Anda di halaman 1dari 7

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

TEKS UCAPAN

PREMIER SARAWAK

BERSEMPENA

MAJLIS APRESIASI GURU TAHUN 2023

TARIKH :

19 JUN 2023

1
UCAPAN PREMIER SARAWAK
(MAJLIS ANUGERAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SARAWAK TAHUN 2023)

Bismillahirrahmanirrahim,
Terima kasih kepada saudara pengacara majlis,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat
pagi dan salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak, kerana mengundang saya ke majlis yang gemilang ini. Justeru,
dalam kesempatan ini marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah
SWT kerana dengan keizinan-nya kita diberi peluang untuk hadir ke majlis
ini bagi meraikan dan memberi pengiktirafan terhadap jasa dan
pengorbanan guru. Terima kasih kepada semua warga guru yang sentiasa
komited menyumbang khidmat bakti demi memastikan pendidikan anak
bangsa terus berlangsung dengan mapan dan jayanya walaupun diuji
dengan pelbagai cabaran.

Tema Hari Guru: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Tuan-tuan sekalian,

Bertemakan Guru Insani Pemangkin Generasi Madani sambutan hari guru


pada kali ini amat bertepatan dengan usaha pihak kerajaan untuk memberi
penekanan dalam memperteguhkan peradaban bangsa melalui

2
pendidikan. Tema ini membawa pengertian yang cukup signifikan kerana
guru merupakan nadi dalam sistem pendidikan negara.

Dalam konteks negeri Sarawak ini, pemilihan tema tersebut amat


bersesuaian dengan tugas dan peranan guru untuk memastikan
pembentukan jati diri murid yang kukuh dan berkeyakinan tinggi di samping
mewujudkan kepercayaan dan sentiasa memberi inspirasi kepada mereka
untuk menjadi seorang insan yang mulia. Sememangnya guru memegang
amanah besar bagi melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai
kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti dan
keunggulan sahsiah diri.

Peranan para guru juga adalah untuk membimbing dan membentuk


kemenjadian anak-anak murid secara lebih holistik dan bersepadu selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembentukan generasi muda yang berilmu berpengetahuan,
berkemahiran, berketrampilan, memiliki jati diri sebagai warga negara
Malaysia dan sahsiah yang mulia merupakan aspirasi negara yang perlu
diperjuangkan bagi memastikan pembangunan negara yang lestari.

Cabaran di negeri Sarawak ini adakalanya menguji ketekalan hati para


guru, namun dengan naluri sebagai guru insani, guru bersiap siaga
memikul amanah demi membangunkan serta mendidik anak-anak di negeri
ini sebagai generasi madani pada masa hadapan terutamanya aspek
akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah
komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa agar
mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.

3
Matlamat pembangunan mampan negeri Sarawak 2030

Guru merupakan penggerak utama dalam pembangunan modal insan yang


menjurus kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial
agar seiring dengan keperluan terkini negeri Sarawak yang menyediakan
ruang dan juga peluang kepada anak-anak didik di sekolah-sekolah untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang sedia ada di
negeri Sarawak sama ada universiti atau kolej di bawah Yayasan Sarawak
khususnya.

Kerajaan Sarawak sangat memahami bahawa kekuatan sumber manusia merupakan


elemen penting untuk menjadi kuasa ekonomi. Impian Sarawak ini harus disokong oleh
sumber modal insan yang terlatih dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia kerana
kekayaan sumber asli sahaja bukan jaminan. Kerajaan Sarawak sesungguhnya sangat
komited ke arah melahirkan modal insan yang disesuaikan dengan keperluan negeri dan
bertaraf global.

Saya yakin dan percaya, dengan usahasama kita di semua peringkat kita
dapat jadikan anak didik khususnya di Sarawak ini sebagai insan yang
cemerlang dan berkualiti serta setanding dengan bangsa lain di seluruh
pelosok dunia.

Justeru, marilah kita sama-sama terus mengorak langkah untuk bersedia


menerima perubahan dan terus memperkukuh kecekapan masing-masing
demi pembangunan pendidikan di negeri Sarawak ini. Apa yang tuan-tuan
usahakan kini sesungguhnya akan memberi kesan dalam usaha
melahirkan generasi yang berupaya bersaing di peringkat negeri, negara
dan peringkat dunia.

Keperluan peningkatan kemahiran guru berdepan IR4.0

4
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati

Tuntutan untuk menjadi pesaing global itu sangat mencabar dan


keperluannya sangat tinggi. Oleh itu, visi, misi, profesionalisme, kreativiti,
inovasi dan keterampilan para guru amat penting sebagai tunjang untuk
merealisasikan impian ini. Para guru perlu melengkapkan diri supaya dapat
memudah cara pembelajaran para murid dengan pemahaman dan
kesedaran tentang ilmu serta maklumat yang relevan dengan zaman
mereka. Justeru itu, rakyat di negeri ini perlu dilengkapkan dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran seiring era digital dan revolusi
industri 4.0. Ini adalah sebagai persiapan mencapai sasaran negeri maju
menjelang 2030. Era industri 4.0 kini amat memerlukan golongan pekerja
yang memiliki pelbagai kemahiran teknologi dalam meningkatkan
kecekapan kerja. Dengan ini, Sarawak memerlukan keupayaan guru bagi
mengangkat martabat dan menggerakkan negeri dengan 2.8 juta
penduduk ini maju menjelang 2030.

Sokongan kerajaan negeri terhadap pendidikan Sarawak

Sehingga kini, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi komitmen secara


serius dan bersungguh-sungguh dalam memastikan pembangunan modal
insan. Ini adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri
untuk berada seiring dengan negeri-negeri yang lain. Inilah sebabnya
kementerian kita bukan mahu melaksanakan dasar yang berbeza tetapi ia
untuk melengkapi dan membantu kerajaan Persekutuan demi untuk
dijadikan sebagai pemangkin kemajuan pendidikan di Sarawak. Kerajaan
negeri komited untuk melakukan semua perkara ini untuk menambah baik

5
pembangunan pendidikan di Sarawak agar bidang pendidikan di Sarawak
tidak ketinggalan.

Dari segi pendidikan dan modal insan, negeri Sarawak berhasrat untuk
memastikan pendidikan berkualiti yang boleh diakses oleh semua rakyat
tanpa mengira siapa mereka. Di samping itu, kerajaan negeri juga komited
membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan yang berdaya saing
di peringkat global. Menjelang 2030, kita mengharapkan Sarawak
mempunyai persekitaran kerja yang berkualiti untuk memacu wawasan
negeri dan cemerlang di peringkat global. Perkembangan inovasi dan
teknologi juga perlu diberi perhatian yang serius kerana kedua-duanya
memainkan peranan yang penting untuk menerajui pembangunan ekonomi
yang mampan ke arah Sarawak yang makmur dan progresif selaras
dengan IR4.0 seperti yang telah saya nyatakan di awal tadi.

PENUTUP

Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah membentuk generasi Madani


berdasarkan acuan kita sendiri di negeri Sarawak tercinta ini. Akhirnya,
saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga pendidik untuk terus
berusaha dalam mencapai kecemerlangan.

Tidaklah gaharu di buat arang,


Kayu berharga, tinggi nilainya,
Tidaklah guru dilupa orang,
Bagai mutiara indah kilaunya.

6
Akhir kata, saya dengan sukacitanya dengan lafaz
‘Bismillahirrahmanirrahim’ merasmikan Majlis Anugerah Pendidikan
Jabatan pendidikan Negeri Sarawak Tahun 2023.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai