Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BIRO PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Tarikh : 30 Jun 2014


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
AhliJawatanKuasa : 1) Mohd. Firdaus Bin Mohd. Zin (Ketua)
2) Wan Nurul Syahirah binti Wan Muhammad Shah
3) Asna Syimah binti Amir Saidon
4) Nur Syaraffi binti Mohd Zamri

Syukur ke hadrat Illahi, dapatlah saya dan ahli jawatan kuasa saya
menyempurnakan tugasan kami sebagai Biro Pegangkutan dan Perhubungan
sepanjang Program Bina Insan Guru Siri 2/2014 ini dijalankan . Tugas kami adalah
memastikan ada pengangkutan yang diperlukan untuk sampai ke tapak program
dengan selamat.

Tugas kami bermula setelah mendapat makluman dan arahan daripada En


Bakhtiar pada 23 April 2014 dengan bantuan daripada En Zuraimee bagi
mendapatkan sebuah bas untuk membawa kami ke jeti Kuala Perlis. Memandangkan
saya dan jawatan kuasa yang lain tidak menetap di Perlis, En Zuraimee telah
bersetuju untuk membantu kami untuk urusan surat menyurat. Selebihnya,
pengangkutan seperti feri, dan van telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Perlis. Oleh itu, kami perlu memastikan bahawa semua
ahli berada dalam pengangkutan yang disediakan seperti yang telah dimaklumkan
kepada semua ahli .
Semua peserta diminta untuk bersama-sama berada di tempat pengumpulan
barang bagi menyusun barang yang hendak dibawa pada 26 Jun 2014 jam 9.00
malam bagi memudahkan perjalanan pada keesokan paginya. Namun, pemandu bas
tersebut tidak dapat berada di tempat yang dijanjikan kerana terlibat dalam
pengurusan menghantar petugas SUKMA pada hari perasmian SUKMA 2014.
Pemandu bas tersebut berada di tempat pengumpulan barang lewat jam 1.30 pagi
dan diuruskan oleh beberapa peserta lelaki sahaja.
27 Jun 2014, jam 5.30 pagi setelah memastikan tiada barang yang tertinggal
dan semua peserta telah berada di dalam bas kami mula bertolak dan berhenti
sebentar di sebuah masjid bagi menunaikan solah Subuh. Kami sampai di jeti Kuala
Perlis pada jam 6.35 pagi dan dijangka menaiki feri pada jam 7.00 pagi untuk
bertolak ke Pulau Tuba,Kedah. Setelah sampai di Pulau Tuba pada jam 8.30 pagi,
kami dibawa dengan 3 buah van dengan 2 kali ulangan untuk ke tapak
perkhemahan. Alhamdulillah, semua peserta selamat tiba di Pulau Tuba.
Bagi perjalanan pulang pula, pada 29 Jun 2014 setelah tamat majlis penutup
Program Bina Insan Guru kami dibawa dengan 3buah van dengan 2 kali ulangan
untuk ke jeti Pulau Tuba untuk menaiki bot yang akan membawa kami Pulau
Langkawi. Sebanyak 2 buah bot digunakan bagi membawa semua peserta Bina
Insan Guru dan barangan yang hendak dibawa pulang. Di Pulau Langkawi kami
diberi kebenaran oleh pensyarah untuk berjalan di kawasan berdekatan jeti atau ke
Pekan Kuah sementara menunggu kedatangan feri yang akan membawa kami
pulang ke Perlis pada jam 5.00 petang.
Semua peserta diarahkan untuk berada semula di jeti pada jam 4.15
petang.Kami juga telah menghubungi pemandu bas yang bertugas untuk
memaklumkan bahawa kami dijangka sampai pada jam 6.00 petang dan memohon
jasa baik pihak beliau untuk menyediakan tambahan sebuah van memandangkan
barang yang dibawa telah bertambah.
Alhamdulillah, sesampainya kami di jeti Kuala Perlis pada 6.15 petang, kami
dapati sebuah bas dan van telah menunggu kami. Setelah semua barangan
dimasukkan dan semua peserta mendapat tempat di dalam kenderaan kami bertolak
pulang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Pihak saya dan jawatan kuasa mengucapkan terima kasih kepada pemandu
bas yang bertugas serta kepada semua peserta yang memberikan kerjasama.Tidak
lupa kepada barisan pensyarah yang member bimbingan.
Laporan disediakan oleh,

..................................................
(MOHD FIRDAUS BIN MOHD.ZIN)
Ketua Biro Pengangkutan dan Perhubungan,
Program Bina Insan Guru Siri 2,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai