Anda di halaman 1dari 11

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 PISMP


AMBILAN JAN 2014
Nama
Opsyen
No. Kad
Pengenalan
No. Matrik
Tarikh BIG
Tempat

: BELINDA HII LU ING


: PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) AMBILAN
JANUARI 2014
: 940731-12-5342
: IPGKG/PISMP/BM(SJKC) /2014/01/001
: 28-08-2014
: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG)
IPG Kampus Gaya Fasa Dua merupakan aktiviti yang wajib diadakan dan disertai oleh
PISMP Ambilan Januari 2014. Program Bina Insan Guru pada tahun ini telah disertai oleh
empat opsyen iaitu PISMP TESL Semester 2, PISMP Pendidikan Seni Visual Semester 2,
dan PISMP Bahasa Melayu Semester 2 dan PISMP Matematik Semester 3 yang telah
menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan adalah
bertujuan untuk mempersiapkan para peserta untuk menjadi bakal guru yang berwibawa
dan berkualiti.
Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama, nilai dan
akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan
program.

Dalam usaha melahirkan tenaga pendidik yang memiliki personaliti unggul,

program Bina Insan Guru (BIG) telah memainkan peranan sebagai suatu wahana ke arah
pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini
melibatkan semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
Program ini yang dilaksanakan di tempat masingmasing dalam sepanjang tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar didedahkan mengenai pengenalan diri
secara mendalam dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai pembina modal insan secara berterusan.
Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)


etika profesional yang tinggi serta sentiasa bersiap siaga menempuhi pelbagai cabaran
yang mendatang.
Pelaksanaan program Bina Insan Guru menekankan pembelajaran di luar bilik
darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan
ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan guru pelatih. Di
samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru
juga diperkasakan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan
beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan
kepada prinsip Rukun Negara.

Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan

masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

MATLAMAT
Program ini merupakan satu usaha pencetus, pembinaan insan guru yang berahlak mulia,
bersemangat juang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:1. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
2. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.
3. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat.
4. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
5. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)


7. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
8. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
9. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.

STRATEGI PERLAKSANAAN
Pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ke-2 Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya 2014 ini merupakan satu program perkhidmatan awam yang dilaksanakan berfokus
kepada aktiviti gotong-royong. Lokasi yang dipilih iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya

menepati

kehendak

program

yang

mana para pelajar

dikehendaki

untuk

membersihkan tapak dan kawasan institut.


Program perkhidmatan awam ini memberi peluang kepada peserta untuk
mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan, persediaan,
dan pengendalian aktiviti. Melalui kursus ini, para peserta diuji keupayaan daya tahan
mereka di dalam aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial semasa melaksanakan
aktiviti. Di samping itu, program ini memupuk kesedaran dalam kalangan peserta tentang
kepentingan melalui penglibatan langsung dalam aktiviti.
Beberapa strategi pelaksanaan telah dilaksanakan, antaranya ialah merancang
dengan teliti aktiviti perkhidmatan awam bagi mencapai matlamat yang dikehendaki dan
menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan serta memberi penghargaan
dan pengiktirafan kepada semua pihak terutamanya pihak pekerja pembersihan institut dari
semasa ke semasa.

REFLEKSI INDIVIDU

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)


Pada 25 Ogos 2014 (Isnin), kami telah diberi taklimat mengenai program Bina Insan Guru
Fasa Ke-2 di Dewan Utama IPG Kampus Gaya. Kami telah membina jawatankuasa dan
Ahli Jawatankuasa telah menjalankan tugas masing-masing sepanjang proses persediaan
Progam BIG kali ini.

Pada 28 Ogos 2014 bersamaan dengan Khamis, kami seramai 74

orang guru pelatih PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2014 dan PISMP Semester 3
Ambilan Jun 2013 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya di bawah bimbingan Encik
Ladius Emor telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekitar Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya sepanjang 2 jam dari pukul 2 petang hingga 4 petang sebagai salah satu
aktiviti khidmat masyarakat bagi Program Bina Insan Guru (B.I.G) Fasa 2.
Tujuan program aktiviti khidmat masyarakat membersihkan IPG Kampus Gaya ini
bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang
seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme,
aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada
komuniti, berkauntabiliti dan amanah dan krativiti dan inovatif. Selain itu, tujuan aktiviti B.I.G
ini juga ialah membentuk pelajar untuk menabur khidmat bakti kepada masyarakat selaras
dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan masyarakat yang
cemerlang. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk guru pelatih yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Kami mula pada pukul 2 petang yang mana kami diagihkan kepada kumpulan
mengikut opsyen masing-masing. Pada mulanya, kami mendengar ucapan alu-aluan yang
diberikan oleh pensyarah kami, iaitu Encik Ladius Emor. Beliau menegaskan kami supaya
menjaga keselamatan semasa melakukan kerja amal membersihkan kawasan institut.
Selepas itu, kami diberi tugas oleh pekerja pembersihan mengikut kawasan tertentu.
Pekerja-pekerja pembersihan telah menjawab soalan yang kami kemukakan dan memberi
bantuan kepada kami untuk menjalankan tugas gotong-royong.
Selepas itu, kami pun mula melakukan kerja amal membersihkan kawasan institut.
Kami telah membahagikan tugas berdasarkan kumpulan masing-masing. Terdapat tugas
iaitu menyapu lantai, membersihkan longkang, mengelap tingkap-tingkap dan juga
membuang sampah-sarap. Saya yang merupakan opsyen dari kumpulan PISMP Bahasa
Melayu Semester 2 telah diarah untuk membersihkan kawasan dari GERKO ke Pengurusan
Am. Dengan ini, kami berusaha membuat kerja pembersihan dengan menggunakan alatan

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)


yang telah disediakan oleh pihak pekerja pembersihan untuk digunakan sepanjang program
tersebut.
Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh pekerja pembersihan
yang bekerjasama dengan kami menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.

Selepas

memahami rutin harian pekerja pembersihan, saya melaksanakan tugas saya untuk
membersihkan kawasan institut dengan sedaya upaya dan program ini memberi iltizam
kepasa saya untuk berusaha menjaga kebersihan kawasan institut.

Aktiviti khidmat

masyarakat merupakan aktiviti yang sangat seronok di samping memberi latihan kepada
kami sebagai persediaan untuk menggalas tugas sebagai seorang guru kelak.
Dengan kerjasama setiap pasukan kerja, kami menyiapkan tugasan pembersihan
kami dalam tempoh masa lebih kurang 2 jam. Kami berjaya menghabiskan semua aktiviti
yang

telah

dirancangkan.

Sepanjang

menyertai program

ini,

saya rasa

sangat

beruntung kerana mendapat pelbagai pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung
dan menganggap ini peluang untuk mempersiapkan diri untuk menempuh masa hadapan.
Saya turut berasa bersyukur atas jasa para pekerja pembersihan yang bertungkus-lumus
menjaga kebersihan dan keindahan kawasan institut kami. Penghargaan yang setinggitingginya diucapkan kepada mereka yang sentiasa menjaga kawasan persekitaran institut
dalam keadaan yang kondusif sepanjang masa kami menuntut ilmu di institut.
Saya sempat bersembang dengan pekerja pembersihan tentang kawasan yang perlu
dibersihkan dan perincian-perincian mengenai kerjanya. Seacara tidak langsung melalui
perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih prihatin kepada semua pihak
terutama pihak pekerja pembersihan dan memahami mereka dari pelbagai segi khususnya
dari segi latar belakang. Hal ini mampu memupuk sifat penyayang guru ketika berurusan
dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Melalui pengalaman gotong-royong ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya
semangat bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika
para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir, rakan
sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat. Rakan-rakan yang lain turut
menjalankan tugas yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Selain itu, ketika
menjalankan persediaan sebelum melaksanakan program ini, saya menyedari bahawa
peranan ketua sangat penting untuk menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat
berjalan dengan lancar. Saya berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi
pemimpin yang baik dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya. Sifat-sifat ini
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN
2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)


sebenarnya amat penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh
pihak pentadbir di sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab.
Di samping itu, pengalaman baru yang sangat berharga telah saya terokai melalui
program ini mengenai aktiviti perkhidmatan awam khususnya dalam memberi khidmat
kepada masyarakat. Sememangnya amalan bergotong-royong ini sebenarnya merupakan
satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat.
Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah bekerjasama dengan masyarakat dalam
apapun aktiviti dan menjadi teladan kepada masyarakat di sekeliling. Bekerjasama dengan
masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila
menjadi pendidik kelak.
Setelah menjalani program ini, saya dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan
yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan daya ketahanan mental,
rohani dan fizikal, semua cubaan dan dugaan yang saya hadapi mampu memberi saya
suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap saya. Saya amat berpuas hati setelah
menjalani program BIG ini kerana program ini telah memberikan pelbagai pengalaman
bermakna kepada saya yang sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih.
Kesimpulannya, saya berasa sangat bangga kerana memperolehi banyak faedah
dan menimba banyak pengalaman melalui pelaksanaan aktiviti program B.I.G ini. Sepanjang
aktiviti program ini, saya banyak memperolehi pengajaran dan juga ilmu pengetahuan yang
saya tidak ketahui sebelum ini. Saya berharap bahawa program ini bukanlah merupakan
suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu diteruskan pada masa yang akan
datang seterusnya dapat menjadi panduan danbekalan kepada diri saya sebagai persediaan
untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa kelak.

LAMPIRAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN
2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Rajah 1.0: Kumpulan kami sedang melaksanakan tugas masing-masing dalam usaha
membersihkan kawasan Unit GERKO.

Rajah 2.0: Saya menjalankan tugas menyapu lantai seperti yang telah diagihkan dengan
menggunakan alatan yang disediakan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Rajah 3.0: Saya sedang melaksanakan tugas menyapu tangga di kawasan Unit GERKO.

Rajah 4.0: Kumpulan kami bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha membersihkan
kawasan institut.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Rajah 5.0 dan 6.0: Kumpulan kami mengambil gambar dengan pekerja pembersihan yang
membimbing kami sepanjang pelaksanaan program Bina Insan Guru ini sebagai kenangan.

PENUTUP
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN
2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

Sepanjang pelaksanaan program Bina Insan Guru ini, kerjasama dan sokongan yang
dicurahkan daripada para pensyarah terutamanya Encik Ladius Emor dan pihak pekerja
pembersihan kepada peserta telah berjaya melaksanakan program ini.

Pelaksanaan

program Bina Insan Guru ini sememangnya berupaya membina insan guru yang berakhlak
mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal selain bermanfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Selain
itu, pelaksanaan program ini membentuk para peserta untuk menabur khidmat bakti kepada
masyarakat selaras dengan nilai-nilai keguruan dan mejadi pemangkin ke arah perubahan
masyarakat yang cemerlang.
Di samping itu, program B.I.G membuka peluang kepada para peserta untuk melatih
dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi
semasa dan membantu para peserta menjadi fleksibel semasa mengatasi masalah supaya
dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
Program ini sememangnya memberi pendedahan kepada saya untuk membina sifatsifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi seorang guru yang

berkaliber pada masa yang akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
program BIG Fasa Ke-2 ini berupaya membina kemantapan jasmani dan kekuatan rohani
serta ketahanan mental dan sosial para pelajar. Melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran
serta pengalaman yang diterapkan dalam kalangan pelajar, wujudlah seorang bakal guru
yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang berjiwa merdeka dan perkasa, berakauntabiliti
dan amanah, berdaya tahan yang tinggi dan kreatif serta berinovatif.
Akhir kata, jutaan terima kasih ingin saya rakamkan kepada semua pensyarah dan
pihak pekerja pembersihan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang
bermanfaat sepanjang tempoh pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan
mereka sudah tentu program ini dilaksanakan dengan kurang sempurna. Program ini amat
berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari
semasa ke semasa. Saya akan berusaha memanfaatkan segala ilmu yang saya peroleh
semasa melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin dan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu supaya dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang merupakan modal
insan pada kelak nanti. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan
untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh,

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

BINA INSAN GURU (BIG) FASA I1 (Character Building for Teachers)

...............................................................
(BELINDA HII LU ING)
Guru Pelatih
PISMP BM Semester 2
Ambilan Januari 2014
IPG Kampus Gaya.

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya | PISMP BM SEMESTER 2 AMBILAN JAN


2014

Anda mungkin juga menyukai