Anda di halaman 1dari 2

Nur Ainin Sofia Binti Azman,

Kumpulan PPISMPPI 4619,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,

Jalan Dato’ Mohd Musa 94300,

Kota Samarahan, Sarawak.

Encik Sawal Bin Achong,

Pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,

Jalan Dato’ Mohd Musa 94300,

Kota Samarahan, Sarawak. 10 FEBRUARI 2020

Tuan,

Permohonan Pertukaran Slot Kuliah Bahasa Melayu Kontekstual.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya mewakili kumpulan PPISMPPI 4619 ingin memohon kebenaran untuk membuat pertukaran
slot kuliah pada 15 Februari ini kepada 20 Februari sekiranya tuan tidak mempunyai sebarang urusan
pada hari tersebut.

3. Tujuan saya memohon pertukaran slot kuliah ini adalah kerana kumpulan kami diminta untuk
menghadiri ceramah berkaitan Program Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Persatuan Kelab Alam
Sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak pada 15 Februari tersebut.

4. Oleh itu, saya selaku penyelaras subjek Bahasa Melayu Kontekstual bagi kumpulan PPISMPPI
4619 berharap agar permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Kerjasama
daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………

(NUR AININ SOFIA BINTI AZMAN)

Penyelaras Subjek GBM1033 Kumpulan PPISMPPI4619


Ucapan ialah satu bentuk komunikasi penyampaian maklumat kepada sejumlah orang ramai.

Ceramah pula adalah ucapan tentang sesuatu perkara, ilmu pengetahuan dan lain-lain. Ia juga
merupakan pidato yang bertujuan untuk menerangkan atau menyiarkan nasihat dan petunjuk-
petunjuk berkaitan dengan jaran-ajaran agama.

Syarahan bermaksud pengucapan individu kepada khalayak ramai dan merupakan aktiviti
berkomunikasi sehala.

Perbezaan bagi ucapan, ceramah dan syarahan adalah dari segi cara yang digunakan untuk
menyampaikannya. Bagi ucapan, cara penyampaiannya adalah berlaku di tempat awam yang
mempunyai bilangan sasaran yang ramai. Hal ini kerana kebiasaannya ucapan adalah penting untuk
masyarakat umum mengetahuinya. Seterusnya bagi ceramah, cara penyampaiannya mempunyai
dua jenis.Pertama, ianya ditujukan kepada semua masyarakat tanpa batasan. Kedua pula ditujukan
secara khusus berkaitan dengan agama dan nasihat kepada khalayak tertentu. Selanjutnya, bagi
syarahan pula, cara penyampaiannya adalah daripada seorang individu kepada khalayak ramai.
Akan tetapi ianya melibatkan komunikasi sehala sahaja. Ianya boleh berbentuk pertandingan dan
juga syarahan umum di suatu majlis.

Selain itu, perbezaan ketiga-tiga ini adalah dari segi isi sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Hal
ini kerana bagi ucapan, isi yang disampaikan boleh dalam pelbagai bentuk sama ada santai mahupun
formal. Ianya kerana seseorang yang ingin menyampaikan ucapan boleh berlaku dalam bentuk
hiburan, pemujukan, majlis khas ataupun informatif. Seterusnya bagi bahan atau isi dalam
penyampaian ceramah pula, ia kebiasaannya berbentuk ajaran-ajaran suatu agama. Isi yang ceramah
yang baik pula adalah ceramah yang mampu dan sanggup membuat pendengar terdorong untuk
melakukan nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh penceramah. Selanjutnya, bagi isi dalam teks
syarahan yang pula, ianya lebih kepada penerangan dan penjelasan sesuatu tajuk serta mempunyai
idea pokok dan contoh-contoh bagi menyokong idea tersebut.

Anda mungkin juga menyukai