relevansi pengajian dan pendidikan bahasa dalam mendepani tantangan semasa seperti
kelunturan jati diri, dinamika kebudayaan dan isu silang budaya. Untuk mendukung pemartabatan aspek
idealisme dan falsafah itu, pemartabatan dalam langkah operasional dikemukakan, seperti dalam
kurikulum, latihan perguruan dan keguruan, P dan P, serta penetapan standard prestasi menurut
peringkat, iaitu sekolah dendah dan menegah. Pemartabatan di peringkat pendidikan tinggi dikemukakan
dengan penegasan aspek kurikulum universiti dan pemaduan pengajian bahasa dengan bidang atau
disiplin lain, selaras dengan keperluan multidisplin.

Kata kekunci: Falsafah bahasa, pembinaan tamadun, pendidikan bahasa, pemartabatan


3

TEMA I
LINGUISTIK
4

PREDIKAT TERBAHAGI BAHASA MELAYU: TUMPUAN KEPADA FUNGSI GRAMATIS


KETERANGAN

Norsofiah Abu Bakari & Radiah Yusoff ii


i Pensyarah Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia. abnorsofiah@usm.my
ii Pensyarah Kanan Bahagian Pengajian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti

Sains Malaysia, radiah@usm.my

Abstrak
Kajian ini meneliti kedudukan farasa yang berfungsi sebagai keterangan dalam ayat penyata bahasa
Melayu, terutamanya ayat tunggal. Data kajian diperoleh menerusi data korpus Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kajian ini bertitik tolak daripada kekeliruan fungsi gramatis keterangan yang dikemukakan dalam
Tatabahasa Dewan (2009) dan Tatabahasa Asas (2012). Dari segi terminologi sintaksis, keterangan
merupakan elemen yang bersifat opsyenal, namun dalam contoh yang dikemukakan oleh kedua-dua buku
tatabahasa ini menimbulkan isu. Isu pertama, contoh yang dikemukakan tidak menggambarkan ciri fungsi
gramatis keterangan dan isu kedua, keterangan berada di kedudukan akhir ayat. Berlandaskan isu yang
dikemukakan, objektif kajian ini ialah menganalisis secara deskriptif kedudukan keterangan dalam ayat
dan mengemukakan contoh ayat daripada data korpus yang menunjukkan bahawa terdapat unsur
keterangan yang berada pada kedudukan awal ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat ayat
bahasa Melayu yang keterangan dan predikat berada pada awal ayat. Di samping itu, didapati bahawa
keterangan tidak semestinya berada dalam predikat, atau predikat tidak semestinya hadir selepas predikat.
Predikat terbahagi, iaitu kedudukan keterangan yang berada pada awal ayat menunjukkan bahawa elemen
keterangan telah mengalami proses pergerakan. Kajian ini juga berpendirian bahawa isu istilah seperti
istilah keterangan perlu diselaraskan dengan konvensi linguistik supaya tidak timbul kekeliruan
berkenaan fungsi gramatis keterangan.

Kata kekunci: data korpus, predikat, keterangan, bahasa Melayu, fungsi gramatis

1.0 PENGENALAN
Umumnya, predikat merupakan unsur penting dalam pembinaan ayat. Predikat diungkapkan
oleh frasa kerja dan frasa adjektif. Hal ini bermakna bahawa sesuatu yang dikatakan ayat,
mestilah mengandungi predikat. Menurut Asmah (2009), dalam sistem ayat bahasa Melayu
terdiri daripada Subjek-Predikat yang boleh terdiri daripada objek dan adjung. Dalam hal ini,
objek dan adjung bersifat opsyenal. Ciri opsyenal ini mungkin disebabkan oleh terdapat
sesetengah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contohnya dalam (1):

(1) Abang tidur.

(2) Abang tidur pada pukul 10 malam di bilik ayah.

Berdasarkan ayat (1), kata kerja ‘tidur’ merupakan kata kerja tak transitif yang tidak
memerlukan objek, iaitu kata kerja yang hanya memerlukan satu argumen frasa nama subjek.
Bagi ayat (2) pula, frasa sendi nama berfungsi sebagai adjung yang boleh digugurkan
kehadirannya. Dalam kata lain, pengguguran frasa sendi nama tidak menjadikan ayat (2) tidak
gramatis.

Bahasa Melayu sebagai bahasa aglutinatif mempunyai aturan S(ubjek)-K(ata kerja)-


O(bjek). Pada kedudukan predikat, mana-mana konstituen dalam predikat sama ada objek atau
keterangan yang berada di kedudukan awal ayat tidak lagi akur kepada aturan SKO. Kelihatannya
tiada isu berkaitan dengan unsur predikat ini. Walau bagaimanapun, unsur predikat yang
berfungsi sebagai keterangan telah menimbulkan isu dan kekeliruan kepada pengguna bahasa.
5

Buktinya, Nik Safiah et al. (2009) menyatakan bahawa unsur keterangan dalam predikat telah
mengalami proses pendepanan. Misalnya, pendepanan frasa preposisi sebagai keterangan dalam
predikat.

(3) (a) Saya berpegang pada janji (Nik Safiah et al. 2009: 483).

(b) Pada janji saya berpegang (Nik Safiah et al. 2009: 483).

Berdsarkan ayat (3a) dan (3b), frasa preposisi ‘pada janji’ tidak boleh dianggap sebagai
keterangan. Dengan kata lain, ‘pada janji’ bukanlah bergungsi sebagai keterangan. Sebaliknya,
frasa preposisi ‘pada janji’ boleh dikatakan berfungsi sebagai komplemen. Hal ini kerana, kata
kerja ‘berpegang’ merupakan kata kata kerja tak transitif yang memerlukan argumen. Argumen
merupakan satu istilah yang menunjukkan sesuatu elemen yang dikehendaki oleh kata kerja
(Tallerman, 2011). Jika elemen tersebut tidak hadir atau tidak menepati keperluan kata kerja,
maka terhasil ayat yang tidak gramatis. Sebaliknya, definisi keterangan ialah elemen yang
bersifat opsyenal. Hal ini bermakna, jika digugurkan elemen keterangan ayat yang terhasil masih
gramatis. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Tallerman (2011:63) yang
menyatakan bahawa keterangan atau adjung sebagai “..they are optional modifying phrases”. Bagi
ayat (3a-b), jika digugurkan eleman ‘pada janji’, maka yang terhasil adalah tidak gramatis seperti
dalam (4):

(4) *Saya berpegang.

Terdapat juga contoh dalam Nik Safiah et al. (2009) yang menepati definisi keterangan,
seperti dalam (5a-b):

(5) a. Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.

b. Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.

Berdasarkan ayat (5a-b), frasa preposisi ‘pada hujung minggu ini’ berfungsi sebagai keterangan.
Hal ini demikian kerana frasa preposisi ‘pada hujung minggu ini’ jika digugurkan ayat (5a-b)
masih gramatis seperti dalam (6):

(6) Encik Ali menghadiri kursus itu.

Ayat dalam (6) menepati ciri fungsi keterangan seperti dalam bahasa Inggeris. Perhatikan contoh
(7):

(7) We’re leaving next week/today/tomorrow (FN) (Tallerman, 2011: 63).


We’re leaving in a week (PP) (Tallerman, 2011:63).

Berdasarkan contoh (7), frasa nama ‘next week’, ‘today’, ‘tomorrow’ dan ‘in a week’ merupakan
keterangan, atau istilah lain disebut sebagai adjung yang bersifat opsyenal.

Berdasarkan contoh di atas, ternyata terdapat percanggahan fungsi gramatis keterangan


yang dikemukakan oleh Nik Safiah et al. (2009). Dalam hal ini, istilah frasa sendi nama sebagai
keterangan dalam predikat berserta dengan contoh yang dikemukakan oleh Nik Safiah et al.
(2009) telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa Melayu. Tambahan pula, buku
Tatabahasa Dewan merupakan rujukan utama pengguna bahasa Melayu, terutamanya guru
bahasa Melayu dan menjadi tatabahasa pegangan di sekolah.
6

Di samping, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat kekeliruan dengan penggunaan
istilah, iaitu istilah ‘frasa keterangan’ yang terdapat dalam buku rujukan Tatabahasa Asas (2012).
Buku Tatabahasa Asas (2012) merupakan rujukan utama bagi pelajar tingkatan enam. Frasa
keterangan ditakrifkan sebagai frasa yang menerangkan atau menjelaskan frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa preposisi dalam ayat (Ahmad Khair et al., 2012). Penggunaan istilah frasa
keterangan ini ternyata mengelirukan kerana dalam bahasa Melayu, penahu bahasa Melayu
bersetuju bahawa dalam bahasa Melayu frasa dikaitkan dengan kelas atau golongan kata.
Misalnya, Asmah (2009) memperlihatkan bahasa Melayu mempunyai kata nama, kata kerja, kata
sifat, kata adverba, kata bilangan dengan setiap golongan kata ini mempunyai frasa seperti frasa
nama, frasa kerja, frasa sifat, frasa adverba dan frasa bilangan. Persoalan yang timbul apakah
proses pembentukan frasa keterangan? Apakah proses ini sama dengan frasa yang terbentuk
daripada golongan kata? Ternyata, istilah sangat mengelirukan.
Perhatikan contoh (8)- (10):

(8) Adik saya membaca al-Quran sungguh lancar (Ahmad Khair et al., 2012: 297).

(9) Pelajar itu datang hari itu (Ahmad Khair et al., 2012: 297)..

(10) Nanas amat manis pada pangkalnya(Ahmad Khair et al., 2012: 297). .

Ayat (8) – (10) menunjukkan bahawa frasa ‘sungguh lancar’, ‘hari itu’ dan ‘pada pangkalnya’
dikatakan sebagai frasa keterangan (Ahmad Khair et al., 2012: 297). Menurut Ahmad Khair et al.
(2012), frasa keterangan merupakan frasa tambahan yang hadir pada kedudukan selepas frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa preposisi. Misalnya:

(11) Pelajar itu tiba lewat sekali (Ahmad Khair et al., 2012: 299).

(12) Pegawai itu sungguh cekap sejak dulu (Ahmad Khair et al., 2012: 300).

(13) Bayi itu di pangkuan ibunya setiap waktu (Ahmad Khair et al., 2012: 300).

Ayat (11) – (13) menunjukkan bahawa ‘lewat sekali’, ‘sejak dulu’ dan ‘setiap waktu’ berfungsi
sebagai keterangan yang boleh berada pada kedudukan awal ayat seperti dalam (11)’, (12)’ dan
(13)’:

(11)’ Lewat sekali pelajar itu tiba.

(12)’ Sejak dulu pegawai itu sungguh cekap.

(13)’ Setiap waktu bayi itu di pangkuan ibunya.

Kedudukan keterangan pada awal ayat tidak menimbulkan masalah ketidakgramatisan ayat.
Persoalan yang timbul, mengapa ciri ini tidak diketengahkan dalam buku tatabahasa bahasa
Melayu? Di samping itu, kedudukan keterangan pada awal ayat ini dikenali sebagai predikat
terbahagi.

Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan, kajian ini menggariskan dua objektif.


Pertama, menganalisis secara deskriptif peri laku keterangan dan kedua, kajian ini cuba
mengemukakan kedudukan keterangan pada awal ayat berdassarkan penggunaan data korpus.
7

2.0 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Data korpus DBP
menggunakan peranti konkordans. Melalui peranti ini, data yang menunjukkan keterangan pada
kedudukan awal ayat dapat dianalisis dan disusun secara sistematik. Penggunaan data korpus
ini dapat memberikan data atau bukti bahasa yang empirikal dan autentik. Di samping itu,
penggunaan data korpus dapat mengemukakan bukti bahasa yang digunakan oleh penutur natif
sebenar (Norliza, 2015).

Sehubungan dengan itu, kajian ini berpendapat bahawa ayat bahasa Melayu yang dikutip
daripada data korpus jelas dapat mewakili bahasa penutur jati bahasa Melayu.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa banyak ayat dalam mempunyai unsur keterangan di berada
pada kedudukan awal ayat. Perhatikan dalam Jadual 1.

Bil. Contoh
1 Kelmarin , bilik guru Sekolah Menengah Tun Dr Ismail di sebuah kawasan mewah di
ibu kota dibakar.
2 Pada tahun kedua, wang daripada ibunya masih ada, tetapi suratnya hanya setengah
kajang.
3 Kali ini lewat Nisah membuat ramalan.
4 Sekarang manusia hidup dalam zaman tamadun tinggi.

Sumber: Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka

4.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa fungsi gramatis keterangan boleh berada di
kedudukan awal ayat. Kajian ini berpandangan bahawa frasa yang berfungsi sebagai keterangan
seperti ‘kelmarin’, ‘pada tahun kedua’, ‘kali ini lewat’ dan ‘sekarang’ pada asalnya berada pada
kedudukan predikat. Hal ini sejajar dengan aturan bahasa Melayu, iaitu S(ubjek) K(ata kerja)
O(bjek). Jika keterangan berada di kedudukan awal ayat, ini bermakna telah berlaku pergerakan
keterangan daripada kedudukan asal ke kedudukan awal ayat. Pergerakan ini dijelmakan dalam
representasi linear di bawah:

(14) Sekarangi manusia hidup dalam zaman tamadun tinggi ti.

Daripada (14), pergerakan ‘sekarang’ menunjukkan bahawa predikat tidak semestinya


hadir selepas subjek. Kehadiran ‘sekarang’ pada ayat menunjukkan bahawa berlaku predikat
terbahagi iaitu subjek seolah-olah membelah predikat menjadi dua. Pergerakan ‘sekarang’
menunjukkan bahawa sebahagian predikat telah melalui proses pergerakan. Di samping, kajian
ini berusaha untuk membuktikan bahawa frasa yang menjalankan fungsi keterangan bersifat
opsyenal, yakni boleh digugurkan. Pengguguran keterangan tidak akan menjejaskan
kegramatisan ayat.
8

5.0 KESIMPULAN

Bukti daripada korpus menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu berlaku predikat terbahagi.
Dalam hal ini, unsur keterangan boleh berada di kedudukan awal ayat. Kewujudan keterangan
pada awal ayat nyata bertentangan dengan pandangan yang dinyatakan dalam Tatabahasa
Dewan dan Tatabahasa Asas. Pertentangan ini boleh menimbulkan kekeliruankepada pengguna
bahasa. Di samping itu, istilah yang digunakan perlulah seragam terutamanya istilah keterangan
yang jelas dalam sintaksis merupakan fungsi tatabahasa yang boleh digugurkanatau bersifat
opsyenal.

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim. (2014). Tatabahasa
Asas. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam dan Persatuan Pendidikan Bahasa
Melayu Malaysia.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa
Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tallerman, M. (2011). Understanding Syntax. Third Edition. London: Hodder Education.

Biodata Ringkas Penulis

Norsofiah Abu Bakar ialah pensyarah di Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang beliau ialah sintaksis, morfologi dan
linguistik klinikal.

Radiah Yusoff ialah pensyarah kanak di Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang beliau ialah morfologi, sintaksis dan
linguistik umum.
9

ANALISIS VISUAL KOMIK ZUNAR BERDASARKAN SEMIOTIK PEIRCE DAN TEORI


RELEVANS

Ahmad Shafique Mohd Abdillahi & Hasmidar Hassanii


iPelajar, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. ahmadshafiqueabdillah@gmail.com
iiPensyarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. hasmidar@um.edu.my

ABSTRAK

Kemajuan teknologi hari ini telah memberikan impak yang cukup besar terhadap aktiviti dan gaya hidup
manusia seharian. Impak ini lebih ketara pada media massa dan medium komunikasi yang ada pada hari
ini sama ada yang berbentuk audio mahupun visual. Salah satu media yang turut menerima kesannya ialah
majalah humor atau komik yang semakin maju dan bergerak pantas dari segi penghasilan dan penyebaran
karyanya. Majalah humor atau komik hari ini bukan sahaja diterbitkan secara bercetak malahan diterbitkan
secara atas talian juga dan ia boleh diakses melalui pelbagai aplikasi yang ada. Perkembangan industri
komik ini memberikan isyarat bahawa medium komik turut berperanan dalam memberikan hiburan,
maklumat, kritikan dan sindiran kepada masyarakat pada hari ini. Peranan komik sebagai medium kritikan
sangat ketara dan didapati memberikan kesan pada pembaca sekitar 2014 hingga sekarang tentang isu-isu
politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di Malaysia. Justeru, bagi memperlihatkan bahawa
komik ini merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat ostensif yang mampu menyampaikan maklumat
dengan cara yang sangat jelas dan berkesan, maka satu kajian diketengahkan bagi mengkaji komik Zunar
yang berkisarkan isu politik Malaysia dengan menggunakan pendekatan semiotik Peirce dan Teori
Relevans. Dengan menggunakan kedua-dua teori ini, cara mana bentuk visual sebagai kod komunikasi
dapat diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai maksud yang sebenar dapat dijelaskan
dengan empiris dan berpada berdasarkan idea-idea yang digagaskan oleh teori yang tersebut.

Kata kekunci: komik, visual, ostensif, relevans, semiotik

1.0 PENGENALAN

Kartun editorial di Malaysia telah mula diterbitkan sejak era sebelum merdeka iaitu pada tahun-
tahun 1930-an dalam akhbar-akhbar seperti Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis. Ketiga-tiga
akhbar tersebut merupakan akhbar yang paling banyak menerbitkan kartun editorial jika
dibandingkan dengan akhbar-akhbar yang lain. Pada masa itu, antara pelukis kartun yang aktif
ialah Raja Hamzah, K. Bali, Osman Kangkong, Mohd Sallehuddin, Halim Teh, Yusuf Sharif, dan
Hashim Awang (Utusan Online:2009). Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan
British dan juga pendatang-pendatang asing yang membanjiri Tanah Melayu selepas kedatangan
penjajah.
Selepas merdeka, terdapat beberapa akhbar lain yang turut menerbitkan kartun-kartun
editorial, antaranya ialah The New Straits Times dan Berita Harian. Kemunculan kartunis seperti
Rahim, Nan, Lat dan lain-lain yang banyak memaparkan tema perpaduan kaum, memeriahkan
lagi penerbitan kartun dalam akhbar pada waktu itu (Shaliza Binti Dasuki et al., 2014:2).
Perkembangan kartun dilihat terus berkembang di Malaysia pada era 1980-an dan tidak terhad
pada ketika itu. Antara komik dewasa dan kanak-kanak yang terawal ialah komik Wak Dojer,
Pusaka, Pembela, Bujal, dan Bambino dan juga majalah kartun popular Gila-Gila. Sehingga kini,
lebih banyak penerbitan kartun muncul, misalnya majalah kartun yang popular iaitu Ujang, Apo?,
Gempak, Kreko, Utopia, dan Komikoo.
10

Kemajuan teknologi kini semakin menggalakkan penerbitan komik kerana teknologi


mampu mentransformasikan komik konvensional kepada komik digital yang boleh diakses
melalui pelbagai aplikasi. Di samping itu, sokongan padu oleh syarikat-syarikat penerbitan
kartun komik juga sangat membantu perkembangan industri komik di Malaysia terutamanya
syarikat PTS. Sdn. Berhad (Shaliza Binti Dasuki et.al, 2014:3). Oleh sebab itu, ramai pelukis muda
sebagai generasi pelapis telah muncul dan meletakkan industri komik tempatan pada tahap yang
memberangsangkan.

Selain itu, komik juga berperanan penting dalam mempengaruhi minda masyarakat.
Kajian komik juga telah menyentuh pelbagai aspek dalam pelbagai bidang seperti psikologi,
pendidikan, sosiologi, linguistik, pembangunan media baru dan pelbagai lagi yang menekankan
peranan kognitif dalam bahasa visual komik. Pembangunan komik berkait dengan kebudayaan,
sosiologi dan kognitif individu secara umumnya. Menurut Mulyadi Mahamood (2004:2), komik
editorial atau politik memainkan peranan penting dalam membentuk budaya dan politik melayu
dalam meningkatkan sikap masyarakat secara umum, secara individu, dan dalam kalangan
keluarga dan masyarakat selain membangunkan ekonomi dan politik.

Di samping itu, visual kartun dalam bentuk komik ini juga dilihat sangat memberikan
impak kepada masyarakat iaitu sebagai alat menyampaikan maklumat. Menurut Mohd Aswari
Md Saleh dan Jasni Dolah (2016:8), komik menyampaikan maklumat dengan lebih efisien dan
mewujudkan penglibatan yang lebih mendalam dalam subjek-subjek atau isu-isu yang lebih
kompleks untuk difahami. Komik bermaksud rangkaian idea yang disusun mengikut subjek,
format, pembaca, sejarah, industri, bahasa visual yang khusus dan pengaruh budaya (Cohn, 2014
dalam Aswari Md Saleh dan Jasni Dolah, 2016:7).

Oleh sebab visual komik ini dilihat mempunyai peranan yang penting untuk
menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah dan jelas, maka kajian ini diketengahkan
untuk membincangkan sejauh mana bentuk visual dalam komik dapat menyampaikan maklumat
kepada pembaca dengan mudah dan berkesan dengan menggunakan pendekatan semiotik dan
pragmatik. Penelitian berdasarkan pendekatan semiotik adalah untuk menunjukkan hubungan
lambang atau simbol dengan sesuatu makna sama ada makna konotasi ataupun denotasi
manakala penelitian visual berdasarkan pragmatik pula bertujuan untuk menjelaskan cara mana
maklumat atau pun maksud yang ingin disampaikan oleh visual itu dapat diinterpretasikan oleh
pembaca.

Pemilihan komik Zunar sebagai data kajian dianggap menarik untuk dikaji kerana ia
sangat relevan dengan isu semasa yang hangat dibincangkan oleh media massa dan makna visual
yang terdapat dalam komik tersebut harus difahami dengan betul oleh masyarakat.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan teori Peirce (1839-1914) dan teori Relevans (1986-1995). Pemilihan
teori Peirce (1839-1914) digunakan dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
bentuk-bentuk visual yang terdapat dalam komik tersebut. Proses ini dilakukan bagi
mengkategorikan bentuk-bentuk visual menerusi pengkategorian elemen-elemen yang
dikemukakan dalam teori Peirce (1839-1914) iaitu perwakilan atau representamen, objek dan
interpretasi. Kemudian, makna yang dianalisis berdasarkan teori Peirce tersebut (1839-1914)
akan diinterpretasikan berdasarkan pendekatan pragmatik iaitu dengan menggunakan teori
Relevans. Justeru, penggunaan teori Relevans (1986-1995) ini dianggap bersesuaian dalam
menginterpretasikan makna dengan betul berdasarkan maklumat yang diterima daripada
pendekatan semantik yang dilakukan. Berikut merupakan kerangka teori semiotik visual
(pendekatan semantik) iaitu teori Peirce (1839-1914):
11

2.1 TEORI SEMIOTIK VISUAL

Kajian ini memanfaatkan teori semiotik Peirce (1839-1914) yang digagaskan oleh seorang tokoh
falsafah Amerika (Alex, 2009). Tanda Peirce (1839-1914) memberikan fokus pada tiga aspek iaitu
ikon, indeks dan simbol. Data akan dianalisis berdasarkan teori semiotik Peirce (1839-1914) iaitu
triadik seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :-

Perwakilan / Representamen

Objek / Object Interpretasi / Interpretant

Rajah 1. Teori semiotik Peirce

Menurut Peirce (dlm. Faridah Ibrahim, 2012:261) tanda sebagai perwakilan atau representamen,
sedangkan objek merupakan konsep, benda atau gagasan, manakala makna pula merupakan
persepsi, pemikiran dan perasaan yang diperoleh dari sebuah tanda yang diberi istilah iaitu
interpretasi. Secara ringkasnya, perwakilan merupakan bahagian tanda yang dapat
dipersepsikan secara fizik yang merujuk kepada sesuatu yang diwakili olehnya iaitu objek,
kemudian interpretasi adalah bahagian dari proses yang menafsirkan hubungan perwakilan dan
objek. Selain itu, Peirce juga membahagikan tanda perwakilan kepada tiga jenis iaitu qualisign,
sinsign dan legisign. Bagi tanda jenis objek pula dibahagikan juga kepada tiga iaitu ikon, indeks
dan simbol. Kemudian, terdapat tiga jenis interpretasi iaitu rhema, decisign dan argument.

2.2 TEORI RELEVANS


Teori Relevans dipilih pengkaji kerana teori ini sesuai digunakan untuk menganalisis ujaran atau
komunikasi. Teori ini telah diperkenalkan oleh Sperber & Wilson pada tahun 1986. Prinsip Teori
Relevans ini merujuk apa yang diperkatakan dalam ujaran iaitu kerelevenannya dan bukan
kebenaran mutlak. Kerelevanan bergantung pada kesan kognitif dan usaha memproses
maklumat (Siti Nurqistina Awang, 2011). Semakin banyak kesan kognitif yang dapat dihasilkan
semakin relevan sesuatu ujaran itu manakala semakin rendah kos pemprosesan maklumat itu
semakin relevanlah ujaran tersebut. Kesan kognitif dapat dihasilkan dengan tiga cara, iaitu
pengukuhan, pengguguran dan penggabungan maklumat.

Selain itu, Sperber dan Wilson juga telah menggagaskan dua prinsip relevans, iaitu i)
Prinsip Relevans Kognitif - prinsip yang menjelaskan kognisi manusia cenderung untuk mencapai
relevans yang maksimum dan ii) Prinsip Relevans Komunikatif yang menjelaskan bahawa setiap
tingkah laku komunikasi ostensif menyampaikan suatu andaian relevans yang optimum
(Hasmidar Hassan, 2006).

3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian perbincangan iaitu pada bahagian semiotik
visual (semantik) dan pragmatik. Berikut analisis berdasarkan pendekatan semantik :-
3.1 ANALISIS SEMIOTIK VISUAL
12
Sinsign : Kematian Qualisign : Kekuasaan Qualisign : Tanda kekuasaan dan kekayaan Legisign : Kepatuhan
Ikon : Dua orang Lanun kepada ketua
Indeks : Logo Tulang Ikon : Logo Umno Rhema : Kekayaan yang diperolehi hasil daripada hasil atau captain.
Dicisign : Tulang yang merujuk Rhema : Logo yang merujuk meropak dan menyamun. Di samping kekuatan senjata keris
yang ada pada lanun tersebut dapat membuat mereka Simbol : Tulisan nama JIB
kepada kematian seseorang kepada pemerintah negara SPA-ROB.
akibat daripada dibunuh. Malaysia sebelum ini. melakukan rompakan,
Argument : Setiap kumpulan
yang mempunyai ketua perlu
Qualisign : Kekuasaan dipatuhi arahan ketuanya dan
menerima setiap arahan yang
Ikon : Keris
diberikan.
Rhema : Senjata yang digunakan
untuk bertempur oleh masyarakat
Melayu.

Sinsign : Ketakutan
Indeks : Lembu Terjun Qualisign : Kekayaan

Dicisign : Lembu yang terjun dari Ikon : Cincin


kapal kerana takut dibunuh oleh Rhema : Cincin merupakan
lanun. sebahagian daripada harta yang
melambangkan kekayaan
seseorang.
Qualisign : Kekuasaan
Ikon : Bom C4
Rhema : Alat kententeraan yang
biasanya dimiliki oleh askar. Qualisign : Kekuasaan
Ikon : Tulisan Pirates of
the Carry-BN
Sinsign : Kematian Qualisign : Kekayaan Qualisign : Kekuasaan Rhema : Kekuasaan yang
Indeks : Tengkorak yang dilabelkan Ikon : Harta Ikon : Kapal diperolehi di lautan dengan
dengan nama Altantuya. melanun.
Rhema : Harta kekayaan yang terdiri daripada Rhema : Pengemudi kapal yang
Dicisign : Kematian seserang yang emas, berlian, cincin, dan haiwan ternakan. mempunyai kuasa dalam
bernama Altantuya yang kematiannya Kekayaan dalam konteks gambar di atas dilihat menentukan pelayarannya ke arah
mungkin disebabkan oleh pembunuhan. diperolehi hasil daripada rompakan. sesuatu destinasi yang ingin dituju

Rajah 2. Data 1 yang Dilabelkan Berdasarkan Teori Peirce


13

Jadual 1. Analisis Data 1

Triadik Peirce Firstness Secondness Thirdness

Representamen (Qualisign) (Sinsign) (Legisign)


(Firstness) Kekuasaan dan kekayaan. Ketakutan dan kematian. Taat kepada orang
yang mempunyai
kuasa.

Objek (Ikon) (Indeks) (Simbol)


(Secondness) 1. Gambar dua orang 1. Gambar tengkorak yang 1. Tulisan " Captain
lanun telah dilabel dengan Jib Spa-Rob ".
iaitu lelaki dan wanita. Altantuya.
2. Gambar kapal yang 2. Gambar lembu dicucuk
dipenuhi dengan harta. hidung terjun dari kapal.
3. Gambar bom C4. 3. Gambar Tulang.
4. Gambar cincin.
5. Gambar logo UMNO.
6. Gambar keris yang
pegang oleh lanun
lelaki.

Interpretasi (Rhema) (Dicisign) (Argument)


(Thirdness) Kekayaan yang diperolehi Ketakutan lembu yang Kepatuhan kepada
hasil daripada kuasa yang dicucuk hidung dengan arahan ketua atau
ada untuk mengikut kemahuan kedua- captain yang merujuk
mengeksploitasi segala dua lanun tersebut untuk kepada Jib Spa-Rob
kekayaan. terjun daripada kapal yang berpakaian lanun
supaya tidak dibunuh oleh dalam gambar
lanun seperti kematian tersebut.
seseorang individu yang
merujuk kepada gambar
tengkorak yang telah
dilabelkan dengan
Altantuya.

Berdasarkan pendekatan semiotik Peirce, visual data 1 dapat dianalisis seperti Jadual 1. Elemen
gambar dan tulisan yang terdapat dalam komik Zunar tersebut mempunyai representamen atau
tanda seperti kekuasaan dan kekayaan, ketakutan dan kematian, dan taat kepada orang yang
mempunyai kuasa. Tahap tanda pertama iaitu qualisign menunjukkan bahawa tanda kekuasaan
dan kekayaan dapat dikenal pasti melalui objek yang terdapat dalam komik tersebut seperti
gambar dua orang lanun, kapal yang dipenuhi dengan harta (wang, cincin dan barangan kemas),
bom C-4, logo UMNO, dan keris. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:890)
mendefinisikan lanun sebagai perompak laut. Seperti yang diketahui umum lanun kebiasaanya
merompak kapal-kapal yang berada di lautan. Mereka merompak barang-barang bernilai yang
terdapat dalam kapal melalui perairan tersebut. Dengan hasil rompakan tersebut, mereka boleh
menjadi kaya dan berkuasa. Visual harta (wang dan barang kemas, dan cincin menunjukkan harta
kekayaan yang dimiliki hasil rompakan dua orang lanun tersebut. Gambar bom C4, keris dan logo
UMNO pula menggambarkan kekuasan dan kekuatan yang dimiliki kedua-dua lanun tersebut.
Secara literalnya, keris didefinisikan sebagai senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan
berkelok-kelok) menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:760). Keris bagi bangsa Melayu
merupakan satu senjata ampuh yang boleh menyebabkan maut jika digunakan dalam
pertarungan (Khamis Mohamad, 2012: 105). Gambar bom pula dapat membawa makna sebagai
senjata yang meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan merujuk Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010:199). Istilah C-4 atau C-4 dapat dijelaskan sebagai satu jenis bahan letupan yang
digunakan untuk tujuan ketenteraan. Berdasarkan huraian kedua-dua gambar tersebut, dapat
14

dijelaskan bahawa gambar-gambar senjata tersebut digunakan untuk bertempur dan berlawan
dengan musuh.

Di samping itu, gambar logo UMNO yang terdapat pada topi lanun tersebut pula secara
literalnya merujuk akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1765). Parti UMNO merupakan parti
komponen dalam Barisan Nasional yang merupakan parti komponen yang dominan mempunyai
kuasa dalam pentadbiran Barisan Nasional selaku pemerintah sebelum ini. Penginterpretasian
rhema terhadap tanda dan ikon imej dalam visual data 1, iaitu dua orang lanun, kapal yang
dipenuhi dengan harta (wang, cincin dan barangan kemas), bom C-4, logo UMNO, dan keris
menunjukkan kekayaan yang diperoleh oleh kedua-dua lanun lelaki dan wanita tersebut hasil
kuasa yang dimiliki. Kuasa yang ada pada kedua-dua lanun ini membolehkan rompakan
dilakukan di lautan. Dengan demikian, mereka memperoleh harta atau rampasan yang bernilai
yang menjadikan mereka kaya raya.

Representamen atau tanda pada tahap kedua iaitu sinsign pula membawa maksud
ketakutan dan kematian. Hal ini dapat diperkuat dengan maklumat objek indeks iaitu gambar
tengkorak yang telah dilabel dengan Altantuya, lembu dicucuk hidung terjun daripada kapal dan
tulang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1655) mendefinisi tengkorak sebagai tulang
kepala yang melindungi otak. Jika diteliti pada visual komik tersebut, seseorang pembaca
mungkin dengan mudah mengagak bahawa tengkorak tersebut dikaitkan dengan kematian. Hal
ini kerana seperti mana kita sedia maklum bahawa seseorang manusia yang telah mati itu akan
mereput sehingga ternampaknya tengkorak dan tulang badan. Tulang merupakan rangka tubuh
manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010:1727). Oleh
yang demikian, faktor kematian individu yang merujuk tengkorak yang telah dilabelkan
Altantuya tersebut berkemungkinan mempunyai hubung kaitnya dengan kedua-dua lanun
tersebut. Hal ini demikian kerana tengkorak tersebut berada dalam kapal lanun tersebut itu.

Bagi gambar lembu yang dicucuk hidung yang terjun ke dalam laut pula, dapat dikatakan
bahawa lembu tersebut terjun ke dalam laut kerana cuba menyelamatkan diri daripada dibunuh
oleh kedua-dua lanun tersebut. Lembu yang dicucuk hidung tersebut dapat dikatakan dalam
ketakutan dan hanya mengikut sahaja kemahuan lanun tersebut supaya terjun daripada kapal
tersebut. Jika dilihat maksud lembu dicucuk hidung dalam konteks peribahasa Melayu, ia
bermaksud orang bodoh dan selalu menurut kehendak orang lain (Kamus Peribahasa Edisi
Keempat: 2012:230). Oleh yang demikian, Dicisign dapat dimaksudkan sebagai lembu yang
dicucuk hidung ketakutan dan mengikut kemahuan kedua-dua lanun tersebut agar terjun
daripada kapal supaya tidak dibunuh oleh lanun seperti yang berlaku pada tengkorak yang
dilabelkan dengan Altantuya.

Tahap tanda ketiga pula ialah legisign. Tanda tersebut membawa makna taat kepada
orang yang mempunyai kuasa. Tanda tersebut dapat diinterpretasikan berdasarkan simbol objek
atau gambar tulisan "Captain Jib Spa-Rob". Tanda yang diperoleh dalam gambar tersebut dapat
dimaksudkan sebagai argumen yang membawa makna kepatuhan pada arahan ketua atau
captain yang merujuk Jib Spa-Rob yang berpakaian lanun dalam gambar tersebut.

Jelaslah bahawa pendekatan Semiotik Peirce ini membolehkan pemetaan dibuat daripada
visual kepada makna rujukannya sahaja dan tidak lebih daripada itu. Oleh sebab itu, data ini perlu
dikaji berdasarkan pendekatan pragmatik bagi membolehkan maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh pelukis kartun ini dapat diinterpretasi dengan betul.
15

3.2 ANALISIS PRAGMATIK

Analisis ini menggunakan teori Relevans bagi mencungkil atau menginterpretasikan maksud
sebenar yang ingin disampaikan oleh pelukis komik iaitu Zunar. Berikut merupakan data 1 tanda
qualisign yang telah dianalisis:-

Jadual 2. Data 1 (Tanda Qualisign)

Tanda Qualisign
Kekuasaan dan kekayaan
Konteks Andaian Kesan Kognitif

A. Pentadbiran A. Rompakan oleh lanun.


B. Kerajaan Barisan B. Keangkuhan terhadap kuasa yang diperolehi
Nasional C. Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Barisan
C. Rasuah Nasional terutamanya pemimpin tertinggi.
D. Lanun

Berdasarkan data 1, tanda Qualisign di atas dikenal pasti terdiri daripada visual dua orang lanun
iaitu lanun lelaki dan lanun wanita, kapal yang dipenuhi dengan harta, beg tangan, bom C4, cincin,
logo UMNO, dan keris yang dipegang oleh lanun lelaki. Tanda qualisign tersebut terdiri daripada
dua jenis iaitu qualisign kekuasaan dan qualisign kekayaan. Tanda qualisign kekayaan terdiri
daripada gambar kapal yang dipenuhi harta, beg tangan, dan cincin, manakala bagi qualisign
kekuasaan pula terdiri daripada gambar bom C4, logo UMNO dan keris.

Secara ringkas, kedua-dua jenis tanda yang terdapat pada gambar tersebut menjelaskan
beberapa isu dan peristiwa sebenar yang berlaku di Malaysia sejak tahun 2009 semasa
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional1 (dalam konteks visual merujuk kepada UMNO). Tanda
qualisign kekuasaan dapat dijelaskan menerusi isu atau peristiwa sebenar yang berlaku iaitu
mengenai salah laku penggunaan kuasa serta rasuah yang berlaku sewaktu pemerintahan
Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri waktu itu. Kes
rasuah dan pengubahan wang haram tersebut membabitkan dana 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak. Oleh yang demikian, berdasarkan
maklumat konteks dan maklumat pengkaji sebagai rakyat Malaysia, gambar individu lanun yang
sedang memegang keris dalam komik tersebut merujuk Dato' Seri Najib yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Seperti yang diketahui umum, gambar keris tersebut
dapat merujuk logo UMNO yang merupakan parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional.
Selain itu, terdapat kewujudan perkataan ‘Jib’ merupakan singkatan nama bagi Najib di kain layar
kapal tersebut. Oleh sebab, Perdana Menteri waktu itu ialah Dato' Seri Najib Razak yang
merupakan pengerusi bagi kerajaan Barisan Nasional serta memegang jawatan pengerusi bagi
parti kompenen tersebut, beliau mempunyai kuasa autoriti dalam mentadbir Malaysia waktu itu.
Pada waktu pemerintahannya, timbul isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.

Selain itu, kemunculan tanda qualisign kekayaan pula dikenal pasti menerusi gambar
harta, beg tangan dan cincin. Kemewahan harta yang terdapat dalam kapal tersebut dilihat
diperoleh daripada hasil rasuah dan penggubahan wang haram. Hal ini dapat dibuktikan
berdasarkan dakwaan atas 25 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram
dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 terhadap Datuk Seri Najib Razak.2

1
Sila rujuk http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-najib-mengaku-tidak-bersalah-atas-25-
pertuduhan-amlatfa-dan-akta-sprm-186099
2
Sila rujuk http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-najib-mengaku-tidak-bersalah-atas-25-
pertuduhan-amlatfa-dan-akta-sprm-186099
16

Berdasarkan visual, Datin Seri Rosmah Mansor pula dikaitkan dengan figura wanita yang
memakai cincin dan beg tangan. Seperti yang diketahui umum, Datin Seri Rosmah Mansor juga
dikaitkan dengan isu cincin berlian dan beg tangan yang bernilai jutaan ringgit. Isu
penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan wang penggubahan haram suaminya dan juga
dirinya dengan membeli 11 beg tangan mewah jenama Birkin serta cincin bernilai RM 24 Juta.
Datin Seri Rosmah Mansor dianggarkan membelanjakan minimum RM 638,000 hingga
maksimum RM 5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.3

Menurut Astro Awani Online, Datin Seri Rosmah Mansor telah didakwa menerima suapan
rasuah daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui
Datuk Rizal Mansor, 45, sebagai upah kerana membantu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem
Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di
Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia.4

Dari sudut pandangan teori Relevans, kedua-dua jenis tanda Qualisign tersebut iaitu
qualisign kekuasaan dan qualisign kekayaan dilihat mematuhi kedua-dua prinsip yang terdapat
dalam teori tersebut iaitu Prinsip Relevans Kognitif dan Prinsip Relevans Komunikatif. Tanda
Qualisign tersebut dilihat sebagai maklumat yang ostensif iaitu dapat membolehkan pembaca
mencapai relevan yang optimum dengan kos memproses yang rendah. Hal ini kerana visual
tersebut sangat jelas menyampaikan isu yang diutarakan dengan perkaitan gambar yang
dihasilkan dalam lukisan komik tersebut dapat memudahkan pembaca untuk mengkaitkan setiap
visual dengan maklumat latar belakang pembaca. Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia tiada yang
terlepas daripada maklumat tentang penyalahgunaan kuasa tersebut. Hal ini kerana setiap hari
berita tentang hal ini diwawarkan dalam surat khabar dan media massa. Sekiranya pembaca
komik Zunar ini bukan dari rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat latar belakang mengenai
kejadian yang berlaku di Malaysia pastinya seseorang itu tidak dapat memproses maklumat
tersebut dengan betul dan akan menyebabkan kos memprosesnya tinggi dan pembaca itu tidak
akan mencapai relevan yang optimum. Menurut Hasmidar Hassan (2006:142) prinsip
Komunikatif Relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson menjelaskan bahawa setiap
tingkah laku komunikasi mestilah sedapat mungkin cukup relevan bagi menarik perhatian
pendengar dengan kos ataupun usaha memproses yang minimum (dalam parameter yang
ditetapkan oleh kemampuan dan matlamat penutur).

Oleh yang demikian, bagi membuktikan tanda Qualisign yang terdapat dalam visual
tersebut ostensif dan tidak melibatkan kos pemprosesan yang tinggi, maka pengkaji telah
melakukan andaian atau inferens bagi tanda Qualisign yang telah dikenal pasti. Andaian-andaian
yang telah dihasilkan menunjukkan bahawa andaian (c) adalah paling relevan untuk digunakan
bagi mendapatkan makna sebenar. Hal ini demikian kerana berlakunya proses penggabungan
iaitu andaian (c) dengan maklumat baru iaitu gambar logo UMNO pada topi kedua-dua lanun
tersebut. Proses ini dapat memperkukuh andaian (c) kerana gambar logo UMNO tersebut dapat
menjelaskan bahawa kuasa yang diperoleh oleh lanun tersebut merujuk pemimpin UMNO yang
juga pemimpin tertinggi dalam parti Barisan Nasional yang merupakan kerajaan sebelum ini yang
mempunyai autoriti dalam mentadbir negara. Di samping itu, kerelevenannya andaian (c)
menyebabkan proses pengguguran berlaku pada andaian-andaian yang lemah seperti (a) dan (b).

3
Sila rujuk https://www.malaysia-today.net/2012/09/21/apa-rosmah-mansor-pakai-jam-tangan-
bernilai-rm350000/
4
Sila rujuk http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rosmah-mengaku-tidak-bersalah-terima-
suapan-rm5-juta-203979
17

Jadual 3. Data 1 (Tanda Sinsign)

Tanda Sinsign
Kematian dan ketakutan
Konteks Andaian Kesan Kognitif

A. Pentadbiran A. Pembunuhan oleh lanun.


B. Pembunuhan B. Lembu yang takut dengan kedua-dua lanun tersebut.
C. Kematian C. Berlaku penyalahgunaan kuasa dan pembunuhan terhadap
individu bernama Altantuya oleh pemimpin tertinggi UMNO.

Berdasarkan Jadual 3, tanda Signsign di atas dikenal pasti terdiri daripada visual tengkorak yang
telah dilabel dengan Altantuya, lembu dicucuk hidung terjun daripada kapal dan tulang. Tanda
Sinsign dibahagikan kepada dua jenis iaitu Sinsign ketakutan dan Sinsign kekayaan. Tanda Sinsign
kematian terdiri daripada gambar tengkorak yang dilabel dengan Altantuya dan tulang, manakala
tanda Sinsign ketakutan terdiri daripada gambar lembu dicucuk hidung terjun daripada kapal.

Menerusi tanda Sinsign kematian, pengkaji atau pembaca khususnya rakyat Malaysia
mempunyai maklumat konteks yang sama tentang isu pembunuhan wanita bernama Altantuya
Shaariibuu yang berasal dari Mongolia dan isu tersebut dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.
Kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2006 dan hampir semua siaran televisyen di Malaysia
menyiarkan berita pembunuhan yang berprofil tinggi tersebut.5 Oleh itu, kewujudan gambar
tengkorak yang dilabel dengan Altantuya membolehkan pengkaji membuat interpretasi
berdasarkan maklumat ensikopedik yang sedia ada bahawa gambar tengkorak tersebut merujuk
individu bernama Altantuya telah dibunuh. Hal ini bersesuaian dengan teori Relevans yang
menegaskan bahawa seseorang penutur yang mahu ujarannya difahami, hendaklah seboleh
mungkin menyampaikan ujaran dengan cukup jelas dan terang agar dapat diproses dan difahami
dengan mudah dan tidak meletakkan pembaca dalam keadaan yang sukar untuk difahami
unjaran tersebut. Hal ini selaras dengan dakwaan Sperber dan Wilson (2004:607) dalam
Hasmidar Hassan (2006:189) yang mengatakan bahawa "the expectations of relevance raised by
an utterance are precise enough and predictable enough to guide the hearer towards the speaker's
meaning".

Pada tahap semiotik, objek tengkorak hanya dapat dirujuk sebagai ‘Altantuya’ yang
terdapat dalam kapal lanun. Melalui teori Relevans pula, objek ini dapat diinterpretasikan dengan
lebih lanjut berdasarkan maklumat latar belakang yang diperoleh atau yang ada oleh pengkaji.
Gambar tengkorak tersebut merujuk individu yang bernama Altantuya yang dikatakan dibunuh
oleh ‘lanun’ (merujuk Datuk Seri Najib Razak) tersebut. Input semantik yang diperoleh pada
tahap analisis semiotik membolehkan analisis seterusnya dilakukan pada tahap pragmatik (teori
Relevans). Hal ini disokong oleh Hasmidar Hassan (2006:221) yang menegaskan representasi
semantik berperanan sebagai sumber hipotesis tentang hajat penutur, dan menyediakan klu-klu
komunikatif bagi pendengar.

Seterusnya, kewujudan gambar tanda Sinsign ketakutan pula dikenal pasti menerusi
gambar lembu dicucuk hidung terjun daripada kapal. Seperti yang telah dijelaskan makna gambar
tersebut pada peringkat semantik merujuk ketakutan lembu yang dicucuk hidung yang mengikut
kemahuan kedua-dua lanun tersebut untuk terjun daripada kapal supaya tidak dibunuh oleh
lanun seperti kematian individu yang merujuk kepada gambar tengkorak yang telah dilabelkan
dengan Altantuya. Maklumat semantik tersebut membolehkan penginterpretasian lanjut dibuat
berdasarkan teori Relevans. Maklumat konteks yang diperoleh daripada media massa tentang isu
ini membolehkan gambar lembu yang dicucuk hidung tersebut dikaitkan dengan Razak Baginda

Sila
5
rujuk http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sirul-sedia-dedah-perkara-sebenar-
pembunuhan-altantuya-175925
18

yang merupakan pembantu Datuk Seri Najib Razak yang sewaktu itu memegang jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Melalui maklumat media massa, Razak Baginda menjadi orang
suruhan Datuk Najib Razak untuk menjaga dan memantau wanita tersebut agar tidak
mengganggunya (masih dalam siasatan makhamah).6 Hal ini dilakukan Datuk Seri Najib Razak
supaya wanita tersebut tidak mendedahkan hubungan yang berlaku antara mereka.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai maklumat tentang peristiwa ini, gambar lembu
dicucuk hidung ini dapat dikaitkan dengan Razak Baginda yang menjadi orang suruhan Datuk
Seri Najib Razak dalam kes tersebut. Oleh sebab isu ini masih dalam siasatan mahkamah, pelukis
iaitu Zunar mengambil langkah selamat dengan memberikan perlambangan lembu yang dicucuk
hidung tersebut bagi merujuk Razak Baginda. Seandainya beliau menggambarkan visual secaral
literal yang menggambarkan Abdul Razak dan Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan beliau
akan disabitkan dengan tindakan undang-undang. Berdasarkan teori Relevans, gambar lembu
dicucuk hidung ini masih mematuhi Prinsip Relevans Komunikatif iaitu setiap tingkah laku
komunikatif ostensif menyampaikan sesuatu andaian relevan yang optimum. Hal ini demikian
kerana visual ini masih dapat ditafsirkan kerana adanya maklumat latar belakang dan
pengetahuan bersama yang dikongsi oleh pelukis (Zunar) dan pembaca tentang isu pembunuhan
Altantuya.

Bagi membuktikan tanda Sinsign yang terdapat dalam visual tersebut ostensif dan
mempunyai kos memproses yang rendah. maka pengkaji telah melakukan andaian atau inferens
bagi tanda Sinsign yang telah dikenal pasti. Andaian yang telah dibuat menunjukkan bahawa
andaian (c) adalah paling relevan untuk digunakan bagi mendapatkan makna sebenar. Hal ini
demikian kerana berlakunya proses penggabunggan iaitu andaian (c) dengan maklumat baru
iaitu gambar logo UMNO pada topi lanun tersebut. Proses ini dapat memperkukuh andaian (c)
kerana gambar logo UMNO tersebut dapat dikatakan sebagai kuasa yang ada pada lanun tersebut
(merujuk pemimpin UMNO) yang juga pemimpin tertinggi dalam parti Barisan Nasional yang
merupakan ketua kerajaan sebelum ini yang berkuasa mentadbir negara. Pemimpin tertinggi
UMNO tersebut turut dikaitkan dengan pembunuhan individu yang bernama Altantuya.
Pemilihan andaian (c) yang disebabkan oleh kerelevanannya menyebabkan proses pengguguran
berlaku pada andaian-andaian yang lemah seperti (a) dan (b).

6
Sila rujuk https://www.malaysiakini.com/news/85497
19

Jadual 4. Data 1 (Tanda Legisign)

Tanda Legisign
Taat kepada orang yang mempunyai kuasa
Konteks Andaian Kesan Kognitif

A. Pentadbiran A. Anak kapal yang patuh kepada ketua.


B. Orang bawahan B. Pemimpin bawahan yang menerima arahan.
C. Guna kuasa autoriti C. Pemimpin tertinggi yang merujuk kepada Datuk Seri Najib
Razak menggunakan kuasa untuk kepentingan diri sehingga
menyebabkan pemimpin bawahannya juga terbabit dalam
jenayah yang dilakukannya.

Hasil analisis menunjukkan Data 1 tanda Legisign iaitu taat kepada orang yang mempunyai kuasa
di atas dikenal pasti terdiri daripada visual tulisan "Captain Jib Spa-Rob". Seperti yang diketahui
umum bahawa apabila berada di dalam kapal, semua anak kapal perlu mematuhi arahan ketua.
Melalui visual data 1 tersebut, tulisan Captain dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
sebagai ketua. Oleh itu, visual tulisan "Captain Jib Spa-Rob" merujuk kepada ketua atau pemimpin
tertinggi dalam parti UMNO. Hasil maklumat ensiklopedik pengkaji, visual "Captain Jib Spa-Rob"
berasal daripada watak "Captain Jack Sparrow" dalam filem Pirates of the Carribean. Dalam komik
ini, penulis cuba menggambarkan bahawa pemimpin tertinggi tersebut sebagai lanun. Isteri
beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak terkecuali dan divisualisasikan sebagai watak
lanun dalam komik Zunar ini. Oleh yang demikian, tanda Legisign iaitu taat kepada orang yang
mempunyai kuasa dapat diinterpretasikan sebagai pemimpin dan rakyat perlu patuh pada
arahan Perdana Menteri (pada waktu itu) Datuk Seri Najib Razak. Kepatuhan yang dianggap
secara membabi buta oleh pemimpin bawahan menerima segala arahan telah mewujudkan
pelbagai isu penyalahgunaan kuasa. Berdasarkan teori Relevans visual "Captain Jib Spa-Rob"
khususnya perkataan ‘Jib’ dianggap sangat jelas dan nyata (ostensif) kepada pembaca khususnya
pembaca di Malaysia yang mengetahui bahawa JIB ialah kependekan nama bekas Perdana
Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak.

4.0 KESIMPULAN

Penghasilan visual yang terdapat dalam komik Zunar ini ternyata maklumat yang disampaikan
sangat jelas terhadap isu-isu sebenar yang berlaku di Malaysia yang cuba dikaitkan oleh pelukis.
Walaupun sebahagian visual yang dihasilkan tersebut agak sukar diinterpretasikan secara literal
namun ia masih dianggap visual yang ostensif apabila seseorang pembaca itu menggunakan
pendekatan pragmatik dengan menghubungkan visual yang dilihat dalam komik tersebut
terhadap maklumat latar belakang yang diperoleh sebelum ini. Jelaslah bahawa pelukis Zunar
mematuhi Prinsip Relevans Komunikatif yang digagaskan oleh teori Relevans iaitu setiap tingkah
laku komunikasi ostensif menyampaikan sesuatu andaian relevan yang optimum.
20

RUJUKAN

Astro Awani. (2018). Dicapai pada 11 Mei 2019 daripada


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-najib-mengaku-tidak-bersalah-
atas-25-pertuduhan-amlatfa-dan-akta-sprm-186099
Astro Awani. (2019). Dicapai pada 12 Januari 2019 daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rosmah-mengaku-tidak-bersalah-
terima-suapan-rm5-juta-203979
Astro Awani. (2018). Dicapai pada 13 Mei 2019 daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/sirul-sedia-dedah-perkara-sebenar-pembunuhan-altantuya-175925
Alex, S. (2009). Analisis Teks Media, Suatu Pengantar untuk Analisis Wacana, Analisis Semiotik,
dan Analisis Framing. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Faridah Ibrahim & etc. (2012). Bahasa Komunikasi Visual Dan Pengantaraan Produk: Satu
Analisis Semiotik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 2 November
2016 daripada http://ejournal.ukm.my/gema/article/viewFile/32/26
Hasmidar Hassan. (2006). Kata Hubung Dan dan Tetapi: Satu Analisis Perbandingan Nahu dan
Pragmatik. Penulisan Ilmiah Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Peribahasa Edisi Keempat. (2013). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Abdul Latif Samian. 2012.
Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu. Di capai pada 5 Mei 2019 daripada
http://journalarticle.ukm.my/5489/
Malaysia Kini. (2008). Dicapai pada 13 Mei 2019 daripada
https://www.malaysiakini.com/news/85497
Malaysia Today. (2012). Dicapai pada 17 Mei 2019 daripada https://www.malaysia-
today.net/2012/09/21/apa-rosmah-mansor-pakai-jam-tangan-bernilai-rm350000/
Mohd Aswari Md Saleh dan Jasni Dolah. (2016). Penilaian Bahasa Visual Terhadap Faktor
Penglibatan Pembaca Komik Melayu. Conference Proceeding: 2nd International
Conference On Creative Media, Design & Technology (Reka2016). Dicapai pada 14
Oktober 2018 daripada
https://www.researchgate.net/publication/311680196_Penilaian_bahasa_visual_terhad
ap_factor_penglibatan_pembaca_komik-komik_melayu
Muliyadi Mahamood. (2004). The History of Malay editorial Cartoons (1930s – 1993s). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shaliza Binti Dasuki. (2014). Budaya Kebangsaan Dalam Karya-Karya Seni Kartun Editorial Pra
Dan Pasca Merdeka.
Siti Norqistina Awang. (2011). Aspek Pragmatik dan Semiotik Visual dalam Iklan Kosmetik
Lelaki. Penulisan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi MARA.
Utusan Online. 2009. Dicapai pada 12 Oktober 2018 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Biodata Ringkas Penulis

Hasmidar Hassan, Pensyarah Kanan yang kini bertugas di Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. Mula berkhidmat di Pusat Bahasa dan Terjemahan, USM pada tahun 1995 dan
kemudian bertugas di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM pada 2006 - 2016. Kepakaran
dalam bidang tatabahasa, semantik, pragmatik dan wacana. Turut mengaplikasikan teori
pragmatik dalam bidang terjemahan. Telah menghasilkan buku dalam bidang pragmatik dan
buku terjemahan, bab dalam buku, artikel dalam jurnal yang kebanyakannya berkisarkan bidang
semantik dan pragmatik serta tatabahasa dari sudut pragmatik.

Ahmad Shafique Bin Mohamad Abdillah merupakan pelajar sarjana Sastera Pengajian Melayu
di Akademi Pengajian Melayu (APM) di Universiti
21

KAJIAN KORPUS FRASA ADVERBA CARA BAHASA MELAYU

Eileen Sim Siew Wahi Radiah Yusoffii & Solakhiah Januriiii


i Pelajar & Guru, Universiti Sains Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia. eileensim11@yahoo.com
ii Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malayisa. radiah@usm.my
iii Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia. solakhia@usm.my

Abstrak
Selama ini dinyatakan dengan jelas dalam buku-buku tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf, 1989; Nik Safiah
et al., 2015; Za’ba, 2000), bahawa preposisi dengan wajib diikuti oleh frasa nama untuk membentuk frasa
preposisi. Sekiranya preposisi dengan diikuti oleh frasa adjektif, kata adjektif tersebut perlu menerima kata
pembenda -nya sebagai unsur wajib bagi membentuk kata nama. Kata nama ini menjadi kepala dalam frasa
nama dan seterusnya menjadi komplemen kepada preposisi dengan (Asraf, 1989; Nik Safiah et al., 2015).
Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian ke atas data korpus, hasil dapatan kajian ini menemukan
beberapa hal yang utama. Pertama, kajian ini mendapati bahawa kata dengan boleh juga diikuti oleh kata
adjektif tanpa kehadiran kata -nya. Data kajian ini memperlihatkan bahawa apabila dengan diikuti oleh
frasa adjektif sama ada dalam binaan [FA A + -nya] atau [FA A] , binaan yang terhasil adalah frasa atau
klausa adverba dan bukannya frasa preposisi kerana frasa tersebut menepati ciri-ciri suatu adverba
dengan fungsinya sebagai adverba cara, iaitu dengan maksud ‘cara sesuatu perbuatan itu dilakukan’.
Kedua, kajian ini mengkategorikan kata -nya dalam binaan [A + -nya] sebagai kata penguat yang bertugas
untuk menguatkan maksud ‘kesangatan’ yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Oleh itu, kata -nya
dalam frasa adverba ini bukanlah kata pembenda. Ketiga, kata ‘dengan’ pula bukanlah preposisi tetapi ia
adalah kata hubung keterangan yang mengambil klausa sebagai komplemen. Secara keseluruhannya
struktur dengan + klausa komplemen dalam dapatan tersebut adalah klausa keterangan/adverba. Analisis
kajian ini tertumpu kepada ayat yang mengandungi struktur binaan predikat [kata kerja ber- + dengan +
komplemen] dengan klausa dengan + [FA A + -nya]/[FA A] adalah klausa adverba yang menyatakan
maksud ‘cara sesuatu perbuatan/tindakan dilakukan’. Kajian ini memanfaatkan Korpus DBP dalam talian
dan ayat -ayat contoh dalam karya ilmiah tentang tatabahasa bahasa Melayu.

Kata kekunci: Frasa adverba cara; 'dengan' + frasa adjektif; kata hubung dengan; kata penguat '-nya',
korpus

1.0 PENGENALAN

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008: 265) dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa “kata sendi nama ialah perkataan yang
letaknya di hadapan frasa nama”. Satu daripada contoh kata sendi nama (atau preposisi) yang
disenaraikan ialah preposisi dengan sperti yang diperlihat dalam ayat (1) dan (2).

1. Ketua penyamun yang menyamar itu dibunuh oleh Murjiana dengan pisau ketika dia
sedang menari dalam majlis menghormati saudagar itu. (Korpus DBP)
2. Dengan kaedah ini, kerajaan negeri menerusi badan atau agensi mewujudkan beberapa
projek hiliran atau baru hasil limpahan industri utama untuk membantu golongan
terbabit. (Korpus DBP)

Kata sendi nama [preposisi] dengan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
digunakan dalam binaan ayat mempunyai empat maksud (Nik Safiah Karim et al., 2008, ms. 280).
Satu daripada empat maksud tersebut ialah keterangan cara yang boleh diperlihatkan oleh
binaan frasa adverba preposisi dengan yang hadir selepas kata kerja ’beR-’, yang menjadi skop
untuk kajian dalam kertas ini.
22

Persoalan yang timbul ialah apakah preposisi dengan wajib diikuti oleh binaan [kata
adjektif + -nya], khususnya apabila preposisi dengan digunakan bagi menyampaikan maksud
‘cara sesuatu itu dilakukan’? Dengan kata lain, apakah kata adjektif dalam binaan FADV [dengan
+ [kata adjektif + -nya]] wajib menerima kata -nya atau tidak ? Persoalan ini timbul apabila
pengkaji mendapati bahawa, dalam korpus kajian dan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka
(Korpus DBP), terdapat ayat yang mempunyai frasa adverba dengan yang diikuti oleh binaan
frasa adjektif sahaja.

3. ”Kita berharap rakyat akan menerimanya dengan baik," katanya yang turut mengalu-
alukan penubuhan Bank Pembangunan dan Infrasturuktur, yang boleh menjana
pembangunan negara. (Korpus DBP)
4. Sesungguhnya amalan menabung amat digalak dalam Islam sebagai strategi menentang
perbuatan membazir dan boros selaras hadith Rasulullah saw yang bermaksud "Allah
mengurniakan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang halal,
membelanjakan harta dengan bijaksana dan dapat memperuntukkan sebahagian
hartanya (sebagai tabungan) pada saat ia (berkemungkinan) fakir (nanti) dan pada saat
ia memerlukan" (Muttafaq `Alaih). (Korpus DBP)

Selain itu, apakah fungsi ‘-nya’ apabila kata ini hadir selepas kata adjektif dalam frasa
adverba cara dengan yang diikuti oleh binaan [kata adjektif + -nya]? Ini kerana terdapat dua
pandangan berbeza tentang fungsi ‘-nya’, iaitu sebagai pembenda dan sebagai penegas.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA AYAT

Kajian ini menggunakan dua korpus bagi memperoleh data ayat. Korpus pertama dikenali
sebagai korpus kajian yang menggunakan tiga sumber data mentah:
(i) 11 jenis ruangan dalam Utusan Online sepanjang tahun 2008,
(ii) Cerpen-cerpen yang disiarkan dalam BH Online dari 2 Ogos 2008 hingga 10 Januari
2009, dan
(iii) Konserto Terakhir hasil penulisan kreatif oleh Sasterawan Negara, Dato’ Abdullah
Hussain.
Korpus kedua ialah Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (disingkatkan sebagai Korpus DBP) dan
digunakan bagi menampung kekurangan bilangan bahan bertulis dalam korpus kajian.

Data ayat korpus yang digunakan dalam kajian ini dijana dengan menggunakan perisian
Wordsmith. Ayat yang dikutip daripada janaan konkordans Wordsmith ialah ayat-ayat:
(i) dengan binaan beR- + dengan + kata adjektif + -nya atau tanpa -nya dan
(ii) mempunyai pengertian keterangan cara.
Contoh ayat ini ialah:
5. Ia berenang dengan pantas apabila menyedari ada ikan besar yang mengikuti
pergerakannya. (Korpus DBP)
6. Kedua-dua beranak itupun berjalan dengan pantasnya menuju ke rumah. (Korpus DBP)

Ayat-ayat kompleks diedit tanpa menjejaskan maksud ayat asal supaya menjadi ayat
penyata mudah. Ayat yang telah diedit digunakan sebagai analisis data kajian. Contohnya ayat
(7) telah dipendekkan menjadi ayat (8), dan ayat (9) menjadi ayat (10).
7. Bila projek ini dilancarkan, masyarakat desa telah memberi sambutan yang
menggalakkan dan ini telah mendorong Risda untuk berusaha dengan lebih giat lagi
membantu masyarakat tersebut. (Korpus DBP)
8. Risda berusaha dengan lebih giat lagi.
9. Saya sedar saya masih boleh berkayuh dengan baik kerana kebelakangan ini, prestasi saya
semakin meningkat, lebih-lebih lagi ketika saya berazam untuk memikat semula
pengurusan MSN. (Korpus DBP)
23

10. Saya masih boleh berkayuh dengan baik.

3.0 ANALISIS DESKRIPTIF DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini memuatkan analisis deskriptif bagi perlakuan sintaksis preposisi dengan yang
menyatakan maksud keterangan cara, iaitu ‘cara sesuatu itu dilakukan’. Skop kajian ini terbatas
kepada binaan preposisi ‘dengan’ + kata adjektif yang hadir selepas kata kerja beR-. Berikut
diperturunkan beberapa ayat dengan frasa adverba cara yang dikaji. Ayat-ayat tersebut
merupakan janaan konkordans daripada korpus kajian dan Korpus DBP.

Data korpus menunjukkan kehadiran dua bentuk binaan frasa adverba cara dengan + kata
adjektif. Data ini menunjukkan bahawa binaan ‘dengan’ + kata adjektif tanpa kehadiran ‘-nya’
adalah jauh lebih tinggi, lebih lazim, dan lebih produktif berbanding binaan ‘dengan' + kata
adjektif + ‘-nya’:
(a) binaan ‘dengan’ + kata adjektif seperti ‘Kamu mampu berfikir dengan pantas
untuk mengelak serangan’ sebanyak 0.05% dan
(b) binaan ‘dengan’ + kata adjektif + -nya seperti ‘Kastam pula bertindak dengan
cepatnya’ sebanyak 0.0087%.
Pemerhatian ini menunjukkan bahawa binaan frasa adverba cara ‘dengan’ + kata adjektif wajar
dipertimbangkan sebagai ayat yang gramatis.

Apa yang menjadi isu ialah bentuk ‘dengan’ + kata adjektif, seperti dalam (11) dan (12),
dianggap binaan yang tidak gramatis berdasarkan penahu-penahu bahasa Melayu seperti Asraf
(1989), dan Nik Safiah Karim et al. (2008).
11. Pada mulanya, proses kelahiran beliau berjalan dengan baik dan keadaan bayi juga sihat.
(Korpus DBP)
12. Pendapat yang diketengahkan olehnya tidak mahu dibawa berbincang dengan terperinci.
(Korpus DBP)

Ketetapan tersebut menjadi pegangan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran


sebagaimana yang diperlihatkan dalam penulisan Abdul Ghalib Yunus (2013) dan mereka yang
berpegang kepada Tatabahasa Dewan. Korpus dan jumlah peratusan janaan konkordans yang
lebih tinggi bagi binaan ‘dengan’ + kata adjektif menyebabkan ketetapan tersebut sukar
dipertahankan kerana penjanaan ayat-ayat tersebut didasarkan kepada kecekapan bahasa pada
penutur asli bahasa Melayu. Konkordans kajian ini membuktikan bahawa bahasa penutur jati
bahasa Melayu cekap menerima kedua-dua binaan frasa adverba cara, iaitu dengan + kata
adjektif, dan ‘dengan’ + kata adjektif + ‘-nya’ sebagai ayat yang gramatis. Oleh itu, isu bahawa
hanya ayat yang memiliki binaan FADV [dengan + [kata adjektif + -nya]] boleh diterima sebagai
ayat gramatis tidak dapat dipertahankan.

Isu kedua pula melibatkan status dan maksud -nya yang ditambahkan pada kata adjektif.
Kajian ini berpendirian bahawa ‘-nya’ yang hadir dalam ayat seperti ‘Kastam pula bertindak
dengan cepatnya’ bukanlah kata pembenda sebagaimana yang dinyatakan oleh Asraf (1989) dan
Nik Safiah Karim et al. (2008). Sebaliknya, ‘-nya’ merupakan satu klitik yang digunakan untuk
menyatakan penegasan dengan maksud keamatan. Lihat juga Asmah Asmah Haji Omar (2009)
perjelasan terperinci. Untuk menjelaskan ‘-nya’ sebagai unsur penegas dengan maksud
keamatan, ayat (13) boleh diparafrasakan sebagai ayat (14).

13. Kastam pula bertindak dengan cepatnya. (Korpus DBP)


14. Kastam pula bertindak dengan begitu cepat sekali.
24

Kajian ini juga ingin menjelaskan bahawa konstituen yang mengandungi ‘-nya’ sebagai
kata pembenda pada kata adjektif hanya sesuai dikategorikan sebagai kata nama atau frasa nama
apabila binaan [Adjektif + -nya] hadir seperti dalam (15).
15. Belum pernah ia merasa letih seperti itu dulunya. Dia pernah merasa tidak makan tetapi
tidak seletih itu rasanya. Letihnya sekarang ialah letih pikiran. Letih pikiran ini lebih letih
daripada orang bekerja berat. (Korpus DBP: Abdullah Hussain, Interlok, 1971).
16.
Perbezaan pandangan yang terhasil daripada analisis perlakuan sintaksis data korpus
yang memperlihatkan bahawa frasa adverba cara yang memiliki binaan dengan [Adjektif +/- -
nya] ini boleh dianggap perbezaan mazhab linguistik deskriptif dan preskriptif seperti mana yang
dinyatakan oleh Liberman (2018):

Some people think that linguistics is -- or should be -- all about how to speak
or write properly. Others believe that the role of linguistics should be only to
describe how people actually do speak and write, without making value
judgments or trying to establish normative rules.
...
(L)inguistics can certainly be used prescriptively, and often is. And the results
of careful description and analysis are at least implicitly normative.
However, modern linguists insist that value judgments about language should
be recognized as such, and should be examined in the light of the facts. As a
result, some critics feel that linguists' attitudes stand in the way of the
establishment and maintenance of language standards.

4.0 PENUTUP

Berdasarkan data korpus, hasil kajian ini menunjukkan bahawa -nya yang hadir pada kata adjektif
ialah satu kata penegas bagi kata inti adjektif lalu membentuk frasa adjektif. Implikasinya, -nya
bukanlah kata pembenda untuk membentuk frasa nama sebagai komplemen kepada preposisi
dengan. Oleh itu, kewujudan frasa adverba cara yang memiliki binaan FADV [dengan + [kata
adjektif]] wajar diterima sebagai bentuk yang gramatis dalam ayat bahasa Melayu. Kajian ini
berpegang kepada bahawa bahasa sentiasa berubah dan hidup, bersesuaian dengan
perkembangan semasa yang mempengaruhi bahasa tersebut. Tugas linguis dan penahu ialah
menghuraikan bahasa ini sebagaimana ia digunakan secara sebenar, termasuklah menjelaskan
nilai positif dan negatif yang terserlah daripada pelbagai cara ia digunakan, dan bukan hanya
sekadar menetapkan sesuatu itu salah atau betul berdasarkan satu pandangan semata-mata
sebagaimana yang diperkatakan oleh Finegan (t.t.):

Living languages must change, must adapt, must grow. Shakespeare could not
have understood Chaucer without study, nor Chaucer the Beowulf poet. Whether
change is good or bad is not the question, descriptivists say, for change is
inevitable. The only languages no longer in flux are those no longer in use. The
job of grammarians is to describe language as it exists in real use. This includes
describing the positive and negative values attached to different ways of
speaking.
25

RUJUKAN
Abdul Ghalib Yunus. (2013, Ogos 20). Frasa kerja dengan unsur keterangan. Minda [Akhbar
sisipan Berita Harian].
Abdullah Hussain. (2001). Konserto terakhir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar & Rama Subbiah. (1968). An introduction to Malay grammar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asraf. (1989). Petunjuk Bahasa Malaysia baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi.
BH Online. (2008, Ogos 2 hingga 2009). Dicapai daripada http://www.bharian.com.my/.
Eileen Sim Siew Wah, Radiah Yusoff, Solakhiah Januri. (2016, Disember 22-23). Frasa Adverba
Cara dengan + Frasa Adjektif dalam Ayat Bahasa Melayu: Satu Kajian Korpus. Kertas kerja
dibentangkan di International Conference on Humanities (ICH 2016), Universiti Sains
Malaysia.
Finegan, Edward. (t.t.). What Is 'Correct' Language? Dicapai pada 1 Julai 2019 daripada
https://www.linguisticsociety.org/resource/what-correct-language.
Liaw Yock Fang. (1985). Nahu Melayu moden. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Liberman, Mark. (2018) Prescriptive and descriptive linguistics. Dicapai pada 1 Julai 2019
daripada https://www.ling.upenn.edu/courses/ling001/prescription.html.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa
Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norsuhaida Ismail. (2010). Analisis kesalahan frasa [Slaid PowerPoint]. Dicapai pada 1 Disember
2010 daripada https://www.scribd.com/presentation/38216732/Pengenalan-analisis-
Kesalahan-Bahasa
Sharif Ibrahim. (2016, Mac 3). Memahami kata sendi nama. Sinar Harian Online. Dicapai pada 1
Mei 2016 daripada http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-
bahasaku/memahami-kata-sendi-nama-1.492039
Utusan Online. (2008, Januari hingga Disember). Diakses daripada www.utusan.com.my
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III: Edisi baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Biodata Ringkas Penulis


Eileen Sim Siew Wah ialah pelajar peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang sintaksis bahasa
Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan guru
mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, dan Pengajian Am Tingkatan 6.

Radiah Yusoff ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia. Bidang beliau ialah morfologi, sintaksis, dan linguistik umum. Selain itu, beliau juga
berminat dalam bidang sosiolinguistik, pragmatik, terjemahan talian, dan budaya popular,
khususnya KPop dan BPop.

Solakhiah Januri ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains
Malaysia. Bidang beliau ialah morfologi dan sintaksis nahu generatif. Selain itu, beliau juga
berminat dalam bidang sosiolinguistik, semantik dan pemerolehan bahasa kanak-kanak.
26

PERFORMANSI BERBAHASA TRADISI LEPAS DAPUR PADA MASYARAKAT TAMIANG


DI KECAMATAN KARANG BARU, ACEH TAMIANG

Halimatussakdiahi Nova Indah Permatasariii Robert Sibaraniiii


i(Pengarang Bersama). Mahasiswa Program Studi Linguistik, Universitas Sumatera Utara. islamideena95@gmail.com
ii Mahasiswa Program Studi Linguistik, Universitas Sumatera Utara.Novaindah3195@gmail.com
iii Dosen, Universitas Sumatera Utara.rs_sibarani@yahoo.com

Abstrak

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan dan menganalisis performansi berbahasa yang dituturkan oleh
masyarakat Tamiang dalam tradisi Lepas Dapur, proses berbahasa yang digunakan dalam tradisi ini
menjelaskan performansi, teks yang dituturkan dalam pelaksanaan acara, ko-teks dan konteks tradisi Lepas
Dapur pada masyarakat Tamiang. Penelitian ini menggunakan metod kualitatif, dilakukan untuk meneliti
permasalahan ini dan peneliti menjadi instrumen penelitian. Pengumpulan data dilakukan di Kecamatan
Karang Baru, Kabupaten Aceh Tamiang, Provinsi Aceh. Instrumen penelitian yang digunakan adalah observasi,
wawancara dan dokumentasi. Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa tradisi Lepas Dapur ini sebagai
ungkapan rasa syukur atas kelahiran bayi. Tradisi ini dilaksanakan pada hari ke empat puluh kelahiran bayi.
Adapun performansi berbahasa dalam tradisi ini dimulai dengan menyangke rambut budak (cukur rambut),
turun tanah dan memberi nama. Dari penelitian ini dapat disimpulkan bahwa performansi berbahasa yang
dituturkan dalam acara Lepas Dapur adalah ucapan sambutan dalam marhaban dan rasa syukur atas kelahiran
bayi dan mendoakan agar kelak bayi tersebut menjadi anak yang shalih dan berbakti kepada kedua orangtua.
Kemudian dilanjutkan dengan tepung tawar oleh tuan guru marhaban sambil menggunting rambutnya sedikit.
Dan bayi dibawa berkeliling di kalangan anggota marhaban dan diselesaikan pencukuran rambut oleh bidan
dan kemudian bayi dimandikan.

Kata kekunci: tradisi lepas dapur, performansi, berbahasa, antropolinguistik

1.0 PENGENALAN

Tradisi Lepas Dapur adalah kebiasaan resam adat di Tamiang yang dilakukan oleh keluarga yang baru
dianugerahkan oleh Allah SWT anak di kehidupan. Maka setelah bayi berusia 44 hari diadakan
kenduri yang disertai dengan marhaban sambil mengayun bayi dalam tradisi lepas dapur tersebut.
Dalam masyarakat Tamiang sekarang, tradisi ini masih dikerjakan namun kerana pengaruh
perubahan kodisi kehidupan yang serba bergantung dengan waktu dan teknologi maka tradisi
berjalan tidak lagi serupa seperti yang dilakukan oleh orang-orang zaman dahulu. Padahal tradisi ini
menunjukkan bahwa khazanah kebudayaan Melayu dapat terlihat dari performansi tradisi dan
tentunya performansi bahasa penting diketahui dalam rangka pemahaman budaya dan juga
pelestarian bahasa Tamiang yang kian hari dilupakan dalam kehidupan sehari-hari. Padahal bahasa
adalah identiti suatu negeri.

Maka perlu dilakukan penelitian tentang tradisi Lepas Dapur ini di masyarakat Melayu
Tamiang di Kecamatan Karang Baru, Kabupaten Aceh Tamiang. Tujuan dari penelitian ini untuk
untuk mendeskripsikan dan menganalisis performansi berbahasa yang dituturkan oleh Masyarakat
Tamiang dalam tradisi Lepas Dapur, proses berbahasa yang digunakan dalam tradisi ini menjelaskan
performansi, teks yang dituturkan dalam pelaksanaan acara, ko-teks dan konteks tradisi Lepas Dapur
pada Masyarakat Tamiang.
27

Tradisi lisan atau tradisi budaya nadalah kegiatan budaya tradisional suatu komunitas
yang diwariskan secara turun-temurun dengan media lisan dari satu generasi ke generasi lain baik
tradisi itu berupa susunan kata-kata lisan (verbal) maupun tradisi lain yang bukan lisan (non-verbal).
Oral traditions are the community’s traditionally cultural activities inheritied orally from one
generation to the other generation, either the tradition is verbal or non-verbal (Sibarani, 2014:125).

Ciri-ciri, wujud, dan definisi tradisi lisan tersebut mengindikasikan ada kegiatan budaya.
Oleh karena tradisi budaya menyangkut keseluruhan kegiatan budaya, maka tradisi tradisi budaya
dalam penelitian ini menyangkut tradisi budaya dalam bertutur dalam Tradisi Lepas Dapur pada
masyarakat Tamiang di kabupaten Aceh Tamiang yang akan menemukan performansi berbahasa
yang terdapat dalam tradisi tersebut.

2.0 ANTROPOLINGUISTIK DALAM PENELITIAN TRADISI LISAN

Antropolinguistik merupakan bidang ilmu interdisipliner yang mempelajari hubungan bahasa


dengan seluk beluk kehidupan manusia termasuk kebudayaannya. Antropolinguistik adalah studi
bahasa dalam kerangka kerja antropologi, studi kebudayaan dalam kerangka kerja linguistik dan
studi aspek kehidupan manusia dalam kerangka kerja bersama antropologi dan linguistik.

Dalam mengkaji bahasa, kebudayaan dan aspek-aspek lain dalam kehidupan masyarakat,
pusat perhatian antropolinguistik ditekankan pada tiga fokus penting yakni 1) performansi
(performance), 2) indeksikalitas (indexicality), 3) partisipasi (participation) (lihat Duranti 1997:14).
Melalui konsep performansi, bahasa dipahami sebagai proses kegiatan, tindakan dan pertunjukan
komunikatif, yang membutuhkan kreativitas. Bahasa sebagai unsur lingual yang menyimpan
sumber-sumber kultural tidak dapat dipahami secara terpisah dari pertunjukan atau kegiatan
berbahasa tersebut. Konsep indeksikalitas membedakan tanda atas tiga jenis yakni indeks (index),
simbol (symbol), dan ikon (icon). Indeks adalah tanda yang mengindikasi bahwa ada hubungan
alamiah dan eksistensial antara yang menandai dan yang ditandai. Konsep partisipasi memandang
bahasa sebagai aktivitas sosial yang melibatkan pembicara dan pendengar sebagai pelaku sosial
(social actors).

Menurut Duranti (1997:14-16) istilah performansi digunakan dalam berbagai bidang


seperti linguistik dan seni serta dapat ditafsirkan dengan berbagai cara. Dia juga terinspirasi dari
pendapat Bauman (1992), Bauman & Briggs (1992) dan Palmer & Jankoviak (1996) yang
menjelaskan bahwa performansi mengacu pada suatu tindakan manusia pada saat perhatian khusus
diberikan pada saat melakukan tindakan berbicara tersebut (Duranti, 1997:15). Kemudian, Duranti
menyimpulkan bahwa melalui konsep performansi bahasa dipahami dalam proses kegiatan,
tindakan dan pertunjukan komunikatif yang membutuhkan kreatifitas.

Performansi tradisi dapat dipahami sebagai pertunjukan kegiatan tradisional, Dalam hal ini
Antropolinguis mempelajari hubungan semua elemen yang membentuk tradisi lisan. Bukan hanya
sekedar tertarik pada teks, tetapi juga dalam koteks dan konteks tradisi lisan. Penutur (speech
performer) dan partisipan menarik untuk dibahas dalam kerangka konteks, sedangkan tuturanatau
bahasa yang disampaikan dibahas dalam teks.

Sehubungan dengan performansi berbahasa, ada dua domain penting yang tak dapat
dipisahkan bagai dua sisi koin iaitu bahasa dan proses berbahasa. Tidak ada tuturan tanpa bahasa
dan bahasa tidak berfungsi dengan baik tanpa tuturan. Performansi berbahasa adalah proses dan
kegiatan yang menggunakan bahasa untuk mengekspresikan pikiran dan perasaan. Bahasa adalah
28

media untuk menyampaikan pikiran dan perasaan penutur. Jika pikiran dan perasaan itu terkait
dengan pengetahuan, kebiasaan atau budaya, maka seorang antropolinguis mencoba dengan
kemampuannya untuk menemukan budaya yang tampak dari bahasa yang ia tuturkan dengan
menghubungkannya dengan kehidupan manusia terutama budaya. Oleh karena itu performansi
berbahasa adaalah kegiatan berbahasa yang kreatif, improvisatif dan inovatif (Sibarani, 2018:2-3).

3.0 METOD PENELITIAN

Penelitian ini menggunakan metod kualitatif, dilakukan untuk meneliti permasalahan ini dan
peneliti menjadi instrumen penelitian. Pengumpulan data dilakukan di Kecamatan Karang Baru,
Kabupaten Aceh Tamiang, Provinsi Aceh. Sumber data dalam penelitian ini adalah prosesi tradisi
Lepas Dapur yang dikumpulkan dengan teknik pengumpulan data dari wawancara dan dokumentasi.
Data dalam penelitian ini adalah tuturan yang digunakan dalam performansi tradisi Lepas Dapur
pada masyarakat Tamiang di Kecamatan Karang Baru, Aceh Tamiang.

4.0 HASIL KAJIAN

Dari pengumpulan data yang dilakukan, tuturan yang terdapat dalam tradisi Lepas Dapur adalah
pada saat marhaban, tepung tawar dan turun tanah. Selain tuturan lisan, terdapat tuturan simbol
yang digunakan dalam tradisi ini yaitu perangkat tepung tawar , pulut kuning yang digunakan dalam
tradisi tersebut.

Pada tuturan marhaban, marhaban adalah aktivitas awal yang dilakukan. Pihak keluarga bayi
mengundang kumpulan marhaban kampung untuk melaksanakan marhaban sambil bayi diayun
dalam ayunan yang sudah dihiasi dengan bentuk tertentu. Untuk anak laki-laki bentuk kapal,
sedangkan anak perempuan berbentuk bunga teratai. Tuturan yang disampaikan kumpulan
marhaban adalah shalawat nabi, beserta al-barjanzi yaitu bacaan yang bersumber dari kitab Al-
Barjanzi karangan Syeikh Ja’far Al-Barjanzi. Al-Barjanzi disenandungkan oleh para anggota
marhaban. Isi dari tuturan al-barjanzi ini adalah perjalanan kehidupan Nabi Muhammad SAW dari
beliau belum lahir hingga masa hijrah ke Madinah. Dalam tradisi lepas dapur ini, anggota marhaban
bersenandung tentang masa kelahiran rasul yang diambil dari kitab tersebut, sesuai dengan tradisi
yang dilakukan yaitu sebagai bentuk syukur atas nikmat yang Allah berikan berupa keturunan.
Tradisi ini dilaksanakan pada hari ke empat puluh kelahiran bayi. Adapun performansi berbahasa
dalam tradisi ini dimulai dengan menyangke rambut budak (cukur rambut), turun tanah dan
memberi nama.

5.0 PENUTUP

Performansi berbahasa yang dituturkan dalam acara Lepas Dapur adalah ucapan sambutan dalam
marhaban dan rasa syukur atas kelahiran bayi dan mendoakan agar kelak bayi tersebut menjadi anak
yang shalih dan berbakti kepada kedua orangtua. Kemudian dilanjutkan dengan tepung tawar oleh
tuan guru marhaban sambil menggunting rambutnya sedikit. Dan bayi dibawa berkeliling dikalangan
anggota marhaban dan diselesaikan pencukuran rambut oleh bidan dan kemudian bayi dimandikan.

Tuturan yang digunakan dalam tradisi ini adalah tuturn lisan dan juga non-lisan (dengan
simbol) tuturan lisan yaitu senandung marhaban yakni pembacaan sebagian isi kitab Al-Barjanzi
yang berkaitan dengan kisah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Nilai yang dapat diambil dari tuturan
29

tersebut adalah harapan dan doa agar bayi kelak menjadi anak yang shalih sebagaimana teladan
umat islam yaitu Nabi Muhammad SAW.

RUJUKAN

Al-Ikhlas. Adat Istiadat Aceh Tamiang Adat Kampung Seruway. Dicapai pada 04 Julai 2019 daripada
http://salamkenalikhlaskoldingseruway.blogspot.com/2010/11/adat-istiadat-aceh-tamiang-
adat-kampung.html
Duranti, Alessandro (ed.).2001. Linguistic Anthropology. Massachusetts: Blacwell.
Emak Abdul, Mubarok.(2015). Nilai-nilai Akhlak dalam Kitab Mawlid Al-Barjanzi. Tesis sarjana
pendidikan tidak diterbitkan. Universitas Pendidikan Indonesia
Ikmat (1972). Naskah Kebiasaan Perihidup Suku Tamiang. Kualasimpang:Ikatan Kesatuan
Masyarakat Tamiang
Miftahul. (2015). Adat Turun Tanah Bagi Suku Jawa Di Kota Palngkaraya Ditinjau dari Perspektif
Islam. Jurnal Studi Agama dan Masyarakat Volume 11 No. 2 2015
Sibarani, Robert. (2004). Antropolinguistik: Antropologi Linguistik & Linguistik Antropologi. Medan:
Poda.
Sibarani, Robert. (2012). Kearifan Lokal: Hakikat, Peran, dan Metode Tradisi Lisan. Jakarta: ATL
Sibarani, Robert.(2015). Pendekatan Antropolinguistik terhadap Tradisi Lisan. Jurnal Retorika
Vol.1 , No.1 2015

Biodata Ringkas Penulis

Halimatussakdiah ialah Mahasiswa Program Studi Linguistik di Universitas Sumatera Utara.


Nova Indah Permatasari ialah Mahasiswi Program Studi Linguistik, Fakultas Ilmu Budaya,
Universitas Sumatera Utara.
Robert Sibarani ialah Professor Antropolinguistik, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera
Utara.
30

PROSES PENASALAN DAN ASIMILASI BAHASA MELAYU PERANAKAN FUZHOU, SIBU,


SARAWAK

Jong Hui Yingi, Tajul Aripin Kassinii & Wan Azni Wan Mohamadiii

i(Pengarang Bersama). Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. jonghuiying@usm.my
iiProfesor Madya, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. tajul@usm.my
iiiGuru Bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia. azni@usm.my

Abstrak
Kajian ini tertumpu pada pengaruh proses penasalan dan proses asimilasi dalam ujaran orang Fuzhou, Sibu,
Sarawak. Dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou, proses asimilasi berlaku seperti yang berlaku dalam bahasa
Melayu standard, iaitu pada bahagian sempadan kata- imbuhan awalan /meŋ/ dengan kata dasar yang bermula
dengan fonem /b/, /d/, /g/, /p/, /t/, /k/, /c/, dan /j/. Awalan nasal yang digabungkan dengan kata dasar yang
bermula dengan bunyi konsonan tak bersuara, maka bunyi konsonan tersebut akan hilang lalu digantikan
dengan bunyi nasal yang sama daerah dengan artikulasinya (hormoganik). Penggunaan data hasil transkripsi
rakaman video daripada dua orang remaja. Kajian ini menggunakan teknik persampelan tak rawak
berdasarkan persampelan bertujuan. Kajian ini untuk mengenal pasti terdapatnya proses penasalan dan
proses asimilasi berlaku dalam bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Fuzhou dan mengemukakan
penjelasan yang teoretis tentang proses penasalan dan proses asimilasi tersebut dengan berlandaskan teori
autosegmental.

Kata kekunci: Penasalan, asimilasi, peranakan Fuzhou, teori autosegmental

1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia terdiri daripada tiga kaum yang utama, iaitu Melayu, Cina dan India, maka
pemerolehan bahasa mahupun dialek oleh seseorang adalah luas. Dari aspek pendidikan, walaupun
mata pelajaran bahasa Melayu ialah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap orang pelajar.
Namun demikian, bahasa Melayu dalam komunikasi seharian dalam kalangan orang Cina masih
dipengaruhi oleh pelat ataupun dialek Cina yang tersendiri. Melalui kajian ini, pengkaji bukan sahaja
menunjukkan pengaruh proses penasalan dalam dialek Sibu terhadap bahasa Melayu tetapi juga
memperlihatkan proses asimilasi yang berlaku dalam bahasa Melayu dalam ujaran orang Fuzhou
Sibu, negeri Sarawak. Proses penasalan dan asimilasi yang berlaku dalam bahasa Melayu peranakan
Fuzhou akan dianalisis dengan berlandaskan teori auosegmental iaitu model cadangan Sagey (1986)
yang direprentasi oleh Zaharani dan Teoh (2006). Teoh (1988), sebahagian besar kajian-kajian
bidang fonologi yang terbaharu dalam perkembangan teori fonologi telah menumpukan perhatian
kepada keadaan bentuk-bentuk fonologi (phonological representations). Kajian-kajian ini telah
menyuarakan bahawa bentuk-bentuk linear fonologi-generatif standard perlu dikembangkan
kepada berbagai-bagai cara bukan linear (non-linear) bagi merangkupi organisasi segmen pada
pohon-pohon suku kata dan struktur-struktur matrikal dan juga tingkat-tingkat autosegmental
(autosegmental tiers)(Teoh, 1988).
31

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

(i) Mengenal pasti terdapatnya proses penasalan dan proses asimilasi berlaku dalam bahasa
Melayu yang dituturkan oleh orang Fuzhou.
(ii) Mengemukakan penjelasan yang teoretis tentang proses penasalan dan proses asimilasi
tersebut dengan berlandaskan teori autosegmental.

2.0 KAEDAH KAJIAN, RUMUS DAN TEORI

2.1 Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes lapangan dengan mengutip data di
lapangan. Kajian lapangan (field studies) merupakan strategi penyelidikan yang paling sesuai untuk
meneroka bidang kajian. Tujuan dan strategi di sini untuk mengetahui secara mendalam keadaan
sebutan sebenar kumpulan atau kejadian tertentu (Sulaiman Masri, 2005). Tegasnya, kajian
lapangan dijalankan dalam keadaan semula jadi dan tertumpu pada konteks dan situasi tertentu.
Kajian lapangan didapati kuat daripada sifat semula jadi, namun lemah daripada segi kriteria
kawalan dan keumuman. Malah kajian lapangan kerap digunakan bagi penyelidikan untuk meneroka
atau memperlihatkan fenomena baharu dengan lebih lengkap (Sulaiman Masri, 2005).

Informan dalam kajian lapangan ini melibatkan dua orang mahasiswi di Universiti Sains
Malaysia. Informan telah dimaklumkan tentang prosedur, tujuan dan perjalanan data, kaedah
pengumpulan data, dan bentuk penglibatan yang diperlukan dalam proses pengutipan data.
Pemilihan informan untuk kajian ini dilakukan dengan berlandaskan teknik persampelan, iaitu
teknik persampelan bertujuan. Teknik persampelan tak rawak digunakan dalam kajian ini. Grbich
(1999) mengatakan bahawa kajian kualitatif menggunakan teknik persampelan tak rawak dan tidak
menunjukkan sampel wakilan. Tujuannya ialah mengumpul data yang kaya. Kenyataan ini telah
membuktikan bahawa teknik persampelan tak rawak sering digunakan dalam kajian kualitatif
dengan kekuasaan dalam memperoleh data yang kaya di mana pengkaji boleh mempelajari sesuatu
dengan mendalami isu utama untuk tujuan kajian tersebut (Patton, 1990; Fraenkel dan Wallen,
2003).

Tempat kajian ini dilakukan di desasiswa informan. Informan kajian dilabelkan dengan nama
samaran bagi melindungi identiti sebenarnya (Berg 2004; Liddicoat 2007). Secara semula jadinya,
pengkaji secara sistematiknya menukar nama sebenar kepada nama samaran (pseudonym) atau
nombor kes (case number) apabila melaporkan data. Rujuk Jadual 1.
32

Jadual 1. Pelabelan Informan Kajian (Informan Mahasiswi)


INFORMAN MURID
INFORMAN LABEL
INFORMAN 1 T
INFORMAN 2 C

2.2 Teori Autosegmental

Menurut Teoh (1986), beliau mengatakan bahawa perkembangan teori fonologi pada dekad ini telah
banyak menumpukan perhatian pada representasi fonologi. Representasi segmental telah
diubahsuai bagi mewujudkan satu representasi autosegmental untuk melambangkan struktur
fonetik yang lebih sempurna. Namun, kemajuan ke arah representasi fonologi hanya akan
bermanfaat sekiranya kesulitan dan ketidaktepatan sistem rumus fonologi secara tidak langsung
dipinda kepada sistem representasi (Zaharani dan Teoh Boon Seng, 2006).

Sebagai saran penyelesaian untuk menangani isu proses penasalan dan proses asimilasi
dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou, maka pengkaji ingin mengutarakan satu analisis alternatif
yang menggunakan analisis autosegmental teori fonologi suku kata. Menurut Zaharani dan Teoh
(2006), dalam analisis ini, representasi fonologinya terdiri daripada tiga tingkat, iaitu tingkat
segmen, tingkat KV dan tingkat suku kata. Suku kata itu mempunyai struktur yang berhierarki yang
terbina daripada unsur yang dikenali sebagai onset, nukleus, dan koda. Penggabungan antara
nukleus dengan koda membentuk satu unit lagi yang disebut sebagai rima (Zaharani dan Teoh Boon
Seng, 2006). Aspect of Malay Phonology Revisited: A Non-Linear Approach, Teoh (1988) telah
menggunakan analisis non-linear fonologi KV (CV Phonology).

Menurut Teoh (1988), beliau yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tergolong ke dalam
bahasa jenis III, iaitu bahasa yang struktur suku kata dasarnya terdiri daripada KV dan KVK. Rumus
ketiga ialah rumus pembinaan koda, iaitu konsonan di sebelah kanan vokal menjadi koda dengan
cara menghubungkannya dengan R (rima) suku kata. Dalam bahasa Melayu tidak semua
konsonannya boleh menjadi koda. Di samping itu, kebanyakan konsonan hanya boleh menjadi koda
di akhir kata, tetapi tidak di posisi tengah kata. Bagi konsonan nasal, kehadirannya di posisi koda di
tengah kata hanya dibenarkan jika konsonan obstruen pada onset berikutnya itu berhormogan
dengannya.
33

3.0 ANALISIS DATA

3.1 Proses Nasalisasi


Perkataaan Yang Proses Nasalisasi Progresif Regresif Proses Nasalisasi Progresif Regresif
Mengalami Proses (Dalam (Akhiran Kata)
Nasalisasi Lingkungan Kata)
/dusun/ [dusũŋ] √
/kan/ [kãŋ] √
/kalian/ [kaliyãŋ] √
/bәban/ [bebãŋ] √
/puɲa/ [pũŋɲã] √ √
/macam/ [mãcãŋ] √ [mãcãŋ] √
/turun/ [turũŋ] √
/pun/ [pũŋ] √
/rambutan/ [rãŋbutãŋ] √ [rãŋbutãŋ] √
/simpan/ [simpãŋ] √
/kunci/ [kũŋci] √
/mәncantumkan/ [mә ncãŋtõŋkãŋ] √ √ [mә ncãŋtõŋkãŋ] √
/dan/ [dãŋ] √
/kәmudian/ [ kәmũdiãŋ] √ [kәmũdiãŋ] √
Total 4 4 14
Jadual 2. Proses Nasalisasi Vokal

Jadual 2 secara jelas memaparkan proses nasalisasi yang berlaku dalam lingkungan kata dan akhiran
kata. Selain itu, proses nasalisasi juga dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu sama ada secara
progresif atau regresif. Nasalisasi vokal dalam bahasa Melayu standard merebak ke kanan, iaitu
segmen vokal akan dinasalisasikan sekiranya didahului konsonan nasal. Manakala, kebanyakan
perkataan dalam bahasa Melayu yang disebut oleh orang Fuzhou pula memperlihatkan nasalisasi
secara regresif, iaitu nasalisasi vokal yang merebak ke kiri.
34

3.2 Proses Asimilasi

Jadual 3. Proses Asimilasi

Bahasa Melayu Informan Menepati Tidak Informan Kedua Menepati Tidak


Standard Pertama Menepati Menepati
[mәmpuɲã] [mәmpuɲã] √ [ mәmpuŋɲã] √ √
[mәncantomkan] [mәncantomkãŋ] √ √ [mәncãŋtõŋkãŋ] √ √
[mәmbәbankan] [mәmbәbãŋkãŋ] √ √ [mәmbәbãŋkãŋ] √ √
[mәnjamũ] [mәnjamũ] √ [mәnjamũ] √
[mәndapat] [mәndapat] √ [mәndapat] √
[mәmĩkol] [mәmpikol] √ [mәmĩkol] √
[mәmbaca] [mәmbaca] √ [mәmbaca] √
[mәŋgali] [mәŋgali] √ [mәŋgali] √
[mәnãnãm] [mәnãnãm] √ [mәnãnãŋ] √ √
[mәŋgaru] [mәŋgaru] √ [mәŋŋãru] √
[mәndalamkan] [mәndalamkãŋ] √ √ [mәnŋdalãŋkãŋ] √ √
[mәnjalankan] [mәnjalãŋkãŋ] √ √ [mәnjalãŋkãŋ] √ √
[mәnjilat] [mәnjilat] √ [mәnjilat] √
[mәmbosankan] [mәmbosãŋkãŋ] √ √ [mәnbosãŋkãŋ] √ √
[mәncari] [mәncari] √ [mәncarik] √
Total 14 6 14 8
35

Dalam proses penggabungan morfem atau pengimbuhan, kewujudan rangkap nasal-obstruen


yang terhasil melalui penggabungan tersebut harus menjalani rumus asimilasi nasal untuk
menepati kekangan fonotaktik ini. Walaupun rumus asimilasi nasal itu beroperasi secara aktif
dalam sistem nahu bahasa Melayu, terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa
perlaksanaannya terhalang pada lingkungan tertentu. Hal ini akan menimbulkan isu kelegapan
(opacity) fonologi (Zaharani dan Teoh Boon Seng, 2006). Lihat rumus asimilasi nasal di bawah:

Rajah 1. Rumus asimilasi nasal

Berdasarkan data yang diperlihatkan dalam Jadual 3, penghuraian dan penjelasan yang
lebih menyeluruh tentang perilaku proses asimilasi nasal bahasa Melayu standard berbanding
dengan proses asimilasi nasal bahasa Melayu peranakan Fuzhou yang dipengaruhi oleh dialek
Fuzhou. Daripada data di atas dapat dilihat bahawa kebanyakan perkataan yang disebut atau
dieja oleh kedua-dua orang informan telah menepati rumus asimilasi nasal. Daripada 15
perkataan yang diuji, sebanyak 14 perkataan yang disebut oleh kedua-dua orang informan telah
mematuhi rumus asimilasi nasal, terutamanya semasa proses penggabungan awalan dengan kata
akar. Namun demikian daripada 14 perkataan tersebut, terutamanya perkataan yang bergabung
dengan berakhiran –kan telah memperlihatkan menimbulkan isu kelegapan (opacity) fonologi,
contoh perkataaan seperti /mencantumkan/, /membebankan/, mendalamkan/, /menjalankan/,
dan /membosankan/.

Daripada 15 perkataan yang diuji, sebanyak 14 perkataan yang disebut oleh kedua-dua
orang informan telah mematuhi rumus asimilasi nasal, terutamanya semasa proses
penggabungan awalan dengan kata akar. Keadaan ini boleh dijelaskan dengan menggunakan
teori autosegmental yang ditunjukkan seperti berikut:
36

Rajah 2. Proses asimilasi dengan Menggunakan Teori Autosegmental

Proses asimilasi berlaku dalam perkataan bahasa Melayu peranakan Fuzhou, contohnya
/mәŋ+dapat /, /mәŋ+anam/, dan /mәŋ+jamu/, /mәŋ+baca/, /mәŋ+pikul/. Dalam proses
asimilasi, suatu segmen menerapkan fitur daripada segmen yang berdekatan supaya lebih
menyerupai segmen tersebut, misalnya fitur konsonan yang bersebelahan dapat saling
mempengaruhi. Dalam bahasa Melayu, misalnya, terdapat suatu rumus asimilasi nasal hormogan,
iaitu fitur nasal menyerapkan fitur artikulasi segmen yang berikutan sehingga nasal itu
berhormorgan dengan segmen berikutnya (Zaharani dan Teoh Boon Seng, 2006). Rumus
asimilasi nasal adalah seperti dalam Rajah 3 di bawah:

Rajah 3. Rumus asimilasi nasal

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, proses penasalisasi vokal dan proses asimilasi sememangnya berlaku
dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou. Dalam bahasa Melayu peranakan Fuzhou proses
penasalisasi vokal boleh berlaku secara progresif dan regresif. Proses penasalisasi vokal berlaku
adalah disebabkan pengaruh dialek Fuzhou yang digunakan dalam kalangan orang Fuzhou iaitu
dialek yang digunakan oleh dua orang informan tersebut. Melalui pemdekatan autosegmental,
dapat juga diterangkan dalam rangka teori standard, iaitu melalui susunan rumus/. Dengan
menggunakan pendekatan autosegmental dalam penganalisisan proses nasalisasi dan proses
asimilasi dalam bahasa Melayu peranakan, maka kajian ini akan menjadi lebih deskriptif dan
empiris.
37

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007).
Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis & interpretasi data. Batu Caves:
PTS Professional Publishing.
Berg, B. L. (2004). Qualitative Research Methods For The Social Science. Pearson.
Fraenkel, J.R. & Wallen, N. E. (1996). How To Design Evaluate Research In Education. McGraw-
Hill, Inc.
Grbich, C. (1999). Qualitative Research In Health: An Introduction. Thousand Oaks, CA,: Sage
Publication Ltd..
Liddicoat, A. J. (2007). An Introduction to Conversation Analysis. Continuum.
Madzniyah Jaafar, Muhammad Hussun, Choo S. L. , Zubir Embong , Aminuddin Mohd Sani dan
Zakiah Idris. (1995). Modul kajian tindakan. Kuala Lumpur: Program PIER.
Nik Safiah Karim (Penyusun). (1988). Linguistik Transformasi Generatif Satu Penerapan Pada
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sulaiman Masri. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: Esei, Proposal, Tesis. Utusan
Publication & Distributors, Kuala Lumpur.
Syed Arabi Idid. (1992). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teoh Boon Seong. (1994). The Sound System of Malay Revisted. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ministry of Education Malaysia, Kuala Lumpur, 1994.
Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zaharani Ahmad, Teoh Boon Seong. 2006. Fonologi Autosegmental Penerapannya Pada
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Biodata Ringkas Penulis


Jong Hui Ying merupakan pensyarah di bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah psikolinguistik.

Tajul Aripin Kassin merupakan Profesor Madya di bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah fonetik
dan fonologi.

Wan Azni Wan Mohamad merupakan guru bahasa Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan
Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.
38

SEBARAN LEKSIKAL ‘ULAR’ DI NEGERI JOHOR BERDASARKAN PENGAPLIKASIAN


SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)

Khairul Ashraaf Saariⁱ, Harishon Radziⁱⁱ, Nor Hashimah Jalaluddinⁱⁱⁱ, Junaini Kasdanⁱᵛ dan Fazal
Mohamed Mohamed Sultanᵛ

ⁱPelajar Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. P92931@siswa.ukm.edu.my


ⁱⁱPensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. naslin@ukm.edu.my
ⁱⁱⁱ Profesor, Universiti Kebangsaan Malaysia. shima@ukm.edu.my
ⁱᵛ Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. junaini@ukm.edu.my
ᵛ Pensyarah Kanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. fazal@ukm.edu.my

Abstrak
Sebaran dialek mencerminkan pecahan pengkelasan subdialek yang wujud di sesuatu kawasan, contohnya
di negeri Johor. Pemurnian penyebaran dialek di negeri tersebut secara tidak langsung dapat
mencerminkan usaha pengkajian untuk memetakan isoglos dan koroplet terkini. Ekoran daripada stigma
penutur yang memperagakan bentuk bahasa Melayu standard hanya wujud di negeri Johor, kajian ini
mengambil inisiatif untuk memperincikan sebaran varian leksikal ‘ular’ secara lebih komprehensif. Kajian
ini secara khusus bertujuan mengenal pasti sebaran varian dialek Melayu di keseluruhan Johor,
menghuraikan perubahan leksikal bersandarkan angkubah linguistik dan angkubah bukan linguistik serta
mencirikan bentuk sebaran menerusi paparan peta isoglos dan peta koroplet di kawasan penyelidikan.
Justeru, kajian ini memberikan tumpuan kepada penyebaran varian leksikal ‘ulɑr’ di 10 daerah kawasan
kajian. Data diperoleh daripada soal selidik terhadap 900 responden yang meliputi pelbagai lapisan umur.
Penyelidikan ini merupakan suatu bentuk kajian multidisiplin yang menggabungkan bidang linguistik dan
teknologi berbantukan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) berteraskan pendekatan deskriptif
geolinguistik. Dapatan membuktikan bahawa terdapat tiga pengelasan dialek Melayu yang wujud di negeri
Johor dengan paparan sebanyak lapan varian bagi mewakili leksikal kajian. Selain itu, kajian ini juga
mampu memperagakan peta sebaran dialek dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini bakal menjadi
salah satu lanjutan dimensi penyelidikan sebaran varian di Malaysia yang berteraskan integrasi teknologi.

Kata kunci: deskriptif geolinguistik, dialek Melayu, isoglos, koroplet, varian

1.0 PENDAHULUAN
Penggunaan sesuatu bahasa tidak dapat tidak hadir dalam bentuk bebas variasi menurut Idris
Aman dan Azlan Mis (2014). Bentuk variasi bahasa ini digelar sebagai dialek, iaitu merupakan
pecahan daripada variasi penggunaan bahasa yang boleh diperlihat menerusi kelainan
penggunaan bahasa. Newton (1972) menyatakan bahawa dialek berkembang daripada bahasa
yang pada asalnya seragam tetapi lama-kelamaan mengalami perubahan dan perubahan ini
berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah faktor masa dan faktor geografi.
Pencirian dialek Melayu di Johor merupakan salah satu pengkelasan dialek yang dipertuturkan
dalam kontinum dialek Selatan yang dinyatakan oleh Asmah Hj Omar (1985). Meskipun
penggunaan dialek Melayu di Johor ini sering kali dikaitkan sebagai pemilihan bahasa
kebangsaan atau bahasa standard, namun ianya turut menunjukan sebaran varian yang rencam
berdasarkan penghijrahan dan kemasukkan daripada wilayah yang berhampiran.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini merangkumi sebanyak 123 buah kampung dan sebanyak 900 orang penutur natif
kawasan yang merangkumi tiga golongan iaitu golongan remaja, dewasa dan warga tua telah
dipilih sebagai informan. Pemilihan titik kampung penyelidikan ini adalah berbantukan perisian
GPS (Global Positioning System) dan penyediaan peta topografi oleh Pusat Sistem Perubahan
Iklim Tropika (IKLIM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini telah menerapkan pendekatan
deskriptif geolinguistik dalam membincangkan perubahan-perubahan yang melibatkan
penggunaan varian leksikal ‘ular’ di kawasan kajian. Pemilihan leksikal ‘ular’ sebagai leksikal
kajian adalah berpandukan penggunaan tahap kerencaman yang tinggi di kawasan kajian. Hal ini
39

disokong oleh Chiarello et al. (1999) yang menyatakan bahawa “nouns have, on average, a higher
degree of concreteness and imageability than verb”.

3.0 HASIL DAN DAPATAN KAJIAN


Kepenggunaan varian dialek bagi leksikal ‘ular’ di negeri Johor boleh diperlihat menerusi
gambaran rajah di bawah:

Jadual 1. Senarai varian leksikal ‘ular’

Kadar penggunaan varian ‘ular’ di daerah Ledang dan daerah Pontian adalah lebih tinggi
iaitu sebanyak lima variasi jika dibandingkan dengan daerah-daerah yang lain. Hal ini
bersangkutan dengan penemuan yang dibuat dalam Johore Annual Report (1930) yang
menyatakan bahawa “… recently several new areas in the Muar, Batu Pahat dan Kukup districts
have been alienated for padi planting”. Hal ini ditambah pula oleh Khazin Mohd. Tamrin &
Sukiman Bohari (1980) yang menyatakan bahawa “Di tiap-tiap kawasan lembah sungai dan parit
telah diusahakan pertanian padi, boleh dikatakan tiap-tiap daerah di Johor terutama Muar, Batu
Pahat dan sebahagian kawasan Pontian telah wujud kawasan baru untuk tanaman padi”.
Menerusi sosio-ekonomi penanaman padi ini tidak dapat tidak untuk mengelak daripada
gangguan hidupan liar termasuklah haiwan seperti ular yang gemar untuk bersarang di kawasan
perairan. Seterusnya menerusi rakaman surat penyerahan tanah oleh Sultan Abu Bakar pada
tahun 1879 kepada Syed Mohamed Al-Sagoff dalam Khazin Mohd. Tamrin dan Sukiman Bohari
(1980) menyatakan :

“Bahawa adalah kita Yang Maha Mulia Maharaja Johor serta keturunanya dan
waris—waris ganti kita telah mengurniakan sekeping tanah yang di tepi laut
daerah Johor yang disebelah barat iaitu Kukub (Pontian) kepada Syed Mohamed
bin Ahmad bin Abdul Rahman Al-Sagoff selama-lamanya akan jadi tempat ia
bertanam-tanam akan segala tanaman apion”
40

4.0 PERBINCANGAN
Pencirian sebaran dialek bagi merujuk kepada leksikal ‘ular’ boleh diperlihat menerusi paparan
peta sebaran isoglos dan koroplet di bawah:

Rajah 1. Sebaran dialek leksikal ‘ular’

Perubahan varian bagi leksikal ‘ular’ di negeri Johor ini boleh dikelaskan sebanyak lapan
jenis varian yang diguna pakai oleh penutur natif iaitu L1-ulɑ, L2-ulɑw, L3-ulɔ, L4-ulɑʔ, L5-leŋkɑ,
L6-ulɑr, L7-tɑli piŋgɑŋ dan L8-gɑlɑh, namun hanya tiga kelas subdialek sahaja yang berjaya
ditemui menerusi paparan penggunaan leksikal kajian meliputi penutur natif di Johor. Varian L1-
ulɑ (penggunaan subdialek Melayu Johor Baharu), L2-ulɑw (penggunaan subdialek Melayu
Melaka) dan L3-ulɔ (penggunaan subdialek Melayu Muar-batu Pahat) telah dipilih sebagai
sebaran utama bagi leksikal ‘ular’ ini.

4.1 Varian [ulɑ]


Sebaran varian [ulɑ] ini dapat diperlihat menerusi kawasan peningalan sejarah seperti di
kawasan pemerintahan dan kawasan perdagangan terdahulu. Hal ini boleh dibuktikan menerusi
paparan penggunaan di Kampung Johor Lama di Kota Tinggi. Mohd Kamaruzzaman (1998)
menyatakan bahawa kegemilangan Kota Johor Lama (iaitu berhampiran dengan Kampung Johor
Lama) terbukti apabila kota ini telah dijadikan ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564) dan zaman
kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Oleh yang
demikian, faktor tersebut telah mendasari penggunaan varian [ulɑ] yang utuh di kawasan
tersebut.
Punca sebaran subdialek Melayu Johor Baharu juga turut boleh dipengaruhi oleh faktor
geografi iaitu melibatkan kehadiran bukit bukau seperti gambaran isoglos di bawah. Bukit bukau
yang hadir seperti Gunung Panti (453 meter), Bukit Sisek (411 meter), Bukit Kuayah Laut (268
meter), Bukit Tiga (46 meter), Bukit Aping (100 meter), Bukit Padang (58 meter), Gunung Gaong
(272 meter), Bukit Nalik (215 meter), Bukit Tambun Tulang (150 meter), Gunung Muntahak (634
meter), Bukit Kayu Mati (130 meter) dan Bukit Kaha (100 meter) telah berjaya menghalang
sebaran varian ini daripada meluas di Kampung Mawai Baharu, Kampung Temunin Lama,
Kampung Lukut, Kampung Batu Empat dan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.
41

Rajah 2. Isoglos

4.2 Varian [ulɑw]


Sebaran bagi sudialek Melayu Melaka ini juga merupakan salah satu sebaran varian subdialek
yang berjaya ditemui menerusi capaian pemetaan sebaran dialek ini. Perubahan varian [ulɑw] ini
telah mempamerkan fenomena perubahan yang melibatkan pertukaran segmen konsonan /r/ di
posisi koda leksikal. Hal ini telah diperkukuhkan oleh Adi Yasran (2012) yang menyatakan
bahawa, sebarang perkataan dalam dialek Muar yang berakhir dengan huruf /-ɑr/ akan
digantikan dengan /ͻ/ manakala dalam dialek Melaka pula, ia akan digantikan dengan pengantian
/ɑw/. Sebaran bagi varian ini amat dominan diguna pakai khususnya di Kampung Kesang.
Sebaran varian dialek Melayu Melaka ini juga dapat diperlihat menerusi penggunaan di
daerah Mersing bagi leksikal ‘ular’. Sebaran subdialek Melayu Melaka ini boleh diperlihat
menerusi penggunaan di Kampung Hubong dan Kampung Seri Pantai, Mersing. Namun bentuk
sebaran penggunaan varian tidak mendominasi penuh kampung tersebut. Hal ini berkait rapat
dengan penemuan yang dibuat oleh Mohd Samsudin et al. (2010) yang menyatakan bahawa,
kawasan perairan Mersing telah dianggap sebagai kawasan perlindungan angin dan ombak besar
bagi kapal-kapal yang belayar ke Pahang dan Selatan Johor pada zaman keagungan empayar
Melaka.

4.3 Varian [ulɔ]


Varian leksikal [ulɔ] merupakan salah satu sebaran varian subdialek Muar-Batu Pahat yang
mempengaruhi sebaran antara yang terbesar di negeri Johor. Menurut Asmah Haji Omar (2008a)
menyatakan bahawa capaian dialek Muar-Batu Pahat ini, ianya berkonotasi bahawa konsonan
frikatif velar /r/ akan digugurkan dan seterusnya perubahan vokal /ɑ/ kepada vokal /ɔ/. Selain
itu, menerusi capaian perubahan segmen vokal /ɔ/ ini telah mengklasifikasikan tujuh vokal yang
didasari dalam subdialek Muar-Batu Pahat yang kontra jika dibandingkan dengan subdialek
Johor Baharu yang memilik enam vokal sahaja (Asmah Haji Omar 2008a).

4.4 Varian [ulɑʔ]


Perubahan fonologi yang seterusnya adalah melibatkan varian leksikal [ulɑʔ] yang berasal
daripada leksikal ‘ular’ bagi masyarakat Bugis. Segmen konsonan [+ sonoran, -koronal] /r/ telah
berubah menjadi konsonan [-sonoran, -koronal] /ʔ/ bila berada di akhir kata. Andi Sukri
Syamsuri (2019) menerusi bidang leksikostatistik iaitu dalam ‘Kekerabatan Bahasa Bugis Wajo
Indonesia dan Bahasa Bugis Pontian Malaysia’ telah memaparkan varian [ulɑʔ] merupakan salah
satu varian bagi leksikal /ular/ yang diguna pakai oleh masyarakat Bugis di daerah Pontian
khususnya di Kampung Sungai Burong.
42

4.5 Varian [leŋkɑ] , [tɑli piŋgɑŋ] dan [gɑlɑh]


Manakala varian leksikal bagi [leŋkɑ] , [tɑli piŋgɑŋ] dan [gɑlɑh] pula merupakan suatu bentuk
kata kiasan atau lebih dikenali sebagai bentuk eufemisme bagi merujuk kepada leksikal /ular/.
Menurut Hamidah Abdul Wahab et al. (2016) mentakrifkan bentuk eufemisme sebagai satu
bentuk kiasan yang menggambarkan sesuatu rujukan dengan cara memberi kesan yang baik,
terutamanya apabila item yang dirujuk itu mempunyai konotasi yang buruk, kasar dan
sebagainya. Hal ini telah diperkukuhkan oleh Allan dan Burridge (1991) bahawa, “a euphemism
is used as an alternative to a dispreferred expression, in order to avoid possible loss of face: either
one’s own face, through giving offense, that of the audience, or of some third party”. Hal ini boleh
diperlihat menerusi gambaran Kampung Kaki Bukit Soga yang berhampiran dengan Hutan Lipur
Gunung Soga, Kampung Beluar Durian yang berhampiran dengan hutan paya bakau dan
Kampung Sungai Senai yang berhampiran dengan Sungai Senai.

4.6 Varian [ulɑr]


Perubahan penggunaan varian [ulɑr] ini pula tidak mempamerkan sebarang perubahan daripada
arus bidang fonologi. Penggunaan varian ini merupakan suatu bentuk kata akar iaitu yang
bersifat bahasa standard bagi menggambarkan leksikal kajian /ular/ itu sendiri. Oleh yang
demikian, perubahan ini tidak mempunyai sebarang atur rumus perubahan yang spesifik yang
perlu diamati. Faktor penggunaan ini kerap kali disebabkan oleh faktor kebandaran iaitu
merupakan suatu fenomena penggunaan daftar kata yang berunsurkan formal bagi
menggambarkan tahap kawasan yang maju dan berstatus metropolitan. Selain itu, faktor
akomodasi juga merupakan salah satu penyebab berlakunya penggunaan varian yang berstatus
bahasa Melayu standard. Menurut Asmah Haji Omar (1999) menyatakan bahawa akomodasi
bahasa merupakan proses yang berlaku apabila penutur cuba untuk menyesuaikan bahasanya
dengan bahasa pihak yang lain.

5.0 KESIMPULAN
Pengamatan pada kajian yang berdasarkan atlas dialek khususnya penglibatan menerusi
kawasan yang berstatus penggunaan bahasa standard ini kurang diberikan penelitian yang
mendalam. Kajian ini telah berjaya memaparkan sebanyak 8 sebaran varian yang wujud di negeri
Johor berdasarkan penggunaan bagi leksikal ‘ular’. Di samping mempamerkan sebaran yang
rencam di keseluruhan negeri Johor, kajian ini juga turut mempamerkan faktor yang mendasari
setiap perubahan berpandukan analisis geolinguistik.

RUJUKAN
Adi Yasran. (2012). Perbandingan Aspek Fonologi Dialek Muar dan Melaka berdasarkan Teori
Transformasi Generatif. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi: Universiti Putra Malaysia
Allan K. dan Burridge, K. (1991). Euphemism & Dysphemism Language Used as Shiled and
Weapon. Oxford: Oxford University Press.
Andi Sukri Syamsuri (2019). Kekerabatan bahasa Bugis Wajo Indonesia dan bahasa Bugis Pontian
Malaysia: Kajian Leksikostatistik. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Kongres
Bahasa Indonesia.
Asmah Haji Omar. (1999). Bahasa Standard, Dialek dan Dialek-antara: Beberapa Persoalan
Teoretis. Journal of Modern Languages Vol. 12 No. 1. ISSN 2462- 1986
Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Cetakkan Kedua. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur
Asmah Hj. Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chiarello, Christine, Connie Shears & Kevin Lund. (1999). Imageability and distributional
typicality measures of nouns and verbs in contemporary English. Behavior Research
Methods, Instruments and Computers 31: 603- 637
43

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan Mis dan Khazriyati Salehuddin.
(2016). Analisis Eufemisme Kematian Masyarakat Melayu Sarawak dari Perspektif
Semantik Kognitif. GEMA Online Journal of Language Studies Volume 16(2).
Idris Aman dan Azlan Mis. (2014). Variasi Bahasa. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khazin Mohd Tamrin, dan Sukiman Bohari. (1980). Orang Jawa Pontian: Kedatangan dan
Kegiatannya dalam Aspek Sosio-Ekonomi dan Politik Tempatan. Jebat: Malaysian Journal
of History, Politics and Strategic Studies 35-66.
Mohd Kamaruzzaman. (1998). Peninggalan Sejarah di Pesisiran Sungai Johor. Yayasan Warisan
Johor Bahru.
Mohd Samsudin, Marsitah Mohd Radzi, Azima Abdul Manaf dan Nor Jana Saim. (2010). Warisan
Sejarah dan Pelancongan Mersing serta Kepulauan. Penyelidikan Pantai Timur Johor:
Mersing Warisan Terpelihara
Newton dan Brian. (1972). The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek
Phonology. Cambridge University Press.

PENGHARGAAN
Sumber penajaan untuk penghasilan kertas kerja adalah menerusi Gran Universiti Penyelidikan
(GUP) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia bernombor GUP-2017-113.

BIODATA RINGKAS PENULIS


Khairul Ashraaf Saari merupakan pelajar Sarjana di Pusat Literasi Transformasi Sosiobudaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harishon Radzi merupakan pensyarah kanan di Pusat Literasi Transformasi Sosiobudaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah morfologi dan
geolinguistik.
Nor Hashimah Jalaluddin merupakan profesor di Pusat Literasi Transformasi Sosiobudaya,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah leksikografi dan
geolinguistik. Antara penerbitan beliau adalah
Junaini Kasdan merupakan pensyarah kanan di Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah gastronomi dan
geolinguistik.
Fazal Mohamed bin Mohamed Sultan merupakan pensyarah kanan dan ketua Program Linguistik
di Pusat Literasi Transformasi Sosiobudaya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang
kepakaran beliau ialah Sintaksis dan geolinguistik.
44

ANALISIS PRAGMATIK KESANTUNAN DAN KETAKSANTUNAN BAHASA DALAM PERBAHASAN


PARLIMEN 2018

Khairul Izzat Amiruddinⁱ & Hasmidar Hassan ⁱⁱ

ⁱ (Pengarang Bersama). Pelajar. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. izzatamiruddin92@gmail.com


ⁱⁱ Pensyarah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. hasmidar@um.edu.my

Abstrak
Kajian aspek kesantunan berbahasa dan ketaksantunan berbahasa di Malaysia banyak tertumpu pada
komunikasi pelajar dan mahasiswa, komen-komen di laman Facebook dan rancangan bual bicara di
televisyen dan novel. Namun, belum ada kajian yang memanfaatkan sidang perbahasan parlimen yang
disiarkan secara langsung di saluran televisyen Malaysia. Walaupun ada yang mengkaji perbahasan
parlimen, namun aspek yang dikaji adalah tentang penggunaan frasa yang samar, teknik perdebatan dan
teknik perundingan. Justeru, kajian ini mengambil langkah untuk mengkaji aspek kesantunan dan
ketaksantunan dalam perbahasan parlimen atas dasar ahli-ahli majlis ini merupakan wakil rakyat yang
dipilih rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Sebagai wakil rakyat dengan gelaran ‘yang berhormat’, jangkaan
rakyat ialah individu ini berperibadi mulia, berbudi bahasa dan selayaknya dihormati sebagai pemimpin-
pemimpin negara. Oleh itu, kajian ini akan memanfaatkan data penyata rasmi perbahasan parlimen bagi
mencungkil apakah strategi kesantunan dan ketaksantunan yang digunakan ahli-ahli parlimen sewaktu
bersidang. Data dianalisis dengan menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987),
Model Kesantunan Noriati A. Rashid (2005) dan model ketaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Culpeper
et al., (2003). Kajian ini juga dapat memperlihatkan sejauh manakah ahli-ahli majlis parlimen di bawah
pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan mematuhi aspek kesantunan berbahasa sewaktu berbahas.

Kata kunci: kesantunan dan ketaksantunan berbahasa, perbahasan, parlimen, wakil rakyat

1.0 PENGENALAN
Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana bahasa merupakan alat
perantaraan yang digunakan oleh kelompok masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Menurut Abd. Wahid Jais dan Faezah Kassim (2009), alat komunikasi ini diperlukan dan
digunakan dalam menyampaikan dan mengutarakan kehendak, maksud, harapan serta gagasan
supaya dapat diketahui dan difahami oleh orang lain. Penggunaan bahasa dalam komunikasi ini
mampu mencerminkan fikiran, budaya, budi pekerti, dan jiwa seseorang pengguna bahasa.

Aspek kesantunan berbahasa merupakan satu aspek yang penting yang perlu diterapkan
dalam diri seseorang pengguna bahasa. Kepentingan ini jelas kerana kesantunan merupakan
tonggak keharmonian antara pelbagai kaum. Hal ini jelas apabila aspek Kesopanan dan
Kesusilaan diangkat sebagai prinsip Rukun Negara Malaysia yang kelima (Raduan Tambi, 2013).
Beliau turut mengatakan bahawa kesopanan dan kesusilaan seseorang boleh dinilai berdasarkan
tingkah laku dan tutur kata atau kesantunan berbahasa seseorang itu. Tingkah laku dan tutur kata
dalam berbahasa menjadi asas kepada keterampilan sesuatu bangsa. Kekuatan atau keterampilan
sesuatu bangsa dinilai melalui cara bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi dan
pengukuh kepada perpaduan bangsa tersebut. Konsep ini sesuai dengan slogan kata “Bahasa Jiwa
Bangsa” yang bermaksud bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti
kebangsaan dan menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Dengan kata lain, aspek kesantunan
berbahasa ini penting dalam mempamerkan identiti dan status sosial penutur atau pengguna
bahasa itu sendiri.

Kajian tentang aspek kesantunan berbahasa yang dijalankan sebelum ini memang agak
banyak, namun belum ada yang menyentuh aspek kesantunan berbahasa dalam perbahasan
sidang parlimen Malaysia. Justeru, atas sebab-sebab yang akan dijelaskan dengan lebih lanjut,
pengkaji berpendapat bahawa satu kajian tentang kesantunan berbahasa dalam perbahasan
sidang parlimen di Malaysia perlu dilakukan. Hal ini demikian kerana perbahasan sidang
45

parlimen merupakan perbahasan yang melibatkan individu penting, iaitu pemimpin negara yang
dipilih oleh rakyat sebagai wakilnya dalam menangani isu-isu berkaitan rakyat sendiri yang
disiarkan secara langsung dan impaknya tinggi jika penutur tidak menjaga adab dan tatasusila
semasa berhujah.

1.1 Permasalahan Kajian


Memandangkan kajian terhadap perbahasan parlimen dari sudut kesantunan dan ketaksantunan
belum dijalankan oleh mana-mana pengkaji sebelum ini, maka pengkaji terdorong untuk
mengkaji aspek kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan parlimen dengan
menggunakan Teori Kesantunan oleh Brown dan Levinson (1978 & 1987), Model Kesantunan
Noriati A. Rashid (2005) dan Model Ketaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Culpeper et al.,
(2003). Hal ini demikian kerana sebagai anggota parlimen dan individu yang dihormati, ahli
parlimen perlu menjaga kredibiliti dan tidak seharusnya dianggap sebagai tidak sopan dan tidak
berbudi bahasa ketika berbahas. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini aspek kesantunan
berbahasa kelihatan tidak dijadikan amalan harian oleh sebahagian anggota sidang parlimen
ketika perbahasan. Sebaliknya, kita sering kali menyaksikan keriuhan perbahasan anggota sidang
parlimen yang berlaku di parlimen akibat penggunaan bahasa yang mengetepikan nilai
kesantunan berbahasa ini. Melalui kajian yang diketengahkan, dapatan akan memperlihatkan
sejauh mana ahli sidang parlimen mengaplikasikan strategi kesantunan dan ketaksantunan
dalam perbahasan di parlimen.

1.2 Objektif Kajian


Kajian ini dilakukan untuk:
i. mengenal pasti bentuk kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan Parlimen Malaysia
2018.
ii. mengkategorikan jenis strategi kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan Parlimen
Malaysia 2018.
iii. menjelaskan tujuan penggunaan strategi kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan
Parlimen Malaysia 2018.

1.3 Persoalan Kajian


i. Apakah bentuk kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan Parlimen Malaysia 2018?
ii. Apakah jenis strategi kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan Parlimen Malaysia
2018?
iii. Apakah tujuan penggunaan strategi kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan
Parlimen Malaysia 2018?

1.4 Skop Kajian


Skop kajian ini terbatas pada aspek kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan parlimen
keempat belas, penggal pertama, mesyuarat pertama 2018. Aspek kesantunan dan
ketaksantunan yang dikenal pasti akan dikelaskan mengikut jenis strategi kesantunan dan
ketaksantunan berbahasa. Selain itu, kajian ini juga akan menjelaskan maksud dan tujuan
penggunaan ujaran yang dikelaskan sebagai santun dan tak santun dalam perbahasan sidang
parlimen yang dipilih. Data yang diperoleh seterusnya akan dianalisis menggunakan Teori
Kesantunan oleh Brown dan Levinson (1978 & 1987), Model Kesantunan Noriati A. Rashid (2005)
dan Model Ketaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Culpeper et. al., (2003).
46

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Cornelia Ilie (2010) telah mengkaji strategi sistem panggilan dalam kalangan ahli Parlimen di
United Kingdom dan Sweden. Kajian ini menyelusuri strategi yang digunakan dalam sapaan
sesebuah institusi bagi meningkatkan imej dan kedudukan parti politik. Beliau telah
menggunakan teori prinsip kesantunan oleh Leech (1983). Data kajian diambil daripada korpus
perbahasan 11 sesi perbahasan Parlimen United Kingdom pada tahun 2001 dan 2004 serta 11
sesi perbahasan Parlimen Sweden pada tahun 2005. Kajian mendapati ahli Parlimen United
Kingdom menggunakan gelaran “Yang Berhormat” berserta nama Parlimen yang diwakili atau
berasaskan jantina seperti “Tuan/Puan Yang Berhormat” manakala ahli Parlimen Sweden
memanggil ahli Parlimen lain menggunakan nama mereka.

Kajian seterusnya ialah kajian yang dilakukan oleh Marlyna Maros (2011) yang bertajuk
“Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran”. Kajian ini membincangkan strategi
kesantunan oleh penutur asli bahasa Melayu daripada kalangan profesional muda dalam
membuat teguran. Data diperoleh daripada kajian lakuan bahasa yang melibatkan rakaman
interaksi membuat teguran dan temu bual separa terancang. Data dianalisis berdasarkan teori
Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). Kajian dianalisis berdasarkan strategi berekod
(on-record) atau secara terangan dan strategi tanpa berekod (off-record) atau secara bayangan
dan hasil kajian menunjukkan bahawa strategi berekod lebih kerap digunakan oleh penutur
berbanding strategi tanpa berekod. Kajian ini juga mendapati bahawa penutur asli bahasa Melayu
masih berpegang pada nilai budaya meskipun telah melalui proses urbanisasi, modernisasi dan
globalisasi.

Selain itu, Nawal Fadhil Abbas (2014) dalam kajiannya tentang “Using (Im) Politeness
Strategies to Achieve Social (Dis)harmony: A Pragmatic Analysis of M. L. Montgomenery’s Anne
of Green Gables” telah menganalisis novel Sastera iaitu “Anne of Green Gables” hasil karya L. M.
Montgomery bagi menunjukkan cara mana ke(tidak)harmonian sosial ditonjolkan dengan
menggunakan teori ke(tidak)santunan. Untuk mencapai analisis dalam kajian, pengakaji telah
mengambil kira beberapa ciri, khususnya kehendak muka positif dan muka negatif, jarak, kuasa,
keintiman, segolongan dan membentuk hubungan mesra yang diberikan perhatian oleh Anne
dalam interkasinya dengan orang lain di Avonlea dikaji secara dekat. Analisis pragmatik ini
dijalankan dengan menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987) sebagai teori
utama dan model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005 dan Culpeper et al., 2003) dan model
Pengurusan Hubungan Baik oleh Spencer-Oatey (2002) sebagai teori sampingan. Kajian
mendapati penggunaann kesantunan positif oleh Anne kebanyakannya berlaku pada sub-strategi
seperti menyedari dan memberikan perhatian pada H, mendapatkan persetujuan, menggunakan
petunjuk identiti dalam kumpulan dan memberikan alasan. Manakala kesantunan negatif
tergambar melalui penggunaan kata-kata yang dapat meminimumkan pengenaan dan menjadi
tidak langsung secara konvensional.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah atau isu dalam
penyelidikan secara lebih sistematik (Kumar, 2008). Kumar (2008) menyatakan bahawa dalam
metodologi, pengkaji akan mengkaji pelbagai langkah yang boleh diterima secara umumnya oleh
pengkaji itu sendiri dalam mengkaji masalah atau isu penyelidikan dengan logik dan seterusnya
mampu mencapai matlamat kajian. Dalam bahagian ini, pengkaji menerangkan metodologi kajian
yang digunakan dalam menyelesaikan masalah atau isu kajian ini, iaitu yang berkaitan dengan
strategi kesantunan dan ketaksantunan dalam perbahasan parlimen keempat belas, penggal
pertama, mesyuarat pertama 2018.
47

3.1 Kaedah Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan definisi dan ciri-ciri yang telah
dikemukakan oleh Strauss & Corbin (1997). Menurut Strauss & Corbin (1997), kaedah kualitatif
bermaksud sebarang jenis penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui
prosedur statistik atau lain-lain jenis pengiraan. Dalam kajian ini, data yang dikutip bukan
berbentuk nombor atau statistik yang memerlukan pengiraan, tetapi mengambil kira kualiti iaitu
bentuk dan inti pati kandungan.

4.0 KERANGKA TEORITIS


i. Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 & 1987)
ii. Model Kesantunan Noriati A. Rashid (2005)
iii. Model Ketaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Culpeper et al., (2003)

5.0 DAPATAN KAJIAN


Analisis yang dibuat mendapati terdapat jenis strategi kesantunan dan jenis strategi
ketaksantunan yang digunakan oleh ahli parlimen dalam perbahasan parlimen dewan rakyat
keempat belas, penggal pertama, mesyuarat pertama, 2018. Bagaimana pun bagi tujuan penulisan
kertas kerja ini hanya membincangkan dua strategi kesantunan dan dua strategi ketaksantunan
berbahasa sahaja.

5.1 Perbincangan Strategi Kesantunan


5.1.1 Strategi Persetujuan:
Strategi persetujuan merupakan salah satu strategi yang menunjukkan bahawa penutur
mempunyai hak untuk mengekalkan hubungan komunikasi mereka (Brown dan Levinson, 1978,
1987). Menurut Brown dan Levinson (1978: 1987), penutur secara sengaja mencari topik
perbualan untuk menunjukkan persetujuan penutur terhadap pendengar atau pasangan
komunikasi. Dengan kata lain, penutur menggunakan strategi ini untuk menyetujui cadangan
atau pandangan yang dikemukakan oleh pendengar atau pasangan dalam komunikasi (Noriati
A.Rashid, 2007).
Strategi persetujuan ini boleh dikenal pasti berdasarkan ciri atau penanda linguistik yang
terdapat dalam ujaran tersebut (Noriati A.Rashid, 2007). Penanda linguistik atau bentuk
linguistik bagi strategi ini ialah ungkapan ’ya...ya..’, ’setuju’, ’terima’, dan ’betul’ atau ungkapan
positif yang menunjukkan bahawa cadangan tersebut dipersetujui seperti ’eloklah’ dan ’bagus’
(Noariati A.Rashid). Menurut Brown dan Levinson (1978, 1987), strategi ini juga kebiasaannya
melibatkan penutur mengulangi sebahagian atau semua ungkapan yang diujarkan oleh
pasangan sebelum ini untuk menunjukkan persetujuan dengan emosi dan lafaz.
Berikut ialah data untuk menunjukkan penggunaan strategi persetujuan dalam
perbahasa parlimen 2018:

DATA 1
Jerlun: Saya tidak bermaksud untuk kerajaan-kerajaan negeri ini meminta peruntukan yang
lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Kita pun faham, seperti mana yang disebut oleh
Yang Berhormat Menteri sebentar tadi mengenai fiskal defisit ini. Akan tetapi cuma
hendak minta supaya agihan itu lebih adil dan saksama mengikut keperluan.
Menteri Kewangan: Saya memang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang
Berhormat Jerlun tadi tentang perlunya kita melihat semula dan dalam
aspek ini pihak Kerajaan Persekutuan rela menimbang cadangan-
cadangan yang disyorkan.

DATA 1 menunjukkan penggunaan strategi persetujuan dalam ujaran kerana ujaran


Menteri Kewangan menunjukkan bahawa beliau bersetuju dengan cadangan atau ujaran oleh Ahli
Parlimen Jerlun. Persetujuan ini dapat dilihat apabila Menteri Kewangan menggunakan penanda
48

atau bentuk linguistik ’bersetuju’ dalam ujaran ”Saya memang bersetuju dengan pandangan
yang diberikan oleh Yang Berhormat Jerlun”. Situasi tersebut menunjukkan bahawa Ahli
Parlimen Jerlun telah meminta supaya agihan peruntukan kewangan daripada kerajaan
persekutuan kepada kerajaan negeri lebih adil dan saksama mengikut keperluan dan permintaan
tersebut telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan. Selain itu, pendapat atau pandangan yang
dikemukakan oleh Brown dan Levinson (1978, 1987) bahawa penutur biasanya mengulangi
sebahagian atau kesemua ungkapan dalam strategi ini ternyata benar. Misalnya, Menteri
Kewangan mengulangi sebahagian ungkapan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerlun, iaitu
”perlunya kita melihat semula..” dalam kenyataannya.

5.1.2 Strategi Terima Kasih:


Dalam Teori Kesantunan oleh Brown dan Levinson (1978, 1987), strategi terima kasih tidak
dicadangkan sebagai salah satu strategi kesantunan berbahasa. Namun, data yang dikaji
menunjukkan terdapat banyak penggunaan strategi ini dalam perbahasan parlimen 2018.
Justeru, pengkaji berpendapat bahawa data ini wajar diketengahkan dan dikelaskan mengikut
strategi yang dicadangkan oleh Noriati A.Rashid (2007) atas faktor latar sosial, bangsa, dan
agama ahli parlimen yang berbahas.
Menurut Noriati A.Rashid (2007), strategi terima kasih ini boleh hadir pada sepanjang
proses komunikasi, sama ada awal, pertengahan ataupun akhir. Kata ‘terima kasih’ merujuk pada
pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dan sebagainya) yang telah diperoleh
(Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008-2016). Justeru, strategi terima kasih boleh dikatakan
sebagai salah satu cara yang digunakan oleh penutur untuk menunjukkan penghargaan penutur
kepada pendengar atas pemberian atau pertolongan yang diperoleh. Strategi ini juga digunakan
untuk menggambarkan sikap atau perlakuan seseorang yang sentiasa berterima kasih atau
menghargai atas setiap budi yang diterima. Strategi terima kasih juga boleh dikenal pasti
berdasarkan penggunaan penanda linguistik yang terdapat dalam ujaran penutur. Penanda
linguistik yang ditandai dalam strategi ini ialah ungkapan ‘terima kasih’ (Noriati A.Rashid, 2007).
Data penggunaan strategi terima kasih dalam perbahasan parlimen 2018 adalah seperti
berikut:

DATA 2
1. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Kewangan menyatakan
memandangkan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri telah melalui
perubahan yang besar selepas PRU14, adakah Kerajaan Persekutuan berhajat untuk menilai
semula hubungan kewangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsian hasil kutipan
cukai supaya negeri-negeri yang tidak punyai sumber pendapatan yang besar dan lestari
seperti minyak dan gas dapat membangun seiring dengan negeri-negeri yang kaya.
Menteri Kewangan
[Tuan Lim Guan Eng]: Terlebih dahulu Tuan Yang diPertua, saya ingin mengucapkan
tahniah atas lantikan sebagai Speaker untuk Parlimen yang baru
dalam negara yang baru dan juga mengucapkan tahniah kepada
semua Ahli Parlimen yang telah pun dipilih oleh rakyat dalam
Pilihan Raya Umum Ke-14 dan juga kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, serta
juga kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang baru tadi.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan yang ditujukan
kepada pihak Kementerian Kewangan daripada Yang Berhormat
Jerlun. [Disampuk.] Terima kasih.

Berdasarkan DATA 2, penggunaan strategi terima kasih oleh Menteri Kewangan dapat
dikenal pasti dengan jelas berdasarkan ungkapan ’terima kasih’. Strategi ini dilakukan bertujuan
untuk memberikan penghargaan kepada Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir selaku Ahli
Parlimen Jerlun atas soalan yang diberikan. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir telah
mengajukan soalan bahawa adakah Kerajaan Persekutuan berhajat untuk menilai semula
49

hubungan kewangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsian hasil kutipan cukai supaya
negeri-negeri yang tidak punyai sumber pendapatan yang besar dan lestari seperti minyak dan
gas dapat membangun seiring dengan negeri-negeri yang kaya. Menteri Kewangan menghargai
soalan yang dikemukakan dan mengucapan ’terima kasih’ atas soalan yang diberikan.

5.2 Perbincangan Strategi Ketaksantunan


5.2.1 Strategi Ketaksantunan Negatif:
Strategi ketaksantunan negatif oleh Culpeper merujuk pada strategi yang digunakan untuk
merosakkan air muka negatif (Culpeper, 2005). Culpeper (1996) juga telah membentuk beberapa
strategi untuk menjatuhkan air muka negatif. Strategi tersebut terdiri daripada menakutkan,
membuat cemuhan atau ejekan, menyerang dalam peluang lain, dan mengaitkan dengan aspek
negatif.
Data bagi menunjukkan penggunaan strategi ketaksantunan negatif dalam perbahasan
parlimen 2018 adalah seperti berikut:

DATA 3
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Individu-individu yang terlibat tidak duduk
lagi— mereka patut duduk di mahkamah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Ini ruang diberikan kepada saya.
Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Ini floor saya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini menunjukkan dia baru hendak jadi
samseng lah.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Baik, sekejap.

Berdasarkan DATA 3, ujaran oleh Dato’ Sri Bung Mokhtar bin Radin dikenal pasti dapat
digolongkan dalam strategi ketaksantunan negatif keran beliau cuba mengaitkan Tuan Sanisvara
Nethaji Rayer a/l Rajaji dengan aspek negatif melalui penggunaan kata “Ini menunjukkan dia
baru hendak jadi samseng lah.” yang ditujukan kepada beliau. Perkataan yang disebut oleh
Dato’ Sri Bung Mokhtar bin Radin dianggap sebagai negatif kerana membawa kata-kata ini
mengimplikasikan maksud yang negatif dalam konteks perbahasan tersebut. Perkataan
’samseng’ merujuk pada seseorang penjahat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Penggunaan kata
atau istilah tersebut dianggap tidak santun digunakan kerana Dato’ Sri Bung Mokhtar bin Radin
telah mengaitkan seorang ahli sidang dewan perbahasan dengan perkara yang negatif. Cemuhan
yang dilemparkan juga ternyata digunakan oleh Dato’ Sri Bung Mokhtar bin Radin untuk
menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadapat kenyataan yang dibuat oleh Tuan Sanisvara
Nethaji Rayer a/l Rajaji.

5.2.2 Strategi Penggunaan Sindirian:


Penggunaan sindirin atau sarcasm atau mock politeness merujuk pada strategi yang digunakan
oleh penutur, iaitu berpura-pura dalam menyampaikan ujaran. Kata ‘sindiran’ merujuk pada
tindakan seperti perkataan yang digunakan untuk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang
lain tidak dengan terus terang atau secara kiasan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2008:2016).
Menurut Culpeper (1996), penutur menggunakan strategi kesantunan yang jelas menunjukkan
perbuatan tidak ikhlas atau sindiran yang memerlukan pendengar mempunyai tahap
pemahaman yang tinggi.
Data yang menunjukkan penggunaan strategi penggunaan sindiran dalam perbahasan
parlimen 2018 adalah seperti berikut:
50

DATA 4
Kuala Krau: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan setinggi-tinggi
tahniah di atas pelantikan sebagai Speaker.
Soalan saya, selama ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa untuk
mengutip semua cukai-cukai di dalam negara kita bersesuaian dengan
Perlembagaan Negara kita. Dengan Malaysia kerajaan baharu ini, adalah
Kerajaan Persekutuan bersedia untuk memberikan kuasa kepada kerajaan-
kerajaan negeri untuk mengutip cukai?
Sebagaimana semasa Yang Berhormat Menteri duduk di sebelah sini, Yang
Berhormat Menteri sebut walaupun tidak setuju dengan GST tetapi minta
kutipan GST itu diserah dan dikembalikan kepada Pulau Pinang. Jadi adakah
kerajaan sekarang bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri
untuk mengutip cukai-cukai dan juga melupuskan hutang negeri Pahang
kerana hutang yang tertinggi adalah untuk membekalkan bekalan air bersih
kepada penduduk negeri Pahang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng: Terima kasih soalan tambahan daripada bekas Yang Berhormat
Timbalan Speaker. Di sini tentu saya amat tertarik dengan soalan
yang dibuat tadi kerana hanya selepas pergi sebelah sana, baru
membuat cadangan sedemikian. [Ketawa] [Tepuk]

Berdasarkan DATA 4 di atas, ujaran tersebut dapat dikelaskan sebagai strategi


penggunaan sindiran kerana Tuan Lim Guan Eng cuba menyindir Ahli Parlimen Kuala Krau dalam
ujaran ” Di sini tentu saya amat tertarik dengan soalan yang dibuat tadi kerana hanya selepas
pergi sebelah sana, baru membuat cadangan sedemikian.” Ujaran tersebut ditujukan kepada
Ahli Parlimen Krau kerana bertanya soalan berkaitan pemberikan kuasa mengutip cukai
daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Justeru, Tuan Lim Guan Eng telah
menggunakan strategi penggunaan sindiran terhadap Ahli Parlimen Kuala Krau kerana beliau
hanya membuat cadangan tersebut setelah menjadi wakil rakyat pembangkang. Ujaran ini
memerlukan pendengar atau pembaca menginterpretasikan maksud ujaran tersebut dengan
betul bagi memahami maksud yang cuba disampaikan. Hal ini demikian kerana ujaran tersebut
didapati mengandungi makna yang tersirat (makna yang terkandung atau tersembunyi).
Penggunaan strategi oleh Tuan Lim Guan Eng juga ternyata bertujuan untuk menunjukkan
perasaan hairan yang soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau tersebut. Justeru,
sebelum Tuan Lim Guan Eng menjawab soalan yang diberikan, beliau telah menggunakan strategi
penggunaan sindiran terhadap Ahli Parlimen Kuala Krau.

6.0 PENUTUP
Dalam kajian ini, pengkaji telah menemui aspek kesantunan dan ketaksantunan menerusi
hansard atau Penyata Rasmi Perbahasan Parlimen Dewan Rakyat keempat belas, penggal
pertama, mesyuarat pertama 2018. Pengkaji cenderung untuk mencadangkan kepada pengkaji-
pengkaji seterusnya agar melakukan kajian aspek kesantunan dan ketaksantunan yang terdapat
dalam perbahasan atau media sosial lain.
51

RUJUKAN
Abd. Wahid Jais dan Faezah Kassim. (2009). “Kesantunan Bahasa dalam Peradaban Melayu dari
Perspektif Komunikasi” dlm Hasuria Che Omar, et. al., (pnytg). Bahasa Verbal dan Bukan
Verbal II: Linguistik, Sastera dan Peradaban. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad. Hlm 173-192.
Brown, Penelope & Levinson, Stephen C.. (1978). Politeness: Some Universals in Language Usage.
United Kingdom: Cambrige University Press.
Brown, Penelope & Levinson, Stephen C.. (1987). Politeness: Some Universals in Language Usage.
United Kingdom: Cambrige University Press.
Culpeper, J. (1996). Towards An Anatomy of Impoliteness. Journal of Pragmatics. 25(3). Hlm 349-
367.

Culpeper, J. et al., (2003). Impoliteness Revisited: with Special Reference to Dynamic and Prosodic
Aspects. Journal of Pragmatic. 35(2003). Hlm 1545-1579.
Culpeper, J. (2005). Impoliteness and Entertainment in the Television Quiz Show: The Weakest Link.
Journal of Politeness Research: Language, Behaviour, Cultures. 1(1). Hlm 35-72.
Culpeper, J. (2011). Impoliteness: Using Language to Cause Offence. Cambridge: Cambridge
University Press.
Fraser, Bruce & William Nolan. (1981). The association of deference with linguistic
form. International journal of the Sociology of Language, 1981(27), 93-110.
Marlyna Maros. (2011). Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran. dlm Jurnal
Elektronik Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu Jilid 3. Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm 7-20.
Nawal Fadhil Abbas. (2014). Using (Im) Politeness Strategies to Achieve Social (Dis)harmony: A
Pragmatic Analysis of M. L. Montgomenery’s Anne of Green Gables. Disertasi Ijazah
Kedoktoran. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. ()
Noriati A. Rashid. (2007). Edisi Kedua: Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan.
Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Parlimen Malaysia. (2018). Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas
Penggal Pertama Mesyuarat Pertama.
https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-18072018.pdf. Tarikh diakses 19
Julai 2018: 09. 32 PM
Raduan Tambi. (2013). Rukun Negara.
http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/ebuku_rukun_negara/files/assets/com
mon/downloads/publication.pdf. Tarikh diakses 23 Oktober 2018: 10.41 PM.
Strauss, A. & Corbin, J., 1997. Basics Of Qualitative Research, Grounded Theory Procedures And
Techniques. Newbury Park: Sage.

Biodata Penulis
Khairul Izzat bin Amiruddin lahir pada tahun 1992. Beliau mendapat pendidikan Diploma
Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu
Komunikasi Profesional di Universiti Teknologi Mara. Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian
Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Beliau konsisten bahawa
pendidikan terutama dalam bidang Pengajian Melayu adalah sangat penting dan perlu diteruskan
tanpa henti.

Hasmidar binti Hassan merupakan seorang pensyarah yang cukup berpengalaman di Jabatan
Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Kepakaran beliau adalah dalam
bidang tatabahasa, pragmatik, semantik, semiotik, dan lain-lain. Ilmu beliau begitu luas dalam
bidang akademik semenjak menjadi pensyarah dari USM lagi. Beliau juga sangat menitikberatkan
mengenai bidang bahasa Melayu terhadap masyarakat di Malaysia.
52

ETIMOLOGI KATA KERJA ARAB-MELAYU: SATU PENGENALAN AWAL

Mohd Nortaufiq B. Norhashimi, Aniswal Abd Ghaniii, Mohd Khaidir B. Abd. Wahabiii
i Pelajar Pascasiswazah, Universiti Sains Malaysia. taufiq.norhashim@gmail.com
ii Pensyarah, Universiti Sains Malaysia. aniswal@gmail.com
iii Pensyarah, Universiti Sains Malaysia. mohdkhaidir@usm.my

Abstrak
Bidang etimologi cukup penting dalam bidang linguistik. Pengkajian terhadap etimologi perkataan di
Malaysia semakin berkembang hebat, namun tidak ramai sarjana Melayu yang mengkaji mengenainya.
Etimologi merupakan sebuah bidang yang berusaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Justeru,
fokus kajian ini adalah untuk menjelaskan cara kemasukan perkataan daripada bahasa Arab ke dalam
bahasa Melayu serta mengenal pasti kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab yang hanya terdiri daripada
golongan kata kerja. Penelitian terhadap makna bagi setiap kata pinjaman sama ada kekal atau mengalami
perubahan juga diberikan perhatian. Kajian ini telah mengaplikasikan pedoman yang telah disarankan oleh
James T. Collins serta konsep pengimportan kata oleh Heah. Data kajian diambil daripada kajian yang telah
dijalankan oleh R.J Wilkinson, iaitu berdasarkan Kamus A Malay-English (bahagian 1). Hasil kajian ini
mendapati bahawa faktor perdagangan dan penyampaian dakwah merupakan faktor utama yang
menyebabkan terserapnya kosa kata Arab ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini juga menunjukkan bahawa
bahasa Melayu juga banyak meminjam kata kerja daripada bahasa Arab. Setiap peminjaman tersebut
banyak yang dikekalkan makna asal perkataan, namun terdapat juga perkataan Arab yang dipinjam masuk
ke dalam bahasa Melayu mengalami penyempitan makna. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa
peminjaman perkataan daripada golongan kata kerja mencakupi bidang agama dan undang-undang Islam.

Kata kekunci: Etimologi, bahasa Melayu, kata pinjaman, kata kerja, bahasa Arab

1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu banyak menerima pengaruh daripada pelbagai bahasa lain seperti bahasa Arab,
Parsi, Cina, Sanskrit, Portugis, Hindi, Inggeris, Tamil, dan Sepanyol. Peminjaman ini bukan hanya
berlaku pada bahasa Melayu sahaja, malah bahasa lain juga turut melakukan peminjaman
daripada bahasa-bahasa lain dengan tujuan penakatannya.7 Peminjaman bahasa dapat
dibuktikan melalui Kamus A Malay-English karya R.J Wilkinson yang menunjukkan bahawa
bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata daripada pelbagai bahasa dan salah satunya adalah
bahasa Arab.8 Peminjaman bahasa ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan etimologi yang
sebenarnya menjadi penggerak dalam memperolehi maklumat bagi setiap peminjaman
perkataan. Etimologi merupakan satu bidang yang menyiasat atau pengkajian terhadap sejarah
perkataan (Durkin, 2009:1). Collins (2003) menyatakan kajian etimologi bukan sekadar
menyenaraikan kata serapan yang terdapat dalam sesuatu bahasa, tetapi turut menjelaskan
sejarah bagi setiap kata-kata tersebut. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan cara kemasukan
perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu dan mengenal pasti kata pinjaman daripada bahasa Arab
yang hanya terdiri daripada golongan kata kerja serta meneliti makna perkataan daripada
golongan kata kerja, sama ada berlaku perluasan, penyempitan, penggantian atau tidak berlaku
perubahan.

S. Nathesan (2009) menyenaraikan kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu
kepada enam bidang, iaitu bidang agama, ilmu, fikiran dan perasaan, hukuman dan peraturan,
adat dan pergaulan manusia, dan benda-benda kejadian atau perbuatan. Manakala R.O Wistedt

7Penakatan membawa maksud “terus hidup” atau dalam bahasa Inggerisnya survival.
8Haugen (1950) menjelaskan bahawa istilah peminjaman merujuk kepada proses penyebaran bahasa dan
menjadi satu kemestian dalam inovasi sesuatu bahasa. Peminjaman perkataan berlaku disebabkan
pertembungan antara pengguna bahasa yang berbeza dan saling mempengaruhi antara satu sama lain
(Haeh, 1989). Menurut sapir (1921), peminjaman budaya akan turut berlaku apabila berlakunya
peminjaman perkataan pada bahasa lain
53

dalam Malay Grammar menyatakan bahawa kata pinjaman bahasa Arab mencakupi bidang
agama dan undang-undang.

Menurut Collins (2003), di Malaysia tidak ramai pengkaji Melayu yang melakukan kajian
mengenai asal usul perkataan. Ini disokong oleh S. Nathesan (2015) yang menyatakan kajian
etimologi kurang diusahakan oleh para sarjana bahasa Melayu di Malaysia. Kesannya masyarakat
hanya tahu bercakap dan menulis tanpa mengetahui dan mengambil peduli sumber dan makna
bagi setiap perkataan yang dituturkan. Penggunaan sesebuah kosa kata dalam bahasa Melayu
telah membuatkan pemikiran pengguna bahasa merasakan semua perkataan adalah berasal
daripada bahasa Melayu. Tanggapan seperti sudah tentu salah dan sangat meleset sekali.
Misalnya, penutur bahasa Melayu lupa akan perkataan seperti seperti awal, ilmu, alim, adalah
antara kata Arab yang telah lama terserap masuk ke dalam bahasa (Noresah 2006).
Ketidakfahaman masyarakat mengenai etimologi perkataan sudah tentu memberi kesan negatif
yang memalukan ahli etimologi kerana masyarakat luar akan membuat andaian bahawa
kurangnya pendedahan maklumat etimologi daripada ahli bahasa mengenai perkataan yang
digunakan oleh bangsa mereka.

Pentingnya melakukan kajian ini adalah apabila menjejaki asal usul perkataan, kita akan
mengetahui sejarah faktor perkataan tersebut masuk ke dalam bahasa lain. Perubahan pada ejaan
dan makna akan diketahui dengan lebih jelas dengan melakukan kajian etimologi. Selari dengan
kajian ini yang akan menunjukkan kata kerja bahasa Arab yang dipinjam masuk ke dalam bahasa
Melayu. Hal ini sekali gus dapat memberi informasi peminjaman yang sewajarnya serta dapat
mengelakkan kekeliruan kepada penutur bahasa Melayu mengenai bahasa-bahasa asing yang
sudah tersebati dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini memberikan pencerahan bahawa
terdapat perkataan yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu mempunyai lebih daripada satu
makna dan juga berlakunya perubahan pada makna. Pendedahan sebegini dapat mengelakkan
salah faham mengenai makna perkataan.

2.0 SOROTAN KAJIAN


Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah (2018) telah melakukan satu kajian yang bertajuk Kata
Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu Analisis Kajian dari Sudut Perubahan Morfologi. Hasil kajian
mendapati bahawa perubahan morfologi yang berlaku adalah perubahan kelas kata bahasa
sumber iaitu yang meresap masuk ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini juga mendapati bahawa
bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata Arab yang terdiri daripada kelas kata Nama kerana
ianya menepati sistem tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri.

Selain itu, kajian Any Rozita (2015) yang menganalisis kata pinjaman Arab dengan
melihat proses peminjaman dan perubahan bentuk kata yang berlaku selepas peminjaman dibuat
ke dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perubahan ejaan adalah
perubahan yang paling ketara dimana 115 data pinjaman mengalami perubahan struktur ejaan
bagi penyesuaian struktur ortografi. Perubahan yang kedua pula ialah beliau mendapati bahawa
imbuhan –un tidak dibawa masuk selepas peminjaman ke dalam bahasa Melayu, dan keadaan ini
sekaligus telah merubah makna perujukan kata pinjaman dan golongan katanya.

Seterusnya Ibtisam Abdullah et al. (2012) melakukan kajian yang bertajuk Perantauan
Bangsa Arab ke Alam Melayu: Kesannya Terhadap Percambahan Kata Pinjaman Arab-Melayu.
Beliau mendapati bahawa setiap peminjaman akan menyebabkan berlakunya perubahan dari
sudut linguistik, iaitu seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kesannya, peminjaman
memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan yang sekali gus
mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Melayu dan undang-undang.
54

Begitu juga dengan Noriah dan Selvarani (2015) yang menjalankan satu kajian mengenai
kata pinjaman bahasa Tamil dalam bahasa Melayu mendapati bahawa hampir 90 peratus kata
pinjaman daripada bahasa Tamil mengalami perubahan dengan tinjauan fonologi mendapati
bahawa proses integrasi fonologi berlaku sewenang-wenangnya. Bahasa Tamil juga mengalami
perubahan dari segi makna, penambahan jumlah makna, serta pengurangan jumlah makna.
Seterusnya, pada tahun 2010, Mohd Alwee dan Mohamad Azrien telah melakukan satu kajian
berkaitan Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Dari Aspek Morfologi. Kajian ini
mendapati terdapat banyak istilah Arab yang telah digunakan dalam bahasa Melayu berkaitan
dengan ibadah, transaksi Islam serta sains dan teknologi. Ulama-ulama Muslim Melayu telah
memainkan peranan penting dalam membangunkan bahasa Melayu dengan memindahkan kosa
kata bahasa Arab ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Kajian mengenai istilah Arab yang
digunakan dalam bahasa Melayu dari aspek morfologi dapat dilihat melalui transformasi fonetik
dan peningkatan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada Kamus A Malay-English (bahagian 1)
karya R.J Wilkinson. Kamus ini hanya dilengkapi perkataan yang bermula dengan huruf Alif
hingga Za (‫ أ‬hingga ‫)ز‬. Setiap perkataan yang diambil daripada kamus sebenarnya telah pun
dilengkapi dengan etimologi dan makna perkataan, namun tidak ditunjukkan kelas kata.
Memandangkan kajian ini hanya berfokuskan kepada kata kerja sahaja, jadi pengkaji akan
memungut, meneliti, dan menganalisis data yang hanya terdiri dari kelas kata kerja. Selain itu,
pengkaji juga menggunakan Kamus Komprehensif Bahasa Melayu bagi menentukan dan
mensahihkan berkenaan kelas kata kerja yang menjadi data utama kajian ini. Hasil penelitian,
pengkaji mendapati terdapat kira-kira 17 kata kerja yang dicatatkan di dalam kamus Wilkinson
(bahagian 1). Penelitian terhadap perubahan ejaan dan makna amat ditekankan semasa proses
menganalisis data. Secara khususnya, kajian ini hanya memfokuskan kepada analisis perkataan
yang dipinjam daripada perkataan Arab sahaja. Persoalan bagi kajian ini ialah bagaimanakah cara
kemasukan perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu?. Kedua, bagaimanakah cara untuk
mengetahui bahawa perkataan tersebut adalah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab
dan apakah terdapat kata kerja pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu?, dan adakah berlaku
perubahan makna bagi perkataan Arab yang dipinjam masuk ke dalam bahasa Melayu?

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan pendekatan serta teori yang telah
digagaskan oleh Collins (2009) dalam bukunya yang bertajuk Mukadimah Ilmu Etimologi serta
konsep pinjaman oleh Heah (1989). Collins (2003:11) telah menyenaraikan enam pedoman
dalam meneliti sesuatu etimologi. Namun, tiga daripada diambil sebagai kerangka teoretis kajian,
antaranya ialah mempertimbangkan sejarah dan geografi (kata-kata yang hanya dapat dipinjam
melalui pertembungan sosial. Memastikan kesepadanan bunyi dengan berlandaskan usaha
etimologi dan setiap unsur kata harus diterangkan (penjelasan sebahagian kata sahaja tidak
menyakinkan). Heah (1989) telah memberikan konsep pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa
Melayu, iaitu pengimportan, penggantian, dan rekaan natif. Namun, dalam kajian ini hanya satu
sahaja yang akan digunakan, iaitu konsep pengimportan. Di bawah konsep pengimportan,
pengkaji akan lebih memfokuskan kepada perubahan integrasi yang berlaku terhadap bahasa
sumber selepas dipinjam masuk ke dalam bahasa Melayu. Secara kesimpulannya, teori yang
dinyatakan ini diambil dan diubah suai bagi menepati objektif kajian. Oleh itu, kerangka teoretis
bagi kajian ini adalah seperti berikut:
55

Rajah 1. Kerangka Teoretis Etimologi Kata Kerja Arab-Melayu

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Cara Kemasukan Kosa Kata Arab ke dalam Bahasa Melayu


Pengembaraan atau perjalanan masyarakat dari benua lain ke alam Melayu berlaku disebabkan
beberapa faktor, seperti agama, ekonomi, politik, perkembangan ilmu pendidikan, penjajahan,
perkembangan teknologi dan sebagainya. Paling menarik, penghijrahan manusia dari serata
dunia ke Nusantara telah memberi kesan terhadap perkembangan kosa kata bahasa Melayu.
Achmad Syafrizal (2015) menyatakan bahawa strategi penyebaran Islam di Nusantara dilakukan
melalui jalur perdagangan, perkahwinan, dakwah, pendidikan, dan pengislaman. Peminjaman
perkataan daripada bahasa asing terutama bahasa Arab adalah sesuatu yang lumrah, lebih-lebih
lagi apabila wujudnya hubungan yang rapat antara kedua-dua bahasa seperti yang berlaku
kepada bangsa Arab dan bangsa Melayu.

4.2 Senarai Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu


Dalam kamus Wilkinson (bahagian 1), pengkaji mendapati bahawa terdapat 17 kosa kata yang
terdiri daripada golongan kata kerja. Antara senarai kata kerja yang dipinjam daripada bahasa
Arab di dalam kamus Wilkinson adalah seperti berikut:

Jadual 1. Senarai Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu


No. Kata Kerja Pinjaman Bahasa Arab No. Kata Kerja Pinjaman Bahasa Arab
1. Rahat / isterehat (Rehat)9 10. Tawaffi (Tawaf)
2. Istikharat (istikharah) 11. Jawab
3. Istinja’ (istinjak) 12. Hasud (Hasut)
4. Asah 13 Hamil
5. Iktikaf 14 Rakat (Rukuk)
6. I’tidal (iktidal) 15. Ramal
7. Ingkar 16. Rejam
8. Bahath (Bahas) 17. Rojok / Ruju’(Rujuk)
9. Tafakkur (Tafakur)

9
Ejaan dalam kurungan (_) adalah ejaan sebenar Melayu masa kini.
56

4.3 Analisis Dari Sudut Makna

4.3.1 Perluasan Makna


Menurut Chaer (2003), peluasan atau penambahan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah
kata atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki satu makna, tetapi kemudiannya memiliki
makna-makna lain disebabkan faktor-faktor tertentu. Perluasan makna juga bermaksud makna
yang asalnya khusus atau sempit berubah menjadi makna yang umum atau luas. Menurut Ibtisam
et al. (2012) perkataan badan telah mengalami perluasan makna apabila masuk ke dalam bahasa
Melayu. Contohnya, makna perkataan badan dalam bahasa Arab adalah merujuk kepada tubuh
badan. Tetapi apabila masuk ke dalam bahasa Melayu, perkataan ini telah mengalami perubahan
makna atau dengan kata lain maknanya semakin berkembang bukan hanya merujuk kepada
tubuh badan tetapi juga merujuk kepada kesatuan, agensi, bahagian utama dalam teks.

4.3.2 Penyempitan makna


Penyempitan makna bermaksud makna yang pada mulanya luas atau umum, kemudian menjadi
makna yang khusus atau sempit. Seperti perkataan iktidal dalam bahasa Arab. Di dalam kamus
Arab, perkataan ini membawa maksud bersederhana atau pertengahan dan turut digunakan
dalam konteks solat, namun di dalam bahasa Melayu perkataan ini telah disempitkan maknanya,
iaitu berdiri tegak selepas rukuk ketika solat. Konteks penggunaan perkataan ini hanya
digunakan dalam solat oleh masyarakat Melayu, tetapi berbeza dengan bahasa Arab yang
menggunakan perkataan iktidal dengan makna yang lebih luas atau melebihi satu makna.

4.3.3 Pengekalan Makna


Fazal Mohamed Mohamed Sultan et al. (2009) menyatakan peminjaman penuh bermaksud
perkataan yang dipinjam tersebut diambil secara terus tanpa mengubah sebarang bentuk
leksikalnya mahupun maknanya. Terdapat beberapa perkataan yang dipinjam secara penuh
seperti jawab dan tawaf. Any Rozita (2015) menyatakan bahawa aspek penting dalam
peminjaman adalah dengan mengambil maknanya agar proses penyebaran ilmu dapat dicapai.

4.3.4 Pemindahan atau Penggantian Makna


Pemindahan makna bermaksud penggantian makna secara total daripada maksud kata asalnya
walaupun sebenarnya makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan makna asal kata yang
dipinjam. Ibtisam et al. (2012) menjelaskan bahawa perubahan makna merujuk kepada
perubahan yang berlaku pada makna asal bagi sesebuah perkataan apabila dipinjam masuk ke
dalam bahasa lain. Misalnya, kata habib, dalam bahasa Melayu bermaksud ‘panggilan kepada
orang-orang yang bergelar syahid’, berbeza dengan makna sebenarnya dalam bahasa Arab yang
bermaksud ‘kekasih’ (Haji Abbas, 1988).

5.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, daripada senarai data, didapati 16 kosa kata tidak mengalami perubahan
atau mengalami pengekalan dari segi makna, manakala hanya satu data yang dikenal pasti
mengalami penyempitan makna. Bagi pengkaji, tidak mungkin akan berlaku penggantian makna
yang total kerana di awal setiap peminjaman, mesti akan berlaku peminjaman dengan maknanya
sekali atau dengan kata lain masyararakat dahulu tidak mungkin akan meminjam perkataan
tanpa mengetahui makna perkataan. Namun begitu, akibat peredaran waktu, maka wujud makna
yang baru atau berlaku perluasan makna. S. Nathesan (2015:124) memberikan contoh berkenaan
perubahan dari segi makna yang berlaku pada perkataan ‘kitab’ yang merujuk kepada buku
dalam bahasa Arab, hal ini berbeza sekali dengan pandangan makna masyarakat Melayu yang
menjurus kepada buku keagamaan. Walaupun begitu, linkungan penggunaan perkataan tersebut
masih dalam konteks yang sama, iaitu merujuk kepada bahan bacaan tidak kira sama ada
berbentuk agama mahupun bahan ilmiah yang lain. Perluasan makna telah menyebabkan
masyarakat menggunakan makna yang baru sehingga melupakan atau mengabaikan makna yang
57

lama. Menurut Ullman10, antara penyebab perubahan makna adalah disebabkan pengaruh bahasa
asing. Misalnya dalam bahasa Inggeris paper merujuk kepada kertas, namun dalam bahasa
Melayu masa kini kata paper sering diertikan dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan
dalam seminar atau mesyuarat.

Bagi perkataan asah, pengkaji tidak dapat menentukan ejaan Wilkinson sama ada beliau
merujuk kepada asah atau sah. Hal ini kerana, asah sebenarnya perkataan Melayu, manakala sah
(‫ )صح‬adalah perkataan Arab. Perbezaan yang timbul ini berkemungkinan disebabkan oleh
masalah kurang faham berkaitan morfologi bahasa Melayu. Pengkaji juga mendapati berlaku
sedikit kekeliruan mengenai transliterasi Jawi ke Rumi yang dilakukan oleh Wilkinson.
Memandangkan ejaan ini didapati tidak tepat, maka kajian susulan perlu dilakukan dengan
melihat kepada bentuk skrip asal bahasa Arab dan tulisan Jawi. Namun begitu, pengkaji tetap
mengambil kosa kata ini untuk dianalisis dan meletakkan perkataan tersebut sebagai ‘pengekalan
makna’. Sekiranya perkataan asah yang ditulis oleh Wilkinson merujuk kepada sah, maka makna
yang dibawa oleh perkataan tersebut adalah tepat dan tidak berubah dengan makna asal dalam
bahasa Arab.

Selain itu, perkataan ramal juga perlu diteliti dengan baik kerana mempunyai dua akar
yang yang berbeza yang menerbitkan makna yang berlainan. Terdapat dua ramal, iaitu, ramal i
dan ramal ii. Ramal I merujuk kepada pasir dan sesuatu yang diramalkan, manakala ramal ii pula
merujuk kepada sapu tangan. Jadi, pengkaji memutuskan ramal tidak membawa kepada
perubahan makna kerana bentuk dan ejaan yang sama ini berlaku seperti homonim11. Kajian ini
juga mendapati perubahan yang berlaku dari segi ejaan disebabkan masyarakat Melayu ingin
menyesuaikan sesebuah perkataan dengan sebutan atau lidah Melayu. Hasil penelitian terhadap
data kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa peminjaman kata kerja Arab ke dalam bahasa
Melayu tidak sebanyak pinjaman daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Hal ini juga
diperakui oleh Ibtisam dan Imran Ho (2018) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu didapati
banyak meminjam kata Arab yang terdiri daripada kelas kata kata nama.

Pengkaji juga mendapati bahawa aspek peminjaman perkataan daripada bahasa Arab
mencakupi bidang agama dan undang-undang. Peminjaman sesebuah perkataan juga disebabkan
oleh banyak faktor, antaranya faktor agama, undang-undang, ekonomi, dan ilmu pengetahuan.
Kebanyakan kosa kata yang dipinjam berkisarkan suruhan supaya mematuhi undang-undang dan
agama. Misalnya, insaf, khiyanat, khalwat, hormat, jihad, dan batal. Berbeza pula dengan
peminjaman daripada bahasa lain seperti Belanda dan Portugis yang kebanyakan perkataannya
melibatkan aspek peperangan dan pentadbiran. Contohnya perkataan armada, algojo, bendera,
soldadu atau askar, pistol, senapang, markas, atau gudang, kompeni dan banyak lagi.

6.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, peminjaman bahasa merupakan satu proses yang penting dalam
perkembangan sesuatu Bahasa. Faktor peminjaman ini berlaku oleh sesebuah masyarakat akibat
daripada pertembungan bahasa dan budaya. Terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan
berlakunya peminjaman iaitu penghijrahan manusia, peperangan, urusan perdagangan,
penyebaran agama, dan penghindaran dari bencana alam. Sebenarnya, kajian yang dilakukan ini
tidak menyeluruh dari sudut etimologi kerana pengkaji tidak membincangkan masa kemasukan
atau keberadaan sesebuah perkataan di dalam bahasa Melayu. Seperti kajian yang telah
dilakukan oleh beberapa pakar etimologi, seperti R.J Wilkinson, R.O Winstedt, Za’ba, dan Beg yang
hanya mengenal pasti asal usul perkataan yang dipinjam, tetapi tidak diberikan dan dibincangkan

Pateda, Mansoer. (2001). Semantik Leksikal


10
11
Homonim membawa maksud perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi
mendukung makna yang berbeza.
58

secara khusus mengenai masa perkataan yang dipinjam masuk atau mucul dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, perlu ada penambahbaikan dalam kajian ini supaya ianya lebih jelas dan bermakna.

RUJUKAN
Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan kata Arab dalam bahasa Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Any Rozita Abdul Mutalib. (2008). Analisis Linguistik Kata Pinjaman Terpilih Bahasa Arab Dalam
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman). Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Apipudin. (2013). Kosa Kata Bahasa Arab dalam Bahasa Indonesia. Prosiding Seminar Nasional
Etimologi. 2013
Arabak Othman. (2015). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Chong Mun Wah. (1997). Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Collins, James T. (2003). Mukadimah Ilmu Etimologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Collins, James T. (2005). Linguistik Sejarawi dan Alam Melayu. Jurnal Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi. Kuala
Lumpur.
Durkin, Philip. (2009). The Oxford Guide to Etymology. New York: Oxford University Press.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2009). Struktur sintaksis frasa nama Bahasa Bateq. GEMA
Online™ Journal of Language Studies, 9(1), 47-61.
Haji Abbas Mohd Shariff. (1988). Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Sekata 5(1), 20-
33. The Malay Language Council.
Hamdi A. Qafisheh. (1999). Gulf Arabic-English Dictionary. NTC Publishing Group.
Hashim Musa. (2006). Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Heah, C.L.H. (1989). The Influence Of English On The Lexical Expansion Of Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://prpm.dbp.gov.my/
https://www.almaany.com/
Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah. (2018). Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu
Analisis Kajian Dari Sudut Perubahan Morfologi. Bangi. UKM. Jurnal Sains Soial dan
Kemanusiaan. Vol. 13, No.3.
Ibtisam Abdullah et.al (2011). Perantauan bangsa Arab ke Alam Melayu: Kesannya Terhadap
Percambahan Kata Pinjaman Arab-Melayu. In: Seminar Merantau: Imagining Migration
in Malay World, March 2011, Goethe, University of Frankfurt Germany.
Ismail Hussein. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Isa Abd. Razak. (2009). Bahasa Pinjaman yang Memperkaya Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa. Julai 2009.
Noriah Mohamed dan Selvarani A/p Subramaniam. (2015). Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pateda, Mansoer. (2001). Semantik Leksikal. Penerbit Nusa Indah, Ende (Flores).
S.Nathesan. (2015). Etimologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wehr, H. (1994). Arabic-English Dictionary: The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic.
Urbana: Spoken Language Services, 1(2), 3.
Yusoff, M. A. (2006). Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Tinjauan dari Aspek
Semantik. Jurnal Usuluddin, 23, 239-254.
Zainur Rijal dan Rosni Samah. (2007). Kesan Bahasa Arab Dalam Peradaban Melayu di Malaysia.
Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia.
59

BIODATA RINGKAS PENULIS

Mohamad Nortaufiq Bin Norhashim merupakan pelajar dalam program Doktor Falsafah di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau sedang menumpukan kajian pada bidang sejarah
bahasa Melayu dan semantik.

Aniswal Abdul Ghani (Ph. D) merupakan Pensyarah Kanan di bahagian Pengajian Linguistik
Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang kepakaran
beliau ialah semantik, linguitik korpus dan pragmatik.

Mohd Khaidir Bin Abd. Wahab (Ph. D) merupakan Pensyarah Kanan di bahagian Pengajian
Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang
kepakaran beliau ialah sejarah bahasa Melayu dan pendidikan linguistik bahasa Melayu.
60

PENYEBARAN NASAL HOMORGANIK DALAM DIALEK MELAYU SEMENANJUNG

Mohd Tarmizi Hasrahi

iPusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia.


h.tarmizi@uum.edu.my/mijihasrah@gmail.com

Abstrak
Dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu di
Semenanjung memang sudah kerap dilakukan, dan antara pengkaji yang paling awal melakukannya ialah
Nik Safiah (1966, 1967). Walau bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini
memperlihatkan kekurangan dari dua segi: (i) tidak menyeluruh kerana hanya terbatas pada dialek-dialek
tertentu; dan, (ii) analisisnya tidak berupaya menyerlahkan hubungan sejarawi yang boleh menjadi dasar
kepada penentuan hipotesis tentang asal usul gejala tersebut, dan kemungkinan kewujudan rangkaiannya,
kerana terhad kepada aspek sinkronik. Makalah ini adalah satu usaha untuk menangani kedua-dua
kekurangan yang dinyatakan ini. Maka, yang dibincangkan di sini ialah satu tinjauan yang bersifat umum
mengenai penyebaran nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu yang terdapat di Semenanjung.
Setelah memaparkan gejala tersebut secara deskriptif, makalah ini berusaha untuk tiba pada pemaparan
mengenai perkembangan nasal homorganik, seperti yang diperlihatkan oleh dialek-dialek yang dikaji. Bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan, makalah ini menerapkan pendekatan dialektologi diakronik yang
secara khusus memberi keutamaan kepada aspek inovasi dan retensi. Makalah ini menarik satu
kesimpulan penting bahawa rumus nasal homorganik yang dicadangkan oleh para pengkaji lampau gagal
beroperasi dalam beberapa kes, khususnya di Hulu Pahang. Selain itu, makalah ini juga mendapati bahawa
gejala nasal homorganik berupaya menyerlahkan perkembangan dialek-dialek Melayu di Semenanjung
secara bertahap. Dapatan kedua ini bermaksud dialek-dialek ini membentuk satu rantaian sambung-
menyambung, maka menolak pengelompokan berdasarkan rajah pohon.

Kata kekunci: dialek Melayu, dialektologi diakronik, nasal homorganik, pengelompokan, Semenanjung
Malaysia

1.0 PENGENALAN
Salah satu gejala fonologi yang terjadi dalam dialek-dialek Melayu di Semenanjung yang menarik
untuk dikaji ialah nasal homorganik. Hal ini dikatakan demikian kerana gejala tersebut
memperlihatkan pola perubahan yang kelihatan sekata, tetapi seringkali mengandungi
kekecualian. Kekecualian yang dimaksudkan ini, walaupun mungkin hanya muncul dalam satu
atau dua dialek, tetapi memainkan peranan yang sangat penting, sama ada sebagai counter
example kepada generalisasi sedia ada yang dibuat hanya berdasarkan beberapa dialek tertentu
mahupun kepada pengelompokan dialek itu sendiri.

Secara kasar, nasal homorganik merujuk kepada kewujudan dua segmen bunyi konsonan
yang hadir bersebelahan, tetapi membentuk dua suku kata yang berbeza. Segmen pertama ialah
konsonan nasal, manakala segmen kedua pula terdiri daripada konsonan letupan dan letusan
(bersuara dan tidak bersuara). Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, terdapat perkataan seperti
[tampar] ‘tampar’, [tembaʔ] ‘tembak’, [təndaŋ] ‘tendang’, [təntaŋ] ‘tentang’, [kəɲcaŋ] ‘kencang’,
[paɲjaŋ] ‘panjang’, [paŋkas] ‘pangkas’ dan [taŋga] ‘tangga’.

Dalam contoh yang diberikan ini, konsonan nasal (iaitu m, n, ɲ dan ŋ) yang hadir sebelum
konsonan letupan (iaitu p, b, t, d, k dan g) serta konsonan letusan (iaitu c dan j) ialah nasal
homorganik. Dari segi rumus, nasal homorganik sering diungkapkan hanya sebagai -NK-, iaitu N
mewakili konsonan nasal, dan K mewakili konsonan letupan dan letusan bersuara dan tidak
bersuara.

Berhubung dengan perkara ini, dokumentasi dan pemerian mengenai gejala nasal
homorganik dalam dialek-dialek Melayu Semenanjung memang sudah agak kerap dilakukan.
Antara pengkaji yang paling awal menekuni gejala ini ialah Nik Safiah (1966, 1967). Walau
61

bagaimanapun, dokumentasi dan pemerian yang sedia ada ini memperlihatkan kelemahan
sekurang-kurangnya dari dua segi. Kelemahan pertama ialah tidak menyeluruh kerana hanya
terbatas kepada dialek-dialek yang tertentu. Kelemahan kedua pula ialah analisisnya tidak
berupaya menyerlahkan hubungan sejarawi yang boleh menjadi dasar kepada penentuan
hipotesis tentang asal usul pembentukan gejala tersebut, dan kemungkinan kewujudan
rangkaiannya yang saling terkait. Yang kedua ini terjadi disebabkan sandaran analisis yang
terhad kepada aspek sinkronik.

Makalah ini adalah satu usaha untuk menangani kedua-dua kekurangan yang dinyatakan
ini. Maka, yang dipaparkan di sini ialah satu tinjauan yang bersifat umum mengenai penyebaran
nasal homorganik dalam dialek-dialek Melayu yang terdapat di Semenanjung. Setelah
memaparkan gejala tersebut secara deskriptif, makalah ini berusaha pula untuk tiba pada
penjelasan mengenai jalur perkembangannya seperti yang diperlihatkan oleh dialek-dialek yang
dikaji.

Secara umum, makalah ini menarik satu kesimpulan penting bahawa rumus dan struktur
nasal homorganik yang dicadangkan oleh para pengkaji lampau sebenarnya gagal beroperasi
dalam beberapa kes khususnya di Hulu Pahang, yakni varian Budu dan kawasan-kawasan di
sekitarnya. Selain itu, makalah ini juga mendapati bahawa gejala nasal homorganik sebenarnya
berupaya menyerlahkan perkembangan dialek-dialek Melayu di Semenanjung secara bertahap.
Dapatan kedua ini bermaksud dialek-dialek Melayu di Semenanjung membentuk satu rantaian
yang sambung-menyambung, dan hal ini memungkinkan penolakan terhadap pengelompokan
sedia ada yang dibuat berdasarkan rajah pohon.

2.0 METODOLOGI
Dua perkara yang dibincangkan dalam bahagian ini, iaitu pengumpulan data dan pendekatan
yang digunakan dalam analisis.

2.1 Pengumpulan data


Data yang digunakan dalam makalan ini ialah data primer dan data sekunder. Data primer ialah
data yang dikumpul di lapangan yang dilakukan secara berkala antara tahun 2008 hingga 2018
di beberapa kawasan iaitu, Hulu Pahang, Hulu Tembeling, Hulu Kelantan, Pasir Puteh, Hulu
Terengganu dan Kuala Terengganu. Daftar kata yang digunakan untuk pengumpulan data primer
agak bervariasi. Misalnya, di Hulu Pahang, itemnya mencecah 640, sedangkan item yang
digunakan di Kuala Terengganu hanya berjumlah 230. Data sekunder pula ialah data yang diambil
daripada dokumentasi yang sedia ada termasuk glosari dialek-dialek Melayu yang diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.2 Pendekatan analisis


Terdapat dua pendekatan yang diterapkan. Hal ini disebabkan objektif makalah ini mengandungi
dua tahap, iaitu pemerian aspek fonologi dan perkembangannya.

Dari segi pemerian fonologi, makalah ini menerapkan pendekatan dialektologi diakronik
yang berasaskan pada satu prinsip khas, yakni perkembangan bahasa/dialek cocok dengan
analogi gelombang. Maksudnya, terdapat titik mula dalam perubahan linguistik, dan seterusnya
berdifusi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Difusi dalam konteks seperti ini
membayangkan bahawa perkembangan, perubahan atau difusi linguistik didorongi oleh sebab
internal (struktural) dan eksternal (sosial). Dengan kata lain, dorongan perubahan yang paling
utama ialah linguistik. Maka, setiap perkembangannya pasti meninggalkan jejak struktural yang
boleh ditonjolkan secara sistematik. Jejak ini bagaimanapun turut meninggalkan puing-puing
pada tananan sosial yang juga berguna bagi merungkaikan alur perkembangan aspek fonologi
yang diperikan.
62

Dari segi pengelompokan, aspek inovasi dan retensi menjadi tunjangnya. Asas
pengelompokan ialah asas inovasi bersama. Pemisahan tidak dilihat dalam maksud yang diskrit,
yakni setiap satu inovasi dalam satu dialek berbeza secara tegas dengan inovasi dalam dialek
yang lain, seperti yang dibayangkan oleh rajah pohon. Pengelompokan yang dicadangkan di sini
ialah yang bercorak rantaian. Maksudnya, setiap satu inovasi bermula dan mempengaruhi inovasi
dalam dialek yang lain.

3.0 RUMUS DAN STRUKTUR NASAL HOMORGANIK VARIAN MALAYIK SEMENANJUNG


Adelaar (1992ː80) menyatakan bahawa Proto-Malayik (PM) memiliki dua bentuk konsonan yang
tercakup di bawah paying istilah preconsonantal nasal, iaitu homorganic nasal dan heterorganic
nasal, tetapi yang pertama itulah yang akan ditumpukan di sini. Berdasarkan enam isolek (iaitu
Melayu, Banjar Hulu, Serawai, Minangkabau, Melayu Jakarta dan Iban) yang digunakan sebagai
dasar perbandingan, Adelaar merekonstruksi bentuk nasal homorganik sebagaimana yang
berikut:

*m sebelum *p dan *b = *mp dan *mb


*n sebelum *d dan *t = *nd dan *nt
*ɲ sebelum *j dan *c = *ɲj dan *ɲc
*ŋ sebelum *g dan *k = *ŋg dan *ŋk

Contoh:

*əmpat ‘empat’
*tambah ‘tambah’
*pindah ‘pindah’
*gantuŋ ‘gantung’
*iɲjəm ‘pinjam’
*kaɲciŋ ‘kancing’
*taŋgaʔ ‘tangga’
*laŋkah ‘langkah’

Berdasarkan dokumentasi dan pemerian dialek-dialek Melayu di Semenanjung yang


sedia ada, ditambah pula dengan data yang dikumpul di lapangan, memperlihatkan bahawa
semua bentuk nasal homorganik PM ini mengalami retensi dan inovasi sekali gus. Kedua-dua
gejala ini dapat dirumuskan seperti yang berikut:

i. *NK > NK
ii(a). *NK > ØK
ii(b). *NK > KØ

Rumus i diwakili oleh varian Malayik yang dituturkan di bawah Cabang Semenanjung
Selatan dan Cabang Semenanjung Utara, manakala rumus ii (a) dan (b) diwakili oleh varian
Malayik yang terdapat di sebelah pantai timur Semenanjung, atau yang dikelompokan sebagai
Cabang Semenanjung Timur. Contoh-contoh yang cocok dengan rumus yang diberikan ini adalah
seperti yang dipaparkan di bawah:
63

Cabang Semenanjung Selatan

*mb > Muar [nɛmbaʔ] ‘tembak’, Jugra [ɣambut] ‘rambut’, Melaka [ɑmbay] ‘air yang surut’, Negeri
Sembilan [bɔumbay umbay] ‘berayun-ayun’.
*mp > Muar [səmpet] ‘sempit’, Jugra [sampɛ] ‘sampai’, Melaka [empaŋ alaŋ] ‘ingat-ingat lupa’,
Negeri Sembilan [bɔkɑmpɔŋ] ‘berkumpul’.
*nt > Jugra [antah] ‘antah’, Melaka [duɣian gantaŋ] ‘durian besar’, Negeri Sembilan [bɛntoŋ]
‘bantut’.
*nd > Jugra [bandɐə] ‘bandar’, Melaka [andaw] ‘sia-sia’, Negeri Sembilan [bɑndɑn] ‘penyakit pada
kerbau’
*ɲc > Jugra [məmaɲcɐə] ‘memancarkan’, Melaka [bəɲcɑh] ‘cecair yang merebak atas permukaan’,
Negeri Sembilan [bɔɣɔɲcɑy] ‘air mata bercurahan’.
*ɲj > Muar [ɲjaet] ‘menjahit’, Melaka [bəbaɲjɑw] ‘anggaran pada barang-barang’, Negeri Sembilan
[biɲjeʔ] ‘ambil dengan tiga hujung jari’.
*ŋg > Muar [tuŋgol] ‘tunggul’, Melaka [aŋgola] ‘tali atau jaring lama yang dipintal’, Negeri
Sembilan [bɔcɔŋgɑŋ] ‘berpisah’.
*ŋk > Jugra [aŋkuʔaŋkuʔ] ‘angkut-angkut’, Melaka [bəɣoŋkoy] ‘bergugus-gugus’, Negeri Sembilan
[ɑŋkɑ] ‘badan yang panas’.

Cabang Semenanjung Utara

*mb > Perak [bəʁəmbɑt] ‘papan yang berinjut apabila dipijak’, Kedah [ɑmbɑ̃ ʔ ɑmbɑ̃ ʔ] ‘bekas air
wangi yang digunakan semasa majlis kahwin’.
*mp > Perak [hɑmpɛh] ‘perangai/perbuatan buruk’, Kedah [cɑmpen] ‘tergendala’.
*nt > Perak [bɑntə] ‘putera sultan yang lahir ketika ayahnya masih memerintah’, Kedah [ɛntaŋ]
‘hormat, peduli’.
*nd > Perak [bundi] ‘liang lahat’, Kedah [dəndɑn] ‘memintal, menganyam’.
*ɲc > Perak [əɲceʔ] ‘panggilan kepada ibu’, Kedah [məɲcɑlɑy] ‘melompat dengan cara luar biasa’.
*ɲj > Perak [ɑɲjɑŋ] ‘panggilan untuk anak kelima’, Kedah [jiɲjɑt] ‘berdiri dengan hujung kaki’.
*ŋk > Perak [biŋkɛh] ‘jadi kaya dengan tiba-tiba’, Kedah [məŋkɑlɑ] ‘bila’.
*ŋg > Perak [ɑŋgɔ] ‘agaknya’, Kedah [ʁɛŋkɑt] ‘tempang’.

Cabang Semenanjung Timur

Seperti yang telah dinyatakan, situasi di Semenanjung Timur lebih kompleks kerana melibatkan
kedua-dua rumus ii(a) dan ii(b). Dialek Melayu Pahang umpamanya, selain kebanyakan kawasan
yang menuturkan dialek Melayu Hulu Pahang, serta dialek Melayu Hulu Tembeling masih
mengekalkan nasal homorganik PM sebagaimana yang wujud dalam dialek Melayu Cabang
Semenanjung Selatan dan Cabang Semenanjung Utara. Dialek Melayu Kelantan, dialek Melayu
Hulu Kelantan, dialek Melayu Terengganu dan dialek Melayu Hulu Terengganu pula
memperlihatkan pengguguran segmen nasal jika konsonan ini hadir sebelum konsonan letupan
dan letusan tidak bersuara. Akan tetapi, konsonan ini dikekalkan jika hadir sebelum konsonan
letupan dan letusan bersuara. Hal ini dapat diperhatikan dalam Jadual 1.
64

Jadual 1. Struktur nasal homorganik di Semenanjung Timur

PM Kelantan/Hulu Kelantan dan Pahang, Hulu Pahang dan Hulu Tembeling


Terengganu/Hulu Terengganu
*mp Øp mp
*mb mb mb
*nt Øt nt
*nd nd nd
*ɲc Øc ɲc
*ɲj ɲj ɲj
*ŋk Øk ŋk
*ŋg ŋg ŋg

Contohnya:12

*mp > Pasir Mas dan Gaal [tuːpɛ̃ ] ‘tumpang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [tuːpaŋ],
Pahang [ɑmpoh] ‘sesuatu yang ditenggelami air’, Sentang [tumpɑː] ‘tumpang’, Hulu
Tembeling [tumpaʔ]
*mb > Pasir Mas dan Gaal [tambɛ̃ ] ‘tambang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [tambaŋ],
Pahang [bəɣɑmbi] ‘melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati’, Sentang [tambɑː]
‘tambang’, Hulu Tembeling [tambaʔ] ‘tambang’.
*nt > Pasir Mas dan Gaal [paːtɛ̃ ] ‘pantang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [paːtaŋ] ‘pantang’,
Pahang [kɑntɑn] ‘kayu penyelak pintu’, Sentang [pantɑː] ‘pantang’, Hulu Tembeling
[pantaʔ] ‘pantang’.
*nd > Pasir Mas [ɣɛndɛ̃ ] ‘rendang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [pandaŋ] ‘pandang’,
Pahang [bəndɑŋ] ‘keadaan api yang sangat marak’, Sentang [pandɑː] ‘pandang’, Hulu
Tembaling [pandaʔ] ‘pandang’.
*ɲc > Pasir Mas dan Gaal [ciːcɛ̃ ] ‘cincang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [ciːcaŋ] ‘cincang’,
Pahang [bɑɲcoh] ‘lantai atau padang yang berair’, Sentang [ciɲcɑː] ‘cincang’, Hulu
Tembeling [ciɲcaʔ] ‘cincang’.
*ɲj > Pasir Mas dan Gaal [paɲjɛ̃ ] ‘panjang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [paɲjaŋ]
‘panjang’, Pahang [boɲjɔt] ‘memuncungkan mulut’, Sentang [paɲjɑː] ‘panjang’, Hulu
Tembeling [paɲjaʔ] ‘panjang’.
*ŋk > Pasir Mas dan Gaal [kaːkɛ̃ ] ‘kangkang’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun [kaːkaŋ]
‘kangkang’, Pahang [bɑŋket] ‘seseorang yang bertingkah laku kurang sopan’, Sentang
[kaŋkɑː] ‘kangkang’, Hulu Tembeling [kaŋkaʔ] ‘kangkang’.
*ŋg > Pasir Mas [peŋga] ‘kata berganda untuk pecah’, Kuala Betis, Beladau Selat dan Dusun
[paŋgaŋ] ‘panggang’, Pahang [cɑŋgit] ‘kayu bercabang pada galah pengait buah’, Sentang
[paŋgɑː] ‘panggang’, Hulu Tembeling [paŋgaʔ] ‘panggang’.

Satu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan maklumat yang dipaparkan ini, iaitu gejala
nasal homorganik membolehkan dialek-dialek Melayu di Semenanjung dipecahkan kepada dua
kelompok. Kelompok pertama ialah dialek-dialek yang menginovasikan beberapa aspek nasal
homorganik PM. Kelompok ini terdiri daripada dialek-dialek Melayu di Kelantan dan di
Terengganu. Kelompok kedua pula ialah dialek-dialek Melayu yang memperlihatkan retensi nasal
homorganik PM. Kelompok ini terdiri daripada dialek Melayu Cabang Semenanjung Selatan dan
Cabang Semenanjung Utara, serta dialek Melayu yang terdapat di Pahang.

12Contoh dialek Melayu Pahang dan beberapa dialek Melayu Kelantan (Pasir Mas) yang dipaparkan di sini tidak sejajar
dengan contoh-contoh dialek lain, kerana yang ditekankan di sini ialah kewujudan bentuk nasal homorganik.
Maksudnya, walaupun contohnya berbeza, tetapi kewujudan nasal homorganik masih terserlah. Jadi, hal ini tidaklah
mengganggu contoh-contoh lain yang berbeza itu.
65

3.1 NASAL HOMORGANIK DI BUDU


Walau bagaimanapun, kesimpulan yang dibuat ini tidak menggambarkan kenyataan sebenar
mengenai nasal homorganik dalam Malayik Semenanjung. Di Budu, iaitu sebuah perkampung
kecil berhampiran pekan Benta, di Kuala Lipis, Hulu Pahang, wujud satu gejala yang sangat aneh
jika diukur menggunakan rumus nasal homorganik yang dibuat dalam bahagian sebelum ini.
Perhatikan contoh-contoh di bawah:

[tumpã ː] ‘tumpang’
[tamã ː] ‘tambang’
[pantã ː] ‘pantang’
[panãː] ‘pandang’
[ciɲcãː] ‘cincang’
[paɲãː] ‘panjang’
[kaŋkãː] ‘kangkang’
[paŋãː] ‘panggang’

Apakah yang boleh disimpulkan berdasarkan data ini? Ternyata nasal homorganik dalam
varian Budu terbina daripada struktur yang berikut:

*mp > mp
*mb > mØ
*nt > nt
*nd > nØ
*ɲc > ɲc
*ɲj > ɲØ
*ŋk > ŋk
*ŋg > ŋØ

Berdasarkan struktur ini, rumus nasal homorganik varian Budu ialah pengguguran
segmen kedua selepas konsonan nasal terjadi pada konsonan letupan dan letusan bersuara.
Rumus ini ternyata berbeza dengan rumus nasal homorganik dalam dialek Melayu
Kelantan/Hulu Kelantan dan dialek Melayu Terengganu/Hulu Terengganu yang menggugurkan
konsonan nasal sebelum konsonan letupan dan letusan tidak bersuara, selain turut berbeza
dengan rumus nasal homorganik yang sedia ada seperti yang muncul dalam dialek Melayu
Cabang Semenanjung Selatan, Cabang Semenanjung Utara serta dialek Melayu Pahang/Hulu
Pahang sendiri.13

4.0 PERBINCANGAN: PERKEMBANGAN BERTAHAP DAN PENGELOMPOKAN


Gejala yang terjadi dalam nasal homorganik dialek-dialek Melayu Semenanjung memperlihatkan
bahawa alur perkembangannya daripada nasal homorganik PM terjadi secara bertahap. Dengan
bertahap, hal ini membawa maksud perkembangannya terjadi secara gradual, seolah-olah
berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain sejajar dengan prinsip dalam teori gelombang.
Secara tersirat, perkembangan seperti ini membayangkan pula kewujudan dialek yang
konservatif dan dialek yang inovatif.

Perkembangan secara gradual menunjukkan bahawa trajektori perubahan nasal


homorganik PM bermula daripada dialek-dialek Melayu dalam Cabang Semenanjung Selatan dan
Cabang Semenanjung Utara sebelum tiba kepada dialek Melayu Pahang, dialek Melayu Hulu

13 Walau bagaimanapun, tidak semua nasal homorganik dalam varian Budu mematuhi rumus ini. Antaranya, *tembak
> [tɛmbɐʔ], [sumbeː] ‘sumbing’, *tanduk > [tandoʔ], [aɲjeː] ‘anjing’, [taŋgoʔ] ‘sejenis alat untuk menangkap ikan’; rujuk
Mohd Tarmizi (2018). Maksudnya, rumus nasal homorganik yang diberikan ini hanya beroperasi apabila diikuti oleh
vokal /a/ yang berakhir dengan nasal velar. Selain daripada ini, rumus tersebut gagal beroperasi.
66

Pahang dan dialek Melayu Hulu Tembeling. Daripada dialek-dialek Melayu yang ini, muncul dua
jalur perubahan. Pertama, perubahan yang terjadi dalam dialek Melayu Kelantan/Hulu Kelantan
dan dialek Melayu Terengganu Pantai/Hulu Terengganu. Kedua, perubahan yang terjadi dalam
varian Budu.

Dari segi pengelompokan, perkembangan seperti ini menunjukkan bahawa dialek-dialek


Melayu di Selatan dan Utara Semenanjung, selain dialek Melayu Pahang, dialek Melayu Hulu
Pahang serta dialek Melayu Hulu Tembeling, merupakan dialek konservatif. Semua dialek ini
dikatakan konservatif kerana mengekalkan atau meretensikan bentuk nasal homorganik PM.
Dialek-dialek Melayu di sebelah timur Semenanjung, khususnya dialek Melayu Kelantan dan
dialek Melayu Hulu Kelantan serta dialek Melayu Terengganu Pantai dan dialek Melayu Hulu
Terengganu pula adalah dialek yang inovatif. Hal ini adalah kerana dialek-dialek ini
memperlihatkan perubahan terhadap bentuk nasal homorganik PM. Begitu juga dengan varian
Budu yang termasuk juga dalam dialek inovatif kerana memiliki inovasi dalam nasal homorganik.

Persoalannya, antara varian Budu dengan dialek-dialek Melayu di Kelantan dan


Terengganu, yang manakah berinovasi lebih awal? Makalah ini masih belum berupaya
memberikan jawapan yang tuntas disebabkan kekurangan data. Walau bagaimanapun, dalam
sebuah makalah yang lain, Mohd Tarmizi (manuskrip t.t.) ada mencadangkan bahawa isu inovasi
nasal homorganik yang terjadi dalam varian Budu tidak boleh diselesaikan jikalau hanya
bersandarkan pada bukti linguistik semata-mata. Isu ini sebaliknya perlu mempertimbangkan
bukti sosiosejarah dan sosiolinguistik, atau dengan kata lainnya, perlu mempertimbangkan faktor
kontak yang melibatkan dialek Melayu Kelantan. Faktor kontak ini disandarkan pada alasan
bahawa terdapat ramai para penghijrah dari Kelantan yang pernah bermustautin di Budu, bahkan
ada di antara mereka yang menduduki tingkat sosial yang tinggi.

Jika cerapan yang dicadangkan ini tepat, maka kemungkinan yang boleh diambil sebagai
jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan ialah varian Budu dapat digolongkan sebagai varian
yang paling inovatif. Hal ini dikatakan demikian kerana inovasi nasal homorganik yang terjadi di
Budu adalah berpunca daripada dialek Melayu Hulu Kelantan. Logik yang mendasari
kemungkinan ini ialah inovasi nasal homorganik di Budu tidak tersebar secara meluas dalam
sistem linguistiknya, sebaliknya terbatas pada lingkungan yang sangat khusus, iaitu NK yang
diikuti dengan -aŋ. Inovasi nasal homorganik tidak terjadi dalam bentuk yang lain, seperti yang
ditegaskan dalam nota kaki nombor 2.

5.0 KESIMPULAN
Makalah ini secara sederhana telah membincangkan perihal gejala nasal homorganik dalam
dialek-dialek Melayu Semenanjung. Terdapat sekurang-kurangnya dua kesimpulan yang boleh
dibuat berdasarkan perbincangkan dalam makalah ini. Pertama, gejala nasal homorganik
sebenarnya sangat kompleks. Disebabkan kompleksitinya, maka rumus sedia ada gagal
beroperasi dengan sempurna khususnya di Budu. Oleh sebab itu, rumus yang sedia ada itu perlu
diubah supaya berupaya menjelaskan gejala yang muncul dalam varian tersebut. Kedua,
disebabkan kompleksitinya juga, maka pengelompokan dialek-dialek Melayu Semenanjung juga
kelihatan bermasalah. Isunya, bagaimanakah mengelompokkan dialek-dialek yang
memperlihatkan tiga gejala nasal homorganik yang berbeza? Jikalau diterapkan juga
pengelompokan yang sedia ada, maka kenyataan yang dibawa oleh gejala nasal homorganik akan
gagal diserlahkan. Isu ini menunjukkan bahawa dialek-dialek Melayu Semenanjung memerlukan
satu pengelompokan baharu yang lebih berdaya menyerlahkan aspek rantaian dialek berbanding
dengan pengelompokan yang membayangkan hubungan dialek yang terputus-putus.
67

RUJUKAN
Adelaar, Karl. A. (1992). Proto-Malayic: the reconstructions of phonology and parts of its
morphology and lexicon. Pacific Linguistics series. Canberra: Australian University Press.
Ajid Che Kob. 1985. Dialek geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. (1983b). Dialek Pahang: rangka pengenalan. Bahagian I dan II. Dewan Bahasa 27: 7-
29; 99-118.
Collins, J. T. 1996. Khazanah dialek Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Glosari dialek Melayu Kedah. 2015. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Glosari dialek Melayu Melaka. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Glosari dialek Melayu Perak. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Glosari dialek Melayu Pahang. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Glosari dialek Melayu Negeri Sembilan. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Tarmizi Hasrah. 2018. Analisis sejarah dan perkembangan fonologi dialek Melayu di
bahagian timur Semenanjung Malaysia. Tesis doktor falsafah, Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Utara Malaysia.
Mohd Tarmizi Hasrah. t.t. Penasalan vokal di Hulu Pahang. Manuskrip.
Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman dan Shahidi A.H. 2014. Fosil dialek Melayu Hulu Pahang.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim. 1966. Loghat Kelantan: huraian fonologi dan catitan pendek mengenai sifat-
sifat umumnya. Dewan Bahasa, jilid x, 6: 4-8.
Nik Safiah Karim. 1967. Meninjau beberapa aspek fonologi loghat Kelantan. Dewan Bahasa, jilid
xi, 8: 22-25.
68

Makna Ujaran Tak Langsung “Baguslah” dalam Dialog antara Watak

Muhammad Zuhair Zainal i, Md. Baharuddin Hj. Adbul Rahmanii


iPensyarah, Universiti Sains Malaysia, zuhair@usm.my
iiPensyarah, Universiti Sains Malaysia, mdbahar@usm.my

Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk membincangkan makna ujaran tak langsung “Baguslah.” dalam dialog antara
watak. Dialog tersebut diambil daripada skrip drama Gendang Kosong hasil tulisan Usman Awang.
Perbincangan ini mengaplikasikan ilmu pragmatik berdasarkan Prinsip Makna dalam Interaksi (Thomas,
1995). Teknik analisis dokumen digunakan untuk meneliti ujaran yang terpilih. Hasil penelitian
menunjukkan bahawa makna ujaran “Baguslah” yang digunakan dalam dialog antara watak yang terdapat
dalam skrip drama Gendang Kosong bukan merujuk kepada makna leksikal, tetapi maknanya merujuk
kepada makna konteks dan makna niat penutur. Ujaran tak langsung tersebut digunakan bukan hanya
bertujuan untuk menyampaikan sesuatu makna atau niat secara berselindung dan menjadikan sesuatu
bahasa lebih menarik, tetapi digunakan oleh penutur untuk bersantun dan menjaga air muka pendengar.

Kata kekunci: makna ujaran, ujaran tak langsung, pragmatik, skrip drama, bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN
Penggunaan ujaran tak langsung dalam dialog antara watak bagi sesebuah drama telah menjadi
kemestian yang tidak dapat tidak perlu dihadirkan oleh pengarangnya. Hal ini dikatakan
demikian kerana dialog yang dihasilkan dalam sesebuah skrip drama bukannya bersifat
sembarangan. Ia tidak diutarakan sekadar bagi memenuhi adegan-adegan perbualan dalam
sesuatu plot. Dialog antara watak tersebut dipersembahkan dengan penuh kejiwaan oleh
pengarangnya agar para pembaca dan pendengar dapat menghayatinya tanpa kosong sebarang
makna dan falsafah di sebaliknya. Zakaria Ariffin (1981, hlm. 22-23) berpendapat bahawa
penggunaan dialog dalam drama (baik yang berbentuk prosa mahupun yang berbentuk sajak
atau sajak bebas) tidak boleh digunakan sekadar hendak menggunakannya sahaja. Beliau turut
menegaskan bahawa dialog dalam drama mempunyai tugas membangkit atau menubuhkan
perasaan dramatik dan tidak kurang penting juga menguatkan dan menegangkan krisis yang
mungkin dapat dibangkit oleh satu-satu suasana. Dialog yang lemah, iaitu yang tidak dramatik,
tidak mungkin dapat membangkitkan apa-apa perasaan atau suasana dramatik.

Terdapat kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan ujaran tak langsung


tidak terhad penggunaannya dalam kalangan masyarakat Melayu sahaja. Kajian yang dilakukan
oleh Cheng dan Warren (2003), Yasui (2005), Tran (2007) menunjukkan bahawa ujaran tak
langsung turut dipraktikkan oleh masyarakat Hong Kong, Jepun dan Vietnam, malah kajian yang
dijalankan oleh Yasui (2005), Noren dan Linell (2007) menunjukkan bahawa masyarakat barat
turut menggunakan ujaran tak langsung dalam komunikasi mereka seperti dalam interaksi
autentik dan ketika menolak permintaan yang dibuat oleh majikan.

Dalam budaya masyarakat Melayu, penggunaan ujaran tak langsung bukan sahaja
digunakan dalam bahasa pertuturan seharian, tetapi juga turut digunakan dalam penulisan karya
sastera khususnya skrip drama. Kewujudan ujaran tak langsung dalam karya sastera tersebut
bukannya bersifat seni semata-mata, tetapi wujud disebabkan oleh pemikiran dan pengalaman
yang nyata diperoleh oleh penulis-penulisnya melalui pergaulan serta adaptasi daripada adat,
budaya, sosial, agama dan alam sekeliling masyarakat Melayu.

Dalam skrip drama, unsur yang utama ialah dialog. Dramatis kebiasaannya akan
mencorakkan skrip drama mereka dengan dialog yang mengandungi pelbagai jenis ujaran.
Pemilihan sesuatu ujaran amat penting, misalnya penggunaan ujaran langsung dan ujaran tak
69

langsung, supaya makna untuk setiap mesej yang ingin dilontarkan dapat disampaikan
sepenuhnya secara berkesan.

Ujaran tak langsung ialah ujaran yang maknanya sengaja disembunyikan di sebalik
makna asalnya disebabkan faktor tertentu dengan tujuan-tujuan tertentu. Proses mentafsir
makna ujaran tak langsung memerlukan daya usaha yang teliti. Thomas (1995, hlm. 120)
mentakrifkan ujaran tak langsung sebagai kos dan risiko. Menurut Cutting (2002, hlm. 19),
pengujaran ujaran tak langsung ialah sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Pengelasan
ujaran dalam kategori ujaran tak langsung dan ujaran langsung bukan suatu tugas yang mudah,
kerana banyak ujaran yang kita gunakan seharian adalah dengan menggunakan kedua-dua ujaran
ini dan ujaran-ujaran ini sering mempunyai lebih daripada satu macro-functions.

2.0 METODOLOGI
Perbincangan dalam makalah ini berteraskan ilmu pragmatik. Pragmatik ialah disiplin ilmu yang
membincangkan makna bagi sesuatu ujaran, terutamanya makna yang terselindung dengan
menjadikan konteks sebagai salah satu unsur utama bagi menentukan makna sebenar bagi
sesuatu ujaran. Ujaran tak langsung (UTL) “Baguslah.” dalam dialog antara watak yang terdapat
dalam skrip drama Gendang Kosong akan diteliti dan diinterpretasikan maknanya berpandukan
Prinsip Makna dalam Interaksi yang diperkenalkan oleh Thomas (1995).

Thomas (1995, hlm. 22) menganggap pragmatik merupakan kajian makna dalam interaksi
perbualan. Untuk mengetahui makna dalam interaksi perbualan, pemerian makna tersebut
hendaklah dilakukan dengan berpandukan prinsip tertentu, iaitu makna abstrak, makna penutur
(yang mencakupi makna konteks dan niat penutur) dan interpretasi pendengar.

Prinsip Makna dalam Interaksi melihat proses pembentukan makna perlulah melibatkan
persetujuan bersama antara penutur dengan pendengar. Peranan konteks dan niat penutur amat
penting untuk menerokai makna penutur. Konteks yang dimaksudkan ini mencakupi konteks
fizikal, konteks sosial dan budaya, dan konteks linguistik. Selain itu, faktor interpretasi pendengar
juga banyak mempengaruhi pembentukan makna ujaran dalam sesebuah interaksi perbualan.

Apabila menginterpretasikan sesuatu makna ujaran, khususnya ujaran tak langsung,


Thomas (1995, hlm. 208) menegaskan bahawa pendengar hendaklah mengambil kira faktor
kekangan sosial yang dihadapi oleh penutur ketika ujaran tersebut diujarkan. Thomas (1995,
hlm. 124) telah menyenaraikan empat faktor kekangan sosial yang menyebabkan seseorang
penutur mengujarkan ujaran tak langsung. Tiga daripada pandangan awal yang dikemukakan
oleh Leech (1983), Brown dan Levinson (1987). Empat parameter tersebut ialah :

1. Kedudukan kuasa penutur kepada pendengar.


2. Jurang sosial antara penutur dengan pendengar
3. Saiz pengenaan
4. Hak dan tanggungjawab penutur dengan pendengar

Oleh sebab itu, untuk mengetahui makna ujaran tak langsung dalam dialog antara watak
yang terdapat dalam skrip drama bahasa Melayu dengan lebih jelas,cPrinsip Makna dalam
Interaksi perlu diaplikasikan dengan menjadikan makna abstrak, makna penutur dan interpretasi
penutur sebagai panduan utama.
70

3.0 HASIL DAN DAPATAN

DIALOG (1):

ISHAK: (Sambil bangkit) Nantilah kejab, saya nak ke jamban, sakit pulak perut dari
tadi memulas. (Sambil berjalan ke pintu untuk masuk ke dalam.) Rosnah mana?
CIK PUAN: Hai, orang tengok mid-night, takkan nak bangkit lagi. Letih benar
nampaknya.
ISHAK: Hai, dah pukul sepuluh lebih tak bangun-bangun lagi. Baguslah.
(Usman Awang, 1988, hlm. 69)

Dalam dialog (1) di atas, ujaran “Baguslah.” yang terdapat dalam ayat “Hai, dah pukul
sepuluh lebih tak bangun-bangun lagi, Baguslah.” merupakan kata sifat tabii yang memberi
pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau perangai manusia (Asmah Haji Omar,
2009: 165). Perkataan “Baguslah” tersebut juga merupakan kata yang dapat berdiri dengan
bebasnya sebagai ayat minimal. Dari segi binaannya, kata tersebut berpolakan KV+KVK dan
ditulis serangkai dengannya ialah partikel -lah.

Dari segi makna abstrak kata “bagus” bermaksud mempunyai keadaan atau sifat baik lagi
memuaskan hati dan kata “bagus” binaannya digunakan sebagai kata pujian. Kata “lah” pula
merupakan partikel penegas pada akhir kata yang menguatkan maksud atau pengertian kata
“bagus” tersebut. Oleh itu, makna abstrak UTL “Baguslah.” dalam dialog (1) boleh difahami
bahawa penutur (Ishak) mungkin memberikan satu pujian kepada anaknya kerana masih belum
lagi bangun daripada tidur walaupun jam telah menunjukkan pukul sepuluh pagi. UTL
“Baguslah.” tersebut mungkin juga bermaksud bahawa penutur (Ishak) berasa senang hati
kerana pendengar (Cik Puan) membiarkan anak mereka tidur hingga tengah hari disebabkan
pulang lewat malam ke rumah. Penutur (Ishak) juga mungkin mencuba untuk memberikan
penghargaan kepada pendengar (Cik Puan) kerana menjadi ibu yang bertimbang rasa disebabkan
tidak mengganggu tidur anak mereka yang keletihan itu.

Namun begitu, makna abstrak yang dinyatakan tidak dapat menggambarkan makna
sebenarnya bagi UTL “Baguslah” tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat banyak kata yang
memperlihatkan pelbagai makna apabila konteks penggunaannya berubah. Oleh itu, analisis
komponen makna yang berasaskan konteks adalah penting (Sang Seong, 2011, hlm. 42).

Makna penutur bagi UTL “Baguslah” dalam dialog (1) dapat difahami dengan lebih jelas
sekiranya pendengar (Cik Puan) mentafsirkannya berpandukan konteks dan niat penutur. Hal ini
berlaku apabila seseorang menggunakan bahasa, yang menjadi fokus ialah sesuatu yang dibuat
dengan kata-kata dalam situasi tertentu. Oleh itu, hal-hal yang berkait dengan niat, tujuan,
kepercayaan dan keinginan yang ada pada penutur ketika bercakap sewajarnya diberikan
perhatian (Akmajian, 2002, hlm. 356). Jadual 1 di bawah merumuskan makna penutur bagi UTL
“Baguslah” berpandukan konteks dan niat penutur.
71

Jadual 1: Makna Penutur Ujaran Tak Langsung “Baguslah.”


Ujaran tak langsung “Baguslah.”
KONTEKS DAN NIAT PENUTUR MAKNA PENUTUR
Konteks Fizikal dan Persekitaran 1. Penutur cuba melakukan bantahan kepada pendengar
(Cik Puan) kerana membiarkan anak mereka lewat
bangun daripada tidur pada waktu pagi.
2. Penutur (Ishak) ingin membuat kritikan dan teguran
kepada pendengar (Cik Puan) kerana terlalu sibuk dengan
aktiviti persatuan hinggakan tidak mempedulikan anak
mereka.
Konteks Sosial dan Budaya 3. Penutur mungkin ingin memberitahu pendengar bahawa
dia tidak suka akan kelakuan anak mereka yang balik ke
rumah lewat malam.
Konteks Linguistik 4. Penutur ingin menyatakan perbuatan anaknya yang
bangun lewat daripada tidur tersebut merupakan
perbuatan yang tidak elok
Niat Penutur 5. Penutur berniat mahu mencela tindakan pendengar dan
perbuatan anak mereka tersebut.

Selain itu, makna UTL “Baguslah” dapat diinterpretasikan oleh pendengar (Cik Puan)
berdasarkan faktor sejauh mana perlakuan bangun lewat daripada tidur mendapat tekanan sosial
dalam budaya masyarakat Melayu. Secara adatnya, masyarakat Melayu menegah perbuatan
bangun lewat daripada tidur. Perbuatan tersebut dipandang sebagai suatu perbuatan yang buruk
dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai umat Islam, mereka perlu bangun pada awal pagi
untuk bersolat Subuh dan bekerja untuk mencari rezeki. Larangan bangun lewat daripada tidur
bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya tidak bersikap malas dan membazir masa.

Dari sudut yang lain, pendengar (Cik Puan) juga dapat menginterpretasikan makna UTL
“Baguslah” sebagai suatu bentuk bantahan, kritikan dan teguran disebabkan faktor hak dan
tanggungjawab antara penutur dengan pendengar. Oleh sebab itu, penutur (Ishak) merupakan
seorang bapa, maka dia berasa berhak untuk menegur sikap anaknya. Namun disebabkan
pendengar (Cik Puan) lebih berkuasa dalam mentadbir hal ehwal keluarga mereka, penutur
(Ishak) terpaksa menggunakan ujaran tak langsung untuk menyatakan bantahan, kritikan dan
tegurannya. Perkara ini dapat dibuktikan dengan dialog berikut:

Dialog 1 (a) :

HASAN: Mother you tak bilang apa-apa?


ROSNAH: Oh no, dia tak pernah larang I. Dia suka pulak kalau I rapat dengan you.
Tapi father saja yang conservative. But don’t worry, dia dengar apa kata my mum.
HASAN: Good!
(Usman Awang, 1988, hlm. 66)

Keupayaan kognitif pendengar (Cik Puan) untuk mengetahui dan menilai kekangan sosial
yang dihadapi oleh penutur (Ishak) ketika mengujarkan UTL “Baguslah.” dapat membantu
pendengar (Cik Puan) membuat pertimbangan untuk menginterpretasikan makna UTL
“Baguslah.” tersebut. Oleh itu berdasarkan faktor hak dan tanggungjawab antara penutur dengan
pendengar dan faktor sejauh mana perlakuan bangun lewat daripada tidur mendapat tekanan
sosial dalam budaya penutur, maka pendengar (Cik Puan) akan dapat menginterpretasikan
makna sebenar bagi UTL “Baguslah” dalam dialog (1).
Dari aspek akal budi orang Melayu, UTL “Baguslah.”dalam dialog (1) jelas menunjukkan
bahawa penutur (Ishak) merupakan seorang ayah yang mengambil berat tentang hal ehwal anak
perempuannya, terutama dari segi disiplin dan budi pekerti. Hal ini mencerminkan sikap orang
72

Melayu yang mengutamakan pembentukan sahsiah diri yang terpuji terhadap anak-anak supaya
mereka menjadi manusia yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

4.0 PENUTUP
Mengkaji makna ujaran tak langsung perlu berpandukan ilmu pragmatik. Hal ini dikatakan
demikian kerana ujaran tak langsung merupakan ujaran yang melibatkan kos dan risiko yang
mempunyai makna terselindung di sebalik makna asalnya. Dalam proses menerokai makna
ujaran, teori dan prinsip pragmatik banyak bergantung pada faktor konteks dan amat peka
terhadap penutur dan pendengar. Penerokaan makna secara menyeluruh akan tercapai dengan
berpandukan Prinsip Makna dalam Interaksi, iaitu dengan meneliti aspek makna abstrak, makna
penutur mencakupi niat penutur serta makna konteks, dan juga interpretasi pendengar.

RUJUKAN
Akmajian, A., Richard, A.D., Ann, K.F., dan Robert, M.H. (2002). Linguistik: Pengantar bahasa dan
komunikasi. (Terjemahan oleh Asiah Mahdi dan Azizah Hussain). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Brown, P. dan Levinson, S.C (1987). Politeness: Some universals in language usage. Cambridge:
Cambridge University Press.
Cheng, Winnie. dan Warren, M. (2003). Indirectness, inexplicitness and vagueness made cleaer.
Journal of Pragmatics, 13(3), 381-400. Diambil daripada
http://elanguage.net/journals/pragmatics/article/view/394/325
Cook, G. (1992). Discourse. Oxford: Oxford University Press.
Cutting, J. (2002). Pragmatics and discourse: A resource book for students. London: Discourse
Analysis Routledge.
Huang. (2007). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
Leech, G. (1983). Principles of pragmatics. London: Longman.
Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992a). Imperatif dan interogatif: Satu definisi Semula. Dewan
Bahasa, 36(9), 882-891.
Nor Hashimah Hj. Jalaluddin. (1992b). Implikatur: Satu aspek seni berbahasa orang Melayu.
Dewan Bahasa, 36(8), 676-690.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam perniagaan: Satu analisis semantik dan
pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noren, K. dan Linell, P. (2007). Meaning potentials and the interaction between lexis and contexts:
An empirical substantiation. Journal of Pragmatics, 17(3), 387-416. Diambil daripada
http://elanguage.net/journals/pragmatics/article/view/557/482
Sang Seong, Goh. (2011). Penterjemahan kata kerja bahasa Cina-bahasa Melayu: Satu analisis
ketepatan makna padanan. Gema Online™ Journal Of Language Studies, 11(1), 35-56.
Diambil daripada http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/66/6
Searle, J.R. (1983). Intentionality: An essay in philosophy of mind. Cambridge: Cambridge
University Press.
Tran, T. (2007). Indirectness in Vietnamese newspaper commentaries : A pilot study (Tesis PhD).
Boleh diperoleh di ProQuest Dissertations and Theses database. (No. UMI 3262351)
Yasui, Eiko. (2005). Indirectness in request refusals: Differences between Americans and Japanese.
(Tesis master). Boleh diperoleh di ProQuest Dissertations and Theses database. (No. UMI
1426486)
Yule, G. (1996). Pragmatics. Oxford: Oxford University Press.
Zakaria Ariffin. (1981). Drama Melayu moden dalam Esei. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Biodata Ringkas Penulis


Muhammad Zuhair Zainal (PhD) dan Md. Baharuddin Hj. Abdul Rahman (PhD) ialah pensyarah di
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.
73

ANALISIS PRAGMATIK STRATEGI KESANTUNAN DAN KETAKSANTUNAN


BERKAITAN ISU BELANJAWAN SULUNG NEGARA TAHUN 2018 DALAM
FACEBOOK

Norfatin Nazihah Abdul Rahmani & Hasmidar Hassanii

i (Pengarang Bersama). Pelajar, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. fanaz2186168@gmail.com


ii Pensyarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. hasmidar@um.edu.my

Abstrak
Setiap manusia menggunakan bahasa sebagai saluran untuk berhubung. Melalui bahasa, seseorang individu
dapat menyampaikan maklumat, idea dan pandangan kepada individu lain. Bagi memastikan keberkesanan
komunikasi dicapai oleh individu, penggunaan bahasa yang baik perlu digunakan. Namun begitu,
perkembangan dalam bidang teknologi pada masa ini sedikit sebanyak turut mengubah cara manusia
berkomunikasi dan berinteraksi. Bentuk komunikasi virtual dua hala boleh dilakukan tanpa perlu
bersemuka secara langsung dengan menggunakan media sosial tertentu sebagai perantara. Pelbagai
medium komunikasi yang ada ini menyebabkan masyarakat bebas bersuara tanpa memikirkan etika, adab
dan buda bahasa semasa berbahasa. Atas alasan itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti sejauhmanakah
kesantunan berbahasa rakyat Malaysia dalam memberikan pandangan, idea dan komen tentang sesuatu
isu yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Dalam konteks
ini, isu yang dipilih ialah isu belanjawan negara bagi tahun 2018. Kajian ini meneliti aspek kesantunan dan
ketidaksantunan komen pengguna Facebook dalam ruangan komen siaran langsung pembentangan
belanjawan di laman Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan laman Nurul Izzah Anwar dengan
menggunakan teori kesantunan Brown & Levinson (1978, 1987) dan teori ketaksantunan Culpepper
(1996). Laman tersebut dipilih berdasarkan jumlah tontonan dan komen pengguna yang tertinggi. Dapatan
kajian menunjukkan pengguna cenderung menggunakan bahasa yang tidak santun dibandingkan dengan
bahasa yang santun dalam dua laman yang dipilih dan hal ini didorong oleh faktor sosial, ekonomi dan
politik yang melingkari pengguna Facebook itu sendiri.

Kata kekunci: kesantunan berbahasa, ketaksantunan, facebook, media sosial, belanjawan

1.0 PENGENALAN
Penggunaan teknologi komunikasi, internet atau alam maya telah menjadi wadah baru yang
berisiko tinggi bagi penggunanya mengungkapkan hal-hal yang tertentu dengan cara yang tidak
santun secara terbuka. Masyarakat kini lebih berani untuk melemparkan komen yang tidak
santun kerana dalam aplikasi misalnya facebook, whatsapp, instagram pengguna boleh
memalsukan akaun mereka. Ciri komunikasi virtual dua hala tanpa perlu bersemuka secara
langsung memberikan kesan pada cara tuturan yang dihasilkan dan diinterpretasikan. Secara
tidak langsung, hal ini mempengaruhi perilaku berbahasa penutur, semasa berinteraksi di alam
maya.

Peningkatan pengguna media sosial dan perubahan sikap masyarakat terhadap


penggunaannya menyebabkan kajian berkaitan prinsip kesantunan perlu dititiberatkan.
Komunikasi yang tidak santun boleh menyebabkan komunikasi terhalang dan tidak berjalan
lancar kerana berlakunya ancaman air muka. Aspek kesantunan ini bukan sahaja mencerminkan
tahap kesantunan sesebuah masyarakat malahan memberikan implikasi pada seseorang individu
itu juga. Ternyata aspek kesantunan merupakan elemen yang penting dalam berbahasa dan oleh
sebab itulah banyak kajian tentang aspek kesantunan dilakukan oleh para sarjana sebelum ini.
Walaupun kita sudah memasuki era moden yang berteknologi tinggi, namun aspek kesantunan
dalam berbahasa tidak boleh dikesampingkan. Hal ini kerana bahasa masih tetap menjadi medium
untuk berkomunikasi melalui peranti dan aplikasi canggih pada masa ini. Perkembangan
penggunaan teknologi tanpa had dan batas geografi membolehkan lebih ramai pengguna bahasa
terlibat dan berinteraksi menggunakan peranti dan aplikasi. Perkembangan ini menyebabkan
wujudnya pelbagai bentuk bahasa. Yang pasti bentuk bahasa yang terhasil lebih rencam dan
74

pelbagai. Memandangkan perkembangan teknologi ini menyebabkan wujudnya bentuk bahasa


yang rencam dan pelbagai dalam komunikasi manusia, maka pengkaji berpendapat satu kajian
perlu diketengahkan untuk mengkaji sejauh manakah aspek kesantunan dan ketaksantunan
wujud dalam komunikasi medium interaktif tersebut. Untuk tujuan ini, pengkaji telah memilih
laman sosial Facebook bagi meneliti aspek kesantunan dan ketaksantunan komen pengguna
terhadap isu pembentangan belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan. Kajian ini
menggunakan pendekatan pragmatik khususnya Teori Kesantunan Brown & Levinson (1978 &
1987) dan Ketaksantunan Culpepper (1996) serta memanfaatkan juga Model Kesantunan Noriati
A. Rashid (2005). Pengkaji memilih Facebook kerana Facebook kini sudah menjadi satu aliran
terkini dan hampir mengambil alih fungsi media cetak dan media elektronik arus perdana sebagai
medium penyebaran maklumat.

1.1 Objektif Kajian


Bagi merealisasikan kajian secara sistematik dan tersusun maka kajian ini dijalankan dengan
matlamat untuk mencapai objektif seperti berikut:
i. Mengenal pasti aspek kesantunan dan ketaksantunan komen pengguna Facebook dalam
laman yang ditadbir.
ii. Mengkategorikan jenis strategi kesantunan dan ketaksantunan komen pengguna
Facebook dalam laman yang ditadbir.
iii. Menjelaskan tujuan penggunaan strategi kesantunan dan ketaksantunan komen
pengguna Facebook mengikut konteks perbincangan dalam laman yang ditadbir.

1.2 Permasalahan Kajian


Menurut Ainal Akmar Ahmad et al. (2016), “masyarakat tidak memikirkan aspek kesantunan
berbahasa ketika berkomunikasi walaupun yang dikomen itu merupakan pemimpin negara.
Nilai murni ketika berbahasa telah dilupakan. Situasi ini amat membimbangkan kerana
ditakuti generasi pada masa ini melupakan nilai-nilai murni dan kesantunan ketika
berkomunikasi. Penggunaan ujaran yang tidak santun ini secara tidak langsung
menggambarkan keperibadian masyarakat Malaysia kerana berita yang disiarkan secara
online ini boleh diakses oleh seluruh dunia”. Memandangkan impak penggunaan facebook dari
sudut bahasa terhadap pengguna sangat tinggi, maka pengkaji berpendapat satu kajian aspek
kesantunan dan ketaksantunan berbahasa dalam media sosial iaitu facebook perlu dilakukan
bagi membuktikan fenomena ini. Isu yang dirasakan bersesuaian bagi melihat perkara ini ialah
berkaitan isu belanjawan kerana isu ini merupakan antara isu penting yang berkait dengan
kesejahteraan masyarakat dan seluruh ekonomi Malaysia.

Pembentangan belanjawan ialah pembentangan yang akan melibatkan dan


memberikan kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu, rakyat akan
memberikan fokus terhadap hal yang dibentangkan untuk melihat insentif atau faedah yang
ditawarkan kerajaan bagi kepentingan dan kebaikan bersama. Setiap lapisan masyarakat
misalnya golongan miskin, peniaga, penjawat awam dan suri rumah semuanya memberikan
perhatian terhadap isu ini dan mereka turut memberikan maklum balas terhadap
pembentangan ini. Maklum balas yang diutarakan melalui komen dapat menggambarkan
reaksi sebenar yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap isu yang dibangkitkan. Melalui media
sosial khususnya facebook, kini maklum balas ini juga, dapat disampaikan dengan kadar
segera dan komen-komen yang diberikan adalah daripada semua kaum yang ada di Malaysia.

Memandangkan komen-komen yang diutarakan merupakan komen yang sebenar


daripada masyarakat, komen tersebut juga mencerminkan keperibadian pengguna masing-
masing. Walaupun isu yang berlaku memberikan tekanan kepada masyarakat, mereka
seharusnya memberikan pendapat tersebut dengan sopan iaitu dengan menggunakan bahasa
yang baik kerana setiap komen ini dapat dibaca secara langung oleh semua pengguna
facebook. Penggunaan bahasa yang tidak santun akan memberikan kesan yang amat
mendalam terhadap nilai-nilai kesantunan masyarakat khususnya kepada golongan muda.
75

Sehubungan itu, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta
golongan, dan peringkat yang berbeza (Amat Juhari dalam Noriati A. Rashid, 2005). Seseorang
perlu memahami sebab ia berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya,
kepada siapa ia berkata dan semua ini bergantung pada konteks pertuturan tersebut
(Kramsch dalam Noriati A. Rashid, 2005).

Berdasarkan huraian yang diberikan, maka kajian ini dicadangkan untuk mengkaji
sejauh mana kesantunan dan ketaksantunan penguna facebook dalam laman yag ditadbir
khususnya tentang isu belanjawan negara. Penggunaan bahasa yang santun dan tidak santun
harus dilihat secara teliti kerana hal ini akan mencerminkan peribadi seseorang. Oleh itu,
kajian ini juga ingin melihat sejauh mana kesantunan peribadi rakyat Malaysia yang didorong
oleh sesuatu isu dan adakah isu ini cukup kuat pengaruhnya sehingga pengguna facebook itu
bersikap tidak santun. Aspek ini patut diperhatikan kerana sebagai bangsa yang beradab dan
berbudaya, kita harus menunjukkan jati diri kita sebagai bangsa yang beretika tinggi dan
bersopan santun termasuk dalam hal berbahasa sekalipun di media facebook. Dalam kajian
terdahulu, pelbagai kajian terhadap kesantunan telah dijalankan. Walaupun kajian terdahulu
ada yang memberikan fokus pada komen di media sosial khususnya facebook namun kajian
terdahulu tidak mengkaji reaksi masyarakat terhadap isu yang melibatkan pihak kerajaan dan
rakyat seperti pembentangan belajawan negara. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan analisis
pragmatik prinsip kesantunan dan ketaksantunan komen pengguna facebook dalam
pembentangan belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan.

1.3 Batasan Kajian


Kajian ini terbatas pada analisis aspek kesantunan dan ketaksantunan pada komen pengguna
Facebook dalam laman Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan laman Nurul Izzah Anwar. Aspek
kesantunan dan ketaksantunan yang ditemui akan dikelaskan mengikut jenis strategi
kesantunan dan ketaksantunan berbahasa. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan maksud dan
tujuan penggunaan ujaran atau komen yang dikelaskan sebagai santun atau tak santun dalam
komen yang termuat dalam laman-laman yang dipilih. Data yang diperoleh seterusnya
dianalisis menggunakan Prinsip Kesantunan oleh Brown dan Levinson (1978 & 1987),
Culpeper (1996) dan memanfaatkan pendekatan Noriati A. Rashid (2005).

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Tinjauan literatur bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengkaji dengan isu, idea,
teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan yang berkaitan dengan topik. Tinjauan
literatur penting untuk memastikan apa yang telah dikaji dan apakah yang perlu dikaji, apakah
idea-idea tentang tajuk ini yang dibincangkan, mengkaji hubungan antara idea dan amalan
berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan, mendapatkan maklumat untuk istilah baru
yang bersesuaian dengan penyelidikan yang dijalankan dan memahami struktur latar
belakang subjek penyelidikan yang dijalankan. Terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah
mengkaji tentang aspek kesantunan dan ketaksantunan. Kajian-kajian tersebut dibahagikan
kepada kajian dalam negara dan luar negara dalam perbincangan ini.

Kajian yang pertama ialah kajian Impoliteness Strategies In The Social Media Comments
On The Low Yat Plaza Incident (2017) oleh Jane Xavierine A/P M Xavier Thayalan. Kajian ini
bertujuan untuk menyelidik strategi ketaksantunan rakyat Malaysia pada komen di laman
sosial yang menyebabkan ‘face damage’ dan untuk menganalisis ketaksantunan rakyat
Malaysia dalam pilihan cara tutur mereka. Kerangka teori ketaksantunan oleh Culpeper
(2011) digunakan secara kualitatif untuk menjawab 123 komen yang dikumpul daripada
laman sosial YouTube.com dalam dua video. Video-video ini dipilih kerana ia mengandungi
komen-komen yang tidak sopan yang paling tinggi. Hasil penyelidikan ini menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia mengunakan strategi penghinaan (insult) paling kerap berbanding
dengan strategi lain dan kata-kata kotor (profanities) ialah peranti linguistik (linguistic device)
76

yang paling kerap digunakan untuk menyebabkan face damage. Strategi ketaksantunan
Culpeper (2011) tidak mencukupi untuk mengkategorikan kesemua 57 komen penghinaan
daripada penguna YouTube. Ini menunjukkan bahawa kerangka kerja Culpeper (2011) tidak
boleh digunakan dalam komuniti Asia. Oleh sebab itu, terdapat tiga kategori penghinaan baru
yang diwujudkan iaitu; accusation and baseless claims, show superiority dan mock and ridicule.

Seterusnya kajian yang bertajuk Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komen


Malaysiakini (2018) oleh Murugan Krishnan. Peningkatan komunikasi dalam sesuatu aspek
atau isu terutamanya isu kenaikan harga petrol yang sentiasa berkait rapat dengan kehidupan
harian rakyat telah turut menyumbang kepada perkembangan komunikasi yang tidak santun
dalam kalangan pengguna Facebook. Isu kenaikan harga petrol di negara Malaysia yang dimuat
naik di laman sosial Malaysiakini (Versi BM) telah mendapat reaksi dan respon yang tinggi
daripada pengguna Facebook yang terdiri daripada warganegara Malaysia. Malaysiakini (Versi
BM) telah memberikan peluang kepada pengguna Facebook yang merupakan rakyat Malaysia
untuk memberikan pandangan dan respon terhadap kenaikan harga petrol tanpa sebarang
sekatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji strategi-strategi ketidaksantunan bahasa
yang digunakan oleh pengguna Facebook di komen laman sosial Malaysiakini (Versi BM).
Strategi Ketidaksantunan Bahasa Culpeper (1996; 2005) telah digunakan untuk persoalan
pertama. Manakala bagi persoalan kedua, penyelidik telah menggunakan Strategi
Ketidaksantunan Bahasa Culpeper (2011) untuk menganalisis elemen ketidaksantunan
bahasa dalam komen terhadap harga petrol. Sebanyak 60 komen dari tahun 2016 hingga 2017
telah dipilih sebagai data kajian.

Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi ketidaksantunan secara langsung dan


strategi ketidaksantunan sindiran banyak digunakan oleh pengguna Facebook dalam komen
laman sosial Malaysiakini (Versi BM) terhadap isu kenaikan harga petrol. Selain itu, kombinasi
strategi ketidaksantunan turut diperoleh dalam kajian ini. Antaranya ialah kombinasi strategi
ketidaksantunan secara langsung dan sindiran banyak terdapat dalam komen laman sosial
Malaysiakini (Versi BM). Bagi persoalan kedua pula, hasil kajian menunjukkan bahawa elemen
penggunaan kata ganti diri dan penyataan sarkastik atau sindiran kerap digunakan oleh
pengguna Facebook dalam komen terhadap isu kenaikan harga petrol. Kesimpulannya,
pengguna Facebook di laman sosial Malaysiakini (Versi BM) lebih terbuka dalam meluahkan
perasaan kepada pihak kerajaan, YAB Perdana Menteri dan rakyat Malaysia tanpa sebarang
sekatan. Kenaikan harga petrol oleh kerajaan Malaysia telah mencetus perasaan tidak puas
hati rakyat sehingga wujud ketidaksantunan bahasa dalam komen laman sosial Malaysiakini
(Versi BM).

Selanjutnya ialah kajian Impoliteness Used By Haters On Instagram Comments Of Male-


Female Entertainers (2018) oleh Suci Erza, Hamzah. Kajian ini bertujuan untuk mencari
jenis strategi ketaksantunan yang digunakan oleh pengkritik artis di laman sosial instagram.
Data diambil daripada komen yang terkandung dalam akaun instagram lambe_turah. Akaun
Lambe_turah ialah akaun instagram yang kini sangat popular dalam kalangan rakyat kerana
akaun ini memaparkan kehidupan seharian artis. Di samping itu, kajian ini juga menganalisis
perbandingan antara artis lelaki dan artis seniman wanita berdasarkan jenis strategi
ketidaksamaan yang dicadangkan oleh Culpeper (1996). Hasil analisis ini menunjukkan
bahawa daripada 200 komen artis lelaki dan perempuan, strategi yang paling banyak
digunakan oleh semua komen ialah ketaksantunan positif iaitu (32%) dalam akaun Alghazali
dan (28%) pada akaun Prilly.

Seterusnya ialah kajian yang dilakukan oleh Ahmad Maulidi yang bertajuk Kesantunan
Berbahasa Pada Media Jejaring Sosial Facebook (2015). Objektif kajian ini adalah untuk
menjelaskan penggunaan bahasa yang mengandungi kesopanan bahasa dalam rangkaian
sosial (Facebook). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang terdiri daripada dua
pendekatan iaitu pendekatan teori dan pendekatan metodologi. Data kajian ini merupakan
77

status bertulis pengguna facebook yang memenuhi prinsip kesantunan. Pengumpulan data
dianalisis menggunakan kaedah normatif. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa
penggunaan bahasa dalam rangkaian sosial (Facebook) mematuhi bahasa santun. Pengguna
Facebook sering kali menggunakan media tersebut untuk mengungkapkan isi hati, fikiran,
ataupun juga pandangan mengenai suatu hal dalam bentuk status. Hasil penelitian juga
menunjukkan bentuk kesantunan dalam media Facebook wujud dalam data tuturan yang
mengandungi pertanyaan, ucapan terima kasih, rasa syukur, harapan, permohonan,
penghargaan, ajakan, penawaran, dan informasi. Bentuk kesantunan yang ditemukan dalam
status pengguna Facebook disampaikan dalam bentuk dan jenis tuturan yang bervariasi.
Perbezaan itu dipengaruhi oleh faktor penutur (speaker), mitra tutur (hearer, receiver), topik
(topic), tempat bicara (setting), situasi perbualan (situation scene) dan tujuan tuturan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi kajian ini bertujuan untuk menjelaskan prosedur sesuatu kajian itu agar kajian
yang dilakukan mengikut langkah demi langkah. Hal ini juga akan menjadikan sesuatu kajian
itu dijalankan dengan sistematik bagi mencapai objektif kajiannya.

3.1 Kaedah Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah
kualitatif berdasarkan definisi dan ciri-ciri yang telah diberikan oleh sarjana iaitu Strauss &
Corbin (1997:17). Menurut Strauss & Corbin (1997:17), kaedah kualitatif bermaksud
sebarang jenis penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur
statistik atau lain-lain jenis pengiraan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapatkan data yang
bukan berbentuk nombor atau statistik yang memerlukan pengiraan.

Selain itu, menurut Berg (2004:7), kaedah kualitatif melibatkan proses yang
mengandungi pengumpulan data, analisis data, dan penginterpretasian data yang menyeluruh
yang bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang mendalam tentang sesuatu fenomena
yang dikaji. Kajian dijalankan dalam laman berkaitan dengan isu yang telah dipilih dalam
Facebook. Komen-komen tersebut dipilih, dikategorikan dan dianalisis dengan teori yang
tertentu bagi mencapai objektif kajian

4.0 KERANGKA TEORI


Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan teori yang digunakan dalam kajian ini.
Teori yang akan dibincangkan ialah teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987) dan
strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996).

4.1 Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987)


Teori Kesantunan ini telah digagaskan oleh Penelope Brown dan Stephen C.Levinson dan
pertama kali digagaskan pada tahun 1978 (Watts, 2003:85). Brown dan Levinson telah
mengkaji berkaitan dengan kesantunan berbahasa kerana menganggap kesantunan sebagai
perbuatan yang melembutkan wajah Pada tahun 1987, teori ini telah diubah suai dengan
mengaplikasikan teori kesantunan di pelbagai tempat untuk mengenal pasti sikap sebenar
masyarakat . Teori ini merupakan salah satu teori yang digagaskan oleh pengkaji bahasa yang
menekankan konsep air muka yang merujuk pada penjagaan air muka dalam komunikasi
Dalam teori ini, strategi kesantunan telah dibangunkan dengan beberapa strategi yang
bertujuan untuk menyelamatkan air muka seseorang Strategi kesantunan terbahagi kepada
lima iaitu secara terus terang (bald on record), kesantunan positif, kesantunan negatif dan
secara tidak terang-terangan (off record).
78

4.2 Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996)


Strategi Ketidaksantunan Culpeper merupakan kerangka cakupan strategi ketidaksantunan
yang dikemukakan Culpeper yang didasari oleh teori Brown dan Levinson. Hal yang
membezakan teori ini ialah Culpeper (1996: 8) mendefinisi lima strategi ketidaksantunan
yang bertentangan dengan empat strategi kesantunan yang dikemukakan Brown dan
Levinson. Lima strategi ketidaksantunan Culpeper ialah ketidaksantunan secara langsung
(bald on record impoliteness), ketidaksantunan positif (positive impoliteness), ketidaksantunan
negatif (negative impoliteness), sarkasme atau kesantunan semu (sarcasm or mock politeness),
dan menahan kesantunan (withhold politeness).

5.0 ANALISIS DAN DAPATAN


Bab ini akan menganalisis strategi kesantunan dan ketaksantunan yang dipaparkan melalui
komen pengguna Facebook dalam laman Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan laman Nurul
Izzah Anwar.

5.1 Strategi Kesantunan Berbahasa dalam komen pengguna pada isu belanjawan
2018
Analisis yang dibuat mendapati terdapat empat belas (14) jenis strategi kesantunan yang
digunakan oleh pengguna Facebook yang memuat naik komen dalam laman ‘Radio Televisyen
Malaysia (RTM), dan laman Nurul Izzah Anwar berkaitan belanjawan 2018. Strategi
kesantunan tersebut adalah seperti berikut:

5.1.1 Strategi Membesar-besarkan Pendengar (Pujian)


Strategi membesar-besarkan pendengar atau exaggerate H (Hearer) merupakan salah
satu bentuk strategi yang terdapat dalam ujaran yang menunjukkan aspek kesantunan
berbahasa yang dikemukakan oleh Brown dan Levinson (1978,1987). Menurut Brown
dan Levinson (1978,1987:104-105), strategi ini melibatkan penutur yang membesar-
besarkan pendengar dengan ujaran yang menekankan intonasi, tekanan, dan prosodi-
prosodi lain untuk menarik pendengar. Strategi membesar-besarkan pendengar
(pujian) juga boleh dikenal pasti berdasarkan penggunaan penanda linguistik yang
terdapat dalam ujaran penutur. Penanda linguistik yang biasanya terdapat dalam
strategi ini ialah ungkapan atau bentuk kata yang terdiri daripada kata-kata positif
(kata-kata yang baik dan membina) seperti ’cantik’, ’pandai’, dan ’bagus’ (Noriati
A.Rashid, 2007:180). Contohnya:

DATA 1
A9: PH dan Malaysia baru lebih telus

Sumber: Laman Radio Televisyen Malaysia (RTM)

DATA 2
B34: PH terbaik
Sumber: Laman Nurul Izzah Anwar

Berdasarkan komen di atas, pengguna Facebook A9 dan B34 telah menggunakan


strategi membesar-besarkan pendengar (pujian). Pengguna Facebook A33 telah
menggunakan ujaran yang memuji kelebihan atau kebaikan kerajaan baru. Pengguna
Facebook A9 telah menggunakan bentuk atau penanda linguistik yang menggambarkan
strategi tersebut (ungkapan atau bentuk kata yang terdiri daripada kata-kata positif) ‘lebih
telus’ yang menunjukkan beliau merasakan kerajaan ini lebih baik daripada kerajaan
79

terdahulu kerana menjalankan kerja dengan lebih baik dan jujur. Pada komen B34, penulis
komen juga telah memuji pihak kerajaan dengan menyatakan bahawa ’PH terbaik’. Hal ini
menunjukkan beliau menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja
memerintah untuk beberapa bulan. Bukti penggunaan strategi ini jelas kelihatan berdasarkan
penggunaan bentuk atau penanda linguistik ’terbaik’. Hal ini menunjukkan beliau ingin
menyatakan kerajaan ini adalah kerajaan paling baik dengan jelas. Selain komen di atas,
terdapat banyak komen lain juga yang menggunakan strategi pujian dalam ruangan komen
menunjukkan bahawa masih ramai yang menggunakan strategi ini dalam interaksi di laman
Facebook. Budaya memuji amat dekat juga dengan budaya dan sikap masyarakat Malaysia.
Sikap seperti ini merupakan satu sikap yang baik kerana melalui pujian boleh menunjukkan
penghargaan penutur kepada individu lain atau pendengar sekali gus meningkatkan motivasi
dan semangat individu yang dipuji.

5.1.2 Strategi Ketidaksantunan


Strategi ketaksantunan Culpeper terbahagi kepada lima iaitu ketidaksantunan secara
langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, sarkastik atau ketidaksantunan
sindiran dan menahan kesantunan.

5.1.2.1 Ketidaksantunan secara langsung (bald on record impoliteness)


Strategi ketidaksantunan secara langsung merupakan sesuatu tindakan atau tingkah laku
ancaman yang dilakukan terhadap air muka seseorang individu secara langsung dengan jelas
tanpa kabur. Berikut adalah merupakan beberapa contoh komen yang mengandungi strategi
ketidaksantunan secara langsung dalam laman, Radio Televisyen Malaysia dan Nurul Izzah
Anwar.

DATA 3
Kau ni Sadiq buat malu keturunan Syed
Sumber: Laman Radio Televisyen Malaysia(RTM)
DATA 4
B11: Two pencuri
B12: Saya Nampak dua pencuri
B13: Hahaha Najib ngan Zahid
Sumber: Laman Nurul Izzah Anwar
Komen-komen di atas menunjukan strategi ketidaksantunan secara langsung yang
digunakan oleh pengguna Facebook dalam komen mereka dalam siaran langusng belanjawan
negara. Berdasarkan komen tersebut, didapati pengguna Facebook telah menggunakan nama
pemimpin politik secara langsung dalam komen mereka. Komen ini telah mengancam air
muka secara langsung dengan jelas kerana telah ditulis tanpa sebarang kekaburan. Contohnya,
pada komen ‘Kau ni Sadiq buat malu keturunan Syed’ yang jelas menujukan komen ini secara
terus kepada Menteri Belia dan Sukan kerana telah menyebut namanya secara langsung dan
telah mengancam air mukanya. Begitu juga bagi komen dalam Data 4, pengguna facebook telah
menggunakan nama bekas Perdana Menteri dan bekas timbalan Perdana Menteri iaitu ‘Najib’
dan ‘Zahid’ secara terus dan jelas tanpa sebarang bentuk indentiti hormat yang ingin merujuk
pada komen mereka pencuri. Tambahan pula, penggunaan perkataan yang cuba
mendiskripsikan parti atau pemimpin dengan perlambangan negatif juga mengancam air
muka secara langsung, terutamanya kepada individu yang berkepentingan dalam pentadbiran
Malaysia. Contohnya apabila pengguna menyatakan YB Syed Saddiq memalukan keturunan
80

Syed. Hal ini telah mengancam air mukanya dengan jelas. Seterusnya pengguna Facebook juga
telah dengan jelas melambangkan Dato Seri Najib dan Dato Seri Zahid Hamidi sebagai pencuri
dalam komen antara tiga individu di atas. Berdasarkan komen, pengguna facebook telah
dengan jelas menyatakan nama sasaran di dalam komen dengan terus menyebut nama
pemimpin politik tanpa kekaburan juga tanpa penggunaan indentiti hormat. Secara
kesimpulannya, didapati penulis komen berasa tidak puas hati atau tidak bersetuju dalam
dengan hal tertentu pada individu yang dirujuk. Oleh yang demikian, mereka dengan
beraninya memberi komen terhadap pihak tersebut melalui laman sosial yang tidak
mempunyai sebarang sekatan dengan perkataan-perkataan yang tidak baik. Jelaslah melaui
ciri yang dinyatakan komen-komen ini boleh dikategorikan sebagai ketidaksantunan secara
langsung.

6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan strategi-strategi kesantunan yang dikelaskan, kajian mendapati pengelasan bagi
setiap strategi boleh dilihat berdasarkan bentuk atau penanda linguistik yang wujud bagi
menandai setiap strategi tersebut. Setiap strategi yang berbeza mempunyai bentuk atau
penanda linguistik yang berbeza. Melalui penanda identiti tersebut strategi yang digunakan
dapat dikenali dengan lebih jelas. Dapatan kajian juga menunjukkan pengguna cenderung
menggunakan bahasa yang tidak santun dibandingkan dengan bahasa yang santun dalam
empat laman yang dipilih dan hal ini didorong oleh faktor sosial, ekonomi dan politik yang
melingkari pengguna Facebook itu sendiri.

RUJUKAN
Ahmad Maulidi. (2015). Kesantunan Berbahasa Pada Media Jejaring Sosial Facebook. Dicapai
pada 10 November 2018 daripada
http://jurnal.untad.ac.id/jurnal/index.php/Bahasantodea/article/download/6328/5
031
Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Azura Yahya, Nasihah Hashim & Noor Aida Mahmod (2016).
Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial. Dicapai pada 10
November 2018 daripada
https://www.academia.edu/34677166/KESANTUNAN_BAHASA_SEMASA_BERKOMU
NIKASI_DI_LAMAN_SOSIAL
Brown, Penelope & Levinson, Stephen C., (1978). Politeness: Some Universals in Language
Usage. United Kingdom: Cambrige University Press.
Brown, Penelope & Levinson, Stephen C., (1987). Politeness: Some Universals in Language
Usage. United Kingdom: Cambrige University Press.
Berg, L.Bruce. (2004). Qualitative Research Method For The Social Sciences. United Stated:
Pearson.
Jane Xavierine A/P M Xavier Thayalan. (2017). Impoliteness Strategies In The Social Media
Comments On The Low Yat Plaza Incident. Dicapai pada 15 Mac 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/8532/1/Low_Yat_Complete_paper.pdf
Murugan Krishnan. (2018). Strategi Ketidaksantunan Bahasa Dalam Komen Malaysiakini.
Dicapai pada 15 Mac 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/8793/2/FINAL_VERSION.pdf
Noriati A. Rashid. (2007). Edisi Kedua: Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis
Pertunangan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noriati A. Rashid. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu.
Jurnal Pengajian Melayu Dicapai pada 15 Mac 2019 daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23959/Article_11.PDF
Strauss, A. & Corbin, J., (1997). Basics Of Qualitative Research, Grounded Theory Procedures And
Techniques. Newbury Park: Sage.
81

Suci Erza & Hamzah,. (2018). Impoliteness used by Haters on Instagram Comments of Male
Female Entertainers. Dicapai pada 15 Mac 2019 daripada
file:///C:/Users/HP/AppData/Local/Packages/Microsoft.MicrosoftEdge_8wekyb3d8
bbwe/TempState/Downloads/9911-19974-1-SM%20(1).pdf
Watts, Richard J., (2003). Politeness. United Kingdom: Cambrige University Press.
82

REALISASI MASA MULA BERSUARA BUNYI PLOSIF DALAM PENGHASILAN BAHASA


IBUNDA DAN BAHASA MELAYU OLEH PENUTUR LELAKI ITALI

Norhaniza Abdul Khairi i & Shahidi A.H. ii


i Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
norhaniza.khairi@gmail.com
ii Pensyarah Kanan, Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.


zedic@ukm.edu.my

Abstrak
Kertas penyelidikan ini membentangkan dapatan daripada kajian akustik masa mula bersuara (MMS /VOT)
obstruen plosif penutur lelaki Itali yang berbahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Penutur merupakan
penutur jati bahasa Itali tetapi berupaya bertutur dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa
Tagalog dan bahasa Melayu Indonesia dengan fasih. Menerusi penggunaan perisian PRAAT (Boersma,
2011) dan analisis spektrografik, kajian ini meneliti MMS bunyi plosif yang dirakam menggunakan
perakam digital Sony Stereo IC ICD-PX440. Data bahasa Itali (Bit) dan bahasa Melayu (BM) telah digunakan
untuk melihat ciri-ciri akustik yang boleh ditemui dalam dua bahasa berbeza yang dituturkan oleh seorang
penutur yang sama. Aspek akustik yang difokuskan ialah MMS bagi bunyi di posisi awal kata. Hasil kajian
ini dibandingkan dengan kajian MMS yang telah lepas. Hasil analisis realisasi kontras penyuaraan, subjek
menunjukkan nilai plosif tidak bersuara [p,t] ketika menuturkan BIt adalah lebih tinggi berbanding bunyi
yang sama ketika menuturkan BM. Bunyi plosif tidak bersuara [k] dalam Bit adalah lebih rendah
berbanding BM. Walau bagaimanapun, nilai bunyi plosif bersuara [b,d] dalam BIt dan BM hanya berbeza
sedikit sahaja berbanding bunyi [g] yang memaparkan nilai yang sangat tinggi ketika penutur menuturkan
data dalam BM. Penutur ini merealisasikan MMS bunyi plosif dalam penghasilan BIt dan BM berkategori
SVL lwn. VLd. Dapatan ini turut memperlihatkan kadar getaran pita suara penutur Itali ini adalah berbeza
bagi penghasilan bunyi plosif velar bersuara dan tidak bersuara ketika menuturkan Bit dan BM.

Kata kekunci: ciri akustik, bunyi pertuturan, analisis spektrografik, masa mula bersuara

1.0 PENGENALAN
Pertuturan manusia merupakan satu sistem penghasilan bunyi unik bagi setiap individu.
Keunikan itu terletak pada ciri-ciri akustik yang hanya dapat dilihat dalam bentuk gelombang
bunyi menerusi analisis spektrografik. Paparan gelombang bunyi ini bukan sahaja menunjukkan
corak gelombang yang berbeza bagi bunyi yang berlainan, bahkan membentangkan ciri-ciri
khusus akustik sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh seseorang individu. Ciri-ciri ini turut berbeza
antara individu yang berlainan jantina. Perbezaan ciri akustik ini juga dipengaruhi oleh posisi
bunyi dalam kata yang dituturkan, segmen bunyi yang berada bersebelahan dengannya serta
faktor-faktor fonologi lain yang wujud bersamanya. Bagaimanapun, bagi kajian ini hanya bunyi
pada posisi awal kata bunyi plosif yang akan dikaji.

Masa mula bersuara (MMS ) atau voice onset time (VOT) merupakan salah satu aktiviti
berasaskan fonasi. Hal ini bermakna aktiviti ini turut melibatkan pergerakan aktif pita suara
ketika penghasilan bunyi. Lazimnya ia dikaitkan dengan keupayaan penyuaraan dalam
pertuturan (Ashby,P. 2011; Gick, B, Wilson, I, Derrick, D. 2013). MMS ketara ditemui dalam bunyi
berbentuk letupan seperti bunyi plosif. Bunyi letupan yang berada di posisi awal kata lebih
mudah memperlihatkan ciri-ciri ini. Ia menunjukkan kepanjangan tempoh di antara jangka masa
mula pelepasan bunyi letupan plosif dan permulaan getaran pita suara (Shahidi A.H., 2010).
Dalam penghasilan bunyi plosif, MMS menjadi penanda utama untuk mengenalpasti kepelbagaian
dan keunikan ciri-ciri sesuatu bahasa, persepsi bilingual, nilai khusus MMS bahasa yang berbeza,
kontras fonemik, dan ciri-ciri kontrastif penting bunyi sesuatu bahasa. Setiap bahasa berbeza
83

memaparkan ciri-ciri MMS yang berbeza. Ciri-ciri ini menjadi identiti khusus bukan sahaja bagi
individu berlainan jantina malahan bagi bahasa yang berbeza. Menerusi pemerhatian ke atas nilai
MMS juga, persepsi pertuturan bagi penutur bilingual dapat dilihat dengan jelas. Pada aspek yang
lain pula, MMS merupakan isyarat akustik paling mudah yang boleh dikenalpasti ketika
perubahan pergerakan laringeal (Abramson & Lisker, 1973).

Kajian-kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa realisasi kontras penyuaraan bunyi


plosif bagi bahasa yang terdapat di dunia terbahagi kepada dua kelompok iaitu; bunyi plosif
berkategori LVL lwn. SVL dan bunyi plosif berkategori SVL lwn. VLd (merujuk kepada bunyi plosif
tak bersuara lwn. bunyi plosif bersuara). Hasil kajian juga menunjukkan bahasa Inggeris
memaparkan nilai MMS positif yang cukup panjang bagi bunyi plosif tak bersuara, manakala
bunyi plosif bersuara pula menunjukkan nilai MMS positif yang kecil (Weismer, 1979 & Docherty,
1992). Oleh hal yang demikian, bunyi plosif bahasa Inggeris tergolong dalam kategori LVL lwn.
SVL (Shahidi, 2010). Bahasa Perancis dan Sepanyol pula digolongkan dalam kelompok kategori
SVL lwn. VLd disebabkan nilai MMS positif yang kecil dalam bunyi plosif tak bersuara dan MMS
negatif bagi bunyi plosif bersuara (Lisker et.al, 1964; Zampini et.al, 2001, Shahidi, 2010).

Kajian ke atas 19 bahasa berbeza di dunia turut menemui tujuh bahasa yang terdiri dari
bahasa Inggeris, Jerman, Rusia, Turki, Brazil, Portugis, Pashto dan Wakhi dihasilkan dengan
sistem dua cara (two-way system). Ia merujuk kepada kontras laringeal yang berlaku di antara
bunyi hentian; iaitu bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bagaimanapun, sistem dua cara ini
difokuskan lagi kepada pembahagian yang lebih teliti dan ditemui ciri-ciri bunyi dalam bahasa
selanjutnya iaitu ‘true voicing’ dan ‘aspirasi’. Lapan bahasa iaitu Thai, Vietnam, Khmer, Yerevan
Armenian, Dawoodi, Punjabi, Shina dan Burushki termasuk dalam bahasa yang dihasilkan dengan
sistem tiga cara. Baki bahasa dikaji seperti Jangli dan Urdu termasuk dalam bahasa sistem empat
cara; manakala Sindhi dan Siraiki pula bahasa yang dihasilkan dengan sistem lima cara (Cho, T.,
Whalen, D.H., Docherty, G. 2019).

Berdasarkan panduan daripada kajian terdahulu di atas, kajian ini meneliti secara lebih
teliti aspek MMS dalam realisasi bunyi plosif yang dihasilkan oleh penutur lelaki berbangsa Itali
ketika menuturkan data dalam Bit dan juga BM. Hasil kajian ini akan dibandingkan dengan kajian
terdahulu sebagai satu usaha rintis untuk memperkasakan kajian akustik fonetik tempatan.

2.0 METODOLOGI

2.1 Informan kajian


Seorang penutur jati Bit berjantina lelaki berusia 45 tahun telah dipilih untuk kajian ini. Subjek
menguasai beberapa bahasa Asia yang lain tetapi fokus diberikan kepada bahasa Melayu. Beliau
menggunakan bahasa Melayu Indonesia disebabkan faktor perkahwinan campur. Bagaimanapun,
penutur telah bekerja dan menetap di Malaysia selama setahun dan mulai menggunakan bahasa
Melayu Malaysia dan juga dialek utara Malaysia. Subjek tiada masalah pendengaran dan
pertuturan. Tahap kesihatan subjek ketika rakaman dijalankan juga pada tahap baik.

2.2 Material dan prosedur kajian


Bunyi plosif telah dipilih sebagai kerangka kajian bunyi ini. Perkataan dari kata bahasa Melayu
dan bahasa Itali yang bermula dengan /p, t, k, b, d, g/ telah dipilih. Perkataan tersebut adalah
seperti berikut:
84

Data A
Bahasa Itali Makna Transkripsi
/porta/ pintu [pRta]
/torre/ menara [tRR]
/corna/ hon [kRna]
/borsa/ beg [bRsa]
/dolce/ manisan [dlt]
/gonna/ gaun [gnna]

Data B

Bahasa Melayu Transkripsi


/pos/ [ps]
/tokong/ [tk]
/kopek/ [kp]
/bohong/ [bh]
/dokong/ [dk]
/goreng/ [gR]

Rakaman dijalankan dalam bilik kedap bunyi menggunakan perakam digital Sony Stereo
IC ICD-PX440 pada had gangguan bunyi persekitaran berkadar minimum. Informan diminta
untuk menyebut setiap perkataan secara kuat pada kadar percakapan yang selesa dan normal.
Setiap perkataan diulang sebanyak tiga kali.

Analisis akustik dijalankan dengan menggunakan perisian Praat (Boersma, 2011). MMS
dikenalpasti menerusi paparan spektrogram. Bacaan diambil dengan mengukur jarak masa mula
bersuara hingga pada garis peletusan bunyi plosif (Transient burst of noise / TBN). Kesemua
bacaan direkodkan dalam MS excell.

3.0 ANALISIS AKUSTIK

3.1 Masa mula bersuara (MMS/VOT)

Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai MMS bagi realisasi bunyi plosif tidak bersuara [p,t,k] dan
plosif bersuara [b,d,g] bagi Bit dan BM yang dituturkan oleh subjek lelaki berbangsa Itali.

Jadual 1. Nilai MMS


Segmen MMS Bit (ms) MMS BM (ms)
p 29 16
t 34 14
k 44 51
b -89 -93
d -95 -96
g -103 -74
85

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan perbandingan nilai MMS yang direalisasikan oleh subjek
apabila menuturkan bunyi bahasa Bit dan BM.

4.0 PERBINCANGAN
Analisis ini menunjukkan nilai purata plosif tidak bersuara ketika menuturkan kata dalam BIt
ialah antara 29 (ms) hingga 44 (ms). Bunyi plosif tidak bersuara di awal kata BIt bercirikan MMS
positif. Bunyi plosif bersuara pula memaparkan kewujudan nilai MMS negatif yang konsisten;
iaitu di antara -93 (ms) sehingga -103 (ms). Hal ini menunjukkan pita suara mula bergetar kuat
lebih awal dari saat permulaan pelepasan sekatan (Shahidi A.H, 2010). Bunyi plosif bersuara di
awal kata BIt menunjukkan ciri MMS negatif. Dapatan ini menunjukkan bahasa Itali yang
dituturkan oleh subjek berkategori SVL lwn. VLd.

Analisis turut menunjukkan nilai purata plosif tidak bersuara yang dihasilkan oleh
penutur berbangsa Itali ini ketika menuturkan kata dalam BM ialah antara 14 (ms) sehingga 51
(ms). MMS bagi bunyi [k] menunjukkan bacaan yang tinggi. Hal ini mungkin disebabkan
wujudnya pengaruh bunyi bahasa Indonesia yang terlebih dahulu subjek kuasai sebelum ini.
Bunyi letupan yang ketara ini menunjukkan ia dihasilkan melalui proses getaran pita suara yang
kuat bagi menghasilkan bunyi plosif velar tidak bersuara yang lebih ketara. Bunyi plosif tidak
bersuara di awal kata BM bercirikan MMS positif. Bunyi plosif bersuara pula menunjukkan
kewujudan nilai MMS negatif, iaitu di antara -74 (ms) sehingga -96 (ms). Keadaan yang sama
berlaku bagi bunyi BM yang dihasilkan oleh subjek, iaitu ia berkategori SVL lwn. VLd dan berlaku
getaran kuat pada pita suara dari saat mula pelepasan sekatan (Shahidi A.H, 2010).

5.0 KESIMPULAN
Menerusi analisis ini dapat diperhatikan bahawa subjek menunjukkan nilai plosif tidak bersuara
[p,t] ketika menuturkan BIt adalah lebih tinggi berbanding bunyi yang sama ketika menuturkan
BM. Bunyi plosif tidak bersuara [k] dalam Bit pula adalah lebih rendah berbanding BM.
Bagaimanapun, nilai bunyi plosif bersuara [b,d] dalam BIt dan BM hanya berbeza sedikit sahaja
berbanding bunyi [g] yang memaparkan nilai yang sangat tinggi ketika penutur menuturkan data
dalam BM. Oleh itu, dapatan menunjukkan kadar getaran pita suara penutur Itali ini adalah
berbeza bagi penghasilan bunyi plosif velar bersuara dan tidak bersuara ketika menuturkan Bit
dan BM.
86

Kajian ini hanya meneliti nilai MMS dalam realisasi Bit dan BM oleh penutur lelaki
berbangsa Itali sebagai salah satu kajian bersifat rintis. Masih banyak ciri-ciri akustik yang boleh
diteliti menerusi realisasi bunyi pertuturan subjek. Bagaimanapun, sebagai satu kajian rintis
analisis dan paparan dapatan ini akan menjadi pemangkin kajian-kajian realisasi kontras
penyuaraan bagi varian bunyi pertuturan yang lebih lanjut dan pelbagai.

RUJUKAN
Cho, T., Whalen, D.H. & Docherty, G. (2019). Voice onset time and beyond: Exploring laryngeal
contrast in 19 languages. Journal of Phonetics, 72, 52-65.
Lisker,L. &Abramson, A. S. (1964). A cross-language study of voicing in initial stops: Acoustical
measurements. Word, 20, 384-422.
Shahidi, A.H, Rahim Aman & Zulkifley Hamid. (2012). Kajian Akustik Realisasi Kontras
Penyuaraan Bunyi Plosif Bahasa Melayu. Gema Online: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahidi, A.H. (2010). An Acoustic and Perceptual Analysis of the Phonetic Properties of Malay
English Comparison to Those of Malay. (Unpublished doctoral thesis) University of
Newcastle, Newcastle upon Tyne.
Thomas, E. (2010). Sociophonetics An Introduction. New York: Palgrave Macmillan
Weismer, G. (1980). Control of the voicing distinction for intervocalic stops and fricatives:
Some data and theoretical considerations. Journal of Phonetics, 8, 427-438.
Zampini, M.L. & Green K. P. (2001). The voicing in English and Spanish: The relation between
perception and production. Nicol J.L. (pnyt). One Mind two Language hlm.23-48.
Boston: Blackwell.

Penghargaan
Sekalung terima kasih kepada pihak Universiti Sains Malaysia dan KPM yang telah menaja
pengajian saya (2014-kini). Terima kasih tidak terhingga kepada Penyelia pengajian yang telah
memberi banyak tunjuk ajar beserta doa yang tidak pernah putus.

Biodata Ringkas Penulis


Norhaniza binti Abdul Khairi; pensyarah di Bahagian Linguistik BM, PPIK, USM. Beliau
cenderung kepada bidang fonetik terapan. Kini mendalami ilmu fonetik akustik.

Shahidi A.H; Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, UKM. Bidang
kepakaran beliau ialah fonetik eksperimental. Antara penerbitan beliau adalah Rekonstruksi
dalaman varian Banjar Beriah Purba (2018).
87

KAJIAN LINGUISTIK DAN KESANTUNAN YANG MENGGUNAKAN FACEBOOK DI


MALAYSIA: SATU TINJAUAN LITERATUR

Nur Hamimah Muhammad Irahimi Norsofiah Abu Bakarii & Radiah Yusoffiii
i (Pengarang Bersama). Pelajar Sarjana, Universiti Sains Malaysia. hamimah.irahim12@gmail.com
ii Pensyarah, Universiti Sains Malaysia. abnorsofiah@usm.my
iii Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia. radiah@usm.my

Abstrak
Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam
sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan
kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan
pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan bahasa yang
digunakan di laman facebook oleh pengguna di Malaysia menunjukkan pelbagai fungsi dan maksim dalam
penyampaian mereka secara tulisan. Sebagai contoh, meminta, mendesak, menyatakan, beramah tamah,
mengecam dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan bahasa yang digunakan
dalam ruangan komen di laman facebook. Kajian ini adalah untuk menganalisis kajian linguistik yang
menggunakan laman facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kajian
linguistik tentang kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-
kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kajian-kajian lepas sebagai
bahan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kajian linguistik yang dilakukan dengan
menggunakan facebook di Malaysia. Namun begitu, kajian kesantunan bahasa yang menggunakan facebook
adalah kurang dilakukan khususnya kajian di Malaysia.

Kata kekunci: linguistik, kesantunan bahasa, facebook

1.0 PENGENALAN
Facebook merupakan salah satu medan media sosial dan medium komunikasi yang sangat
popular yang diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg (Maslida Yusof dan Karim
Harun, 2015). Medium ini dapat menghubungkan manusia antara benua yang mana dapat
mengumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkongsi pelbagai latar dan minat yang
sama di alam maya, sama ada pernah berjumpa atau tidak secara bersemuka (Maslida Yusof dan
Karim Harun, 2015). Selain itu, facebook juga membolehkan penggunanya berhubung dengan
rakan-rakan dengan lebih pantas, mudah, murah dan melangkaui geografi (Mohd Khairuddin dan
Mohamad Fauzi, 2014). Medan komunikasi ini membolehkan pengguna untuk menonjolkan diri
dan corak jaringan sosial mereka dengan mudah antara pengguna yang lain (Ellison et al., 1996;
Mohd Khairuddin dan Mohamad Fauzi, 2014). Selain itu, pengguna yang menggunakan facebook
ini dapat membina hubungan yang positif secara individu atau berkumpulan dengan kepuasan
diri sendiri, kepercayaan sosial, sivik dan penglibatan politik berdasarkan kajian Sebastian, Park
dan Kee pada tahun 2008 (Mohd Khairuddin dan Mohamad Fauzi, 2014).

Kesantunan pula ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan
pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan
bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin
keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah
dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan berbahasa ini juga dapat memberikan keselesaan bagi
pendengar ketiga yang terlibat dalam interaksi tersebut (Leech, 1983; Asmah, 2000; Rabahyah
dan Zaitul Azma, 2017). Menurut Asmah (2000), kesantunan bahasa juga adalah penggunaan
bahasa dalam kehidupan seharian yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung daripada pihak lawan bercakap atau pendengar.
88

Terdapat kajian kesantunan yang boleh menggunakan beberapa teori seperti teori
kesantunan Leech (1983), Brown dan Levinson (1978, 1987), Asmah (2000) dan lain-lain. Teori
kesantunan oleh Leech (1983) yang memperkenalkan empat maksim berdasarkan maksim
kerjasama yang diperluaskan daripada model Grice (1975). Model Brown dan Levinson (1978,
1987) pula menghuraikan kesantunan dari segi reaksi air muka sama ada air muka positif
ataupun air muka negatif dalam pertuturan. Teori kesantunan oleh Asmah (2000) juga
membincangkan konsep muka dan air muka dalam komunikasi.

Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti kajian linguistik yang menggunakan laman
facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk menganalisis kajian linguistik
khususnya kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-
kajian terdahulu.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kajian linguistik yang lepas yang menggunakan laman
Facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk menganalisis kajian linguistik dan
kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-kajian
terdahulu.

1.2 KEPENTINGAN KAJIAN


Terdapat pelbagai medium komunikasi yang digunakan oleh masyarakat pada hari ini
termasuklah WhatsApp, twitter, Instagram, facebook dan lain-lain. Facebook yang merupakan
medium komunikasi dan lebih selesa disebut sebagai laman media sosial yang paling banyak
digunakan untuk berkongsi gambar, video dan kemas kini status secara umum atau tidak,
membalas komen dan mesej secara personal. Setiap medium ini mempunyai matlamat tersendiri
yang mana pengguna dapat berhubung antara satu sama lain walaupun berada di dua benua yang
berbeza.

Namun begitu, kajian yang menggunakan medan komunikasi facebook banyak dilakukan
berkaitan keberkesanan komunikasi, manakala kajian linguistik kebanyakannya membincangkan
morfologi, sintaksis, sosiolinguistik dan semantik. Kajian kesantunan bahasa yang menggunakan
facebook adalah kurang dilihat dan dikaji oleh pengkaji, khususnya di Malaysia.

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk menganalisis kajian literatur dan kesantunan yang
digunakan dalam laman facebook oleh pengguna di Malaysia.

2.0 KAJIAN LITERATUR


Berdasarkan kajian lepas yang menjadi rujukan pengkaji, terdapat artikel yang telah
menunjukkan dapatan kajian terhadap linguistik dengan menggunakan facebook di Malaysia.

Maslida Yusof dan Karim Harun (2015) telah meneliti fungsi komunikasi melalui lakuan
tutur yang disampaikan oleh pengguna facebook melalui ruangan/aktiviti kemas kini status.
Kajian ini memperlihatkan lakuan sosial yang digunakan oleh pengguna facebook bagi
mengungkapkan emosi dan perasaan, memulakan perbahasan atau menghina seseorang
(Maslida Yusof dan Karim Harun, 2015). Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan
daripada sampel kemas kini status dan dianalisis berdasarkan kerangka lakuan tutur Searle
(1969). Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini ialah lakuan tutur yang ditunjukkan
oleh pengguna facebook terdiri daripada representatif, ekspresif dan direktif.

Salinah Jaafar, Huraizah Abd. Sani dan Rohaidah Haron (2018) pula membincangkan
perubahan fungsi dan makna peribahasa yang diambil daripada laman facebook. Perubahan yang
terhasil daripada pembaharuan yang digunakan oleh pengguna facebook mengikut peredaran
ialah bentuk, makna leksikal, kolokasi dan kognitif (Salinah Jaafar, Huraizah Abd. Sani dan
89

Rohaidah Haron, 2018). Ungkapan peribahasa yang baharu yang diperbaharui oleh pengguna
facebook juga mempunyai makna eksplisit dan implisit bagi merealitikan ungkapan tersebut dan
memberi kesan kepada masyarakat.

Kartini Abd Wahab (2018) pula membincangkan penggunaan Bahasa Melayu sabah
(BMS) dalam laman media sosial facebook dengan memfokuskan analisis terhadap ciri dan fungsi
komunikatif BMS. Kajian ini memperlihatkan beberapa ciri linguistik dalam BMS di laman
facebook seperti fonologi dari aspek bunyi dan ejaan kata BMS yang disesuaikan seperti BMS lisan
yang mana tidak mempunyai bunyi vokal tertentu (Kartini Abd Wahab, 2018). Kajian ini juga
menjelaskan ciri linguistik lain seperti morfologi dan sintaksis, iaitu terdapat struktur songsang
(predikat+subjek) dalam ayat yang dihasilkan dalam BMS.

Mohd Syuhaidi Abu Bakar dan Aliffluqman Mohd Mazzalan (2018) telah mengkaji aliran
pertuturan penggunaan bahasa rojak yang digunakan di laman sosial facebook di Malaysia. Kajian
yang menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis isi kandungan ini telah memperoleh
dapatan bahawa bahasa rojak; percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris amat ketara
digunakan oleh pengguna facebook di Malaysia (Mohd Syuhaidi Abu Bakar, Aliffluqman Mohd
Mazzalan, 2018). Hal yang demikian merupakan masalah yang perlu diteliti supaya bahasa
kebangsaan dapat dimartabatkan dalam kalangan masyarakat.

Rohaidah Mashudi et al (2018) telah menjalankan kajian untuk memahami interpretasi


mesej pengguna media sosial serta mengenal pasti komuniti wacana dalam media sosial
facebook. Kaedah pemerhatian berdasarkan pendekatan etnografi komunikasi oleh Hymes
(1986) telah digunakan bagi menginterpretasi mesej yang dipaparkan membawa makna kepada
komuniti tersebut dan mempunyai minat yang sama terhadap komunikasi antara wacana
(Rohaidah Mashudi et al, 2018).
90

Jadual 1. Ringkasan kajian literatur terhadap kajian linguistik tentang facebook


Bil Penulis Metodologi Kajian Dapatan
1 Maslida Yusof dan Menggunakan kaedah analisis Lakuan tutur yang ditunjukkan oleh
Karim Harun (2015) kandungan daripada sampel pengguna facebook terdiri daripada
kemas kini status dan dianalisis representatif, ekspresif dan direktif.
berdasarkan kerangka lakuan
tutur Searle (1969).
2 Salinah Jaafar, Menggunakan pendekatan Ungkapan peribahasa yang baharu yang
Huraizah Abd. Sani penyelidikan kualitatif dan diperbaharui oleh pengguna facebook
dan Rohaidah Haron kepustakaan. Kajian dianalisis juga mempunyai makna eksplisit dan
(2018) berpandukan teori Relevans dan implisit bagi merealitikan ungkapan
teori Realitiviti Linguistik oleh tersebut dan memberi kesan kepada
Sapir dan Whorf. masyarakat.
3 Kartini Abd Wahab Menggunakan pendekatan Kajian ini memperlihatkan beberapa
(2018) deskriptif kualitatif untuk ciri linguistik dalam BMS di laman
menganalisis ciri dan fungsi facebook seperti fonologi dari aspek
komunikatif berdasarkan teori bunyi dan ejaan kata BMS yang
Halliday (1973). disesuaikan seperti BMS lisan yang
mana tidak mempunyai bunyi vokal
tertentu dan menjelaskan ciri linguistik
lain seperti morfologi dan sintaksis,
iaitu terdapat struktur songsang
(predikat+subjek) dalam ayat yang
dihasilkan dalam BMS.
4 Mohd Syuhaidi Abu Menggunakan kaedah kualitatif Memperoleh dapatan bahawa bahasa
Bakar dan dengan menganalisis isi rojak; percampuran bahasa Melayu dan
Aliffluqman Mohd kandungan dan teknik bahasa Inggeris amat ketara digunakan
Mazzalan (2018) persampelan bertujuan. oleh pengguna facebook di Malaysia.
5 Rohaidah Mashudi et Kaedah pemerhatian berdasarkan Kajian ini telah menginterpretasi mesej
al (2018) pendekatan etnografi komunikasi yang dipaparkan membawa makna
oleh Hymes (1986). kepada komuniti tersebut dan
mempunyai minat yang sama terhadap
komunikasi antara wacana.

Pada pandangan pengkaji, kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas adalah lebih
mengfokuskan kepada kajian fonetik, morfosintaksis, sosiolinguistik dan semantik. Terdapat juga
kajian linguistik pragmatik yang dilakukan, iaitu tentang lakuan tutur dengan menggunakan teori
lakuan tutur yang dikemukan oleh Searle (1969). Oleh hal yang demikian, tidak banyak kajian
yang dibuat dalam bidang pragmatik khususnya kajian kesantunan bahasa dalam facebook di
Malaysia. Kebanyakannya, kajian kesantunan bahasa dilakukan oleh pengkaji lepas berdasarkan
penyelidikan secara bersemuka dengan subjek kajian.

3.0 PENUTUP
Kajian terhadap kesantunan bahasa yang digunakan di laman facebook di Malaysia akan dilihat
daripada komen yang dikemukakan oleh pengguna terhadap status yang dibuat oleh pengguna
yang lain. Data daripada analisis teks yang dilakukan akan dikenal pasti fungsi perlakuan
pertuturan yang digunakan seperti bersaing, beramah tamah, kolaborasi dan berkonflik.
Keempat-empat fungsi perlakuan pertuturan yang disarankan oleh Leech (1993) ini adalah
adaptasi maksim yang dikemukakan oleh Grice (1975), iaitu maksim kerjasama dalam
pertuturan. Leech (1993) berpendapat bahawa prinsip kerjasama tidak dapat menjelaskan sebab
penutur tidak menyampaikan perkara yang dimaksudkan secara terus. Oleh itu, kajian ini adalah
untuk mengkaji dan mengenal pasti fungsi perlakukan pertuturan berdasarkan model Leech
(1983) mengikut darjah kesantunan berdasarkan fungsi perlakuan pertuturan dan enam maksim
yang diolah daripada model Grice (1975).
91

RUJUKAN

Leech, G. (1993). Prinsip Pragmatik. Diterjemah oleh Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Pragmatik Linguistik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kartini Abd Wahab. (2018). Ciri dan Fungsi Komunikatif Bahasa Melayu Sabah dalam Media
Sosial. Jurnal Komunikasi, 34(4), 58-74.
Maslida Yusof dan Karim Harun. (2015). Analisis Lakuan Tutur dalam Ruangan Status Facebook.
Jurnal Komunikasi, 31(2), 151-168.
Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin dan Mohamad fauzu Sukimi. (2014). Interaksi Sosial di
Ruang Maya: Kajian Kes Jaringan Sosial Melalui Laman Facebook di Malaysia. GEOGRAFIA
Online Malaysian Journal of Society and Space, 10(6), 138-147.
Mohd Syuhaidi Abu Bakar dan Aliffluqman Mohd Mazzalan. (2018). Aliran Pertuturan Bahasa
Rojak dalam Kalangan Pengguna Facebook di Malaysia. e-Academia Journal, 7(1), 62-71.
Rabayah Tahir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2017). Penanda Santun dalam Perbualan Kanak-
kanak Melayu. Jurnal Bahasa, 17(1), 193-209.
Rohaidah Mashudi et al. (2018). Media Sosial dari Perspektif Interpretasi Mesej Komuniti
Wacana. International Journal of Heritage, Art and Multimedia, 1(3), 112-127.
Salinah Jaafar, Huraizah Abd Sani dan Rohaidah harun. (2018). Perubahan Fungsi dan Makna
Peribahasa dalam Laman Facebook. Jurnal Komunikasi, 34 (2),354-373.
Ainal Akmar Ahmad et al. (2016). Kesantunan Bahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial.
Proceeding of the International Conference on Government & Public Affair 2016.

Biodata Ringkas Penulis


Nur Hamimah Muhammad Irahim ialah pelajar Sarjana Sastera Pengajian Bahasa Melayu di
Universiti Sains Malaysia.

Norsofiah Abu Bakar ialah pensyarah di Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Radiah Yusoff ialah pensyarah kanan di Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
92

STRATEGI PEMBELAJARAN ADJEKTIF OLEH PELAJAR ASING BERDASARKAN


KORPUS DAN MEDAN SEMANTIK

Nur Nazira Nazrii & Hasmidar Hassanii

i (Pengarang Bersama). Pelajar, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


zieranazira94@yahoo.com
Pensyarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. hasmidar@um.edu.my

Abstrak
Pembelajaran bahasa Melayu khususnya aspek morfologi merupakan aspek yang agak sukar dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu
merupakan sejenis bahasa aglutinatif yang memanfaatkan imbuhan dalam pembentukan kata. Justeru
pengajaran dan pembelajaran aspek morfologi bahasa Melayu perlu dilakukan berdasarkan kaedah yang
tertentu dan berdasarkan bentuk kata yang bersifat konkrit kepada abstrak dan mudah kepada yang lebih
susah. Dalam konteks morfologi, golongan kata adjektif dilihat sering menimbulkan masalah kepada
pelajar asing. Hal ini demikian kerana adjektif melibatkan nilai rasa dan pandangan hidup penutur asli.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran adjektif perlu berasaskan konteks penggunaan dan tidak boleh
diajarkan secara terpisah. Berdasarkan penulisan karangan pelajar-pelajar daripada dua buah universiti
awam dan universiti swasta, kata adjektif sifatan atau keadaan dan kata adjektif perasaan merupakan kata
adjektif yang paling banyak digunakan dengan salah oleh para pelajar. Atas sebab itu, strategi pembelajaran
adjektif berdasarkan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kaedah medan semantik dicadangkan
bagi membolehkan para pelajar asing memahami penggunaan adjektif dengan betul berdasarkan konteks
ayat yang betul.

Kata kekunci: strategi pembelajaran, adjektif, korpus, medan semantik, pelajar asing

1.0 PENDAHULUAN
Aspek morfologi merupakan unit terkecil yang bermakna dan boleh dikembangkan menjadi ayat.
Sesuatu ayat tidak dapat dibina dengan betul sekiranya aspek morfologi ini tidak dikuasai dengan
baik. Penggunaannya dari aspek struktur boleh menjadi betul, tetapi dari aspek konteks ayat
mungkin boleh menjadi salah. Menurut Abdullah Hassan (2013), morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Perkataan ini merupakan unit asas yang mengisi
struktur frasa bagi membina ayat.

Kesalahan aspek morfologi ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya
pengetahuan tentang proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan, proses
pemajmukan, dan proses penggandaan. Selain itu, kebanyakan pelajar sering juga melakukan
kesalahan dalam memilih makna sesuatu perkataan yang sesuai berdasarkan konteks. Hal ini
kerana mereka merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan tersebut dan
menterjemahkan perkataan tersebut secara literal. Namun begitu, perkataan yang dipilih tidak
sesuai dengan konteks ayat kerana kamus akan memberikan makna yang sinonim dengan
perkataan yang dicari. Pelajar pula cenderung untuk memilih perkataan pertama yang diberikan
oleh kamus tanpa melihat konteks ayat yang sesuai.

Hal ini menjadi lebih sukar bagi kata yang bersifat abstrak seperti kata adjektif. Kamus
biasanya akan memberikan makna kata sesuatu kata adjektif beberapa kata yang bersinonim.
Oleh hal yang demikian, pelajar perlu bijak memilih makna kata adjektif ini berdasarkan
konteksnya. Menurut Nik Safiah et al., (2013), kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, iaitu
perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Penggunaan adjektif untuk
menerang kata nama dalam frasa nama sering menimbulkan kekeliruan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) pelajar-pelajar asing. Hal ini demikian kerana adjektif mendukung nilai rasa
penutur Melayu yang sukar untuk difahami oleh penutur atau pelajar asing. Oleh hal yang
demikian, kesalahan dari aspek morfologi merupakan satu perkara yang berguna bagi
membolehkan pengajar menghasilkan strategi-strategi yang dapat menambah baik teknik
93

pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu kepada pelajar asing (Hasmidar Hassan,
Mardian Shah, dan Puteri Roslina, 2018).

Oleh hal yang demikian, kajian ini diketengahkan untuk meneliti kesalahan penggunaan
adjektif yang dilakukan oleh pelajar asing dalam penulisan mereka. Seterusnya satu strategi
pembelajaran adjektif dicadangkan untuk tujuan pembelajaran bahasa Melayu oleh pelajar asing.
Strategi pembelajaran ini berdasarkan sumber korpus bagi membolehkan suatu medan semantik
adjektif dibina. Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digunakan kerana korpus tersebut
memaparkan penggunaan ayat yang sebenar oleh pengguna bahasa. Hal ini turut dipersetujui
oleh Mohd Azhar Simin (dalam Anida Sarudin, 2011), yang menyatakan bahawa data korpus
merupakan data yang tidak direka dan merupakan data yang sahih.

1.1 Objektif Kajian


Penyelidikan ini dijalankan untuk:
i. mengenal pasti kesalahan penggunaan adjektif dalam penulisan pelajar asing.
ii. mengkategorikan penggunaan adjektif yang salah oleh pelajar asing.
iii. mencadangkan strategi pembelajaran kata adjektif bersumberkan korpus.

1.2 Permasalahan Kajian


Aspek morfologi boleh menimbulkan banyak kesalahan kerana aspek morfologi ini melibatkan
proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan, proses pemajmukan, dan proses
penggandaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
Morfologi ini juga harus diajarkan peringkat demi peringkat daripada yang mudah kepada
perkara yang susah. Hal ini bagi memudahkan pembelajaran sesuatu perkara baharu kepada
pelajar bahasa kedua atau ketiga.
Berdasarkan pemerhatian awal, selain kata nama dan kata kerja, kata adjektif juga sering
menimbulkan masalah kepada pelajar khususnya pelajar asing untuk menguasai makna yang
didukung oleh kata adjektif dan fungsinya untuk menerangkan kata nama dalam struktur frasa
nama. Hal ini demikian kerana adjektif mendukung nilai rasa penutur Melayu yang sukar untuk
difahami oleh penutur asing atau pelajar asing. Hal ini melibatkan medan makna, nilai rasa, dan
kolokasi. Kolokasi menunjukkan kesepadan kata yang sesuai dalam konteks ayat. Menurut
Muhammad Luqman et al. (2015), kolokasi merupakan kombinasi antara dua atau lebih
komponen perkataan dalam bahasa.
Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan pendekatan bagi
pembelajaran adjektif bersumberkan korpus. Hal ini dapat memberikan maklumat konteks,
menunjukkan kolokasi penggunaan kata adjektif itu yang berkolokasi secara sintagmatik dalam
struktur ayat. Data korpus juga akan membolehkan pengkaji membentuk medan semantik
adjektif berdasarkan penggunaannya dalam ayat yang berbeza konteks penggunaanya.
Kajian ini memfokuskan isu adjektif kerana ia sering menimbulkan kekeliruan dari segi
penggunaannya dalam konteks ayat terutamanya dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai
bahasa asing. Hal ini berlaku kerana pelajar asing cenderung untuk memilih makna pertama yang
diberikan dalam kamus dan menterjemahkan sesuatu kata secara literal tanpa menyedari
kesesuaian penggunaannya dalam konteks ayat yang dibina. Dalam hal ini, pelajar tidak boleh
bergantung pada kamus untuk membina ayat. Hal ini demikian kerana tidak semua kata yang
diberikan oleh kamus boleh digunakan dalam semua konteks ayat dan berkolokasi dengan kata
lain secara sintagmatik dalam semua konteks ayat.
94

1.3 Batasan Kajian


Kajian ini bertitik tolak daripada kesalahan penggunaan kata adjektif dalam penulisan pelajar
asing dari universiti awam dan universiti swasta. Dua buah universiti awam tersebut merupakan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaya (UM) manakala, dua buah
universiti swasta pula merupakan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Asia e Universiti.
Kesalahan penggunaan kata adjektif oleh pelajar-pelajar ini akan dikategorikan kepada
subgolongan kata adjektif yang telah disenaraikan oleh Nik Safiah Karim et. al. (2013).
Terdapat sembilan subgolongan kata adjektif telah disenaraikan oleh Nik Safiah Karim,
namun hanya dua subgolongan kata adjektif yang paling banyak kesalahan dilakukan oleh pelajar
asing tersebut akan dianalisis. Dua adjektif tersebut merupakan kata adjektif sifatan atau keadaan
dan kata adjektif perasaan. Hal ini demikan kerana kedua-dua kata adjektif ini mempunyai
banyak sinonim dan boleh mengelirukan pelajar yang baru mempelajari bahasa Melayu.
Seterusnya, strategi pembelajaran pelajar asing ini akan dicadangkan berdasarkan
korpus untuk menghasilkan suatu medan semantik. Korpus yang digunakan ialah korpus Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebanyak 1000 ayat dijana berdasarkan korpus melalui carian
konkordans akan diteliti untuk menghasilkan medan semantik. Namun, hanya 5 ayat sahaja akan
dilampirkan dalam analisis sebagai bukti carian konkordans tersebut.
Di samping itu, hanya satu sahaja perkataan berdasarkan setiap dua subgolongan adjektif
akan diteliti. Atas sebab itu, maka kata adjektif daripada dua golongan ini dikaji bagi menjelaskan
penggunaannya yang betul berdasarkan konteks ayat.

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada
penutur asing. Setiap kajian berbeza-beza berdasarkan pemilihan data kajian, skop kajian, dan
dapatan kajian.

Kajian oleh Norhazlina Husin (2009) menjalankan kertas kerja tentang terjemahan dalam
pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing di luar negara. Kertas kerja ini memfokuskan
kepada pengajaran bahasa Melayu di Universiti Walailak, Thailand. Berdasarkan kajian yang
dijalankan, didapati bahawa terjemahan membantu pensyarah dalam proses berkomunikasi
dengan pelajar selain membantu pensyarah mengajar kosa kata bahasa Melayu kepada pelajar.
Pada peringkat awal, beberapa perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Thailand digunakan untuk
membantu pelajar memahami bahasa Melayu dan mengajar sistem bunyi bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana bahasa Thailand merupakan bahasa tona atau bernada. Kertas kerja ini juga
menyatakan bahawa ayat yang betul dan makna mengikut konteks lebih penting berbanding
terjemahan kata demi kata. Perkara ini turut diingatkan kepada pelajar.

Selain itu, lirik lagu dan peribahasa bahasa Thailand juga diajar untuk diterjemahkan
dalam bahasa Melayu. Perkara seperti ini penting untuk membangkitkan rasa seronok ketika
belajar dan mudah difahami oleh pelajar. Walau bagaimanapun, aspek makna berdasarkan
konteks amat penting dalam terjemahan. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terjemahan
boleh dijadikan sebagai teknik pengajaran yang dapat membantu dalam pengajaran bahasa
Melayu kepada penutur asing di luar negara.

Kajian korpus yang hampir sama dengan kajian yang dijalankan merupakan kajian oleh
Sai’ida Walid dan Rajai Rasheed (2019). Kajian ini membincangkan analisis sinonim terhadap
lapan adjektif ‘takut’ dalam bahasa Inggeris berdasarkan pangkalan korpus. Kajian ini hanya akan
memfokuskan kepada lapan adjketif takut, iaitu ‘afraid’, ‘scared’, ‘frightened’, ‘terrified’, ‘startled’,
‘fearful’, ‘horrified’, and ‘petrified’. Data dikutip daripada British National Corpus (BNC), Corpus
of Contemporary American English (COCA), online Longman Dictionary of Contemporary English
(LDOCE), dan online Merriam Webster’s Dictionary (MWD).
95

Dapatan kajian mendapati kedua-dua korpus menunjukkan bahawa adjektif paling kerap
digunakan ialah ‘afraid’, ‘scared’, dan ‘frightened’. Di samping itu, dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa masyarakat Amerika dan British cenderung untuk mengelakkan
penggunaan adjektif tersebut dalam konteks akademik. Selain itu, LDOCE memaparkan pelbagai
kefahaman untuk tiga perkataan tersebut. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa data bagi
kedua-dua korpus memberikan makna lain yang tidak terdapat dalam kamus-kamus yang telah
dinyatakan sebelum ini. COCA memparkan pelbagai ekspresi idiomatik dalam korpus berbanding
MWD. Oleh hal yang demikian, korpus dapat memberikan pelbagai makna lain berbanding
kamus.

Kajian seterusnya merupakan kajian tentang aplikasi teori medan semantik terhadap
pembelajaran perbendaharaan kata bahasa inggeris. Kajian ini dijalankan oleh Chunming Gao dan
Bin Xu pada tahun 2013. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji klasifikasi hubungan semantik
seperti hiponim, antonim, sinonim, dan sebagainya. Seterusnya pelbagai contoh ilustrasi akan
dipaparkan dengan aplikasi teori medan semantik. Kajian ini mengklasifikasikan teori medan
semantik kepada tiga kategori utama, iaitu hiponim, antonim, dan sinonim. Setiap kategori
diberikan ilustrasi dengan pelbagai contoh. Selain itu, setiap kategori juga menunjukkan
hubungan semantik perbendaharaan kata bahasa Inggeris dengan huraian yang terperinci. Ciri-
ciri untuk setiap medan semantik diringkaskan ketika ilustrasi, iaitu termasuklah hierarki, silang-
menyilang, kesamaran, dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, perincian medan semantik
mudah difahami.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Berdasarkan analisis kesalahan ini, satu strategi pembelajaran dicadangkan berdasarkan data
korpus bagi membentuk medan semantik makna kata adjektif. Kajian ini memanfaatkan skrip
jawapan pelajar asing daripada keempat-empat universiti tersebut untuk meneliti kesalahan
penggunaan kata adjektif dalam penulisan mereka. Bagi menganalisis data atau korpus yang
dikutip daripada pangkalan data korpus DBP, pengkaji memanfaatkan teori medan semantik dan
pemerian nahu oleh Nik Safiah Karim et al. (2013).

4.0 KERANGKA TEORI


Teori medan semantik dipelopori oleh Jost Trier (1934). Teori ini turut berkembang dalam
kalangan sarjana barat yang lain. Teori ini juga melibatkan pengkategorian perkataan yang
mempunyai makna yang hampir sama dalam suatu kumpulan kata. Menurut Harimurti
Kridalaksana (2008), teori yang dipelopori oleh Jost Trier dan sarjana lain menganggap bahawa
pelbagai bidang perbendaharaan kata suatu bahasa dapat dianalisis atas bidang-bidang yang
mencakup makna-makna yang berkaitan.

Mashitah (2012) menyatakan bahawa Trier telah mengenal pasti bahawa setiap bahasa
dikembangkan secara realiti dan unik. Selain itu, Trier juga mengatakan bahawa dalam bidang
leksikal, seluruh idea atau rangkaian konsep mempunyai hubungan dalam jangka waktu yang
terhad. Ringkasnya, teori medan semantik merujuk satu set perkataan yang berada di bawah satu
medan makna. Hal ini turut dipersetujui oleh Mashitah (2012), yang menyatakan bahawa teori
medan makna melibatkan sekumpulan atau satu set perkataan yang saling berkaitan dalam satu
medan.

Di samping itu, penyelidikan ini juga didasari oleh pemerian adjektif oleh penahu
tempatan, iaitu Nik Safiah Karim et al. (2013). Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), nahu
yang menjadi rujukan ialah Tatabahasa Dewan kerana nahu ini menumpukan kepada struktur
ayat mudah dan lebih sesuai untuk pelajar yang baru belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
96

5.0 ANALISIS DAN DAPATAN


Berdasarkan penelitian terhadap penulisan pelajar asing di dua buah IPTA dan dua buah IPTS
yang telah dinyatakan sebelum ini, iaitu UM, UMT, UNITEN, dan Asia e universiti, didapati bahawa
adjektif yang disalahgunakan oleh pelajar asing dalam penulisan mereka ialah adjektif sifatan
atau keadaan, adjektif ukuran, adjektif perasaan, dan adjektif pancaindera. Namun begitu, hanya
dua sahaja adjektif yang dibincangkan dalam penulisan ini. Dua adjektif tersebut merupakan
adjektif sifatan atau keadaan dan adjektif perasaan.

5.1 Cadangan Strategi Adjektif Bersumberkan Korpus


Suatu cadangan strategi pembelajaran adjektif oleh pelajar asing adalah dengan penggunaan
korpus. Korpus membantu pelajar mengetahui kesesuaian penggunaan kata adjektif yang dipilih
berdasarkan konteks dan situasi. Sebanyak 1000 carian konkordans oleh korpus diteliti, namun
atas sebab kekangan ruang, hanya lima sahaja konkordans sahaja akan dipaparkan.

5.1.1 Kata Adjektif Sifatan atau keadaan


Carian konkordans bagi adjektif sifatan ‘baik’ adalah seperti berikut :

Baik
Bil. Konkordans : 1,000 konkordans dijumpai.
1) Orang Melayu Malaysia, katanya, telah diberi peluang lebih baik berbanding Melayu
di dunia. | Pemimpin perlu jaga hati jiran.Nasional, 2001
2) Orang tua-tua mengatakan, "tanda-tanda pemimpin baik, baik sifat baik budinya, baik
laku baik perangainya, baik ... |PEMIMPIN DALAM UNGKAPAN MELAYU.Sastera, 2000
3) ... keupayaan memajukan negara itu, atau memberi perkhidmatan yang baik kepada
rakyat.
4) ...disambar ikan kelah tetapi saya masih tidak bernasib baik kerana gagal
menaikkannya ke atas perahu sementara Majid... |PENGALAMAN DAN PETUA
MEMANCING IKAN AIR TAWAR. 1992
5) ... komponen sistem penglihatan anda sentiasa berada dalam keadaan baik.

Berdasarkan lima ayat di atas, didapati bahawa adjketif ‘baik’ berkolokasi dengan ayat atau frasa
yang berbeza-beza. Sebagai contoh, bagi ayat pertama, iaitu ‘Orang Melayu Malaysia, katanya,
telah diberi peluang lebih baik berbanding Melayu di dunia’ menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’
berkolokasi dengan ‘peluang’. Ayat seterusnya ialah ‘Orang tua-tua mengatakan, "tanda-tanda
pemimpin baik, baik sifat baik budinya, baik laku baik perangainya’. Ayat tersebut merujuk
kepada kolokasi ‘kelakuan’.

Ayat ketiga pula, iaitu ‘... keupayaan memajukan negara itu, atau memberi perkhidmatan
yang baik kepada rakyat.’ menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’ berkolokasi dengan
‘perkhidmatan’ manakala, ayat ‘... disambar ikan kelah tetapi saya masih tidak bernasib baik
kerana gagal menaikkannya ke atas perahu sementara Majid’ menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’
berkolokasi dengan ‘nasib’ dan ayat terakhir pula menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’
berkolokasi dengan ‘penglihatan’ dalam ayat ‘komponen sistem penglihatan anda sentiasa berada
dalam keadaan baik.’

Hal ini menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’ boleh digunakan untuk makna yang berbeza
dalam pelbagai konteks. Selain lima ayat yang dipaparkan, adjektif ‘baik’ juga boleh berkolokasi
dengan pelbagai konteks dan makna lain seperti kualiti, haiwan, persoalan, niat, dan sebagainya.

Huraian di atas menunjukkan bahawa adjektif ‘baik’ tidak boleh diajarkan secara bebas
konteks atau berdasarkan satu ayat yang bersifat literal atau harfiah atau berdasarkan makna
kamus, sebaliknya adjektif tersebut perlu diajarkan berdasarkan konteks ayat yang berbeza-
beza.
97

Berdasarkan 1000 carian konkordans berdasarkan korpus, didapati bahawa adjektif


‘baik’ digunakan dalam pelbagai konteks-konteks yang lain. Oleh hal yang demikian, suatu medan
makna dapat dihasilkan berdasarkan 1000 ayat yang telah dijana. Rajah di bawah menunjukkan
medan semantik ‘baik’ dan kolokasinya yang dihasilkan berdasarkan 1000 ayat yang telah dijana
dalam korpus.

Rajah 1. Medan semantik ‘Baik’

Rajah 1 menunjukkan medan semantik bagi adjektif ‘baik’. Berdasarkan rajah tersebut, dapat
dilihat bahawa adjektif ‘baik’ berkolokasi dengan pelbagai perkara seperti manusia, objek,
tanggungjawab, emosi, dan sebagainya. Ayat yang diberikan oleh korpus kebanyakannya
mempunyai rujukan yang sama dengan kolokasi yang dipaparkan. Oleh hal yang demikian,
adjektif ‘baik’ bukan sahaja berkolokasi dengan bagus, ‘baik’, sopan, elok, faedah, dan enak seperti
yang terdapat dalam kamus Dwibahasa Oxford, malah adjektif baik juga boleh berkolokasi
dengan pelbagai perkara lain berdasarkan konteks-konteks yang berbeza.

Hal ini juga turut dipersetujui oleh Chunming Gao dan Bin Xu (2013) bahawa medan
semantik merupakan gabungan perkataan yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Gabungan perkataan tersebut merujuk kepada kolokasi.

5.1.2 Kata Adjektif Perasaan


Berikut merupakan carian konkordans bagi adjektif ‘sayang’:

Sayang
Bil. Konkordans : 1,000 konkordans dijumpai.
1) Sikap sayang kepada rezeki kurniaan Allah untuk kita hingga tidak ... | Kumpulan
paling rugi dalam Ramadan.Surat Pembaca, 1999
2) Kasih sayang merupakan sesuatu yang sangat diperlukan kanak-kanak dalam proses
...| KELUARGA MAC 1996.Keluarga, 1996
3) Pasangan itu, dikatakan, memanggil "sayang" antara satu sama lain ketika mesyuarat
Kabinet. |Mr 10 Percent dua kali masuk hospital.Global, 1999
4) "Pelbagai nikmat pembangunan hari ini seharusnya menjadikan rakyat sayang
terhadap negara dan parti yang memelihara keamanan. |Pemimpin pelbagai kaum
akui fungsi penting Umno.Nasional, 2003
98

5) Sayang pula jika tidak disambung kerana skrip filem ini ...| Saya merindui buat
konsert solo. Hiburan 2005

Berdasarkan lima ayat daripada 1000 carian konkordans tersebut didapati bahawa adjektif
‘sayang’ berkolokasi dengan pelbagai keadaan atau konteks yang berbeza. Sebagai contoh, dalam
ayat pertama, adjektif ‘sayang’ berkolokasi dengan ‘sikap’. Contoh ayatnya ialah ‘Sikap sayang
kepada rezeki kurniaan Allah…’. Contoh ayat seterusnya ialah ‘Kasih sayang merupakan sesuatu
yang sangat diperlukan kanak-kanak …’. Berdasarkan ayat tersebut, adjektif ‘sayang’ berkolokasi
dengan ‘kasih’.
Seterusnya, contoh ayat ketiga pula memperlihat adjektif ‘sayang’ yang berkolokasi
dengan ‘panggilan’ dalam ayat ‘Pasangan itu, dikatakan, memanggil "sayang" antara satu sama
lain ketika mesyuarat Kabinet’. Contoh ayat keempat pula merupakan ‘Pelbagai nikmat
pembangunan hari ini seharusnya menjadikan rakyat sayang terhadap negara dan parti…’, ayat
tersebut menunjukkan bahawa adjektif ‘sayang’ boleh juga berkolokasi dengan ‘masyarakat’ yang
merujuk kepada rakyat. Adjektif ‘sayang’ yang berkolokasi dengan ‘kasihan’ pula dapat dilihat
dalam ayat ‘Sayang pula jika tidak disambung kerana skrip filem ini ...’.
Berdasarkan 1000 carian konkordans ini, dapat dilihat bahawa kebanyakan adjektif
‘sayang’ berkolokasi dengan pelbagai frasa seperti perasaan, budaya, hubungan, dan sebagainya
dalam konteks ayat yang berbeza-beza. Berdasarkan 1000 ayat yang dijana daripada korpus DBP
ini juga, satu medan semantik dapat dihasilkan bagi adjektif ‘sayang’.

Rajah 2. Medan semantik ‘Sayang’

Rajah 2 di atas menunjukkan pemetaan medan semantik ‘sayang’. Adjektif ‘sayang’ didapati
berkolokasi dengan pelbagai frasa dalam konteks yang berbeza. Pemetaan medan semantik ini
difikirkan dapat membantu guru dan pelajar untuk memahami bahawa penggunaan adjektif
‘sayang’ wujud dalam pelbagai konteks yang berbeza.
Hal yang hampir sama dilakukan oleh Guo Changhong (2010) dalam kajiannya apabila dia
meminta pelajar memberikan idea terhadap perkataan yang berkolokasi dengan perkataan
‘romance’. Menurut Guo Changhong (2010), pelajar akan menghasilkan medan semantik asas
yang mempunyai kaitan dengan ‘romance’. Tambahan pula, penggunaan perkataan berdasarkan
konteks juga dapat membantu pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang
perkataan tersebut dan maknanya dalam konteks yang berbeza-beza.
99

6.0 KESIMPULAN
Kesesuain penggunaan kata mengikut konteks ayat harus diajarkan kepada pelajar dengan
menggunakan teks yang berkonteks. Dengan kata lain, pelajar perlu didedahkan dengan
sebanyak mungkin penggunaan sesuatu kata dalam konteks yang berbeza. Untuk tujuan ini, para
guru dicadangkan memanfaatkan korpus yang tersedia dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi membolehkan guru memberikan contoh kata-kata yang berkolokasi secara khusus
dalam struktur frasa dan struktur ayat. Berdasarkan data yang diperoleh daripada penulisan
pelajar, ternyata golongan kata adjektif tidak dapat digunakan dengan betul dalam ayat dari segi
maknanya. Hal ini cukup jelas kerana adjektif yang menerangkan sifat atau keadaan ini
dipengaruhi oleh nilai rasa penutur bahasa Melayu dan sifatnya sangat subjektif dan abstrak.

Untuk mengukuhkan pemahaman pelajar, maka maklumat semantik seperti maklumat


medan makna, kolokasi dan konteks ayat dan pragmatik yang melibatkan budaya, kesantunan,
dan laras bahasa yang berbeza mestilah diketengahkan dan diajarkan secara terjalin. Kegagalan
menggunakan kata adjektif dalam konteks ayat yang betul dan laras yang betul, akan
menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis dan salah dari segi maknanya. Sehubungan
dengan itu, strategi pengajaran dan pembelajaran adjektif bahasa Melayu berdasarkan korpus
DBP dan pemetaan medan semantik kata adjektif berdasarkan ayat yang dijana daripada korpus
ini harus dimanfaatkan oleh para guru atau pengajar bahasa Melayu kepada pelajar asing. Dengan
adanya maklumat ini, para guru atau tenaga pengajar akan dapat menyusun bahan pengajaran
dengan lebih baik.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2013). Linguistik Am. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Anida Sarudin. (2011). Peluasan Makna Kata Serapan bahasa Arab: Analisis semantik kognitif.
Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chunming Gao dan Bin Xu. (2013). The Application of Semantic Field Theory to English
Vocabulary Learning. Dicapai pada 10 Mei 2019 daripada
https://www.semanticscholar.org/paper/The-Application-of-Semantic-Field-Theory-to
English-Gao-xu/58e594d74a6ef6bf5610fa0de347334542e75575
Guo Changhong. (2010). The Application of the Semantic Field Theory in College English
Vocabulary Instruction. Dicapai pada 11 Mei 2019 daripada
http://www.celea.org.cn/teic/91/10091704.pdf
Hasmidar Hassan, Mardian Shah, & Puteri Roslina. (2018). Kecelaruan Morfologi Dalam Penulisan
Bahasa Melayu Oleh Penutur Asing. Dicapai pada 31 Januari 2019 daripada
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00014098_167487_79647.pdf
Joyce M. Hawkins, (editor b.m Abdul Majid Baharom). (2001). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar
(edisi ketiga): Inggeris-Melayu Melayu Inggeris. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Luqman Muhammad Ibnul Hakim Mohd Sa’ad, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Muhammad Zaidi
Zakaria, dan Mohd Sollah Mohamed. (2015). Fenomena Antara Idiom dan Kolokasi: Satu
Analisis Terjemahan Struktur dan Makna. Dicapai pada 9 November 2018 daripada
https://www.researchgate.net/publication/309737968_Fenomena_Antara_Idiom_dan_
Kolokasi_Satu_Analisis_Terjemahan_Struktur_dan_Makna
Mashitah. (2012). Analisis Semantik dan Morfologi Leksikal Al-Muwallad Dalam Kamus Bahasa
Arab. Dicapai pada 1 Mei 2019 daripada http://eprints.um.edu.my/13957/1/2-
ANALISIS-SEMANTIK-DAN-MORFOLOGI-LEKSIKAL-Al-MUWALLAD.pdf
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhazlina Husin. (2009). Terjemahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing
di Luar Negara (hlm. 338-347). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Sai’ida Walid dan Rajai Rasheed. (2019). A Corpus-Based Analysis of Eight English Synonymous
Adjective of Fear. Dicapai pada 15 Jun 2019 daripada
100

http://www.researchgate.net/publication/331352784_A_Corpus-
Based_Analysis_of_Eight_English_Synonymous_Adjective_of_Fear

BIODATA
Nur Nazira binti Nazri merupakan pelajar sarjana Sastera Pengajian Melayu di Akademi
pengajian Melayu (APM) di Universiti Malaya (UM).

Hasmidar Hassan merupakan pensyarah dan penyelia kertas projeknya di UM. Dr. Hasmidar
Hassan merupakan pensyarah di APM dan bidang kepakarannya ialah terjemahan, semantik,
pragmatik, dan tatabahasa.
101

Analisis Laporan Akhbar Isu 1MDB dari Sudut Pragmatik


Nurerma Aida Abdul Rahmanⁱ & Hasmidar Hassanⁱⁱ
ⁱ (Pengarang Bersama). Pelajar, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. ermaerda95@gmail.com,
ⁱⁱ Pensyarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. hasmidar@um.edu.my

Abstrak
Media massa merupakan salah satu saluran yang menyediakan pelbagai maklumat kepada masyarakat.
Media massa seperti surat khabar terbukti mempunyai pengaruh yang besar untuk mengubah persepsi
masyarakat. Dalam konteks media surat khabar di Malaysia, pelaporan surat khabar arus perdana bukan
sahaja melaporkan berita am malahan turut menjadi lidah kerajaan dalam melaporkan berita politik
semasa. Surat khabar arus perdana sering dilabelkan sebagai pro-kerajaan dan pelaporan berita surat
khabar ini dikawal ketat kerana pemilikan saham syarikat akhbar ini dikatakan dikuasai oleh proksi parti
politik yang memerintah ketika itu (kerajaan BN). Atas alasan ini maka kajian ini dijalankan bagi
memperlihatkan kecenderungan laporan akhbar-akhbar arus perdana ini dalam melaporkan isu-isu 1MDB
sebelum dan selepas pilihan raya umum ke-14. Untuk tujuan tersebut, kajian ini memanfaatkan teori
Relevans yang digagaskan oleh Sperber & Wilson (1995) bagi mencungkil ketersiratan makna dan
kecenderungan pelaporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian tentang isu 1MDB tersebut. Data
kajian ini dikutip dari tahun 2016 hinggalah 2019. Kajian ini dijangkakan dapat memperlihatkan
kecenderungan akhbar arus perdana ini dalam pelaporan isu 1IMDB khususnya sebelum dan selepas PRU
ke-14 berdasarkan bentuk-bentuk linguistik yang menjadi input bagi analisis pragmatik yang terdapat
dalam laporan akhbar tersebut. Teori ini dapat menjelaskan cara mana setiap input pada peringkat
semantik dapat diinterpretasikan bagi mencungkil maksud tersirat penulis yang mewakili akhbar arus
perdana tersebut.

Kata kekunci : akhbar, kecenderungan, pragmatik, ketersiratan makna, teori Relevans

1.0 PENDAHULUAN
Akhbar mempunyai tanggungjawab yang besar dari segi penyampaian berita dan menyampaikan
kebenaran kepada masyarakat. Menurut Chamil (2008), berita merupakan laporan yang
berasaskan fakta (mempunyai fakta; bukan rekaan atau dongengan), baharu dan menarik minat
khalayak untuk membaca. Laporan atau rencana yang diterbitkan juga perlu bersifat positif,
tidak berat sebelah, dan membina untuk mengelakkan berlakunya sebarang kemusykilan dalam
kalangan rakyat. Wartawan atau editor juga memainkan peranan dalam membentuk pemikiran,
pendapat, persepsi terhadap sesuatu isu sama ada baik atau buruk. Menurut Sarimah dan Hamedi
(2011), kepentingan akhbar masih tidak boleh diabaikan walaupun kini akhbar telah bersaing
dengan media baru. Persaingan yang sengit ini menjadikan setiap penulisan akhbar perlu
menghasilkan kandungan yang sarat dengan fakta, cara penyampaian yang baik dan mudah
difahami serta susun atur yang menarik bagi menawan pihak pembaca.

Kini, media kelihatan berlumba-lumba melaporkan isu politik khususnya selepas


kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14. Pihak media
begitu ghairah melaporkan kontrovesi-kontrovesi yang melibatkan agama, bangsa dan politik
yang dijadikan agenda dan propaganda oleh parti-politik yang wujud di Malaysia. Isu-isu ini
sangat menarik perhatian masyarakat hari ini. J.C Merrill (1997) mengakui bahawa kebanyakan
pemimpin dan kerajaan di dunia mementingkan kestabilan dan penguasaan politik. Mereka juga
menyedari bahawa kebebasan yang luas pada akhbar boleh membahayakan status-quo dan
penguasaan golongan elit tertentu dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, mereka lebih cenderung
untuk mengawal pergerakan akhbar tersebut. Dalam konteks negara Malaysia, keputusan PRU
yang ke-14 yang lepas menyaksikan Pakatan Harapan telah membentuk sebuah kerajaan untuk
memerintah Malaysia. Sebelum ini, isu-isu yang besar kurang diberikan perhatian dan ulasan
daripada pihak media misalnya yang isu melibatkan kepimpinan pentadbiran kerajaan terdahulu,
tetapi kini isu berkaitan syarikat 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) merupakan isu yang
hangat dibincangkan selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.
102

Hal politik kian menarik perhatian masyarakat kerana masyarakat menantikan


perubahan dan pembaharuan daripada kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat juga tertunggu-tunggu
berita daripada kerajaan baru ini mengenai isu 1MDB. Akhbar sekali lagi dilihat memainkan
peranan yang penting untuk menyampaikan isu-isu seperti ini kepada rakyat Malaysia.
Memandangkan pemerintahan Malaysia dipimpin oleh Pakatan Harapan, pihak media dilihat
semakin berani untuk melaporkan isu 1MDB tidak seperti sebelum ini semasa di bawah
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia melibatkan pemerintah-pemerintah
parti kerajaan BN itu sendiri. Justeru, untuk memperlihatkan bagaimana isu 1MDB ini dilaporkan
dan diulas oleh surat khabar bahasa Melayu tempatan, maka kajian ini diketengahkan untuk
menjawab persoalan kajian ini yang berkaitan dengan pelaporan isu-isu 1MDB. Isu 1MDB yang
dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian akan dianalisis berdasarkan
pendekatan pragmatik iaitu dengan menekankan elemen konteks dan bukan linguistik untuk
menganalisis ujaran laporan surat khabar ini.

1.1 Permasalahan Kajian


Dalam konteks surat khabar di Malaysia, hampir kesemua akhbar arus perdana dilabel sebagai
pro-kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu dan bukanlah suatu
rahsia lagi bahawa akhbar arus perdana dimiliki oleh parti pemerintah. Penentang kerajaan
ketika itu, secara spesifik memboikot membeli atau membaca akhbar yang tidak memberikan
ruang kepada mereka. Penyiaran berita dan akhbar bukan sahaja telah dikawal ketat malahan
oleh Akta Penerbitan dan Mesin Cetak atau Akta Anti Berita Palsu, malahan ia juga melibatkan
penguasaan parti politik pemerintah ke atas pemilikan saham syarikat media berserta arahan
yang dikeluarkan dari masa ke semasa pihak tertentu yang mempunyai tujuan tertentu (Abdul
Latif Abu Bakar, 1998).
Dalam hal ini, wartawan tidak bebas untuk melaporkan berita atau isu politik yang
melibatkan salah laku individu ataupun parti pemerintah sedangkan seseorang wartawan
haruslah menjadi seorang pengamal media yang telus, berdedikasi, mematuhi etika
kewartawanan dan adil dalam menyampaikan sebarang berita kepada masyarakat. Para
wartawan juga perlu bertindak dengan kefahaman untuk membina, positif serta bermaruah
berdasarkan panduan dan kebijaksanaan tempatan serta berjiwa negara. Wartawan juga tidak
perlu menjadi pengadu domba yang memesongkan fakta sehingga boleh memecahbelahkan
perpaduan masyarakat, agama dan bangsa. Menurut Salleh Keruak (News Straits Times, 4 Ogos,
2015) isu 1MDB ialah cetusan pembangkang dan pihak luar melalui portal Malaysiakini,
Malaysian Insider dan Sarawak Report. Hal ini dilakukan bertujuan memburukkan imej
pemimpin negara dengan harapan rakyat akan melakukan protes terhadap kerajaan melalui
tunjuk perasaan dan demonstrasi. Menurutnya lagi, laporan berita yang tidak sahih mampu
menjejaskan keselamatan negara dan juga kepercayaan negara luar kepada pemimpin negara.
Bagi menilai ketelusan dan kecenderungan pelaporan akhbar-akhbar bahasa Melayu di Malaysia
dalam menyampaikan dan melaporkan sesuatu isu, maka kajian ini diketengahkan untuk
mengkaji dengan lebih terperinci hal ini. Untuk lampiran analisis pengkaji menunjukkan
pelaporan isu 1MDB kerana isu ini telah menjadi isu yang hangat dibincangkan atau dilaporkan
sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Malaysia. Pelaporan isu
1MDB ini akan dianalisis dari sudut pragmatik khususnya dengan menggunakan teori Relevans
yang digagaskan oleh Sperber & Wilson (1995).

1.2 Objektif Kajian


Objektik kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti bentuk-bentuk pelaporan berkaitan 1MDB yang terdapat dalam akhbar
Utusan Malaysia dan Berita Harian.
ii. Menganalisis maksud tersirat pelaporan 1MDB dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita
Harian.
iii. Mengkategorikan ujaran tersebut mengikut tujuan tertentu.
103

1.3 Skop dan Batasan Kajian


Kajian ini akan memfokuskan tajuk-tajuk dan laporan akhbar yang mengulas isu 1MDB.
Tumpuan khusus diberikan pada pelaporan akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan
Berita Harian selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional. Hal ini demikian kerana isu 1MDB
ternyata diulas dan dilaporkan dengan lebih meluas hanya selepas kerajaan Pakatan Harapan,
iaitu setelah 60 tahun Barisan Nasional memimpin Malaysia. Pelaporan kedua-dua akhbar
tersebut berkaitan isu 1MDB ini seterusnya dianalisis dengan menggunakan teori Relevans yang
digagaskan oleh Sperber & Wilson (1995).

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Kajian Mary Fatimah Subet & Nor Hashimah Jalaluddin (2014), yang bertajuk ‘Mengalami Dan
Menghayati Makna Kemiskinan Melalui Bahasa’ yang bertujuan untuk melihat pengalaman
mengalami kemiskinan melalui bahasa yang terkandung dalam teks yang dipilih. Analisis data
kajian ini dijalankan dengan menerapkan teori Relevans (TR) yang dipelopori oleh Sperber dan
Wilson (1995). Data kajian yang dipilih ialah sembilan baris sajak ‘Selembar Kamus Kemiskinan’
karya Usman Awang sebagai ironi. Penerapan teori Relevans, terdapat proses menentukan kod,
inferens dan andaian untuk melengkapkan pencarian makna implisit yang terdapat dalam teks
tersebut. Dapatan kajian menunjukkan penerapan teori Relevans membolehkan pembaca dapat
merasai dan menginterpretasi emosi yang disampaikan melalui ayat puitis tersebut. Analisis
kajian ini juga mendapati bahawa kesengsaraan hidup dalam kemiskinan bukan sahaja dapat
diketahui melalui penglihatan malahan melalui pembacaan juga.

Seterusnya, kajian lain yang dilakukan oleh Mary Fatimah Subet (2015) iaitu terhadap
sajak “Pelacur Tua” Karya Usman Awang menganalisis dengan menggunakan Teori Relevans juga.
Kajian tersebut dijalankan bertujuan untuk mengetahui makna tersirat yang terkandung dalam
unsur-unsur figuratif yang digunakan oleh penulis dalam karya sajak “Pelacur Tua”. Hasil
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa figuratif yang digunakan oleh Usman Awang
merangkumi pelbagai bentuk bahasa yang digunakan dalam karya beliau, antaranya
personafikasi, hiperbola dan ironi. Penggunaan pelbagai gabungan bahasa figuratif dalam sajak
ini masih mampu difahami oleh khalayak pembaca walaupun berselindung di sebalik makna
eksplisitnya. Bahasa figuratif yang dikaji ini mengandungi rahsia perasaan seorang pelacur dan
juga perasaan dan pandangan masyarakat umum terhadap golongan pelacur. Kajian ini telah
memaparkan pembuktian secara lebih saintifik terhadap pelbagai perasaan itu yang
dikemukakan daripada penyataan umum.

Kajian tentang ‘Implikatur Dalam Kes Pembunuhan Norita: Analisis Teori Relevans’ yang
dijalankan oleh Amirah Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin (2013) telah merungkai keraguan
yang terkandung dalam dialog perbicaraan mahkamah bagi kes pembunuhan Norita melalui
sudut pandangan semantik dan pargamatik. Kajian ini telah menerapkan Teori Relevans untuk
penganalisisian data. Pengaplikasian teori ini ialah kaedah yang bersesuaian bagi meneroka
kerelevanan sesuatu ujaran itu khususnya bagi ungkapan berimplikatur. Kaedah kajian yang
digunakan ialah kaedah kajian teks, iaitu menganalisis data sekunder daripada bahan bercetak
yang diperoleh daripada laporan akhbar di laman sesawang. Analisis kajian mendapati bahawa
terdapat dialog yang menimbulkan keraguan daripada keterangan saksi dan akhirnya tertuduh
berjaya dibebaskan daripada disabitkan kesalahan. Penerapan Teori Relevans dalam kajian ini
juga mampu merungkai keraguan dan ketesiratan makna di sebalik kenyataan yang diberikan,
walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat percanggahan dan kecanggungan maklumat
yang diberikan oleh saksi.
Kajian yang seterusnya berkaitan ‘Keharmonian kaum dalam ucapan Tunku Abdul
Rahman’ dikaji oleh Wong Shia Ho (2013). Tujuan kajian adalah untuk menganalisis makna
ujaran implisit dalam ucapan dan penggunaan unsur implisit dalam penyampaian persoalan
keharmonian kaum dengan menggunakan Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber & Wilson
(1995). Menurut Sperber & Wilson (1995), pragmatik memainkan peranan yang sangat penting
104

dalam komunikasi lisan. Selain kod yang digunakan, proses inferens untuk memahami ujaran
juga patut diambil kira. Data kajian ini menggunakan korpus teks ucapan Tunku yang bertajuk
‘Ucapan Ketua Menteri Mengenai Keharmonian Antara Kaum di Melaka pada 16 Februari 1957’
yang diperoleh daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia. Hasil kajian tersebut menunjukkan
penggunaan TR mengambil kira kod, inferens dan andaian di samping menekankan peranan
konteks, kesan konteks dan usaha proses dalam menginterpretasi ujaran imlipsit telah
membolehkan pendengar mendapatkan makna yang sebenar. Apabila makna ujaran yang
implisit mampu diterokai, maka pemikiran Tunku berkaitan dengan keharmonian kaum telah
dapat difahami oleh pendengar khususnya sebab dan kesan buruk jika tiada keharmonian kaum
di negara ini.

Seterusnya, kajian Hasmidar Hassan (2017) yang bertajuk ‘Hubungan Prinsip Relevans
Komunikatif dengan Kognitif Masyarakat Melayu dalam Penghasilan Bahasa Pantang Larang.
Satu Analisis Pragmatik’ turut memanfaatkan teori Relevans yang digagaskan oleh Sperber dan
Wilson (1995) dengan mengkhususkan dua prinsip utama iaitu Prinsip Relevans Kognitif dan
Prinsip Relevans Komunikatif. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis penggunaan bahasa
pantang larang dan fungsinya terhadap masyarakat. Data kajian ini dipetik daripada buku
“Pantang Larang Orang Melayu Tradisional” karya Wan Ramli Wan Muhammad (1999) dan
pengkaji telah memilih tiga bahasa pantang larang untuk dianalisis. Melalui penerapan dua
prinsip relevans tersebut, kajian mendapati penutur Melayu yang bermatlamatkan maklumat
yang disampaikan dapat difahami, menggunakan bahasa pantang larang untuk kesan kognitif
yang dihajati tercapai. Pengunaan bahasa pantang larang ini yang bersandarkan sesuatu objek
dan peristiwa yang otensif dapat menarik perhatian pendengar dan mampu meninggalkan kesan
kognitif yang tinggi.

3.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan teori Relevans yang dipelopori oleh Sperber & Wilson (1986,1995). Data
kajian adalah paparan tajuk-tajuk laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai
isu 1MDB secara atas talian. Laporan akhbar yang dipilih mengenai isu-isu 1MDB iaitu
melibatkan tempoh sebelum dan selepas Pakatan Harapan memegang pentadbiran Malaysia.
Laporan akhbar tersebut diperoleh daripada laman sesawang rasmi Utusan Online dan BH Online
bagi mengumpul data-data yang bersesuaian untuk dianalisis. Data yang terkumpul adalah
sebanyak 10 laporan akhbar sepanjang tempoh bagi 2016/2017 dan sebanyak 15 laporan akhbar
bagi tempoh 2018/2019. Kedua-dua akhbar iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian dipilih
sebagai sumber data utama kajian kerana akhbar ini masih menjadi pilihan masyarakat
mempunyai jualan tertinggi dalam kalangan akhbar berbahasa Melayu. Oleh itu, kecenderungan
laporan kedua-dua akhbar ini dapat dilihat dalam menyampaikan satu isu dengan menggunakan
kaedah kualitatif deskriptif iaitu pemerhatian penyelidikan bersumberkan bahan bercetak
seperti akhbar dan bersifat deskriptif iaitu dengan cara menginterpretasikan dan menghuraikan
makna dalam sesuatu proses komunikasi. Selain itu, kaedah analisis teks turut diaplikasikan
untuk menerangkan kandungan, struktur dan fungsi mesej yang terkandung dalam teks. Analisis
teks juga mementingkan pemilihan jenis teks, cara memperoleh teks yang sesuai dan
menentukan pendekatan tertentu dalam menganalisis teks yang terlibat untuk menerangkan
kandungan, struktur dan fungsi mesej yang terkandung dalam teks.

Justeru, penggunaan teori Relevans ini bersesuaian dengan kajian yang akan dilakukan.
Penerapan teori ini penting membantu pembaca menginterpretasikan satu ujaran dengan betul.
Ujaran yang implisit atau cara mana satu ujaran harus diinterpretasikan dalam konteks kajian ini
atau dokumen yang digunakan ialah pelaporan akhbar dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Tanpa teori ini, sesuatu ujaran yang mengandungi unsur-unsur yang tersiratan itu sukar untuk
ditafsirkan dan difahami oleh pembaca.
105

4.0 TEORI KAJIAN


Kajian ini akan mengaplikasikan teori Relevans yang digagaskan Sperber & Wilson pada tahun
1986 dan diperkemaskan pada tahun 1995. Menurut Blakemore (1992) (dlm. Hasmidar Hassan
(2009:90)), teori ini merupakan pendekatan terhadap komunikasi dan pemahaman ujaran yang
didasari oleh huraian asas bahawa komunikasi manusia terletak pada notasi relevans yang
didasari oleh pandangan umum tentang kognisi manusia. Teori Relevans juga bersandarkan
wawasan bahawa perkara yang difokuskan dalam ujaran ialah kerelevanannya dan bukan
kebenarannya yang mutlak. Hal ini jelas dapat dilihat dalam petikan berikut:

Human tent to pay attention to the most relevant phenomena available: that they tend
to construct the most relevant possible representations of these phenomena, and to
proces them in a context that maximise their relevance. Relevance, and the
maximisation of relevance is the key to human cognition.
(Sperber & Wilson, 1986:12)

Teori Relevans merupakan satu teori komunikasi yang diperkenalkan oleh Sperber &
Wilson (dlm. Gutt (1991)) bagi menggantikan teori yang diasaskan oleh Grice melalui buku
mereka iaitu, ‘ Relevance Communication and Cognition’. Teori ini merupakan tindak balas
maksim kerjasama yang diutarakan oleh Grice (dlm. Nor Hashimah (2003)). Matlamat teori ini
ialah menjelaskan ciri proses mental yang terlibat dalam penginterpretasian ujaran ataupun
maklumat. Menurut teori ini, dalam usaha memproses ujaran, pendengar berusaha untuk
mencapai interpretasi yang relevans secara optimum dan setiap interpretasi yang optimum
mestilah mencapai kesan kognitif yang mencukupi bagi menarik perhatian pendengar dan tidak
memerlukan pendengar berusaha lebih (dianggap sebagai kos memproses) untuk mencapai
kesan yang dimaksudkan (Hasmidar Hassan, 2016).

Relevans yang optimum pula bermaksud pendengar akan memproses sebarang


rangsangan luar atau representasi dalaman yang menjadi input kepada proses kognitif yang
mungkin relevans pada seseorang individu pada suatu masa tertentu. Kesemua input yang
relevans secara maksimum akan dikaitkan dengan maklumat latar belakang seseorang individu
dan berdasarkan syarat teori Relevans, sesuatu input adalah relevans pada seseorang individu
apabila pemprosesan input ini dalam konteks andaian yang ada menghasilkan kesan kognitif
yang positif (Sperber & Wilson, 2002).

Kesan kognitif yang paling penting yang dicapai melalui pemprosesan input dalam
konteks ialah implikasi konteks, iaitu suatu kesimpulan yang dibuat berdasarkan gabungan
anatara input dengan konteks dan bukannya daripada input atau konteks sahaja. Terdapat tiga
cara maklumat baharu yang menjadi input dapat dikaitkan dengan andaian konteks sedia ada
untuk mencapai kesan kognitif, iaitu dengan melalui penggabungan, pengukuhan andaian sedia
ada dan pertentangan dan pengguguran andaian sedia ada.

5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

5.1 Analisis Data Sebelum Pemerintahan Pakatan Harapan


Data yang akan dianalisis ialah ayat-ayat penyata yang mewakili kenyataan laporan akhbar
Utusan Malaysia (selepas ini disebut UM) dan Berita Harian (selepas ini disebut BH), tetapi
bahagian-bahagian yang memetik dialog ataupun kenyataan yang disampaikan oleh individu-
individu yang berkaitan dalam isu 1MDB tidak akan dianalisis. Sebagai contoh, iaitu bahagian
yang dihitamkan dalam Data 1 dibawah ialah bahagian yang akan dianalisis, manakala bahagian
yang tidak ditanda hitam ialah bahagian-bahagian yang diabaikan kerana ia merujuk petikan
langsung atau kata-kata individu yang dimaksudkan oleh laporan tersebut. Ujaran/ayat ini tidak
dikaji kerana ia tidak mewakili pandangan Utusan Malaysia dan Berita Harian.
106

Jadual 1: Analisis Tajuk dan Kandungan Laporan Akhbar


Data UTUSAN MALAYSIA BERITA HARIAN
1. Siasatan 1MDB: Peguam Negara Switzerland Najib bukan individu disiasat Pejabat
tegaskan Najib bukan tertuduh. Peguam Negara Switzerland.

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pejabat Peguam KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri
Negara (OAG) Switzerland menjelaskan Najib Razak, bukan antara individu yang disyaki
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia
antara individu yang dituduh melakukan Development Bhd (1MDB) sebanyak AS$4
kesalahan dalam siasatan terhadap dakwaan bilion (RM16.6 bilion), kata Pejabat Peguam
kononnya berlaku penyelewengan dana Negara Switzerland.
berkaitan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,
Minggu lepas, Peguam Negara Tan Sri dilaporkan berkata beliau sudah mengarahkan
Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan ditutup
daripada apa-apa kesalahan berkaitan siasatan atau NFA/KUS, bermakna tiada tindakan lanjut
ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).
International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion yang
didakwa telah didepositkan ke dalam akaun
bank Perdana Menteri.

6.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan Data 1, akhbar UM didapati menggunakan frasa atau ujaran ‘tegaskan Najib bukan
tertuduh’ dan ‘kononnya’ manakala akhbar BH menggunakan ‘Najib bukan individu disiasat’
dan ‘yang disyaki’. Penggunaan frasa atau ungkapan ini sebenarnya berpotensi
mengimplikasikan maksud yang tertentu kepada pembaca. Frasa ‘tegaskan’ dalam ujaran
‘tegaskan Najib bukan tertuduh’ (UM) misalnya bermaksud 1. mengatakan dgn tegas, dan 2.
memberi ketentuan, memastikan, membenarkan
(http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menegaskan&d=158212&#LIHATSINI). Penggunaan
frasa ‘tegaskan’ ini sebenarnya dapat menunjukkan perbezaan yang nyata dari segi
pelaporannya daripada pelaporan BH yang tidak menggunakan apa-apa bentuk kata kerja bagi
menyatakan maksud yang sama, iaitu ‘Najib bukan individu disiasat’. Berdasarkan penggunaan
frasa ‘tegaskan’, UM cuba menarik perhatian pembaca tentang ketegasan maklumat yang
disampaikan oleh Peguam Negara Switzerland. Dengan kata lain, Peguam Negara menafikan
dengan tegas bahawa Najib bukan tertuduh. Hal ini tidak kelihatan dalam laporan BH yang hanya
menggunakan ujaran ‘Najib bukan individu disiasat’. Tiada klu tambahan atau apa-apa bentuk
penegasan yang diberikan dalam ujaran ini oleh BH bagi menyatakan maksud yang sama seperti
yang terdapat dalam ujaran dalam UM. Sekiranya perkataan ‘tegaskan’ digantikan dengan frasa
‘katakan’, ia menjadikan ayat ini sebagai ‘Peguam Negara Switzerland katakan Najib bukan
tertuduh’ maka kesannya sudah berubah daripada ayat asal. Penggunaan kata ‘tegaskan’ dalam
‘Peguam Negara Switzerland tegaskan Najib bukan tertuduh’ sebenarnya mempunyai tujuan
yang tertentu untuk menyampaikan maksud tertentu. Dari sudut teori Relevans, perkataan
‘tegaskan’ ini merupakan merupakan makna prosedur atau klu yang memandu pembaca untuk
memahami ujaran ini seperti yang dihajatkan oleh penulis laporan tersebut. Perkataan ‘tegaskan’
tersebut telah menyampaikan makna yang jelas, terang atau mengatakan dengan tegas mengenai
sesuatu perkara. Perkara ini menyebabkan pembaca akan memahami ujaran ini sebagai Peguam
Negara juga telah memberikan sesuatu kenyataan yang bersifat tegas. Hal ini jelas berbeza
dengan kenyataan dalam tajuk BH yang melaporkan hal yang sama dengan ayat ‘Najib bukan
individu disiasat Pejabat Peguam Negara Switzerland’. Secara relatifnya, ayat yang digunakan
BH bersifat langsung dan tiada klu tambahan seperti kata ‘tegaskan’ dan tidak juga menggunakan
‘Peguam Negara Switzerland’ sebaliknya ‘Pejabat Peguam Negara Switzerland’. Penggunaan
107

‘Pejabat Peguam Negara Switzerland’ juga memberikan implikasi bahawa kenyataan itu bukanlah
daripada ‘Peguam Negara Switzerland’ secara langsung.

Seterusnya UM menggunakan frasa ‘bukan tertuduh’, yang menggunakan kata nafi


‘bukan’ untuk tujuan menafikan sesuatu. Perkataan ‘tertuduh’ yang terdapat dalam tajuk akhbar
UM memberikan maksud Najib orang yang disangka melakukan sesuatu yg melanggar undang-
undang; didakwa (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tuduh) dan hal ini dinafikan oleh
kata nafi ‘bukan’. Akhbar BH pula menggunakan bentuk ‘Najib bukan individu disiasat’ yang
memberikan maksud Najib bukanlah individu yang kena siasat. Dalam hal ini, tajuk akhbar UM
kelihatan telah memberikan satu klu yang dapat mempengaruhi pembaca untuk memahami
ujaran ini sebagai ‘Najib bukan orang yang kena tuduh’ iaitu Najib bukan orang yang disangka
melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang. Dengan kata lain, Najib bersih daripada
tuduhan yang dibuat. Manakala akhbar BH yang menggunakan bentuk ‘Najib bukan individu
disiasat’ juga menggunakan kata nafi bukan bagi menafikan Najib sebagai individu yang kena
siasat. Namun frasa ‘siasat’ tidak dapat dikaitkan dengan elemen undang-undang berdasarkan
makna siasat yang diberikan sebagai pemeriksaan yg teliti dan hati-hati dan menyiasat membuat
penyelidikan ttg sesuatu perkara yg belum diketahui benar-benar; menyelidik
(http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=siasat). Ertinya tiada elemen undang-undang yang
dapat dikaitkan dengan frasa siasat.

Berbalik pada tajuk UM dan BH, ternyata UM telah cuba memberikan satu maklumat yang
berbeza daripada BH melalui tajuk beritanya di atas dengan adanya frasa ‘tegasnya’. Dengan kata
lain, ayat tersebut bermaksud menafikan secara tegas bahawa Najib bukan orang yang kena
tuduh (yang melanggar undang-undang) sedangkan BH hanya menggunakan bentuk yang bebas
klu yang dapat dimaksudkan sebagai Najib bukan orang yang kena periksa atau kena selidik.
Maksud tersirat yang cuba disampaikan UM ialah ‘Peguam Negara Switzerland’ dengan nada yang
tegas menafikan Najib melakukan kesalahan undang-undang. Dari sudut teori Relevans, frasa
‘tegasnya’ dan ‘bukan’ merupakan klu atau maklumat prosedur yang dapat memandu pembaca
untuk memahami ayat ini seperti yang dihajati oleh penulisnya. Apabila ayat ini dapat difahami
dengan mudah, maka pembaca dikatakan telah mencapai kesan kognitif yang tinggi kerana kos
memproses ayat ini rendah. Secara tidak langsung pembaca dikatakan mencapai relevans yang
optimum.

Frasa seterusnya yang dianalisis ialah ‘kononnya’ yang digunakan UM seperti berikut:
‘...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan antara individu yang dituduh melakukan
kesalahan dalam siasatan terhadap dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dana berkaitan
1Malaysia Development Berhad (1MDB)”. Frasa ini dipilih untuk dianalisis kerana ia bersifat
konotatif (implikatur) jika dibandingkan dengan kata atau frasa lain yang bersifat literal. Hal
ini jelas berdasarkan makna kamus yang diperoleh yang menghuraikan ‘konon’ yang bermaksud
1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: 2. katanya, kata orang, menurut
khabar: 3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), 4. kata utk menyatakan
sindiran atau ejekan, seolah-olah, lakunya: 5. mengonon, memperkonon, memperkononkan
memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan-bukan dsb) (
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konon).Dengan kata lain, frasa ini mendukung
beberapa komponen makna dan apabila kata ‘konon’ digantikan dengan makna kamus yang
paling dekat dengan maksud asal maka ayat yang terbentuk adalah seperti berikut :

i) ‘...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan antara individu yang dituduh
melakukan kesalahan dalam siasatan terhadap dakwaan kononnya berlaku
penyelewengan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.

ii) ‘...bukan antara individu yang dituduh dalam siasatan terhadap dakwaan [agaknya
(begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), seolah-olah] berlaku penyelewengan
dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.
108

Dapat diperhatikan bahawa kata ‘konon’ ini juga mempunyai fungsi yang tertentu iaitu
kata untuk menyatakan sindiran atau ejekan. Dengan kata lain, penggunaan frasa ‘konon’ ini
bukanlah digunakan oleh penulis dengan sewenang-wenangnya sebaliknya mempunyai tujuan
yang tertentu iaitu untuk memberikan maksud dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak melakukan kesalahan penyelewengan dana berkaitan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) adalah satu ketidakpastian [agaknya = barangkali]. Ia bukanlah satu dakwaan
yang pasti dan hanyalah satu olokan. Maksud inilah yang cuba disampaikan penulis akhbar ini
dan harus difahami oleh pembaca seperti yang dimaksudkan juga. Secara tidak langsung,
penggunaan frasa konon ini bukan sahaja menjadi klu atau maklumat prosedur bagi
membolehkan pembaca memahami dan menginterpretasikan ujaran yang disampaikan penulis
malahan frasa ini juga merupakan bentuk yang ostensif yang menyampaikan relevans yang
optimum. Hal ini demikian kerana pembaca akan dapat mencapai kesan kognitif yang tinggi
kerana usaha memproses ayat atau ujaran ini adalah rendah dengan adanya maklumat prosedur
tersebut.

Andaikan ayat di atas disalin semula tanpa menggunakan frasa ‘konon’ maka kesannya
akan menjadi berbeza pada pembaca. Contohnya :
i) ‘...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan antara individu yang dituduh
melakukan kesalahan dalam siasatan terhadap dakwaan Ø berlaku penyelewengan dana
berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.

Ayat ini jelas sekali tidak memberikan kesan yang sama dengan ayat asal kerana frasa
‘konon’ digugurkan. Tanpa frasa ‘konon’, laporan ini jelas kelihatan tidak dipengaruhi oleh mood
/nilai / pandangan penulis. Bagi menyampaikan berita yang sama, pelaporan BH didapati
menggunakan ayat seperti berikut : “Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukan antara
individu yang disyaki terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
sebanyak AS$4 bilion (RM16.6 bilion), kata Pejabat Peguam Negara Switzerland”. Tiada kod /klu
seperti frasa ‘kononnya’ digunakan dalam pelaporan BH. Yang berbeza hanyalah penggunaan
frasa ‘disyaki’, dibandingkan dengan ‘dituduh’ oleh UM. Mengikut Kamus Dewan ‘disyaki’
membawa maksud sangsi, waswas, kurang percaya, curiga; walang susah hati, khuatir;
mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: 2. menyangka, menduga
(http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=syak). Berdasarkan makna kamus yang diberikan,
maka ‘disyaki’ dalam ayat di atas dapat dikatakan bermaksud “Datuk Seri Najib Razak, bukan
antara individu yang disangsi/dicurigai/disangka terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) sebanyak AS$4 bilion (RM16.6 bilion), kata Pejabat Peguam Negara
Switzerland”. Pelaporan ini jelas tidak memberikan pandangan lain selain menyatakan bahawa
“Datuk Seri Najib Razak, bukan antara individu yang disangsi/dicurigai/disangka...”.

Jika diperhatikan, frasa ‘kononnya’ yang disisipkan dalam laporan UM hanyalah satu
perkataan yang mungkin tidak diberikan tumpuan oleh pembaca, namun kesannya dari segi
maksud yang ingin disampaikan penulis ini cukup besar implikasinya terhadap
penginterpretasian maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kecenderungan penulis UM ini.
Frasa ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam komunikasi untuk membolehkan pembaca
membuat kesimpulan tentang sesuatu ayat/ujaran dengan betul. Dari sudut teori Relevans,
maksud laporan ini dapat dinterpretasikan dengan mudah kerana adanya klu ataupun maklumat
prosedur yang diberikan oleh penulis akhbar ini. Ia bukan sahaja memudahkan
penginterpretasian ayat /laporan ini malahan mencerminkan pandangan/mood penulis
terhadap isu ini. Sebagai pembaca yang mempunyai pengetahuan yang sama [mutual
knowledge] dengan penulis tentang isu 1MDB, maka ujaran ini merupakan rangsangan yang
optimum untuk diinterpretasikan oleh pembaca.
109

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelaporan akhbar UM dan BH ternyata mempunyai cara penyampaian yang
berbeza berdasarkan penggunaan kata/frasanya. Pemilihan kata/frasa ini bukan sahaja menjadi
klu ataupun maklumat prosedur untuk memudahkan pembaca menginterpretasikan maklumat
yang disampaikan malahan pemilihan kata ini juga memberikan implikasi dan menggambarkan
kecenderungan/ nilai/ pandangan penulis terhadap isu tersebut. Dengan menggunakan teori
Relevans, maksud ayat yang tersirat yang disampaikan dapat diinterpretasikan dengan mudah
dengan ada klu/maklumat prosedur. Perkataan/frasa yang dikenal pasti ini menjadi satu
perwakilan maklumat ataupun inferens yang dapat memandu pembaca untuk memahami
maklumat yang disampaikan dan mencapai kesan kognitif tinggi seperti yang diharapkan oleh
penulis.

RUJUKAN
Abdul Latiff Bakar. (1998). Peranan Media dalam Pilihan Raya Persekutuan. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Amirah Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). Implikatur pembunuhan Norita: Analisis Teori
Relevans. Jurnal bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai dari
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/2-Implikatur-
dalam-Kes-Noritta.pdf
Hasmidar Hassan. (2017). Hubungan Prinsip Relevans Komunikatif dengan Kognitif Masyarakat
Melayu dalam Penghasilan bahasa Pantang Larang. Satu Analisis Pragmatik. Persidangan
Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan 24-25 Mei 2017. Kota Kinabalu Sabah.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2013). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mary Fatimah Subet & Nor Hashimah Jalaludin. ( 2014). Mengalami dan Menghayati Makna
Kemiskinan melalui bahasa. Jurnal bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dicapai dari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/2-
Kemiskinan.pdf
Mary Fatimah Subet. (2015). Sajak “Pelacur Tua”. Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa Jilid 15
Bil. 1 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Merrill, J.C. (1997). Kewartawanan Sejagat (terjemahan Perniagaan Yamin). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (1996). Fungsi dan pola gantinama Melayu: satu interpretasi semantik
dan pragmatik. Akademia 47, Halaman 85-99.
Norliza Abas. (22 Mei, 2018). Kebebasan Media: Akta sedia ada yang bertindih akan disemak.
Utusan Online. Dicapai dari www.utusan.com.my/berita/politik/kebebasan-media-akta-
sedia-ada-yang-bertindih-akan-disemak-1.677373
Sarimah Ismail & Hamedi Mohd Adnan. (2011). Profil Ruangan sukan dalam akhbar Utusan
Malaysia dan Berita Harian. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2): 75-91.
Sharifah Nurul Huda Alkaff, James McLellan & Najib Noorashid. (2018). Analisis wacana kritis
perbandingan bagi laporan berita terkini dalam dua akhbar Malaysia. Rampak Serantau,
Bil. 25,1-51, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sperber & Wilson. (1995). Relevance Communications & Cognition (Second Edition). United
Kingdon: Blackwell Publisher Ltd.
Sperber & Wilson. (2002). Relevance Theory. Dicapai dari
http://www.phon.ucl.ac.uk/publication/WPL/02papers/wilson_sperber.pdf
110

PREPOSISI GERAK DALAM KONSEP RUANG BERDASARKAN TEORI STRUKTUR


KONSEPTUAL

Nurul Jamilah Roslyi & Prof Madya Dr Maslida Yusofii


iPelajar, Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
nuruljamilah85@yahoo.com

iiPensyarah, Pusat Kelestarian dan Kebitaraan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan,
Malaysia
maslida@ukm.edu.my

Abstrak
Gerak merupakan perubahan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.Tipologi gerak ini pastinya memerlukan
peranan preposisi sebagai indikator dan kompenan utama bagi mengekspresikan arah gerak tersebut.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memfokuskan kepada gerak ruang dan preposisi yang hadir
bersamanya seperti ‘dari’, ‘daripada’, ‘ke’, ‘kepada’,’ di’,’ di seberang’, ‘di sekitar’, ‘di sekeliling’ dan ‘di
sepanjang’ dengan memberi fokus kepada sudut pandangan struktur konseptual (abstrak). Kajian ini
menggunakan data yang diambil daripada Pangkalan Data Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia sebagai
bahan dan contoh kajian untuk dianalisis menggunakan teori Struktur Konseptual (TSK) - Ray Jackendoff
(1997 & 2011). Pemetaan argumen ini merangkumi 3 tatatingkat utama iaitu pemetaan kepada
representasi Peraturan Argumen-Adjung, representasi struktur konseptual dan representasi ruang. Hasil
dapatan menunjukkan kehadiran gerak ruang bersifat arah, tambah, menjadi dan orientasi hadir dalam
fungsi [PERISTIWA] dan [KEADAAN] yang boleh diramalkan kehadiran preposisinya seperti dari,
daripada, ke, kepada, di, di seberang, di sekitar, di sekeliling dan di sepanjang dalam hala bersifat terikat,
arah dan laluan. Representasi ruang juga menunjukkan adanya konseptualan dimensi yang terlibat seperti
DIMENSI 0D, DIMENSI 2 (0+E) ARAH dan DIMENSI 2 (0 + E) ARAH. Secara keseluruhan, kajian ini telah
menunjukkan hubungan gerak dan preposisi dalam representasi struktur konseptual bersama
representasi ruang.

Kata kunci: gerak, preposisi, argumen-adjung, konseptual dan ruang

1.0 PENGENALAN
Pandangan ahli sains melihat konsep gerak ini melibatkan translasi, ayunan dan putaran yang
disebabkan perubahan alam semulajadi secara fizikal seperti cahaya, bunyi, gelombang dan lain-
lain. Dari sudut saintifik, suatu pergerakan ini difahami sebagai perubahan lokasi sesuatu objek
dari satu titik ke titik yang lain berdasarkan tetapan masa. Kamus Dewan Edisi Keempat (2014),
mendefinisikan gerak merupakan perbuatan untuk melakukan sesuatu kerja dalam bentuk
beberapa kali. Dari sudut pengertian prototipikal, Wollner (2012) menjelaskan gerak adalah
perubahan lokasi sesuatu objek kepada objek yang lain secara berturut-turut daripada satu titik
kepada ruang yang merentasi tempoh masa. Begitu juga dengan konsep gerak dari sudut
tatabahasa linguistik iaitu, gerak pastinya mempunyai kompenan yang tersendiri seperti Tema,
Sumber, Permukaan, Hala, Asas dan Matlamat bagi menunjukkan pemerincian arah bagi
pergerakan.

Sehubungan dengan itu, pastinya terminologi gerak ini memerlukan peranan preposisi
sebagai indikator utama bagi mengekspresikan arah gerak tersebut. Pandangan ahli semantik
berpendapat, gabungan antara gerak dan preposisi dapat menghuraikan keadaan sepanjang
gerak tersebut. Sebagai contoh penentuan kepada bentuk preposisi ini dapat menentukan sifat
kepada gerak tersebut sama ada gerak tersebut bersifat arah, tidak berarah atau sebagainya.
(Jackendoff, 1983, p. 163). Berdasarkan kerangka tatabahasa kognitif, pandangan gerak dan
preposisi ini dapat diperihalkan dalam bentuk skemata ruang yang berorientasikan kepada
hubungan objek dengan objek serta orientasi sekelilingnya. Ini selaras dengan pandangan ahli
111

psikologi Gesalt yang menekankan preposisi sebagai adanya ekspresi ruang bagi mengungkapkan
makna linguistik itu secara semula jadi (Zelinsky, 1993, p. 5).

Namun, berbeza dari sudut pandangan konseptual Jackendoff (2011), mendapati sesuatu
gerak akan beroperasi secara bersama dalam set domain ruang. Pemaparan set domain ruang ini
merujuk kepada kehadiran Fungsi-Hala atau fungsi preposisi sebagai penunjuk arah gerak
tersebut dalam dimensi dan arah. Beliau telah membahagikan fungsi preposisi (Hala) ini kepada
tiga jenis iaitu bersifat terikat, bersifat arah dan bersifat laluan. Ketiga-tiga jenis Hala ini
menunjukkan adanya hubungan ruang dan trajektor bagi memerihalkan sama ada gerak tersebut
berbentuk rantauan, garisan yang lurus, sesuatu yang mempunyai tamat pada gerak, berbentuk
persoalan atau trajektor yang berakhirnya dengan letupan. (Jackendoff, 2010, p. 139). Oleh itu,
makalah ini akan menjelaskan representasi gerak ruang bersama preposisi seperti ‘dari’,
‘daripada’, ‘ke’, ‘kepada’, ‘di’, ‘di seberang’, ‘di sekitar’, ‘di sekeliling’ dan ‘di sepanjang’ yang
membentuk hubungan pada tatatingkat struktur konseptual. Oleh itu, objektif utama kajian ini
adalah membincangkan hubungan gerak dengan preposisi bahasa Melayu.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Kamus Dewan (2004), mentakrifkan metodologi bermaksud ilmu tentang metode atau sistem
yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan.
Penyelidikan ini bersifat deskriptif kualitatif yakni ‘sebarang penyelidikan yang menghasilkan
dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan’ (Strauss dan
Corbain, 1990). Data yang dianalisis dalam kajian kualitatif terdiri daripada perkataan, gambar
atau artifak dan bukannya nilai angka (Rohana Yusof, 2003). Hal ini relevan dengan kajian ini
yang memanfaatkan perkataan dan ayat untuk dikaji secara deskriptif. Dalam kajian ini, pengkaji
membahagikan tiga tahap kajian yang menerapkan pelbagai kaedah bagi menghasilkan satu
kajian yang jitu. Tahap pertama adalah tahap penelitian, kedua tahap pengumpulan data dan
ketiga tahap analisis data.

2.1 Tahap Penelitian – Kaedah Perpustakaan


Kajian perpustakaan merupakan teknik di mana seseorang pengkaji mendapat data dan bukti
melalui kajian ke atas dokumen dan rekod para pengkaji atau tokoh yang terkenal dalam sesuatu
bidang pengetahuan.

2.2 Tahap Pengumpulan Data


Pada tahap ini pengkaji menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu menggunakan
data korpus dan konkordons bagi memantapkan kajian ini.

2.3 Data Korpus


kajian ini hanya memfokuskan data daripada subkorpus akhbar yang mempunyai kekerapannya
paling tinggi berbanding subkorpus yang lain seperti iaitu sebanyak 115, 530 kali. Selain itu, tidak
semua ayat dalam korpus ini dipilih, ini kerana pemilihan contoh ayat dilakukan secara rawak,
bagi menerangkan analisis yang dilakukan. Di samping pemilihan contoh ayat dibuat secara
rawak, pengkaji turut mempertimbangkan kebolehan ayat tersebut digunakan bagi menerangkan
analisis yang bakal dilakukan.

2.4 Konkordans
Oleh yang demikian, bagi memperjelaskan sesuatu analisis, maka data kajian akan mengehadkan
had lingkungan konteks perkataan sebanyak 5 kata ke kiri dan kanan dengan bilangan output
kepada 100 perkataan sahaja. Kewajaran ini sebagai mengekalkan fokus kajian yang
membincangkan struktur pola ayat FN > FK dalam analisis kajian.
112

3.0 HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

3.1 Preposisi terikat dengan gerak ruang


Berdasarkan TSK, preposisi terikat ini merujuk kepada hubungan antara hala dan objek rujukan
atau tempat. Objek rujukan ini dijadikan titik akhir pada gerak tersebut yang ditandai oleh
Matlamat. Manakala titik awal gerak akan ditandai oleh Sumber. Contoh kehadiran preposisi jenis
ini adalah seperti dari, daripada, ke dan kepada. Berdasarkan analisis data, kemunculan preposisi
ini boleh hadir dalam GR bersifat arah dan GR bersifat tambah. Walau bagaimanapun Jackendoff
(1997 & 2002), menekankan kehadiran preposisi ini perlu ditandai oleh Peraturan Adjung-
Preposisi di mana peranan adjung ini memerlukan kombinasi bersama FN dan KK sebagai contoh
dalam ayat (1) di bawah:

(1) Dia balik dari Pulau Phuket. (Rencana: 2000)


(a) Peraturan argumen-adjung Fprep
[FK….BALIK….DARI…]1 berhubungan kepada :
[...GERAK/MENJADI (DIA/PHUKET]2
Berdasarkan peraturan adjung di atas, menerangkan interpretasi Fprep dari boleh diindeks
kepada konstituens [TEMPAT] iaitu Pulau Phuket bagi argumen gerak balik. Penanda bagi
preposisi ini bersifat optional kerana leksikal balik ini bersifat optional kerana boleh diaplikasi
mana-mana Fprep bersifat tempat atau sebagai keterangan.

(b) Representasi konseptual:


[peristiwa GERAKarah ([Benda DIA]1 [Hala DARI PULAU PHUKET]3)1
Representasi struktur konseptual ayat (61) menunjukkan kehadiran konstituens [Fungsi
Peristiwa] yang mewakili konstituens [Benda- Dia], [hala- Pulau Phuket].

(c)Representasi ruang:
[peristiwa GERAKarah ([Benda DIA]1 [Hala DARI PULAU PHUKET]3)1
DARI Situasi x [BALIK] mula/ tamat =

+b, -i
[ PULAU PHUKET TITIK AKHIR GERAK ([dari X])])= ruang DIM 0d
BD+ ([balik])8

Representansi pada preposisi dari menunjukkan proses lakuan gerak bersifat arah yang
mengekspresikan satu garisan lurus yang terikat dengan objek rujukan iaitu Pulau Phuket. dan
objek utama iaitu Dia. Dari segi semantik, preposisi ini ditandai berdasarkan adanya situasi balik
merujuk kepada keterikatan dekomposisi bahagian iaitu +b, -i yang merujuk kepada Dia sebagai
individu dan DIM 0d yang menunjukkan tiada bentuk dimensi yang terbentuk dan BD+
menunjukkan titik akhir gerak tersebut di dalam lokasi.

3.2 Preposisi arah dengan gerak ruang


Jackendoff (1983), menekankan kehadiran preposisi arah dilihat dalam taksonomi peranan
fungsi [Tempat] sebagai rujukan utama dalam [Hala]. Pembinaan rumus [TEMPAT]→[Tempat DI
([Hala x])]. Dalam analisis kajian, kehadiran preposisi di ini boleh diramalkan berada dalam GR
bersifat arah, GR bersifat tambah sebagaimana dalam contoh ayat (2) di bawah:

(2)Azli sedang berjoging di taman bunga. (Gaya hidup: 2000)


(a) Peraturan argumen-adjung Fprep
[FK….BERJOGING….DARI…]1 berhubungan kepada :
113

[...GERAK/MENJADI (AZLI/TAMAN BUNGA]2


Berdasarkan peraturan adjung di atas, menerangkan interpretasi Fprep di boleh diindeks kepada
konstituens [TEMPAT] iaitu taman bunga bagi argumen gerak berjoging. Penanda bagi preposisi
ini bersifat optional kerana leksikal berjoging ini bersifat optional kerana boleh diaplikasi mana-
mana Fprep bersifat tempat atau sebagai keterangan.

(b)Representasi konseptual:
[peristiwa GERAKtambah ([Benda AZLI]1 [Tempat DI TAMAN BUNGA]3)1
DI Situasi x [BERJOGING] mula/ tamat =
Representasi struktur konseptual bagi ayat (71), menunjukkan kehadiran konstituens [Fungsi
Peristiwa], [Benda-Azli ] dan [Tempat- taman bunga].

(c) Representasi ruang


[peristiwa GERAKtambah ([Benda AZLI]1 [Tempat DI TAMAN BUNGA]3)1

+ B , -Individu
[ lokasi TITIK AKHIR GERAK di] ([di X])])
DIM 2 (0 + e) d DIR
Berjoging BD+ [berjoging X]

Representansi pada preposisi di menunjukkan proses lakuan gerak bersifat tambah iaitu
berjoging yang mengekspresikan sesuatu paksi di atas garisan lurus yang berhubung dengan
sesuatu paksi yang lain. Bagi ayat di atas menunjukkan Azli sebagai paksi utama yang berhubung
dengan paksi yang lain iaitu taman bunga di atas satu garisan lurus yang ditandai oleh preposisi
di. Gerak berjoging pula merujuk kepada keterikatan dekomposisi bahagian iaitu +b, -i yang
bermaksud sesuatu individu dan DIM 2 ( + e) d DIR menunjukkan tempat taman bunga sebagai
yang bersifat 2 dimensi dan adanya penghujung pada gerakan tersebut.

3.3 Preposisi laluan dengan gerak ruang


Preposisi laluan menjelaskan peranan objek rujukan atau tempat yang dikaitkan dengan satu titik
dalaman dalam [HALA]. Ini bermakna, gerak tersebut dapat dikesan pada permualaan MENJADI
(x,w) dan akhir menjadi (x,z). Kemunculan preposisi ini boleh hadir dalam GR bersifat tambah
dan GR bersifat orientasi. Berdasarkan TSK, kata preposisi ini bersifat garisan dan mendatar. Ini
kerana kedua-dua sifat ini memerlukan satu garisan yang mempunyai kedua-dua permukaan di
tepinya. Gambaran pada preposisi ini menunjukkan tiada titik akhir pada gerakan tersebut
sebagai contoh (3) yang mempunyai Sumber dan Matlamat pada gerak tersebut di dalam Fungsi
Peristiwa.

(3)Bandar raya San Francisco di seberang jambatan laut Pasifik. (Perspektif: 2004)
(a) Peraturan Adjung (Ruang)
[FK DI BANDARA RAYA SAN FRANCISCO DI SEBERANG] harus berhubungan
[RUANG ([ di seberang])]
[(BANDAR RAYA SAN FRANCISCO), (JAMBATAN LAUT PASIFIK)]

Berdasarkan peraturan adjung di atas, menerangkan interpretasi Fprep di seberang boleh


diindeks kepada konstituens [TEMPAT] iaitu Jambatan Laut Pasifik. Interpretasi di seberang ini
menunjukkan spesifikasi leksikal dalam membenarkan FN sebagai predikat.
114

(b) Representasi struktur konseptual

keadaan GERAKorientasi ([Benda BANDAR RAYA SAN FRANCISCO]1)

([Hala DI SEBERANG JAMBATAN LAUT PASIFIK ]2) 1

Representasi struktur konseptual bagi ayat (75), menunjukkan kehadiran konstituens [Fungsi
Keadaan], [Benda-Bandar Raya San Francisco] dan [hala- di seberang jambatan Laut Pasifik.].

(c) Representasi ruang


incoaktif ([Keadaan BANDARAYA SAN FRANCISCO]) [(Keadaan DI SEBERANG])=

+ b , +i
DIM 2 (0 + e) d DIR
di seberang BD+ [berbaris X]

Representansi pada preposisi di seberang menunjukkan proses lakuan gerak bersifat orientasi
yang mengekspresikan sesuatu di antara titik akhir kepada hala dan peristiwa. Dari segi
semantik, preposisi ini ditandai berdasarkan adanya situasi yang menghuraikan satu garisan
mendatar pada jarak Bandar Raya San Francisco yang berorientasi kawasan yang merujuk kepada
objek rujukan iaitu Jambatan laut Pasifik. Keterikatan dekomposisi menunjukkan bahagian iaitu
+b, +i yang bermaksud sesuatu kumpulan bagi Bandar Raya San Francisco dan DIM 2 ( + e) d DIR
menunjukkan tempat Jambatan laut Pasifik sebagai yang bersifat 2 dimensi dan adanya
penghujung hala preposisi di seberang sebagai titik akhir gerak tersebut.

4.0 KESIMPULAN
Makalah ini telah memaparkan analisis data gerak serta preposisi dari, di, dan di seberang yang
mempunyai representasi struktur konseptualnya serta argumen-adjung yang terlibat serta
gambaran representasi ruang seperti jadual di bawah:

Frasa Contoh Peraturan Agumen-Adjung Representasi ruang


Preposisi preposisi
Hala dari, a) Peraturan Argumen-Adjung a)DIM 0d
terikat Frasa Preposisi
b) Peraturan Adjung Penerima
Hala arah di a)Peraturan Argumen-Adjung a)DIM 2 (0 + E) DIR
Hala di, seberang a)Peraturan Adjung (Ruang) a)DIM 2 (0 + E) DIR
laluan
Rajah 10. Fungsi preposisi dalam gerak ruang bahasa Melayu

Berdasarkan Rajah 10, menunjukkan kehadiran fungsi Hala terikat boleh hadir dalam GR bersifat
arah seperti dari yang bersama dalam adjung yang terlibat iaitu Peraturan Argumen-Adjung
Frasa Preposisi. Dari segi representasi ruang preposisi ini digambarkan kepada pemetaan
dimensi DIM 0d iaitu tiada dimensi yang terbentuk dalam GR bersifat arah namun dimensi pada
gerak itu berlaku dalam GR bersifat tambah yang memerlukan dimensi DIM 2 (0 + E) DIR pada
gerak berjoging. Bagi hala arah pula, kehadiran preposisi di boleh diramalkan hadir bersama
dalam GR bersifat tambah. Hala arah ini hanya perlu mematuhi Peraturan Argumen-Adjung dan
mempunyai DIM 2 (0 + E) DIR pada gerak tersebut. Akhir, bagi preposisi Hala laluan, kehadiran
preposisi seperti di seberang hadir dalam gerak bersifat orientasi. Begitu juga dalam hala laluan
115

ini, hanya satu peraturan adjung yang perlu dipatuhi iaitu Peraturan Adjung Ruang serta adanya
dimensi yang terbentuk pada gerak ini iaitu DIM 2 (0 + E) DIR.

RUJUKAN
Anderson, J.R. (1976) Language, memory and thought. New Jersey: Hillsdale.
Anna Wierbicka. (1991) Semantics. New York: Berlin.
Asmah Haji Omar. (1993) Nahu melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2008) Nahu kemas kini panduan bahasa yang baik dan betul. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar (2009) Nahu melayu mutakhir edisi ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Bhuvaba Narasimhan (2002) Motions events and the lexicon: a case study of Hindi. Journal of
Lingua: 123-160..
Chomsky Noam (1972) Studies on semantics in generative grammar. Mouton: The Hague.
Chomsky Noam (2002) On nature and language. Cambridge: Cambridge University Press.
Cornelia Zelinsky (1993) The semantics of preposition. New York: Mouton de Gruyer.
David C. Bennet (1975) Spatial and temporal uses of English preposition. London: Longman
Group Ltd.
Gillian Ramchand (2008) Verb Meaning and the lexicon: A first phase syntax. United
Kingdom: Cambridge University Press
Kamus Dewan (2010) Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslida Yusof (2006) Representasi semantik preposisi dalam kata kerja bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. 17 (1): 112-135.
Maslida Yusof (2007) Analisis preposisi lokatif bahasa Melayu berdasarkan kerangka role and
reference grammar (RRG). Jurnal Gema. 9 (1): 17-33.
Maslida Yusof (2008) Pengelasan kata kerja bahasa Melayu: Pendekatan semantik berdasarkan
role and reference grammar. Jurnal Bahasa. 8(1): 242-262.
Maslida Yusof ( 2010) Analisis situasi gerak bahasa Melayu. Jurnal Linguistik. 11 (1):1-1.
Maslida Yusof (2010) Perkaitan semantik kata kerja bahasa Banjar Kuala: Satu analisis varian
Kuin, Banjarmasin. Jurnal Melayu. 5(1): 87-102.
Maslida Yusof et.al. (2011) Analisis semantik preposisi daripada dan hubungannya dengan kata
kerja. Jurnal Linguistik Edisi Khas. 12 (1): 1-13.
Maslida Yusof (2012) Hubungan semantik preposisi penyertaan dengan bersama kata
kerja.Jurnal Linguistik. 16 (1): 40-61.
Nurul Jamilah Rosly & Maslida Yusof (2018) Hubungan Semantik dan Sintaksis Kata Kerja Gerak
Bersifat Pemilikan: Satu Pendekatan Struktur Konseptual. Jurnal Bahasa. Jilid 18(1): 46-
64.
Nurul Jamilah Rosly & Maslida Yusof (2018) Representasi argumen struktur konseptual bagi kata
kerja kausatif bahasa Melayu dan hubungannya dengan sintaksis. Jurnal GEMA. 18(4):
143-167.
Patric Saint-Dizier (1995) Computational lexical semantics: study in natural language processing
(185-207). United Kingdom: Cambridge University Press.
Ronald, W. Langacker ( 1999.) Grammar and conceptualization. New York: Mounton De Gruyter.
Rusmadi Baharudin, Nor Hashimah Jalaludin & Imran Ho-Abdullah. 2013. Sumbangan Framnet
kepada leksikografi korpus: Kajian kes penyisihan makna kata kerja melihat. Jurnal GEMA.
Jilid 13: 61-81.
Rusmadi Baharudin (2014) Pendekatan ranah semantik dalam polisemi dan sinonim leksikal:
Kajian terhadap kata kerja persepsi visual bahasa Melayu. Tesis Dr. Fal. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ray Jackendoff (1972) Semantic Interpretation in generative grammar. Cambridge: MIT Press.
Ray Jackendoff. (1977) X-Bar syntax. Cambridge: MIT Press.
Ray Jackendoff (1983) Semantics and cognition. Cambridge: MIT Press.
116

Ray Jackendoff (1987) Consciousness and the computational mind. Cambridge: MIT Press.
Ray Jackendoff. (1990) Semantic structure. Cambridge: MIT Press.
Ray Jackendoff (1992) Language of the mind. Cambridge: MIT Press.
Ray Jackendoff . 1992. Parts and boundaries. Lexical and conceptual semantics, penyunting oleh
Beth Levin dan Steven Pinker. Cambridge: Blackwell MA.
Ray Jackendoff (1993) Patterns in the mind: Language and human nature. New York: Harvester.
Ray Jackendoff (1994) Pattern in the mind. Language and human nature. New York: Basic Book.
Ray Jackendoff (1996) Conceptual semantics and cognitive linguistics. Journal of Cognitive
Linguistics (7): 93-129.
Ray Jackendof (1996) How language help us think. Journal of Pragmatic and Cognitive (4): 93-
129.
Ray Jackendoff (2002) Foundations of language: brain, meaning, grammar, evolution. London: MIT
Press.
Ray Jackendoff (2005) The architecture of the language faculty. London: MIT Press.
Ray Jackendoff & Cullicover, P.W. (2005) Simpler syntax. New York: Oxford University Press.
Ray Jackendoff (2007) Language of the mind: Essays on mental representation. London: MIT Press.
Ray Jackendoff (2011) Meaning and the lexicon: The parallel archicture 1975-2010. London: MIT
Press.
117

PENDEKATAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MENERUSI PEMETAAN


METAFORA KONSEPSI DALAM PENULISAN BAHAGIAN PENDAHULUAN KARANGAN
BAHASA MELAYU
Sharwinthiran Thavarajahi & Anida Sarudinii
i.(Pengarang Bersama). Universiti Pendidikan Sultan Idris. sharwinthiranthavarajahst@gmail.com
ii.Prof.Madya Dr., Universiti Pendidikan Sultan Idris. anida@fbk.upsi.edu.my

Abstrak
Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal
insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Penerapan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu amat dititikberatkan,
terutamanya dalam penulisan karangan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi pendekatan
Metafora Konsepsi diperkenalkan bagi meneliti idea dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan
bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan Metafora Konsepsi
menerusi teori Semantik Kognitif yang diperkenalkan oleh George Lakoff & Mark Johnson (1980). Teori ini
menggagaskan proses pemetaan yang abstrak kepada konkrit menerusi Metafora Konsepsi di samping
mewajarkan proses metonimi yang terhasil menerusi pemetaan Metafora Konsepsi tersebut. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Seramai tiga orang pelajar yang
dipilih secara persampelan bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini bagi menilai bahagian pendahuluan
hasil karangan mereka berdasarkan kepada analisis elemen KBAT menerusi pendekatan Metafora
Konsepsi. Instrumen senarai semak diaplikasikan sebagai metode analisis. Hasil kajian menunjukkan
bahawa pemetaan idea dalam penulisan pendahuluan karangan pelajar melibatkan pelbagai jenis
Metafora Konsepsi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah membina idea pendahuluan
dalam karangan jenis perbincangan dengan mengaitkan latar pengetahuan yang berhubung kait dengan
pengalaman badaniah. Menerusi kajian ini, elemen KBAT yang menjadi inti pati penting dalam kurikulum
negara dapat dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu dalam bidang Pendidikan dan bidang Semantik
secara tidak langsung. Kajian berasaskan pendekatan Metafora Konsepsi bukan sahaja dapat membantu
guru-guru dalam meneliti hubungan antara elemen KBAT dengan konteks kognitif pelajar, malahan dapat
menjadi garis panduan bagi mengesan idea kreatif dan kritis dalam penulisan bahagian pendahuluan
karangan bahasa Melayu.

Kata kekunci: KBAT, semantik kognitif, pendahuluan, metafora konsepsi, karangan

1.0 PENGENALAN
Bahagian pendahuluan merupakan bahagian utama dalam penulisan karangan yang penting
untuk diteliti. Tidak terkecuali bahawa skema penilaian penulisan juga penting bagi memastikan
aspek KBAT juga diterapkan oleh para pelajar dalam penulisan mereka. Kozlow & Bellamy (2004)
menyatakan bahawa aktiviti penulisan melibatkan aktiviti berfikir aras tinggi yang kompleks dan
berbeza yang memerlukan imaginatif perasaan, tahap minda, cita rasa dan tahap kognitif penulis
tersebut. Beyer (1988) pula menyatakan bahawa proses berfikir mempunyai hubungan yang
rapat dengan kecenderungan dan kesanggupan seseorang untuk terlibat dalam aktiviti penulisan
karangan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu yang baharu.

Rajendran (2014) menyatakan bahawa KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam
hierarki proses pemikiran kognitif. Kemahiran ini bersesuaian dengan aras pemikiran pelajar
dalam menghasilkan suatu bentuk penulisan yang mantap serta berkualiti. Penulisan karangan
dapat membolehkan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam
kepelbagaian situasi yang wujud terutamanya bahagian permulaan sesuatu karangan iaitu
bahagian pendahuluan yang menjadi titik tolak dalam penulisan sesebuah karangan. Kajian
118

berkaitan dengan aspek KBAT hanya dilaksanakan secara eksplisit menggunakan kepelbagaian
kaedah pengajaran moden yang berfokuskan kepada penggunaan kepelbagaian peta pemikiran
seperti I-Think dan I Mind Map yang lebih memberi pendedahan kepada bagaimana elemen KBAT
dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan kajian lepas yang
berkaitan dengan aspek KBAT hanya bertumpukan kepada kajian dari segi aspek pedagogi,
kepelbagaian genre karangan, KBAT dalam pemikiran ataupun penggunaan ungkapan indah.

Walaupun kajian-kajian berikut telah dilaksanakan, namun begitu kajian berkaitan


dengan penerapan KBAT dalam penulisan karangan kurang dikupas menerusi aspek pemikiran
semantik kognitif yang mengkonseptualisasikan pendekatan metafora konsepsi yang
diperkenalkan oleh George Lakoff & Mark Johnson. Kajian ini dapat memberi satu gambaran
baharu kepada para pembaca tentang kaedah penganalisisan sesebuah karangan, terutamanya
dalam bahagian penulisan pendahuluan karangan bahasa Melayu yang dilihat menerusi teori
semantik kognitif berteraskan kepada pemetaan metafora konsepsi sepertimana yang telah
digagaskan oleh George Lakoff & Mark Johnson (1980). Selaras dengan kepentingan elemen
KBAT dalam konteks pendidikan, maka KBAT perlu dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu
pendidikan dan semantik. Hal ini demikian kerana penulisan karangan para pelajar
memperlihatkan penjanaan idea yang tinggi dan perlu dikaji serta dianalisis dari perspektif
semantik menerusi pendekatan metafora konsepsi itu sendiri. Bertitik tolak daripada
kelompangan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan, maka kajian ini akan menghasilkan satu
strategi memahami KBAT menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam penulisan bahagian
pendahuluan karangan bahasa Melayu oleh para pelajar.

1.1 Objektif Kajian


a) Mengenal pasti inventori KBAT menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam
pendahuluan karangan bahasa Melayu oleh para pelajar.
b) Menganalisis idea KBAT dalam pendahuluan karangan bahasa Melayu dari perspektif
semantik menerusi pendekatan metafora konsepsi dalam kalangan pelajar

1.2 Persoalan Kajian


a) Apakah inventori KBAT yang dapat dihasilkan menerusi idea yang dihasilkan dalam
bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu?
b) Bagaimanakah idea KBAT yang disampaikan dalam pendahuluan karangan bahasa
Melayu dapat diterjemahkan dari perspektif semantik menerusi pendekatan metafora
konsepsi?

1.3 Kepentingan Kajian


a) Dapat memberi pendedahan yang jelas tentang elemen KBAT yang dapat dikonsepsikan
oleh pelajar dalam bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu.
b) Dapat menganalisis idea dalam pendahuluan karangan Bahasa Melayu menerusi
inventori KBAT yang dapat dihasilkan.
c) Dapat mengaitkan perincian elemen KBAT dalam idea pendahuluan dari perspektif
semantik menerusi pemetaan metafora konsepsi.

2.0 KONSEP TEORITIKAL


Metafora merujuk kepada suatu konsep yang abstrak dan tidak dilihat di alam nyata kerana ianya
memerlukan penelitian dalam pemahaman melalui pemikiran dan pengalaman. Secara
umumnya, metafora merujuk kepada penggunaan gaya bahasa yang indah dan menarik dalam
penulisan atau pertuturan seharian sebagai cara untuk menginterpretasikan daya pemikiran
yang kreatif ketika berbahasa. Newmark (1998) menyatakan bahawa metafora melibatkan
ekspresi figuratif, perubahan makna perkataan, personifikasi sesuatu yang abstrak serta aplikasi
perkataan atau kolokasi terhadap sesuatu yang bukan literal seperti menggambarkan sesuatu
konsep dengan suatu konsep yang lain. Lakoff (1992) telah menggagaskan satu Model Kognitif
119

Unggul (Idealized Cognitive Model) yang menggariskan lima konseptual asas iaitu skema imej,
metafora konsepsi, metonimi konsepsi, proposisi dan simbolik. Menurutnya, metafora boleh
dikonsepsikan dalam pelbagai aspek seperti konsepsi emosi, peri laku, tutur kata, dan sebagainya
di samping dapat menghasilkan satu rantau konsepsi.

Dengan kata lain, metafora konsepsi merujuk kepada satu bentuk mekanisme kognitif
yang digunakan oleh manusia untuk memahami entiti abstrak melalui sesuatu yang konkrit
(Ruzanna & Rozaimah, 2014). Anida Sarudin & Nor Hashimah Jalaluddin (2017) pula menegaskan
bahawa sistem metafora konsepsi lazim yang kebanyakannya berlaku tanpa disedari dan secara
automatik serta digunakan dalam usaha yang tidak ketara sama seperti sistem linguistik dan
sistem konsepsi yang lain. Sebagai contohnya, apabila kita berinteraksi dengan pengalaman,
kebiasaannya kita akan cuba mengaitkan sesuatu dengan pengalaman kita. Dengan ini, lahirlah
unsur metafora konsepsi yang mengatakan HIDUP UMPAMA KEHADIRAN yang menggambarkan
bahawa kelahiran menandakan kehadiran atau kedatangan kita dalam keluarga kita di negara
atau di dunia ini ( Rusmadi, 2005).

Kovecses (2010) mendefinisikan metafora konsepsi sebagai “…understanding one


conceptual domain in terms of another conceptual domain”. A convenient shorthand way of
capturing this view metaphor the following. “CONCEPTUAL DOMAIN A IS CONCEPTUAL DOMAIN
B”. Domain A merujuk kepada domain sasaran manakala domain B merujuk kepada domain
sumber. Hal ini jelas membuktikan bahawa metafora konsepsi akan terhasil apabila melibatkan
pemetaan dua domain yang melibatkan pemahaman terhadap entiti abstrak melalui sesuatu yang
konkrit.. Kajian saya untuk mengenal pasti pemetaan metafora konsepsi dengan berpandukan
kepada prosedur pengenalan metafora ataupun lebih dikenali sebagai Metaphor Identification
Procedure (MIP) seperti yang telah diperkenalkan oleh Pragglejaz Group (2007). Menurutnya,
tatacara pengenalpastian ekspresi metafora adalah meliputi tiga aspek yang utama iaitu
pertamanya adalah membaca dan memahami keseluruhan wacana untuk membuat satu
generalisasi umum terhadap maklumat yang telah disampaikan. Kedua adalah mengenal pasti
unit leksikal dalam wacana tersebut dan ketiga adalah bagi setiap unit leksikal, tentukan sama
ada ianya mempunyai maksud kontemporari yang lebih asas dalam konteks lain berbanding
dengan konteks sedia ada. Makna asas meliputi aspek yang bersifat lebih konkrit ( berdasarkan
kepada apa yang boleh dilihat, didengari, dirasai serta dapat divisualisasikan, disamping berkait
dengan tindakan manusia itu sendiri.

Lakoff & Johnson (1980) membahagikan teori metafora konsepsi kepada tiga jenis yang
utama iaitu metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural. Metafora orientasi
ialah peluasan makna atau konsep orientasi seperti DALAM-LUAR , ATAS-BAWAH, HADAPAN-
BELAKANG kepada mandala bukan ruang. Metafora ontologi merupakan pengkonseptualisasian
benda yang abstrak (emosi, idea yang abstrak, fenomena persekitaran dan menjadikannya
seperti benda (biasanya entiti, benda konkrit dan tempat). Metafora struktural pula mengambil
item yang banyak berstruktur dalam pengalaman hidup kita sebagai sumber mandala untuk kita
memahami sesuatu konsep yang lain (Rosmadi, 2005).

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis
dokumen, di mana sebanyak 3 sampel karangan pelajar tingkatan lima telah dipilih untuk
menganalisis inventori KBAT dalam bahagian pendahuluan karangan berdasarkan kepada
pendekatan metafora konsepsi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai semak
KBAT. Senarai semak diorganisasikan berdasarkan kepada Teori Metafora Konsepsi (TMK).
Analisis dilakukan secara berperingkat dengan mengenal pasti terlebih dahulu inventori KBAT
dalam perenggan pendahuluan berdasarkan pemetaan metafora konsepsi. Seterusnya analisis
inventori KBAT tersebut diperkukuhkan menerusi bukti daripada korpus DBP secara lebih
120

terperinci. Berikutan dengan ini, analisis inventori dalam setiap sampel pendahuluan tersebut
dikonsepsikan secara keseluruhan sama ada ianya berteraskan jenis metafora konsepsi orientasi,
ontologi ataupun struktural.

4.0 ANALISIS DATA


Dalam bab ini, analisis dilakukan secara berperingkat iaitu menerusi jadual pemetaan metafora
konsepsi, diikuti dengan analisis menerusi bukti korpus bahasa daripada DBP, seterusnya
disesuaikan mengikut jenis metafora konsepsi yang dominan dalam ketiga-tiga sampel
pendahuluan pelajar yang telah dianalisis.

Jadual 1. Pemetaan metafora konsepsi sampel pendahuluan 1


AYAT INVENTORI KBAT INTI AYAT
1 Budaya Sosial Sudah terang lagi bersuluh, dasawarsa ini amalan rumah terbuka
kurang mendapat sambutan dalam masyarakat di negara kita
khususnya generasi muda.
2 Tradisi Masyarakat moden marcapada kurang cakna terhadap amalan
rumah terbuka yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek
moyang kita.
3 Penilaian Intrinsik Hal ini demikian kerana mereka bersifat materialistik yang sibuk
mencari kekayaan dan hanya mementingkan diri sendiri bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
4 Pengalaman Kendiri Jika hal ini berlarutan lagi, kita terpaksa menghadapi banyak
masalah mengenai keamanan dan perpaduan masyarakat.
5 Pandangan Rasional Sebagai langkah efektif, kita boleh mengadakan rumah terbuka
sebagai wadah penyatuan masyarakat berbilang kaum melalui
perayaan-perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Deepavali, Hari Krismas, dan Tahun Baru Cina.
6 Elemen Sebagai memperkukuh lagi pernyataan masalah, kebaikan-
Manfaat/Kemakmuran kebaikan yang menunjangi isu ini perlu diperincikan demi
kebaikan bersama.

Berdasarkan kepada sampel karangan 1, analisis inventori KBAT telah dilakukan menerusi jadual
pemetaan metafora konsepsi. Dalam analisis tersebut sebanyak enam inventori KBAT telah
dikenal pasti daripada keseluruhan pendahuluan tersebut. Dalam ayat 1, frasa ‘…amalan rumah
terbuka..’ dapat dikonsepsikan menerusi inventori KBAT ‘budaya sosial’ . Hal ini jelas dibuktikan
dalam bukti data korpus DBP menerusi ayat :

‘…berikut ialah amalan pemakanan yang membantu mengembalikan bentuk badannya…’


(Fadzlena Jafar. Catherine paksa diri ramping lepas bersalin – 2001)

Ayat tersebut menggambarkan perbuatan yang diperkukuhkan menerusi leksikal


‘amalan pemakanan’, di mana penulis menjelaskan amalan yang perlu dipraktikkan oleh
seseorang bagi mendapat manfaat daripada sesuatu perkara. Konteks amalan dalam ayat di atas
secara tidak langsung memberi kefahaman kepada pembaca bahawa sesuatu perbuatan
sekiranya dipraktikkan dalam kehidupan seharian akan menjadi amalan kebiasaan selaras
dengan konsep yang dijelaskan dalam ayat 1 menerusi frasa ‘amalan rumah terbuka’ yang
seharusnya menjadi budaya sosial masyarakat Malaysia apabila menjelang musim perayaan.
Dalam ayat 2 pula, frasa ‘…diwarisi secara turun temurun..’ dapat dikaitkan dengan inventori
KBAT ‘tradisi’ seperti mana yang telah dibuktikan dalam korpus DBP menerusi ayat:

“masyarakat yang berbilang kaum dan agama, budaya tradisi ‘turun-temurun’ ini sewajarnya
menjadi tunjang kukuh yang menaungi kehidupan.” (MUHAMMAD LUTFI ZAHID. Nyawa:Bird
Gabungan Seni dan Sains. Umum, 2016)
121

Ayat tersebut membuktikan bahawa leksikal ‘turun-temurun’ adalah berkait dengan


amalan tradisi warisan oleh semua lapisan bangsa di negara kita selaras dengan kepelbagaian
konteks masyarakat majmuk di negara kita. Bukti dalam korpus ini selaras dengan konteks frasa
dalam ayat 2 yang menyatakan bahawa amalan rumah terbuka adalah suatu amalan sosial yang
dipraktikkan dalam sesebuah institusi masyarakat tanpa mengira kaum sejak dahulu lagi dan
memberikan gambaran yang jelas bahawa amalan rumah terbuka sememangnya menjadi tradisi
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Suwardi Endraswara (2006), menyatakan
bahawa budaya dipandang sebagai satu warisan tradisi dalam pelbagai lapisan masyarakat. Hal
ini selaras dengan konteks inventori KBAT ‘tradisi’ yang diperkukuhkan menerusi bukti korpus
yang diperoleh amalan rumah terbuka sememangnya dikaitkan dengan tradisi turun-temurun.

Seterusnya dalam ayat 3, frasa ‘…bersifat materialistik..’ dapat dilihat menerusi konteks
inventori KBAT ‘penilaian intrinsik’ iaitu lebih menuju kepada sifat dalaman seseorang individu.
Hal ini jelas dibuktikan dalam korpus DBP menerusi ayat:

‘ … perlu dijelaskan ciri-ciri masyarakat yang bersifat individualistik, materialistik, rasionalistik


dan sifat hedonistik amat bertentangan dengan ciri-ciri manusia…’. ( Arbai’yah Mohd Noor &
Mohd Hanafi Ibrahim, Raja Ali Haji Pemikir Ulung Alam Melayu Abad ke-19, Sejarah, 2015)

Dalam ayat di atas, dapat dibuktikan bahawa ‘sifat materialistik’ merujuk kepada sifat
dalaman yang bertentangan dengan nilai hidup manusia yang menyebabkan masyarakat kurang
menitikberatkan amalan dan budaya sebaliknya lebih mementingkan kebendaan serta kekayaan
dalam kehidupan seharian. Sifat ini seharusnya dielakkan dalam diri setiap individu sebaliknya
lebih mementingkan perpaduan dan konsep ummah dalam kalangan masyarakat bagi menjamin
kehidupan yang lebih bersosialisasi. Dengan ini, amalan rumah terbuka dapat dijadikan sebagai
satu budaya dalam kehidupan bermasyarakat bagi mengelakkan kehidupan yang lebih bersifat
introvert. diekpresikan dalam pelbagai situasi kehidupan secara tidak langsung.

Dalam ayat 4 pula frasa ‘.. menghadapi banyak masalah..’ dapat dikenal pasti mempunyai
inventori KBAT ‘pengalaman kendiri’, di mana sesuatu masalah yang dihadapi oleh seseorang
dapat dikaitkan dengan pengalaman hidup manusia secara tidak langsung. Hal ini jelas terbukti
menerusi bukti korpus bahasa DBP yang dapat dilihat dalam ayat:

‘perkara ini dapat dilihat dengan berleluasanya pelbagai masalah seperti tidak amanah, kelalaian
dan individu ketinggalan..’ (Nadzim Ahmad Jamalludin. Pemaju gagal siap projek
ditegur. Nasional, 2001)

Dalam ayat berikut, dapat dilihat bahawa perkataan ‘masalah’ sememangnya dirujuk
kepada pengalaman negatif yang dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian
diperkukuhkan menerusi leksikal ‘tidak amanah, kelalaian dan individu ketinggalan komitmen’.
Kesemua leksikal tersebut jelas menggambarkan bahawa konteks masalah dapat disesuaikan
dengan pengalaman interpersonal seseorang individu yang menyebabkan seseorang perlu
berhadapan dengan pelbagai situasi sekiranya sesuatu perkara itu berlarutan. Dengan ini, dapat
dilihat dengan jelas bahawa jika sesuatu masalah itu berlarutan, maka kita perlu berhadapan
dengan pelbagai situasi yang anjal.
Seterusnya dalam ayat 5, frasa ‘..wadah penyatuan masyarakat..’ dapat dilihat menerusi
inventori KBAT ‘pandangan rasional’. Kenyataan ini adalah bersesuaian dengan bukti korpus
yang dapat dilihat dalam ayat:

‘... bukan kerajaan NGO dan orang kenamaan kekal sebagai wadah mengeratkan hubungan
silaturahim rakyat pelbagai kaum di negara ini..’(DEWAN BUDAYA JULAI 2001)
122

Ayat berikut telah menunjukkan bahawa ‘wadah’ merujuk kepada suatu pandangan umum
ataupun kebiasaan dalam menyampaikan sesuatu perkara.

Akhirnya, dalam ayat ke-6, frasa ‘kebaikan-kebaikan yang menunjangi isu ini..’
digeneralisasikan menerusi inventori KBAT ‘elemen manfaat/kemakmuran’ yang lebih difahami
sebagai suatu bentuk kepentingan yang dapat dicapai menerusi suatu perkara ataupun langkah
yang diambil. Hal ini dapat dibuktikan menerusi bukti korpus DBP dalam ayat:

‘.. agama Islam dan nilai-nilai universal yang mengarah kepada kebaikan dan memberi manfaat
yang selari dengan sunnah dan…’(Ibadat tanpa landasan akhlak hanya sia-sia. Undang-Undang,
2005)

Ayat berikut menunjukkan bahawa agama Islam dan nilai universal membawa kepada
elemen manfaat yang selari dengan prinsip sunnah. Al-Sunnah dari sudut bahasa bermaksud
jalan, kelakuan, tabiat, keadaan masa hidup, rupa, ketetapan dan kebiasaan ( Ibn Man.z-ur, Lis-an
al-'Arab : jil. 17,ms. 89; Ibn al-Ath-ir, al-Nih-ayat :jil. 02, ms. 409). Dengan ini, dapat kita lihat
bahawa sesuatu amalan yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan manusia akan memberi
banyak manfaat kepada seseorang individu jika ianya diamalkan secara berterusan. Amalan
rumah terbuka akan membawa manfaat yang signifikan sekiranya diamalkan oleh setiap agama
dan bangsa apabila menjelang musim perayaan. Secara keseluruhannya, analisis inventori KBAT
yang dicapai menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam sampel pendahuluan 1 jelas dapat
dibuktikan menerusi bukti korpus bahasa yang diperoleh menerusi korpus DBP. Justeru, dapat
dirumuskan bahawa keseluruhan ayat-ayat yang terdapat dalam sampel pendahuluan 1 dapat
dikateogorikan dalam jenis metafora struktural, di mana ‘ Rumah Terbuka Ibarat Sifat
Keperibadian’. Hal ini demikian kerana konsep rumah terbuka dalam sampel pendahuluan 1
dijelaskan menerusi pengalaman hidup atau pandangan umum yang dikonseptualisasikan oleh
pelajar tersebut. Pelajar tersebut banyak menggambarkan situasi kehidupan dengan amalan
rumah terbuka yang menjadi norma kehidupan masyarakat.

Jadual 2. Pemetaan metafora konsepsi sampel pendahuluan 2


AYAT INVENTORI KBAT INTI AYAT
1 Lumrah kehidupan Mutakhir ini, pelbagai perayaan telah diadakan saban tahun di
negara kita
2 Budaya dan Tradisi Memandangkan negara Malaysia ini terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama, terdapat pelbagai perayaan yang disambut oleh
masyarakat Malaysia seperti Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Krismas.
3 Realiti Kehidupan Setiap kali menjelang sambutan perayaan ini, segelintir
masyarakat pasti akan mengadakan rumah terbuka.
4 Kesepakatan Hal ini demikian kerana amalan rumah terbuka merupakan wadah
bagi penyatuan kaum di negara kita.
5 Peneguhan positif Seyogianya, masyarakat kini perlu menitikberatkan amalan ini
kerana amalan rumah terbuka masih relevan untuk diadakan.
6 Manfaat kehidupan Hal ini dapat mengelakkan generasi akan datang dangkal tentang
kemaslahatan amalan rumah terbuka.
7 Jangkauan Masa Sebagai contoh, kita dapat membuka minda mereka bahawa
Depan amalan ini tidak membuang masa dan lapuk.
8 Kehidupan yang nyata Realiti, rumah terbuka banyak memberikan kebaikan kepada
masyarakat.
9 Respons terbuka Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan yang dapat kita
manfaatkan dengan menganjurkan rumah terbuka?

Berdasarkan kepada sampel pendahuluan 2, sebanyak 9 inventori KBAT telah dikenal


pasti bagi menjustifikasikan idea yang disampaikan oleh pelajar dalam penulisan bahagian
123

pendahuluan. Dalam ayat 1, frasa ‘..saban tahun..’ dapat digeneralisasikan menerusi inventori
KBAT ‘lumrah kehidupan’, di mana leksikal ‘saban tahun’ lebih difahami sebagai amalan
berterusan dalam kehidupan seseorang yang dilalui dari semasa ke semasa. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi bukti korpus bahasa dalam ayat:

‘..Tanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah…’


(Zizou bawa kembali sinaran, Sukan, 2005)

Ayat berikut jelas menunjukkan bahawa konteks ‘diabadikan saban tahun’ telah memberi
gambaran kepada kita suatu perkara yang dilakukan secara berulang tahun boleh dikaitkan
dengan lumrah kehidupan manusia menunjukkan bahawa sesuatu perkara yang sememangnya
menjadi amalan hidup masyarakat yang perlu dihadapi oleh setiap individu apabila menjelang
masanya. Leksikal ‘diabadikan’ boleh dikaitkan dengan lumrah kehidupan kerana sesuatu
perkara yang dipupuk serta diabadikan sejak kecil lagi semestinya menjadi suatu kewajipan
dalam konteks masyarakat bagi merealisasikannya.

Dalam ayat 2 pula, frasa ‘..pelbagai agama dan bangsa..’ menggambarkan inventori KBAT
‘budaya dan tradisi’ kerana dapat dikaitkan dengan kepelbagaian agama dan bangsa di negara
kita menunjukkan kekayaan budaya dan tradisi di negara kita secara tidak langsung. Hal ini jelas
dilihat menerusi bukti korpus dalam ayat:

‘…mereka juga tahu menghormati budaya keturunan lain dengan memastikan makanan yang
diberikan kepada…’ (Dr Saminah Samad. Sekolah Wawasan bantu mantap perpaduan. Surat
Pembaca, 2000)

Menerusi ayat di atas, dapat kita lihat bahawa leksikal ‘budaya keturunan lain’ dapat
dikaitkan dengan kepelbagaian agama dan bangsa mempunyai budaya dan tradisi masing-masing
selaras dengan kepercayaan kaum masing-masing. Hal ini sememangnya dapat dikaitkan dengan
konteks ‘rumah terbuka’ di mana ianya juga merupakan salah satu amalan yang dipraktikkan oleh
setiap agama dan bangsa tanpa mengira kaum di negara kita yang mempunyai pelbagai lapisan
masyarakat majmuk bagi mengukuhkan lagi konsep budaya dan kepelbagaian tradisi di negara
kita dengan amalan kemasyarakatan.

Dalam ayat 3 , frasa ‘..setiap kali menjelang sambutan..’ dapat digambarkan menerusi
inventori KBAT ‘realiti kehidupan’. Frasa ‘setiap kali’ menunjukkan bahawa ianya diamalkan
secara berulang dalam kehidupan yang menjadi norma masyarakat apabila menjelang musim
perayaan. Data korpus bahasa menunjukkan bahawa konteks ‘setiap kali menjelang perayaan’
dapat dilihat dalam ayat:

‘…pula tidak pernah melepaskan peluang beraya di kampung setiap kali menjelang perayaan
Aidilfitri…’ ( Talib Samat. Kehadiran Yang Dilupakan, Sastera. 1989)

Ayat di atas membuktikan kepada kita bahawa frasa ‘setiap kali menjelang’
menggambarkan norma kehidupan masyarakat yang diamalkan secara berterusan apabila
menjelang musim perayaan, di mana amalan pulang beraya di kampung menjadi realiti yang
semestinya diamalkan apabila menjelang musim perayaan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa
leksikal ‘setiap kali menjelang’ itu menunjukkan kepada kita bahawa budaya pulang ke kampung
pada musim perayaan menjadi rutin masyarakat pada setiap tahun sehingga menjadi realiti yang
berlaku secara tidak dijangka dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.

Dalam ayat 4, terdapat frasa ‘..wadah bagi penyatuan kaum…’ dapat dikonsepsikan
menerusi inventori KBAT yang merujuk kepada ‘kesepakatan’, di mana elemen penyatuan
124

merujuk kepada kesepakatan ataupun permuafakatan dalam konteks ayat tersebut. Bukti korpus
bahasa DBP dapat digambarkan menerusi ayat:

‘… ini banyak pihak mulai sedar betapa pentingnya faktor penyatuan bangsa yang menjadi teras
kekuatan sesebuah negara…’ (Wan Emril Nizam Wan Embong. Bangsa Melayu perlu pelopori
format penyatuan bangsa. Surat Pembaca, 2001)

Dalam konteks di atas, dapat kita lihat bahawa elemen penyatuan bangsa ataupun sesebuah
komuniti sememangnya dikaitkan dengan konteks ‘penyatuan kaum’ yang membawa kepada
elemen permuafakatan antara pelbagai lapisan bangsa di negara kita. Kesepakatan antara
pelbagai kaum dapat menjadi satu medium kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan di negara
kita agar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Masyarakat yang bersatu padu dapat menjadi
landasan utama kepada pengekalan kepelbagaian budaya dan tradisi di negara kita.

Berikutan dengan ayat 5 iaitu frasa ‘..amalan terbuka masih relevan..’ dapat
digeneralisasikan menerusi inventori KBAT yang dikatakan sebagai peneguhan positif, di mana
adanya elemen penegasan secara positif dalam menjustifikasikan kepentingan amalan rumah
terbuka adalah amat relevan untuk dilaksanakan. Data korpus juga telah diperoleh bagi
memperkukuhkan lagi analisis pemetaan tersebut menerusi ayat:

‘… peringkat akar umbi bagi menerangkan bahawa Umno masih relevan dan betapa pentingnya
perjuangannya demi kepentingan agama, bangsa …’ (Kadir Dikoh. Pemuda mahu tangguh
debat. Nasional, 2001)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa adanya elemen penegasan yang dikemukakan dalam
menggambarkan situasi bahawa keterangan yang menyatakan perjuangan UMNO sememangnya
sesuai dan berpatutan dalam meningkatkan lagi kepentingan agama dan bangsa. Hal ini
sememangnya dijustifikasi bahawa ianya adalah benar dan memberi kesan positif sekiranya ia
dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan leksikal ‘amalan terbuka masih relevan’ yang
menunjukkan pelaksanaan amalan tersebut adalah sesuatu yang wajar dan memberi banyak
manfaat dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam ayat 6 pula, frasa ‘…mengelakkan generasi akan datang dangkal tentang
kemaslahatan rumah terbuka..’ dapat menggambarkan penghasilan inventori KBAT ‘manfaat
kehidupan’. Bukti dalam korpus bahasa telah diperkukuh menerusi ayat:

‘…sebagaimana hadis di atas dan pengajarannya disesuaikan dengan kemaslahatan (keperluan)


umat semasa…’ (Muhammad Shabri Abd Majid. Zakat Fitrah untuk sejahterakan ekonomi umat.
Agama, 2002)

Dalam ayat di atas, dapat dilihat bahawa leksikal ‘kemaslahatan’ dapat diseusikan dengan
elemen keperluan sesuatu perkara dalam. Konteks ayat tersebut menggambarkan bahawa
pengajaran hadis disesuaikan selaras dengan keperluan umat Islam. Hal ini bersesuaian dengan
konteks kemaslahatan dalam ayat 6 yang merujuk kepada amalan rumah terbuka perlu diberi
penekanan dalam kalangan generasi akan datang supaya mereka sedar akan keperluannya dalam
kehidupan sejagat selaras memberi manfaat yang banyak dalam realiti kehidupan semasa.
Dalam ayat 7 pula, frasa ‘…membuka minda mereka…’ jelas dikonseptualisasikan
menerusi inventori KBAT ‘jangkauan masa depan’ yang menunjukkan bahawa ‘membuka minda’
lebih diertikan sebagai suatu tindakan yang boleh memberi kesedaran secara interpersonal
dalam diri seseorang dalam menghayati kepentingan sesuatu amalan atau perkara. Hal ini jelas
dibuktikan menerusi bukti korpus bahasa DBP yang dilihat menerusi ayat:

‘…kita hanya menyampai dan Allah akan membuka hati seseorang jika Dia menghendakinya…’
( Jabary. Perbeaan agama bukan halangan berbuat ihsan.Agama, 2001)
125

Dalam ayat tersebut, frasa ‘membuka hati’ digunakan untuk menggambarkan peluang
kesedaran yang akan diperoleh jika seseorang diberi pendedahan terhadap sesuatu perkara
dalam kehidupan. Hal ini selaras diperkukuhkan menerusi leksikal ‘membuka’ di mana ianya
merujuk kepada satu peluang yang mungkin akan diperoleh seseorang untuk merealisasikan
perkara tersebut pada masa akan datang. Muhaya Muhammad ( 2018) ada menyatakan bahawa
Bilik minda’ adalah satu imaginasi minda, yang boleh dimiliki oleh setiap individu dengan cara,
pejamkan mata dan bayangkan satu bilik yang kita sangat suka, tenang serta membahagiakan,
dan orang lain tidak nampak apa-apa yang kita bayangkan. Hal in selaras dengan konsep leksikal
yang dinyatakan bahawa ‘membuka minda adalah satu bayangan terhadap jangkauan masa
hadapan yang dikonsepsikan dalam minda seseorang. Dengan ini, kita dapat rumuskan bahawa
konsep rumah terbuka dapat membuka minda seseorang individu terhadap kepentingannya.

Seterusnya dalam ayat 8 , frasa ‘…realiti, rumah terbuka banyak memberi manfaat…’
diterjemahkan menerusi inventori KBAT ‘kehidupan yang nyata’. Dalam frasa tersebut, ‘realiti’
menggambarkan kenyataan benar yang berlaku dalam kehidupan seseorang individu. Bukti
korpus menunjukkan ‘realiti’ dimaksudkan sebagai lumrah kehidupan yang perlu dialami oleh
setiap manusia menerusi ayat:

‘…Islam memang agama yang hidup dan bergaul dengan realiti kehidupan, bukan sekadar
berlandaskan teori dan nilai semata-mata…’ (Raja Yusoff Ariffin. Cara terbaik guna masa
mengikut kehendak Islam)

Dalam ayat di atas, dapat kita lihat bahawa konteks agama berkait dengan realiti
kehidupan yang nyata diperkukuhkan menerusi leksikal ‘ hidup dan bergaul’ di mana penulis
menggambarkan kehidupan seseorang menerusi realiti yang dilalui oleh individu tersebut. Hal
ini berkait dengan konteks rumah terbuka, di mana ianya juga merupakan satu realiti yang perlu
dilalui dalam kehidupan bermasyarakat secara tidak langsung. Dengan ini, jelaslah bahawa
amalan rumah terbuka merupakan suatu kewajipan dalam kehidupan seseorang dalam konteks
budaya dan masyarakat di negara kita.

Seterusnya dalam ayat 9 pula, frasa ‘…apakah kepentingan yang dapat kita manfaatkan…’
menunjukkan penghasilan inventori KBAT ‘respons terbuka’ yang dapat kita sampaikan
menerusi persoalan yang wujud. Bukti korpus dapat dilihat menerusi ayat:

‘…persoalannya, adakah teks merupakan satu-satunya punca..’(Kanaga Saba


Venugopal. Penggubalan kurikulum baru sastera perlu lebih telus. Sastera dan Budaya, 1999)

Dalam ayat tersebut, terdapat elemen persoalan yang diwujudkan bagi memberikan
pendapat kita. Penulis mengemukakan persoalan secara terbuka bagi mendapatkan idea
daripada pihak yang terlibat untuk mengukuhkan lagi pernyataan yang dikemukakan. Secara
keseluruhannya, kesemua inventori KBAT yang dikenal pasti menerusi analisis pemetaan
metafora konsepsi dalam sampel pendahuluan 2 dapat dirumuskan bahawa ‘Rumah Terbuka
adalah Pengalaman Kendiri.’ Hal ini jelas menunjukkan bahawa idea yang dikonsepsikan dalam
sampel pendahuluan lebih berteraskan kepada metafora struktural yang lebih menggambarkan
pengalaman hidup manusia sebagai sumber untuk kita memahami suatu konsep yang lain.
126

Jadual 3. Pemetaan metafora konsepsi sampel pendahuluan 3


AYAT INVENTORI KBAT INTI AYAT
1 Budaya Masyarakat Dalam meniti kehidupan marcapada, amalan rumah terbuka
sudah menjadi lumrah setiap kali sambutan perayaan diadakan
di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun
Baru Cina dan Hari Krismas.
2 Tanggungjawab sosial Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka
sehingga pelbagai lapisan masyarakat cakna tentang maslahat
amalan rumah terbuka.
3 Realiti Nyata Negara kita mempunyai enam perayaan kaum dan dianggap
sebagai perayaan yang signifikan.
4 Keperluan Intrinsik Masyarakat seyogianya mengambil berat tentang sambutan
rumah terbuka yang diadakan setiap kali perayaan.
5 Pengetahuan kendiri Terdapat banyak kebaikan mengadakan rumah terbuka.
6 Elemen Kemakmuran Oleh hal demikian, hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat
yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata
pepatah ‘ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat’.

Berdasarkan kepada sampel pendahuluan 3, sebanyak 6 inventori telah dikenal pasti


menerusi pemetaan metafora konsepsi yang diterjemahkan dalam bentuk jadual di atas. Dalam
ayat 1, frasa ‘…amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah setiap kali perayaan diadakan …’
telah dikonsepsikan menerusi inventori KBAT ‘budaya masyarakat’ yang lebih merujuk kepada
budaya dan tradisi telah menjadi kebiasaan dalam amalan kehidupan bermasyarakat di negara
kita. Bukti korpus dapat ditunjukkan menerusi ayat:

‘…sudah menjadi lumrah setiap kali menjelang perayaan dan Aidilfitri yang menjelang…’ (Misiah
Taib. Harga ayam: Pengguna, peniaga perlu kerjasama. Ekonomi, 1999)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa ‘lumrah’ boleh digunakan untuk menggambarkan


situasi umum yang berkemungkinan dihadapi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira
agama dan bangsa apabila menjelang musim perayaan. Hal ini diperkukuhkan menerusi leksikal
‘setiap kali’ yang menggambarkan rutin masyarakat sewaktu perayaan. Leksikal ini bersesuaian
dengan konteks budaya dan masyarakat yang digambarkan dalam ayat 1, menyatakan bahawa
amalan rumah terbuka juga menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara
kita.

Dalam ayat 2, frasa ‘…lapisan masyarakat cakna tentang maslahat amalan rumah
terbuka…’ dapat menggambarkan penghasilan inventori KBAT ‘tanggungjawab’ yang sesuai
digambarkan menerusi konteks perkataan ‘cakna tentang kemaslahatan dalam’ frasa di atas.
Situasi dalam frasa di atas jelas menunjukkan bahawa setiap orang perlu peka dan
bertanggungjawab dalam mengamalkan konsep rumah terbuka. Data korpus yang diperoleh
menerusi ayat:

‘…supaya menuntut ilmu dan cakna terhadap soal keilmuan…’ (Zulkifli Khair. Tiada lagi umat
buta huruf jika semangat iqra dihayati. Agama, 2006)

Ayat di atas menggambarkan sifat kepekaan dan komitmen yang perlu ada pada diri
seseorang dalam memahami sesuatu perkara. Hal ini jelas diperkukuhkan menerusi leksikal
‘cakna terhadap soal keilmuan’ di mana penulis menegaskan bahawa penuntut ilmu perlu
menghayati setiap perkara yang dipelajari. Situasi ini jelas menggambarkan nilai tanggungjawab
dalam yang perlu ada dalam diri setiap individu apabila melakukan sesuatu perkara sepertimana
yang dijelaskan dalam ayat 2 bahawa setiap lapisan masyarakat perlu menyedari kepentingan
amalan rumah terbuka yang menjadi identiti sesebuah kaum.
127

Seterusnya dalam ayat 3 pula, frasa ‘…perayaan yang signifikan…’ dapat diterjemahkan
sebagai ‘realiti nyata’ dalam inventori KBAT yang dihasilkan. Signifikan lebih mudah disesuaikan
dengan sesuatu yang penting ataupun kehendak yang nyata dalam kehidupan realiti manusia.
Data dalam bukti korpus yang dilihat menerusi ayat:

‘…banyak peristiwa yang signifikan berlaku sepanjang hayat…’ (Amila Salleh; Nila keumala.
Perkembangan Kerjaya Wanita: Satu Analisis Biografi. Sosiologi, 2013)

Ayat di atas menunjukkan bahawa ‘signifikan’ juga dikaitkan dengan sesuatu yang
menjadi keutamaan ataupun kepentingan dalam kehidupan seseorang. Sesuatu peristiwa atau
pengalaman dalam kehidupan manusia boleh menjadi signifikan dalam kelangsungan hidup
seseorang. Hal ini bersesuaian dengan konteks ‘realiti nyata’ di mana amalan rumah terbuka akan
menjadi keutamaan dalam perayaan sesebuah kaum di negara kita. Dengan ini, kita dapat
buktikan bahawa leksikal ‘signifikan’ berkait dengan identiti sesuatu perkara ataupun peristiwa
dalam sesebuah konteks masyarakat.

Dalam ayat 4 pula, frasa ‘…masyarakat seyogianya mengambil berat tentang sambutan
rumah terbuka…’ dapat dibuktikan menerusi penghasilan inventori KBAT ‘keperluan intrinsik’ di
mana ‘mengambil berat’ dalam frasa di atas menunjukkan bahawa adanya keperluan intrinsik
dalam diri setiap individu bagi merealisasikan sambutan rumah terbuka. Bukti data korpus dapat
dilihat menerusi ayat:

‘…kesal kerana kerajaan tidak mengambil kira masalah pemandu teks…’(Aminuddin


Ibrahim. Derita cari penumpang. Mutakhir, 1996)

Dalam ayat di atas, leksikal ‘mengambil kira’ juga dikaitkan dengan keprihatinan yang
perlu ada dalam diri setiap pihak yang terlibat dalam mengatasi atau menyelesaikan sesuatu
masalah. Hal ini juga bersesuaian dengan konteks dalam ayat 4 yang menunjukkan bahawa setiap
golongan perlu mengambil berat terhadap kepentingan amalan rumah terbuka dalam konteks
agama dan bangsa. Sifat tersebut perlu wujud secara dalaman dalam diri setiap individu tentang
keperluan mengadakan rumah terbuka supaya amalan tersebut tidak dilupuskan secara
sepenuhnya.

Dalam ayat 5, frasa ‘…terdapat banyak kebaikan mengadakan rumah terbuka…’ dapat
menghasilkan inventori KBAT ‘pengetahuan kendiri’ yang menunjukkan bahawa pelajar
sememangnya mempunyai pengetahuan yang asas terhadap kepentingan mengadakan rumah
terbuka. Bukti data korpus juga dilihat dalam ayat:

‘…beliau menyatakan bahawa terdapat empat kemungkinan utama untuk masa depan…’ (R.S.
Milne dan Diana K.Mauzy. Politik Dan Kerajaan Di Malaysia, 1982)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa pengalaman asas yang sedia ada membolehkan
seseorang untuk memberi penjelasan umum dalam menyampaikan suatu maklumat secara
umum kepada semua pihak. Hal ini jelas diperkukuhkan menerusi leksikal ‘menyatakan bahawa’,
kerana penulis mengulas semula apa yang telah diperkatakan oleh seseorang pakar menerusi
penulisannya. Menerusi konteks ini, kita dapat membuktikan bahawa pengetahuan seseorang
individu terhadap manfaat mengadakan rumah terbuka dapat membolehkan mereka untuk
mengamalkan tradisi tersebut dalam konteks masyarakat yang dilaluinya.

Seterusnya dalam ayat 6 pula, frasa ‘…mewujudkan masyarakat yang hidup dalam
keadaan yang aman dan harmoni…’ menunjukkan adanya penghasilan inventori KBAT ‘elemen
kemakmuran’ yang dapat dikaitkan dengan kehidupan masyarakat yang lebih bersatu-padu dan
harmonis. Data daripada bukti korpus dapat dilihat dalam ayat:
128

‘…rakyat di kawasan ini akan hidup aman dan sejahtera seperti sekarang ini…’ ( Hazeeq Ilyana.
Kuching Bandar raya Perpaduan. Kesenian/Kebudayaan, 2015)

Ayat tersebut membuktikan bahawa leksikal aman dan sejahtera adalah berkait rapat
dengan kepada kehidupan yang aman dan harmoni secara tidak langsung. Kemakmuran dalam
konteks masyarakat merujuk kepada kehidupan yang lebih selesa dan maju tanpa sebarang
bentuk masalah seperti kekacauan, peperangan dan sebagainya. Rakyat yang bebas daripada
semua belenggu masalah ini secara tidak langsung akan dapat mewujudkan kehidupan yang lebih
bersistematik. Dengan ini, mereka dapat merealisasikan amalan rumah terbuka dalam konteks
budaya yang diamalkan secara turun-temurun. Secara keseluruhannya, kesemua analisis
inventori KBAT yang dihasilkan menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam sampel
pendahuluan 3 di atas dapat dibuktikan bahawa Rumah Terbuka Umpama Kesejahteraan Sosial
yang lebih sesuai dikonsepsikan dalam metafora jenis orientasi. Hal ini diperkukuhkan lagi
menerusi pemetaan orientasi Dalam-Luar menerusi idea yang ditulis oleh pelajar dalam sampel
pendahuluan 3 yang telah dianalisis.

Dalam ayat 1, pemetaan dalam-luar dilihat menerusi leksikal ‘lumrah’ yang dapat
dikaitkan dengan norma masyarakat (luar) yang menyumbang kepada pengamalan mengadakan
rumah terbuka yang dijalankan menjelang musim perayaan mengikut kaum (dalam). Seterusnya,
dalam ayat 2 pula, pemetaan dalam-luar dapat dilihat menerusi leksikal ‘maslahat rumah terbuka’
(dalam), iaitu berkait dengan pengalaman awal seseorang tentang kepentingan mengadakan
rumah terbuka pendedahan awal tentang konsep rumah terbuka yang dikaitkan dengan konteks
pelbagai lapisan masyarakat di negara kita (luar). Dalam ayat 3 pula, konteks (luar) dapat dilihat
dalam konsep ‘perayaan’ kerana melibatkan identiti sesebuah kaum manakala leksikal
‘signifikan’ (dalam) pula merujuk kepada keutamaan yang diberikan berdasarkan kepada
pandangan seseorang individu terhadap konteks rumah terbuka. Pemetaan orientasi dalam-luar
juga dapat dilihat dalam ayat 4 menerusi leksikal mengambil berat (dalam) kerana berkait
dengan nilai tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang individu dalam menyedari
kepentingan mengadakan rumah terbuka (luar) kerana melibatkan konteks masyarakat yang
berbilang kaum. Dalam ayat 5 pula, leksikal ‘banyak’ kebaikan dilihat sebagai konteks luar kerana
bersifat umum dan tidak spesifik kepada sesebuah perkara manakala konsep rumah terbuka pula
dilihat sebagai konteks (dalam) kerana melibatkan agenda perayaan mengikut setiap kaum yang
berbeza. Seterusnya, konsep pemetaan orientasi dalam-luar dapat dilihat menerusi leksikal
‘masyarakat’ (luar) kerana melibatkan konteks secara umum dan bertumpukan kepada gaya
hidup masyarakat yang aman dan harmoni (dalam) kerana bersifat spesifik dan hanya menuju
kepada satu manfaat sahaja.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, analisis yang dilakukan menerusi jadual pemetaan metafora konsepsi
dapat berjaya menghasilkan inventori KBAT yang sesuai dengan konteks ayat dalam sampel
pendahuluan karangan pelajar yang telah dikaji. Sebanyak tiga jenis metafora konsepsi telah
berjaya dikenal pasti menerusi keseluruhan analisis tersebut iaitu metafora ontologi, metafora
orientasi dan metafora struktural. Setiap sampel pendahuluan adalah tergolong dalam jenis
metafora konsepsi yang berbeza mengikut makna tersirat dalam konteks leksikal yang
dihasilkan. Dengan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa setiap pendahuluan yang dihasilkan
dalam sesebuah karangan, khususnya karangan jenis perbincangan sememangnya mempunyai
elemen KBAT yang sewajarnya dapat dikonsepsikan menerusi Teori Metafora Konsepsi (TMK).
Analisis inventori KBAT yang dicapai dapat menjadi landasan kepada hubungan antara konteks
pendidikan dan bidang semantik secara tidak langsung. Kajian ini juga dapat meneliti analisis dari
aspek semantik kognitif, di mana idea dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan
mempunyai kepelbagaian makna leksikal yang berkait rapat dengan konteks kognitif pelajar.
129

RUJUKAN
Aminudin Basir & Radzi Othman. (2006). Konsep Al-Sunah Menurut Ahli Hadith. Jurnal Pengajian
Umum. Dicapai pada 3 Julai 2019 daripada
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_07_2006/aminudin_et.al_2006.pdf
Anida Sarudin & Nor Hashimah Jalaluddin (2017). Analisis Semantik Kognitif Kata Serapan Arab
– Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Beyer, B. K. (1988). “Developing A Thinking Skills Program.” Boston, Mass: Allyn & Bacon.
Kovocses, Z. (2010). Metaphor: Apractical Introduction. (2nd Ed). New York: Oxford University
Press.
Kozlow & Bellamy. (2004). Experimental Study on the Impact of the 6+1 Trait Writing Model on
Student Achievement in Writing. Dicapai pada 5 Jun 2019, daripada
https://educationnorthwest.org/sites/default/files/resources/Student_Achievement_in
_Writing.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah.
Dicapai pada 1 Julai 2019 daripada
https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/penerbitan/kbat/1336-
kemahiran-berfikir-aras-tinggi-aplikasi-di-sekolah-2014/file
Lakoff, G. 1993. The Contemporary Theory of Metaphor. Dalam Andrew, O. (penyunting) Metaphor
and thought, hlm. 202-251. Cambridge: Cambridge University Press.
Muhaya Muhammad (2018). Berfikir Sebagai Satu Terapi. Utusan Online. Dicapai pada 3 Julai
2019 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/berfikir-sebagai-satu-
terapi-1.598535
Newmann, F. M. (1990). “Higher Order Thinking In Teaching Social Studies: A Rationale for The
Assessment of Classroom Thoughtfulness. Journal of Curriculum Studies. 22. 41-56.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. Anida Sarudin, Zaharani Ahmad. (2012). Peluasan Makna Alim: Analisis
Semantik Kognitif. Dicapai pada 5 Julai 2019 daripada
http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/621
Rajendran Nagappan. (2014). Kemahiran berfikir. Dicapai pada 25 Jun 2019 daripada
http://www.slideboom.com/presentations/145402/KEMAHIRAN-BERFIKIR-
ARASINGGI-%28KBAT%29-DANKEMAHIRAN-BERFIKIR-ARASRENDAH-%28KBAR%29.
Rozaimah Rashidin. (2015). Metafora Konsepsi MARAH dalam Data Korpus Teks Tradisional
Melayu. Jurnal Linguistik, 19, 029-047. Dicapai pada 12 April 2016, daripada
http//jurnal.plm.org.my/pdf.
Ruzanna Md.Ruslan dan Rozaimah Rashidin. (2014). Skema Imej dan Metafora Konsepsi dalam
Skrip Teater Wangi Jadi Saksi. Jurnal Linguistik,18,010-024. Dicapai pada 20 April 2016,
daripada http://www.plm.org.my.pdf.
Suwardi Endraswara. (2006), Konsep & Teori Budaya. Dicapai pada 3 Julai 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/BAB_DUA_KONSEP.pdf
130

PEMEROLEHAN BAHASA WANITA DEWASA PEKAK MELALUI ANALISIS


NEUROPSIKOLINGUISTIK
Siti Noridayu Abd. Nasiri, Hazlina Abdul Halimii & Sharil Nizam Sha’riiii
i(Pengarang Bersama)Pelajar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Malaysia,noridayu87_nasir@yahoo.com
iiPensyarah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Malaysia, hazlina_ah@upm.edu.my
iii Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM, Malaysia, sharil@upm.edu.my

Abstrak
Cacat pendengaran atau pekak merupakan salah satu masalah yang dikategorikan sebagai Orang Kurang
Upaya (OKU). Lazimnya, orang pekak mengalami masalah dalam sistem pendengaran yang menyebabkan
mereka tidak dapat menangkap butir percakapan daripada orang lain. Bagaimanapun, terdapat orang
pekak yang juga bisu dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, orang pekak menggunakan bahasa
isyarat untuk berkomunikasi. Walaupun, masalah pekak juga dikaitkan dengan faktor usia tetapi pekak
juga boleh dialami secara semula jadi kepada manusia sejak lahir. Oleh itu, kajian ini memfokuskan
pemerolehan bahasa oleh seorang wanita dewasa pekak yang mengalami kecacatan ini sejak lahir. Selain
itu, kajian ini bertujuan memperjelaskan proses neurologi manusia dengan masalah dalam pemerolehan
bahasa wanita pekak. Malahan, kajian ini menerapkan aplikasi teori Interaksionalis yang dipelopori oleh
Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976) yang berpendapat bahawa kognitif sahaja tidak boleh
menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh yang demikian, teori yang mementingkan komunikasi ini sesuai
untuk menerapkan kajian terhadap wanita dewasa yang hanya mengalami masalah pekak sejak lahir. Maka,
kajian ini mempunyai peri pentingnya untuk meneliti sejauh mana tahap pemerolehan bahasa wanita
pekak bagi dalam komunikasi seharian. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjadi
rujukan dan membantu penyelidikan tentang masalah berkaitan aspek linguistik manusia pekak pada masa
akan datang.

Kata kekunci: wanita dewasa pekak, neuropsikolinguistik, Teori Interaksionalis, Bloom (1970) Bowennan
(1973) Gromer (1976)

1.0 PENGENALAN
Cacat pendengaran juga dikenali sebagai pekak atau tuli di Malaysia. Kemudian, individu pekak
juga tidak semestinya bisu walaupun terdapat individu pekak yang mengalami kecacatan bisu
dalam satu masa yang sama. Lazimnya, individu yang mengalami masalah pekak sejak lahir akan
mendapatkan pengesahan pengamal perubatan bertauliah (doktor) bagi mendapatkan kad Orang
Kelainan Upaya (OKU). Melalui cara ini, pelbagai kemudahan dari segi pendidikan, kemahiran
dan bantuan disediakan oleh pihak berwajib kepada individu kategori OKU pekak.

Menurut, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2011:187) pekak bererti tuli. Manakala,
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1161) mendefinisikan pekak sebagai tidak dapat mendengar
langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik, tuli. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah
“cacat pendengaran” adalah perkataan yang santun digunakan dalam situasi tertentu. Namun
begitu, perkataan “pekak” dan “tuli” boleh digunakan jika keadaan sesuai.

Seterusnya, penulisan ilmiah ini adalah kajian tentang seorang wanita pekak yang
mengalami cacat pendengaran sejak lahir lagi. Kajian ini dijalankan di Tambun Tulang, Perlis
pada 7 Jun 2019 yang bertempat di kediaman keluarga responden. Data ini dicatat bermula pukul
10.00 pagi hingga 6.00 petang. Oleh itu, kajian ini bersifat penelitian secara berfokus kepada
responden tersebut.

Petunjuk pergerakan isyarat yang dikelaskan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia
(2014) adalah tanda bertitik yang menunjukkan kedudukan tangan sebelum bergerak,
pergerakan mengikut anak panah sama ada melengkung, panjang, pendek, jauh atau berombak-
ombak juga jari-jari atau tangan yang bergerak serta pergerakan bulatan mengikut jam. Malahan,
131

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2014) isyarat tangan telah dibahagikan kepada 30 ciri-ciri
penggunaan untuk memudahkan penggunan mencari isyarat-isyarat tertentu.

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2017) memperjelaskan tentang kecacatan
bahasa dan otak dalam penulisan ilmiah. Dalam penulisan ini ditekankan tentang kebolehan
mendengar serta bertutur bagi manusia yang mengalami kecacatan bahasa. Kemudian,
dihuraikan dengan lebih lanjut tentang pemerolehan dan bahasa. Dalam kecacatan bahasa
diterangkan tentang konsep kecacatan komunikasi, hubungan komunikasi, bahasa dan
pertuturan, punca kecacatan bahasa juga kategori kecacatan dalam komunikasi. Seterusnya,
aadalah tentang kecacatan bahasa serta komunikasi yang berlaku dalam kalangan pelajar, bahasa
komunikasi orang pekak serta keistimewaan juga cabaran orang pekak.

Nik Hassan Seman et al. (2016) menjalankan kajian tentang analisis permasalahan pelajar
cacat pendengaran dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan
membincangkan permasalahan yang timbul kepada pelajar cacat pendengaran semasa proses
pembelajaran di kelas khas. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru-guru sukar menerangkan
konsep dalam subjek Pendidikan Islam kerana proses dalam subjek ini melibatkan aspek yang
bersifat abstrak seperti topik akidah. Oleh yang demikian, melalui kajian ini penyelidik
mencadangkan agar mendapatkan guru yang berkemahiran, perubahan kokurikum
pembelajaran, sokongan daripada pihak pengurusan, komitmen dan tanggungjawab, peranan
kaunselor, sokongan ibu bapa dan orang sekeliling serta persekitaran pembelajaran yang lebih
kondusif untuk pelajar pekak.

Mohd Hanafi bin Mohd Yasin & Nor Salliza Zakaria (2015) menjalankan kajian tentang
masalah dalam penggunaan alat bantu pendengaran pelajar sekolah pekak. Kajian ini
memfokuskan kepada faktor dan masalah yang berlaku dalam penggunaan alat bantu
pendegaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan alat bantu pendengaran telah
menyebabkan mereka tidak dapat memberikan perhatian semasa kelas kerana kesakitan
berpanjangan. Faktor utama yang menyebabkan pelajar tidak mahu menggunakan alat bantu
pendengaran kerana tidak selesa dan sakit di telinga tengah. Kemudian, faktor alat bantu
pendengaran yang kerap kehabisan bateri menyebabkan alat itu tidak dapat digunakan
sepenuhnya.

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed (2014) meneliti tentang bagaimana memahami
komunikasi dalam kalangan orang pekak. Dalam penulisan ini diterapkan tentang pengalaman
bersama orang pekak, pengenalan kepada komunikasi, bahasa, pertuturan dan isyarat bagi orang
pekak. Kemudian, tentang pengenalan kepada bahasa orang pekak, ejaan jari dan angka yang
digunakan orang pekak, pengaruh persekitaran serta orang pekak sebagai sebahagian orang
cacat. Seterusnya, penulis menghuraikan dengan teliti tentang orang pekak yang menjadi
pengguna bahasa minoriti juga mengangkat bahasa isyarat orang pekak.

Shahrul Arba’iah Othman et al. (2008) menjalankan kajian tentang faktor ibu bapa dalam
kecemerlangan akademik pelajar pekak dalam retrospektif. Kajian ini memfokuskan kepada
untuk memahami faktor peranan ibu bapa dalam akademik anak yang mengalami masalah pekak.
Hasil dapatan kajian menunjukkan kecemerlangan akademik pelajar pekak bergantung pada dua
faktor. Antaranya, diri pelajar sendiri dan keluarga mereka. Malahan, sikap ibu bapa,penglibatan,
jangkaan, persekitaran serta sumber ibu bapa menjadi faktor penting. Malahan,kajian ini
memberikan impak bagi persediaan khidmat intervensi awal yang lebih baik dengan memberikan
peluang pendidikan yang sama kepada pelajar pekak. Selain itu, peranan agensi-agensi terlibat
amat penting dalam kolaborasi untuk menyediakan khidmat sokongan untuk pelajar pekak.
132

2.0 PERSEKITARAN RESPONDEN


Faktor yang melibatkan persekitaran dalam kehidupan responden bagitu penting bagi
menghubungkaitkan hasil kajian yang diperoleh. Hal ini kerana, apa yang berlaku di sekeliling
responden begitu mempengaruhi pemerolehan bahasa Melayu dalam pertuturan responden.
Malahan, rangsangan yang diberikan dalam pemerolehan bahasa adalah berbeza mengikut tahap
pengetahuan manusia. Lazimnya, manusia yang mengalami cacat pendengaran memerlukan
rangsangan yang lebih bagi membantu mereka.

Oleh yang demikian, penyelidik menjalankan pemerhatian dalam budaya komunikasi


yang berlaku pada keluarga responden. Hal ini kerana, tindak balas melebihi seorang dalam
komunikasi memainkan peranan yang penting bagi menentukan sama ada komunikasi tersebut
berkesan atau tidak.

Malahan, bagi berkomunikasi dengan individu yang mengalami masalah cacat


pendengaran terdapat dua jenis komunikasi yang terlibat semasa menyampaikan maklumat.
Komunikasi dibahagikan kepada verbal dan non-verbal. Di mana verbal merupakan komunikasi
yang menggunakan pertuturan lisan. Manakala, komunikasi secara non-verbal menggunakan
bahasa badan yang lebih sinonim sebagai bahasa isyarat bagi orang pekak.

Hal ini kerana, responden hanya bersekolah hingga berusia 15 tahun. Maka, pemerolehan
bahasa lisan responden berada pada tahap yang minima. Namun begitu, alat bantu pendengaran
telah membantu reponden mendapat bahasa melalui orang di sekelilingnya. Walau
bagaimanapun, bahasa lisan tersebut perlu dibantu dengan bahasa badan untuk memahamkan
responden.

Tambahan lagi, bagi membantu responden faham tentang perkataan, situasi dan
kehendak dalam komunikasi terdapat beberapa cara yang digunakan oleh orang sekelilingnya.
Namun begitu, dalam kajian ini teknik yang digunakan oleh ahli keluarga responden sahaja akan
diperjelaskan. Antaranya, mengulangi percakapan, menggunakan isyarat tangan serta badan dan
gerak bibir.

2.1 Mengulangi Percakapan


Keluarga responden dilihat memberikan sokongan yang baik terhadap komunikasi yang berlaku
dalam rumah mereka. Malahan, keluarga responden menerima dengan baik masalah cacat
pendengaran yang dihadapi responden sejak awal lagi. Oleh yang demikian, seluruh keluarga
responden tidak kekok dalam komunikasi seharian mereka.

Antara cara yang digunakan oleh keluarga reponden apabila dilihat sesuatu maklumat
gagal disampaikan dengan jelas kepada responden adalah mengulangi semula sesuatu perkataan
yang diungkapkan. Hal ini kerana responden tidak dapat menguasai sepenuhnya sebutan yang
betul dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Namun begitu, perbuatan mengulangi percakapan hingga responden benar-benar


memahami apa yang hendak disampaikan banyak membantu pemerolehan bahasa Melayu
kepada responden. Walaupun dilihat mengulangi semula percakapan memerlukan banyak masa
tetapi dapat membantu sesuatu maklumat disampaikan dengan jelas.

2.2 Menggunakan Isyarat Tangan Serta Badan


Penggunaan isyarat tangan merupakan cara yang praktikal untuk memberikan pemahaman yang
baik kepada individu cacat pendengaran. Malahan, penggunaan isyarat tangan atau bahasa
isyarat dalam menyampaikan maklumat dengan baik. Tambahan lagi, bahasa isyarat kepada
individu cacat pendengaran telah menjadi medium yang baik sebagai alat komunikasi utama di
seluruh dunia.
133

Oleh yang demikian, penggunaan bahasa isyarat yang mempraktikkan pergerakan tangan
digunakan oleh keluarga responden. Hal ini kerana, responden lebih memahami apabila sesuatu
perkataan ditunjukkan juga melalui pergerakan tangan sebagai rujukan. Tambahan lagi, isyarat
tangan boleh dipelbagaikan bergantung kepada sesuatu maklumat.

Kemudian, mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik semasa kajian


dijalankan bahasa badan (non-verbal) juga diaplikasikan oleh keluarga responden. Di mana,
keluarga responden cuba melakonkan sesuatu situasi yang ingin diceritakan dan disampaikan
kepada responden. Oleh itu, cara lakonan melalui penggunaan anggota badan merupakan teknik
yang baik untuk pemahaman responden.

2.3 Gerak Bibir


Masalah cacat pendengaran boleh menyebabkan sesuatu sebutan yang digunakan oleh individu
normal boleh bertukar kepada sebutan lain. Hal ini demikina kerana, individu cacat pendengaran
tidak dapat mendengar dengan baik dan jelas butir-butir percakapan yang disebutkan. Maka,
sesuatu perkataan akan berubah kepada sebutan yang lain dan hampir sama. Namun begitu,
bunyi perkataan yang diungkapkan responden tidak menepati perkataan sebenar.

Seterusnya, responden merupakan seorang wanita berusia 32 tahun yang hanya


mengalami masalah cacat pendengaran tetapi tidak bisu. Hal ini menunjukkan bahawa responden
dapat bercakap dan mengungkapkan perkataan tetapi tidak dapat mendengar. Maka, masalah
pendengaran merupakan halangan utama dalam pemerolehan bahasa Melayu yang berkesan
oleh responden.

Oleh itu, responden hanya dapat mendengar apabila memakai alat bantu pendegaran.
Namun begitu, penggunaan alat bantu pendengaran masih lagi tidak jelas didengari setiap patah
butir percakapan. Malahan, penggunaan dialek negeri (utara) tidak menggunakan bahasa Melayu
standard atau baku.

Kemudian, dalam pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik mendapati keluarga


responden menggunakan gerak bibir secara perlahan-lahan bagi memudahkan responden
memahami apa yang hendak disampaikan. Walaupun, perlu mengulangi sebutan sesuatu
perkataan tetapi melalui gerak bibir sesuatu perkataan dapat difahami oleh responden. Walau
bagaimanapun, tidak semua suku kata daripada gerak bibir dapat ditangkap dengan baik oleh
responden.

3.0 Dapatan Kajian dan Teori


Hasil dapatan kajian lazimnya dipengaruhi oleh faktor demografi, persekitaran, sokongan
keluarga dan tahap pendidikan di sekolah khas yang pernah dilalui oleh responden. Hal ini
demikian kerana, faktor –faktor tersebut mempengaruhi penggunaan bahasa mahupun dialek
yang digunakan oleh responden sekaligus menjadi penyumbang kepada pemerolehan bahasa
responden kajian.

Oleh yang demikian, kajian ini terbatas dengan penggunaan bahasa serta dialek yang
digunakan oleh responden serta keluarganya. Maka, kajian ini mengambil kira penggunaan dialek
utara yang dipraktikkan di negeri Perlis. Selain itu, kajian ini hanya memfokuskan kepada
pemerolehan bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang digunakan responden sejak kecil hingga
kini.

Malahan, kajian ini bertujuan melihat penggunaan kata “tidak” dalam sesuatu perbualan
bagi menafikan sesuatu perkara oleh responden serta menolak sesuatu perkara yang diajukan
kepadanya. Oleh itu, kajian ini hanya memberikan fokus kepada aplikasi perkataan “tidak” yang
menggunakan sokongan daripada keluarga responden. Hal ini kerana, penggunaan perkataan
134

“tidak” menggunakan pengulangan semula sebutan, isyarat tangan serta badan dan gerak bibir
dalam penyampaikan maklumat.

3.1 Penggunaan Kata “tidak”


Penggunaan perkataan yang dikaitkan dengan “tidak” dicatatkan oleh penyelidik bersama
perlakuan yang berlaku ketika perbualan tersebut sedang berlaku. Hal ini kerana penggunaan
perkataan “tidak” mempunyai kaitan dengan bantuan serta cara keluarga responden
berkomunikasi bersama.

Jadual 1. Penggunaan Perkataan “tidak” oleh Responden.


Bil. Ayat Bahasa Melayu
Standard
1. “Aku ta mau pi...” Aku tidak mahu pergi...
2. “Aku ta tau...” Aku tidak tahu...
3. “Aku ta takut aihhh...” Aku tidak takut...
4. “Aku ta len:no lagi...” Aku tidak tidur lagi...
5. “Aku ta makan...” Aku tidak makan...
6. “Aku ta minum...” Aku tidak minum...
7. “Aku ta dak luit...” Aku tidak ada wang...
8. “Aku ta lapaq gi...” Aku tidak lapar lagi...

Jadual 1 menunjukkan terdapat lapan ayat yang disebutkan mempunyai perkataan yang
dimaksudkan “tidak” oleh responden. Penggunaan “tidak” oleh responden dilihat bertujuan
menafikan sesuatu perkara, menolak sesuatu perkara mahupun ajakan serta bertujuan
menyatakan masih belum melakukan sesuatu perkara.

Oleh itu, ayat pertama adalah “Aku ta mau pi...” yang bermaksud Aku tidak mahu pergi...
dalam bahasa Melayu standard bertujuan memberitahu bahawa responden menolak untuk pergi
ke sesuatu destinasi. Diikuti, perkataan kedua yang diungkapkan responden “Aku ta tau...” yang
bermaksud Aku tidak tahu... yang bertujuan menafikan tentang pengetahuaanya terhadap
sesuatu perkara yang sedang ditanyakan kepada responden.

Kemudian, ayat ketiga “Aku ta takut aihhh...” yang bermaksud Aku tidak takut... dalam
bahasa Melayu standard bertujuan memberitahu bahawa responden tidak berasa takut terhadap
sesuatu perkara yang menjadi isi perbualan bersama keluarganya. Bagi ayat “Aku ta len:no lagi...”
yang bermakna Aku tidak tidur lagi... dalam bahasa Melayu standard adalah memberitahu
keluarganya bahawa responden masih belum tidur atau melelapkan mata lagi pada ketika itu.

Seterusnya, ayat kelima adalah “Aku ta makan...” yang bermaksud Aku tidak makan...
dalam bahasa Melayu standard bertujuan memberitahu bahawa responden pada ketika itu masih
lagi belum makan sesuatu. Malahan, ayat ini juga boleh merujuk kepada responden yang tidak
makan sesuatu makanan kerana sebab-sebab tertentu. Diikuti, ayat “Aku ta minum...” yang
bermaksud Aku tidak minum... dalam bahasa Melayu standard. Pemerolehan bahasa yang terhad
menyebabkan responden mempunyai dua tujuan penggunaan ayat “Aku ta minum...”, iaitu
menyatakan masih belum minum lagi atau tidak minum sesuatu minuman atas sebab-sebab
tertentu.

Ungkapan ayat ketujuh adalah “Aku ta dak luit...” yang bermaksud Aku tidak ada wang...
dalam bahasa Melayu standard bertujuan memberitahu kepada keluarga responden bahawa dia
tidak mempunyai wang. Bagi ayat “Aku ta lapaq gi...” yang bermaksud Aku tidak lapar lagi... dalam
bahasa Melayu standard membawa makna bahawa responden masih belum berasa lapar atau
ingin menjamah makanan pada masa itu.
135

Didapati responden menggunakan perkataan “tidak” dengan menggelangkan kepadanya


tanda menolak, menafikan, tidak mahu dan tidak mempunyai sesuatu. Malahan, pergerakan
menggeleng kepala dilakukan bersama pergerakan tangan. Kedua-dua isyarat bahasa badan
(non-verbal) ini dilakukan serentak bagi memberikan pemahaman tentang maklumat yang
hendak disampaikan kepada keluarga responden.

Penggunaan ta oleh responden adalah singkatan kepada perkataan tidak, iaitu tak.
Namun begitu, masalah pendengaran yang dialami telah mengurangkan pendengarannya yang
menyebabkan berlakunya pengguguran konsonan k dalam sebutan tersebut. Malahan,
penggunaan dialek utara digunakan oleh responden kerana menjadi bahasa komunikasi dalam
keluarganya sebagai pertuturan harian.

3.2 Perkaitan dengan Teori Interaksionalis


Teori Interaksionalis berkembang sekitar tahun 60-an yang dipelopori oleh Bloom (1970),
Bowennan (1973) dan Gromer (1976). Kemudian, mereka berpandangan bahawa kognotif sahaja
tidak dapat menjelaskan penguasaan bahasa dan hanya dapat mentafsirkan makna yang menjadi
bentuk bahasa. Oleh itu, pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan interaksi bahasa.
Hal ini kerana, manusia boleh bertindak balas dengan pengalaman mereka. Malahan, dalam
proses pembelajaran bahasa juga manusia perlu percaya terhadap dunia sekeliling mereka
dengan keyakinan diri. Selain itu, pengaruh sekeliling merupakan salah satu faktor pemerolehan
bahasa manusia.

Kemudian, teori Interaksionalis adalah interaksi sosial yang berlaku setiap hari. Oleh
yang demikian, individu berinteraksi bagi mendapatkan tujuan atau matlamat yang sama dalam
komunikasi. Malahan, dalam interaksi juga banyak menggunakan simbol seperti warna, lambang
dan sebagainya untuk membina hubungan sosial. Maka, komunikasi serta cara hidup manusia
adalah simbolik tersendiri yang begitu penting juga saling memahami oleh setiap individu dalam
hubungan sosial.

Seterusnya, teori Interaksionalis yang berlaku kepada wanita cacat pendengaran


(responden) melibatkan proses kognitif dan interaksi bahasa yang berlaku di sekeliling
responden. Keluarga responden merupakan individu utama dalam kehidupannya yang terlibat
dalam interaksi sosial melibatkan komunikasi harian. Walaupun, responden berinteraksi dengan
orang lain yang bukan daripada ahli keluarganya tetapi memerlukan masa yang panjang untuk
mendapat keserasian. Hal ini kerana, permulaan pemerolehan bahasa responden bermula
daripada rumah (keluarga responden).

Malahan, interaksi responden bertujuan mendapatkan matlamat yang sama dengan ahli
keluarga yang berkomunikasi dengannya. Hal ini bertujuan, memahami sesuatu maklumat
penting, bercerita, berbual dan memberitahu sesuatu perkara. Oleh yang demikian, keterbatasan
serta kekurangan perbendaharaan kata yang dimiliki responden memerlukan bantuan lain dalam
menyampaikan maklumat. Antara kelebihan dalam teori Interaksionalis adalah komunikasi yang
melibatkan penggunaan warna, lambang, simbol dan sebagainya. Maka, responden menggunakan
elemen lain yang dapat membina hubungan sosialnya untuk memberikan pemahaman serta
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

3.3 Dapatan Lain Semasa Kajian


Dalam kajian yang melibatkan pemerhatian oleh penyelidik terdapat dapatan lain semasa kajian
dijalankan. Malahan, kajia yang melibatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) memerlukan penelitian
terhadap aspek neurologi (melibatkan bahasa dan otak), psikologi responden serta aspek
linguistik yang digunakan.
136

Oleh yang demikian, semasa kajian berjalan juga penyelidik menjalankan pemerhatian
terhadap tingkah laku responden. Aspek perlakuan responden diperhatikan ketika berlakunya
komunikasi melibatkan perkataan “tidak”. Hal ini kerana, pada kelazimannya individu yang
mengalami masalah dalam sebarang kecacatan mempunyai tahap emosi yang berbeza dengan
individu normal.

Melalui pemerhatian yang dijalankan terhadap responden terdapatnya unsur emosi


dalam menyampaikan maksud melalui perkataan “tidak”. Hal ini kerana, responden cuba menarik
perhatian terhadap apa yang sedang dialaminya. Malahan, melalui emosi serta mimik wajah yang
ditunjukkan dapat mengambbarkan perasaan responden ketika itu.

Selain itu, responden dapat menggunakan teknologi telefon bimbit yang mempunyai
jaringan komunikasi tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit hanya
melibatkan orang yang dikenali dan memahami butir perkataan responden. Penggunaan telefon
bimbit yang mempunyai video serentak dengan panggilan dapat membantu komunikasi suami
responden bersamanya bagi menyampaikan maklumat kerana dapat melihat bahasa badan (non-
verbal) sebagai bantuan komunikasi.

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, wanita cacat pendengaran yang telah berusia 32 tahun (dewasa) dapat
berkomunikasi dengan ahli keluarga kerana mendapat sokongan. Malahan, masalah yang
dihadapi oleh responden hanya pekak tetapi tidak bisu menjadikan pemerolehan bahasa Melayu
boleh difahami dengan baik. Walaupun, pemahaman dalam sesuatu maklumat tidak jelas tetapi
komunikasi dapat dibantu menggunakan perulangan sebutan ayat, isyarat tangan serta badan
dan gerak bibir. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa individu Orang Kelainan Upaya (OKU)
yang mengalami masalah cacat pendengaran dapat dibantu dengan pelbagai inisiatif oleh orang
sekeliling. Maka, pentingnya permulaan pemerolehan bahasa yang bermula daripada rumah lagi
bagi memantapkan komunikasi OKU yang dikategorikan sebagai pekak.

RUJUKAN

Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamad. (2017). Memahami Kecatatan Bahasa
dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Yusoff . (2014). Kemahiran Komunikasi Komunikasi Orang Pekak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2011). Tesaurus Bahasa Melayu Edisi Kedua. Batu
caves, Selangor, Malaysia: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Hajah Noresah Baharom et, al. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hanafi bin Mohd Yasin & Nor Salliza Zakaria (2015). Masalah Penggunaan Alat
Bantu Pendengaran Dalam Kalangan Murid Pekak. Seminar Majlis Dekan
Fakulti Pendidikan Malaysia, di UTHM, Batu Pahat Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-Interaksionalis
http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1

Nik Hassan Seman et, al. (2016). Analisis Permasalahan Pelajar Cacat Pendengaran dalam
Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal Ilmi. Jilid 6, 2016: 105-
124.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia. (2014). Bahasa Isyarat Malaysia. Selangor: Percetakan Indo
Meditasi Sdn. Bhd.
Shahrul Arba’iah Othman et, al. (2008). Faktor Ibu Bapa dalam Kecemerlangan Akademik
Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. MJLI VOL. 5 (2008).79-98.
137

Biodata Ringkas Penulis

Siti Noridayu Abd. Nasir ialah pelajar Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia dalam
bidang Applied Comparative Linguistik. Mendapat Ijazah daripada UPM pada tahun 2014 dalam
bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Kemudian, mendapat Ijazah Master dengan penyelidikan
(tesis) di UPM pada tahun 2017 dalam bidang Pengajian Wacana.
138

PERILAKU SINTAKSIS DAN SEMANTIK KATA SUDAH DAN TELAH DALAM AYAT
AKTIF BAHASA MELAYU

Siti Rashidah Binti Bahrulddin i & Solakhiah Januri ii


i (Pengarang Bersama). Pelajar, KDU Penang University College. siti.rashidah@kdupg.edu.my
ii Pensyarah, Universiti Sains Malaysia. solakhiah@usm.my; solakhiah@gmail.com

Abstrak
Makalah ini merupakan pengubahsuaian daripada tesis yang bertujuan untuk meneliti perilaku
kata sudah dan telah dari aspek sintaksis dan semantik dalam ayat penyata aktif bahasa Melayu. Penelitian
tersebut dilakukan dengan memanfaatkan konsep-konsep asas sintaksis daripada Teori Prinsip dan
Parameter dan konsep aspek, modalitas dan jenis situasi daripada karya Vendler. Kajian ini memanfaatkan
data korpus yang terdiri daripada akhbar Utusan Online 2009-2011, data korpus DBP-UKM, lima novel
terpilih Alaf 21 dan ayat cuplikan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara
antara kata sudah dan telah dalam konteks tertentu. Dari segi sintaksis dan semantik,
kata telah memperlihatkan distribusi yang sangat terhad dengan makna yang tertentu. Sebaliknya, kata
‘sudah’ menunjukkan distribusi yang lebih fleksibel dan mempunyai potensi untuk membentuk kategori
kata lain apabila bergabung dengan morfem lain seperti ‘lah’.

Kata kekunci: sudah, telah, sintaksis, semantik, korpus

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kepada tinjauan literatur terdapat beberapa pandangan yang berbeza berkaitan
kata ‘sudah’ dan ‘telah’ yang sudah disedari oleh sarjana sebelum ini. Menurut Asmah Haji Omar
(1993) dan Gan Kok Siong (1991) menyatakan bahawa kata ‘sudah’ digunakan untuk
menunjukkan perbuatan atau keadaan yang sudah selesai dilakukan dengan waktu lampau yang
tidak ditentukan. Sebaliknya kata ‘telah’ digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan
yang mungkin selesai atau mungkin belum selesai dengan ditentukan waktu lampau. Perlakuan
ini menunjukkan bahawa kata ‘sudah’ dan ‘telah’ digunakan dalam situasi yang berbeza.

Bambang Kaswanti Purwo (1984) pula mempunyai pendapat yang berbeza dengan
Asmah Haji Omar (1993) dan Gan Kok Siong (1991). Beliau berpendapat bahawa kata ‘sudah’
digunakan untuk mengungkapkan sesuatu berkaitan dengan rasa, perkara yang bukan berbentuk
fakta dan berkenaan dengan tahap-tahap perkembangan menuju pencapaian. Sebaliknya, kata
‘telah’ pula mempunyai titik penamat iaitu dalam mengungkapkan sesuatu yang tidak berkaitan
dengan rasa, perkara yang berbentuk fakta dan berkenaan dengan perbuatan atau keadaan.

Bertitik tolak daripada percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana bahasa tentang
perlakuan kata sudah dan telah, maka perlakuan sintaksis dan semantik bagi kata sudah dan telah
dalam ayat penyata aktif bahasa Melayu perlu dilihat semula dengan cara yang lebih ilmiah,
dengan mengggunakan data korpus yang lebih besar. Kajian berdasarkan sumber data yang lebih
komprehensif dan empiris perlu ditekankan.
139

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Berdasarkan tinjauan literatur yang dilakukan, pengkaji mendapati terdapat perkara yang
menimbulkan isu dan menjadi persoalan utama dalam kajian ini. Hal ini berkaitan dengan
perbezaan dari segi sintaksis bagi kata ‘sudah’ dan ‘telah’ iaitu melibatkan kategori kata yang
mengikutinya, kebolehterimaan partikel –lah selepasnya dan kehadiran kata bantu modal yang
mengikuti kata ‘sudah’ dan ‘telah’.

2.1 Perbezaan kategori kata yang mengikuti kata ‘sudah’ dan ‘telah’
Menurut Bambang tiga kategori kata iaitu kata kerja, kata nama dan kata adjektif yang mengikuti
kata ‘sudah’ berkait rapat dengan aspek kemajuan atau pencapaian (accomplishment). Bambang
mengemukakan contoh kata nama yang boleh mengikuti kata ‘sudah’ seperti professor, sarjana,
mahasiswa dan pengawai manakala contoh bagi kata adjektif ialah ‘tua’, ‘besar’, dan ‘pandai’.
Berikut diperturunkan tiga kategori kata (kata kerja, kata nama dan kata adjektif) yang mengikuti
kata sudah berdasarkan contoh kata yang dikemukakan oleh Bambang dan dikembangkan oleh
pengkaji dalam bentuk ayat. Ayat di bawah dibina bagi menunjukkan dengan lebih jelas contoh
kategori kata yang mengikuti kata ‘sudah’:

(1) a. Cikgu sudah memilih Ahmad sebagai ketua kelas 4 cekal.


(Kata Kerja)
b. Dia sudah professor sekarang.
(Kata Nama)
c. Ayah Ali sudah tua usianya.
(Kata Adjektif)

2.2 Perbezaan kebolehterimaan partikel –lah bagi kata ‘sudah’ dan ‘telah’
Menurut Gan Kok Siong (1991) pula kata sudah juga boleh menerima kehadiran partikel –lah
selepasnya. Berikut diperturunkan contoh penggunaan partikel –lah dengan kata sudah:

(2) Sudahlah jangan bising! (Gan Kok Siong 1991:59)

Ringkasnya kata ‘sudah’ boleh menerima partikel –lah hadir selepasnya dalam ayat bahasa
Melayu. Sebaliknya kata telah tidak boleh menerima partikel –lah hadir selepasnya.

2.3 Perbezaan kata bantu modal yang mengikuti kata ‘sudah’ dan ‘telah’
Gan Kok Siong (1991) dan Bambang Kaswanti Purwo (1981) menyatakan bahawa kata sudah
dapat digabungkan dengan kata kerja modal (kehendak, kemestian, keupayaan, dan keizinan)
seperti mahu, harus, mesti, boleh. Contoh yang dikemukan oleh Gan Kok Siong (1991) dan
Bambang Kaswanti Purwo (1981) berkenaan dengan kata sudah yang diikuti oleh dengan kata
kerja modal (digariskan oleh pengkaji) seperti berikut:
(3) Saya sudah mahu mandi tadi tetapi air di tempayan sudah habis. (Gan Kok Siong 1991:44)
(4) Padahal seharusnya menimal paling lambat dua bulan, bank pemerintah sudah harus
menerima laporan tentang berkurangnya deposit mereka. (Kompas 1997 dalam Bambang
1981:60).
(5) Dia sudah mesti bertolak hari ini. (Gan Kok Siong 1991:44)
(6) Anak anjing itu sudah boleh makan tulang. (Gan Kok Siong, 1991:44)
Kesimpulannya, kata bantu modal lebih banyak didapati bergandingan dengan kata ‘sudah’
berbanding dengan kata ‘telah’.
140

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Makalah ini menggunakan tiga jenis data yang diperoleh daripada buku-buku tatabahasa bahasa
Melayu dan makalah ilmiah. Hal ini bermakna pengkaji menggunakan ayat-ayat daripada para
sarjana untuk dianalisis. Selain itu, data daripada korpus berkomputer akhbar elektronik Utusan
Malaysia Online tahun 2008 hingga 2011 dan lima buah novel alaf 21 yang terpilih iaitu Adam dan
Hawa (Aisya Sofia, 2005), Ayat-ayat Cinta (Habirburahman El Shirazy, 2005), Mahligai Cinta (Sri
Diah, 2006), Antara Dua Persimpangan (Siti Rozilah, 2002) dan Ria Qistina (Bikash Nur Idris,
2003) juga dimanfaatkan. Hal ini kerana ayat-ayat dalam novel mengandungi ayat-ayat perbualan
sebenar yang biasanya digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu dalam perbualan seharian.
Kemudian, data yang dikumpul daripada bentuk yang sudah didigitalkan supaya dapat digunakan
dengan perisian Wordsmith. Untuk tujuan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatis data
cuplikan daripada data korpus juga digunakan untuk mengenalpasti perlakuan sintaksis dan
semantik.

3.1 Teknik pengumpulan data korpus berkomputer


Langkah pertama dalam pengumpulan data korpus berkomputer, data korpus dikumpul daripada
akhbar elektronik Utusan Malaysia Online yang melibatkan tempoh sepanjang tahun 2008 hingga
tahun 2010. Berdasarkan kutipan tersebut, kata sudah dan telah mencatatkan jumlah entri yang
sama banyak iaitu 16000 entri. Berikut diperturunkan contoh ayat yang menggunakan kata sudah
dan telah daripada hasil kutipan yang dijalankan:

Jadual 1. Contoh data korpus berkomputer bagi kata ‘sudah’ dan ‘telah’ dalam teks Utusan
Malaysia Online, Januari hingga Disember 2008, 2009 dan 2010
Concord -[SUDAH:16000 entries sort (5L,5L)]

N Concordance Set Tag Word No. File %

15982 Sepatutnya selepas enam tahun nama sudah boleh dinyahsenaraikan, tetapi CTOS tidak.

5, 322, 000 f:\korpus~1\ummuka~txt 39

Concord -[TELAH:16000 entries sort (5L,5L)]

6 Proses pembelajaran yang dilalui oleh murid tahun 1secara terancang dan sistematik telah mempengaruhi
persekitaran bacaan asas murid tahun 1 tersebut.

857, 068 2,543 564 f:\korpus~1\umrenc~txt 13


141

sudah telah

Rajah 1. Peratusan penggunaan kata ‘sudah’ dan ‘telah’ dalam akhbar Utusan Malaysia Online
Januari hingga Disember 2008, 2009 dan 2010

Data daripada lima buah novel terpilih iaitu Adam dan Hawa (Aisya Sofia, 2005), Ayat-
ayat Cinta (Habirburahman El Shirazy, 2005), Mahligai Cinta (Sri Diah, 2006), Antara Dua
Persimpangan (Siti Rozilah, 2002) dan Ria Qistina (Bikash Nur Idris, 2003) mencatatkan sebanyak
1065 entri bagi kata sudah dan 492 entri bagi kata telah. Data tersebut diperturunkan seperti
dalam Jadual 2.3 di bawah:

Jadual 2. Contoh Data Korpus Berkomputer bagi kata sudah dan telah dalam lima buah novel
terpilih iaitu Adam dan Hawa (Aisya Sofia, 2005), Ayat-ayat Cinta (Habirburahman El Shirazy,
2005), Mahligai Cinta (Sri Diah, 2006) Antara Dua dan Ria Qistina (Bikash Nur Idris, 2003)
Concord -[SUDAH:1065 entries sort (5L,5L)]

N Concordance Set Tag Word No. File %

19 Kami berlima sudah seperti saudara kandung.

1 324 f:\5 novel~ayat-a~1.txt 1

Concord -[TELAH:492 entries sort (5L,5L)]

61 Telah kusumpah dalam hatiku, aku tak akan menghulurkan tangan kepada seorang gadis kecuali gadis itu
yang menarik tanganku.

47 417 f:\5 novel~ayat-a~1.txt 53


142

sudah telah

Rajah 2. Peratus penggunaan kata ‘sudah’ dan ‘telah’ dalam lima novel terpilih

Langkah kedua, daripada data korpus berkomputer akhbar elektronik Utusan Malaysia
Online dan lima buah novel terpilih itu akan melalui proses pengeditan data. Ayat-ayat yang
diperolehi daripada data tersebut diedit dan diubahsuai kepada bentuk ayat penyata bahasa
Melayu tanpa menjejaskan maksud dan struktur asal binaan ayat.

4.0 HASIL KAJIAN


Hasil penelitian ke atas data korpus mendapati bahawa kata ‘sudah’ secara keseluruhannya
menunjukkan kadar penggunaan yang lebih tinggi berbanding dengan kata ‘telah’. Kata ‘sudah’
mencatat 17,065 entri, manakala kata ‘telah’ mencatat sebanyak 16,462. Dengan andaian bahawa
‘sudah’ dan ‘telah’ adalah kata fleksi dalam tradisi TPP atau kata bantu aspek mengikut
kebanyakan sarjana dalam literatur yang ditinjau, kajian ini menemukan beberapa peri laku
sintaksis kedua-dua leksikal ini dari segi penyebarannya. Jadual yang berikut memaparkan
secara ringkas beberapa dapatan yang menunjukkan ciri sintaksis dan semantik kata ‘sudah ‘dan’
‘telah’ sebagai penanda aspek, dan kata ‘sudah’ dengan pengertian yang berlainan seperti ‘cukup’,
sebagai adverba dan kata hubung apabila bercantum dengan morfem lain.
143

Jadual 3. Kehadiran ‘sudah’ dan ‘telah’ bersebelahan dengan kata kerja


Ciri-ciri Sudah Telah
1. Hadir secara langsung ya ya
sebelum K
Kehadiran selepas K adalah
tidak dibenarkan.
Contoh Ayat a. Saya sudah menghantar a. Beliau menyifatkan para
peraturan itu kepada mereka pemainnya
hari ini. telah beraksi dengan cukup baik.
b.*Saya menghantar sudah b.*Beliau menyifatkan para
peraturan itu kepada mereka pemainnya
hari ini. beraksi telah dengan cukup baik.
c.*Saya menghantar peraturan
itu kepada mereka hari ini
sudah.
2. Kadar keterbukaan untuk Ya dan lebih fleksibel dan Ya tetapi sangat terbatas : hanya
menerima kata nafi dan banyak contoh menerima ‘dapat’
modalitas di antaranya
dengan K
Contoh Ayat a. Mereka sudah mahu a. Tetapi dengan sabar dan tenang
menyerika baju. dia telah dapat memberi
b. Aku sudah tidak mampu perimbangan kapada galah dan
untuk berkata-kata lagi. timba-nya.
b.Dalam menghadapi krisis politik
di Sabah, Dr.Mahathir telah tidak
campur tangan secara
langsung.(hanya satu contoh drp
korpus DBP)

Penyebaran ‘sudah’ dan ‘telah’ pada posisi yang ditemukan dalam Jadual 3 menunjukkan urutan
yang dibenarkan dalam ayat penyata aktif BM. Posisi yang lain seperti selepas kata kerja sama
ada dekat atau jauh tidak dibenarkan. Selain daripada itu, kehadiran ‘sudah’ dan ‘telah’ secara
langsung sebelum kata kerja utama berkait rapat dengan ciri hakiki kata kerja yang memerlukan
‘sudah’ dan ‘telah’ sebagai pengungkap maklumat nahuan seperti ciri aspek dan
modalitas/modus dalam ayat (Carnie, 2010; Tallerman, 1998; Ramli Salleh,1995).

Jadual 4. Kehadiran ‘sudah’ dan ‘telah’ bersebelahan dengan kata adjektif


Ciri-ciri Sudah Telah
1. Hadir secara langsung ya ya
sebelum A
Contoh Ayat a. Kini semuanya sudah a.Rumah papan yang telah uzur itu
berubah, rakyat sudah memang tidak setanding dengan
tenang dan boleh berfikir. keindahan lanskap dalaman
b.Majoriti rakyat Pakistan
sudah bosan dengan
pergolakan politik negara itu
2. ‘sudah’ dan’telah’ boleh ya ya
digunakan silih berganti
Contoh Ayat a. Rumah papan yang sudah a.Majoriti rakyat Pakistan telah
uzur itu memang tidak bosan dengan pergolakan politik
setanding dengan keindahan negara itu
lanskap dalaman

Paparan Jadual 4 menunjukkan kata ‘sudah’ dan ’telah’ boleh digunakan secara silih berganti
apabila hadir bersebelahan dengan kata adjektif. Walau bagaimanapun, dalam paparan yang
berikut ditemukan kejadian kata adjektif yang sudah bertukar menjadi adverba pada kedudukan
144

sebelum kata kerja. Dalam posisi sintaksis yang sedemikian, pertukaran silih berganti antara
‘sudah dan ‘telah’ nampaknya tidak dibenarkan.

Jadual 5. Kehadiran ‘sudah’ dan ‘telah’ bersebelahan dengan kata adjektif yang berfungsi sebagai
adverba
Ciri-ciri Sudah Telah
1. ‘sudah’ dan ’telah’ TIDAK a. Gadis itu sudah pandai a.*Gadis itu telah pandai bermanja
boleh digunakan silih bermanja dengannya. dengannya.
berganti (ayat asal)
Contoh Ayat
b. Anak kecilku yang berusia b.*Anak kecilku yang berusia 5
5 bulan itu sudah bijak bulan itu telah bijak mengenali
mengenali mama dan mama dan papanya.
papanya.
(Ayat asal)
2. ‘sudah’ dan ’telah’ BOLEH a. Sudah lama aku tidak a. Telah lama aku tidak
digunakan silih berganti merasainya. merasainya. (ayat asal DBP)
Contoh Ayat b. Penjajah sudah lama pergi b.Penjajah telah lama pergi diusir
( hanya 2 contoh diusir keluar. keluar.(ayat asal DBP)
ditemukan dlm korpus
DBP)

Jadual 6. Kehadiran partikel ‘lah’ hanya pada ‘sudah’, tidak pada ‘telah’ sebagai penegas. Kata
‘sudah’ masih sebagai penanda aspek
Ciri-ciri Sudah
1. Kehadiran ‘lah’ sebagai penegas kepada a. Walau bagaimana pun, teman wanita Bedul saperti yang
kata ‘sudah’ yang masih lagi sebagai janjikan itu sudah-lah datang.
penanada aspek b. Maka tatkala sudah-lah sampai segala teman2 itu ka-
atas bukit, maka turun-lah ia dari atas kuda-nya mereka itu
serta bersembunyi-lah masing2 kapada suatu tempat

Jadual 7 dan 8 memaparkan kejadian kata ‘sudah’ yang menerima partikel ‘lah’ tiada sebarang
kejadian ‘telahlah’ ditemukan. Kajian ini mendapati bahawa apabila partikel ‘lah’ hadir bersama-
sama dengan kata ‘sudah’ nampaknya berlaku perubahan dari segi semantik, sintaksis dan
morfologi.

Jadual 7. Kehadiran partikel ‘lah’ hanya pada ‘sudah’, tidak pada ‘telah’ dalam ayat penyata aktif
Ciri-ciri Sudah
1. Kata ‘sudah’ membawa maksud ‘cukup’ a. Sudahlah kau jangan
dan kehadiran ‘lah’ sebagai pelunak memikirkan hal yang terlalu jauh.
/pelembut b. Sudahlah, mudah-mudahan doa awak berjaya.
c." Sudahlah, jangan diingat lagi perkara yang lepas,"
kata Pak Janggut.
d. Kata mereka: "Buatlah apa saja yang cikgu rasakan
perlu, asalkan jangan patah kaki dan
tangan sudahlah " Sampai begitu sekali kepercayaan
ibu bapa kepada guru pada zaman dulu.
e. Asal anak mak cik kenang jasa mak cik pun sudahlah.
2. Kehadiran ‘lah’ membentuk leksem , a. Barang yang ada sudahlah sedikit, lapuk pula.
iaitu kata hubung berkait b. Sudahlah kehilangan tempat bergantung, kini
‘sudahlah…pula’ terpaksa pula keluar dari rumah keluarga mentua.
c.Sudahlah dia masuk tanpa diundang, kerjanya pula
hendak mencampuri dan mengongkong hal-hal yang
bukan urusannya.
145

Jadual 8 menunjukkan kata ‘sudah’ bergabung dengan kata modalitas ‘tentu’ dan ‘pasti’ untuk
membentuk adverba kompleks bagi menerangkan keseluruhan ayat atau kata kerja atau keadaan.

Jadual 8. Kehadiran kata modalitas tentu /pasti bergabung dengan kata ‘sudah’, membentuk
kata adverba kompleks
Ciri-ciri Sudah + tentu / pasti Telah
1. Sudah + tentu / pasti  a. Kalaulah hempedu itu dapat a. *Kalaulah hempedu itu dapat
adverba melenyapkan kekecewaan itu melenyapkan kekecewaan itu sudah
Telah + tentu/pasti sudah tentu aku telan sebanyak mana pun.
TIDAK membentuk tentu aku telan sebanyak
adverba mana pun.
a. Sudah pasti dia tidak akan a. *Sudah pasti dia tidak akan dapat Si
dapat Si Qis tu. Qis tu.

5.0 KESIMPULAN
Kajian ini cuba memberikan penjelasan secara ilmiah dan teoretis tentang perlakuan sintaksis
dan semantik kata sudah dan telah dalam ayat penyata bahasa Melayu. Kata sudah dan telah
sebenarnya mengandungi ciri-ciri yang berbeza dalam kedua-dua aspek yang di kaji iaitu
sintaksis dan semantik bahasa Melayu. Kajian ini mendapati bahawa kata sudah dari segi
sintasisnya selain boleh diikuti oleh kata kerja, ianya juga boleh diikuti oleh kata nama, kata kerja
adjektif, kata modalitas. Manakala kata telah hanya boleh iikuti oleh satu jenis kata sahaja iaitu
kata kerja.

RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir: Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asyia Sofia. (2005). Adam dan Hawa. Kuala Lumpur: Alaf 21.
Bambang Kaswanti Purwo (1981). Menelusuri Perbezaan Antara Kata Telah dan Sudah. Jurnal
Dewan Bahasa 59-64.
Bambang Kaswanti Purwo (1984). Deiksis dalam Bahasa Indonesia. Jakarta: PN Balai Pustaka.
Bikash Nur Idris. (2003). Ria Qistina. Kuala Lumpur: Alaf 21
Carnie, A. (2002). Syntax: A Generative Introduction. Oxford: Blackwell Publishers Ltd.
Comrie, B. (1976). Aspect. New York. Cambridge University Press.
Comsky, N. (1986). Knowledge of Language: Its Nature, Origin, and Use. New York: Praeger
Publishers.
Gan Kok Siong. (1991). Kata Kerja Bantu dalam Sintaksis Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Habirburahman El Shirazy. (2005). Ayat-ayat Cinta. Kuala Lumpur: Alaf 21
Ramli Md. Salleh. (1995). Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Rozilah. (2002). Antara Dua Persimpangan. Kuala Lumpur: Alaf 21
Sri Diah. (2006). Mahligai Cinta. Kuala Lumpur: Alaf 21
Tallerman, M. (1998). Understanding Syntax. London: Arnold Publishers.
Zeno Vendler. (1967). Linguistics in Philosophy. Ithaca, New York: Cornell University Press.
146

REPRESENTASI RELIGI DALAM TEKS MELAYU SERDANG

T. Thyrhaya Zeini T. Silvana Sinarii

i Sekretaris Program Studi Magister Linguistik, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara.
t.thyrhaya@usu.ac.id
ii Ketua Program Studi Sastra Inggris, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sumatera Utara.

t.silvana@usu.ac.id

Abstrak
Makalah ini bertujuan untuk mendeskripsikan representasi religi masyarakat Melayu Serdang melalui teks
Bahasa Melayu Serdang berupa ungkapan-ungkapan dan tuturan yang disampaikan oleh masyarakat
Melayu Serdang yang menetap di Kabupaten Serdang Bedagai, Propinsi Sumatera Utara. Teks yang
memiliki nilai-nilai luhur budaya, norma-norma sosial, dan nilai-nilai religi ini telah dijadikan panutan oleh
sebahagian besar masyarakat Melayu Serdang yang memeluk agama Islam. Pesatnya ilmu dan kemajuan
teknologi dan budaya dari luar dapat membawa aneka ragam perubahan dan pergeseran perubahan pola
pemikiran dan peri laku. Oleh karena itu penelitian tentang unsur religi yang terdapat di dalam teks berupa
ungkapan-ungkapan dan tuturan perlu dikaji berdasarkan linguistik. Metode yang digunakan pada
penelitian ini adalah metode kualitatif dengan cara mengumpulkan data melalui observasi, wawancara, dan
dokumentasi, dan analisis data dilakukan dengan menerapkan model interaktif khususnya kondensasi
data, iaitu mulai dari tahap memilih, memfokuskan, menyederhanakan, mengabstraksikan, hingga ke tahap
mentransformasikan data. Data penelitian berupa klausa yang bersumber dari kumpulan ungkapan
Melayu dan tuturan Masyarakat Melayu Serdang dianalisis dengan menggunakan teori linguistik sistemik
fungsional. Unit klausa dilabel berdasarkan komponen ’partisipan’, ‘proses’, dan ‘sirkumstan’ dan unit
‘proses’ yang dominan dikaitkan dengan unsur religi. Hasil analisis menunjukkan bahawa komponen
’partisipan”, ‘proses’, dan ‘sirkumstan’ yang terdapat di dalam teks berupa ungkapan-ungkapan dan
tuturan masyarakat Melayu Serdang merepresentasikan unsur religi ”Ketaqwaan Terhadap Tuhan Yang
Maha Kuasa”. Komponen ‘proses’ yang dominan pada teks menunjukkan bahwa seluruh nilai budaya dan
norma-norma sosial masyarakatnya merujuk kepada ajaran Islam dan setiap ungkapan-ungkapan Melayu
yang dituturkan oleh masyarakatnya mengandung unsur religi akan ”Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang
Maha Kuasa”. Teks berupa ungkapan-ungkapan yang mengandung nilai-nilai religi perlu dilestarikan dan
disarankan untuk menjadi pilar pemertahanan bagi kehidupan generasi muda Melayu Serdang.

Kata kunci: teks, religi, melayu serdang, proses

1.0 PENGENALAN
Masyarakat Melayu merupakan salah satu dari delapan etnis budaya asli di propinsi Sumatera
Utara. Bahasa Melayu adalah satu bahasa daerah yang dipergunakan oleh masyarakat Melayu di
Sumatera Utara. Disamping bahasa Melayu lainnya yakni: Langkat, Deli, Asahan dan Labuhan
Batu, Bahasa Melayu Serdang (selanjutnya disingkat BMS) merupakan salah satu dari dialek
dalam bahasa Melayu yang terdapat di propinsi Sumatera Utara khususnya di Kabupaten Serdang
Bedagai. Untuk itu, BMS masih dipergunakan sebagai alat untuk mengkomunikasikan unsur-
unsur kebudayaan. Hal ini terbukti dari upacara adat istiadat yang masih tetap dilestarikan
melalui bentuk karya sastra seperti cerita-cerita rakyat, pantun, syair, gurindam, ungkapan, dan
sebagainya. Ungkapan-ungkapan tersebut selain memiliki nilai-nilai luhur budaya dan norma-
norma sosial, ia juga memiliki nilai-nilai religi yang telah lama dijadikan panutan bagi Masyarakat
Melayu Serdang (MMS). Hal ini disebabkan karena dalam setiap butir-butir budaya Melayu dalam
tunduk ajar mengandung unsur religi, yaitu ”Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa”.

Bagi masyarakat Melayu, agama Islam adalah anutannya. Hal ini tersurat di dalam
ungkapan berikut “Seseorang disebut Melayu apabila ia beragama Islam, berbahasa Melayu
sehari-hari dan beradat-istiadat Melayu” (Sinar, 2003). Demikian pula dengan ungkapan “Adat
bersendi Hukum Syarak, Syarak bersendi Kitabullah” (Gusti, 2019:2) memerikan adat istiadat
Melayu di mana orang Melayu itu adalah etnis secara kultural (budaya), dan bukan harus secara
genealogis (persamaan darah turunan). Hal ini diperkuat dengan hasil penelitian Zein (2009)
147

yang menemukan bahwa pilar utama yang menghubungkan semua aspek dan dimensi kehidupan
dan penghidupan MMS adalah pilar hubungan Manusia dengan Tuhan (MT). Dalam tautan ini
pilar MT adalah pilar perekat yang merekatkan hubungan MMS dengan Yang Maha Kuasa sebagai
Pencipta insan yang kepada-Nya tiap insan mengabdi, menyembah dan bertaqwa.

Bukan tidak mungkin pesatnya ilmu dan kemajuan teknologi dan budaya dari luar
membawa aneka ragam perubahan di dalam tatanan kehidupan nilai-nilai budaya bangsa yang
bertamadun tinggi. Ilmu dan teknologi canggih dan budaya dari luar yang merambat pada
generasi muda masyarakat Melayu diserap secara semena-mena. Hal ini yang menjebak mereka
kepada pergeseran dan perubahan pola pikir dan perilaku yang melecehkan nilai-nilai luhur
agama, budaya dan norma-norma sosial yang terdapat di dalam masyarakat MS. Akibatnya, besar
kemungkinan mereka akan kehilangan nilai-nilai luhur dimaksud, yang lambat laun dapat pula
menyebabkan mereka kehilangan kepribadian dan jati dirinya, serta melakukan perbuatan yang
dapat merugikan masyarakat dan bangsanya. Hal ini sejalan dengan pendapat Thamrin (2015)
yang menyatakan bahwa semua aspek budaya dan norma sosial masyarakat Melayu Siak wajib
merujuk kepada ajaran Islam dan dilarang bertikai apalagi menyalahinya. Ia menambahkan
bahwa kebudayaan Melayu dan Islam tetap dijadikan dasar, payung, dan mahkota
masyarakatnya. Sebaliknya nilai budaya yang dianggap belum serasi dan belum sesuai dengan
ajaran Islam haruslah ”diluruskan” dan disesuaikan dengan Islam, Acuan ini menyebabkan Islam
tidak dapat dipisahkan dari adat maupun norma-norma sosial lainnya dalam kehidupan orang
Melayu-Siak.

Berdasarkan temuan penelitian terhadap kehidupan orang Melayu-Siak tersebut, peneliti


meyakini bahwa kebudayaan Melayu dan agama Isla tetap dijadikan dasar mahkotanya. Untuk
itu peneliti perlu menyimak dan mengkaji lebih dalam tentang teks Bahasa Melayu Serdang
(BMS) berupa ungkapan-ungkapan yang mengandung unsur religi ’Ketaqwaan terhadap Tuhan
Yang maha Kuasa’. Ungkapan-ungkapan yang masih dianut, digunakan, dan diterapkan oleh MMS
yang berada di pesisir pantai wilayah kabupaten Serdang Bedagai dikaji dari sudut linguistik
dengan menggunakan kerangka Sistemik Fungsional Linguistik (SFL) yang dikembangkan oleh
M.A.K. Halliday (1994, 1985, 1982, 1979), Martin (1992, 1984), Halliday dan Hasan (1985, 1976)
dan para pakar LFS lainnya. Untuk membatasi kajian, penulis menganalisis teks BMS berdasarkan
fungsi Eksperiensial dan memfokuskan pada unit ‘Proses’ atau ‘Verba’. Fungsi dan struktur
bahasa menjadi dasar struktur tata bahasa, di mana tata bahasa itu menyediakan alat untuk
dikomunikasikan kepada khalayak. Roger Fowler, Robert Hodge, Gunther Kress, dan Tony Trew
melihat bagaimana tata bahasa/grammar tertentu dan pilihan kosakata tertentu membawa
implikasi dan ideologi tertentu (Karya Halliday dalam Kress, 1976; Kress&Hodge 1978; Volosinov
1973; Whorf 1956 dalam Dijk 1985:30; Fowler 1979). Model Fowler dan kawan-kawan didasari
oleh konsep Halliday mengenai struktur dan fungsi bahasa. Dengan demikian pilihan kosakata
tertentu membawa implikasi ditemukannya unsur religi pada teks MMS.

Dengan demikian pertanyaan penelitian dirumuskan sebagai berikut: bagaimanakah


unsur religi ’Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang maha Kuasa’ direalisasikan dalam teks BMS? Untuk
mempertajam analisis penelitian, masalah utama ini dirinci menjadi submasalah yaitu unit
’proses’ atau verba apakah yang terdapat di dalam teks BMS yang dominan yang digunakan oleh
MMS untuk merealisasikan unsur religi ’Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang maha Kuasa’? Selari
dengan permasalahan, maka tujuan penelitian adalah mendeskripsikan komponen ’proses’ atau
verba yang terdapat di dalam teks BMS yang dominan untuk merealisasikan unsur religi
’Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa’.

Masyarakat Melayu Serdang (MMS) yang beragama Islam percaya bahwa kontruksi
terhadap ’Ketaqwaan terhadap Tuhan Yang maha Kuasa’ memiliki standar atau patokan ideal
tentang satu fenomena sosial. Iedema (1995) menyatakan bahwa dengan pengertian ini
konstruksi atau konsep sosial menetapkan apa seharusnya atau seharusnya tidak dilakukan oleh
seorang anggota penutur bahasa. Dengan demikian ideologi merupakan panduan dan saringan
148

(filter) untuk bertindak dalam satu situasi. Bagi masyarakat Melayu, agama Islam adalah
anutannya dan MMS bertindak sesuai dengan apa yang seharusnya atau seharusnya tidak
dilakukan menurut ajaran agama Islam.

2.0 METODOLOGI
Metode yang digunakan pada penelitian ini adalah metode kualitatif dengan menerapkan metode
deskriptif. Peneliti dapat memberi penafsiran dengan penelusuran teks dari berbagai dimensi.
Penelusuran fenomena di dalam teks itu sendiri dan di luar teks. Penafsiran makna di dalam teks
dilihat dari teks itu sendiri, dalam hal ini melalui proses transitivitas yaitu penggunaan unit
‘proses’ (verba), sedangkan di luar teks yaitu menafsirkan makna yang terkandung pada teks dan
konteks, dalam hal ini adalah hubungan teks dengan konteks religi. Penelitian ini membatasi
permasalahan yang dikaji yaitu memilih salah satu metafungsi, yaitu fungsi eksperensial yang
direalisasikan dengan sistem transitivitas. Sistem ini memfokuskan kepada klausa dalam
hubungannya sebagai representasi pengalaman realitas luaran dan dalaman seseorang.

2.1 Data dan Sumber Data


Data penelitian adalah unit klausa yang mengandung unsur religi yang terdapat pada teks BMS.
Sumber data terdiri atas dua, yaitu teks BMS berupa ungkapan-ungkapan yang selama ini dicatat
oleh orang-orang tua dan teks BMS berupa tuturan MMS yang disampaikan oleh penutur BMS
yang menetap di daerah pesisir Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara.

2.2 Teknik Pengumpulan data


Pengumpulan data dilakukan dengan metode observasi, wawancara, dan dokumentasi. Metode
observasi dilakukan dengan cara memantau MMS dalam melakukan kegiatan sehari-hari dengan
cara merekam dan mengambil foto pada saat masyarakat sedang berkumpul, baik di luar rumah,
di warung, maupun yang sedang melakukan kegiatan berladang sawah dan menjaring ikan.
Metode wawancara dilakukan dengan mewawancarai tokoh masyarakat, guru, nelayan, dan
petani. Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan bersifat tertutup dan pertanyaan-pertanyaan
tersebut terkait dengan kegiatan sehari-hari dan pandangan mereka sebagai seorang muslim dan
ungkapan-ungkapan yang mengandung unsur religi.

Metode dokumentasi digunakan dengan cara mengumpulkan data teks tulis yang
diperoleh dari catatan-catatan orang-orang tua yang memuat tentang ungkapan-ungkapan dan
pepatah Melayu. Data yang diperoleh dari observasi, wawancara, dan dokumentasi dicatat dalam
catatan lapangan yang terdiri dari dua bagian, yaitu catatan deskriptif dan catatan reflektif.

2.3 Teknik Analisis Data


Analisis data dilakukan dengan menerapkan model interaktif oleh Miles, Huberman, Saldana
(2014) yang terdiri atas beberapa tahapan, yaitu pengumpulan data, kondensasi data, paparan
data, dan kesimpulan. Pada tahap kondensasi data, peneliti melakukan beberapa tahapan, yaitu
pemilihan data, pemokusan, penyederhanaan, abstraksi, transformasi.

Pada tahap awal, peneliti melakukan pemilihan teks berdasarkan unit klausa. Selanjutnya
peneliti memfokuskan unit klausa yang mengandung unsur religi. Pada tahap ini klausa dianalisis
berdasarkan fungsi ekperiensial. Setelah memfokuskan data, tahap selanjutnya adalah
menyederhanakan data. Pada tahap ini peneliti melakukan penyederhanaan dengan cara
mengodekan tiga komponen transitivitas, yaitu partisipan (P), proses (Pros), dan sirkumstan
(Sirk). Tahap berikutnya adalah mengabstraksikan komponen proses berdasarkan enam
kategori. Pada tahap abstraksi ini, komponen proses yang dominan atau menonjol ditentukan
untuk merepresentasikan makna pengalaman MMS yang makna tersebut terkai dengan kegiatan
beribadah sehari-hari dan unsur-unsur religi yang dianut oleh MMS. Tahap terakhir adalah
mentransformasikan jumlah proses yang dominan dan menautkannya dengan konteks religi.
149

Pada tahap paparan data, data berupa komponen proses ditampilkan pada tabel. Pada tahap
kesimpulan, data diinterpretasikan untuk menetapkan realisasi unsur religi pada teks BMS.

Dengan mengkaji teks berupa ungkapan-ungkapan tersebut diharapkan pemertahanan


ketaqwaan MMS terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa dapat direalisasikan dan menjadi pedoman
atau acuan bagi MMS dalam berkehidupan.

3.0 DAPATAN KAJIAN


Setelah teks MS berupa ungkapan-ungkapan atau pepatah dianalisis berdasarkan SFL dengan
memfokuskan pada fungsi eksperiensial, maka ditemukan proses material mendominasi teks
diikuti dengan proses mental dan relasional. Proses material (tindakan) sebagai salah jenis
proses yang direalisasikan dalam grup verba menggambarkan kedinamisan masyarakat MS
dalam melaksanakan ibadah. Dalam kaitannya dengan makna eksperiensial yang tercermin
melalui grup verba, proses material yang dilakukan seseorang menghubungkan satu entiti
dengan identitas, satu entiti dengan atributnya. Proses mental menggambarkan kegiatan atau
aktivitas yang menyangkut indera, kognisi, emosi, dan persepsi yang terjadi di dalam diri
manusia, dan proses relasional berfungsi menghubungkan satu identitas dengan maujud atau
lingkungan lain di dalam hubungan intensif, sirkumstan atau kepemilikan dan dengan cara
indentifikasi atau atribut.

Berikut adalah representatif atau wakil dari data penelitian yang telah dilabel
berdasarkan komponen Proses, Partisipan, dan Sirkumstan dan juga telah diberi kode seperti
Proses (Pros), Partisipan (Par), dan Sirkumstan (Sirk).
Data 1
Ingat hidup (memiliki) banyak godaan
Pros: mental Par: pemilik Pros: relasional Sirk: milik

Data 2
Di kiri (ada) iblis
Sirk: Lokasi: Tempat Pros: Wujud Par: Maujud

Data 3
di kanan (ada) setan
Sirk: Lokasi: Tempat Pros: Wujud Par:Maujud

Data 4
Nafsu Menanti di dalam badan
Par: Gol Pros: Material Sirk: Lokasi: Tempat

Data 5
Banyakkan Sujud menyembah Allah
Pros: Material Par: Gol Pros: Material Par: Gol

Data 6
Ingat hidup mempunyai pegangan
Pros: Mental Par:Pemilik Pros: Relasional Sirk:Milik

Data 7
Dalami sunah fahami Qur’an
Proses: Mental Par:Pengindera Proses: Mental Sirk:Fenomenon
150

Data 8
Bila Lalai rusaklah iman
Sirk: Lokasi: Par: Aktor Pros: Material Par: Gol
Waktu

Jadual 1. Distribusi ’proses’ dalam teks MS


No. Jenis Proses Jumlah Persentase
1. Material 21 33.33
2. Mental 17 26.98
3. Relasional 17 26.98
4. Tingkah Laku - 0
5. Verbal 3 0.47
6. Wujud 4 0.63
Total 63 100

Dari gambaran-gambaran makna eksperiensial di atas maka teks MS yang diteliti sangat
sarat dengan proses aksi, gerak, dan kejadian. Proses material ini memberi gambaran nyata
bahwa melalui kemampuan/potensi, bahasa MS memiliki fungsi pengalaman materi. Dalam hal
ini proses yang mendominasi teks tersebut adalah proses material. Peristiwa linguistik yang
terjadi dalam teks yang diteliti mengetahui realitas yang diujuknya, memberikan informasi
bagaimana pemakaian bahasa MS sangat dinamis. Hal ini membuktikan jika membicarakan
kedinamisan bahasa penutur MS maka kita membicarakan bahasa secara fungsional.

Berbicara tentang Tuhan dalam al-Qur’an, maka jelas yang dimaksud Tuhan itu merujuk
kepada Tuhan Yang Ahad, yaitu Allah Subhana Wataala. Di dalam al-Qur’an, dikemukakan secara
eksplisit tentang siapa Tuhan itu, bagaimana sifat-sifat-Nya, dan bagaimana hubungan Tuhan
sebagai al-Khalik dengan makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Proses material ini merepresentasikan bahwa MMS memakai bahasa untuk melakukan
sesuatu dan melakukannya secara bertahap. Dengan demikian untuk mencapai sasaran dengan
memakai bahasa berarti dilakukan bertahap dan terstruktur.

Dikaitkan dengan potensi pada pelaku dan penggolongan yang menjadi partisipan dalam
proses material, partisipan dalam melakukan aksi adalah manusia dan non manusia. Partisipan
yang ditempatkan sebagai pelaku dan penggolongan ini direalisasikan melalui grup nomina yang
terdiri dari unsur entitas MS yang diwujudkan dengan pronomina seperti Allah, quran, iman,
sunah, iblis, setan.

4.0 PERBINCANGAN
Dalam mensyukuri hidup karena telah diciptakan Tuhan Yang Maha Esa, hubungan manusia
dengan Tuhan direalisasikan dalam religi islami: (1) Islam menjadi landasan pilar masyarakat
MS, (2) dengan kekuatan religi Islam, pilar ini menjadi tanpa batas etnis dan ras.

Pembauran antara berbagai sistem MS, konsep seresam semenda, Hindu, dan Islam dalam
konstruksi dan kandungan kebudayaan MS kini membentuk sistim sosial-budaya masyarakat MS.
Secara konsepsi terdapat suatu penggolongan antara yang paham tradisional dengan yang Islami
dan secara konkrit dipahami bahwa adat menjadi bagian dari dan tunduk kepada Islam (adat
bersendikan syara’, syara’ bersendikan kitabullah). Segala nilai keadatan disesuaikan dengan
nilai islami. Masyarakat MS mengamalkan perpaduan konsep Islam dan adat.

Dari hasil observasi terhadap kegiatan MMS, upacara dan perayaan yang merupakan
tradisi yang dilaksanakan oleh masyarakat MS yang berlandaskan diri pada Islam dengan
151

menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai bacaan mantra dan doa. Perayaan Islam yang
dirayakan oleh masyarakat MS mendapat pewarnaan tradisional dengan makna yang selaras
dengan keperluan setempat. Selain itu, upacara ritual melaut dan bertani cukup banyak
menerima anasir Islam melalui doa selamat di samping kekalnya konsep dan kegiatan mengambil
semangat padi dan menghormati jin di laut. Peran pawang kekal sebagai mediator antara
manusia dengan yang ghaib dan sebagai tokoh yang menjalankan sistem perobatan tradisional.
Begitu juga berbagai acara perkawinan dalam kehidupan sosial yang masyarakat MS banyak
menerapkan unsur Islam dalam hal struktur wali dan acara ijab-kabul tetapi mereka tetap
meneruskan atau menjalankan berbagai tahap adat perkawinan yang tradisional. Berbeda halnya
dengan hasil penelitian Okwita dan Aritra (2017:1-14) tentang pola pikir masyarakat Melayu
Tanjung Butung di mana ditemukan bahwa dengan maju dan berkembangnya pola pikir
masyarakat Melayu Tanjung Buntung, maka berdampak kepada pola pikir masyarakat. Hal ini
terlihat pada sistem kepercayaan mereka yang telah meninggalkan percaya kepada kekuatan gaib
(animisme dan dinamisme), dan mayoritas masyarakat Tanjung Buntung beragama Islam.
Berbeda dengan MMS yang tetap mengamalkan perpaduan konsep Islam dan adat, yaitu
menjalankan upacara dan perayaan yang merupakan tradisi upacara, seperti ritual melaut dan
bertani, menjalankan sistem perobatan tradisional tetapi tradisi yang dilaksanakan oleh
masyarakat MS tetap berlandaskan diri pada Islam dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran
sebagai bacaan doa.

5.0 KESIMPULAN
Representasi bahasa MS telah dibuktikan melalui pertuturan lisan dan tulisan yang terdapat pada
teks MMS yang diteliti. Proses material merepresentasi unsur religi pada masyarakat yang sedang
melakukan aksi beribadah. Proses mental memerikan kegiatan atau aktivitas yang menyangkut
indera, kognisi, emosi, dan persepsi yang terjadi di dalam diri manusia. Dalam hal ini ketika MMS
melakukan kegiatan beribadah, mereka memiliki emosi yang sangat tinggi dalam melaksanakan
sholat, berdoa, sujud, dan lain-lain. Proses relasional berfungsi menghubungkan manusia dengan
manusia atau non manusia atau lingkungan lain di dalam hubungan intensif, sirkumstan atau
kepemilikan dan dengan cara indentifikasi atau atribut.

Pilar perekat yang merekatkan hubungan masyarakat MS dengan Yang Maha Kuasa
sebagai Pencipta insan yang kepada-Nya tiap insan mengabdi, menyembah dan bertaqwa.
Sebagai hamba Allah, manusia harus memenuhi dua persyaratan utama yaitu hubungannya
dengan Allah sebagai hubungan vertikal, berupa ibadah, amal saleh, dengan segala kaitannya,
sehingga dia merupakan seorang manusia yang berbakti dan penuh ketakwaan. Sebagai syarat
kedua, hubungan antara manusia dengan manusia yang lain sebagai hubungan horisontal.

RUJUKAN
Gusti, O.K. (2019). Pokok-Pokok Adat Istiadat Perkawinan Suku Melayu Sumatera Timur. Medan:
USU.
Halliday, M.A.K, MC Intosh. A, dan Strevens. P. (1964). The Linguistic Sciences and Language
Teaching. London: Longman Ltd.
Halliday, M.AK. (1973). Explorations in the Functions of Language. London: Edward Arnold.
Halliday, M.A.K. (1975). Learning How to Mean: explorations in the development of language.
London: Edward Arnold.
Halliday, M.A.K. (1978). Language as Social Semiotic: The Social Interpretation of Language and
Meaning. London: Edward Arnold.
Halliday, M.A.K. (2004). An Introduction to Functional Grammar. London: Edward Arnold.
Halliday, M.A.K, MC Intosh. A, dan Strevens. P. (1964). The Linguistic Sciences and Language
Teaching. London: Longman Ltd.
Halliday, M.A.K. dan Ruqaiya Hasan. 1985. Language, Context, and Text: Aspects of Language in
Social-Semiotic Perspective, edisi 1. Victoria: Deakin University Press.
152

Iedema, R., S.Feez dan P.White. 1995. Media Literacy. Sydney: DSP East Metropolid, (Tidak
dipublikasikan)
Miles, Huberman, & Saldana. 2014. Qualitative Data Analysis: A Methods Sourcebook, 3rd Edition.
United Stated of America: Sage Publication, Inc.
Okwita, Afrinel & Aritra, Esra Safitri. (2017). Perubahan Kehidupan Sosial Budaya Masyarakat
Melayu Kampung Tua Tanjung Buntung Pasca Pembangunan. Historia: Jurnal Program Studi
Pendidikan Sejarah Vol 2. No 1 (2017):1-14
Ridwan, Tengku Amin. (2003) bahasa dan Linguistik. Medan: Universitas Sumatera Utara.
Sayuti, Datok. Tokoh Masyarakat Serdang. Pantai Cermin, Serdang Bedagai. Sumatera Utara. 18
June 2019.
Sinar, Tengku Luckman. (2011). Mahkota Adat dan Budaya Melayu Serdang. Medan: Kesultanan
Serdang.
Sinar, Tengku Luckman Basarshah II. Kepala Adat/Sultan Serdang ke-V Kerajaan Serdang. (Ogos
2003).
Sinar, Tengku Silvana, 2003. Teori & Analisis Wacana. Pendekatan Sistemik-Fungsional. Medan:
Pustaka Bangsa Press.
Thamrin, Husni. (2015). Enkulturisasi Dalam Kebudayaan Melayu. Al-Fikra: Jurnal Ilmiah
Keislaman, Vol.14 , No.1 , Januari - Juni 2015
Zein, T. Thyrhaya. (2009, Des). Representasi Ideologi Masyarakat Melayu Serdang dalam Teks,
Situasi, dan Budaya. Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan. Universitas Sumatera Utara, Dr.
Zein, T. Thyrhaya. (2015). North Sumatran Malay Folktales: Its Structure, Social Function, and
Meaning. Malay Literature. Vol. 28, No. 2, p. 167-199, Dec. 2015.

Biodata Ringkas Penulis.


Tengku Thyrhaya Zein ialah doktor linguistik di Universitas Sumatera Utara (USU) dan gelas
Master dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia. Beliau menyelesaikan studi
doktoralnya dari USU pada tahun 2009. Beliau pernah mengikuti program Sandwich di Auburn
University, Alabama, USA pada saat melakukan penulisan disertasi. Bidang kepakaran beliau
ialah Analisis Wacana dan Semiotika (Multimodal). Saat ini beliau menjabat sebagai sekretaris
Program Studi Magister Linguistik Fakultas Ilmu Budaya USU dan membimbing mahasiswa
pascasarjana yang memfokuskan penelitiannya pada analisis wacana berbasis Sistemik
Fungsional Linguistik (SFL) yang dipopulerkan oleh Halliday (1994) dan pada kajian mutimodal
dengan Model Cheong (2004), dan Kress dan van Leewen (1996, 2006). Beberapa penelitian
beliau didanai oleh Talenta USU dan Direktorat Riset dan Pengabdian kepada Masyarakat
(DRPM) Dikti dan luarannya dipublikasi di jurnal nasional dan internasional, diantaranya adalah
“The Incomplete Linguistic Features and Schematic Structure in EFL University Students’
Narrative Texts” (2019) dan “North Sumatran Malay Folktales: Its Structure, Social Function, and
Meaning.” Beliau juga sering menghadiri seminar-seminar nasional dan internasional dan
mempresentasikan kertas kerjanya. Process Types of Transitivity System in English Department
Students’ Narrative Texts.

Tengku Silvana Sinar ialah Professor dalam bidang linguistik di Universitas Sumatera Utara
(USU). Beliau memperoleh gelar doktoralnya dari University Malaya, Malaysia dan memperoleh
gelas Master dari Sydney University, Sydney. Bidang kepakaran beliau ialah Analisis Wacana,
Analisis Wacana Kritis, dan Multimodal. Saat ini beliau menjabat sebagai Ketua Program Studi
Sastra Inggris. Fakultas Ilmu Budaya USU. Beberapa penelitian beliau didanai oleh Talenta USU
dan Direktorat Riset dan Pengabdian kepada Masyarakat (DRPM) Dikti dan luarannya dipublikasi
di jurnal nasional dan internasional. Beliau juga seorang reviewer di Lembaga Penelitian USU dan
juga di salah satu jurnal internasional. Beliau telah menghasilkan beberapa buku diantaranya
buku Multimodal yang diterbitkan pada tahun 2018.
153

SIKAP DAN PENILAIAN DALAM DEBAT PRESIDEN/WAKIL PRESIDEN 2019:


ANALISIS WACANA BERBASIS KORPUS

Totok Suhardijantoi & Tengku Thyrhaya Zein Sinar ii


i Departemen Linguistik, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia. totok.suhardijanto@ui.ac.id
ii Program Studi Linguistik, Fakultas Ilmu Budaya Universitas Sumatera Utara. t.thyrhaya@usu.ac.id

Abstrak
Perhelatan Pemilihan Presiden Republik Indonesia baru saja selesai. Salah satu momen yang mendapat
perhatian luas oleh masyarakat adalah debat calon presiden dan calon wakil presiden, atau disingkat debat
presiden saja. Kertas kerja ini membahas sikap dan penilaian para calon presiden dalam debat ditinjau dari
teori penilaian (appraisal theory) oleh Martin & White (2005). Dalam makalah ini dibahas pula perbedaan
dan pergeseran sikap dan penilaian para calon dalam dua kesempatan debat masing-masing pada
Pemilihan Presiden 2014 dan 2019. Data berupa transkripsi debat sebagian besar diperoleh dari Bahasa
Kita, sebuah perusahaan perintis dalam bidang intelejensia buatan, dan detik.com. Data dibatasi pada debat
presiden dengan topik pendidikan dan kesejahteraan masyakarat. Penelitian ini menggunakan pendekatan
mixed method yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif agar saling melengkapi. Analisis
korpus akan dilakukan dengan menggunakan peranti SketchEngine. Hasil yang diperoleh menunjukkan
adanya perbedaan dan pergeseran sikap pada salah satu calon presiden, namun tidak terlalu banyak
perbedaan dan perbedaan sikap pada calon yang lainnya.

Kata kekunci: linguistik korpus, teori penilaian (appraisal theory), debat presiden, sikap, penilaian.

1.0 PENGENALAN
Pemilihan Presiden Republik Indonesia menjadi daya tarik khusus bagi peneliti bukan saja
karena merupakan itu salah satu pemilihan demokratis terbesar di muka bumi, juga karena
terjadinya polarisasi atau terbelahnya masyarakat Indonesia menjadi dua kubu: kubu Joko
Widodo dan kubu Prabowo Subianto, pada pemilihan itu. Salah satu yang menjadi perhatian
dalam peristiwa demokrasi terbesar di Asia itu adalah ajang debat calon presiden dan wakil
presiden.

Debat calon presiden dan calon wakil presiden 2014 dilaksanakan dalam lima kali sesi
debat antara Juni dan Juli 2015 (Tempo, 6 Juni 2014). Sementara itu, dalam debat calon presiden
dan calon wakil presiden 2019 yang juga terdiri atas lima seri debat digelar dalam waktu lebih
lama, yakni mulai dari Januari hingga April 2019 (Kompas, 19 Desember 2018). Topik-topik
dalam debat capres dan cawapres tersebut mempunyai rentangan yang sangat luas mulai dari
hukum hingga kesejahteraan masyarakat.

Debat presiden sering sekali menjadi obyek penelitian linguistik dengan berbagai macam
pendekatan (lihat Slatcher et al. (2007), Alavi-Nia & Jalilifar (2013), Romero et al (2015), El-
Falaky (2015), Savoy (2018)). Slatcher et al. (2007) menyelidiki perbedaan individual pada gaya
bahasa di antara kandidat presiden dan wakil presiden AS dalam kegiatan debat. Alavi-Nia &
Jalilifar (2013) meneliti manifestasi kekuasaan pada debat presiden Iran yang disiarkan lewat
televisi.

Sementara itu, Romero et al. (2015) memfokuskan kajian terhadap debat presiden lebih
kuat dari aspek psikologi, terutama terhadap proses menirukan seseorang atau mimikri. El-
Falaky (2015) melakukan kajian terhadap debat presiden dengan pendekatan linguistik korpus
dan menerapkan teori Tata Bahasa Fungsional. Selanjutnya, Savoy (2018) mengkaji secara
mendalam perbedaan gaya dan retorika Trump dan Clinton pada pemilihan presiden 2016.
Lalu bagaimana dengan debat presiden di Indonesia? Meskipun tidak sebanyak debat
presiden AS, ada beberapa studi tentang debat presiden di Indonesia yang pernah dilakukan.
154

Setiana et al. (2015) pernah menyoal aspek kebahasaan Jokowi pada debat presiden 2014.
Sementara itu, Damayanti & Hamzah (2017) membahas strategi kampanye politik yang
dijalankan pasangan Jokowi-Jusuf Kalla.

Dalam penelitian ini, terdapat dua pertanyaan yang memerlukan jawaban. Pertama,
bagaimana relasi kuasa dibangun di antara kedua kandidat dan audiens-nya. Kedua, bagaimana
kedua kandidat mengelola kuasa dan menyampaikan ideologinya kepada lawan dan kepada
audiens untuk memenangi pemilihan.

Untuk pertanyaan yang pertama, akan digunakan teori apraisal yang dikembangkan oleh
Martin & White (2005). Teori ini termasuk ke dalam aliran SFL yang merupakan pengembangan
dari tata bahasa fungsional yang dirintis oleh Halliday (1994). Sementara itu, untuk menjawab
pertanyaan kedua, selain digunakan teori appraisal, juga akan dilakukan analisis kolokasi untuk
melihat bagaimana orientasi semantis (atau semantik preferensi) kosakata yang digunakan
untuk menyampaikan ideologi dan mengelola kuasa kepada lawan. Untuk analisis kolokasi dan
semantik preferensi, akan digunakan apa yang dikemukakan oleh Sinclair (1991) dan Stubbs
(2001).

2.0 METODOLOGI
Data yang digunakan dalam penelitian ini adalah teks debat calon presiden dan calon wakil
presiden Indonesia periode 2014 dan 2019. Yang dimaksud teks di sini adalah ujaran dan tuturan
yang dihasilkan oleh kedua calon. Data yang digunakan dalam penelitian ini hanya dibatasi pada
ujaran Joko Widodo dan Prabowo dalam Debat Capres-Cawapres 2014 dan Debat Capres-
Cawapres 2019 karena keduanya tampil pada kedua kesempatan debat tersebut. Tema yang
diangkat dalam debat-debat tersebut meliputi topik hukum, HAM, dan korupsi, terorisme dan
radikalisme, ekonomi, pendidikan, lingkungan hidup, energi dan teknologi. Data debat tahun
2014 diambil dari situs berita Kumparan (http://www.kumparan.co.id), sedangkan data debat
tahun 2019 diambil dari situs perusahaan perintis intelejensia buatan Bahasa Kita
(http://debatcapres.bahasakita.co.id/).

Kakas atau alat yang akan digunakan dalam penelitian ini adalah UAM Corpus Tools yang
dikembangkan oleh O’Donnel (2008). Alat analisis korpus ini dikembangkan khusus untuk
penerapan SFL (Systemic Functional Linguistics) pada studi korpus. Selain UAM Corpus Tools,
pada penelitian ini juga digunakan SketchEngine (Kilgariff 2014) untuk memunculkan kata kunci
dan melakukan analisis sketsa kata (word sketch).

Untuk melakukan analisis penilaian (appraisal theory), digunakan anotasi yang terdapat
pada Jadual 1. Selain itu, digunakan pula jadual berkolom “item penilaian”, yang berisikan kata,
frasa, atau klausa yang mengandung sentimen dari penulis/penutur atau memancing sentimen
dari pembicara/lawan bicara, dan kolom “penilai” adalah pelaku penyampaian sikap, dan
“ternilai” adalah objek dari penilai (lihat Jadual 2).
155

Jadual 1. Anotasi Analisis Penilaian (Appraisal Theory)

Notasi Arti Kategori Tolak ukur


(+) Sikap positif Sikap Posisi positif
(-) sikap negatif Sikap Posisi negatif
des keinginan (desire) Afeksi Seberapa ingin
hap kebahagiaan (happiness) Afeksi Seberapa bahagia
sec keamanan (secure) Afeksi Seberapa aman
sac kepuasan (satisfaction) Afeksi Seberapa puas
norm normalitas (normality) Penghakiman Seberapa spesial
cap kapasitas (capacity) Penghakiman Seberapa cakap
ten kegigihan (tenacity) Penghakiman Seberapa gigih
ver kejujuran (veracity) Penghakiman Seberapa jujur
prop kepantasan (propriety) Penghakiman Seberapa patuh
pada peraturan
Afeksi/seberapa
reac reaksi (reaction) Apresiasi ingin untuk
memiliki
Persepsi/ seberapa
jauh cakupan
comp komposisi (composition) Apresiasi
pandang terhadap
sesuatu
val penghargaan (value) Apresiasi Kognisi/Seberapa
berharga sesuatu

Dari Jadual 2, dapat dipahami hal berikut ini: kata memuji merupakan ekspresi atau ungkapan
penilaian pembicara. Joko Widodo adalah pembicara yang bersikap “memuji” di dalam teks.
Sementara itu, Prabowo berperan sebagai pihak yang dipuji oleh penilai. Nilai pujian adalah
afeksi positif terhadap seberapa puas pembicara terhadap suatu aspek dari ternilai. Namun, perlu
diperhatikan bahwa konteks berperan penting. Pada situasi tertentu, kata memuji dapat
menunjukkan sarkasme seseorang sehingga pujian bukan lagi afeksi positif, melainkan afeksi
negatif.

Jadual 2 Contoh Analisis Penilaian beserta Anotasi

Item
No Penilai Ternilai Afeksi Penghakiman Penghargaan
penilaian

Joko
1 memuji Prabowo (+) sat
Widodo
156

3.0 HASIL

Berdasarkan pengolahan data menggunakan SketchEngine diperoleh hasil kata kunci sebagai
berikut.

Jadual 3. Kata Kunci Calon Presiden dalam Debat 2014 dan 2019

No Jokowi 2014 Jokowi 2019 Prabowo 2014 Prabowo 2019


1 saya saya iran saya
2 kami kami nuklir kami
3 diplomasi Prabowo upaya dia
4 pertahanan nelayan kasus Jokowi
5 daging sapi HAM bencana pertahanan
6 drone daya saing sikap asing
7 daya saing BUMN menteri nelayan
8 maritim laut flu burung diplomasi
9 barang-barang pengawasan Israel sawit
10 laut dibangun dunia Prabowo

Dalam Jadual 3 di atas, tampak bahwa kata kunci Joko Widodo mengalami beberapa
perubahan. Meskipun demikian, Joko Widodo banyak menggunakan kata ganti orang pertama
tunggal (saya) dan kata ganti orang pertama jamak eksklusif (kami) baik pada Debat 2014
maupun Debat 2019. Hal tersebut menunjukkan kepercayaan diri Joko Widodo dalam
mencalonkan diri sebagai pemimpin bangsa Indonesia. Beberapa kata seperti diplomasi, maritim,
laut, dan barang-barang diulang-ulang oleh Joko Widodo dalam debat untuk menunjukkan fokus
pemerintahannya pada periode 2014-2019. Sementara itu, kata daging sapi dan drone juga
muncil menjadi kata kunci karena kedua kata itu menjadi topik hangat di kalangan masyarakat
pada saat itu. Daging sapi menjadi topik hangat karena saat itu menjelang Hari Raya Idulfitri yang
biasanya identik dengan kenaikan harga daging sapi. Sementara itu, drone menunjukkan
representasi teknologi modern di era sekarang.

Pada periode kedua, atau 2019-2024, Joko Widodo mengalihkan perhatiannya kepada
hak asasi manusia (HAM), daya saing, BUMN, dan pembangunan (diwakili oleh kata kerja
dibangun) sebagaimana daftar kosakata yang menjadi kata kekuncian. Meskipun demikian,
orientasi Joko Widodo terhadap laut tetap menjadi perhatiannya pada periode kedua, bahkan
menspesifikkannya dengan memasukkan kata kunci nelayan. Joko Widodo juga memasukkan
Prabowo sebagai kata kunci karena tokoh tersebut merupakan rival utamanya sejak periode
pertama.

Sementara itu, Prabowo Subianto pada periode pertama (2014-2019) cenderung


menyoroti persoalan global sebagaimana tampak pada daftar kata kunci yang digunakannya:
Iran, nuklir, Israel, dan dunia. Selain itu, Prabowo juga menyinggung beberapa hal yang menjadi
tantangan bagi bangsa Indonesia, yaitu bencana, flu burung, dan upaya (penanganan bencana).
Sementara itu, pada kesempatan debat 2019, Prabowo mengubah fokusnya kepada kesiapan
dirinya sendiri dan pasangannya dengan menggunakan dan menekankan kata ganti saya dan
kami—kata yang sama-sama digunakan oleh Joko Widodo selama debat 2014 dan 2019, dan kata
Prabowo. Serupa dengan lawannya, Prabowo pun menyebut rivalnya beberapa kali Joko Widodo
dengan maksud memberikan penekanan terhadap jawaban dan bantahannya. Selain itu, pada
debat 2019, Prabowo juga menyinggung beberapa fokus perhatiannya pada masalah ekonomi,
sosial dan politik: nelayan, pertahanan, asing, diplomasi, dan sawit.
157

Jadual 4. Kombinasi Kata (n-gram) Calon Presiden dalam Debat 2014 dan 2019

No Jokowi 2014 Jokowi 2019 Prabowo 2014 Prabowo 2019


1 diplomasi sumber daya alam politik luar negeri mengalir ke luar
pemerintah dengan negeri
pemerintah
2 jangan mengulangi rakyat Indonesia kepentingan saya tidak
kesalahan yang saya cintai nasional kita menyalahkan Pak
Jokowi
3 poros maritim seluruh rakyat tujuan kita kita harus kuat
dunia Indonesia bernegara
4 kita beli kembali revolusi industri 4.0 bagi rakyat berdiri di atas kaki
Indonesia sendiri
5 negara yang lain hukum yang tegas mempertahankan Pak Joko Widodo
kepentingan
nasional
6 di atas 7% telah kita bangun kekayaan nasional harus untuk rakyat
kita
7 produktivitas dan sudah kita lakukan kondisi dalam daripada
daya saing negeri pembangungan
infrastruktur
8 mendengar suara negara dengan menolak impor tidak punya akses
rakyat penduduk muslim beras
terbesar
9 bangsa dan negara di luar Jawa hak asasi manusia harus swasembada
pangan
10 kekayaan laut kita dalam tiga tahun bersahabat dengan ini tanggung jawab
Australia kita

Pada Jadual 4, terdapat daftar kombinasi atau gabungan kata yang secara signifikan
digunakan oleh Joko Widodo dan Prabowo Subianto dalam Debat Capres 2014 dan 2019. Tiga
ungkapan paling sering dikemukakan Joko Widodo pada debat 2014 adalah diplomasi pemerintah
dengan pemerintah, jangan mengulangi kesalahan, dan poros maritim dunia. Hal ini menunjukkan
prioritas pemerintahan Joko Widodo pada periode 2014-2019 adalah penggalakan diplomasi,
perbaikan manajemen kepemerintahan, dan pengedapanan konsep poros maritim dunia. Dari
daftar gabungan kata tersebut tidak ada satu pun yang terkait dengan infrastruktur. Hal ini
menunjukkan bahwa infrastruktur tampaknya menjadi kebijakan yang diimplementasikan
kemudian. Tidak dirancang sejak Joko Widodo menjadi calon presiden. Sementara itu,
berdasarkan daftar gabungan kata tersebut, tampak bahwa Joko Widodo mengubah fokus
perhatiannya pada periode 2019-2024 ke masalah sumber daya alam dan rakyat Indonesia. Yang
menarik, pada daftar tersebut, kata “rakyat Indonesia” diulangi dua kali dengan kombinasi yang
berbeda. Ini menunjukkan bahwa, jika sebelumnya lebih memfokuskan pada infrastruktur, Joko
Widodo mementingkan pembangunan manusia pada Periode 2019.

Tiga gabungan kata teratas yang digunakan Prabowo Subianto pada debat 2014 adalah
politik luar negeri, kepentingan nasional kita, dan tujuan kita bernegara. Hal ini menunjukkan
bahwa sebagaimana Joko Widodo, Prabowo pun mengutamakan diplomasi dan politik luar
negeri, kepentingan nasional, dan tujuan bernegara. Sementara itu, pada periode selanjutnya,
Prabowo menekankan isu tentang sumber daya alam yang mengalir ke luar negeri. Namun,
Prabowo tidak menyalahkan pemerintahan sekarang. Agar kekayaan alam tidak mengalir ke luar
negeri, Prabowo menyatakan bahwa bangsa Indonesia harus kuat.

Analisis mengenai sikap dan penilaian akan diberikan pada versi makalah panjang.
158

4.0 PENUTUP
Berdasarkan analisis, diperoleh simpulan sementara bahwa Joko Widodo memfokuskan
perhatiannya pada persoalan diplomasi, perbaikan manajemen kepemerintahan, dan sumber
daya kelautan. Baru pada periode kedua, Jokowi mengubah penekanan ke persoalan hak asasi
manusia dan kesejahteraan rakyat. Sementara itu, Prabowo dari masa-masa tetap mengusung
persoalan pertahanan, politik luar negeri, dan pemberdayaan masyarakat. Dibandingkan dengan
Joko Widodo, apa yang disampaikan Prabowo cenderung sama dari masa 2014 dan 2019.

RUJUKAN

Alavi-Nia, M., & Jalilifar, A. (2013). We believe the Iranian nation can: The manifestation of power
in Iranian televised presidential debates. Language & Communication, 33(1), 8-25.
Andayani, D. (4 April 2019). KPU: Seluruh Server KPU Ada di Dalam Negeri. Dicapai pada 5 Juni
2019 daripada https://news.detik.com/berita/d-4496585/kpu-seluruh-server-kpu-ada-
di-dalam-negeri.
Aribowo, E. K. (Januari 2017). Menelusuri Jejak Hoaks dari Kacamata Bahasa: Bagaimana
Mendeteksi Berita Palsu Sedini Mungkin. Dicapai pada 5 Juni 2019 daripada:
https://www.researchgate.net/publication/318663474_Menelusuri_Jejak_Hoaks_dari#Ka
camata_Bahasa_Bagaimana_Mendeteksi_Berita_Palsu_Sedini_Mungkin
Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia. (2019). Tesaurus Tematis Bahasa Indonesia. Dicapai pada 10 Juni 2019
daripada: http://tesaurus.kemdikbud.go.id/tematis/lema/kerusuhan
Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan
Republik Indonesia. (2016). KBBI Daring. Dicapai pada 10 Juni 2019 daripada:
https://kbbi.kemdikbud.go.id/Beranda
Damayanti, N., & Hamzah, R. E. (2017). Strategi Kampanye Politik Pasangan Jokowi-JK pada
Politik Pemiilihan Presiden 2014. Wacana, Jurnal Ilmiah Ilmu Komunikasi, 16(2), 279-290.
Donnel, M.O. (2008) Demonstration of the UAM Corpus Tool for Text and Image Annotation.
Proceedings of the ACL-08: HLT Demo Session 1: 13-16.
El-Falaky MS (2015) Vote for Me! A Corpus Linguistic Analysis of American Presidential Debates
using Functional Grammar. Arts Social Sci J 6:123. doi:10.4172/2151-6200.1000123
Farisa, F.C. (2018). Ini Jadwal Debat Pilpres 2019, dari Tanggal Hingga Tema. Dicapai pada 6 Juli
2019 daripada: https://nasional.kompas.com/read/2018/12/19/17590871/ ini-jadwal-
debat-pilpres-2019-dari-tanggal-hingga-tema.
Hacker, K. L. (Ed.). (1995). Candidate images in presidential elections. Greenwood Publishing
Group.
Halliday, M.A.K. (1994). Introduction to Functional Grammar, 2nd ed. London: Edward Arnold.
Kilgarriff, A., Baisa, V., Bušta, J., Jakubíček, M., Kovář, V., Michelfeit, J., Rychlý, P., & Suchomel, V.
(2014). The Sketch Engine: ten years on. Lexicography, 1: 7-36.
Martin, J.R., dan White, P.R.R. (2005), The Language of Evaluation: Appraisal in English. London:
Palgrave Macmillan.
Prabhakaran, V., Arora, A., & Rambow, O. (2014, October). Staying on topic: An indicator of power
in political debates. In Proceedings of the 2014 Conference on Empirical Methods in Natural
Language Processing (EMNLP) (pp. 1481-1486).
Romero, D. M., Swaab, R. I., Uzzi, B., & Galinsky, A. D. (2015). Mimicry is presidential: Linguistic
style matching in presidential debates and improved polling numbers. Personality and Social
Psychology Bulletin, 41(10), 1311-1319.
Savoy, J. (2018). Trump’s and Clinton’s Style and Rhetoric during the 2016 Presidential Election.
Journal of Quantitative Linguistics, 25(2), 168-189.
159

Setiana, A., Munaris, M., & Fuad, M. (2015). Aspek Kebahasaan Jokowi pada Debat Calon Presiden
dan Kegunaannya dalam Pembelajaran. Jurnal Kata (Bahasa, Sastra, dan Pembelajarannya),
3(2).
Sinclair, J. (1991). Corpus, concordance, collocation. Oxford University Press.
Slatcher, R. B., Chung, C. K., Pennebaker, J. W., & Stone, L. D. (2007). Winning words: Individual
differences in linguistic style among US presidential and vice presidential candidates. Journal
of Research in Personality, 41(1), 63-75.
Stubbs, M. (2001). Words and phrases: Corpus studies of lexical semantics. Oxford: Blackwell
Publishers.
Tempo. (2014). Jadwal Lengkap Debat Capres-Cawapres. 6 Juni 2014. Dicapai pada 7 Juli 2019
daripada: https://www.google.com/amp/s/pemilu.tempo.co./amp/583009/jadwal-
lengkap-debat-capres-cawapres.

Biodata Ringkas Penulis

Totok Suhardijanto ialah Ketua Program Studi Magister dan Doktor Linguistik di Universitas
Indonesia. Mendapatkan doktor dari Keio University, Jepang pada 2011. Beliau pernah menjadi
profesor tamu di Keio University, Tokyo University of Foreign Studies, dan Nihon University,
Jepang. Bidang kepakaran beliau ialah Linguistik Komputasional, Linguistik Korpus, dan Sains
Data.

Tengku Thyrhaya Zein ialah doktor linguistik di Universitas Sumatera Utara (USU) dan
mendapatkan doktor dari USU pada 2009. Beliau pernah mengikuti program Sandwich di Auburn
University, Alabama, USA. Bidang kepakaran beliau ialah Analisis Wacana dan Semiotika
(Multimodal). Sekarang beliau menjabat sebagai sekretaris Program Studi Magister Linguistik
Fakultas Ilmu Budaya USU.
160

KAJIAN PELANGGARAN PRINSIP KERJASAMA GRICE DALAM RANCANGAN


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR (2019)

Wan Azni Wan Mohamadi,Nur Faraliana Mohd Yusoffii, Nor HayatiAbd Ghaniiii& Fauzilah Md
Husainiv
iGuru bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia, azni@usm.my

Guru bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia, faraliana@usm.my
ii

iiiGuru bahasa, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia, hayati@usm.my

ivPensyarah, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia, fauzilah@usm.my

Abstrak
Bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam interaksi seharian. Komunikasi berkesan semasa
perbualan bergantung pada kerjasama antara pihak yang terlibat untuk menghasilkan tuturan yang mudah
difahami dan dapat diterima. Kejayaan berkomunikasi dapat dianalisis menggunakan pelbagai prinsip
berkaitan tatacara perbualan. Prinsip-prinsip tersebut mengariskan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak
yang terlibat dalam perbualan untuk memastikan kelancaran komunikasi. Salah satunya ialah Prinsip
Kerjasama Grice (1975). Menurut Grice, pihak yang terlibat dalam perbualan akan dapat berkomunikasi
dengan baik apabila mereka mematuhi prinsip kerjasama yang meliputi empat maksim, iaitu masksim
kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Interaksi semasa perbualan akan menjadi kurang lancar sekiranya
peserta gagal mematuhi maksim-maksim tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pelanggaran
maksim Prinsip Kerjasama Grice oleh peserta rancangan hiburan baharu realiti Muzikal Lawak Superstar
(2019) semasa persembahan mereka. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan
menganalisis perbualan persembahan peserta. Data perbualan peserta diperoleh daripada dua episod
rancangan tersebut yang telah disiarkan di saluran televisyen Astro Warna bermula pada bulan Jun 2019.
Data yang dianalisis meliputi persembahan 14 kumpulan lawak yang bertanding dan pengacara dalam
rancangan tersebut. Kaedah penelitian meliputi memuat turun data daripada laman sosial YouTube,
mentranskripsi perbualan peserta semasa persembahan dan menganalisis serta mengklasifikasikan
perbualan berdasarkan empat maksim Grice. Penelitian dilakukan oleh tiga orang penyelidik. Hasil kajian
menunjukkan berlaku pelanggaran prinsip kerjasama yang meliputi keempat-empat maksim, iaitu maksim
relevan, kualiti, kuantiti dan cara.

Kata kekunci: prinsip kerjasama grice, perlanggaran, maksim, muzikal lawak superstar (2019)

1.0 PENGENALAN
Kelancaran proses komunikasi antara pihak yang terlibat dalam perbualan dan pencapaian
matlamat komunikasi bergantung pada kerjasama peserta perbualan. Peserta perbualan
hendaklah menunjukkan kesanggupan dan kebolehan berkerjasama untuk memastikan
kelancaran perbualan. Prinsip Kerjasama Grice (1975) adalah salah satu prinsip yang berkaitan
dengan tatacara berkomunikasi yang mengariskan perkara yang harus dikatakan oleh peserta
perbualan untuk kejayaan komunikasi. Prinsip ini menerangkan cara peserta perbualan
bekerjasama untuk memberikan maklumat yang cukup, benar, relevan dan jelas. Prinsip
kerjasama ini antara sebahagian prinsip kesantunan berbahasa yang membolehkan peserta
sesuatu perbualan berkomunikasi dengan anggapan bahawa peserta lain bersedia untuk
bekerjasama. Menurut Grice sumbangan yang diharapkan daripada peserta perbualan adalah
yang bersesuaian dengan perkara yang diperlukan, tujuan dan arah percakapan yang sedang
berlangsung.

Prinsip kerjasama Grice (1975) memiliki empat maksim, iaitu maksim kualiti,
kuantiti, relevan dan cara. Maksim-maksim Grice dapat melancarkan perbualan apabila
wujud kerjasama dalam komunikasi. Maksim kualiti menekankan kejujuran tuturan
peserta semasa perbualan. Peserta perbualan yang patuh kepada maksim kualiti
bekerjasama memberikan maklumat yang diyakini benar dan tidak menyatakan sesuatu
yang kurang pasti kebenarannya. Maksim kuantiti berkaitan dengan pemberian
161

maklumat yang secukupnya untuk kelangsungan sesuatu interaksi. Maksim relevan pula
berhubungan dengan memastikan tuturan adalah berkaitan dengan tujuan interaksi.
Menurut maksim keempat, iaitu maksim cara, tuturan peserta perbualan harus mudah,
jelas, teratur dan singkat untuk menghindari ketidakjelasan dan makna ganda.

Kegagalan peserta perbualan mematuhi maksim Grice merupakan pelanggaran


tatacara perbualan yang berkesan dan berkemungkinan menggagalkan matlamat
sebenar perbualan. Kegagalan bekerjasama antara dua pihak atau perlanggaran prinsip
kerjasama mungkin berlaku dalam situasi seseorang peserta perbualan sengaja tidak
memberikan maklumat yang benar atau menyampaikan maklumat yang tidak
mencukupi. Perlangaran juga berlaku apabila peserta perbualan memberikan maklumat
yang tidak relevan atau kurang jelas berkaitan dengan perbualan.

Pelanggaran tatacara perbualan disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.


Antaranya adalah untuk mewujudkan kesan jenaka. Pengkaji wacana jenaka mendapati
bahawa perlanggaran maxim Grice yang berlaku semasa berjenaka bertujuan
mewujudkan salah faham yang dapat memberikan kesan komedi (Attardo,
1991:Chaipreukkul,2013;Hu, 2012).

Beberapa kajian tentang perlanggaran prinsip kerjasama Grice telah dibuat yang
melibatkan bahan kajian yang berbeza. Antaranya adalah kajian yang dibuat tentang
pelanggaran prinsip kerjasama dalam iklan di majalah (Riyanti & Sofwan,
2016),rancangan bual bicara (Esterani Zebua, Dwi Rukmini &Mursid Saleh, 2017;
Olutayo (2015); Wei dan Wenfeng, 2015), filem (Nurfarwati & Yugafiati, 2018; Wibisono,
2017) dan rancangan hiburan berbentuk komedi (Andresen, 2014;
Chaipreukkul,2013;Hu, 2012).

Riyanti and Sofwan (2016) yang membuat kajian tentang iklan dalam majalah Her
World mendapati perlanggaran kesemua empat maksim dan maksim Grice yang kerap
dilanggar ialah maksim kualiti. Wbisono (2017) mengkaji pelanggaran terhadap maksim
Grice yang dilakukan oleh pelakon utama dalam filem berbahasa Mandarin Liang Zhu.
Menurut hasil kajiannya perlanggaran maksim mengakibatkan antaranya tuturan yang tidak
jelas dan salah faham.

Olutayo (2015) yang mengkaji wacana tiga rancangan bual bicara Bahasa Inggeris
yang popular di Nigeria mendapati yang perlanggaran maksim kualiti sering berlaku.
Satu lagi kajian rancangan bual bicara dilakukan oleh Esterani Zebua, Dwi Rukmini, dan
Mursid Saleh (2017). Kajian ini bertujuan mengkaji sebab perlanggaran maksim Grice
oleh tetamu lelaki dan wanita rancangan bual bicara Ellen DeGeneres. Hasil dapatan
kajian menunjukkan perlanggaran maksim kuantiti sering dilakukan oleh para tetamu
lelaki apabila mereka memberi maklumat yang lebih daripada yang diperlukan. Menurut
Esterani Zebua, Dwi Rukmini, dan Mursid Saleh (2017), hal ini berlaku kerana tetamu
berkenaan ingin memuaskan hati penonton dan juga ingin memberi kepastian kepada
sesuatu maklumat bagi menghindari pemikiran negatif penonton. Tetamu lelaki dan
wanita didapati melanggar maksim kualiti apabila ingin menyembunyikan perkara
sebenar dan kadangkala mereka sengaja bercakap bohong untuk menceriakan penonton
atau membuat penonton ketawa. Tetamu wanita didapati sering melanggar maksim
relevan untuk mengelak daripada berbincang tentang sesuatu isu.
162

Hu (2012) dalam kajian rancangan komedi The Big Bang Theory mendapati yang
perlanggaran maksim Grice boleh menimbulkan salah faham yang menghasilkan situasi
komedi. Chaipreukkul (2013) pula mengkaji perlanggaran prinsip kerjasama Grice dan
teknik retorik yang digunakan dalam rancangan komedi Bahasa Inggeris The Big Bang
Theory. Hasil kajiannyamenunjukkan yang perlanggaran maksim Grice telah
menghasilkan kesan komedi bedasarkan gelak ketawa penonton.Anderson (2014)
mengkaji bagaimana perlanggaran maksim Grice digunakan untuk menghasilkan kesan
komedi dalam siri Community. Kajiannya melibatkan lapan episod rancangan tersebut
dan hasil kajiannya mendapati yang maksim kuantiti kerap dilanggar. Kajian ini
menyimpulkan yang perlanggaran maksim bergantung pada pesonaliti pelakon.

Tujuan kajian kualitatif ini adalah untuk mengkaji sama ada berlaku perlanggaran
maksim Grice, kekerapan perlanggaran maksim tertentu dan maksim yang kerap
dilanggar semasa persembahan kumpulan lawak dalam rancangan baru Muzikal Lawak
Superstar yang mula disiarkan pada bulan Jun 2019. Rancangan ini dipilih kerana
rancangan komedi sebegini telah dapat menarik perhatian berjuta penonton daripada
pelbagai peringkat umur. Tambahan pula, kebanyakan kajian yang dilakukan adalah
berdasarkan rancangan Bahasa Inggeris. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji fungsi
atau sebab pelanggaran maksim oleh kumpulan lawak.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang
mengetengahkan empat maksim, iaitu Kuantiti, Kualiti, Relevan dan Cara. Kajian ini
menggunakan purposive sampling dan menganalisis bentuk pelanggaran prinsip kerjasama
menurut Grice. Data kajian diperoleh daripada persembahan peserta kumpulan lawak rancangan
Muzikal Lawak Superstar (2019) di saluran televisyen Astro Warna. Triangulasi data dilakukan
oleh tiga orang penyelidik untuk memastikan reliabiliti kaedah pengumpulan data.

Dalam kajian ini, Prinsip Kerjasama Grice (1975) diguna untuk menjawab persoalan berikut:

1. Berapa kerapkah berlaku perlanggaran maksim prinsip kerjasama Grice?


2. Apakah maksim yang paling kerap dilanggar?
3. Apakah fungsi perlanggaran maksim tertentu?

2.1 Kaedah Kajian


Kajian ini meliputi empat peringkat yang disenaraikan dalam Jadual 1.

Jadual 1. Kaedah pengumpulan data


Peringkat Kaedah Pengumpulan Data
Peringkat Dua episod rancangan Muzikal LawakSuperstar (2019) dimuat turun daripada laman
Satu sosial You Tube.
Peringkat Perbualan perserta semasa persembahan untuk dua episode ditranskripsi. Setiap satu
Dua perbualan daripada mula sehingga akhir persembahan didengar dan diteliti. Semakan
dilakukan berulang kali terhadap perbualan setiap peserta untuk memastikan tiada
perbualan yang tertinggal ketika mentranskripsi perbualan.
Peringkat Setelah data perbualan dikumpul, penyelidik mengenal pasti perbualan yang melanggar
Tiga Prinsip Kerjasama Grice (1975). Data perbualan diklasifikasi dan dikod berdasarkan
maksim relevan, kuantiti, kualiti dan cara. Tiga penyelidik yang terdiri daripada ahli
akademik menyemak data untuk situasi yang sama.
Peringkat Perbincangan dilakukan oleh penyelidik untuk menganalisis kategori, kekerapan dan
Empat sebab perlanggaran.
163

2.2 Bahan Kajian


Kajan ini menganalisis perbualan semasa persembahan 14 kumpulan peserta rancangan Muzikal
Lawak Superstar (2019) yang diperoleh daripada laman sesawang YouTube. Rancangan yang
bercorak komedi ini bermula pada bulan Jun 2019 dan disiarkan di saluran televisyen Astro
Warna. Kajian meliputi dua episod yang telah berlangsung. Jumlah data perbualan yang dianalisis
ialah 28.

3.0 PRINSIP KERJASAMA GRICE


Berikut adalah empat maksim Prinsip Kerjasam Grice (1975) yang digunakan untuk menganalisis
data kajian.

3.1 Maksim Kuantiti


Maksim ini menuntut peserta perbualan memberikan maklmat yang diperlukan dan tidak
memberikan maklumat yang tidak lengkap. Maksim kuantiti menekankan kepada sumbangan
maklumat yang mencukupi dan maklumat tersebut tidak melebihi daripada apa yang diperlukan.
Apabila peserta perbualan memberikan maklumat yang tidak mencukupi, tuturannya akan menjadi
kurang jelas manakala jika dia memberikan maklumat yang berlebihan ia akan membosankan pihak
lain. Oleh itu peserta perbualan harus menghindari daripada memberikan maklumat yang
berlebihan atau tidak jelas supaya tidak berlaku perlanggaran maksim ini.

3.2 Maksim Kualiti


Maksim kualiti bertujuan memastikan maklumat yang disampaikan tepat dengan fakta dan bukti
yang menyokong maklumat tersebut. Peserta perbualan diharapkan ikhlas dalam menyatakan
sesuatu. Maksim ini menekankan kebenaran maklumat yang disampaikan. Oleh itu peserta
perbualan tidak harus memberikan maklumat yang salah atau berbohong.

3.3 Maksim Relevan


Maksim relevan menekankan agar peserta perbualan menyusun pertuturan mengikut konteks
perbualan. Perlanggaran maksim ini berlaku apabila tuturan peserta perbualan tidak berkaitan
dengan perkara yang dibualkan oleh kedua-dua pihak yang berinteraksi.

3.4 Maksim Cara


Maksim cara menekankan kejelasan tuturan. Peserta perbualan harus menyatakan sesuatu
dengan jelas. Peserta perbualan harus memastikan yang tuturannya ringkas, teratur dan
menghindari daripada menyatakan sesuatu yang kurang jelas dan kabur.

4.0 DAPATAN KAJIAN


Berikut adalah analisis wujud pelanggaran maksim Grice yang terdapat pada persembahan
pengacara dan peserta rancangan Muzikal Lawak Superstar (2019). Prinsip kerjasama yang
dilanggar pada kedua-dua episod seperti dalam Jadual di bawah:
164

Jadual 2. Data Analisis

Kumpulan Jenis Pelanggaran Maksim

Jborn Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Newborn Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Botak Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Tamanz Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Voices Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Sep Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Libra Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Heart Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Uni Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Wasap Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Bunga Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Kitawa Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Kroni Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
165

Titans Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti
Pengacara Kualiti
relevan
Cara
Kuantiti

5.0 PERBINCANGAN

5.1 Batasan Kajian


Kajian ini hanya melibatkan dua episod daripada satu rancangan komedi yang dikaji. Oleh itu
jumlah data perbualan mungkin tidak mencukupi untuk membuat satu kesimpulan atau andaian
yang meluas. Kajian akan datang boleh melibatkan lebih banyak episod atau rancangan komedi.
Kajian ini hanya mengunakan prinsip kerjasama Grice (1975) untuk menganalisis data. Kajian
boleh dibuat dengan mengabungkan beberapa prinsip atau teori lain yang berkaitan.

6.0 KESIMPULAN

6.1 Implikasi Teoretis


Hasil penelitian kajian ini merupakan tambahan kepada rujukan dan dapat menyumbang kepada
pengetahuan dalam bidang pragmatik. Kajian ini juga dapat menyingkap bagaimana pelanggaran
maksim tuturan bahasa Malaysia boleh mewujudkan kesan jenaka.

6.2 Implikasi Praktis


Hasil kajian ini diharapkan dapat digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa di sekolah
menengah dan pusat pengajian tinggi untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang
keberkesanan berkomunikasi. Pengajar dapat menerangkan tatacara perbualan untuk
melancarkan proses komunikasi.

RUJUKAN
Andresen, N. (2014). Flouting the maxims in comedy: An analysis of flouting in the comedy
series community.
Attardo, S. (1990, August).The violation of Grice’s maxims in jokes. In Annual Meeting of the
Berkeley Linguistics Society(Vol. 16, No. 1, pp. 355-362).
Chaipreukkul, L. (2013). A study of non-observance of Grice’s cooperative principle found in
humor discourse: A case analysis of the situation comedy The Big Bang
Theory. Humanities Journal, 20(2), 223-249.
Esterani Zebua, Dwi Rukmini, Mursid Saleh. 2017. The Violation and Flouting of Cooperative
Principles in the Ellen Degeneres Talk Show.Language Circle: Journal of Language and Literature,
12(1), 103-113.
Grice, H. P. 1975. “Syntax and Semantics.”In P. Cole and J. Morgan. (eds.).
Logic and Conversation. New York: Academic Press.
Hu, S. (2012).An analysis of humor in The Big Bang Theory from pragmatic perspectives. Theory
and practice in language studies, 2(6), 1185-1190.
Nurfarwati, D., Anisa, S. N., & Yugafiati, R. (2018).THE ANALYSIS OF FLOUTING OF
CONVERSATIONAL MAXIMS ON THE MAIN CHARACTERS IN “MOANA” MOVIE. PROJECT
(Professional Journal of English Education), 1(5).
Olutayo, G. O. (2015). Cooperation and Politeness in Television Discourse.World Journal of English
Language, 5(4), 1.
166

Riyanti, R. R., & Sofwan, A. (2016).SPEECH ACT AND GRICE’S MAXIMS NON OBSERVANCEIN HER
WORLD MAGAZINE ADVERTISEMENTS. English Education Journal, 6(2), 25-32.
Wibisono, G. (2017). Pelanggaran Maksim Prinsip Kerja Sama Tokoh Utama pada Film 梁祝
(Liang Zhu) Sampek Engtay. Jurnal Cakrawala Mandarin, 1(2 Oktober), 57-63.

Biodata Ringkas Penulis

Wan Azni Wan Mohamad Guru Bahasa DG44. Sarjana Bahasa Melayu dari USM dan Sarjana
Muda Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di PPBLT
sejak tahun 2003.
Nur Faraliana Mohd Yusoff Guru Bahasa DG44. Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Terjemahan
dan Interpretasi dari USM. Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di PPBLT sejak tahun 2008.
Nor Hayati Abd Ghani Guru Bahasa DG44. Sarjana Muda Bahasa Melayu dari USM. Bertugas
sebagai Guru Bahasa Melayu di PPBLT sejak tahun 2007.
Fauzilah Md Husain pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
167

TEMA 2
PENDIDIKAN
168

KIT BONEKA PERIBAHASA (BOSA) SEBAGAI BAHAN BANTU DALAM


PEMBELAJARAN SIMPULAN BAHASA : SATU KAJIAN TINDAKAN
Harlina Mohd Alii & Zamri Mahamodii

iPelajar, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. zalinelina@gmail.com


ͥ ͥPensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UKM. d-zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kepentingan peribahasa yang tersemat nilai-nilai murni di dalamnya perlu dipertahankan dan dikuasai
oleh para penutur jati. Perkara ini perlu dititikberatkan sejak proses pembelajaran di peringkat sekolah
rendah lagi agar pemulihan dan pemuliharaan bahasa itu dapat dikecapi sebelum mereka dewasa. Oleh itu,
kaedah pembelajaran yang dipilih haruslah mampu meningkatkan pengetahuan murid serta yang boleh
menarik minat murid. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis penguasaan simpulan bahasa dan
makna dalam pembelajaran peribahasa dengan berbantukan kit Boneka Peribahasa (BOSA). Kit BOSA
merupakan bahan bantu mengajar yang digunakan khususnya dalam pembelajaran peribahasa bagi topik
simpulan bahasa. Kajian ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian
dilakukan terhadap empat orang murid tahun lima di salah sebuah sekolah luar bandar di Temerloh,
Pahang. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen sebelum, semasa dan selepas intervensi diadakan.
Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan penguasaan simpulan bahasa dan makna dalam
kalangan murid setelah proses pembelajaran menggunakan kit BOSA. Kesimpulannya, kit BOSA berkesan
untuk digunakan oleh para guru dalam membantu meningkatkan penguasaan simpulan bahasa murid
malahan membantu mengukuhkan daya ingatan murid. Penggunaan kit ini juga menambah kepelbagaian
bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik simpulan bahasa. Selain itu, ia membantu mewujudkan situasi
pembelajaran yang mampu menarik minat murid di dalam kelas.
Kata kekunci : Peribahasa, simpulan bahasa, kit Boneka Peribahasa (BOSA), bahan bantu mengajar (BBM)

1.0 PENDAHULUAN
Pembelajaran peribahasa merupakan elemen yang terkandung dalam standard pembelajaran
bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan salah satu aspek kemahiran berbahasa yang perlu
dikuasai oleh murid. Skop kajian ini berfokus kepada aspek pembelajaran simpulan bahasa yang
merupakan salah satu cabang di bawah kategori peribahasa. Objektif kertas kerja ini adalah untuk
menganalisis penguasaan simpulan bahasa dan makna dalam pembelajaran peribahasa dengan
berbantukan kit Boneka Peribahasa (BOSA). Kit BOSA merupakan bahan bantu mengajar yang
digunakan khususnya dalam pembelajaran peribahasa bagi topik simpulan bahasa.
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada beberapa aspek permasalahan dalam
pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa
yang paling mudah namun murid masih sukar menguasai banyak simpulan bahasa dan makna.
Hal ini sering kali berlaku kepada murid di dalam kumpulan sederhana dan lemah. Kajian yang
dilakukan oleh Mohd Ridzuan (2018) turut mendapati murid kurang menguasai topik peribahasa
Melayu malahan jawapan murid sering mengecewakan guru disebabkan kurangnya penguasaan
murid terhadap topik ini.
Pengajaran peribahasa di sekolah rendah juga lazimnya berpusatkan guru, iaitu guru
memperkenalkan contoh-contoh peribahasa dan guru memberikan penjelasan tentang maksud
peribahasa yang hendak diajarkan dan pelajar hanya terlibat secara pasif sebagai penerima
maklumat. Perkara ini seharusnya dielakkan. Corak pengajaran dan pembelajaran peribahasa
pada masa kini seharusnya diajarkan kepada pelajar untuk dinikmati dan digunakan secara
meluas dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar sangatlah
169

perlu. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh
pelajar dengan lebih baik (Faizah, 2017). Penggunaan bahan bantu ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran juga diperlukan bagi mendorong daya ingatan murid. Setiap aktiviti yang
berbentuk kreatif perlu meransang otak kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan melalui
kepelbagaian aktiviti antaranya aktiviti berbentuk kesenian (Wan Muna Ruzanna, 2014).
Berdasarkan kepada penyataan masalah tersebut, pengkaji menggunakan kit Boneka
Peribahasa (BOSA) sebagai alat bantu mengajar untuk melihat keberkesanannya terhadap
penguasaan simpulan bahasa dan makna dalam kalangan murid khususnya terhadap kumpulan
murid sederhana dan lemah. Kit BOSA ini adalah salah satu kaedah menamakan simpulan bahasa
berdasarkan anggota boneka.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian secara kualitatif iaitu berbentuk kajian tindakan dengan satu kitaran
berdasarkan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998). Pemilihan kajian tindakan adalah kerana
kajian ini berkesan untuk diaplikasikan dalam keadaan sebenar tambahan lagi jika pengkaji tidak
dapat mengawal pemboleh ubah disebabkan keadaan yang terlibat adalah kompleks dan sedang
berlansung. Lokasi bagi kajian ini adalah di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang
terletak di daerah Temerloh, Pahang. Subjek kajian terdiri terdiri daripada empat orang murid
tahun lima. Pemilihan subjek kajian ini adalah berpandukan analisis dokumen dan refleksi guru.
Subjek dipilih berdasarkan kepada tahap pencapaian mereka yang tidak dapat menguasai
simpulan bahasa dengan baik. Analisis dokumen digunakan sebagai data utama dalam kajian
tindakan ini. Dokumen yang digunakan ialah hasil jawapan murid berdasarkan soalan terhadap
pengetahuan simpulan bahasa sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Bagi
mengukuhkan kesahan instrumen kajian, kesahan instrumen telah diperoleh daripada Ketua
Panitia Bahasa Melayu sekolah berkenaan dan juga daripada School Improvement Specialist Coach
(SISC+) di daerah Temerloh.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan bahan bantu iaitu kit Boneka Peribahasa (BOSA)
iaitu kit yang berbentuk boneka (anak patung). Penggunaan kit berbentuk objek visual ini dilihat
mampu membantu murid meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dan kognitif murid
berdasarkan objek ransangan tersebut. Proses pembelajaran ini adalah berlandaskan kepada
Teori Pembelajaran Kognitif oleh Jean Piaget (1983). Teori ini menjelaskan bagaimana kanak-
kanak beradaptasi dan menginterpretasikan objek dan kejadian bagi mencipta pengalaman
pembelajaran. Teori ini juga menjelaskan penggunaan objek maujud adalah penting untuk proses
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak ke peringkat yang abstrak.

3.0 HASIL KAJIAN


Kesemua dokumen telah dianalisis bagi melihat penguasaan simpulan bahasa dan makna dengan
berbantukan kit Boneka Peribahasa (BOSA).
3.1 Analisis Sebelum Proses Intervensi
Jadual 1. Analisis Sebelum Proses Intervensi
Subjek Dapatan simpulan bahasa & Penguasaan Makna (/)
S1 tangan panjang (/) , kaki bangku (/) , otak cair (/)
S2 tangan panjang (/) , kaki bangku (/)
S3 tangan panjang (/) , mulut murai (/), bulat hati, hati batu
S4 tiada dapatan
170

3.2 Analisis Ketika Proses Intervensi


Jadual 2. Analisis Ketika Proses Intervensi
Subjek Dapatan simpulan bahasa
S1 tangan panjang (/) , kaki bangku (/) , otak cair (/), otak udang (/)
S2 tangan panjang (/), kaki bangku (/) , otak udang (/) , otak cair (/)
S3 tangan panjang (/) , mulut murai (/), bulat hati (/), hati batu (/), otak cair (/),
otak udang (/)
S4 tangan panjang (/), kaki bangku

3.3 Analisis Selepas Proses Intervensi


Jadual 3. Analisis Selepas Proses Intervensi
Subjek Dapatan simpulan bahasa
S1 tangan panjang (/) , kaki bangku (/) , otak cair (/) , otak udang (/), pasang
telinga (/), telinga kuali (/) , telinga lintah (/) , rambang mata (/) , air tangan (/)
S2 tangan panjang (/) , kaki bangku (/) , otak udang (/) , otak cair (/) , hati batu
(/), muka tembok (/) , telinga kuali (/) , telinga lintah (/) , rambang mata (/)
S3 tangan panjang (/) , mulut murai (/) , bulat hati (/) , hati batu (/) , otak cair (/),
otak udang (/) , muka tembok (/) , telinga lintah (/) , telinga kuali (/) , rambang
mata (/)
S4 tangan panjang (/) , kaki bangku (/) , otak
udang (/) , otak cair (/) , pasang telinga (/)

4.0 PERBINCANGAN
Analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji terhadap dokumen murid menunjukkan berlaku
peningkatan penguasaan simpulan bahasa dan makna. Sebelum proses intervensi, pengkaji
mendapati murid hanya dapat menyenaraikan beberapa simpulan bahasa yang popular sahaja
iaitu yang kerap didengari oleh mereka. Murid tidak mampu menyatakan contoh-contoh
simpulan bahasa yang lainnya apatah lagi pengertian terhadap sesuatu simpulan bahasa tersebut.
Sewaktu sesi intervensi dijalankan, murid telah menggunakan bahan bantu iaitu kit
Boneka Peribahasa (BOSA). Penggunaan kit ini membantu murid mengetahui kata kunci untuk
meningkatkan pengetahuan simpulan bahasa serta menganalisis bahan ransangan untuk
mengenal pasti maksud peribahasa. Pengkaji mendapati penggunaan alat bantu tersebut
membantu murid untuk menguasai beberapa simpulan bahasa yang lainnya. Kajian yang
dilakukan oleh Wan Hanim Nadrah (2015) turut menyatakan bahawa murid mampu
meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam berbantukan bahan visual. Perkara ini juga
selari dengan kajian oleh Ahmad Fikri (2019) yang membuktikan murid mampu mengaitkan
bahan yang digunakan dengan pengalaman sedia ada berbantukan bahan visual.
Setelah dua minggu sesi intervensi dijalankan, pengkaji sekali lagi menguji murid
berkaitan simpulan bahasa yang telah dipelajarinya. Didapati murid dengan mudah dapat
menyatakan beberapa lagi contoh simpulan bahasa dan dapat menyatakan makna simpulan
bahasa tersebut. Hal ini menunjukkan sesi intervensi yang telah dilalui murid mampu
menguatkan kognitif murid apabila pemikiran murid diransang melalui penggunaan bahan
secara kreatif. Ini memperlihatkan peningkatan penguasaan simpulan bahasa murid setelah
menjalani intervensi menggunakan kit Boneka Peribahasa (BOSA) tersebut.
171

Keseluruhannya, kajian yang dilakukan pengkaji hanya tertumpu kepada aspek


penguasaan simpulan bahasa sahaja serta lebih khusus dalam membantu murid-murid kumpulan
sederhana dan lemah dalam menguasai sesuatu aspek pembelajaran bagi topik peribahasa.
Kepelbagaian kreativiti sangatlah diperlukan memandangkan topik peribahasa meliputi aspek
yang lainnya bukan sekadar mempelajari simpulan bahasa. Namun, penggunaan bahan bantu ini
selain membantu meningkatkan penguasaan pembelajaran murid, turut menjadikan sesi
pembejaran sesuatu yang menyeronokkan dan mampu menarik minat murid.
5.0 KESIMPULAN
Keberkesanan sesuatu aspek pembelajaran sangatlah berkait rapat dengan amalan pengajaran
yang kreatif dan penggunaan bahan bantu dalam sesi pembelajaran. Penguasaan murid terhadap
pembelajaran mereka berkait rapat dengan ransangan kognitif yang dimiliki mereka. Oleh itu,
pemilihan bahan bantu yang mampu meransang kreativiti pemikiran perlu ditekankan oleh para
guru. Kajian ini hanya berfokus kepada satu model bahan bantu sahaja dan hanya terbatas kepada
aspek pembelajaran simpulan bahasa. Kreativiti para guru dalam menterjemahkan pengajaran
mereka sangatlah diperlukan memandangkan terdapat kepelbagaian tahap kognitif murid di
dalam kelas. Inovasi dan kreativiti dalam pembelajaran peribahasa ini perlu diteruskan agar
murid dapat menguasainya dan menzahirkannya baik secara lisan mahupun bertulis.
RUJUKAN
Ahmad Fikri. (2019). Teknik lakaran bersama peta alir I-Think meningkatkan kemahiran
menjana idea murid etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. ISSN:2180-4842. Vol.9, Bil.1 (Mei 2019): 12-22.
Arni Johan. (2014). Pembelajaran dan Penguasaan Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Rendah Temasek. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&p)
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. 2017. Cakna Minda. Kit pembelajaran Sokongan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Weaber Resources.
Mohd Ridzuan Md Nasir. (2018). Penguasaan Peribahasa dan makna Menggunakan Pisatum: Satu
Kajian Tindakan. Prosiding Seminar Antarabangsa Pedagogi Kali Ke-8 (PedA8). 8 (1). 1-6
Qudsy Ahmad. Teori Pembelajaran Kognitif. Dicapai pada 25 Jun 2019 daripada
https://www.academia.edu/10528327/TEORI_PEMBELAJARAN_KOGNITIF.
Wan Hanim Nadrah. (2015). Kesan kaedah pembelajaran visual dalam usaha meningkatkan
kefahaman pelajar bagi subjek Matematik. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Wan Muna Ruzanna & Vijayaletchumy. (2014). Daya kreativiti kanak-kanak: Satu kajian kes.
Procedia Social and Behavioral Sciences 134 (2014) 436-445.

Biodata Ringkas Penulis

Harlina Mohd Ali merupakan seorang guru bahasa Melayu yang bertugas di salah sebuah
sekolah rendah di daerah Temerloh, Pahang. Mempunyai pengalaman mengajar selama 14 tahun.
Kini, sedang menyambung pengajian sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah
program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Kementerian Pendidikan Malaysia (2018-2020).

Zamri Mahamod Profesor Dr. ialah Pensyarah Kanan di Pusat Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran, Fakulti Pendidikan UKM. Berpengalaman mengajar lebih 20 tahun sebagai
pensyarah bidang Pendidikan Bahasa Melayu dan Pendidikan Guru. Sebagai pensyarah
berpengalaman, beliau telah menghasilkan banyak terbitan ilmiah berbentuk jurnal, buku, bab
dalam buku serta beratus prosiding seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam
bidang kepakarannya.
172

PENGUASAAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA DALAM


KALANGAN MURID MELAYU SARAWAK

Jamayah Bujangi & Fariza Khalidii


i(Pengarang bersama). Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. jamayahbujang09@gmail.com
iiPensyarah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. fariza.khalid@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini memfokuskan penguasaan morfologi (kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi
nama, dan kata pemeri) dalam kalangan murid Melayu Sarawak. Kajian ini dijalankan di salah sebuah
Sekolah Menengah Kebangsaan di luar bandar Sarawak dengan melibatkan 100 orang murid sebagai
sampel kajian. Reka bentuk kajian melibatkan kajian kuantitatif serta analisis dokumen. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini melibatkan kertas ujian penilaian Bahasa Melayu Menengah Rendah, borang
soal selidik, serta temu bual bagi proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel
kajian masih lemah dalam penguasaan morfologi dan memerlukan bimbingan berterusan daripada guru
bahasa Melayu. Data memperlihatkan pencapaian kata sendi nama berada pada tahap rendah serta diikuti
dengan penguasaan kata pemeri, kata ganti nama, serta kata majmuk pada tahap sederhana. Manakala,
penguasaan kata adjektif berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati punca berlakunya kelemahan
dalam menguasai morfologi Bahasa Melayu adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dalam
pembelajaran formal dan komunikasi seharian. Ini disokong oleh guru yang menyatakan bahawa masih
terdapat pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan murid. Justeru, usaha perlu dipertingkatkan lagi oleh
guru dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid bahasa kedua terutama di kawasan luar
bandar agar murid tidak ketinggalan dalam penguasaan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat
menengah rendah.

Kata kekunci: penguasaan morfologi, kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama, kata
pemeri, bahasa Melayu murid, bahasa kedua menengah rendah

1.0 PENDAHULUAN
Menguasai kecekapan berbahasa bermaksud keupayaan seseorang mengetahui dan
menggunakan semua aspek bahasa seperti sebutan, ejaan, istilah, kosa kata dan tatabahasa bagi
bahasa tersebut. Bahasa merupakan sistem yang mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan
dalam perhubungan komunikasi. Bahasa dapat ditafsirkan sebagai satu cara menyampaikan
konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain dan merupakan satu kod yang digunakan oleh
pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dengan maksud. Tuntasnya, bahasa
merupakan satu sistem simbol bunyi yang arbitrari dan melalui bahasa manusia boleh
berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Kesalahan berbahasa merupakan pelanggaran kod
atau ketidakaturan aspek berbahasa. Corder (1984) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai
bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk peraturan. Nik
Safiah Karim (1986), mengatakan bahawa pencemaran bahasa adalah penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat
sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Lutfi Abas (1987), kesalahan bahasa
berpunca daripada faktor kejahilan, falsafah bahasa, gangguan psikologi, budaya bahasa, takrif
nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan pengaruh bahasa asing. Berdasarkan definisi di atas,
kesalahan berbahasa amat nyata dalam alam persekolahan di Malaysia. Didapati sebilangan
murid menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai bahasa Melayu. Hal ini diakui oleh Jeniri
(2005) yang mengatakan bahawa bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk
dikuasai. Keadaan ini disebabkan sebahagian murid di negara ini masih dipengaruhi oleh bahasa
ibunda mereka tidak terkecuali masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di luar bandar yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kesalahan yang dilakukan oleh murid bukan
penutur jati semasa pembelajaran bahasa Melayu dapatlah dianggap sebagai kesulitan yang
173

dihadapi mereka. Justeru, analisis kesalahan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu terutama murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Kekerapan melakukan kesalahan dalam pembelajaran bahasa Melayu bukan setakat berlaku
dalam kalangan pelajar bukan Melayu, malahan dalam kalangan pelajar Melayu sendiri. Keadaan
ini telah menjejaskan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dan bahasa ilmu.
Keadaan inilah yang berlaku hari ini, penutur jati bahasa Melayu tidak menguasai bahasanya
sendiri begitu juga murid-murid lain yang bukan penutur jati melakukan kesalahan yang sama
walaupun bahasa Melayu sudah diangkat menjadi bahasa rasmi negara sejak merdeka pada
tahun 1957. Memang agak janggal kita melihat sebilangan murid kurang menguasai bahasa
Melayu khususnya murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini
menyebabkan murid berkenaan gagal menyempurnakan tugasan, tidak menunjukkan motivasi
dan akhirnya gagal dalam peperiksaan yang mereka duduki sama ada yang dijalankan oleh pihak
sekolah mahupun peperiksaan awam. Kegagalan ini sebahagiannya berpunca daripada kurang
tumpuan diberikan terhadap analisis kesalahan kerja murid yang tegar dalam menguasai bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua mereka kerana penekanan lebih kepada pembelajaran berfokus
peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata. Impaknya, murid yang tidak menguasai
bahasa Melayu terus ketinggalan dalam proses pembelajaran di sekolah. Analisis kesalahan hasil
kerja murid sering kali diabaikan dan dianggap tidak penting bagi kebanyakan sekolah. Banyak
kajian telah dijalankan sebelum ini tetapi tumpuan lebih kepada penutur jati. Antaranya, Md Daud
(1992), Muhammad Salehudin (1993), Ahmad Shahril (1996) dan Nor Asmah (2009) terhadap
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Bagi murid-murid yang bukan penutur jati bahasa Melayu terutamanya di daerah Asajaya,
Sarawak, pula masih kurang kajian dijalankan untuk menganalisis kesalahan bahasa mereka.
Antara kajian yang telah dijalankan ialah Mat Daud Yusuf (1989), mengatakan bahawa murid-
murid yang kuat pengaruh dialek daerah melakukan kesalahan yang lebih tinggi berbanding
dengan murid-murid yang tidak begitu kuat dipengaruhi dialek (Supian bin Mohamad, 1994).
Manakala, Nor Aina Dani (1996), pula mengatakan murid-murid yang kurang terdedah kepada
bahasa kedua banyak melakukan kesalahan dalam bahasa kedua kerana dipengaruhi oleh bahasa
ibunda. Implikasinya, dialek daerah dan bahasa ibunda berperanan besar sebagai pengganggu
murid menguasai bahasa kedua menyebabkan mereka melakukan kesilapan penggunaan bahasa
terutama dalam aspek pertuturan dan aspek penulisan. Oleh hal yang demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan yang berlaku dalam aspek tatabahasa murid Bangsa
Melayu etnik Sarawak yang bukan penutur jati Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Asajaya, Samarahan, Sarawak. Dapatan analisis kesalahan ini dijangka mampu memberi
gambaran sebenar permasalahan murid dalam aspek tatabahasa, seterusnya boleh dijadikan
panduan untuk mencari kaedah terbaik memperbaiki kelemahan murid dalam aspek tatabahasa
bahasa Melayu. Kecemerlangan murid adalah berpunca daripada pengesanan awal titik
kelemahan, kemudian mengatasi kelemahan tersebut dan seterusnya berubah menjadi positif,
bermotivasi dan berdaya maju, seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam menyediakan modal insan yang cemerlang.
174

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan morfologi murid dalam
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam pembelajaran bahasa Melayu. Objektif khusus kajian
ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan dalam ujian penilaian khas bahasa Melayu yang
melibatkan pemilihan kata seperti kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama
dan kata pemeri. Kajian ini bertumpu kepada analisis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
murid bangsa Melayu Sarawak yang bukan penutur jati Bahasa Melayu. Penekanan analisis
kesalahan dibahagikan kepada lima aspek morfologi, iaitu kesalahan kata ganti nama, kesalahan
kata adjektif, kesalahan kata majmuk, kesalahan kata sendi dan kesalahan kata pemeri. Kajian
secara mendalam tentang kelemahan penguasaan bahasa ini adalah perlu untuk membantu
memupuk penggunaan bahasa Melayu yang betul dan baku murid Melayu Sarawak yang bukan
penutur jati bahasa Melayu. Kajian ini juga diharap dapat memberi penjelasan tentang kesalahan
penggunaan bahasa Melayu yang sering dilakukan oleh murid bangsa Melayu Sarawak pada
peringkat menengah rendah. Di samping itu, kajian ini akan meneliti punca-punca yang
mempengaruhi kelemahan penguasaan morfologi dalam kalangan murid di sekolah yang dikaji.
Oleh sebab itu, hasil kajian ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada murid yang terlibat,
tetapi juga guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kes. Gay dan Airasian (2003) menjelaskan
bahawa populasi adalah kumpulan sasaran dan sampel kajian adalah responden-responden yang
dipilih untuk mewakili populasi. Menurut Sidek Noah (2002), populasi ialah semua kes atau
subjek yang kita minat untuk mengkajinya. Pensampelan pula adalah cabutan subjek daripada
satu populasi. Dalam kajian kes ini, bilangan sampel dalam kumpulan yang dikaji ialah 100 orang
murid menengah rendah daripada pelbagai aras kebolehan dan terdiri daripada 40 orang lelaki
dan 60 orang perempuan. Sampel yang dipilih berketurunan Melayu Sarawak yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Asajaya. Sekolah ini dikatogerikan sebagai sekolah luar bandar yang dikelilingi perkampungan
Melayu. Sebahagian besar murid terdiri daripada kaum Melayu diikuti kaum Iban dan Cina yang
bahasa perhubungan yang digunakan ialah bahasa Melayu Sarawak atau dialek Melayu Sarawak.
Kaum iban dengan bahasa ibannya dan Cina dengan bahasa atau dialek cinanya. Tempat kajian
ini dipilih kerana dapat memenuhi syarat dan keperluan kajian. Murid kaedah pemerhatian, temu
bual, soal selidik dan kaedah ke perpustakaan. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan
penelitian untuk mengenal pasti kelemahan morfologi yang berlaku dalam ujian progresif,
peperiksaan penggal pertama dan peperiksaan akhir tahun dalam peperiksaan ini untuk
membina alatan kajian. Seterusnya, pengkaji menemu bual guru bahasa Melayu yang mengajar
kelas berkenaan untuk mengetahui pendapat dan pandangannya berkaitan sampel dan alatan
kajian secara tidak formal sewaktu berada di bilik guru. Pengkaji juga menyediakan 100 borang
soal selidik yang perlu diisi oleh murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. Soal selidik ini juga perlu
untuk mendapatkan maklumat yang mempunyai hubung kait dengan penguasaan bahasa murid
nanti. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah ke perpustakaan bagi mengumpul data-data yang
berkaitan dengan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan, Asajaya. Lokasi sekolah ini terletak di daerah Asajaya, bahagian Samarahan,
Sarawak dengan jarak kira-kira 70 kilometer dari Bandaraya Kuching.

Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar yang dikelilingi perkampungan
orang Melayu. Sebahagian besar pelajar terdiri daripada kaum Melayu diikuti Iban dan Cina.
Bahasa perhubungan yang digunakan ialah bahasa Melayu Sarawak atau dialek Melayu Sarawak.
Kaum Iban dengan bahasa Iban nya dan kaum Cina dengan bahasa atau dialek Cinanya. Tempat
175

kajian ini dipilih kerana dapat memenuhi syarat dan keperluan kajian. Murid bangsa Melayu
Sarawak sebagai subjek kajian terdapat di sekolah ini dan menyumbang kepada kenaikan atau
penurunan prestasi sekolah dalam peperiksaan awam, iaitu PT3 dan Peperiksaan SPM. Data pula
dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan ke perpustakaan untuk
mengenal pasti kelemahan morfologi yang berlaku. Ujian penilaian khas ini dibangunkan sejajar
dengan persoalan kajian dan objektif kajian, iaitu mengenal pasti penggunaan kata ganti nama,
kata adjektif, kata majmuk, kata sendi dan kata pemeri. Ujian ini mengandungi lima soalan dan
setiap satu soalan mengandungi 10 item penyoalan yang perlu dijawab oleh murid. Ini bermakna
murid perlu menjawab 50 item penyoalan bagi melengkapkan satu set kajian kes ini. Keadah
pemerahatian dilakukan ketika responden menjawab soalan-soalan yang diajukan. Data yang
diperoleh melalui ujian penilaian khas dianalisis dan disusun mengikut urutan objektif kajian dan
data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25, dipaparkan dalam bentuk jadual kekerapan,
peratusan dan graf bar mudah. Penganalisisan dibuat untuk setiap kesalahan yang dilakukan bagi
melihat penguasaan morfologi murid Melayu etnik Sarawak pada peringkat menengah rendah.
Kekerapan kesalahan yang paling banyak, dianalisis dan dibincangkan secara mendalam untuk
mengetahui punca kelemahan murid.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini mengariskan beberapa persoalan iaitu:

1. Apakah bahasa pertuturan yang digunakan oleh murid Bangsa Melayu Sarawak ketika
berhubung dengan pihak lain dalam situasi formal atau tidak formal.

2. Apakah kesalahan-kesalahan morfologi yang dilakukan oleh Murid Bangsa Melayu dalam
mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

5.1 Demografi Respnden

Responden adalah terdiri daripada 100 orang dalam kalangan murid-murid menengah rendah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya. Latar belakang responden ini adalah terdiri jantina,
bahasa pertuturan dan penggunaan bahasa. Berdasarkan data yang diperoleh didapati bahawa
sejumlah 40 orang atau 40 peratus yang terlibat dalam kajian ini lelaki dan sejumlah 60 orang
atau 60 peratus adalah perempuan. Ini menunjukkan bahawa jantina perempuan adalah lebih
tinggi daripada jantina lelaki.
176

5.1.1 Bahasa pertuturan ketika berhubung dengan pihak lain dalam situasi formal atau
tidak formal.

Dalam Jadual 1, bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan semasa
berhubung dengan rakan sekolah menunjukkan 33 orang atau 33 peratus bertutur menggunakan
bahasa Melayu Sarawak dialek setempat diikuti dengan bahasa Melayu Standard sepenuhnya
seramai 9 orang atau 9 peratus. Manakala responden yang bertutur menggunakan bahasa pasar
atau bahasa basahan adalah 49 orang atau 49 peratus. Ini diikuti dengan responden bertutur
menggunakan bahasa Inggeris adalah sebanyak 9 orang atau 9 peratus. Ini menunjukkan
responden yang bertutur menggunakan bahasa pasar atau bahasa basahan mencatatkan bilangan
yang paling tinggi manakala yang bertutur bahasa Melayu standard sepenuhnya dan bahasa
Inggeris adalah bilangan yang paling rendah.

Jadual 1. Bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan semasa


berhubung dengan rakan sekolah

Bahasa pertuturan yang digunakan


semasa berhubung dengan rakan Kekerapan Peratus
sekolah
bahasa Melayu Sarawak dialek setempat 33 33.0
bahasa Melayu standard 9 9.0
bahasa pasar/ basahan sepenuhnya 49 49.0
bahasa Inggeris 9 9.0
Jumlah 100 100.0

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan


semasa berhubung dengan pihak sekolah. Terdapat 83 orang atau 83 peratus bertutur
menggunakan bahasa Melayu Sarawak dialek setempat diikuti dengan bahasa pasar atau bahasa
basahan sepenuhnya seramai 11 orang atau 11peratus. Manakala responden yang bertutur
menggunakan bahasa Melayu Standard dan bahasa Inggeris ketika berhubung dengan pihak
sekolah adalah 3 orang atau 3 peratus. Ini menunjukkan responden yang bertutur bahasa Melayu
dialek Sarawak mencatatkan bilangan yang paling tinggi manakala yang bertutur bahasa Melayu
standard sepenuhnya dan bahasa Inggeris adalah bilangan yang paling rendah.

Jadual 2. Bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan semasa


berhubung dengan rakan sekolah

Bahasa pertuturan yang digunakan


Kekerapan Peratus
berhubung dengan pihak sekolah
bahasa Melayu Sarawak dialek setempat 83 83.0
bahasa pasar / basahan sepenuhnya 11 11.0
bahasa Melayu Standard 3 3.0
bahasa Melayu Inggeris 3 3.0
Jumlah 100 100.0

Jadual 3 menunjukkan bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan


semasa di rumah. Berdasarkan data yang diperoleh terdapat 6 orang atau 6 peratus bertutur
177

Bahasa Melayu Standard diikuti dengan Bahasa Melayu dialek setempat sepenuhnya seramai 73
orang atau 73 peratus. Manakala responden yang bertutur Bahasa Melayu Inggeris mencatatkan
9 orang atau 9 peratus dan diikuti dengan Bahasa pasar atau bahasa basahan adalah 12 orang
atau 12 peratus. Ini menunjukkan responden yang bertutur Bahasa Melayu dialek Sarawak
sepenuhnya mencatatkan bilangan yang paling tinggi manakala yang bertutur Bahasa Inggeris
adalah bilangan yang paling rendah.

Jadual 3. Bilangan responden berdasarkan bahasa pertuturan yang digunakan semasa di


rumah

Bahasa pertuturan yang digunakan


Kekerapan Peratus
semasa di rumah
bahasa Melayu Standard 6 6.0
bahasa Melayu dialek setempat 73 73.0
bahasa Melayu Inggeris 9 9.0
bahasa Pasar/bahasan 12 12.0
Jumlah 100 100.0

Jadual 4 menunjukkan bilangan responden berdasarkan keselesaan bertutur. Terdapat 21 orang


atau 21 peratus selesa bertutur menggunakan Bahasa pasar atau bahasa basahan diikuti dengan
Bahasa Melayu Sarawak dialek setempat sepenuhnya seramai 67 orang atau 67 peratus.
Responden yang selesa bertutur Bahasa Melayu Standard mencatatkan 9 orang atau 9 peratus
dan diikuti dengan Bahasa Inggeris adalah 3 orang atau 3 peratus. Ini menunjukkan responden
yang selesa bertutur Bahasa Melayu Sarawak dialek setempat sepenuhnya mencatatkan bilangan
yang paling tinggi manakala yang selesa bertutur Bahasa Inggeris adalah bilangan yang paling
rendah.

Jadual Error! No text of specified style in document.. Bilangan responden


berdasarkan Keselesaan Bertutur

Keselesaan Bertutur Kekerapan Peratus


bahasa pasar/basahan 21 21.0
bahasa Melayu Sarawak dialek Setempat 67 67.0
bahasa Melayu Standard 9 9.0
bahasa Inggeris 3 3.0
Jumlah 100 100.0

5.1.2 Kesalahan-Kesalahan dalam ujian penilaian khas bahasa Melayu yang melibatkan
pemilihan kata

Terdapat kesalahan dalam ujian penilaian khas Bahasa Melayu yang melibatkan pemilihan kata.
Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan pelajar adalah berkaitan kata ganti nama, kata
adjektif, kata majmuk, kata sendi dan kata majmuk. Setiap kesalahan ini dikenal pasti oleh
kalangan pelajar.
178

Kata Ganti Nama

Jadual 5 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam kata ganti nama. Responden
adalah betul dalam menjawab soalan 2 iaitu seramai 84 orang atau 84 peratus dan diikuti dengan
soalan 8 iaitu seramai 74 orang atau 74 peratus. Manakala minoriti responden betul
menunjukkan soalan 9 mencatatkan 31 orang atau 30 peratus dan diikuti dengan soalan 10
seramai 50 orang atau 50 peratus.

Jadual 5. Kesalahan Kata Ganti Nama

Soalan Kata Ganti Nama Betul Salah


Soalan 1 64 36
(64%) (36%)
Soalan 2 84 16
(84%) (16%)
Soalan 3 52 48
(52%) (48%)
Soalan 4 62 38
(62%) (38%)
Soalan 5 63 37
(63%) (37%)
Soalan 6 64 36
(64%) (36%)
Soalan 7 69 31
(69%) (31%)
Soalan 8 74 26
(74%) (26%)
Soalan 9 31 69
(31%) (69%)
Soalan 10 50 50
(50%) (50%)

Kata Adjektif

Jadual 6 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam kata adjektif. Berdasarkan
keputusan yang diperoleh, menunjukkan majoriti responden adalah betul dalam menjawab
soalan 4 iaitu seramai 87 orang atau 87 peratus dan diikuti dengan soalan 6 iaitu seramai 82
orang atau 82 peratus. Manakala minoriti responden betul menunjukkan soalan 8 mencatatkan
36 orang atau 36 peratus dan diikuti dengan soalan 3 seramai 57 orang atau 57 peratus.
179

Jadual 6. Kesalahan Kata Adjektif

Soalan Kata Adjektif Betul Salah


Soalan 1 77 23
(77%) (23%)
Soalan 2 81 19
(81%) (19%)
Soalan 3 57 43
(57%) (43%)
Soalan 4 87 13
(87%) (13%)
Soalan 5 80 20
(80%) (20%)
Soalan 6 82 18
(82%) (18%)
Soalan 7 75 25
(75%) (25%)
Soalan 8 36 64
(36%) (64%)
Soalan 9 68 32
(68%) (32%)
Soalan 10 79 21
(79%) (21%)

Kata Majmuk

Jadual 7 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam kata majmuk. Majoriti
responden adalah betul dalam menjawab soalan 1 iaitu seramai 81 orang atau 81 peratus dan
diikuti dengan soalan 8 iaitu seramai 80 orang atau 80 peratus. Manakala minoriti responden
betul menunjukkan soalan 3 mencatatkan 15 orang atau 15 peratus dan diikuti dengan soalan 2
seramai 44 orang atau 44 peratus.
180

Jadual 7. Kesalahan Kata Majmuk

Soalan Kata Majmuk Betul Salah


Soalan 1 81 19
(81%) (19%)
Soalan 2 44 56
(44%) (56%)
Soalan 3 15 85
(15%) (85%)
Soalan 4 78 22
(78%) (22%)
Soalan 5 66 34
(66%) (34%)
Soalan 6 68 32
(68%) (32%)
Soalan 7 71 29
(71%) (29%)
Soalan 8 80 20
(80%) (20%)
Soalan 9 56 44
(56%) (44%)
Soalan 10 75 25
(75%) (25%)

Kata Sendi Nama

Jadual 8 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam kata sendi. Majoriti
responden adalah betul dalam menjawab soalan 8 iaitu seramai 71 orang atau 71 peratus dan
diikuti dengan soalan 4 iaitu seramai 63 orang atau 63 peratus. Manakala minoriti responden
betul menunjukkan soalan 3 mencatatkan 16 orang atau 16 peratus dan diikuti dengan soalan 6
seramai 33 orang atau 33 peratus.
181

Jadual 8. Kesalahan Kata Sendi

Soalan Kata Sendi Betul Salah


Soalan 1 45 55
(45%) (55%)
Soalan 2 51 49
(51%) (49%)
Soalan 3 16 84
(16%) (84%)
Soalan 4 63 37
(63%) (37%)
Soalan 5 60 40
(60%) (40%)
Soalan 6 33 67
(33%) (67%)
Soalan 7 43 57
(43%) (57%)
Soalan 8 71 29
(71%) (29%)
Soalan 9 48 52
(48%) (52%)
Soalan 10 43 57
(43%) (57%)

Kata Pemeri

Jadual 9 menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid dalam kata pemeri. Majoriti
responden adalah betul dalam menjawab soalan 9 iaitu seramai 68 orang atau 68 peratus dan
diikuti dengan soalan 6 iaitu seramai 61 orang atau 61 peratus. Manakala minoriti responden
betul menunjukkan soalan 1 mencatatkan 41 orang atau 41 peratus dan diikuti dengan soalan 2
seramai 47 orang atau 47 peratus.
182

Jadual 9. Kesalahan Kata Sendi Nama

Soalan Kata Pemeri Betul Salah


Soalan 1 41 59
(41%) (59%)
Soalan 2 47 53
(47%) (53%)
Soalan 3 46 54
(46%) (54%)
Soalan 4 59 41
(59%) (41%)
Soalan 5 58 42
(58%) (42%)
Soalan 6 61 39
(61%) (39%)
Soalan 7 39 61
(39%) (61%)
Soalan 8 52 48
(52%) (48%)
Soalan 9 68 32
(68%) (32%)
Soalan 10 60 40
(60%) (40%)

6.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah disimpulkan bahawa murid bangsa Melayu Sarawak
sememangnya kerap melakukan kesalahan bahasa dalam aspek yang dikaji berdasarkan
keputusan analisis yang diperoleh setelah pengkaji menganalisis ujian penilaian khas yang telah
digunakan sebagai instrumen kajian ini. Zamri dan Mohamed Amin (2005) dalam kajian mereka
mendapati bahawa faktor sikap penyumbang kepada kemerosotan pencapaian murid dalam
bahasa Melayu. Zamri dan Mohamed Amin Embi (2006) juga mendapati murid bukan Melayu
mempunyai sikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dalam kajian
mereka. Namun begitu, Jerie dan Zamri (2010) membuktikan murid iban di daerah kanowit,
Sarawak mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi sewaktu mempelajari bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian oleh Abdul Rasid Jamian (2010) mendapati murid Cina
mempelajari bahasa Melayu atas sebab bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang
diwajibkan. Sekiranya mata pelajaran bahasa Melayu tidak diwajibkan, kemungkinan mereka
tidak akan mempelajari bahasa Melayu kerana mereka merasakan bahasa Melayu sebagai satu
mata pelajaran yang susah. Nancy dan Zamri Mahamod (2016), membuktikan murid-murid
Melanau mempunyai sikap yang positif dan motivasi tinggi terhadap pembelajaran bahasa
Melayu. Dapatlah disimpulkkan kesalahan dalam mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan
murid bangsa Melayu Sarawak masih wujud walaupun murid telah diajar oleh guru yang
berpengalaman dan berketerampilan dalam peringkat menengah rendah. Kekerapan kesalahan
dalam aspek morfologi yang agak tinggi ini menggambarkan kelemahan penguasaan bahasa
183

Melayu. Kesalahan yang berulang-ulang tanpa pembetulan mewujudkan masalah berterusan


hingga ke peringkat yang lebih tinggi jika tidak diatasi secara total. Walau bagaimanapun, kajian
ini hanya terbatas kepada dapatan yang berdasarkan sampel yang berkaitan dan mempunyai ciri-
ciri yang hampir sama. Diharap kajian ini dapat memberi input dalam penyelidikan selanjutnya
dan dunia pendidikan khususnya.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional
Abu Bakar Nordin. 1991. Jurnal Pendidikan (KPM): Pola-pola Pengajaran-pembelajaran dan
Pengaruh Terhadap Pembelajaran.
Ahmad Shahril Bin Rajain. 1996. Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-Pelajar
Tingkatan Enam di Sekolah Menengah. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Azahari Bin Abdullah. 2001. Analisis Kesalahan Morfologi Dalam Penulisan Karangan di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Kinta, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fa’izah Abd Manan, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. 2010. Kerangka Pembangunan dan
Penilaian Modul Belajar Cara Belajar Bahasa Melayu Pelajar Asing Institusi Pengajian
Tinggi Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2),
Farid M.Onn & Ajid Che Kob. 1981. Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses Pembelajaran Bahasa
Malaysia di Kalangan Pelajar-pelajar Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Halimah Hj. Ahmad. 1993. Analisis Kesilapan: Satu Kajian Kes Kesilapan Bahasa Melayu. Jurnal
Dewan Bahasa. Mac 1993, halaman 243-253.
Hamdan Abdul Rahman. 1980. “Pengajaran Tatabahasa: Hakikat Yang Wujud di Sekolah - Sekolah”
dlm. Dewan Bahasa Jilid 24 (6) Jun: 35- 48.
Jais Sahok. 1990. “Tinjauan Kesalahan Penggunaan Bahasa di Kalangan Pelajar” dlm. Dewan
Bahasa Jilid 34 (3) Februari: 189:200.
Jerie Anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. 2011. Sikap dan Motivasi Murid Iban Dalam
Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 13,
Vol. 1, Bil. 1(Mei 2011):
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2014. Tatabahasa
Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Asmah Abd. Aziz. 2009. Penggunaan Kata Hubung Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah: Satu Analisis Kesilapan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Norehan Muhamad. 2009. Analisis Kesilapan: Satu Kajian Terhadap Karangan Murid-Murid Orang
Asli. Jurnal Penyelidikan DEDIKASI, 1(Dis), 119-136.
Norizan Binti Che Su. 2009. Analisis Kontrastif Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Serdang:
Universiti Putra Malaysia
Rosli Mahmood. 2002. Teknologi Sebagai Pengupaya Dalam Pelaksanaan Sekolah Bestari dan
Pengurusan Pembelajaran Bestari. Jurnal Akademik, Jilid 9, Kota Baru: Maktab
Perguruan Kota Baru.
Rosalind Gelunu. 2009. “Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Penulisan
Karangan Pelajar Peribumi Sabah” dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa
Melayu Dunia, 28-30 September 2009
Siti Baidura Binti Kasiran dan Nurul Jamilah Binti Rosly. 2004. Analisis Kesalahan Tatabahasa
Bahasa Melayu Dalam Karangan Pelajar Asing. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Biodata Ringkas Penulis


184

Jamayah Bujang seorang guru bahasa Melayu yang bertugas di salah sebuah sekolah rendah di
daerah Asajaya, Sarawak. Mempunyai pengalaman mengajar selama 23 tahun. Kini, sedang
menyambung pengajian sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah program PKP.
185

PERSEPSI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP TAHAP BIMBINGAN PEMBIMBING


PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Kana anak Useti & Zamri Mahamodii

iSISC+. Pejabat Pendidikan Daerah Julau. k anauset@gmail.com


iiPensyarah Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
d-zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di daerah Julau terhadap tahap
bimbingan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Tahap bimbingan terbahagi kepada enam dimensi iaitu guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing,
pendorong, penilai dan pemantau berterusan kepada murid untuk kekal sebagai pembelajar aktif dalam
pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 65 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di 15 buah sekolah
rendah, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tiga buah sekolah menengah harian daerah Julau
telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang
kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science
Social (SPSS) versi 23.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan
untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai
purata min keseluruhan bagi tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap PdPc guru bahasa Melayu pada
tahap yang sederhana dengan skor min 3.20 dan sisihan piawai 0.07. Sementara tahap bimbingan yang
paling tinggi daripada 6 aspek impak bimbing ialah tahap bimbingan pembelajaran bahasa Melayu dengan
nilai min 4.29, manakala sisihan piawai 0.40. Selain itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa tahap
bimbingan jurulatih SISC+ terhadap murid sebagai pembelajar aktif dalam PdPc juga pada tahap sederhana
dengan min 3.04 dan sisihan piawai 0.64. Ujian t yang dijalankan mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara penerimaan bimbingan mengikut jantina manakala hasil ujian ANOVA
pula mendapati bahawa tidak wujud hubungan di antara tahap bimbingan dengan opsyen guru tetapi
terdapat kesan kekerapan bimbingan yang signifikan terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+. Hasil
kajian mendapati guru-guru bahasa Melayu di daerah Julau memberikan respons yang positif terhadap
bimbingan jurulatih SISC+.

Kata kekunci : persepsi, tahap bimbingan, jurulatih SISC+

1.0 PENGENALAN
Melalui ANJAKAN YANG KEENAM (6), terkandung inisiatif untuk meningkatkan fungsi dan
peranan JPN, PPD dan sekolah. Inisiatif ini memberi fokus kepada cara untuk membantu
pentadbir dan pihak sekolah mengenal pasti punca masalah dan halangan yang dihadapi dalam
usaha meningkatkan tahap dan juga kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah (KPM
2012). Rentetan daripada keperluan ini, maka diwujudkan jawatan jurulatih SISC+ di Pejabat
Pendidikan Daerah bermula pada tahun 2014. Arsaythamby dan Mary (2013) menyatakan
melalui penyeliaan pelaksanaan PdPc dapat dikesan dan dipantau untuk menjamin
keberkesanannya. Oleh itu, kewujudan jawatan baharu, iaitu jurulatih SISC+ yang ditempatkan
secara sepenuh masa di PPD mampu membawa kepada perubahan yang diinginkan bagi
meningkatkan mutu PdP guru di sekolah. Kajian Rozita et al (2016) mendapati bimbingan dalam
PdPc kepada guru-guru yang tidak berada dalam prestasi cemerlang bertujuan untuk
meningkatkan kualiti PdPc. Noel dan Zamri (2017) berpendapat hanya bimbingan yang
terancang serta konsisten sahaja mampu mengubah sikap dan persepsi guru dibimbing dalam
menjadikan PdP supaya lebih berkesan, menarik dan mudah diterima. Ini kerana guru
merupakan tonggak utama dalam penyampaian dasar-dasar kerajaan di sekolah sejajar dengan
hala tuju sistem pendidikan negara yang terkini. Oleh itu, tadbir urus sekolah perlu pembugaran
186

semula bagi merealisasikan dua sasaran mikro yang merupakan antara tumpuan utama
Gelombang Kedua PPPM 2016-2020 iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

2.0 METODOLOGI
Pendekatan kajian kuantitatif ini mengutamakan reka bentuk kajian yang berfokus kepada kajian
tinjauan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru bahasa Melayu
terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+ dalam pengajaran berasaskan bahasa Melayu.
Pelaksanaan kajian berpandukan Model GROW yang dipelopori oleh John Whitemore (2002).
Model ini digunakan oleh SISC+ untuk menyelesaikan masalah dan melakukan proses penetapan
sasaran (goal setting) agar dapat memaksimumkan potensi para coachee. Terdapat empat
langkah utama dalam model ini, iaitu ‘goal setting’ (G), ‘reality checking’ (R), ‘oppotunity’ (O) dan
‘will’ atau ‘what next’ (W). Data kajian diperoleh daripada satu set populasi guru yang dibimbing
(GDB), iaitu seramai 65 orang menggunakan kaedah soal selidik. Penggunaan soal selidik oleh
pengkaji adalah sesuai kerana susunan item yang hendak digunakan lebih sistematik dan
memudahkan untuk penganalisisan data oleh pengkaji.

3.0 DAPATAN
Dapatan kajian berkaitan analisis latar belakang dan persepsi responden terhadap tahap
bimbingan jurulatih SISC+ dalam PdPc bahasa Melayu. Bimbingan jurulatih SISC+ terhadap PdPc
terbahagi kepada enam aspek berdasarkan persepsi GDB yang menjadi responden. Antaranya,
demografi responden serta enam aspek utama dalam SKPMg2 Standard 4, iaitu guru sebagai
perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai serta memastikan pelibatan aktif murid
dalam pelaksanaan proses PdP.

3.1 Demografi Responden


Analisis latar belakang responden telah dilakukan ke atas 65 orang responden yang telah
mengembalikan borang soal selidik iaitu melibatkan guru yang dibimbing oleh jurulatih SISC+.
Analisis ini dibahagikan mengikut ciri-ciri latar belakang seperti tempat bertugas, gred jawatan,
jantina, umur, tempoh bimbingan, pengalaman mengajar mata pelajaran bahasa Melayu,
kelulusan akademik, opsyen, jumlah bimbingan dan kategori sekolah tempat responden bertugas.
penyelidikan ini akan menerangkan hasil kajian berdasarkan objektif kajian dan analisis data
yang diperolehi daripada 65 orang responden yang merupakan GDB kepada jurulatih SISC+.
Jadual 1 menunjukkan demografi responden kajian.
187

Jadual 1. Demografi responden

Tempat Responden bertugas Bilangan Peratus (%)


SMK 20 30.8
SK 41 63.1
SJK 4 6.2
Gred Jawatan Responden Bilangan Peratus (%)
DGA29 2 3.1
DGA32 2 3.1
DG41 38 58.5
DG44 23 35.4
Jantina responden Bilangan Peratus (%)
Lelaki 32 49.2
Perempuan 33 50.8
Umur responden Bilangan Peratus (%)
25-30 Tahun 17 26.2
31-35 Tahun 10 15.4
36 dan ke atas 38 58.5
Tempoh bimbingan jurulatih SISC+ Bilangan Peratus (%)
Kurang Setahun 2 3.1
1 Tahun 19 29.2
2 Tahun 34 52.3
3 Tahun dan ke atas 10 15.4
Pengalaman responden mengajar bahasa Melayu Bilangan Peratus (%)
0-5 tahun 22 33.8
6-10 tahun 14 21.5
11 tahun ke atas 29 44.6
Kelulusan responden Bilangan Peratus (%)
Siswazah 61 93.8
Bukan siswazah 4 6.2
Opsyen responden Bilangan Peratus (%)
Ya 37 56.9
Tidak 28 43.1
Kekerapan bimbingan SISC+ Bilangan Peratus (%)
Kurang dari 3 kali 25 38.5
Melebihi 3 kali 40 61.5
Kategori lokasi sekolah Bilangan Peratus (%)
Luar bandar 50 76.9
Pedalaman 15 23.1
188

Merujuk kepada Jadual 1, seramai 30.8 % orang responden merupakan guru bahasa
Melayu yang bertugas di sekolah menengah (SM), manakala 63.1 % daripada 65 orang responden
merupakan guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah (SK). Hal ini menunjukkan
bahawa, sekolah rendah lebih banyak di daerah ini berbanding dua jenis sekolah tersebut yang
menyebabkan faktor responden lebih ramai dari sekolah rendah. Selain itu, sebanyak 6.2 %
daripada responden terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC). Seterusnya, gred jawatan responden dengan masing-masing 3.1 %
daripada responden merupakan guru bahasa Melayu yang bergred DGA29 dan DGA32.
Seterusnya, seramai 58.5 % daripada jumlah responden merupakan guru-guru bahasa Melayu
yang bergred DG41. Manakala seramai 23 orang guru yang menjadi responden tersebut adalah
bergred DG44.

Daripada 65 orang responden mengajar bahasa Melayu yang menjadi responden dan
dipilih menjadi sampel kajian, 49.2 % adalah guru lelaki dan 50.8 % adalah guru perempuan. Hal
ini menunjukkan bahawa bilangan guru perempuan adalah melebihi daripada bilangan guru
lelaki. Di samping itu, responden yang terlibat dalam kajian ini pula terdiri daripada pelbagai
peringkat umur. Responden telah dibahagikan kepada 3 kategori umur iaitu 25 hingga 30 tahun,
31 hingga 35 tahun, dan 36 tahun dan ke atas. Sebahagian besar responden berada pada kategori
umur 36 tahun ke atas (58.5 %), diikuti oleh responden yang 25 hingga 30 tahun (26.2 %), dan
kategori 31 hingga 35 tahun iaitu 15.4 % yang merupakan kategori umur yang terendah sekali.

3.2 Analisis Keseluruhan Persepsi Guru Bahasa Melayu Terhadap Tahap Bimbingan
Jurulatih SISC+
Dapatan kajian iaitu analisis kajian persepsi responden terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+
dalam PdPc bahasa Melayu dibahagikan kepada enam dimensi bimbingan iaitu bimbingan
jurulatih SISC+ sebagai perancang pengajaran berasaskan aktiviti, sebagai pengawal dengan
mengelola pembelajaran berasaskan aktiviti, sebagai pembimbing dengan mengelola
pembelajaran dalam pengajaran berasaskan aktiviti, sebagai pendorong semasa melaksanakan
pengajaran berasaskan aktiviti, sebagai penilai semasa melaksanakan pengajaran berasaskan
aktiviti dan juga pendorong kepada murid sebagai pembelajar aktif. Analisis kajian ini
menggunakan statistik deskriptif sebagai min dan sisihan piawai. Analisis dapatan kajian ini
bertujuan untuk menjawab soalan kajian dan juga 3 hipotesis kajian.

3.3 Persepsi Guru Bahasa Melayu Terhadap Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Sebagai
Perancangan Pengajaran Berasaskan Aktiviti
Analisis deskriptif bagi tiga item aspek tahap keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+
menunjukkan item ke-3 “menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc” mencatatkan nilai min
paling tinggi iaitu sebanyak 4.21 dengan sisihan piawai (sp=0.51) pada tahap pengetahuan yang
tinggi. Dengan 47 orang atau 72.30% bersetuju dan 16 atau 24.61% orang GDB sangat bersetuju
bahawa bimbingan jurulatih SISC+ amat berguna dalam menentukan pentaksiran dalam PdPc.
Nilai min yang terendah adalah pada item ke-3 “Tidak menyediakan ABM/BBM/BBB/TTMK untuk
PdPc” dengan nilai min 2.60 dan sisihan piawai 0.86 pada tahap keberkesanan yang sederhana.
Berdasarkan Jadual 2, skor min keseluruhan bagi aspek tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai
perancang PdPc menunjukkan nilai min=3.20 dengan sisihan piawai 0.68 dengan tahap
bimbingan jurulatih SISC+ sebagai perancang PdPc adalah pada tahap sederhana.
189

Jadual 2. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai perancang PdPc


Bil. Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
STS TS KS S SS Piawai Skor Min

1. Tidak 0 0 24 37 4 Sederhana
menyediakan RPH 53.84% 27.69% 13.84%
mengandungi
objektif yang 2.69 .98
boleh diukur dan
aktiviti
pembelajaran
yang sesuai
2 Menentukan 0 0 2 47 16 Tinggi
kaedah 3.08% 72.30% 24.61% 4.21 .51
pentaksiran dalam
PdPc
3. Tidak 0 29 37 0 0 Sederhana
menyediakan 44.61% 56.92%
ABM/BBM/BBB/
TMK untuk 2.60 .86
pengajaran
berasaskan
aktiviti
Min Keseluruhan 3.20 .68 Sederhana

3.3 Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Sebagai Pengawal Dengan Mengelola PdPc

Analisis data seperti pada Jadual 3 menunjukkan skor min secara keseluruhannya bagi aspek
tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pengawal dengan mengelola PdPc ialah min 3.16, iaitu
berada di tahap sederhana dengan sisihan piawai 0.63. Daripada 7 item yang dikemukakan,
didapati item yang ke-8 iaitu “Mengawasi perlakuan murid dalam PdPc” mencatatkan nilai min
tertinggi, iaitu min 3.96 dengan sisihan piawai 0.25. Seramai 63 orang GDB atau 96.92% bersetuju
yang jurulatih SISC+ memberi banyak input dalam membantu mereka mengawasi perlakuan
murid. Nilai min yang paling rendah adalah pada item ke-10, iaitu “Tidak mewujudkan
persekitaran pembelajaran menyeronokkan” dengan nilai min 2.50. Terdapat 36 orang atau
55.38% GDB tidak bersetuju bahawa selepas bimbingan mereka tidak mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokan. Jadual 3 menunjukkan skor min secara terperinci bagi tahap
bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pengawal dengan mengelola PdPc.
190

Jadual 3. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pengawal dengan mengelola PdPc
Bil Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
STS TS KS S SS Piawai Skor
Min
4. Tidak 4 32 17 8 5 2.71 .88 Sederhana
mengelola isi 6.1% 49.2% 26.2% 12.3% 7.7%
pelajaran/
skop
pembelajaran
yang dirancang
5. Mengelola 0 1 24 40 0 3.60 .52 Tinggi
masa PdPc 1.54% 36.92% 61.53%
selaras dengan
aktiviti
pembelajaran
yang
dilaksanakan
6. Tidak memberi 0 35 18 8 4 2.70 .87 Sederhana
peluang 53.84% 27.69% 12.3% 6.15%
kepada
penyertaan
aktif murid
7. Mengawasi 0 1 1 63 0 3.95 .27 Tinggi
komunikasi 1.54% 1.54% 96.92%
murid dalam
PdPc
8. Mengawasi 0 0 2 63 0 3.96 .25 Tinggi
perlakuan 3.07% 96.92%
murid dalam
PdPc
9. Tidak 35 18 9 3 2.69 Sederhana
menyusun atur 0 53.84% 27.69% 13.84% 4.61% .98
kedudukan
murid
10. Tidak 0 36 25 4 0 2.50 .78 Sederhana
mewujudkan 55.38% 38.46% 6.15%
persekitaran
pembelajaran
menyeronok
kan
Min Sederhana
3.16 .63
Keseluruhan

3.4 Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Sebagai Pembimbing Dengan Mengelola PdPc
Berdasarkan Jadual 4, analisis dapatan kajian menunjukkan tahap bimbingan jurulatih SISC+
sebagai pembimbing dengan mengelola PdPc. Min keseluruhan bagi tahap bimbingan jurulatih
SISC+ sebagai pembimbing dengan mengelola PdPc ini sederhana, iaitu 2.82, (SP= 0.83). Min
tahap bimbingan jurulatih SISC+ paling tinggi ialah pada item ke-11 iaitu “Memberi tunjuk ajar
tunjuk cara atau panduan mengisi isi pelajaran, konsep, fakta berkaitan pelajaran” dengan nilai
4.01 (SP= 0.81) iaitu 66 orang atau 95.38% GDB bersetuju dan tiga orang 4.61% sangat bersetuju
bahawa mereka telah mengelola isi pelajaran dengan skop pembelajaran yang dirancang.
Responden juga mengakui bahawa mereka “Memandu murid menggunakan atau memanfaatkan
sumber pendidikan berkaitan pelajaran” dengan min 2.65 (SP= 0.82) untuk berada pada tahap
191

sederhana. Terdapat 45 orang bersamaan 69.23% GDB kurang bersetuju dengan pernyataan
bahawa mereka tidak memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam
aktiviti pembelajaran.
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa bimbingan jurulatih SISC+
berkesan dalam meningkatkan kemahiran guru-guru bahasa Melayu dengan memberi impak
kepada guru-guru sebagai pembimbing dengan mengelola iaitu guru-guru dapat meningkatkan
kemahiran mengelola aktiviti PdPc dengan lebih baik lagi selaras dengan aktiviti yang dirancang.
Item ke-12 mencatat min=2.28 terendah kerana 41 orang GDB atau 63.07% kurang bersetuju
dengan pernyataan, ‘tidak memberi tunjuk ajar panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti
pemgajaran”, begitu juga dengan item ke-13, iaitu 40 orang GDB atau 61.54% kurang bersetuju
dengan pernyataan “tidak memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dalam aktiviti pembelajaran” sekadar mencatat min 2.62 pada tahap sederhana sahaja. “tidak
menggabung, merentas, mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk, unit, tema dan kemahiran dalam
aktiviti pelajaran” mencatat skor min 2.52 kedua terendah, dimana 32 orang atau 49.23% kurang
bersetuju dan 31 orang (47.69%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Namun semuanya
masih berada pada tahap sederhana.
192

Jadual 4. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pembimbing dengan mengelola PdPc
Bil. Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
STS TS KS S SS Piawai Skor Min

11. Memberi tunjuk 0 0 0 62 3 4.01 .81 Tinggi


ajar tunjuk 95.38% 4.61%
cara/panduan
mengisi isi
pelajaran/
konsep/fakta
berkaitan
pelajaran
12. Tidak memberi 3 41` 21 0 0 2.28 .84 Sederhana
tunjuk ajar 4.61% 63.07% 32.30%
panduan
menguasai
kemahiran dalam
aktiviti
pemgajaran
13. Tidak memandu 0 25 40 0 0 2.62 .79 Sederhana
murid membuat 38.46% 61.54%
keputusan dan
menyelesaikan
masalah dalam
aktiviti
pembelajaran
14. Tidak memandu 3 17 45 0 0 2.65 .82 Sederhana
murid 4.62% 26.15% 69.23%
menggunakan/
memanfaat
sumber
pendidikan
berkaitan
pelajaran
15. Tidak 0 31 32 2 0 2.52 .87 Sederhana
menggabung/ 47.69% 49.23% 3.07%
merentas/
mengaitkan isi
pelajaran dengan
tajuk/ unit/
tema/ kemahiran
dalam aktiviti
pelajaran

Min Sederhana
2.82 .83
Keseluruhan

3.5 Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Sebagai Pendorong Semasa Melaksanakan PdPc

Jadual 5 pula menunjukkan tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pendorong semasa
melaksanakan PdPc. Min keseluruhan ialah 4.29 (SP= 0.40) yang menunjukkan tahap bimbingan
jurulatih SISC+ sebagai pendorong kepada guru-guru bahasa Melayu semasa melaksanakan PdPc
tinggi. Ini berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh berdasarkan maklum balas
responden tentang tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pendorong kepada murid-murid
ketika melaksanakan PdPc.
193

Min tahap bimbingan guru sebagai pendorong pula ialah 4.47. (SP= 0.56) iaitu 64 orang
(98.46%) GDB setuju dan sangat setuju bahawa mereka “Mendorong emosi murid dengan
memberi pujian/ galakkan terhadap pelakuan positif” dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Responden juga 100% bersetuju bahawa mereka telah “Merangsang murid
berkomunikasi” semasa pelaksanaan PdP dalam bilik darjah dan ini mencatat min 4.33 (SP= .64)
bagi item ke-16 bagi tahap yang ketiga tinggi dalam Jadual 5. Tahap bimbingan jurulatih SISC+
bagi kemahiran dan pengetahuan guru sebagai pendorong merupakan tahap bimbingan yang
paling tinggi dalam dapatan kajian ini berbanding lima dimensi kajian yang lain.
194

Jadual 5. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai pendorong semasa melaksanakan PdPc
Bil. Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
Piawai Skor
Min
STS TS KS S SS
16. Merangsang murid 0 0 0 43 22 Tinggi
berkomunikasi 66.15% 4.33 .64
33.84%
17. Merangsang murid 0 0 0 46 19 Tinggi
berkolaboratif dalam 4.29 .63
70.77% 29.23%
aktiviti pembelajaran
18. Mengemukakan soalan 0 0 2 47 16 Tinggi
yang menjurus ke arah
3.08% 72.31% 24.61% 4.21 .51
pemikiran kritis dan
kreatif
19. Mengajukan soalan/ 0 0 0 58 7 Tinggi
mewujudkan situasi
89.23% 10.77%
yang menjurus ke aras 4.10 .64
membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah
20. Mewujudkan peluang 0 0 0 46 19 Tinggi
murid memimpin 4.29 .58
70.77% 29.23%
21. Menggalakkan murid 0 0 49 16 Tinggi
mengemukakan soalan 4.24 .47
75.38% 24.62%
berkaitan isi pelajaran
22. Menggalakkan murid 0 0 0 46 19 Tinggi
memperoleh
70.77% 29.23%
pengetahuan dan 4.29 .58
kemahiran secara
kendiri
23. Mendorong emosi murid 0 0 1 32 32 Tinggi
dengan memberi pujian/
1.54% 49.23% 49.23% 4.47 .56
galakan terhadap
pelakuan positif
24. Mendorong emosi 0 0 0 39 26 Tinggi
dengan memberi
60% 40%
penghargaan terhadap 4.40 .55
hasil kerja/idea yang
bernas
25. Mendorong emosi murid 0 0 2 41 22 Tinggi
dengan memberi
3.08% 63.08% 33.84%
keyakinan dalam 4.30 .49
mengemukakan soalan/
memberi respons
26. Mendorong emosi 0 0 0 44 21 Tinggi
dengan prihatin
67.69% 32.31% 4.32 .56
terhadap keperluan
murid

Min Keseluruhan 4.29 .40 Tinggi


195

3.6 Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Sebagai Penilai Semasa Melaksanakan PdPc
Analisis data seperti dalam Jadual 6 menunjukkan nilai min bagi setiap item berada antara 2.72
hingga 4.20 (nilai min sederhana dan tinggi). Didapati item ke-28 “Menjalankan aktiviti
pemulihan/ pengayaan dalam pengajaran berasaskan aktiviti” mencatatkan nilai min tertinggi,
iaitu min=4.20 dengan sisihan piawai 0.61. Dimana seramai 52 orang GDB (80%) setuju bahawa
mereka telah menjalankan aktiviti pemulihan dalam pengajaran. Sementara 13 orang (20%) pula
memberi respon sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Item ini mencatatkan min yang
terendah dengan nilai min=2.72 dan sisihan piawai 0.89, iaitu pada tahap yang sederhana dengan
sebanyak 4 item iaitu item ke-27, item ke-29 hingga item ke-31. Dimana 61 orang GDB (93.85%)
tidak setuju dan kurang setuju dengan pernyataan item tersebut. Nilai skor min keseluruhan bagi
kategori ini pula ialah min=3.01 dengan sisihan piawai 0.72 menunjukkan tahap keberkesanan
bimbingan jurulatih terhadap peranan guru sebagai penilai semasa melaksanakan PdPc juga
berada pada tahap sederhana.

Jadual 6. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ sebagai penilai semasa melaksanakan PdPc
Bil. Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
Piawai Skor
STS TS KS S SS Min

27. Tidak 0 22 39 4 0 Sederhana


menggunakan 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89
pelbagai kaedah
pentaksiran
28. Menjalankan 0 0 0 52 13 Tinggi
aktiviti
80% 20% 4.20 .61
pemulihan/
pengayaan
29. Tidak memberi 0 22 39 4 0 Sederhana
latihan/ tugasan 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89
berkaitan
pelajaran
30. Tidak membuat 0 22 39 4 0 Sederhana
refleksi PdPc 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89

31. Tidak 0 22 39 4 0 Sederhana


menyemak/ 33.85% 60% 96.15%
menilai hasil 2.72 .89
kerja/latihan
tugasan
Min 3.01 .72 Sederhana
Keseluruhan
196

3.7 Tahap Bimbingan Jurulatih SISC+ Terhadap Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Analisis deskriptif dalam Jadual 7 menunjukkan tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap murid
sebagai pembelajar aktif dengan nilai min keseluruhan pada tahap sederhana dengan skor
min=3.04 manakala sisihan piawainya 0.64. Terdapat 6 item yang dinilai dalam Jadual 4.7 iaitu
item ke-32 hingga item ke-38. Item yang paling tinggi nilai min ialah item ke-37 iaitu “Mengaitkan
isi pelajaran dengan kehidupan murid / isu tempatan / global” dengan nilai 4.18 dan sisihan piawai
bernilai 0.49 serta nilai interprestasinya tinggi. Dengan 53 orang GDB (81.54%) bersetuju dan
12 orang GDB (18.46%) sangat bersetuju. Manakala item yang kedua tinggi merupakan item ke-
32 “Memberi respon berkaitan isi pelajaran” dengan nilai min 3.50 pada tahap sederhana dan
sisihan piawai 0.70. Nilai min yang paling rendah dalam Jadual 4.7 ialah sebanyak 2.72 dengan
sisihan piawai 0.89 pada item ke 33 hingga item ke-36 dan item ke-38 dengan rata-rata GDB atau
39 orang GDB (60%) kurang bersetuju yang mereka tidak melaksanakan tugas seperti yang
dibimbing.

Jadual 7. Tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap murid sebagai pembelajar aktif
Bil Pernyataan Frekuensi dan Peratusan (%) Min Sisihan Tahap
Piawai Skor
STS TS KS S SS
Min
32. Memberi respon 0 4 24 37 0 Tinggi
berkaitan isi pelajaran 56.92% 3.50 .70
6.16% 36.92%
33. Tidak berkomunikasi 0 22 39 4 0 Sederhana
dalam melaksanakan 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89
aktiviti pembelajaran
34. Tidak melaksanakan 0 22 39 4 0 Sederhana
aktiviti pembelajaran 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89
secara kolaboratif
35. Tidak memberi 0 22 39 4 0 Sederhana
respons yang 33.85% 60% 96.15%
menjurus ke arah
2.72 .89
pemikiran kritis dan
kreatif berkaitan isi
pelajaran
36. Tidak mengemukakan 0 22 39 4 0 Sederhana
soalan berkaitan isi 33.85% 60% 96.15% 2.72 .89
pelajaran
37. Mengaitkan isi 0 53 12 Tinggi
pelajaran dengan
81.54% 18.46% 4.18 .49
kehidupan murid/ isu
tempatan / global
38. Tidak membuat 0 22 39 4 0 Tinggi
keputusan / 33.85% 60% 96.15%
menyelesaikan 2.72 .89
masalah berkaitan
aktiviti pembelajaran
Min Sederhana
3.04 .64
Keseluruhan
197

4.0 HIPOTESIS
Hipotesis Kajian
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan
bimbingan oleh GDB lelaki dan GDB wanita terhadap tahap bimbingan
jurulatih SISC+

Jadual 8. Nilai t bagi perbandingan jantina terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+
Levene's Test
for Equality t-test for Equality of Means
of Variances
F Sig. t df Sig. Mean Std. 95%
(2-tailed) Difference Error Confidence Interval
Difference of the
Difference
Lower Upper
1.284 .262 .347 62 .730 .04658 .13415 -.22157 .31473
.347 57.000 .730 .04658 .13415 -.22204 .31520

Merujuk kepada Jadual 8, nilai F yang diperoleh melalui Ujian Levene’s ialah 1.284 dan nilai ini
tidak signifikan pada p = .05. Ini menjelaskan bahawa varian tahap penerimaan bimbingan oleh
GDB antara lelaki dan perempuan adalah tidak signifikan. Berdasarkan Jadual 8 tersebut juga
menunjukkan nilai-t bagi tahap penerimaan bimbingan jurulatih SISC+ antara GDB lelaki dan
wanita ialah t= 0.347 dan tahap signifikan p=.047, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara jantina terhadap tahap penerimaan bimbingan jurulatih SISC+. Ini membuktikan bahawa
Ho1 adalah diterima bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penerimaan
bimbingan oleh GDB lelaki dan GDB perempuan terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+.

Ho2: Tidak terdapat hubungan tahap bimbingan SISC+ dengan opsyen guru

Jadual 9. Ujian ANOVA hubungan tahap bimbingan SISC+ dengan opsyen guru
Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai Signifikan
Kuasa Dua Kebebasan Dua F
Antara Kumpulan .000 1 .000 .001 .976
Dalam Kumpulan 17.885 62 .288
Jumlah 17.886 63

Merujuk Jadual 9, secara keseluruhannya tidak wujud hubungan yang signifikan antara
tahap bimbingan jurulatih SISC+ dengan opsyen guru dengan nilai (p= 0.976, p>0.05). Nilai ini
menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan di antara tahap bimbingan jurulatih SISC+ dengan
opsyen guru. Oleh itu, Ho2 diterima.
198

Ho3: Tidak terdapat kesan kekerapan bimbingan SISC+ terhadap tahap bimbingan
jurulatih SISC+.

Jadual 10. Ujian ANOVA kesan kekerapan bimbingan SISC+ terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+

Jumlah Darjah Min Kuasa Nilai Signifikan


Kuasa Dua Kebebasan Dua F
Antara Kumpulan 1.781 1 1.781 6.857 .011
Dalam Kumpulan 16.105 62 .260
Jumlah 17.886 63

Ujian ANOVA dalam Jadual 10 menunjukan keputusan kesan kekerapan bimbingan


jurulatih SISC+ bersama GDB terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+. Dapatan ujian
menunjukkan terdapat kesan kekerapan bimbingan yang signifikan terhadap tahap bimbingan
jurulatih SISC+, iaitu (F = 6.857, p = 0.011). Ini membuktikan bahawa kekerapan bimbingan
jurulatih SISC+ telah memberi kesan terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+, oleh itu Ho3 tidak
diterima.

5.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, tahap bimbingan jurulatih SISC+ kepada guru dapat dilihat berdasarkan
enam aspek utama iaitu guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan
mewujudkan murid sebagai pembelajar aktif dalam mengikut proses pengajaran dan
pembelajaran. Semua aspek menunjukkan guru mencapai tahap yang sederhana kecuali guru
sebagai pendorong mendapat skor min yang tertinggi iaitu 4.29 dengan sisihan piawai 0.40.
Walau bagaimanapun, selepas bimbingan SISC+, GDB menunjukkan peningkatan yang lebih baik.
Sebagai perancang, guru dapat menyediakan RPH yang boleh diukur, merancang aktiviti
pembelajaran, menentukan kaedah pentaksiran dan juga dapat merancang penggunaan BBM
serta TMK yang sesuai. Selain itu, GDB berupaya mengelola kelas dengan baik, membimbing
murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran. GDB dilihat
sentiasa menjadi pendorong kepada murid dan dapat melakukan pentakiran menggunakan
pelbagai kaedah. Pengkaji melihat, GDB perlu meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang
guru dengan meneroka dan memahami SKPMg2 Standard 4 dengan lebih baik agar berupaya
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

6.0 CADANGAN
Kajian ini hanya mengkaji tentang persepsi guru-guru bahasa Melayu terhadap tahap bimbingan
jurulatih SISC+ dalam PdPc bahasa Melayu. Dengan ini, adalah dicadangkan supaya kajian ini
dapat dijalankan secara meluas meliputi tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap mata
pelajaran lain seperti Matematik, bahasa Inggeris, Sains malah mata pelajaran lain bagi memberi
satu gambaran yang menyeluruh tentang keberkesanan bimbingan. Dicadangkan juga supaya
penyelidikan yang selanjutnya perlu meliputi aspek-aspek yang lebih banyak dan lebih relevan.
Selain daripada itu, dicadangkan juga agar kajian akan datang memfokuskan persoalan masalah
berkaitan faktor-faktor yang menyumbang ke arah masalah yang wujud semasa dan selepas
bimbingan jurulatih SISC+ diadakan. Ini bermatlamat untuk mengetahui tentang kelemahan-
kelemahan yang wujud dalam bimbingan jurulatih SISC+ bersama dengan GDB.

Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh semua jurulatih SISC+ untuk mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi meningkatkan mutu bimbingan. Seterusnya ia akan
bertindak sebagai faktor perancang penambahbaikan yang boleh dibuat ke atas bimbingan dan
berupaya mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ke arah
memantapkan lagi bimbingan jurulatih SISC+. Selain daripada itu, kajian akan datang seharusnya
berupaya membantu KPM (BPSH) menambahbaik SOP bimbingan jurulatih SISC+ bagi
199

memantapkan lagi program bimbingan jurulatih SISC+ bagi menepati objektif dan matlamat
jawatan jurulatih SISC+ dalam Program DTP seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013-2025.

7.0 KESIMPULAN
Kajian ini memberi implikasi positif terhadap tahap bimbingan jurulatih SISC+ terhadap PdPc
guru-guru bahasa Melayu. Bimbingan jurulatih SISC+ berupaya meningkatkan kualiti PdPc guru-
guru bahasa Melayu yang dibimbing. Ini menunjukkan bahawa, peranan yang dimainkan oleh
jurulatih SISC+ dalam peningkatan kualiti PdPc guru bahasa Melayu memberi impak yang tinggi
kepada guru-guru bahasa Melayu yang dibimbing kerana jurulatih SISC+ merupakan sumber
rujukan utama guru dalam menjadi pendidik yang berkualiti. Jurulatih SISC+ bukan sahaja
menjadi pembimbing dalam PdPc, malahan berupaya memberi impak kepada peningkatan
profesionalisme guru-guru. Donna Morgan (2010) menyatakan bahawa guru-guru yang terlibat
dalam bimbingan turut menghargai bimbingan jurulatih dalam pelbagai bidang termasuklah
pengurusan bilik darjah, disiplin dan sokongan emosi. Selain itu, kajian ini telah menyediakan
maklumat keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+ kepada guru-guru yang dibimbing yang
mempunyai impak terhadap pengetahuan dan kemahiran guru-guru di dalam PdPc bahasa
Melayu. Oleh itu, maklumat yang terdapat dalam kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak
pengurusan seperti pihak pentadbir sekolah dan juga pihak pentadbir di pejabat pendidikan
daerah (Unit Pengurusan Akademik atau Unit Coaching dan Mentoring) untuk menambahbaik
proses bimbingan supaya memberi impak yang lebih tinggi terhadap kualiti PdPc guru dan juga
pencapaian murid. Justeru, bagi kajian akan datang dicadangkan penyelidik melaksanakan kajian
yang lebih menyeluruh melibatkan tahap bimbingan terhadap panitia bahasa Melayu dan
hubungkait tahap bimbingan dengan pencapaian murid-murid. Selain itu, disarankan juga
dijalankan kajian tentang hubungkait tahap bimbingan dengan sokongan daripada pihak
pentadbir sekolah. Kaedah kajian juga turut disaran untuk dilakukan penambahbaikan seperti
melalui temu bual dan melakukan pemerhatian bagi kaedah mendapatkan data kajian.

RUJUKAN
Arsaythamby Veloo & Mary Macdalena A Komuji. (2013). Kesan penyeliaan klinikal terhadap
prestasi pengajaran guru sekolah menengah. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, Vol. 28, 81–102. Universiti Sains Malaysia.
John Whitemore. (2002). Coaching For Performance: GROWing People, Performance and Purpose.
Amerika Syarikat: Nicholas Brealey Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Putrajaya: Penerbit Kementerian Pendidikan Malaysia.
Morgan, Donna T. Hamblin, "The Impact of Job-Embedded Professional Development Coaches on
Teacher Practice. (2010). Electronic Theses and Dissertations. Paper 1755.
Noel Jimbai & Zamri Mahamod. (2017). Penerimaan guru-guru bahasa Melayu terhadap
bimbingan dan pementoran SISC+. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar
Penyelidikan Pendidikan 2017. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rozita Radhiah Said, Mohamad Brahim & Azhar Md. Sabil. (2016). Bimbingan dan pementoran
berfokus oleh SISC+ BM: impak terhadap kualiti pengajaran guru bahasa Melayu di
sekolah-sekolah menengah daerah Samarahan, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia
41(2):131-139.
200

Biodata Ringkas Penulis

Zamri Mahamod, Profesor Dr. ialah Pensyarah Kanan di Pusat Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran, Fakulti Pendidikan UKM. Berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pensyarah bidang
Pendidikan bahasa Melayu dan Pendidikan Guru. Menghasilkan banyak terbitan ilmiah
berbentuk jurnal, buku, bab dalam buku serta prosiding seminar peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam bidang kepakarannya

Kana anak Uset ialah Jurulatih SISC+ bahasa Melayu di Pejabat Pendidikan Daerah Julau,
Sarawak. Berpengalaman mengajar di dua buah sekolah rendah sebagai guru bahasa Melayu.
Pernah menjawat jawatan Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di Pejabat
Pendidikan Daerah Selangau, Sibu, Sarawak.
201

PENGUASAAN MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PENULISAN:


SEKOLAH MUBALIGH

Melissa anak Menggongⁱ & Profesor Haji Dr. Zamri Mahamod ⁱⁱ


Universiti Kebangsaan Malaysia. imel5812@gmail.com

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan
serta kekangan yang dihadapi oleh semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Fokus kajian ini
mengenai masalah yang dihadapi oleh murid semasa menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, kekangan murid menguasai bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua menjejaskan tahap pembelajaran. Di samping itu, cara pengajaran penulisan yang
berpusatkan guru juga ditekankan. Dua orang guru yang dipilih sebagai responden temu bual iaitu guru
yang mengajar murid tahun lima dan ketua panitia bahasa Melayu di salah satu sekolah mubaligh daerah
Sibu. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif . Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini iaitu temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Temu bual telah dijalankan
sebanyak dua kali untuk mengenal pasti masalah murid dalam menguasai pembelajaran penulisan Bahasa
Melayu. Analisis dokumen diambil berdasarkan tiga kali ujian sekolah tersebut iaitu diagnostik, Ujian
Pentaksiran Penggal Satu dan Ujian Pentaksiran Penggal Dua. Pemerhatian pula dibuat sebanyak empat
kali semasa guru mengajar subjek mengajar bahasa Melayu Penulisan di kelas tahun lima tersebut. Hasil
kajian mendapati pengajaran bahasa Melayu Penulisan di sekolah ini dijalankan secara pengajaran
bersktrukur. Pendekatan kajian berskruktur ini telah diseragamkan oleh ketua panitia untuk memudahkan
guru mengajar dan fokus kepada kemahiran. Namun begitu, responden mendapati masih banyak kekangan
untuk meningkatkan keputusan bahasa Melayu Penulisan di sekolah ini. Kajian ini diharapkan boleh
dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada guru untuk melaksanakan pembelajaran bahasa Melayu
Penulisan di sekolah mubaligh khasnya tahun lima.

Kata kunci: penulisan, penguasaan, pengajaran, bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN
Keupayaan menulis merujuk kepada kemahiran murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Bahasa merupakan satu cara komunikasi bagaimana kita
memindahkan idea, emosi dan pemikiran, menyatakan cinta, kemarahan kita dan mendapatkan
difahami oleh orang lain (Wanklede 2012:1). Oleh itu, pelbagai program telah dirangka oleh
kementerian pendidikan untuk memamtapkan lagi penguasaan bahasa melayu khususnya
penulisan. Contoh, PdPc literasi bukan sahaja hanya memberi penekanan kepada murid-murid
tahap 1 sahaja, malah pengajaran kemahiran asas ini diteruskan ke tahap 2 melalui program
PROTIM (KPM 2006). Program ini merupakan salah satu langkah pemulihan tambahan bagi
membolehkan murid-murid menguasai literasi pada tahun empat hingga tahun enam mulai 2009
(KPM 2012a) agar mereka dapat mengikuti perkembangan bersama-sama rakan yang lain dalam
arus perdana. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca
dan menulis sebelum menduduki ujian UPSR khusunya bahagian kertas penulisan karangan.

Seterusnya, dalam anjakan yang kedua PPPM pula mahukan semua murid cekap
menguasai bahasa Melayu. Hal ini merupakan strategi pendidikan negara dalam tempoh 13
tahun yang memerlukan usaha-usaha yang strategik demi meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang supaya dapat menangani
cabaran-cabaran pada abad ke-21. Usaha yang strategik ini perlu disusun dengan rapi supaya
matlamatnya tercapai dan disusuli dalam tiga gelombang pendidikan. Gelombang pertama
(2013-2015) merupakan penambahbaikan sistem kurikulum sedia ada dan persediaan untuk
perubahan struktur dengan member sokongan kepada guru melakukan perubahan kedua
202

pelaksanaan program. Gelombang kedua (2016-2020) adalah fasa melaksanakan perubahan


struktur sistem pendidikan untuk mempercepatkan pelaksanaan perubahan. Fasa ini akan
memperkenalkan kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah rendah
sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia. Gelombang ketiga (2021-20125) akan
memfokuskan kepada kecemerlangan dengan peningkatkan keluwesan operasi untuk
memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat.

Namun begitu, untuk merealisasikan gelombang KPM ini, murid-murid haruslah mantap
dari segi penguasaan kemahiran menulis dan membaca. Murid tahap 2 pula, pasti sudah mahir
dalam kertas penulisan supaya elakkan isu buta huruf. Oleh itu, pengkaji melakukan tinjaauan
terhadap murid Tahun 5 Pandai di sebuah sekolah rendah mubaligh di daerah Sibu.

Menulis merupakan kemahiran bahasa yang tertinggi dan pelajar menguasai kemahiran
menulis karangan dengan baik mampu menguasai kemahiran mendengar, membaca dan menulis
(Abdul Ghani, 2016: Yusfaiza & Mohd Islah, 2012). Proses menulis memerlukan pelajar berfikir
semasa merancang, semasa menulis dan selepas penulis dihasilkan (Yusfaiza & Mohd Islah,
2012).

Sekolah mubaligh merupakan sekolah yang asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian
bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk
pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian.Terdapat beberapa sekolah-
sekolah mubaligh di Malaysia. Antaranya, Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Kebangsaan
Convent, Sekolah Kebangsaan Sacred Heart dan Sekolah Kebangsaan St. Rita. Untuk itu, barisan
guru di peringkat sekolah rendah perlu bijak memainkan peranan dalam kemajuan pendidikan
khususnya kemahiran menulis karangan untuk melaksanakan startegi pengajaran berpandukan
kurikulum persekolahan terkini yang menumpukan kepada teknologi makluma (TMK).

Objektif umum kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka masalah penguasaan
mata pelajaran bahasa Melayu penulisan murid di sekolah mubaligh yang dikaji berfokus
kepada murid tahun lima. Secara khususnya, kajian ini untuk:
i. meneroka masalah murid menguasai penulisan Bahasa Melayu dengan baik.
ii. mengetahui masalah murid menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah
mubaligh yang dikaji.
iii. meneroka masalah pembelajaran Bahasa Melayu penulisan lebih berpusatkan guru di
sekolah mubaligh yang dikaji.

Masalah kemahiran menulis yang dihadapi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 5 di sekolah mubaligh yang dikaji iaitu kelemahan murid menghuraikan idea-idea ke
dalam penulisan. Murid- murid didapati sukar menguasai subjek penulisan kerana memerlukan
penciptaan idea, cara mengekspresikan idea, mengorganisasikan idea dalam bentuk ayat agar
mudah difahami ( Katharina 2011). Keadaan ini kerana idea murid tidak berkembang akibat
daripada kurang membaca, tidak berpengalaman dan terikat dengan idea guru. Di samping itu,
latar belakang murid yang berbeza juga mempengaruhi idea seseorang murid. Ini dapat dilihat
melalui penulisan karangan murid semasa menjawab ujian penulisan.

Kajian ini merupakan kesinambungan daripada dapatan kajian-kajian lepas yang


mengkaji tentang masalah menguasai Bahasa Melayu penulisan. Kebanyakkan kajian lebih
bertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan Bahasa Melayu penulisan Tahun 5 di sekolah
mubaligh untuk meningkatkan kemahiran menulis sebelum menduduki UPSR. Instrumen yang
diguna iaitu analisis dokumen untuk mengukur keberkesanan kajian yang dilaksanakan. Ulasan
kepustakaan salah satu cara untuk meneliti keperluan, tujuan dan kepentingan kajian yang dibuat
203

untuk memastikan kajian memenuhi kehendak matlamat dan objektif kajian yang sepenuhnya.
Selain punca yang dikenal pasti untuk mengkukuhkan lagi kenyataan yang menimbulkan
persoalan dalam kajian. Oleh itu,dalam kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah murid
Tahun 5 menguasai Bahasa Melayu penulisan di sebuah sekolah mubaligh Bahagian Sibu.
Perbincangan ini amat berkesan bagi membantu secara teperinci masalah mengenai kelemahan
menguasai kemahiran penulisan di sekolah mubaligh yang dikaji. Sehubungan dengan itu, kajian
literatur dalam kajian ini berlandaskan kepada 3 objektif kajian iaitu (i) meneroka masalah
murid menguasai penulisan dengan baik (ii) mengetahui masalah murid menguasai Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua (iii) meneroka masalah pembelajaran Bahasa Melayu penulisan
lebih berpusatkan guru di sekolah mubaligh yang dikaji.

2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan penyelidikan kualitaitf berasaskan kajian kes
berbentuk penerokaan masalah-maslalah yang diahadapi semasa belajar Bahasa Melayu,
pembelajaran Bahasa Melayu lebih berpusatkan guru dan gangguan bahasa ibuanda semasa
belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Reka bentuk yang dipilih bergantung kepada
objektif dan persoalan kajian yang dikemukan. Ini kerana, melalui kajian kes seumpama ini dapat
membolehkan pengkaji menyiasat fenomena sebenar dalam kehidupan, apabila sempadan antara
fenomena dan konteks tidak jelas terbukti dan di mana pelbagai sumber bukti yang digunakan
(Yin 1994, 2003). Pandangan ini disokong oleh Rosinah (2012), yang menyatakan bahawa melaui
kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dapat dikumpulkan untuk menjawab
persoalan kajian di samping memfokuskan kepada penghuraian yang holistik dan menyeluruh.

Kajian ini menggunakan kaedah secara kualitatif untuk mengumpul dan menganalisis
data. Untuk tujuan tersebut, teknik utama digunakan iaitu pemerhatian kelas dan bukti dokumen
(Spradley 1980: Bogdan and Biklen 1982, Merrian 1988). Kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti masalah murid menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan di sekolah mubaligh.
Ujian dijalankan sebanyak tiga kali untuk mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh murid
semasa menulis karangan. Pemerhatian dijalankan semasa murid menulis karangan.

Sampel kajian ini terdiri daripada 17 murid-murid tahun 5 Pandai di sekolah mubaligh.
Pemilihan murid tahun 5 ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah penguasaan mata pelajaran
Bahasa Melayu Penulisan di sekolah mubaligh tersebut sebelum mereka menduduki ujian UPSR
tahun hadapan. Sampel ini hanya satu jantina sahaja iaitu lelaki.

Pengkaji menggunakan teknik pengumpulan data dengan analisis dokumen, ujian


kemahiran menulis dan temu bual. Soal selidik digunakan untuk mengenal pasti maklumat profil
responden, maklumat pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dan amalan pembelajaran
kemahiran menulis bahasa Melayu. Ujian kemahiran menulis digunakan untuk mengenal pasti
pencapaian keseluruhan ujian, pencapaian responden berdasarkan soalan dan analisis kesilapan
soalan ujian. Temu bual pula untuk mendapatkan maklumat mengenai profil guru, pengajaran
dan pembelajaran menulis bahasa Melayu.
204

3.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Ujian diagnostik murid telah dijalankan hujung tahun 2017. Ini digunakan untuk mengenal
pasti kelemahan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan. Keputusan tersebut
dihuraikan berdasarkan jadual dibawah mengikut nama, markah dan gred.

Jadual 1. Keputusan ujian diagnostik murid


Bil Nama Murid Kertas Penulisan Gred
1. Alberto 32 E
2. Alvister 34 E
3. Benedict Lelisa 54 C
4. Besson Lee Yan Chen 28 E
5. Boris Wong Sie Xiang 40 D
43

6. Chin Zhee Hau 22 E


7. Elvinson Lau 78 B
8. Fender Avander Safranz 58 C
9. Maurice Giang Anak Westly 56 C
10. Max Clearence 40 D
11. Muhamad Muhaimin 60 C
12. Ricky 34 E
13. Robert 28 E
14. Rolend Sim 24 E
15. Samuel 32 E
16. Sebastian 72 B
17. Willy 34 E

Dapatan analisis dokumen dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu maklumat profil
responden, maklumat pembelajaran bahasa Melayu responden, maklumat pembelajaran bahasa
Melayu responden dan maklumat amalan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu
responden.

Berdasarkan analisis dokumen tersebut dapat dirumuskan seperti jadual yang berikut:
205

Jadual 2. Analisis dokumen


Bil Nama murid Pekerjaan Pekerjaan Pendidikan Pendidikan Pendapatan
bapa ibu bapa ibu
1 Alberto buruh surirumah spm Spm RM1500
2 Alvister buruh surirumah spm spm RM1500
3 Benedict Lelisa Setiausaha Surirumah ijazah diploma RM5000
4 Besson Lee Yan peniaga surirumah spm spm RM1500
Chen
5 Chin Zhee Hau peniaga peniaga spm spm RM1500
6 Christian Anak jurutera surirumah ijazah diploma RM2500
Martin
7 Elvinson Lau guru guru ijazah ijazah RM3500
8 Fender Safranz kerani guru spm ijazah RM2500
9 Maurice Anak buruh jururawat spm diploma RM2500
Westly
10 Max Clearence buruh surirumah spm spm RM1500
46
11 Muhamad guru guru ijazah ijazah Rm3500
Muhaimin
12 Ricky buruh surirumah upsr upsr RM1500
13 Robert buruh surirumah spm spm RM1500
14 Rolend Sim buruh surirumah spm spm RM1500
15 Samuel buruh surirumah spm spm RM1500
16 Sebastian buruh surirumah spm spm RM1500
17 Willy buruh surirumah spm spm RM1500

Bahasa pertuturan merupakan komunikasi yang sangat penting kepada murid-murid


terutamanya di rumah.

Jadual 3: Bahasa komunikasi di rumah


Bahasa pertuturan di rumah Kekerapan
Bahasa Melayu sahaja 1
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 2
Bahasa Iban 13
Bahasa Cina 1

Data murid menggunakan sumber – sumber lain sebagai satu panduan untuk meningkatkan
pembelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Jelas menunjukkan murid-murid lebih kerap
melayari internet berbanding dengan membaca buku cerita, membaca kamus atau majalah dalam
Bahasa Melayu.

Jadual 4. Sumber lain dalam bahasa Melayu


Sumber lain digunakan Kekerapan
Majalah Bahasa Melayu 2
Buku cerita Bahasa Melayu 1
Internet 12
Kamus Bahasa Melayu 1
Lagu Bahasa Melayu 1
206

Jadual 5. Maklumat kesalahan penulisan


Jenis 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Kesalahan
Kesalahan kata / / / / / / / / / / / / / /
majmuk
Salah tanda / / / / / / / / / / /
baca
Salah huruf / / / / / / / / / / /
kecil dan besar
Kesalahan / / / / / / / /
penggunaan
tatabahasa
dalam ayat
Ayat / / / / / / / / / / /
tergantung
Kata hubung / / / / / / / / / / / /
dijadikan
penanda
wacana
Pengaruh / / /
bahasa ibuanda
Kesilapan ejaan / / / / / / / / / / / / /
Menulis ayat / / / / /
menggunakan
singkatan
Tulisan tidak / / / / /
kemas

4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka masalah murid masalah murid menguasai
Bahasa Melayu penulisan berfokus kepada tahun lima di salah satu sekolah mubaligh di Sibu.
Pelaksanaan ini lebih tertumpu kepada faktor yang mempengaruhi penguasaan murid
menguasai Bahasa Melayu Penulisan dari segi kesalahan bahasa, pengaruh bahasa kedua dan cara
pengajaran lebih berpusatkan guru. Pemilihan sekolah rendah mubaligh yang dikaji kerana
berhampiran dengan lokasi yang dikaji dan terdiri daripada murid berbagai kaum.

Kaedah perbandingan berterusan untuk menganalisis data yang digunakan dalam kajian
ini. Pendekatan kualitatif membolehkan kajian mendalam dan menyeluruh tentang masalah
penguasaan bahasa Melayu penulisan. Menurut Yin (1994, 2003), menyatakan pendekatan ini
membolehkan pengkaji menyiasat fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar,
apabila sempadan antara fenomena dan konteks tidak jelas terbukti dan di mana pelbagai bukti
yang digunakan. Pernyataan ini disokong oleh Denzin & Lincoln (2000); Miles & Huberman
(1998), menyatakan bahawa pengkaji berinteraksi dengan peserta kajian secara langsung di
samping mengenal pasti gambaran yang sebenar secara holistic sebab-musabab terbentuknya
fenomena.

Menurut Wiersma (2005) pula, penglibatan pengkaji sebagai alat kajian utama dalam
kajian juga dapat mewujudkan interaksi serta pemahaman yang lebih baik tentang sesuatu
fenomena. Disokong oleh Mohd. Majid (2005); Othman Talib (2013); Rosinah (2011); Sidek
(2002); Wiersma (2000), menyatakan bahawa pengkaji terlibat secara langsung sebagai alat
kajian utama, maka ini akan memberi kelebihan secara langsung sebagai alat kajian utama, maka
ini akan memberi kelebihan kepada pengkaji memfokuskan secara mendalam terhadap sesuatu
perkara yang dikaji.
207

Perbincangan hasil dapatan yang pertama berkaitan dengan penguasaan murid dalam
penulisan bahasa Melayu dengan baik. Untuk meningkatkan prestasi bahasa Melayu Penulisan ,
seseorang murid seharusnya faham kehendak soalan, mempunyai isi pelajaran yang banyak
untuk dihuraikan menjadi karangan, struktur ayat yang betul mengelakkan karangan banyak
kesalahan dan idea yang mendalam supaya karangan menjadi gramatis.

Kefahaman ini memainkan peranan penting untuk membina karangan yang gramatis.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang agak sukar difahami oleh murid. Ini disokong
oleh oleh Nik Safiah (2004), menyatakan bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran yang
sukar diajar kerana melibatkan tahap literasi yang paling kompleks dan memerlukan proses
kognisi yang tinggi (Van de Kopple et al. dalam Roselan, 2003). Murid perlu banyak membaca
buku selain dari di sekolah untuk menambahkan idea semasa membuat karangan. Menurut
Marohaini Yusof & Zulkifi (1997), para pendidik kebiasaannya mengajar murid dengan
memberikan tajuk karangan dan isi-isi penting

Murid perlu ada motivasi untuk menjana idea sendiri tanpa bergantung dengan guru.
Pernyataan ini disokong oleh Ahmad Kilani Mohamad (2001), menyatakan penulisan merupakan
salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar bahasa kedua. Hal ini
kerana melalui penulisan murid dapat menjana idea dan mencatatkan apa yang difikiran dalam
bentuk tulisan.

Mempelajari bahasa kedua bukan sesuatu perkara yang mudah. Bahasa kedua merupakan
bahasa yang dipelajari di luar rumah. Contohnya kajian yang dijalankan oleh Noor Aina Dani
(1994), berkenaan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan Bahasa Melayu murid
bahasa kedua di Sabah, didapati memang terdapat pengaruh dialek dalam penulisan murid
tersebut.

Mempelajari bahasa kedua bukan sesuatu perkara yang mudah. Bahasa kedua merupakan
bahasa yang dipelajari di luar rumah. Contohnya kajian yang dijalankan oleh Noor Aina Dani
(1994), berkenaan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan bahasa Melayu murid
bahasa kedua di Sabah, didapati memang terdapat pengaruh dialek dalam penulisan murid
tersebut.

Pembelajaran murid harus memasukkan unsur-unsur menyeronokkan supaya


pembelajaran dan pengajaran penulisan berkesan. Memperkenalkan aktiviti seperti didik hibur
yang memberikan penekanan kepada pembelajaran yang menyeronokkan. Menurut Abdul
Rashid & Hasmah (2013), pendekatan didik hibur ini dapat mengurangkan rasa kebimbangan
dan ketakutan dalam kalangan murid kepada guru yang berkonsep santai dan hibur.

Menggalakkan murid-murid untuk menghafal kosa kata sama ada kata nama atau kerja
bagi menjamin murid-murid tidak bermasalah dalam membina ayat. Guru-guru juga membuat
perancangan mengajar selari dengan sukatan pelajaran dan objektif kemahiran yang dikehendaki
supaya lebih teratur dan tersusun proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Memperbanyakkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti kad imbasan, buku latihan, gambar, cakera padat dan sebagainya.

5.0 PENUTUP
Kajian ini merupakan kajian kes iaitu hanya di sebuah sekolah, namun ianya diharapkan dapat
menjelaskan kepada kita keadaan sebenar penguasaan kemahiran menulis bahasa melayu dalam
kalangan murid murid sekolah mubaligh. Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat juga
membantu semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung atau sebaliknya. Kajian ini juga
diharapakan dapat membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah penulisan bahasa Melayu
semasa di tahun lima.
208

RUJUKAN
Abdul Sukor Shaari .(2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri Terhadap Pencapaian
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Pemulihan Sekolah Rendah.Universiti Kebangsaan
Malaysia:Bangi.
Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib 2014, Penggunaan Bahasa Ibuanda Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Pribumi di Sekolah Pendalaman
Sarawak.
Layang Ugek 2018, Pelaksanaan Pengajaran Literasi Bahasa Melayu Dalam Kalangan Guru Di
Sekolah Penan.
Kori Sundari.(2013). Komponen Membaca Anak.Universitas Islam: Jakarta.
Norfaizah Abdul Jabar, Anida Sarudin, Idris Mohd Sarudin 2015, Pola Tematik Dan Implikasinya
Dalam Pengajaran Penulisan Karangan.
Siti Iwana Abdul Samah, Rohaty Mohd Majzub, Zamri Mahamod 2014, Pelaksanaan Pengajaran
Penulisan Dalam Kalangan Guru –Guru Sekolah.
Taman Timbang, Zamri Mahamod & Afendi Hamat. (2011). Faktor Dan Kesan Masalah Membaca
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan Di Brunei Darulssalam. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Tiew Wai Sin.(2010).Tabiat Dan Minat Membaca Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di
SMK Hulu Kelang, Gombak.Persatuan Perpustakaan Malaysia.
Ratna Wulan.(2010).Peranan Inteligensi,Penguasaan Kosa Kata,Sikap Dan Minat
Terhadap Kemampuan Membaca Pada Anak.Universitas Gadjah Mada:Jakarta.
Yahya Othman, DK. Suzanawaty Pg. Osman 2014, Keupayaan Menguasai Kemahiran
Menulis Melalui Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Penulisan Berbentuk
Risalah Di Sekolah Rendah.
Zaliza Mohamad Nasir (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu Dalam Penulisan
Karangan Pelajar
https://tiestrysna.wordpress.com/2014/04/12/teori-teori-pembelajaran/. Diakses
pada 24 April 2018.
https://www.slideshare.net/aliarissa/definisi-kemahiran-membaca. Diakses pada 25
April 2018.
http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran-
membaca.html. Diakses pada 18 Mei 2018.
209

TERAPI DOH DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS


HURUF MURID TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH
DI PEDALAMAN

Mohd Fadhil Ismail ⁱ & Zamri Mahamod ⁱⁱ

ⁱGuru Bahasa. Sekolah Kebangsaan Nanga Nansang, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Song, 96850 Song, Sarawak.
mohdfadhil89@gmail.com
ⁱⁱPensyarah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. d-zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian berbentuk kualitatif ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat sejauh mana
aktiviti terapi menggunakan doh dapat membantu dalam penguasaan mengenal dan menulis huruf dalam
kalangan murid tahun satu. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap empat orang murid tahun satu di
Sekolah Kebangsaan Nanga Nansang, Song yang dijadikan sampel dalam kajian ini. Dalam kajian ini juga
pengkaji menggunakan instrumen melalui pemerhatian dan temubual. Alat kajian terdiri daripada ujian
diagnostik (awal dan akhir), analisis dokumen, nota lapangan dan senarai semak. Dapatan kajian
menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian selepas intervensi berdasarkan peningkatan
keputusan ujian awal dan akhir selepas beberapa dua kali pusingan intervensi. Hasil pemerhatian pengkaji
yang dicatat pada nota lapangan dan dirakam menggunakan rakaman video juga menunjukkan peserta
kajian berminat dan melibatkan sepanjang intervensi dijalankan. Pengkaji juga merekod video sebagai
bukti kepada penglibatan dan tindak balas peserta kajian sepanjang kajian dijalankan melalui pengajaran
dan pembelajaran mengenal dan menulis huruf mengunakan doh. Selain itu, dapatan kajian turut
menunjukkan terdapat hubungan antara terapi membentuk huruf dengan menggunakan doh dengan
penguasaan kemahiran mengenal menulis huruf di mana setelah mengenal huruf, murid secara tidak
langsung dapat menulis huruf tersebut dengan baik.

Kata kunci: kemahiran mengenal huruf, kemahiran menulis huruf, aktiviti terapi doh, murid tahun satu,
pedalaman

1.0 PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan dengan pengunaan terapi doh terhadap murid tahun satu
di sebuah sekolah pedalaman terletak di Song Sarawak. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk
melihat adakah pengunaan terapi doh dapat membantu murid-murid tahun satu untuk
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf.

Kemahiran mengenal dan menulis huruf perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara
berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula
diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan
menulis.

Terapi bermain doh merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid
kerana melalui terapi ini mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan secara
tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif.

Sekolah pedalaman bermaksud sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, terpencil
dan mempunyai kesukaran aksesibiliti yang melibatkan pelbagai mod perjalanan, kos yang tinggi,
masa yang panjang serta mempunyai kemudahan asas yang minimum atau tiada langsung.
Sekolah ini juga meliputi sekolah di kawasan persisiran pantai, pulau, sungai dan pergunungan.

Berdasarkan pengalaman pengkaji, setelah mengajar di kelas tahun satu di Sekolah


Kebangsaan Nanga Nansang, Song pada awal bulan Januari, pengkaji menghadapi masalah
210

sebanyak empat orang murid daripada enam orang keseluruhannya yang masih belum mengenal
dan menyebut huruf dengan betul.

Secara khusus, objektif kajian adalah untuk:


1. meningkatkan kemahiran mengenal huruf dengan tepat melalui teknik bermain doh.
2. meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul melalui teknik bermain doh.
3. meneroka minat murid dalam kemahiran mengenal dan menulis huruf

Secara khususnya, soalan-soalan kajian berikut digunakan bagi mendapatkan maklumat


mengenai kajian yang dijalankan.
1. Sejauh manakah murid tahun satu menguasai kemahiran mengenal huruf dengan tepat
melalui penggunaan terapi doh?
2. Sejauh manakah murid tahun satu menguasai kemahiran menulis huruf dengan betul melalui
penggunaan terapi doh?
3. Adakah penggunaan terapi doh dapat menarik minat murid tahun satu untuk mempelajari
mengenal dan menulis huruf ?

2.0 METODOLOGI

2.1 Reka Bentuk Kajian Dan Instrumen Kajian


Instrumen yang pengkaji gunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, pemerhatian, senarai
semak dan temu bual untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh
tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian
pra dan ujian pos mengenal dan menyebut huruf.
Ujian awal diadakan sebelum intervensi dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menilai
sejauh mana pencapaian dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran mengenal dan
menulis huruf. Dalam ujian yang dijalankan, pengkaji meminta kanak-kanak tersebut menyebut
huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Ujian akhir diberikan kepada subjek kajian
setelah proses intervensi.
Pengkaji menggunakan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data.
Pemerhatian ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada subjek dapat menyebut huruf kecil dengan betul
ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan. Senarai
semak digunakan untuk mengetahui jenis huruf yang belum dikenal oleh subjek dan dapat
mengetahui jenis huruf kecil yang menimbulkan kekeliruan. Temu bual digunakan untuk
meninjau persepsi subjek. Temu bual digunakan sebagai kaedah untuk mendapatkan data supaya
dapat menjawab persoalan kajian penyelidikan ini.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Laporan Dapatan Kajian


Melalui penggunaan doh, peserta kajian MN02 dan peserta kajian MN03 telah berjaya mengenal
26 huruf kecil manakala peserta kajian MN01 dan MN04 juga mengalami peningkatan dalam
mengenal huruf dalam satu pusingan intervensi. Pusingan intervensi kedua telah dijalankan di
mana pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta senarai semak digunakan sekali lagi sebagai
instrumen untuk mendapatkan hasil kajian.
211

Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Mengenal Huruf


(Intervensi Pertama)
30
26 26
Bilangan huruf yang dapat dikenal

24 23
25
21
19 18
20
16
dengan betul

15

10

0
MN01 MN02 MN03 MN04
Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 1. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Mengenal Huruf Yang Ditunjukkan Bagi
Intervensi Pusingan Pertama

Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Mengenal dan Menulis


Huruf (Intervensi Kedua)
30
26 26 26 26 26 26
Bilangan huruf yang dapat dikenal

24 23
25
dandengan betul

20

15

10

0
MN01 MN02 MN03 MN04
Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 2. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Mengenal Huruf Yang Ditunjukkan Bagi
Intervensi Pusingan Kedua

Melalui penggunaan doh, peserta kajian MN02 dan peserta kajian MN03 telah berjaya menulis 26
huruf dengan betul manakala peserta kajian MN01 dan MN04 juga mengalami peningkatan dalam
menulis huruf dalam satu pusingan intervensi. Pusingan intervensi kedua telah dijalankan di
mana pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta senarai semak digunakan sekali lagi sebagai
instrumen untuk mendapatkan hasil kajian.
212

Perbandingan Ujian Diagnostik (Awal dan Akhir) Menulis Huruf


(Pusingan Pertama)
30 26 26
Bilangan huruf yang dapat ditulis

23 24
25 22
20 20
20 18
dengan betul

15
10
5
0
MN01 MN02 MN03 MN04
Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 3. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Menulis Huruf Yang Ditunjukkan Bagi
Intervensi Pusingan Pertama

Perbandingan Diagnostik (Awal dan Akhir) Menulis Huruf


(Pusingan Kedua)
30
26 26 26 26 26 26
Bilangan huruf yang dapat ditulis

23 24
25
20
dengan betul

15
10
5
0
MN01 MN02 MN03 MN04
Ujian Awal Ujian Akhir

Rajah 4. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Menulis Huruf Yang Ditunjukkan Bagi
Intervensi Pusingan Kedua

Pengkaji juga telah menganalisis kandungan bagi nota lapangan bagi setiap sesi
pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan. Rajah 5 menunjukkan analisis kandungan nota
lapangan berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan. Pengkaji melabelkan perkara penting
bagi memudahkan menjawab soalan kajian.
213

Didapati bahawa MN02 sudah pandai


membentuk huruf dengan lebih baik.
MN02 sudah boleh mengguli doh itu Kemahiran perkembangan
dengan baik. MN01 memberitahu motor halus MN02 bertambah
MN03 dia membuat dengan lebih cepat baik.
dan pandai membuat huruf t. Dia
sempat memberitahu rakannya yang
lain. MN03 memberitahu dia juga
pandai membuat huruf t. Kemudian,
MN03 membentuk t menggunakan
tangan. MN03 menunjukkan huruf yang MN01, MN02, MN03 dan MN04
dibentukknya kepada pengkaji. MN03 memunjukkan minat dan
tidak sabar membuat huruf yang lain. berasa seronok untuk
Kesemua peserta kajian memberikan membentuk huruf
tumpuan dan menunjukkan riak muka menggunakan doh
yang gembira.

Rajah 5. Sedutan Nota Lapangan Berdasarkan Pemerhatian

Berdasarkan kajian dijalankan dan bukti yang telah diambil, ternyata terapi doh amat
membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf peserta kajian. Peningkatan demi
peningkatan telah dikecapi oleh peserta kajian dalam kemahiran menulis huruf malah dalam
menulis suka kata. Pengkaji telah berjaya membantu peserta kajian yang terdiri daripada murid
yang lemah dalam penulisan keluar dalam masalah pembelajaran yang telah dihadapi selama ini.

Jadual 1. Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian


Soalan 1: Adakah anda seronok bermain menggunakan doh?

Peserta Respon Peserta

MN01 “Seronok cikgu”.


MN02 “Seronok”.
MN03 “Seronok. Boleh buat macam-macam cikgu”.

MN04 “Seronok cikgu”.

Jadual 2. Analisis Temu Bual dengan Peserta Kajian


Soalan 2: Jika diberi peluang, mahukah anda memiliki sendiri doh ini?
Peserta Respon Peserta
MN01 “Mahu, Boleh bawa balik kah cikgu?”.
MN02 “Nak cikgu”.
MN03 “Nak, Nak main dengan adik”.
MN04 “Nak…”.

3.0 PERBINCANGAN
Kajian ini dilakukkan bertujuan membantu murid mengusasai kemahiran mengenal dan menulis
huruf tahun satu di sekolah pedalaman melalui terapi doh. Fokus kajian untuk melihat
keberkesanan terapi doh dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf serta
214

melihat kepada minat murid terhadap intervensi yang telah digunakan. Kedua-dua aspek
tersebut dilihat melalui pelaksanaan intervensi terapi doh oleh pengkaji itu sendiri.

Tulang utama kajian adalah berorientasikan kepada tiga persoalan kajian yang dibina.
Persoalan kajian pertama menyentuh tentang keberkesanan terapi doh kepada peningkatkan
penguasaan kemahiran mengenal huruf peserta kajian. Seterusnya, persoalan kedua berkaitan
dengan keberkesanan terapi doh kepada penguasaan peserta kajian dalam menulis huruf dengan
baik. Manakala persoalan ketiga melihat kepada minat dan tarikan peserta kajian terhadap
intervensi yang telah dijalankan.

Dalam menjawab persoalan kajian dan perbincangan dapatan kajian, pengkaji turut
merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan bermain yang diperkenalkan oleh tokoh-
tokoh seperti Friendrich Wilhelm Froebel, Lev Semanovich Vygotsky, Jean Piaget dan Jerome
Bruner. Teori-teori ini dapat dijadikan panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan khususnya pelaksanaan aktiviti belajar
melalui bermain (doh). Teori-teori ini juga diihat sesuai digunakan bagi membantu menjelaskan
objektif kajian dan persolan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini.

Pada dasarnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dilakukan mengikut kaedah
kajian tindakan. Data kajian diperoleh menerusi pemerhatian, temu bual dan penganalisisan
dokumen yang berkaitan. Senarai empat orang murid tahun 1 satu di sebuah sekolah pedalaman
dipilih sebagai peserta kajian dan mereka terdiri daripada murid yang dikenal pasti belum
mengusasi kemahiran mengenal dan menulis huruf dengan baik berdasarkan ujian saringan
LINUS yang telah diadakan.

Hasil daripada penganalisisan data jelas memperlihatkan konsep belajar sambal bermain
(doh) dalam konteks kajian ini sesuai diterapkan di peringkat sekolah rendah di pedalaman.
Secara keseluruhannya, aspek kefahaman guru tentang terapi doh sangat jelas berdasarkan
tafsiran yang diberi menerusi tema iaitu mempunyai unsur yang menyeronokkan, penerokaan,
motivasi, pengalaman sebenar, memberi peluang dan kebebasan, perancangan teliti, kemahiran
dan perkembangan kanak-kanak, fokus dan menarik, yakin dan selamat dan menggabungkan
aspek pendidikan dengan bermain.

4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapatan kajian memperlihatkan bahawa kesemua peserta kajian yang
ditemu bual dan diperhatikan seronok dan gembira dalam melaksanakan ativiti bermain doh
dalam membentuk perkataan dan mengenali serta menulisnya semula. Dapatan kajian dan hasil
daripada perbincangan yang telah dibuat sudah tentu membawa kepada implikasi di dalam dunia
Pendidikan khususnya murid-murid tahun satu di sekolah pedalaman.

Untuk cadangan seterusnya, sebaiknya masa intervensi atau rawatan perlu dipanjangkan
untuk mendapatkan data yang lebih jitu dan sahih. Tindakan-tindakan intervensi boleh
dilaksanakan lebih lama untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal huruf
kepada suku kata dengan lebih baik.

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar menambah lagi aktiviti yang lebih pelbagai
dan menarik di dalam menggunakan doh. Selain itu juga, pengkaji boleh menjadikan penggunaan
doh ini sebagai satu permainan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat
dan tumpuan murid dalam mengajar kemahiran mengenal huruf kecil.

Diharapkan pada kajian yang seterusnya, penggunaan doh ini dapat diperluaskan melalui
aplikasi di dalam tunjang-tunjang pembelajaran yang lain seperti tunjang Bahasa Inggeris,
Tunjang Sains, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Ekstetika supaya menjadikan satu pengajaran
215

lebih menarik dan mempunyai pelbagai fungsi. Kajian ini juga boleh dilanjutkan supaya teknik
pengajaran ini dapat diperkembangkan penggunaannya bukan sahaja kepada guru prasekolah
tetapi juga ibu bapa murid-murid prasekolah yang juga boleh menggunakan semasa mengajar
anak-anak mereka di rumah. Hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi modal insan minda
kelas pertama akan terlaksana sekiranya kemenjadian murid dititikberatkan pada peringkat awal
perkembangan kanak-kanak.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1 (1):
1-12.
Felicia M. (2009). Biskut huruf meningkatkan bacaan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP Prasekolah. Kuala Lumpur: IPGKBM.
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi dan Siti Hajar Idrus (2011). Literasi
bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ismail Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. (1992). Kemahiran membaca dalam asas kemahiran
berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jarboe, E.C. (2002). Art therapy: A proposal for inclusion in school settings. New Horizons for
Learning.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas
bermasalah pembelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Khairuddin Mohamad (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Khairul Nadiah Muhamod & Hasizan Dahalal (2013). Meningkatkan kemahiran mengenal dan
menyebut huruf yang kecil murid bermasalah pembelajaran aras sederhana melalui
penggunaan membentuk doh. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Strategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan
pendidikan (Pendidikan Khas). Warta Kerajaan.
Mason, C.Y., Thormann, M. S., & Steedly, K. M. (2004). How students with disabilities learn inand
through the arts: An investigation of educator perceptions. Diakses pada 20 November,
2018. http://livingreseaRch. vsarts. org.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan prasekolah: Siri pendidikan
prasekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
Noor Aini Ahmad. (2010). Pengajaran kemahiran bahasa pada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Aisyah Abdul Hamid. (2012). Batik. Diakses pada 18 Disember 2018.
http:/btbaa.blogspot.com/2012_01.html?m=1
Swartz, M.I. (2005). Play dough: What’s standard about it?. Diakses pada 7 Februari 2019 dari
www.journal.naeyc.org/about/permissions.asps
Syed Abu Bakar Syed Akil (1994). Panduan kemahiran membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Whitehurst, G. J. & Lonigan, C. (2001). Emergent literacy: Development from prereaders to readers.
Dlm. S. Neuman & D. Dickinson (Eds.). Handbook of early literacy research, 11-30. New
York: Guilford.
Yasmin Hussain (2013). Terapi dalam pendidikan khas. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn.
Bhd.
Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B-D-P-Q Di Kalangan
Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas 1:46-49
Bustam Kamri (2010). Abjad diajar atau tidak diajar. Diperoleh pada 15 Mac 2012 dari
http://bustamkamri.blogspot.com/2010/07/abjad-diajar-atau-tidak-diajar.html
216

Kamarudin Hj Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Mascle, D. (2006). Teach your child the alphabet. Diperoleh pada 15 Februari 2012 dari
http://EzineArticles.com/?expert=Deanna_Mascle
Nor Hashimah & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur :Berita Publishing Sdn. Bhd
Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2):1-15
Swartz, M.I. (2005). Playdough : What’s standard about it?. Diperoleh pada 14 Februari 2012 dari
www.journal.naeyc.org/about/permissions.asp
217

STRATEGI PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA MELAYU DALAM


KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI WILAYAH YALA,
SELATAN THAILAND

Muhammad Alee Songi & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammadii


i (Pengarang Bersama). Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM. p93182@siswa.ukm.edu.my
ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UKM. munaruzanna@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di wilayah
Yala, Selatan Thailand. Kajian ini berlandaskan Klasifikasi Strategi Pembelajaran Bahasa (Wenden, 1991)
yang membahagikan strategi pembelajaran kepada dua, iaitu (i) strategi kognitif: memilih maklumat,
memahami, simpan, dan dapatkan semula maklumat; dan (ii) strategi pengurusan diri: memantau atau
menguruskan proses pembelajaran seperti pembelajaran kendiri. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih
secara rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Science (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu pada
tahap yang sederhana (3.23). Tumpuan ketika guru membaca teks bahasa Melayu (min, 3.60) merupakan
SPB yang paling kerap digunakan oleh pelajar IPT di Yala. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu
pelajar dan guru bagi memilih strategi pembelajaran bahasa yang sesuai supaya dapat meningkatkan tahap
penguasaan membaca bahasa Melayu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang mengambil bahasa
Melayu sebagai bahasa asing.

Kata kunci: Strategi pembelajaran, bahasa Melayu, bahasa asing

1.0 PENGENALAN
Bahasa adalah suatu elemen yang begitu penting dalam kehidupan manusia. Bahasa digunakan
sebagai medium untuk berkomunikasi sesama ahli di dalam masyarakat sama ada secara lisan
atau bertulis. Penggunaan bahasa yang baik dan betul serta teratur dapat memberi makna yang
mendalam terhadap komunikasi manusia dalam menyampaikan sesuatu mesej, kehendak,
perasaan, pendapat dan memahami orang lain melalui komunikasi. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran, bahasa ialah medium utama yang terpenting dalam menyampaikan sesuatu
maklumat daripada guru ke murid. Untuk mendapatkan atau menguasai sesuatu bahasa
memerlukan teknik, cara atau langkah yang betul, sesuai dan berkesan atau dikenali dengan
strategi pembelajaran. Strategi pembelajaran merupakan langkah atau cara yang diamalkan oleh
pelajar untuk menyusun pembelajaran mereka supaya pembelajarannya lebih mudah, menarik
dan berkesan. Menurut Oxford (1990) strategi pembelajaran adalah langkah atau cara untuk
membantu, mempercepatkan dan memudahkan para pelajar untuk memahami apa yang mereka
belajar. Selain itu, ia juga melatih dan memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih
matang, berdikari dan cekap dalam mengaplikasi pelbagai strategi pembelajaran yang diketahui
mengikut situasi khususnya dalam proses pembalajaran bahasa.

1.1 PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI IPT THAILAND


Negara Thailand merupakah salah satu negara di ASEAN yang tidak pernah dikuasai dan dijajahi
oleh mana-mana negara kuasa di dunia, namun sebaliknya negara ini telah menjajah beberapa
buah negeri Melayu di selatan negara itu dan menjadikan negeri jajahannya sebahagian daripada
wilayahnya. Latar belakang sejarah negara ini sangat berbeza apabila dibandingkan dengan
negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia sama ada dari segi dasar dan perancangan bahasa
(Norizah, 2005). Negara Thailand mempunyai 60 bahasa dari pelbagai etnik. Bahasa tersebut
dibahagikan kepada tiga kelompok bahasa iaitu bahasa Thai baku atau standard, dialek-dialek
218

Thai dan bahasa minoriti (Hayati et al., 2016 dalam Fazal & Mohammad, 2016). Bahasa Thai baku
atau standard merupakan bahasa yang menyatu padukan penduduk di seluruh negara Thailand.
Bahasa Thai baku juga merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Ia berfungsi sebagai
lambang penyatuan seluruh bangsa dan digunakan di semua aspek penggunaan rasmi seperti
bidang pendidikan, pentadbiran, media dan sebagainya. Semua jenis sekolah
(kebangsaan/swasta) walaupun di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk minoriti
seperti Melayu di Selatan Thailand menggunakan bahasa Thai baku untuk mengajar semua jenis
mata pelajaran. Namun penggunaan bahasa selain dari bahasa Thai baku (selepas ini akan
menggunakan istilah bahasa Thai sahaja) adalah dibenarkan tetapi terhad (Kamsiah, 2010).

Sistem pendidikan Thailand mengutamakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar di


semua peringkat pengajian sama ada diperingkat sekolah (rendah dan menengah) mahupun di
peringkat pengajian tinggi. Hal ini, kerana bahasa Thai merupakan bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara yang mana bahasa ini menjadi bahasa utama bagi penduduk negara ini. Ia
berbeza dengan penduduk di bahagian selatan negara yang bersempadan dengan negara
Malaysia yang mana majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Bagi wilayah Selatan
Thailand, terdapat dua dialek bahasa Melayu yang digunakan iaitu dialek Melayu Patani dan
dailek Melayu Satun yang mana ia merupakan bahasa pertama (bahasa ibunda) dan bahasa Thai
adalah bahasa kedua mereka (bukan bahasa asing) (Phaitoo dalam Kamsiah, 2010).

Pembelajaran bahasa Melayu di Selatan Thailand, bagi sekolah rendah/menengah swasta


aliran agama mengutamakan bahasa Melayu berbanding bahasa Thai dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, manakala di sekolah rendah/mengengah kebangsaan bahasa pengantar
adalah bahasa Thai dan bahasa Melayu hanya digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran subjek pengajian Islam dan program dwibahasa (bahasa Melayu- bahasa Thai)
telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah kebangsaan.

Di peringkat pengajian tinggi pula, bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah bahasa Thai dan semua bahasa selain bahasa Thai termasuk bahasa Melayu merupakan
bahasa asing. Terdapat beberapa institut pengajian tinggi (IPT) di negara Thailand khususnya di
wilayah Selatan Thailand telah menawar program bahasa Melayu sebagai bahasa asing (bahasa
timur). Antara IPT yang terawal yang menawar program bahasa Melayu ialah Universiti Thaksin
dan Universiti Prince of Songkla, kampus Pattani. Pada tahun 2008, Universiti Islam Yala (nama
sekarang ialah Universiti Fatoni (FU)) merupakan IPTS juga turut menawar ijazah pertama
program bahasa Melayu. Seterusnya pada tahun 2009, Universiti Prince Naradhiwas telah
menawar kursus bahasa Melayu sebagai subjek pilihan dan diikuti dengan Universiti Rajabhat
Yala (YRU) (2010) telah menawarkan ijazah pertama program Bahasa Melayu (Hishamudin Isa
et al, 2017). Pada beberapa tahun berikut, YRU dan FU telah menawarkan ijazah pertama
program Pendidikan Bahasa Melayu.

Sebangai contoh YRU merupakan salah satu institut pengajian tinggi awam (IPTA) telah
menawarkan program ijazah pertama Bahasa Melayu dan Pendidikan Bahasa Melayu. Penawaran
tersebut mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan antaranya untuk memenuhi permintaan
masyarakat tempatan dan juga permintaan pihak kerajaan untuk mengisi tenaga guru bahasa
Melayu di sekolah-sekolah kerajaan sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah
(Phaosan, 2014). Selain itu, hasil daripada pertubuhan ASEAN dan prinsip “Arus Kependudukan
Asean” yang bertujuan untuk menyatukan perhubungan dan perdagangan negara-negara Asean.
Pihak kerajaan dan swasta menganggap bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat
penting dalam komuniti ASEAN yang mana mempunyai ramai bilangan penduduk yang
menggunakan bahasa ini dan merupakan bahasa perhubungan di negara-negara ASEAN seperti
Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, di Selatan Filipina dan juga di Selatan
Thailand (Worawit, 1999). Sehubungan dengan itu, kurikulum program bahasa Melayu di YRU
telah memberi penekanan terhadap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar-bertutur,
membaca, dan menulis. Sebagai contoh kemahiran membaca yang menekankan tentang bunyi
219

dan sebutan yang betul dalam bahasa Melayu. Oleh itu, pelajar YRU perlu mempunyai strategi
pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) yang betul dan sesuai serta berkesan bagi meningkatkan
penguasaan dan kemahiran berbahasa.

Strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) meliputi kemahiran mendengar-bertutur,


membaca, dan menulis. Fokus utama kajian ini adalah SPB bagi kemahiran membaca bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar IPT. Menurut Ab. Razak dan Saiful Haq (2011) yang menyatakan
bahawa tahap penguasaan BM pelajar di Thailand khususnya penguasaan bacaan BM berada
pada tahap yang sangat lemah kerana pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran tidak sesuai dengan keadaan setiap pelajar. Berdasarkan kenyataan tersebut, telah
mendorong pengkaji untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
di Wilayah Yala, Selatan Thailand.

1.2.1 STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (SPBM)


Perkataan “strategi” berasal daripada perkataan “strategia” dalam bahasa Greek Kuno yang
membawa maksud kemahiran seni peperangan atau berkenaan dengan pengurusan ketenteraan.
Kemudian penggunaan perkataan ini berkembang kepada bidang selain daripada bidang
ketenteraan iaitu bidang pendidikan dan sebagainya dengan memberi makna yang baru (Oxford,
1990).

Antara definisi SPB terawal yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji terdahulu ialah
Rubin (1975), menyatakan bahawa SPB merupakan teknik atau cara tertentu yang digunakan
oleh pelajar bagi memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan. Rigney (1978) mentakrif SPB sebagai
langkah atau tindakan yang selalu dilakukan secara sedar untuk mempertingkatkan pemerolehan
maklumat (Kamarul & Mohamed Amin 2010). Bialystok (1978) mendefinisikan SPB sebagai
langkah-langkah yang diambil bagi menggunakan dan mengeksploitasikan maklumat yang ada
untuk mempertingkatkan kecekapan dalam bahasa kedua. Wenden dan Rubin (1987)
mendefinisikan SPB sebagai strategi yang menyumbangkan ke arah perkembangan sistem
bahasa yang dibina oleh pelajar dan mempengaruhi pembelajaran mereka secara langsung.

Menurut Oxford (1990), SPB adalah tindakan, langkah atau teknik tertentu yang
dilakukan oleh pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka dengan lebih mudah, cepat dan
lebih seronok. O’ Malley dan Chamot (1990) pula beliau berpendapat bahawa strategi merupakan
suatu alat untuk mengaktif, penglibatan lebih ke arah kendiri bagi memperkembangkan
penguasaan atau keupayaan komunikatif dalam proses pembelajaran bahasa. Mohamed Amin
(2000), SPB bertujuan membantu pelajar untuk menguasai proses pembelajaran dengan lebih
mudah, cepat, menyeronok, cekap dan membawa perubahan kepada situasi yang baru (Fa’izah et
al 2010). Oxford (1990) telah membahagikan strategi pembelajaran kepada dua jenis utama iaitu
strategi pembelajaran bahasa secara langsung dan strategi pembelajaran bahasa secara tidak
langsung. Jenis pertama, strategi pembelajaran bahasa secara langsung terdiri daripada strategi
ingatan, strategi kognitif dan strategi ganjaran. Manakala jenis kedua, strategi pembelajaran
bahasa secara tidak langsung meliputi strategi metakognitif, strategi afektif dan strategi sosial.

Beberapa kajian lepas berkenaan dengan startegi pembelajaran bahasa (SPB)


menunjukkan bahawa SPB dapat membantu pelajar untuk menguasai sesuatu bahasa dengan
cepat dan mudah. Bagi kajian SPBM bermula dikaji pada tahun 1998 oleh Abu Talib tentang gaya
dan strategi pembelajaran bahasa. Kajian tersebut mendapati bahawa pelajar cemerlang lebih
banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding dengan pelajar lemah dalam
mempelajari bahasa Melayu. Begitu juga dengan dapatan kajian Rahani dan Mohd Nazali (1999)
berkenaan hubungan antara strategi pembalajaran bahasa Melayu mengikut faktor pencapaian
bahasa Melayu ketika belajar bahasa Melayu di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi
peperiksaan. Zamri, jamaluddin dan Mohammed Amin (2006) dalam kajiannya mendapati
bahawa pelajar cemerlang daripada pelbagai etnik di Malaysia lebih gemar menggunakan
220

pelbagai SPB ketika belajar BM di dalam kelas. Hal ini telah ditegaskan oleh Zamri (2004) bahawa
penggunaan SPB dipercayai dapat membatu pelajar untuk meningkatkan penguasaan BM iaitu
dengan hanya menggunakan strategi yang betul, sesuai dan berkesan, pelajar akan mencapai
kejayaan dalam pembelajaran BM.

Berdasarkan huraian dan perbahasan di atas, maka dapatlah disimpulkan bahawa SPB
merupakan langkah, cara, teknik atau tindakan tertentu yang diamalkan oleh pelajar untuk
mempermudah dan mempercepatkan proses pembelajaran bahasa. Kepelbagai SPB yang
digunakan oleh pelajar dapat membantu pelajar untuk menguasai sesuatu bahasa dengan cepat,
mudah dan berkesan.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi
pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut
Pengajian Tinggi (IPT) di wilayah Yala, Selatan Thailand. Kajian ini menggunakan pendekataan
kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan. Seramai 30 orang pelajar IPT telah dipilih secara rawak
mudah sebagai responden kajian. Instrumen soal selidik strategi pembelajaran bahasa Melayu
(SPBM) yang digunakan oleh pengkaji telah diubah suai daripada Mohamed Amin (2000), Zamri,
Kamiliah Ayu dan Wan Muna Ruzanna (2016). Soal selidik ini mengandungi dua bahagian.
Bahagian A (demografi) dan bahagian B (SPB bagi kemahiran berbahasa iaitu kemahiran
membaca BM). Data soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Science
Social (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan statistik deskriptif.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Kemahiran membaca merupakan kemampuan seseorang individu untuk memahami dan
mentafsirkan sesuatu perkara dengan betul dan tepat. Pelbagai startegi pembelajaran bahasa
bagi kemahiran membaca BM yang diamalkan oleh pelajar IPT di wilayah Yala, Selatan Thailand.
221

Jadual 1. Strategi pembelajaran membaca bahasa Melayu

Skala Likert
1 2 3 4 5
Kekera Kekera Kekera Kekera Kekera Min SD
Item Soalan pan pan pan pan pan
(%) (%) (%) (%) (%)

1. Saya membaca 2 13 14 1 0 2.47 .681


majalah dalam BM (6.7) (43.3) (46.7) (3.3) (0.0)
2. Saya membaca .
teks/petikan BM 4 18 8 0 0 3.13 629
dengan teliti dan (13.3) (60.0) (26.7) (0.0) (0.0)
penuh perhatian
3. Saya membaca
pelbagai buku 7 20 3 0 0 2.87 .571
dalam BM yang (23.3) (66.7) (10.0) (0.0) (0.0)
minat dan mudah
difahami
4. Saya membaca 2 7 16 5 0 2.80 .805
teks/petikan (6.7) (23.3) (53.3) (16.7) (0.0)
online dalam BM
5. Saya membaca
sari kata di TV 17 12 1 0 0 2.47 .571
dalam BM dapat (56.7) (40.0) (3.3) (0.0) (0.0)
meningkat
kemahiran
membaca saya
6. Saya membuat 5 16 4 5 0 3.30 .952
latihan membaca (16.7) (53.3) (13.3) (16.7) (0.0)
secara berulang
kali
7. Saya meminta
rakan 2 5 14 6 3 3.10 1.029
sekelasmembetulk (6.7) (16.7) (46.7) (20.0) (10.0)
an kesalahan
semasa membaca
teks BM
8. Saya meminta
guru membetulkan 3 3 14 7 6 3.33 1.213
kesalahan semasa (10.0) (10.0) (46.7) (23.3) (20.0)
membaca teks BM
9. Saya memberi 0 3 13 7 7 3.60 .968
tumpuan ketika (0.0) (10.0) (43.3) (23.3) (23.3)
guru membaca teks
BM
10. Saya membaca 2 6 12 7 3 3.10 1.062
teks BM sebelum (6.7) (20.0) (40.0) (23.3) (10.0)
pembelajaran
bermula

Jadual 1 membincangkan SPB membaca bahasa Melayu yang diamalkan oleh pelajar IPT
di wilayah Yala, Selatan Thailand. Sebanyak 10 item soalan ditanya kepada responden tentang
strategi pembelajaran membaca bahasa Melayu. Item 9 (Saya memberi tumpuan ketika guru
membaca teks BM) dengan min 3.60 merupakan item yang paling tinggi. Manakala item soalan 1
(Saya membaca majalah dalam BM) dan 5 (Saya membaca sari kata di TV dalam BM dapat
222

meningkatkan kemahiran membaca saya) dengan min 2.47 berada pada tahap yang paling
rendah.

Secara terperincinya, bagi item soalan 1 dan 3. Kedua-dua item soalan tersebut berkenaan
dengan bahan cetak berada pada tahap rendah dengan min (2.47) dan (2.87). Hal ini kerana,
kebanyakan buku ditulis dalam bahasa Thai. Selain itu, bahasa utama negara Thailand adalah
bahasa Thai. Oleh demikian, telah memberi kesan kepada kedudukan, perkembangan dan
penggunaan bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang kurang penting di negara ini.
Penggunaan bahasa Melayu sama ada di media cetak mahupun media massa adalah terhad
(Kamsiah, 2010).

Item soalan 4 mempunyai tahap rendah dengan min 2.80 kerana kekurangan alat bantu
mengajar seperti komputer, projekter dan sebagainya, pada masa yang sama PdPc tidak dapat
menarik minat pelajar. Dapatan ini selari dengan dapatan Fathiyah (2008) yang menyatakan
bahawa alat-alat bantu mengajar seperti komputer, internet, projekter dan lain-lain kelengkapan
alat bantu mengajar hanya terdapat dibeberapa buah sekolah malah beberapa buah sekolah
mampu hanya diadakan oleh pihak pentadbiran sekolah dengan bilangan yang terhad. Selain itu,
bahan bantu mengajar yang sedia ada tidak dapat menarik minat pelajar untuk mengikut proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh hal demikian, minat dan motivasi pelajar menjadi
semakin berkurang dan tahap pemahaman serta penguasaan BM pelajar juga ditahap yang
rendah.

Item soalan 5 berada pada tahap yang paling rendah dengan min 2.47 kerana siaran TV
di Thailand yang menyediakan sari kata dalam bahasa Melayu (tulisan Jawi) hanya terdapat 2
siaran sahaja iaitu TV 11 (NBT Yala) dan TV 9 (Modern 9 TV).

Item soalan 2 berada pada tahap sederhana dengan min 3.13. Begitu juga dengan item
soalan 6 dan item soalan 10 masing-masing berada pada tahap sederhana dengan min 3.10 dan
dengan min 3.30. ketiga-tiga item soalan ini menunjukkan bahawa pelajar IPT kurang memberi
perhatian, tumpuan, kurang membuat latihan serta persediaan untuk mempelajari BM kerana
kedudukan BM di Thailand bukanlah bahasa utama untuk mendapat pekerjaan khususnya
menjawab jawatan kerajaan. Disebabkan itu, maka minat dan motivasi untuk mempelajari BM
semakin kurang.

Item soalan 7 dan item soalan 8 berada pada tahap sederhana yang mana masing-masing
mempunyai min 3.10 dan 3.33. Kedua-dua item soalan ini menunjukkan pelajar IPT masih
merujuk guru dan rakan sekelas yang fasih berbahasa Melayu dalam memperbaiki serta
memperbetulkan kesalahan membaca mereka. Malahan masih terdapat kekurangan tenaga atau
individu yang betul-betul mahir dalam bahasa Melayu yang boleh dirujukan oleh pelajar.

Dan item soalan 9, item soalan ini mempunyai tahap sederhana dengan min 3.60 (paling
tinggi). Hal ini kerana penggunaan BM sepenuhnya hanya berlaku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Oleh itu, pelajar akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keseluruhannya mendapati bahawa pelajar IPT di wilayah Yala, Selatan Thailand


mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca BM iaitu sederhana (min 3.23). Dari segi
penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) bagi kemahiran membaca BM pula, pelajar
menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa bagi meningkatkan kemahiran membaca
BM. Dalam kajian ini SPB yang kerap diamalkan oleh pelajar adalah SPB memberi tumpuan ketika
guru membaca teks BM, SPB meminta guru membetulkan kesalahan semasa membaca teks BM,
SPB membuat latihan membaca secara berulang kali dan seterusnya. Strategi tersebut
merupakan SPB yang kerap diamalkan oleh pelajar bagi membantu untuk meningkatkan
penguasaan dan kemahiran membaca BM. Dapatan kajian ini bertepatan dengan beberapan
223

kajian SPB sebelum ini yang mengkaji aspek kemahiran berbahasa. Antaranya ialah kajian yang
dilakukan oleh Yang (1995), Kang (1997), Mohamed Amin et al. (2002) dan Zamri & Mohamed
Amin (2005). Zamri dan Mohamed Amin (2005) menyatakan bahawa untuk menguasai
kemahiran membaca, pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan SPB berbanding dengan
pelajar lemah. Dapatan tersebut selari dengan dapatan kajian sebelumnya yang dijalankan oleh
Hamidah, Melor dan Norzaini (2002). Yang (1995) dan Kang (1997) dalam kajiannya menyatakan
bahawa pelajar yang menguasai bahasa Inggeris menggunakan pelbagai SPB bagi kemahiran
membaca yang mana melibatkan strategi metakognitif dan kognitif semasa mempelajari bahasa
Inggeris. Begitu juga dengan dapatan kajian Pickard (1995) menyatakan bahawa pelajar lebih
gemar menggunakan pelbagai SPB ketika belajar bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa
pelajar yang banyak menggunakan SPB dapat meningkatkan penguasaan dan kemahiran
berbahasa (Zamri, Mohamed Amin & Nik Mohd Rahimi, 2010).
4.0 CADANGAN
Setelah meneliti hasil dapatan kajian maka dicadangankan perlu penambahbaik dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa Melayu khususnya dari aspek kemahiran membaca
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar IPT di Thailand. Antaranya, pertama guru atau tenaga
pengajar perlu mengenal pasti SPB yang manakah lebih dominan dengan keperluan atau
kehendak pelajar. Kedua, cara dan kaedah penyampaian mesti dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah atau
teknik pengajaran. Ketiga, pihak berkenaan sama ada pihak universiti ataupun Dewan Bahasa
dan Pustaka Melayu Thailand (DBPMT) perlu membuat MOU atau kerjasama dengan IPT atau
organisasi luar negara yang berkenaan seperti DBP Malaysia, ATMA UKM dan sebagainya bagi
tujuan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu bahasa Melayu serta mengadakan
aktiviti bahasa Melayu seperti minggu atau bulan bahasa dengan mengada pameran bahasa,
pertandingan bahasa (pidato, sajak, pantun, anasyid dan sebangainya), selain itu, pihak
berkenaan juga perlu menyediakan bahan rujukan sama ada berbentuk bahan cetak atau bahan
elektronik dalam bahasa Melayu sebagai sumber rujukan pelajar dan orang awam.

5.0 PENUTUP
Berdasarkan dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa tahap penguasaan membaca BM
pelajar IPT adalah sederhana. Kelemahan pelajar dalam menguasai membaca BM disebabkan
beberapa faktor antaranya minat dan motivasi, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan cara
penyampaian oleh guru serta kekurangan alat dan bahan bantu mengajar dan tidak dapat
menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi penggunaan
SPB pula, pelajar IPT di wilayah Yala, Selatan Thailand lebih cenderung menggunakan pelbagai
SPB dalam meningkatkan penguasaan dan kemahiran membaca BM. Kepelbagai SPB yang
diamalkan oleh pelajar dalam kemahiran membaca membolehkan pelajar menguasai dan
mempelajari BM dengan lebih baik dan berkesan.

Kepelbagaian SPB dapat membantu para pelajar untuk menguasai dan meningkatkan
kemahiran berbahasa mereka. Pelajar yang kerap mengamalkan SPB membuatkan proses
pembelajaran bahasa mereka lebih mudah dan cepat untuk menguasai kemahiran bahasa Melayu
khususnya dari aspek kemahiran membaca. Kesemua SPB membaca ini boleh dijadikan rujukan
kepada pelajar serta guru bahasa bagaimana teknik atau cara mengajar yang sesuai dengan
keadaan setiap pelajar. Ia juga boleh menjadi panduan kepada guru untuk mempertingkatkan
atau menambah variasi pengajaran di dalam kelas.

RUJUKAN
Abu Talib Abdullah. 1988. Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan 4 daerah Johor Bahru. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Bangi: UKM.
224

Ab. Razak Ab. Karim & Muhammad Saiful Haq Bin Hussin. 2011. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22,
2011. Universiti Malaya.
Bialystok, E. 1978. A theoretical model of second language learning. Language Learning, 28: 69-
83.
Fa‘izah Abd. Manan, Mohammed Amin & Zamri Mahamod. 2010. Kerangka pembangunan dan
penilaian modul belajar cara belajar bahasa Melayu pelajar asing institusi pengajian tinggi
Malaysia. ISSN: 1985-5826, Vol. 2, July 2010, 59-71.
Fathiyah Chapakiaya Omar Chapakia. 2008. Amalan Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Agama
Rakyat Selatan Thailand: Kajian Kes di Sekolah Muslim Phatanasad. Tesis Sarjana. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Hayati Lateh & Zaharani Ahmad. 2016. (Disunting oleh Fazal & Mohammad, 2016). Syarat Kosa
Kata Pinjaman Thai Dalam Dialek Melayu Patani: Analisis Tatatingkah Kekangan.
Penyelidikan Linguistik Moden. Bangi: Penerbit UKM.
Hishamudin Isa, Abdonloh Khreeda-oh dan Mashetoh Abd Mutalib. 2017. Bahasa Melayu di
Thailand: Cabaran dan saranan penyelesaiannya. MAHAWANGSA 4 (1): 109- 122 (2017).
Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi pembelajaran bahasa. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kamsiah Abdullah. 2010. Pendidikan Bahasa Melayu di Singapura. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Norizah Adri. 2005. Sikap Terhadap bahasa Melayu dan Penggunaannya di Kalangan Pelajar
Universiti di Selatan Thailand. Tesis PhD. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Nazali Abu Bakar. 1999. Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan 4: Satu Tinjauan. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Bangi: UKM.
O’ Malley, J.M. & Chamot, A.V. 1990. Learning strategies in second language acquisition. New York:
Cambridge University Press.
Oxford, R. 1990. Language learning strategies: Whats every teacher should know. Rowley:
Newbury House.
Phaosan Jehwae. 2014. Dilema Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Pembelajaran di Pondok
Pesantren Patani Thailand Selatan. Patani: Universiti Fatoni.
Rahani Yusof. 1999. Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di
dua buah sekolah menengah di Sekinchan, Selangor: Satu tinjauan awal. Latihan Ilmiah.
Fakulti pendidikan, Bangi: UKM.
Rubin, J. 1975. Whats the language learner can teach us. TESOL Quartely, 9: 41-51.
Wenden, A.L. 1991. Learner strategies for learner autonomy: Planning and implementing training
for language learners. New Jersey: Prentice Hall.
Wenden, A.L & Rubin, J. 1987. Learner strategies for language learning. Eds. New Jersey: Prentice
Hall.
Worawit Baru. 1999. Dasar kerajaan dan kesannya terhadap bahasa Melayu di negara Thai. Tesis
PhD. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah
menengah. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod, Jamaluddin Badusah & Mohamed Amin Embi. 2006. Strategi pembelajaran
bahasa Melayu antara pelajar pelbagai etnik: Satu kajian perbandingan. Laporan Akhir
Penyelidikan Fundanmental GG/005/2004. Fakulti Pendidikan, UKM.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi& Nik Mohd Rahimi. 2010. Strategi pembelajaran bahasa
Melayu dan Inggeris pelajar cemerlang, Iventori: Strategi belajar-cara-belar-bahasa.
Fakulti pendidikan, Bangi: UKM.
Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu dan Wan Muna Ruzanna. 2016. Penggunaan strategi
pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan muid Cina berdasarkan sikap dan
kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei
2016): 38-51.
225

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERTERASKAN


KREATIVITI DALAM PEMBINAAN AYAT

Nabilah Husna Haruni & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammadii

i (Pengarang Bersama). Pelajar Master, Fakulti Pendidikan, UKM. p93182@siswa.ukm.edu.my


ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UKM. munaruzanna@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini berfokus kepada strategi pembinaan ayat menggunakan kreativiti yang digunakan oleh guru
bahasa Melayu yang bertujuan membuktikan bahawa teori kreativiti yang diolah dari Paul Torrance (1970)
seperti kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan perkembangan idea akan dapat meningkatkan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif. Kreativiti guru diukur menggunakan Torrence Tests of Creative Thinking (TTCT)
berdasarkan pembinaan ayat. Sasaran kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah swasta dengan
melibatkan 15 orang murid tingkatan satu. Instrumen yang digunakan adalah aktiviti kreativiti
menggunakan keratan akhbar. Analisis dokumen dijalankan setelah guru menjalankan kreativiti seperti
penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran menggunakan kaedah (1) potong dan tampal perkataan, (2)
ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan iklan dan (4) ayat berdasarkan gambar tokoh digunakan
dalam kajian ini. Hasil daripada analisis dokumen mendapati murid dapat menguasai pembinaan ayat
secara kreatif dan inovatif setelah menggunakan kreativiti dalam pengajaran. Penggunaan keratan akhbar
ini dapat mencetuskan daya imaginasi murid dalam bilik darjah seterusnya meningkatkan teknik untuk
membina ayat dengan cepat dan efektif. Murid didapati lebih petah menuturkan ayat secara lisan serta
pantas mengembangkan idea yang unik dan berinformasi. Kajian ini membuka peluang kepada guru untuk
menghasilkan kreativiti yang tersendiri di dalam bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran
pelajar.

Kata kunci: bahasa Melayu, akhbar, kreativiti, sekolah menengah, pembinaan ayat

1.0 PENGENALAN
Dasar Bahasa Kebangsaan Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi (Asmah Haji Omar,2015). Bahasa merupakan asas kepada bahasa pengantar
pendidikan dan bahasa pentadbiran. Kurikulum yang berasaskan bahasa Melayu diperkenalkan
bagi memenuhi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seterusnya berperanan
sebagai bahasa ilmu (Nik Safiah Karim, 1988). Kaedah pengajaran merupakan aspek utama yang
ditekankan kepada para guru dalam perkembangan bahasa bagi menarik perhatian murid di
dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran ini juga secara tidak langsung akan saling berkaitan
dengan markah prestasi murid terutamanya melibatkan mata pelajaran bahasa Melayu yang
memerlukan pemahaman dan pengaplikasian dalam kehidupan. Menurut Mohamad Mohsin dan
Jamsari Alias (2013), guru merupakan individu yang berperanan peranan sebagai yang paling
penting dalam bidang pendidikan kerana guru yang bertanggungjawab untuk membentuk murid
mengikut acuan yang ditetapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah, guru perlu lebih
kreatif dalam pengajaran. Kreativiti selalu dikaitkan dengan inovasi dan penghasilan idea baru
dalam pengajaran (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010). Setiap invidu mempunyai tahap kreativiti
yang berbeza dan kreativiti itulah yang membezakan tahap perkembangan pembelajaran
seseorang. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk
membangunkan modal insan yang inovatif dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara di abad
ke-21. Model Kemahiran Berfikir secara kreatif juga diberikan sebagai panduan para guru dalam
proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah sebagai alat bantu mengajar di dalam
kelas. Model yang diguna oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini selaras dengan model
yang ingin digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini, iaitu Model Kreativiti oleh Paul Torrance
yang melibatkan empat tahap utama iaitu tahap kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan
perkembangan idea.
226

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan aplikasi
teori kreativiti Torrance melalui penggunaan keratan akhbar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pembinaan ayat bahasa Melayu. Secara khususnya, objektif kajian adalah untuk
mengenal pasti kreativiti aktiviti dengan menggunakan keratan akhbar. Hal ini demikian kerana
Rashimah (2012) dalam kajiannya mendapati kebanyakkan guru hanya mementingkan
pengulangan dan latih tubi menyebabkan murid tidak dapat berfikir secara kreatif dalam
pembelajaran. Perkara ini disokong oleh Mohamad Mohsin Mohamad Said & Jamsari Alias (2013)
dari kajiannya terhadap gaya pengajaran yang dimiliki oleh para guru dapat membantu kreativiti
pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan kreativiti pelajar terhasil daripada kaedah pengajaran
guru. Selain kreativiti, tahap pembinaan ayat dalam kalangan murid juga kurang memuaskan
serta tidak gramatis. Kenyataan ini disokong oleh A. Rahman (2012) menyatakan penggunaan
bahasa pasar banyak terdapat dalam pembinaan ayat selain penggunaan imbuhan, kata sendi,
dan kata adjektif tidak digunakan sebaik-baiknya dalam pembinaan ayat. Namun begitu, hasil
daripada kajian A. Rahman et al. (2012) menggunakan teknik SALAK dalam proses pengajaran
membina ayat menunjukkan kesan yang cepat dan efektif. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran dalam membina ayat. Hasil analisis dokumen menunjukkan
teknik SALAK berjaya membantu murid memahami cara membina ayat.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Kreativiti dalam
pengajaran pembinaan ayat bagi murid sekolah menengah swasta. Sampel terdiri daripada 15
orang pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan. Sekolah ini merupakan salah satu daripada
263 buah sekolah menengah agama swasta di negeri Selangor. Maahad Tahfiz Akademik Iqro Al-
Quran ialah sebuah sekolah yang ditubuhkan di bawah badan zakat Selangor. Sekolah ini
ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan asnaf dalam mengembangkan isu hafazan al-
quran,sekolah ini merangkumi mata pelajaran agama dan juga mata pelajaran akademik.
Keistimewaan sekolah ini berbanding sekolah lain ialah sekolah Matiq ini menitikberatkan
hafazan al-Quran sepanjang masa di samping tidak mengabaikan pelajaran akademik sebagi tiang
utama dalam pembelajaran.

Kajian kes ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data kualitatif yang
dipungut melalui aktiviti Kreativiti di dalam kelas. Data kualitatif diperoleh dengan cara analisis
secara deskriptif dokumen bahan aktiviti kreativiti untuk mendapatkan hasil yang lengkap.
Dalam penelitian ini, pengkaji mengaplikasikan Teori Kreativiti Torrance yang mengatakan
bahawa menjana idea sendiri adalah lebih baik dan cepat daripada menjana idea orang lain.
Penjanaan idea murid ini dapat dilihat berdasarkan kefasihan, fleksibiliti, keaslian dan
perkembangan idea murid dalam pembinaan ayat. Oleh kerana perkembangan idea kreatif
pelajar boleh dibentuk secara bersendiri, penggunaan bahan kreativiti merupakan jalan terbaik
untuk mengaktifkan daya kreativiti dalam diri pelajar. Bahan yang menarik dan berwarna-warni
mampu memancing kebolehan pelajar membina ayat dan menghasilkan idea baru.

Unsur kreativiti yang dapat dikenal pasti dalam kajian ini adalah menggunakan keratan
akhbar. Aktivit kreativiti menggunakan keratan akhbar terbahagi kepada empat iaitu kaedah (1)
potong dan tampal perkataan, (2) ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan iklan dan (4)
ayat berdasarkan gambar tokoh. Instrumen membina ayat berdasarkan perkataan menjurus
kepada kaedah perkataan akan diambil daripada tajuk-tajuk utama keratan akhbar dan pelajar
dikehendaki membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Instrumen yang kedua ialah
instrumen membina ayat berdasarkan gambar akhbar. Gambar daripada akhbar yang berwarna-
warni dan menarik dapat meransang pengembangan idea pelajar bagi membentuk pembinaan
ayat yang menarik dan kreatif. Instrumen yang ketiga melibatkan pembinaan ayat berdasarkan
iklan yang terdapat di akhbar. Iklan yang pelbagai dan menarik dapat mempengaruhi
perkembangan idea pelajar serta mencetuskan daya imaginasi pelajar untuk lebih kreatif dalam
227

pembinaan ayat. Bahagian instrumen yang terakhir melibatkan pembinaan ayat berdasarkan
gambar tokoh yang terdapat di dalam akhbar. Tokoh serta selebriti yang menjadi idola pelajar
akan memudahkan pelajar membina ayat berdasarkan gambaran tokoh tersebut. Setelah
kreativiti diperkenalkan, pelajar akan menggunakan keratan akhbar untuk melaksanakan empat
jenis aktiviti. Tujuan aktiviti keratan akhbar ini dilaksanakan adalah untuk melihat sama ada
bahan kreativiti yang diadakan dapat mempelbagaikan jenis instrumen.

Semakan telah dibuat ke atas instrumen kajian untuk menjamin kesahan serta
memastikan tujuan kajian yang hendak dikaji selari dengan maklumat yang terdapat dalam
instrumen kajian yang dibentuk. Bagi mendapatkan kesahan yang baik, kesahan muka perlu
dilakukan terhadap instrumen yang dibina (Abdul Ghafar,1999). Ketepatan konstruk serta
kejelasan kandungan memerlukan semakan dari pakar terlebih dahulu (Kline, 2005). Untuk
kesahan muka bagi kajian ini, pengkaji telah memilih seorang pensyarah universiti yang pakar
dalam pengajaran pendidikan bahasa Melayu. Selain itu, kebolehpercayaan data instrumen juga
diambil kira dengan melihat aspek kejelasan item soalan berdasarkan sukatan pelajaran bahasa
Melayu dari sumber buku teks bahasa Melayu dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi
memastikan soalan yang dibina tiada kesalahan struktur bahasa dan ayat, kesahan bahasa
merupakan perkara amat penting (Leedy dan Ormrod, 2005).

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Instrumen pembinaan ayat menggunakan keratan akhbar


Tujuan utama kajian ini untuk mengenal pastu jenis kreativiti yang dapat dilakukan oleh pelajar
terhadap pembinaan ayat menggunakan keratan akhbar. Pendekatan yang ditekankan oleh
pengkaji adalah untuk mengembangakan tahap perkembangan idea pelajar untuk membentuk
ayat yang gramatis. Selain itu, pengkaji menitikberatkan aspek keseronokan dalam pembelajaran
pembinaan ayat bagi menjadikan pemikiran pelajar semakin tersusun dan logikal. Oleh hal yang
demikian, pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis instrumen yang boleh mengembangkan minda
dan mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar, iaitu kaedah (1) potong dan tampal
perkataan, (2) ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan iklan dan (4) ayat berdasarkan
gambar tokoh. Terdapat dua jenis golongan kata yang dijumpai oleh pelajar dan dijadikan ayat,
iaitu kata kerja. Selain itu, pengkaji mendapati gambar boleh memberi sumber ilham yang
inovatif kerana melalui gambar, pelbagai jenis ayat yang dapat dibina. Melalui gambar juga,
pelajar dapat membentuk imaginasi mereka. Selain itu, potongan perkataan dan gambar, iklan
juga merupakan aspek utama yang terdapat di dalam akhbar. Melalui iklan, pelajar dapat
menafsir iklan menggunakan segala info yang terdapat dalam iklan melalui pelbagai jenis ayat.
Kaedah kreativiti yang terakhir menggunakan gambar tokoh pula memerlukan permahaman
pelajar tentang tokoh berkenaan sebelum membina ayat yang bersesuaian berdasarkan gambar
tokoh. Antara tokoh yang dipilih pelajar terdiri daripada pemimpin negara, artis serta ahli sukan.

3.2 Analisis kaedah kreativiti penggunaan potongan perkataan


Pembinaan ayat menggunakan potongan perkataan memperlihatkan kreativiti pelajar dalam
mencipta ayat tunggal dan ayat majmuk yang menarik. Contoh kata yang dipotong daripada
akhbar pada perkataan yang berhuruf tebal. Berikut merupakan contoh ayat yang dihasilkan oleh
pelajar menggunakan potongan perkataan daripada akhbar.
1. Saya nak menceritakan tentang peribadi saya kepada kawan-kawan saya.
2. Saya masuk ke dalam tandas kerana mahu membuang air besar.
3. Barang-barang yang dibeli oleh ibu tadi diletakkan dalam beg kitar semula.
4. Raziq bangkit daripada kekalahan tersebut.
5. Cikgu mengajar murid-murid di dalam kelas.
6. Kita harus bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
7.
228

3.3 Analisis kaedah kreativiti berdasarkan gambar


Pembinaan ayat menggunakan gambar meransang pelajar untuk membentuk imaginasi yang
baru menggunakan gambar yang terdapat dalam akhbar. Gambar daripada akhbar yang
berwarna-warni dan menarik dapat meransang pengembangan idea pelajar bagi membentuk
pembinaan ayat yang menarik dan kreatif. Berikut merupakan contoh analisis data ayat
berdasarkan gambar dalam akhbar.
a) Contoh 1
i) Encik Ramli memegang komputer berwarna merah.
ii) Encik Yusuf memegang telefon dan komputer di sebelah Shah.
iii) Shah memegang komputer di tengah itu.

b) Contoh 2
i) Dua buah kereta terbakar.
ii) Kereta itu terbakar pada waktu malam.
iii) Kereta itu tidak boleh digunakan lagi.

3.4 Analisis kaedah kreativiti berdasarkan iklan


Iklan yang pelbagai dan menarik dapat mempengaruhi perkembangan idea pelajar serta
mencetuskan daya imaginasi pelajar untuk lebih kreatif dalam pembinaan ayat. Berikut
merupakan data yang dipungut melalui pembinaan ayat berdasarkan iklan.
a) Contoh 1
i) Kaunter zakat PPZ maiwp dibuka setiap hari di bulan ramadan.
ii) Kaunter zakat PPZ maiwp dibuka setiap jam 8.15 am hingga 4.30 pm
iii) Mereka yang ingin hendak membayar zakat hendaklah hubungi 1300885757.

b) Contoh 2
i) Beras jasmine ini sangat berkualiti tinggi dan sesuai dikukus nasi lemak, nasi ayam
dan lain-lain.
ii) Semua beras ini sangat berkualiti dan sedap dimakan.
iii) Beras ini boleh tahan selama 5 jam ke atas.

3.5 Analisis kaedah kreativiti berdasarkan tokoh


Bahagian instrumen yang terakhir melibatkan pembinaan ayat berdasarkan gambar tokoh yang
terdapat di dalam akhbar. Tokoh serta selebriti yang menjadi idola pelajar akan memudahkan
pelajar membina ayat berdasarkan gambaran tokoh tersebut. Berikut merupakan data yang
diperolehi melalui aktiviti membina ayat berdasarkan gambaran tokoh.
a) Contoh 1
i) Putera Mahkota Johor merupakan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia.
ii) Putera Mahkota Johor merupakan idola pemain bola sepak Malaysia.
iii) Beliau seorang yang tegas serta berkeyakinan tinggi.
b) Contoh 2
i) Dato’ Siti Nurhaliza merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia.
ii) Dato’ Siti Nurhaliza menjadi idola ramai disebabkan suaranya yang merdu.
iii) Dato’ Siti Nurhaliza bersifat lemah-lembut dan sopan-santun selain mempunyai rupa
paras yang cantik.
229

4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini dilakukan untuk meneroka aplikasi pendekatan kognitif melalui kaedah kreativiti
menggunakan keratan akhbar dalam pembelajaran pembinaan ayat terhadap murid tingkatan
satu. Dapatan kajian yang dijalankan secara naratif seiring dengan objektif kajian mendapati
bahawa aktiviti kreativiti keratan akhbar dapat menghasilkan empat jenis aktiviti kreativiti yang
menarik. Antara jenis aktiviti yang terhasil daripada kaedah kreativiti keratan akhbar ialah
kaedah (1) potong dan tampal perkataan, (2) ayat berdasarkan gambar, (3) ayat berdasarkan
iklan dan (4) ayat berdasarkan gambar tokoh.

Kaedah potong dan tampal menguji pelajar untuk mencari dan menggunakan kata kerja
yang tepat serta memerlukan permahaman pelajar dalam meneroka idea menghasilkan ayat yang
menarik. Kaedah kedua iaitu membina ayat berdasarkan gambar menguji pelajar menafsir
gambar dalam situasi yang berbeza dan meluahkannya dalam pembinaan ayat yang gramatis.
Kaedah ketiga melibatkan pembinaan ayat berdasarkan iklan merupakan kaedah yang
memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dalam penghasilan ayat. Manakala kaedah
terakhir iaitu membina ayat berdasarkan tokoh memerlukan permahaman pelajar yang tinggi.
Pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang sedia ada mengenai tokoh sebelum menghasilkan
ayat yang tepat mengenai tokoh berkenaan.

Berdasarkan kesemua ayat yang dihasilkan oleh responden, pengkaji mendapati teknik
ini mampu diaplikasikan dengan baik oleh pelajar. Melalui pembinaan ayat, pengkaji dapat
menilai kefahaman pelajar dalam mencari kata kerja seterusnya dapat membina ayat majmuk
yang gramatis. Kaedah ini juga berkesan dalam membina daya kreativiti pelajar menghasilkan
ayat yang baru. Seterusnya apabila menggunakan kaedah pembinaan ayat berdasarkan gambar,
pelajar menunjukkan daya kreativiti dengan membina ayat melalui imaginasi mereka. Selain itu,
melalui kaedah pembinaan ayat berdasarkan iklan pula, pelajar bukan hanya dapat membaca
ilustrasi iklan dengan kaedah yang tersendiri, malah pelajar dapat menafsir iklan kepada
beberapa jenis ayat tunggal yang berlainan. Pemahaman sedia ada pelajar juga dapat dilihat
melalui pembinaan ayat menggunakan kaedah yang terakhir, iaitu pembinaan ayat berdasarkan
tokoh.

5.0 KESIMPULAN
Dalam mengharungi kehidupan yang serba canggih ini, seorang guru perlulah lebih berinovasi di
dalam pengajaran terutama pembelajaran bahasa yang hanya melibatkan pembacaan.
Penguasaan bahasa yang lemah di samping suasana pembelajaran yang membosankan
menyebabkan berlaku tahap penguasaan bahasa yang kurang baik dalam kalangan pelajar.
Walaupun pembelajaran dan pengajaran secara tradisional diterima dalam kalangan masyarakat,
namun hal ini menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengembangkan tahap imaginasi
mereka di dalam kelas. Apabila pelajar kurang berminat untuk mengembangkan pemikiran
mereka, maka ia boleh menjejaskan pemarkahan pelajar serta memberikan kesan yang buruk
untuk kelestarian bahasa Melayu itu sendiri.

Demi kebaikan dan masa depan bahasa Melayu yang lebih cemerlang, guru bahasa Melayu
haruslah membantu pelajar meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap pembelajaran
bahasa Melayu dengan memberikan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan
kreatif. Hal ini untuk memastikan pelajar kekal fokus di dalam kelas seterusnya berminat untuk
mengembangkan idea mereka dalam penguasaan bahasa Melayu dan akhirnya dapat
menghasilkan pembinaan ayat yang lebih baik dan gramatis pada masa yang akan datang
230

RUJUKAN
Adrian Stewart Ngau. (2010). Kesan rumus “pelaku + perbuatan + huraian” dalam meningkatkan
kemahiran membina ayat karangan bahagian a upsr bahasa melayu murid tahun empat.
Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010
IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), ms 13-26.
Aliyn and Bacon. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan kanak-
kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Azhari mariani dan Zaleha Ismail. (2013). Pengaruh Kompetensi Guru Matematik Ke atas Amalan
Pengajaran Kreatif. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education: 181-
187
Azizi Yahya. (2006). Psikologi sosial alam remaja. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd.
Azman Wan Chik. (1993). Mengajar bahasa Melayu jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Choon Lean Keow. (2008).Murid dan alam belajar. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011).Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam
pengajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd Christy Jr Tan,
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992)Pendidikan khas dan pemulihan: Bacaan asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaggil Apak, Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru
dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and
Huminities, Vol 3, Issue 3, Jun 2018: 64-79
Lai Lee Chung, chin Hai Leng dan Chew Fong Peng. (2017). Amalan Pengajaran Guru Bahasa
Melayu Tingkatan Empat dalam Penulisan Karangan dari Aspek Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif serta Pembelajaran Kolaboratif. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
Jan 2017, Bil 4, Isu 1:1-12
Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Jamsari Alias. (2013). Kreativiti Pengajaran Guru Sekolah
Rendah di Malaysia. Junal Psikologi Malaysia 27 (2013): 71-97
Mohammad Rusdi Ab Majid dan Zawawi Ismail. (2017). Kreativiti Guru Bahasa Arab di Malaysia.
Jurnal Kepimpinan Pendidikan, Okt 2017, Bil 4, Isu 4: 27-38
Muhamad Zaki Samsudin, Razali Hassan, Azman Hasan dan Mohd As’ed Dato Shamsuddin.
(2013). Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup. Prosiding Konvensyen
Kebangsaan Pendidikan Guru 2013.
Rashimah, A.K. (2012). Tahap Kreativiti dan Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Tingkatan Empat
di Daerah Johor Bahru. Tesis Ijazah Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia.
Roslinda, K. 2007. Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif dalam Mata Pelajaran
Fizik di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Ijazah Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia
Wan Marzuki wan Ismail, Hafizoah Kassim, Munira Abdul Razak. (2016) Penerapan Kreativiti di
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Jawi: Kajian Rintis. The National
Conference for Postgraduate Research 2016, Universiti Malaysia Pahang: 512-518
Mercer, Lenze & Hoffman. (1991). Students with learning disabilities. (4th ed.). New York:
Macmillan Publishing Company.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir . (2003).Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS
Publications.
Jamila K.A. Mohamed. (2005).Pendidikan khas untuk kanak- kanak istimewa. Batu Caves: PTS
Professinal Sdn Bhd
Juriah Long & Noor Ein Mohd. Noor. (1990).Alat dan bahan pengajaran bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
David Fulton Publishers Mohd Safuan. (2011). Aplikasi kaedah S.K.A.B. dalam meningkatkan
kemahiran murid membina ayat berdasarkan gambar.
Mohd. Hilmi Hamzah & Juliana Emilia Dourado. 2010.Using grammar games in teaching grammar:
A case study in SMK Damai Jaya. Pp. 1-5. Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti
Pendidikan (Unpublished).
231

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).Tatabahasa
Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Fatihah Suhada. (2011). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah bahasa Inggeris
dalam kalangan murid pendengaran menggunakan PowerPoint. Buku Koleksi Artikel
Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2011 IPGKIK.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Murid dan alam
belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd Pierangelo,
Ronald L. Taylor, Lydia R. Smiley & Stephen B. Richards. (2009).Exceptional students: Preparing
teachers for the 21st century.New York: McGraw Hill Companies, Inc.
Rosinah Edinin. (2011).Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan (edisi ke-2).Kuala Lumpur:
Freemind Horizons.
Saiful Anwar Mustaffa. (2010). Meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan
menggunakan Rajah Tukar Ganti dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran Tahun
4 Kenanga. Buku Koleksi Artikel Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010
IPGKIK
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd
Sufean Hussin. (2005).Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Tuan Jah. Tuan Yusof. (2008). Pembestarian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Modul
Open Universiti Malaysia. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).
Zalinawati Othman. (2006). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan
Bahasa Inggeris menggunakan “little book technique” kepada 36 murid-murid T2
Cendikiawan. Buku manual kajian tindakan edisi ketiga. Bahagian perancangan dan
penyelidikan dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008.
232

SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN BUDAYA MELAYU DALAM PENGAJARAN


BAHASA MELAYU DI TUFS, JEPUN

Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli1, Jamaludin Badusah2 & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad3
1Pensyarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, zuhidayah@fbk.upsi.edu.my
2 Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, jhb@ukm.edu.my
3 Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, munaruzanna@ukm.edu.my

Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran bahasa terutamanya bahasa asing perlu melibatkan pengajaran budaya
masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Hal ini kerana terdapat hubungan yang sangat rapat antara
bahasa dan budaya sehinggakan ketidakhadiran salah satu aspek menjadikan pembelajaran tidak
bermakna. Sehubungan dengan itu, aspek budaya mula diterapkan sebagai elemen penting dalam
pengajaran bahasa. Namun begitu, penerimaan aspek ini yang disatukan dalam pengajaran bahasa menjadi
tanda tanya terutamanya dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Oleh yang demikian, kajian
ini dijalankan untuk mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa asing di Jepun. Seramai 30 orang pelajar di Universiti Bahasa Asing Tokyo, Jepun
dipilih berdasarkan pengalaman dan pengetahuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik bagi memungut data. Hasil kajian mendapati
pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa
Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar sangat berminat dan tertarik dengan pengajaran bahasa
Melayu yang melibatkan budaya Melayu. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran budaya Melayu dapat
memberi impak positif dalam kalangan pelajar dan keadaan ini dapat meningkatkan minat serta motivasi
pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, pengajaran budaya Melayu dalam
pengajaran bahasa Melayu perlu diberi perhatian supaya para pengajar dan pihak terlibat dapat
menyediakan instruksi pengajaran bahasa Melayu yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Kata kekunci: sikap, pengajaran budaya Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa asing

1.0 PENGENALAN
Hubungan antara bahasa dan budaya telah dikaji secara meluas dan telah disahkan oleh ramai
pengkaji (Thao & Hung 2014). Beberapa pengkaji telah mengesahkan hubungan antara bahasa
dan budaya yang saling berkait dan tidak boleh dipisahkan (Damen 1987; Jiang 2000; Brown
2007; Chen 2013). Jiang (2000) turut menegaskan bahawa hubungan antara bahasa dan budaya
boleh dilihat apabila bahasa mencerminkan budaya, dipengaruhi dan dibentuk oleh budaya.
Tambah Jiang (2000), bahasa merupakan sebahagian daripada budaya dan budaya juga
merupakan sebahagian daripada bahasa.

Tegas Rangriz dan Harati (2017), setiap bentuk bahasa yang digunakan mempunyai
makna dan terkait rapat dengan budaya. Menurut Akyuz et al. (2017), berdasarkan hubungan
yang kuat antara bahasa dan budaya ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa PdP bahasa bukan
sahaja perlu melibatkan kemahiran linguistik, tetapi turut melibatkan pengetahuan budaya
bahasa tersebut kerana bahasa adalah cerminan budaya. Menurut Rostami (2016), beberapa
orang sarjana sependapat bahawa program pengajaran bahasa yang tidak melibatkan budaya
tidak dapat membawa pelajar kepada tahap penguasaan bahasa yang boleh diterima.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang turut mendapat perhatian apabila


membincangkan penerapan aspek budaya dalam pengajaran bahasa adalah penerimaan atau
reaksi pelajar terhadap aspek budaya bahasa sasaran. Menurut Rafieyan (2016), pengajaran
budaya dalam pengajaran bahasa juga perlu menitikberatkan kesanggupan pelajar untuk
mempelajari aspek budaya bahasa sasaran. Hal ini berkait dengan reaksi atau sikap pelajar
terhadap pengajaran budaya. Penerimaan pelajar terhadap pengajaran budaya dalam pengajaran
bahasa akan membenarkan pelajar mempelajari bahasa dengan keadaan yang menyeronokkan,
233

namun, sebaliknya berlaku jika pelajar tidak menerima pengajaran budaya bahasa sasaran,
pelajar mungkin menolak bukan sahaja pengajaran budaya malahan pengajaran bahasa (Jabeen
& Shah 2011).

1.1 Permasalahan Kajian


Pengajaran budaya dalam pengajaran bahasa telah lama mendapat perhatian khususnya dalam
kalangan pengkaji Barat. Penglibatan aspek budaya dalam PdP bahasa diyakini dapat membantu
pelajar untuk lebih menguasai bahasa. Walau bagaimanapun, hal ini tergantung pada sikap
pelajar terhadap pengajaran budaya dalam PdP bahasa. Menurut Tseng (2013), sikap pelajar
terhadap budaya bahasa sasaran sangat mempengaruhi tahap penguasaan bahasa, jika pelajar
mempunyai sikap positif terhadap budaya bahasa sasaran, maka, kejayaan dapat dihasilkan,
sebaliknya, jika pelajar mempunyai sikap negatif terhadap budaya sasaran, maka, pelajar akan
mengalami stress dan keadaan ini akan menyebabkan kegagalan pembelajaran bahasa.

Selain itu, isu tentang sikap pelajar terhadap pengajaran budaya dalam PdP bahasa telah
dikaji oleh beberapa sarjana dalam bidang linguistik (Rafieyan 2016). Namun, didapati terdapat
percanggahan dapatan kajian-kajian tersebut. Terdapat beberapa kajian yang mendapati pelajar
mempunyai sikap positif terhadap pengajaran budaya, penglibatan budaya dalam pengajaran
bahasa, namun, ada juga kajian yang mendapati pelajar mempunyai sikap negatif dan kurang
menerima pengajaran budaya yang disatukan dengan pengajaran bahasa. Kajian yang dilakukan
oleh Rafieyan (2016), Rafieyan, Norazman dan Lin (2013), Akyuz et al. (2017) dan Belli (2018)
mendapati pelajar-pelajar mempunyai sikap positif terhadap penglibatan pengajaran budaya
dalam pengajaran bahasa, sebaliknya, kajian yang dilakukan oleh Jabeen & Shah (2011),
mendapati pelajar mempunyai sikap negatif terhadap pengajaran budaya dalam pengajaran
bahasa. Hal ini menunjukkan terdapat dua kemungkinan apabila budaya dilibatkan dalam
pengajaran bahasa sama ada pelajar akan bersikap positif atau sebaliknya.

Di samping itu, kajian yang memfokuskan sikap pelajar terhadap pengajaran budaya
Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu masih mempunyai kelompangan. Pelbagai kajian yang
dilakukan memfokuskan penerapan budaya dalam PdP bahasa seperti (Junaini Kasdan et al.
2018; Mardian, Azman & Yusfarina 2017; Zulkifli & Abu Hasan 2015), namun, isu sikap pelajar
terhadap pengajaran budaya masih belum diterokai. Kajian juga lebih tertumpu tentang sikap
dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu (Khairul Nizam & Wan Muna
Ruzanna 2017; Zaliza & Zaitul Azma 2014;Jerie & Zamri 2011). Keadaan memperlihatkan
keperluan mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa
Melayu. Hal ini kerana Ammon seperti dinyatakan Jabeen dan Shah (2011) menegaskan bahawa
cara pelajar memberi respons terhadap budaya bahasa sasaran mempengaruhi sikap pelajar
terhadap pembelajaran bahasa itu sendiri.

Oleh yang demikian, kajian tentang sikap pelajar terhadap pengajaran budaya dalam
pengajaran bahasa khususnya bahasa Melayu perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran jelas
keadaan pelajar apabila budaya Melayu dimasukkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Jika
pelajar mempunyai sikap positif, maka, pengajaran budaya boleh diteruskan dalam pengajaran
bahasa, sebaliknya, jika pengajaran budaya tidak dapat diterima oleh pelajar, maka, pihak yang
terlibat boleh melakukan sesuatu untuk memastikan pelajar dapat mempelajari bahasa dengan
selesa dan menyeronokkan.

1.2 Tujuan kajian


Berdasarkan permasalahan kajian yang dinyatakan, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam PdP bahasa Melayu sebagai
bahasa asing.
234

3.0 KAJIAN LITERATUR


Menurut Prodromou seperti dinyatakan Jabeen et al. (2013) sikap pelajar adalah penting kerana
kejayaan pembelajaran bahasa berhubung kait dengan sikap positif pelajar terhadap bahasa dan
budaya bahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian tentang sikap pelajar terhadap aspek
budaya yang diterapkan bersama aspek bahasa mula mendapat perhatian.

Kajian yang dilakukan oleh Rafieyan, Lin dan Abdul Rashid (2013) bertujuan untuk
mengkaji sikap pelajar terhadap penggabungan komponen budaya dalam instruksi pengajaran
bahasa Inggeris di dalam kelas. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang dibina
daripada Albirini (2009). Kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Iran yang mempelajari
bahasa Inggeris pada tahap pertengahan di sebuah institusi di Iran. Hasil kajian mendapati
majoriti pelajar mempunyai sikap positif terhadap penggabungan budaya Inggeris dalam
pengajaran bahasa Inggeris di dalam kelas. Antara item yang mendapat skor yang tinggi adalah
pelajar merasa seronok dengan setiap komponen budaya dalam kelas bahasa dan pelajar lebih
cenderung dengan kelas bahasa yang melibatkan aspek budaya.

Dapatan sama diperoleh Rostami (2016) dalam kajian yang bertajuk “Language learners’
attitudes towards the incorporation of target language culture into foreign language instructions”.
Dalam kajian ini, Rostami (2016) mengedarkan soal selidik kepada lapan orang guru bahasa
Inggeris dan 30 orang pelajar bahasa Inggeris dari institut di Iran. Dapatan kajian menunjukkan
guru dan pelajar mempunyai sikap positif terhadap budaya bahasa Inggeris yang diterapkan
dalam pengajaran bahasa Inggeris. Kajian t-test yang dijalankan juga menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan antara sikap guru dan juga pelajar terhadap pengajaran budaya.

Kajian Belli (2018) juga menunjukkan dapatan yang sama dengan kajian-kajian di atas.
Belli (2018) menjalankan kajian yang bertujuan mengkaji sikap pelajar Turki terhadap budaya
dan penglibatannya dalam pengajaran bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan soal selidik dan seramai 96 orang responden kajian. Hasil kajian mendapati
majoriti pelajar menunjukkan sikap positif ke arah penggabungan budaya ke dalam proses
pembelajaran bahasa dari segi reaksi pelajar terhadap pengetahuan budaya yang diperkenalkan
oleh guru, bahan budaya yang digunakan dan buku kursus serta persepsi pelajar penilaian
budaya dalam kelas bahasa. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelajar menerima aspek budaya
yang digabungkan dengan pengajaran bahasa.

Bertentangan dengan dapatan yang diperoleh Belli (2018) dan Rostami (2016) adalah
dapatan Jabeen dan Shah (2011). Kajian yang dijalankan oleh Jabeen dan Shah (2011) meneroka
sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Inggeris di dalam kelas bahasa Inggeris. Responden
kajian terdiri daripada 94 orang pelajar daripada pelbagai jabatan di sebuah universiti di
Pakistan. Data dikumpulkan melalui soal selidik. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai
sikap yang sangat negatif terhadap pengajaran budaya Inggeris di dalam kelas bahasa Inggeris.
Walaupun terdapat beberapa komponen budaya yang boleh diterima oleh pelajar, namun, secara
keseluruhannya, respons pelajar adalah sangat negatif terhadap pengajaran budaya. Pelajar lebih
cenderung kepada aspek budaya asal pelajar yang diterapkan dalam pengajaran bahasa Inggeris.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, kajian-kajian adalah tentang pengajaran


budaya Inggeris dalam pengajaran bahasa Inggeris. Justeru, kajian yang mengkaji sikap pelajar
terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu perlu dijalankan untuk
mengetahui keadaan dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu.
235

3.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Soal selidik ini dibina dan
diubah suai daripada soal selidik sikap yang dibangunkan oleh Albirini (2009), iaitu The Attitude
Questionnaire. Terdapat bahagian dalam soal selidik ini, iaitu Bahagian A mengandungi maklumat
diri responden, iaitu umur, jantina, peringkat pengajian dan tahun pengajian, manakala, Bahagian
B mengandungi 9 item berkenaan sikap/reaksi responden terhadap pengajaran budaya Melayu
dalam PdP bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Universiti
Bahasa Asing Tokyo (Tokyo Universiti of Foreign Studies, TUFS), Jepun yang mengikuti program
pengajian Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

Jadual 1 menunjukkan maklumat diri responden yang terdiri daripada 13 (43.3%) pelajar
lelaki dan 17 (56.7%) pelajar perempuan yang kesemuanya merupakan pelajar peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Majoriti pelajar, iaitu 33.3% pelajar berusia 20 tahun, 23.3% pelajar berusia 19
tahun dan selebihnya berusia, 18, 21, 22 dan 23 tahun dengan masing-masing 10%, 16.7%, 10%
dan 6.7%. Pelajar juga terdiri daripada majoriti pelajar tahun kedua, iaitu 19 (63.3%), 6 (20%)
pelajar tahun ketiga, 3 (10%) pelajar tahun keempat dan 2 (6.7%) pelajar tahun kelima. Biarpun
tempoh pengajian adalah selama 4 tahun, namun, perlanjutan tahun adalah disebabkan ada
pelajar yang mengikuti program pengajian luar negara (abroad study) yang dijalani selama 6
bulan menyebabkan pelanjutan tempoh pengajian sehingga 5 tahun. Pelajar juga terdiri daripada
pelajar yang berasal dari Jepun dan mengamalkan budaya Jepun.

Jadual 1. Maklumat diri responden


Bil. Item Kategori Frekuensi Peratusan (%)
1. Jantina Lelaki 13 43.3
Perempuan 17 56.7
2. Umur 18 3 10.0
19 7 23.3
20 10 33.3
21 5 16.7
22 3 10.0
23 2 6.7
3. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda 30 100.0
Ijazah Sarjana 0 0.0
4. Tahun pengajian 2 22 73.3
3 4 13.3
4 2 6.7
5 2 6.7
5. Negara asal Jepun 30 100.0
Lain-lain 0 0.0
6. Budaya Jepun 30 100.0
Lain-lain 0 0.0

4.0 DAPATAN
Data kajian yang diperoleh daripada soal selidik, kemudiannya dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 25. Analisis dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif bagi menerangkan
peratusan, min dan sisihan piawai yang diperoleh bagi setiap item. Jadual 2 menunjukkan analisis
sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu. Skala Likert
5 mata digunakan dalam kajian ini, dengan skala 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak
pasti), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju).
236

Jadual 2. Analisis sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa
Melayu (n=30)

Kod Item Skala (%) Min Sisihan


Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat piawai
tidak setuju pasti setuju (SD)
setuju
B1 Saya menikmati pengajaran 0.0 10.0 20.0 33.3 36.7 3.97 0.99
budaya Melayu dalam kursus
bahasa Melayu.
B2 Saya merasakan pembelajaran 0.0 0.0 3.3 30.0 66.7 4.63 0.56
budaya Melayu menjadikan
kelas bahasa Melayu lebih
menarik.
B3 Saya merasakan budaya 0.0 0.0 3.3 36.7 60.0 4.57 0.57
Melayu yang diperkenalkan di
dalam kelas bahasa Melayu
membolehkan saya memahami
bahasa Melayu dengan lebih
baik.
B4 Saya merasakan elemen 0.0 3.3 3.3 33.3 60.0 4.50 0.731
budaya Melayu merupakan
pengalaman pembelajaran
yang berguna.
B5 Kelas bahasa Melayu yang 0.0 0.0 10.0 36.7 53.3 4.43 0.68
melibatkan budaya Melayu
memberi kesan positif
terhadap sikap saya terhadap
bahasa Melayu.
B6 Saya merasakan elemen 0.0 10.0 6.7 46.7 37.7 4.10 0.92
budaya Melayu perlu
diintegrasikan dalam setiap
kelas bahasa Melayu.
B7 Saya lebih suka mengikuti 0.0 6.7 3.3 33.3 56.7 4.40 0.86
kelas bahasa yang
mengintegrasikan budaya
dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa.
B8 Saya suka untuk melihat 0.0 3.3 3.3 50.0 43.3 4.33 0.71
elemen budaya dalam kelas
bahasa Melayu yang akan
datang.
B9 Saya lebih berminat 0.0 6.7 0.0 33.3 60.0 4.47 0.82
mempelajari bahasa Melayu
apabila budaya Melayu
diintegrasikan bersama.
Min keseluruhan 4.38

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, didapati sikap pelajar TUFS, Jepun terhadap
pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi
dengan skor min keseluruhan adalah min=4.38. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai sikap yang positif terhadap pengajaran budaya Melayu. Hal ini terbukti dengan
respons pelajar terhadap kesemua item yang melebih min=3.41. Menurut Khumsikiew et al.
237

(2015), skor min yang melebih 3.41 memberi interpretasi bahawa sesuatu item berada pada
tahap yang tinggi, manakala, skor min yang melebih 4.21 menunjukkan sesuatu item itu berada
pada tahap yang sangat tinggi. Berdasarkan Jadual 2, didapati dua item berada pada tahap tinggi,
manakala, 7 item lagi berada pada tahap yang sangat tinggi.

Item yang mendapat skor min yang paling tinggi adalah B2, ‘saya merasakan
pembelajaran budaya Melayu menjadikan kelas bahasa Melayu lebih menarik’ (min=4.63).
Pelajar juga menyatakan bahawa budaya Melayu yang diperkenalkan di dalam kelas bahasa
Melayu membolehkan pelajar memahami bahasa Melayu dengan lebih baik (B3) dengan skor
min=4.57. Item lain yang turut mendapat skor min yang tinggi adalah B4 (saya merasakan
elemen budaya Melayu merupakan pengalaman pembelajaran yang berguna, min=4.50), diikuti
B9 (Saya lebih berminat mempelajari bahasa Melayu apabila budaya Melayu diintegrasikan
bersama, min=4.47) dan B5 (Kelas bahasa Melayu yang melibatkan budaya Melayu memberi
kesan positif terhadap sikap saya terhadap bahasa Melayu, min=4.43).

Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat beberapa item yang menerima respons
‘tidak pasti’. Antaranya, saya menikmati pengajaran budaya Melayu dalam kursus bahasa Melayu
(20%), kelas bahasa Melayu yang melibatkan budaya Melayu memberi kesan positif terhadap
sikap saya terhadap bahasa Melayu (10%), saya merasakan elemen budaya Melayu perlu
diintegrasikan dalam setiap kelas bahasa Melayu (6.7%) dan item selebihnya hanya 3.3% sahaja.
Dapatan ini juga mendapati ada segelintir pelajar yang menyatakan ‘tidak setuju’ dengan
beberapa item seperti saya menikmati pengajaran budaya Melayu dalam kursus bahasa Melayu
(10%), saya merasakan elemen budaya Melayu perlu diintegrasikan dalam setiap kelas bahasa
Melayu (10%), saya lebih suka mengikuti kelas bahasa yang mengintegrasikan budaya dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa (6.7%), saya merasakan elemen budaya Melayu merupakan
pengalaman pembelajaran yang berguna (3.3%) dan saya suka untuk melihat elemen budaya
dalam kelas bahasa Melayu yang akan datang (3.3%).

Walaupun ada respons yang diterima menunjukkan pelajar tidak bersetuju dan tidak
pasti, namun, secara keseluruhannya, didapati pelajar yang bersetuju dengan item-item yang
menunjukkan sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa
Melayu adalah lebih tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar dapat menerima
pengajaran budaya Melayu dan merasakan kepentingan mempelajari budaya Melayu untuk
membantu penguasaan bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga menjelaskan bahawa pengajaran
budaya dalam pengajaran bahasa adalah sangat penting dan mempengaruhi pembelajaran dan
penguasaan bahasa Melayu pelajar. Oleh yang demikian, pengajaran budaya dalam pengajaran
bahasa khususnya bagi bahasa Melayu sebagai bahasa asing sangat diperlukan dan tidak boleh
diabaikan.

5.0 PERBINCANGAN
Kajian ini secara umum bertujuan mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu
dalam pengajaran bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hasil kajian
mendapati pelajar TUFS, Jepun mempunyai sikap yang sangat positif terhadap pengajaran
budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu. Pelajar merasakan bahawa pengajaran budaya
Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu menjadikan kelas bahasa Melayu lebih menarik,
membentuk sikap positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu, memudahkan proses
pembelajaran dan membuatkan pelajar lebih teruja untuk mengikuti kelas bahasa Melayu pada
masa akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran bahasa Melayu lebih menarik dan
menyeronokkan apabila melibatkan pengajaran budaya Melayu.

Hasil dapatan kajian ini juga memperkukuhkan lagi dapatan-dapatan kajian yang
dilakukan oleh Rafieyan, Lin dan Abdul Rashid (2013), Rostami (2016) dan Belli (2018). Kajian
ini menunjukkan bahawa hasil yang sama diperoleh walaupun kajian dijalankan dalam konteks
238

yang berbeza. Biarpun dapatan kajian yang diperoleh adalah sama, iaitu pelajar mempunyai sikap
positif terhadap pengajaran budaya dalam pengajaran bahasa, namun, kajian ini memberikan
satu dapatan baharu khususnya untuk pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kajian ini
juga memperlihatkan bahawa aspek budaya yang penting dalam pengajaran bahasa kerana tanpa
budaya, pengajaran bahasa boleh menjadi sesuatu yang hambar dan tidak menyeronokkan.
Pelajar tidak dapat mempelajari bahasa dengan lebih mudah dan keadaan ini akan menyebabkan
kesukaran semasa mempelajari.
Dapatan kajian ini juga menyangkal dapatan yang diperoleh Jabeen dan Shah (2011) yang
mendapati pelajar bersikap negatif terhadap penglibatan budaya dalam pengajaran bahasa. Hal
ini kerana hanya peratusan kecil sahaja mewakili skala ‘tidak pasti’ dan ‘tidak setuju’ berbanding
peratusan besar yang diperoleh untuk skala ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’. Berdasarkan kajian
Jabeen dan Shah (2011), pelajar-pelajar didapati kurang menerima aspek budaya Inggeris yang
diterapkan dalam pengajaran bahasa Inggeris. Pelajar lebih cenderung pengajaran bahasa
Inggeris melibatkan budaya asal pelajar. Dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperoleh
dalam kajian ini yang mendapati pelajar-pelajar lebih bersikap terbuka dan menerima
pengajaran budaya serta pelajar juga menyedari kepentingan melibatkan budaya Melayu dalam
pengajaran bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sikap
positif terhadap pengajaran budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar menerima pengajaran budaya Melayu yang diterapkan bersama
pengajaran bahasa Melayu. Dapatan ini menyokong dapatan yang diperoleh oleh Rafieyan, Lin
dan Abdul Rashid (2013), Rostami (2016) dan Belli (2018) yang memperlihatkan bahawa aspek
budaya perlu disatukan dalam pengajaran bahasa berdasarkan sikap positif yang ditunjukkan
oleh pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat membuka mata semua pihak yang terlibat supaya
melihat semula instruksi pengajaran bahasa. Pengajaran bahasa harus disertai dengan
pengajaran bahasa dan pengajaran budaya juga harus disertai pengajaran bahasa. Hubungan
antara kedua-dua aspek ini sangat terkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, didapati dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian-kajian terdahulu bahawa
sikap pelajar terhadap penglibatan pengajaran budaya dalam pengajaran bahasa adalah positif.
Hal ini dapat dikaitkan dengan hubungan yang kuat antara bahasa dan budaya. Pengajaran
budaya Melayu dapat membantu pelajar untuk lebih mempelajari bahasa Melayu dan dapat
mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mudah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
pengajaran budaya memberikan impak positif kepada sikap pelajar terhadap pembelajaran
bahasa Melayu. Oleh itu, para guru dan pihak yang terlibat perlu memberi penekanan terhadap
aspek budaya yang diterapkan bersama dengan pengajaran bahasa. Aspek budaya juga boleh
dipersembahkan dalam bentuk dan kaedah yang lebih menarik supaya pelajar dapat menerima
dan menggunakan aspek budaya tersebut untuk membantu pembelajaran bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat memberi perspektif baharu terhadap
kepentingan melibatkan budaya Melayu dalam pengajaran bahasa Melayu. Kajian ini merupakan
kajian baharu yang mengkaji sikap pelajar terhadap pengajaran budaya Melayu, justeru, kajian-
kajian berkaitan perlu dilakukan untuk memastikan sikap pelajar terhadap pengajaran budaya
Melayu adalah konsisten dengan dapatan kajian ini. Hal ini penting supaya keadaan pembelajaran
yang selesa dapat disediakan demi kemudahan dan kelancaran proses pembelajaran bahasa
Melayu khususnya bahasa Melayu sebagai bahasa asing yang berhadapan dengan cabaran yang
lebih besar.
239

RUJUKAN
Akyuz, A., Tanis, A., Khalil, E., Ardic, Ö. & Mede, E. (2017). Effects of Videos on Students’ Knowledge
of the Target Language Culture. Inonu University Journal of the Faculty of Education 18(3):
162–174. doi:10.17679/inuefd.287518
Albirini, A. (2009). Using technology , literature and guest speakers to raise the cultural
awareness of Arabic language learners. The International Journal of Language Society and
Culture (28): 1–15.
Belli, S. A. (2018). A study on ELT students’ cultural awareness and attitudes towards
incorporation of target culture into language instruction. Journal of Language and Linguistic
Studies 14(1): 102–124.
Brown, H. D. (2007). Principles of Language Learning and Teaching. 5th Edition. United States of
America: Pearson Education, Inc.
Byram, M., Gribkova, B. & Starkey, H. (1997). Developing the Intercultural Dimension in Language
Teaching: A Practical Introduction for Teachers. Strasbourg: Council of Europe, Language
Policy Division. Dicapai daripada http://www.coe.
int/t/dg4/linguistic/source/guide_dimintercult_en.pdf pada 17 Januari 2017
Chen, J. (2013). Discussion on the Relationship between Language and Culture. Theory and
Practice in Language Studies 3(6): 963–967. doi:10.4304/tpls.3.6.963-967
Damen, L. (1987). Culture Learning: The Fifth Dimension In The Language Classroom. Addison-
Wesley: Reading MA.
Jabeen, F. & Shah, S. K. (2011). The Role of Culture in ELT : Learners ’ Attitude towards the
Teaching of Target Language Culture. European Journal of Social Sciences 23(4): 604–613.
Jabeen, F., Zahid, S. & Sattar, A. (2013). Inclusion of Target Language Culture in EFL Classrooms
in Pakistan : Learners ’ Perspective Inclusion of Target Language Culture in EFL Classrooms
in Pakistan : Learners ’ Perspective. Research on Humanities and Social Sciences 3(18): 97–
106.
Jerie, A. P. L. & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Malay Language
Education Journal (MyLEJ) 1(1): 13–25. Dicapai daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/11491581.pdf pada 21 Mac 2017.
Jiang, W. (2000). The relationship between culture and language Wenying Jiang. ELT Journal
54(October): 328–334.
Junaini Kasdan, Yusmaniza Mohd Yusoff, Nor Hashimah Jalaluddin & Hasnah Mohamad. (2018).
Pembangunan kit video pembelajaran bahasa Melayu penutur asing berteraskan budaya.
PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature 9: 144–157.
Khairul Nizam Mohamed Zuki & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Sikap dan motivasi
murid Bajau dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 7(1): 24–33.
Khumsikiew, J., Donsamak, S. & Saeteaw, M. (2015). A model of small-group problem-based
learning in pharmacy education: Teaching in the clinical environment. IAFOR Journal of
Education 3(2): 95–108. doi:10.22492/ije.3.2.06
Mardian Shah Omar, Azman Rahmat & Yusfarina Mohd Yussof. (2017). Menyulam budaya dalam
pengajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Jurnal Linguistik 21(2): 81–92.
Rafieyan, V. (2016). Relationship between language learners’ attitudes toward cultural
instruction and pragmatic comprehension and production. Advances in Language and
Literary Studies 7(4): 68–75. doi:10.7575/aiac.alls.v.7n.4p.68
Rafieyan, V., Lin, S. E. & Abdul Rashid Mohamed. (2013). Language learners’ attitudes towards the
incorporation of target language culture into foreign language instructions. International
Journal of Linguistics 5(4): 169–177. doi:10.5296/ijl.v5i4.4193
Rafieyan, V., Norazman Bin Abdul Majid & Lin, S. E. (2013). Relationship between attitude toward
target language culture instruction and pragmatic comprehension development. English
Language Teaching 6(8): 125–132. doi:10.5539/elt.v6n8p125
Rangriz, S. & Harati, M. (2017). The relationship between language and culture. Journal of Applied
Linguistic and Language Research 4(6): 209–213. Retrieved from
240

http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=rzh&AN=105694826&site=ehost
-live&scope=site
Rostami, F. (2016). A Comparative Study of Teachers ’ and Learners ’ Perceptions towards the
Role of Culture in English Language Teaching. International Journal of Humanities and
Cultural Studies (Special Issue (January)): 1061–1076.
Thao, Q. T. & Hung, V. D. (2014). Culture teaching in English language teaching : Teachers ’ beliefs
and their classroom practices. Korea TESOL Journal 11(1).
Tseng, M. (2013). The Relationship between Attitudes toward Foreign Culture and English
Proficiency Level in Taiwanese Students of English as a Foreign Language. Study in English
Language Teaching 1(2): 264–274.
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap Dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences 134: 408–
415. doi:10.1016/j.sbspro.2014.04.263
Zulkifli Osman & Abu Hasan Abdul. (2015). Penggunaan media pengajaran berunsurkan budaya
dalam pengajaran bahasa Melayu. Kertas kerja dalam Persidangan Antarabangsa
Memartabatkan Bahasa Melayu ke-4, Universiti Goethe Frankfrut, Jerman.

Penghargaan
Ribuan terima kasih diucapkan terutamanya kepada Prof. Madya Dr. Hiroki Nomoto selaku
penasihat di TUFS, Prof. Madya Dr. Soda Naoki (Ketua Program Bahasa Melayu), Prof. Madya
Faridah Mohamed, Pn. Togari dan En. Ahmad Muzaffar yang sudi memberikan kerjasama dengan
membenarkan kajian ini dijalankan. Terima kasih juga kepada para pelajar program Bahasa
Melayu, Universiti Bahasa Asing Tokyo yang meluangkan masa menjawab soal selidik kajian ini.

Biodata Ringkas Penulis


Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Antara penerbitan beliau adalah Kekangan Pelajar dalam Mempelajari Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Asing (2017), Motivasi Pelajar dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Asing (2017) dan terdapat beberapa kertas kerja.

Jamaludin Badusah ialah Prof. Madya Dr. di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepakaran beliau adalah dalam bidang inovasi pengajaran dan pembelajaran. Antara penerbitan
beliau ialah Penggunaan M–Pembelajaran: Satu Inovasi dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
(2013) dan The Application of 21st Century ICT Literacy Model among Teacher Trainees.

Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad merupakan seorang pensyarah kanan (Dr.) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau adalah bahasa Melayu, linguistik
dan psikolinguistik. Antara penerbitan beliau ialah Pembelajaran Abad Ke-21 dan Pengaruhnya
Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah (2017) dan
Sikap dan Motivasi Murid Bajau dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua (2017).
241

KEBERKESANAN POSTER TERHADAP PEMBENTUKAN PERENGGAN KARANGAN


DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nornazirah Md Hashimi & Jamaludin Bdusahii

i (Pengarang Bersama). Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM. naziramdhashim07@gmail.com


ii Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM. jhb@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan poster terhadap kemahiran menulis karangan dari segi
pembentukan perenggan. Kajian ini berbentuk kajian eksperimen yang dilakukan di sebuah sekolah
menengah harian biasa, daerah Ledang. Seramai 40 orang pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu 20 orang pelajar terdiri daripada kumpulan kawalan, manakala 20 orang pelajar pula terdiri daripada
kumpulan eksperimen. Instrumen kajian ini menggunakan set soalan penulisan karangan yang telah
digubal untuk kedua-dua kumpulan bagi ujian pra dan ujian pasca. Data diperoleh dengan menggunakan
ujian-t dua sampel dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science
(SPSS 22.0). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan karangan dalam kalangan pelajar bagi
ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan nilai-t (38)=0.17, p>0.05. Selepas
rawatan diberikan, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran menulis karangan dari segi
pembentukan perenggan karangan dalam kalangan pelajar bagi ujian pasca antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dengan nilai-t (38)=-11.49, p<0.05. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan
elemen poster semasa proses pengajaran penulisan karangan dapat meningkatkan tahap pencapaian
pelajar terhadap kemahiran menulis karangan dari segi pembentukan perenggan. Implikasi penerapan
elemen poster sebagai strategi pembelajaran berpusatkan bahan dapat mendorong pelajar untuk
menguasai kemahiran menulis karangan dengan lebih baik dan tersusun malah pelajar mampu untuk
menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti dari segi pembentukan perenggan serta mempunyai
pautan idea untuk diolah bagi membentuk ayat yang gramatis dan lengkap.

Kata Kekunci: penggunaan poster, kemahiran menulis, pembentukan perenggan, peningkatan pencapaian,
penulisan karangan

1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, sistem pendidikan di Malaysia bukan sahaja bersaing mengeluarkan
modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani malah negara kita juga
memerlukan pengeluaran pelajar yang berupaya menguasai kemahiran menulis dengan baik. Ini
diperjelaskan oleh Anthony dan Yahya (2017) menginginkan modal insan yang mempunyai daya
pemikiran aras tinggi serta kreatif dan kritis dalam segala bidang terutama berkaitan dengan
kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Selain itu, Chew dan Rusdaini (2013) menjelaskan kemahiran menulis
karangan akan mudah disampaikan dengan penggunaan media massa sebagai suatu alternatif
baru kepada guru untuk mempelbagaikan teknik, strategi, kaedah atau pendekatan semasa PdPc
bahasa Melayu. Jika dilihat, penggunaan media massa bukan sahaja bertugas sebagai suatu
elemen tambahan dalam kemahiran menulis malah ianya akan mendorong untuk guru dan
pelajar memperoleh maklumat dari semasa ke semasa serta dapat meningkatkan pengetahuan
am mereka seperti penggunaan iklan, poster, risalah, akhbar dan seumpamanya. Hal ini turut
dibangkitkan dalam (KPM 2003b) iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mewajibkan para guru mengambil kira media massa seperti penggunaan iklan, poster, risalah,
akhbar dan setanding dengannya sebagai bahan bantu mengajar atau bahan ilmu dalam
kemahiran menulis semasa proses pengajaran penulisan karangan.
242

Selari dengan masyarakat yang tinggi tamadunnya, sistem pendidikan di Malaysia pada
hari ini bukan sahaja melibatkan proses mengambil input semata-mata malah Mahzan (2003)
turut berpandangan sistem pendidikan kini memerlukan pelajar mengaplikasikan proses
pengajaran dalam kehidupan seharian. Hal ini turut bersangkut paut dengan pendapat daripada
Zuraini dan Abdul Rasid Jamian (2014) iaitu kemahiran berbahasa seperti kemahiran menulis
dan ilmu yang dipelajari melalui penggunaan media massa mestilah selari dengan situasi yang
dialami oleh pelajar itu sendiri serta akan menjurus kepada matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menanamkan hasrat untuk menghasilkan insan yang berkualiti. Justeru,
jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan media massa seperti poster atau iklan sebagai elemen
utama dalam kemahiran menulis semasa proses penulisan karangan dapat menjadikan
sebahagian daripada strategi, kaedah, teknik atau pendekatan yang baharu dalam PdPc bahasa
Melayu. Bahagian seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penggunaan
media massa iaitu poster sebagai elemen utama dalam bahan bantu mengajar penulisan karangan
dan memperlihatkan keberkesanan medium tersebut terhadap kemahiran menulis karangan
dalam kalangan pelajar terutamanya membantu mereka membentuk perenggan yang
mempunyai pautan setiap isi.

1.1 Pernyataan Masalah


Sistem pendidikan di Malaysia kini amat menitikberatkan dan memandang serius kemahiran
berbahasa dalam proses pembelajaran terutama dalam kemahiran menulis. Ini ditegaskan dalam
dapatan kajian daripada Noor Habsah dan Yahya (2018) iaitu melihat kemahiran menulis
merupakan elemen yang terpenting dalam PdPc bahasa Melayu malah kemahiran ini juga
seharusnya dikuasai sepenuhnya oleh pelajar bagi memantapkan lagi kemahiran tersebut untuk
menghurai dan menyusun idea-idea dengan tepat dan betul dalam penulisan karangan sehingga
membentuk perenggan dengan baik. Namun begitu, masih wujud permasalahan dalam kalangan
pelajar semasa PdPc penulisan karangan sehingga mereka sukar untuk menghasilkan sebuah
karangan yang bermutu tinggi terutama dari segi pembentukan perenggan.

Antara permasalahan yang timbul adalah sikap pelajar yang terlalu bergantung kepada
bahan yang disediakan oleh guru sepanjang PdPc penulisan karangan. Che Zanariah dan Fadzilah
(2011) dalam kajian mereka melihat sikap pelajar yang lebih kepada pembelajaran berpusatkan
guru akan mengalami kesukaran untuk membentuk perenggan dengan baik dan tersusun malah
penghuraian isi atau idea serta diikuti dengan pengolahan kosa kata bagi menghasilkan ayat yang
gramatis dan lengkap juga tidak akan mencapai tahap yang memuaskan semasa proses
pengajaran penulisan karangan. Ini akan mempengaruhi tahap pencapaian dan penguasaan
mereka dalam PdPc penulisan karangan. Selain itu, pelajar juga mengalami permasalahan
berkaitan ketidakcekapan mereka menulis pendahuluan dengan baik dan jelas sehingga ada
dalam kalangan mereka yang tersasar daripada tajuk atau kehendak soalan. Hal ini disebabkan
oleh mereka kurang memahami isu berkaitan dengan tajuk karangan yang diberikan oleh guru
dengan jelas dan teliti sehingga memberi kesan terhadap pembentukan perenggan dengan baik
serta memberi kesan terhadap tahap pencapaian mereka semasa PdPc penulisan karangan.
Permasalahan ini pernah dibahaskan oleh Nawi (2006) iaitu pelajar yang lemah untuk menulis
pendahuluan akan memperlihatkan bahagian tersebut tiada pautan dengan perenggan isi malah
akan mengakibatkan wujudnya ketidakseragaman antara tajuk dengan isi.

Di samping itu, pelajar juga dilihat lemah untuk mengolah isi atau idea semasa PdPc
penulisan karangan. Permasalahan ini turut diperjelaskan dalam kajian Anthony dan Yahya
(2017) iaitu segelintir pelajar masih lemah untuk mengolah atau mengembangkan isi dan idea
sehingga mempamerkan ketidakrevelan isi dengan tajuk tugasan semasa PdPc penulisan
karangan. Permasalahan ini memperlihatkan ketidakmatangan pelajar semasa menghuraikan isi
atau idea sehingga ada dalam kalangan mereka yang menyatakan isi secara bertindan bagi setiap
perenggan. Lantas, permasalahan tersebut memaparkan setiap perenggan tidak tersusun dengan
sempurna bagi setiap isi. Tambahan pula, pelajar turut dilihat terlalu sukar untuk
mengembangkan idea semasa PdPc penulisan karangan sehingga menampakkan sebuah
243

karangan yang tidak lengkap dari segi perenggan, isi, kosa kata dan penggunaan ayat yang
gramatis dan lengkap. Hal ini disebabkan oleh mereka dilihat kekurangan idea untuk
dihubungkaitkan dengan tajuk karangan yang diberikan oleh guru terutamanya tajuk yang
berkaitan dengan isu-isu semasa. Permasalahan ini pernah dinyatakan dalam Sahlan et al. (2013)
iaitu karangan yang dihasilkan oleh pelajar akan memperlihatkan ketidakserasian antara idea
dengan tajuk karangan yang diberikan oleh guru sehingga menampakkan mereka sukar
membahaskan idea tersebut menjadi sebuah karangan yang baik dan lengkap. Permasalahan
sedemikian akan memberi impak terhadap mereka untuk membentuk sebuah perenggan dengan
baik semasa PdPc penulisan karangan. Justeru, berdasarkan permasalahan tersebut dapatlah
dilihat bahawa penguasaan kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar perlulah
disusuli dengan teknik, kaedah, pendekatan atau strategi pembelajaran yang baharu oleh guru.
Ini bagi membolehkan setiap pelajar mampu untuk menghasilkan sebuah karangan yang lengkap
dari segi pembentukan perenggan pendahuluan dan isi yang saling mempunyai pautan. Bahkan,
mendorong mereka untuk mempelbagaikan pengolahan isi dan kosa kata bagi membentuk ayat
yang gramatis dan lengkap semasa proses pengajaran penulisan karangan bagi setiap perenggan.

2.0 ULASAN KEPUSTAKAAN


2.1 Konsep Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran yang penting semasa proses pengajaran.
Seseorang yang memiliki tahap kemahiran menulis yang tinggi dapat memudahkan mereka untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan tepat. Terdapat beberapa pendapat daripada
sarjana yang memerihalkan mengenai konsep kemahiran menulis karangan dengan betul dan
teliti. Antara konsep kemahiran menulis karangan yang diperjelaskan oleh Husin dan Nazariyah
(2012) ialah mereka melihat kemahiran menulis ini merupakan suatu proses untuk merakam
atau menghasilkan bahan-bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan dan
maklumat yang kemudiannya akan diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Proses menulis biasanya
akan membantu seseorang terutama pelajar untuk menulis ayat ataupun perkataan dengan betul
dan tepat serta menyampaikan makna kepada pembaca. Selain itu, Abdul Ghani (2016) turut
memberi takrif konsep kemahiran menulis iaitu beliau menyifatkan kemahiran tersebut sebagai
suatu kemahiran berbahasa yang akan menjadi teras kepada penguasaan bahasa baku. Malahan,
beliau turut menjelaskan bahawa kemahiran menulis turut terkandung beberapa aspek seperti
kebahasaan, keindahan serta kehalusan bahasa itu sendiri apabila seseorang mengaplikasikan
kemahiran tersebut dalam bentuk tulisan.

Di samping itu, kemahiran menulis mampu untuk meningkatkan tahap keupayaan meta
kognisi pelajar dengan lebih berkesan dan efektif. Kenyataan ini dinyatakan dengan jelas oleh
Noor Habsah dan Yahya (2018) iaitu kemahiran menulis sememangnya mempunyai perkaitan
dengan tahap keupayaan pelajar bagi memudahkan mereka menulis setiap perkataan dan ayat
yang gramatis mengikut hukum-hukum dalam penulisan. Ini akan membantu pelajar untuk
menguasai kemahiran menulis karangan dengan baik dan lengkap serta mampu menghasilkan
sebuah karangan yang berkualiti. Justeru, setiap pelajar seharusnya ditekankan dengan
kemahiran menulis dengan betul dan tepat bagi membolehkan mereka bukan sahaja menguasai
proses pengajaran di dalam kelas bahkan turut menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih
efektif dan efisien. Namun, sebelum mereka menguasai kemahiran menulis, mereka perlulah
memahami konsep menulis terlebih dahulu dengan teliti supaya memudahkan dan melancarkan
proses pengajaran terutama semasa PdPc penulisan karangan.

2.2 Poster sebagai Pembelajaran Berpusatkan Bahan


Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini lebih menekankan guru untuk mencari
kepelbagaian dalam strategi, kedah, pendekatan atau teknik yang baru bagi memudahkan PdPc
dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, kajian ini akan
menghubungkaitkan penggunaan poster sebagai suatu alat bantu mengajar dalam PdPc
244

penulisan karangan atau lebih tepat sebagai pembelajaran yang berpusatkan bahan. Menurut
Zamri (2014), bahan bantu mengajar tergolong kepada dua bahagian iaitu bahan pengajaran
terdiri daripada bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran pula merupakan
bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Selain itu, Noriati et al. (2015) turut
mentakrifkan pembelajaran berpusatkan bahan dalam PdPc sebagai usaha guru dalam
mengaplikasikan bahan-bahan seperti buku, bahan lukisan, gambar dan sebagainya untuk
melaksanakan pengajaran di dalam kelas dapat dilakukan dengan lancar dan sistematik.
Misalnya, penggunaan bahan bantu mengajar seperti poster, gambar, peta, carta dan
seumpamanya menurut Noriati et al. (2015) dapat membantu pelajar memahami dengan lebih
jelas idea yang ingin diketengahkan. Hal ini memaparkan gambar yang besar dan berwarna-warni
dapat mencuri tumpuan pelajar serta akan memudahkan pelajar untuk mengingati idea utama
yang ingin dikemukakan.

Di samping itu, Adenan dan Khairuddin (2012) melihat pembelajaran berpusatkan bahan
seperti penggunaan poster perlulah bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan di dalam
kelas atau isi kandungan yang terdapat dalam poster tersebut perlulah bertepatan dan berkait
rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Ini kerana, bahan pengajaran tersebut akan
membantu guru untuk menyampaikan konsep utama berkaitan penulisan karangan dengan lebih
mudah, tepat dan pantas serta pelajar juga turut memperoleh manfaatnya iaitu mereka dapat
mempelajari sesuatu konsep berdasarkan tajuk karangan yang diberikan oleh guru dengan lebih
mantap, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan bagi membantu pelajar mengolah idea atau
isi dengan lebih mudah. Justeru, jelaslah bahawa penggunaan poster semasa proses pengajaran
penulisan karangan dilihat selaras dengan prinsip-prinsip pedagogi, memberikan maklumat
terkini kepada pelajar, mudah untuk diperoleh, digunakan, di selenggara, dapat digunapakai oleh
guru berulang kali dalam situasi yang berlainan serta terdapat kelenturan dan fleksibiliti yang
kukuh. Ini turut membantu pelajar menulis karangan dengan baik dan tersusun dari aspek
pengolahan isi atau idea yang mempunyai tautan setiap perenggan serta selari dengan tajuk
karangan.

3.0 TUJUAN
Kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan elemen poster semasa proses pengajaran dan
pemudahcaraan PdPc penulisan karangan terhadap aspek pembentukan perenggan dalam
kalangan pelajar sekolah menengah.

4.0 METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif secara kajian eksperimen. Kajian eksperimen menurut
Ghazali dan Sufean (2016) memperlihatkan reka bentuk kuantitatif yang digunakan untuk
menguji perbandingan atau perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan (kumpulan eksperimen) dengan kumpulan kawalan. Kajian ini juga merupakan kajian
empirikal yang memerlukan satu kaedah yang khusus bagi menjawab setiap persoalan kajian
yang telah dinyatakan. Selain itu, kajian ini mengaplikasikan kajian eksperimen iaitu sampel
kajian akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Pada awalnya, kedua-dua kumpulan akan
diberikan ujian bagi memperlihatkan pembentukan perenggan dan tahap pencapaian dalam
kemahiran menulis karangan yang dikenali sebagai ujian pra. Setelah itu, kedua-dua kumpulan
akan melalui ujian pasca iaitu bagi kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah konvensional
semasa proses pembelajaran penulisan karangan. Manakala bagi kumpulan rawatan akan
menggunakan poster semasa proses pembelajaran penulisan karangan. Pengkaji akan
mencatatkan tahap pencapaian berdasarkan ujian pasca yang diperoleh daripada kedua-dua
kumpulan bagi memperlihatkan kaedah pengajaran yang berkesan semasa PdPc penulisan
karangan terutamanya dalam aspek pembentukan perenggan.
245

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah harian biasa daerah Ledang, Tangkak,
Johor Darul Takzim dengan melibatkan seramai 40 orang pelajar tingkatan empat di sebuah
sekolah daerah Ledang. 40 orang pelajar tersebut kemudiannya akan dipecahkan untuk dijadikan
dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bagi instrumen set soalan ujian,
pengkaji mendapatkan bantuan dan berbincang bersama-sama dengan Ketua Panitia Bahasa
Melayu serta guru-guru bahasa Melayu di sekolah tersebut untuk menggubal dan membuat set
soalan mengikut format SPM.

Instrumen ini adalah untuk mengukur tahap kefahaman, pengetahuan dan penguasaan
sampel kajian terhadap sesuatu penulisan karangn yang menjurus kepada keupayaan kognitif,
psikomotor dan efektif. Berdasarkan instrumen set soalan ujian tersebut, pengkaji melihat
kepada pembentukan perenggan dan tahap pencapaian bagi penguasaan sampel kajian terhadap
keberkesanan kaedah pembelajaran yang diaplikasikan semasa PdPc penulisan karangan. Data
dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu menerapkan ujian-T dua sampel yang bertujuan
untuk menguji hipotesis kajian berkaitan keberkesanan penggunaan poster terhadap
pembentukan perenggan semasa kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar yang
terdiri daripada dua kumpulan pelajar. Setiap data yang diperoleh daripada statistik inferensi
akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS 22.0)
bagi memudahkan setiap data diperoleh dengan tepat dan teliti.

5.0 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian bertujuan untuk menjawab hipotesis kajian iaitu sejauh mana keberkesanan
elemen poster dapat membantu pelajar membentuk perenggan dengan baik dan tersusun serta
meningkatkan tahap pencapaian pelajar semasa PdPc penulisan karangan. Berikut merupakan
hasil dapatan kajian yang telah dilakukan kepada sampel kajian iaitu berdasarkan ujian pra dan
ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Perbezaan Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Pembentukan Perenggan semasa


Kemahiran Menulis Karangan Berdasarkan Ujian-t Sampel Bebas Mengikut Kumpulan dalam
Ujian Pra.

Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan semasa ujian pra.

Jadual 1. Ujian-t sampel bebas tahap pencapaian pelajar mengikut kumpulan berdasarkan
ujian pra.

Jenis Ujian Jenis Kelas N Min SP df t sig.

Pra Kumpulan kawalan 20 54.50 5.24


38 0.17 0.86
Kumpulan rawatan 20 54.20 5.57
Dapatan kajian dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa skor min ujian pra bagi kumpulan kawalan
ialah 54.50 dan sisihan piawai 5.24, manakala skor min bagi kumpulan rawatan ialah 54.20 dan
sisihan piawai 5.57 dengan nilai-t (38) = 0.17, p > 0.05. Keputusan menunjukkan nilai signifikan
0.86 lebih besar dari aras signifikan 0.05. Oleh demikian, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min tahap pencapaian pelajar terhadap pembentukan perenggan semasa
kemahiran menulis karangan dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Oleh itu, hipotesis nul 1 diterima. Hal ini bermakna, penggunaan pendekatan konvensional
semasa proses pengajaran tidak dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar terutama dari segi
pembentukan perenggan dalam PdPc penulisan karangan bagi kedua-dua kumpulan pelajar.
246

Perbezaan Tahap Pencapaian Pelajar Terhadap Pembentukan Perenggan semasa


Kemahiran Menulis Karangan Berdasarkan Ujian-t Sampel Bebas Mengikut Kumpulan dalam
Ujian Pasca

Jadual 2. Ujian-t sampel bebas tahap pencapaian pelajar mengikut kumpulan berdasarkan
ujian pasca.

Jenis Ujian Jenis Kelas N Min SP df t sig.

Pasca Kumpulan kawalan 20 60.75 3.64


38 -11.49 0.00
Kumpulan rawatan 20 77.95 5.61
Berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 2 didapati bahawa skor min ujian pasca bagi kumpulan
kawalan ialah 60.75 dan sisihan piawai 3.64, manakala min skor bagi kumpulan rawatan ialah
77.95 dan sisihan piawai 5.61 dengan nilai-t (38) = -11.49, p< 0.05. Keputusan menunjukkan nilai
signifikan 0.00 lebih kecil dari aras signifikan 0.05. Oleh demikian, terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min tahap pencapaian pelajar terhadap kemahiran menulis karangan
dalam aspek pembentukan perenggan semasa ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan. Oleh itu, hipotesis nul 2 ditolak. Hal ini bermakna, penerapan elemen poster semasa
proses pengajaran dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam PdPc penulisan
karangan bagi kumpulan rawatan terutama dari segi pembentukan perenggan.

6.0 PERBINCANGAN
Strategi pembelajaran berpusatkan bahan merupakan langkah utama yang perlu dititikberatkan
oleh guru semasa proses pengajaran di dalam kelas. Guru perlulah lebih bersedia untuk mencari
kepelbagaian idea dan inovasi untuk mencari bahan yang boleh diaplikasikan di dalam kelas. Hal
ini selari dengan hasil dapatan kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013) yang menyentuh
penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan terkini seperti penerapan poster bukan
sahaja memperlihatkan guru berinovatif dan kreatif bahkan mampu menarik minat pelajar selain
meningkatkan tahap pencapaian dan kreativiti pelajar semasa proses pengajaran penulisan
karangan. Ini dapat dibuktikan dengan hasil dapatan kajian yang mendapati bahawa strategi
pembelajaran yang berteraskan konvensional tidak dapat meningkatkan tahap pencapaian
pelajar semasa PdPc penulisan karangan terutama dalam aspek pembentukan perenggan. Ini
berikutan hasil dapatan kajian semasa ujian pra yang memperlihatkan kedua-dua kumpulan
tidak terdapat perbezaan yang setara iaitu skor min ujian pra bagi kumpulan kawalan ialah 54.50
dan sisihan piawai 5.24, manakala skor min bagi kumpulan rawatan ialah 54.20 dan sisihan
piawai 5.57 dengan nilai-t (38) = 0.17, p > 0.05. Keputusan menunjukkan nilai signifikan 0.86
lebih besar dari aras signifikan 0.05. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor min tahap pencapaian pelajar terhadap kemahiran
menulis karangan bagi aspek pembentukan perenggan semasa ujian pra bagi kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan.

Dengan itu, hipotesis nul 1 dalam kajian ini diterima. Hal ini bermaksud bahawa
penggunaan pendekatan konvensional semasa proses pengajaran tidak dapat membantu pelajar
untuk membentuk perenggan dengan baik sehingga tahap pencapaian pelajar dalam PdPc
penulisan karangan bagi kedua-dua kumpulan pelajar berada di tahap yang sederhana. Di
samping itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa penerapan elemen poster mampu untuk
meningkatkan tahap pencapaian pelajar semasa PdPc penulisan karangan dari segi pembentukan
perenggan. Hal ini terbukti berdasarkan hasil dapatan kajian semasa ujian pasca yang
mencatatkan skor min ujian pasca bagi kumpulan kawalan ialah 60.75 dan sisihan piawai 3.64,
manakala min skor bagi kumpulan rawatan ialah 77.95 dan sisihan piawai 5.61 dengan nilai-t
(38) = -11.49, p < 0.05. Keputusan menunjukkan nilai signifikan 0.00 lebih kecil dari aras
signifikan 0.05. Hal ini bermakna bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min
247

tahap pencapaian pelajar terhadap pembentukan perenggan dalam kemahiran menulis karangan
semasa ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Oleh itu, hipotesis nul 2 dalam kajian ini ditolak. Dengan itu, penerapan poster semasa
proses pengajaran dapat mendorong pelajar membentuk perenggan dengan baik dan tersusun
malah mampu meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam PdPc penulisan karangan. Justeru,
berdasarkan hasil dapatan kajian ini memperlihatkan keberkesanan poster bukan sahaja
mendorong meningkatkan tahap pencapaian pelajar semasa PdPc penulisan karangan. Bahkan,
ianya mampu untuk memberi implikasi yang positif kepada guru, pelajar, pihak sekolah serta
KPM yang berteraskan FPK. Antara implikasi yang diperoleh ialah dapat memudahkan pelajar
menguasai kemahiran menulis karangan dengan lengkap dan tersusun dari segi perenggan
pendahuluan, isi dan kesimpulan semasa PdPc penulisan karangan. Selain itu, Anthony dan Yahya
(2017) menyatakan dalam Abdul Rasid dan Hasmah (2013) bahawa penerapan elemen poster
yang mempunyai ciri menarik dan terkini amat penting semasa proses pengajaran serta
memperlihatkan peningkatan daya kreativiti pelajar membentuk perenggan bahkan mereka
dapat menghasilkan karangan dengan baik dan berkualiti. Hal ini kerana, penggunaan poster
semasa proses pengajaran penulisan karangan dapat memberi idea kepada pelajar untuk
memulakan ayat disebabkan kepelbagaian bahan yang lebih bersifat terkini dan menarik.

Di samping itu, pengaplikasian poster dalam proses pengajaran penulisan karangan dapat
mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan baik yang melibatkan daya
pemikiran kreatif dan kritis. Kong et al. (2017) menjelaskan pelajar yang menguasai kemahiran
menulis karangan dengan baik adalah pelajar yang mampu untuk menggabungjalinkan idea-idea
yang diperoleh bahan yang diaplikasikan oleh guru sehingga membentuk ayat gramatis yang
lengkap dan ditulis dalam bentuk perenggan bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti. Hal ini
kerana, elemen dalam poster yang mengandungi gambar dapat merangsang pemikiran, daya
ingatan dan penyusunan idea pelajar untuk diterjemahkan dalam penulisan. Justeru, setiap isi
yang diolah dalam perenggan mempunyai perkaitan atau pertautan antara satu sama lain dan
bertepatan dengan tajuk karangan yang diberikan oleh guru semasa PdPc penulisan karangan
sehingga pelajar mampu untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik dan berkualiti.

7.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, strategi pembelajaran berpusatkan bahan seperti pengaplikasian poster
semasa PdPc penulisan karangan dapat menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar
meningkat. Hal ini membuktikan pelajar bukan sahaja berjaya meningkatkan tahap pencapaian
mereka bahkan, dapat menguasai kemahiran menulis karangan dengan lebih efektif dan
konsisten semasa proses pengajaran penulisan karangan iaitu membentuk perenggan yang
tersusun bagi setiap isi. Elemen poster dilihat lebih melibatkan pelajar semasa proses
pembelajaran di dalam kelas berbanding strategi konvensional. Strategi ini sedikit sebanyak
membentuk pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar iaitu pelajar akan berkomunikasi antara
satu sama lain bersama guru mahupun rakan untuk menghasilkan penulisan karangan yang
berkualiti dari aspek pembentukan perenggan, pengolahan isi atau idea, penggunaan
kepelbagaian kosa kata serta membentuk ayat yang gramatis dan lengkap. Dengan itu, para guru
perlulah sentiasa kreatif dan inovatif dalam mencari kepelbagaian bahan bantu mengajar untuk
diaplikasikan semasa proses pengajaran di dalam kelas bagi membolehkan pelajar menguasai
kemahiran menulis karangan dengan baik terutamanya dari segi pembentukan perenggan yang
mempunyai pautan setiap isi atau idea.
248

RUJUKAN
Abdul Ghani Jalil. (2016). Tingkah Laku dan Proses Semasa Menulis Karangan Respons Terbuka
Murid Berprestasi Rendah. Proceeding of ICECRS, 951-958. Sintok: Penerbit Universiti
Utara Malaysia.
Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2): 49-63.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Anthony Aloysius Akup dan Yahya Othman. (2017). Keberkesanan Peta Pemikiran dalam
Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1): 44-55.
Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1): 67-87.
Chew Fong Peng dan Rusdaini Mohamed. (2013). Keberkesanan Penggunaan Akhbar dalam
Pengajaran Karangan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2): 18-30.
Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan:
Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani. (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003b). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kong Teck Kiong, Yahya Othman dan Zamri Mahamod. (2017). Penggunaan Peta Pemikiran I-
Think dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kategori Sekolah Kurang Murid Daerah Sibu. Dlm. Zamri Mahamod, Ramuna Mahrom,
Norasyikin Md Rashid, Maz Abu SufianMadhi, RaffiSmail dan Nor Syayaumil Qhairil
Eemann Muhammad (pnyt). Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu
Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 231-248. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd Yusri Ibrahim. (2017). Sembang Santai Penyelidikan. Besut: Bandar Ilmu.
Nawi Ismail. (2002). Masalah Ketidakberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Pelita Bahasa, 20(2): 22-24.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2015). Murid dan
Alam Belajar: Edisi Kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noor Habsah Ali dan Yahya Othman. (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1): 33-41.
Shahlan Surat, Shalinawati Ramli dan Saemah Rahman. (2013). Sumbangan Elemen
Metakognitif terhadap Pencapaian Penulisan Karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2): 79-91.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zuraini Jusoh dan Abdul Rasid Jamian. (2014). Kesan Bercerita Terhadap Pencapaian
Penulisan Karangan Naratif Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1): 11-
18.
249

Bentuk Percampuran Kod Dari Aspek Golongan Kata dalam Penulisan Bahasa
Melayu Murid Pekak Sekolah Pendidikan Khas

Nur Syafiza Shafeei & Muhammad Zuhair Zainalii


i Pelajar Sarjana, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, syafiza.shafee@gmail.com
ii Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, zuhair@usm.my

Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan percampuran kod dalam penulisan Bahasa Melayu murid pekak di sekolah
pendidikan khas. Kajian melihat dari dua aspek iaitu mengenal pasti bentuk percampuran kod dalam
penulisan ayat murid pekak dan melihat golongan kata dominan yang menyumbang kepada percampuran
kod dalam penulisan ayat murid pekak. Kajian telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Persekutuan di Pulau Pinang. Seramai tiga orang responden yang terdiri daripada murid tahun empat
dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan menggunakan teknik
persampelan bertujuan. Ketiga-tiga responden berada pada tahap sederhana dan boleh menulis dalam
Bahasa Melayu. Skrip latihan murid bahagian A kertas penulisan digunakan sebagai bahan analisis kajian.
Bahan kajian yang dipilih dianalisis mengikut pengkelasan bentuk percampuran kod dalam model
kerancuan bahasa Teo Kok Seong (2006). Model ini mengandungi empat bentuk percampuran kod iaitu
penukaran kod tempelan, penukaran kod dalam ayat, penukaran kod di antara ayat dan penukaran kod
dalam perkataan. Dapatan kajian mendapati bahawa penukaran kod dalam ayat merupakan bentuk
percampuran kod paling tinggi yang dilakukan oleh murid iaitu sebanyak 49 ayat daripada 53 ayat yang
terlibat dengan percampuran kod. Empat daripada ayat yang dianalisis merupakan percampuran kod di
antara ayat. Manakala percampuran kod menggunakan kata nama merupakan paling dominan dilakukan
oleh murid pekak iaitu sebanyak 18 daripada 31 perkataan. Seterusnya diikuti dengan kata kerja (enam),
kata tugas (lima) dan kata adjektif (dua) perkataan.

Kata kekunci: percampuran kod, golongan kata, penulisan Bahasa Melayu, murid pekak, pendidikan khas

1.0 PENGENALAN
Dalam kajian ini, percampuran kod dilihat dalam aspek penulisan ayat murid yang mengalami
masalah pendengaran. Murid bermasalah pendengaran juga dikenali sebagai murid pekak
(Abdullah Yusoff, 2014). Murid pekak berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Mereka tidak
berkomunikasi secara bertutur kerana tahap kebolehupayaan mereka untuk mendengar sangat
rendah menyebabkan mereka tidak dapat menyebut bunyi-bunyi dengan betul. Namun begitu,
dari segi penulisan, murid pekak boleh menulis seperti murid biasa. Mereka juga menerima
pendidikan yang sama seperti murid di aliran perdana. Oleh itu, mereka juga terlibat dalam
melakukan percampuran kod dalam penulisan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
bentuk percampuran kod yang dilakukan oleh murid pekak mengikut pengkelasan Teo Kok Seong
dalam model Kerancuan Bahasa. Kajian juga melihat perkataan dari golongan kata yang paling
dominan dicampuradukkan ke dalam ayat bahasa Melayu murid pekak.

Fenomena percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris ini juga disebut
sebagai ‘bahasa rojak’ (Roksana Bibi, 2015). Percampuran kod biasanya dapat diterima dalam
konteks komunikasi seharian. Namun begitu, percampuran kod tidak boleh diterima dalam
situasi rasmi atau dalam bahasa ilmu, terutama dalam penulisan. Masalah percampuran kod
dalam kalangan murid sekolah di peringkat yang membimbangkan. Rata-rata murid banyak
melakukan percampuran kod dalam penulisan. Murid kerap mencampur aduk pelbagai bentuk
golongan kata mengikut tahap penguasaan kosa kata masing-masing. Kajian Nor Hashimah dan
Adriana Santa (2016) ke atas murid Cina di sebuah pusat tuisyen menyokong bahawa masalah
percampuran kod ini ditahap membimbangkan. Kajian yang dijalankan mendapati murid sering
kali melakukan percampuran kod kata nama, kata kerja, penanda wacana, masa dan kata adjektif
dalam aktiviti penulisan karangan bahasa Melayu.
250

2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian kualitatif ini berbentuk kajian kes. Kaedah yang digunakan berbentuk analisis
teks dan kepustakaan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas di
Pulau Pinang. Persampelan bertujuan digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini kerana pengkaji
memerlukan sampel yang dapat memberi input yang banyak terhadap kes yang dikaji. Sampel
kajian adalah seramai tiga orang murid dari tahun 4. Kesemua responden boleh menulis ayat
dalam Bahasa Melayu. Data diperoleh daripada analisis dokumen latihan penulisan murid pada
bahagian A.

3.0 DAPATAN KAJIAN


Menurut pengkelasan percampuran kod oleh Teo Kok Seong, percampuran kod terbahagi kepada
empat bentuk iaitu penukaran kod tempelan, penukaran kod dalam perkataan, penukaran kod di
antara ayat dan penukaran kod dalam ayat. Penukaran kod tempelan adalah apabila hanya satu
perkataan Bahasa Inggeris digunakan dalam keseluruhan ayat Bahasa Melayu. Penukaran kod
dalam perkataan merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu
perkataan. Penukaran kod di antara ayat pula merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris secara berselang-seli dalam ayat-ayat yang ditulis. Contohnya ayat pertama
ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya, manakala ayat seterusnya ditulis dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya. Bentuk keempat ialah penukaran kod dalam ayat iaitu penggunaan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris secara bercampur sama ada dalam subjek atau predikat ayat bahasa
Melayu. Dapatan daripada kajian ini mendapati hanya dua bentuk sahaja yang dilakukan oleh
murid iaitu penukaran kod di antara ayat dan juga penukaran kod dalam ayat.

3.1 Penukaran kod di antara ayat


Penukaran kod di antara ayat adalah apabila murid menggunakan keseluruhan perkataan Bahasa
Inggeris dalam satu ayat. Percampuran kod bentuk ini boleh dilihat dalam empat ayat yang ditulis
oleh responden iaitu ayat 8, 34, 37 dan 45.

Jadual 1. Penukaran kod di antara ayat


Ayat 8 Ying and Yaya read.
Ayat 34 Boy water flower.
Ayat 37 Yi Ying read book.
Ayat 45 Firdaus dence.

3.2 Penukaran kod dalam ayat

Penukaran kod dalam ayat adalah apabila murid menggunakan beberapa perkataan daripada
Bahasa Inggeris dalam satu ayat Bahasa Melayu secara berselang-seli. Dalam kajian, didapati
penukaran kod dalam ayat merupakan paling kerap dilakukan oleh murid. Kesemua responden
melakukan percampuran kod dalam ayat iaitu sebanyak 49 ayat kesemuanya.
Kajian oleh Nor Hashimah dan Adriana Santa (2016) juga mendapati penukaran kod
dalam ayat merupakan yang paling kerap dilakukan oleh murid. Kajiannya mendapati murid
mencampurkan perkataan-perkataan dari bahasa lain dalam ayat berikutan kekurangan kosa
kata dalam Bahasa Melayu. Percampuran kod dalam ayat ini juga dikenali sebagai peralihan kod
intra-ayat.
251

4.0 GOLONGAN KATA DOMINAN YANG MENYUMBANG KEPADA PERCAMPURAN KOD


Golongan kata nama merupakan percampuran kod yang paling kerap dilakukan oleh murid.
Jadual 2 menunjukkan bilangan suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Didapati 11 daripada 18 perkataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris mempunyai suku kata
yang lebih pendek daripada suku kata perkataan bahasa Melayu iaitu pada item 4, 7, 9-11, dan
13-18. Perincian bilangan suku kata bahasa Inggeris dan suku kata bahasa Melayu bagi golongan
kata nama ditunjukkan seperti dalam Jadual 3.

Jadual 2. Kesalahan kata nama


Item Bahasa Inggeris Bilangan Bahasa Melayu Bilangan
suku kata suku kata
1 camera 3 kamera 3
2 picture 2 gambar 2
3 paper 2 kertas 2
4 grass 1 rumput 2
5 ballon (balloon) 2 belon 2
6 flower 2 bunga 2
7 rope 1 tali 2
8 water 2 air 2
9 nest 1 sarang 2
10 wall 1 dinding 2
11 slide 1 gelungsur 3
12 bus 1 bas 1
13 school 1 sekolah 3
14 handfon (handphone) 2 telefon bimbit 5
15 hameer (hammer) 2 penukul 3
16 book 1 buku 2
17 ball 1 bola 2
18 boy 1 budak lelaki 5

Jadual 3: Bilangan suku kata bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM) bagi kata nama
Suku kata Suku kata Nombor Item Jumlah
BI BM (perkataan)
1 1 12 1
2 2 2,3,5,6,8 5
3 3 1 1
1 2 4, 7,9,10,16,17 6
1 3 11, 13 2
1 5 18 1
2 3 15 1
2 5 14 1

Seterusnya ialah golongan kata kerja yang mempunyai enam perkataan bahasa Inggeris
digunakan dalam ayat bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Didapati keenam-
enam perkataan bahasa Inggeris tersebut mempunyai suku kata yang lebih pendek berbanding
perkataan bahasa Melayu. Perincian bilangan suku kata Bahasa Inggeris dan suku kata bahasa
Melayu bagi golongan kata kerja ditunjukkan seperti dalam Jadual 5 berikut:
252

Jadual 4: Kesalahan kata kerja


Item Kesalahan Bilangan Bahasa Melayu Bilangan
suku kata suku kata
19 cut 1 potong 2
20 run 1 lari 2
21 eat 1 makan 2
22 dance 1 menari 3
23 rest 1 rehat 2
24 read 1 baca 2

Jadual 5: Bilangan suku kata bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM) bagi kata kerja
Suku kata Suku kata Nombor Item Jumlah
BI BM (perkataan)
1 2 19,20,21,23,24 5
1 3 22 1

Seterusnya ialah golongan kata tugas yang menunjukkan terdapat lima perkataan Bahasa
Inggeris digunakan oleh murid pekak dalam ayat bahasa Melayu seperti dalam Jadual 6. Golongan
kata tugas juga mendapati kesemua lima perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam ayat
mempunyai suku kata yang lebih pendek berbanding perkataan bahasa Melayu. Perincian
bilangan suku kata bahasa Inggeris dan suku kata bahasa Melayu bagi golongan kata tugas
ditunjukkan seperti dalam Jadual 7 berikut.

Jadual 6: Kesalahan kata tugas


Item Kesalahan Bilangan Bahasa Melayu Bilangan
suku kata suku kata
25 in 1 dalam 2
26 and 1 dan 1
27 with 1 dengan 2
28 how 1 bagaimana 4
29 on 1 atas 2

Jadual 7: Bilangan suku kata bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM) bagi kata tugas
Suku kata Suku kata Nombor Item Jumlah
BI BM (perkataan)
1 1 26 1
1 2 25,27,29 3
1 4 28 1

Golongan kata yang terakhir dan yang paling kurang percampuran kod ialah golongan
kata adjektif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8. Kata adjektif kurang digunakan dalam ayat
murid pekak kerana ayat yang ditulis kebanyakkannya tidak mempunyai ayat keterangan.
Namun, masih terdapat percampuran kod yang dilakukan dalam ayat yang melibatkan dua kata
adjektif iaitu bagi perkataan ‘cantik’ (beauty) dan ‘laju’ (fast). Daripada dua perkataan ini,
didapati juga ada perkataan Bahasa Inggeris yang lebih pendek suku kata berbanding Bahasa
Melayu. Perincian bilangan suku kata bahasa Inggeris dan suku kata bahasa Melayu bagi
golongan kata adjektif ditunjukkan seperti dalam Jadual 9 berikut:
253

Jadual 8: Kesalahan kata adjektif


Item Kesalahan Bilangan Bahasa Melayu Bilangan
suku kata suku kata
30 beauty 2 cantik 2
31 fast 1 laju 2

Jadual 9: Bilangan suku kata bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM) bagi kata adjektif
Suku kata Suku kata Nombor Item Jumlah
BI BM (perkataan)
2 2 30 1
1 2 21 1

5.0 PENUTUP
Dapatan kajian membuktikan masalah percampuran kod dalam penulisan bahasa Melayu murid
pekak ditahap yang membimbangkan. Murid masih keliru untuk membezakan penggunaan
bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dalam ayat. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada
masalah percampuran kod dalam kalangan murid pekak. Seperti dapatan yang diperoleh,
kekeliruan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh perkataan-perkataan bahasa Inggeris
yang mempunyai suku kata lebih pendek jika dibandingkan dengan perkataan bahasa Melayu.
Hal ini disebabkan, suku kata pendek akan lebih mudah untuk diingat dan dieja oleh murid
terutamanya kepada murid pekak yang tidak dapat mendengar ujaran perkataan oleh kerana
kekangan pendengaran yang dihadapi.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-
12.
Abdullah Yusoff. (2014). Memahami Komunikasi Orang Pekak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan
dan Analisis Kajian. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur
Hazlina. (2012). Pengaruh bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam strategi penukaran kod
bahasa perancis. Jurnal of Language Studies, 12(2).
Ilker, Sulaiman & Rukayya. (2016). Comparison and convenience sampling and purposive
sampling. American Journal of Theoretical And Applied Statistic, 5(1), 1-4.
Mohd Asnorhisham. (2017). Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program
pemulihan khas bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 66-73.
Mohammad Fadzeli. (2015). Gaya peralihan kod dalam kesusasteraan multilingual di Malaysia.
Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu, 3(3), 49-57.
Nor Hashimah & Adriana Santa. (2016). Percampuran kod dalam penulisan karangan bahasa
melayu pelajar cina: analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 16(1).
Patton, M.Q. (2002). Qualitative Evaluation and Research Methods. 3th Edition. Thousand Oaks,
CA: Sage Publishing
Roksana Bibi. (2015). Penyerapan bahasa dalam pertembungan budaya: kesalingan pinjam
meminjam dalam kalangan tiga kelompok masyarakat di singapura. Pendeta Journal of
Malay Language, Education and Literature, 6.
Siti Rahimah, Raja Masittah & Normahdiah. (2014). Kekeliruan jati diri punca bahasa bercampur
aduk. Jurnal Bahasa, 14(1).
Sumarsih, Masitowarni, Syamsul & Dedi. (2014). Code switching and code mixing in indonesia:
study in sosiolinguistics. English Language and Literature Studies, 4(1).
Teo Kok Seong (2006). Kerancuan dalam bahasa melayu. Jurnal Bahasa, 6(4), 698-711.
254

Biodata Ringkas Penulis


Nur Syafiza Shafee ialah seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Persekutuan. Beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dalam bidang bahasa Melayu. Kini, beliau sedang
melanjutkan pelajaran peringkat sarjana bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Zuhair Zainal ialah seorang pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti
Sains Malaysia. Kepakaran beliau dalam bidang pragmatik terutamanya dalam pnegajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dan Islam. Beliau turut mempunyai minat terhadap kajian sastera
dan pendidikan khas. Di samping itu, beliau juga banyak terlibat dalam penyelidikan pedagogi
dan kurikulum.
255

PERBANDINGAN NILAI KERAJINAN DALAM PERIBAHASA MELAYU DAN


PERIBAHASA TAMIL: ANALISIS TEORI HIBRID

Parameswary Shanmugami & Anida Sarudinii


i (Pengarang Bersama). Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris. paramesshan94@gmail.com
iiProf. Madya Dr., Universiti Pendidikan Sultan Idris. anida@fbk.upsi.edu.my

Abstrak
Nilai moral memberi gambaran untuk membentuk sikap positif dan pemikiran yang tinggi dalam kalangan
pelajar. Kertas ini mengetengahkan konsep nilai kerajinan yang dilihat dalam peribahasa Melayu dan
peribahasa Tamil. Peribahasa secara umumnya dapat merakamkan keadaan, sifat, kejadian, peristiwa dan
nilai dalam kehidupan; termasuklah nilai kerajinan yang menjadi elemen penting dalam memupuk
peradaban masyarakat. Nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu meliputi daya usaha, ketekunan,
menepati masa dan cermat dalam melaksanakan tugas. Begitu juga dalam peribahasa Tamil yang memiliki
nilai dan falsafah tersendiri. Namun begitu, budaya dan konteks kehidupan masyarakat yang berbeza
menjadi faktor dalam mewujudkan persamaan dan perbezaan dari sudut nilai dan falsafah peribahasa.
Permasalahan ini membuka ruang kepada penyelidik dalam usaha mengkaji susur-galur perbandingan
nilai dan falsafah kerajinan antara peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil menerusi analisis Teori Hibrid
yang dipelopori oleh Markus Tendahl (2009). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif, iaitu melibatkan
analisis kandungan. Instrumen senarai semak digunakan bagi mengenal pasti pencirian elemen kerajinan
dalam kedua-dua peribahasa. Fokus diberikan kepada enam data peribahasa pada aras sekolah rendah
iaitu tiga data peribahasa Melayu dan tiga data peribahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
pelbagai slot kosong dalam rantau konsepsi ruang mental masyarakat Melayu dan India berdasarkan
peribahasa yang dikaji. Pengisian slot-slot kosong ini juga diteguhkan dengan beberapa konsep ad-hoc yang
dapat memperjelas konteks peribahasa dalam kedua-dua budaya, sekaligus menyerlahkan dimensi nilai
kerajinan dalam peribahasa Melayu dan Tamil. Penggunaan Teori Hibrid menunjukkan satu corak baharu
dalam literatur kajian perbandingan antara falsafah peribahasa Melayu dan Tamil. Analisis kajian juga
mendapati konsep ad-hoc yang digunakan dalam peribahasa Melayu dan Tamil berbeza mengikut akal budi
masyarakat Melayu dan India.

Kata kekunci: nilai kerajinan, peribahasa melayu, peribahasa tamil, teori hibrid, ad-hoc

1.0 PENGENALAN
Makalah ini membincangkan nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil
berdasarkan analisis teori Hibrid. Kerajinan didefinisikan sebagai usaha yang berterusan penuh
dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan
sesuatu perkara (Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR, 2000). Tujuan pengamalan nilai
moral adalah untuk membentuk individu seimbang dan holistik yang berpotensi dalam
menaakul, berperasaan dan bertingkah laku moral (Tan Bee Piang, Rahimah & Zuraini, 2015).
Justeru, A.W. Hamilton (1947) menyatakan bahawa peribahasa menjadi hukum adat dan nasihat
moral serta peraturan yang mengawal tindak-tanduk manusia dalam masyarakat Melayu. Dalam
kajian Murthy, Fatimah & Zaid (2019), peribahasa Tamil dikenali sebagai pazha mozhi di mana
pazha bermaksud keindahan bahasa yang diguna pakai sejak zaman dahulu dan mozhi sebagai
bahasa.

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti pencirian elemen kerajinan dalam
peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil serta menganalisis nilai kerajinan dalam kedua-dua
peribahasa menggunakan Teori Hibrid. Selain itu, makalah ini akan menjelaskan perbandingan
nilai kerajinan dalam peribahasa Melayu dan Tamil berdasarkan rantau konsepsi. Pencirian
elemen kerajinan menyelitkan nilai murni dalam proses pembelajaran peribahasa seperti yang
diperlihatkan dalam kajian Zaitul Azma dan Ahmad Fuad (2011) tetapi makalah ini akan
membincangkan nilai kerajinan yang terdapat dalam peribahasa Melayu dan Tamil. Hal ini kerana
peribahasa merakamkan perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian, peristiwa dan pelbagai nilai dalam
256

kehidupan masyarakat. Kajian yang dilakukan oleh Tendahl (2006), Stover (2010) dan Rozaimah
Rashidin (2018) banyak membuat penelitian metafora menggunakan teks harian dan teks klasik
dalam pelbagai perspektif berdasarkan analisis teori Hibrid. Namun, kajian ini melihat nilai
kerajinan yang terdapat dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil menggunakan aplikasi
teori Hibrid.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan pengkaji kurang menyentuh soal perbandingan


metafora namun mereka melihat perubahan yang berlaku dalam rantaian makna dari satu tahap
ke satu tahap. Misalnya, kajian Rozaimah Rashidin (2018) yang membincangkan metafora emosi
seperti marah, amuk dan dendam dalam teks tradisional Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian
ini mencadangkan satu rantau konsepsi perbandingan berdasarkan data daripada peribahasa
Melayu dan peribahasa Tamil. Rantau konsepsi perbandingan ini berfungsi untuk
memperlihatkan nilai kerajinan dari sudut perbezaan dan persamaan dalam menyampaikan
manfaat kepada manusia. Maka, gabungan teori dan pengalaman membolehkan makna
konseptual metafora yang terdapat dalam ruang mental ini ditanggapi dengan berpada (Anida
Sarudin, 2018).

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu analisis kandungan. Instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ialah senarai semak. Sebanyak tiga data daripada peribahasa Melayu dan
tiga data daripada peribahasa Tamil yang digunakan di peringkat sekolah rendah telah dipilih
sebagai data kajian. Enam data tersebut dipilih berdasarkan maksudnya yang memaparkan nilai
kerajinan dan diorganisasikan berdasarkan keperluan teori Hibrid. Kajian ini menggunakan teori
Hibrid dalam penelitian unsur metafora. Teori ini telah dipelopori oleh Markus Tendahl (2009)
yang menggabungkan pendekatan linguistik kognitif dan bidang pragmatik melalui Teori
Relevans. Seterusnya, teori ini dikemaskini oleh Stover (2010) dengan memperkenalkan Model
Proses Tiga Serangkai (Triple Processing) yang merangkumi proses simulasi, proses
metarepresentasi dan proses penakbiran.

Menurut Stover (2010), proses simulasi membentuk linguistik kognitif berdasarkan


proses pemetaan domain sumber dan domain sasaran yang menghasilkan skema imej, metafora
konsepsi dan metonimi konsepsi. Tambahnya lagi, proses penakbiran merangkumi konsep ad hoc
peluasan dan penyempitan sebagai satu prosedur pemahaman berdasarkan konteks melalui
Teori Relevans. Proses metarepresentasi pula mengandungi representasi imaginasi-pengalaman
dan berfungsi sebagai pengantara untuk memberi input kepada proses penakbiran (Stover, 2010;
Rozaimah Rashidin, 2018). Maka, penemuan teori Hibrid merupakan cara terkini untuk
menjelaskan makna metafora yang bersifat figuratif, tersirat dan implisit.

Jelasnya lagi, Proses Tiga Serangkai berperanan untuk memperoleh makna yang hendak
dikomunikasikan yang tersimpan dalam rantau konsepsi seseorang pendengar atau penutur.
Makna ini merupakan sebahagian daripada maklumat dan pengalaman yang dialami oleh
manusia serta digunakan secara berulang. Proses pemetaan metafora yang rigid memerlukan
satu huraian teori berpada bagi menjelaskan fenomena ini. Oleh itu, teori Hibrid diyakini dapat
memberi kefahaman secara tersurat kepada bahasa dan pemikiran manusia. Makalah ini
menggunakan rantau konsepsi perbandingan Tendahl (2009) bagi menganalisis nilai kerajinan
dalam peribahasa Melayu dan Tamil. Perbandingan dilihat daripada lima aspek yang dimuatkan
dalam slot kosong iaitu domain, skema imej, konsep ad hoc, metafora konsepsi dan metonimi
konsepsi.
257

Communicated
Meaning

Inferential Process

Metarepresentational Process
Metaphorical
Utterance

Simulation Process

Rajah 1. Model Proses Tiga Serangkai (Triple Processing)

3.0 DAPATAN KAJIAN


Kajian ini telah menganalisis enam data daripada peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil yang
menunjukkan nilai kerajinan. Berikut merupakan rantau konsepsi bagi analisis nilai kerajinan
dalam peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil berdasarkan Teori Hibrid. Tambahan lagi, rantau
perbandingan dijelaskan dalam dapatan kajian. Sebanyak lima slot kosong dipilih bagi
memuatkan domain, skema imej, konsep ad hoc, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi ke
dalam rantau konseptual. Rantau konsepsi perbandingan juga menjelaskan perbezaan dan
persamaan yang dihubungkan berdasarkan peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil yang telah
dianalisis. Berikut adalah rantau konsepsi bagi peribahasa Melayu (Rajah 2) dan rantau konsepsi
peribahasa Tamil (Rajah 3). Seterusnya, rantau konsepsi perbandingan untuk kedua-dua
peribahasa Melayu dan Tamil ditunjukkan dalam Rajah 4.
258

D1: Periuk
-Lesung
-Berkerak
-Berdedak
D2: Daya
-Dalih
D3: Dipecahkan Entiti
ruyung KERAJINAN
-Sagu
D1: Bekas
D2: Daya
D3: Aturan
Linear
Sumber Sasaran

DOMAIN SKEMA
IMEJ

slot
kosong Konsep Leksikal slot
KERAJINAN kosong

-Melakukan sesuatu perkara atau kerja


dengan tekun.
-Kegiatan membuat atau menghasilkan
sesuatu.
-Kesungguhan dan usaha yang berterusan.

slot
slot kosong
kosong

METAFORA METONIMI
KONSEPSI KONSEP AD HOC KONSEPSI

D1: Kerajinan adalah Daya D1: Kesan Berkerak dan


Usaha Berdedak melambangkan
PELUASAN Kerajinan
D2: Kerajinan adalah Entiti
Kemampuan yang Menolak D2: Daya dan Dalih
Muslihat melambangkan Kerajinan

D3: Kerajinan adalah Tindakan D3: Proses Pecahkan Ruyung


Bermatlamat untuk Mendapatkan Sagu
melambangkan Kerajinan
259

Rajah 2. Rantau konsepsi peribahasa Melayu bagi nilai kerajinan.

D1: Orang Berusaha


-Pasti Berjaya
D2: Hati Berniat
-Ada Jalan
D3: Berusaha dengan
Gigih Entiti
-Tidak Mustahil KERAJINAN
D1: Aturan Linear
D2: Laluan
D3: Bahagian-
Keseluruhan

Sumber Sasaran

DOMAIN SKEMA
IMEJ

slot
kosong Konsep Leksikal slot
KERAJINAN kosong

-Melakukan sesuatu perkara atau kerja


tanpa berputus-asa.
-Kegiatan membuat atau menghasilkan
sesuatu.
-Kesungguhan dan usaha tanpa batasan.

slot
slot kosong
kosong

METONIMI
METAFORA KONSEP AD HOC KONSEPSI
KONSEPSI

D1: Kesungguhan
D1: Kerajinan adalah melambangkan Kerajinan
Kesungguhan untuk Menang PENYEMPITAN
D2: Hati dan Jalan
D2: Kerajinan adalah Keinginan melambangkan Kerajinan
untuk Mencapai Kejayaan
D3: Perkara yang Munasabah
D3: Kerajinan adalah Infiniti
melambangkan Kerajinan
260

Rajah 3. Rantau konsepsi peribahasa Tamil bagi nilai kerajinan.

Rajah 4. Rantau konsepsi perbandingan nilai kerajinan bagi peribahasa Melayu dan peribahasa
Tamil.

4.0 PERBINCANGAN
Bahagian perbincangan merujuk kepada dua data utama yang meneliti peribahasa Melayu dan
peribahasa Tamil berdasarkan analisis teori Hibrid menggunakan Model Proses Tiga Serangkai.
Data peribahasa Melayu yang digunakan ialah adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
manakala data peribahasa Tamil ialah muyirchi udaiyor igalchi adaiyar. Proses Tiga Serangkai
diaplikasi dalam Jadual 1: Analisis peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil. Proses simulasi
merangkumi domain, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi. Proses penakbiran
pula melibatkan konsep ad hoc peluasan dan penyempitan manakala proses metarepresentasi
merupakan nilai tambah kepada proses penakbiran. Kesemua hasil dapatan ditonjolkan pada
Rajah 2 dan 3. Kesemua maklumat dalam rantau perbandingan diambil daripada analisis rantau
konsepsi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil iaitu Rajah 2 dan 3 bagi menghasilkan rantau
perbandingan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rantau perbandingan dalam Rajah 4 yang merangkumi data keseluruhan peribahasa


Melayu dan Tamil menunjukkan perbezaan ketara bagi nilai kerajinan dari aspek domain, konsep
ad hoc, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi. Peribahasa Melayu menggunakan domain
yang berasaskan alatan seperti periuk manakala peribahasa Tamil lebih menekankan domain
yang berbentuk perbuatan. Dari segi konsep ad hoc, peribahasa Melayu menggunakan ad hoc
peluasan sementara peribahasa Tamil menggunakan ad hoc penyempitan. Peribahasa Melayu
menggambarkan nilai kerajinan dalam metafora konsepsi sebagai usaha dan peribahasa Tamil
261

menggambarkan metafora konsepsi sebagai kejayaan. Seterusnya, metonimi konsepsi


peribahasa Melayu menunjukkan unsur tanggungjawab manakala metonimi konsepsi peribahasa
Tamil menunjukkan unsur kewarasan. Persamaan antara rantau konsepsi peribahasa Melayu dan
Tamil dapat dilihat dari aspek skema imej aturan linear yang menunjukkan gabungan tindakan
bermatlamat. Skema imej lain yang terdapat dalam peribahasa Melayu ialah skema imej daya dan
bekas. Skema imej laluan dan bahagian-keseluruhan dilihat dalam peribahasa Tamil.

Secara keseluruhannya, rantau konsepsi perbandingan nilai kerajinan berdasarkan tiga


data peribahasa Melayu dan tiga data peribahasa Tamil jelas menunjukkan perbezaan slot kosong
dari kesemua aspek iaitu domain, skema imej, konsep ad hoc, metafora konsepsi dan metonimi
konsepsi tetapi mempunyai persamaan dari aspek skema imej aturan linear.

Jadual 1. Analisis data peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil


PERIBAHASA MELAYU PERIBAHASA TAMIL

Data 1 Data 1

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak. Muyirchi udaiyor igalchi adaiyar.

Maksud: Seseorang perlu menanggung kesusahan Terjemahan: Orang yang gigih berusaha pasti akan
sekiranya ingin memperoleh keuntungan dalam berjaya.
sesuatu pekerjaan.
Maksud: Sesuatu perkara yang dilakukan oleh
seseorang dengan penuh usaha dan keyakinan pasti
akan membuahkan hasil.

Ad-Hoc: Peluasan Ad-Hoc: Penyempitan

i. Adat periuk berkerak, adat lesung -Leksikal gigih menggambarkan perbuatan bekerja
berdedak. keras, destinasi menuju kejayaan dan usaha yang
mengubah imej diri.
ii. Periuk alat tanak nasi, lesung alat
menumbuk padi. -Maksud yang sesuai dengan konteks peribahasa ialah
usaha mengubah imej diri.
iii. Periuk sentiasa digunakan untuk
menanak nasi, lesung digunakan dalam -Leksikal gigih [metafora linguistik] dianggap kabur
rutin kerja padi. kerana mempunyai makna rujukan yang pelbagai iaitu
daya upaya, ikhtiar dan alternatif.
iv. Periuk dan lesung sebagai alatan utama
kerja padi. -Leksikal gigih dalam konteks data ini merujuk kepada
perubahan imej diri dalam mencapai kejayaan.
v. Periuk dan lesung sebagai daya usaha,
kesungguhan serta kerajinan.* -Berdasarkan ad hoc penyempitan, inferens dalam
lingkungan [C*] paling relevan bagi leksikal gigih.
-Leksikal periuk bermaksud sejenis bekas yang
diperbuat daripada aluminium untuk menanak nasi. -Leksikal gigih merujuk kepada usaha mengubah imej
diri dalam konteks yang ingin disampaikan menerusi
Bukti Korpus: Sisa bubur yang ada di dalam periuk interpretasi data [1].
dikikis sehingga licin ke dalam mangkuk.
[Sumber: Hamidi Md. Yudin, 2018, Sastera: Harga
Sebuah Tablet]

-Makna dalam lingkungan [L] digugurkan seperti dalam


-Leksikal lesung pula merujuk kepada sejenis alat rajah.
untuk menumbuk padi.

Bukti Korpus: Sebenarnya, aku nak pinjam lesung


kau untuk menumbuk padi.
262

[Sumber: Doughlas Jaga, 1998, Sastera: Kelingkang]

-Dalam konteks ini, daya usaha merujuk kepada


proses menumbuk padi dan kerajinan merujuk
kepada sikap masyarakat Melayu dalam menyediakan
makanan terutamanya nasi sebagai makanan ruji.

-Kegunaan lesung untuk menumbuk bahan hingga


lumat memaparkan kesungguhan manusia dalam
membuat sesuatu perkara sehingga berjaya dan
sempurna.

-Kesan berkerak dan berdedak menunjukkan daya


usaha yang digunakan oleh manusia dalam
menyelesaikan sesebuah kerja dengan baik.

-Pancaran nilai kerajinan sangat jelas ditunjukkan


dalam data ini menerusi periuk dan lesung.
Bukti Korpus: Pasukan bola sepak Perancis kini gigih
-Oleh hal yang demikian, interpretasi [v] dipilih
berlatih menjelang suku akhir bagi menentang
sebagai kesimpulan implikatur berdasarkan konteks Sepanyol.
data [1]. [Sumber: Lemerre, 2000, Sukan: Perancis di landasan
kemenangan]

Skema Imej: Bekas Skema Imej: Aturan Linear

TR [Periuk
dan Lesung]

LM [BEKAS]

-Periuk dan lesung menginterpretasikan pengalaman -Titik A ke B merupakan sumber laluan matlamat yang
dalam proses menanak nasi dan menumbuk padi mempunyai unsur pengaliran dan dikaitkan dengan
menerusi skema imej bekas. masa.

-Penggunaan periuk dan lesung menggambarkan -Leksikal gigih menunjukkan unsur pergerakan yang
bahawa sesuatu perkara memberi kesan kepada mempunyai matlamat atau hala tuju.
perkara lain.
-Berdasarkan skema imej aturan linear, seseorang yang
-Berdasarkan skema imej bekas, terdapat dua sisi gigih berusaha pasti akan menempuh laluan untuk
iaitu dalam dan luar. mencapai matlamat yang diimpikan.
-Sisi dalam bekas menggambarkan inti yang
dikandung manakala sisi luar bekas memberi
perspektif tentang sisa tumbukan yang terpercik
daripada sisi dalam bekas.

-Segala daya kerajinan difokuskan dalam satu ruang.


263

Pemetaan Domain Pemetaan Domain

Domain Domain Domain Sumber Domain


Sumber Sasaran Sasaran

Periuk dan lesung Bekas Usaha Kerajinan


mengubah imej
Berkerak dan Daya Usaha diri
berdedak

Metafora Konsepsi Metafora Konsepsi

Kerajinan adalah Daya Usaha Kerajinan adalah Kesungguhan untuk Menang

Metonimi Konsepsi Metonimi Konsepsi

Kesan Berkerak dan Berdedak melambangkan Kesungguhan melambangkan Kerajinan


Kerajinan

Contoh Ayat Contoh Ayat

Jason sentiasa belajar bersungguh-sungguh supaya Araiyaandu thervil kuraintha mathipengalai petra
cita-citanya menjadi seorang doktor tercapai kerana Meghan muyarchi udaiyar igalchi adaiyar
dia tahu adat periuk berkerak, adat lesung berdedak. enpatharkoppa manamthalaraamal padithathaal
iruthiyaandu thervil sirantha mathipengalai petran.
[Sumber: Siti Sarah Ibrahim, 2014, Buku Teks Bahasa
Melayu KSSR, Tahun 4] [Sumber: Saraswathy Kannan 2016, Buku Teks Bahasa
Tamil SJKT, Tahun 1]

Jadual di atas menunjukkan perbandingan nilai kerajinan bagi data peribahasa Melayu dan
peribahasa Tamil secara lengkap dan menyeluruh berdasarkan analisis Teori Hibrid. Penggunaan
teori ini menunjukkan satu corak baharu dalam penelitian metafora hidup yang menjadi nilai
didikan amalan masyarakat.

5.0 KESIMPULAN
Kajian terhadap peribahasa yang berlandaskan teori masih kurang mendapat sambutan dalam
kalangan penyelidik. Makalah ini akan memberi satu paparan analisis terbaru terhadap
penelitian metafora atau peribahasa kepada kajian sebelumnya dan kajian yang akan datang.
Analisis Teori Hibrid membuktikan konsep ad hoc bagi nilai kerajinan yang digunakan dalam
peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil berbeza mengikut falsafah dan akal budi masyarakat
Melayu dan India. Kajian ini juga dipercayai memberi perspektif baharu kepada kajian
berdasarkan peribahasa kerana diteliti dari aspek linguistik kognitif dan pragmatik.
Perbandingan rantau konsepsi turut menghasilkan pengetahuan baharu dalam bidang semantik.
264

RUJUKAN
Anida Sarudin. (2018). Proses pengadunan metafora Melayu berteraskan teori Blending. Dlm.
Nor Hashimah Jalaluddin & Maslida Yusof, Kiasan, kognitif dan akal budi Melayu. (hlmn.
126-147). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamilton A.W. (1947). Malay proverbs. Singapore: Eastern University Press Ltd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral: Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Murthy, T., Fatimah Subet & Mohd Zaid Daud. (2019). Kajian semantik inkuisitif dalam
peribahasa Tamil: Imej tumbuhan. Jurnal Humanika. 11(1), 73-80.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurul Huda Mohd Saad & Rozaimah Rashidin. (2012). Skema imej dan pemetaforaan fikiran. Dlm.
Fazal Mohd, Norsimah Mat Awal & Harishon Radzi, Pemantapan dan pembinaan ilmu
linguistik berasaskan korpus. (hlmn. 247-262). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ritchie, D.L. (2013). Metaphor: Key topics in semantics and pragmatics. New York: Cambridge
University Press.
Rozaimah Rashidin. (2018). Metafora emosi dalam teks tradisional Melayu: Analisis Teori Hibrid.
Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Semantik dan interpretasi. (hlmn. 383-430). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stover, H. (2010). Metaphor and relevance theory: A new Hybrid model. Tesis doktor falsafah tidak
diterbitkan. United Kingdom: University of Bedfordshire.
Tan Bee Piang, Rahimah Wahid & Zuraini Jamil. (2015). Peranan guru dalam membina iklim
moral dalam bilik darjah. Jurnal Perspektif, 7(3), 87-95.
Tendahl, M. (2009). A hybrid theory of metaphors: Relevance theory and cognitive linguistics.
Germany: University of Dortmund.
Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Peribahasa Melayu: Penelitian
makna dan nilai. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Penghargaan
Penghargaan ditujukan kepada Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Pendidikan Sultan
Idris kerana telah menaja kertas kerja ini. Amanah IPS-FBK [UPSI/FBK/KEW/737/19 (28)].

Biodata Ringkas Penulis


Parameswary Shanmugam merupakan pelajar Sarjana Falsafah (Pendidikan Bahasa Melayu)
Tahun Pertama di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau sedang menjalankan kajian dalam bidang semantik
berkaitan dengan Analisis Perbandingan Peribahasa Melayu dan Peribahasa Tamil Berdasarkan
Teori Hibrid.

Anida Sarudin (PhD) merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang pengkhususan beliau
ialah Semantik, Wacana dan Korpus. Pemakalah aktif menyumbang ilmu dalam penulisan jurnal
dan buku ilmiah. Antara karya ilmiah yang dihasilkan ialah Analisis Semantik Kognitif Kata
Serapan Arab Melayu (Terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka) serta Linguistik dan Manfaat dalam
Pendidikan Bahasa Melayu (Terbitan Penerbit UPSI).
265

PENGGUNAAN KAEDAH ‘MaBaDiHi’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN


MEMBACA SUKU KATA KV+KVK BAHASA MELAYU MURID TAHUN TIGA

Patricia Anak Iyusi & Zamri Mahamodii

i (Pengarang Bersama). Pelajar Master, Fakulti Pendidikan, UKM. anne6672@gmail.com


ii Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM. d_zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+KVK Bahasa Melayu
dengan menggunakan kaedah MaBaDiHi melalui pendekatan didik hibur. Pendekatan didik hibur seperti
aktiviti nyanyian, aktiviti belajar melalui bermain, dan permainan bahasa digunakan sebagai bahan bantu
belajar murid yang belum lancar membaca. Kajian ini dijalankan di daerah Padawan dengan melibatkan 15
orang murid tahun tiga yang tidak boleh membaca suku kata KV+KVK. Kajian ini dijalankan secara
pendekatan kualitatif deskriptif dengan menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian, temu bual
guru, dan analisis dokumen. Instrumen senarai semak pemerhatian mengandungi item yang menjurus
kepada penggunaan pendekatan didik hibur dalam pembelajaran membaca. Temu bual dilaksanakan ke
atas sampel kajian berkisar tentang sikap dan motivasi mereka terhadap aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan. Cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru
juga turut dibincangkan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan didik hibur melalui kaedah MaBaDiHi
berjaya menarik minat dan penglibatan aktif murid secara menyeluruh dalam pembelajaran kemahiran
membaca suku kata KV+KVK di samping mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan kondusif bagi meningkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran bahasa
murid. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan teknik didik hibur melalui aktiviti bersiri MaBaDiHi dapat
meningkatkan pencapaian kemahiran membaca murid dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Kata Kekunci: Didik hibur, suku kata bahasa Melayu, kemahiran membaca, pengajaran dan pembelajaran

1.0 PENGENALAN
Melalui daya kreativiti guru, pengubahsuaian strategi, kaedah dan teknik mengajar dapat
dilakukan untuk menjadikan pengajarannya lebih menarik, bermakna dan berkesan dalam
menghadapi murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Antara pendekatan terkini yang
menarik perhatian pengkaji ialah melalui pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran
melalui pendekatan didik hibur dalam bilik darjah mampu menyuburkan minat belajar dan
menanamkan sikap positif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu khususnya dalam menangani
masalah lambat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid
bermasalah pembelajaran. Kreativiti yang tinggi dalam pengajaran dapat mencorakkan
perkembangan minda, emosi, sikap dan diri murid (Abdul Rasid et al., 2012). Kurangnya aktiviti
dan inovasi berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan murid cepat
bosan dan malas untuk belajar membaca.Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan menjurus
kepada pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran dan dapatan kajiannya
memberikan impak yang positif terhadap mengatasi masalah pembelajaran murid sederhana dan
lemah. Artikel yang ditulis oleh pengkaji Mohd Zahar dan Affero (2016) dalam seminar
pendidikan Johor bertajuk Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap Motivasi Belajar di Kalangan
Murid di Sekolah Rendah Daerah Kluang telah menunjukkan penerapan kaedah didik hibur
mempengaruhi motivasi belajar di kalangan murid sekolah rendah. Menurut pengkaji, sesi
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan kerana murid-murid dapat belajar dalam suasana
pembelajaran yang positif. Dalam kajiannya mengutamakan motivasi ekstrinsik dan intrinsik
sebagai faktor dalaman untuk merangsang motivasi belajar seseorang murid dalam
pembelajarannya.
266

1.1 Pernyataan Masalah


Semasa proses pengajaran dan pembelajaran membaca, terdapat murid saya tahun tiga yang
masih belum lancar membaca. Ketidaklancaran membaca menyebabkan murid berasa rendah
diri, suka berbuat bising, berjalan-jalan dan suka mengganggu rakan mereka yang sedang belajar.
Gangguan hiperaktif dan masalah kelakuan nakal murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah masalah disiplin utama kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu, guru perlu
menyediakan proses pembelajaran yang menyeronokkan supaya penglibatan murid lebih
bermakna. Komunikasi kurang berkesan antara guru dan murid telah membantutkan minat
murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, guru hendaklah mewujudkan komunikasi
berkesan murid dengan bahan pembelajaran supaya murid minat untuk belajar dalam suasana
yang menyeronokkan. Corak pengajaran guru yang berpusatkan murid dapat melibatkan murid
secara aktif dalam proses pembelajaran. Perubahan suasana pembelajaran serta keadaan dalam
kelas amat penting dalam usaha untuk menarik perhatian murid terhadap pembelajaran mereka.
Pengkaji ingin murid-murid Tahun Tiga mendengar dan memberi sepenuh perhatian kepada
pengajaran guru dan pembelajaran mereka. Keadaan bising yang mengganggu proses
pembelajaran hendaklah diubah kepada keadaan bising disebabkan pembelajaran.

1.2 Tujuan Dan Objetif Kajian


Tujuan kajian tindakan ini ialah untuk meneroka dan menghurai keberhasilan penggunaan
kaedah ‘MaBaDiHi” dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVKVK murid tahun
tiga dari aspek pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid yang mementingkan
komunikasi, sikap, motivasi dan minat belajar murid. Antara objektif umum kajian ini ialah
untuk meneroka pelaksanaan amalan pembelajaran menyeronokkan oleh guru Bahasa Melayu
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Manakala Objektif khusus kajian ini adalah untuk :

(i) meneroka penggunaan kaedah MaBaDiHi dalam membantu meningkatkan kemahiran


membaca suku kata KVKVK murid Tahun Tiga.
(ii) meneroka aktiviti didik hibur melalui kaedah MaBaDiHi dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid.
(iii) menganalisis reaksi murid Tahun Tiga terhadap pembelajaran kemahiran membaca suku
kata KVKVK yang menerapkan pendekatan didik hibur melalui kaedah MaBaDiHi.

1.3 Kepentingan Kajian


Kepentingan kajian adalah untuk menjelaskan sebab sikap pasif murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa serta mengaitkan keberhasilan antara pembelajaran menyeronokkan
dengan keaktifan murid dalam pembelajaran membaca. Hal ini demikian kerana melalui
pembelajaran yang menyeronokkan berpusatkan murid dapat mewujudkan tingkah laku positif
murid dalam pembelajaran bahasa. Kepentingan kajian juga untuk melihat keberkesanan kaedah
MaBaDiHi melalui aktiviti didik hibur dalam mengubah sikap pasif dan kurangnya motivasi diri
murid terhadap pembelajaran membaca di samping melihat keberkesanan pelaksanaan amalan
pembelajaran menyeronokkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah rendah. Justeru, hasil kajian ini akan berupaya membantu pelbagai pihak dalam
mengatasi pelbagai masalah pembelajaran membaca dan isu murid pasif dan kurang minat
belajar bahasa. Ignacio Estrada pernah berkata “Jika murid-murid gagal untuk belajar, besar
kemungkinan guru perlu mengubah cara mengajar supaya selaras dengan cara mereka belajar”.
Oleh itu, kaedah MaBaDiHi telah dirancang dan diaplikasikan dalam pengajaran untuk melihat
keberhasilannya. Secara keseluruhannya, tindak susulan kepada kajian ini amat penting untuk
mewujudkan persekitaran dan iklim bilik darjah yang selesa dan kondusif terhadap kesihatan
267

emosi dan mental murid serta guru bagi mengelakkan timbulnya tekanan dalam pembelajaran
bahasa. Kolaborasi antara guru, murid dan ibu bapa perlu diwujudkan demi kepentingan
bersama.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian tindakan ini merupakan kajian jenis deskriptif kualitatif. Dalam kajian ini, amalan
pembelajaran menyeronokkan diaplikasikan bagi mempertingkatkan pencapaian, minat dan
penglibatan aktif murid dalam pembelajaran bahasa. Kajian deskriptif ini digunakan untuk
mengkaji keberkesanan kaedah MaBaDiHi melalui aktiviti didik hibur sebagai amalan
pembelajaran menyeronokkan terhadap lima belas orang responden Tahun Tiga dalam
pembelajaran kemahiran membaca. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah luar
bandar dalam daerah Padawan. Sebahagian besar responden kajian adalah kaum Bidayuh dan
Melayu yang merupakan majoriti penduduk yang tinggal berhampiran sekolah ini. Borang
senarai semak disediakan untuk murid bagi memperoleh maklumat tentang pendekatan didik
hibur yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan lebih tepat. Data
kajian ini dikumpul dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan method kajian
menggunakan kaedah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat sikap responden terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan. Kaedah temu bual murid yang mengandungi 5 item soalan
digunakan bagi mendapatkan maklumat jitu tentang keberkesanan penggunaan pendekatan
didik hibur dalam setiap aktiviti pembelajaran membaca perkataan KVKVK melalui kaedah
MaBaDiHi (set bersiri bacaan). Manakala temu bual guru bahasa Melayu adalah untuk
mengumpul maklumat tentang pengaplikasian pendekatan didik hibur dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa. Analisis dokumen diperoleh melalui set ujian awal, ujian akhir, serta
set bacaan kad bersiri.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Keberhasilan Penggunaan kaedah MaBaDiHi dalam membantu meningkatkan


kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKVK
Teori pembelajaran bahasa melalui aktiviti pembelajaran secara latih tubi, pengulangan,
pengukuhan dan peneguhan (teori behaviorisme) dengan motivasi, rangsangan dan gerak balas
(model pembelajaran bahasa) telah berjaya membantu responden menguasai kemahiran
membaca perkataan suku kata KVKVK dengan jayanya. Penggunaan media interaktif sebagai
bahan pembelajaran bahasa juga telah membantu responden belajar dalam suasana yang
menyeronokkan. Aplikasi nyanyian juga telah membantu responden mengingat perkataan yang
dipelajari dengan mudah untuk sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Proses bimbingan
membaca perkataan KVKVK menggunakan kaedah MaBaDiHi berjaya menarik minat belajar
murid secara berfokus dan berkesan.

Dapatan kajian mengenai pengaplikasian pendekatan didik hibur dalam proses


pengajaran dan pembelajaran bahasa dijelaskan melalui temu bual bersama dua orang guru
bahasa Melayu tahap satu untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap pelaksanaan
pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa khususnya dalam kemahiran
membaca seperti pendapat guru bahasa Melayu tahun satu dan tahun dua berikut;

“….. sebenarnya dalam Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1 telah terkandung pedagogi
268

pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai pendekatan, teknik,


kaedah dan strategi yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam
mengajar kemahiran bahasa. Lagipun, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung pada cara guru itu mengajar serta bahan bantu mengajar yang guru
gunakan untuk merangsang pembelajaran murid.”
(GBMT1/BTB1)

“…. Pendekatan didik hibur memang baik jika dilaksanakan dalam bilik darjah
kerana ia mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza daripada
kebiasaannya tetapi guru jarang menggunakannya memandangkan proses
pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur hendaklah dirancang secara
bersistematik supaya sesuai dengan tahap kebolehan murid dan dapat mengatasi
masalah pembelajaran murid.”
(GBMT2/BTB1)

Ujian Akhir dilaksanakan selepas bimbingan diberikan untuk melihat keberhasilan


kaedah MaBaDiHi terhadap responden kajian dalam penguasaan kemahiran membaca mereka.
Keputusan ujian ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 1. Rekod keputusan ujian akhir


Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

25 soalan 22 20 19 13 15 19 13 20 14 20 21 15 16 19 22

Markah % 88 80 76 52 60 76 52 60 56 80 80 60 64 76 88

Berdasarkan keputusan di atas menunjukkan kesemua responden kajian lulus dalam


ujian yang diberikan. Seramai tiga orang responden telah mencapai antara 40 hingga 60 markah,
10 orang responden mencapai antara 60 hingga 80 markah manakala dua orang responden
mencapai 88 markah. Hasil dapatan ini menunjukkan responden kajian telah berjaya
meningkatkan prestasi kemahiran membaca perkataan suku kata KVKVK masing-masing. Hal ini
membuktikan bahawa penggunaan kaedah MaBaDiHi dalam proses penguasaan membaca
perkataan suku kata KVKVK telah berjaya membantu responden untuk meningkatkan
pencapaian mereka dalam bacaan.

3.2 Keberhasilan Aktiviti Didik Hibur melalui kaedah MaBaDiHi dalam Mewujudkan
Suasana Pembelajaran yang Menyeronokkan
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mendapati responden kajian menunjukkan kesan
yang positif terhadap aktiviti pembelajaran didik hibur yang disediakan. Penglibatan murid yang
aktif dalam pembelajaran telah membantu responden mencapai keputusan yang baik dalam ujian
akhir yang diberikan. Proses pembelajaran membaca menjadi lebih santai dengan aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan. Melalui pemerhatian mendapati responden seronok
melakukan aktiviti set bersiri MaBaDiHi dalam proses membaca perkataan suku kata KVKVK.
Graf keputusan perbandingan markah Ujian Awal dan Ujian Akhir di bawah menunjukkan
responden telah berjaya menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata KVKVK iaitu
pencapaian sehingga 80% ke 88% seramai 5 responden, pencapaian 50% seramai 3 responden,
dan 7 responden antara 60% ke 80% dalam Ujian Akhir.
269

Rajah 1. Rekod perbandingan keputusan ujian awal dan ujian akhir

3.3 Reaksi Responden Terhadap Penggunaan Pendekatan Didik Hibur Melalui Kaedah
MaBaDiHi dalam Kemahiran Membaca
Secara keseluruhannya, responden kajian didapati begitu seronok belajar dalam suasana
pembelajaran yang berbeza iaitu pembelajaran berpusatkan murid dan bahan pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran set bersiri MaBaDiHi yang dilaksanakan juga telah membantu responden
mengatasi kelemahan bacaan mereka secara sistematik. Dapatan temu bual menunjukkan
beberapa responden menyatakan mereka sangat seronok dan teruja belajar membaca perkataan
suku kata KVKVK yang disediakan melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Bahan
pembelajaran yang disediakan juga dapat memudahkan responden belajar membaca dengan
lancar. Responden telah melalui tiga fasa pembelajaran iaitu belajar sambil bermain, membaca
dan bermain kata dan nyanyian dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca masing-
masing. Oleh itu, disertakan bersama kajian ini keputusan pencapaian beberapa orang responden
yang telah berjaya menguasai pembelajaran membaca perkataan yang mengandungi suku kata
KVKVK dengan cemerlang.

Hasil daripada senarai semak dan pemerhatian menunjukkan aktiviti pembelajaran


menggunakan kaedah MaBaDiHi telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membantu
responden meningkatkan penguasaan membaca perkataan suku kata KVKVK serta mengubah
sikap dan motivasi belajar mereka dalam proses pembelajaran. Suasana belajar menjadi lebih
seronok dan teruja kerana mereka bersungguh-sungguh melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti
pembelajaran dijalankan secara latih tubi, pengulangan dan peneguhan supaya responden dapat
mengingat perkataan yang mereka pelajari dalam jangka masa yang lama.
270

Wajah-wajah ceria responden dalam Aktiviti Pembelajaran Set MaBaDiHi 1, 2 dan 3

aktiviti didik hibur


Rajah 1. Gambar responden dalam aktiviti

4.0 PERBINCANGAN
Kaedah MaBaDiHi dengan tiga siri bacaan telah berjaya membantu responden kajian mengatasi
masalah membaca perkataan suku kata KVKVK dengan lebih baik, yakin dan berkesan. Kaedah
MaBaDiHi yang digunakan mudah difahami oleh murid untuk menyebut perkataan suku kata
KVKVK. Melalui kaedah ini, murid rasa yakin dalam diri dengan keupayaan dan kebolehan
mereka untuk belajar membaca. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk memberikan
kesedaran kepada murid untuk memajukan diri sendiri dalam pelajaran dengan cara mendekati
mereka supaya mereka lebih dihargai dan berasa bertanggungjawab. Penggunaan bahan bantu
belajar dan mengajar sememangnya merupakan bahan rangsangan belajar yang amat penting
dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran yang gagal dikuasai. Dengan adanya bahan
bantu mengajar seperti kad suku kata KV + KVK, kad perkataan KV + KVK, kad gambar, kad ayat,
dan kad petikan mudah sekurang-kurangnya dapat membantu memotivasikan murid untuk
belajar bahasa dengan lebih seronok. Apatah lagi jika penggunaan kad-kad tersebut diiringi
dengan aktiviti belajar sambil bermain dan aktiviti nyanyian secara didik hibur.

Penggunaan kaedah Set Bersiri MaBaDiHi ini telah membantu responden dalam
mengatasi kelemahan mereka membaca perkataan suku kata secara lebih fleksibel mengikut
keselesaan mereka sendiri. Kaedah MaBaDiHi membawa maksud “Main Baca Didik Hibur” iaitu
responden belajar membaca secara bermain dan didik hibur. Didik hibur yang digunakan ialah
berbentuk bacaan nyanyian sekadar untuk berhibur supaya mereka tidak cepat bosan semasa
belajar di samping untuk memperkukuhkan lagi daya ingatan mereka terhadap perkataan yang
dipelajari. Dalam kaedah ini, responden dibenarkan untuk mencuba melagukan perkataan-
271

perkataan yang dipelajari mengikut irama lagu yang mereka minati. Mereka dibenarkan untuk
melagukan perkataan-perkataan yang telah dipelajari secara santai mengikut irama mereka
sendiri. Melalui cara ini, responden mudah belajar perkataan menerusi belajar sambil bermain
dengan mencantum, memadan, menyusun dan mengecam suku kata KVKVK secara berulang-
ulang kemudian menyebut perkataan yang dibentuk dengan diiringi irama muzik perlahan dan
sederhana secara santai supaya murid berasa seronok untuk belajar perkataan tersebut.
Responden melaksanakan aktiviti ini di dalam kelas bimbingan untuk tempoh masa sejam.
Apabila kaedah ini dipraktikkan kepada responden kajian, ternyata ia dapat membantu mereka
dalam membaca perkataan suku kata KVKVK dengan betul dan lancar serta dapat mengelakkan
kekeliruan sebutan dengan suku kata terbuka.

Pelaksanaan Kaedah MaBaDiHi yang digunakan adalah untuk menerapkan kefahaman


kepada responden kajian bahawa penyebutan suku kata KVKVK adalah berbeza dari aspek bunyi
perkataan jika disebut dengan cara sebutan suku kata terbuka misalnya BA + KU (KV + KV)
dengan sebutan perkataan suku kata tertutup seperti BA (KV) + KUL (KVK). Tambahan pula
kaedah MaBaDiHi ini mengajar murid menyebut bunyi suku kata dengan betul melalui latih tubi
didik hibur. Contoh, murid akan menyebut perkataan suku kata KVKVK secara berulang-ulang
selepas proses cantuman, padanan dan pengecaman dijalankan berlatarbelakangkan irama
muzik tempo perlahan, sederhana dan laju. Kaedah ini dapat membantu responden kajian untuk
ingatan jangka panjang bagi perkataan-perkataan yang mereka pelajari semasa proses intervensi
bimbingan. Murid faham apabila melalui sendiri aktiviti pembelajaran secara khusus dan
pelbagai dengan tumpuan sepenuhnya kepada kelemahan mereka dapat memotivasikan
semangat belajar murid. Langkah-langkah pembelajaran suku kata yang berfokus dan sistematik
dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dapat membantu membaiki kelemahan
sebutan dan bacaan murid. Masalah responden kajian yang agak perlahan dalam penguasaan
kemahiran membaca suku kata pada awal ujian tindakan telah dapat diatasi apabila mereka
semua dapat membaca perkataan suku kata KVKVK yang ditunjukkan dengan betul dan lancar.

Inovatif dan kreativiti seseorang guru memainkan peranan penting dalam kecekapan
guru mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Untuk itu, aspek psikologi dan
profesionalisme perlu diambil kira apatah lagi dalam transformasi pendidikan abad ke 21. Aspek
psikologi ialah pengajaran yang memberikan suasana sihat dan kondusif untuk belajar, manakala
aspek profesionalisme pula dilihat daripada kemahiran guru mengajar dengan pengaplikasian
pelbagai kaedah dan strategi serta bahan bantu mengajar yang memudahkan pemahaman murid,
menggalakkan minat belajar murid dan guru juga mempunyai pengetahuan yang luas lagi
mendalam untuk membantu murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.
Penguasaan murid yang pandai pula dapat diperkukuh dan diperkayakan lagi apabila mereka
belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Penggunaan internet dan komputer dengan
perisian yang menarik dan interaktif oleh guru amat digalakkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca kerana murid lebih suka kepada kelainan yang terdapat
dalam proses pembelajaran mereka. Gaya pembelajaran sebegini dapat memupuk semangat
belajar yang tinggi dan yakin diri dalam kalangan murid. Bahkan ia dapat mengukuhkan ingatan
jangka panjang terhadap pembelajaran murid.

Dapatan kajian ini telah menyedarkan para guru tentang pentingnya pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Pemilihan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru untuk mengatasi aspek
kelemahan bahasa murid. Guru dapat memikirkan cara pelaksanaan pengajarannya yang dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Pengajaran yang terancang dan
sistematik memudahkan guru untuk menilai tahap penguasaan pembelajaran murid. Oleh itu,
272

adalah penting bagi guru untuk memilih dan merancang bahan pengajaran yang sesuai dengan
tahap penguasaan muridnya. Bahan pengajaran yang menarik juga mampu memotivasikan murid
untuk belajar dengan berkesan. Selain itu, dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa
penyediaan bahan bantu belajar yang menarik dan efektif dapat memastikan suasana
pembelajaran murid lebih menyeronokkan. Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru hendaklah berkemahiran
mengaplikasikan kaedah, teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran
murid.

Pemahaman dan pengetahuan guru terhadap teori behaviorisme membantu guru untuk
menentukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian
murid. Pengetahuan dan pemahaman guru terhadap latar belakang murid juga mampu
memberikan implikasi kepada bahan bantu belajar yang sesuai dan relevan dengan tahap kognitif
murid. Guru hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif serta bersedia dengan kemahiran pedagogi
yang mantap dalam usaha untuk membantu meningkatkan prestasi penguasaan kemahiran
bahasa murid supaya apa sahaja objektif pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan
jayanya. Oleh itu, guru haruslah sentiasa peka dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada
murid sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, efektif dan
menyeronokkan supaya mereka dapat menguasai pembelajaran dengan lancar. Lantaran itu,
pengetahuan teori pembelajaran bahasa dan model-model pembelajaran bahasa yang
dicadangkan dalam kajian ini secara langsung dapat membantu guru untuk mengaplikasikannya
sebagai amalan pengajaran dalam bilik darjah demi kesan positif terhadap pembelajaran murid.

Hasil kajian ini turut memberikan kesan yang positif kepada amalan pembelajaran murid
kerana murid telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KVKVK
yang menjadi masalah pada awalnya. Melalui pendekatan didik hibur yang digunakan dapat
memudahkan murid-murid untuk mengenal dan menyebut suku kata KVKVK dengan betul dan
lancar. Pengetahuan dan pemahaman murid terhadap pembelajaran mudah dibentuk dengan
adanya bahan bantu belajar yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik yang profesionalisme, kita perlulah mempelbagaikan
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya penerimaan ilmu oleh murid-murid
lebih berkesan dan menyeluruh. Selain itu, membolehkan guru membuat analisis, menilai dan
mengubah amalan murid serta menggunakan satu pendekatan analitikal iaitu dengan lebih
terperinci terhadap pengajaran. Justeru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca harus dilaksanakan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M
khususnya kemahiran membaca terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah dapat
dicapai. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada
murid-murid dalam pembelajaran kemahiran membaca. Di samping itu, diharapkan kajian ini
dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid yang masih lemah dalam penguasaan
membaca. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan lagi dengan melaksanakan
kajian lanjutan yang berkaitan. Hal ini sangat bermakna untuk membantu semua pihak yang
berkepentingan untuk mendapatkan impak dan hasil yang efektif terhadap apa jua usaha yang
dilakukan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid.

Sesungguhnya kejayaan itu datang dari usaha yang gigih serta memerlukan tenaga jerih-
perih guru dalam merealisasikan apa jua bentuk komunikasi pembelajaran demi untuk
pencapaian terbaik murid-murid dalam pelajaran seperti kata pepatah "kalau tidak dipecahkan
273

ruyung, manakan dapat sagunya". Tanpa usaha gigih guru-guru dalam menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti sukar untuk memastikan pencapaian akademik
yang terbaik dalam kalangan murid. Oleh itu, inovatif dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca memang sentiasa perlu direalisasikan matlamatnya supaya warga guru
dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dalam usaha untuk membantu murid bermasalah
pembelajaran.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, (2011, Mei). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2180-
4842, vol 1, Bil 1. http://www.spaj.my//jpbm/index.php.jpbm/article/view/19/19 :
Diakses pada 23 Jun 2018.
Abdul Rasid Jamian, and Hasmah Ismail, (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;
Malay Language Education (MyLEJ), 3 (2). pp. 49-63. ISSN 2180-4842 http://journalarticle.
ukm.my/6749/1/49-63_Rasid.UPM.pdf Diakses pada 26 Jun 2018.
Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian Teknik
Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 41(1)(2016):39-45.
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. 2016. Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (The Implementation Fun Learning in
Teaching and Learning Malay Language). arasid@upm.edu.my, Universiti Putra
Malaysia HASMAH ISMAIL hasmahismail71@yahoo.com Universiti Putra Malaysia.
Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit
UTM.
Arkes, H.R & Garske, J.P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif: Brooks /
Cole Publication.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu
Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) BAHASA MALAYSIA Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Hj. Mohd. Razak M.Nordin & Hjh. Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan didik hibur dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu : Tinjauan terhadap sikap dan minat murid
orang asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi. Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh. Perak.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010).
Edisi Pelancaran PIPP 2006. Diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Mohd. Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-8. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Md. Nasir bin Masran & Ain Hazwani binti Abu Kasim. (2014). Keberkesanan Kaedah Belajar
Sambil Bermain dalam Meningkat Kemahiran Membaca Lisan dalam kalangan Murid-murid
Bermasalah Pembelajaran. Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak. ISSN 2289-3180/Vol.3/2014.
274

Nurul Salmi Mohd Razali & Mohd Isha Awang,(2014). Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam
Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan IPTA di Utara Semenanjung Melayu.
http://www.journalarticle.ukm.my/8186/1/44/56-isha-et-al.UUM.: Diakses pada 26 Jun
2018.
Ramlah Bt Jantan, Nor Afini Bt Resad & Siti Fatimah Az-Zahra Bt Mohd. Fauzi, (2016). Aktiviti
Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah Di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak , Jilid 5 http://ejournal.upsi.edu.my : Diakses pada 27 Jun 2018
Roselan Baki. (2006). Kualiti Pengajaran: Menggantikan Pendekatan Serius dengan Pendekatan
Santai. Seminar dan Bengkel Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan. 16 September . Hotel
Marriortt Putrajaya.
Roziah Hamid. (2015). Pelaksanaan Elemen Didik Hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam daerah Pokok sena. Latihan Ilmiah, Universiti
Perguruan Sultan Idris.
Shamsudin Othman. (2004). “Seni Bahasa: Belajar sambil Berhibur atau Didik Hibur?” dalam
Kalam Bahasa. Kuala Lumpur: Sekolah Alam Shah.
Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2013). Pelaksanaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa kurikulum standard sekolah rendah. Jurnal
Bahasa 1(2):292-312.
Tay Meng Guat, (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12.
Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir. (2005). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca
Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.
Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi Panduan Mengajarkan Kemahiran
Membaca. Edisi ke-2. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Zuhaila Ismail. (2015). Kesan Pembelajaran yang Menyeronokkan Terhadap Kesediaan Belajar
Dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Fakulti Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
275

FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN


MENULIS AYAT GRAMATIS DALAM KALANGAN MURID LEMAH BAHASA MELAYU

Regina Simba Vendricki & Zamri Mahamodii


i (Pengarang Bersama). Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM. reg_vendrick@yahoo.com
ii Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM. d_zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membina ayat gramatis dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah rendah luar
bandar di daerah kecil Debak, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membina
dan menulis ayat gramatis sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan. Kajian ini juga
bertujuan melihat kesan penggunaan facebook sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah terhadap keputusan peperiksaan murid. Kajian yang didasari oleh teori Pembelajaran Behaviorisme
ini dan disokong oleh Model Penerimaan Teknologi Davis merupakan sebuah kajian tindakan yang
menggunakan facebook sebagai alat alternatif untuk mengatasi masalah murid yang lemah membina dan
menulis ayat gramatis dengan menambah Teknik ‘SALAK’ sebagai elemen rangsangan. Peserta kajian
terdiri daripada tiga orang murid tahun enam yang lemah menguasai kemahiran menulis ayat gramatis.
Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen seperti buku latihan, nota lapangan, skrip jawapan
latihan di facebook, gajet atau komputer mempunyai rangkaian jalur lebar, ujian awal dan ujian akhir.
Triangulasi terhadap instrumen dilakukan untuk kesahan dan kebolehpercayaan data. Data kajian ini
diperoleh secara kualitatif dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga
peserta kajian memberikan tindak balas yang sangat positif terhadap pembelajaran menggunakan
facebook. Dapatan juga menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam menulis ayat gramatis Bahagian A
bahasa Melayu Penulisan juga meningkat dalam ujian akhir yang dijalankan sekaligus meningkatkan
pencapaian dalam peperiksaan. Kajian ini memberi implikasi kepada murid, ibu bapa, dan bidang
pendidikan terutama dari aspek kesediaan guru mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran
dan pemudahcaraan pada zaman Revolusi Industri 4.0 ini.

Kata Kekunci: facebook, bahasa Melayu, kemahiran menulis, pengajaran dan pembelajaran, ayat gramatis

1.0 PENGENALAN
Perbuatan menyampaikan sebarang idea, gagasan atau pernyataan menggunakan sebarang alat
tulis seperti pensel dan pen dinamakan sebagai menulis. Pada dasarnya, perbuatan menulis boleh
dikatakan sebagai amalan menyalurkan ilmu, buah fikiran atau data secara tersusun yang menitik
beratkan elemen seperti objektif menulis, bahasa yang digunakan, khalayak pembaca dan gaya
penulisan agar mampu mencerminkan alam, konteks dan latar kehidupan secara lebih holistik.

Bagi meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) terutama


kemahiran menulis dalam kalangan murid, pelaksanaan pengajaran dan pemudah caraan (PdPc)
kemahiran menulis harus dilaksanakan dengan lebih berkesan. Di sekolah, guru bahasa Melayu
memainkan peranan penting sebagai pakar rujuk kepada murid-murid terutama apabila
melibatkan bahagian penulisan.

Kini dunia sedang mengalami Revolusi Industri Pendidikan 4.0, namun masih ada murid
yang lemah malah tidak pandai membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan
murid-murid yang menjadi peserta kajian. Justeru, sebagai seorang guru, pengkaji telah
mengambil satu pendekatan PdP yang sejajar dengan perkembangan masa kini bagi menangani
masalah murid gagal menguasai kemahiran membina dan menulis ayat yang gramatis iaitu
menggunakan facebook sebagai medium pemudah cara.
276

Facebook mempunyai potensi untuk dimanfaatkan dalam PdP kerana kajian


menunjukkan pelajar menghabiskan banyak masa melayari Facebook setiap hari (Towner &
Munoz, 2010). Secara tidak langsung pelajar telah menggunakan Facebook untuk tujuan
akademik seperti berkomunikasi dengan rakan-rakan sekelas mereka untuk membincangkan
aktiviti-aktiviti akademik (Gray, Vitak, Easton, & Ellison, 2013). Aktiviti tersebut dilaporkan
meningkat ketika tarikh menghantar tugasan semakin hampir dan ketika minggu peperiksaan
(Madge et al., 2009; Vivian, 2011). Facebook telah terbukti boleh digunakan sebagai medium
pembelajaran yang berkesan khususnya untuk pembelajaran tidak formal (Madge et al., 2009).

Menurut Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perisian berasaskan multimedia
mengurangkan pembelajaran berpusatkan guru kerana kaedah ini membuka ruang untuk pelajar
meneroka isi pelajaran mereka secara terbuka (Rahimah Sabtu & Zamri Mahamod, 2013).
Justeru, guru mengambil peluang ini untuk mengetengahkan penggunaan Facebook sebagai
medium berkesan untuk meningkatkan kemahiran membina dan menulis ayat gramatis dalam
kalangan murid tahun enam di sekolah rendah kawasan luar bandar yang terbatas kepada murid
di sekolah kajian sahaja.

1.1 Pernyataan Masalah


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di sekolah kajian menunjukkan
penurunan dari segi peratus menguasai berbanding keputusan UPSR 2016 bagi kertas Bahasa
Melayu Pemahaman (011) dan Bahasa Melayu Penulisan (012). Bagi tahun 2016, kesemua 21
orang calon telah menguasai kedua-dua kertas peperiksaan ini yang membawa kepada
pencapaian 100 peratus, namun pada tahun 2017, didapati berlaku penurunan peratusan calon
yang menguasai iaitu kedua-dua kertas mencatat 95 peratus sahaja iaitu 19 daripada 20 orang
calon menguasai (Lembaga Peperiksaan, 2017). Data ini menunjukkan masih ada murid di
sekolah kajian belum menguasai mata pelajaran bahasa Melayu terutama yang melibatkan
jawapan bertulis. Keadaan ini dipengaruhi oleh kegagalan murid menguasai kemahiran membina
dan menulis ayat gramatis.

Roselan Baki (2003) menyatakan bahawa pengajaran bahasa Melayu yang tidak
menekankan kaedah penggabungjalinan menyumbang ke arah pencapaian rendah murid dalam
kertas penulisan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penguasaan kemahiran menulis
dipengaruhi oleh kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Murid yang gagal menguasai
salah satu daripada kemahiran bahasa tersebut di peringkat awal, pasti akan menjejaskan
keupayaannya menguasai kemahiran menulis kerana kemahiran menulis adalah kemahiran
bahasa yang berada pada tahap paling kompleks. Didapati masih ramai murid menghadapi
masalah membina ayat dengan betul dan lengkap. Mereka juga tidak berupaya mengembangkan
idea dalam penulisan dan melahirkan ekspresi dalam struktur ayat yang gramatis walaupun
disertakan bantuan seperti gambar, kosa kata atau frasa (Manisah Osman, 2017).

Masalah yang sering kali dijumpai dalam ayat yang dibina oleh murid yang lemah dalam
bahasa Melayu ialah penggunaan bahasa pasar, masalah ejaan, pengimbuhan kesalahan kata
sendi, kata hubung, penjodoh bilangan dan kata adjektif yang tidak digunakan dengan betul
dalam ayat (A. Rahman et al., 2012). Bagi murid bukan Melayu pula, masalah utama yang dihadapi
oleh mereka dalam kemahiran menulis ialah penguasaan kosa kata Bahasa Melayu yang terhad
hingga terdapat bahasa ibunda dalam penulisan bagi mengetengahkan idea (Noor Habsah Ali &
Yahya Othman, 2018; Zamri Mahamod, 2016). Hal ini menyebabkan murid gagal menghuraikan
idea dengan baik dan berkesan.

Menurut A. Rahman Haron (2009 & 2010), ayat yang dibina oleh murid tidak mengikut
rumus tatabahasa dan didapati tidak gramatis (A. Rahman Haron et al., 2013). Murid juga didapati
tidak minat menulis kerana kaedah pengajaran guru yang konvensional iaitu guru selesa
menyediakan rangka idea kepada murid. Kebiasaan ini menyebabkan murid terlalu selesa dan
kurang inisiatif untuk menjanakan idea sendiri (Noor Habsah Ali & Yahya Othman, 2018).
277

Tabiat membaca dan menulis yang kurang diamalkan menyebabkan murid kurang ilmu
pengetahuan dan kosa kata yang boleh digunakan dalam aktiviti lisan dan penulisan (Noor Zila
Md Yusuf & Amir Juhari, 2011). Struktur ayat yang dibina oleh murid juga kebanyakan tidak
gramatis (Manisah Osman, 2017). Banyak kajian menunjukkan majoriti murid menghadapi
masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan betul dan lengkap
(Jamilah Hamzah & Sheikh Roslam, 2014). Terdapat murid yang tidak mampu menulis dengan
berkesan (Kamaruddin Hj Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 1997; Abd Aziz Talib, 2007; Abdul Rasid
Jamian, 2011).

Prestasi murid dalam peperiksaan awam bagi kertas Bahasa Melayu juga turut lemah.
Menurut laporan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) tahun 2008, kebanyakan ayat
yang dibina oleh murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak
mematuhi hukum tatabahasa yang betul serta tidak gramatis. Pengolahan ayat juga tidak menarik
kerana pemilihan kosa kata yang tidak bertepatan dengan bahan rangsangan atau grafik yang
diberi. Murid juga cenderung untuk menulis ayat yang hambar dan agak ringkas hingga tidak
mematuhi syarat jumlah perkataan yang ditetapkan oleh LPM untuk dinilai oleh Pemeriksa
(Manisah Osman, 2017). Ini menunjukkan bahawa tidak semua murid dapat menulis ayat dengan
baik (Noor Zila Md Yusuf & Amir Juhari, 2011).

1.2 Tujuan dan Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tahun enam yang lemah menulis
ayat gramatis dalam bahasa Melayu. Secara khususnya pula, kajian ini mempunyai dua objektif
utama iaitu:
i. meneroka keupayaan facebook sebagai perangsang tindak balas positif dalam kalangan
murid untuk menulis ayat yang gramatis,
ii. meneroka keupayaan facebook sebagai medium pembelajaran murid untuk menguasai
kemahiran menulis ayat gramatis dalam Bahasa Melayu,
iii. melihat kesan penggunaan facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
terhadap pencapaian murid dalam peperiksaan.

1.3 Kepentingan Kajian


Kajian ini diharap dapat membantu peserta kajian mengatasi masalah lemah membina dan
menulis ayat yang gramatis dalam bahasa Melayu. Pendekatan pengajaran dan pemudah caraan
(PdPc) tidak formal di luar bilik darjah dengan menggunakan facebook sebagai medium supaya
guru dapat membimbing murid lemah secara berfokus dan mengaplikasikan variasi dalam PdP
yang bersesuaian dengan peredaran masa kini. Diharapkan pendekatan ini dapat meningkatkan
kemahiran menulis ayat gramatis Bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian, seterusnya
mencari kaedah PdP yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan.

2.0 METODOLOGI
2.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk model penyelidikan
tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Pengumpulan data awal melalui analisis dokumen
seperti buku latihan, ujian awal dan pencapaian murid dalam peperiksaan seragam daerah,
manakala data semasa diperoleh melalui ujian awal, latihan membina ayat di facebook .

2.2 Populasi , Persampelan dan Lokasi


Populasi sasaran dalam kajian ini ialah populasi murid tahun enam di sebuah sekolah rendah luar
bandar di daerah kecil Debak, Sarawak yang gagal menguasai kemahiran menulis ayat gramatis
dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A iaitu kemahiran memindahkan maklumat
dengan membina lima ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Sampel yang
digunakan adalah sampel rawak bertujuan dalam populasi murid di kelas Tahun 6 Fokus sahaja.
278

Tiga daripada 16 orang murid tahun 6 Fokus yang terlibat sebagai peserta kajian iaitu seorang
lelaki dan dua orang perempuan.

2.3 Peserta Kajian


Peserta adalah terdiri daripada tiga orang murid berbangsa Iban yang bermasalah menulis ayat
gramatis serta gagal dalam peperiksaan sekolah. Peserta diberi kod sebagai M1, M2 dan M3.
Ketiga-tiga peserta ini tinggal di rumah panjang yang berhampiran dan mempunyai latar
belakang yang hampir sama. M1 dan M3 merupakan murid perempuan yang tinggal di asrama,
manakala M2 adalah murid lelaki harian.

2.4 Instrumen Kajian


Kajian ini menggunakan pengkaji sendiri selaku guru sebagai instrumen, nota lapangan dan
analisis dokumen seperti latihan di facebook, ujian awal dan ujian akhir, serta pencapaian murid
dalam ujian seragam daerah sebagai alat untuk mengumpul data.

2.5 Nota Lapangan


Pengkaji memerhatikan perilaku dan penerimaan peserta kajian terhadap pembelajaran menulis
ayat menggunakan Facebook dan menterjemaahkannya dalam catatan nota lapangan dengan
berpandukan domain afektif (A2) iaitu memberi maklum balas terhadap aktiviti atau tugasan
yang diberikan seperti akur terhadap arahan guru, mematuhi syarat tugasan serta menjawab
latihan yang diberikan dengan lengkap. Catatan nota lapangan juga dianalisis dengan merujuk
kepada domain psikomotor (P3) respons berpandu iaitu memberikan tindak balas dan P7 lakuan
tulen iaitu membina sendiri ayat.

3.0 ANALISIS DOKUMEN


Penganalisisan dokumen seperti buku latihan dilakukan untuk mendapatkan data awal tentang
ayat yang dibina oleh murid. Markah ujian seragam peringkat daerah iaitu Ujian AR1 (Mac) juga
dirujuk sebagai data awal, manakala analisis latihan di Facebook adalah data semasa kajian.
Dokumen tersebut dianalisis secara deskriptif. Penganalisisan ayat dalam latihan di Facebook
berdasarkan enam aspek iaitu (A) masa menyiapkan latihan, (B) siap dengan lengkap, (C) ayat
gramatis, (D) mengandungi ayat majmuk, (E) mengandungi kesalahan ejaan, dan (F) kesalahan
huruf besar atau huruf kecil.

3.1 Ujian Awal dan Ujian Akhir


Kertas Ujian AR2 PPD Betong (Mei) digunakan sebagai ujian awal. Konstruk ujian awal tersebut
telah diseragamkan di seluruh negeri Sarawak dengan menggunakan Justifikasi Standard Ujian
(JSU) dan soalan telah digubal oleh ahli Task Force Daerah. Ujian akhir pula telah dijalankan pada
bulan September iaitu selepas lapan minggu peserta kajian menjalani proses pembelajaran
membina dan menulis ayat menggunakan facebook. Data dikutip dan diproses secara kualitatif
deskriptif berdasarkan skema penyemakan dan pemarkahan Bahasa Melayu UPSR format mulai
2016 yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

3.2 Analisis Data


Data yang dikutip daripada latihan di Facebook dianalisis berpandukan enam aspek bahasa. Data
yang diperoleh daripada ujian awal dan ujian akhir pula dianalisis berdasarkan skor standard
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2016) bagi menentukan peratus
pencapaian murid semasa penyemakan skrip murid bagi kertas Bahagian A Penulisan. Penentuan
julat tanda aras skor pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu (A) 80-100, (B) 65-79, (C)
50-64, (D) 40-49 dan (E) 0-39. Rubrik penskoran Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A pula
adalah Cemerlang (9-10, Baik (7-8), Memuaskan (4-6) dan Pencapaian Tahap Minimum (1-3).
Semua data kualitatif dianalisis secara deskriptif.
279

4.0 DAPATAN KAJIAN


Analisis dapatan bagi kajian ini dibuat berdasarkan dua aspek iaitu, senarai semak latihan peserta
kajian di Facebook, dan peningkatan pencapaian peserta dalam ujian akhir bagi kertas Bahasa
Melayu 012 Bahagian A untuk melihat kesan terhadap pencapaian dalam peperiksaan.

4.1 Tindak Balas Murid terhadap Penggunaan Facebook untuk Membina Ayat
Dapatan kajian yang diperoleh daripada catatan nota lapangan tentang perlakuan dan tindak
balas peserta yang dianalisis dengan merujuk domain afektif, psikomotor dan unsur peneguhan
positif (Teori Skinner) serta kekerapan peserta mengakses latihan di facebook.

Jadual 1. Rumusan Nota Lapangan


PERLAKUAN KEKERAPAN
Psikomotor (P3) Respons berpandu
i. Memberi tindak balas positif 7

Psikomotor (P7) Lakuan tulen


i. Melaksana 2
ii. Membina 2

Afektif (A2) Memberi maklum balas


i. Akur 3
ii. Mematuhi 3
iii. Menjawab 3

Peneguhan positif
i. Ganjaran 2

Jadual 2. Kekerapan menyelesaikan latihan dengan lengkap di facebook


PESERTA KEKERAPAN (n/5) PERATUSAN
M1 5 100
M2 5 100
M3 5 100
JUMLAH 15/15 100

4.2 Dapatan Penguasaan Menulis Ayat Menggunakan Facebook


Peserta kajian telah menjalani sesi latihan menulis ayat di Facebook sebanyak lima kali iaitu
melalui lima gelung proses tindakan dalam Kemmis & MacTaggart 1988.

Jadual 3. Tarikh menjawab latihan di Facebook


Tarikh Akses
Peserta Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4 Latihan 5
Muat 11.7.2018 16.7.2018 8.8.2018 15.8.2018 4.9.2018
turun
M1 14.7.2018 20.7.2018 11.8.2018 18.8.2018 4.9.2018
M2 14.7.2018 22.7.2018 11.8.2018 18.8.2018 11.9.2018

M3 14.7.2018 19.7.2018 9.8.2018 18.8.2018 5.9.2018


280

Berikut adalah rumusan ulasan bagi kelima-lima soalan latihan berdasarkan enam aspek yang
dinyatakan dalam Jadual 4.

Jadual 4. Rumusan ulasan bagi setiap aspek


Aspek Ulasan
A Siap dalam masa yang ditetapkan
B Siap dengan lengkap
C Ayat gramatis
D Mengandungi ayat majmuk
E Kesalahan ejaan, imbuhan, huruf besar atau kecil
F Terdapat kesalahan diksi atau pengaruh bahasa
ibunda

Jadual 5. Pencapaian bagi setiap aspek


Aspek A
Peserta Sebelum(n/5) Semasa (n/5) Jumlah Peningkatan Peratus Peningkatan
M1 3 5 2 40
M2 1 5 4 80
M3 3 5 2 40
Aspek B
Peserta
M1 3 5 2 40
M2 1 5 4 80
M3 3 5 2 40
Aspek C
Peserta
M1 15 25 10 40
M2 10 21 11 44
M3 12 23 11 44
Aspek D
Peserta
M1 9 23 14 56
M2 5 15 10 40
M3 6 13 7 28
Aspek E
Peserta
M1 14 11 3 12
M2 14 8 6 24
M3 13 8 5 20
Aspek F
Peserta
M1 14 6 8 32
M2 14 5 9 36
M3 15 8 7 28
*n = bilangan ayat
281

4.2 Dapatan Kesan Penggunaan Facebook terhadap Pencapaian dalam Peperiksaan


Kesan penggunaan facebook terhadap pencapaian murid dalam ujian dapat dilihat dalam jadual
6 dan jadual 7.

Jadual 6. Rumusan skrip jawapan ujian awal dan ujian akhir


M1 M2 M3
Aspek Awal Akhir Awal Akhir Awal Akhir
Idea betul 4 5 5 5 4 5
Ayat gramatis 4 5 5 5 5 5
Ayat majmuk 0 1 2 3 1 3
Kesalahan ejaan, imbuhan 0 0 7 2 2 3
dan huruf besar/kecil
Diksi tidak tepat 3 1 2 4 2 1
Pengaruh bahasa Iban 0 0 1 0 1 0

Jadual 7. Perbandingan pencapaian bagi ujian awal dan ujian akhir


Peserta Markah Ujian Awal Markah Ujian Akhir Perbezaan
( n /10 ) (n/10)
M1 5 7 +2
M2 5 7 +2
M3 5 7 +2
*n=markah Bahagian A

4.3 Pencapaian Murid dalam Peperiksaan Sekolah


Pencapaian murid dalam peperiksaan yang diadakan di sekolah dan di peringkat daerah dapat
dilihat dalam jadual 8 dan 9.

Jadual 8. Pencapaian peserta dalam ujian seragam di sekolah


BM 012 Bahagian A ( Bina lima ayat ) 10 markah
Data awal Ujian Awal AR3 Ujian Akhir UPSR2018
Peserta AR1 (Mac) AR2 (Mei) (Ogos) Pra5(Sept) PAT(Okt) BM 012
M1 4 5 6 7 7 D
M2 3 5 5 7 7 D
M3 4 5 6 7 7 D

Jadual 9. Kekerapan lulus bahasa Melayu dalam ujian 2018


Peserta Bahasa Melayu Pemahaman Bahasa Melayu Penulisan
Kekerapan (n/5) Peratus Kekerapan (n/5) Peratus
M1 2 40 3 60
M2 3 60 3 60
M3 2 40 2 40
*n=bilangan kekerapan menguasai (lulus)
282

5.0 PERBINCANGAN
5.1 Aplikasi Facebook dan Tindak Balas Murid
Dapatan kajian berdasarkan rumusan nota lapangan dan kekerapan peserta menyelesaikan
latihan di Facebook menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta memberikan tindak balas yang
positif terhadap pembelajaran menulis ayat menggunakan facebook. Dapatan ini selari dengan
dapatan Rahimah Sabtu dan Zamri Mahamod (2013) iaitu murid lebih positif menggunakan
facebook dalam pembelajaran komponen sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS).

Dapatan ini juga selari dengan dapatan Siti Masrah Sukalah (2017) bahawa aplikasi Padlet
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran cerpen
KOMSAS. Dapatan kajian turut disokong oleh kajian Musrifah Sarjoni (2015) yang mendapati
bahawa murid-murid sangat positif dari segi pencapaian, minat dan tahap penggunaan Google
Plus dalam PdP.

Dapatan kajian ini juga selaras dengan hasil kajian Rafiza (2013) yang mendapati bahawa
pembelajaran atas talian membantu pelajar berinteraksi dan menyuarakan pendapat dalam
memahami novel bahasa Melayu tingkatan tiga. Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat
perubahan terhadap tingkah laku pelajar ini dalam pembelajaran novel. Pelajar menggunakan
ayat yang gramatis, isi yang tepat berdasarkan tugasan, huraian isi (contoh) tepat dan terdapat
kesalahan yang minimun dalam penggunaan kata.

Dapatan kajian juga bertepatan dengan pandangan Zamri dan Mohd Amin Embi (2008)
yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi seperti Internet dan komputer dapat
merangsang minda murid sehingga menjana idea yang cemerlang yang dapat meningkatkan
pencapaian akademik murid. Dapatan kajian ini juga diperkuat oleh Rahimah Sabtu dan Zamri
Mahamod (2013) menyatakan keberkesanan facebook dalam pembelajaran Komsas
menunjukkan pencapaian murid kumpulan eksperimen dalam mata pelajaran Komsas.
Pengajaran menggunakan aplikasi facebook juga diterima secara terbuka oleh murid-murid
walaupun pembelajaran menggunakan rangkaian sosial ini baru digunakan.

5.2 Aplikasi Facebook dan Ayat Gramatis dalam Kalangan Murid


Berdasarkan Jadual 5 iaitu aspek A, didapati ketiga-tiga peserta kajian telah berjaya menyiapkan
kelima-lima soalan tugasan dalam tempoh seminggu yang telah ditetapkan. Bagi aspek B pula
iaitu siap dengan lengkap, didapati ketiga-tiga peserta telah menyiapkan kelima-lima latihan
dengan lengkap. Siap dengan lengkap bermaksud, peserta telah menghasilkan lima ayat bagi
setiap soalan latihan yang diberi. Ayat tersebut layak dinilai apabila bilangan perkataan bagi
setiap ayat adalah lima patah perkataan dan ke atas. Hal ini mematuhi syarat penyemakan dan
pemarkahan kertas BM Penulisan Bahagian A seperti ketetapan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bagi aspek aspek C, didapati ketiga-tiga peserta kajian telah berjaya menunjukkan
peningkatan sebanyak 40 dan 44 peratus berbanding pencapaian sebelumnya, dari aspek
bilangan ayat gramatis yang dihasilkan bagi kelima-lima soalan tugasan (satu soalan memerlukan
lima ayat ) dalam tempoh masa lima minggu yang telah ditetapkan oleh guru. Bagi aspek D pula
iaitu jumlah ayat majmuk yang dihasilkan berpandukan bahan rangsangan yang diberi, didapati
ketiga-tiga peserta juga telah menunjukkan peningkatan terutama peserta M1 yang mencatat 56
peratus peningkatan berbanding pencapaian sebelum menggunakan facebook. Peserta M1 telah
menghasilkan 23 ayat majmuk daripada jumlah keseluruhan 25 ayat yang dibina. Secara
puratanya, ayat tersebut layak dinilai pada aras cemerlang kerana antara syarat pemarkahan bagi
Bahagian A kertas Penulisan adalah calon perlu membina sekurang-kurangnya tiga ayat majmuk
daripada lima ayat yang dihasilkan untuk melayakkan skrip calon diberi markah cemerlang. Hal
ini mematuhi syarat penyemakan dan pemarkahan kertas bahasa Melayu Penulisan Bahagian A
bagi penilaian UPSR (Sumber: Pemeriksa UPSR 2017).
283

Bagi aspek E iaitu penilaian dari jumlah kesalahan ejaan, imbuhan, huruf besar dan huruf
kecil, didapati ketiga-tiga peserta kajian telah berjaya menunjukkan penurunan peratus
kesalahan tatabahasa tersebut sebanyak 12 peratus bagi peserta M1, 24 peratus bagi peserta M2
dan 20 peratus bagi peserta M3.

Bagi aspek F pula iaitu jumlah ayat mengandungi kesalahan kosa kata atau diksi yang
tidak tepat dan terdapat pengaruh bahasa Iban dalam ayat yang dibina bagi keseluruhan 25 ayat
tersebut, didapati ketiga-tiga peserta juga telah menunjukkan penurunan melakukan kesalahan
tersebut terutama peserta M2 yang mencatat 36 peratus penurunan berbanding pencapaian
sebelum menggunakan facebook. Peserta M1 pula telah berjaya mengurangkan kesalahan aspek
F sebanyak 32 peratus berbanding sebelumnya, manakala M3 mencatat penurunan kesalahan
aspek F sebanyak 28 peratus. Dari aspek pengaruh bahasa Iban, didapati hanya peserta M3 yang
melakukan kesalahan ini iaitu sebanyak dua kali. Pencapaian ini membuktikan bahawa mereka
telah berjaya mengurangkan kesalahan tatabahasa yang boleh menjejaskan pungutan markah
mereka dalam bahasa Melayu Penulisan Bahagian A melalui latihan menggunakan facebook.

Dapatan ini juga menyokong kajian Gannon (2009) yang menyatakan bahawa
penggunaan Web 2.0, simbol dan podcast mempengaruhi pembelajaran. Penggunaan Web 2.0
dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dan membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan
yang diberi. Selain itu, pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dengan lebih cepat dan
memahami isi kandungan pendidikan yang diterima.

5.3 Aplikasi Facebook dan Kesan terhadap Pencapaian dalam Peperiksaan


Dapatan daripada ujian awal dan ujian akhir, pengkaji dapat dirumuskan bahawa penggunaan
facebook telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa semasa membina
dan menulis ayat, seterusnya meningkatkan markah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dapatan kajian berdasarkan jadual analisis keputusan peperiksaan AR3 (Ogos), Ujian
PraUPSR 5 (September) dan UPSR 2018 (29 November 2018) mendapati berlaku peningkatan
bagi pencapaian ketiga-tiga peserta kajian setiap ujian hinggalah mereka mendapat keputusan
lulus bagi kertas BM Penulisan 012 dalam UPSR 2018 baru-baru ini. Secara langsung, objektif
ketiga kajian ini juga terjawab. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Noraida Md Yusoff (2015)
yang mendapati penggunaan Buku Elektronik dalam kelas Bahasa Melayu Pemahaman telah
membantu murid tahun 5 meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Ini bermakna kaedah pembelajaran menggunakan facebook merupakan salah satu


kaedah pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga
selaras dengan Mohd Arif et al. (2008) yang mengkaji multimedia dan aplikasinya dalam
pembelajaran Bahasa Melayu.

Dapatan kajian juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Dallas (2010) yang
menyatakan bahawa Web 2.0 membolehkan komunikasi dua hala antara kumpulan murid dan
guru. Dengan komunikasi dua hala maka terjalin sikap bekerjasama antara kumpulan bagi
menyiapkan tugasan. Pada akhir kajian, pencapaian pelajar bertambah baik dengan
menggunakan kaedah Web 2.0.
284

6.0 IMPLIKASI KAJIAN


Hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan
strategi pengajaran di luar bilik darjah dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi pendidikan.
Murid sendiri harus bijak memanfaatkan teknologi maklumat dan kemudahan yang ada untuk
digunakan ke arah yang positif kerana teknologi ini mampu melonjakkan pencapaian akademik
murid jika digunakan ke arah yang betul. Ibu bapa lebih sensitif terhadap keperluan anak-anak
dalam meneroka ilmu pada era Revolusi Industri 4.0 ini. Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan
pula sebaiknya mengadakan program bagi membantu para guru menerapkan kemahiran yang
diperoleh semasa latihan dan menyokong para guru supaya mengaplikasikan ilmu yang telah
dipelajari dengan memberikan insentif. JPN boleh melatih dan melantik lebih ramai jurulatih
utama menjadi mentor kepada para guru khususnya latihan pendedahan teknologi dan inovasi
pendidikan. KPM hendaklah mengadakan penilaian dan pemantauan ke atas program latihan
dalam pengaplikasian teknologi dan inovasi tersebut serta menyediakan prasarana dan
kemudahan Internet kepada sekolah untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi
pendidikan. Pemantauan dan penambahbaikan juga perlu bertumpu kepada sekolah luar bandar
agar dapat merapatkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar.

7.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan kajian lanjutan pada masa hadapan. Kajian lanjutan
boleh dijalankan di kawasan pentadbiran yang lain seperti sekolah yang dianggap berisiko tinggi
dengan populasi dan sampel yang lebih besar dan melibatkan pihak pentadbir sekolah mengenai
persepsi penggunaan apliksai Facebook dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

8.0 KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ayat gramatis Bahasa Melayu (BM)
menggunakan Facebook dalam kalangan murid lemah di sekolah kajian memberi kesan yang
lebih efektif. Pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid yang menggunakan Facebook dalam
pembelajaran BM di luar bilik darjah lebih interaktif dan berkesan berbanding menggunakan
kaedah tradisional seperti latihan menulis dalam buku latihan sahaja. Penggunaan Facebook juga
mendorong murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran agar mendapat keputusan
yang lebih baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Murid memberikan tindak balas yang positif terhadap penggunaan Facebook dalam
pembelajaran. Mereka berasa teruja kerana Facebook memiliki kelebihan sebagai medium
pengajaran iaitu memberikan maklumat yang interaktif dan corak pembelajaran secara dua hala
atau pelbagai hala. Guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan lebih
berkesan dengan menggunakan Facebook. Justeru, murid juga dapat membina kemahiran dalam
melakukan persembahan kolaboratif untuk menyiapkan tugasan secara kendiri.

RUJUKAN
A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. (2013). Pengaplikasian pendekatan
didik hibur dan Teknik SALAK dalam penulisan karangan. Prosiding Seminar Serantau
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kedua 2013, 269-
283. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
A. Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff,
Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik ‘SALAK’ dalam menjana idea
membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:2180-
4842. Vol.2, Bil.2: 83-92.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
285

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1)
Mei:1-12.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, PTS
Publications Distributors. Sdn. Bhd.
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan keputusan
Ujian Pencpaaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.
Madge, C., Meek, J., Wellens, J., & Hooley, T. (2009). Facebook, social integration and informal
learning at university: 'It is more for socializing and talking to friends about work than
for actually doing work'. Learning, Media and Technology, 34(2), 141-155.
Manisah Osman. 2017. Peluasan ayat melalui strategi penggunaan pelbagai keterangan. Seminar
Bahasa Melayu. ( Tarikh akses: 16 Ogos 2018)
Mohamad Jasmy & Ros Azura. (2008). Penggunaan penilaian perisian komponen sastera dalam
pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu. Dlm Zamri Mahamod & Mohamed Amin
(pnyt). Teknologi dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu,
hlm.111-140. Shah Alam: Karisma Publication.
Musrifah Sarjoni. (2015). Pencapaian subjek Bahasa Mealyu murid tahun enam berbantukan
Google Plus. Tesis memenuhi syarat Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau Daerah Daro.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1): 33-41.
Noor Zila Md Yusuf & Amir Juhari. (2011). Kaedah IsSam satu inovasi dalam p&p Bahasa Melayu:
Kajian di SK Bandar Bintangor. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Rajang, Jilid 2:110-124.
Noraida Md Yusoff. (2015). Keberkesanan penggunaan Buku Elektronik dalam pencapaian
pemahaman Bahasa Melayu. Disertasi Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia Bangi.
Rahimah Sabtu & Zamri Mahamod. (2013). Aplikasi Facebook terhadap pembelajaran
komponen Kesusasteraan Melayu dalam kalangan murid sekolah menengah. Dlm.
Prosiding Seminar serantau pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan
Melayu Kali Kedua, 2013. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn.Bhd.
Siti Masrah Sukalah. (2017). Aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen
Sastera (KOMSAS). Laporan Akhir Penyelidikan Sarjana Pendidikan Teknikal
(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi). Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zamri Mahamod. (2014). Bab 9 Pendekatan belajar secara atas talian dalam p&p Bahasa Melayu.
Dlm. Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. (hlm. 253-267). Tanjong Malim:
Penerbit Universti Pendidikan Sultan Idris.

BIODATA RINGKAS PENULIS


Regina Simba Anak Vendrick dilahirkan pada 6 Oktober 1979 di Betong, Sarawak. Beliau telah
menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan
Lingusitik Melayu (dwimajor Kesusasteraan Melayu) di Universiti Putra Malaysia Serdang pada
tahun 2002. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru Bahasa Melayu pada 1 Januari 2006 setelah
menamatkan program latihan perguruan KPLI LPBS dengan pengkhususan Pengajian Melayu
(BM SR) di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak pada tahun 2005. Beliau telah
mengajar Bahasa Melayu tahun enam selama 13 tahun.
286

PENERIMAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN MODUL ‘HEBAT’


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Rosnani Sidiki & ͥZamri Mahamodii

ͥ Guru SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang. P96511@siswa.edu.my


ͥ ͥ Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. d-zam@ukm.edu.my

Abstrak
Modul HEBAT merupakan Modul yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia bertujuan meningkatkan pencapaian dalam bacaan bahasa Melayu. Bahan Sumber
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu juga bertujuan memberikan panduan kepada guru tentang strategi dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, penerapan Kemahiran berfikir Aras Tinggi(KBAT)
dan teknik bacaan. Bahan sumber ini menjadi panduan kepada guru dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan
Empat untuk menerapkan bacaan dan pentaksiran berbentuk PISA dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Oleh itu, Kajian HEBAT (Hayati, Ekplorasi, Berfikir Aras Tinggi) diadakan bertujuan
meneroka penerimaan guru bahasa Melayu terhadap Penggunaan modul HEBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan Dua. Kajian dijalankan secara kualitatif dan data dianalisis secara
penghuraian deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada tiga orang guru di tiga buah sekolah di daerah
Kuantan. Kaedah temu bual berstruktur telah dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
menerima baik penggunaan modul HEBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga sangat bersikap
positif dalam menggunakan modul ini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana banyak
memberikan manfaat kepada murid dari segi bacaan. Sifat Modul HEBAT itu sendiri menarik minat murid
untuk menguasai isi pengajaran.

Kata kekunci: Penerimaan, sikap , modul HEBAT, pengajaran dan pembelajaran

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan Gelombang 1 (2013-2015) dalam PPPM 2013-2025, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memberikan tumpuan pada peningkatan prestasi sistem pendidikan negara
supaya setanding dengan pencapaian purata global dalam pentaksiran peringkat antarabangsa.
Menjelang tahun 2025, iaitu pada Gelombang 3 PPPM, Malaysia meletakkan sasaran untuk berada
pada kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA, dengan skor 550. Bagi memastikan
pencapaian yang lebih baik dalam PISA 2018, BPK, KPM telah merancang strategi untuk
menyediakan murid bagi PISA 2018 dan program jangka panjang untuk memastikan
keberhasilan remaja yang dibentuk oleh sistem pendidikan Negara. Untuk merealisasikan hasrat
tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah
diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan pencapaian
Malaysia dalam PISA. Sehubungan dengan itu, Bahan Sumber HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
dibangunkan sebagai sebahagian persediaan Malaysia menghadapi PISA 2018. Jadi, kajian ini
dijalankan bertujuan meninjau sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan Modul HEBAT
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Apa itu Modul Hebat? HEBAT bermaksud HAYATI, EKSPLORASI, BERFIKIR ARAS TINGGI.
Bahan sumber HEBAT ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang literasi bacaan PISA,
pendedahan kepada teknik bacaan dan penyerapan kompetensi bacaan PISA dalam pengajaran
dan pembelajaran. Modul ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. Modul HEBAT Bacaan telah dibangunkan
menggunakan pendekatan bertema. Kerangka PISA 2018 telah meluaskan definisi kemahiran
literasi bacaan yang merangkumi pemahaman bacaan.
Kekuatan Modul HEBAT adalah bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru
tentang strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, penerapan
287

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan teknik bacaan untuk penyerapan kompetensi bacaan
PISA. Bahan sumber ini akan menjadi panduan kepada guru yang mengajar Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Empat untuk menerapkan bacaan dan pentaksiran berbentuk PISA dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Setiap modul mengandungi panduan pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk memastikan
murid dapat menjawab soalan literasi bacaan PISA dengan baik.
Objektif penggunaan Modul HEBAT adalah untuk meningkatkan minat dan kecekapan
membaca murid sekolah menengah, meningkatkan pemahaman dan menggalakkan penglibatan
murid dalam menggunakan dan menilai pelbagai sumber bacaan dan melatih kebolehupayaan
murid membaca dan memahami jenis-jenis teks transaksi dan teks pelbagai ke arah pembacaan
yang bermakna.
Modul HEBAT mengandungi 20 tema iaitu Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Sejarah dan
Warisan, Pelancongan, Integriti, Jati Diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan, Kerjaya,
Keselamatan, Kesenian, Kebudayaan dan Estetika, Kesihatan dan Kebersihan, Ekonomi,
Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan, Pendidikan, Pentadbiran dan Politik, Perindustrian,
Perpaduan, Pertanian, Penternakan dan Perikanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Bahasa dan
Kesusasteraan dan Sukan dan Rekreasi.
Modul HEBAT bacaan mempunyai panduan pengajaran, bahan pengajaran, projek
penilaian pembelajaran dan item ala PISA. Panduan pengajaran dan bahan pengajaran yang
disediakan adalah untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas adalah dengan menggunakan Modul HEBAT Bacaan semasa pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. Guru boleh memilih satu
daripada tiga unit Modul HEBAT berdasarkan kesesuaian, keupayaan murid dan waktu
pengajaran dan pembelajaran. Modul tersebut boleh disesuaikan dengan kemahiran dalam
Kurikulum Bahasa Melayu.
Bahan sumber Modul HEBAT bacaan bahasa Melayu adalah sangat bagus kerana setiap
bahan yang dibina boleh dijadikan panduan kepada guru bagi menerapkan elemen Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dalam strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid
yang berupaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu menangani masalah yang
kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Malah, latihan penggunaan modul ini
membolehkan murid bersedia dengan tuntutan kecekapan dan penggunaan teknik bacaan yang
lebih baik serta bahan Sumber HEBAT Bacaan telah dikonsepsikan oleh panel yang terdiri
daripada pensyarah IPT, IPG, guru cemerlang, pegawai SiSC+ dan guru yang berpengalaman
dalam strategi dan pendekatan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT
dan Pendidikan Abad ke-21. Setiap unit dalam modul dikawal mutu oleh pensyarah yang
berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Jelaslah bahawa, bahan sumber HEBAT Bacaan boleh membantu guru melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai matlamat penguasaan bacaan murid.
Usaha ini merupakan satu inisiatif untuk mencapai matlamat penyediaan murid yang
berkeupayaan memahami, mengguna, menilai dan membuat refleksi terhadap sesuatu teks
bertulis supaya dapat melahirkan modal insan yang mampu melibatkan dan menyesuaikan diri
dalam masyarakat. Hal ini adalah bersesuaian dengan hasrat kemenjadian murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kajian ini adalah untuk meneroka sikap
guru Bahasa Melayu di salah sebuah sekolah daerah Kuantan tentang penggunaan Modul HEBAT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru berminat
menggunakan Modul HEBAT semasa mengajar. Murid juga turut memberikan respon yang baik
semasa di dalam kelas.
288

2.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Manakala teknik kajian ini pula adalah kombinasi temu
bual soalan terbuka. Meriam (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu
bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Kaedah
temubual berstruktur digunakan dalam kajian ini supaya responden dapat menghuraikan soalan
dengan fleksibel namun mencapai objektif kajian. Sampel kajian terdiri daripada tiga orang guru
bahasa Melayu tingkatan dua. Lokasi kajian adalah di tiga buah sekolah menengah yang terletak
di daerah Kuantan, Pahang.

3.0 HASIL DAN DAPATAN KAJIAN


Hasil kajian dianalisis dengan jawapan dan pandangan tiga orang guru bahasa Melayu sekolah
menengah di daerah Kuantan, Pahang berdasarkan soalan yang diajukan oleh pengkaji menerusi
temu bual yang dilakukan. Analisis bahagian ini dibuat berdasarkan soalan yang menunjukkan
penerimaan guru terhadap penggunaan Modul HEBAT. Berikut adalah analisis yang diperoleh
melalui temu bual yang dijalankan.

Soalan 1: Bagaimanakah guru dapat mengetahui mengenai Modul HEBAT?


Peserta kajian 1 dan 2 menjelaskan mereka mengetahui mengenai bahan sumber HEBAT melalui
Ketua Panitia dan guru yang menghadiri kursus serta taklimat modul tersebut yang dijalankan di
peringkat daerah. Peserta kajian 3 tidak mengetahui tentang kewujudan bahan sumber HEBAT
kerana tidak disebarkan di sekolah.
Peserta kajian 1 menyatakan bahawa beliau mengetahui Modul HEBAT melalui taklimat oleh
Ketua Panitia di sekolah.
“ Ketua Panitia mengadakan taklimat kepada ahli panitia sebaik sahaja pulang
“menghadiri kursus dan taklimat yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah”.

Peserta kajian 2 pula menyatakan beliau mengetahui tentang Modul HEBAT setelah
dimaklumkan oleh guru yang mengikuti kursus dan taklimat oleh pejabat pendidikan daerah.
“ Saya mengetahui tentang Modul HEBAT melalui guru bahasa Melayu yang menghadiri
kursus dan taklimat.

Peserta kajian 3 pula memaklumkan bahawa beliau pada mulanya tidak megetahui tentang
Modul HEBAT tetapi telah dimaklumkan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang Bahasa tentang
Modul HEBAT yang diperkenalkan kepada guru-guru Bahasa Melayu.
“ mula-mula saya tak tahu pun tentang Modul HEBAT ni, tapi ketua panitia dan ketua
bidang dah maklumkan kepada saya sebentar tadi. Panitia bahasa Melayu belum sempat
dimaklumkan kerana kesibukan tugas guru.

Soalan 2: Adakah guru menerima penggunaan Modul HEBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas?
Peserta Kajian 1 menyatakan bahawa Modul HEBAT bertujuan meningkatkan kecekapan dan
minat membaca murid sekolah menengah. Oleh itu, beliau bersetuju dengan Modul HEBAT
kerana dapat memberikan banyak manfaat. Peserta kajian 1 memberikan pandangannya
seperti:
“ saya amat bersetuju dengan Modul HEBAT ini kerana menurut saya modul ini
merupakan modul yang dibekalkan kepada sekolah bertujuan untuk membantu
meningkatkan kecekapan dan minat membaca murid-murid”.
289

Peserta kajian 2 menjelaskan bahawa beliau juga bersetuju dengan Modul HEBAT dan menerima
modul itu dengan sebaik-baiknya kerana teknik bacaan dan penyerapan kompetensi bacaan
PISA.
“Berdasarkan pengetahuan saya, modul ini memberi kefahaman tentang literasi
bacaan PISA, pendedahan kepada teknik bacaan dan penyerapan kompetensi
bacaan PISA dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu”.
Peserta Kajian 3 menjelaskan bahawa beliau amat bersetuju dengan Modul HEBAT kerana amat
menarik untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Modul HEBAT mengandungi
20 tema yang sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tingkatan
satu hingga tingkatan 4.
“Saya sangat bersetuju dan menerima Modul HEBAT ini kerana sangat menarik
serta mengandungi 20 tema yang boleh digunakan dalam PdPc bahasa Melayu bagi
murid tingkatan satu hingga empat”. Tema tersebut juga berkait dengan buku teks.
jadi, saya boleh mempelbagaikan bahan pengajaran. Modul HEBAT ini sangat
menekankan elemen KBAT dan elemen PISA dalam pengajaran dan pembelajaran”.
Berdasarkan dapatan ini, jelas menunjukkan bahawa guru menerima modul HEBAT yang
dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM ini dengan sebaik-baiknya. Ketiga-tiga
guru dapat memahami tujuan modul ini yang berperanan dalam membantu meningkatkan
minat dan kecekapan membaca murid sekolah menengah. Selain itu, guru turut menyatakan
bahawa modul ini berupaya meningkatkan pemahaman dan menggalakkan penglibatan murid
dalam mengguna dan menilai pelbagai sumber bacaan. 20 tema yang terkandung dalam modul
turur membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran yang menjadikan sesi pembelajaran
lebih menarik minat murid.
Soalan 3: Persediaan Guru Terhadap Penggunaan Modul Hebat
Melalui dapatan kajian, ketiga-tiga guru bersetuju, dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan modul HEBAT ini menuntut komitmen yang jitu. Guru perlu
memahami terlebih dahulu kandungan modul ini agar dapat disesuaikan dalam tempoh masa
pengajaran dan pembelajaran. Persediaan awal guru akan dapat memastikan keberkesanan
penggunaan modul ini. Hal ini demkian kerana dapat dilihat berdasarkan dapatan temu bual
berikut:
Peserta Kajian 1 : “Errmmm..guru perlu tahu dulu kandungan modul tu dan pilih aspek
yang sesuai untuk diajar supaya boleh disesuaikan dengan tempoh waktu pdpc. Kalau
dah rancang awal, memang sempat untuk habiskan tema-tema dalam modul”.
Peserta Kajian 2 : “Setiap modul mempunyai panduan pengajaran, bahan pengajaran
dan projek penilaian. Jadi, sememangnya guru perlu memahami perkara tersebut.
Namun, terdapat panduan yang disediakan untuk membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran”.
Peserta kajian 3 : “Guru perlu membaca dan memahami terlebih dahulu kerana teks
mengandungi terma-terma Sains”.
Selain persediaan awal, guru turut menyatakan sesi pengajaran dan pembelajaran
modul ini memerlukan kelengkapan seperti komputer dan LCD kerana bahan dibekalkan dalam
bentuk CD dan setiap tema mengandungi video untuk tontonan murid. Namun, menurut guru,
kadang kala kekangan dalam penggunaan komputer dan LCD ini membantutkan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini demikian adalah berdasarkan daripada dapatan
peserta kajian 2 dan peserta kajian 3.
290

Peserta Kajian 2 : “Nak ajar perlu ada komputer dan LCD. Kadang-kadang makmal
komputer tak dapat guna sebab ada kelas lain yang guna waktu berkenaan. Jadi guru
perlu cari waktu yang sesuai sebab dalam CD tu ada video yang boleh murid tonton”.
Peserta Kajian 3: “Sebenarnya guru ada kekangan nak mengajar. Kena sediakan
kemudahan ICT terlebih dahulu. Ambil masa juga lah”.
Berdasarkan dapatan temu bual ini, jelas menunjukkan dalam menggunakan Modul HEBAT
ini, guru perlu lebih bersedia dengan memahami kandungan tema di dalam modul. Hal ini
demikian dapat membantu melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah
memahami tema dan kandungan, guru juga perlu bersedia dengan kelengkapan ICT ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadi sedikit kekangan kepada guru kerana
perlu menguruskan peralatan ICT pula sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Soalan 4: Sikap Guru Terhadap Penggunaan Modul HEBAT


Berdasarkan temu bual, ketiga-tiga guru mempunyai persepsi yang sama bahawa kandungan
Modul HEBAT ini membantu meningkatkan tahap penguasaan bagi kemahiran membaca murid.
Modul ini juga berkesan dalam menarik minat murid kerana modul tersebut dibina dengan
meletakkan gambar-gambar yang menarik beserta video. Namun begitu, peserta kajian 2
menyatakan bahawa modul ini kurang membantu bagi kumpulan murid yang lemah kerana teks
tersebut dipengaruhi bahasa teknologi. Hal ini demikian kerana memerlukan guru lebih kreatif
dalam memilih aktiviti agar sesuai dengan keupayaan dan waktu pengajaran dan pembelajaran.
Peserta Kajian 2: “Tidak dinafikan modul ini mampu meningkatkan kemahiran
membaca murid, tetapi bagi kumpulan murid lemah mungkin sedikit sukar untuk
menguasai kerana teks banyak mengandungi bahasa teknologi. Jadi, guru perlu
memberi bimbingan dan sesuaikan aktiviti dengan masa mengajar”.
Ketiga-tiga guru turut menyatakan bahawa terdapatnya cabaran dalam menggunakan
Modul HEBAT ini. Selain guru perlu lebih awal bersedia, guru terpaksa berkongsi modul kerana
modul yang dibekalkan hanya senaskah sahaja bagi setiap sekolah. Hal ini demikian, menjadikan
guru perlu memperbanyakkan bahan tersebut untuk tujuan pengajaran. Keadaan ini kadang
kala menjadikan guru sedikit lemah untuk menggunakan Modul HEBAT ini ketika sesi
pengajaran. Guru juga berdepan dengan kekangan masa untuk menghabiskan kesemua tema di
dalam modul tersebut. Setiap modul juga mempunyai projek penilaian pembelajaran yang perlu
dilaksanakan. Jadi guru perlu melatih dan membiasakan murid dengan item PISA selain
daripada item ala PISA yang telah dibangunkan dalam modul HEBAT bacaan.
Melalui temu bual tersebut juga, ketiga-tiga guru berpendapat walaupun mempunyai
kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, mereka akan tetap berusaha
untuk menggunakan modul berkenaan dengan membuat perancangan lebih awal dalam
penyediaan bahan aktiviti untuk pelajar. Guru turut menyatakan bahawa peranan panitia adalah
penting dalam menyusun atur serta memberikan input dan penerangan yang jelas berkenaan
penggunaan modul ini agar guru yang mengajar dapat melaksanakannya dengan jayanya. Hal ini
deikian kerana dapat dilihat berdasarkan kepada respon tersebut:
Peserta Kajian 1 : “Saya mempunyai tanggapan bahawa modul ini memang berkesan
dalam menambah bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca.
Selain itu, ia turut membantu menarik minat murid. Namun, kekangan peralatan dan
bahan kadang kala menjadikan guru mengenepikan penggunaannya ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Tetapi tidaklah langsung tidak
menggunakannya. Cuma perlu kesesuaian waktu”.
291

Peserta Kajian 2: “Ya, modul ini banyak membantu guru dalam meningkatkan
penguasaan membaca murid. Saya memang menggunakan modul tersebut di dalam
kelas”.
Peserta Kajian 3: “Saya menggunakan modul ini dan cuba menyesuaikan aktiviti dan
tema dengan kepelbagaian murid. Cuma modul ada satu sahaja. Jadi perlu berkongsi.
Saya berasa bahawa peranan panitia sangat penting di sini dalam membantu guru
mengendalikan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran”.
Kesimpulannya, hasil daripada temu bual tersebut, bahan sumber HEBAT bacaan ini
boleh membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai matlamat
penguasaan bacaan murid. Usaha ini merupakan satu inisiatif untuk mencapai matlamat
penyediaan murid yang berkeupayaan memahami, mengguna dan membuat refleksi terhadap
sesuatu teks. Guru juga dilihat menerima baik penggunaan modul ini walaupun terdapat
beberapa kekangan dalam menggunakannya. Apa yang diperlukan, guru perlu membuat
persediaan awal tentang kandungan modul dan cuba menyelesaikan masalah teknikal seperti
penggunaan peralatan ICT dan sebagainya.

4.0 KESIMPULAN

Penggunaan modul HEBAT dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat
penting dalam meningkatkan kemahiran bacaan dalam bahasa Melayu. Penggunaan modul ini
dalam proses pembelajaran akan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai isi
kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah melalui paparan video.
Penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar
di samping dapat menguasai aspek bacaan.

Penggunaan modul HEBAT dalam pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi


pencapaian pelajar dalam bahasa Melayu. Guru perlulah mengetahui pengunaan modul ini
mampu meningkatkan kecekapan dan minat murid dalam kemahiran membaca. Seterusnya,
pencapaian murid secara keseluruhannya dapat ditingkatkan kerana bahasa Melayu merupakan
mata pelajaran yang penting. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan PISA dapat
meningkatkan kompetensi bacaan melalui penggunaan modul HEBAT. 20 tema yang terkandung
dalam modul ini turut membantu murid menguasai bacaan dan menambah pengetahuan yang
dapat digunakan dalam penulisan karangan. Guru juga perlu bersedia sebelum memulakan
pengajaran dalam kelas agar dapat menyampaikan isi pengajaran yang bermakna kepada murid
tanpa sebarang masalah yang melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar dan kelengkapan
ICT. Implikasi kajian ini, para pendidik, pihak pentadbir sekolah, jabatan pendidikan negeri dan
institut pendidikan guru diharapkan akan mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan
strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar dapat menghapuskan gejala buta
huruf dalam kalangan murid.
292

RUJUKAN
Abdul Jalil Othman, Normarini Norzan, Ghazali Darusalam dan Saedah Siraj (2011) Cabaran
Guru Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Masalah Pendidikan,
34,
Abdul Rasid Jamian & Nurfatin Nabihah Baharom. 2018. Kesan Penggunaan Teknik Kwlh Dalam
Kemahiran Membaca Kalangan Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 2 (Nov. 2018): 48-56.
Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu
Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:
2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12
Anita Woolfolk Hoi. ( 1980) . Educational Psychology
Eka Dewi Lukmana Sari, Mursalim, Akhmad Murtadlo.( 2017). Pengembangan Teknik
Pembelajaran Menulis Dan Membaca Melalui Gerakan Literasi Sekolah. Jurnal Ilmu
Budaya, Volume 1 Nombor 4 Edisi Oktober 2017
Fadilah Isnin PhD. 2018. Bijak Baca: Membina Kemahiran Membaca Melalui Strategi Yang
Berkesan. Singapura. Dian Bahasa
Iman Syafi’i. 2011. Peningkatan Kemampuan Memahami Bacaan Melalui Penggunaan Teknik
Peta Konsep. Dosen Universitas Muhammadiyah
Merriam, S.B. (1984). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco: Jossey-Bass Inc
Panduan penggunaan bahan Sumber HEBAT bacaan Bahasa Melayu. (2016). Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
293

PENGGUNAAN APLIKASI WHATSSAPP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGIKUTI KURSUS
LKM400-BAHASA MALAYSIA IV: KE ARAH PENGAMALAN PEMBELAJARAN
TERADUN

Siti Hasnah Zainal Abidin i, Siti Noraini Jupri ii & Muhammad Zuhair Zainaliii
ii Guru Bahasa, Universiti Sains Malaysia. cthasnah@usm.my
iii Guru Bahasa, Universiti Sains Malaysia. snoraini@usm.my
iiiPensyarah, Universiti Sains Malaysia. zuhair@usm.my

Abstrak
Selaras dengan perkembangan penggunaan teknologi dalam memperkasa bidang pendidikan, pelbagai
pendekatan telah diserapkan dalam pelaksanaan proses pembelajaran para pelajar di institusi pengajian
tinggi termasuklah pendekatan secara teradun. Pendekatan yang melibatkan proses secara bersemuka dan
dalam talian mendapat reaksi berbeza dalam kalangan mahasiswa. Makalah ini bertujuan membincangkan
pengaplikasian kaedah melaksanakan pembelajaran teradun dan respon pelajar terhadap pembelajaran
teradun sehingga dapat menjana pemikiran kritikal pelajar. Perbincangan dalam makalah ini ialah sebagai
hasil kaedah pemerhatian terhadap sesi PdP LKM400 yang melibatkan 92 orang pelajar. Fokus
pemerhatian dilakukan terhadap penggunaan sumber dan bahan yang berasaskan elektronik, digital dan
internet dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu. Sumber dan bahan yang diperoleh
sebagai hasil PdP tersebut disaring untuk dijadikan data perbincangan. Data perbincangan dikumpulkan
melalui tangkap layar atau syot layar, manakala analisis data dilaksanakan secara deskriptif kualitatif. Hasil
penelitian terhadap data yang diperoleh menunjukkan bahawa respon pelajar terhadap pembelajaran
teradun adalah positif. Selain itu, penggunaan pembelajaran teradun ini telah membantu meningkatkan
lagi kemahiran kritikal pelajar. Hal ini juga berkaitan dengan gaya belajar mereka sendiri, persekitaran,
pengalaman dan sikap.

Kata kekunci: pembelajaran teradun, PdP bahasa Melayu, pemikiran kritikal, gaya belajar, whatsapp

1.0 PENGENALAN
Pembelajaran teradun juga dikenali sebagai blended learning. Menurut Kementerian Pendidikan
Tinggi Malaysia (2011) pembelajaran teradun bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran. Pusat i-Learn Universiti
Institut Teknologi Mara (2019) pula mendefinisikan pembelajaran teradun sebagai kaedah
pembelajaran yang menggunakan kaedah penyampaian yang tidak dilakukan secara bersemuka
sahaja, tetapi turut dilakukan melalui kaedah lain, seperti yang dikemukan oleh Jawatankuasa
CAP e-Learning Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu mempunyai campuran pendekatan
pembelajaran mod dalam talian (online) dan mod pembelajaran bersemuka (onsite).
Pembelajaran teradun secara umumnya dikenali sebagai pembelajaran berpusatkan pelajar yang
disokong oleh penggunaan teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia (Faizatul Hafilah
Abdul Halim & Nor Syahilia Aris, 2016).

Penggunaan pelbagai sumber dan bahan amatlah digalakkan dalam PdP bahasa Melayu.
Bahan berunsur ilmu, separa ilmiah dan bahan sastera hendaklah digunakan dalam PdP bagi
bacaan intensif dan ekstensif. Kepelbagaian sumber atau medium ini merujuk penggunaan
sumber pertama, bercetak, elektronik, digital dan internet, serta bahan yang autentik, seperti
akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, glosari dan sebagainya (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2016).
Kepelbagaian kaedah dan penggunaan teknologi dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran mampu menggalakkan penyertaan aktif para pelajar dan dijangka mampu
294

meningkatkan keberhasilan pencapaian matlamat pembelajaran pelajar (Mahizer Hamzah &


Mohd Azli Yeop, 2016; Mohd Azli & Abdul Latif, 2012). Penggunaan pelbagai sumber dan bahan,
khususnya yang berasaskan komputer, elektronik, digital dan internet akan dapat memberikan
pendedahan kepada murid-murid tentang pembelajaran teradun. Tanpa pengalaman
menggunakan bahan-bahan berasaskan elektronik, digital dan internet, ia akan menyukarkan
murid-murid menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu yang
mengaplikasikan pembelajaran teradun. Pendedahan awal ini membolehkan murid-murid mahir
menggunakan peralatan dan aplikasi teknologi yang digunakan dalam pembelajaran teradun. Hal
ini bertepatan dengan konsep utama pembelajaran teradun yang bertunjangkan penggunaan
teknologi (Mohd Azli Yeop, Kung Teck Wong & Noraini Mohamed Noh, 2016; Huang et al., 2008;
Isman et al., 2012; Mohamed Amin, Norazah, & Ebrahim, 2014; Nuanmeesri, 2014).

2.0 METODOLOGI
Perbincangan dalam makalah ini ialah sebagai hasil kaedah pemerhatian terhadap sesi PdP
LKM400 yang melibatkan 92 orang pelajar. Fokus pemerhatian dilakukan terhadap penggunaan
sumber dan bahan yang berasaskan elektronik, digital dan internet dalam sesi PdP bahasa
Melayu. Sumber dan bahan yang diperoleh sebagai hasil PdP tersebut disaring untuk dijadikan
data perbincangan. Data perbincangan dikumpulkan melalui tangkap layar atau syot layar,
manakala analisis data dilaksanakan secara deskriptif kualitatif.

3.0 PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING)


Pembelajaran teradun (blended learning) ialah amalan pengajaran yang menggabungkan mod
pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi dalam talian berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Teradun (Blended Learning, BL) ialah pembelajaran
formal yang melibatkan proses pengajaran dan penyampaian kandungan dijalankan secara
bersemuka dan dalam talian (online). Mengikut definisi operasi Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia:

"Pembelajaran Teradun merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran mod


pembelajaran online dan mod pembelajaran di tapak pembelajaran secara
bersemuka dengan 30% - 70% kandungan kursus dan aktiviti dijalankan secara
online samada untuk menyokong atau menggantikan pembelajaran secara
bersemuka."

Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan pemahaman tentang sesuatu prinsip, teori


dan pengetahuan. Pembelajaran teradun ialah pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu pelajar
dapat mengawal sendiri kadar pembelajaran mereka dan dapat menggunakan pelbagai teknologi
dalam talian. Untuk mencapai status pembelajaran teradun bagi kursus LKM400, pelbagai cara
digunakan supaya kursus tersebut memenuhi syarat berikut:

1. Pembelajaran sebelum kelas


2. Pembelajaran semasa di dalam kelas
3. Pembelajaran selepas kelas
295

4.0 DAPATAN KAJIAN


Terdapat pelbagai cara digunakan oleh guru untuk mengajar berkaitan tatabahasa. Cara pertama
guru menyuruh pelajar membaca nota tatabahasa dan soalan tatabahasa dalam modul sebelum
kelas. Semasa kelas guru mendengar maklumat yang telah difahami oleh pelajar dan
menambahkan ilmu serta membetulkan salah faham pelajar. Semasa kelas pelajar perlu menyalin
nota ringkas dalam Whatsapp seperti dalam Rajah 1.

(a) (b)
Rajah 1. Contoh nota ringkas dalam Whatapps

Sebelum kelas, guru juga menyuruh pelajar membuat latihan tatabahasa seperti Rajah 2a,
Rajah 2b dan Rajah 2c. Semasa kelas guru dan pelajar akan berbincang tentang jawapan dan
menyalin jawapan tersebut pada papan putih (Rajah 2c) atau di dalam kertas (Rajah 2d dan Rajah
2e). Selepas kelas pelajar akan menyalin kembali nota tersebut seperti Rajah 2f dan Rajah 3a.

(a) (b) (c)

(d) (e) (f)


Rajah 2. Contoh perbincangan guru dengan pelajar

9a) Rajah 10
Rajah 3. Contoh perbincangan dan nota tambahan

Selepas semua kandungan kursus diajarkan , guru menambah bacaan tambahan. Sebelum
kelas guru juga memasukkan bahan bacaan tambahan dalam talian untuk dibincangkan di dalam
296

kelas seperti Rajah 4a dan Rajah 4b. Di dalam kelas guru akan menerangkan maklumat tersebut.
Kemudian, pelajar akan mengulangi kembali maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam
kelas. Selepas kelas pelajar akan menyalin kembali maklumat yang diingati seperti Rajah 4c dan
Rajah 4d. Di samping itu, guru dan pelajar juga berkongsi maklumat yang dijumpai berkaitan
subjek Bahasa Melayu.

(a) (b)

(c) (d)
Rajah 4. Contoh bacaan tambahan dan perbincangan guru dengan pelajar

5.0 Kesimpulan
Terbukti bahawa dengan menggunakan pembelajaran teradun, guru bukan sahaja menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan berkesan, malah pelaksanaan pembelajaran
teradun di dalam kelas juga memberikan faedah seperti mengingkatkan pengalaman
pembelajaran peribadi pelajar, meningkatkan daya penglibatan dan motivasi, menyokong
pembelajaran berpusatkan pelajar, memaksimumkan pengunaan pembelajaran secara
bersemuka dan mempromosikan kelas terbalik.

RUJUKAN

Faizatul Hafilah Abdul Halim & Nor Syahilia Aris. (2016). Persepsi pelajar terhadap pembelajaran
teradun (blended learning). Journal on Technical and Vocational Education, Volume 1, No.
2, 53-63
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2011). Dasar E-Pembelajaran Negara Institusi
Pengajian Tinggi.
Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. (2016). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya) dalam
pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya. Journal of
Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(2), 67-77.
Mohd Azli Yeop, Kung Teck Wong & Noraini Mohamed Noh. (2016). Pembelajaran Teradun:
Pedagogi, gaya pembelajaran, aktiviti dan penilaian di bilik darjah. Journal of Research,
Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6, (1), 67-85.
Mohd Azli, Y., & Abdul Latif, G. (2012). Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek
berteraskan teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar. Jurnal Pendidikan
Bitara UPSI, 5, 44–61. Dicapai pada 30 April 2019 daripada
http://jpbu.upsi.edu.my/index.php/component/content/article/11-vol-5/6-mohd-
azlibin-yeop-dan-abdul-latif-haji-gapor.
297

Pusat i-Learn Universiti Institut Teknologi Mara. (2019). Manual Penggunaan Sistem i-Learn 3.0.
Dicapai pada 30 April 2019 daripada https://i-learn.uitm.edu.my/v2/wp-
content/uploads/2012/01/Manual-Penggunaan-Sistem-i-Learn-3.0.pdf.
Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti Utara Malaysia. (2019). Dasar E-Learning UUM.
Dicapai pada 30 April 2019 daripada http://utlc.uum.edu.my/index.php/e-pembelajaran.

Biodata Ringkas Penulis

Siti Hasnah Zainal Abidin dan Siti Noraini Jupri ialah guru bahasa Pusat Pengajian Bahasa, Literasi
dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Zuhair Zainal (PhD) ialah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti
Sains Malaysia.
298

KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGAJARAN ABAD KE-21 DI


SIBU, SARAWAK

Sofiana Hassani & Zamri Mahamodii


i (Pengarang Bersama). Pelajar Ma, Fakulti Pendidikan, UKM. anasofia_orange@yahoo.com.my
ii Pensyarah, Fakulti Pendidikan, UKM. d_zam@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru bahasa Melayu mengamalkan
pengajaran abad ke-21. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diperkenalkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejajar dengan perkembangan pendidikan
dalam abad ke-21. Elemen yang diperlukan pada era teknologi yang berkaitan dengan kemahiran abad ke-
21 seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran
interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M). Kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan guru untuk mengamalkan
pengajaran abad ke-21. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Instrumen kajian ini
menggunakan borang soal selidik empat skala likert dengan melibatkan dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat
kesediaan guru bahasa Melayu terhadap pengajaran abad ke-21. Seramai 210 orang guru bahasa Melayu
di daerah Sibu, Sarawak telah menjawab soal selidik tersebut. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah.
Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat kesediaan guru
bahasa Melayu terhadap pengajaran abad ke-21. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi guru bahasa
Melayu dari segi tahap pengetahuan, tahap sikap dan tahap implementasi elemen kemahiran abad ke-21
adalah berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru bahasa Melayu daerah Sibu mempunyai
tahap pengetahuan dan kesediaan yang tinggi terhadap pengajaran abad ke-21.

Kata kekunci: Kesediaan guru, bahasa Melayu, pembelajaran abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran membaca

1.0 PENGENALAN
Salah satu bidang utama di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas
- NKRA), Indeks Prestasi Utama (KPI) ialah bidang pendidikan. Bidang pendidikan dalam NKRA
ialah berkemampuan dan meluaskan capaian pendidikan yang berkualiti. Sehubungan dengan
itu, pada abad ke-21 pendidikan berkehendakkan setiap pelajar dan guru menguasai pelbagai
bidang ilmu untuk bersaing dengan cabaran era globalisasi. Cabaran di era abad ke-21 tidak boleh
dipandang remeh walaupun proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas hakiki bagi
seorang pendidik. Bidang pendidikan turut menerima tempias ledakan teknologi maklumat di
mana guru-guru perlu turut sama menguasainya sama ada secara rela atau pun terpaksa.

Seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini, Malaysia merupakan sebuah negara
yang berkembang pesat. Malaysia perlu membawa suatu perubahan untuk menuju ke arah
pendidikan bertaraf dunia yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan telah diteliti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bermula pada tahun 2014 bersesuaian dengan matlamatnya telah melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kemahiran abad ke-21telah diserap ke dalam semua subjek
di sekolah termasuklah subjek bahasa Melayu telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Usaha gigih kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja pada abad ke-21 juga dapat
dilihat melalui projek Sekolah Pintar menurut Suhaidah (2011).

1.1 Pernyataan Masalah


Kesediaan guru adalah sangat penting bagi setiap pelajar dalam pelaksanaan pembelajaran abad
ke-21. Ini kerana pelajar merupakan generasi yang bakal memacu negara untuk menjadi negara
maju. Para guru perlu meningkatkan potensi dan jati diri penguasaan dan pengaplikasian
299

pembelajaran abad ke-21. Pencapaian akademik dan sahsiah pelajar secara tidak langsung akan
memberi impak positif kepada pelajar. Merujuk kepada latar belakang kajian yang telah
dibincangkan sebelum ini, dalam melaksanakan pengajaran abad ke-21 di sekolah mendapati
bahawa kesediaan seseorang guru itu akan mempengaruhinya. Para pelajar akan mendapat
tempiasnya jika seseorang guru itu tidak bersedia untuk melaksanakan sistem pengajaran abad
ke-21. Menurut Hamdan dan M. Al-Muz-zammil (2014), PPPM 2013-2025 yang dilancarkan oleh
KPM sebenarnya menuntut tugas guru dengan skop kerja dan standard pencapaian yang lebih
tinggi. Permasalahan berkaitan beban tugas tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan
kebimbangan sama ada guru mampu menggalas cabaran tersebut. KPM (2013) mengakui bahawa
pengurusan bilik darjah abad ke-21 adalah isu yang mencabar guru.

Menurut Habib (2005), dalam menentukan kesediaan seseorang guru menerima dan
melaksanakan sesuatu perubahan, pengetahuan dan sikap merupakan elemen yang cukup
signifikan. Sesi pengajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh sikap guru. Penerimaan pengajaran
guru kepada pelajar memberi impak yang tinggi melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Masih terdapat guru yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru beranggapan mengubah cara mengajar itu sesuatu yang sukar
dan tidak sesuai pada diri mereka.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Zamri (2012), menyatakan bahawa sesuatu kejayaan
dan kecemerlangan dalam mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran
guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir
pelajar sedangkan kemahiran berfikir itu adalah merupakan aspek penting dalam
menguasaisesuatu kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian pelajar. Menurut
Clark (2010), perubahan-perubahan pada taksonomi Bloom menjadikannya satu alat yang jitu
untuk perancangan kurikulum, penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pelaksanaan penilaian.

Guru perlu mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 di dalam bilik darjah. Innovatif
Teaching and Learning (ITL, 2011) menyatakan pengajaran guru menunjukkan hubungan yang
kuat dengan hasil pembelajaran abad ke-21. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja guru yang
sudah biasa dalam kemahiran abad ke-21. Menurut Noraini (2015), kefahaman guru terhadap
sesuatu konsep akan memberi gambaran yang jelas terhadap tindakan, keputusan dan amalan
mereka di dalam bilik darjah. Begitu juga dengan pendapat Carlgren (2013), guru merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada kelemahan murid untuk menguasai kemahiran
seperti komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah.

Kesediaan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada aspek
pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar subjeknya dan
sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar kemahiran berfikir menurut Rajendran (2010). Tahap
kesediaan guru menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah pada
tahap yang sederhana melalui kajian yang dijalankan oleh Mohd Izham dan Noraini (2007).
Peningkatan ilmu pengetahuan guru boleh berlaku apabila guru didedahkan dengan isu-isu
berkaitan melalui kursus, bengkel, seminar, persidangan dan forum berkaitan dengan dunia
pendidikan menurut kajian Hussin (2004).
300

2.0 Tinjauan Literatur


Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan persoalan kajian. Justeru dapatan daripada pengkaji-
pengkaji terdahulu yang berkaitan dengan kesediaan guru-guru dalam melaksanakan pengajaran
abad ke-21. Dalam menggabungkan potensi dan bakat pelajar, guru perlu terlebih dahulu
mempunyai kepimpinan dan dapat memainkan peranan yang baik dalam mendidik generasi hari
ini menurut Norashikin (2011). Sehubungan dengan itu, untuk memastikan pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini dapat dijalankan dengan berjaya guru perlu
mempersiapkan diri mereka dari tiga aspek: kognitif (pengetahuan), tingkah laku dan afektif
(emosi).

Dalam menggabungkan potensi dan bakat pelajar, guru haruslah mempunyai ciri
kepimpinan dan dapat memainkan peranan yang baik dalam mendidik generasi pada hari ini
menurut Norashikin (2011). Guru dalam era arus globalisasi perlulah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi dan mampu mempersiapkan diri mereka dari aspek kognitif, tingkah laku
dan afektif untuk mencapai hasrat negara seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Kajian berkaitan dengan tahap kemahiran dan amalan ICT dalam kalangan guru-guru di
Malaysia beserta kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Irfan
dan Mohd Tarmizi (2013) mendapati guru-guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan
internet untuk tujuan pencarian atau berkongsi maklumat, mempunyai asas teknologi maklumat
teknologi maklumat (ICT) yang baik dan mempunyai kemahiran internet untuk berkomunikasi.
Dalam memastikan semua guru cekap dalam menggunakan teknologi maklumat (ICT) latihan
yang mencukupi dan secara berterusan perlu dilaksanakan dalam melahirkan generasi pelajar
yang juga mempunyai kemahiran dan kecekapan teknologi maklumat (ICT) pada masa akan
datang.

Menurut Ismail (2014), terdapat tiga kemahiran utama yang diperlukan bagi menguasai
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran
maklumat, media, dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya. Menurut Ariffin (2005)
kemahiran pengajaran merupakan kebolehan seseorang individu itu untuk menguruskan segala
aktiviti fizikal dan mental di dalam kelas.

Manakala dapatan Zamri (2011) pula menyatakan bahawa pengetahuan terkini


berkenaan teknik pengajaran abad ke-21 sangat diperlukan oleh para guru dalam memastikan
sistem pendidikan negara berada pada landasan yang betul bagi memacu negara menjadi negara
maju. Begitu juga kemahiran memerlukan latihan, usaha dan kawalan yang berterusan. Ini adalah
disebabkan melalui disiplin-disiplin ini pengajaran akan menjadi lebih efektif menurut Hamid
(2004).

3.0 Objektif Kajian


Kajian ini mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan guru untuk mengamalkan pengajaran abad
ke-21. Terdapat tiga objektif dalam kajian yang hendak dicapai, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran abad ke-21 dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenal pasti tahap sikap guru terhadap kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3. Mengenal pasti tahap implementasi guru terhadap kemahiran abad ke-21 dalam
pengajaran dan pembelajaran.
301

4.0 METODOLOGI
4.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan borang
soal selidik. Satu set soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Kaedah tinjauan
yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan
kesediaan guru mengamalkan pengajaran abad ke-21.

4.2 Lokasi dan Populasi Kajian


Kajian ini dijalankan di 55 buah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah rendah
kebangsaan/jenis kebangsaan di sekitar daerah Sibu, Sarawak. Sekolah-sekolah yang terlibat
adalah terdiri daripada sekolah di kawasan bandar dan di luar bandar. Responden yang terlibat
terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu sahaja. Faktor-faktor pemilihan lokasi ini dibuat
kerana memenuhi syarat keperluan kajian. Lokasi ini juga merupakan daerah di mana tempat
pengkaji bekerja.

Berdasarkan jumlah populasi di kawasan kajian yang dijalankan, saiz sampel adalah
ditentukan dengan merujuk kepada jadual penentu saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).
Pemilihan sampel adalah menggunakan pensampelan bertujuan di mana sampel kajian ini terdiri
daripada guru bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak.

Menurut Krejcie dan Morgan (1970), jika populasi berjumlah 500 orang, maka sampel
sekurang-kurangnya 217 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 220 orang guru bahasa
Melayu dipilih untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Namun begitu, daripada 220 soal
selidik yang diedarkan, hanya 210 responden yang telah mengembalikan soal selidik tersebut.
302

5.0 DAPATAN KAJIAN


Jadual 1. Profil demografi responden (N = 210)

Faktor Demografi Kategori Frekuensi Peratusan (%)


Jantina *Lelaki 46 21.9
*Perempuan 164 78.1
Umur *20 – 25 3 1.4
*26 – 35 38 18.1
*36 – 45 72 34.3
*46 tahun ke atas 97 46.2
Kelayakan ikhtisas *Sijil Perguruan 37 17.6
*Diploma Pendidikan 46 21.9
*Ijazah Pendidikan 127 60.5

Pengalaman Mengajar *1 - 5 16 7.6


*6 - 10 26 12.4
*11 - 15 48 22.9
*16 - 20 24 11.4
*21 tahun ke atas 96 45.7
Lokasi Sekolah Bandar 101 48.1
Luar Bandar 98 46.7
Pedalaman 11 5.2

Jumlah 210 100


303

Jadual 2. Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Melayu Tentang Pengajaran Abad ke-21

Item Min Sisihan Piawai Tahap Interpretasi

1 Saya mengetahui kepentingan 4.03 0.452 Tinggi


kemahiran abad ke-21 dalam PdP.
2 Saya berpengetahuan untuk mendedahkan 3.94 0.449 Tinggi
murid dengan sumber pembelajaran
kemahiran abad ke-21.
3 Saya berpengetahuan untuk 3.89 0.491 Tinggi
mengaplikasikan kemahiran abad ke-21
dalam PdP.
4 Saya berpengetahuan untuk 3.87 0.506 Tinggi
merancang pembelajaran dengan
menggabunjalinkan elemen kemahiran
abad ke-21 dalam PdP.
5 Saya berpengetahuan untuk 3.87 0.525 Tinggi
menggunakan pelbagai strategi dan
teknik PdP sesuai dengan situasi
semasa.
6 Saya mengetahui kepentingan 3.89 0.505 Tinggi
menghasilkan inovasi dalam PdP ke arah
pembelajaran abad ke-21.
7 Saya mengetahui kepentingan untuk 3.99 0.489 Tinggi
menguruskan kelas supaya pembelajaran
abad ke-21 dapat berlaku dengan berkesan.
8 Saya mengetahui kemahiran abad ke-21 3.79 0.708 Tinggi
melalui kursus/taklimat yang dihadiri.
Min keseluruhan 3.91 0.516 Tinggi
304

Jadual 3. Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

Item Min Sisihan Piawai Tahap


Interpreta
si
1 Saya bertanggungjawab untuk melaksanakan 4.00 0.514 Tinggi
kemahiran abad ke-21 dalam PdP.
2 Saya bersedia untuk mengikuti kursus 4.03 0.530 Tinggi
berkaitan pedagogi Bahasa Melayu abad ke-
21.
3 Saya memastikan elemen kemahiran abad 4.00 0.437 Tinggi
ke-21 diterapkan dalam PdP.
4 Saya bersedia untuk berkolaborasi dengan 4.06 0.486 Tinggi
guru lain bagi menjayakan kemahiran abad
ke-21 dalam PdP.
5 Saya selalu mewujudkan suasana 3.76 7.12 Tinggi
pembelajaran yang melibatkan persekitaran
digital dalam PdP.
6 Saya sentiasa menganalisis pencapaian 3.99 0.508 Tinggi
bahasa murid dan merancang tindakan
susulan.
7 Penerapan kemahiran abad ke-21 dapat 3.97 0.498 Tinggi
membantu saya untuk memperbaiki amalan
PdP.
8 Amalan PdP kemahiran abad ke-21 tidak 3.55 0.764 Tinggi
membebankan saya dalam melaksanakan
tugas mengajar.
Min keseluruhan 3.13 0.882 Tinggi
305

Jadual 4.Tahap implementasi elemen kemahiran abad ke-21 dari segi literasi era digital

Item Min Sisihan Piawai Tahap


Interpretasi

1 Saya sentiasa berusaha mencari maklumat 4.05 0.534 Tinggi


dan bahan PdP Bahasa Melayu yang terkini
di internet.
2 Saya mendedahkan murid dengan sumber 3.91 0.608 Tinggi
pembelajaran, peralatan dan teknologi
terkini dalam PdP.

3 Saya merancang aktiviti PdP berdasarkan 4.00 0.415 Tinggi


kecenderungan minat, kecerdasan
pelbagai dan gaya pembelajaran murid.

4 Saya bersedia mengubah cara 4.01 0.437 Tinggi


pengajaran tradisional kepada
pembelajaran abad ke-21.
5 Saya mengintegrasikan teknologi dalam 3.94 0.480 Tinggi
PdP bagi merangsang minat dan
penerokaan ilmu.
6 Saya menggabungjalinkan isi kandungan 3.98 0.409 Tinggi
pelajaran denganelemen kemahiran abad
ke-21 dalam PdP.
Min keseluruhan 3.89 0.489 Tinggi

Jadual 5. Tahap implementasi elemen kemahiran abad ke-21 dari segi pemikiran inventif’

Item Min Sisihan Tahap Interpretasi


Piawai

1 Saya merancang PdP yang mendedahkan 3.95 0.467 Tinggi


murid dengan kemahiran berfikir aras tinggi.
Saya mengemukakan soalan yang melibatkan 3.95 0.572 Tinggi
2 kemahiran berfikir aras tinggi semasa
berkomunikasi dengan murid.
3 Saya membimbing murid menjawab soalan 4.03 0.488 Tinggi
pada aras tinggi supaya kemahiran berfikir
murid dikembangkan.
4 Saya menggalakkan murid menggunakan 3.91 0.510 Tinggi
alat-alat kemahiran berfikir aras tinggi.
5 Saya membina pentaksiran murid 3.89 0.538 Tinggi
merangkumi kemahiran berfikir aras tinggi.
6 Saya berkemampuan untuk mewujudkan 3.70 0.602 Tinggi
suasana PdP bersifat inventif.
Min keseluruhan 3.91 0.529 Tinggi
306

Jadual 6. Tahap implementasi elemen kemahiran abad ke-21 dari segi komunikasi berkesan

Item Min Sisihan Piawai Tahap Interpretasi

1 Saya sentiasa bekerjasama dengan 4.09 0.429 Tinggi


rakan setugas untuk membangunkan
komuniti pembelajaran professional
(PLC).
2 Saya menggunakan pendekatan 4.02 0.397 Tinggi
kolaboratif dalam proses PdP yang
dilaksanakan.
3 Saya menggalakkan murid belajar 4.11 0.361 Tinggi
secara aktif bersama-sama rakan
sebaya untuk mencapai objektif
pembelajaran.
4 Saya menggalakkan murid untuk 4.11 0.394 Tinggi
memperoleh pengetahuan baru
melalui kemahiran berinteraksi.
5 Saya sentiasa memberi peluang 4.17 0.478 Tinggi
kepada murid menyatakan pendapat
semasa PdP berlangsung.
6 Saya akan memberi maklum balas 4.12 0.396 Tinggi
segera terhadap tugasan murid dan
bersedia untuk membimbing murid.
Min keseluruhan 4.10 0.409 Tinggi

Jadual 7. Tahap implementasi elemen kemahiran abad ke-21 dari segi produktiviti tinggi

Item Min Sisihan Piawai Tahap


Interpretasi

1 Saya yakin dapat menghasilkan murid yang 3.92 0.446 Tinggi


berkemahiran untuk mengaplikasikan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam aktiviti
harian.
2 Saya yakin dapat membantu murid 4.03 0.402 Tinggi
meningkatkan kefahaman dan minat
meningkatkan kefahaman.
3 Saya yakin untuk mengembangkan isi 4.03 0.452 Tinggi
pelajaran yang terkini berdasarkan
perubahan semasa dalam Bahasa Melayu.
4 Saya mempunyai perancangan dan matlamat 4.07 0.410 Tinggi
yang jelas dalam melaksanakan PdP Bahasa
Melayu.
5 Saya sentiasa berusaha untuk mencapai 4.18 0.418 Tinggi
objektif PdP.
6 Saya yakin dapat membantu murid mencapai 3.99 0.513 Tinggi
keputusan cemerlang dalam Bahasa Melayu.
Min keseluruhan 4.04 0.440
307

6.0 PERBINCANGAN

6.1 Tahap pengetahuan abad ke-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu
Berdasarkan dapatan kajian bagi tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran abad ke-21
menunjukkan skor min 3.91 dengan interprestasi min tinggi. Dapatan juga menunjukkan majoriti
guru berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 dalam
prose pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Menurut Faridah et al. (2016) pemahaman
atau pengetahuan adalah satu kebolehan untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen
spesifik. Pengetahuan diperoleh melalui pengalaman, pemerhatian, pembacaan atau
pemberitahuan.

6.2 Sikap guru bahasa Melayu terhadap kemahiran abad ke-21


Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian bagi tahap sikap guru terhadap penggunaan kemahiran
abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menunjukkan skor min
keseluruhan adalah 39.2 dengan interprestasi min tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan
majoriti guru bersedia untuk melaksanakan dan memastikan elemen kemahiran abad ke-21
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berkeyakinan untuk menerapkan
kemahiran abad ke-21 untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka.

6.3 Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan guru bahasa Melayu

6.3.1 Literasi era digital


Tahap penguasaan guru bagi literasi era digital adalah tinggi. Perkembangan teknologi era digital
telah memberi impak kepada guru. Kesedaran ini menjadikan teknologi sebagai salah satu
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.3.2 Pemikiran inventif


Pemikiran inventif guru bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian
pernyataan “Saya membimbing murid menjawab soalan pada aras tinggi supaya kemahiran
berfikir murid dikembangkan” pada skor min yang paling tinggi berbanding pernyataan yang lain.

6.3.3 Komunikasi berkesan


Pada keseluruhannya, tahap kemahiran komunikasi berkesan guru bahasa Melayu berada pada
tahap tinggi. Pernyataan lima yang mempunyai min yang tinggi iaitu “Saya sentiasa memberi
peluang kepada murid menyatakan pendapat semasa PdP berlangsung”.

6.3.4 Produktiviti yang tinggi


Tahap produktiviti dalam kajian ini adalah berada pada tahap tinggi. Daripada aspek
pembelajaran, guru berkeyakinan melahirkan murid yang berkemahiran mengaplikasikan
pembelajran bahasa Melayu dalam aplikasi harian merupakan skor min yang paling rendah.

7.0 KESIMPULAN
Kajian ini membuktikan guru bahasa Melayu boleh menjayakan dalam menentukan keberhasilan
sebarang perubahan yang dilaksanakan dalam sistem negara. Ini bertepatan untuk memenuhi
keperluan PPPM (2013-2025) dalam aspek aspirasi sistem iaitu peningkatan keberhasilan murid
standing dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem.
Kajian yang telah dijalankan ini memberi input terhadap kesediaan guru bahasa Melayu
terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran abad ke-21. Hasil kajian ini mendapati guru
bersedia untuk melaksanakan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
membangun pendidikan negara yang berkualiti. Guru perlu menerapkan kemahiran abad ke-21
di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat tersebut. Ini kerana kemahiran
abad ke-21 merupakan satu konstruk yang tidak susah untuk diterapkan dalam pembelajaran.
Tahap kesediaan guru yang tinggi terhadap perubahan dalam organisasi amat diperlukan.
Kesediaan guru bahasa Melayu yang tinggi dapat membantu meningkatkan keyakinan dan
308

semangat mereka untuk melaksanakan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sejajar dengan itu, kesediaan diri yang tinggi berupaya menjadikan guru bahasa
Melayu lebih kreatif dan inovatif di dalam bilik darjah

RUJUKAN

Ariffin N. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap sikap, pengetahuan dan kemagiran dalam mata
pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Akademik di Batu Pahat, Johor.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran Proses
Sains dan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Jajahan
Bachok, Kelantan. Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Chua Yan Piaw. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2. Asas Statistik Penyelidikan. Edisi
ke-2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Abad
ke-21. Bangi: Sasbadi Sdn. Bhd.
Faridah Mariani Johari, Norlia Abd Aziz, Widad Othman, Hirul Nizam & Zainuddin Md Isa. (2014,
September). Amalan pengajaran kemahiran abad ke-21 di Kolej Sungai Petani 1, Kedah
Darul Aman. Kertas kerja dibentangkan di Proceedings the 8th International Conference
on Indonesia-Malaysia Relations, Pekan Baru.
Ghazali Darusalam & Sufean. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan
Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Halif Md Saleh & Sakilah Mohamad Lawi. (2015). Persepsi Ibu Bapa dan Murid Tahun 4 dan 6
terhadap Pembelajaran Abad Ke-21: Satu kajian kes. Tanjong Malim, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Hamdan Hamami & M. Al-Muz-zammil Yasin. (2014, Disember). Beban Tugas Guru Sekolah dan
Peranan Pentadbir Sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Proceedings of International
Education Postgraduate Seminar. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.
Irfan Naufal Umar & Mohamad Tarmizi Mohd. Yusuff. (2014). A study on Malaysian teachers’ level
of ICT skills and practices, and its impact on teaching and learning. 5th World Conference
on Educational Sciences-WCES 2013 (pp.979-984). Penang: Procedia-Social and
Behavioral Sciences, 191 (2015), 622-627.
Johnson, R., B., & Christensen, L.B. (2008). Educational Research: Quantitative, Qualitative, and
Mixed Approaches. Thousand Oaks: Sage Publications.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Makaramani R. (2015). 21st century learning design for telecollaboration project. Procedia-Social
and Behavioral Sciences. 191, 622-627.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E), 4560.
Norashikin Karim. (2011). Curriculum Development Model Towards Nation Building of Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
Noraini Binti Omar. (2015). Amalan Guru Pendidikan Islam Berfokuskan Kepelbagaian Budaya
Murid: Kajian Kes di Negeri Sarawak. Tesis PHD. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Rajendran, N.S. (2010). Teaching thinking skills at institution of higher learning: Lesson learned.
Pertanika Journal of Social Science and Humanities. 18, 1-14.
Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
309

Bidata Ringkas Penulis

Sofiana Binti Hassan merupakan seorang guru yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
semenjak 2005 hingga sekarang. Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang,
Kuching. Pengkhususan semasa di maktab ialah Pengajian Melayu Sekolah Rendah. Melanjutkan
pengajian di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008 (Bahasa dan Linguistik Melayu).
310

KEBERKESANAN PETA ALIR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS


KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI DI SJK(C) SERDANG

Tan Kok Weii & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammadii


i (Pengarang Bersama). Pelajar Sarjana, Fakulti Pendidikan, UKM. mynameiskokwei@gmail.com
ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UKM. munaruzanna@ukm.edu.my

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta alir bagi membantu
meningkatkan penulisan isi karangan jenis autobiografi dalam bahasa Melayu bagi murid tahun
empat di SJK(C) Serdang, Kedah. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan terhadap 30 orang murid
dengan 15 orang murid dijadikan sampel kajian bagi kumpulan eksperimen, manakala 15 orang
murid lagi dijadikan sampel bagi kumpulan kawalan. Tiga kali sesi pengajaran dan
pemudahcaraan dijalankan untuk kedua-dua kumpulan. Murid dalam kumpulan eksperimen
diberikan rawatan menggunakan peta alir, manakala murid daripada kumpulan kawalan
menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang menggunakan
model kajian tindakan Kemmis dan Taggart (1988). Data yang diperoleh daripada ujian pra dan
pasca telah dianalisis secara manual menggunakan Microsoft Excel. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan sebanyak 33.33% bagi murid daripada kumpulan eksperimen. Peningkatan
yang signifikan ini menunjukkan kemahiran menulis isi karangan jenis autobiografi bagi sampel
kumpulan eksperimen dalam pasca ujian berjaya ditingkatkan. Dapatan kajian ini mengesahkan
bahawa penggunaan peta alir dalam pengajaran dan pemudahcaraan dalam penulisan karangan
jenis autobiografi bahasa Melayu berupaya untuk meningkatkan kemahiran menjana isi dan
dapat meningkatkan kesinambungan isi dalam penulisan karangan.

Kata kekunci: peta alir, meningkatkan, isi karangan, autobiografi

1.0 PENGENALAN
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha menyemak dan membuat
penambahbaikan khususnya dalam bidang kurikulum. Selaras dengan langkah tersebut, bidang
kurikulum yang menumpukan mata pelajaran Bahasa Melayu turut melalui proses penjenamaan
dan penambahbaikan di Kementerian Pendidikan Malaysia hingga terbentuk Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Usaha ini akan membantu sesuatu proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar memperkasakan lagi Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, serta bahasa pengantar di sekolah.

1.1 Pernyataan Masalah


Murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terutamanya tahun empat
mengalami kesukaran menjanakan idea yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Murid
tahun empat melalui transisi daripada tahap satu ke tahap dua. Mereka juga sukar untuk
mengenal pasti susunan keutamaan idea dalam penulisan karangan mereka. dalam bidang
akademik terutamanya subjek penulisan Bahasa Melayu tidak memberansangkan kerana mereka
sukar untuk menyatakan sesuatu dengan berkesan dan baik melalui penulisan.
311

1.2 Objektif Kajian


Mengetahui kesan penggunaan peta alir dalam meningkatkan kemahiran menulis isi karangan
jenis autobiografi.

1.3 Persoalan Kajian


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penulis isi karangan autobiografi
menggunakan peta alir antara kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pasca?

1.4 Kepentingan Kajian


Kajian ini dapat memberi manfaat beberapa pihak, khususnya Panitia Bahasa Melayu sekolah
untuk meneliti kajian ini secara menyeluruh dengan menggunakan peta alir dalam pengajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan jenis autografi. Guru panitia dapat
menerapkannya kaedah ini sebagai panduan terutamanya terhadap murid-murid tahun empat.
Dapatan yang diperoleh daripada Norfarahin (2014) yang telah menggunakan peta alir
sebagai intervensi berjaya membantu semua peserta kajiannya memahami dan menyelesaikan
masalah dan dapat membantu menjana pemikiran kreatif, di samping menggalakkan
pembelajaran yang bermakna.

2.0 Tinjauan Literatur

Kajian yang dijalankan oleh Jumaliah Mingan dan Zamri Mahamod (2016) menyimpulkan bahawa
pelajar sememangnya memiliki kemahiran berfikir menerusi penggunaan peta i-Think sebagai
alat berfikir ketika sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu. Peta i-Think ini juga dilihat
sebagai satu wahana untuk meningkatkan aras pemikiran pelajar. Roselan (2003) menyatakan
bahawa guru sebagai pelaksana kurikulum patut memberi penekanan terhadap objektif
kurikulum yang telah digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Oleh itu, kemahiran
berbahasa perlu diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam bilik
darjah. Menurut Muhamad Hasan (2000), guru dan murid dapat berinteraksi atau berhubung dua
hala dengan berkesan dan murid menjadi lebih berminat untuk memberi tindak balas. Selalunya,
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikatakan statik dan tidak menyeronokkan
menurut Zamri (2012). Satu daripada kaedah yang baik dalam mengajar menulis karangan
adalah dengan menggunakan peta alir yang lebih menyeronokkan murid.

3.0 Teori Behaviorisme


Mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Ini bermakna
sesuatu kemahiran bahasa diulang sebanyak mungkin sehingga menjadi suatu rutin atau
kebiasaan. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari aspek
rangsangan dan gerak balas. Murid-murid boleh memberi tindak balas kepada teknik dan bahan
bantu mengajar seperti dan peta minda yang digunakan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan peta alir yang merupakan salah
satu aplikasi dalam peta pemikiran i-THINK dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
Penggunaan kaedah ini dilihat menerusi kesediaan murid menggunakan kaedah ini, kemahiran
murid dalam menggunakan kaedah ini dan kesan penggunaan kaedah ini sebelum dan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

4.1 Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan mengawal pembolehubah
menurut Kerlinger (1973). Jadi, reka bentuk kajian yang teguh perlu dibentuk supaya maklumat
yang telah didapati dapat digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Kajian Reka bentuk kuasi
312

eksperimen digunakan apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak untuk
menilai keberkesanan suatu program.

4.2 Kaedah Kajian


Pendekatan kuasi eksperimen telah dipilih. Pengkaji membahagikan 30 orang murid kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan kawalan merupakan kumpulan yang
tidak diberikan rawatan dan berfungsi sebagai rujukan keberkesanan rawatan yang diberikan
semasa proses pembelajaran dijalankan.

4.3 Lokasi Kajian


Penyelidikan ini dilakukan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Serdang, Kedah. Faktor
pemilihan lokasi ini adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah yang mencapai peratusan
kelulusan Bahasa Melayu Penulisan yang paling rendah di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.

4.4 Populasi Dan Persampelan


Populasi dalam kajian ini terdiri daripada murid yang belajar di SJK (C) Serdang, Kedah. Pengkaji
telah memilih sebanyak 30 orang responden tahun empat yang terdiri daripada 15 orang
kumpulan kawalan dan 15 orang kumpulan rawatan.

4.5 Instrumen Kajian


Terdapat dua jenis instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu persediaan mengajar,
ujian pra dan pasca. Pengkaji membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen ialah kumpulan murid yang diajar
menggunakan peta alir manakala kumpulan kawalan ialah kumpulan murid yang diajar tanpa
menggunakan peta alir.

4.6 Kaedah Analisis Data


Berdasarkan Model Assure, pengkaji telah merancang kaedah perlaksanaan kajian berdasarkan
enam langkah iaitu langkah pertama menganalisis murid, langkah kedua menyatakan objektif,
langkah ketiga memilih kaedah, media dan bahan, langkah keempat menggunakan media dan
bahan, langkah kelima penglibatan murid dalam pengajaran, langkah keenam menilai bahan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Prosedur Tindakan


Kajian ini dijalankan dengan menggunakan model Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988).
Model ini ditunjukkan dalam rajah 1 dibawah yang mencadangkan empat peringkat utama ketika
menjalankan kajian iaitu peringkat perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pengkaji
hanya menjalankan kajian sebanyak satu kitaran sahaja.

Refleksi

Pemerhatian Perancangan

Tindakan

Rajah 1: Model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)


313

5.2 Proses Kitaran Kajian Tindakan

5.2.1 Fasa Perancangan


Berdasarkan model kajian tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), fasa pertama dalam
model ini ialah fasa perancangan. Melihat kepada masalah yang dihadapi murid pengkaji dalam
membina idea untuk karangan autobiografi, pengkaji perlu merancang dengan teliti teknik yang
perlu digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

5.2 2 Fasa Tindakan


Fasa kedua ialah fasa tindakan. Pengkaji mula menjalankan intervensi terhadap murid yang telah
dipilih. Pengkaji menerangkan kepada murid tentang isi pelajaran topik karangan autobiografi.
Berdasarkan topik tersebut, seperti Aku Sepasang Kasut, murid perlu membayangkan jalan cerita
di dalam minda mereka. Kemudian, murid perlu melakar idea tersebut di dalam lembaran peta
alir i-Think yang pengkaji sediakan. Seterusnya, lakaran di atas peta alir i-Think tersebut akan
digunakan oleh murid untuk menulis karangan autobiografi. Sepanjang intervensi dijalankan,
pemerhatian terhadap murid akan dilakukan untuk meninjau keberkesanan teknik ini.

5.2.3 Fasa Pemerhatian


Fasa pemerhatian merupakan fasa ketiga yang melibatkan pemerhatian kajian. Berpandukan
masalah yang dihadapi murid, pengkaji perlu mengumpulkan data yang relevan dan bersesuaian
daripada pelbagai sumber seperti pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah kutipan data ini
dilakukan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data berkaitan kajian pengkaji ini.
Pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang berbeza bagi menjawab soalan
kajian yang sama.

Pemerhatian, pemantauan dan proses merekod yang terperinci membolehkan pengkaji


melaporkan dapatan kajian ini kepada orang lain. Segala bukti serta data yang diperoleh akan
dianalisis dan dinilai mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kesimpulan akan dibuat
setelah data dianalisis bagi tujuan dokumentasi dan rujukan semula.

5.2.4 Fasa Merefleks


Berpandukan analisis data yang diperoleh, pengkaji menilai kembali keberkesanan penggunaan
peta alir i-Think bagi merangka isi karangan jenis autobiografi. Hasil dapatan murid ditelitikan
untuk melihat kesesuaian intervensi yang telah dijalankan. Amalan pengajaran pengkaji dapat
dipertingkatkan melalui minat murid terhadap karangan autobiografi yang bertambah, serta
kemahiran menjana idea murid dalam karangan autobiografi yang semakin meningkat.

5.3 Cara Pengumpulan Data


Dalam kajian ini, teknik kualitatif digunakan kerana lebih bersesuaian bagi menghuraikan dengan
jelas serta menunjukkan aliran kronologi peristiwa yang boleh memberikan penemuan yang
lebih baik dan berguna.

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang boleh digunakan untuk menghasilkan
data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat diberikan tentang proses yang
berlaku di dalam bilik darjah. Terdapat dua teknik utama yang pengkaji gunakan dalam kajian ini
iaitu pemerhatian dan analisis dokumen. Proses yang sistematik dan tersusun diperlukan ketika
mengumpul dan menganalisis data agar data boleh dipercayai.

5.4 Proses Intervensi


Ketika menjalankan intervensi, pengkaji telah menggunakan peta alir ke atas murid-murid
daripada kumpulan rawatan. Mereka diberi tajuk berkaitan karangan autobiografi. Seterusnya,
mereka mengembangkan isi mengikut petak-petak dalam peta alir itu.
314

5.5 Analisis Dokumen


Dokumen yang dianalisis adalah hasil penulisan karangan autobiografi berpandukan lembaran
peta alir yang digunakan untuk mencatat isi penting. Murid dapat mengisikan semua petak dalam
peta alir dengan sebaik-baiknya sebagai isi ketika menulis. Di samping itu, markah yang
diperolehi mereka dalam penulisan karangan autobiografi juga meningkat berbanding sebelum
proses intervensi.

Keputusan murid disemak berdasarkan rubrik penskoran jawapan penulisan karangan


yang merangkumi 25% sebagai markah penuh. Terdapat lima tahap pencapaian yang
membezakan tahap pencapaian murid iaitu tahap cemerlang, baik, memuaskan, kurang
memuaskan dan pencapaian tahap minimum.

6.0 Analisis Dapatan Kajian

Format ujian penulisan telah menetapkan ujian penulisan karangan diletakkan di bahagian C
kertas soalan penulisan. Markah keseluruhan untuk penulisan adalah sebanyak 25 markah.
Mengikut ujian pra yang dijalankan terhadap kumpulan rawatan mendapati bilangan murid yang
mencapai keputusan cemerlang iaitu antara 21 hingga 25 ialah 2 orang(13.33%). Markah baik
menunjukkan 2 orang (13.33%). Bilangan responden yang mendapat markah memuaskan
menunjukkan bilangannya seramai 3 orang murid (20%). Bagi responden yang mencapai tahap
kurang memuaskan iaitu antara markah 6 hingga 10 markah pula menunjukkan sebanyak 5
orang yang mewakili 33.33%. Hasil dapatan ujian pra mendapati pembahagian responden di
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah hampir sama dan seimbang dari segi markah
pencapaian mereka. Lebih daripada separuh murid mencapai markah yang lemah.

Jadual 1. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Rawatan

Kumpulan Rawatan (R) Keputusan Ujian Pra (25%) Keputusan Ujian Pasca (25%)

R1 22 24
R2 22 24
R3 20 21
R4 18 22
R5 15 20
R6 15 18
R7 12 18
R8 8 15
R9 8 12
R10 8 13
R11 8 12
R12 6 10
R13 5 8
R14 3 5
R15 3 5

Jadual 2. Rumusan Keputusan Pra Ujian dan Pasca Ujian Bagi Kumpulan Rawatan
Kategori Markah Pra Ujian Pasca Ujian
Cemerlang (21-25) 2 (13.33%) 4(26.67%)
Baik (16-20) 2(13.33%) 3(20%)
Memuaskan (11-15) 3(20%) 4(26.67%)
Kurang memuaskan (6-10) 5(33.33%) 2 (13.33%)
Pencapaian Tahap Minimum (0-5) 3(20%) 2 (13.33%)
315

Berdasarkan ujian pasca yang dijalankan menunjukkan kumpulan rawatan mencapai


peningkatan yang agak ketara. Terdapat 7 orang (46.67%) daripada kumpulan rawatan telah
mencapai keputusan yang baik. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3 orang (20%)
berbanding pra ujian. Murid yang mendapat keputusan sederhana juga menunjukkan
peningkatan iaitu seramai 5 orang (33.33%). Bilangan murid yang mendapat markah lemah pula
menurun daripada 8 orang (53.33%) menjadi 3 orang (20%)sahaja. Keputusan dicatatkan dalam
Jadual 1 dan Jadual 2 di atas.

Terdapat perbezaan yang signifikan antara keputusan ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan rawatan iaitu peningkatan sebanyak 5 orang (33.33%) bagi murid yang mencapai
keputusan baik dan sederhana. Berdasarkan dapatan ini, jelas menunjukkan bahawa penggunaan
peta minda telah membantu pelajar kumpulan ekperimen untuk mendapat keputusan ujian yang
lebih baik berbanding pelajar daripada kumpulan kawalan menurut Zamri (2014). Dapatan ini
juga sejajar dengan dapatan yang diperoleh oleh Looi Kuang Siang (2012) yang menunjukkan
bahawa sebanyak 17-20% tahap ingatan dapat ditingkatkan melalui penggunaan peta minda.

7.0 PERBINCANGAN

Guru-guru haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kesalahan bahasa yang sering
dilakukan agar dapat membantu murid untuk mengatasi masalah serta dapat meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan merek terutamanaya dalam bidang penulisan.

Jadi, guru perlu menyediakan beberapa kaedah serta strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran agar murid akan lebih terangsang dan cuba melahirkan ujaran secara spontan
sekiranya guru Bahasa Melayu berjaya mewujudkan suasana belajar yang lebih kondusif.
Penyampaian guru seharusnya lebih interaktif bagi memudahkan murid untuk menguasai
kemahiran menulis karangan. Aktiviti mengingat kembali serta latih tubi dapt membantu murid
untuk lebih mudah mengusai menulis karangan jenis autobiografi menggunakan peta alir.

7.1 Mengingat Kembali


Proses mengingat kembali akan membantu murid mengingat dengan mudah fakta atau isi
pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti turut dibantu dengan teknik penyoalan dan seterusnya diadun
dalam karangan penulisan. Antara aktiviti yang boleh diamalkan adalah seperti :
a) Aktiviti menyebut isi secara berulang-ulang
b) Aktiviti menyambung cerita
c) Aktiviti bercerita secara lisan

7.2 Latih Tubi


Teknik latih tubi dapat membantu murid menguasai dengan cepat. Antara amalan yang boleh
dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengejaran ialah menggunakan soalan yang hampir sama
secara berulang-ulang.
Namun begitu, proses pembelajaran juga dapat berjalan dengan lancar sekiranya murid
didedahkan maklumat awal tentang aktiviti pengajaran. Guru juga boleh mengaitkan pelajaran
dengan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contoh aktiviti lakonan. Lakonan dapat
menyediakan pengalaman bahasa murid dengan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka.
316

8.0 KESIMPULAN

8.1 Implikasi Dapatan Kajian

8.1.1 Implikasi Terhadap Murid


Impikasi yang utama dalam kajian ini ialah keberkesanan pengajaran guru terhadap minat,
keinginan, pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap proses pengajaran dan
pemudahcaraan. Murid boleh menggunakan peluang ini untuk turut serta secara aktif bagi
mengoptimumkan hasil pembelajaran yang diperolehi.

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Yahya (2012), dapatan kajiannya menunjukkan
peta minda merupakan salah satu kaedah intervensi yang dapat digunakan oleh guru semasa
aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan penulisan karangan. Penggunaan peta minda dalam
pengajaran mampu merangsang murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Murid-murid
terlibat secara aktif dan ini telah menjadikan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah
kondusif dan menjadi sesuatu yang seronok.

8.1.2 Implikasi Terhadap Guru


Berdasarkan kajian ini, kumpulan rawatan telah mencatatkan perkembangan dan skor ujian pos
yang lebih baik berbanding keputusan semasa ujian pra. Kaedah penulisan karangan jenis
autobiografi menggunkan peta alir terbukti meninggalkan kesan yang positif terhadap
pencapaian murid dan juga terhadap pengajaran guru.

8.2 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini merupakan satu kajian di sebuah sekolah yang melibatkan hanya 30 orang murid tahun
empat. Kajian juga berdasarkan skop kajian yang terhad. Justeru, pengkaji mencadangkan agar
pada masa akan datang, penyelidikan dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dengan
melibatkan banyak sekolah serta responden bagi mendapatkan hasil serta perbandingan yang
lebih jelas. Hanya dengan cara ini, gambaran yang sebenar tentang sesuatu kajian dapat dikenal
pasti dengan lebih berkesan.

Kajian yang telah dijalankan ini ialah sebuah kajian kuasi eksperimen yang melibatkan
murid-murid di sebuah sekolah di daerah Serdang, Kedah. Pemboleh ubah bersandar kajian ini
ialah aspek kesinambungan isi karangan. Selain itu, kajian ini melihat keberkesanan penggunaan
peta pemikiran i-THINK untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
pengajaran Bahasa Melayu yang melibatkan kumpulan rawatan. Beberapa cadangan diberikan
berdasarkan batasan kajian untuk penyelidikan lanjutan, iaitu :
1. Kajian ini melibatkan jumlah responden 60 sampel di sebuah sekolah dalam kawasan daerah
Serdang, Kedah bagi cadangan kajian lanjutan responden yang dipilih perlu lebih besar serta
mengabungkan sampel beberapa buah sekolah dalam suatu kawasan supaya hasil dapatan
yang diperolehi mempunyai kesahan yang tinggi. Hasil kajian yang dijalankan ini tidak dapat
digeneralisasikan untuk populasi rakyat Malaysia kerana melibatkan jumlah responden yang
sedikit dan kawasan kajian yang terbatas.
2. Bagi pengunaan instrumen, kajian ini menggunakan ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Bagi
kajian lanjutan penggunaan instrumen berbentuk temu bual dan pemerhatian boleh
digunakan untuk mendapatkan data secara kualitatif yang boleh menyokong dapatan secara
kuantitatif iaitu menggunakan ujian pra, ujian pos dan soal selidik.

Selain itu, berdasarkan kajian ini beberapa cadangan lain yang boleh dipertimbangkan antaranya
ialah;
1. Kajian berkonsepkan kualitatif perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan program ini
bermula dari pra sekolah sehingga pelajar IPTA
317

2. Menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya aplikasi i-THINK ini ke dalam semua subjek
dan matapelajaran
3. Menggalakkan guru-guru mengubah cara mengajar kepada pendekatan yang terdapat dalam
program i-Think

Penggunaan peta pemikiran i-THINK sejajar dengan objektif yang hendak dicapai oleh
pihak Kementerian Pendidikan melalui sistem pendidikan negara abad ke-21. Kemahiran berfikir
yang diterapkan ke dalam kurikulum sekolah dihasratkan agar para murid dapat
mengadaptasikan pembelajaran sepanjang hayat. Pengkaji berharap dengan perlaksanaan yang
dikemukakan, masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
dapat diperbaiki pada masa akan datang terutamanya terhadap murid-murid tahun empat yang
baru menjejakkan kaki ke alam tahap dua sekolah rendah.

RUJUKAN

Arbak Othman & Ismail Hj. Adnan. (1986). Mengarang sebagai satu kemahiran. Subang Jaya :
Penerbitan Sarjana.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2005). Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita Bahasa, 7: 12-14.
Chen Yoke Thin. (2003). Satu tinjauan tentang masalah salah tulis, salah guna dan ketinggalan
perkataan dalam penulisan karangan Bahasa Cina pelajar Tingkatan Empat. Thesis
Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che Zanariah &amp; Fadzilah Abd.Rahman. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran Menulis di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 67, Vol. 1, Bil. 1
(Mei 2011): 67-87.
Looi Kuang Siang. (2012). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan
murid tahun 4 dalam subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu
Lintang.
Marohaini Yusoff. (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya
Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000) Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran
berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhamad Sidek Said. (2013). Aplikasi menggunakan „thinking map‟ dalam program praktikum
KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas
kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista
Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013.
Norfarahin Izzati Yusof. (2014). Penggunaan peta alir i-think dan ki “Pat-Pat Kup” dalam
membantu murid menguasai kemahiran mengukur perimeter gabungan bentuk dua
dimensi. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
318

PENGAPLIKASIAN TEORI RANGKAIAN MOTOR PEMBELAJARAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS


KARANGAN BAHASA MELAYU MURID TINGKATAN EMPAT NEGERI JOHOR

Khawidah Abd Samadi & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammadii

i Pelajar, UKM, khawidah@gmail.com


ii Pensyarah Kanan, Ph.D, UKM, munaruzanna@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kemahiran kognitif yang dimiliki oleh setiap murid perlu digunakan dan disesuaikan sepenuhnya semasa
proses penulisan karangan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaplikasian Rangkaian
Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis (Levine, 2003) dalam penulisan karangan Bahasa Melayu bagi
murid tingkatan empat di negeri Johor. Instrumen soal selidik telah digunakan dan ditadbir ke atas 119
orang murid di empat buah sekolah menengah melalui kaedah tinjauan. Terdapat empat motor
pembelajaran kemahiran menulis yang digunakan dalam instrumen soal selidik, iaitu motor perancangan,
motor logik, motor memori dan motor tindakan. Analisis data menunjukkan pengaplikasian rangkaian
motor pembelajaran kemahiran menulis dalam proses pembelajaran kemahiran menulis berada pada
tahap sederhana, iaitu motor perancangan (min=3.25, SP=0.59), motor memori (min=3.38, SP=0.60),
motor tindakan (min=3.53, SP=0.62) dan motor logik (min=3.55, SP=0.58). Pencapaian sederhana ini
adalah disebabkan murid hanya kadang-kadang mengaplikasikannya dalam penulisan karangan.
Walaupun dapatan menunjukkan motor logik kerap diaplikasikan berbanding tiga motor pembelajaran
kemahiran menulis yang lain, kekuatan hanya satu motor tidak dapat membantu murid menghasilkan
penulisan yang lebih baik dan berkualiti. Justeru, dapatan yang diperoleh ini dapat dijadikan panduan
untuk guru meningkatkan kemahiran menulis murid dalam penulisan karangan dengan mengaplikasikan
Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis iaitu dengan meningkatkan kemahiran motor
pembelajaran yang lemah di samping membetulkannya yang sekali gus akan dapat meningkatkan
pencapaian murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

Kata Kekunci: Teori rangkaian motor pembelajaran; motor logik; motor memori; motor tindakan; motor
perancangan

1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh manusia bagi menyampaikan perkara
yang terkandung dalam pemikiran agar maklumat tersebut dapat diterima oleh masyarakat yang
mendengarnya. Bahasa merupakan sistem kognitif yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh
manusia sebagai alat untuk berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak, 1982) dan bahasa yang
dituturkan haruslah memberi makna kepada masyarakat tersebut (Za’ba, 1958). Menurut
Chomsky (1981), struktur kognitif manusia ini berkembang bagi membolehkan manusia
mengakses bahasa dan menganalisis bahasa yang diterima. Terbentuknya bahasa ini adalah
berdasarkan kepada peringkat yang terdapat dalam motor deria kecerdasan yang menghasilkan
logik dan tindakan akan disesuaikan mengikut logik (Piaget, 1979).

Bagi memastikan setiap individu itu cekap dalam berbahasa, mereka perlu menguasai
empat kemahiran bahasa iaitu (i) kemahiran mendengar, (ii) kemahiran bertutur, (iii) kemahiran
membaca, dan (iv) kemahiran menulis. Daripada keempat-empat kemahiran berbahasa ini,
menulis merupakan kemahiran yang mempunyai hierarki tertinggi kerana menulis merupakan
kemahiran yang paling kompleks (Awang, 2007 dan Abdul Rasid, Shamsudin & Norzila, 2011)
yang melibatkan proses mental berkaitan pengetahuan, fikiran dan makna. Kemahiran menulis
perlu dipelajari supaya perkara yang ditulis menjadikan rangkaian perkataan yang bermakna
serta difahami oleh orang yang membacanya. Menurut Levine (2003), sebelum berlakunya
aktiviti penulisan dalam diri setiap individu, terdapat proses yang berlaku di dalam otak manusia
yang dikenali sebagai motor pembelajaran kemahiran menulis.
319

Marohaini (2004) menyatakan bahawa kemahiran menulis bukan sahaja perlu dipelajari
tetapi perlu dipupuk dan dilatih kerana menulis melibatkan aktiviti mental dan fizikal. Malah
guru yang mengajar kemahiran menulis perlu peka akan keperluan murid kerana setiap murid
mempunyai kemampuan yang berbeza iaitu bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan
semata-mata tetapi juga berdasarkan kepada tahap penguasaan bahasa. Perancangan yang
berkualiti serta berkesan dalam pengajaran penulisan karangan oleh guru akan melahirkan
murid yang mampu menghasilkan penulisan karangan yang baik dan berkualiti (Yusfiza & Mohd
Isha, 2012). Justeru, kemahiran menulis ini menjadi lebih penting untuk dikuasai kerana setiap
murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajib lulus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi melayakkan mereka memperoleh sijil SPM.

Pada tahun 2003, Levine telah mengetengahkan teori kemahiran menulis yang
berasaskan kepada kognitif iaitu Teori Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis yang
perlu dikuasai oleh setiap murid. Rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis ini terdiri
daripada empat motor iaitu (i) motor perancangan, (ii) motor logik, (iii) motor memori, dan (iv)
motor tindakan. Bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti dan bermakna, setiap murid perlu
menguasai keempat-empat motor pembelajaran kemahiran menulis ini. Kegagalan menguasai
dan mengaplikasi salah satu daripada motor pembelajaran kemahiran menulis ini akan
menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan penulisan yang baik dan cemerlang.

Motor perancangan kemahiran menulis merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan


perancangan yang perlu dilakukan oleh penulis iaitu dengan membuat penetapan matlamat
sebelum penulisan dihasilkan. Melalui penetapan matlamat ini, kerangka karangan perlu
disediakan terlebih dahulu dengan berpandukan kepada kehendak soalan. Melalui kerangka ini,
murid akan mencatat isi-isi penting, hurian berserta contoh. Pada peringkat ini, perbincangan
dan rujukan boleh dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan pengetahuan dan maklumat. Hal
ini adalah selaras dengan kehendak yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah (KPM 2013) yang
menghendaki murid menyedikan kerangka karangan terlebih dahulu sebelum aktiviti menulis
dilakukan. Namun, kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani (2017) mendapati bahawa murid
lemah tidak menyediakan kerangka karangan sebelum aktiviti menulis dilakukan.

Motor logik pula melibatkan kecerdasan seseorang iaitu murid perlu bijak mengatur
strategi dan menggunakan kaedah serta teknik yang bersesuaian mengikut tajuk karangan bagi
memastikan mereka dapat menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Motor logik ini
memerlukan murid menggunakan kebijaksaan berfikir bagi menyelesaikan masalah di samping
menyelaraskan tindakan dengan logik dalam menulis karangan supaya segala prosedur dan
ketetapan untuk menulis karangan dipatuhi. Dalam kajian yang dilakukan oleh Norsimah et.al
(2012) dan Abdul Ghani (2016) mendapati bahawa murid masih belum mampu mengolah isi
penting untuk mencapai tahap kematangan idea. Hal ini menunjukkan bahawa murid belum
menguasai dan dapat mengaplikasi motor logik dalam aktivti kemahiran menulis. Zamri et.al
(2016) pula mendapati bahawa murid masih berada pada tahap sederhana dalam
mengaplikasikan strategi dalam menulis karangan.

Motor ketiga dalam rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis ialah motor
memori. Motor memori kemahiran menulis ini melibatkan ingatan jangka pendek, ingatan jangka
panjang dan ingatan kerja akif iaitu murid perlu mengingat semula segala maklumat,
pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam ingatan untuk diolah semula dan disesuaikan
dengan kehendak penulisan. Kegagalan murid untuk menggunakan dan memanipulasi motor
memori ini akan menyebabkan murid tidak mampu untuk menghasilkan penulisan yang baik,
bernas dan berkualiti. Kajian yang dilakukan oleh Che Zanariah & Fadzilah (2011) mendapati
bahawa penguasaan murid terhadap bahasa dalam penulisan karangan berada pada tahap
sederhana khususnya berkaitan struktur ayat, tanda baca, perbendaharaan kata dan ejaan.
Begitu juga denga kajian yang dilakukan oleh Norsimah et.al (2012) yang mendapati penguasaan
320

dan pengaplikasian ungkapan menarik dalam penulisan karangan menujukkan peratus yang
rendah.

Motor pembelajaran terakhir ialah motor tindakan yang merupakan proses terakhir
dalam penulisan karangan. Pada peringkat ini murid perlu menghasilkan penulisan dengan
berpandukan kepada perancangan awal yang telah dibuat dan menyesuaikan dengan strategi
penulisan supaya matlamat penulisan yang ditetapkan pada peringkat awal tercapai. Peringkat
ini bukan sahaja memerlukan murid menghasilkan penulisan, tetapi juga perlu menyemak,
melakukan pengubahsuaian dan juga menilai semula karangan yang telah disemak untuk
dijadikan panduan penulisan seterusnya. Abdul Ghani (2016) mendapati pada peringkat ini,
murid berprestasi rendah tidak melakukan semakan dan penyuntingan terhadap hasil penulisan
karangan. Kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani ini menyokong kajian lampau yang dilakukan
oleh Marohaini (2004) bahawa hampir tidak berlaku aktiviti menyemak karangan oleh murid.

Merujuk kepada kajian lepas, belum terdapat pengkaji yang mengaplikasikan Teori
Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis (Levine, 2003) dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu. Justeru, kajian yang dilakukan ini adalah untuk meninjau pengaplikasian
rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
murid tingkatan empat di negeri Johor dengan mengenal pasti penggunaan empat motor
pembelajaran kemahiran menulis iaitu motor perancangan, motor logik, motor memori dan
motor tindakan.

2.0 METODOLOGI
Kajian yang dilakukan ini adalah menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif iaitu dengan
menggunakan kaedah secara tinjauan. Reka bentuk kuantitatif ini memberi penekanan kepada
hasil yang diperoleh melalui fenomena yang diukur dengan meninjau kesan dan akibat dan
dipersembahkan melalui generalisasi yang dibuat ke atas sampel bagi populasi yang dikaji (Gay,
Mills & Airasian, 2012 dan Schreiber & Asner-Self, 2011).

Kajian yang dilakukan ini adalah mengadaptasi Teori Rangkaian Motor Pembelajaran
Kemahiran Menulis (Levine, 2003) yang meliputi empat motor pembelajaran iaitu (i) motor
perancangan, (ii) motor logik, (ii) motor memori, dan (iv) motor tindakan. Instrumen soal selidik
digunakan, yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat Demografi dan
Bahagian B: Pengaplikasian Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis (Levine, 2003)
yang menggunakan skala Likert 5 mata. Sampel kajian adalah terdiri daripada 119 orang murid
tingkatan empat yang dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah menengah kebangsaan
dari empat daerah di negeri Johor.

Dapatan kajian pengaplikasian rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam


penulisan karangan murid tingkatan empat ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif
yang menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Penentuan tahap nilai purata min bagi setiap
item yang dibina berkaitan pengaplikasian motor pembelajaran kemahiran menulis ini, diukur
menggunakan interpretasi nilai skor min berdasarkan tahap yang digunakan dalam skala Likert
5 mata kekerapan yang dikemukakan oleh Fraenkel et.al (2019).
321

3.0 DAPATAN KAJIAN

Pengaplikasian Rangkaian Motor Pembelajaran Kemahiran Menulis


Hasil daripada analisis yang dilakukan ke atas instrumen soal selidik berhubung pengaplikasian
rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam penulisan karangan murid tingkatan
empat di negeri Johor adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Skor Min Pemboleh Ubah Kajian


Pemboleh Ubah Kajian Skor Min Sisihan Piawai (SP)
Motor Perancangan 3.25 0.59
Motor Logik 3.55 0.58
Motor Memori 3.38 0.60
Motor Tindakan 3.53 0.62

Pengaplikasian Motor Perancangan Kemahiran Menulis dalam Penulisan Karangan


Terdapat 13 item soal selidik yang dibina bagi mengukur pemboleh ubah motor perancangan
kemahiran menulis bagi pengaplikasiannya oleh murid tingkatan empat dalam penulisan
karangan Bahasa Melayu. Daripada 13 item tersebut, terdapat tiga (3) item yang mempunyai
nilai skor min pada tahap kerap, sembilan (9) item pada tahap kadang-kadang dan terdapat satu
(1) item mempunyai nilai skor min pada tahap jarang. Dikemukakan tiga item dengan nilai min
tertinggi dan tiga item dengan nilai min terendah seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Motor Perancangan Kemahiran Menulis


Bil. Item Min SP Tahap
2. Saya membaca semua arahan soalan karangan dengan teliti 4.32 0.80 K
sebelum membuat pilihan soalan untuk dijawab semasa
peperiksaan.
3. Saya membaca soalan karangan yang hendak dijawab 4.24 0.89 K
dengan teliti.
1. Saya membaca arahan sebelum menjawab soalan 4.17 0.86 K
peperiksaan.
6. Saya menyediakan kerangka karangan sebelum menulis 2.40 1.01 J
karangan.
4. Saya menggaris kehendak soalan karangan 2.58 0.99 KK
9. Saya mencatat hurian secara ringkas bagi setiap isi penting 2.87 1.01 KK
TP=Tidak Pernah, J=Jarang, KK=Kadang-Kadang, K=Kerap, SK=Sangat Kerap
Pengaplikasian Motor Logik Kemahiran Menulis dalam Penulisan Karangan
Terdapat 26 item yang dibina untuk mengukur pemboleh ubah motor logik kemahiran menulis.
Dapatan analisis menunjukkan, terdapat tiga (3) item yang mempunyai nilai min berada pada
tahap sangat kerap, tujuh (7) item pada tahap kerap, 15 item pada tahap kadang-kadang dan satu
(1) item pada tahap jarang. Dikemukakan tiga item dengan nilai min tertinggi dan dua item
dengan nilai min terendah seperti Jadual 3.
322

Jadual 3: Motor Logik Kemahiran Menulis


Bil. Item Min SP Tahap
5. Setiap karangan yang saya tulis mengandungi perenggan 4.69 0.56 SK
penutup.
3. Setiap karangan yang saya tulis mengandungi perenggan 4.59 0.74 SK
pendahuluan.
4. Setiap karangan yang saya tulis mengandungi perenggan isi. 4.58 0.73 SK
24. Saya mendapat markah karangan yang rendah kerana tidak 2.28 0.97 J
menepati kehendak soalan karangan
22. Saya mendapat markah karangan yang rendah kerana 2.52 0.98 KK
kesalahan ejaan

3.1 Pengaplikasian Motor Memori Kemahiran Menulis dalam Penulisan Karangan


Bagi pemboleh ubah berkaitan pengaplikasian motor memori kemahiran menulis dalam
penulisan karangan murid tingkatan empat, 14 item telah dibina bagi mengukur pemboleh ubah
tersebut. Sebanyak lima (5) item motor memori mempunyai nilai min pada tahap kerap,
manakala selebihnya memperoleh nilai min pada tahap kadang-kadang. Dikemukakan tiga item
dengan nilai min tertinggi dan dua item dengan nilai min terendah seperti Jadual 4 berikut:

Jadual 4: Motor Memori Kemahiran Menulis


Bil. Item Min SP Tahap
8. Saya mengaitkan isu semasa yang pernah diajar oleh guru 3.71 0.83 K
dalam penulisan karangan
7. Saya mengaitkan pengetahuan saya dengan tajuk dalam 3.55 0.91 K
penulisan karangan semasa peperiksaan
2. Saya dapat mengeja setiap perkataan tanpa kesalahan 3.55 0.96 K
dalam penulisan karangan
11. Saya dapat memastikan bahawa satu perenggan isi hanya 3.07 1.01 KK
mempunyai satu sahaja isi penting
3. Saya dapat membina ayat tanpa kesalahan dalam penulisan 3.12 0.87 KK
karangan

3.2 Pengaplikasian Motor Tindakan Kemahiran Menulis dalam Penulisan Karangan


Bagi pemboleh ubah berhubung pengaplikasian motor tindakan kemahiran menulis dalam
penulisan karangan, sebanyak 14 item telah dibina. Daripada 14 item yang dibina, tujuh (7) item
memperoleh nilai min pada tahap kerap, manakala tujuh (7) item lagi mempunyai nilai min pada
tahap kadang-kadang. Dikemukakan tiga item dengan nilai min tertinggi dan dua item dengan
nilai min terendah seperti Jadual 5 berikut:

Jadual 5: Motor Tindakan Kemahiran Menulis


Bil. Item Min SP Tahap
10. Saya menyemak karangan saya sebelum menghantarnya 3.91 1.09 K
keapda guru.
1. Saya dapat membuat pemilihan soalan karangan yang tepat 3.81 1.02 K
untuk dijawab semasa peperiksaan
7. Setiap perenggan isi yang saya tulis mengandungi isi penting, 3.80 1.01 K
huraian isi, contoh dan kesimpulan perenggan.
13. Saya meminta penjelasan tentang markah dan gred yang 3.20 1.04 KK
saya peroleh
12. Saya berbincang tentang komen/ulasan yang diberikan oleh 3.27 1.04 KK
guru terhadap penulisan karangan saya
323

4.0 PERBINCANGAN DAPATAN


Dapatan daripada analisis yang dilakukan terhadap keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji,
didapati pemboleh ubah motor perancangan mempunyai skor min terendah berbanding
pemboleh ubah yang lain iaitu dengan 3.25 dengan sisihan piawai 0.59. Walaupun murid
membaca setiap arahan dan soalan karangan yang dikemukakan, namun murid hanya kadang-
kadang menggaris kehendak soalan selaras dengan kajian Che Zanariah & Fadzilah (2011) yang
mendapati bahawa murid memberi tumpuan yang sederhana terhadap kehendak soalan.
Malahan didapati bahawa murid jarang menyediakan kerangka karangan sebelum menulis
karangan seperti kehendak yang dikemukakan oleh DSKP Bahasa Melayu (KPM 2013) dan
saranan Awang (2007). Kajian yang dikemukakan oleh O’Mealia (2011) dan Servati (2012),
mendapati bahawa murid yang membuat menyediakan kerangka karangan mampu mengembang
dan menjana idea yang lebih baik dalam penulisan karangan berbanding mereka yang tidak
melakukannya.

Pemboleh ubah motor logik pula memperoleh nilai min tertinggi berbanding motor
kemahiran menulis yang lain. Daripada analisis yang dilakukan didapati bahawa murid tahu akan
asas menulis karang iaitu perlu mengandungi perenggan pendahuluan, isi dan penutup kerana
item-item ini berada pada nilai min pada tahap sangat kerap dan selaras dengan hasil tulisan
Rozita dan Abdul Rasid (2018). Walaupun secara keseluruhan pencapaian murid dalam
penulisan karangan pada peperiksaan pertengahan tahun berpencapaian sederhana, namun
murid jarang mendapat markah yang direndah disebabkan karangan tidak menepati kehendak
soalan dan hanya kadang-kadang melakukan kesalah ejaan. Hal ini adalah selari dengan sikap
murid yang diperlihatkan pada dapatan motor perancangan iaitu murid memberi tumpuan
terhadap arahan dan soalan karangan.

Pemboleh ubah berkaitan pengaplikasian motor memori kemahiran menulis dalam


penulisan karangan mempunyai skor min iaitu 3.38 (sp=0.60). Berdasarkan kepada analisis,
didapati hanya tiga sahaja item yang memperoleh nilai min pada tahap kerap, manakala item-
item lain pada tahap kadang-kadang. Dapatan analisis menunjukkan bahawa murid mampu
menggunakan ingatan jangka panjang dan ingatan kerja aktif mereka apabila dapat mengaitkan
dan menyesuaikan isu semasa yang pernah diajar dan pengetahuan sedia ada dalam menyiapkan
tugasan menulis karangan. Hal ini adalah selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Norma
(2013) yang mendapati murid yang menyimpan pengetahuan dalam ingatan jangka panjang
memberi kesan positif terhadap pembelajaran yang berasaskan strategi kognitif. Walau
bagaimanapun, murid masih belum dapat mengaplikasikan motor memori dalam penulisan
karangan dengan lebih baik apabila dapat diperhatikan bahawa murid tidak dapat memastikan
hanya satu isi penting sahaja ditulis dalam setiap perenggan isi dan masih belum dapat membina
ayat sepenuhnya tanpa kesalahan.

Pemboleh ubah terakhir yang dikaji ialah berkaitan dengan pengaplikasian motor
tindakan kemahiran menulis dalam penulisan karangan dengan skor min iaitu 3.53 dan sisihan
piawai 0.62. Dapatan analisis menunjukkan bahawa murid menyemak terlebih dahulu karangan
sebelum menghantarnya (min = 3.91, sp=1.09) adalah selari dengan kajian Noor Habsah & Yahya
(2016) dan Avan (2015) dan dapat memastikan bahawa setiap perenggan isi mengandungi isi
penting, huraian isi, contoh dan kesimpulan perenggan. Namun, murid menunjukkan sikap
kurang melakukan perbincangan dengan guru terhadap gred dan ulasan karangan. Hal ini adalah
selaras dengan dapatan yang dikemukakan oleh Hasnah (2016) yang mendapati bahawa murid
jarang melihat ulasan yang diberikan oleh guru terhadap hasil penulisan karangan, begitu juga
dengan kajian yang dilakukan oleh Avan (2015) yang mendapati hanya sebahagian sahaja pelajar
yang memberi perhatian terhadap komen yang diberikan.
324

5.0 KESIMPULAN
Oleh yang demikian, bagi menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang dan berkualiti,
murid perlu menggunakan sepenuhya kemahiran kognitif iaitu dengan mengaplikasikan empat
motor pembelajaran kemahiran menulis dalam proses menghasilkan karangan. Kekuatan satu
atau sebahagian daripada motor pembelajaran kemahiran menulis tidak akan dapat membantu
murid untuk menghasilkan penulisan yang dapat memenuhi matlamat dan kehendak pembaca.
Murid bukan sahaja perlu mengetahui dan menguasai motor pembelajaran yang terdapat dalam
kognitif mereka, tetapi guru terlebih dahulu perlu memahami rangkaian motor pembelajaran
kemahiran menulis agar dapat membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan motor
pembelajaran yang ada dalam diri dan seterusnya memastikan motor pembelajaran yang lemah
dapat diperbetulkan. Justeru, perancangan pengajaran yang berkualiti adalah amat penting agar
latihan berterusan dapat diberikan untuk memastikan murid mampu menggunakan sepenuhnya
rangkaian motor pembelajaran kemahiran menulis dalam penulisan karangan supaya penulisan
yang lebih baik dan berkualiti dapat dihasilkan.

RUJUKAN

Abdul Ghani Jalil. 2016. Tingkahlaku dan Proses Semasa Menulis Karangan Respons Terbuka
Murid Berprestasi Rendah. International Seminar on Generating Knowledge Through
Research. UUM-UMSIDA. 25-27 October 2016.
Abdul Rasid Jamian, 2011. Pemasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 1, Bil.1, Mei 2011 (1-12)
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Norzila Md Yusuf. 2011. Keberkesanan Cerpen Dalam
Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Dalam Karangan Murid.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1, Bil. 2: 45 – 57.
Avan Kamal Aziz Faraj. 2015. Scaffolding EFL Students’ Writing Through the Writing Process
Approach. Journal of Education and Practice. Vol.6, Bil.13: 113-142.
Awang Sariyan. 2007. Tertib Mengarang: Asas Retorik Untuk Pelajar Dan Pendidik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Vol.1, Bil.1: 67 -87.
Chomsky, N. 1981. On Cognitive Structures and Their Development: A Reply to Piaget dalam
Piattelli-Palmarini, M. (ed.), Language and Learning The Debate between Jean Piaget and
Noam Chomsky. United States of America: Harvard University Press
Creswell, J.W. 2003. Research Design Qualitative, Quantitative, And Mixed Methods Approaches 2nd
Edition. California: Sage Publications, Inc.
Fraenkel, J.R., Wallen, N.E. & Hyun, H.H. 2019. How to Design and Evaluate Research in Education
10th Edition. New York: McGraw-Hill Education.
Gay, L.R., Mills, G.E. & Airasian, P. 2012. Educational Research: Competencies for Analysis and
Applications. USA: Pearson.
Hasnah Mohamad. 2016. Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Melalui Penggunaan Track
Changes, Malaysia Journal of Learning and Instruction Vol. 13:135 – 159.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Empat.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa
Melayu: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Levine M, M.D. 2003. The Myth of Laziness. New York: Simon & Schuster Paperbacks.
Mangantar Simanjuntak, 1982. Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
325

Marohaini Yusoff. 2004. Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Noor Habsah Ali & Yahya Othman. 2018. Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.8, Bil.1: 33 – 41.
Norma Che Lah. 2013. Strategi Kognitif dan Prestasi Kognitif Dalam Pembelajaran Kimia Murid
Tingkatan 4. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Univerisiti Malaya.
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. 2012. Pembelajaran Bahasa
Melayu Sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea Dalam Penulisan Pelajar Sekolah
Menengah Di Malaysia. Jurnal Melayu. Bil.9: 227 -240.
O’Mealia, S. 2011. How Can Prewriting Strategies Benefit Students?.
http://fisherpub.sjfc.edu/education_ETD_masters/14
Piaget, J. 1979. On Cognitive Structures and Their Development: A Reply to Piaget dlm Language
and Learning The Debate between Jean Piaget and Noam Chomsky. United States of America:
Harvard University Press.
Rozita Radhiah & Abdul Rasid Jamian. 2018. Sila Fockes Sini Mengajar Mengarang. Serdang:
UPM Press.
Schreiber, J.B. & Asner-Self, K. 2011. Educational Research: The Interrelationship of Questions,
Sampling, Design and Analysis. USA: John Wiley & Sons, Inc.
Servati, K. 2012. Prewriting Strategies and their Effect on Student Writing.
http://fisherpub.sjfc.edu/education_ETD_masters/242.
Yusfiza Yusuff & Mohd Isha Awang, 2012. Aplikasi Pembelajaran Jigsaw II dalam Pengajaran
Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 2, Bil. 2: 62-70 62.
Zainal Abidin binAhmad (ZA’BA), 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. 2016.
Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan
Sikap Dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.6, Bil.1: 38 – 51.

Biodata Ringkas Penulis

Khawidah binti Abd Samad ialah pelajar UKM.

Wan Muna Ruzanna binti Wan Mohammad ialah Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bidang kepakaran ialah bidang bahasa linguistik Melayu, sosiolinguistik,
psikolinguistik dan pendidikan khas-disleksia. Antara penerbitan ialah Pembelajaran Abad Ke-
21 dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah
Menengah, Dyslexia in the Aspect of Malay Language Spelling, Exposure to Environmental
Microbiota Explains Persistent Abdominal Pain and Irritable Bowel Syndrome After a Major Flood
dan Prevalence and Associated Factors of Stress among Assistant Medical Officers in Ministry of
Health (MOH) Hospitals in Kelantan and Terengganu, Malaysia.
326

Anda mungkin juga menyukai