Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA HARI MALAYSIA 2023

TEMA

‘Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Hari
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 selari mendasari konsep TEKAD pemimpin bersama
rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai
semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. HARAPAN
Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat
mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan
budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

1.0 RASIONAL

Program Hari Malaysia 2023 perlu dilaksanakan bagi mendidik para pelajar agar
memahami dan menghayati sejarah perjuangan negarawan-negarawan ulung terdahulu
seterusnya membina sikap menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Lagu-lagu patriotik
boleh menuipkan semangat cinta kepada negara agar mereka menjadi anak Malaysia
yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi
untuk sedia berkorban demi bangsa, agama dan negara.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program pelajar akan dapat;

2.1 Memperingati Hari Malaysia yang ke-60 pada 16 September 1963.

2.2 Menyemai dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan seluruh warga
sekolah.

2.3 Menggalakkan warga sekolah khasnya pelajar menghayati dan menghargai


keamanan dan kemakmuran hasil dari kemerdekaan.

2.4 Menerapkan nilai-nilai moral yang baik seperti bersikap jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab.
3.0 KUMPULAN SASARAN

Seluruh warga sekolah, guru-guru dan kakitangan terutama pelajar-pelajar


SJK(TAMIL)Raub.

4.0 SUMBER KEWANGAN

Unit Kokurikulum dan PIBG.

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

15 September 2023.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG HARI MALAYSIA

(Rujuk Lampiran A)

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Anggaran perbelanjaan

NO PERKARA TEMPAT TEMPAT TEMPAT JUMLAH


PERTAMA KEDUA KETIGA (RM)

1 Pameran Mereka Cipta bertema Malaysia 1 x RM10 1 x RM8 1 x RM5 RM 23.00

2 Pertandingan Menghasil Poster 1 x RM10 1 x RM8 1 x RM5 RM 23.00

3 Pertandingan Jom Mewarna 9 x RM10 9 x RM8 9 x RM5 RM 207.00

4 My Malaysia (video) 30 x RM5 - - RM 150.00

5 Pertandingan Nyanyian Patriotik 7 x RM10 7 x RM8 7 x RM5 RM 161.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 564.00


8.0 TENTATIF PROGRAM

 7.30 BERKUMPUL DI DEWAN

 LAGU NEGARAKU

 LAGU NEGERI PAHANG

 BACAAN DOA

 TAYANGAN VIDEO HARI MALAYSIA

 UCAPAN GURU BESAR

 PERSEMBAHAN GIMIK

 PERSEMBAHAN MURID

 TAYANGAN VIDEO PERSEMBAHAN MURID

 PERSEMBAHAN MURID

 TAYANGAN VIDEO KHAS-GURU

 7 LAUNGAN KEMERDEKAAN

 BERSURAI

9.0 JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA


JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : TAMILVANEN KRISHNAMOORTHY (Guru Besar)

Pengerusi : EN MURALEE RAMAN (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : PN SARASWATHY SUBRAMANIAM (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : PN THEVAGI GOVINDASAMY (PK Hem)

Setiausaha : CIK RAJALETCHUME UDAYA SOORIAN

JAWATANKUASA KERJA

Pengacara Majlis : PN L. SINTHU

Buku Program : CIK U. RAJALETCHUME

Gimik : CIK K. SANGEERTANA & CIK R JAASHWINI

Perhiasan Dewan : PN N. KALIAMMAH & CIK K. NITHIA

Persembahan Murid : CIK SHALINI SHREE

Juru Gambar & PA Sistem : CIK SITI HAJAR BT MARZUKI

Video Sejarah : CIK U. RAJALETCHUME

Lagu Patriotik : PN M. LETCHUMIAMMAL

Dokumentasi : CIK U. RAJALETCHUME

10.0 PENUTUP
Semoga Program Hari Malaysia 2023 yang telah dirancang ini dapat mencapai objektifnya
dan memberi manfaat kepada para pelajar dan individu yang menyertainya. Program ini
juga diharap dapat menggalakkan pelajar memanfaatkan masa yang terluang sepanjang
bulan kemerdekaan.Sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat diharapkan agar
dapat menjayakan program ini.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

…………………………………………............. …….
………………………………………
(RAJALETCHUME A/P UDAYA SOORIAN) (TAMILVANEN A/L KRISHNAMOORTHY)
Setiausaha Kelab Rukun Negara, Guru Besar,
SJK Tamil Raub. SJK Tamil Raub.
Lampiran D
Lampiran A

PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG HARI MALAYSIA

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN

1 Pameran Mereka Cipta bertema Malaysia 15 September 2023 Cik.U.Rajaletchume

2 Poster Malaysiaku 15 Ogos hingga 15 Cik.U.Rajaletchume


September 2023

3 Jom Mewarna 15 September 2023 Guru matapelajaran

4 Nyanyian Patriotik 14 September 2023 Guru matapelajaran

5 My Malaysia (video) 15 Ogos hingga 15 Cik.U.Rajaletchume


September 2023
Guru Kelas

Anda mungkin juga menyukai