Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel: 03-91318160
JALAN YAACOB LATIF Faks: 03-91319393
56000 KUALA LUMPUR Portal Rasmi: www.ipgkik.moe.edu.my

Ruj.Kami : MPIK 144/1/8 Jld.18(54)


Tarikh : 07 September 2023
En. Ahmad Lotfi Bin Abu Samah
Ketua Jabatan Seni Visual,
Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran,
Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tuan,
JEMPUTAN TUNJUK CARA TEKNIK LUKISAN MENGGUNAKAN MEDIA ARANG BAGI
SISWA GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL IPG KAMPUS ILMU KHAS (PPISMP Ambilan Jun
2023)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas (IPGKIK) berhasrat untuk menjemput En. Khairul Azuwan bin Ishak, pensyarah PSV
dari UNISEL bagi pelaksanaan tunjuk cara teknik lukisan menggunakan media arang bagi siswa
guru PSV kami. Program ini adalah bagi menepati topik Penerokaan Media dan Teknik dalam
Struktur Penerokaan Media dan Teknik bagi kursus PSVK1083, Pengenalan Pendidikan Seni
Visual.
3. Pelaksanaan aktiviti program tersebut adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 September 2023 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Bilangan Peserta : 25 orang siswa guru PSV (ambilan Jun 2023)
4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar jemputan ini mendapat pertimbangan pihak
tuan dengan sewajarnya. Program ini juga adalah sebagai kesinambungan Programme Learning
Community (PLC). Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Pn. Normah Binti Mat
Nasan, di talian 013-2094905 atau e-mel normah@ipgkik.edu.my. Kerjasama dan keprihatinan
tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah

(DR. FARIDAH BINTI YAKOB)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur

(sila catatkan rujukan Institut ini apabila berhubung)

Anda mungkin juga menyukai