Anda di halaman 1dari 11

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

SEMESTER MAY / 2023

MPU3182

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2

MATRICULATION NO :

IDENTITY CARD NO. :

TELEPHONE NO. :

E-MAIL :

LEARNING CENTRE : MIRI


TUGASAN 1

SOALAN 1

Adab dan adat resam saling berkaitan antara satu sama lain, namun kedua-duanya
membawa makna yang berbeza. Dalam tugasan ini, saya akan menerangkan perbezaan antara
adab dan adat resam.

Definisi adab menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) adalah tingkah laku serta
tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus atau kesopanan. Nilai adab
seseorang dapat dinilai melalui cara pergaulannya dengan keluarga dan masyarakat dalam
kehidupan seharian. Adab lebih fokus kepada tingkah laku seseorang. Oleh hal yang
demikian, pemahaman setiap individu tentang adab di Malaysia tidak jauh bezanya meskipun
terdiri daripada suku kaum yang berbeza.

Contoh yang pertama ialah adab ketika bersama keluarga. Setiap kaum di Malaysia
telah dididik untuk tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan ibu bapa. Anak-anak
juga diajar untuk menghormati dan memberi salam kepada datuk nenek serta ibu dan bapa
saudara ketika datang. Sebuah keluarga seharusnya duduk di meja makan bersama-sama
ketika waktu makan, bukannya mengasingkan diri dengan membawa makanan ke dalam
bilik.

Contoh yang kedua ialah adab di sekolah. Para pelajar hendaklah memberi salam
ketika bertemu dengan guru. Para pelajar juga tidak sepatutnya melawan cakap guru.
Berbual-bual dengan rakan ketika guru sedang mengajar juga merupakan adab yang kurang
sopan, sebaliknya pelajar harus mendengar dengan teliti dan berusaha memahami apa yang
guru sampaikan. Selain itu, pelajar juga dikehendaki bertanya dengan sopan ketika tidak
memahami soalan atau penerangan yang diberikan.

Contoh yang ketiga ialah adab di tempat kerja. Para pekerja harus menghormati pihak
atasan, sentiasa memberi salam dan tidak melawan kata. Sekiranya pekerja memiliki
pendapat yang berbeza atau terdapat perkara yang ingin diperbaiki, pekerja haruslah
mengusulkan pendapat dengan cara yang beretika dan sopan. Para pekerja juga tidak
seharusnya mengganggu rakan sekerja lain yang sedang membuat kerja. Selain itu, pihak
atasan juga bertanggungjawab melindungi hak asasi para pekerjanya.
Manakala, Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) mendefinisikan adat sebagai peraturan
yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga
merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi). Adat resam terdiri daripada pelbagai
aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan dan kematian. Setiap individu memiliki adat
resam yang tersendiri mengikut peraturan dan kepercayaan yang diamalkan oleh keluarganya.
Oleh itu, berbeza dengan adab, adat resam pula dapat dilihat perbezaannya dari setiap kaum.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu, Cina dan India memiliki adat kelahiran yang berbeza.

Antara adat kelahiran masyarakat Melayu adalah melaungkan azan dan melafazkan
iqamat bayi yang baru dilahirkan, bercukur jambul serta memberi nama yang baik kepada
anak tersebut. Ketiga-tiga amalan ini merupakan hukum sunat yang jika dilakukan akan
mendatangkan pahala. Selain itu, tujuan melaungkan azan dan iqamat adalah untuk memuji
kebesaran Allah dan kalimah Allah akan menjadi lafaz pertama yang didengari oleh bayi
tersebut (Mohammad, Sulaiman, & Othman, 2021).

Masyarakat Cina pula amat mementingkan pemilihan nama bayi yang baru dilahirkan
kerana mereka percaya bahawa nama dapat mempengaruhi perjalanan hidup seseorang
individu. Mohammad et al. (2021) menyatakan bahawa terdapat lima unsur yang
dititikberatkan oleh masyarakat Cina ketika menamakan anak. Pertama, nama harus
membawa maksud yang baik, contohnya seperti kesejahteraan dan kemewahan. Kedua, nama
harus memiliki unsur Yin dan Yang yang seimbang. Ketiga, nama yang dipilih haruslah
mengikut kiraan matematik Cina di mana angka yang terhasil hendaklah sepadan dan tidak
bertentangan dan keempat, namanya haruslah elok didengari. Terakhir sekali, namanya
hendaklah memiliki elemen seperti emas, api, tanah, air dan kayu yang saling melengkapi.

Antara adat kelahiran masyarakat India pula, bayi yang dilahirkan di hospital akan
dibawa pulang ke rumah pada hari bernombor ganjil seperti hari ketiga, kelima atau ketujuh.
Selain itu, upacara aalati akan diadakan sebelum bayi tersebut memasuki rumah bagi
mengelak malapetaka di mana dulang yang berisi serbuk kunyit, kapur barus, kapur sirih dan
arang yang dinyalakan akan diangat dan diputar lima kali. Kemudian, cumanggali, iaitu kaum
wanita yang sudah mempunyai anak akan mencalitkan bahan-bahan tersebut ke dahi ibu dan
bayinya (Mohammad et al., 2021).
SOALAN 2

Para mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang,
budaya dan identiti yang berbeza. Sebagai penuntut ilmu, setiap mahasiswa mahupun
mahasiswi haruslah membina hubungan yang positif dengan menerapkan adab yang baik
antara satu sama lain.

Contoh yang pertama, Aiman dan Abu merupakan rakan sebilik di sebuah universiti di
Kuala Lumpur dan datang dari latar belakang yang berbeza. Aiman membesar di Kuala
Lumpur, manakala Abu membesar di kawasan pedalaman. Abu ingin pergi ke bank untuk atas
urusan tertentu tetapi kurang arif dalam menggunakan perkhidmatan seperti LRT dan aplikasi
Grab. Salah satu cara Aiman dapat membina hubungan yang positif adalah dengan memberi
Abu tunjuk ajar tentang cara-cara menggunakan perkhidmatan serta aplikasi tersebut. Selain
itu, Aiman boleh membawa Abu melawat dan memperkenalkan tempat-tempat menarik di
bandar tersebut seperti Menara Kuala Lumpur, Petrosains dan Menara Berkembar Petronas.
Manakala, Abu juga dapat berkongsi pengalamannya membesar di kawasan pedalaman dan
mempelawa Aiman untuk balik ke kampungnya bersama-sama ketika cuti semester.

Contoh yang kedua, Xiu Ying dan Kavitha juga merupakan rakan sebilik di sebuah
universiti dan datang dari kaum dan budaya yang berbeza. Kedua-dua mahasiswi ini dapat
membina hubungan yang positif dengan berkongsi pengetahuan tentang budaya masing-
masing. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim, pengetahuan tentang perbezaan
budaya masing-masing juga amat berguna untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham
terjadi. Sebagai contoh, Xiu Ying tidak akan menghidangkan Kavitha makanan yang
berasaskan daging lembu kerana masyarakat India beranggapan bahawa lembu telah banyak
membantu mereka membajak tanah, mengangkut barangan dan membekalkan susu sejak
turun temurun (Mohammad, 2020). Lembu dianggap sebagai satu anugerah dari Tuhan yang
perlu dihargai. Di samping itu, Xiu Ying dan Kavitha boleh mengundang dan berkunjung ke
rumah masing-masing pada setiap musim perayaan yang disambut oleh mereka.

Manakala, perbezaan identiti pula merangkumi pelbagai aspek yang luas. Antaranya
ialah dari segi jantina, kepercayaan serta kewarganegaraan seseorang individu. Dari segi
jantina, mahasiswa dan mahasiswi haruslah menghormati privasi dan mengjaga batas
pergaulan. Contohnya, mahasiswa tidak sepatutnya menyelinap masuk ke kawasan kediaman
perempuan dan begitu juga sebaliknya. Dari segi kepercayaan pula, mahasiswa dan
mahasiswi dapat membina hubungan yang positif dengan menghormati agama dan
kepercayaan yang dianuti oleh setiap individu. Perbuatan menghina agama orang lain harus
dielakkan sama sekali. Di samping itu, kebanyakan universiti di Malaysia adalah terbuka
kepada pelajar dari luar negara. Oleh hal yang demikian, mahasiswa dan mahasiswi tempatan
hendaklah menunjukkan sikap dan jati diri warga Malaysia yang ramah, sentiasa bersedia
membantu dan bersopan santun terhadap rakan-rakan luar negara yang menuntut ilmu di
negara kita.

SOALAN 3

Tiga adab yang pernah satu ketika dahulu dianggap sopan atau sesuai telah menjadi
lapuk pada zaman sekarang adalah makan dengan menggunakan tangan, tunduk ketika
berjalan di hadapan orang yang lebih tua dan adab menjaga tutur bicara dengan orang tua
pada zaman dahulu.

Adab makan dengan menggunakan tangan merupakan perkara yang dianggap sopan
oleh masyarakat Melayu, India dan masyarakat bumiputera yang lain beberapa ketika dahulu.
Namun begitu, pada zaman kini, lebih ramai yang memilih untuk makan dengan
menggunakan sudu dan garpu. Terdapat segelinitir masyarakat yang masih mengamalkan
adab makan dengan menggunakan tangan. Namun begitu, adab ini hanya diteruskan ketika
makan di rumah sahaja. Manakala, ketika makan di sebuah restoran, rata-rata para pelanggan
akan makan dengan menggunakan sudu dan garpu yang diberikan. Kemungkinan besar hal
ini berlaku kerana masyarakat pada zaman kini didedahkan dengan kepentingan menjaga
kebersihan terutamanya ketika makan. Pemegang pintu dan meja makan yang diduduki
terdedah dengan pelbagai kuman dan virus. Restoran merupakan salah satu tempat yang
terbuka. Oleh itu, masyarakat zaman sekarang lebih memilih untuk makan dengan
menggunakan sudu.

Adab tunduk dan menghulurkan tangan ketika meminta izin lalu di hadapan orang tua
juga sudah kurang dipraktikkan oleh masyarakat muda zaman sekarang. Ada segelintir anak
muda yang masih menerapkan adab ini, namun adab ini kurang dianggap sebagai suatu
kewajiban lagi. Perkara ini berlaku mungkin kerana, masyarakat zaman sekarang sudah
kurang mementingkan adab meminta izin lalu ini. Mereka seringkali membiarkan sahaja
ketika kanak-kanak tidak meminta izin lalu dan bahkan ada juga yang berlari-lari di hadapan
mereka. Mereka akan beranggapan bahawa kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu apa-
apa dan hal ini menyebabkan kebanyakan anak-anak kecil pada zaman sekarang tidak
mempraktikkan adab ini. Namun begitu, pada pendapat saya, adab ini tidak sepatutnya
dilupakan dan terus diterapkan kepada anak-anak pada zaman ini untuk memelihara rasa
hormat kita terhadap orang yang lebih tua.

Adab percakapan dengan ibu bapa pada masa lalu dan pada masa kini juga sangat
jauh berbeza. Orang tua kita pada zaman dahulu amatlah menjaga bual bicara mereka
terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka bahkan tidak berani bergurau senda
dengan ibu bapa. Manakala, anak-anak muda zaman kini lebih menganggap ibu bapa mereka
seperti kawan. Pada masa kini, bergurau senda dengan ibu bapa merupakan perkara biasa,
malahan ada yang memanggil ayahnya dengan panggilan bro sebagai bahan gurauan. Selain
itu, tidak kurang juga anak-anak pada zaman kini yang sudah berani melawan kata dan
bersikap kurang ajar terhadap ibu bapa mereka sendiri. Sikap kurang ajar terhadap ibu bapa
ini haruslah dibendung sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa pada zaman ini haruslah
lebih bertegas lagi terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa juga harus mengawal anak-anak
mereka daripada bermain permainan atas talian atau konsol serta video-video yang berunsur
kekerasan.
TUGASAN 2

SOALAN 1

Pada pendapat saya, keselamatan makanan bermaksud proses penyediaan serta kualiti
makanan yang dapat menjamin kesihatan yang baik untuk mengelakkan sebarang penyakit
berbahaya serta keracunan makanan berlaku dalam kalangan masyarakat. Keselamatan
makanan adalah penting dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) kerana
memastikan semua rakyat Malaysia mencapai kesihatan yang baik merupakan salah satu
matlamat SDG (Muslim, Mohammad, & Oo, 2023).

SOALAN 2

Dalam konteks Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), matlamat yang berkaitan


dengan meningkatkan keselamatan makanan adalah matlamat yang ketiga. Sasaran matlamat
ketiga ini adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia mencapai kesihatan dan
kesejahteraan yang baik (Muslim et al., 2023). Operasi Ramadan 2023 bertujuan untuk
memantau kebersihan tahap kebersihan dan keselamatan setiap premis makanan. Operasi ini
merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menitikberatkan tahap
kesihatan rakyat Malaysia yang selaras serta berkaitan dengan matlamat ketiga dari Matlamat
Pembangunan Lestari.

SOALAN 3

Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan dan organisasi untuk
meningkatkan keselamatan. Contohnya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM) telah mewajibkan program jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GMP
serta MeSTI di premis pengilangan makanan dan BeSS di premis outlet makanan (Bahagian
Keselamatan Dan Kualiti Makanan, 2023). Premis yang telah menjalani program-program
yang diwajibkan akan memaparkan logo program tersebut pada bungkusan edaran makanan
mereka. Sebagai seorang pengguna, usaha yang boleh saya lakukan untuk menyokong usaha
ini adalah untuk memastikan setiap barangan makanan yang ingin dibeli mempunyai label-
label program tersebut pada bungkusan. Sekiranya saya serta warga Malaysia yang lain tidak
menghiraukan hal ini, semua usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang telah
bertungkus lumus memastikan kesihatan dan keselamatan warganegara Malaysia akan
menjadi sia-sia.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memuat naik pelbagai
info-info kesihatan secara percuma bagi meningkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan
rakyat Malaysia tentang kesihatan di laman web rasmi KKM, YouTube serta media sosial
seperti Facebook. Usaha yang saya dapat lakukan untuk menyokong inisiatif ini adalah
dengan berkongsi pautan info-info kesihatan yang telah saya baca kepada rakan-rakan serta
keluarga melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

SOALAN 4

Saya sentiasa mempertimbangkan keselamatan makanan ketika mengunjungi bazaar


Ramadan atau kedai makanan lain pada musim perayaan kerana saya merupakan seseorang
yang amat mementingkan kebersihan terutamanya dari segi pemakanan. Kebersihan dan
keselamatan makanan amatlah penting bagi saya kerana kualiti sesuatu makanan
menyumbang pengaruh yang besar kepada kesihatan seseorang individu. Sebagai contoh,
keadaan premis makanan yang tidak terurus dan kotor akan mengundang haiwan-haiwan
perosak seperti tikus yang berisiko mendatangkan penyakit kencing tikus.

Selain itu, penggunaan minyak masak terpakai berulang kali juga boleh
mendatangkan penyakit seperti salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal
(atherosclerosis), penyakit hati, penyakit Alzheimer, Parkinson serta barah.

Di samping itu, kebersihan sesuatu premis makanan juga akan mempengaruhi selera
makan. Sekiranya kedai makan tersebut terlihat rapi dan bersih, para pelanggan akan merasa
selesa dan selamat untuk menjamu selera.

SOALAN 5

Cara yang boleh saya sumbangkan untuk memastikan keselamatan makanan


sepanjang tahun adalah dengan sentiasa peka akan tahap kebersihan kedai makan serta kualiti
sesuatu barangan di pasar raya. Pengguna memiliki hak untuk memilih barangan yang baik
dan berkualiti. Oleh itu, sebagai seorang pengguna, saya akan mementingkan kualiti sesuatu
barangan di pasar raya sebelum membeli dengan memeriksa keadaan fizikal dan tarikh luput
sesuatu barangan tersebut. Selain itu, saya akan menggunakan hak saya sebagai pengguna
untuk menyalurkan aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan sekiranya saya
terdapat makanan yang rosak atau tercemar di restoran mahupun pasar raya. Saya juga akan
membasuh bahan-bahan mentah seperti telur ayam dan sayur-sayuran terlebih dahulu
sebelum memasak. Selain itu, saya juga akan melakukan aktiviti seperti bersenam dan
beriadah untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan serta kesihatan mental yang terpelihara.
RUJUKAN

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan. (2023). MeSTI. Dimuat turun daripada:
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=203
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohammad. M.W. (2020, Oktober 23). Pantang Larang Kaum India. Dimuat turun daripada:
https://udakwah.com/pantang-larang-kaum-india/
Muslim, N., Mohammad, K., & Oo, C. K. (2023). Penghayatan Etika dan Peradaban 2.
Open University Malaysia.
Mohammad. Z., Sulaiman, N., & Othman, S. A. (2021) Adat Resam Masyarakat Malaysia.
Kedah: Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
TUGASAN 3

Anda mungkin juga menyukai