Anda di halaman 1dari 4

DRAF UCAPAN :

PENGARAH JAIPs
MAJLIS APRESIASI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM PERLIS BAGI TAHUN 2023

Tarikh : 10 MEI 2023 (RABU)


TEMPAT : HOTEL PUTRA REGENCY KANGAR

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫ أما بعد‬.‫ وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬،

Bismilah Hirrahman Nirrahim


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju

Mengadap

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis,


Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,

Ampun Tuanku,
Patik dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah menjunjung setinggi-
tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja
berangkat ke majlis pada malam ini.
Sesungguhnya Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja akan
menambah serikan lagi majlis pada hari ini.
Ampun Tuanku,
Patik pohon ampuni limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja
untuk patik meneruskan ucapan kepada hadirin-hadirat yang hadir pada hari ini.
Ampun Tuanku,
Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar

Yang Berhormat Tuan Rus’sele Bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri

Yang Berhormat Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Mesyuarat Kerajaan
Negeri Perlis, Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia
& Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan Dan Badan Bukan Kerajaan

Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis

Ahli-ahli Yang Berhormat

Yang Berusaha Ustaz Hanifuddin Bin Roslan, Ketua Bahagian Pendidikan, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia

Ketua-ketua Jabatan Negeri

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sidang hadirin yang dhormati sekalian.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya kita dapat bersama pada hari ini dalam Majlis Apresiasi Institusi Pendidikan
Islam Perlis Bagi Tahun 2023.

2. Menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Perlis dalam bidang


Pendidikan Islam merupakan salah satu fungsi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Perlis (JAIPs). Dari segi operasinya, Bahagian Pendidikan bertanggungjawab
melaksanakan operasi Pendidikan Islam di bawah penyelarasan bersama Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

3. Sejak pelaksanaannya pada tahun 1990, sumbangan KAFA dalam membentuk


kemenjadian murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi sememangnya tidak
dapat dinafikan. Justeru, bagi memastikan program KAFA kekal relevan serta
dapat memenuhi keperluan semasa, JAKIM dengan kerjasama Agensi Pelaksana
KAFA Negeri sentiasa melakukan penambahbaikan yang berterusan. Bermula
tahun 2018, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan
diurusetiakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah melaksanakan
Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) bagi memperkasakan pengajian fardu ain
dalam kalangan murid-murid sekolah rendah disamping mengukuhkan
pelaksanaan Program KAFA di Negeri Perlis. Ringkasan perkembangan
pelaksanaan program KAFA adalah seperti berikut:
PREMIS GURU MURID
82 740 21,279

Sehingga tahun 2023, Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) telah dilaksanakan
kepada murid tahun 1 hingga tahun 4. Ringkasan perkembangan pelaksanaan
SAPPs adalah seperti berikut:
PREMIS GURU MURID
70 510 13,127

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Bagi memperkasakan kebajikan para Guru KAFA & SAPPs, pelaksanaan Sekolah
Intergrasi Perlis (SIPs) seperti yang digagaskan oleh Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Pemangku Raja Perlis akan dilaksanakan projek rintisnya bermula Jun
2023. Pelaksanakan program ini akan menggabungkan tiga (3) program secara
beriringan iaitu Program KAFA JAKIM, SAPPs MAIPs dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

5. Dari aspek pengurusan Sekolah Agama, Bahagian Pendidikan berperanan


menyelaras pendidikan agama Islam di seluruh Malaysia merangkumi Sekolah
Agama Rakyat (5), Maahad tahfiz (15), pondok (3), Sekolah Agama swasta (3)
dan Tadika Islam Perlis (15) yang berdaftar dengan Pihak JAIPs. Dalam konteks
ini, Bahagian Pendidikan JAIPs berperanan melaksanakan penyelarasan dengan
JAKIM dan KPM.

6. Majlis apresiasi ini diadakan bagi meraikan Institusi Pendidikan Islam Perlis yang
berada di bawah JAIPs dan memberikan penghargaan kepada semua pihak yang
menjayakan program-program Pendidikan Islam dibawah seliaan JAIPs.
Diharapkan dengan penganjuran Majlis ini dapat memberikan dorongan dan
motivasi kepada semua yang berada di bawah Institusi Pendidikan Islam selian
JAIPs agar terus mempamerkan kecemerlangan bagi memajukan Pendidikan
Islam Perlis.
Ampun Tuanku,
7. Demikianlah sembah ucapan patik, Patik sekali lagi dengan penuh hormat dan
takzimnya, merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah
perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pemangku Raja berangkat ke Majlis
Apresiasi Institusi Pendidikan Islam Perlis Bagi Tahun 2023 pada malam ini.

Patik sudahi dengan wabillah Taufik Walhidayah Wassalammualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.
Menjunjung Kasih Tuanku
Ampun Tuanku

Anda mungkin juga menyukai