Anda di halaman 1dari 1

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KM 10, Jalan Kong Kong Tel : 07-261 2488/261 2404
81700 Pasir Gudang Faks : 07-2612402
JOHOR, MALAYSIA. Laman Web : www.pis.edu.my
Facebook : politeknik.edu.my

Ruj. Kami : PIS/PENT.


Tarikh : 28 MAC 2023

BAHAGIAN PELANCONGAN,
MUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG,
TAMAN BANDAR BUKIT LAYANG-LAYANG,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR.

Tuan,
PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN AKADEMIK KE MUZIUM LAYANG-LAYANG
PASIR GUDANG, JOHOR.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pensyarah dan pelajar dari institusi kami berhasrat untuk
mengadakan lawatan akademik ke Muzium Layang-layang, Pasir Gudang. Perincian adalah
seperti ketetapan berikut:
a. Bilangan pensyarah : 1 orang
b. Bilangan pelajar : 46 orang
c. Cadangan tarikh : 7 April 2023

3. Tujuan kami membuat lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagi
memahami dan mengetahui proses melaksanakan kajian pengumpulan data secara
pemerhatian di Muzium Layang-layang.

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pensyarah kursus, En Muhammad Roslee


Bin Ismail (0127873646). Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan di
dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(Ts. HJ. HAMDAN BIN SAMDIN)


b.p Pengarah
Politeknik Ibrahim Sultan

s.k : Fail Jabatan

POLITEKNIK MENTRANSFORMASI KEHIDUPAN

Anda mungkin juga menyukai