Anda di halaman 1dari 17

SOLAT JAMAK

QASAR
ISMAT
HAKIMI
AMALIA
AININ
FATIN
NAMA PENSYARAH : USTAZ MADANI
SOLAT JAMAK DAN QASAR

 Dalam keadaan tertentu, islam membenarkan umatnya menjamak dan


menqasarkan solat fardhu sebagai satu kemudahan. (rukhsah)
 Kepada yang bermusafir sekurang-kurangnya 2 marhalah.
 Memudahkan umat islam, yang berkemungkinan sujar untuknya
singgah di sesuatu tempat banyak kali.
TAKRIF SOLAT JAMAK
Mengumpulkan dua solat fardhu dalam satu waktu.
- iaitu Jamak Takdim dan Jamak Takhir.
Solat Jamak terbahagi kepada dua :-
i) Solat Jamak Takdim
ii) Solat Jamak Takhir
 Solat Jamak Takdim :-
Mengumpulkan dan menghimpunkan solat fardhu yang kedua dalam
waktu yang pertama.
Cth: seperti Asar dalam zohor @ isyak dalam maghrib.
TAKRIF QASAR

Memendekkan solat daripada empat kepada dua rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat


Zohor, Asar dan Isyak.
DALIL MENGHARUSKAN
JAMAK DAN QASAR

َ ‫الصل َا ِة ِإ ْن ِخفْتُ ْم أَن يَفْ ِتنَك ُ ُم ال َّ ِذ‬


‫ين‬ َّ ‫اح أَن تَقْ ُص ُروا ِم َن‬ ٌ َ ‫عل َيْك ُ ْم ُجن‬ َ ‫وَ ِإذَا َض َر ْب ُت ْم ِفي ال ْأ َ ْر ِض َفل َيْ َس‬
‫ع ُد ّ ًوا ُّم ِبينًا‬ َ ‫َكفَ ُروا ۚ ِإ َّن الْكَا ِف ِر‬
َ ‫ين َكانُوا لَك ُ ْم‬

Maksudnya : “ Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi , maka kamu tidaklah
berdosa ‘mengqasarkan’ ( memendekkan ) solat jika kamu takut diserang oleh orang-
orang kafir . Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi
kamu .” ( Surah An-Nisa’ : 101 )
• Berkenaan dengan sekelompok orang dari Bani Najjar bertanya kepada
Rasulullah SAW .
• Berkaitan perjalanan mereka untuk berniaga .
( Hadis Riwayat Ibnu Jarir )
• Dikaitkan dengan “ apabila takut dengan musuh ”
• Para sahabat hairan dan bertanya adakah masih boleh untuk mengqasarkan solat
dalam keadaan aman dan tenteram ?
• Jawab Baginda SAW , “ Ia adalah sedekah dari Allah SWT , maka terimalah
sedekah-Nya ”
• Allah memberi rukhsah untuk menunaikan ibadah solat .
DALIL JAMAK
a. Dalil Jama' Taqdim

Riwayat dari Anas bahawa :

‫ فإن‬،‫ ثم نزل يجمع بينهما‬،‫ أخر الظهر إلى وقت العصر‬،‫ الشمس‬-‫ تميل ظهرا‬-‫كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رحل قبل أن تزيغ‬
‫ ثم ركب‬،‫زاغت قبل أن يرتحل صلى الظهر‬.
"Sesungguhnya apabila Nabi :saw bermusafir sebelum gelincir matahari, beliau akan mengakhirkan /
melewatkan waktu Zohor sehinggalah waktu Asar, kemudian beliau singgah disuatu tempat dan bersolat
jama' kedua2 solat. Apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, Nabi akan bersolat Zohor dan
kemudian berangkat." [Hadith Bukhari dan Muslim].

‫ ثم يجمع بينهما‬،‫ أخر الظهر حتى يدخل أول وقت العصر‬،‫كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن يجمع بين الصالتين في السفر‬
"Apabila Nabi :saw ingin menjama'kan dua solat semasa bermusafir, beliau akan mengakhirkan/melambatkan
Zohor sehingga masuk waktu Asar, kemudian baginda menjama'kan keduanya" [Hadith Riwayat Muslim]
DALIL JAMAK
b. Dalil Solat Jama' Ta'khir

Dari Muaz bin Jabal ra. :

‫أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في غزوة تبوك إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصالها مع المغرب‬
"Bahawa Nabi :saw ketika peperangan Tabuk, apabila bergerak selepas Maghrib disegerakan solat
Isya', maka dilakukan solat Isya' dengan Maghrib" [Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmudzi].
DALIL QASAR

c. Solat Qasar

Berkata Anas bin Malik ra. :

‫ ركعتين حتى رجعنا إلى المدينة‬،‫خرجنا مع النبي صلى الله عليه وسلم من المدينة إلى مكة فصلى ركعتين‬
"Kami keluar bersama Nabi :saw dari Madinah ke Mekah, dan kami bersolat 2 rakat, 2
rakaat, sehinggalah kami kembali ke Madinah" [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim].
CARA SOLAT JAMAK TAKDIM
Dimulakan solat pada waktunya yang terdahulu ertinya lakukan zohor dahulu kemudian
diikuti oleh solat asar, dan juga sebaliknya.

Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengah
solat selama mana ia belum memberi salam.

Berturut-turut (mualat) diantara solat yang pertama dan kedua.


-Tidak boleh diselangi oleh perkejaan lain.

Berkekalan musafirnya sehingga takbir solat yang kedua.


CARA SOLAT TAKHIR
Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika
masuk waktu solat yang pertama.

Contoh niatnya seperti:-


Sahaja aku akan mengerjakan solat fardhu Zohor jamak takhir di waktu Asar
nanti.

Jika tidak diniatkan, maka jamak tersebut tidak sah.

Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua solat.


NIAT SOLAT QASAR JAMAK
TAKDIM
 Dalam keadaan berdiri tegak menghadap kiblat, semasa mengangkat takbiratul ihram,
niat tersebut diniatkan didalam hati.

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
 Setelah selesai solat waktu yang pertama, bangun dan tidak dipisahkan dengan masa
yang lama, mengangkat takbiratul ihram berserta niat solat jamak fardhu asar.

 Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
NIAT SOLAT QASAR JAMAK
TAKHIR
Diniatkan untuk solat jamak takhir semasa masuknya waktu solat yang pertama.

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
SYARAT JAMAK & QASAR
- PERJALANAN HENDAKLAH MELEBIHI DUA MARHALAH
- TIDAK DIHARUSKAN JIKA BERMUSAFIR NIAT UNTUK MAKSIAT
- PERJALANAN ITU HENDAKLAH TENTU DAN TAHU KEMANA ARAH
TUJUAN
- SOLAT YANG BOLEH DIQASARKAN HANYALAH SOLAT ZOHOR , ASAR
DAN ISYA’
- NIAT QASAR KETIKA TAKBIRATUL IHRAM
- ORANG YANG QASAR TIDAK BOLEH BERIMAM DENGAN IMAM YANG
SOLAT TAMAM
- JIKA INGIN BERHENTI DI SUATU TEMPAT ITU MELEBIHI 4 HARI , MAKA
PUTUS PERMUSAFIRANNYA
• Dimulai dengan solat yang waktunya
SYARAT terdahulu
• Niat jamak pada solat yang pertama
SAH JAMAK • Muwalah (berturut-turut)
TAQDIM • Berkekalan musafir hingga takbir solat
kedua

SYARAT • Niat mentakkhirkan solat yang pertama


pada waktu kedua dalam waktu solat
SAH SOLAT pertama
• Berkekalan musafir sehingga selesai
JAMAK kedua dua solat
TAKKHIR
SOLAT JAMAK YANG DIBENARKAN SELAIN
DARI MUSAFIR

 Doktor yang sedang membedah pesakit


 Pesakit yang menjalani rawatan penyakit kronik
 Penumpang bas yang bimbang akan waktu tiba dan keselamatan dirinya (perempuan)
 Wanita yang mengalami istihadah
 Orang yang dalam medan perang
 Bidan yang bimbang kelewatannnya mengundang kematian
HIKMAH
DISYARIATKAN
SOLAT JAMAK DAN
QASAR

 MEMBERI KERINGANAN
 MENGGALAKKAN
KEPADA MUSLIM UNTUK
UMAT ISLAM UNTUK MENUNAIKAN SOLAT
BERMUSAFIR KETIKA MUSAFIR

 TANDA KASIH  MENUNJUKKAN


SAYANG ALLAH KEPENTINGAN SOLAT

Anda mungkin juga menyukai