Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI PROGRAM: STAIRWAY TO HEAVEN

NAMA:
NUR FARHANAH BINTI MOHAMAD
(21160124)

KOD & SUBJEK:


KDC 2343
KAUNSELING MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

PENSYARAH:
USTAZ MUHD ZULFADLI BIN SUHAIMI
1. SEBELUM PROGRAM
Pada 16 & 17 Februari 2024 telah diadakan satu program bernama Stairway To
Heaven yang wujud hasil kerjasama dari pelajar setiap semester Diploma Kaunseling, KIAS.
Seperti biasa, sebelum merealisasikan program yang dibayangkan perlulah untuk setiap
pelajar untuk menyertakan diri dalam perbincangan-perbincangan tentang semua perkara
yang diperlukan untuk mengadakan program tersebut. Yang pertama-tamanya perkara yang
wajib dilakukan sudah tentunya adalah membina organisasi dengan melantik pengarah,
timbalan pengarah, setiausaha dan seterusnya, pada mulanya kami agak kebingungan kerana
sebelumnya jawatan tertinggi diberikan kepada pelajar semester akhir iaitu semester 5, tanpa
menyedari bahawa kini kami yang berada di tingkat dimana jawatan tertinggi perlu dipegang
oleh kami sendiri kerana kami-lah pelajar semester akhir tersebut.

Pada mulanya saya teragak-agak untuk menawarkan diri bagi memegang jawatan
tertinggi iaitu pengarah program yang memerlukan komitmen tertinggi dalam setiap perkara,
tapi akhirnya tetap menawarkan diri dengan harapan program kali ini dapat memenuhi impian
saya untuk menjadikan program semester ini program yang mampu memberi pengajaran,
kesedaran dan membawa kebahagiaan dalam diri setiap peserta, dengan jawatan ini juga
membolehkan saya untuk berbakti sehabis daya buat kali terakhir sebelum menamatkan
zaman diploma di KIAS ini. Selesai pembahagian jawatan, mulalah perbincangan tentang
perkara penting lainnya seperti tempat, tarikh, pengisian dan lain-lain.

Akhirnya kami bersetuju untuk melakukan dua program di dua tempat yang berbeza
iaitu Rumah Penjagaan Damai (kategori masalah mental) & Darul Wardah (kategori masalah
sosial) yang keduanya bertempat di Shah Alam. Tarikh yang kami pilih pula adalah 16 & 17
Februari iaitu tarikh bermulanya cuti pertengahan semester. Apabila selesai pemilihan tarikh
dan tempat, maka bermulalah pembuatan kertas kerja oleh setiausaha, Langkah seterusnya
tidak lain tidak bukan adalah menghantar kertas kerja ke pejabat ketua jabatan bagi urusan
lanjut, menjadi kebiasaan bagi setiap kali program untuk kami naik turun ke pejabat ketua
jabatan bagi menguruskan kertas kerja lagi-lagi apabila terdapat perubahan dalam
perancangan yang telah dibuat.

Untuk semester ini kami menggunakan inisiatif mengutip derma dengan membuat
poster sumbangan yang disebarkan melalui platform media sosial bagi membantu kami
memperoleh bajet dalam memudahkan urusan kami membuat program yang memakan lebih
kurang RM3000 tidak termasuk pengangkutan. Dan bersyukur kepada Allah, cara tersebut
mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila kami meletakkan tabung sumbangan program di
reruai kaunseling pada open day festival yang dianjurkan oleh PPT KIAS. Dengan bantuan
orang sekeliling dan rezeki dari Allah kami memperoleh hampir RM200 hasil dari 3 hari
program, dan jika dicampurkan dengan sumbangan yang diperoleh melalui atas talian ia
sangat lah mencukupi bagi melakukan urusan pra-program seperti menempah penginapan,
membeli keperluan seperti ubat-ubatan, menempah buffet dan sebagainya.

Kami menghadapi sedikit kesukaran apabila berlakunya masalah terhadap


pengangkutan yang perlu kami gunakan bagi ke tempat program menyebabkan pada awalnya
kami dikehendaki menambah lebih kurang RM3000 lagi ke dalam bajet hanya untuk
menempah bas, menjadi sedikit bebanan dari beberapa aspek seperti individu perlu
menghulurkan hampir RM100/seorang bagi menampung bajet awal pengangkutan seterusnya
pula menjadi masalah untuk kami meminta peruntukan lebih daripada kewangan KIAS
kerana ia dinilai sebagai melebihi had perbelanjaan yang sepatutnya. Setelah perbincangan
dan campur tangan ramai individu termasuk Ustaz Zulfadli dan Ustazah amalina (Ketua
Jabatan) kami bersepakat untuk menetapkan pendirian untuk meminta peruntukan daripada
pihak kewangan bagi menggunakan bas luar, walaupun pada detik-detik terakhir kami
mendapat tahu bahawa akhirnya secara tiba-tiba kami perlu menggunakan bas kias untuk
berprogram. Agak mengejutkan tapi datang rasa bersyukur oleh kerana kami tidak perlu
menggunakan bajet yang lebih untuk program kali ini.

2. SEMASA PROGRAM

Urusan sebelum program seperti penginapan, protokol dan persegaran sempat kami
selesaikan dengan baik, jadi langkah seterusnya pastilah mewujudkan program yang kami
telah bincangkan walaupun terdapat perubahan seperti kami terpaksa membatalkan
kunjungan kami ke Darul Wardah atas dasar tertentu dari pihak mereka, jadi kami menukar
tentatif kami untuk jumaat itu kepada street dakwah di SOGO I-city central, jadi pada pagi 16
februari itu kami perlu menaiki bas pada jam 5 pagi seperti yang ditetapkan dalam tentatif.
Tapi, seperti biasa sering berlaku halangan-halangan yang tidak diingini seperti terjadi
kelewatan pada pergerakan bas apabila terdapat beberapa ahli yang menghadapi kesulitan
dalam proses membangunkan diri di pagi hari. Sehingga saya sendiri terpaksa berulang alik
dari bas dan memanjat tangga asrama untuk mengejutkan beberapa ahli yang masih terbuai
lena, menjadi senaman untuk saya yang jarang melakukan senaman di pagi hari.
Bas bergerak seperti biasa, kami sempat berhenti untuk menunaikan ibadah solat
subuh di masjid ketika dalam perjalanan, waktu itu timbul perasaan bersyukur kerana
merasakan sudah sekian lama tidak ke masjid untuk subuh berjemaah. Selesai solat kami
menyambung perjalanan dengan menjemput Ustaz Zulfadli di stesen minyak yang berada di
Kuala Krai dan terus bergerak laju menuju destinasi seterusnya, setelah menempuh hampir 7
jam perjalanan ke Shah Alam, kami dikejutkan pula dengan pemandu bas berhenti untuk
menunaikan solat jumaat yang menyebabkan tentatif kami agak tunggang terbalik. Jadi untuk
meluangkan waktu ketika semua para adam menunaikan ibadah wajib bagi mereka, kami
para hawa melakukan aktiviti menghiburkan hati di dalam bas iaitu dengan bersiar-siar
kehulur kehilir di dalam bas, ada juga yang mengambil peluang itu untuk touch up, dan ada
juga yang mengambil kesempatan untuk mengecek ruang simpanan bas, entah apa yang kami
lakukan tapi itulah realitinya sambil menunggu kaum Adam selesai dengan urusannya.

Selesai dengan itu, kaum adam sudah kembali ke bas dan kaum hawa pun telah
kembali ke realiti maka mulalah perjalanan kami bergerak mencari tempat untuk kami makan
tengahari, tapi itu bukan point saya untuk refleksi ini, jadi saya melangkah ke aktiviti
seterusnya iaitu street dakwah, kami bergerak laju ke SOGO Icity tapi agak malang kerana
masa yang kami perolehi agak tidak mencukupi oleh kerana para hawa belum menunaikan
solat jadi kami dikehendaki menyudahi urusan masing-masing secepat mungkin, timbulnya
kejadian lucu apabila kami seharusnya bertolak pulang ke homestay masing-masing pada jam
6:30 petang untuk mengejar waktu solat tapi secara tiba-tiba kami dibasahi oleh hujan
walaupun begitu kami masih berharap untuk para adam dan pemandu bas untuk tiba di
Kawasan bas secepat mungkin, tetapi begitulah harapan hanya sekadar harapan, pemandu bas
tidak kunjung tiba jadi para hawa membuat keputusan untuk meredah hujan dan ke surau
berdekatan, agak menjengkelkan apabila kami mendapat tahu rupanya kaum adam dan
pemandu bas bertapa didepan pintu masuk SOGO kerana takut meredah hujan manakala
kami terpaksa berbasah-basahan untuk menunaikan solat. Tapi bila dipikirkan kembali ia
menjadi pengalaman yang lucu sejurus indah untuk diingati selalu, bukan selalu kami
mendapat peluang untuk mandi hujan secara berjemaah.

Selesai aktiviti petang itu kami pulang ke homestay dan melakukan aktiviti kendiri,
ada yang mengambil kesempatan untuk berehat, mandi, makan dan lain-lain. Malam itu juga
ada sesetengah dari kami bercadang untuk keluar dan ada juga yang ingin menghabiskan
masa dirumah sambil berendam di dalam kolam. Saya sendiri memilih untuk keluar
menghabiskan masa melakukan aktiviti fizikal di Icity Theme Park, walaupun dalam keadaan
bersuka ria kami masih berjaga-jaga terhadap tanggungjawab kami untuk memastikan badan
kami memperolehi rehat yang cukup bagi melakukan program utama esok hari iaitu
kunjungan ke Rumah Penjagaan Damai yang terletak tidak jauh dari penginapan kami.
Selesai aktiviti malam itu kami terus pulang ke penginapan masing-masing dan rehat
secukupnya.

Masuk 17 februari, sabtu dimana kami akan melakukan kunjungan ke Rumah


Penjagaan Damai, rumah yang mana menyediakan pengkhidmatan dalam menjaga dan
merawat lelaki-lelaki yang mempunyai masalah mental yang didapatkan dari genetik
mahupun wujud seiring waktu. Berlaku kelewatan yang agak memberi kesan menyebabkan
program pagi itu tertangguh untuk sejam setengah, walaupun begitu kami masih disambut
hangat oleh pengurus rumah tersebut, tanpa membuang masa kami teruskan dengan
mendengar perkongsian dari pihak pengurusan Rumah Penjagaan Damai, rumah itu wujud
apabila pengurus menyedari bahawa tidak terwujud satu pun rumah yang menguruskan
masalah kesihatan mental yang menggunakan pendekatan islamik atau dikelola oleh muslim,
pengurus juga berkongsi perasaan tidak puas hati apabila ramai pesakit yang beragama islam
dibiarkan bertaburan sehingga ada yang mendiami gereja dan semacamnya. Pesakit-pesakit di
situ juga bukanlah yang hadir secara sukarela tetapi mereka dihantar ke rumah tersebut diatas
kemahuan keluarga dan masih dipantau oleh pihak hospital, terdapat hampir 70 orang pesakit
yang mendiami rumah itu tetapi yang turut serta dengan kami pada pagi itu hanyalah 30 yang
dibenarkan, kerana ada diantara mereka yang tidak stabil dan yang stabil kebanyakannya
dikawal oleh ubat yang diberikan oleh hospital.

Seterusnya kami masuk ke slot mendengar perkongsian dari pesakit-pesakit itu


sendiri, kami mendengar sendiri kesah dan pengalaman mereka dari sebelum mereka sakit
dan bagaimana mereka memperoleh sakit sedemikian rupa, detik ini lah timbulnya sebak di
dalam hati para pendengar termasuk saya sendiri dimana kata-kata mereka menyedarkan
kami bahawa tiada yang berkekalan dalam hidup ini, ada yang dari mereka berasal dari
kehidupan yang bahagia, mempunyai keluarga, isteri dan anak serta jawatan yang tinggi,
seperti mantan pegawai bank, jurutera, juru terbang dan koperal polis. Terlekat dalam kepala
saya dengan kata-kata seorang pesakit yang berkongsi cerita menceritakan dulu dia adalah
seorang juru terbang TUDM, tanpa disedari dia didiagnosis sebagai pesakit schizophrenia, ia
tidak menyedari simptom yang dizahirkan sehingga adiknya menyedari perubahan yang
berlaku keatas abangnya, “dulu gaji RM7000, Rm8000. Sekarang takde guna dah semua tu”
itulah kata-kata yang menyedarkan saya bahawa tiada yang tahu bagaimanakah masa depan
akan berjalan, adakah ia akan baik-baik saja atau sebaliknya.

Selesai perkongsian dari beberapa pesakit yang dipilih untuk berkongsi cerita, kami
meneruskan dengan upacara pemberian cenderahati dan disambung dengan konser kecil-
kecilan yang dipersembahkan oleh Asyraf, salah satu pesakit yang mengidap terencat akal,
walaupun ia hanyalah sementara dan tiba-tiba tetapi ia berjaya menghiburkan kami dengan
membawa lagu mix ciptaan sendiri serta lagu korea popular, Oppa Gangnam style. Program
diteruskan dengan peserta melawat ke kawasan disekitar Rumah Penjagaan Damai, pengurus
memberi tahu bahawa dirumah tersebut pesakit diberikan tugasan sambil yang menjadi
aktiviti terapi untuk mereka, seperti membela burung, menanam pokok, menciptakan
barangan perabot dan macam-macam lagi, dengan ini tidak menghentikan bakat yang wujud
dalam diri setiap pesakit. Dapat dilihat disekitar rumah keadaan yang damai dengan adanya
sangkar burung, tumbuh tumbuhan dan pokok bewarna warni. Sempat juga kami melihat
keadaan di dalam rumah dimana bilik mandi yang pesakit gunakan untuk mandi beramai-
ramai di waktu pagi, dan tempat diletakkan pesakit-pesakit yang tidak stabil. Seterusnya kami
melawat ke pejabat utama rumah penjagaan, disitu terdapat satu jadual tentang aktiviti-
aktiviti yang dilakukan oleh pesakit sehari-hari, sejujurnya kehidupan mereka lebih
menyeronokkan berbanding kami yang sering menghabiskan masa dengan perangkat
eletronik, melayari internet hampir 16 jam sehari, dan 8 jam lagi untuk tidur. Program
akhirnya ditutup dengan jamuan yang disediakan oleh kami dan juga pihak rumah penjagaan
damai serta sesi bergambar.

3. SELEPAS PROGRAM

Kami akhirnya kembali menaiki bas dan seterusnya membawa haluan masing-masing,
saya tidak lagi bersama-sama dengan peserta lain, menaiki bas untuk kembali pulang ke
KIAS. Tetapi ini tidak bermaksud program tersebut tidak memberi kesan kepada diri ini. Ia
memberi kesan yang agak mendalam untuk saya yang sering sekali cenderung untuk berfikir
tentang masa depan dan membebankan diri dengan memikirkan perkara yang tidak
seharusnya. Sejujurnya sehingga ke hari ini saya masih dihantui kesedaran bahawa tiada yang
berkekalan dalam hidup ini, mungkin perkara yang kita ada sekarang akan hilang lesap secara
tiba-tiba di masa akan datang. Dan tiada seorang pun dari kita yang tahu akan masa depan
seperti pepatah mengatakan ‘kita hanya merancang, Allah yang menentukan’, tidak mengapa
untuk merancang tapi kita masih sahaja perlu melibatkan Allah dalam setiap perjalanan.
Bersyukur dengan perkara yang ada sekarang dan gunalah dengan sebaik mungkin, sentiasa
redha atas ujian yang berlaku dan selalulah berbalik kepada Tuhan.

Berbalik kepada program, terdapat sedikit kelemahan dimana arahan yang saya
sampaikan keatas ahli unit-unit tertentu tidak diselesaikan dengan baik, contohnya ubat-
ubatan yang dibeli tidak mencukupi walaupun telah diberi senarai yang lengkap. Masa yang
tertangguh terlalu lama dan beberapa lagi kesalahan kecil yang mampu dibaiki agar program
akan datang membawa lebih banyak manfaat daripada sebelumnya. Selesai sudah tugas saya
sebagai pengarah program Stairway To Heaven dan saya mengharapkan bahawa program ini
terus menerus akan memberi kesedaran dan peringatan kepada semua peserta program.

4. LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai