Anda di halaman 1dari 2

PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia


dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. "Fly Kenyalang Fly, Fly High"
Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang sentiasa ditunggu-tunggu penerbitannya oleh warga
sekolah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak segala usaha dan sumbangan dalam
penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Usaha pihak sekolah dalam penerbitan kali ini diharapkan akan menggiatkan lagi usaha
mendokumentasi aktiviti-aktiviti, inovasi dan kejayaan sekolah sebagai rujukan generasi masa
akan datang. Di samping itu, dapat meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik, sukan
dan kokurikulum.
Demi menyokong kejayaan ke arah matlamat sekolah yang berkualiti, konsep amalan
Sekolahku SEJAHTERA telah diperkenalkan menerusi penerapan 14 elemen nilai iaitu
"Selamat, Seronok,
Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Terampil, Eksplorasi, Rasional,
Artikulasi" dalam kehidupan secara semula iadi kepada murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan
dilaksanakan secara holistik di dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid. lanya
bertujuan
untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina
dan inklusif ke arah mencapai keseiahteraan masyarakat. Bagi merealisasikan Sekolahku
SEJAHTERA ini, kerjasama secara meluas dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
haruslah dipertingkatkan. Dalam masa yang sama juga, amalan inovasi melalui perkembangan
era digital turut meniadi pemacu pendidikan abad ke-21 dalam mendepani revolusi Industrial
Revolution(IR) 4.0. selari dengan PPPM (2013-2025).
Sebagai nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan holistik dan cemerlang serta
bakal pewaris negara masa hadapan, Jabatan Pendidikan akan terus berusaha untuk
menggarap potensi murid secara menyeluruh dalam akademik serta pelbagai bidang lain.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu menggemblengkan tenaga, berusaha seta
memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan kecemerlangan pendidikan khususnya negeri
Sarawak akan berterusan. Oleh yang demikian, kita jadikan majalah ini sebagai wadah
pengantara sekolah dengan masyarakat dalam menyampaikan maklumat serta infomasi
pelaksanaan program pendidikan. Coretan, karya dan paparan sejarah yang bermakna ini akan
menjadi tanda aras dan teladan kepada masyarakat dalam memartabatkan ilmu pendidikan.

Akhir kata, kepada semua warga pendidikan seluruh bumi kenyalang walau di mana
sajaberada, di kota ataupun di desa agar sentiasa berusaha bersama-sama mencapai
kecemerlangan selari dengan hasrat Kerajaan b a g memenuhi kehendak semasa. Usaha-
usaha bekerja dalam satu pasukan waiar diteruskan agar mendapat penghasilan yang optimum
dan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat serta warga pendidikan khususnya.
Berpandukan Pelan Strategik Organisasi (PSO) jabatan, kita perlu mengamalkan budaya kerja
berkonsepkan Profesional, Integriti dan Mesra (PIM). Dari masa ke semasa penerapan PIM ini,
haruslah seiring dengan budaya kerja 3C (Comunication, Collaboration and Creativity) selaras
dengan keperluan dan kehendak semasa. Justeru, dalam mendepani dunia mencabar ini, kita
perlu berusaha untuk memastikan kerja buat kita berpegang kepada prinsip 4S (Stay Focused,
Stay
Positive, Stay Strong dan Stay United.) agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Selamat maju jaya, teruskan usaha-usaha baik untuk manfaat bersama-sama.
Sekian, terima kasih.
"FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH"
(DATU Dr. HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD) Pengarah Pendidikan Sarawak

Anda mungkin juga menyukai