Anda di halaman 1dari 1

Terdapat beberapa ciri pendebat terbaik yang perlu diketahui. Ciri yang pertama ialah keilmuan.

Pendebat perlulah memahami tajuk dengan jelas dan perlu dianalisis dengan teliti segala tajuk yang
berkaitan. Isi, fakta, contoh dan bukti perlulah dikuasai dengan baik dan seterusnya mengolah isi-isi
berkenaan mengikut satu pola yang mudah difahami dan berjaya menarik minat audiens. Ciri yang
kedua pula ialah kecekapan berbahasa. Pendebat seharusnya perlu menguasai tatabahasa dengan
baik dan bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan. Bahasa yang
bertatasusila juga harus dipratikkan supaya dapat menyampaikan maksud dengan jelas dan tepat.
Ciri yang terkahir ialah dari aspek gaya penyampaian. Pendebat yang baik akan mempunyai
kelebihan dari segi kelancaran semasa berhujah serta nada dan intonasi sangat dititikberatkan.
Pendebat juga hendaklah dapat mengawal emosi dan pandai menyesuaikan mimik muka serta gerak
lakunya dengan situasi. Dalam hal ini, perawakan dan kebolehan pendebat menarik minat audiens
adalah sangat penting.

Anda mungkin juga menyukai