Anda di halaman 1dari 2

Unit Sekretariat Kebajikan Siswa,

Fakulti Sains Kemanusiaan,


Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Dr. Mohamad Kamal Bin Kamaruddin


Penasihat Akademik Pelajar Jabatan Sejarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.           Tarikh :10 APR 2023

JEMPUTAN MENGHADIRI PELANCARAN PROGRAM BAKUL MAKANAN 

Merujuk perkara di atas, pihak unit Sekretariat Kebajikan Siswa dengan segala hormatnya
menjemput Prof. Madya/ Dr/ En/ Pn /Cik ke majlis yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh     : 12 April 2023 (Rabu)


Masa       : 8:00 pagi - 8.30 pagi
Tempat   : Bangunan E-Learning Aras 1, Bilik Kuliah 5, Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Program Bakul Makanan ini adalah anjuran unit Sekretriat Kebajikan Siswa
(SEJIWA@FSK) sesi 2022/2023 di bawah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Fakulti Sains Kemanusiaan. Program ini akan melibatkan 50 orang pelajar yang terpilih dari
kalangan keluarga B40 dan mewakili lima buah jabatan iaitu Jabatan Pengajian Malaysia,
Jabatan Sejarah, Jabatan Geografi, Jabatan Pendidikan Islam dan Jabatan Moral. Melalui
program ini, sebahagian pelajar akan diberi bakul makanan dan sebahagiannya akan
menerima sejumlah duit raya secara tunai.

3. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan dan makluman boleh
berhubung dengan Pengarah Program, Muhammad Nurikhmal Bin Zainol di talian
0175367696.

Sekian terima kasih.     

“SEJIWA”    

Saya yang menurut perintah,   

(Muhammad Nurikhmal Bin Zainol)


Yang DiPertua Pelajar,
Sekretariat Kebajikan Siswa FSK.
TENTATIF PELANCARAN PROGRAM BAKUL MAKANAN SISWA FAKULTI
SAINS KEMANUSIAAN.

Tarikh: 12 April 2023


Tempat: Bangunan E-Learning Bilik 05 Tingkat 1, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Waktu Perkara
8.00 a.m Perarakan masuk dif-dif kehormat.
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Ibu Kandung Suluh Budiman.
8.10 a.m Bacaan doa
8.10 a.m Ucapan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains
- Kemanusiaan, Dr. Abu Zarrin Bin Selamat selaku Penasihat Sekretariat
8.15 a.m Kebajikan Siswa Fakulti Kemanusiaan (Sejiwa@FSK).
8.15 a.m Pelancaran dan pengagihan Program Bakul Makanan Siswa Fakulti Sains
- Kemanusiaan.
8.25 a.m - Pemberian kupon dan bakul makanan kepada pelajar.
8.25 a.m Sesi Penggambaran.
- Perarakan keluar dif-dif kehormat.
8.30 a.m Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai