Anda di halaman 1dari 2

SJKT PASIR GUDANG

KERTAS KERJA WAWANCARA ASTRO MENGENAI TARIAN SINGA DI SEKOLAH

1.0 TAJUK

Wawancara Astro Tarian Singa (Rakaman)

2.0 RASIONAL

Wawancara ini bertujuan untuk menonjolkan bakat anak murid kita ditontoni di
kalangan masyarakat serta memberikan semangat kepada ibu bapa murid yang
terlibat dalam mempelajari tarian tradisi kaum lain.

3.0 MATLAMAT

Kelas tarian singa bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang baik di


antara murid serta guru-guru. Kelas tarian singa ini juga boleh dianggap sebagai
sesi pembelajaran berterusan dan platform untuk mendidik murid-murid mengenai
semangat perpaduan, yang boleh disuburkan melalui sambutan perayaan. Selain
itu, kelas ini juga mampu memberi aura positif melalui jalinan hubungan baik dalam
kalangan masyarakat majmuk di sekolah dan masyarakat di negara kita.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Menghuraikan fungsi tarian singa dalam warisan kesenian masyarakat Cina.
4.2 Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum.
4.3 Mengapresiasi sumbangan pelbagai kesenian dalam pembentukan budaya
Malaysia.
4.4 Menerima dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 19 November 2023


Hari : Ahad
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Ruang Aktiviti Pelajar
6.0 KUMPULAN SASARAN:

6.1 Semua ahli kelab tarian singa SJKT Pasir Gudang


( kelulusan ibu bapa )
6.2 Pentadbir Sekolah
6.3 Pegawai PPD
6.4 YDP PIBG
6.5 Semua ibubapa murid yang terlibat

7.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap kelas Tarian Singa ini dapat memberi pendedahan kepada
semua murid di SJKT Pasir Gudang tentang keunikan warisan dan kebudayaan
bagi masyarakat majmuk di Malaysia di samping dapat merasa bangga dengan
kekayaan kesenian Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. …………………… …………………..


Thilagavathy A/P Chakrapani
Guru Besar
SJKT Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai