Anda di halaman 1dari 3

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG.

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V ( AJK PENGANGKUTAN ) Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Selaku ketua AJK Pengangkutan, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah

menjalankan tugas saya dengan sempurna. Setelah mendapat tugas ini, saya segera bertanya kepada kawan-kawan yang mempunyai pengalaman untuk menempah bas. Ia menjadi cabaran baru bagi saya dan saya juga tahu bahawa aspek pengangkutan ke destinasi sangat penting dan perlu diuruskan dengan cepat. Namun, saya bernasib baik kerana Wan Muhammad Faiz bin Wan Muhammad Kozani juga mempunyai pengalaman menempah bas, maka tugas saya menjadi lebih mudah. Sebagai permulaan tugasan kami, saya telah mendapatkan info tentang destinasi dan tarikh yang telah ditetapkan untuk menjalani program Bina Insan Guru pada kali ini. Selepas mendapat pengesahan daripada Pengerusi dan Setiausaha, kami segera bergegas ke Pejabat untuk mengambil Borang Permohonan untuk Menggunakan Kenderaan Institut. 10 hari sebelum hari program BIG, kami pun menghantar borang tersebut kepada Puan Suhaida Binti Abdul Hamid. Alhamdulillah, tempahan bas untuk digunakan pada 20 Februari 2014 telah diterima dan diluluskan. Saya telah menghadapi masalah ketika sehari sebelum hari program. Pada hari tersebut saya baru mengetahui bahawa pensyarah pengiring perlu berada di dalam bas bersama-sama guru pelatih yang lain dan dilarang membawa kenderaan sendiri. Namun, itu bukanlah masalah yang sebenar kerana masalah yang sebenar adalah pihak pentadbir gagal untuk memberikan kebenaran untuk kami menggunakan van institut disebabkan van tersebut tidak boleh digunakan untuk perjalanan jauh. Kami ingin

menggunakan van tersebut kerana bas hanya dapat memuatkan 40 orang sahaja sedangkan kami semua berjumlah 43 orang. Pemandu bas pula tidak berani menanggung risiko untuk membawa lebih muatan. Saya puji pemandu tersebut kerana telah berjaya mematuhi peraturan jalan raya.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Kami telah mengatasi masalah ini dengan berjumpa dengan Penyelaras BIG, iaitu Encik Abdul Rahman Bin Moidu dan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alhamdulillah, beliau sudi menolong kami dan kami sangat bernasib baik kerana Encik Rosdaud Bin Ayob sudi menumpangkan tiga orang guru pelatih kerana beliau juga akan ke tempat program untuk bertugas sebagai pemantau.

Perjalanan pergi ke SMS Sultan Muhammad Jiwa menaiki bas maktab.

Bas menurunkan guru pelatih di hadapan pintu masuk SMS Sultan Muhammad Jiwa, Sg. Petani.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

Sebagai kesimpulannya, kami semua telah pergi dan pulang dengan selamat pada hari tersebut. Saya selaku Ketua AJK Pengangkutan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah menjalankan tugas yang sepatutnya dengan baik bersama-sama rakan setugas saya, Wan Muhammad Faiz bin Wan Muhammad Kozani demi untuk memastikan kelancaran Program BIG Fasa 5 ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(DEEN KHAIREE BIN DAMIT) Ahli Jawatankuasa Pengangkutan, Bina Insan Guru Fasa V.

Anda mungkin juga menyukai