Anda di halaman 1dari 1

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bidang pendidikan merupakan nadi kepada usaha untuk membangunkan modal insan
yang akan memacu kemajuan negara di masa hadapan. Justeru, matlamat untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan seluruh
warga pendidik dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak pewaris
kepimpinan negara masa hadapan.

Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap warga pendidik perlu terus berusaha untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta gigih berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu,
kreatif, inovatif dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan negara. Usaha ini adalah
sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan Model Ekonomi Baru
berasaskan pengetahuan yang amat bergantung kepada kualiti modal insan yang
dilahirkan oleh sistem pendidikan negara.

Kementerian Pelajaran sentiasa melakukan usaha berterusan bagi meningkatkan


kecemerlangan pendidikan serta menambahbaik sistem pendidikan negara. Usaha ini
tentunya menuntut komitmen bersepadu semua pihak bagi memastikan pencapaian
dalam bidang pendidikan akan dapat terus ditingkatkan. Saya berdoa agar kita sama-
sama dapat mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang dengan penuh
semangat dan dedikasi, serta memperbaharui tekad dan iltizam bagi melonjakkan mutu
pendidikan negara.

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi yang telah berusaha
gigih bagi menerbitkan majalah sekolah ini. Semoga majalah ini akan dimanfaatkan
sebaik mungkin oleh seluruh warga sekolah serta mencapai matlamat penerbitannya.

“SELAMAT MAJU JAYA”

TAN SRI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN

Anda mungkin juga menyukai