Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN LAWATAN KE IPG KAMPUS SARAWAK,MIRI DAN BRUNEI DARUSSALAM JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KE-47, 2013

Tarikh : 17 OKTOBER 2013 (KHAMIS) Tempat: Di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Lawatan ke IPG Kampus Sarawak dan Brunei Darussalam ini merupakan lawatan kedua kali yang diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ke-47. Lawatan ini diadakan bertujuan menjadi satu platform untuk JPP IPG Kampus Sarawak,Miri dan warga JPP Kampus Temenggong Ibrahim untuk berkongsi idea serta menambah baik corak kepimpinan masingmasing. Lawatan ini disertai oleh 25 orang siswa siswi guru diiringi oleh 18 orang pensyarah pengiring. Pada jam 12.00tengahari semua peserta diminta untuk berkumpul di hadapan Jabatan HEP IPGKTI. Sedikit taklimat ringkas diberikan kepada para peserta oleh ketua rombongan iaitu Tn. Hj. Othman Mustapha. Bacaan doa juga dibacakan oleh Ustaz Nahie. Tepat jam 12.30 tengahari, kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menggunakan bas IPGKTI dan para peserta mengambil kesempatan ini untuk menikmati juadah makan tengahari sebelum menaiki pesawat Air Asia menuju ke Miri pada jam 3.30petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Miri,Sarawak pada pukul 5.15petang dan disambut oleh beberapa ahli JPP Kampus Sarawak. Pada jam 6.00petang kami tiba di IPG Kampus Sarawak, Miri dengan menaiki bas IPGKS. Urusan penginapan diuruskan dan sedikit taklimat diberikan oleh pihak IPGKS tentang kemudahan asrama dan IPGKS. Para peserta menuju ke bilik masing-masing dan diberi masa untuk mempersiapkan diri serta menunaikan solat sebelum bersama-sama turun ke dewan makan pada jam8.00 malam untuk makan malam bersama. Setelah selesai makan malam, kami diberi taklimat untuk aktiviti esok sebelum beristirehat untuk aktiviti esok.

Anda mungkin juga menyukai