Anda di halaman 1dari 15

Persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci

Sebelum berangkat ke tanah suci, perhatikan terlebih dahulu perkara perkara penting yang perlu
dibawa seperti berikut:
Pakaian Ihram
Lelaki
1 atau 2 helai kain ihram berwarna putih lebih afdhal
1 utas tali pinggang
1 pasang selipar atau capal yang boleh menampakkan ibu kaki dan tumit
1 buku panduan/buku doa dan tasbih (boleh dibeli Madinah atau Makkah)
1 gunting kecil (boleh dibeli di Makkah)
2 penutup muka untuk habuk (face mask)
Perempuan
2 helai telekung sembahyang
2 pasang stokin panjang
2 pasang kasut ringan
1 tuala muka/sapu tangan
2 penutup muka untuk habuk (face mask)
Alat keperluan lain juga patut disediakan lebih awal seperti ubat ubatan dan sejumlah pakaian
yang sesuai dengan cuaca di tanah suci.

SOLAT DALAM PERJALANAN


Jika jarak musafir atau tempat yang dituju itu lebih dari dua marhalah (56 batu atau 91 kilometer(
maka Allah memberikan kemudahan kepada kita untuk menjamak dan menqasarkan sembahyang
fardhu.
SEMBAHYANG JAMAK
Sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu samada jamak
Takdim atau jamak Takhir. Seseorang yang ingin sembahyang jamak (Takdim atau Takhir) hendaklah
keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor (jika ia berhajat untuk menjamak sembahyang
Zohor dan Asar) atau keluar sebelum masuk waktu Maghrib (jika ia berhajat untuk menjamak
sembahyang Maghrib dan Isyak dari qariahnya.
JAMAK TAKDIM
Jamak Takdim ertinya mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu
pertama seperti sembahyang Fardhu Asar dalam waktu Zohor dan sembahyang Isyak dalam waktu
Maghrib.
Syarat-syarat sembahyang jamak Takdim:
1. Didahulukan sembahyang yang pertama iaitu Zohor, kemudian baru ditunaikan yang kedua iaitu
Asar. Begitu juga Maghrib didahulukan, kemudian baru Isyak. Walaubagaimanapun jika
diterbalikkan, sah sembahyang jamak tersebut.
2. Berniat untuk sembahyang jamak dalam sembahyang yang pertama (bermula dari takbiratul
ihram atau di tengah-tengah sembahyang selagi belum memberi salam). Yang afdhalnya dalam
Takbiratul Ihram.
3. Mualat iaitu berturut-turut antara dua sembahyang yang dikumpulkan. Jangan diselangi dengan
masa yang panjang. Selangmasa yang dibenarkan ialah tidak melebihi kadar masa dua rakaat
sembahyang sunat yang ringkas.
4. Masa berkekalan dalam masa musafir hingga Takbiratul Ihram sembahyang yang kedua (tiada
disyaratkan sampai tamat sembahyang yang kedua itu).
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zohor atau Maghrib) berkekalan hingga
didirikan solat yang kedua (Asar atau Isyak).
JAMAK TAKHIR
Jamak Takhir ertinya mengumpul sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Seperti
Sembahyang Zohor dilaksanakan di dalam waktu Asar dan sembahyang Maghrib di dalam waktu
Isyak
Syarat-syarat sembahyang jamak Takhir:
1. Hendaklah berniat Jamak Takhir dalam waktu yang pertama (Zohor atau Maghrib) seperti hendak
Takhirkan sembahyang fardhu Zohor ke waktu Asar atau Takhirkan sembahyang Maghrib ke waktu
Isyak iaitu ketika bermulanya masuk waktu Zohor atau Maghrib hinggalah berakhirnya waktu
berkenaan.
2. Masih dalam musafir hingga selesai kedua-dua sembahyang.
NOTA :
1. Jarak antara sembahyang dalam jamak Takhir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh
diselangi dengan masa yang panjang.

2. Tidak boleh jamak (Takdim atau Takhir) sembahyang fardhu Asar dengan Maghrib atau
sebaliknya. Fardhu Isyak dengan Fardhu Subuh atau sebaliknya. Juga tidak boleh jamak
sembahyang fardhu Subuh dengan fardhu Zohor atau sebaliknya. Yang dijamakkan ialah zohor
dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

SEMBAHYANG QASAR
Sembahyang Qasar ialah memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat.
Syarat-syarat sembahyang Qasar:
1. Perjalanan atau musafir yang diharuskan oleh syarak atau bukan kerana membuat maksiat.
2. Perjalanan atau musafir yang lebih dua marhala (56 batu/ 91 kilometer)
3. Niat sembahyang Qasar semasa Takbiratul Ihram
4. Solat yang terdiri dripada 4 rakaat (Zohor, Asar, dan Isyak)
5. Berkekalan musafir (masih daalam musafir) sehingga selesai atau sempurna sembahyang.
6. Tidak boleh mengikut orang atau jemaah yang sembahyang secara tamam (sembahyang yang
sempurna empat rakaat)
NOTA:
Kalau diikut Imam sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita. Orang yang
sembahyang tamam boleh berimamkan mengikut orang yang sembahyang Qasar.
LAIN-LAIN PERKARA MENGENAI SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR
1. Sembahyang jamak dan qasar di satu-satu tempat (dalam musafir) boleh dikerjakan selama tiga
hari tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.
2. Jika berniat hendak berhenti di satu-satu tempat (dalam musafir) selama empat hari atau lebih,
maka putuslah musafir sebaik sahaja sampai ke tempat tersebut dan tidak boleh lagi sembahyang
jamak dan qasar. Begitu juga kalau berhenti itu kerana hajat yang tidak boleh lagi selesai dalam
masa empat hari itu maka putus juga musafirnya. Tetapi kalau berhenti itu kerana hajat yang boleh
selesai dalam masa tiga hari (atau hendak berhenti kurang dari tiga hari) maka boleh qasar dan
jamak selama tiga hari itu, selain daripada hari masuk dan hari keluar.
3. Seseorang berniat hendak berhenti terus dari satu tempat, maka berakhirlah musafir apabila
sampai ke tempat tersebut. Ia tidak boleh lagi sembahyang jamak dan qasar kerana ia telah
bermukim di situ.
4. Jika ia berhenti di satu tempat (dalam musafir) kerana ada urusan yang dijangka selesai dalam
masa dua atau tiga hari tetapi urusan itu tidak juga selesai dari sehari ke sehari maka ia boleh
terus sembahyang jamak dan qasar sehingga 18 hari.
5. Seseorang bermusafir dalam keadaan tidak tahu tempoh berhenti atau tiada tempat tertentu
yang dituju tidak boleh sembahyang jamak dan qasar.

6. Seseorang sedang sembahyang qasar dalam kenderaan misalnya, tiba- tiba sampai ke tempat
yang dituju yang tidak dibolehkan jamak dan qasar atau sampai ke tempat asal (tempat
menetap( maka wajib disudahkan sembahyang fardhu itu secara tamam (penuh empat rakaat).
7. Jika bermusafir tetapi tidak tahu hukum dan syarat-syarat mengenai sembahyang jamak dan
qasar, maka ia wajib sembahyang tamam (sempurna) sepanjang musafir.
8. Jika seseorang keluar dari rumah sebelum fajar hari Jumaat, ia diharuskan mengerjakan
sembahyang Jumaat. Tetapi jika ia keluar selepas fajar pada hari Jumaat, ia wajib sembahyang
Jumaat di mana tempat ia mendengar azan semasa ia bermusafir.
PANDUAN MUSAFIR DAN SOLAT DI DALAM PERJALANAN
Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan
dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan
keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki
yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang
yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T .
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bermusafir kerana menuntut ilmu pengetahuan, maka ia adalah dalam
perjalanan Allah, sehinggalah ia kembali ".
PANDUAN BERMUSAFIR
NIAT
Hendaklah niat bermusafir dengan tujuan melaksanakan sesuatu hal yang baik semoga sentiasa
diberkati oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tidak seorang pun yang keluar dari rumahnya kecuali ada dua panji-panji, salah satu di antaranya
berada di tangan malaikat sedang yang lainnya di tangan syaitan. Maka jika keluarnya itu untuk
sesuatu urusan yang disukai Allah S.W.T, ia akan diringi oleh malaikat dengan panji-panjinya.
Demikianlah ia akan selalu berada di bawah panji-panji malaikat sampai ia kembali ke rumahnya.
Sebaliknya jika keluarnya itu untuk sesuatu hal yang dimurkai Allah, maka orang itu akan diiringi
oleh syaitan dengan panji-panjinya. Dan demikianlah ia akan selalu di bawah panji-panji syaitan
sampai ia pulang kembali ke rumahnya". (Riwayat Ahmad dan Tabrani)
SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR
Sunat melakukan sembahyang sunat musafir sebelum berangkat.
Cara-cara sembahyang sunat musafir.
1. Lafaz niat ketika takbiratul ihram ialah seperti berikut:
"Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah"
2. Pada rakaat yg pertama selepas membaca Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun
3. Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
4. Selepas salam berdoalah meminta agar Allah memberikan keselamatan, kemudahan serta
memberkati perjalanan yang hendak dilakukan
SUNAT-SUNAT MUSAFIR
1. Sunat memulakan musafir pada hari Khamis.. Diriwayatkan oleh Bukhari:

"Bahawa Rasulullah S.A.W jika ia bermusafir, jarang ia berangkat bukan pada hari Khamis"
2. Sunat membawa teman ketika bermusafir. dari Ibnu Umar r.a:
"Bahawa Rasulullah S.A.W melarang bersendiri, ertinya bila seseorang itu menginap atau
bermusafir seorang diri". (Riwayat Ahmad)
Baginda juga selalu membawa barang-barang berikut semasa bermusafir iaitu sebotol minyak, sikat
rambut, celak, gunting, kayu sugi dan cermin.
3. Sunat meminta kaum keluarga atau sahabat yang ditinggalkan memohon supaya bertawakkal
kepada Allah supaya mendoakan keselamatan kita dalam perjalanan dan musafir.
4. Sunat berdoa ketika keluar berangkat dari rumah.
"Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah dan tiada daya maupun tenaga kecuali dengan
izin Allah"
5. Jika bermusafir dengan menaiki kenderaan maka sunat pula berdoa:
"Segala puji bagi Allah, maha Suci Allah yang telah menjinakkan( memudahkan ) bagi kami
kenderaan ini, padahal sebelumnya kami takkan mampu menguasainya dan sungguh kami nanti
akan pulang kembali kepada Tuhan kami".
CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG
Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan
menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di
masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang
tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan.
Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal
terbang bolehlah dibuat seperti berikut:
1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolaholah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok.
(Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syaratsyarat sah lain yang diperlukan).
2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan
diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada'kan.
Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak
1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim
"Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah
Taala".
Selepas itu terus sembahyang Asar
"Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala ".
2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir

"Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah
Taala"
Selepas itu terus sembahyang Asar
"Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala ".
3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim
"Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana
Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Isyak
"Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala".
4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir
"Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala".
Selepas itu terus sembahyang Isyak
"Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala".

IBADAH UMRAH
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan
Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya
bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Definisi Umrah.
Definisi Umrah mengikut syara' ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadat ibadat tertentu
iaitu Tawaf, Sa'I, bertahallul dan sebagainya.
Hukum Ibadat Umrah
Mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang diakui dalam
Mazhab Maliki, Ibadah Umrah adalah sunat mua'akkadah yang mana ia adalah sunat yang
digalakkan. Dan pendapat jumhur ulama mengatakan Umrah itu wajib dilakukan seumur hidup
sekali dan jika diulangi menjadi sunat dan memperolehi pahala yang banyak apatah lagi ditunaikan
pada bulan Ramadhan yang mana menyamai pahala Ibadat Haji.
Syarat wajib haji dan umrah:
(a) Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
Istitaah @ berkemampuan:
(a) terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang
ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau

kumpulan
wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya
Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah
Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan
ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di
wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah
ialah:1.
Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara
keduanya.
2.
Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
3.
Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang
dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
4.
Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu
tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak
diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
5.
Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan
berperang.
6.
Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan
PENGERTIAN UMRAH DAN HUKUMNYA
Pada bahasa : Ziarah.
Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syaratsyarat tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana
Firman Allah Taala :


Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah : 196)
Rahsia dan kelebihan Ibadah Umrah
Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan
ketentuan adanya istitha'ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di
wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah
ialah:1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang
dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah
suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan
tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya "masuklah ke dalam syurga"
5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan
berperang.
6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan
PENGERTIAN UMRAH DAN HUKUMNYA
Pada bahasa : Ziarah.
Pada istilah : Menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu mengikut syaratsyarat tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Hukum mengerjakan umrah adalah seperti hukum mengerjakan haji sebagaimana
Firman Allah Taala :

Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah : 196)

RUKUN UMRAH
Rukun Umrah:- Iaitu perkara asas yang mesti dilakukan dan sekiranya tertinggal salah satu,maka
terbatallah ibadah umrah dan terpaksa mengulanginya semua amalan itu hingga selesai dan wajib
diqadakan. Jika melakukan rukun dengan tidak memenuhi syarat juga tidak sah dan terlanggar
larangan dalam ihram, haruslah membayar dam
Rukun Umrah ada lima iaitu :1) Niat
2) Tawaf di Baitullah
3) Saei di antara Bukit Safa dan Marwah.
4) Bercukur atau bergunting
5) Tertib
BERIHRAM
Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta niat.
NIAT IHRAM UMRAH







Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
Wanita yang sedang berhaid dan nifas boleh berniat Umrah dan terpaksa menunggu hingga bersih,
barulah boleh melakukan Tawaf untuk Umrahnya dan menyelesaikan segala amalan amalan
Umrahnya yang lain.
PERKARA-PERKARA YANG HARAM SEMASA IHRAM
1.
Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
2.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
3.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian, dan makanan.
4.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
5.
Mencabut bulu atau rambut dari badan
6.
Memotong kuku.
7.
Membunuh binatang buruan.
8.
Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
9.
Jimak (bersetubuh)
Melakukan akad nikah, mewalikan pernikahan, atau menikahkan. Nikah yang dilakukan dalam masa
ihram adalah tidak sah.
Hukum melanggar larangan dalam ihram
Terdapat 3 hukuman kepada mereka yang melanggar larangan dalam ihram:
1.
Melakukan dengan hajat dan tanpa uzur, hukumnya berdosa dan wajib membayar dam
2.
Melakukan tanpa niat tetapi terpaksa, hukumnya tidak berdosa tetapi wajib membayar dam
3.
Kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa, dipaksa atau dilakukan ketika tidur maka tidak
berdosa dan tidak dikenakan dam.
Perkara sunat dalam Ihram
1.
Mandi sunat ihram
2.
Sembahyang sunat ihram.
3.
Bagi wanita pula sunat menginaikan kedua dua tangannya..
4.
Waktu yang paling baik untuk berniat ihram ialah waktu kenderaan dan kenaikan mula
bergerak dan sekiranya berjalan kaki ialah sewaktu memulakan langkah.
5.
Bacaan talbiah dalam perjalanan dari miqat menuju ke Tanah Haram Makkah. Bacaan
Talbiah:
" , , , ,"
Hambamu telah datang menyahut panggilanMu,Ya Tuhan,hambaMu datang menyahut
panggilanMu, Sesungguhnya segala puji pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu dan
tidak ada sekutu bagiMu
6.
Selawat, selepas talbiah berselawatlah sekurang kurangnya 3 kali. Adalah lebih afdal
membaca selawat sebagaimana selawat yang dibaca di akhir tasyahud dalam solat fardu:


Ya Allah, rahmatilah penghulu kami, Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad
Perkara yang diharuskan semasa Ihram
1.
Membasuh kepala dengan sebarang bahan yang boleh membersihkannya.
2.
menggunakan celak yang tidak mempunyai bau harum. Celak batu makruh digunakan
kecuali jika perlu.
3.
Berkhatan,berbekam dan membuang darah melalui urat juga diharuskan.
4.
Mencabut gigi, membalut anggota yang patah
5.
Mendendangkan syair yang tidak mengandungi unsur unsur dosa.
6.
Menggunakan cermin tilik
7.
Membunuh binatang yang jahat seperti tikus,begitu juga binatang buas, serangga yang
membahayakan seperti nyamuk,lalat dan sebagainya mengikut pendapat jumhur Ulama selain
Ulama Maliki.
8.
Memburu binatang air, menyembelih binatang peliharaan jinak seperti ayam, itik dan
sebagainya yang dipelihara.
9.
Berteduh di bawah bayangan rumah,berpayung dan sebagainya yang tidak bersentuh
dengan kepala.
10.
Memakai tali pinggang tempat menyimpan wang
11.
Membawa senjata dan memerangi seteru, begitu juga memakai jam dan cincin
12.
Mengurangkan percakapan dalam semua keadaan.
Hikmah berihram
Orang orang Islam yang beriman kepada Allah, tidak akan membezakan satu sama lain samada
keturunan,pangkat, warna kulit, pakaian dan kedudukan. Oleh itu di dalam ihram diwajibkan
memakai pakaian yang tidak berjahit dan berwarna putih supaya kita tidak dapat membezakan
antara satu sama lain dan di sisi Allah semua makhluknya adalah sama, yang membezakannya
adalah amalan masing masing. Dan di sunatkan memakai pakaian putih adalah kerana putih itu
melambangkan kebersihan dan Allah suka kepada kebersihan.
TAWAF DI BAITILLAH
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Pekerjaan pertama
yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ketika baginda sampai di Mekah ialah baginda berwuduk kemudian
Tawaf di Baitullah. Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dengan yakin dan semata mata
untuk tawaf. Sekiranya syarat syarat tidak dilaksanakan, maka tawaf itu tidak sah dan Umrahnya
juga terbatal. Lafaz niat tawaf ialah:
""
Ya Allah, aku hendak melakukan tawaf Baitullahil Haram tujuh keliling tawaf Umrah kerana Allah
Taala.
JENIS-JENIS TAWAF
1.
Tawaf Ifadhah : Tawaf ziarah atau tawaf rukun
2.
Tawaf Qudum : Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah. tidak
perlu bagi jemaah yang mengerjakan ibadah umrah.
3.
Tawaf Wida : Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.
4.
Tawaf Sunat
5.
Tawaf Nazar : Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.
Tawaf Qudum
Tawaf Qudum tidak perlu dilakukan oleh 3 kategori manusia:
1.
Penduduk Makkah dan mereka yang sama dengan hukum dengannya, iaitu mereka yang
tinggal dalam lingkungan miqat
2.
Mereka yang mengerjakan ibadah umrah atau haji secara tammattu
3.
Mereka yang mengerjakan ibadat haji tetapi terus ke Arafah untuk wukuf

Tawaf Ifadhah atau Tawaf Ziarah


Ulama sepakat bahawa Tawaf Ifadhah ini merupakan rukun bagi ibadah Umrah. Tanpanya ibadat
umrah tidak akan terlaksana.
Tawaf Wida
Tawaf Wida - meninggalkan tawaf Wida dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan dam
kecuali yang tidak berkuasa langsung sampai ke Masjidil Haram dan adalah sunat tetapi digalakkan
untuk mereka yang mahu keluar dari Makkah walaupun dia merupakan penduduk Makkah
Selain daripada 3 jenis ini, dikira sebagai tawaf sunat.
Syarat syarat Sah Tawaf 1.
Hendaklah dimulakan digarisan yang membetuli dengan Hajar al Aswad.
2.
Berniat melakukan tawaf,
3.
Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan.
4.
Sentiasa mengarahkan bahu kiri ke arah Kaabah
5.
Semata semata untuk tawaf
6.
Dilakukan di dalam masjid, di luar Hijir Ismail dan tidak menyentuh mana mana bahagian
Kaabah
7.
Suci daripada najis dan dalam keadaan berwuduk
8.
Menutup aurat seperti mana di dalam Solat.
Sunat Sunat Tawaf
1.
Berjalan kaki walaupun seorang perempuan.
2.
Mengistilamkan Hajar al Aswad dengan tangan kanan kemudian mengucupnya dengan
meletakan tangan di dahi.
3.
Setiap tawaf itu hendaklah berdoa dan memohon apa saja yang dihajati. Doa yang
mathur adalah lebih baik daripada sebaliknya dan Al Quran adalah sebaik baik zikir yang
diucapkan.
4.
Bagi setiap tawaf yang di ikuti dengan Sai, tiga pusingan tawaf yang awal hendaklah
dilakukan secara berlari anak, selebihnya berjalan macam biasa.
5.
Bagi orang lelaki dan kanak kanak hendaklah memakai selepang yang disangkut ke atas
bahu kiri serta dililitkan ke bawah ketiak kanan semasa tawaf dan sai
6.
Dilakukan secara berturut turut.
7.
Sunat merapatkan diri dengan Kaabah
8.
Sembahyang 2 rakaat selepas tawaf dibelakang Maqam Ibrahim
9.
Sunat juga memasuki Hijir Ismail sebanyak yang boleh untuk bersembahyang sunat.
Kelebihan dan Hikmah Tawaf
Amalan tawaf di keliling Kaabah dimulakan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Ibrahim a.s dan
keluarganya dan juga amalan amalan para malaikat. Allah Taala telah menurunkan pada setiap
hari kepada orang orang yang berada di Masjid Haram sebanyak 120 rahmat, 60 rahmat bagi orang
yang tawaf, 40 rahmat kepada sesiapa yang bersembahyang dan 20 rahmat kepada yang
memandang Kaabah. Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah adalah semata mata untuk membesarkan
Allah dan kekuasaanNya, bukan untuk memuja dan mendewakan Kaabah yang berbentuk kubus
yang dibina oleh manusia sendiri. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali. 7 adalah angka
banyak yang paling minima dan 7 kali tawaf dikira cukup banyak bagi anak Adam yang
kekuatannya terbatas berbanding dengan kekuatan para malaikat. 7 juga adalah angka ganjil dan
Allah suka kepada angka ganjil. Rasulullah menyuruh para sahabat berlari kecil pada 3 pusingan
pertama sesudah diberitahu bahawa orang orang Makkah mencemuh dan mengejek ngejek para
sahabat yang tawaf dalam keadaan letih sesudah berjalan jauh. Ini bertujuan membuktikan bahawa
tuduhan musyrikin Makkah adalah tidak benar kerana kaum muslimin kebanyakkanya masih sihat
dan bertenaga. Mereka juga disuruh membuka bahu dan lengan di sebelah kanan supaya kekuatan

lengan dapat dilihat oleh musuh. Sebab itulah di syaratkan bahu kiri hendaklah sentiasa mengarah
ke Kaabah. Dan sentiasa berpusing ke arah kiri sahaja.
SAE'I
Berjalan dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dengan yakin dan semata
mata untuk Sai. Lafaz niat Sai ialah:
""
Ya Allah ya Tuhanku, sahaja aku bersai di antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai Umrah kerana
Allah Taala
SYARAT-SYARAT SAE'I
1.
Dilakukan selepas Tawaf rukun / Tawaf Qudum.
2.
Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.
3.
Sampai ke hujung setiap tempat Saei.
4.
Berniat Saei semata-mata kerana Allah Taala.
5.
Cukup bilangan 7 kali. Bilangan dikira sekali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
SUNAT-SUNAT SAE'I
1.
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat bertanda hijau.
2.
Menghadap Qiblat dan melambai-lambai kedua-dua tangan serta bertakbir di Safa dan
Marwah.
3.
Keluar ke tempat Saei melalui Bab Al-Safa.
4.
Berdoa.
5.
Berwudhuk.
6.
Berjalan kaki.
7.
Berturut-turut
Sai tidak perlu berwuduk, berwuduk dan pusingan yang berturut turut hukumnya sunat sahaja
Hikmat bersai di Safa dan Marwah
Untuk menghayati atau menyorot kembali amalan Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s yang dimuliakan
oleh Allah. Siti hajar berjalan kaki dan berlari di antara bukit Safa dan Marwah untuk mencari air
untuk si anak kecilnya Nabi Ismail. Siti Hajar berjalan ketika pergi dan berlari ketika pulang sebaik
di dengar suara tangisan Nabi Ismail yang di tinggalkan tidur sendirian. Pengalaman pahit yang
ditempuh oleh Siti Hajar akhirnya berjaya dilaluinya dengan tabah demi mematuhi perintah Allah.
Maka seseorang yang mengerjakan Sai seharusnya mengenang kembali pengalaman pahit yang
dilalui oleh Siti Hajar.
BERCUKUR
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di
kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya. Dan bagi wanita dengan sekadar panjang jari
tangan dan dilakukan selepas Sai. Dengan ini terlepaslah dari pantang larang yang dikenakan
semasa dalam ihram.
Hikmah bercukur atau bergunting
Membuang sebahagian rambut yang tidak terurus dan berdebu dengan tujuan untuk
mendandannya adalah suatu tradisi yang melambangkan kebersihan dan kekemasan diri
khususnya bagi para musafir yang baru selesai melalui berbagai cabaran dan keadaan yang tidak
selesa akibat pantang larang yang wajib dijaga selama yang ditentukan.
Tertib
Iaitu berturutan rukunnya yang mana dahulu patut didahulukan dan mana kemudian
dikemudiankan.
Kesemua rukun yang disebutkan itu tidak boleh diwakilkan kepada orang lain, mestilah dilakukan
sendiri samada diusung, diupah dan sebagainya.
Tempat tempat yang makbul untuk berdoa
1.
Ketika mula mula melihat Kaabah

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Di dalam Kaabah (di antara Hijir Ismail dan Kaabah juga di kira kawasan Kaabah)
Di Multazam (di antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah)
Di Rukun Hajar al Aswad
Di Rukun Yamani
Di Hijir Ismail
Di Maqam Ibrahim
Ketika bertawaf
Di Telaga Zam Zam
Ketika minum air Zam Zam
Di laluan Sai termasuk di Safa dan Marwah
Di bawah Saluran Kaabah

WAJIB UMRAH
Wajib Umrah :- Ialah kewajipan amalan mesti dilakukan sebagai pelengkap rukun. Sekiranya
tertinggal salah satu atau sengaja meninggalkanya, Umrahnya tetap sah tetapi tidak sempurna dan
dikenakan dam (denda) dan jika ditinggalkan secara sengaja adalah berdosa. Jika tidak dibayar
dam, tergantunglah pahala amalannya di antara langit dan bumi.Wajib Umrah ada dua perkara iaitu
:1.
Melakukan niat umrah di miqat .
2.
Menjauhi segala larangan semasa ihram.
MIQAT
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.
Miqat terbahagi kepada 2 :
a)
Miqat Zamani
Pengertiannya adalah sempadan masa untuk mengerjakan ibadat umrah. Jumhur Ulama
sependapat bahawa ibadat umrah itu harus dikerjakan sepanjang tahun pada bila bila masa
sahaja,dengan kata lain miqat zamani bagi ibadah umrah adalah seluruh tahun. Menurut Mazhab
Maliki dan Hanafi pula ibadat Umrah adalah sunat. Rasulullah s.a.w telah melakukan umrah
sebanyak 4 kali, semuanya dalam bulan Zulkaedah kecuali yang dilakukan bersama dengan
hajinya. Kali pertama baginda melakukannya dalam tahun keenam hijrah dilakukan dari
Hudaibiyah, kali kedua pada tahun ketujuh hijrah iaitu umrah qada, kali ketiga dalam tahun
kelapan hijrah. Iaitu tahun pembukaan Makkah dan kali keempatnya dikerjakan bersama dengan
hajinya iaitu berihram pada bulan Zulkaedah dan melakukan Umrah pada bulan Zulhijjah. Mengikut
Mazhab Syafii dan Hanbali, adalah tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu melakukan umrah
berulangkali dalam satu tahun. Ini kerana Aisyah sendiri melakukan umrah dua kali sebulan
dengan suruhan daripada Rasullullah s.a.w. Kali pertama dilakukan bersama ibadat haji (Haji Qiran)
dan kali kedua selepas dia selesai mengerjakan haji.. Ulama Mazhab Maliki pula menganggap
makruh diulang ibadah umrah dalam tahun yang sama.
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua harihari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada
hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada harihari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.
b) Miqat Makani :
Dari segi bahasa, miqat makani bererti sempadan tempat, tetapi mengikut istilah syara ia bererti
tempat yang ditentukan untuk ibadat tertentu. Seseorang itu tidak harus melintasi sempadan
miqat tanpa berniat ihram, jika tidak, maka di perlulah membayar dam ataupun kembali semula ke
sempadan miqat.
Sempadan Sempadan MIqat
1) Yalamlam Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara,
kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.
2) Zulhulaifah Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan
tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu
kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan

hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga
dinamakan satu marhalah.
3) Juhfah Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari
arahnya.Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4) Qarnul Manazil Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan
Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di
belakangnya.
5) Dinamakan Zaatul Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan
sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh
2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah
disepakati oleh para ulama.
6) Mekah (dari rumah mereka) Untuk penduduk Mekah sendiri
DAM
Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke
atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji
atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan
samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama Syafii,
satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun
berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang
diberikan sebanyak setengah gantang.
HIKMAH DAM
1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji/umrah
2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji/umrah
3) Meringankan bebanan jemaah haji/umrah
Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan
Dam takhyir takdil.
JENIS-JENIS DAM
1) Dam tertib takdir
Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak
(takdir)
Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
KESALAHAN
1) Tidak berihram di miqat
2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk
3) Luput waktu di Arafah
4) Tidak bermalam di Mina
5) Tidak melontar jamrah
6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari , 3 hari di Makkah dan 7
hari apabila pulang ke tempat masing-masing
Bagi jemaah yang meninggalkan tawaf wida hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari
Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.
2) Dam tertib takdil
Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut
kemampuan masing-masing
KESALAHAN
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul.
BAYARAN
Menyembelih seekor Unta Sekira tidak mampu Menyembelih seekor Lembu Sekira tidak
mampu Menyembelih 7 ekor kambing Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai
harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari
mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.
2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram

BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan nilai
harga kambing dan bercukur Sekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing
disedekahkan kepada fakir miskin Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut
bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.
3) Dam takhyir taqdir
Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir)
KESALAHAN
1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki
2) Memakai bau-bauan.
3) Memotong kuku.
4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal
BAYARAN
Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin Atau Bersedekah 2 cupak
makanan kepada enam orang fakir miskin Atau berpuasa selama 3 hari
4) Dam takhyir takdil
Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan
harga sebanding.
KESALAHAN
1) Berburu binatang darat.
2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram
BAYARAN
Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. Atau Membeli
makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau Berpuasa mengikut bilangan cupak
makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.
FIDYAH
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangiwangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
Berpuasa tiga hari atau Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang
diberikan setengah gantang atau Menyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah
Taala yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di
kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau
bersedekah atau menyembelih Dam.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau
menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin
diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.
Mereka
Boleh
Fidyah
Sama

yang
memilih
dengan

membunuh
samada
kerana
Fidyah

binatang
memberi

buruan
yang
makanan

bercukur

menggauli
kerana

susah
atau

didapati:
berpuasa.

terpaksa.

isteri:

Fidyah bersetubuh:
Sekiranya
berlaku
sebelum
Tahallul
Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari
dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya
berlaku
selepas
Tahallul
Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.

Perlu diingatkan bahawa sebelum kembali ke tanah air atau meninggalkan Makkah,
hendaklah diteliti amalan amalan Umrah yang kita lakukan itu ada kecacatan atau
tersalah dan hanya kita dan Allah sahaja yang tahu kesalahan kita. Jika dikenakan dam,
hendaklah ditunaikan di Makkah kerana tidak boleh dibayar ditempat lain kecuali
berpuasa ganti mengikut peraturannya.

Anda mungkin juga menyukai