Anda di halaman 1dari 3

Ruj. Kami : JPWPL.600-8/1/7Jld.

2( )
Tarikh : Oktober 2023

Ketua Eksekutif
Perbadanan Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK PREMIS BAGI TAKLIMAT KESELAMATAN PEPERIKSAAN &


PROGRAM BICARA PROFESIONAL PENGARAH PENDIDIKAN BERSAMA PETUGAS
PEPERIKSAAN SPM 2023 PERINGKAT NEGERI JABATAN PENDIDIKAN W.P. LABUAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan WP Labuan akan mengadakan


Taklimat Keselamatan Peperiksaan & Program Bicara Profesional Pengarah Pendidikan
Bersama Petugas Peperiksaan SPM 2023 Peringkat Negeri Jabatan Pendidikan W.P.
Labuan seperti pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 28 November 2023

Masa : 2.00-5.00 petang (Sesi 1)


7.30-10.30 malam (Sesi 2)

3. Bagi melancarkan tujuan tersebut, kami memohon kerjasama dan jasa baik pihak
tuan untuk memberikan bantuan seperti berikut:
i. 1 bilik mesyuarat atau seminar yang boleh memuatkan seramai 135
orang peserta dalam susunan berbentuk bilik darjah beserta
kemudahan PA System dan rangkaian internet;
ii. Skrin LCD
iii. Ruangan untuk penyediaan makanan yang boleh memuatkan seramai
135 orang

4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi maklum balas bagi permohonan ini
pada borang jawapan di Lampiran A sebelum 05 November 2023.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Haji Adam bin Abd.
Rahim Penolong Pengarah, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan W.P
Labuan di talian 019-8417181.
TAKLIMAT KESELAMATAN PEPERIKSAAN & PROGRAM BICARA PROFESIONAL
PENGARAH PENDIDIKAN BERSAMA PETUGAS PEPERIKSAAN SPM 2023
PERINGKAT NEGERI JABATAN PENDIDIKAN W.P. LABUAN

JPWPL.600-8/1/7Jld.2( ) 18 Oktober 2023

6. Pertimbangan daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima kasih

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

NORAINI BINTI HJ. SABUDIN


b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan W.P.Labuan
Lampiran A
BORANG JAWAPAN

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan W.P.Labuan,
Aras 10, Blok 4, Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020 W.P Labuan

u.p : Hj. Adam bin Abd. Rahim


email : examlabuan@gmail.com / uncleady72@gmail.com
Faks : 087-583352 / 087-583355
Tarikh:

Tuan,

PERMOHONAN TAKLIMAT KESELAMATAN PEPERIKSAAN & PROGRAM BICARA


PROFESIONAL PENGARAH PENDIDIKAN BERSAMA PETUGAS PEPERIKSAAN SPM
2023 PERINGKAT NEGERI JABATAN PENDIDIKAN W.P. LABUAN

Saya mengesahkan bahawa :

Permohonan tuan untuk menggunakan kemudahan di institusi kami bagi


taklimat seperti di atas adalah dibenarkan.

Permohonan tuan ditolak kerana …………..………………………………………


………………………………………………………………………………...……..
………………………………………………………………………………................
.....................................................................................

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________________
Nama:

Jabatan : Cop Rasmi :

Anda mungkin juga menyukai