Anda di halaman 1dari 11

Solat sunat adalah suatu amalan yang dikekalkan oleh Rasulullah SAW, selain rawatib iaitu selepas dan

sebelum solat fardhu. Antara solat-solat sunat ini ada yang dilakukan oleh Nabi dan ada yang
ditinggalkan oleh baginda mengikut keperluan.
Sekalipun hukumnya sunat, mengerjakan solat-solat ini mampu melengkapkan ibadah seorang muslim
dan dalam masa yang sama melatih diri menjadi taat dan lebih dekat kepada Allah SWT Tidak rugi jika
kita mengamalkannya,malah ia menjanjikan pahala yang besar.
SEMBAHYANG MENGGUGURKAN DOSA
Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah
musim daun-daun gugur. Baginda mengambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur
dengan lebatnya, seraya Baginda SAW bersabda,
"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH, dosanya gugur seperti daun-
daun ini gugur dari pohon ini".
Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-
setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan
dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat adalah dihapuskan. Bagaimanapun hendaklah
diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat.
Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, patutlah kita, disamping bersolat, jangan
lupa beristighfar dan bertaubat. Semoga ALLAH SWT dengan limpah rahmat-Nya, mengampun juga
dosa-dosa besar yang dilakukan oleh seseorang berkat solatnya kerana Allah.
Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara
menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat
Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam
waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir
sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak,
harus juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat
dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak
dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh
tidak boleh dijamakkan.
Menurut pendapat imam Syafii, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih
dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak.
Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafii, bahwa kalau keadaannya seperti kalau
bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama
menunggu itu ia mengatakan: Saya akan pulang hari ini atau esok, maka maka dibolehkannya
mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka
harus mencukupkan.
Syarat-syarat solat jamak dan qasar
1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan
dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan
semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan
dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak
tentu, maka tidak boleh qasar.
7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Solat Jamak terbahagi kepada dua:
1. Jamak Taqdim
2. Jamak Takkhir.
Solat Jamak Taqdim:
Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu
Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan
Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang
pertama.
Syarat-syarat Jamak Taqdim:
1. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan
dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah
diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya yang dikira solat kedua.
2. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam
mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa
takbiratulihram.
3. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan
penceraian yang dikira panjang uruf.
4. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga
sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim
di antara dua solat itu.
Solat Jamak Takkhir:
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan
solat Isya dilakukan dalam waktu Isya. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat
pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:
1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya
berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu
Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang
pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada pada waktu yang kedua.
2. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan
sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu
jadi solat qada.
3. SOLAT JAMAK DAN QASAR

4. Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan
ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir. Kelonggaran ini
dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
5 . .
6. Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya
seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa
keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira
kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat
Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

7. SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK
SOLAT QASAR/JAMAK
8. 1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).

9. HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
10. 1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi
menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.


11. SOLAT QASAR

12. Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
13. Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.

14. SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
15. 1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.

16. Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
17 .

18. Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.


19. SOLAT JAMAK
20. Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat
tertentu.
21. Solat Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya.

22. Solat Jamak terbahagi kepada ;
23. 1. JAMAK TAQDIM Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
24.
SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM
25. 1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
26. Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau
bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang
pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat
sudah habis/selesai).
27. 2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn
solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang
pertama (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua (Asar/Isya), adalah pengikut
bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
28. Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba
terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal
juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat
mengikut pendapat yang asah.
29.
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara
kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu
solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
30. Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt
terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua
kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun,
jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci
maka tidak terbatal Jamak.
31. Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat kerana mendapatkan sedikit air
utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah,
malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.
32.
4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya
TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah
TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat
yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
33. 5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
34. 6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.

35. Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
36. 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian
diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM

37. Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
38 .


39. Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
40 .


41. Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
42. Solat Maghrib dan Isya Jamak Taqdim
43 .


44. Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
45 .


46. Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
47.
48. 2. JAMAK TAHIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.

49. SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TAHIR
50. 1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
51. Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang
masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
52. * Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya), telah
masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan
mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.

53. Cara melakukan solat JAMAK TAHIR
54. 1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu
yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAHIR

55. Solat Zohor dan Asar Jamak Tahir
56 .

57. Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Tahir kerana Allah Taala.

58 .


59 . Sahaja Aku solat Iardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala .
60. Solat Maghrib dan Isya Jamak Tahir
61 .


62. Sahaja Aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Tahir kerana Allah Taala.
63.
64 .


65. Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya
Jamak Tahir kerana Allah Taala.
66. SOLAT QASAR DAN JAMAK
67. Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

68. Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
69. Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak
Taqdim dan Solat Jamak Tahir, Cuma ditambah Qasar sahaja iaitu Solat
Zohor/Asar/Isya menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.

70. Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
71. Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
72 .


73. Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
74 .

75. Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

76. Solat Maghrib dan Isya Jamak Taqdim dan Qasar.
77 .


78. Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
79 .

80. Sahaja Aku solat fardhu Isya 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

81. Solat Zohor dan Asar Jamak Tahir dan Qasar.
82 .

83. Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Tahir kerana Allah Taala.
84 .

85. Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

86. Solat Maghrib dan Isya Jamak Tahir dan Qasar.
87 .

88. Sahaja Aku solat fardhu Isya 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Tahir kerana Allah Taala.
89 .


90. Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya
Jamak Tahir kerana Allah Taala.


Hukum tinggalkan solat ketika kesesakan jalan
SOALAN
Apa hukum jika tertinggal solat ketika berada dalam kesesakan lalulintas?
Bolehkah saya melakukan solat jama dalam keadaan begini?

JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad


Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa kerana solat tidak boleh diitinggalkan walau dalam apa jua keadaan.
Ini kerana Islam telah menyediakan kaedah solat ketika berada dalam kesulitan dan kepayahan
seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Perkara yang mesti dilakukan oleh saudara menurut Syaikh Solleh Munajjid ialah saudara boleh
menjamakkan solat antara zohor dengan asar atau maghrib dengan isyak.

Malah menurut Asy-Syaikh Ibn Uthaimain pula dalam Fatawanya, sekiranya seseorang yang
berniat musafir, boleh melakukan solat jamak antara zohor dengan asar di rumahnya sebelum
keluar musafir sekiranya bimbang akan terlepas waktu asar. Ini disebabkan kita menaiki
kenderaan awam yang bukan milik sendiri yang menyebabkan susah untuk berhenti bagi
menunaikan solat. Walaubagaimana pun ianya mestilah dilakukan dengan 4 rakaat bukannya 2
rakaat. Iaitu tidak boleh menqasarkan solat tersebut kerana belum mula musafir.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah saw :

Hadis daripada Ibn Abbas r.a. katanya : Rasulullah sa.w. menghimpunkan antara solat Zuhur
dan 'Asar dan antara Maghrib dan Isya' di Madinah, bukan kerana takut dan bukan pula kerana
hujan. Dan di dalam lafaz yang lain: Bukan kerana takut dan bukan kerana safar, Lalu (Ibn
Abbas) ditanya: Mengapa baginda s.a.w. berbuat demikian? Jawabnya: Baginda s.a.w
menginginkan agar tidak menyusahkan umatnya". (HR Muslim : 1151)

Inilah yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh mana-mana umat Islam yang menghadapi
masyaqqah / kesusahan dalam mengerjakan solat fardhu samada ianya sedang bermusafir
mahupun bukan bermusafir.

Wa Allahu Aalam.
Hukum sengaja tinggalkan solat
Kata Imam Nawawi: Tinggal solat dengan ingkar kewajipannya maka ia adalah kafir dengan
ijmak muslimin dan mengeluarkannya daripada agama Islam kecuali orang yang baru memeluk
Islam. Sekiranya meninggalkannya kerana malas di samping tetap beriktiqad akan kewajipannya
maka ulamak berpendapat sebagai berikut:
1 Mazhab Maliki dan Syafii: Fasiq dan diminta bertaubat.Sekiranya tidak mahu bertaubat
maka dibunuh sebagai had (hudud).
2 Mazhab Hanafi dan Imam Muzani (ulamak mazhab Syafii): Ditakzir dan dipenjara sehingga
dia solat semula.
3 Mazhab Hanbali dan sebahagian ulamak Syafii: Meninggalkan solat secara sengaja tanpa
sebarang keuzuran jatuh kafir..
Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan
muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama (ijma) dan
dikira sebagai perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari
kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan
kepada nas yang jelas dan qathie (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah
dan Ijma.
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan
kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya
beberapa perkara:-
1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2. Mengqadakan solat yang ditinggalkannya.
3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.

Hukuman Had ke atas orang yang meninggalkan solat

Ulama mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas orang yang
meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan besarnya dosa
peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan
kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam
penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.

* Jumhur ulama daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan
sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat
selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas
dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang
Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali
sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .

Hukum Mengqadakan Solat

Sesiapa yang meninggalkan solat kerana terlupa atau sengaja (dan berdosa jika sengaja), wajib
mengqadakannya. Dalilnya, sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: Jika tidur salah seorang
daripada kamu daripada solat, atau melupainya, dia menunaikannya apabila sedar atau
teringat.
Juga Rasulullah s.a.w. bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang terlupa satu sembahyang,
hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya; tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut
(iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan menggantikan solat tersebut).
Banyak lagi hadis-hadis lain yang membawa maksud yang sama iaitu wajib mengqadakan solat
yang ditinggalkan. Pada zahir hadis tidak menyebut tentang hukum orang yang sengaja
meninggalkan solat, adakah wajib mengqadakannya atau tidak. Maka di sinilah ulama
memainkan peranan mereka untuk mengeluarkan hukum daripada nas tersebut. Mengikut kaedah
Qias, orang yang meninggalkan solat kerana uzur seperti terlupa atau tertidur, wajib
mengqadakannya berdalilkan nas tersebut; maka kewajipan ini terlebih dahulu kena kepada
orang yang meninggalkan solat secara sengaja. Jika tidak, jadilah maksiat itu (meninggal solat
dengan sengaja) membawa kepada kesenangan (tidak qada). Ini bertentangan dengan ruh syariat
yang adil.
Janganlah kita terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan tidak wajib
mengqadakan solat yang telah ditinggalkan kerana cukup dengan Istighfar dan taubat sahaja. Ini
kerana jumhur ulama daripada mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali
mewajibkan qada solat secara umumnya
Dikecualikan daripada Qada beberapa golongan:
1. kanak-kanak yang belum baligh, tidak wajib menggantikan solatnya yang terdahulu selepas
baligh.
2. orang kafir yang memeluk Islam (muallaf) tidak wajib menggantikan solatnya semasa
kufurnya.
3. perempuan yang haid
4. perempuan yang nifas (keluar darah akibat beranak)
5. orang gila, mabuk dan pengsan yang bukan dengan sebab yang disengajakan seperti minum
arak dll.
Selain daripada mereka, samada tidur, sakit, murtad yang kembali memeluk Islam, [pengsan, gila
dan mabuk yang disengajakan] wajib ke atas mereka qada.

*Tidur tidak boleh disamakan (qias) dengan pengsan iaitu tidak perlu menggantikan solat kerana
perbuatan tidur dilakukan dengan sengaja dan kehendak diri, ia berlainan dengan pengsan yang
tidak disengajakan. Dalilnya seseorang itu mampu menidurkan dirinya tapi tidak mampu
menjadikan dirinya pengsan dengan sendiri dan apabila seseorang itu pengsan, kadang-kadang
tidak akan sedar walaupun dikejut dengan kuat. Apabila seseorang memakan ubat untuk pengsan
contohnya, maka apabila sedar dia diwajibkan juga mengqadakan solat yang tertinggal kerana
dia sengaja membuat dirinya pengsan.

Jika seseorang daripada lima golongan di atas hilang uzur mereka dan masih tinggal waktu yang
mencukupi walau Takbiratul Ihram, wajib baginya menggantikan solat tersebut begitu juga solat
yang sebelumnya jika boleh dijamakan. Hukum ini menyeluruh kepada yang bermusafir dan
bermukim.
Contoh: Jika seorang perempuan suci dari haidnya pada akhir waktu Asar, wajib baginya
mengqadakan solat Asar dan Zohor yang sebelumnya. Begitulah juga perihalnya jika suci pada
waktu Isyak, wajib mengqadakan Maghrib dan Isyak.
Jika seseorang perempuan masuk waktu solat dalam keadaan suci, kemudian datang haidnya
sebelum sempat dia solat pada waktu itu, dan waktu yang suci itu mencukupi untuk solat; wajib
ke atasnya mengqadakan solat tersebut apabila suci kelak kerana kelalaiannya dan tidak
bersegera menunaikan solat selepas masuk waktunya.

*Disunatkan mengqada solat secara tertib solat yang ditinggalkan seperti Subuh sebelum Zohor
dan begitulah seterusnya. Dan hendaklah seseorang itu mendahulukan solat yang tertinggal
daripada solat waktu tersebut kecuali kerana takut luput waktu solat tersebut.

Bagi orang yang tidak tahu berapa kalikah tertinggal solat hendaklah dia melaksanakan qada
solat tersebut sehingga dia yakin bahawa dia telah menghabiskan solat yang ditinggalkannya .

Hukum menangguhkan solat

Apabila masuknya waktu solat, wajib seseorang itu melakukan salah satu daripada dua perkara:-
1. terus mendirikan solat, itulah yang paling afdhal atau
2. azam untuk menunaikan solat dalam waktunya.
Jika tidak melakukan salah satu daripada perkara yang disebut di atas, sesungguhnya berdosalah
dia. Ini dinamakan azam yang khas. Dan wajib bagi seseorang itu selepas baligh menyimpan
azam yang umum untuk melakukan segala suruhan Allah dan meniggalkan segala laranganNya .
Haram hukumnya menangguhkan solat sehingga tidak sempat menunaikan solat dengan segala
syarat dan rukunnya di dalam waktunya. Sesuatu solat itu dikira sebagai tunai.

Anda mungkin juga menyukai