Anda di halaman 1dari 1

Program Merekayasa Sastera

Program Merekayasa Sastera ini merupakan program akademik bagi sesi suai kenal dan ikatan mesra sastera
warisan antara para pelajar Tahun 2 Semester Tiga Sesi Februari yang baru mendaftar ke bidang Kesusasteraan
Warisan ini dengan para pelajar Tahun 3 serta para pensyarah yang terlibat. Program ini amat penting untuk
memperkenalkan bidang Kesusasteraan Warisan kepada para pelajar Tahun 2 supaya mereka lebih mengenali
elektif Kesusasteraan Warisan dengan lebih dekat. Pelaksanaan program ini juga dilakukan agar dapat memberi
pendedahan awal kepada pelajar Tahun 2 dalam mengetahui dengan lebih terperinci tentang bidang
Kesusasteraan Warisan yang terdapat di UMK.

Malam Cakna Puisi


Majlis Malam Cakna Puisi Melayu telah diadakan pada 5 Disember 2016. Program ini di bawah pantauan Dr.
Nordiana binti Ab Jabar yang juga merupakan pensyarah bagi subjek tersebut. Program Malam Cakna Puisi
Melayu merupakan program akademik bagi penilaian akhir yang wajib dihadiri dan diikuti oleh semua pelajar
Kesusasteraan Warisan tahun 3. Program ini berlangsung di Laman Tok Janggut, Universiti Malaysia
Kelantan.Objektif awal program ini ialah memberi peluang kepada pelajar sastera untuk mengekspresikan
pembelajaran dalam kursus Puisi Tradisional .Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan setiap kelas tutorial
mempersembahan puisi tradisional seperti syair, gurindam, seloka, talibun, teromba dan pelbagai lagi. Program
ini mampu melihat keseimbangan pelajar dalam teori dan juga praktikal.

Sembang Pangkin Sastera


Program ini merupakan satu program berkala dan bertujuan untuk menyemarakkan semangat sastera dalam
kalangan pelajar terutamanya Pelajar Kesusasteraan Warisan serta memberi peluang kepada pelajar sastera
untuk mengekspresikan bakat-bakat yang terpendam. Objektif awal program ini adalah untuk melahirkan dan
mencungkil bakat kreatif para Pelajar Kesusasteraan Warisan, meningkatkan komunikasi dua hala antara para
panel dan pelajar serta mencipta keyakinan dalam diri pelajar untuk berkomunikasi di khalayak ramai. Tema
program ini adalah perbualan santai di antara para panel dan pelajar. Isu-isu yang dikupas adalah isu-isu semasa
yang berkait rapat dalam bidang Kesusasteraan.

Bengkel Skrip Drama TV dan Filem / Bengkel Skrip Drama Radio


Program ini merupakan satu program mengasah bakat pelajar Kesusasteraan Warisan dalam bidang penulisan
kreatif. Panel memberikan perkongsian kepada pelajar ke arah melahirkan bakat baru dalam bidang penulisan
skrip. Program ini merupakan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

Anda mungkin juga menyukai