Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami : PNM 176 Jld.

14 (15 )
Tarikh : April 2024

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN SERBAGUNA DI INSTITUT


PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM), CYBERJAYA BAGI PROGRAM PEMINDAHAN
ILMU PENGETAHUAN (KNOWLEDGE TRANSFER)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui Bahagian


Penyelidikan akan mengadakan Program Pemindahan Ilmu Pengetahuan (Knowledge Transfer)
Bagi Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 dan Kajian Data Perbukuan Negara
2022/2023 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Mei 2024 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Peserta : 60 orang

3. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai sesi perkongsian ilmu berkenaan kajian
yang telah dilaksanakan oleh PNM bersama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian
Perpaduan Negara (KPN).

4. Sehubungan dengan itu, PNM ingin memohon kebenaran untuk menggunakan Dewan
Serbaguna IPGM bagi tujuan tersebut. PNM memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini bagi melaksanakan program tersebut
dengan jayanya.

5. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi wakil
kami, Puan Noor Syahierah binti Mohamad Rohana, Penolong Pengarah (03-26874726)
atau Puan Ashiah binti Mohd Nor, Penolong Pustakawan Tinggi (03-26874351).
PNM 176 Jld. 14 (15)
Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Serbaguna Di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), Cyberjaya Bagi Program Pemindahan Ilmu Pengetahuan (Knowledge
Transfer)

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SALASIAH BINTI ABDUL WAHAB)

Anda mungkin juga menyukai