Anda di halaman 1dari 4

6/3/13 pertolongan cemas nama - pn rosmah ramli pengisisan aktiviti 1.

pengenalan kepada pc -Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. 2. aktiviti2 asas pertolongan cemas -aktiviti/pengisian anduh : Anduh lengan -Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . -Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. Anduh kepala -Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . -Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . -Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas . Anduh lutut/siku -Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . -Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . -Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas . Anduh pergelangan tangan/tapak kaki -Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di

gambarajah di bawah. -Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut . *search gamba setiap jenis anduh 3. pengenalan kpd pendarahan -Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. -Arteri memancut merah terang -kapilari menitis merah -vena meleleh perlahan merah tua 4.Tanda-tanda dan gejala-gejala Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: denyutan nadi bertambah cepat serta lemah kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh muka dan bibir kelihatan pucat pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap mangsa berasa pening, pitam dan pengsan mangsa mungkin merasa dahaga berasa resah dan gelisah pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya. Cara-cara menghentikan pendarahan 5. Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure) Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi. 6. Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.

7.Gigitan dan Sengatan: Gigitan ular Tanda-tanda dan gejala bengkak dan lebam di bahagian yang digigit rasa kesakitan mangsa sukar bernafas dan bercakap renjatan (shock) Rawatan Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu. baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan ikat dengan ikatan tourniquet atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang hantar ke hospital jika perlu

Tarikh : 13 MAC 2013 MASA : 2.30-4.30 PETANG TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS 1) MELECUR,PITAM,PATAH TULANG 2) KERACUNAN ,TERSELIUH 3) PEMULIHAN PERNAFASAN NAMA GURU PEMIMPIN : USTAZA KHAIRANI BINTI ZAKARIYA@ABD HAMID PENGISIAN AKTIVITI: Perjumpaan dimulakan dengan tatacara perjumpaan Puteri Islam Penerangan secara ringkas mengenai asas pertolongan cemas berdasarkan subtopik melecur,pitam,patah tulang,keracunan,terseliuh dan pemulihan pernafasan. *Puteri diminta mencari maklumat tambahan. *(Rujuk nota photostat yang diberi) TUGASAN: Puteri diminta untuk mencari maklumat mengenai asas pertolongan cemas di Perpustakaan Za'ba. *Puteri diminta mencari maklumat daripada bahan yang dipercayai daripada perpustakaan dan internet. *Puteri diminta berkongsi maklumat yang diperoleh dengan puteri-puteri yang lain. REFLEKSI: Ahli puteri memperoleh keseluhan maklumat yang diperlukan melalui buku dan internet.Bahanbahan yang diperoleh dikongsi bersama ahli puteri islam.

M 13: 24/4/13 Tajuk: orientasi kurikulum di sekolah rendah; -program ub d sk -merancang program -program jangka pendek dan panjang nama pensyarah: Puan Hanunah binti Ahmad pengisian aktiviti -pensyarah menerangkan .... (refer maklumat yg d post sblum ini) -pensyarah menjelaskan .... ( ) tugasan: -mencari maklumat di internet contoh kertas kerja merancang program refleksi -boleh refer di hasil pembelajaran dalam post sblum ini...

Anda mungkin juga menyukai